• Tiada Hasil Ditemukan

(1)PENGURUSAN DAN KEPUASAN PENGUNJUNG DI MUZIUM BUGIS SUNGAI RAMBAH PONTIAN JOHOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)PENGURUSAN DAN KEPUASAN PENGUNJUNG DI MUZIUM BUGIS SUNGAI RAMBAH PONTIAN JOHOR"

Copied!
83
0
0

Tekspenuh

(1)PENGURUSAN DAN KEPUASAN PENGUNJUNG DI MUZIUM BUGIS SUNGAI RAMBAH PONTIAN JOHOR. NUR ATASSHA HAIZANI BINTI ROSINI. IJAZAH SARJANA MUDA 2022. FYP FTKW. IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP.

(2) FYP FTKW IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PENGURUSAN DAN KEPUASAN PENGUNJUNG DI MUZIUM BUGIS SUNGAI RAMBAH PONTIAN JOHOR. Oleh: NUR ATASSHA HAIZANI BINTI ROSINI. Projek Penyelidikan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN 2022.

(3) Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. /. TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam teks (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh SULIT. sehingga. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972) (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi. TERHAD. di mana penyelidikan dijalankan). Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut. Tesis adalah milik Universiti Malaysia Kelantan. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.. ATASSHA Tandatangan. Tandatangan Penyelia. (Nur Atassha Haizani Binti Rosini). (Dr. Ainul Wahida Binti Radzuan. No. Kad Pengenalan. Tarikh :. (980501-06-5408) Tarikh :. i. FYP FTKW. PENGESAHAN TESIS.

(4) Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kurnia-Nya ke atas nikmat masa, nyawa dan tenaga yang diberikan, dapatlah saya menyelesaikan projek penyelidikan yang dijalankan oleh saya dengan jayanya. Bukan itu sahaja, projek penyelidikan ini juga merupakan salah satu syarat wajib yang perlu disiapkan untuk pelajar di Universiti Malaysia memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian warisan dengan Kepujian, Universiti Malaysia Kelantan sesi 2022. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Ainul Wahida Binti Radzuan selaku penyelia projek penyelidikan yang telah banyak membantu dan memberikan dorongan kepada saya sepanjang menyelesaikan kajian ini. Segala usaha keras dan penat lelah beliau dalam membantu saya amatlah saya hargai dan semoga Allah s.w.t yang merahmati dan membalas budi baik beliau terhadap saya. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepeda ahli keluarga saya terutamanya kepada ibubapa saya iaitu Encik Rosini Bin Karyou dan Puan Noriah Binti Muhammad serta ahli keluarga yang memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal. Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu saya menyiapkan projek penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung serta memberikan idea yang bernas semasa menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Di samping itu, saya turut mengucapakan ribuan terima kasih kepada para informan yang sudi meluangkan masa mereka untuk memberikan maklumat yang saya perlukan bagi projek penyelidikan ini. Semua jasa anda tidak mampu saya balas dan semoga Allah memudahkan segala urusan kalian dalam setiap langkah yang ditempa. Akhir bicara, saya dengan rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa saya menyiapkan kajian ini. Semoga setiap langkah kita sentiasa diberkati oleh Allah.s.w.t.. i. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(5) KEPUASAN PENGUNJUNG DI MUZIUM BUGIS SUNGAI RAMBAH JOHOR ABSTRAK Muzium ini merupakan tempat penyimpanan awam objek sejarah yang memaparkan budaya dan warisan manusia. Ia memberikan kepentingan pendidikan dan hiburan kepada orang ramai. Bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah memaksa muzium ditutup, dan pelawat tidak dibenarkan melawat melainkan mereka mematuhi SOP (Standard Operating Procedure) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Hasilnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan wabak COVID-19 terhadap pengurusan muzium dan kepuasan pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah, Johor. Kajian ini mengandungi tiga objektif utama seperti: mengenal pasti kesan Pandemik COVID-19 terhadap Muzium Bugis; untuk mengkaji kesan Covid-19 terhadap kepuasan pengunjung terhadap Muzium Bugis dan menganalisis langkah-langkah yang perlu diambil oleh pemilik dalam mempromosikan Muzium Bugis kepada pengunjung semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kaedah campuran telah digunakan untuk kajian ini dengan menemu bual dua orang peserta kajian dan 181 pengunjung muzium untuk menjawab soal selidik tinjauan. Kajian itu mendedahkan bahawa Covid-19 telah menjejaskan pengurusan muzium dari segi pengagihan kerja, mod kerja dari rumah dan giliran kakitangan di muzium. Selain itu, kajian ini mendapati kepuasan pengunjung terhadap Muzium Bugis termasuklah kemudahan pameran dan muzium dalam talian. Oleh itu, kajian ini juga memainkan peranan penting dalam mencadangkan idea dan langkah untuk profesional muzium, komuniti dan pihak berkepentingan untuk menguruskan muzium semasa pandemik. Kata Kunci: Pandemik COVID-19, Muzium Bugis, Kesan, Pengurusan, Langkah. i. FYP FTKW. IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PENGURUSAN DAN.

(6) SATISFACTION AT BUGIS MUSEUM SUNGAI RAMBAH JOHOR ABSTRACT The museum is a public repository of historical objects that displays the culture and heritage of human beings. It provides educational and entertainment significance to the public. However, the pandemic COVID-19 has forced the museum to close, and visitors were not permitted to visit unless they observed the SOP (Standard Operating Procedure) enforced by the government. As a result, this study aims to examine the impact of the pandemic COVID-19 on the museum management and visitors' satisfaction at Muzium Bugis Sungai Rambah, Johor. This study comprises of three main objectives such as: to identify effects of Pandemic COVID-19 towards Muzium Bugis; to examine effects of Covid-19 on the visitors' satisfaction on Muzium Bugis and to analyse steps that need to be taken by the owner in promoting Muzium Bugis to the visitors during the pandemic COVID-19. A mixed-method approach has been used for this study by interviewing two research participants and 181museum visitors to answer the survey questionnaires. The study revealed that Covid-19 had affected the museum management in terms of distribution of work, work from home mode and rotations of staff in the museum. In addition, this study found that visitors'’ satisfaction with the Muzium Bugis includes its online exhibition and museum facilities. Therefore, this study also plays a significant role in suggesting ideas and steps for the museum professionals, community, and stakeholders to manage the museum during the pandemic.. Keywords: Pandemic COVID-19, Bugis Museum, Impact, Management, Measures. i. FYP FTKW. IMPACT OF PANDEMIC COVID-19 ON MANAGEMENT AND VISITOR.

(7) Halaman PENGESAHAN TESIS. I. PENGHARGAAN. II. ABSTRAK. III. ABSTRACT. IV. ISI KANDUNGAN BAB 1. V-VI. PENDAHULUAN. 1.0. Pengenalan. 1-2. 1.2. Lokasi Kajian. 2-3. 1.3. Pemasalahan Kajian. 3-4. 1.4. Persoalan Kajian. 4-5. 1.5. Objektif kajian. 5. 1.6. Kepentingan Kajian. 5. 1.5.1 Kepentingan Kepada Individu. 6. 1.5.2 Kepentingan Kepada Institusi pengajian. 6. 1.5.3 Kepentingan Kepada Masyarakat. 6. 1.7. Skop Kajian. 6-7. 1.8. Struktur Kajian. 7-8. BAB 2. SOROTAN KAJIAN. 2.0. Pengenalan. 9-10. 2.1. Pandemik COVID-19. 10-11. 2.2. Definisi Muzium. 11-12. 2.2.1 Sejarah Perkembangan Muzium Di Malaysia. 12-13. Peranan Muzium Kepada Masyarakat. 14-15. 2.3. v. FYP FTKW. Isi Kandungan.

(8) 15. 2.4. Strategi Pemasaran. 15-17. 2.5. Pengurusan Muzium. 17-18. 2.6. Pengurusan Koleksi. 19-20. 2.7. Kesan Pandemik COVID-19 kepada Muzium. 21-22. 2.8. Aplikasi Teori. 22-23. 2.9. Penutup. BAB 3. 24. METODOLOGI KAJIAN. 3.0. Pengenalan. 3.1. Pendekatan Kajian: Kaedah Campuran. 25-26. 3.2. Pendekatan Kajian. 26-2. 3.2.1 Pendekatan Kualitatif. 26-27. 3.2.2 Pendekatan Kuantitatif. 27. Kaedah Kajian. 27. 3.3.1 Temu Bual. 28. 3.3.2 Soal Selidik. 28-29. 3.1. 3.4. 25. Kaedah Pengumpulan Data. 29. 3.4.1 Data Primer. 3.5. 29-30. 3.4.2 Data Skunder. 30. Pensampelan Kajian. 30. 3.5.1 Pensampelan Bukan Kebarangkalian 3.6. 31-34. Instrumen Kajian. 34. 3.6.1 Penggunaan Kamera. 34. 3.6.2 Perakan Audio. 34-35. 3.6.3 Buku Cacatan. 35. v. FYP FTKW. 2.3.1 Institusi Pendidikan dan pembelajaran.

(9) Kaedah Analisis Data. 35. 3.7.1 Analisis Data Temantik. 35. 3.7.2 Analisis Deskriptif. 35-36. 3.7.3 Tafsiran Data. 36. 3.7.4 Pendekatan Deduktif dan Induktif BAB 4. 36-37. DAPATAN KAJIAN. 4.0. Pengenalan. 37. 4.1. Latar Belakang Responden. 38. 4.1.1 Jantina. 39. 4.2.1 Umur. 40. 4.1.3 Kaum. 41. 4.1.4 Pekerjaan. 42. 4.1.5 Pendidikan. 43. Kesan Pandemik Kepada Pengurusan Muzium. 44. 4.2. 4.2.1 Analisis Kesan Pandemik Kepada Muzium 4.2.1.1 Kesan Pandemik Kepada Pengurusan Pelbagai Aspek 4.2.1.2 Pengurusan Sumber Kewangan. 44-45 46 46-47. 4.2.1.3 Kawalan Ketat Pengjagaan SOP 4.3. Analisis Data Mengenalpasti Kepuasan Pengunjung Ketika. 47. Berkunjung Ke Muzium Bugis 4.3.1 Kepuasan Pengunjung Terhadap Pameran di Muzium. 47-48. Bugis 4.3.1.1 Pameran. 48-51. 4.3.2 Kepuasan Pengunjung Terhadap Perkhidmatan dan Fasiliti. 51-55. yang Terdapat di Muzium Bugis. v. FYP FTKW. 3.5.

