• Tiada Hasil Ditemukan

Jurang Pendapatan dan Hutang Isirumah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Jurang Pendapatan dan Hutang Isirumah "

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)

“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”

Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Jurang Pendapatan dan Hutang Isirumah

Azlina Zainal Abidin Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: azlinaepu@gmail.com Tamat Sarmidi

Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: tamat@ukm.my

Abu Hassan Shaari Md Nor Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: ahassan@ukm.my

ABSTRAK

Dalam beberapa dekad kebelakang ini, secara amnya trend hutang isirumah telah meningkat dengan ketara.Terdapat tiga penentu yang mempengaruhi trend hutang isirumah iaitu ciri-ciri institusi, faktor dari sebelah permintaan seperti jurang pendapatan, serta faktor dari sebelah penawaran seperti struktur pasaran kredit. Di peringkat antarabangsa, terdapat perbezaan bagi jurang pendapatan dan kadar hutang isirumah bagi setiap negara dengan melihat kepada tahap pembangunan yang telah dicapai samada tinggi, sederhana atau rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji secara empirikal kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah di 49 buah negara, dengan mengambilkira tahap ambang ufuk pembangunan ekonomi. Hasil kajian boleh dijadikan input kepada dasar pengawalan hutang isirumah supaya tidak menjejaskan pembangunan ekonomi. Keputusan empirikal berdasarkan penganggaran ambang ufuk menunjukkan bahawa terdapat pengaruh pembangunan ekonomi dalam hubungan antara hutang isirumah-jurang pendapatan, iaitu bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang tinggi, jurang pendapatan berhubungan secara positif dengan hutang isirumah. Bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendah pula, jurang pendapatan adalah berhubungan secara negatif dengan hutang isirumah. Hasil kajian ini wajar dijadikan inputoleh kedua- dua kumpulan negara kerana kawalan dasar hutang isirumah boleh mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara masing-masing.

Kata kunci: Hutang isirumah, jurang pendapatan, pembangunan ekonomi, penganggaran ambang ufuk.

ABSTRACT

Generally over the last few decades, the trend of household debt has increased significantly. The determinants of this household debt trend are institutional features, factors from the demand side such as income inequality, and factors from the supply side such as the structure of the credit market. At the international level, there exist differences in income inequality and household debt for each country, depending on the level of economic development achieved either it is high, intermediate or low. Thus, the purpose of this study is to analyze empirically the effect of income inequality to the household debt in 49countries, with consideration to the threshold level of economic development. The findings of the study can be used as input to the household debt management policy so as not to impede the development of the economy. Empirical results based on cross-section threshold estimation indicate that there is economic development influence to the household debt-income inequality relationship. In countries with high economic development, the relationship between income inequality and household debt is positive, while in countries which has intermediate/low level of economic development, income inequality has negative effect on household debt. The results of this study should be considered as input

(2)

to both groups of countries sincehousehold debt management policycan give impact to both the growth dan stability of the economy of each country.

Key words: Household debt, income gap, economic development, panel threshold estimation.

PENGENALAN

Pengambilan hutang bagi isirumah merupakan satu amalan yang dianggap berleluasa pada masa kini dan kesan daripada amalan ini boleh dikaji dari pelbagai perspektif iaitu dari sudut ekonomi, sosial, psikologi dan agama kerana ia merupakan hasil aktiviti jual beli bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan sebagai perkara asas dalam memenuhi keperluan kehidupan. Isirumah melibatkan diri dengan hutang untuk membolehkannya membeli harta, kenderaan dan barangan pengguna, serta membuat pelaburan dalam ekuti dan membiayai perbelanjaan penggunaan umum (Cynamon & Fazzari, 2010). Secara umum, terdapat tiga jenis hutang isirumah iaitu pinjaman jualbeli rumah (termasuk kredit ekuiti perumahan); hutang kad kredit; dan pinjaman kenderaan, perabut dan pelajaran. Hutang kad kredit, pinjaman kenderaan, perabut dan pelajaran juga dikenali sebagai hutang pengguna.

Mengenai amalan berhutang, Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam untuk selalu berdoa agar dilindungi dari dosa dan hutang kerana apabila berhutang, seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk berdusta apabila berbicara dan akan ingkar apabila berjanji (Riwayat Al- Bukhari). Thomas Fuller, seorang ahli sejarah pula mengatakan bahawa “Kemiskinan yang paling teruk adalah penanggungan hutang”. Walaubagaimanapun, realiti semasa menunjukkan trend yang berlawanan dengan saranan-saranan ini, di mana terdapat peningkatan ketara dalam hutang isirumah dikebanyakan negara di dunia, termasuk di negara Islam yang mempunyai sistem kewangan Islam yang maju. Hampir kesemua negara majumenunjukkan penanggungan hutang isirumah yang bertambah, dengan pertumbuhan penggunaan yang kekal dan kadar simpanan isirumah yang menurun (Barba &

Pivetti, 2008).

Peningkatan hutang isirumahboleh mendatangkan implikasi positif dan negatif kepada sesebuah ekonomi. Dalam dua dekad kebelakang ini, pertumbuhan penggunaan merupakan sumber penting yang mencetuskan peningkatan dalam permintaan, yang seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesan krisis ekonomi. Walaubagaimanapun, peningkatan hutang isirumah yang pada awalnya membantu pertumbuhan penggunaan kemudiannya boleh menyebabkan ekonomi yang sedang berkembang menjadi merudum dengan cepat serta mengakibatkan kemerosotan ekonomi yang teruk. Ini berlaku apabila peningkatan hutang isirumah yang pada mulanya memberikan kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi kerana peranannya membantu meningkatkan penggunaan, bertukar menjadi faktor yang melemahkan ekonomi pula (Athanassiou, 2012). Fenomena ini telah pun melanda di beberapa negara maju di benua Eropah seperti Greece dan juga di Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Oleh itu, amatlah penting peningkatan hutang isirumah dikaji, antaranya dari sudut faktor yang menyebabkan ia meningkat kerana ia dapat membantu pembentukan dasar kewangan yang tepat bagi mengelakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi terjejas. Antara faktor yang mempengaruhi peningkatan hutang isirumah ialah jurang pendapatan di dalam masyarakat.Data daripada beberapa negara menunjukkanisirumah berpendapatan rendah/sederhanamempunyai kecenderungan tinggi untuk berhutang, walaupun isirumah berpendapatan tinggi mempunyai kecenderungan yang lebih. Dapat juga dilihat nisbah hutang-pendapatan isirumah berpendapatan rendah/sederhana adalah yang paling tinggi, nisbah hutang relatif kepada jumlah nilai aset mereka adalah yang paling tinggi dan merekajuga merupakan pembayar jumlah hutang paling tinggi (Debelle, 2004). Terdapat kajian terdahulu yang sangat terhad yang mengkaji kesan jurang pendapatan ke atas peningkatan hutang isirumah. Ada yang mendapati jurang pendapatan mempengaruhi peningkatan hutang isirumah (Iacoviello (2008)) dan ada juga kajian yang mendapati sebaliknya (Jappelli, Pagano

& Maggio (2008)). Tidak dapat disimpulkan sama ada hubungan ini bersifat monotonik atau tidak kerana perbezaan dapatan daripada kajian yang terhad tersebut. Walaubagaimanapun,hubungan yang monotonik boleh terhasil, contohnya berdasarkan hipotesis kitaran hidup pendapatan danteori pengagihan pendapatan bagi hutang isirumah yang melihat kepada kelakuan pengguna yang mahu memaksimakan kepuasan kepenggunaan secara berterusan berdasarkan pendapatan bolehgunanya.

