• Tiada Hasil Ditemukan

Hasil kajian dari hubungan korelasi mendapati kesemua faktor mempunyai hubungan yang positif dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di IPTS tersebut

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Hasil kajian dari hubungan korelasi mendapati kesemua faktor mempunyai hubungan yang positif dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di IPTS tersebut"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DAN FAKTOR-FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEBUAH

IPTS DI SELANGOR

(The English Proficiency and Internal and External Factors Affected Its Among IPTS Student In Selangor)

*Nurul Najwa Ahmad Yalani1, Noor Raudhiah Abu Bakar1

1Faculty of Management and Muamalah Selangor International Islamic University College (KUIS)

43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

*Corresponding author‘s email: raudhiah@kuis.edu.my

Article History:

Submit: 3 February 2017 Accepted: 6 February 2017 Revised: 21 February 2017 Published: 16 June 2017

Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 1, No. 1 (2017), 20-28

Abstrak

Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang kini semakin rancak merentasi Malaysia dan penggunaan serta kemahiran Bahasa Inggeris amat penting dalam meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Tahap penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris juga penting kerana mereka bakal peneraju ekonomi negara. Kajian ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahap diploma dan sarjana muda di sebuah IPTS di Selangor. Faktor-faktor tersebut meliputi faktor dalaman (minat dan sikap) dan faktor luaran (keluarga, rakan sebaya dan persekitaran). Responden kajian terdiri dari 185 pelajar diploma dan sarjana muda dari Fakulti Pengurusan. Hasil kajian dari hubungan korelasi mendapati kesemua faktor mempunyai hubungan yang positif dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di IPTS tersebut. Ini menunjukkan bahawa kerjasama dan penglibatan semua pihak amat penting dalam meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris selain dari faktor dalaman pelajar.

Kata Kunci: Tahap penguasaan Bahasa Inggeris, Minat, Sikap, Keluarga, Rakan Sebaya

Abstract

Malaysia is now faced with the challenges of globalization that is booming across Malaysia and consumption as well as English language skills are very important in improving competitiveness and improve the quality of world- class education to become a developed nation by 2020. The level of student proficiency in English is also important because it will lead the country's economy. This study examines the factors that influence the level of English proficiency among students in diploma and bachelor's degree at one IPTS in Selangor. These factors include the internal factors (interest and attitude) and external factors (family, friends and environment). The respondents consisted of 185 undergraduate students of degree and diploma program from the Faculty of Management. The results of correlation showed that all factors have a positive relationship with the level of English proficiency among students in that IPTS. This suggests that the cooperation and involvement of all parties is important in improving the level of English proficiency of students other than internal factors.

Keywords: The level of English proficiency, interests, attitudes, Family, Peers

1.0 PENGENALAN

Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang kini semakin rancak merentasi Malaysia.

Negara kita perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi sebuah negara membangun sepenuhnya menjelang tahun 2020 yang hanya lagi beberapa tahun akan datang. Seperti yang kita tahu, penggunaan dan kemahiran Bahasa Inggeris amat penting dalam era globalisasi kebanyakan negara membangun, termasuk Malaysia.

Menurut Abdul Rasyid (2005), Bahasa Inggeris adalah bahasa yang menyalurkan pemikiran dan budaya barat amat penting untuk pemodenan dan kemajuan masyarakat Malaysia. Maka perlulah diberi penekanan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi kerana mereka adalah golongan harapan dan barisan hadapan yang akan mengubah masa depan negara dan bangsa. Bahasa Inggeris juga merupakan

(2)

bahasa yang paling utama dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dari pelbagai pelosok dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan antara satu sama lain (Jamil, 2002).

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Perangkaan Utama Tenaga Buruh Malaysia, Januari 2016 adalah kadar pengangguran tidak berubah pada 3.4 peratus bagi Januari 2016 dan Disember 2015. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar pengangguran meningkat 0.3 mata peratus. Walaupun nilai 0.3 peratus itu dikatakan sedikit, tetapi sepatutnya kadar pengangguran sesebuah negara itu perlu berkurangan dari tahun ke tahun, bukan lebih meningkat walaupun jumlahnya kecil.

Masalah pengangguran ini salah satunya disebabkan oleh kurangnya kemahiran berbahasa inggeris dengan baik di kalangan pelajar graduan IPT di Malaysia. Fenomena kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan (Hashim, 2010).

