• Tiada Hasil Ditemukan

JMK 312– TEORI KESUSASTERAAN MUTAKHIR : PERSPEKTIF PERBANDINGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JMK 312– TEORI KESUSASTERAAN MUTAKHIR : PERSPEKTIF PERBANDINGAN "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

...2/-

_______________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2016/2017

Mei/Jun 2017

JMK 312– TEORI KESUSASTERAAN MUTAKHIR : PERSPEKTIF PERBANDINGAN

Masa: 3 jam

_______________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT (4) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan.

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 25 markah.

(2)

...3/- [JMK 312]

- 2 -

Pilih dan jawab EMPAT (4) soalan sahaja

1. Cerpen “Kejadian Dalam Estet” karya Keris Mas menggambarkan masalah politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sejurus selepas kemerdekaan.

Bagaimanakah hal tersebut dapat dirincikan menerusi teori Post-Kolonial?

(25 markah)

2. A.Samad Said melalui novelnya yang terkenal berjudul Salina mengisahkan penderitaan rakyat di Singapura selepas Perang Dunia kedua. Paparannya yang realistik amat berkesan di hati pembaca. Berdasarkan pernyataan tersebut bincangkan secara kritis dengan merujuk watak-watak utama novel tersebut.

(25 markah)

3. “Sampah” oleh Dayangku Mastura menampilkan konflik kepercayaan dengan teknik penceritaan yang menarik. Puak-puak yang berkonflik menggambarkan fenomena yang agak ekstrim dan meninggalkan kesan yang amat buruk dalam masyarakat. Berlandaskan teori Sosiologi, bincangkan secara kritis.

(25 markah)

4. Puisi-puisi pendek “Ribut Batin” dan “Jeritan” menampilkan pemikiran bernas penyairnya Muhammad Hj. Salleh. Pemikiran ini amat diperlukan dalam mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap sensitiviti manusia di sekeliling mereka. Dengan bersandarkan teori Sastera Islam bincangkan dan hadapkan isu tersebut kepada suasana kontemporari di Malaysia. (Sila rujuk Lampiran A).

(25 markah)

5. Kumpulan puisi Salasilah karya Zurinah Hassan antara lain bersumberkan cerita rakyat yang diadaptasikan dan disesuaikan dengan pemikiran bangsa Melayu terutama dalam suasana masa kini. Berlandaskan teori yang sesuai, kenalpasti corak pemikiran yang terkandung dalam puisinya berjudul “Modal Pak Pandir”. (Sila rujuk Lampiran B).

(25 markah)

6. Kajian bandingan terhadap teks kesusasteraan Melayu moden dan klasik berupaya mengenalpasti aspek persamaan dan berbezaan antara teks berkenaan tanpa menjejaskan nilai keaslian dan estetikanya. Bincangkan dengan merujuk contoh- contoh yang sesuai.

(25 markah)

(3)

...4/- [JMK 312]

- 3 -

LAMPIRAN A

Ribut Batin

serangkaian kata pembalut

perasaan halus,

kias

mengumpamakan makna

dengan sepadang suasana

Jeritan

kudengar jeritan dari celah jari kakiku

kerana yang kupijak ialah saudaraku.

(Muhammad Hj. Salleh)

(4)

...5/- [JMK 312]

- 4 -

LAMPIRAN B

Modal Pak Pandir

Jangan risau Pak Pandir

kebodohan bukan hanya milikmu ia sebenarnya sering berlaku

Seperti pada hari itu

Mak Andeh menyuruhmu mencari makan pergilah ke sungai memancing ikan tangkap belalang jadikan umpan.

Kau yang keliru

berjumpa rusa tanduk bercabang mengheretnya ke sungai

tanpa menyedari

rusa itu sebesar-besar rezeki dan kau telah membuang sebaik-baik peluang.

Ya, Pak Pandir

kau tentu tak menyangka kami pun begitu juga

tak pasti mana yang lebih besar antara harga yang dibayar dengan untung yang dikejar.

Mengharap seuncang untung terbuang modal sekarung

seperti rusa yang terbuang ke sungai yang terkorban mungkin lebih bernilai daripada matlamat yang dicapai

(Zurinah Hassan)

-oooOooo-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bagi pembolehubah kualitatif pula, penulis akan menanda (√) jika terdapat pengawalseliaan berdasarkan pembolehubah yang telah ditetapkan ke atas bank

Bincangkan teori hubungan etnik JS Furnivall dalam kerangka masyarakat majmuk Malaysia dengan contoh

Jelaskan konsep 'Horizons of Expectation' dalam pendekatan Jauss, dan bagaimanakah pemahaman tentangnya membantu seseorang pengkritik.

Teori pembangunan yang lahir daripada falsafah neo-klasikal adalah bertentangan dengan teori pembangunan yang lahir dari falsafah radikal3. Secara kritis, bincangkan

Merujuk kepada teori dan pendekatan ‘Hermeneutika’ (Hemzeneutics), huraikan tentang: (a) ‘jangkaan usia’ pendekatan ini menurut pengkaji- pengkaji Perbandingan

Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kursus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan itu,

Konsep-konsep yang berikut telah digunakan secara meluas dalam teori-teori linguistik. Bincangkan pengertian kesemua konsep ini berdasarkan penggunaannya dalam

Konsep-konsep yang berikut telah digunakan secara meluas dalam teori-teori linguistik. Bincangkan pengertian kesemua konsep ini berdasarkan penggunaannya dalam