• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kompetensi Guru-guru Bukan Opsyen dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kompetensi Guru-guru Bukan Opsyen dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Kompetensi Guru-guru Bukan Opsyen dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah

(Competence of Non-Optional Teachers in the Teaching and Learning of Preschool Education)

Hafizati Husna Ibrahim1*, Suziyani Mohamed2

1 Sekolah Kebangsaan Nanga Ibun, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kapit, 96800 Kapit, Sarawak

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: faizan1914@gmail.com Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kompetensi adalah gabungan daripada tiga apek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu ada pada seseorang untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna. Kajian tinjauan ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran memandangkan guru-guru ini terdiri daripada kelompok guru bukan opsyen. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik berskala Likert 4 mata sebagai instrumen kajian. Sampel kajian yang terlibat adalah seramai 66 orang yang dipilih secara persampelan rawak mudah dengan menggunakan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan. Data-data yang akan diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 25. Analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan nilai purata min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan untuk melihat demografi kajian dan melihat tahap kompetensi guru-guru bukan opsyen Pendidikan Prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi guru dari aspek pengetahuan (3.68) dan kemahiran (3.60) yang secara keseluruhuannya berada di tahap yang sederhana. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran guru bukan opsyen perlu ditingkatkan.

Diharapkan kajian ini dapat memberi input mengenai tahap kompetensi guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Prasekolah. Peningkatan terhadap pengetahuan dan kemahiran guru akan memberi impak yang positif terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan mutu pembelajaran murid di dalam kelas. Kesimpulannya, setiap guru perlu sentiasa berazam untuk membangunkan potensi diri dalam memastikan aspirasi pendikan negara dapat dicapai dengan jayanya.

Kata kunci: kompetensi, tahap pengetahuan, kemahiran, guru-guru bukan opsyen

Abstract: Competence is a combination of three main aspects, namely the knowledge, skills and attitudes that a person needs to have to perform the task perfectly. This survey study was conducted to examine the level of knowledge and skills of teachers in teaching and learning as these teachers consist of a group of non-option teachers. This study uses a quantitative approach where the survey method by using a 4-point Likert scale questionnaire as a research instrument. The study sample involved was a total of 66 people selected by simple random sampling using the Krejcie & Morgan Sample Size Determination Table. The data to be obtained will be analyzed using Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) version 25.

Descriptive analysis is used to obtain the mean mean value, standard deviation, frequency and percentage to see the demographics of the study and see the level of competence of non-option

(2)

teachers Preschool Education. The findings of the study show the competence of teachers in terms of knowledge (3.68) and skills (3.60) which as a whole are at a moderate level. The results of the analysis found that the level of knowledge and skills of non-option teachers needs to be improved. It is hoped that this study can provide input on the level of competence of non- option teachers in the teaching and learning of Preschool Education. Improvements to teachers' knowledge and skills will have a positive impact on the effectiveness of teaching and learning delivered by teachers in turn can improve the quality of student learning in the classroom. In conclusion, every teacher must always be determined to develop their potential in ensuring that the aspirations of the country's education can be achieved successfully.

Keywords: competence, level of knowledge, skills, non-option teachers

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Menurut Mohd Sani Ibrahim et.al (2015), kompetensi adalah gabungan daripada tiga apek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu ada pada seseorang untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna. Dalam konteks pendidikan, kompetensi guru sangat penting dan harus diberikan perhatian kerana mereka merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Mereka berperanan dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran berkesan agar pengajaran yang disampaikan adalah bermakna, menarik minat serta mudah untuk diingati dan diaplikasikan. Kualiti dan kompetensi guru berkait antara satu sama lain di mana guru yang berkompetensi adalah guru yang berkualiti. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2006), yang turut menyatakan seseorang itu layak bergelar guru apabila memiliki kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik.

