• Tiada Hasil Ditemukan

Integriti dan kecemerlangan akademik: memerangi plagiarisma di dalam kelas penulisan akademik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Integriti dan kecemerlangan akademik: memerangi plagiarisma di dalam kelas penulisan akademik"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

ISSN : 1985-5826 RESEARCH NOTES AJTLHE Vol. 4, No.2, July 2012, 91-92

Integriti Dan Kecemerlangan Akademik: Memerangi Plagiarisma Di Dalam Kelas Penulisan Akademik

Jamaluddin Bin Aziz Fuzirah Hashim Norizan Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Latar Belakang Kajian

Kewujudan Internet secara tidak langsung telah terbukti dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, permasalahannya ialah pelajar akan ‘mengitar’ semula maklumat yang telah dikumpul tanpa memberi penghargaan yang sewajarnya kepada bahan rujukan daripada Internet. Fenomena ini telah menyumbang kepada peningkatan kes plagiarisma di dalam bidang akademik (Braumoeller & Gaines, 2001; Culwin & Lancaster, 2009). Untuk memerangi plagiarisma, terdapat beberapa buah universiti dari seluruh dunia yang telah berusaha untuk mengendalikan kelas penulisan akademik dan mewajibkan mereka yang bukan penutur asli bahasa Inggeris untuk mendaftar, menghadiri dan akhirnya, lulus kursus tersebut. Berdasarkan kepada kenyataan ini, objektif utama kajian adalah, pertamanya, untuk mengenalpasti bentuk-bentuk plagiarisma, kedua, untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang lebih efektif dan ketiga, untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai budaya plagiarisma ini.

Metodologi

Metodologi yang digunakan di dalam kajian tindakan ini terdiri daripada dua peringkat.

Peringkat pertama merangkumi satu pra-ujian yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai pemahaman subjek terhadap plagiarisma. Peringkat kedua adalah untuk menyediakan proses intervensi iaitu demonstrasi dan latihan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap plagiarisma di dalam penulisan akademik dan bagaimana untuk mengelakkan diri mereka daripada melakukannya. Limabelas orang pelajar siswazah antarabangsa telah terlibat dalam kajian ini. Contoh penulisan mereka telah dianalisa secara kualitatif.

Dapatan Awal

Dapatan utama kajian ini adalah, plagiarisma di dalam penulisan akademik perlu dilihat sebagai satu peringkat ke arah perkembangan bahasa, terutamanya di dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kajian ini telah mendedahkan bahawa walaupun subjek telah melakukan plagiarisma secara terang-terangan, majoriti tidak cuba untuk memperdaya para penyelidik.

(2)

91 Sebaliknya, mereka menyediakan rujukan yang tepat dan ini telah memberi peluang kepada penyelidik untuk mengenalpasti plagiarisma yang telah dilakukan.

Keduanya, berdasarkan kepada kategori plagiarisma yang telah diilhamkan oleh Malcolm Courthard, tiga bentuk plagiarisma yang utama telah dikenalpasti, yakni, “patchwriting”,

“borrowing” dan “cutting and pasting” (2004). Secara umumnya, para penyelidik menyokong pendapat Coulthard yang menghujahkan bahawa ketiga-tiga bentuk plagiarisma tersebut mempamerkan kemajuan ke arah penguasaan terhadap pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing. Dari perspektif bidang Kemanusiaan, pengalaman ini juga merupakan pemahaman subjek secara gradual mengenai kepentingan untuk mereka mempunyai pendapat dan suara mereka sendiri di dalam penulisan mereka.

Ketiga, terlalu banyak bukti yang telah menunjukkan bahawa secara umum, plagiarisma difahami sebagai konstruk dari Barat. Ini secara langsung menunjukkan yang negara asal subjek boleh memberi pengaruh tentang bagaimana subjek mentafsirkan penulisan akademik.

Oleh itu, plagiarisma tidak boleh dianggap secara keseluruhannya sebagai isu etika kerana ia bukanlah budaya yang boleh diterapkan secara universal.

Terdapat dua implikasi utama yang boleh diperolehi daripada kajian ini. Pertama, mereka yang melakukan plagiarisma tidak boleh diberi hukuman yang serius tanpa memahami sebabnya, terutamanya apabila menilai penulisan pelajar yang menulis di dalam bahasa kedua atau bahasa asing. Motif perlakuan ini perlu diselidiki terlebih dahulu dan diutamakan dalam proses penyelidikan mengenai kesalahan ini. Kedua, para pendidik perlu memahami yang para pelajar membawa bersama mereka latarbelakang budaya yang berbeza, yang besar kemungkinan mempunyai perbezaan pendapat mengenai penulisan ilmiah. Pada masa yang akan datang, latihan bersesuaian yang merangkumi pelbagai kaedah untuk mengelakkan pelajar daripada melakukan plagiarisma perlu digabungkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Braumoeller, B. F. & Gaines B. J., 2005. Actions Do speak louder than words: Deterring plagiarism with the use of plagiarism-detection Software. www.apsanet.org [June 2009].

Courthard, M. 2004. On plagiarism, patchwriting and the problems of overseas students in British Universities.

www.business-english.ch/downloads/Malcolm%20Coulthard/AESLA.art.2004.pdf [June 2009].

Culvin, F. & Lancaster, T. 2009. Plagiarism issues for higher education. Vine,123: 36-41

Corresponding Author: Jaywalker2uk@gmail.com

www.apsanet.org www.business-english.ch/downloads/Malcolm%20Coulthard/AESLA.art.2004.pdf

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti usaha British dalam menyebarkan propaganda sebagai medium komunikasi utama untuk mendapatkan

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti interaksi anatara CTCF dan YB-1 di dalam titisan sel RGBM dan mengenalpasti motif pada CTCF C domain yang terlibat dalam

Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tangkapan ikan yang mana kajian ini akan mengenalpasti hasil tangkapan ikan yang terdapat

Hasil kajian ini adalah untuk mencapai objektif kajian ini yang mana untuk mengukur tahap penggunaan IBS di dalam kerja pembinaan bangunan, mengenalpasti persepsi,

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui penilaian terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh tenaga pengajar yang barn di dalam kelas daijah satu untuk

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis perancangan dan jenis strategi pemasaran yang digunakan oleh pihak penganjur untuk menjayakan festival ini di

Objektif kajian dalam penyelidikan ini adalah mengenalpasti konsep pemasaran digital dalam mempromosikan filem Abang Long Fadil dan untuk mengenalpasti promosi melalui

Tiijuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap stres dan kpmitmen kerja para guru yang mengikuti pendidikan jarak jauh di Kuehing.. Kedua, ialah untuk mengenalpasti