• Tiada Hasil Ditemukan

YKT I01 – Pengantar Komunikasi Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "YKT I01 – Pengantar Komunikasi Manusia "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA USM & Institut ASTIN

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2005/2006

November 2005

YKT I01 – Pengantar Komunikasi Manusia

Masa : 3 jam

Kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA (3) muka surat yang bercetak.

Jawab TIGA (3) soalan. Jawab soalan SATU (1) dan DUA (2) soalan lain, SATU (1) di setiap bahagian.

Sumbangan markah untuk setiap soalan adalah seperti yang dinyatakan.

…2/-

(2)

(YKT 101) - 2 -

BAHAGIAN A

1. Takrifkan, berserta contoh EMPAT (4) konsep-konsep berikut, seperti yang dibincangkan oleh Morreale (2001) dan Verderber (2005).

(a) Tingkap Johari.

(b) Komunikasi Gender dan Ucapan Kebencian.

(c) Konsep Diri dan Nilai Diri.

(d) Komunikasi Interpersonal dan Komunikasi Kumpulan Kecil.

(e) Pengetahuan Tugas dan Pengetahuan Perhubungan.

(f) Kerjasama, Penyesuaian dan Bertolak ansur.

(40 markah)

BAHAGIAN B

2. Bincang berserta contoh yang relevan lima aspek konteks komunikasi.

(30 markah)

3. Dalam proses komunikasi, kita akan mendapat maklumat dan membentuk persepsi mengenai orang lain. Persepsi ini akan diperkukuhkan, dipertingkatkan atau berubah selaras dengan perkembangan perhubungan. Bincangkan dengan contoh yang relevan faktor-faktor yang akan mempengaruhi persepsi kita terhadap orang lain.

(30 markah)

4. Komunikasi lisan dan bukan lisan saling melengkapi. Bincang dan huraikan dengan memberi contoh yang relevan.

(30 markah)

…3/-

(3)

(YKT 101) - 3 -

BAHAGIAN C

5. Pencerapan adalah salah satu kemahiran dalam proses berkomunikasi. Jelaskan berserta contoh jenis-jenis pencerapan.

Terangkan dengan terperinci cabaran-cabaran terhadap pencerapan.

(30 markah)

6. (a) Jelaskan EMPAT (4) ciri komunikasi interpersonal.

(10 markah)

(b) Komunikasi interpersonal berkembang mengikut tahap-tahap tertentu. Huraikan berserta contoh tahap-tahap perkembangan tersebut.

(20 markah)

7. Bincangkan bagaimanakah motivasi, pengetahuan, kemahiran dan konteks mempengaruhi kompetensi dalam komunikasi kumpulan kecil.

(30 markah)

- ooo O ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam kajian ini strategi komunikasi adalah merujuk kepada tindakan yang lain (samada lisan atau bukan lisan) yang dilakukan oleh responden kanak-kanak Jepun untuk

Jelaskan kepentingan hubungan pementoran (mentoring relationship) dalam meningkatkan kualiti kerja dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

“Pendedahan diri adalah satu proses secara berniat dan sukarela dengan memberikan maklumat diri kepada orang lain secara jujur serta tepat kerana maklumat itu tidak

Bincang dan huraikan beserta contoh EMPAT fungsi utama bahasa, dalam konteks komunikasi lisan. Pencerapan adalah antara kompetensi dalam proses

Bincangkan dengan contoh ying relevan faktor-faktor yang akan mempengaruhi persepsi kita terhadap orang lain.. (30

Dalam proses komunikasi, kita akan mendapat maklumat dan membentuk persepsi mengenai orang lain.. Persepsi ini

Permasalahan kajian ialah faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi budaya kaum Tionghoa dan peribumi terhadap interaksi komunikasi antara budaya di Indonesia, khasnya di

(Kita menggunakan petunjuk bukan lisan bagi memenuhi pelbagai fungsi dalam kehidupan seharian. Bincang dan sertakan contoh relevan bagi EMPAT fungsi utama komunikasi