Dua kelompok guru yang ada di dalam bidang pendidikan kita pada ketika ini ada adalah berdasarkan kepada kelayakan ikhtisas. Dalam kajian ini, kelayakan ikhtisas bermaksud kebolehan dan kecekapan guru dalam bidang yang mereka ceburi. “Guru mengikut opsyen”

adalah kumpulan guru yang telah dilengkapi dan disediakan dengan latihan ikhtisas dalam bidang tertentu dan mengajar subjek selari dengan bidang kepakaran manakala “guru bukan opsyen” ialah guru luar bidang yang mengajar subjek diluar daripada kelayakan ikhtisas.

Dalam era yang semakin maju pada ketika ini, mutu pengajaran seseorang guru itu telah menjadi satu keutamaan selari dengan keperluan semasa dalam sektor pendidikan yang semakin mencabar seiring dengan arus perkembangan teknologi.

Menerusi penulisan artikel Abdul Halim Masnan, Nur Ellina Anthony dan Nur Arifah Syahindah Zainudin (2019), ilmu pengetahuan merupakan indikator utama dalam mempersiapkan para guru dalam mendidik anak murid untuk berusaha menyelesaikan masalah.

Fathurrohman (2017), sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru haruslah memastikan diri mereka telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kefahaman agar proses penyampaian ilmu dapat dilakukan dengan lancar. Kekurangan daripada aspek pengetahuan dan kefahaman boleh menyebabkan ilmu yang disampaikan tidak berkesan.

Kanak-kanak hanya akan menerima sepenuhnya apa yang telah diajar oleh guru kerana mereka belum mampu untuk menilai sesuatu perkara yang betul mahupun salah. Abdul Halim (2014), pengetahuan tentang kandungan merangkumi pengetahuan yang mendalam oleh guru tentang isi kandungan yang perlu disampaikan bagi melengkapkan keperluan murid dari aspek pengetahuan, kemahiran dan juga nilai.

(3)

Guru keluaran daripada maktab atau institut pengajian tinggi selalunya mengetahui kemahiran untuk mengendalikan bilik darjah, strategi pengajaran dalam subjek kepakaran mereka sendiri.

Richard (2011), namun demikian apabila mereka disuruh mengajar subjek yang tiada latihan asas mencukupi akan menghadapi masalah daripada mula hingga akhir proses PdP.

Kualiti pengajaran menentukan kualiti pendidikan. Menurut Nessipbayeva (2012), mutu pendidikan yang hebat berupaya membantu dalam usaha untuk membentuk dan melahirkan generasi muda yang berkualiti, mampu melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, beperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam memenuhi aspirasi sesebuah negara maju. Seseorang guru yang kompeten sudah pastinya akan dapat memberi impak yang mendalam melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif terhadap pelajarnya. Kementerian Pendidikan (2014), menyatakan guru merupakan antara agen perubahan yang utama dalam usaha menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada anak didik di samping membantu meningkatkan kecerdasan dan kebijaksanaan.

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menjawab persoalan-persoalan kajian seperti berikut : 1.1 Apakah tahap pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Prasekolah?

1.2 Apakah tahap kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengendalikan kanak-kanak di kelas Prasekolah?

2. Pengetahuan dan Kemahiran Guru

Jain Chee et.al (2018), berdasarkan pemeriksaaan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012 dan 2013, laporan mendapati terdapat sebilangan besar guru prasekolah yang dilihat menghadapi masalah dalam kefahaman mengenai isi kandungan kurikulum prasekolah terutamanya bagi guru prasekolah bukan opsyen. Masalah ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap keupayaan guru dalam memberi penerangan yang jelas tentang sesuatu pengetahuan, kemahiran atau nilai serta konsep pembelajaran.

Isu kualiti pengajaran dalam kalangan pendidik yang bukan opsyen terutama di peringkat prasekolah dan juga sekolah rendah seluruh Malaysia. Guru-guru diarahkan untuk mengajar subjek yang bukan bidang utama mereka merupakan satu isu yang tidak asing lagi. Masalah ini timbul dalam kalangan guru-guru yang memiliki kelayakan ikhtisas yang dianggap tidak penting dan menjadi fokus utama dalam pencapaian murid-murid. Segelintir para pentadbir juga dilhat mengambil sikap sambil lewa dengan meletakkan guru dengan hanya sekadar untuk melengkapi keperluan. Di dalam penulisan Akhimullah Abdul Hamid, Abdul Razaq Ahmad dan Mohd Mahzan Awang (2019), terdapat perbezaan dalam aspek kemahiran dan sikap di antara guru yang mengajar mengikut opsyen dan guru yang mengajar bukan opsyen dan dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Mazlan Husin, Mohd Mahzan Awang dan Anuar Ahmad (2017).