(10) Analisis Kepuasan Pengunjung 4.4.1 Kepuasan Pengunjung Dari Pelbagai Aspek. 4.5. Cadangan dan Langkah-langkah yang perlu diambil oleh. 55 55-56 56. Pengurusan Muzium dalam berhadapan pandemic 4.5.1 Strategi Promosikan Muzium Kepada Pengunjung. 56-59. 4.5.2 Langkah Berhadapan Pandemik. 59-62. 4.5.3 Analisis Strategi Pemasaran Muzium 4.5.3.1 Strategi dari pelbagai Aspek BAB 5. 62 62-64. CADANGAN DAN KESIMPULAN. 5.0. 5.0 Pengenalan. 65. 5.1. 5.1 Rumusan. 66. 5.2. 5.2 Dapatan Utaman Kajian. 67. 5.2.1 ImpakPandemik COVID-19 Kepada Pengurusan. 67. 5.3. 6.0. 5.2.2 Kepuasan Pengunjung ke Muzium Bugis. 67-68. Cadangan. 68-69. 5.3.1 Cadangan Kepada Pihak Muzium. 70. Kesimpulan. 71. RUJUKAN. v. FYP FTKW. 4.4.

(11) 4.1.1 Jadual responden mengikut jantina 4.1.2 Jadual responden mengikut umur 4.1.3 Jadual responden mengikut kaum 4.1.4 Jadual responden mengikut pekerjaan 4.1.5 Jadual responden mengikut Pendidikan 4.3.1 Jadual analisis data kepuasan pengunjung terhadap pameran 4.5.1 Strategi mempromosikan muzium kepada pengunjung. SENARAI RAJAH 1.1 Peta Lokasi Muzium Bugis. i. FYP FTKW. SENARAI JADUAL.

(12) FYP FTKW. BAB SATU PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan Asas penubuhan sesebuah muzium adalah berfungsi sebagai tempat mengumpul bahan-bahan lama yang mempunyai nilai sejarah, seni dan budaya, melakukan penyimpanan. artifak,. memulihara,. membuat. penyelidikan,. mempamerkan,. mendokumentasi dan mendidik masyarakat (ICOM, 1972). Selain itu, tujuan pengumpulan ini adalah untuk masyarakat lebih mengenali peninggalan bangsa serta mendapatkan informasi tentang sejarah tempatan. Namun begitu, Muzium juga didefinisikan sebagai institusi yang berorientasikan keuntungan, institusi kekal yang memberi khidmat kepada masyarakat dan terbuka kepada umum yang bertujuan untuk memperolehi pengetahuan, memelihara, menyelidik, memaklum Pendidikan dan keseronokan terhadap bukti ciptaan dan tinggalan manusia dan persekitarannya seperti yang digariskan oleh International Council Of Museum (ICOM 1972). Majlis Muzium Antarabangsa atau International Council Of Museum merupakan badan organisasi antarabangsa muzium yang melibatkan komitmen ke atas kajian penyelidikan, pemeliharaan dan pemuliharaan. Serta berkomunikasi dengan masyarakat mengenai warisan budaya semula jadi yang ada di dunia (Sandhal, 2019). ICOM telah dicipta pada tahun 1946 merupakan badan bukan kerajaan dan mempunyai hubungan formal dengan UNESCO dan mempunyai status perundingan dengan Majlis Ekonomi Dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (sandhal, 2019). ICOM (1972) juga berpendapat bahawa peranan muzium adalah untuk memelihara dan memulihara Warisan budaya Ketara dan Warisan Budaya Tidak 1.

(13) menyimpan barangan budaya dan sejarah, antikuiti, senivisual serta membuat pemuliharaan dan mempamerkan koleksi tersebut kepada khalayak ramai. Muzium juga berfungsi sebagai badan pemuliharaan dalam mengekalkan artifak tinggalan sejarah yang dijaga rapi agar tidak ditokok tambah dari segi bentuk, rupa, bahan dan nilainya. Kesan daripada itu, telah mendorong lebih ramai ahli yang profesional dengan memperbaharui pemikiran dan kemahiran mereka untuk memenuhi cabaran berurusan dengan orang yang mengendalikan bahan bukan warisan. Namun begitu, dengan penukaran pendemik COVID-19 telah menjejaskan sektor permuziuman kerana tutup serta menunda atau membatalkan segala aktiviti yang dirancang.ia juga memberi kesan kepada kehidupan professional muzium di seluruh dunia sepanjang pendemik COVID19. Disebabkan pandemik ini, muzium terpaksa ditutup dan ia memberi kesan yang sangat hebat dari segi kewangan dan juga pengurusan muzium.. 1.1 Lokasi Kajian. 2. FYP FTKW. Ketara. Hal ini kerana, muzium atau galeri adalah sebuah institusi yang mengumpul dan.

(14) Lokasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji terletak di Muzium Bugis di Sungai Rambah, Pontian. Muzium Bugis yang ditempatkan di Taman Rekreasi, Sungai Rambah. menjadi tempat rujukan untuk mengetahui sejarah dan maklumat berkaitan masyarakat Bugis terutama di Pontian, yang menempatkan koleksi barangan warisan kesenian serta kebudayaan kaum itu. Muzium ini diselenggara oleh milikan perseorangan iaitu Encik Abdullah Bin Ahmad. Beliau juga merupakan bekas pegawai pengkaji di Johor Heritage Foundation. Pelbagai jenis barangan artifak sejarah masyarakat Bugis ada dipamerkan untuk tatapan umum. Antaranya adalah seperti senjata lama, pakaian tradisi, bahan-bahan penulisan, tembikar serta peralatan perhiasan. Jarak perjalan untuk pergi ke Muzium Bugis dari destinasi adalah 87.5 kilometer dan masa yang di ambil untuk tempoh perjalan adalah kira kira 1 jam 45 minit. Rajah 1.1 di atas menunjukan peta lokasi terletaknya Muzium Bugis. 1.2 Permasalahan Kajian Menurut International Council Museums (ICOM) atau dikenali sebagai Majlis Muzium Antarabangsa, muzium adalah sebuah institusi yang dibuka kepada orang ramai untuk memberikan pendidikan, pembelajaran dan sebagai tempat hiburan. Muzium juga adalah objek yang bersifat tetap dan dibuka bukan untuk mendapatkan keuntungan. Muzium memiliki khazanah-khazanah bernilai seperti bukti tinggalan manusia. Muzium juga merupakan institusi untuk memelihara sesebuah warisan dan tinggalan sejarah (ICOM, 2007) Namun pada awal tahun 2020 telah berlakunya penularan pandemik Covid-19 yang memberi impak besar terutamanya kepada sektor perindustrian pelancongan disebabkan sekatan pergerakan yang terhad bagi mengurangkan gejala penyebaran 3. FYP FTKW. Rajah 1.1: Peta Lokasi Muzium Bugis.

(15) untuk menghentikan penyebarannya, (Kumar, 2020). Seperti yang telah diucapkan oleh CEO AAM Laura Lott (American Alliance of Museum) dalam satu kenyataan tidak ada jaring keselamatan kewangan yang disediakan untuk muzium dalam tempoh penutupan sepanjang pandemik COVID-19 (American Alliance of Museums, 2020). Bukan itu sahaja, sektor permuziuman juga mendapat kesan disamping berlakunya pendemik Covid-19. Pada 16 Mac 2020 telah menyaksikan penutupan sebahagian besar aktiviti jabatan dan muzium-muzium di seluruh negeri seperti pameran koleksi, persembahan serta aktiviti yang melibatkan muzium dan masyarakat terpaksa ditunda dan dibatalkan, (Jabatan Muzium Malaysia, 2020). Begitu juga dengan Muzium Bugis di sungai Rambah, pontian, Johor terpaksa ditutup akibat berlakunya pendemik Covid-19 ini. Disebabkan kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) aktiviti yang dilaksanakan terpaksa ditangguh dan muzium terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kajian mengenai impak pandemik COVID-19 kepada pengurusan dan kepuasan pengunjung ke Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor.. 1.3 Persoalan Kajian Terdapat tiga persoalan kajian iaitu : i.. Apakah kesan pengurusan Muzium Bugis sepanjang tempoh penutupan Muzium Bugis akibat pandemik COVID-19?. ii.. Apakah kesan impak COVID-19 terhadap kepuasan pembangunan pengunjung di Muzium Bugis?. 4. FYP FTKW. koronavirus kerana banyak negara telah menerapkan larangan perjalanan dalam usaha.

(16) Bagaimanakah. langkah-langkah. yang. diambil. oleh. pemilik. untuk. mempromosikan Muzium Bugis kepada pengunjung sepanjang pandemik COVID-19?. 1.4 Objektif Kajian Terdapat tiga objektif kajian iaitu: i.. Mengenalpasti kesan pengurusan Muzium Bugis sepanjang tempoh penutupan Muzium Bugis akibat pandemik COVID-19.. ii.. Mengkaji kesan pandemik COVID-19 terhadap kepuasan pengunjung di Muzium Bugis.. iii.. Menganalisis langkah-langkah yang diambil oleh pemilik untuk mempromosikan Muzium Bugis kepada pengunjung sepanjang pandemik COVID-19. 1.5 Kepentingan kajian Kajian ini amat penting untuk pengkaji bagi memastikan pengkaji mendapatkan data yang tepat dalam kajian yang dilakukan. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji menambahkan ilmu pengetahuan pengkaji sendiri. Selain itu, kajian ini juga penting kepada bidang pengkaji kerana kajian ini dapat memberi manfaat kepada individu lain yang menceburi bidang pengkaji dan penyelidik lain yang ingin membuat sesuatu rujukan berkaitan kajian yang serupa. Kepentingan kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti, menganalisis dan mengkaji tentang isu yang diperlukan dalam kajian atau penyelidikan. Bukan itu sahaja kajian ini juga penting untuk dijalankan kerana kajian ini dapat mengkaji isu-isu tentang pengurusan dan kepuasan pengunjung di Muzium Bugis semasa pendemik COVID-19.. 5. FYP FTKW. iii..

(17) Berdasarkan kajian ini, pengkaji akan meneroka lebih banyak pengetahuan terhadap aspek pengurusan kedatangan pengunjung ke muzium. Selain daripada itu, pengkaji juga akan menambahkan ilmu pengetahuan mengenai etnik bugis yang masih tidak diketahui ramai. Disamping itu, selain menjalankan kajian pengkaji juga mendapat pengalaman baru dalam pengurusan dunia permuziuman.. 1.5.2 Kepentingan Kepada Institusi pengajian Kepentingan kajian kepada institusi pengajian adalah dengan menjalankan kajian ini pengkaji dapat melakukan kajian yang lebih mendalam tentang pengurusan pengunjung ke muzium. Disamping itu, dapat membantu pihak institusi membentuk keperibadian mahasiswa yang cemerlang akademik dan mempunyai akhlak terpuji. 1.5.3 Kepentingan Kepada Masyarakat Dengan kajian yang dijalankan, pengkaji berharap dapat membantu memperkenalkan mengenai kewujudan muzium bugis kepada masyarakat luar. Melalui Kerjasama antara KEJORA Bersama masyarakat setempat dalam memperkenalkan Muzium Bugis dapat memberi kesan positif semasa menghadapi pendemik COVID-19 oleh itu pekara ini dapat membantu pembangunan ekonomi dan infrastruktur muzium. 1.6 Skop Kajian Di dalam skop kajian ini, pengkaji memfokuskan kajian yang ingin dikaji iaitu kajian mengenai impak pandemik COVID-19 kepada pengurusan dan kepuasan pengunjung ke Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. Pengkaji telah memilih lokasi kajian di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. Aspek pendekatan kajian 6. FYP FTKW. 1.5.1 Kepentingan Kepada Individu.