Menyedari bahawa isu penguasaan dan kemahiran Bahasa Inggeris ini amat penting di alam pekerjaan yang bakal dihadapi oleh pelajar selepas mereka tamat belajar, saya ingin membuat kajian tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar di sebuah IPTS kerana menyedari bahawa bahasa internasional itu teramat penting untuk memasuki alam pekerjaan kelak.

Masalah tahap penguasaan Bahasa Inggeris ini boleh di atasi dengan mengetahui faktor-faktor yang mendorong penguasaan Bahasa Inggeris. Dengan mengetahui faktor- faktor ini, pihak pelajar dan IPT sendiri bolehlah membaiki kekurangan masing-masing demi mewujudkan negara yang berpendidikan tinggi seiring dengan kehendak era globalisasi dunia pada masa kini.

Objektif kajian ini mengkaji hubungan antara faktor-faktor dalam (sikap dan minat) dan luaran (keluarga, rakan-rakan dan persekitaran IPT) dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

3.0 KAJIAN LITERATUR DAN PEMBENTUKAN HIPOTESIS

Seluruh dunia telah menerima bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting kerana Bahasa Inggeris elah diiktiraf sebagai Bahasa Dunia (Nordin et al., 2007). Dalam era abad ke 21 ini, negera kita memerlukan tenaga kerja yang mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan berkesan. Hal ini turut disokong oleh Chew (2008) bahawa penguasaan Bahasa Inggeris adalah amat berguna untuk proses akses maklumat dan dapat membantu meningkatkan pendidikan dan pengetahuan umum masyarakat. Dalam menghadapi persaingan hebat dunia, selain memerlukan peningkaan dalam segi ekonomi dan taraf hidup, negara juga memerlukan rakyatnya yang mampu menguasai Bahasa Inggeris demi memartabatkan masyarakat yang bersaing dan serba boleh. Abu Hanafiah (2008) turut menegaskan bahawa usaha untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris ini bukanlah bermaksud kita perlu membelakangkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia, tetapi lebih kepada memenuhi permintaan pasaran kerja yang semakin penih dengan persaingan pada masa kini.

Dalam kajian Clyne & Sharifian (2008), Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa kedua ataupun second language oleh lebih dari 56 peratus masyarakat dunia yang mempunyai budaya dan latar belakang yang berbeza. Bahasa ini juga merupakan bahasa utama atau bahasa nombor satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan (Jamil, 2002). Ini disokong oleh dapatan Rashid (2005) yang menyatakan Bahasa Inggeris menyalurkan pemikiran dan budaya barat. penyaluran pemikiran adalah penting untuk meningkatkan taraf penguasaan bahasa kita kerana bahasa ini adalah bahasa ilmu dan berguna untuk pemodenan dan kemajuan masyarakat di Malaysia. Kebanyakan kerajaan di negara membangun, termasuklah Malaysia mula menekankan kepentingan dan penggunaan Bahasa Inggeris seterusnya menggesa masyarakat mereka yang bersifat sentiasa ingin memajukan diri dalam apa jua bidang menguasai Bahasa Dunia ini dengan cemerlang.

Bahasa Inggeris bukan sahaja bertujuan membekalkan pelajar dengan kemahiran berkomunikasi tetapi juga digunakan sebagai sumber untuk memperolehi lebih banyak ilmu pengetahuan yang releven dan sememangnya berguna untuk sepanjang hayat (Yahaya, 2010). Ini berkait rapat dengan kepayahan graduan Institut Pengajian Tinggi untuk mendapatkan pekerjaan kerana mereka kebanyakannya tidak mempunyai nilai komersial dan mereka tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan luas. Justeru itu, kita perlu mengambil langkah unuk memajukan diri terutamanya bangsa Melayu yang kurang berbahasa Inggeris untuk lebih menguasai Bahasa Inggeris seterusnya lebih berjaya dan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.