Melalui pembacaan menerusi kajian literatur, pengkaji telah menyenaraikan antara kekangan dialami oleh pendidik-pendidik yang mengajar luar bidang dalam proses PdPc Pendidikan Prasekolah. Kelompok guru bukan opsyen ini dilihat berhadapan dengan masalah terutamanya penguasaan berkaitan dengan tahap kompetensi. Disiplin ilmu yang ditekankan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah komponen kompetensi.

Menerusi artikel yang ditulis oleh Noor Shamsinar et.al (2018), guru bukan opsyen dilihat terbeban dengan tugas pengajaran khususnya dari sudut bebanan penguasaan kandungan ilmu

(4)

dengan baik. Isu yang kerapkali akan didengari ialah dari aspek tahap penguasaan dan pencapaian murid akan mula dipertikaikan apabila prestasi kanak-kanak ini dilihat tidak memberangsangkan. Pelbagai pihak akan mula untuk menuding jari terhadap guru-guru bukan opsyen kerana mereka tidak mempunyai asas pengetahuan yang lengkap dalam bidang pengajaran mereka. Guru-guru bukan opsyen ini hanyalah dijadikan sebagai bidan terjun bagi memastikan terdapat guru untuk meneruskan pengajaran tanpa mengambil kira kelayakan yang sepatutnya. Guru-guru ini sudah pastinya akan kurang pengetahuan terutama dari aspek isi kandungan pembelajaran dan pedagogi pengajaran yang mana jauh berbeza dengan pembelajaran dalam bidang ikhtisasnya.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Mahzan dan Chee Sook Ching (2017), hasil temu bual dengan guru prasekolah yang terlibat, beberapa kelemahan dalam proses PdPc turut dikenal pasti terutama dari aspek kaedah pengajaran guru. Antaranya adalah menerusi hasil pemerhatian secara langsung daripada kajian Vika Dyah Wijayanti et al. (2017), telah menunjukkan bahawa cara guru mengajar terlalu membosankan sehingga kanak-kanak cepat bosan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menerusi pembacaan pengkaji, masalah seperti ini turut berlaku apabila guru bukan opsyen yang dipertanggujawabkan untuk mengendalikan kelas. Mereka dilihat tidak dapat mengoptimumkan kemahiran mereka semasa di dalam kelas.

Tambahan lagi, pengendalian untuk murid-murid Prasekolah adalah jauh berbeza berbanding dengan kelas aliran biasa sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. Kepelbagaian kaedah dan sumber pengajaran menjadi sangat terhad kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Hal ini telah disokong oleh Arbiah et al. (2018) yang telah menggunakan kenyataan Ngalim (1990) dalam Mohd Aderi Che Noh (2009) berpendapat kanak-kanak akan mudah hilang tumpuan semasa proses pembelajaran berlangsung sekiranya kaedah penyampaian dan sumber pengajaran guru yang digunakan oleh guru dilihat membosankan.

Pada ketika ini, pengenalan elemen baru dalam kurikulum bahasa Inggeris contohnya pengenalan CEFR (Common European Framework) untuk Pendidikan Prasekolah dilihat menjadi kekangan untuk penguasaan murid disebakan kekurangan guru yang menyebabkan mereka terpaksa mengajar subjek yang tidak mahir. Goh et.al (2010), keadaan ini akan memberi kesan kepada kualiti pengajaran guru seterusnya menjejaskan pencapaian murid.

Pengkaji merasakan kompetensi guru luar bidang terutama bagi peringkat Pendidikan Prasekolah perlu diberi keutamaan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dianggap sebagai ciri-ciri utama yang harus dimiliki oleh seorang guru yang kompeten.