Hubungan jurang pendapatan-hutang isirumah juga berkemungkinan bersifat tidak monotonik, di mana ianya hanya akan berlaku pada satu tahap tertentu dalam pembangunan ekonomi. Dalam kata lain, mungkin terdapat satu peringkat di mana, hanya setelah tercapainya satu tahap ambang ufuk dalam pembangunan ekonomi, jurang pendapatan akan memberi kesan terhadap peningkatan hutang isirumah. Oleh yang demikian, kajian ini dapat memberikan jawapan kepada persoalan ini, di mana jika jurang pendapatan boleh mempengaruhi peningkatan hutang isirumah, ianya mungkin benar pada tahap

(3)

pembangunan ekonomi yang tertentu sahaja. Wujud juga satu lagi persoalan iaitu, apakah tahap pembangunan ekonomi yang akan menyebabkan jurang pendapatan mempengaruhi peningkatan dalam hutang isirumah? Bagi menjawab persoalan-persoalan di atas, kajian ini akan mengkaji secara empirikal hubungan antara jurang pendapatan dan hutang isirumah dengan mengambilkira tahap ambang ufuk pembangunan ekonomi menggunakan set data bagi 49 negara daripada kajian oleh Jappelli, Pagano & Maggio (2008). Kaedah ekonometrik yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kaedah penganggaran ambang ufuk keratan rentas, sebagaimana yang digunakan dalam Sarmidi et. al (2013).

Bagi membincangkan persoalan kajian dengan lebih lanjut, kertas kajian dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian kedua membincangkan secara ringkas teori dan bukti empirikal hutang isirumah dan hubungannya dengan kurang pendapatan dan pembangunan ekonomi. Bahagian ketiga menerangkan mengenai prosedur ekonometrik kajian, bahagian keempat menerangkan mengenai set data yang digunakan dalam analisis, bahagian lima membincangkan hasil dapatan kajian manakala bahagian enam membincangkan beberapa rumusan kajian.

HUTANG ISIRUMAH, JURANG PENDAPATAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI Faktor peningkatan hutang isirumah

Menurut Barba & Pivetti (2008), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hutang isirumah meningkat pada masa kini. Pertamanya, sehingga awal tahun 1980an, hutang isirumah dibendung oleh pengawalan kredit. Liberalisasi kewangan yang kemudiannya berlaku telah memudahkan isirumah untuk mendapatkan pinjaman wang dan seterusnya mencapai tingkat kepenggunaan yang diinginkan.

Hutang isirumah meningkat dengan kadar yang konsisten kerana didorong oleh pilihan terhad pada masa lampau. Faktor kedua ialah pandangan yang menganggap hutang isirumah sebagai pengganti kepada pendapatan, di mana tahap penggunaan menjadi tidak elastik kepada kadar pendapatan isirumah tetapi bergantung kepada kadar pendapatan aggregat yang meningkat, seiring kadar peningkatan produktiviti secara keseluruhan. Faktor ketiga pula ialah kelakuan pengguna yang ingin memaksimumkan kepuasan kepenggunaan. Untuk mencapai kepuasan maksimum, isirumah akan merancang perbelanjaan bagi pendapatan yang dijangka diterima untuk seumur hidup supaya tabiat penggunaan bersifat menyeluruh bagi tempoh jangka panjang. Hutang isirumah juga membolehkan penggunaan diperolehi dengan lebih konsisten mengikut pendapatan yang diterima. Dengan ini, ketidaksepadanan antara jumlah pendapatan yang diterima dan jumlah perbelanjaan yang diingini dapat dihapuskan, sebagaimana yang dicadangkan oleh hipotesis kitaran hidup pendapatan bagi tabiat penggunaan agregat. Cynamon & Fazari (2008) pula berpandangan, terdapat hujah dari perspektif neoklasikal yang mengatakan bahawa pengguna lazimnya bersifat rasional dan hanya akan membuat keputusan mengenai hutang dengan melihat kepada kemampuan pendapatan kekal, dan bukan pendapatan sementara. Terdapat juga hujah dari sudut psikologi dan sosiologi yang mengatakan bahawa pengguna akan menggunakan kesempatan yang ada untuk memaksimumkan kepuasan kepenggunaannya, termasuklah membuat pinjaman walaupun menyedari ianya bersifat sementara terutamanya dalam memastikan dirinya dilihat sebagai mempunyai status atau gaya hidup tertentu.

Menurut Jappelli, Pagano & Maggio (2008) di mana model dan datanya digunakan dalam kajian ini, faktor institusi seperti perkongsian maklumat, kecekapan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kebankrapan memberi kesan kepada saiz hutang dan kestabilan kewangan isirumah. Analisis rentas-negara dilakukan bagi mengenalpasti faktor penentu bagi hutang isirumah dan didapati perkongsian maklumat dan asal-usul undang-undang berhubungan secara positif dan signifikan dengan hutang isirumah, manakala berhubungan negatif dan signifikan dengan prosedur undang-undang.

Didapati juga hutang isirumah tidak berhubungan secara signifikan dengan faktor dari sebelah permintaan seperti jurang pendapatan, dan faktor dari sebelah penawaran seperti struktur pasaran kredit. Hubungan antara jurang pendapatan dengan hutang isirumah akan dikaji dengan lebih mendalam dalam kajian ini.

Jurang pendapatan dan hutang isirumah

Tidak banyak kajian empirikal dibuat untuk melihat hubungan antara jurang pendapatandengan hutang isirumah. Satu kajian olehIacoviello (2008) mendapati bahawa peningkatan dalam jurang pendapatan pada tahun 1980an dan 1990an di Amerika Syarikat adalah sebab kepada peningkatan dalam hutang isirumah, peningkatan jurang dalam kekayaan dan kestabilan relatif jurang dalam penggunaan bagi tempoh jangka masa panjang. Kajian bagi tahun 1963 hingga 2003 yang mengkaji trend dan ciri-ciri

(4)

pusingan hutang isirumah ini mendapati, untuk jangka masa pendek, kitaran dan turun naik sektor perniagaan juga menyebabkan perubahan pada hutang isirumah. Model yang digunakan oleh Iacovelli mengambil kira kejutan dalam ekonomi dengan menggunakan data jurang pendapatan, pendapatan agregat dan ukuran bagi liberalisasi kewangan. Selain itu, kajian menunjukkan pengembangan kredit daripada golongan berpendapatan tinggi kepada berpendapatan rendah merupakan mekanisma yang menyebabkan jurang kepenggunaan meningkat.

Barba dan Pivetti (2008) turut menerangkan dengan terperinci fenomena jurang pendapatan meningkat yang telah berlaku di Amerika Syarikat antara tahun 1980 hingga 2005. Sebagai contoh, perbandingan jumlah pendapatan bolehguna sebelum dikenakan cukai pada tahun 1980 adalah 6.8%

bagi golongan berpendapatan rendah, 50% bagi golongan berpendapatan sederhana dan 42.8% bagi golongan berpendapatan tinggi. Pada tahun 2005 pula, pendapatan bolehguna sebelum cukai telah turun kepada 4.8% bagi golongan berpendapatan rendah, menurun kepada 44% bagi golongan berpendapatan sederhana dan meningkat kepada 51.6% bagi golongan berpendapatan tinggi. Ini menunjukkan bahawa sebanyak 9% daripada pendapatan bolehguna telah berpindah daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana kepada golongan berpendapatan tinggi (yang terdiri daripada hanya 10% daripada keseluruhan populasi) dan jurang pendapatan telah semakin meningkat di Amerika Syarikat dalam tempoh tersebut. Dalam masa yang sama, jumlah simpanan isirumah sebagai peratus daripada pendapatan bolehguna telah menyusut daripada 10% pada tahun 1980 kepada 0.5% pada tahun 2005.

Dapat dilihat bahawa pertumbuhan dalam kadar perolehan liabiliti kewangan telah melebihi pertumbuhan dalam aset kewangan dan perumahan.

