• Tiada Hasil Ditemukan

View of TAHAP KESEDIAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SEKSUALITI GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of TAHAP KESEDIAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SEKSUALITI GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

128

TAHAP KESEDIAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SEKSUALITI GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

IPOH.

Mastura binti Karimuddin Saripah Rabea’ah binti Syed Ali Anis Salwa binti Ahmed @Adenan

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mastura.karimuddin@ipgm.edu.my

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan bakal guru pendidikan awal kanak- kanak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dalam mengajar pendidikan seksualiti kepada kanak- kanak. Aspek-aspek kesediaan yang dikaji termasuklah aspek demografi guru, sumber pengetahuan sedia ada bakal guru, tahap pengetahuan guru dan topik yang guru rasa sesuai untuk mengajar kanak-kanak prasekolah Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan ditadbirkan kepada 61 orang guru pelatih kursus pendidikan awal kanak-kanak. Soal selidik ini mengandungi 4 bahagian yang terdiri daripada ciri-ciri sosio-demografi, aspek pengetahuan sedia ada guru, kursus dihadiri, tahap keyakinan guru, tahap pengetahuan guru dan topik pilihan guru. Keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa mendapati bakal guru pendidikan awal kanak-kanak menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi untuk mengajar pendidikan seksualiti (50.9%). Bakal guru juga menunjukkan keyakinan yang tinggi untuk mengajar item menjaga keselamatan diri (min=3.50), pertumbuhan dan perkembangan diri (min=3.21) dan sentuhan selamat dan berisiko(min =3.21.Dapatan kajian juga menunjukkan guru paling setuju untuk topik menjaga keselamatan diri (min=3.51),situasi bahaya kepada diri (min=3.42) dan batas pergaulan lelaki dan perempuan (3.38), manakala topik yang guru kurang setuju jika diajar kepada kanak-kanak prasekolah adalah topik masturbasi, topik paraphilia dan topik penyakit tularan seks.

Kata Kunci : Kesediaan, Pendidikan Seksual, Pengetahuan, Bakal Guru, Sumber

READINESS LEVEL OF EARLY CHILDHOOD PER SERVICE TEACHERS OF INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION IPOH TO TEACH SEXUALITY EDUCATION

Abstract

This study was conducted to identify the level or readiness for prospective early childhood teachers at Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh in teaching sexual education to children. The readiness aspects are including teachers demographics, teachers existing knowledge, the level of teacher knowledge and topics that are best suited to teach pre schooler. The findings showed that early

(2)

129

childhood education trainess had a high level or readiness to teach sexual education (50.9%). The trainees showed a remarkably confidence leval to teach personal safety (mean 3.50), self- development (mean : 3.21) and appropriate and inappropriate touch (mean : 3.38). The The trainees agreed to teach the following course and also showed the topics personal safety ( mean : 3.51), how to avoid dangerous situation (mean-= 3.42) and male and female boundary (mean=3.38). However the topics that the teacher disagreed were masturbation, topics and topics paraphilia sexually transmitted diseases

.

Kata Kunci : Readiness, Sexsual Education, Knowledge, Resourches.

PENGENALAN

Latarbelakang Kajian

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat awal proses pembelajaran yang amat penting kerana pengalaman di prasekolah dapat memberi persediaan yang boleh membekalkan kanak-kanak terhadap kemahiran, keyakinan diri dan sentiasa mempunyai sikap yang positif terhadap individu lain. Azizah (2003) menyatakan kanak-kanak diajar mengenai keselamatan diri mereka ketika berada di jalanraya dan juga ketika berada di sekolah. Bhanna (2007) mendapati daripada kajian yang dilakukan di Afrika, adalah sukar untuk memberitahu kanak-kanak yang masih muda lagi mengenai topik pendidikan seksual. Seterusnya, kajian beliau juga mendapati guru-guru sukar untuk mengajar subjek pendidikan seks kerana budaya mereka yang dianggap tabu untuk dibincangkan mengenai seksual di khalayak terutama kepada kanak-kanak. Temblay (2009) menyarankan agar ibu bapa mengawasi anak-anak dan guru-guru perlu mengingatkan mereka supaya berhati-hati dengan orang dewasa lelaki sama ada yang dikenali ataupun tidak dikenali ( Tremblay, 2000).

