• Tiada Hasil Ditemukan

~iS~l~KA~'~N~D~U~N~G~A_N _______________ ]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "~iS~l~KA~'~N~D~U~N~G~A_N _______________ ] "

Copied!
94
0
0

Tekspenuh

(1)

LAPORAN

PEMULIHARAAN BANDAR WARISAN UNTUK PEMBANGUNAN PELANCONGAN:

KAJIAN KES MELAKA DAN· KOTA BHARU

oleh

DR. A. GHAFAR AHMAD

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan Dan Perancangan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Disember 1997

Dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

..

(2)

(''

ABSTRAK

I') Ev fv' ·.~ . ,, " J1 ' ,. " l ,, ;, ' -~ >'I .t. 1 '-" •:Ill

Pemuliharaan bandar boleh disifatkan sebagai penjagaan dan pengekalan warisan bandar daripada dimusnah atau diubah tanpa perancangan, pengawalan dan pengurusan yang sempurna lagi sistematik. Dalam konteks sebuah bandar warisan, fakta sejarah dan latarbelakang serta peninggalan seni bina memainkan peranan yang penting di dalam memajukan industri pelancongan. lni adalah kerana fakta sejarah dan latarbelakang sesuatu temp at, kawasan atau bangunan • dapat memberikan maklumat yang berguna k,epada para pelancong mahupun generasi akan datang. Maklumat ini menjadi lebih kukuh lagi dengan adanya kesan dan bahan peninggalan sejarah seperti bangunan lama, kota atau kubu, monumen dan artifak.

Tujuan utama kajian ini ialah mengkaji hubungkait di. antara konsep pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan tempatan. Selain daripada mendalami konsep pemuliharaan bandar, i<ajian ini juga menyentuh aspek-aspek pembentukan imej bandar dan pemasaran pelancongan. Dua buah bandar warisan, iaitu Bandar Melaka dan Kota Bharu telah dipilih sebagai bahan kes di dalam mencapai tujuan utama kajian ini. Kaedah pengamatan imej bandar yang diperkenalkan oleh K~yi~

_byQgb telah diaplikasikan dalam kajian kes Bandar Melaka dan Kota Bharu.

Selain daripada itu, aspek pelancongan juga dibincangkan dalam kajian ini.

r

lndustri pelancongan yang kian berkembang di Malaysia telah menjadikan

\ bandar-bandar warisan sebagai produk pelancongan yang amat berharga.

~ Faktor budaya yang unik juga dianggap sebagai produk pelancongan yang

;\) menarik terutamanya di kalangan para pelancong. Kajian ini juga membincangkan kepentingan pemuliharaan bandar kepada negara dan generasi akan datang.

Laporan kajian ini dibahagikan kepada 7 bab. Bab 1 merangkumi pengenalan kajian termasuk matlamat, skop kajian, metodologi dan h·asil kajian. Bab 2 membincangkan konsep pemuliharaan bandar, imej bandar dan perundangan pemuliharaan bandar. Aspek-aspek mengenai pembangunan industri pelancongan di Malaysia, hubungkait pelancongan dengan pemuliharaan bandar, pemasaran pelancongan; dan peranan sektor awam dan swasta dibentangkan dalam Bab 3. Bab 4 dan 5 iaitu kajian kes Bandar Melaka dan Kota Bharu membincangkan pelbagai aspek berhubung dengan sejarah, imej bandar dan pemuliharaan bandar. Bab 6 merumuskan analisa dan penemuan dari Bab 4 dan 5. Manakala Bab 7 menutup kajian ini dengan beberapa rumusan dan kesimpulan termasuk cadangan dan pendapat penyelidik.

(3)

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Universiti Sains Malaysia di atas peruntukan

Geran Penyelidikan IRPA Jangka Pendek

yang membolehkan penyelidikan ini dijalankan dengan lancar.

Penghargaan juga dirakamkan kepada

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan di atas sokongan dan kemudahan yang diberikan.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada pembantu penyelidik Encik Safial Aqbar Zakaria dan Cik Siti Norsazlina Haran yang turut

menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Encik Zulkarnain Abu Bakar dan Dr. Nurwati Badarulzaman

di atas kerjasama mendokumentasikan

sebahagian daripada penyelidikan ini ke dalam bentuk penerbitan video.

TERIMA KASIH

(4)

L[ ______________

~iS~l~KA~'~N~D~U~N~G~A_N _______________ ]

Abstrak Penghargaan lsi kandungan

Senarai rajah, foto dan jadual

BAB 1 Pengenalan

1.1 Matlamat kajian

1.2 Skop kajian

1.3 Metodologi

1.4 Hasil kajian

BAB

2 Pemuiiharaan Bandar

2.; Konsep pemuliharaan bandar

2.2 Kategori pemuliharaan bandar

2.3 Kepentingan pemuliharaan bandar

2.4 Elemen imej bandar

2.5 Perundangan dan amalan pemuliharaan bandar SABA- Pembangunan Pelancongan Di Bandar Warisan

i-(

lndustri pelancongan di Malaysia

:}.:2 Hubungkait antara pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan

~ Pemasaran pelancongan

~ Peranan dan tanggungjawab sektor awam dan swasta BAS 4 Kajian Kes: Bandar Melaka

4.1 Pengenalan

4.2 Sejarah dan perkembangan bandar Melaka

4.3 Pengisytiharaan Melaka Bandaraya Bersejarah

4.4 Pembangunan industri pelancongan di Melaka

4.5 lmej Bandar Melaka

4.6 Rumusan

BAB 5 Kajian Kes: Bandar Kota Bharu

5.1 Pengenalan

5.2 Sejarah dan perkemtangan Kota Bharu

5.3 Pembangunan indus:~i pelancongan di Kota Bharu

5.4 Dasar dan polisi pemuliharaan

5.5 lmej bandar dan kawasan pemuliharaan

5.6 Rumusan

mukasurat

ii iii iv vi

2 2 2 3

4 5 9 14 17

23 24 25 28

32 32 38 39 44 54

56 56 61 66 70 74

IV .. ···

(5)

mukasurat

BAB 6 Analisis dan Penemuan

6.1 Pengenalan

77

6.2 Ringkasan penemuan

78

6.3 Strategi pemuliharaan bandar 80

~

Prospek pemuliharaan bandar warisan untuk

pembangunan pelancongan 83

6.5 Rumusan 84

7.0 Cadangan dan Rumusan 85

Rujukan

87

(6)

SENARAI RAJAH, FOTO DAN JADUAL

Senarai Rajah Rajah 4.1 Rajah 4.2

Rajah 4.3 Rajah 4.4 Rajah 5.1 Rajah 5.2 Rajah 5.3

Lakaran mengenai kedudukan kota-kota Portugis Di Bandar Melaka.

Lakaran menunjukkan penguasaan tentera Belanda ke atas perairan Selat Melaka selepas menewaskan Portugis pada 1641.

Lakaran Bangunan Stadhuys yang dibina pada 1650 untuk Gabenor Jenera! Belanda. ·

Peta Bandar Melaka dan lokasi pelancongan.

Bandar Kota Bharu pada 1910.

Peta Bandar Kota Bharu, Kelantan Peta Zon Budaya, Kota Bharu.

Senarai Foto

mukasurat

34

36

36 42 58 60 68

Foto 2.1 Pemuliharaan budaya masyarakat setempat. 8 Foto 2.2 Bangunan peninggalan penjajah di Melaka dan

Georgetown dapat membentuk identiti dan imej

bandar warisan. 10

· Foto 2.3 Mewarisi nilai-nilai kebudayaan masyarakat setempat. 12 Foto 2.4 Pemuliharaan bandar di York, England, Pisa, !tali

dan Amsterdam, Belanda. 13

Foto 4.1 Pintu gerbang Kota A Famosa (1511 ), kesan

penjajahan Portugis di Melaka. 34

Foto 4.2 Tempat tumpuan pelancong di sekitar Bandar Melaka. 43 Foto 4.3 Laluan pedestrian mall digunakan secara efektif bagi

menghubungi kawasan atau bangunan bersejarah. 47 Foto 4.4 Jambatan digunakan sebagai laluan alternatif bagi

pejalan kaki. 4 7

Foto 4.5 Sungai Melaka digunakan sebagai laluan utama

feri dan bot nelayan. 48

Foto 5.1 Contoh bangunan yang terdapat di Zon Budaya, Kota

Bharu: lstana Balai Besar, lstana Jahar dan lstana Batu. 63 Foto 5.2 Pasar Buloh Kubu di Kota Bharu menjadi tumpuan

pelancong kerana aktiviti perniagaannya dikuasai oleh

kaum wanita. 64

Foto 5.3 Pintu gerbang dan perabot jalan yang terdapat

di kawasan Kota lsma'l Petra, Kota Bharu. 69

Senarai Jadual

Jadual 4.1 Jumlah ketibaan pelancong dan tetamu hotel di Melaka. 40 Jadual 5.1 Jumlah kemasukan para pelancong ke Kota Bharu. 62