(18) menjalankan penyelidikan dengan kaedah menemubual pemilik muzium dan orang yang berkepentingan sebagai pemberi maklumat bagi mendapatkan data dan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengurusan dan kepuasan pengunjung semasa pendemik COVID-19 di muzium tersebut. Selain itu, pengkaji juga menumpukan kepada masyarakat yang terdiri daripada daerah Pontian dalam mendapatkan sumbangan idea mengenai langkah proaktif yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah pandemik COVID-19.. 1.7 Struktur Kajian Secara keseluruhannya, kajian ini mengandungi 5 bab. Bab 1 kajian ini tertumpu kepada pengenalan awal kajian seperti pengenalan, lokasi kajian, penyataan masalah, persoalan dan objektif kajian, kepentingan kajian dan skop kajian. Pada bahagian bab 1 ini, kajian ini memberikan gambaran tentang Impak Pandemik COVID-19 terhadap Pengurusan dan Kepuasan Pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. Bab 2 kajian ini menjelaskan tentang bahagian sorotan kajian. Sorotan kajian merangkumi penjelasan tentang pandemik COVID-19, definisi muzium, sejarah perkembangan muzium dimalaysia, peranan muzium kepada masyarakat. Didalam bab dua ini juga menjelaskan tentang strategi pemasaran, pengurusan muzium, pengurusan koleksi dan kesan pandemik COVID-19 kepada pengurusan muzium. penggunaan pengaplikasian Teori Pengurusan Henri Fayol yang dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan kajian penyelidikan ini.. 7. FYP FTKW. yang digunakan oleh pengkaji ialah dari aspek responden, pengkaji juga akan.

(19) kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif. Di dalam bab ini, pengkaji telah menemubual seramai 2 orang responden untuk mengumpulkan data kualitatif dan data untuk kuantitatif diperolehi menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 181 orang responden. Pengkaji juga turut menggunakan analisis temantik dan juga analisis deskriptif bagi hasil dapatan kajian. Bab 4 adalah bab yang membincangkan hasil dapatan kajian yang mencapai objektif kajian. Beberapa kajian telah dikategorikan mengikut kesesuaian tema. Pada bahagaian pertama, pengkaji telah menerangkan tentang data demografi responden. Bahagian kedua dalah tentang kesan pandemik COVID-19 terhadap pengurusan Muzium, kesan kepada penutupan muzium, kesan kepada kewangan muzium dan kawalan ketat penjagaan SOP. Bahagian ketiga pula, menerangkan tentang kepuasan pengujung sepanjang pandemik, kepuasan pengunjung terhadap pameran dalam talian dan kepuasan pengunjung terhadap fasiliti dan kemudahan sepanjang pandemik. Manakala bahagian keempat adalah langkah bagi pihak muzium untuk menangani masalah pandemik serta cadangan untuk mempromosikan muzium semasa pandemik COVID-19. Bab 5 adalah bab yang menggambarkan rumusan kepada keseluruhan kajian Impak Pandemik terhadap Pengurusan dan Kepuasan Pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor.. 8. FYP FTKW. Bab 3 lebih tertumpu kepada metodologi kajian. Pengkaji telah menggunakan.

(20) KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Bab Dua membincangkan kesan pandemik COVID-19 kepada pengurusan muzium. Definisi muzium dan sejarah perkembangan muzium turut dibincangkan dalam bab ini. Selain itu, bab ini membincangkan, strategi pemasaran muzium, pengurusan muzium dan pengurusan koleksi. Dalam bab ini juga menceritakan Kesan COVID-19 kepada pengurusan muzium. Akhir sekali bab ini menyentuh mengenai teori pengurusan dalam membincangkan kajian mengenai impak pandemik COVID19 kepada pengurusan dan kepuasan pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. 2.1 Pandemik COVID-19 Coronavirus ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas, bukan sahaja merangkumi sesebuah benua, malah boleh merebak di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, individu yang dijangkiti mungkin mempunyai gejala ringan seperti sakit kepala, sakit otot, hidung berair, sakit tekak atau cirit-birit dan gangguan sistem penafasan yang teruk (Cennimo, 2021). Sebilangan pesakit COVID-19 mungkin menderita radang paru-paru yang teruk, dan kegagalan organ. Namun begitu, istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua malah seluruh dunia (World Health Organization, WHO 2020). Penyakit coronavirus bermula pada awal Disember 2019 dan telah mula dikenal pasti di Bandar Wuhan, Provinsi Hubei, China. Ini adalah keadaan yang tidak biasa, dengan kes-kes pneumonia yang 9. FYP FTKW. BAB DUA.

(21) WHO pada 31 Disember 2019. Pendemik COVID-19 telah melanda dunia dan memberi kesan buruk ke atas kehidupan seharian, perniagaan, aktiviti perdagangan dan pergerakan dunia. Namun begitu, ekonomi juga terjejas bukan sahaja di Malaysia malahan di kebanyakan negara. Hal ini sekaligus meledakkan krisis dan kemelesetan ekonomi di seluruh negara dunia (Cheng 2020). Disebabkan itu, telah banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara waktu. Antara sektor ekonomi yang terjejas akibat pendemik COVID-19 adalah sektor pelancongan. Hal ini kerana sektor pelancongan merupakan sektor yang terbesar kerana melibatkan seluruh negara. Industri pelancongan telah dipengaruhi secara besar-besaran oleh penyebaran koronavirus kerana banyak negara telah menerapkan larangan perjalanan dalam usaha untuk menghentikan penyebarannya. Secara tidak langsung, sektor industri pelancongan menunjukan kerugian yang terttinggi berbanding sektor yang lain. Industri sektor pelancongan banyak menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara dari segi aspek perkhidmatan rangkaian hotel, syarikat pengankutan, pusat bandar termasuklah institusi warisan seperti muzium dan lain-lain lagi telah mengalami kerugian kewangan kerana perlu mematuhi Tindakan kuarantin antarabangsa (Medina, 2002). Krisis COVID-19 yang disusuli dengan penutupan sempadan dan negara telah memberi kejutan ekonomi dan pasaran buruh di seluruh dunia dengan mempengaruhi faktor pengeluaran dan juga permintaan sektor perdagangan (Johnsen 2020). Hal ini kerana, negara telah membuat penutupan sempadan dengan luar menyebabkan bekalaan seperti barang import terputus. Pandemik COVID-19 ini juga mempengaruhi sektor muzium dan warisan budaya (International Museum Council, 2020). Ini kerana sektor permuziuman terpaksa 10. FYP FTKW. tidak diketahui sebabnya dilaporkan. Kerajaan China melaporkan virus tersebut kepada.

(22) perkembangan industri pelancongan pada abad ke-21 juga terpaksa berhdapan dengan global yang tidak stabil akibat pandemik Covid-19 (Bruce, 2006). Selain itu, pandemik ini juga memberi kesan kepada kakitangan pekerja muzium. Penutupan sementara muzium disebabkan pendemik COVID-19 telah menyebabkan pihak muzium terpaksa memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja untuk mengurangkan pembelanjaan semasa penutupan muzium (International Museum Council, 2020). Hal ini kerana, muzium tidak mempunyai jaringan keselamatan kewangan yang disediakan untuk muzium sepanjang tempoh pandemik COVID-19. 2.2 Definisi Muzium muzium. merupakan. sebuah. institusi. yang. pada. awalnya. berfungsi. memerihalkan bahan sejarah semata-mata. Menurut Anne Fahy (1995), muzium ditakrifkan sebagai“an institution which collects,documents, preserves, exhibits and interprets material evidence and associated information for the public benefit.” Selain itu, Muzium kini menjadi sebuah institusi yang memberi kepentingan kepada negara terutama dalam bidang pelancongan dan sebagai institusi pendidikan bukan formal. Selain itu, muzium bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyimpan peninggalan sejarah malah juga berfungsi sebagai institusi penyebaran maklumat untuk pengunjung dan masyarakat melalui bentuk tafsiran dan pameran. Menurut International Council of Museums (ICOM), definisi muzium ialah; '...adalah sebuah institusi yang tidak mencari keuntung, tetap dalam perkhidmatan masyarakat dan pembangunannya, dan terbuka kepada orang ramai, yang memperoleh, memulihara, menyelidik, berkomunikasi dan. 11. FYP FTKW. ditutup buat sementara waktu bagi menyekat penularan wabak tersebut. Disamping itu,.

(23) orang ramai. Merujuk kepada istilah yang digunapakai oleh ICOM, asas penubuhan sesebuah muzium itu adalah berfungsi sebagai tempat mengumpul bahan-bahan lama yang mempunyai nilai sejarah, seni dan budaya, melakukan penyimpanan artifak, memulihara (conserve), membuat penyelidikan, mempamer, mendokumentasi dan mendidik masyarakat. pada tahun 1974, pertubuhan UNESCO melalui badan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) telah memberi definisi yang lebih terperinci mengenai muzium. ICOM mendefinisikan muzium adalah ‘Institut bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan pekembangannya terbuka kepada umum. Selain itu, muzium juga berfungsi sebagai penyebaran maklumat, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya Selain itu, Muzium juga yang boleh dijadikan sebagai wadah yang menjadi penghubung ketamadunan silam dengan masyarakat. Muzium juga merupakan komponen yang meyampaikan ilmu pengetahuan yang tidak asing bagi masyarakat. Namun kini, fungsi muzium telah berubah menjadi salah satu tarikan pelancongan atau dikenali sebagai pelancongan Pendidikan. Disebabkan koleksi atau artifak peninggalan sejarah adalah objek yang boleh menyebabkan tarikan bagi pelancong untuk berkunjung ke muzium (Karyono, 1997). 2.2.1 Sejarah Perkembangan Muzium Di Malaysia Majlis Muzium Antarabangsa atau International Council of Museums (ICOM) telah mendefinisikan muzium sebagai institusi yang tidak berorentasikan keuntungan serta kekal di dalam perkhidmatan kemasyarakatan dan pembangunan terbuka kepada. 12. FYP FTKW. mempamerkan, untuk tujuan pengajian, pendidikan dan keseronokan kepada.