Kanak-kanak ialah seorang individu yang bergantung kepada orang lain. Mereka memerlukan didikan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih dewasa terutama guru semasa di sekolah. Guru yang mengajar di pendidikan prasekolah diharapkan mengambil ruang dan peluang untuk mengajar anak-anak prasekolah mengenai apakah yang sepatutnya mereka tahu supaya tidak menjadi mangsa penculikan, pencabulan, sumbang mahram, rogol mahupun mangsa pembunuhan (Trembly, Begin; 2000).

Penyataan Masalah

Bagi mengelakkan kanak-kanak terus menjadi mangsa penderaan seksual yang berleluasa kini, guru pendidikan awal kanak-kanak perlu memainkan peranannya. Guru akan menerima satu lagi tugas iaitu mengajar pendidikan seksualiti selain menjaga kanak-kanak dalam kawasan sekolah. Amir (2007) menyatakan bahawa cadangan untuk mewujudkan pendidikan seksualiti di sekolah selalu

(3)

130

menjadi topik panas dan diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Katanya lagi, usaha-usaha awal memperkenalkan pendidikan seksualiti di sekolah telah dikritik hebat oleh orang ramai terutama golongan ibu bapa. Harapan diberikan oleh masyarakat supaya guru yang terlibat mengajar pendidikan awal kanak-kanak dapat memainkan peranannya sebagai pendidik untuk mengajar kanak-kanak ini dan memberikan maklumat yang mudah dan ringkas mengenai topik pendidikan seksualiti (Amir, 2007). Bersediakah bakal guru pendidikan awal kanak-kanak menghadapi satu lagi cabaran untuk mengajar kanak-kanak yang masih muda ini mengenai topik pendidikan seksualiti?

Kajian ini untuk melihat kesediaan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak IPG Kampus Ipoh mengajar topik pendidikan seksualiti di kelas prasekolah.

Tujuan Kajian

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti apakah bakal guru pendidikan awal kanak-kanak bersedia untuk mengajar topik pendidikan seksualiti di dalam kelas kepada kanak-kanak dengan melihat persediaan guru prasekolah dari segi latarbelakang diri, keyakinan diri, pengetahuan, keselesaan serta latihan dan kursus yang telah dimiliki serta kesesuaian topik yang digunakan untuk mengajar pendidikan seks kepada kanak-kanak.

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti:

1. Mengenal pasti tahap kesediaan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar topik pendidikan seksualiti di kelas prasekolah.

2. Mengenal pasti sumber pengetahuan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak mengenai pendidikan seksualiti

3. Mengenal pasti sejauhmanakah tahap pengetahuan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak mengenai pendidikan seksualiti.

4. Mengenal pasti tahap sejauh manakah keyakinan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar topik pendidikan seksualiti di kelas prasekolah

5. Mengenal pasti topik pendidikan kesihatan dan seksualiti yang bakal guru pendidikan awal kanak-kanak rasakan sesuai untuk kelas prasekolah.

Soalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah bakal guru pendidikan awal kanak-kanak bersedia untuk mengajar topik pendidikan seksualiti di kelas prasekolah ?

2. Apakah sumber pengetahuan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak mengenai pendidikan seksualiti

(4)

131

3. Sejauh manakah tahap pengetahuan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak mengenai topik pendidikan seksualiti

4. Sejauh manakah bakal guru pendidikan awal kanak-kanak yakin untuk mengajar topik pendidikan seksualiti di kelas prasekolah ?

5. Apakah topik yang bakal guru pendidikan awal kanak-kanak rasakan sesuai untuk kelas prasekolah

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada pihak kementerian untuk merangka modul serta program yang sesuai untuk bakal guru pendidikan awal kanak-kanak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mengajar topik pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak Tadika sama ada tadika swasta mahupun kerajaan supaya dapat menyediakan guru yang benar-benar memahami dan mempunyai kemahiran mengajar topik pendidikan seksualiti supaya pengajaran menjadi lebih berkesan di kelas-kelas prasekolah sama ada swasta mahupun kerajaan. Kajian ini juga diharapkan dapat merintis jalan kepada penyelidikan seterusnya di dalam bidang yang sama pada masa akan datang dan boleh di gunakan sebagai rangka asas, atau bahan panduan dan dapat membantu usaha untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang modul dan latihan yang sesuai untuk topik pendidikan seksualiti di kelas pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini penting kerana ia melibatkan keselamatan kanak-kanak daripada perlakuan seks yang bercanggah dengan norma masyarakat. Jika guru bersedia dan yakin untuk mengajar pendidikan seks di prasekolah, kemungkinan besar kanak-kanak ini mengetahui bahawa mereka perlu sentiasa berwaspada daripada menjadi mangsa orang dewasa yang bernafsukan binatang.