(7)

BAB 1 PENGENALAN

· Aspek pemuliharaan bandar merupakan satu agenda yang amat penting yang perlu diwujudkan dalam pembangunan sesebuah bandar khususnya bandar warisan. Di Malaysia, aktiviti pemuliharaan bandar semakin popular terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai warisan sejarah, budaya dan seni bina. Contoh bandar warisan di Malaysia termasuklah bandar Melaka, Georgetown, Kota Bharu, Taiping, Kuala Lumpur dan Kuching. Di Georgetown, contohnya, pihak berkuasa tempatan telah rT!engambil inisiatif untuk mengenalpasti 5 buah kavvasan pemuliharaan bagi tujuan pengekalan warisan sejarah, budaya dan seni bina. Pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang pula telah menyediakan satu garispanduan bagi sebarang pembangunan di kawasan-kawasan tersebut.

lndustri pelancongan yang sedang berkembang di Malaysia telah menjadikan bandar-bandar warisan di negara ini sebagai destinasi yang penting bagi para pelancong. Bandar-bandar warisan seperti Melaka dan . !<ota Bharu telah mencatatkan bilangan pelancong yang terus meningkat tahun demi tahun. Bandar-bandar warisan juga telah mempelbagaikan produk dan aktiviti pelancongan bagi rnenarik lebih ramai pelancong.

Kajian ini telah memilih 2 buah bandar warisan di Malaysia, iaitu bandar Melaka dan Kota Bharu bagi mengenalpasti beberapa aspek termasuk hubungkait antara pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan, imej bandar, kawasan pemuliharaan, peranan dan tanggungjawab sektor awam dan swasta disamping perkara-perkara yang berkait rapat dengan tiga kategori pemuliharaan bandar iaitu pemuliharaan

(8)

bangunan, pemuliharaan kawasan dan pemuliharaan budaya masyarakat setempat.

1.1 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat utama kajian · adalah mengkaji hubungkait di an tara konsep pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan tempatan. Selain daripada itu, kajian ini meliputi penelitian karektor bandar Melaka dan Kota Bharu dari segi interpretasi imej bandar, aktiviti bandar dan sosio-budaya setempat. Kajian juga meninjau aktiviti dan program pemuliharaan bandar dari aspek industri pelancongan, perundangan, pentadbiran, strategi, pengurusan dan pelaksanaannya.

1.2 SKOP KAJIAN

Kajian ini meliputi 2 buah bandar warisan iaitu bandar Melaka dan Kota Bharu. Pemilihan kedua-dua bandar ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria berikut:

i. sejarah bandar ii. karektor seni bina

iii. aktiviti sosio-budaya setempat iv. destinasi pelancongan di bandar iv. pelaksanaan konsep pemuliharaan

1.3 METODOLOGI

Kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu:

i. kajian lapangan melalui kaedah pengamatan visual, video dan fotografi

ii. pengumpulan makl~mat bercetak termasuk laporan, pelan struktur, brosur dan !a in-lain

(9)

iii. temubual dengan pihak berkuasa tempatan, penduduk tempatan dan para pelancong.

1.4 HASIL KAJIAN

Hasil-hasil yang diperolehi melalui kajian ini ialah seperti berikut:

i. pemahaman tentang kajian di antara pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan serta faedah-faedah yang boleh didapati daripada aktiviti-aktiviti pemuliharaan

ii. cadangan bagi membina dan meningkatkan imej bandar warisan melalui gabungan dan keseragaman pembangunan zon-zon budaya, warisan seni bina dan rekabentuk bandar iii. melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat akan

pemuliharaan bandar di dalam industri pelancongan Malaysia iv penerbitan video mengenai pemuliharaan bandar warisan di

Malaysia

Kajian ini adalah penting bagi menambahkan bahan dan maklumat pengajaran bukan sahaja di dalam bidang alam bina tetapi pemuliharaan bandar dan pelancongan. Ia juga boleh dijadikan sebagai sumb~r rujukan kepada pelajar, pihak berkuasa tempatan dan juga individu yang terlibat dalam pemuliharaan bandar warisan.

(10)

BAB 2 PEMULIHARAAN BANDAR

Penjajahan kolonial Portugis, Belanda dan British selama lebih daripada 3 abad di Maiaysia telah mewujudkan beberapa buah bandar sebagai pusat perdagangan, penempatan dan pentadbiran penjajah. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 40 tahun, kesan-kesan penjajahan daripada pihak penjajah kolonial masih boleh dilihat dari pelbagai aspek termasuk aspek perancangan bandar, perundangan, pendidikan, pertahanan, kebudayaan masyarakat tempatan dan seni bina.

Peninggalan seni bina kolonial seperti bangunan dan monumen telah memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan sebuah bandar warisan. lni dapat dilihat di beberapa buah bandar warisan seperti Melaka, Georgetown, Taiping, Kota Bharu dan Kuching. Usaha-usaha pelbagai pihak terhadap pemuliharaan bandar warisan perlu dilihat dari sudut yang positif. lni adalah kerana pemuliharaan bandar warisan bukan sahaja amat penting kepada pembangunan negara tetapi kepaqa generasi akan datang.

2.1 KONSEP PEMULIHARAAN BANDAR

lstilah pemuliharaan adalah gabungan dua perkataan iaitu pulifi dan pelihara. Pemuliharaan bermaksud penjagaan terhadap sesuatu daripada dimusnah atau diubah tanpa perancangan yang rapi. Pemuliharaan pula sering dikaitkan dengan 2 aspek iaitu pemuliharaan sumber asli dan pemuliharaan alam bina. Walaupun kedua-dua aspek pemuliharaan tersebut mempunyai pendekatan dan keadah yang berbeza tetapi ia mempunyai objektif yang sama iaitu untuk menjamin jangkamasa hayat atau keadaan sumber asli atau alam bina ke suatu tahap yang maksimum. Ia merupakan suatu proses yang berterusan demi menjaga kepentingan

4

(11)

/ generasi masa hadapan. Bagi penghuraian definisi dan konsep dalam kajian ini, aspek pemuliharaan yang dimaksudkan tertumpu kepada pemuliharaan alam bina termasuk bangunan dan bandar warisan.

Pemuliharaan bandar merupakan suatu konsep perancangan dan pembangunan bandar yang mempunyai nilai sejarah, seni bina dan budaya masyarakat yang unik. Ia boleh disifatkan sebagai penjagaan dan pengekalan warisan bandar daripada dimusnah atau diubah tanpa perancangan, pengawalan dan pengurusan yang sempurna lagi sistematik.

Pemuliharaan bandar bertujuan untuk mengekalkan nilai-nilai sejarah, budaya, sosial dan estetik yang diwarisi dari zaman silam untuk kepentingan generasi masa kini dan akan datang. Di Malaysia, konsep pemuliharaan bandar ini diperkenalkan pada awal 1980an dan sehingga kini ia telah diaplikasikan di beberapa buah bandar warisan termasuk Melaka, Kota Bharu, Taiping dan Georgetown. Pelbagai pihak telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan konsep pemuliharaan bandar warisan termasuk pihak berkuasa tempatan, kerajaan pusat dan negeri, Jabatan Muzium dan Antikuiti, persatuan warisan dan para profesional.

2.2 KATEGORI PEMULIHARAAN BANDAR

Terdapat tiga kategori pemuliharaan bandar, iaitu:

i. pemuliharaan bangunan / ii. pemuliharaan kawasan J

iii. pemuliharaan budaya masyarakat setempat

2.2.1 Pemuliharaan bangunan

Pemuliharaan bangunan membawa maksud memelihara dan membaiki harta dan warisan alam bina yang mempunyai nilai-nilai seni bina dan

(12)

sejarah. Pemuliharaan bangunan dilaksanakan dalam beberapa peringkat seperti berikut:

i. penyenaraian dan pengredan bangunan (listing and grading) yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah

ii. penilaian bangunan untuk diwartakan di bawah sistem perundangan sediada

iii. penyediaan cadangan pemuliharaan dan renovasi bangunan iv. pelaksanaan projek pemuliharaan dibawah penyeliaan sebuah

jawatankuasa pemandu projek

2.2.2 Pemuliharaan kawasar.

Pemuliharaan kawasan bermaksud memelihara sebuah atau beberapa lokasi yang terpilih yang mempunyai elemen, bangunan ataupun monumen yang istimewa dan bersejarah. Pemuliharaan kawasan adaiall ~uatu kaedah penjagaan fizikal kawasan bandar yang dapat ·mencerminkan imej atau identiti sesebuah bandar. Selain daripada bangunan, pemuliharaan kawasan termasuk elemen landskap dan perabot jalan seperti pokok, pacutan air, tiang lampu, pintu gerbang, kerusi dan papan tanda.