(24) tahun 1883 kemudian diikuti dengan Muzium Negeri Sarawak yang mula membuka pintunya pada tahun 1886 (Talib Ahmad, 2012). Penubuhan muzium di negara ini semakin berkembang pesat hingga ke hari ini. Setiap muzium mempunyai objektif penubuhannya yang tersendiri dan dibina dengan berpaksikan kekuatan koleksi yang amat tinggi nilai sejarahnya. Namun begitu, pada tahun 2013, sebanyak 189 muzium dimalaysia telah dibangunkan mengikut pembahagian kepada muzium khususnya seperti memperihalkan tentang sejarah tempatan yang ada dalam negara (Talib Ahmad, 2012). Disamping itu, penubuhan muzium juga sebagai pusat untuk memelihara dan memulihara koleksi sebagai khazanah negara. Muzium juga berperanan untuk mempamerkan artifak tinggalan sejarah untuk tatapan umum. Koleksi-koleksi yang bernilai ini merupakan bukti sesuatu peristiwa atau sejarah lampau yang telah berlaku di negara kita. Muzium memainkan peranan yang sangat penting sebagai pusat rujukan dan pendidikan, sumber penyelidikan dan keseronokan kepada umum (ICOM, 2007). Pelbagai kajian dan penulisan di dokumentasikan bagi tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat agar mengenali dan mengetahui jati diri bangsaPada masa kini, institusi muzium seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini dapat dibuktikan lagi dengan jumlah penubuhan muzium semakin bertambah. Faktor peningkatan jumlah muzium ini ialah kesedaran orang ramai terhadap peranan dan fungsi muzium yang dilihat semakin mencabar dalam meniti arus kemajuan dan globalisasi .. 13. FYP FTKW. umum. Muzium pertama yang dibina di Malaysia ialah Muzium Perak di Taiping pada.

(25) Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sumbangan serta peranan yang dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti dijalankan dapat dilihat daripada beberapa aspek. .muzium merupakan medium yang terbaik bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat melalui melalui program-program Pendidikan yang diadakan seperti seminar, bangkel, pameran dan forum. Bukan itu sahaja, muzium juga berperanan dalam membangkitkan rasa perpaduan di dalam kalangan masyarakat yang melibatkan diri mereka dalam program-program yang dilakukan oleh pihak muzium. Sehubungan dengan itu, muzium dapat dilihat sebagai penyebaran dan pemberi maklumat tentang adat budaya sejarah yang terdahulu kepada orang ramai. Disamping itu, muzium bukan sahaja mampu mendidik masyarakat untuk mengenali dan menghayati budaya tersendiri malah mampu mendidik masyarakat untuk mengenali dan meghayati budaya kaum lain dengan tujuan persefahaman dan perpaduan. Muzium diakui sebagai institusi terpenting yang memainkan peranan mengumpul, menjaga, merawat serta mempamerkan warisan ketara (tangible) dan tak ketara (intangible) sejarah sesuatu bangsa. Ia sangat berguna untuk tujuan memberi ilmu dan mendidik anggota masyarakat tentang. kepentingan menjaga dan memulihara. warisan sejarah sesuatu bangsa. Dengan adanya, badan dan persatuan muzium sedunia telah menjadikan agenda pembangunan dan pendidikan masyarakat sebagai matlamat terpenting (Ab Samad Kechot, 2012) Muzium Menjelang alaf baru ini, muzium seharusnya wujud dengan lebih berketerampilan dalam memperbaiki imejnya pada mata masyarakat melalui pendekatan penyampaian aktiviti atau program yang lebih menekankan teknologi dan. 14. FYP FTKW. 2.3 Peranan Muzium Kepada Masyarakat.

(26) (Dzulfawati, 1999). 2.3.1 Institusi Pendidikan Dan Pembelajaran Muzium juga berfungsi sebagai tempat pendidikan bagi setiap generasi. Hal ini kerana, muzium telah menggunakan system Pendidikan sebagai alat Pendidikan sejak zaman dahulu (Bayram, 2014). Muzium dilihat sebagai satu institusi yang mampu menyalurkan pendidikan sejarah dengan efektif memandangkan ia mempunyai kaedah dan material bersesuaian di dalam simpanannya. Kaedah pendidikan ini diterapkan melalui pameran dan himpunan koleksi bagi memudahkan pemahaman masyarakat terhadap identiti dan fasa evolusi sesebuah tamadun dan masyarakat. Namun sebaliknya, Hein (2005) berpendapat bahawa koleksi muzium sebagai pembelajaran secara langsung kepada para pelajar sehingga membolehkan mereka melihat benda-benda secara nyata dan mendapat maklumat tambahan yang mereka tidak tahu. Muzium dilihat sebagai satu institusi yang mampu menyalurkan pendidikan sejarah dengan efektif memandangkan ia mempunyai kaedah dan material bersesuaian di dalam simpanannya. Kaedah pendidikan ini diterapkan melalui pameran dan himpunan koleksi bagi memudahkan pemahaman masyarakat terhadap identiti dan fasa evolusi sesebuah tamadun dan masyarakat. 2.4 Strategi Pemasaran Muzium Perkembangan. teknologi. maklumat. dan. komunikasi. telah. banyak. mempengaruhi organisasi budaya termasuklah muzium. Hasil pengaplikasian teknologi di muzium, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan suatu anjakan baru dalam pelancongan berteraskan warisan dan pendidikan warisan. Disamping itu, impak pandemic Covid-19 telah menyebabkan muzium mengalami 15. FYP FTKW. mesra masyarakat tanpa meninggalkan elemen emosi dan rohani para pengunjungnya.

(27) sebagai sebuah intusi penyimpan dan penyebaran maklumat. Oleh itu, pihak muzium perlulah membuat kaedah dan strategi pemasaran dalam pengurusan muzium. Griffin dan Elbert (2002), menyatakan pemasaran adalah proses merancang, melaksana konsep, peletakan harga, promosi serta pengagihan idea, barangan ataupun perkhidmatan bagi mewujudkan pertukaran yang memuaskan objektif individu dan organisasi. Sehubungan melalui penulisan Philip Kotler (2003), menyatakan bahawa pemasaran dicirikan sebagai satu proses yang holistic, bermula daripada reka bentuk produk, membahagikan pasaran, menguruskan promosi dan akhirnya meneliti kepuasan pengunjung (Patrick J. Boylan, 2004) Selain itu, strategi pemasaran muzium adalah bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengunjung untuk melawat muzium. (Paal Mork, 2004) mengutarakan mengenai pemasaran merupakan salah satu langkah untuk menarik perhatian pengunjung dengan mengadakan pameran dan aktivit-aktivi kebudayaan yang melibatkan masyarakat. Selain itu, pihak muzium juga boleh mengadakan hari sambutan festival permuziuman dan mengadakan aktiviti atau permainan yang melibatkan sejarah untuk menarik minat pengunjung.. Disamping itu, Menurut Kotler (2002, hal.13) strategi adalah usaha yang dilakukan oleh muzium untuk dicapai objektifnya. Waltl (2006) menyatakan bahawa, muzium tanpa pengunjung akan menjadikan muzium seperti ruang kosong tanpa tujuan. Bagi memastikan muzium bertahan lama, kakitangan dan pihak pentadbiran muzium telah membuat strategi iaitu dengan menggunakan media secara dalam talian terlebih dahulu kerana sumber seperti memerlukan penyelenggaraan bangunan boleh dialihkan kepada koleksi kandungan digital dengan cekap (Arnold, 2020). Hal ini kerana muzium kini telah menjadi sebagai 16. FYP FTKW. penekanan untuk menarik perhatian pengunjung dalam memasarkan perkhidmatanya.

(28) juga merangkumi pameran dan bahan koleksi. Hal ini kerana pameran dan bahan koleksi yang dipamerkan boleh mempengaruhi emosi dan minat pengunjung kerana muzium dilihat sebagai institusi pembinaan minda yang unggul dan mampu membawa agenda kesedaran terhadap budaya bangsa melalui aktivitinya terutama melalui pameran. Seterusnya, Ovenden (2004), dalam menyatakan muzium perlu menekankan kepentingan mengadakan pameran adalah penting untuk menarik pengunjung menerusi koleksinya. Strategi pemasaran yang Berjaya dalam permuziuman bergantung kepada pengujung yang menyedari produk muzium, mencari muzium dengan mudah dan menilai sama ada produk dari segi pameran dan prestasi yang mampu memenuhi keperluan mereka. Berikutnya Waltl (2006) pula menyatakan peranan penting kejayaan strategi pengurusan muzium adalah dari segi penjagaan koleksi dan strategi pameran yang dilakukan. pembangunan ini akan melibatkan kepelbagaian sokongan kerja bersepadu dari jabatan pemasaran, pendidikan, kuratorial dan hubungan pelanggan dalam melestarikan strategi pemasaran yang dilaksanakan. Menerusi sokongan kerja ini akan membuahkan variasi pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan.. 2.5 Pengurusan Muzium Pengurusan sesebuah muzium adalah berpandukan kepada aspek dari segi perorganisasian dan strategi pemasaran yang ditetapkan serta digerakan di atas landasan struktur organisasi yang serasi dan selari dengan misi, objektif dan fungsi muzium. Organisasi sesebuah muzium perlulah menepati kehendak program dan aktiviti muzium berkenaan seperti hal pentadbiran, kewangan, penerbitan sehinggalah ke pengurusan. 17. FYP FTKW. salah sebuah destinasi pelancongan bagi sesebuah negara. Strategi pemasaran muzium.

(29) dan perubahan semasa atau pengkhususan skop bidang yang dikendalikan muzium berkenaan. Nadler (1993) telah menekankan bahawa pengurusan sesebuah muzium menentukan situasi yang perlu dihadapi pada masa akan datang. sehubungan dengan itu, pihak pengurusan dan kakitangan muzium perlu bersedia menghadapi pelbagai jenis situasi dalam mengurusakan muzium. Sebagai contoh, kakitangan perlu membuat strategi pengurusan yang baru disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia kerana sektor permuziuman terpaksa ditutp buat semetara waktu. Disamping itu, peranan kurator juga amat penting dalam pengurusan muzium kerana ia bertanggungjawab dalam memastikan penjagaan koleksi di muzium dalam keadaan terkawal. Menurut Najib (2006), sesebuah pameran juga bergantung kepada pengurusan pameran yang baik agar dapat memberi pengalaman yang positif kepada pengunjung yang melawati muzium. Bidang permuziuman merangkumi pelbagai aspek yang saling berinteraksi dalam menggerakkan usaha pembangunan dan pembentukan pusat pengumpulan maklumat dan pendidikan berkenaan warisan negara. Oleh itu, muzium boleh disimpulkan sebagai wadah yang menjadi pehubung ketamadunan warisan silam dengan masyarakat. Pengurusan muzium juga didefinisikan sebagai tindakan memastikan pentadbiran, perniagaan dan muzium berjalan dengan lancar berikutan semua aktiviti ini tidak melekat pada bidang pekerjaan muzium sahaja pengurusan yang baik menunjukkan bahawa muzium mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang. Pengurusan muzium di Malaysia adalah berfokus kepada usaha memelihara warisan budaya (Hasan, 2016). Selain itu, muzium juga berperanan dalam pengurusan, penyelenggaraan, pemuliharaan dan pemuliharaan bahan koleksi yang ada di muzium. Hal ini kerana, kebanyakkan koleksi yang ada di muzium merupakan peninggalan 18. FYP FTKW. koleksi. Organisasi ini penting dan boleh dipindah dan disesuaikan dengan keperluan.