Kanak-kanak akan lebih berhati-hati di dalam kehidupannya semasa di sekolah, rumah, mahupun di persekitaran tempat tinggalnya.

Limitasi Kajian

Kajian ini dijalankan di sebuah IPG sahaja iaitu IPG Kampus Ipoh. Sampel kajian adalah kecil iaitu serama 61 orang pelatih kursus pendidikan awal kanak-kanak. 16 orang pelatih semester 1, 19 orang semester 3 dan 26 orang pelatih semester 5. Oleh itu hanya statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Oleh itu kajian ini dilimitasikan terhadap sampel kajian di IPG Kampus Ipoh sahaja.

KAJIAN LITERATUR

Banyak kajian dilakukan di luar negara untuk melihat persediaan guru mengajar pendidikan seks di sekolah. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Traoure et al., (2004) terhadap guru di Afrika mengenai kesediaan mereka mengajar topik pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak. Kajian

(5)

132

Traoure et.al, mendapati guru di Afrika tidak yakin dan kurang bersedia untuk mengajar topik pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak kerana kekurangan latihan, kemahiran dan tidak mengetahui metodologi untuk mengajar. Troure et.al., (2014) mendapati guru merasakan penting untuk mereka diberi latihan yang mencukupi mengenai topik ini sebelum topik pendidikan seksualiti ini diajar kepada kanak-kanak.

Dapatan kajian ini sama dengan kajian yang dilakukan oleh Kiragu (2007). Guru-guru di Kenya menyatakan bahawa mereka tidak mampu untuk mengajar topik pendidikan seksualiti biarpun bersetuju ianya perlu kepada kanak-kanak disebabkan berleluasanya penyakit HIV dan AIDS di tempat mereka. Kajian Kiragu mendapati guru tidak mampu dan bersedia untuk mengajar topik pendidikan seksualiti kerana tiada diberi sokongan oleh orang ramai selain daripada tiada latihan yang diberikan.

Dapatan kajian Eva (2009) juga menyokong dapatan kajian (Isaiah, 2009; Traoure et. al., 2004; Kiragu, 2007). Kajian di salah sebuah prasekolah di Hong Kong mendapati guru-guru tidak ada keyakinan untuk mengajar pendidikan seks kepada kanak-kanak kerana mereka kekurangan maklumat, pengetahuan dan kemahiran untuk mengajar topik pendidikan seksualiti ini.Walau bagaimanapun, guru ini bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk mengajar topik pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak prasekolah jika mereka diberi latihan yang bersesuaian dan mencukupi (Eva , 2009).

Dapatan Mastura (2011), mendapati 50% guru prasekolah di tiga buah daerah di Perak bersedia untuk mengajar topik pendidikan seksualiti di kelas prasekolah. Kajian ini juga mendapati guru-guru yang berusia lebih daripada 40 tahun kurang bersedia untuk mengajar topik ini berbanding guru yang berusia 30 tahun dan ke bawah. Ini mungkin kerana latihan yang telah mereka terima semasa latihan menjadi guru berbeza daripada guru muda lepasan Institut Pendidikan Guru.

METODOLOGI

Kajian ini adalah kajian deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan pendekatan secara kuantitatif. Kajian tinjauan ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan secara cross-sectional dimana ianya digunakan untuk mendapatkan maklumat pada satu masa tertentu. Menurut Cohen et.al., (2007), kaedah tinjauan cross-sectional mempunyai kelebihan dari segi pengukuran terhadap sikap atau amalan semasa.