Oleh yang demikian, pengkaji ingin melaksanakan satu kajian berkaitan tahap kompetensi perlu dilakukan terhadap guru-guru di luar bidang kepakaran yang mengajar bidang Pendidikan Prasekolah. Guru-guru dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka bagi memastikan isi pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan secara berkesan apabila mereka mampu untuk menguasai tahap kompetensi. Apabila guru-guru bukan opsyen ini menguasai tahap kompetensi, diharap ia dapat membantu mereka dalam mlengkapkan diri dengan penguasaan ilmu yang mantap, kemahiran dan sikap yang positif serta komited terhadap tugasan yang dipertanggungjawabkan.

3. Metodologi Kajian

Pengkaji telah memilih pendekatan kuantitatif dengan menjalankan kaedah kajian tinjauan menggunakan set soal selidik. Pengkaji telah memilih seramai 66 orang guru sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan.

(5)

Data dalam kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang menggunakan Skala Likert 4 mata.

Soal selidik ini telah diubahsuai berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Chew Fong Peng dan Mohd Fikri Ismail (2020). Ini membolehkan responden menjawab soal selidik berpandukan peringkat yang sesuai untuk setiap soalan yang diberikan. Bahagian A mempunyai 3 item sahaja yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan jantina, umur dan pengalaman mengajar responden. Bahagian B pula keseluruhannya terdapat 10 item yang bertujuan untuk mendapatkan data berkaitan dengan kompetensi guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Prasekolah dari aspek kemahiran, pengetahuan dan juga sikap.

Pengkaji mengumpulkan semula semua set soal selidik yang telah diedarkan kepada guru bukan opsyen di semua prasekolah negeri Sarawak untuk dianalisis. Jumlah borang yang telah diedarkan akan mencukupi apabila dikembalikan.

Item-item di dalam instrumen akan dianalisis menggunakan SPSS. Segala maklumat dan data akan dikodkan berdasarkan pemilihan sistem skala Likert yang terdapat dalam borang soal selidik untuk melancarkan proses penganalisisan data. Setiap data akan dianalisis mengikut objektif, komponen dan konstruk serta item instrumen kajian.

Data dianalisis secara deskriptif untuk mencari kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

Interpretasi skor min diadaptasi daripada Jamil (2002) yang digunakan bagi analisis statistik deskriptif. Skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan nilai min pada tahap rendah, skor 2.34 hingga 3.66 adalah nilai min pada tahap sederhana manakala skor nilai min 3.67 hingga 5.00 pada tahap tinggi.

Dapatan Kajian

Tahap pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran Pendidikan Prasekolah Jadual 1 menunjukkan kekerapan dan peratusan yang dicatatkan bagi setiap item dalam Konstruk Tahap Pengetahuan Guru-guru Bukan Opsyen dalam Pengajaran Pendidikan Prasekolah. Item 1 iaitu seramai 11 orang guru (17%) menyatakan setuju manakala 55 orang guru lagi (83%) menyatakan sangat setuju bahawa mereka telah dapat menguasai konsep dan asas dalam pengajaran Pendidikan Prasekolah. Bagi Item 2 pula sebanyak 19 orang guru (29%) bersetuju dan 47 orang guru (71%) sangat bersetuju mengenai kefahaman mereka dalam kurikulum yang digunakan untuk pengajaran Pendidikan Prasekolah. Item 3 mencatatkan sebanyak 24 orang guru (36%) setuju manakala 42 orang guru lagi (64%) sangat bersetuju tentang tahap kefahaman mereka dalam pembelajaran berdasarkan Modul Teras Asas dan Modul Bertema. Seterusnya, Item 4, seramai 46 orang guru (70%) bersetuju manakala 20 orang guru (30%) sangat bersetuju bahawa mereka optimis dapat mengaplikasikan semua tunjang yang terdapat di dalam KSPK. Kekerapan dan peratusan yang direkodkan dalam Item 5 ialah 4 orang guru (6%) setuju manakala 62 orang guru lagi (94%) sangat bersetuju dalam usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula.

Secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran Pendidikan Prasekolah berada pada tahap tinggi (min = 3.69, sp = 0.238). Oleh yang demikian, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru-guru bukan opsyen smempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu kompetensi guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran Pendidikan Prasekolah.

(6)

Jadual 1: Tahap Pengetahuan Guru-guru Bukan Opsyen dalam Pengajaran Pendidikan Prasekolah

Item

n (%)

1 2 3 4

Saya menguasai konsep dan asas dalam pengajaran Pendidikan prasekolah.

0 0 11 (17%) 55 (83%)

Saya memahami kurikulum yang digunapakai dalam pengajaran Pendidikan Prasekolah.

0 0 19 (29%) 47 (71%)

Saya memahami pembelajaran berdasarkan Modul Teras Asas dan Modul Bertema.

0 0 24 (36%) 42 (64%)

Saya optimis bahawa saya dapat mengaplikasikan semua tunjang yang terdapat dalam KSPK.

0 0 46 (70%) 20 (30%)

Saya bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan sebelum memulakan proses pengajaran berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan.

0 0 24 (6%) 42 (94%)

Min = 3.68 Sisihan piawai = .238 Interpretasi Skor Min = Tinggi

(Nota : 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = setuju, 4= sangat setuju)

Tahap kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengendalikan kanak-kanak di kelas Prasekolah

Jadual 2 menunjukkan kekerapan dan peratusan yang dicatatkan bagi setiap item dalam Konstruk Tahap Kemahiran Guru-guru Bukan Opsyen dalam Pengendalian Kanak-kanak di kelas Prasekolah. Item 1 iaitu seramai 18 orang guru (27%) menyatakan setuju manakala 48 orang guru lagi (73%) menyatakan sangat setuju bahawa mereka memahami pendekatan pengajaran dalam konteks Pendidikan prasekolah. Bagi Item 2 pula sebanyak 19 orang guru (29%) bersetuju dan 47 orang guru (71%) sangat bersetuju mereka mampu untuk memilih dan menentukan pendekatan dan teknik pengajaran yang dapat digunakan semasa di dalam kelas.

Item 3 mencatatkan sebanyak 29 orang guru (44%) setuju manakala 37 orang guru lagi (56%) sangat bersetuju tentang tahap pengetahuan mereka dalam Pengurusan Murid Prasekolah.

Seterusnya, Item 4, seramai 32 orang guru (48%) bersetuju manakala 34 orang guru (52%) sangat bersetuju bahawa mereka dapat memilih dan menyediakan bahan bantu pengajaran yang bersesuaian untuk pembelajaran. Kekerapan dan peratusan yang direkodkan dalam Item 5 ialah 32 orang guru (48%) setuju manakala 34 orang guru lagi (52%) sangat bersetuju mereka mahir dalam pengendalian murid prasekolah.

Secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengendalikan kanak-kanak di kelas prasekolah berada pada tahap sederhana (min = 3.60, sp

= 0.300). Oleh yang demikian, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengendalikan kanak-kanak prasekolah mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu kompetensi guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran Pendidikan Prasekolah.

Jadual 2: Tahap Kemahiran Guru-guru Bukan Opsyen dalam Mengendalikan Kanak -kanak Prasekolah

Item

n (%)

1 2 3 4

Saya memahami pendekatan pengajaran dalam konteks Pendidikan Prasekolah.

0 0 18 (17%) 48 (27%)

Saya dapat memilih dan menentukan pendekatan dan teknik pengajaran yang digunapakai.

0 0 19 (29%) 47 (73%)

Saya mengetahui pengetahuan dalam Pengurusan Prasekolah Murid .

0 0 29 (44%) 37 (56%)

(7)

Saya dapat memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian untuk

pembelajaran.

0 0 32 (48%) 34 (52%)

Saya mahir dalam pengendalian pengurusan murid Prasekolah.