Pemuliharaan kawasan perlu dikawal melalui kaedah Penguasa·an Bangunan atau Building Control yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Penguasaan Bangunan ini mempunyai peraturan dan garispanduan yang merangkumi aspek-aspek berikut:

i. perlakuan hadapan bangunan (facade treatment) termasuk

kawalan papan tanda pengiklanan, pilihan warna, bahan bangunan dan penambahan struktur bangunan

ii. kawalan ketinggian bangunan baru di kawasan pemuliharaan iii. kawalan rekabentuk bangunan, landskap dan perabot jalan

(13)

2.2.3 Pemuliharaan budaya masyarakat setempat

Pemuliharaan budaya masyarakat setempat melibatkan pengekalan dan penerusan aktiviti kehidupan seharian dan warisan budaya masyarakat tersebut. Ia merupakan aspek pemuliharaan bandar warisan yang penting kerana budaya masyarakat setempatlah yang dapat mewarnai dan menghidupkan suasana dan persekitaran bandar. Kehidupan masyarakat bandar warisan sering memperlihatkan pelbagai aktiviti tradisi yang mampu menarik perhatian pelancong. Contohnya, aktiviti perniagaan di Pasar Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan dan perkhidmatan beca di bandar Melaka (Foto 2.1 ).

Pemuliharaan budaya masyarakat setempat perlu diberi perhatian yang serius oleh pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan agar aktiviti tradisi tidak luput dan hilang di masa hadapan. Kaedah penyenaraian dan pengredan boleh diaplikasikan di dalam konteks ini bagi menentu bilangan, jenis, tahap warisan dan potensi pembangunan aktiviti tradisi masyarakat tersebut. Pelbagai bentuk program pembangunan dan insentif perlu diperkenalkan kepada masyarakat setempat agar aktiviti tradisi terus dijaga dan dipelihara. Antaranya ialah menganjurkan seminar atau bengkel kemahiran, bantuan kewangan termasuk pinjaman wang kepada peniaga dan pengusaha perniagaan warisan, kemudahan ruang perniagaan disamping promosi dan pemasaran aktiviti tradisi yang berpotensi sebagai produk pelancongan.

(14)

Aktiviti perniagaan di Pasar Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan

Perkhidmatan beca di sekitar bandar Melaka

Foto 2.1 Pemuliharaan budaya masyarakat setempat

(15)

2.3 KEPENT!NGAN PEMULIHARAAN BANDAR

Perancangan dan pelaksanaan program-program pemuliharaan bandar warisan boleh mendatangkan pelbagai faedah terutamanya kepada masyarakat bandar, pihak berkuasa tempatan dan para pelancong. Faedah- faedah yang dapat diperolehi daripada pemuliharaan bandar adalah seperti berikut:

i. menjaga dan menghargai warisan negara yang unik dan bersejarah

ii. membentuk identiti dan imej bandar warisan

iii. mewarisi nilai-nilai kebudayaan masyarakat setempat iv. memberi faedah kepada industri pe!ancongan

2.3.1 Menjaga dan menghargai warisan negara yang unik dan bersejarah

Pemuliharaan bandar, melalui kaedah pemuliharaan bangunan, dapat menjamin kepentingan seni bina sesebuah atau sekumpulan bangunan yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan bersejarah. Pemuliharaan bangunan dapat merekod dan mendokumentasikan segala maklumat dan data mengenai sesebuah bangunan termasuk sejarah pembinaan, fakta seni bina dan kerja-kerja renovasi dan pengubahsuaian. Dengan cara ini, warisan negara yang unik dan bersejarah akan terus dihargai.

2.3.2 Membentuk identiti dan imej bandar warisan

Sebuah atau sekumpulan bangunan yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah dapat menyumbangkan bukti-bukti masa silam secara visual. Faktor ini akan membentuk identiti dan imej sesebuah bandar. Bangunan- bangunan lama dibina khususnya untuk kepentingan sebuah bandar. Ia memberikan bandar tersebut ciri--:iri fizikal yang membezakannya daripada

(16)

bandar-bandar lain. Contohnya, bandar Melaka yang rnempunyai bangunan peninggalan penjajah Portugis dan Belanda dan bandar Georg~town yang mempunyai bangunan peninggalan penjajah British {Foto 2.2).

Foto 2.2 Bangunan peninggalan penjajah di Melaka (atas) dan Georgetown (bawah) dapat membentuk identiti dan imej bandar warisan

10

(17)

2.3.3 Mewarisi nilai-nilai kebudayaan masyarakat setempat

Selain daripada bangunan dan kawasan bersejarah, kebudayaan masyarakat setempat yang mempunyai nilai-nilai tradisi perlu diberi perhatian yang serius dalam proses pemuliharaan bandar. Masyarakat yang berbilang kaum di negara ini telah membentuk budaya yang menarik. Aktiviti harian masyarakat setempat, perniagaan barangan kraftangan mahupun sambutan perayaan keagamaan mungkin dipandang unik oleh masyarakat luar atau pelancong asing. Contoh aktiviti tradisi masyarakat setempat yang mempunyai nilai-nilai warisan ialah permainan tradisional seperti gasing dan wau, perusahaan kraftangan seperti kain batik dan barangan perak; dan perniagaan pasar malam (Foto 2.3). Usaha-usaha perlu dibuat bagi

generasi masa hadapan.

2.3.4 Memberi faedah kepada industri pelancongan

Pemuliharaan bandar dapat memberikan pelbagai faedah kepada industri pelancongan di Malaysia. Bangunan dan kawasan yang bersejarah serta budaya masyarakat yang unik dapat dibangunkan sebagai produk pelancongan yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Bangunan-bangunan lama, contohnya boleh diubahsuai untuk dijadikali muzium, galeri seni lukis, restoran dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, ltaii dan Belanda. Bandar-bandar warisan seperti York, Bath, Oxford dan Cambridge di England; Paris di Perancis; Venice, Pisa dan Florence di Italy; dan Amsterdam di Belanda telah berjaya memulihara dan melindungi bangunan, kawasan mahupun budaya masyarakat mereka dengan baik. Usaha ini telah mampu menarik ramai pelancong dari seluruh dunia dan seterusnya menjadikan ia sebagai sumber ekonomi yang utama (Foto 2.4).

(18)

\ d I

'

Permainan tradisional gasing dan wau

Perusahaan kraftangan kain batik dan barangan perak

Perniagaan makanan di pasar malam

Foto 2.3 Mewarisi nilai-nilai kebudayaan masyarakat setempat

(19)

Foto 2.4 Pemuliharaan bandar di York, England (atas), Pisa, ltali (tengah) dan Amsterdam, Belanda (bawah)

(20)

2.4 ELEMEN IMEJ BANDAR

Pembentukan imej sebuah bandar di antara seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. lmej yang terbentuk di mental seseorang bergantung kepada persepsi dan interpretasinya terhadap suasana dan elemen sekeliling bandar. fmej sebuah bandar boleh digambarkan melalui rekabentuk bangunan, landskap, aktiviti dan sikap masyarakat; dan fakta sejarah.

Menurut Amos Rapoport (1977) di dalam bukunya bertajuk Human Aspects of Urban Form: Towards a Man-Environment Approach to Urban Form and Design, imej adalah gambaran mental seseorang individu terhadap realiti luaran yang terbentuk dari pengalaman-pengalamannya yang lepas.

Contohnya, dalam proses mencari arah atau bergerak di dalam bandar, gambaran mental ini digunakan sebagai penghubung di antara individu dengan alam bina di sekelilingnya.

Manakala Kevin Lynch (1960) di dalam bukunya yang bertajuk The Image of the City, imej bandar boleh dikesan melalui pemerhatian terhadap kualititi fizikal bandar. Menurut beliau imej pula dibentuk melalui 'kebiasaan' seseorang terhadap objek atau bangunan walaupun objek atau bangunan tersebut tidak mempunyai identiti yang tertentu atau ciri-ciri yang menarik.

Faktor 'kebiasaan' ini akan melahirkan suatu perasaan yang mana gambar objek atau bangunan yang terbentuk di mental menjadi elemen latarbelakang kepada sesuatu pengalaman.

Dalam aspek rekabentuk bandar, sesebuah bandar terdiri daripada pelbagai rupa dan bentuk fizikal. Rupa dan bentuk fizikal ini dapat mempengaruhi imej bandar. Menurut Kelvin Lynch, rupa dan bentuk fizikal ini boleh dibahagikan kepada 5 elemen utama seperti berikut:

(21)

i. Laluan (path) ii. Daerah (district)

iii. Sisi atau tepian (edges) iv. Nodus (nodes)

v. Mereu tanda (landmarks)

2.4.1 Laluan (path)

Laluan merupakan sistem rangkaian pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat bandar untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lalaun berfungsi sebagai petunjuk arah disamping menghubungkan komponem-komponen bandar termasuk bangunan, kawasan perumahan, komersil dan lain-lain. Contoh, jenis-jenis laluan ialah jalanraya, lebuhraya, pejalan kaki, jambatan, terowong, terusan, sungai dan landasan keretapi.