(6)

133 Sampel Kajian

Sampel kajian ini berjumlah 61 orang guru pelatih iaitu melibatkan semua guru pelatih dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka berada di dalam semester 1, 3 dan semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) di IPG Kampus Ipoh.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan ataupun persepsi tentang sesuatu perkara dan responden menjawabnya berdasarkan pandangan peribadi tanpa dipengaruhi oleh individu-individu lain (Azizi et. Al., 2007).

Menurut Azizi et. Al., (2007) lagi kebaikan menggunakan soal selidik adalah arahan dan soalan adalah ringkas dan tujuan tinjauan dapat diterangkan dengan jelas secara bercetak dan responden menerima set soalan dan frasa yang sama. Kesemua set soal selidik tersebut telah diuji menggunakan kaedah alpha cronbach bagi melihat kebolehpercayaan dan instrumen kajian ditentukan melalui kaedah semakan pakar rujuk.

Kandungan soal selidik dibahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A yang mengumpul data berkaitan demografi dan latar belakang responden manakala Bahagian B terdiri daripada item mengumpul tahap pengetahuan pendidikan Seksualiti, Bahagian C item mengenai Tahap Keyakinan dan Bahagian D mengenai Topik yang sesuai. Skala ordinal digunakan dalam soal selidik kajian ini ialah skala Likert. Skala Likert menggunakan angka 1, 2, 3, dan 4.

Prosedur Pengumpulan Data

Soal selidik ditadbir sendiri oleh pengkaji kepada responden yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) dalam pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Instrumen kajian dijalankan serentak oleh tiga orang penyelidik bagi tiga kelas dengan mengumpulkan subjek di dalam dewan kuliah. masa digunakan untuk menjawab soal selidik yang diedarkan ialah selama 30 minit. Sample kajian juga telah diberi taklimat tentang tujuan kajian serta prosedur kajian. Etika kajian dipenuhi oleh ketiga penyelidik.

Analisis Data

Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dikumpulkan akan dianalisa dan diintepretasikan dengan menggunakan perisian Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS versi 11.5). Fokus analisa adalah tertumpu kepada analisa statistik deskriptif. Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk mendapat maklumat profil sampel serta menjawab persoalan kajian.

(7)

134

DAPATAN KAJIAN

Maklumat Demografi Sampel

Sampel kajian ini terdiri daripada 61 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang mengikuti program atau pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Mereka terdiri daripada pelajar Semester 1,3 dan 5.

Jadual 1

Taburan kekerapan dan peratusan mengikut jantina

____________________________________________________________________

Jantina Frekuensi Peratus

____________________________________________________________________

Lelaki 8 13.1

Perempuan 53 86.9

Jumlah Keseluruhan 61 100.0

____________________________________________________________________

Daripada keseluruhan pelajar seramai 61 orang yang mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak 8 orang lelaki dan 53 orang perempuan.

Jadual 2

Taburan kekerapan dan peratusan mengikut bangsa

____________________________________________________________________

Jantina Frekuensi Peratus

____________________________________________________________________

Cina 31 50.8

Melayu 16 26.2

India 9 14.8

Bumiputera 5 8.2

Jumlah Keseluruhan 61 100.0

____________________________________________________________________

Berdasarkan jadual 2, 31 orang guru pelatih adalah daripada kaum cina, 16 orang guru pelath kaum melayu, 9 orang guru pelatih India dan 5 orang guru pelatih bumiputera.

Jadual 3

Taburan kekerapan dan peratus mengikut kesediaan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar topik pendidikan seksual

____________________________________________________________________

Tahap Persetujuan Frekuensi Peratus

____________________________________________________________________

Sangat Bersedia 9 14.8

Bersedia 22 36.1

Kurang Bersedia 18 29.5

Tidak Bersedia 12 19.7

Jumlah Keseluruhan 61 100.0

____________________________________________________________________

Berdasarkan jadual, 9 orang bakal guru sangat bersedia mengajar topik pendidikan seksual, 22 orang bersedia, 18 orang kurang bersedia manakala seramai 12 orang tidak bersedia untuk

(8)

135

mengajar Pedidikan Seksualiti di kelas Prasekolah. Ini menunjukkan tahap keesediaan bakal guru IPG Kampus Ipoh untuk mengajar pendidikan seksual adalah tinggi.