(30) pengunjung (Gilmore dan Renstchler, 2002). Pengurusan muzium pada masa kini lebih releven dan bertanggungjawab sebagai tempat penjagaan budaya dan berfungsi sebagai tempat kunjungan masyarakat. Oleh yang demikian, dengan adanya teknologi maklumat sebagai alat komunikasi semasa, pengurusan muzium semakin mencabar (Deladelle, 2001). Disebabkan itu, pihak pengurusan muzium mestilah memikirkan tindakan dan langkah yang berkesan supaya dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada supaya dapat menghadapi cabaran muzium yang akan datang. 2.6 Pengurusan Koleksi Muzium merupakan institusi penjagaan warisan bahan sejarah. Sejarah merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau (Kamus Dewan, 2000). Pengurusan koleksi melibatkan pembangunan dan penyimpanan dan pemeliharaan koleksi serta warisan budaya. Maklumat pengurusan merupakan aspek yang penting dalam pendaftaran koleksi. Maklumat pengurusan mengandungi nombor katalog atau nombor siri untuk dijadikan sebagai rujukan. Namun begitu, pengurusan koleksi merupakan tugas yang dikendalikan oleh kurator dan kakitangan muzium (Matassa 2011). Kaedah dan konsep konservasi merupakan aspek pengurusan yang terpenting dalam pengendalian pengurusan koleksi muzium. Kewujudan muzium sebagai tempat penyimpanan khazanah warisan negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi artifak. Koleksi muzium boleh digunakan untuk penerbitan seperti jurnal, buku dan multimedia, aktiviti pameran, program pendidikan, penyelidikan seperti dokumentasi dan pengeluaran semula untuk dijual atau salinan simpanan (Museum Handbook, 1998).. 19. FYP FTKW. bersejarah kerana ia menjadi salah satu daya tarikan untuk menarik lebih ramai.

(31) mempamerkan segala artifak yang mempunyai sejarah dan budaya tersendiiri serta bukti peninggalan pada zaman dahulu. Menurut kamus dewan dan Pustaka edisi keempat (2013) koleksi bermaksud kumpulan barang yang dikumpul. Reputasi sesebuah muzium itu banyak bergantung kepada kepentingan koleksi yang dimilikinya dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk memanfaatkan kepada umum seperti teknikteknik pameran yang digunakan, program interpretasi, pemasaran dan penerbitan mengenainya dalam pelbagai media. Pemeliharaan material dapat dilihat dalam pemeliharaan bahan-bahan dari objek warisan dan ciri-cirinya. Pemeliharaan idea ditunjukkan dalam pemuliharaan idea yang tersimpan di dunia material oleh media lain. Mempamerkan koleksi apa pun dengan pameran yang terbuka kepada orang ramai, estetika spesimen perlu dipertimbangkan walaupun nilai sejarah diambil daripada koleksi sampel yang penting (Rumsey, 2020). Koleksi muzium adalah komponen asas dari setiap kewujudan muzium. Ciri pembezaan muzium pada umumnya ialah penggunaan objek atau spesimen asli dan semua program muzium akhirnya mempunyai koleksi yang tersendiri. Dalam menguruskan koleksi, konteks penting ialah kaedah pengjagaan dan pemuliharaan koleksi. Contohnya, sesuatu koleksi harus disimpan ke dalam balang bagi mengelakan berlaku kerosakan atau pengunjung untuk menyentuh koleksi tersebut Pengurusan koleksi merangkumi semua aspek untuk memastikan penjagaan, dokumentasi dan akses yang betul. Sehubungan dengan itu, setiap objek dalam koleksi haruslah memiliki dokumentasi dan maklumat pengurusan sebagai cacatan sebagai fokus utama pengurusan koleksi. Kekurangan sistem penyimpanan rekod yang sesuai di muzium membahayakan keselamatan koleksi muzium dan mengancam peranan muzium sebagai pusat maklumat. Tambahan pula, sebuah muzium harus memperoleh 20. FYP FTKW. Walau bagaimanapun, muzium merupakan institusi yang menyimpan dan.

(32) mengekalkannya selama-lamanya jika dapat memberikan perawatan berterusan untuknya dan akses masyarakat Selain itu, koleksi juga boleh mengalami kerosakan sekiranya tidak jaga dengan betul. Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kerosakan koleksi adalah disebabkan cahaya. Jika bahan koleksi terdedah dengan pecahayaan yang berlebihan boleh menyebabkan kemerosotan cahaya pada gambar, tekstil, tulisan tangan, perabot dan lain-lain. Menurut Museum Handbook (1999), walaupun terdapat sedikit cahaya ia akan menyebabkan kerosakan. Kerosakan yang terjadi adalah akibat daripada pendedahan cahaya yang kumulatif dan cahaya ini tidak boleh dipantulkan. Sehubungan dengan itu, pekerja muzium perlu melakukan Langkah-langkah pencegahan untuk mencegah berlakunya kerosakan terhadap koleksi. 2.7 Kesan Pandemik COVID-19 Kepada Muzium Pandemik COVID-19 telah mengubah bentuk kehidupan seharian masyarakat pada masa kini. Pandemik telah mempengaruhi semua sektor ekonomi di seluruh dunia. Antara sektor yang terjejas adalah sektor permuziuman. Sektor permuzium telah mengalami kerugian kewangan kerana terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat pendemik COVID-19. Berdasarkan laporan oleh UNESCO dan Majlis Muzium Antarabangsa, telah diramalkan bahawa 1 dari 8 muzium telah ditutup secara kekal disebabkan oleh COVID-19 (Muzium dan Institusi Budaya, 2020). Kesan COVID-19 terhadap muzium yang paling terjejas adalah muzium swasta kerana sumber pendapatan bergantung kepada pengunjung-pengunjung yang dating ke muzium. Antaranya, muzium swasta banyak terjejas kerana bergantung terutamanya kepada pendapatan yang dijana oleh pengunjung. Dalam keadaan ini, muzium swasta. 21. FYP FTKW. barang hanya setelah mempertimbangkan nilai jangka panjangnya dan berniat untuk.

(33) ini bukan saja terhad kepada negara atau Kawasan malahan ia berlaku diseluruh global (Cernansky, 2020). Kehidupan ribuan profesional muzium telah terancam secara kewangan kerana sebahagian besar muzium tetap menutup kegiatan mereka untuk mencegah penyebaran virus . (International Museum Council, 2020). Selain itu, kesan daripada menyekat penyebaran wabak COVID-19 telah menjejaskan pekerja dan kakitangan muzium. Apabila berlaku penutupan muzium mengakibatkan pekerja mula berasa terancam kerana berkemugkinan besar mereka akan kehilangan pekerjaan. Rangkaian Organisasi Muzium Eropah (2020) juga menyatakan bahawa muzium terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka dengan mengurangkan pembayaran gaji kepada pekerja. Oleh disebabkan itu, hampir separuh pekerja di muzium terpaksa diberhentikan atau dicutikan buat sementara waktu kerana pihak muzium mengalami kekurangan pendapatan kewangan akibat pendemik COVID-19 (European Museum Organization Network, 2020). Melalui pandangan profesional muzium pandemik COVID-19 memberi implikasi kepada kehidupan asas permuziuman dalam fungsi asas muzium kerana berlaku penutupan sektor pelancongan untuk mencegah penyebaran wabak dan menjaga keselamatan bersama (Bruno, 2020). Walau bagaimanapun keadaan pandemik COVID-19 di sesetengah negara mula beransur pulih dan terdapat muzium yang mula menjalankan operasi muzium dengan mengikut peraturan yang ditetapkan. Untuk mencegah penularan wabak COVID-19, pihak pengurusan muzium telah menggunakan alat pembasmi kuman dan perlu diberi perhatian kepada objek pengumpulan di muzium kerana sebilangan bahan sejarah dan warisan budaya amat penting untuk dijaga dan dipelihara (Asnawi, 2020) . 22. FYP FTKW. mungkin muflis dalam beberapa bulan akan datang. Hal ini kerana kesan koronavirus.

(34) Pengurusan muzium kebiasaanya dilakukan oleh kakitangan pekerja muzium yang berbeza dibawah arahan dasar muzium. Hal ini kerana kebiasaanya pengurusan yang dijalankan mestilah berunsurkan daripada arahan pentadbiran barulah disampaikan kepada kakitangan pihak muzium. Pendekatan pengurusan selalu digunakan dalam organisasi yang paling berjaya seperti profesional muzium atau dikenali sebagai Pengarah Muzium atau Galeri. Ini adalah kerana pengurusan muzium menggunakan banyak fungsi yang diberikan Fayol kepada pengurusan tanpa menyedari bahawa mereka menggunakan pendekatan klasiknya. Oleh itu, teori yang akan digunakan dalam kajian impak pendemik COVID-19 kepada pengurusan dan kepuasan pengunjung ke Muzium Bugis Di Sungai Rambah Pontian, Johor merupakan teori pengurusan dan pentadbiran oleh Henry Fayol. Teori pengurusan dan pentadbiran adalah teori yang dicipta oleh Henry Fayol yang bertanggungjawab mewujudkan teori pengurusan sesama bertugas sebagai engineer di salah sebuah syarikat. Toeri ini menjelaskan bagaimana cara pengurusan diajalankan dengan mengatur dan berkomunikasi dengan kakitangan. Disamping itu, pengkaji telah memilih aplikasi teori pegurusan dan pentadbiran kerana bersesuaian dengan objektif yang dijalankan oleh pengkaji. . Muzium juga seperti organisasi lain yang bertujuan untuk mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan dan pentadbiran. Keberkesanan ini akan menghasilkan impak kepada pengunjung kemudian dihubungkan dengan dasar tertentu yang akan disokong oleh muzium (Arellano-Gault et al; 2013).. 23. FYP FTKW. 2.8 Aplikasi Teori.

(35) Impak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat membimbangkan kepada semua peringkat global kerana kesan begitu mendalam kepada kegiatan ekonomi termasuklah sektor permuziuman. Perbincangan mengenai impak pandemik COVID19 kepada pengurusan warisan muzium ini dibicarakan melalui rujukan hasil kajian tempatan dan luar negara. Oleh itu, berdasarkan kajian-kajian literatur dapat dirumuskan masih terdapat pelbagai kesan pandemik kepada muzium. Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain. Pengkaji juga menggunakan artikel yang berkaitan dengan tajuk kajian pengkaji untuk mendapat gambaran tentang kajian yang dilakukan.. 24. FYP FTKW. 2.9 PENUTUP.