Peralihan pendapatan daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini, diikuti dengan penyusutan dalam kadar simpanan dan peningkatan dalam liabiliti isirumah sepatutnya akan menyebabkan kadar penggunaan menyusut tetapi ini tidak berlaku di Amerika Syarikat. Kadar penggunaan meningkat lebih banyak daripada pendapatan bolehguna, di mana kadar penggunaan dibiayai melalui akses kredit yang juga menunjukkan peningkatan. Keadaan yang berlaku di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa isirumah bergelut untuk sekurang-kurangnya mengekalkan tahap gaya hidup mereka dengan cara membuat simpanan yang lebih apabila pendapatan bolehguna berkurangan (selepas mengambil kira inflasi), dan dalam masa yang sama membuat pinjaman untuk menampung kekurangan dalam belanjawan keluarga. Tahap gaya hidup yang dipertahankan ini dinamakan sebagai ‘customary necessities’ oleh ahli ekonomi klasik, dan ini menjadi satu amalan semulajadi yang mencorak trend pendapatan benar di Amerika Syarikat. Gaya hidup inilah yang menentukan tahap kepenggunaan dan bukannya jumlah pendapatan benar yang diterima oleh sesebuah isirumah, kecuali sekiranya keadaan ekonomi dan sosial masyarakat secara keseluruhannya menurun secara berterusan yang akhirnya mengubah tahap gaya hidup ke tingkat yang lebih bawah (Pivetti, 1999). Dengan kata lain, jurang pendapatan yang wujud telah menyebabkan hutang isirumah meningkat dan seterusnya telah melebarkan lagi jurang pendapatan antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi.

Pengekalan gaya hidup yang diingini pula mempunyai kaitan dengan pasaran kepenggunaan, di mana hubungan antara jurang pendapatan dan hutang isirumah dari sudut pasaran kepenggunaan telah dikaji oleh Kollmeyer (2013). Kajian yang mengenalpasti saiz pasaran pengguna di 18 negara maju bagi tempoh hampir 40 tahun inimendapati, dengan wujudnya faktor globalisasi dan teknologi, pasaran kepenggunaan mengalami perubahan dan seterusnya memberi kesan kepada peningkatan dalam jurang pendapatan. Jurang pendapatan di beberapa negara maju dilihat berhubungan positif dan signifikan dengan saiz pasaran kepenggunaan yang berkait rapat dengan cara dan gaya hidup pengguna.Secara umumnya,dapat dilihat daripada kajian ini bahawa semakin banyak perbelanjaan kerajaan dan perbelanjaan isirumah, semakin tinggi Indeks Gini iaitu semakin lebar jurang pendapatan dalam negara tersebut.

Jurang pendapatan dan pembangunan ekonomi

Menurut Gimet & Lagoarde-Segot (2012), sistem kewangan yang telus dan capaian kewangan yang baik dapat menghapuskan kemiskinan dan jurang pendapatan dengan mewujudkan peluang ekonomi untuk sesiapa sahaja. Oleh itu, antara objektif dasar sektor kewangan di negara membangun ialah mengurangkan kos mendapatkan kredit, menstabilkan aliran kredit dan meningkatkan capaian perkhidmatan kewangan kepada isirumah.Peranan bank pula ialah mengenalpasti dan membiayai projek yang boleh membawa keuntungan, memantau kadar risiko dan memudahkan transaksi. Justeru, dasar perbankan yang sesuaisepatutnya berusaha meningkatkan kredit bersih sambil mengurangkan pinjaman yang tidak dibayar dan menaikkan kadar bunga serta kadar bunga premium bagi risiko. Di samping itu, meluaskan akses kewangan kepada sebahagian besar populasi adalah satu keadaan yang perlu untuk pembangunan ekonomi.Kajian ini juga mendapati dasar kewangan tidak seharusnya

(5)

memfokus kepada saiz sektor perbankan sahaja tetapi turut berusaha menyemai semangat persaingan sihat antara bank, membangunkan skim perlindungan makro yang sesuai, mempromosi pembangunan pasaran modal, sokongan kepada keusahawanan dan pelaksanaan hak awam dalam membantu pembangunan ekonomi di sesebuah negara.

Dari sudut yang lain pula, Yu Hsing (2005) berpandangan bahawa jurang pendapatan yang meningkatakan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.Kajiannya mengenai impak jurang pendapatan ke atas pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat juga mendapati pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan yang positif dengan perbelanjaan dalam pelaburan, peningkatan saiz perkhidmatan awam, kemajuan teknologi dan sumber manusia.

Hutang isirumah dan pembangunan ekonomi

‘Financial instability theory’ yang diasaskan oleh Hyman Minsky pada tahun 1992 telah mengenalpasti ciri-ciri sistematik pengembangan ekonomi berasaskan hutang agregat yang boleh menjurus kepada ketidakstabilan kewangan apabila ianya semakin meningkat (Cynamon & Fazari (2010)). Perspektif ini menekankan dua ciri berbeza perbelanjaan berasaskan hutang. Dalam fasa pusingan perniagaan agregat, hutang akan menyebabkan permintaan meningkat dan menjadi pemangkin dalam ekonomi sebagai ciri yang pertama. Akan tetapi, Minsky mengatakan bahawa hutang yang meningkat secara berterusan dalam fasa pusingan perkembangan ekonomi akan menjadikan ekonomi tidak stabil.

Hubungan berciri Keynesian yang menghubungkan pinjaman yang tinggi, perbelanjaan yang meningkat dan perolehan pendapatan membenarkan keputusan untuk meningkatkan lagi jumlah pinjaman, di mana ianya akan menggalakkan pengamalan kewangan yang agresif. Ini mengakibatkan wujudnya ketidaktentuan dalam proses pengembangan ekonomi kerana tiada siapa yang tahu setakat mana sistem kewangan tersebut akan dapat bertahan. Logik yang digunakan oleh Minsky ialah proses ini akan menyebabkan sistem terus berkembang sehinggalah ia bertukar menjadi krisis kewangan, iaitu bilamana pengamalan kewangan yang agresif itu tidak lagi dapat dibenarkan. Teori pusingan Minsky ini menekankan mengenai hubungkait antara rentetan peristiwa dalam bidang kewangan yang dapat mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.Walaupun Minsky memberi tumpuan khusus kepada kewangan dan pelaburan berkaitan perniagaan, teori ini juga turut menerangkan mengenai penggunaan dan hutang isirumah. Cynamon & Fazari (2010) turut mencadangkan bahawa inovasi dalam kewangan kepenggunaan dan evolusi dalam amalan kewangan isirumah dalam dekad kebelakang ini telah menyebabkan ketidakstabilan dalam kewangan beralih daripada sektor perniagaan kepada sektor pengguna.

MODEL EMPIRIKAL

Model empirikal yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan model kajian Jappelli, Pagano &

Maggio (2008), di mana hubungan empirikal antara jurang pendapatan dan hutang isirumah menggunakan persamaan linear hutang isirumah rentas-negaraseperti berikut:

HHDi = α0 + α1GDP+ α2DRTi + α3CNTi + α4GNNi + α5PRVi + α6PBLi + α7CRDi + α8LWRi + εi (1) di mana HHDi adalah nisbah hutang isirumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara i, GDP adalah KDNK per kapita (proksi kepada tahap pembangunan ekonomi); DRTi adalah masa yang diperlukan oleh mahkamah dalam prosedur mengutip bayaran daripada cek tendang (proksi kepada kecekapan mahkamah); CNTi adalah indeks jumlah saham tiga bank terbesar dalam aset keseluruhan sistem perbankan (proksi kepada struktur kompetitif pasaran kredit); GNNi adalah Indeks Gini (indeks jurang pendapatan); PRVi adalah peratus populasi yang datanya termasuk dalam biro kredit swasta manakala PBLi adalah peratus populasi yang datanya termasuk dalam pangkalan data kredit awam (PRVi dan PBLi adalah proksi kepada indikator perkongsian maklumat pemberi kredit);

CRDi adalah indeks hak pemberi kredit; LWRi adalah pengamalan undang-undang berdasarkan undang-undang asal England; dan εi adalah error term.