Rajah 1. Peratus sumber pengetahuan bakal guru mengenai pendidikan seksualiti

Dalam rajah 1, menunjukkan 33 % menyatakan sumber pengetahuan bakal guru mengenai pendidikan seksualiti adalah melalui carian di dalam internet, 30 % menyatakan bahawa rakan sebaya menjadi sumber pengetahuan mengenai pendidikan seksualiti, hanya 18 % mendapat pengetahuan daripada majalah, akhbar dan buku, hanya 11 % daripada guru, 7 % daripada ibu bapa dan 2% daripada pamplet atau poster. Data ini adalah untuk menjawab persoalan sejauh manakah tahap pengetahuan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan topik pendidikan seksual?

Jadual 5

Taburan kekerapan, peratusan dan nilai min berdasarkan pengetahuan bakal guru mengenai topik pendidikan seksual

Topik 4 3 2 1 Min SD

% % % %

Pertumbuhan dan perkembangan diri

28.4 64.9 5.8 1.02 3.21 0.582 Organ Reproduksi Manusia 8.2 55.3 34.6 1.9 2.70 0.644

Proses Kelahiran Bayi 10.6 49.0 37.5 2.9 2.67 0.701

Sentuhan Seksual/ Bukan Seksual

12.5 63.9 20.2 3.4 2.86 0.665

Incest/ Sumbang Mahram 13.5 51.9 30.8 3.8 2.75 0.732

Menjaga Keselamatan Diri 54.3 43.8 1.0 1.0 3.51 0.573

Mendapatkan Bantuan (Penderaan Seksual)

23.1 54.3 19.7 2.9 2.98 0.738

Tanda-tanda Penderaan Seksual Berlaku

14.4 53.8 30.3 1.4 2.81 0.687

Kategori Gangguan Seksual 10.8 56.7 26.9 2.9 2.81 0.696

Tanda-Tanda Membawa Mesej Seksual

10.6 51.9 35.6 1.9 2.71 0.676

Situasi Selamat Dengan Risiko 30.8 60.6 7.2 1.4 3.21 0.630 Nota : 4 = Sangat banyak, 3 = banyak, 2 = sedikit, 1 = tiada langsung.

Peratus Sumber Pengetahuan Bakal Guru Mengenai Pendidikan Seksualiti

Internet Rakan Sebaya Guru

Ibu bapa

Majalah Akhbar Buku Pamplet poster 33 %

30%

11%

18%

7%

2%

(9)

136

Jadual 5 menunjukkan analisa kekerapan dan peratusan setiap item yang diperolehi daripada soal selidik mengenai tahap pengetahuan bakal guru mengenai topik pendidikan seksual. Berdasarkan data yang diperolehi item pertumbuhan dan perkembangan diri, menjaga keselamatan diri dan sentuhan selamat daan berisiko menunjukkan min yang tinggi dan menunjukkan item yang paling tinggi pengetahuan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak.

Topik langkah-langkah menjaga keselamatan diri, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan perlakuan serta situasi yang selamat dengan yang berisiko kepada kanak-kanak merupakan topik yang banyak diketahui oleh bakal guru pendidikan awal kanak-kanak manakala topik yang bakal guru kurang pengetahuan mengenainya adalah topik kelahiran bayi dan organ reproduksi manusia. Min keseluruhan bagi pengetahuan guru prasekolah mengenai topik pendidikan seksual adalah 2.928 dan sisihan piawai 0.401. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru mengenai topik pendidikan seksual secara keseluruhannya adalah sederhana tinggi.

Data ini adalah untuk menjawab persoalan kajian mengenai sejauh manakah tahap keyakinan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak IPG Kampus Ipoh untuk mengajar pendidikan seksual di kelas prasekolah berdasarkan topik.