Malaysia perlu memastikan para pelajar mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik dari segala sudut, lebih-lebih lagi dari komunikasi dan interaksi bagi mencapai impian negara sebagai

(3)

sebuah negara maju menjelang wawasan 2020. Oleh itu, kelemahan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris perlu ditangani dengan lebih objektif dan praktis. Menurut Hussin & Abdul Razak (2004), Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua untuk negara Malaysia dan bahasa antarabangsa yang sangat perlu dipertingkatkan kemahirannya dalam kalangan pelajar. Bahasa ini membolehkan generasi muda Malaysia bersaing di peringkat global dan merupakan bahasa yang akan mendorong mereka untuk lebih berjaya dalam bidang masing-masing. Maka kita perlu saling membantu untuk memastikan para pelajar dapat memperolehi kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa dengan meningkatkan potensi mereka lebih-lebih lagi di peringkat Institut Pengajian Tinggi kerana mereka semakin hampir dengan alam pekerjaan.

Pengenalpastian faktor-faktor penentu yang mendorong tahap penguasaan Bahasa Inggeris boleh membantu meningkatkan lagi usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar IPT. Faktor-faktor penentu yang mendorong tahap penguasaan Bahasa Inggeris boleh dibahagikan kepada 2 iaitu faktor dalaman dan faktor luaran pelajar.

3.1 Faktor Dalaman Pelajar

Faktor dalaman pelajar meliputi sikap dan tingkah laku pelajar itu sendiri dan minat. sikap dan tingkah laku adalah sesuatu yang amat berkait rapat. Sikap merupakan satu keadaan yang akan menyebabkan keinginan untuk melakukan perubahan perbuatan atau tingkah laku. Sikap juga boleh diterjemahkan dari cara seseorang individu itu bertindak balas terhadap sesuatu perkara. Sikap yang ditunjukkan oleh seseorang itu bergantung kepada apa yang telah dilalui oleh seseorang individu itu dan apa yang telah dipelajarinya. Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan dalam apa jua perkara atau usaha untuk mencapai sesuatu yang di ingini (Yahaya et al., 2007).

Sikap dalam pembelajaran adalah lebih kepada kecenderungan individu dalam cara menerima dan menginterpret maklumat (Yusof et al., 2005). Langan dan Mahamod (2011) dalam rumusannya menyatakan bahawa sikap dan motivasi mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar mempengaruhi sesuatu.

Dalam konteks kajiannya terhadap penguasaan bahasa kedua, sikap pelajar mempengaruhi pembelajarannya terhadap sesuatu bahasa. Sikap mempengaruhi penguasaan bahasa dalam menentukan pencapaian seseorang. Dapatan-dapatan di atas menunjukkan bahawa cara pembelajaran seseorang itu adalah bergantung kepada sikapnya. Jika sikap seseorang individu itu adalah positif terhadap sesuatu pembelajaran, maka seseorang itu akan menguasai pembelajaran itu dengan lebih baik.

Kebanyakan pelajar-pelajar berpendapat bahawa penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran teknikal dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka. Salah satu cara lain untuk menguasai Bahasa Inggeris adalah dengan mengikuti kursus dan menanamkan rasa minat terhadap bahasa itu sendiri seterusnya tidak pernah berhenti unuk mencuba menguasai bahasa tersebut. Ini selari dengan pendapat Amran (2003) yang menyatakan bahawa kesedaran tentang keperluan dan kepentingan Bahasa Inggeris akan menimbulkan minat yang mendalam dan sikap yang positif dalam kalangan pelajar untuk mendalami bahasa ini. Ini juga akan mendorong pelajar untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka dengan pelbagai cara dan kaedah untuk masa hadapan kerjaya mereka.

Secara keseluruhannya, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah pada tahap sederhana sahaja. Selain daripada kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris yang amat penting, kemahiran seperti membaca, menulis, mendengar dan bertutur juga perlu selari. Kemahiran-kemahiran ini bukan sahaja digunakan dalam menuntut ilmu, tetapi ia juga akan digunakan dalam kerjaya mereka kelak. Sebagai contoh seperti mendengar arahan pihak atasan, membaca ilustrasi, menggunakan tulisan seperti memo, surat bertaip, notis, bercakap seperti berbual, berucap, memberi arahan dan bermacam-macam lagi (Owi, 2004). Oleh itu, para pelajar perlu menimbulkan minat untuk mempelajari dan sekali gus menguasai bahasa ini dalam memantapkan lagi kemahiran-kemahiran mereka supaya dapat menyiapkan diri untuk lebih maju dan menjadi rakyat Malaysia yang membangunkan nusa dan bangsa.