'

2.4.2 Daerah (district}

Daerah merupakan petunjuk kepada sesuatu kawasan di bandar. Sesebuah bandar mempunyai pelbagai daerah seperti kawasan atau zan perumahan, perniagaan, perindustrian dan pentadbiran. Daerah juga meliputi kawasan- kawasan pinggir dan pusat bandar. Bagi sebuah bandar warisan, bangunan- bangunan lama dan kawasan bersejarah boleh dibahagikan kepada beberapa zon-zon pemuliharaan.

2.4.3 Sisi atau tepian (edges}

Sisi atau tepian adalah elemen linear yang bertindak sebagai sempadan kepada daerah. Ia juga merupakan garis pemisah antara dua atau lebih daerah. Contoh elemen linear ialah pinggir pantai, tembok, pagar, persimpangan jalanraya, sungai, kaki bukit dan jalan keretapi.

(22)

2.4.4 Nodus (nodes}

Nodus adalah titik tumpuan strategik atau pusat kepada segala aktiviti manusia di bandar. Ia merupakan tempat orang ramai berkumpul samada untuk tujuan bekerja, berehat, membeli-belah, berhibur atau menunggu kenderaan. Contoh nodus ialah persimpangan jalanraya, ruang terbuka, pusat membeli-belah, pasar malam, gerai makan, perhentian bas atau teksi, stesen keretapi, taman rekreasi, hotel dan pejabat. Kadangkala nodus dianggap sebagai imej atau identiti bandar yang utama memandangkan aktivitinya yang dikenali ataupun digemari oleh masyarakat bandar dan para pelancong.

2.4.5 Mereu tanda (iandmarks)

Mereu tanda adalah objek-objek fizikal yang menonjol di bandar. Ia juga bertindak sebagai tanda rujukan dan orientasi dalam pergerakan manusia di dalam bandar. lni adalah kerana mercu tanda biasanya boleh dilihat dari jauh dan pelbagai sudut. Bentuk mercu tanda dan lokasinya yang strategik menjadikan ia sebagai suatu tanda yang istim~wa di kawasan bandar.

Contoh mercu tanda ialah bangunan tinggi, pintu gerbang, tugu, menara jam, papan tanda, bukit; dan menara atau kubah masjid.

Kelima-lima elemen di atas boleh digunakan sebagai pengukur kepada pembentukan imej bagi sesebuah bandar. Bagi sebuah bandar warisan, elemen-elemen ini boleh dihuraikan secara teliti dengan mengambilkira aspek-aspek sejarah, nilai seni bina dan budaya masyarakat setempat.

Menurut Syed Zainol Abidin ldid (1996) dalam bukunya yang bertajuk Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar, keunikan dan identiti bandar (yang beliau namakan sebagai rupa bandar) menggabungkan corak susunatur

16

(23)

bangunan-bangunan dan segala kandungan yang membentuk satu imej yang sekali gus dilihat oleh masyarakat sebagai identiti bandar. Corak-corak rupa bandar yang ada pada bandar-bandar di Malaysia bergantung kepada nilai budaya masyarakat setempat. Oleh yang demikian pemuliharaannya adalah penting bagi menjamin kesinambungan nilai budaya dengan tradisi bandar itu sendiri.

2.5 PERUNDANGAN DAN AMALAN PEMULIHARAAN BANDAR Sungguhpun pemuliharaan bandar di Malaysia masih berada di peringkat awal, adalah penting aspek perundangan dan amalan aktiviti dan program pemu!iharaan bandar diberi perhatian yang serius. !ni adalah kerana sistem perundangan sediada tidak berkait secara langsung dengan konsep pemuliharaan bandar. Malah beberapa Akta dan Enakmen yang digubal oleh kerajaan pusat dan pihak pengusaha tempatan lebih menekan kepada pemuliharaan bangunan, monumen dan landskap. Akta dan Enakmen sediada yang berkaitan dengan pemuliharaan bangunan, monumen dan landskap adalah seperti berikut:

i. Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)

ii. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iii. Akta Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

iv. Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 (Akta 46) v. Enakmen Melaka No.6 1988

vi. Enakmen Johor No. 7 1988

2.5.1 Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)

Akta Benda Purba 1976 ini telah diperuntukkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

(24)

Pelancongan untuk menyelidik, memulihara dan mengawal monumen yang berusia sekurang-kurang~ya 100 tahun. Ia juga memperuntukkan hal-hal yang berkaitan dengan penggalian, pengwartaan monumen lama dan tapak bersejarah, pengeksportan dan tindakan penalti. Monumen yang ditakrifkan dalam Akta ini termasuklah bangunan, kota (fort), batu berdiri, keramat, gua, kubur dan artifak yang mempunyai nilai keagamaan, tradisi, budaya dan sejarah

2.5.2 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172}

Akta ini bertujuan untuk mengadakan kawalan dan peraturan yang · sempurna bagi perancangan bandar dan desa yang terletak di bawah penguasaan pihak berkuasa tempatan. Mengikut Seksyen 58 Akta ini, pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk melindungi tugu-tugu lama, bangunan lama; tanah dan tapak bersejarah yang terletak di dalam kawasannya. Sebarang pengubahsuaian dan perobohan yang dilakukan ke atas monumen dan tapak bersejarah ini perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Walaupun Akta ini tidak meliputi 'kawasan' pemuliharaan seperti yang biasa diamalkah dalam konsep pemuliharaan bandar, terjemahan istilah tanah yang mempunyai nilai sejarah boleh ditafsirkan mengikut cara yang sesuai bagi tujuan pemuliharaan rupa bandar tanpa menjejaskan penggunaannya.1 Pada tahun 1995, beberapa pindaan telah dilakukan kepada Akta ini (Akta A933) dengan memberi penekanan terhadap penjagaan alam sekitar dan alam bina. lni termasuklah penanaman dan pemuliharaan pokok atau landskap, penjagaan topografi di samping pemuliharaan bangunan yang terlibat dalam kawasan pembangunan.

1Syed Zainol Abidin ldid (1996), Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar, Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia, ms. 18.

(25)

2.5.3 Akta Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Akta ini dilaksanakan. hanya di Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur dan Labuan. Syarat yang terdapat di dalam Akta ini mempunyai persamaan dengan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 yang mana penekanan diperuntukkan kepada penjagaan monumen atau tanah disamping bangunan yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah. Akta ini juga memberikan syarat-syarat ke atas kerja-kerja penanaman pokok dan larangan terhadap pemotongan pokok-pokok yang mempunyai nilai dari segi usia, keunikan dan sejarah.

2.5.4 Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 (Akta 46)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau dikenali sebagai Urban Development Authority (UDA) merupakan satu badan yang terlibat dengan pembangunan bandar. Tiada peruntukkan yang jelas berhubung dengan peranan dan tanggungjawab pihak UDA terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pemuliharaan. Walaubagaimana pun, di bawah Seksyen 12, UDA boleh menubuh apa-apa bahagian, sekiranya perlu, dalam mana- mana projek pembangunan bandar di bawah kawalan dan jagaan seorang Pengarah. lni bermaksud Pengarah boleh melibatkan diri dalam pemuliharaan bandar sekiranya kawasan pembangunan mempunyai nilai- nilai seni bina dan sejarah.

2.5.5 Enakmen Melaka No. 6 1988

Enakmen Melaka No. 6 1988 dikenali sebagai Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988. Akta ini memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan Melaka untuk mengawal, menguatkuasa, memelihara dan memugara segala warisan budaya serta kawasan bersejarah.

(26)

I r

' Disamping itu, pihak berkuasa tempatan diberi tugas untuk merumus dan mengesyorkan cadangan, program pemuliharaan serta peningkatan kualiti warisan budaya dan kawasan bersejarah dalam lokaliti mereka. Di bawah Enakmen ini, Jawatankuasa Pemuliharaan dan Pemugaran boleh ditubuhkan bagi menasihati pihak Kerajaan Negeri mengenai perkara- perkara yang berkaitan dengan polisi, pentadbiran dan pengurusan warisan budaya dan kawasan pemuliharaan. Enakmen ini mendefinisikan beberapa istilah termasuk pemuliharaan, adaptasi, warisan budaya, penyenggaraan, pemugaran dan restorasi. Disamping itu, Enakmen ini juga menggariskan syarat dan peraturan memohon kebenaran untuk membangun warisan budaya dan kawasan pemuliharaan.