Hipotesis kajian adalah kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah bergantung kepada samada sesebuah negara itu mencapai tahap tertentu dalam pembangunan ekonomi atau tidak.Dengan itu, dapatlah juga dikatakan bahawa hipotesis yang ingin diuji ialah samada hutang isirumah berhubungan positif dengan jurang pendapatan di negara yang mempunyai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi, manakala hutang isirumah pula berhubungan negatif dengan jurang pendapatan bagi negara yang mempunyai tahap pembangunan negara yang sederhana/rendah.

(6)

Bagi menguji hipotesis ini, persamaan (2) diandaikan sesuai untuk mendapatkan gambaran kesan kontingensi dan satu cara bagi melihat pengaruh KDNK per kapita (pembangunan ekonomi) ke atas kesan jurang pendapatan terhadap hutang isirumah. Model berdasarkan regresi ambang ufuk adalah dalam bentuk berikut:

= + GDPi+ DRTi + CNTi + GNNi + PRVi + PBLi + CRDi + LWRi + εi, GDP ≤ λ

= + GDPi+ DRTi + CNTi + GNNi + PRVi + PBLi + CRDi + LWRi + εi, GDP > λ

(2) di mana GDP (tahap pembangunan ekonomi) adalah pembolehubah ambang ufuk yang digunakan untuk membahagikan sampel kepada kumpulan, dan λ adalah parameter ambang ufuk yang masih belum diketahui. Strategi model seperti ini membenarkan kesan jurang pendapatan berubah, bergantung kepada samada KDNK per kapita sesebuah negara sama ada terletak di atas atau di bawah tahap λ. Kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah adalah dan , dan sekiranya dan adalah sama, model di atas akan menjadi model yang linear dan menjadi seperti persamaan (1).

Ujian Hipotesis

Langkah pertama dalam penganggaran kajian ini ialah dengan menguji hipotesis null = untuk melihat samada ianya bersifat linear atau tidak dengan persamaan (2) iaitu model ambang ufuk.

Hansen (1996, 2000) mencadangkan prosedur Lagrange Multiplier (LM) yang konsisten heteroskedastisiti digunakan bagi menguji hipotesis null (daripada formula linear) dengan persamaan regresi ambang ufuk alternatif. Memandangkan parameter ambang ufuk λ tidak dikenalpasti di bawah hipotesis null, nilai p akan dikira menggunakan kaedah fixed bootstrap, di mana Hansen (2000) telah menunjukkan bahawa kaedah ini akan memberikan nilai p yang betul.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk dimaklumi bahawa jika hipotesis null ditolak dan nilai ambang ufuk telah dikenalpasti, model regresi ambang ufuk perlu diuji semula dengan spesifikasi linear (selepas sampel asal dibahagi dengan parameter ambang ufuk yang telah dikenalpasti). Prosedur ini dibuat sehingga hipotesis null tidak lagi boleh ditolak.

Model analisis dengan terma interaksi

Walaupun menurut keputusan hipotesis,jurang pendapatan mempunyai kesan yang positif ke atas hutang isirumah, ianya mungkin didorong oleh faktor KDNK per kapita yang tinggi(proksi kepada pembangunan ekonomi) atau faktor peratus populasi yang datanya termasuk dalam biro kredit swasta (proksi kepada liberalisasi kewangan). Untuk menguji kemungkinan ini, persamaan (1) dikembangkan untuk mengambilkira interaksi antara jurang pendapatan (GNN) dengan KDNK per kapita (GDP) dan liberalisasi kewangan(PRV) seperti berikut:-

HHDi = α0 + α1GDP+ α2DRTi + α3CNTi + α4GNNi + α5PRVi + α6PBLi + α7CRDi + α8LWRi

+ (GNN x GDP)i + εi (3)

HHDi = δ0 + δ1GDP+ δ2DRTi + δ3CNTi + δ4GNNi + δ5PRVi + δ6PBLi + δ7CRDi + δ8LWRi

+ (GNN xPRV)i + εi (4)

Jika α9dan δ9adalah negatif dan signifikan, ini menunjukkan bahawa hutang isirumah akan berkurangan apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewangan meningkat. Jika sebaliknya berlaku iaitu α9dan δ9adalah positif dan signifikan, ini menunjukkan bahawa hutang isirumah akan meningkat apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewangan merosot. Daripada rangka konsep ini, sebahagian daripada kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah boleh didapati melalui persamaan berikut:

(5) HHDi

(7)

(6)

Hipotesis peningkatan jurang pendapatan akan meningkatkan hutang isirumah adalah benar jika > 0, namun jurang ini dapat dikurangkan sekiranya α9 adalah negatif. Selain itu, pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewanganakanmengurangkan hutang isirumah jika α1< 0 atau δ5<

0manakalakesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah dapat dipercepatkan jika < 0 atau δ9<0.

Merujuk kepada persamaan (5) dan (6) pula, jikanilai koefisien pembangunan ekonomiatau liberalisasi kewanganadalah lebih besar daripada nilai ambang ufuk, iaitu apabila ≥ 0atau ≥ 0, hipotesis peningkatan jurang pendapatan akan meningkatkan hutang isirumah langsung tidak akan terpakai.

DATA

Penganggaran data rentas-negara digunakan dalam kajian ini bagi menganggar persamaan (2), (3) dan (4).Bilangan negara yang dikaji adalah 49, dan data untuk tahun 2005 atau tahun yang berhampiran digunakan.Model yang digunakan adalah seperti model yang dibangunkan oleh Jappelli, Pagano, &

Maggio (2008), di mana terdapat satu pembolehubah bersandar dan lapan pembolehubah bebas mewakili tiga faktor utama yang mempengaruhi hutang isirumah, iaitu faktor ciri institusi, faktor dari sebelah permintaan dan faktor dari sebelah penawaran.

Pembolehubah bersandar adalah hutang isirumah (HHD) yang diukur melalui nisbah jumlah hutang isirumah sebagai peratus kepada KDNK bagi tahun 2005. Data nisbah yang digunakan adalah gabungan data yang diperolehi daripada International Monetary Fund (IMF) danEuropean Credit Institute (ECRI), di mana dalam kebanyakan kes, data boleh diperolehi dari tahun 2000. Hutang isirumah antara negara adalah sangat berbeza iaitu rendah (secara umumnya kurang daripada 10%) di negara membangun, sederhana (secara umumnya antara 10% hingga 20%) di negara Eropah Timur dan tinggi di negara maju. Kajian akan melihat kesan pembolehubah bebas ke atas HHD sebagai pembolehubah bersandar yang dikaji.

Bagi faktor ciri institusi, terdapat tiga kategori aspek yang ingin dikaji iaitu aspek pembangunan ekonomi, aspek hak pemberi kredit dan pelaksanaan undang-undang serta aspek perkongsian maklumat antara pemberi kredit. Untuk aspek pertama iaitu pembangunan ekonomi, data yang digunakan ialah KDNK per kapita dalam ribu USD (GDP) bagi tahun 2000 yang diperolehi daripada pangkalan data Courts: The Lex Mundi Project oleh Djankovet al. (2003). Adalah penting untuk melihat kesan pembolehubah bebas ini ke atas hutang isirumah kerana trend menunjukkan ada negara yang mempunyai KDNK per kapita yang tinggi mempunyai nisbah hutang isirumah-KDNK yang tinggi seperti negara Germany. Walaubagaimanapun, ada juga negara seperti Itali yang mempunyai KDNK per kapita yang tinggi yang mempunyai nisbah hutang isirumah-KDNK yang rendah. Penggunaan pembolehubah bebas GDP dapat memberikan penjelasan samada pembangunan ekonomi boleh mempengaruhi hutang isirumah secara positif/negatif dan signifikan/tidak signifikan.