(36) METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Bab tiga menerangkan tentang kaedah kajian yang digunakan semasa menjalankan kajian mengenai impak pandemik COVID-19 kepada pengurusan kedatangan pengunjung ke Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang digunakan serta kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian dan persoalan kajian. Antara kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ialah kaedah temu bual, pemerhatian dan borang soal selidik. Selain itu, dalam menerangkan tentang instrument kajian yang digunakan sepanjang kajian dijalankan. Pensampelan tujuan dan pensampelan bebola salji juga turut digunakan didalam kajian ini. Akhir sekali, bab ini akan menerangkan tentang analisis data berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan. 3.1 Pendekatan Kajian: Kaedah Campuran Pendekatan kajian membolehkan pengkaji menjalankan kajian dengan lebih terperinci untuk mendapatkan data yang mencapai dengan objektif kajian. Pengkaji menggunakan kaedah campuran yang melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi membantu mengumpulkan data dalam kajian Impak Pandemik COVID-19 terhadap Pengurusan dan Kepuasan Pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. Penggunaan kedua-dua bentuk data dan menggunakan reka bentuk berbeza yang mungkin melibatkan andaian falsafah dan rangka kerja teori. Gabungan kedua-dua pendekatan ini mampu memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang persoalan kajian berbanding kaedah yang lain.. 25. FYP FTKW. BAB TIGA.

(37) menerangkan dan menjelaskan tentang fenomena sosial dari perspektif orang dalam menganalisis pengalaman indivkdu, interaksi dan dokumen (Gibbs, 2007). Pendekatan kualitatif mempunyai bentuk data yang berbeza dengan pendekatan kuantitatif. Kelebihan utama data kualitatif adalah menggunakan kaedah atau strategi yang berbeza atau pelbagai untuk menghasilkan keputusan yang lebih positif dan menyeluruh. Selain itu, Kaedah kuantitatif sentiasa melibatkan kesahan, kebolehpercayaan, dan objektiviti. kaedah kualitatif tidak bertindak secara fizikah dengan subjek dan beranggapan bahawa kaedah yang memberikan analisis nilai bebas, walaupun tiada siapa yang boleh bebas dari penyelidikan dan pengetahuan dunia. Kaedah kuantitatif dicirikan oleh tiga peringkat asas mencari pembolehubah untuk konsep, memanipulasinya dalam penyelidikan, dan mengukurnya. Kebiasaanya dalam kaedah kuantitatif, pengumpulan data diperolehi dari soal selidik, pemerhatian dan senarai semakkan ukuran prestasi menggunakan ujian pencapaian. 3.2 Pendekatan Kajian Melalui pendekatan kajian pengkaji akan memperoleh maklumat yang cukup untuk bahagian metodologi ini. Dengan adanya pendekatan ini membolehkan pengkaji memperincikan bagaimana penyelidikan dapat dilaksanakan semasa kajian diajalankan. Oleh itu, pengkaji telah memilih pendekatan kualitatif yang dapat membantu mengumpulkan data dalam kajian impak pandemik COVID-19 kepada pengurusan dan kepuasan pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. 3.2.1 Pendekatan Kualitatif Penyelidik akan menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian ini. Menurut Lexy (2007), data yang boleh ditafsir dalam penghasilan proses penyelidikan ialah pendekatan kualitatif. Kaedah kualitatif adalah perlakuan manusia yang boleh ditasir 26. FYP FTKW. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif bertujuan untuk memahami,.

(38) itu, kaedah kualitatif bukan sahaja tertumpu untuk mendapatkan maklumat yang banyak namun sebaliknya kaedah ini adalah untuk memperolehi maklumat yang berkualiti dan sistematik (Azizah Hamzah, 2010). penyelidikan kualitatif boleh diperolehi dari hasil pemerhatian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyelidikan yang dijalankan di Kawasan kajian. Selain itu, kaedah pendekatan kualitatif diperolehi dengan menemual bual dan meminta pendapat serta pandangan berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh responden. Kaedah yang ketiga ialah bahan bertulis yang menggunakan petikan atau keseluruhan dokumen, surat menyurat, rakaman, pemerhatian, soal selidik dan juga analisis data yang akan digunakan dalam kajian mengenai impak pendemik COVID-19 pengurusan dan kepuasan pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. 3.2.2 Pendekatan Kuantitatif Penyelidik akan menggunakan kaedah kuantitatif dalam penyelidikan ini. Kuantitatif bermaksud satu kaedah yang yang boleh dikira dan diukur hasilnya. Data yang digunakan dalam kaedah kuantitatif boleh didapati dalam bentuk angka numerika dan statistik yang melibatkan ketepatan pada data. Menurut Fraenkel, (2007) Kaedah kuantitatif adalah sebuah kaedah yang menekankan objektif dan dikawal oleh analisis serta pengumpulan data. 3.3 Kaedah Kajian Kaedah kajian merujuk bagaimana cara pengkaji mendapatkan maklumat dan data berdasarkan tajuk kajian. Pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual dan kaedah permerhatian dalam kajian ini.. 27. FYP FTKW. seperti kata-kata atau tulisan adalah kaedah kualitatif yang berbentuk deskriptif. Justeru.

(39) Temu bual didefinisikan sebagai salah satu alat data kualitatif yang paling popular dan ia adalah tinjauan yang biasa digunakan dalam sains sosial. Kaedah temu bual adalah proses komunikasi yang terdapat pertukaran atau perkongsian pengetahuan, perasaan, kepercayaan dan maklumat sama ada data, fakta atau pendapat antara pengkaji dan responden. Selain itu, kaedah temu bual juga mempunyai kelebihan dari memperoleh dan menerokai pengalaman responden dan dapat menghasilkan data yang menarik (Patton, 2002). Kaedah temu bual memerlukan banyak pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemahiran (Johston, 2009). Sehubungan dengan itu, dengan menjalankan kaedah temu bual pengkaji boleh mempelajari pekara-pekara yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Kaedah temu bual boleh dilakukan dalam dua cara iaitu sama ada temu bual secara bersemuka atau menggunakan teknologi moden seperti telefon dan internet (Baym, 2005). Dalam kajian ini pengkaji telah memilih kaedah temu bual secara bersemuka. Selain itu, pengkaji bebas memberi soalan baharu yang tidak dirancang semasa penyediaan instrument temu bual (Patton, 2002). Kaedah temu bual juga mempunyai dua jenis iaitu temu bual bual secara formal dan tidak formal (Fitzgerald, 2002). 3.3.2 Soal Selidik Penyelidik akan menggunakan borang soal selidik secara atas talian bagi mendapatkan maklumat daripada sumber maklumat dari responden yang pernah mengunjungi muzium bugis. Menurut Evans & Mathur, (2005) borang soal selidik dapat memberikan keselesaan kepada responden dalam beberapa aspek. Pengkaji akan menyediakan soalan melalui Google Form dan menyebarkannya di beberapa rangkaian media sosial. 28. FYP FTKW. 3.3.1 Temu Bual.

(40) pengunjung yang pernah mengunjungi muzium berkenaan untuk menjawab soalan yang telah disediakan oleh pengkaji. Hal ini akan memudahkan pengunjung dan pengkaji terutamanya semasa musim covid-19 yang sedang melanda di negara ini. 3.4 Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data boleh diambil dengan mengunakan dua cara iaitu diambil daripada sumber pertama dan sumber kedua. Sumber pertama merupakan sumber yang dikenali sebagai sumber primer manakala sumber kedua dikenali sebagai sumber sekunder. Maklumat yang diperoleh oleh pengkaji melalui sumber pertama adalah daripada hasil temu bual dengan pemilik muzium dan hasil pemerhatian yang dijalankan dikawasan kajian iaitu Muzium Bugis. Manakala sumber kedua pula maklumat yang diperolehi oleh pengkaji adalah melalui bahan bacaan ilmiah seperti buku, internet, jurnal dan artikel yang berkaitan. Malahan pengkaji juga menggunakan data hasil daripada penyelidikan terdahulu yang berkaitan dengan Muzium Bugis 3.4.1 Data primer Pengumpulan data primer digunakan untuk mendapatkan maklumat yang boleh diperolehi secara langsung. Menurut Sugjyono (2016) data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung oleh pengkaji. Sumber data primer juga diperolehi dari pada hasil temu bual pengkaji dengan responden dan hasil pemerhatian yang dijalankan di Kawasan kajian. Kebiasaanya pengumpulan data primer hanya boleh dikumpulkan oleh pengkaji sahaja dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Ini kerana maklumat yang diperolehi berkemungkinan sulit dan dapat di sembunyikan daripada pengkaji lain yang menjalankan kajian yang sama.. 29. FYP FTKW. seperti Facebook, Instagram dan WhatApps untuk memberi peluang kepada.

(41) Data sekunder merupakan kaedah penyelidikan yang menggunakan data yang sedia ada. Menurut Marican (2005), data sekunder boleh dirujukan sebagai data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lepas. Sebagai contoh, data yang lepas atau terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian dan data tersebut masih sesuai dan relevan untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau boleh diguna pakai oleh pengkaji baru. Data skunder yang dimaksudkan adalah seperti buku-buku atau kajian-kajian literatur yang boleh menyumbang kepada penambahan maklumat kajian dari sumber yang sedia ada. Kaedah ini juga akan membantu pengkaji membuat penambahan yang mungkin mempunyai maklumat yang tidak mencukupi. Oleh itu, kaedah data sekunder boleh digunakan daripada kajian lapangan dan sumber perpustakaan 3.5 Pensampelan Kajian Definisi persampelan merupakan proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi tujuan mewakili populasi sesebuah kajian dengan menggunakan kaedah pemilihan yang telah ditentukan dalam penyelidikan. Kaedah pensampelan mempunyai dua jenis kategori pensampelan iaitu pensampelan kebarangkalian yang melibatkan pemilihan secara rawak yang membolehkan pengkaji membuat kesimpulan statik mengenai keseluruhan pengumpulan data. Pensampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan bukan rawak berdasarkan kemudahan atau kriteria yang membolehkan pengkaji mengumpulkan data dengan mudah (Shona, 2021). Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.. 30. FYP FTKW. 3.4.2 Data Skunder.