0 0 32 (48%) 34 (52%)

Min = 3.60 Sisihan piawai = .300 Interpretasi Skor Min = Sederhana

4. Perbincangan

Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati tahap pengetahuan guru-guru bukan opsyen dalam pengajaran Pendidikan Prasekolah berada di tahap yang tinggi. Kajian mendapati bahawa terdapat segelintir guru-guru bukan opsyen ini kurang optimis terhadap kemampuan mereka dalam mengaplikasikan semua tunjang yang terdapat dalam KSPK. Walau bagaimanapun, hasil kajian turut menunjukkan guru-guru bukan opsyen ini dilihat bersungguh- sungguh dalam membuat persediaan sebelum proses pembelajaran berlangsung dengan merujuk kurikulum yang telah ditetapkan. Hasil kajian ini selari dengan penulisan Jain Chee, Mariani Md Nor, Abdul Jalil Othman dan Mohd Nazri Abdul Rahman (2018) yang menyatakan guru yang tidak memiliki pengetahuan mungkin tidak mencapai kepuasan dalam kerjayanya, kerana antara faktor kepuasan melaksanakan pengajaran bergantung kepada pengetahuan pedagogi.

Menurut Nurul, Noor Hasimah & Nur Aida (2015), guru perlu bersikap proaktif dengan sentiasa berada selangkah ke hadapan mempersiapkan diri dengan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang diajar serta memanfaatkan pelbagai teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Naquiah dan Jimaain (2018), pengetahuan kandungan guru dalam pengajarannya perlu terlebih dahulu mendahului kehendak pendidikan yang semakin mencabar. Bukan hanya pada penguasaan pengetahuan kandungan guru, bahkan guru juga perlu juga pengetahuan pedagogi guru juga perlu mantap dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengetahuan pedagogi kandungan adalah ilmu yang perlu dikuasai oleh semua guru. Dengan menguasai pengetahuan dalam kurikulum berkenaan proses penyampaian ilmu akan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memaksimumkan kefahaman pelajar.

Dari aspek tahap kemahiran guru-guru bukan opsyen dalam mengendalikan kanak-kanak di kelas prasekolah berada di tahap yang sederhana. Dapatan kajian mendapati kebanyakan guru- guru bukan opsyen prasekolah mempunyai masalah dalam mengendalikan kanak-kanak ini di peringkat ini. Walau bagaimanpun, kebanyakan guru-guru bukan opsyen ini dapat memahami pendekatan pengajaran yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.

Menurut Nur Athirah Ariffin (2017), guru yang efektif adalah di mana berkeupayaan dapat mempelbagaikan kemahiran pengajaran dengan menerapkan aspek pengetahuan, kemahiran dan juga nilai. Kemahiran mengajar merangkumi persediaan dari sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sehinggalah ke peringkat penilaian. Impak daripada perancangan sistematik ini secara tidak langsung guru berupaya untuk menarik minat serta perhatian murid untuk terus fokus semasa PdP sedang dilaksanakan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru bukan opsyen ini dilihat seperti tidak mempunyai keyakinan dalam membuktikan mereka mampu untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Hal ini sedikit sebanyak berkait dengan keupayaan mereka dalam

(8)

mengendalikan kanak-kanak di kelas prasekolah. Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan kajian, guru-guru ini dikatakan sentiasa mempunyai sikap yang positif di mana mereka bersungguh-sungguh untuk meningkatkan dan memperbaiki penguasaan dalam pengetahuan kurikulum Pendidikan Prasekolah.

5. Kesimpulan

Semua guru haruslah sentiasa melengkapi diri dengan pengetahuan yang mencukupi dan membuat penambahbaikan terutama dalam pengetahuan agar dapat membuat anjakan paradigma dalam PdP mereka. Pengetahuan yang dimaksudkan dalam konteks ini termasuklah menghasilkan pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif untuk menarik minat dan perhatian murid terhadap kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi guru untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan bersedia untuk mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang dirasakan dapat meninggalkan impak yang positif dalam diri kanak-kanak. Sebagai guru prasekolah kita seharusnya membekalkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian selaras dengan perkembangan kanak-kanak bagi memastikan hasil pembelajaran yang melibatkan isi kandungan murid perlu tepat dan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

Rujukan

Abdul Halim Masnan, N. E. (2019). Pengetahuan Pengajaran dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak, 33-41.