Jadual 6

Taburan Kekerapan, Peratusan, dan Nilai Min Berdasarkan Tahap Keyakinan Bakal Guru IPG Kampus Ipoh Mengajar Pendidikan Seksual Berdasarkan Topik

Topik Pendidikan Seksual 1 2 3 4 Min SD

N% N% N% N%

Nama Saintifik Alat Kelamin 4.3 36.5 50.5 14.4 2.63 0.730 Sistem Reproduksi Wanita/

Lelaki

2.9 40.4 44.2 12.5 2.66 0.730

Menjaga Keselamatan Diri 0.5 5.3 50.0 44.2 3.38 0.610

Penyakit Tularan Seks/ Aids 2.4 40.4 44.7 12.5 2.67 0.722

Keguguran/ Kehamilan 1.9 47.6 39.4 11.1 2.60 0.709

Gangguan Seksual 24.0 61.6 14.9 2.91 0.619

Tingkah Laku Pencabulan 21.2 59.1 19.7 2.99 0.641

Batas Pergaulan Lelaki/

Perempuan

7.7 47.1 45.2 3.38 0.624

Pertumbuhan Perkembangan 0.5 6.3 53.8 39.4 3.32 0.612

Mengenal pasti Situasi Membahayakan Diri

5.3 47.6 47.1 3.42 0.592

Nota : 1 = Tidak yakin, 2 = kurang yakin, 3 = yakin 4 = sangat yakin

Jadual 6 menunjukkan analisa kekerapan dan peratusan setiap item yang diperolehi daripada soal selidik mengenai tahap keyakinan bakal guru IPG Kampus Ipoh jika diminta mengajar topik pendidikan seksual dikelas prasekolah. Berdasarkan dapatan, topik yang bakal guru paling

(10)

137

yakin untuk mengajar jika diminta ialah topik mengenal pasti situasi yang membahayakan diri, menjaga keselamatan diri dan batas-batas pergaulan dan perhubungan lelaki dan perempuan manakala topik yang bakal guru kurang yakin untuk mengajarnya adalah topik keguguran dan kehamilan, nama saintifik bagi alat kelamin dan sistem reproduksi lelaki dan perempuan. Min keseluruhan bagi tahap keyakinan bakal guru jika diminta mengajar topik pendidikan seksual adalah 3.01 dan sisihan piawai 0.483. Ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan bakal guru jika diminta mengajar berdasarkan topik pendidikan seksual secara keseluruhannya adalah tinggi.

Data ini adalah untuk menjawab persoalan kajian mengenai apakah topik yang bakal guru pendidikan awal kanak-kanak setuju diajar kepada kanak-kanak prasekolah.

Jadual 7

Taburan kekerapan, peratusan, dan nilai min berdasarkan topik yang guru setuju diajar kepada kanak-kanak prasekolah

Topik Setuju Ajaran 4 3 2 1 Min SD

N% N% N% N%

Sistem Reproduksi 7.7 32.7 48.6 11 2.63 0.782

Menjaga Keselamatan Diri 2.9 1.9 35.6 59.6 3.52 0.681

Penyakit Tularan Seks/ Aida 4.8 40.4 44.2 10.6 2.61 0.741

Paraphilia 7.2 49.0 34.6 9.1 2.46 0.760

Incest/ Sumbang Mahram 4.3 28.8 47.6 19.7 2.82 0.790

Rogol/Liwat 3.4 24.5 52.4 19.7 2.88 0.753

Gangguan Seksual 3.4 7.7 60.6 26.9 3.11 0.644

Tingkahlaku Pencabulan 1.4 7.7 58.2 32.7 3.22 0.697

Kehamilan 4.8 36.5 46.2 13.5 2.68 0.765

Aids 5.3 36.5 5.3 52.9 3.46 0.796

Batas Pergaulan

Lelaki/Perempuan

0.5 6.3 40.4 52.9 3.46 0.636

Pertumbuhan Perkembangan 1.4 5.8 41.3 51.4 3.43 0.670

Masturbasi 12 53.4 25.0 9.6 3.32 0.809

Nota : 1 = Tidak setuju, 2 = kurang setuju, 3 = setuju 4 = sangat setuju

Jadual 7 menunjukkan analisa kekerapan dan peratusan setiap item yang diperolehi daripada soal selidik mengenai topik pendidikan seksual yang bakal guru pendidikan awal kanak- kanak IPG Kampus Ipoh setuju diajar di dalam kelas pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan dapatan, topik yang guru paling setuju diajar kepada kanak-kanak prasekolah ialah topik menjaga keselamatan diri, batas pergaulan lelaki dan perempuan dan topik pertumbuhan dan perkembangan diri manakala topik yang guru kurang setuju jika diajar kepada kanak-kanak prasekolah adalah topik masturbasi, topik paraphilia dan topik penyakit tularan seks.