(42) Teknik parsempelan yang digunakan oleh pengkaji ialah Teknik pensampelan bukan kebarangkalian untuk mengkaji kajian mengenai impak pandemik COVID-19 kepada pengurusan dan kepuasan pengunjung ke Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor. Prosedur pensampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif. Pensampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Jenis pensampelan yang ada dalam pensampelan bukan kebarangkalian ini walaupun terhad dalam penggunaan secara umum ia masih boleh digunakan untuk mengumpulkan maklumat terutamanya dalam penyelidikan kualitatif (Turner, 2018). Selain itu, dengan kaedah pensampelan bukan kebarangkalian dapat menjimatkan kos, meningkatkan kebolehpercayaan daparan serta mencukupi elemen-elemen dalam populasi yang diwakili oleh sampel (Mohd. Nasaruddin, 2006). Selain itu, pengkaji juga menggunakan pensampelan bukan kebarangkalian bola salji (snowball sampling). Pensampelan bola salji adalah kaedah mengumpulkan maklumat untuk mengakses kumpulan responden tertentu. Pensampelan bola salji adalah salah satu kaedah persampelan yang paling popular dalam penyelidikan kualitatif, yang merupakan ciri khas rangkaian dan rujukan. Jenis pensampelan bola salji boleh digunakan kepada responden yang mencadangkan lebih banyak responden bagi mendapatkan maklumat data yang diperlukan oleh pengkaji (Wisberg, 2005). Pensampelan bola salji dan persampelan berdasarkan responden juga membolehkan penyelidik membuat anggaran mengenai rangkaian sosial yang menghubungkan populasi yang tersembunyi. 31. FYP FTKW. 3.5.1 Pensampelan Bukan Keberangkalian (non-probability sampling).

(43) Teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Pensampelan tujuan memberi tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan sesuai dengan fokus penyelidikan yang ingin dilakukan. Pensampelan bertujuan {Purposive Sampling) merujuk kepada prosedur pensampelan untuk sekumpulan subjek yang mempunyai ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian (Chua Yan Piaw, 2006). Sampel kajian menggunakan pensampelan bertujuan adalah pengkaji telah memilih Muzium Bugis untuk tujuan memahami masalah yang dihadapi oleh muzium semasa pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menggunakan penggunaan matrik SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam kajian untuk mendapatkan data mengenai langkah yang diambil oleh muzium. Sampel kajian menggunakan pensampelan bertujuan adalah pengkaji telah memilih Muzium Bugis mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muzium terhadap kesan pandemik COVID-19 ini. Berikut adalah sampel kajian yang di pilih berdasarkan jenis latar belakang dan pekerjaan yang berbeza. Pengkaji turut melebel nama responden mengikut kategori responden. Jadual 3.5.1: Responden Kajian Sumber: Kajian Lapangan, 2021 Nama Informan. Responden 1 (R1). Peranan. Pengurus Muzium. Tarikh/ Hari Temubual. 20 November 2021 (Isnin). Masa Temubual. 30 minit. Lokasi. Muzium Bugis. Nama Informan. Komuniti Setempat (KM). Peranan. Pengunjung. Tarikh/ Hari Temubual. 20 November 2021 (Isnin). Masa Temubual. 20 minit. Lokasi. Muzium Bugis 32. FYP FTKW. Didalam Teknik pensampelan ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan.

(44) pengurus muzium dan juga komuniti setempat. Pengkaji telah menemubual ke dua responden ini untuk mendapatkan perkongsian maklumat dan pandangan terhadap tajuk kajian ini. Selain itu, pengkaji telah menggunakan responden 1 untuk menjawab objektif 1 iaitu mengenalpasti kesan pandemik COVID-19 kepada pengurusan muzium sepanjang tempoh penutupan muzium. Disamping itu, pengkaji menggunakan responden 1 dan 2 untuk menjawab objektif ke 2 iaitu mengkaji kesan pandemik COVID-19 kepada kepuasan pengunjung dan objektif ke 3 iaitu langkah untuk mempromosikan muzium bugis sesama pandemik COVID-19. Sampel kajian menggunakan pensampelan bola salji adalah untuk menyasarkan individu iaitu pemilik Muzium Bugis yang dapat memenuhi kriteria dalam kajian. Pensampelan bola salji merupakan pendekatan paling sesuai digunakan pada populasi kecil yang sukar dikenali atau dihubungi (Breweton, 2001). Selain itu, pengkaji juga akan memilih beberapa orang untuk dijadikan responden iaitu penduduk sekitar Muzium Bugis untuk mendapatkan penambahan data kajian. Sebelum menjalankan kajian, pengkaji akan menghubungi pemilik muzium atau menghantar e-mail terlebih dahulu. Setelah selesai sesi temu bual, pengkaji telah memberi borang soal selidik kepada responden 1 untuk di hebahkan kepada komuniti setempat. Di samping pengagihan boran soal selidik ini, pengkaji telah mendapatkan nombor telefon komuniti setempat untuk mengadakan sesi temu bual bagi menyokong maklumat penyelidikkan ini. Pengkaji telah memilih komuniti setempat untuk di temu bual berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebagai pengunjung yang pernah datang ke Muzium Bugis. Sekiranya data yang diperolehi tidak mencukupi, pengkaji akan menggunakan skala yang lebih besar iaitu dengan menambah bilangan responden. 33. FYP FTKW. Responden dalam kajian ini melibatkan 2 responden yang terdiri daripada.

(45) disediakan dalam mendapatkan data kajian. 3.6 Alat Bantuan Kajian Instrumen kajian merupakan kaedah pengumpulan data sebagai alat bantuan yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan pengumpulan data yang sistematik. Pengkaji perlu menentukan instrument kajian yang ingin digunakan berdasarkan jenis kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif yang boleh membuat pengkaji memutuskan untuk menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul data ialah kaedah temu bual. Manakala pemerhatian pula dilakukan bagi menyokong data yang diperoleh daripada hasil temu bual. 3.6.1 Penggunaan Kamera Penggunaan kamera dalam menajalankan kajian memerlukan pengetahuan untuk memastikan pemilihan kamera yang tepat dalam menghasilkan video yang berkualiti (Wilson, 2003). Hal ini kerana, dengan teknologi kamera yang canggih mempertingkatkan untuk mendapat data yang lebih sempurna dengan rakaman yang jelas dan memudahkan proses pengumpulan data dengan alternatif seperti aliran pelbagai saluran dan kamera kawalan jauh. Selain itu, jenis penggunaan teknologi juga mempengaruhi tujuan penyelidikan kerana teknologi penggunaan kamera boleh merakan video penting yang akan digunakan dalam kajian tertentu (Gill V, 2009). 3.6.2 Perakam Audio Audio atau rakaman video berfungsi sebagai bahan rakaman yang merakam peristiwa yang lebih objektif dapat dikongsikan atau digunakan dengan mudah oleh orang lain yang menjalankan penyelidikan tanpa kesahihan maklumat yang terkandung 34. FYP FTKW. Disebabkan itu,kaedah pensampelan perlu mengikut prosedur atau kriteria yang telah.

(46) pengkaji dengan responden boleh mewujudkan jalinan hubungan yang baik semasa proses temu bual berlangsung dan dapat membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan mendalam. 3.6.3 Buku Cacatan Pengkaji perlulah mempunyai sebuah buku cacatan yang memudahkan pengkaji untuk melihat soalan atau pertanyaan yang hendak diberi oleh responden. Selain daripada itu, fungsi buku cacatan kepada pengkaji juga adalah untuk mencatat segala isi-is penting yang boleh diguna dalam penyelidikan. Penggunaan buku cacatan amat penting kerana ia menunjukan bahaya pengkaji sentiasa bersiap sedia untuk mendapatkan maklumat daripada responden 3.7 Kaedah Analisis Data Analisis data merupakan proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. Dalam penyelidakan kualitatif penganalisis data dilakukan secara berterusan sepanjang proses penyelidikan dijalankan. Pelbagai prosedur atau langkah yang perlu diikuti untuk membuat kesimpulan data dan perbezaan isyarat yang terdapat dalam data (Shamoo, 2003). Proses analisi data bermula pada masa yang sama dengan pengumpulan data. 3.7.1 Analisis Tematik Analisis Tematik merupakan salah satu cara untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji (Braun & Clarke, 2006). Dalam kajian analisis data, pengkaji telah menggunakan Analisis Tematik kerana sesuai dengan penggunaan kaedah kualitatif. Dengan menggunakan analisis tematik telah memberi peluang kepada pengkaji untuk memahami sebarang masalah yang lebih meluas semasa menganalisis 35. FYP FTKW. dalam pertanyaan (Sullivan, 2010). Melalui rakaman temu bual yang dijalankan antara.

(47) dari data keseluruhan dan analisis data yang lebih lengkap (Boyatzis, 1998). Berikut merupakan analisis tematik yang sesuai digunakan mengikut situasi: 3.7.2 Analisis Deskriptif Analisi deskriptif merupakan salah satu cara untuk menganalisis data yang dikumpulkan melalui kaedah kuantitatif. Pengumpulan data yang biasanya menggunakan analisis deskriptif kebiasaanya melibatkan orang, produk, peristiwa dan situasi (Travers R, 1978). Setelah itu, pengkaji akan Menyusun semula data, menjadualkan, mengambar dan menerangkan semula hasil data yang diperolehi. Oleh itu, pengkaji menggunakan analisis deskriptif untuk menunjukkan jumlah kekerapan atau frekuensi dan peratus dalam dapatan kajian. Selain itu, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang terdapat empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan juga Bahagian D. 3.7.3 Tafsiran Data Analisis tematik mampu mengesan dan menganalisis faktor pembolehubah yang mempengaruhi masalah yang timbul semasa penyelidikan dijalankan.Dengan penggunaan penyelidikan kualitatif dapat membuat interprestasi yang selaras dengan data yang dikumpulan oleh pengkaji. Tafsiran pengkaji sangat penting kerana ia bersangkut-paut dengan tingkah laku, tindakan dan pemikiran mereka. Ciri-ciri seperti di atas adalah paling sesuai dalam proses Analisis Tematik (Hatch et al, 2002). 3.7.4 Pendekatan Deduktif dan Induktif Menggunakan pendekatan induktif adalah sebahagian besar dari data yang dikumpulkan dan akan dimulakan dengan menganalisis yang tepat kemudian beralih kepada teori. Hal ini cenderung untuk memastikan tema yang dijumpai boleh 36. FYP FTKW. data (Marks, 2004). Format tematik analisis ini untuk memberikan sedikit gambaran.

(48) pemerhatian yang dijalankan mestilah dibina dari pendapat atau maklum balas responden semasa temu bual dijalankan supaya dapat mencapai analisis dengan mendalam dan fokus utama kepada perspektif persaingan atau kumpulan individu. 3.8 Kesimpulan Secara keseluruhannya, perbincangan bab ini merangkumi, kaedah kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, persampelan kajian dan penganalisisan data bagi mendapatkan maklumat dengan tepat. Walaupun kajian yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan kaedah ini nampaknya akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan satu kajian. Berdasarkan penerangan yang terperinci yang telah dinyatakan dalam bab ini, pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan prosedur yang telah digariskan dengan sebaik mungkin. Ini untuk memastikan kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan.. 37. FYP FTKW. dihubungkan secara berkesan dengan data (Patton, 1990). Untuk menyelidik data.