3.2 Faktor Luaran Pelajar

Lee (2006) menyatakan bahawa negara seperti di Asia kurang menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka terutamanya pelajar. Kajian Yahaya et al. (2008) mendapati kebanyakan institusi di Malaysia tidak fokus untuk membentuk persekitaran yang membantu kepada pembelajaran yang dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Hal ini selari dengan dapatan kajian pengkaji terdahulu Tarmizi (2003), yang menyatakan bahawa pelajar tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris disebabkan keadaan persekitaran yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Johari et al. (2006), di mana kebanyakan pelajar jarang atau tidak pernah bertutur dalam Bahasa

(4)

Inggeris sama ada di rumah ataupun mana-mana tempat kerana majoriti pelajar akan berinteraksi menggunakan bahasa ibunda berbanding Bahasa Inggeris.

Menurut Richards (2009), ICT juga boleh membantu mempercepatkan proses mempelajari bahasa iaitu bahasa kedua lebih-lebih lagi dari aspek kosakata dan tatabahasa. Pembelajaran melalui komputer lebih cenderung untuk meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris yang lebih efektif. Oleh itu, penggunaan ICT dalam proses pembelajaran bahasa kedua adalah penting. Justeru, pensyarah diberi peluang untuk menggunakan kemudahan ICT sebagai alat atau kaedah pengajaran yang efisyen sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Keluarga yang menekankan intelek dapat menghasilkan manfaat dalam aspek bahasa dan sosial. Hubungan yang jelas antara prestasi berbahasa Inggeris dengan pendedahan bahasa dalam keluarga menunjukkan nilai yang positif. Oleh itu persekitaran keluarga termasuk sokongan dan dorongan dari sesebuah keluarga itu sendiri juga memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris pelajar, lebih-lebih lagi yang lemah dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, menurut kajian Kamaruddin (2002) turut menyatakan kemerosotan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para lulusan sekolah dan universiti tempatan adalah berpunca daripada fenomena di mana Bahasa Inggeris tidak dapat ditutur dengan fasih dan tidak boleh menulis dengan baik oleh pelajar universiti dan sekolah. Ini menyebabkan pelajar merasai bahawa Bahasa Inggeris itu tidak penting dan mereka mengambil keputusan untuk tidak mendalami ilmu pengatahuan dalam Bahasa Inggeris dan mereka juga tidak bersungguh-sungguh dalam mempelajari Bahasa Inggeris.

Faktor persekitaran meliputi persekitaran keluarga, persekitaran rakan sebaya dan persekitaran pembelajaran. Persekitaran keluarga merangkumi pengetahuan ibu bapa dalam Bahasa Inggeris, kekerapan pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris di rumah dan kefasihan dan sebagainya.

Secara kesimpulan, faktor dalaman pelajar terdiri dari sikap dan minat manakala faktor luaran yang dikenalpasti adalah keluarga, rakan-rakan dan persekitaran IPT. Oleh itu ini membawa kepada 5 hipotesis kajian iaitu:

Hipotesis Pertama

Sikap bermaksud kecenderungan individu dalam menerima sesuatu perkara. Dengan meningkatnya sikap positif pelajar akan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan ini membawa kepada hipotesis pertama:

H1: Terdapat hubungan positif di antara Sikap dengan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Hipotesis Kedua

Minat bermaksud keinginan untuk mendapatkan sesuatu perkara atau ilmu. Dengan meningkatnya minat seseorang pelajar akan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan ini membawa kepada hipotesis kedua:

H2: Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Minat dengan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Hipotesis Ketiga, Keempat dan Kelima

Persekitaran bermaksud kawasan sekitar ataupun kawasan yang berdekatan. Dalam konteks ini, persekitaran yang merangkumi keluarga, rakan sebaya dan persekitaran pembelajaran. Ketiga-tiga jenis persekitaran ini adalah penting untuk pelajar mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi. Dengan adanya persekitaran yang baik akan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan ini membawa kepada hipotesis ketiga:

Persekitaran Keluarga

H3: Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Persekitaran Keluarga dengan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Persekitaran Rakan Sebaya

H4: Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Persekitaran Rakan Sebaya dengan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Persekitaran Pembelajaran

H5: Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Persekitaran Pembelajaran dengan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

(5)