Untuk aspek kedua iaitu hak pemberi kredit dan pelaksanaan undang-undang, pembolehubah bebas yang digunakan adalah i) masa yang diperlukan oleh mahkamah dalam prosedur mengutip bayaran daripada cek tendang (DRT) sebagai proksi kecekepan mahkamah; ii) indeks hak pemberi kredit (CRD); dan iii) pengamalan undang-undang berdasarkan undang-undang asal England (LWR) sebagai proksi aspek undang-undang yang tidak diambilkira oleh pembolehubah lain serta sebagai pembolehubah kawalan. Jappelli, Pagano, & Maggio (2008) merujuk kepada Djankov et al. (2003) di mana DRT digunakan sebagai ukuran kecekapan mahkamah (ukuran kecekapan yang lain juga memberikan keputusan yang sama). Bagi penggunaan indeks hak pemberi kredit (CRD) untuk mengukur tahap perlindungan hak menyeluruh dari segi undang-undang kepada pemberi kredit, hak pemberi kredit termasuklah hak mendapatkan semula modal dan hak mendapatkan bayaran awal semasa pencairan modal peminjam yang bankrap. Markah 1 diberikan kepada setiap hak yang diberi oleh undang-undang di setiap negara dan dikira menjadi indeks. Indeks yang dirujuk adalah daripada La Porta et al. (1998) iaitu indeks bagi tahun 2003.

Di bawah aspek ketiga iaitu perkongsian maklumat antara pemberi kredit, dua pembolehubah bebas digunakan iaitu peratus populasi yang datanya termasuk dalam biro kredit swasta (PRV) dan peratus populasi yang datanya termasuk dalam pangkalan data kredit awam (PBL). Biro kredit swasta didefinisikan sebagai firma komersial swasta atau badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pangkalan data maklumat peminjam dalam sistem kewangan. Fungsi utamanya adalah membantu pertukaran maklumat antara bank dan institusi kewangan.Pangkalan data kredit awam pula

(8)

ialah pangkalan data yang dipertanggungjawabkan ke atas pihak berkuasa yang dilantik yang mengumpul maklumat mengenai peminjam. Pangkalan data ini boleh diakses oleh institusi kewangan bagi tujuan menyemak status peminjam. Kedua-dua pembolehubah ini menggunakan data bagi tahun 2003. Perkongsian data mengenai peminjam dan status pinjaman mereka mempunyai kesan terhadap pasaran kredit. Ini kerana ia membantu bank dalam meramal kemungkinan pembayaran pinjaman, menjadi satu cara mendisiplinkan peminjam supaya tetap membayar pinjaman dan mengurangkan kemungkinan peminjam membuat hutang yang berlebihan secara serentak dari pelbagai bank. Aspek ini akan turut dikaji dalam kajian ini, termasuk kesannya yang juga boleh dianggap sebagai proksi kepada liberalisasi kewangan.

Bagi faktor dari sebelah permintaan, Indeks Gini digunakan untuk mengukur jurang pendapatan (GNN). Indeks yang digunakan adalah versi dikemaskini sebagaimana diterangkan oleh Deininger and Squire (1996), iaitu merangkumi 682 cerapan daripada 108 negara, di mana 65% adalah berdasarkan data oleh agensi statistik kebangsaan atau data yang dikumpul oleh agensi antarabangsa manakala 35% adalah berdasarkan data primer seperti kajiselisik isirumah. Pembolehubah ini penting kerana ia boleh mengukur komponen jurang pendapatan yang disebabkan oleh tabiat penggunaan isirumahdan kejutan dalam ekonomi yang bersifat kekal. Indeks Gini juga boleh digunakan sebagai proksi tidak sempurna bagi mengukur kejutan ekonomi yang bersifat sementara. Rajah 1 menunjukkan kedudukan jurang pendapatan negara-negara mengikut KDNK per kapita, dan Rajah 2 pula menunjukkan hubungan jurang pendapatan dengan hutang isirumah mengikut negara.

Bagi faktor dari sebelah penawaran, indeks jumlah saham tiga bank terbesar dalam aset keseluruhan sistem perbankan (CNT) digunakan untuk mengukur struktur kompetitif pasaran kredit.Indeks diambil daripada pangkalan data oleh Levine dan Demirguc-Kunt(2006), dan didefinisikan mengikut pangkalan data Fitch-IBCA yang melaporkan data laporan kewangan bank dari tahun 1988. Pembolehubah bebas ini digunakan kerana struktur pasaran kredit yang kompetitif boleh memberikan pilihan dan bolehcapaian kredit yang lebih banyak serta murah, di mana golongan berpendapatan rendah juga dapat membuat pinjaman.Ini tentunya mempengaruhi tahap hutang isirumah di dalam sesebuah negara.

DAPATAN KAJIAN

Persamaan (2) telah dianggar menggunakan sembilan pembolehubah yang telah digunakan.Sampel telah dibahagikan mengikut kaedah penganggaran ambang ufuk yang dicadangkan oleh Hansen (1996, 2000) untuk mengkaji hipotesis jurang pendapatan-hutang isirumah menggunakan Indeks Gini sebagai ukuran untuk jurang pendapatan sebagaimana yang digunakan oleh Jappelli, Pagano, & Maggio (2008).Keputusan yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 1.

Kajian ini telah mendapati beberapa penemuan yang menarik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan di antara jurang pendapatan dan hutang isirumah adalah tidak bersifat linear.Oleh itu, kesimpulan awal yang mengatakan hubungan jurang pendapatan-isirumah adalahmonotonik boleh menjadi tidak benar.Jadual 1 menunjukkan bahawa nilai p bagi hipotesis yang tidak mempunyai kesan ambang ufuk telah ditolak pada tahap yang signifikan, sebagaimana yang dikira menggunakan kaedah bootstrap dengan 1000 kali ulangan dan 15% bagi trimming percentage.Ini bermakna wujudnya hubungan yang lebih dinamik antara jurang pendapatan dan hutang isirumah, dengan pengaruhpembangunan ekonomi pada tahap tertentu.

Dapatan regresi keseluruhan juga mendapati,apabila diambilkira kesan keseluruhan di seluruh dunia, faktor jurang pendapatan adalah tidak signifikan terhadap peningkatan hutang isirumah tetapi faktor ciri institusi dan faktor dari sebelah penawaran boleh mempengaruhi peningkatan dalam hutang isirumah.PembolehubahGNN berhubungan negatif tetapi tidak signifikan terhadap hutang isirumah manakala GDP, DRT, CNT, PRV, PBL, CRD dan LWR kesemuanya berhubungan positif dan signifikan dengan hutang isirumah.Dapatan ini adalah selari dengan Jappelli, Pagano, & Maggio (2008),berkemungkinan disebabkan oleh jurang pendapatan yang tinggi di beberapa negara telah di offset oleh jurang pendapatan yang rendah di negara lain, dan ini tidak memberikan kesan yang signifikan ke atas hutang isirumah secara keseluruhan.

Penemuan kedua menunjukkan sampel boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza melalui penentuan ambang ufuk iaitu berdasarkan KDNK per kapita.Negara yang mempunyai KDNK per kapita kurang/sama dengan tahap ambang ufuk diandai sebagai negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendah, manakala negara yang mempunyai KDNK per kapita melebihi tahap ambang ufuk diandai sebagai negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang tinggi.Tahap ambang ufuk yang telah dianggarkan dalam kajian ini ialah USD13,990. Daripada sampel 49 negara yang dikaji, 16 negara berada dalam kumpulan yang mempunyai pembangunan ekonomi

(9)

tinggi, contohnyaDenmark, Italy, Jepun dan United Kingdom manakala 33 negara berada dalam kumpulan yang mempunyai pembangunan ekonomi sederhana/rendah, contohnya Brazil, China, Malaysia dan Indonesia.Jadual 2 menunjukkan senarai penuh 49 negara mengikut kumpulan.Terdapat perbezaan hubungan antara jurang pendapatan dan beberapa pembolehubah bebas dengan hutang isirumah antaradua kumpulan ini.