(49) DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan Pada bab ini akan diterangkan secara terperinci analisis data yang dilakukan dan dapatan yang diperolehi dari kajian yang dijalankan. Data kajian yang dijalankan diperolehi melalui borang soal selidik dan temu bual. Terdapat 4 bahagian dalam borang soal selidik iaitu bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden. Antaranya ialah jantina, umur, kaum, pekerjaan dan juga Pendidikan. Bahagian B pula adalah analisis data mengenai kesan pandemik terhadap pengurusan muzium. Bahagian C adalah mengenai kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang ada di muzium bugis. Manakala bahagian D adalah mengenai strategi dan Langkah muzium menghadapi pandemik. Selain itu, data juga di perolehi daripada temu bual. Teknik temu bual yang digunakan adalah tidak formal kerana lebih mudah untuk berinteraksi dengan responden. Responden yang ditemu bual pula adalah dari kalangan pengurus dan penjaga muzium sendiri.. 38. FYP FTKW. BAB EMPAT.

(50) FYP FTKW. 4.1 Latar Belakang Responden 4.1.1 Jantina Jadual 4.1 Responden Mengikut Jantina Sumber: Kajian Lapangan Jantina. Bilangan. Peratus. Lelaki. 74. 40.9%. Perempuan. 107. 59.1%. Jumlah. 181. 100%. Berdasarkan jadual 4.1 di atas, responden kajian adalah seramai 181 orang responden (100.0%) yang terdiri daripada 74 orang responden lelaki iaitu sebanyak (40.9%) dan 107 orang responden perempuan iaitu sebanyak (59.1%). Daripada jangkaan ini kita dapat membuat gambaran bahawa bilangan responden perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki. Hal ini kerana responden perempuan didapati lebih mudah untuk memberi Kerjasama. Bukan itu sahaja, pemilihan responden ini juga dilakuakn secara rawak.. 39.

(51) Jadual 4.1.2 Responden mengikut Umur Sumber: Kajian Lapangan 2021 Umur. Bilangan. Peratus. 21 hinnga 30. 156. 86.2%. 31 hingga 40. 21. 11.6%. 41 hingga 50. 4. 2.2%. 51 hingga 60. 0. 0%. 60 tahun ke atas. 0. 0%. Jumlah. 181. 100%. Berdasarkan jadual 4.1.2 di atas, majoriti responden seramai 157 orang responden iaitu sebanyak (86.2%) adalah daripada kalangan umur 21 hingga 30 tahun. Manakala seramai 21 orang responden iaitu sebanyak (11.6%) adalah daripada kalangan umur 31 hingga 40 tahun dan 4 orang responden iaitu sebanyak (2.2%) adalah dari kalangan umur 41 hingga 50 tahun. Jika kita dapat lihat umur lingkungan antara 21 hingga 30 tahun merupakan responden paling banyak daripada jumlah keseluruhan responden. Faktor ini berkemungkinan disebabkan golongan muda lebih banyak dan mahir dalam menggunakan laman sosial daripada golongan yang sudah berusia.. 40. FYP FTKW. 4.1.2 Umur.

(52) Jadual 4.1.3 Responden mengikut Kaum Sumber: Kajian Lapangan. Kaum. Bilangan. Peratus. Melayu. 178. 98.3%. Cina. 2. 1.1%. India. 0. 0%. Lain-lain. 1. 0.6%. Jumlah. 181. 100%. Jadual 4.1.3 di atas menunjukkan analisis kekerapan dan peratusan bagi kaum ssecara keseluruhan responden seramai 181 orang. Berdasarkan data yang diperolehi seramai 178 orang responden merupakan kaum melayu iaitu sebanyak (98.3%), 2 orang responden merupakan kaum cina iaitu sebanyak (1.1%), 1 orang responden merupakan dari kaum lain iaitu sebanyak (0.6%) dan tiada data responden daripada kaum india. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaum melayu lebih banyak responden berbanding kaum yang lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh bangsa Melayu lebih banyak mengunjungi Muzium Bugis berbanding bangsa-bangsa yang lainnya. Bukan itu sahaja, disebabkan borang soal selidik ini telah diedarkan secara atas talian, kemungkinan bangsa India, Cina dan lain-lainnya tidak menerima sebarang info tentang borang tersebut. 41. FYP FTKW. 4.1.3 Kaum.

(53) Jadual 4.1.4 Responden mengikut pekerjaan Sumber: Kajian Lapangan Pekerjaan. Bilangan. Peratus. Sektor Awam. 22. 12.2%. Sektor Swasta. 41. 22.6%. Pelajar. 47. 26%. Lain-lain. 71. 39.2%. Jumlah. 181. 100%. Jadual 4.1.4 di atas menunjukkan analisis kekerapan dan peratusan bagi pekerjaan ssecara keseluruhan responden seramai 181 orang. Berdasarkan data yang diperolehi seramai 22 orang responden yang berkerja sebagai sektor awam iaitu sebanyak (12.2%), 41 orang responden berkeja sebagai sektor swasta iaitu sebanyak (22.6%), 47 orang sebagai pelajar iaitu sebanyak (26%), dan 71 orang telah memilih pekerjaan lain-lain iaitu sebanyak (39.2%). Dapatan kajian menunjukkan pekerja responden terdiri sama ada daripada sektor awam, sektor swasta, dan lain-lain yang dinyatakan adalah seperti pemandu lori, bekerja sendiri, perniaga dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa golongan pelajar dan sektor swasta lebih cenderung menjawab soal selidik ini berbanding mereka yang bekerja di pelbagai sektor yang lain.. 42. FYP FTKW. 4.1.4 Pekerjaan.

(54) Jadual 4.1.5 Responden mengikut Pendidikan Sumber: Kajian Lapangan 2021. Pendidikan. Bilangan. Peratus. Spm/Svm. 73. 40.3%. Stpm/Stam/Diploma. 58. 32%. Ijazah Sarjana Muda. 47. 26%. Ijazah Sarjana. 3. 1.7%. Ijazah Kedoktoran. 0. 0%. Jumlah. 181. 100%. Jadual 4.1.5 di atas menunjukkan analisis kekerapan dan peratusan bagi Pendidikan ssecara keseluruhan responden iaitu seramai 181 orang. Berdasarkan data yang diperolehi seramai 73 orang responden yang berpendidikan spm/svm iaitu sebanyak (40.3%), 58 orang responden stpm/stam/diploma iaitu sebanyak (32%), 47 orang responden Ijazah Sarjana Muda iaitu sebanyak (26%%), dan 3 orang telah memilih Ijazah Sarjana iaitu sebanyak (1.7%) dan tiada dapatan kajian terhadap Pendidikan Ijazah Kedoktoran. Hal ini kerana, responden kelulusan SPM lebih cenderung untuk memberi pandangan dan persepsi yang berbeza terhadap Muzium Bugis.. 43. FYP FTKW. 4.1.5 Pendidikan.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jadual 4.28 Analisis Frekuensi Dan Peratusan Berdasarkan Persepsi Responden Mengenai Saya berasa lebih santai dengan pembelajaran melalui komik berbanding cara lain

Graf dan jadual di atas menunjukkan taburan, analisis frekuensi dan peratusan responden mengikut markah ujian terbaru. Secara keseluruhannya, dalam ujian BA terbaru untuk

Bersempena dengan pameran itu, MEDIIU mengambil kesempatan untuk mempromosikan program pengajian Ijazah Sarjana Muda (Undergraduate) dan Lepasan Ijazah (Postgraduate) di

Kertas kerja penyelidikan ini adalah satu kajian perbandingan terhadap Program Muzium dan Pendidikan yang telah dianjurkan di tiga buah daerah di Selangor dan di Muzium Sultan

Masanya telah tiba bagi Malaysia, negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi untuk memiliki sebuah Muzium Sejarah Semulajadi.. Penubuhannya amat dinantikan lantas mewujudkan

Sesetengah penganjuran pameran khas yang besar akan melibatkan penerbitan buku ilmiah, katalog atau buku berkenaan pameran tersebut yang akan dijual di Kedai Buku, Muzium

Rajah 14: Lawatan secara maya dapat menarik minat orang awam untuk melawat ke Muzium Negara Malaysia Sumber: Kajian Lapangan, 2021 Berdasarkan rajah 14 diatas, bilangan responden

Bagi kajian ini pengkaji mempunyai 3 objektif kajian iaitu, mengenalpasti konsep pameran yang dilakukan oleh pihak Muzium Sungai Lembing, mengenalpasti jenis-jenis teknologi

Terdapat tiga objektif kajian yang telah dipilih iaitu mengkaji pengurusan konservasi terhadap koleksi artifak Perang Dunia ke II di Muzium Perang Bank Kerapu,

Berdasarkan hasil dapatan kajian objektif kedua adalah dengan menganalisis langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghidupkan semula aktiviti-aktiviti permuziuman di Muzium

Instrumen temubual yang digunakan bertujuan bagi menjawab objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu menganalisis fungsi muzium Hang Tuah untuk melindungi warisan di Melaka dan

BAB 4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 4.2 Demografi Responden 4.3 Mengenalpasti Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap Pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau 4.3.1 Kesan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan mengenai kaedah pengurusan dan kaedah pengurusan terhadap koleksi yang dilakukan oleh kurator muzium di Muzium Diraja Seri Menanti,

Kajian ini telah dijalankan berdasarkan kepada tiga objektif kajian iaitu Mengenalpasti pelan strategik pemasaran yang dilaksanakan oleh Muzium Diraja Negeri Kedah dalam

Berdasarkan bukti pemerhatian, temu bual, dan kajian terdahulu yang dilakukan, tesis ini akan menjelaskan mengenai bidang konservasi koleksi dalam pengurusan penjagaan yang betul

Kajian ini dilakukan ke atas „gate keeper‟ muzium dan kemudiannya pengkaji akan berjumpa dengan pegawai-pegawai muzium dalam sesebuah organisasi untuk memberikan maklumat

Bab ini juga akan menyentuh berkaitan kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji berkaitan cara memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini iaitu Pengurusan Koleksi Tekstil

Pengkaji juga akan mendapatkan maklumat tentang pendapat responden terhadap Adat Perpatih dan memberikan soalan kaji selidik kepada pegawai di Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Kajian mengenai muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal dalam mata pelajaran sejarah telah mendapati bahawa muzium dapat dijadikan satu kaedah dalam

Lokasi Kota Pedas ini yang berada di simpang pertemuan Sungai Pedas dan Sungai Rembau ini telah mengiyakan data-data yang diperolehi oleh pengkaji dari pihak Lembaga Muzium Negeri

The five museums are Muzium Islam (Islamic Museum), Kompleks Muzium Stadhuys (Stadhuy’s Complex Museum), Muzium Rakyat (People’s Museum), Muzium Dunia Melayu Dunia Islam (Malay

Hasil coretan beliau melalui lukisan yang penuh dengan penghayatan di sebalik rahsia khazanah alam telah beliau kongsikan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) bermula 1

Kajian ini dibahagikan kepada 4 bab iaitu bab 1 adalah megenai sejarah awal penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau, bab 2 adalah mengenai Galeri Utama, bab 3 berkisar