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Data dikumpulkan dengan cara mengedar borang kaji selidik kepada pelajar Fakulti Pengurusan di sebuah IPTS di Selangor. Borang soal kaji selidik merupakan teknik pengumpualan data yang dipilih dalam kajian ini. Dalam kajian ini, seramai 3109 pelajar aktif dari pelajar aktif Fakulti Pengurusan merupakan populasi kajian dan daripada jumlah ini, seramai 300 orang dipilih secara rawak menjadi responden. Penentuan saiz sample yang berpadanan dengan saiz populasi diambil berdasarkan Krejcie & Morgan (1970). Daripada 300 jumlah boring soal selidik yang telah diedar, sebanyak 185 (61.6%) borang kaji selidik telah dikembalikan dalam keadaan lengkap dan digunakan kesemuanya untuk analisis ini.

4.1 Pengukuran Pembolehubah

Di dalam kajian ini terdapat satu pemboleh ubah bersandar dan lima pemboleh ubah tidak bersandar.

Pemboleh ubah yang bersandar terdapat dalam kajian ini adalah tahap penguasaan Bahasa Inggeris, manakala pemboleh ubah tidak bersandar pula adalah sikap, minat, keluarga, rakan-rakan dan persekitaran IPT. Skala likert yang terdiri dari lima skala digunakan bagi mengukur pembolehubah yang bermula dari skala yang rendah sehinga skala yang tinggi.

Hasil ujian kebolehpercayaan data ditunjukkan dalam Jadual 1 dibawah:

Jadual 1 Hasil Ujian Kebolehpercayaan

Pembolehubah Bilangan Perkara Cronbach Alpha Pembolehubah Bersandar:

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 10 0.871 Pembolehubah Tidak Bersandar:

Sikap 5 0.735

Minat 7 0.796

Persekitaran; 12 0.775

Keluarga 4 0.360

Rakan Sebaya 4 0.663

Persekitaran Pembelajaran 4 0.555

Jadual 1 diatas menunjukkan nilai cronbach alpha bagi setiap pembolehubah bagi mengukur kebolehpercayaan setiap data. Kesemua nilai cronbach alpha menunjukkan nilai lebih dari 0.7 kecuali faktor persekitaran dan ini berlaku apabila faktor-faktor ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu keluarga, rakan-rakan dan persekitaran IPT.

5.0 HASIL KAJIAN

Hasil kajian dibahagikan kepada 2 iaitu hasil kajian deskriptif, demografi responden dan hasil analisa korelasi.

5.1 Hasil Kajian Deskriptif

Nilai min dan sisihan piawaian menerangkan kecenderungan setiap pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar, Mohd Najib (2000).

Jadual 2 Analisa Pengelasan Skor Min Pengelasan Skor Min Tahap Skor

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 4.00 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan analisa pengelasan bagi skor min dan tahap penilaian manakala Jadual 3 menunjukkan tahap min dan sisihan piawai bagi setiap pembolehubah kajian.

Berdasarkan pada Jadual 3 menunjukkan bahawa Sikap berada pada nilai min yang sederhana iaitu 2.3838 manakala Minat berada pada nilai 2.9097, Persekitaran berada pada nilai 2.6302. Masing-masing mencatatkan nilai min yang juga sederhana. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini iaitu Penguasaan

(6)

Bahasa Inggeris berada pada nilai 2.6686. Hal ini menunjukkan, tahap purata bagi responden adalah sederhana bagi semua pembolehubah.

Jadual 3 Pembolehubah Frekuensi Diskriptif

Nama Pembolehubah Bil Perkara Min Sisihan

Penguasaan Bahasa Inggeris 10 2.6686 0.45563

Sikap 5 2.3838 0.43031

Minat 7 2.9097 0.36770

Persekitaran; 12 2.6302 0.43793

Keluarga 4 2.4392 0.66860

Rakan Sebaya 4 2.7811 0.41299

Persekitaran Pembelajaran 4 2.6703 0.42835

5.2 Demografi Responden

Responden kajian terdiri dari 64% atau seramai 118 orang responden adalah daripada kalangan perempuan. Manakala, 36% pula adalah daripada kalangan lelaki iaitu seramai 67 orang responden.

Taburan taraf pengajian pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah dari pelajar program Ijazah Sarjana Muda iaitu sebanyak 161(87%). Manakala selebihnya adalah pelajar dari Program Diploma, iaitu hanya seramai 24 (13%) merupakan responden kajian ini.