Akhimullah Abd Hamid, A. R. (2019). Concept, Issues and Challenges for Effective Facilitations in History Education. Social Sciences, Education and Humanities Vol (2), 176-181.

Chee, J. N. (2018). Isu Pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi dalam kalangan guru prasekolah. . JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(1), 7-21.

Education, N. C. (2008). Professional Standards for Accreditation of Teacher Preparation Institutions. Washington: NCATE.

Fathurrohman, M. (2017). Belajar dan Pembelajaran Modern: Konsep Dasar, Inovasi dan Teori Pembelajaran. Garudhawaca.

Goh L.H. And Kwong, J. (2010). The Effect of The Mbi Proficiency Course On The Perceived Proficiency And Self-Efficacy Of Non-Option English Language Teachers: A Case Study. Paper Presented During “Strengthening English Language Through Teacher Professional Development". Eltc-Ted Conference . Royal Bintang Hotel: 5-7 July 2011.

Haslina binti Hamzah, N. S. (2017). Hubungan Cabaran Guru Bukan Opsyen, Kurikulum Dan Iklim Sekolah Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Beberapa Sekolah Rendah Agama Jais Daerah Hulu Langat Selangor. Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan (SPEN2017). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hasnah, I. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu Dalam Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 56-65.

Jinggan, A. A. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. . Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pbppp). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kpm.

(9)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrayajaya: : Bahagian Pendidikan Guru, .

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Naquiah Nahar, & Jimaain Safar. (2018). Penguasaan pengetahuan kandungan (content knowledge): pemangkin keterampilan pedagogi Jawi berkesan abad ke-21. Jurnal Teknikal

& Sains Sosial, 8(1), 45-59.

Nessipbayeva, O. (2012). The Competencies Of The Modern Teacher. Bulgarian Comparative Education Society.

Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan dan Nur Aida Abdul Hamid. (2015). Matematik dan kemahiran abad ke-21: Perspektif pelajar. Mathematic Education Journal, 3(1), 24-36.

Perdana., N. M. (2016). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Daerah Petaling.

International Journal of Education and Training, 2(2), 1-8.

Richards, J. C. (2011). Exploring Teacher Competence in Language Teaching. Language Teacher, 35(4).

Saad, N. M. (2017). Hubungan Antara Tahap Kompetensi Fungsional Guru Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Di Negeri Kelantan. Proceedings Of The Icecrs, 1(1).

Sengottuvel, A. &. (2015). Teacher Effectiveness And Professional Competency In School Education. Journal Impact Factor, 6(1), 181-190.

Studies, N. M. (2013). Professional Competency Differences Among High School Teachers In Indonesia. International Education; 6(9).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Terdapat murid yang masih terpinga-pinga terhadap pengajaran guru (hal ini kerana apabila guru mengajukan soalan kepada murid yang sedang bercakap-cakap dengan rakan di

(2015) berkenaan “Kesediaan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Bahasa Arab : Satu Kajian Terhadap Guru Pelatih Diploma Perguruan Pendidikan Islam di KUIS” yang bertujuan

pengajaran guru Bahasa Melayu di Sabah. Hubungan ini adalah hubungan yang sederhana. Oleh yang demikian, Ho1 adalah ditolak. Ho2: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan

Namun begitu, terdapat item soalan negatif yang menyatakan guru tidak memerlukan kursus tertentu untuk mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. Ia memberi fokus kepada guru bahasa Arab yang melaksanakan proses

& Meisels, 2004) merumuskan pembelajaran murid mempunyai perkaitan yang amat signifikan dengan keperibadian dan pengajaran guru. Walaupun terdapat kajian mengenai

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dilakukan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan persepsi guru pelatih Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak terhadap seliaan

Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah menunjukkan guru-guru prasekolah di Daerah Batang Padang Perak mempunyai min skor kepercayaan yang tinggi dalam pengajaran dan