Perbezaan dapatan yang pertama adalah jurang pendapatan tinggi akan menyebabkan hutang isirumah menurun di negara berpembangunan sederhana/rendah dan sebaliknya menyebabkan hutang isirumah meningkat di negara berpembangunan tinggi. Bagi negara berpembangunan sederhana/rendah, Jadual 1 menunjukkan jurang pendapatan berhubungan negatif dengan hutang isirumah, di mana koefisien bagi GNN adalah -0.206 dan signifikan pada tahap 10%. Akan tetapi, bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang tinggi, jurang pendapatan berhubungan positif dengan hutang isirumah, di mana koefisien pada GNN adalah 4.059 dan adalah signifikan pada tahap 10% dan 5%.

Perbezaan dapatan yang kedua pula ialah struktur kompetitif pasaran kredit adalah sangat signifikan mempengaruhi hutang isirumah di negara berpembangunan tinggi manakala ianya tidak signifikan di negara berpembangunan sederhana/rendah berdasarkan koefisien CNT pada tahap signifikan 10%.Ini bermakna tahap kompetitif pasaran kredit dalam dua kumpulan negara memberi kesan yang berbeza, di mana pasaran kredit di negara berpembangunan tinggi berkemungkinan lebih cekapserta memberi pilihan yang lebih banyak kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan kredit berbanding negara berpembangunan sederhana/rendah (rujuk Gimet &

Lagoarde-Segot (2012)).

Perbezaan ketiga dan keempat adalah pada pembolehubah CRD dan LWR.Bagi negara berpembangunan tinggi, faktor hak pemberi pinjaman (CRD) adalah positif dan signifikan mempengaruhi hutang isirumah manakala positif tetapi tidak signifikan bagi negara berpembangunan sederhana/rendah.Situasi ini berkemungkinan kerana wujudnya kesedaran yang lebih tinggi mengenai hak pemberi dan penerima pinjaman serta tuntutan yang lebih ketat ke atas pematuhan undang-undang di negara berpembangunan tinggi. Dengan wujudnya mekanisma undang-undang yang kukuh dalam menangani sebarang masalah berkaitan pinjaman, pemberi kredit akan merasa terjamin untuk memberi pinjaman dan ini boleh menyebabkan hutang isirumah meningkat. Bagi faktor negara asal undang- undang yang digunakanpula (LWR), negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendah menunjukkan wujudnya hubungan yang positif dan signifikan antara LWR dengan hutang isirumah tetapi menunjukkan hubungan yang negatif dan tidak signifikan di negara berpembangunan tinggi.

Sebagai tambahan kepada perbezaan antara dua kumpulan negara, didapati perkongsian maklumat antara pemberi kredit dan liberalisasi kewangan adalah positif dan signifikan bagi negara berpembangunan sederhana/rendah tetapi negatif dan signifikan bagi negara berpendapatan tinggi berdasarkan pembolehubah PBL pada tahap signifikan 10%.Ini bermakna akses mudah, cepat dan telus kepada maklumat berkaitan kewangan dan kredit (sebagai sebahagian proses liberalisasi kewangan) dapat membantu pihak pemberi kredit membuat keputusan mengenai kelulusan kredit, dan seterusnya mempengaruhi jumlah hutang isirumah.Walau bagaimanapun, pembolehubah PRV yang juga merupakan proksi kepada perkongsian maklumat dan liberalisasi kewangan adalah tidak signifikan bagi kedua-dua kumpulan negara.

Dari segi persamaan dapatan antara dua kumpulan negara pula, didapati KDNK per kapita dan kecekapan mahkamah memberi kesan yang sama kepada kedua-dua kumpulan negara, di mana KDNK per kapita mempunyai hubungan yang positif dan signifikan ke atas hutang isirumah manakala kecekapan mahkamah memberi kesan negatif dan signifikan ke atas hutang isirumah berdasarkan koefisien pembolehubah GDP dan DRT pada tahap signifikan 10%.

Keputusan analisis dengan terma interaksi

Untuk persamaan (3) dan (4) di mana terma interaksi antara GNN dan GDP (pembolehubah IGG) dan GNN dan PRV (pembolehubah IGP) dimasukkan di dalam model, didapati bahawa dapatan global dengan interaksi adalah samadengan dapatan global tanpa interaksi. Dapat dilihat pada Jadual 3, faktor GDP, DRT, CNT, PRV, PBL, CRD dan LWR berhubungan secara positif dan signifikan dengan hutang isirumah, manakala faktor GNN, IGG dan IGP adalah berhubungan secara negatif dan tidak signifikan dengan hutang isirumah.

Bagi analisis yang melibatkan ambang ufuk, didapati tahap ambang ufuk telah meningkat sedikit daripada USD13,990 kepada USD14,800. Dapatan analisis pembolehubah IGG dan IGP mempunyai keputusan yang sama bagi kedua-dua kumpulan negara, iaitu IGG dan IGP adalah berhubungan secara negatif dan signifikan dengan hutang isirumah ( = β9 = -7.7073 bagi GDP

(10)

≤14800.00dan –0.0004 bagi GDP >14800.00). Ini bermakna sekiranya wujud interaksi antara jurang pendapatan dengan pembangunan ekonomi atau jurang pendapatan dengan liberalisasi kewangan, hutang isirumah akan meningkat apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewangan merosot.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa dapatan daripada regresi jurang pendapatan-hutang isirumah tanpa terma interaksi dan dengan terma interaksi di atasdiandaikan tidak mempunyai masalah endogeneity kerana pembolehubah bebas yang digunakan adalah bersifat eksogen.

RUMUSAN

Dalam kajian ini, hipotesis hubungan di antara jurang pendapatan dan hutang isirumah dianalisis menggunakan regresi anggaran ambang ufuk dengan mengambilkira tahap pembangunan ekonomi sesebuah negara.Tahap ambang ufuk pembangunan negara ditentukan secara endogenous dan digunakan untuk menguji pelbagai faktor yang mempengaruhi hutang isirumah di 49 negara yang dikaji.

Terdapat beberapa dapatan analisis yang penting daripada kajian ini.Pertama, didapati bahawa hubungan di antara jurang pendapatan dan hutang isirumahbersifat tidak monotonositi dan wujud kesan ambang ufuk dalam model regresi yang digunakan.Berlainan denganhasil kajian Jappelli, Pagano, &

Maggio (2008) yang mendapati jurang pendapatan tidak memberi kesan yang signifikan kepada hutang isirumah, dan kajian Iacoviello (2008) yang mendapati bahawa jurang pendapatan memberi kesan positif dan signifikan kepada hutang isirumah, hasil kajian ini mendapati bahawa wujud hubungan antara jurang pendapatan dengan hutang isirumah dan ianya bersifat tidak sama bagi semua negara, iaitu bergantung kepada tahap ambang ufuk yang ditentukan oleh KDNK per kapita. Jika kesan jurang pendapatan dilihat secara global tanpa melihat kepada kesan tahap ambang ufuk, terdapat kemungkinan kesan jurang pendapatan di beberapa negara (atau negeri, jika kajian melibatkan hanya satu negara seperti di Amerika Syarikat) telah di offset oleh kesan di negara/negeri lain. Kesan keseluruhan jurang pendapatan akan bergantung kepada sejauh mana jurang pendapatan yang tinggi di offset oleh jurang pendapatan yang rendah. Jika ianya seimbang antara tinggi dan rendah, maka jurang pendapatan tidak memberi kesan, manakala jika tinggi melebihi rendah, jurang pendapatan akanmemberi kesan yang positif kepada hutang isirumah. Dengan diwujudkan kesan ambang ufuk, kesan jurang pendapatan terhadap hutang isirumah dapat dianalisis dengan lebih tepat dan seterusnya dasar kewangan mengenai hutang isirumah boleh dibuat dengan lebih tepat.