Sebanyak 60% atau seramai 112 orang responden adalah daripada pelajar tahun ketiga manakala, 36% pula adalah daripada kalangan pelajar tahun kedua iaitu seramai 67 orang responden. Selebihnya ialah dari pelajar tahun satu dan empat yang masing-masing berjumlah 2 dan 4 orang sahaja yang menjadi responden.

Berdasarkan data demografi responden berkaitan keputusan terakhir Bahasa Inggeris responden, majoriti mendapat keputusan sederhana baik iaitu gred B+ dan B iaitu seramai 111 orang respondan.

Manakala, 33 orang responden pula mendapat keputusan yang bagus iaitu A+ hingga A. 36 orang responden pula mendapat keputusan gred C+hingga C. Selebihnya ialah 5 orang responden yang mendapat keputusan lemah dalam subjek Bahasa Inggeris iaitu D+hingga D.

5.3 Analisa Ujian Korelasi

Kaedah analisa data yang digunakan ialah kaedah korelasi Pearson kerana data yang digunakan adalah bertahap nominal dan seterusnya dapat menjawab persoalan kajian ini. Menurut Sekaran (2005), secara teorinya ini boleh menjadi korelasi positif atau negatif yang sempurna antara dua pembolehubah, yang diwakili oleh 1.0 (1.0 @ - 1.0).

Jadual 4 Nilai Korelasi

Pembolehubah Tidak Bersandar Nilai Korelasi Nilai Signifikan

Sikap .453** .000

Minat .620** .000

Persekitaran; .859** .000

Keluarga .716** .000

Rakan Sebaya .768** .000

Persekitaran Pembelajaran .778** .000

Merujuk Jadual 4 di atas, ia menunjukkan aras kepercayaan korelasi antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar adalah signifikan bagi hubungan di antara Penguasaan Bahasa Inggeris dan Sikap, Minat, dan Persekitaran yang terdiri daripada Persekitaran Keluarga, Persekitaran Rakan Sebaya dan Persekitaran Pembelajaran dengan nilai α = .000. Nilai kolerasi di antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar juga berada pada tahap positif yang sederhana dan tahap positif yang kuat dan sempurna.

Hasil analisa kajian korelasi bagi pembolehubah tidak bersandar yang pertama iaitu Sikap, dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai korelasi dalam kajian ini berada dalam tahap sederhana iaitu 0.453**.

Manakala nilai signifikan berada pada tahap 0.000. Dapatan ini menunjukkan bahawa Sikap mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan Penguasaan Bahasa Inggeris.

Hal ini telah dibincangkan dalam kajian Yahaya et al., (2007), dia menyatakan bahawa sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan dalam apa jua perkara atau usaha untuk mencapai sesuatu yang di ingini terutama dalam menguasai bahasa kedua yang bukan bahasa ibunda.

(7)

Langan dan Mahamod (2011) dalam rumusannya pula menyatakan bahawa sikap dan motivasi mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar mempengaruhi sesuatu. Dalam konteks kajiannya terhadap penguasaan bahasa kedua, sikap pelajar mempengaruhi pembelajarannya terhadap sesuatu bahasa. Sikap mempengaruhi penguasaan bahasa dalam menentukan pencapaian seseorang.

Seterusnya, bagi pembolehubah tidak bersandar yang kedua pula iaitu Minat, dapatan kajian menunjukkan nilai korelasi yang berada pada tahap yang agak kuat iaitu sebanyak 0.620. Manakala nilai signifikannya pula adalah 0.000. Ini menunjukkan bahawa Minat mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan Penguasaan Bahasa Inggeris. Berdasarkan kajian lepas yang dijalankan oleh Amran (2003), di dapati bahawa minat yang mendalam dan sikap yang positif dalam kalangan pelajar untuk mendalami bahasa ini akan mendorong pelajar untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka dengan pelbagai cara dan kaedah yang sesuai dengan mereka demi menguasai bahasa kedua di Malaysia ini.