Perbincangan Dapatan Kajian

Analisis menunjukkan bakal guru IPG Kampus Ipoh bersedia untuk mengajar topik pendidikan seksual kepada kanak-kanak prasekolah. Ini mungkin kerana bakal guru merasakan ada topik ini

(11)

138

yang dapat membantu kanak-kanak daripada sebarang bentuk gangguan seksual dan dapat membantu kanak-kanak menjaga keselamatan diri. Oleh itu biarpun kanak-kanak ini masih diperingkat prasekolah, kanak-kanak boleh diajar mengenai pendidikan seks kerana dapat membantu kanak-kanak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai tubuh badan mereka dan bagaimana untuk memeliharanya serta dapat bertindak jika penderaan seksual berlaku terhadap mereka..

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaaan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak adalah tinggi untuk mengajar topik pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini juga menunjukkan topik yang guru paling yakin untuk mengajar jika diminta ialah topik mengenal pasti situasi yang membahayakan diri, menjaga keselamatan diri dan batas-batas pergaulan dan perhubungan lelaki dan perempuan manakala topik yang bakal guru kurang yakin untuk mengajarnya adalah topik keguguran dan kehamilan, nama saintifik bagi alat kelamin dan sistem reproduksi lelaki dan perempuan. Topik yang mereka setuju untuk diajar kepada kanak-kanak adalah topik menjaga keselamatan diri, batas pergaulan lelaki dan perempuan dan topik pertumbuhan dan perkembangan diri manakala topik yang guru kurang setuju jika diajar kepada kanak-kanak prasekolah adalah topik masturbasi, topik paraphilia dan topik penyakit tularan seks. Selain itu dapatan juga menunjukkan bakal guru pendidikan awal kanak-kanak memperolehi banyak maklumat mengenai pendidikan seksual adalah melalui carian internet.

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. (2007). Pendidikan seks: Suatu perspektif sosial. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azizi Yahaya et.al,. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Bhana, D. (2007). The price of innocence: teachers, gender, childhood sexuality, HIV and AIDS in Early Schooling. International Journal of Inclusive Education. 11,431-444.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research methods in education. Routledge.

Eva Yuk Ching. (2009). Teachers’ Perceptions of Teaching Sex Education in Hong Kong Pre- schools: A Pilot Study. Hong Kong: Hong Kong University Press.

Isaiah P.B. (2009). Teachers’ preparedness for sexuality education in Nigerian Secondary Schools.

Journal of Education Policy. 6, 105 – 118.

Kiragu S.W. (2007). Exploring Sexuality Education and the Burdened Teacher: A Participatory Approach in a Rural Primary School in Kenya. University Of Cambridge.

(12)

139

Mastura Karimuddin (2011). Pengajaran Pendidikan Seksualiti: Kesediaan Guru-guru Prasekolah di Tiga Buah Daerah Kinta, Kuala Kangsar, Perak Tengah.

Tremblay, C., Begin, H.(2000). Evaluation of Mother Knowledge In Preventing Child Sexual Abuse. International Journal of Early Childhood. 32, 83-90.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap persepsi guru prasekolah terhadap kualiti pengajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari aspek perancangan dan

Analisis turut menunjukkan bahawa guru pelatih lelaki menilai diri mereka dengan tahap kemahiran yang lebih tinggi berbanding guru pelatih perempuan pada hampir

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berjaya

Kemahiran insaniah adalah kemahiran generik yang merangkumi kemahiran bukan akademik yang perlu diterapkan oleh Institut Pengajian Tinggi bagi memastikan bakal graduannya

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berjaya menerbitkan Jurnal Penyelidikan

Kajian ini bertujuan untuk melihat antara tahap kepimpinan transformasional ketua jabatan dan komitmen pensyarah dan hubungan kepimpinan transformasional ketua jabatan dengan

Kalangan Pelajar Universiti Malaya dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Kamaruddin Ilias, Ph.D Che Aleha Ladin, Ph.D Mubin Md Noor Roshidah Abdul Rahman , Noradzimah

Bagi kekuatan utama Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (MPEBI) Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada retrospeksi guru Tabika KEMAS adalah perubahan personaliti