Kedua, kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa jurang pendapatan adalah signifikan dan penting dalam menentukan takat hutang isirumah bagi kedua-dua kumpulan negara, dan kesannya bergantung kepada kedudukan negara mengikut KDNK per kapitanya.Bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang tinggi(KDNK per kapita melebihi tahap ambang ufuk), jurang pendapatan berhubungan secara positif dengan hutang isirumah. Sebagai contoh, di negara seperti Jepun, Italy, Denmark, Sweden dan Amerika Syarikat, peningkatan dalam jurang pendapatan akan memberi kesan peningkatan kepada hutang isirumah.Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian Iacoviello (2008) yang menunjukkan bahawa jurang pendapatan di Amerika Syarikat berhubungan positif dengan hutang isirumah.Bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendah(KDNK per kapita kurang/sama dengan tahap ambang ufuk) seperti Malaysia, India, Colombia, Thailand dan Taiwan,jurang pendapatan berhubungan secara negatif dengan hutang isirumah, di mana peningkatan jurang pendapatan akan memberi kesan penurunankepada hutang isirumah.Selain daripada kesan jurang pendapatan ini, perbezaan antara dua kumpulan negara ini juga dipengaruhi oleh faktor penentu lain seperti tahap perkongsian maklumat dan liberalisasi kewangan, kecekapan institusiperundangan dan perbankan, serta kelakuan pengguna dan pemberi kredityang tentunya mempunyai kesan yang berlainan mengikut tahap pembangunan negara masing-masing.

Ketiga, kajian ini turut mendapati,jika wujud interaksi antara jurang pendapatan dengan pembangunan negara, atau wujud interaksi antara jurang pendapatan dengan liberalisasi kewangan, tidak terdapat perbezaan pada kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah bagi kedua-dua kumpulan negara iaitu hutang isirumah akan meningkat apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewangan merosot. Ini menunjukkan bahawa dasar kewangan yang melibatkan hutang isirumah bukan hanya perlu melihat kepada faktor jurang pendapatan secara bersendirian sahaja, tetapi perlu juga melihat kepada interaksi faktor pembangunan ekonomi dan liberalisasi kewangan dengan jurang pendapatan yang berlaku dengan serentak dalam perancangan pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan melihat kembali kepada saranan Rasululullah SAW di awal kertas kajian supaya umat Islam selalu berdoa agar dilindungi dari dosa dan hutang, sewajarnya pengguna, pengeluar dan pemerintah negara yang beragama Islam mengambilnya sebagai panduan dalam mengatur kewangan di peringkat mikro dan makro. Isirumah dan pengeluar di negara Islam haruslah mengamalkan nilai dan

(11)

sikap yang berbeza dengan pengguna dan pengeluar konvensional iaitu tidak mengambil prinsip memaksimumkan kepuasan ekonomi sebagai pegangan, sebaliknya memegang tiga prinsip penggunaan yang utama iaitu kekayaan sebagai amanah, kejayaan melalui keredhaan Allah dan balasan di hari akhirat (Al-Quran 81:22). Sebagai contoh, isirumah Islam mestilah mengutamakan barangan keperluan asasi dan barang keselesaan dalam pertimbangan untuk membuat pinjaman dan menghadkan pinjaman untuk barangan kesenangan. Pengguna Islam juga haruslah berjimat demi keperluan masa hadapan, tidak membazir dan dalam masa yang sama, tidak bersifat kedekutdalam membelanjakan tabungan untuk penggunaan yang diharuskan.Semua perbelanjaan pula mestilah dengan niat untuk mendapat pahala dari Allah SWT dan digunakan dengan betul mengikut peraturan Islam.Bagi pengeluar Islam pula, dalam kes ini merujuk kepada institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan pinjaman berasaskan syariah, perlulah meletakkan objektif mendapatkan untung patut dan bukan untung maksimum, di samping memberi penekanan terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan dan bukan terhadap keuntungan sendiri sahaja (Ahmad, et al (2011)). Di peringkat makro atau negara, kerajaan berperanan memastikan dasar kawalan kreditdibangunkan dengan falsafah, tujuan dan peraturan Islam yang jelas, dan berterusan mendidik pengguna untuk membuat keputusan mengenai hutang isirumah berlandaskan prinsip Islamyang tentunya mengarah kepada kemakmuran dan keseimbangan ekonomi yang menyeluruh dalam masyarakat.

Kesimpulannya, negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendahperlu mempertimbangkan dasar kawalan kredit melibatkan faktor utama selain daripada jurang pendapatan dalam masyarakat manakala negara yang mempunyai pembangunan ekonomi tinggi perlu melihat dengan teliti dasar yang mengawal jurang pendapatannya kerana ia boleh mempengaruhi peningkatan atau penurunan takat hutang isirumah secara signifikan. Kedua-dua kumpulan negara walau bagaimanapun, tidak dapat mengelak daripada melaksanakan dasar mengawal hutang isirumah kerana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara masing-masing, cuma yang berbeza adalah dari segi strategi, keutamaan dan objektif dasarnya.Bagi negara Islam pula, dasar mengawal hutang isirumah juga perlu mengambilkira saranan yang dianjurkan oleh Islam supaya amalan berhutang tidak merugikan masyarakat malah dapat mewujudkan keseimbangan ekonomi yang berterusan.

RUJUKAN

Athanassiou, E. (2012). Household Debt and Domestic Demand: Greece versus other Euro zone Economies, International Journal of Business and Social Science, 3(10), 157-167.

Barba, A., & Pivetti, M. (2008). Rising household debt: Its causes and macroeconomic implications--a long-period analysis. Cambridge Journal of Economics, 33(1), 113–137.

doi:10.1093/cje/ben030.

Cynamon, B. Z., & Fazzari, S. M. (2008). Household Debt in the Consumer Age: Source of Growth - Risk of Collapse. Capitalism and Society, 3(2).

Cynamon, B. Z., & Fazzari, S. M. (2010).The End of the Consumer Age, 3.

Debelle, G. 2004. ‘Macroeconomic Implications of Rising Household Debt’, BIS Working Paper, no.

153.

Gimet, C., & Lagoarde-Segot, T. (2012).Financial sector development and access to finance. Does size say it all? Emerging Markets Review, 13(3), 316–337. doi:10.1016/j.ememar.2011.11.002 Hsing, Y. (2005). Economic growth and income inequality: the case of the US. International Journal of

Social Economics, 32(7), 639–647. doi:10.1108/03068290510601153.

Iacoviello, M. (2008). Household Debt and Income Inequality, 1963 – 2003. Journal of Money, Credit and Banking,40(5).

Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2011. Ekonomi Islam: Satu pendekatan Analisis.

ISBN 978-967-942-966-4.

Jappelli, T., Pagano, M., & Maggio, M. Di. (2008). ‘Households’ Indebtedness and Financial Fragility’, Papers presented at 9th Jacques Polak Annual Research Conference,held at International Monetary Fund, Washington DC, 13-14November (pp. 1-41).

Kollmeyer, C. (2013). Consumer markets and national income inequality: A study of 18 advanced capitalist countries. International Journal of Comparative Sociology, 53(5-6), 400–418.

doi:10.1177/0020715212473314.

Sarmidi, T., Law, S.H. and Y. Jaafari (2013).Resource curse: New evidence on the role of institutions.

International EconomicJournal. doi:10.1080/10168737.2012.787110.

http://www.zaharuddin.net/kewangan/138-bahaya-hutang-menurut-islam.html.