Seterusnya, untuk pembolehubah tidak bersandar yang ketiga iaitu Persekitan yang terdiri daripada Persekitaran Keluarga, Persekitaran bersama Rakan Sebaya dan Persekitaran Pelbelajaran mempunyai dapatan kajian yang paling tinggi iaitu sebanyak 0.859**. Nilai signifikannya pula ialah sebanyak 0.000. Ini menunjukkan bahawa Persekitaran Pelajar mempunyai hubungan yang kuat dan signifikan dengan Penguasaan Bahasa Inggeris. Nilai 0.859** ini adalah gabungan daripada nilai-nilai keputusan daripada Persekitaran Keluarga iaitu 0.716**, Persekitaran Rakan Sebaya iaitu 0.768**, dan Persekitaran Pembelajaran iaitu 0.778**. Ini menunjukkan bahawa semua faktor ini sangat memberi impak yang kuat terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris.

Menurut kajian yang dijalankan Yahaya et al. (2008) mendapati bahawa institusi di Malaysia perlu fokus untuk membentuk persekitaran yang membantu kepada pembelajaran yang dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar kerana ini amat berkait rapat dengan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Hal ini selari dengan dapatan kajian pengkaji terdahulu Tarmizi (2003), yang menyatakan bahawa pelajar tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris disebabkan keadaan persekitaran yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya, dan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Johari et al. (2006), di mana kebanyakan pelajar jarang atau tidak pernah bertutur dalam Bahasa Inggeris sama ada di rumah ataupun mana-mana tempat kerana mereka tidak boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran Bahasa Inggeris dengan baik.

Kesimpulannya, kesemua pembolehubah tidak bersandar yang dikaji mempunyai hubungan yang positif dengan pembolehubah bersandar. Ini bermakna Sikap, Minat, Persekitaran yang terdiri daripada Persekitaran Keluarga, Persekitaran Rakan Sebaya dan Persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

5.4 Ringkasan Hasil Kajian

Jadual 5 Ringkasan Keputusan Hipotesis

No. Hipotesis Butiran Keputusan

1. H1 Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Sikap dengan Penguasaan

Bahasa Inggeris Disokong

2. H2 Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Minat dengan Penguasaan

Bahasa Inggeris Disokong

3. H3 Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Keluarga dengan

Penguasaan Bahasa Inggeris Disokong

4. H4 Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Rakan dengan

Penguasaan Bahasa Inggeris Disokong

5. H5 Terdapat hubungan yang positif di antara faktor Persekitaran IPT dengan

Penguasaan Bahasa Inggeris. Disokong

6.0 KESIMPULAN

Terdapat limitasi dalam kajian ini iaitu nilai Cronbach Alpha yang rendah bagi faktor persekitaran dan kesukaran untuk mengedarkan borang soal selidik di tempat kajian. Ini kerana pengkaji mengalami kesukaran ketika ingin mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang bukan sekelas dengan pengkaji, terdapat kekangan masa semasa tempoh pengedaran borang soal selidik.

Cadangan kajian akan datang adalah terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris termasuklah Motivasi Pelajar, Kesedaran Pelajar ataupun Gaya Hidup Pelajar. Selain itu,

(8)

untuk kajian akan datang pengkaji boleh menggunakan atau menambah soalan pengukuran yang lebih banyak yang boleh meningkatkan lagi nilai Cronbach alpha supaya pengkaji boleh mendapati data atau maklumat yang lebih banyak dan lebih tepat. Kajian berbentuk perbandingan antara IPT juga amat bagus dalam menilai tahap dan faktor yang mempengaruhi.

Secara keseluruhannya, pengkaji telah menjelaskan tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan hubungan di antara faktor-faktor seperti Sikap, Minat dan Persekitaran Pelajar seperti Persekitaran Keluarga, Rakan sebaya dan Persekitaran Pembelajaran dengan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Fakulti Pengajian Perniagaan di sebuah IPTS Selangor. Kajian mendapati bahawa semua pembolehubah tidak bersandar mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan Penguasaan Bahasa Inggeris. Faktor yang paling banyak mempengaruhi dalam kajian ini ialah faktor Persekitaran. Kajian mendapati bahawa faktor ini paling berpengaruh kepada pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris. Oleh itu pelbagai pihak tertentu perlu mengetahui bahawa penguasaan bahasa kedua ini amatlah penting kerana ia dapat menjadikan pelajar lebih berpengetahuan, lebih mudah berkomunikasi dengan individu dari pelosok dunia dan yang paling penting sekali ialah ia dapat meningkatkan peluang pelajar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa kini.