2.5.6 Enakmen Johor No. 7 1988

Enakmen Johor No. 7 1988 juga dikenali sebagai Yayasan Warisan Negeri Enakmen 1988. Ia memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan Johor untuk menyelidik dan memeriksa mana-mana tapak bersejarah serta mengawal pembangunan ke atasnya. Pihak berkuasa tempatan berkenaan boleh mengisytiharkan mana-mana monymen (yang

. ~ .,

berusia sekurang-kurang 100 tahun) dan sempadannya yang dikenalpasti sebagai tapak bersejarah. Enakmen ini mendefinisikan beberapa istilah termasuk monumen, kawasan bersejarah dan kurator. Ia juga menyenaraikan beberapa bidang tugas dan fungsi Yayasan Warisan Negeri.

Antara bidang tugas dan fungsi tersebut adalah seperti berikut:

i. membangkitkan minat dan sokongan masyarakat awam

terhadap pemuliharaan dan penyibaran maklumat mengenai kebudayaan dan warisan sejaran negeri

ii.

memulihara dan mempamerkan sesuatu yang mempunyai nilai sejarah, tradisional, arkeologi dan seni bina

(27)

iii. menjaga kemudahan yang berkaitan dengan monumen dan warisan sejarah

iv. mengambil langkah yang bersesuaian untuk menyimpan semua rekod, dokumen dan data yang berkaitan dengan monumen dan warisan sejarah

Selain daripada Akta dan Enakmen yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa garispanduan pemuliharaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan badan pemuliharaan bagi membantu masyarakat awam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemuliharaan bangunan dan kawasan. Garispanduan pemuliharaan adalah seperti berikut:

i. Conservation Guidelines oleh Unit Pengekalan dan Seni Bandar, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

ii. Design Guidelines For Conservation Areas in the Inner City Area of George Town, Penang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang

iii. A Guide to the Conservation of Buildings of Historic and Architectural Significance oleh Badan Warisan Malaysia

(28)

IBAB 3 PEMBANGUNAN PELANCONGAN Dl BANDAR WARISAN]

Sewaktu penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 20 Mei 1987, ramai yang merasa ragu mengenai fungsi dan peranannya terutama di dalam mengendalikan dua perkara yang mereka anggap bercanggah, iaitu kebudayaan dan pelancongan. Stigma masyarakat ketika itu ialah pelancongan akan menjejaskan kebudayaan berikutan kemasukan ramai . pelancong asing yang dianggap membawa masuk budaya kuning. Bagaimanapun, menurut Datuk Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan setakat ini gabungan kedua-dua aspek itu telah berjaya memartabatkan lagi negara ini disamping kebudayaan rakyatnya yang berbilang kaum.1

Malaysia berjaya menawarkan pelbagai produk pelancongan kepada pelancong asing dari keunikan barangan kraftangan hinggalah kepada keistimewaan alam semulajadi. Bandar-bandar warisan seperti bandar Melaka, Kota Bharu, Georgetown dan Taiping telah berjaya menarik ramai pelancong asing dari masa ke masa. Sebahagian besar daripada produk pelancongan yang terdapat di bandar-bandar ini ialah kesan peninggalan sejarah termasuk bangunan dan kawasan; budaya masyarakat setempat yang berbilang kaum dan pusat membeli-belah yang banyak. Bab ini membincangkan perkembangan industri pelancongan di Malaysia dan hubungkait di antara pembangunan pelancongan dengan pemuliharaan bandar.

1 Nurul Adlina Kamaludin, "Malaysia Syurga Beli-belah", Berita Minggu, 12 Oktober 1997, ms. 10.

I

(29)

3.1 INDUSTRI PELANCONGAN Dl MALAYSIA

lndustri pelancongan di . Malaysia telah berkembang dengan pesatnya. Ia turut membantu menyumbang kepada ekonomi negara. Pada 1990, industri pelancongan telah menduduki tempat keempat dari segi sumbangan kepada pendapatan negara. Pada 1997, industri pelancongan menduduki tempat kedua untuk 4 tahun berturut-turut. Pada 1988, pendapatan industri pelancongan ialah lebih kurang RM 930 juta dengan jumlah pelancong seramai 3 juta. Bagaimana pun, hasil pelbagai kempen Tahun Melawat Malaysia pada 1990 dan 1994, jumlah kemasukan pelancong ke Malaysia telah meningkat sehingga 7.2 juta orang. Pad a 1996 pendapatan industri pe!ar.congan telah meningkat 13.3 peratus kepada RM 11.2 bi!ion.

Perangkaan ini amat membanggakan kerana jumlah pendapatan pada 1996 telah melebihi sasaran tahun 2000 iaitu sebanyak RM 8.8 bilion.2 Bagi menarik lebih ramai para pelancong datang ke Malaysia, Kementerian telah memperkenalkan 12 destinasi pelancongan iaitu Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Pulau Pangkor, Kuala Lumpur, Melaka, Bera dan Taman Negara (Pahang), Sarawak, Lembah Danum dan Kinabalu (Sabah), Tasik Kenyir (Terengganu) dan Johor Bahru.

Terdapat pelbagai produk pelancongan tempatan yang menjadi aset utama kepada industri pelancongan. Malaysia kini terkenal dengan eko- pelancongan atau eco-tourism kerana kekayaan sumber alam semula jadinya yang masih terpelihara berbanding dengan sesetengah negara lain.

Selain daripada itu, perkembangan ekonomi negara yang baik teiah mewujudkan banyak pusat-pusat membeli-b.elah. Keadaan ini telah mendorong pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan berusaha menjadikan Malaysia sebagai syurga membeli-belah yang terbaik

21bid.

(30)

di rantau ini. Selain daripada itu, aset utama kepada industri pelancongan di Malaysia ialah bandar-bandarnya yang mempunyai kemudahan yang baik dari segi sistem pengangkutan dan perhotelan, disamping mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik. Bagi bandar-bandar yang mempunyai nilai warisan seperti Melaka, Kota Bharu dan Georgetown, aset yang paling berharga disamping kemudahan dan destinasi sediada ialah bangunan dan kawasannya yang bersejarah.

3.2 HUBUNGKAIT ANTARA PEMULIHARAAN BANDAR DENGAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Seperti mana yang telah dibincangkan pada awal iaporan kajian ini, terdapat hubungkait di antara pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan. Beberapa contoh yang telah diberikan menampakkan pertalian dua hala di antara kedua-dua aspek ini. Adalah menjadi suatu kelaziman bagi pelancong asing yang berkunjung ke bandar-bandar warisan untuk melihat 'pemandangan' yang berbeza dan seterusnya mendapat pengalaman yang berharga. Apatah lagi maklumat mengenai pemandangan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri seperti bangunan tertua, tugu peringatan yang pertama. kawasan awal penempatan sesuatu

..

masyarakat dan lain-lain lagi. Pemandangan yang dimaksudkan dalam konteks bandar warisan termasuklah seni bina yang unik, kawasan atau tempat bersejarah dan budaya masyarakat yang berbeza. Melalui aktiviti pemuliharaan bandar, ketiga-tiga pemandangan ini dapat dijaga dan dipersembahkan kepada para pelancong dengan baik. lni adalah kerana pemuliharaan bandar merupakan satu aktiviti yang berterusan yang melibatkan pelbagai pihak.

(31)

Pemuliharaan bandar warisan dapat memberikan pendapatan yang memberangsangkan kepada pengusaha pelancongan dan pemilik bangunan atau kawasan. Bagi pengusaha pelancongan, bangunan atau kawasan bersejarah dan budaya masyarakat setempat boleh dijadikan bahan atau produk pelancongan. Manakala bagi pemilik bangunan bersejarah, contohnya, bayaran masuk yang dikenakan kepada pelancong ke atas premis mereka boleh dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan.

3.3 PEMASARAN PELANCONGAN

Pemasaran membawa maksud yang luas. Berikut adalah beberapa definisi pemasaran:

i. kegiatan penjualan dan pembelian yang melibatkan aliran barangan dan perkhidmatan di antara pengeluar sesuatu barangan dengan penggunannya.3

ii. suatu proses ekonomi yang melibatkan pertukaran produk atau perkhidmatan kepada bentuk nilai wang.4

iii. suatu aktiviti yang melibatkan pertukaran antara penjual dan pembeli dengan has rat mend~pat hasil yang berfaedah kepada semua pihak. 5 iv. merangkumi aktiviti individu dan organisasi yang memberi kemudahan

dan mempercepatkan perhubungan pertukaran yang memuaskan di dalam persekitaran yang dinamik melalui penciptaan, pengagihan promosi dan senarai harga bagi produk, perkhidmatan dan ide.6

3 Paul D. Converse, Harvey W. Huegy dan Robert V. Mitchel (1960), Elements of Marketing, Edisi Ke 6, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall Inc., ms. 5.

4 Charles F. Philips dan Delvert J. Duncan (1960), Marketing Principles Approach, Edisi Ke 4, Homewood, Illinois: Richard D. Irwin Inc., ms. 3.

