• Tiada Hasil Ditemukan

RUN FOR CLEFT – SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "RUN FOR CLEFT – SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

12792324 973146406055626 2305044623192323199 o

KUBANG KERIAN, 15 April 2016 – Bertujuan meringankan beban dan mengutip dana bagi Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM), dan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak HUSM (PEKA), satu larian amal akan diadakan pada 23 April ini yang bertempat di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian (USMKK).

Larian amal anjuran Persatuan Sains Pergigian Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), bersama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), terbuka kepada semua peringkat umur mengikut kategori yang diadakan.

Menurut Pengarah Projek, Izyan Izzati Mohd Razif, objektif larian ini adalah memberi kesedaran kepada siswa tentang nasib kanak-kanak CLAPAM dan PEKA dan memberi semangat kepada mereka.

“Selain itu, kami juga berharap agar dana ini dapat menambahkan jumlah tabungan mereka yang sedia ada. Program ini juga secara tidak langsung dapat menonjolkan sikap prihatin siswa kepada golongan tersebut.

“Kami juga menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM5000 untuk diberikan kepada kedua-dua persatuan ini,” jelasnya.

Yuran penyertaan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah sebanyak RM15, siswa USM, RM20 dan bagi kategori yang lain adalah RM25 setiap seorang.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Nadhirah (017-2018092) atau Sharmeen (012-9675702) atau layari laman sesawang mereka di Facebook Run FOR Cleft, Twitter @RunForCleft dan juga Instagram

@RunForCleft.

Teks: Nur ‘Izzah ‘Atira bt Muhamad Nazmi (Pelajar Internship USM) (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

RUN FOR CLEFT – SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

15 APR

(2)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Perkembangan sosial dan emosi – bermain juga dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran sosial dan emosi mereka apabila mereka bermain dengan rakan sebaya.. Ini adalah

Mutasi MSX I menunjukkan sumbangan yang bermakna untuk terjadinya kecacatan ini kepada pesakit rekahan bibir dan langit berbanding di dalam kanak-kanak normal

la adalah kerana kanak-kanak memerlukan sesuatu aktiviti ataupun pemerhaian bagi menjana minda mereka yang kian membesar.Oleh itu.pusat-pusat jagaan kanak-kanak

Sumbangan kewangan dari Persatuan Pesara, UKM dan barangan daripada Masjid Al-UMM, BBB.. Sumbangan kewangan dari Persatuan Pesara, UKM dan barangan daripada Masjid

Naib Presiden CWS, Teoh Teik Hoong berkata, persatuan itu ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi impian pesakit kanak-kanak yang terpilih sebagai pendorong untuk mereka lebih

KUBANG KERIAN, 8 Oktober 2015 – Bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Jabatan Psikiatri Universiti Sains Malaysia dan Persatuan Perubatan Psikologi

KUBANG KERIAN, 17 Mei – Lebih 400 orang mengambil bahagian dalam program ‘Run For Cleft’ kali ketiga anjuran Persatuan Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSG)

KUBANG KERIAN, 20 September 2015 – Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU) melalui Tabung Kebajikan dan Pendidikan PADU (PADUcare) melancarkan program