7.0 RUJUKAN

Ahmad Tajudin Ab. Rahman (1997). ―Persepsi Terhadap Penguasaan dan Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar SPH, UTM Johor Bahru‖. Universiti Teknologi Malaysia.

Amran, T. (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti Pendidikan.

Universiti Teknologi Malaysia.

Abu Hanifah, A. (2008) Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar-pelajar PKPG Kemahiran Hidup. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Latif, A. & Abu Hanifah, A. (2010). Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajarpelajar Pkpg Kemahiran Hidup Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Aziz, N. A. & Tengku Ahmad, T. A. H. D. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Chew, F. P. (2008). Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI): Penerimaan dan Kesannya Terhadap Status Bahasa Melayu. Universiti Malaya.

Clyne, M. & Sharifian, F. (2008). English as an Internatioal Language: Challenges and Possibilities.

Australia Review of Applied Linguistics, 31(3), 1-11

Hamid, A. B. (2005). Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar. Selangor: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Hussin, S. & Abdul Razak, A. Z. (2004). Perlaksanaan Dasar Bahasa Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Matematik. Universiti Malaya.

Hj. Kamsur, N. (2015). Tahap Penguasaan, Sikap Dan Minat Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jamil, A.Z. (2002). Melayu, Bahasa dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor:

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Punca Graduan Sukar Dapat Kerja.Dicapai pada Jun 20, 2016, dari http://blog.mohe.gov.my/2012/11/punca graduan-sukar-dapat-kerja.html

Konting, M. N. (2000). ―Kaedah Penyelidikan Pendidikan.‖ Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie R. V. & Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size for Research. Educational and Psychological Measurement. No. 30, pp. 607-610.

Maarof, N. (2003). Keupayaan Menguasai Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Melayu Sekolah Menengah dalam Era Globalisasi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, Buletin Pendidikan, Bil 10, ms. 3-5.

Md Desa, M. N. (2003).Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.

Md Zain, M. S. (2003). Persepsi pelajar Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar SPI.

Universiti Teknologi Malaysia.

Nordin, T. A., Ahmad, R., & Abdul Rahim, R. (2007). Membina Pelajar Cemerlang: Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. 1st ed. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Rashid, A. R. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur.

(9)

Tarmizi Amran. (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Tahun 4SPA, E dan J, Fakulti Pendidikan UTM: Kajian tentang status penguasaan, kebolehan bertutur, sikap, motivasi dan dorangan ibu bapa. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Yahaya, A. (2010). Sejauh Manakah Faktor Keluarga Dapat Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia.

Yahaya, A., Ramli, J. & Boon, Y. (2007). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris: Sejauh Manakah Hubungan Ini Relevan?

i http://blog.mohe.gov.my/2012/11/punca

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dapat ini juga jelas membuktikan hasil kajian Murdock (1999) yang mendapati hubungan positif antara pensyarah- pelajar tidak hanya dicirikan oleh hubungan baik tetapi komunikasi

Pihak pengurusan Universiti perlu mengambil langkah pro- aktif menyediakan kemudahan ruang niaga yang sesuai untuk disewakan kepada para pelajar atau kumpulan pelajar

Kajian ini mendapati tahap pengetahuan dan penghayatan ibadah di kalangan pelajar adalah memuaskan dan berjaya memberi kesan positif dalam hubungan sosial pelajar

Terdapat hubungan positif sederhana antara tahap penguasaan PMB dengan pencapaian akademik menunjukkan bahawa pelajar yang dapat menghasilkan PMB yang berkualiti

Persoalan kajian: Adakah terdapat tahap korelasi yang tinggi dan signifikan antara kebimbangan ujian, motivasi ekstrinsik dan intrinsik dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab

Biarpun dapatan kajian yang diperoleh adalah sama, iaitu pelajar mempunyai sikap positif terhadap pengajaran budaya dalam pengajaran bahasa, namun, kajian ini memberikan

Daripada analisis kajian, didapati bahawa terdapat hubungan positif yang kukuh dan signifikan di antara kepemimpinan moral pengetua dalam teknologi pengajaran dengan disiplin

Kajian yang dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat aliran teknikal di sekolah menengah teknik di negeri Kelantan menunjukkan terdapat hubungan secara