5 Frederick A Russ dan Charles A. Kirkpatrick (1982), Marketing, Boston: Little, Brown and Company, ms. 6.

6 William M. Pride dan O.C. Ferrell (1987;, Marketing: Basic Concepts and Desicions, Boston: Houghton Mifflin Company, ms. 7

(32)

Apa yang dilihat dalam beberapa definisi di atas, pemasaran berkait rapat dengan aktiviti perniagaan dan perdagangan yang mana berlakunya pemindahan barangan atau produk dan perkhidmatan daripada pihak pengeluar kepada para pengguna. Jika dikaji, definisi pemasaran pada era 1990an turut merangkumi aspek pertukaran ide disamping produk dan perkhidmatan. lni adalah kerana ide-ide yang kreatif dan inovatif mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik dan berdaya saing.

Aktiviti-aktiviti pemasaran dipengaruhi oleh iklim persekitaran termasuk politik, ekonomi, sosial, perundangan dan tekno!ogi.7 Sebarang perubahan kepada iklim persekitaran ini akan memberi kesan secara langsung terhadap aktiviti pemasaran. Perubahan ini dapat dikesan pada 4 pembolehubah pemasaran (marketing variables) seperti berikut:

i. ide, produk dan perkhidmatan yang berubah-ubah mengikut kehendak dan permintaan pengguna.

ii. sistem pengagihan (distribution) yang efektif.

iii. harga (pricing) yang sepadan dengan nilai produk dan perkhidmatan.

iv. promosi dan pengiklanan yang meluas dan menarik perhatian pengguna.

Dalam bidang pelancongan, pemasaran pelancongan ditakrifkan seperti berikut:

i. suatu sistem dan penyelarasan yang harus dijalankan sebagai suatu peraturan untuk perusahaan-perusahaan yang bergiat dalam bidang pelancongan.s

7 Ibid, ms. 24-28.

8 J. Krippendorf (1971 ), Marketing Et. Tourisme, Frankfurt: Herbert Lang, Berne and Peter Lang, ms. 46.

(33)

ii. suatu proses pengurusan yang diuruskan oleh persatuan pelancongan kebangsaan ataup~n oleh industri-industri pelancongan dalam usaha untuk menentukan pelancong sebenar dan orang yang mungkin atau dijangka akan melancong, mengadakan perhubungan dengan mereka untuk menentukan kehendak mereka.9

Daripada pengertian di atas, pemasaran pelancongan bukan sahaja suatu penyelarasan yang disesuaikan dengan kepentingan tertentu tetapi menitikberatkan pemberitahuan kepada para pelancong disamping melengkapkan segala keinginan mereka.1o Pemasaran pelancongan melibatkan permintaan dan penawaran. Ia dianggap berjaya sekiranya para pelancong mendapat kepuasan manakala para penjual atau pengusaha pelancongan mendapat keuntungan yang maksimum dengan risiko yang minimum. Pemasaran pelancongan akan disifatkan lebih berjaya berdasarkan 4 faktor berikut:

i. ramainya para pelancong yang melawat dan tinggal di sesebuah destinasi pelancongan.

ii. banyaknya jumlah wang yang dibelanjakan o!eh para pelancong

gi

destinasi pelancongan.

iii. kunjungan semula para pelancong ke destinasi pelancongan

iv. syor dan saranan (recommendations) para pelancong terhadap destinasi atau produk pelancongan kepada orang ramai.

9 Salah Wahab, L. Crampon dan l.M. Rot'lfield (1976), Tourism Marketing, London:

Tourism International Press, ms. 24.

10 Oka A. Yoeti ubahsuai Abd. Jalil Haji Anuar (1988), Pemasaran Pelancongan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms. 31.

(34)

3.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKTOR AWAM DAN SWASTA

Sungguhpun industri pelancongan negara berada di bawah penguasaan dan pelaksanaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan;

adalah menjadi tugas dan tanggungjawab bagi semua pihak samada awam atau swasta untuk mempastikan pemuliharaan bandar dapat menyumbang kepada pembangunan pelancongan. Antara pihak yang terlibat termasuklah pihak berkuasa tempatan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Jabatan Pelancongan Negeri, agensi pelancongan, media tempatan, bank dan sektor kewangan komersil, badan korporat, badan pemuliharaan dan masyarakat tempatan. Produk-produk pelancongan yang terdapat di bandar warisan perlu diberikan promosi yang meluas agar maklurnat dan fakta mengenai produk tersebut dapat disalurkan dengan baik kepada para pelancong samada dalam atau luar negara.

Beberapa tugas dan tanggungjawab utama oleh pelbagai pihak telah dikenalpasti untuk dilaksanakan bagi membangunkan produk pelancongan di bandar warisan. Senarai tugas dan tanggungjawab utama tersebut

adalah seperti berikut: ·-

i. mengenalpasti produk-produk pelancongan yang terdapat di kawasan bandar dan di persekitarannya.

ii. menyenaraikan produk pelancongan mengikut kategori masing-masing seperti barangan kraftangan, budaya warisan, bangunan, monumen, alam sekitar, tapak bersejarah, kawasan pemuliharaan, elemen rekabentuk bandar dan lain-lain.

iii. mengumpul maklumat dan fakta mengenai setiap produk pelancongan yang telah dikenalpasti untuk tujuan dokumentasi.

28

(35)

iv. menjalankan kajian pemasaran terhadap produk pelancongan yang berpotensi tinggi.

v. menyediakan kertas kerja konsep dan cadangan pembangunan pelancongan (termasuk anggaran kos) ke atas produk pelancongan yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan.

vi. mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk membangunkan produk pelancongan daripada pihak berkenaan.

vii. membangunkan produk pelancongan.

viii. mempromosikan produk pelancongan di dalam dan luar negara.

Selain daripada tugas dan tanggungjawab di atas, pihak-pihak tertentu perlu menyediakan latihan atau kursus kemahiran serta khidmat nasihat kepada para pengusaha pelancongan mengenai cara-cara terbaik membangunkan produk pelancongan. Kursus-kursus kemahiran seperti interpretasi dan persembahan produk pelancongan, pameran, peragaan, pemuliharaan, teori dan praktik~l memandu pelancong dan penggunaan teknologi maklumat perlu diadakan dari masa ke semasa agar masyarakat tempatan termasuk pengusaha pelancongan dapat menimba pelbagai ilmu dan pengetahuan dalam bidang pelancongan. Ia juga dapat melahirkan kesedaran masyarakat tempatan mengenai kepentingan pemuliharaan bandar warisan.

Manakala khidmat nasihat yang boleh diberikan oleh pihak tertentu kepada pengusaha pelancongan ialah aspek pentadbiran pelancongan (tourism management), promosi dan pemasaran produk, pengurusan kewangan dan penyenggaraan premis.

Sesi dialog interaktif di antara masyarakat tempatan dengan pihak awam atau swasta perlu diadakan dan diberi galakan supaya maklumat atau

(36)

cadangan mengenai sesuatu pembangunan produk pelancongan dapat dimaklumkan secara efektif. Sebagai contoh, sekiranya pihak pemaju ingin membangunkan kawasan pemuliharaan di bandar warisan, pihak berkuasa tempatan perlu menganjurkan sesi dialog yang mana ianya dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk masyarakat tempatan, ahli politik, pemaju projek, agensi pelancongan, badan korporat, badan pemuliharaan dan pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Sesi dialog ini bertindak sebagai suatu platform perbincangan dan tempat bertukar-tukar pendapat dan seterusnya membantu mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan pihak yang terbabit.

Manakala, bagi sesetengah produk pelancongan di bandar warisan seperti bangunan, kawasan dan tapak bersejarah, kajian pasaran mengenai produk tersebut perlu dilaksanakan bagi menentukan nilai pelaburan dan bentuk pembangunan yang akan dimajukan. Contohnya, rumah-rumah kedai yang didapati uzur tetapi mempunyai unsur seni bina dan sejarah yang istimewa perlu dinilai semula dalam konteks pasaran masa kini. lni bertujuan bagi menyakinkan kepada pemilik bangunan betapa pentingnya menjaga dan memulihara premis mereka. Selain daripada itu, langkah ini dapat mengelakkan pemilik bangunan atau premis mereka dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan sendiri.

Dari aspek perundangan pula, pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas pembangunan produk pelancongan perlulah merujuk kepada Akta, Enakmen dan garispanduan sediada sebelum mengemukakan sebarang cadangan pembangunan. lni bertujuan bagi mengelakkan sebarang tindakan yang akan diambil oleh pihak penguasaan terhadap mana-mana

30

(37)

produk pelancongan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai cont.oh, bagi bangunan atau monumen yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun atau yang telah diwartakan dibawah Akta Benda Purba 1976, sebarang bentuk pembangunan samada penambahan, perobohan atau pengubahsuaian perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti.

(38)

BAB 4 KAJIAN KES: BANDAR MELAKA

4.1 PENGENALAN

Bandar Melaka merupakan sebuah bandar warisan yang tertua di Malaysia.