(12)

RAJAH 1: Kedudukan Jurang Pendapatan Negara Mengikut KDNK per Kapita (2005)

RAJAH 2: Kedudukan Hutang Isirumah Negara Mengikut Jurang Pendapatan (2005)

(13)

JADUAL 1: Ujian Pembahagian Sampel – Kaedah Penganggaran Ambang Ufuk Testing for a First Sample Split, Using gdp Threshold Estimation Test of Null of No Threshold Against

Alternative of Threshold

Allowing Heteroskedastic Errors (White Corrected)

Threshold Variable = GDP

Threshold Estimate 13990.000

95% Confidence Interval: [13310.00 , 14800.00 ]

Number of Bootstrap Replications 1000.0000

Trimming Percentage 0.15000000 Sum of Squared Errors 0.38809151 Residual Variance 0.012519081 Joint R-Squared 0.88484364 Heteroskedasticity Test (p-value) 0.55000837 Threshold Estimate 14800.000

LM-test for no threshold 18.997572 Bootstrap P-Value 0.029000000 Global OLS Estimation, Without Threshold Dependent Variable: HHD

Heteroskedasticity Correction Used

Regime 1: GDP ≤ 13990.00 Parameter Estimates

Regime 2: GDP > 13990.00 Parameter Estimates

Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error

Constant -0.036661164 0.18874915 Constant 0.047008827 0.12815864 Constant -1.4571700 0.52104674

GDP 1.4707171E-005 2.7708883E-006 GDP 3.4830536E-005 4.6414106E-006 GDP 1.6856586E-005 6.3631136E-006 DRT -0.00010970630 8.3787927E-005 DRT -0.00015754868 0.00010448722 DRT -0.00057039383 0.00015036564

CNT 0.20354695 0.14269684 CNT 0.056459795 0.11570651 CNT 0.56127151 0.20807947

GNN -0.20334676 0.25411626 GNN -0.20596730 0.14770435 GNN 4.0587896 0.75972079

PRV 0.12596946 0.082255165 PRV 0.0087045459 0.10387035 PRV 0.041991055 0.070791943

PBL 0.27239422 0.21027062 PBL 0.34369499 0.12625628 PBL -0.39725212 0.11648165

CRD 0.032409865 0.017640046 CRD 0.0091155871 0.017797964 CRD 0.073081667 0.024567733

LWR 0.18090630 0.057412930 LWR 0.17493439 0.048633210 LWR -0.020323494 0.044903191

Observations 49.000000 Degrees of Freedom 40.000000 Sum of Squared Errors 0.83967488 Residual Variance 0.020991872 R-squared 0.75084767 Heteroskedasticity Test (P-Value) 0.17336910

Observations 33.000000 Degrees of Freedom 24.000000 Sum of Squared Errors 0.29976636 Residual Variance 0.012490265 R-squared 0.79258142

Observations 16.000000 Degrees of Freedom 7.0000000 Sum of Squared Errors 0.088325158 Residual Variance 0.012617880 R-squared 0.86207276

Pembolehubah yang signifikan

(14)

JADUAL 2: Kumpulan Negara Mengikut Tahap Ambang Ufuk

NO NEGARA (GDP ≤ 13990.00) NO NEGARA(GDP > 13990.00)

1. Argentina 1. Australia

2. Brazil 2. Austria

3. Bulgaria 3. Belgium

4. Chile 4. Denmark

5. China 5. Finland

6. Colombia 6. France

7. Cyprus 7. Germany

8. Czech Republic 8. Ireland

9. Estonia 9. Italy

10. Greece 10. Japan

11. Hungary 11. Luxembourg

12. India 12. Netherlands

13. Indonesia 13. Spain

14. Korea 14. Sweden

15. Latvia 15. United Kingdom

16. Lithuania 16. United States

17. Malaysia 18. Malta 19. Mexico 20. New Zealand 21. Peru

22. Philippines 23. Poland 24. Portugal 25. Romania 26. Russia

27. Slovak Republic 28. Slovenia 29. South Africa 30. Taiwan 31. Thailand 32. Turkey 33. Venezuela

(15)

JADUAL 3: Ujian Pembahagian Sampel – Kaedah Penganggaran Ambang Ufuk (Dengan Pembolehubah InteraksiIGG dan IGP) Testing for a First Sample Split, Using gdp Threshold Estimation

Test of Null of No Threshold Against Alternative of Threshold

Allowing Heteroskedastic Errors (White Corrected)

Threshold Variable = GDP

Threshold Estimate 14800.000

95% Confidence Interval: [5020.000, 21470.00]

Number of Bootstrap Replications 1000.0000

Trimming Percentage 0.15000000 Sum of Squared Errors 0.35665756 Residual Variance 0.012298536 Joint R-Squared 0.89417087 Heteroskedasticity Test (p-value) 0.49075203 Threshold Estimate 8490.0000

LM-test for no threshold 19.785519 Bootstrap P-Value 0.037000000 Global OLS Estimation, Without Threshold Dependent Variable: HHD

Heteroskedasticity Correction Used

Regime 1: GDP ≤14800.00 Parameter Estimates

Regime 2: GDP >14800.00 Parameter Estimates

Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error

Constant -0.053007043 0.18400212 Constant -0.16283912 0.14265895 Constant -5.5190156 2.4556125 GDP 1.7344490E-005 1.0367913E-005 GDP 5.3257706E-005 1.2185114E-005 GDP 0.00013655269 6.8913815E-005 DRT -0.00010984954 8.3406546E-005 DRT -0.00012830799 9.5878141E-005 DRT -0.00058125421 0.00012491312

CNT 0.19794873 0.14702573 CNT 0.10959121 0.10653493 CNT 0.82059862 0.26522231

GNN -0.15305173 0.27624720 GNN 0.19508359 0.21050914 GNN 16.854360 7.3614058

PRV 0.13275547 0.085371121 PRV 0.10005186 0.10963391 PRV 0.085386883 0.054769731

PBL 0.28091529 0.21854473 PBL 0.40407059 0.13782390 PBL -0.26707708 0.069740008

CRD 0.033011312 0.017911682 CRD 0.028429797 0.023523090 CRD 0.060107292 0.019185978

LWR 0.18257732 0.055539734 LWR 0.15474940 0.052151857 LWR -0.10169230 0.058800528

IGG/IGP -9.0467800E-006 3.3683715E-005 IGG/IGP -7.7073295E-005 3.9794010E-005 IGG/IGP -0.00038784001 0.00021508272 Observations 49.000000

Degrees of Freedom 39.000000 Sum of Squared Errors 0.83861239 Residual Variance 0.021502882 R-squared 0.75116294 Heteroskedasticity Test (P-Value) 0.15124509

Observations 34.000000 Degrees of Freedom 24.000000 Sum of Squared Errors 0.28559741 Residual Variance 0.011899892 R-squared 0.81752747

Observations 15.000000 Degrees of Freedom 5.0000000 Sum of Squared Errors 0.071060146 Residual Variance 0.014212029 R-squared 0.88902632 Pembolehubah yang signifikan

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sejarah telah membuktikan kepada negara seperti Amerika Syarikat (AS). Proses migrasi adalah merupakan faktor pelengkap kepada sesebuah pembangunan manusia dan negara,

Keputusan daripada kajian didapati wujud hubungan negatif yang lemah antara inflasi dengan pertumbuhan ekonomi, tetapi perubahan dalam jurang output (perbezaan

ICT ke atas 69 buah negara terpilih adalah positif dan signifikan menunjukkan bahawa kesan pembangunan kewangan terhadap ketidaksamaan pendapatan tidak membantu dalam

Antaranya ialah tekanan dari sudut undang-undang dari negara-negara yang ada kepentingan perdagangan dan memberi kesan kepada ekonomi negara. Beberapa negara seperti Amerika

Satu kajian perbandingan untuk melihat kesan peningkatan dana zakat telah dilakukan dan penyelidik mendapati, meningkatnya kutipan dana zakat akan memberi impak

Berdasarkan hasil kajian dengan model yang digunakan, untuk level output yang telah diketahui, dimana pembolehubah fiskal, berupa defisit, hutang dalam negara dan hutang

Hasil kajian awalan ini mendapati wujudnya kos dan faedah pembiayaan hutang, kepelbagaian aset, kadar faedah kurang risiko, saiz kos pemodalan semu la, peningkatan aliran tunai

Kajian ini bertujuan untuk melihat gelagat hidup mewah, tujuan berhutang, peratusan hutang daripada pendapatan bulanan, kesukaran untuk memenuhi keperluan asas dan kaedah