Ia terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 14 7 kilometer selatan Kuala Lumpur. Terdapat banyak kesan-kesan peninggalan sejarah di Bandar Melaka yang dijadikan bahan rujukan kepada pembangunan negara termasuk bangunan dan kota lama. Masyarakatnya yang berbilang kaum dan budaya menjadikan Me!aka sebuah negeri yang banyak menawarkan produk pelancongan yang menarik. Bab ini membincangkan beberapa aspek mengenai Bandar Melaka . termasuk sejarah dan perkembangan bandar, pembangunan pelancongan, pemuliharaan dan imej bandar.

4.2 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BANDAR MELAKA

Sejarah Bandar Melaka bermula pada tahun 1400. Pengasasnya ialah ~

Parameswara, seorang Putera Hindu dari Palembang, Sumatera yang kemudiannya digelar Raja Iskandar Shah s~telah memeluk agama Islam. Di bawah pentadbiran beliau dan sultan-sultan Melaka yang seterusnya, Bandar Melaka yang terletak di muara Sungai Melaka dan menghadap Selat Melaka telah menjadi sebuah bandar pelabuhan yang sibuk dan terkemuka di dunia. Selepas pembukaannya, Bandar Melaka telah didatangi oleh ramai pedagang China, India, Indonesia, Arab, Portugis, Belanda dan lnggeris yang menjalankan pelbagai urusan perdagangan termasuk rempah- ratus, pakaian, kain sutera, pinggan-mangguk, emas dan bijih timah.

Bilangan penduduknya terus meningkat sejajar dengan perkembangan

(39)

ekonominya yang baik. Pada 1450, Bandar Melaka mempunyai penduduk seramai 50,000 orang.1 t-Jamun begitu zaman kegemilangan Bandar Melaka berakhir pada awal abad ke 16 di mana ia telah ditawan oleh pihak Portugis pada tahun 1511 yang diketuai oleh Afonso de Albuquerque. Berikut adalah ringkasan peristiwa dan sejarah yang berlaku di Bandar Melaka pada abad ke 16, 17 dan 18.

4.2.1 BANDAR MELAKA PADA ABAD KE 16

Abad ke 16 te!ah menyaksikan penjajahan Portugis di beberapa buah kawasan dan perairan di Asia termasuk bandar pelabuhan Goa di India, Selat Melaka dan bandar pelabuhan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu; dan kepulauan Indonesia. Selepas pihak Portugis menakluk Melaka pada 1511, Sultan Melaka telah melarikan diri ke Johor. Untuk mengukuhkan kedudukan pertahanan dan penguasaannya di Semenanjung Tanah Melayu, perairan Selat Melaka dan sebahagian daripada kepulauan Indonesia; pihak Portugis telah mendirikan beberapa buah kota dan kubu di sekitar Bandar Melaka termasuk Kota A Famosa yang menempatkan gereja, rumah pembesar, gudang simpanan peluru dan makanan; dan ..

bangunan pentadbiran (Rajah 4.1 dan Foto 4.1). Pihak Portugis dikatakan telah mengenakan duti dan cukai ke atas penduduk tempatan dan kapal- kapal pedagang luar. Rakyat Melaka dan para pedagang juga dipaksa memeluk agama Kristian Roman Katholik.2 Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai masalah sehinggakan ramai pedagang Islam telah berpindah ke Sumatera. Hasilnya, urusan perdagangan di pelabuhan Melaka telah mengalami kemerosotan dan tidak berdaya saing.

1 "Malacca- Malaysia's Historic City" (1996) dalam halaman Internet:

www.interknowledge.com/malaysia/mymain01.htm, ms. 1.

2 The Overseas Business of the Dutch (1996), Kuala Lumpur: Royal Netherlands Embassy, ms. 2.

(40)

Rajah 4.1

Foto 4.1

Lakaran mengenai kedudukan kota-kota Portugis di Bandar Melaka. Sumber: British Museum - Sloane M.S. 197

Pintu gerbang Kota A Famosa (1511), kesan penjajahan Portugis di Melaka

(41)

4.2.2 BANDAR MELAKA PADA ABAD KE 17

Keteguhan kota-kota Portugis di Bandar Melaka telah memerangi banyak ancaman dan serangan dari Iuar. Pada 1608, tentera armada Belanda dibawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda (United Dutch East Indian Company atau Vereenigde Oostindische Compagnie) telah menyerang Melaka buat kali pertama tetapi usaha mereka gagal. Kemudian, pada 1641 peperangan kedua di antara Portugis dengan Belanda telah tercetus di perairan Selat Melaka (Rajah 4.2). Dengan bantuan dan sokongan Sultan Johor dan rakyat Melaka, pihak Belanda telah berjaya menewas dan mengusir keluar tentera Portugis. Peperar:'gan ini telah memusnahkan kota-kota dar. mengorbankan banyak nyawa rakyat Melaka.

Bagaimana pun Bandar Melaka kemudiannya dibangunkan semula sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan di rantau ini. Kota A Famosa yang rosak ketika peperangan telah dibaiki semula oleh pihak Belanda pada 1670 (ia kemudiannya diperbaharui pada akhir abad ke 18).3 Beberapa buah bangunan pentadbiran G3benor Jenera! Belanda telah dibina di Bandar Melaka termasuk Bangunan Stadhuys (Town Hal~ yang dibina pada 1650 (Rajah 4.3). Selain daripada bangunan, pihak Belanda juga telah membina kota-kota pertahanan termasuk di Kota Belanda di Pulau Pangkor, Perak (1670) dan Kota Melawati Di Kuala Selangor (1780an) atau dikenali sebagai Kota Altingsburg semasa penjajahan Belanda. Selain daripada Bandar Melaka, pihak Belanda juga telah mewujudkan sebanyak 30 pusat perdagangan mereka di Asia termasuk Batavia (nama lama bagi Jakarta), Palembang, Jambi, Padang, Pontianak, Banjermasin dan Makassar di Indonesia; Canton dan Formosa di China, Oeshima di Jepun; dan Malabar, Suratte dan Coromandel di India. Kehadiran pihak Belanda di sebahagian besar Asia Pasifik telah mengukuhkan lagi kedudukan dan penguasaan

3 Raiha Mohd. Saud (1981 ), Kota-kota Bersejarah Di Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Muzium, ms. 38-39.

(42)

. • 4. ·:.;~·.~ ·:!·~ .. · :

·'- ... ~ J:

·.~~ : ... :.:':-..

Rajah 4.2 Lakaran menunjukkan penguasaan tentera Belanda ke atas perairan Selat Melaka selepas menewaskan Portugis

pada 1641

Rajah 4.3 Lakaran Bangunan Stadhuys yang dibina pada 1650 untuk Gabenor Jenera! Belanda

(43)

\ .: \

;

mereka di rantau tersebut. Jumlah rakyat Belanda di Asia terus meningkat dari 2,500 orang pada awal abad ke 17 hingga 25,000 orang pada 1750.4 Sungguhpun begitu, syarikat perdagangan Belanda telah menerima persaingan hebat dari syarikat perdagangan British iaitu British East India Company yang telah menguasai pasaran opium dari India dan teh dari China.

4.2.3 BANDAR MELAKA PADA ABAD KE 18

Penjajahan Belanda di rantau Asia Pasifik telah mengalami kemerosotan pada pertengahan abad ke 18. Syarikat Hindia Timur Belanda yang berpengkalan di Deshima, Jepun tidak lagi mampu membekal emas dan perak kerana permintaannya yang meningkat di Jepun. Manakala pusat perdagangan Belanda di Formosa telah ditawan oleh Dinasti Ming dari China. Persaingan yang hebat dari syarikat British juga telah menyebabkan Syarikat Hindia Timur Belanda mengalami masalah kewangan. Peperangan yang berlaku di antara Belanda dengan England di Eropah pada 1780-1784 telah mewujudkan satu perjanjian perdamaian di antara mereka. Kerajaan

~elanda, yang khuatir dengan serangan Perancis ke atas Belanda, telah menyerah Bandar Melaka pada 1795. Kemudian pada 1816, King William I dari Belanda telah berjaya menawan semula Bandar Melaka. Namun penaklukan Belanda di Bandar Melaka berakhir' pada 1824 selepas satu perjanjian penetapan sempadan dan kawasan jajahan di antara British dengan Belanda. Pihak Belanda telah menyerah Melaka kepada British selapas menukarnya dengan Sumatera. lni bermakna pihak British berkuasa di Semenanjung Tanah Melayu termasuk, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang manakala Belanda memerintah di seluruh kepulauan Indonesia.

4 The Overseas Business of the Dutch, rrs. 5.

(44)

Dibawah penjajahan British, Bandar Melaka telah mengalami banyak perubahan dan pembangunan. Banyak bangunan termasuk bangunan pentadbiran dan rumah-rumah kedai telah dibina untuk menampung penambahan penduduk di sekitar bandar. Namun, peranan Bandar Melaka sebagai sebuah pelabuhan tidak menyerlah apabila pihak British telah memindah ibu negerinya dari Pulau Pinang ke Singapura pada 1832.

Dengan kedudukannya yang strategik, Singapura telah menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang terkemuka di rantau Asia Tenggara.

Penguasaan pihak British di Semenanjung Tanah Melayu telah berakhir pada 1957 dan Melaka bersama-sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia telah ditadbir oleh Kerajaan Malaysia yang berdaulat.

4.3 PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Penjajahan tiga kuasa besar Eropah (Portugis, Belanda dan British) selama 446 tahun di Bandar Melaka telah menjadikan ia sebuah bandar yang unik dan kaya dengan sejarah. Hasilnya, pada 15hb. April 1989 Bandar Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah oleh Yang Di Pertua Negeri Tun Syed Ahmad Shahabuddin. Pengisytiharan ini telah mendatangkan pelbagai implikasi ke atas pembangunan Bandar Melaka.

Berikut adalah beberapa implikasi pengisytiharan ke atas pembangunan Bandar Melaka:

i. Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan telah bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan memugar segala bangunan dan monumen yang dianggap khazanah sejarah negara.

ii. Penguatkuasaan Enakmen Melaka No. 6 1988 ke atas sebarang usaha- usaha atau aktiviti-aktivi pemuliharaan bangunan atau tapak bersejarah di Melaka.

(45)

iii. Pelaksanaan kawalan pembangunan di sekitar Bandar Melaka terutamanya di kawa~an pemuliharaan.

iv. Memajukan industri pelancongan di Melaka dengan memberi penekanan terhadap bangunan, tapak dan kawasan bersejarah.

v. Perubahan nilai hartanah di sekitar Bandar Melaka kerana kawasan pembangunannya yang terhad.

vi. Perubahan isipadu lalulintas di sekitar Bandar Melaka.

4.4 PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN Dl MELAKA

Berdasarkan kepada Jadual 4.1, bilangan ketibaan pelancong dan tetamu hotel di Melaka terus meningkat dari masa ke semasa. Contohnya, pada 1997, sejumlah 1.4 juta orang pelancong tempatan dan luar negara telah melawat Melaka berbanding dengan 1.3 juta orang pelancong pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini menunjukkan bahawa Melaka mempunyai potensi yang baik untuk memajukan industri pelancongannya. lndustri pelancongan di Melaka banyak bergantung kepada aspek sejarah dan budaya selain daripada pasarana dan perkhidmatannya yang baik.

Contohnya, kesan sejarah yang boleh dilihat melalui peninggalan seni bina penjajah telah berjaya dimanafaatkan oleh Kerajaan Negerf sebagai salah satu tarikan utama bagi pelancong luar. Budaya masyarakat dan jenis makanan yang menarik dan pelbagai dari masyarakat Melayu, Cina Peranakan (Saba dan Nyonya), India dan Portugis mampu menarik ramai pelancong datang ke · Melaka. Melaka juga mudah dihubungi samada melalui pengangkutan darat mahupun !aut. Sistem lebuhraya Utara-Selatan dan jaringan jalanraya di sekitar bandar telah memudahkan para pelancong melawat Melaka secara efektif dan menjimatkan masa. Begitu juga dengan perkhidmatan feri di antara Bandar Melaka dengan Dumai, Indonesia telah menarik lebih ramai pelancong luar khususnya dari Indonesia untuk

(46)

mengunjungi Melaka. Selain daripada itu, Melaka menyediakan bilangan hotel dan rumah tumpangan yang mencukupi kepada para pelancong.

Jumlah tetamu yang menginap di hotel-hotel di Melaka terus meningkat dari masa ke semasa. Pada tahun 1997, jumlah tetamu yang menginap di hotel- hotel di Melaka adalah seramai 929,115 orang. Bilangan ini dijangka terus bertambah dari masa ke semasa. Adalah dianggarkan seramai 1,224,049 orang akan menginap di hotel pada 2000. Agensi pelancongan juga memainkan peranan yang penting di dalam membangunkan industri pelancongan di Melaka. Banyak pakej pelancongan telah disediakan kepada para pelancong dengan harga yang berpatutan.

Jadual 4.1 Jumlah ketibaan pelancong dan tetamu hotel di Melaka

Tahun Kemasukan Pelancong Tetamu Hotel

1990 1 '161,004 540,427

1991 1,145,119 536,566

1992 1,208,974 588,183

1993 1,249,094 631,565

1994 1,289,214 885,019

1995 1,329,334 755.4.:14

1996 1,369,454 871,157

1997 1,409,574 929,115

2000 * 1,529,934 1,224,049

* Anggaran

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (1997)

(47)

Berikut adalah beberapa tempat pelancongan yang terdapat di sekitar Bandar Melaka (Rajah 4.4 dan Foto 4.2):

i. Dataran Belanda

Dataran Belanda yang terletak di Jalan Kota merupakan sebuah kawasan pelancongan yang utama di Bandar Melaka. Terdapat beberapa buah bangunan dan monumen bersejarah yang dibina semasa penjajahan Belanda dan British di Melaka. Bangunan dan monumen tersebut adalah Bangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 sebagai bangunan pentadbiran Gabenor Jenera! Belanda. Kini, Bangunan Stadhuys telah diubahsuai sebagai Muzium Sejarah dan Etnografi.

Gereja Christ yang di bina pada 1753. Menara jam dan monumen pancutan air Victoria juga terdapat di kawasan ini.

ii. Gereja St. Paul yang di bina di atas bukit oleh Kapten Portugis, Duarte Coelho pada 1521. Gereja tersebut kini tidak digunakan kerana kebanyakan struktur bangunannya telah musnah.

iii. Kota A Famosa atau dikenali sebagai Porta de Santiago dibina pada 1511. Kota Portugis ini telah dimusnahkan semasa penjajahan British tetapi hanya bahagian pintu sahaja yang sempat diselamatkan oleh Sir Stamford Raffles ketika beliau berada di Melaka.

iv. Gereja St. Francis Xavier dibina di Jalan Laksamana pada 1849 oleh Pendeta Perancis, Reverend Farve dengan ciri-ciri seni bina Nee-Gothic.

v. Bangunan Memorial Kemerdekaan di Jalan Parameswara yang dibina pada 1912 merupakan sebuah Kelab Sosial Melaka. Kin ia digunakan sebagai muzium bagi memperingati peristiwa-peristiwa kemerdekaan negara.

(48)

2 3 4 5 6 7 8

Pusat Penerangan Pelancong Stesen Polis Pelancong Bangunan Stadhuys

Gereja Christ

Muzium Selia Malaysia Gereja Francis Xavier Gereja Sl Paul ' Kola A Famosa

Tanah Perkuburan Belanda Muzium Rakyat

PETUNJUK

9 Bangunan Memorial Kemerdekaan 10 Makam Hang Jebat

11 Kuil Sri Poyyatha V. Moorthi 12 Masjid Kampong Kling

13 Muzium Warisan Baba dan Nyonya 14 Jalan Hang Jebat

15 To' Kong Sam Po Kong 16 Makam Hang Kasturi 17 Masjid Kampong Hulu

Rajah 4.4 Peta Bandar l\1elaka dan lokasi pelancongan Sumber : Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

di mana b adalah kepekatan pencemar yang memasuki bandar itu, q adalah kadar emisi per unit luas, u adalah halaju angin yang selari dengan panjang bandar dan

Walau bagaimanapun, pilihan ketiga mereka berbeza dengan corak pilihan responden beragama Islam iaitu takrifan “Islam ialah agama utama bagi penduduk majoriti di

[Sekiranya saiz inokulum yang sama digunakan dan kepekatan awal kanji terlarut ialah 150 g/L (dan bukan 100 g/L seperti jadual di atas), apakah ketumpatan sel maksimum yang

Pada akhir 1960-an, perancang bandar melihat perancangan kejiranan dan kegunaan bercampur sebagai satu strategi pembangunan yang sesuai untuk pusat bandar (Jill Grant,

Kawasan perumahan di pinggir bandar biasanya merupakan kawasan yan_.g masih utuh dan kuat hubungan kejiranannya berbanding dengan kejiranan di bandar. Hubungan

Pengurusan bahan binaan adalah merupakan suatu sistem perancangan dan pengawalan yang mana ianya diperlukan bagi memastikan kualiti dan kuantiti sesuatu bahan binaan

Coral Detection tool derived from Topographic Position Index can be used based on similar coral representation to detect coral reefs because the result o f shape that show very

Badan Usaha Bandar Udara atau Unit Penyelenggara Bandar Udara wajib menjaga ambang batas kebisingan dan pencemaran lingkungan di Bandar Udara dan sekitarnya