• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21

(Preparedness Of Special Education Teachers In The Implementation Of 21st Century Learning)

Mohammad Ziyad Majani1*, Mohd Mokhtar Tahar1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

*Pengarang Koresponden: ziyadmajani@gmail.com Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.14

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran abad ke-21 adalah pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh murid untuk diamalkan didalam kelas. Pembelajaran ini mempunyai elemen-elemen seperti berkomunikasi, sains dan teknologi, berfikir, interpersonal, intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya.Oleh itu,kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru Pendidikan Khas sekolah rendah dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di daerah Padawan. Kajian ini juga mengkaji perbezaan kesediaan guru dari ketiga-tiga aspek berdasarkan faktor demografi iaitu kelulusan akademik, pengalaman, opsyen asal dan kursus yang dihadiri guru Pendidikan Khas sekolah rendah.

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitiatif dalam menjalankan kajian.Borang soal selidik telah dijadikan instrumen utama dalam kajian ini dimana ianya dalam bentuk Google Form dalam bentuk skala Likert.Teknik persampelan rawak mudah digunakan bagi memastikan semua individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama dipilih sebagai sampel.Seramai 37 orang responden telah dijadikan sebagai responden kajian.Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) melalui analisis deskriptif.Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min tahap yang dikaji iaitu pengetahuan guru dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21 berada pada tahap yang sederhana tinggi, manakala tahap kemahiran berada pada tahap yang sederhana tinggi dan sikap berada pada tahap yang tinggi.Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak yang beranggungjawab seperti pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah berkaitan dengan sejauh mana pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Pendidikan Khas. Kesimpulannya, guru-guru Pendidikan Khas didapati telah melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21 dengan sederhana baik kerana mempunyai kemahiran dan sikap yang sederhana tinggi.Walaubagaimanapun, pengetahuan dalam kalangan guru Pendidikan Khas harus diberi penekanan bagi melonjakkan kualiti guru pada abad ke-21 ini.

Kata kunci: Pengetahuan, Kemahiran, Sikap, Pendidikan Khas, Pembelajaran Abad Ke-21

Abstract: 21st century learning is an important and much needed learning by students to practice in the classroom. This learning has elements such as communication, science and technology, thinking, interpersonal, intrapersonal, 3M skills (reading, counting and writing), and so on. Therefore, this study was to identify the level of readiness of primary school Special Education teachers in the implementation of 21st century learning in Padawan district. This

(2)

on demographic factors, namely academic qualifications, experience, original options and courses attended by primary school Special Education teachers. This study is a survey study that uses a quantitative approach in conducting the study. Questionnaire form has been used as the main instrument in this study where it is in the form of Google Form in the form of Likert scale. Simple random sampling techniques are used to ensure that all individuals in the population have an equal chance of being selected as a sample. A total of 37 respondents were made as respondents of the study. The findings were analyzed using Statistical Package For Social Science (SPSS) through descriptive analysis. Findings show that the average mean value of the level studied that is the knowledge of teachers in implementing 21st Century Learning is at a moderately high level, while the skill level is at a moderately high level and attitudes are at a high level. This study is expected to provide useful information to responsible parties such as schools and the District Education Office in relation to the extent of the implementation of 21st century learning among Special Education teachers. In conclusion, Special Education teachers were found to have implemented 21st Century Learning moderately well because they have moderately high skills and attitudes. However, knowledge among Special Education teachers should be emphasized to boost the quality of teachers in the 21st century.

Keywords: Knowledge, Skills, Attitudes, Special Education, 21st Century Learning _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 agar mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Antara fokus PPPM yang ingin dicapai melalui pembelajaran abad ke-21 ialah enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika, kerohanian serta mempunyai identiti nasional. Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menumpukan pembangunan murid dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal selari dengan penjiwaan identiti nasioal. Namun begitu, keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 tidak dapat tercapai sekiranya aspek keperluan tidak dititikberatkan. Pelaksanaan PAK21 ini berkait rapat dengan tiga keperluan utama iaitu persekitaran sekolah, rekabentuk bilik darjah dan kesediaan guru memimpin proses pembelajaran.

Guru Pendidikan Khas sebagai pemacu utama dalam melaksanakan perubahan perlu melakukan pengubahsuaian dan pemantapan kaedah dan teknik terhadap PdPc untuk murid khas di sekolah serta masa dan susunan aktiviti PdPc bagi mencapai perkembangan dan pembangunan insan ke arah kesejahteraan dan keharmonian sejagat. Ini menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan khas perlu sentiasa kreatif dan inovatif dalam pengajaran agar mewujudkan kelainan dari aspek pengajaran dan dapat menarik minat murid untuk belajar.

Guru Pendidikan Khas yang berkualiti merupakan guru yang berupaya untuk menghadapi cabaran dan masalah dalam sistem pendidikan yang sentiasa berubah (Zakiah Arshad 2003).

Perubahan yang berlaku adalah bagi memantapkan sistem pendidikan negara dalam mencapai tahap pendidikan yang setanding dengan negara maju (Mohamad Sani et al. 2006; Abd Rahim 2002).

Berikutan dengan itu, guru yang merupakan tonggak utama kepada proses pembelajaran perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan kepada elemen-elemen kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran kolaborasi, kemahiran komunikasi dan kreativiti bagi menjayakan pembelajaran abad ke-21.

(3)

Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan Guru Pendidikan Khas sekolah rendah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap pada abad ke 21. Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengenal pasti tahap pengetahuan Guru Pendidikan Khas sekolah rendah mengenai pembelajaran abad ke 21.

2) Mengenal pasti tahap kemahiran Guru Pendidikan Khas sekolah rendah mengenai pembelajaran abad ke 21.

3) Mengenal pasti sikap Guru Pendidikan Khas sekolah rendah mengenai pembelajaran abad ke 21.

2. Pembelajaran Abad Ke 21

Malaysia adalah sebuah negara membangun seiring dengan negara maju didunia. Dalam menjadi negara yang sektor pendidikannya seperti negara maju yag lain, Malaysia perlu membawa perubahan yang akan memberi kesan yang positif dalam bidang tersebut. Dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.

Pada masa kini Pembelajaran Abad ke 21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan. Pembelajaran Abad ke 21 adalah proses pembelajaran yang berfokuskan kepada murid.Elemen-elemen yang diterapkan didalamnya adalah seperti elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai murni dan etika.

Dengan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 ini, murid akan dilatih untuk berkemahiran yang boleh dimanfaatkan dimasa hadapan, seperti kemahiran berkomunikasi dengan baik, boleh berkolaborasi dengan orang ramai dan dapat menyelesaikan masalah berdasarkan realiti kehidupan. Selain itu, murid juga diterapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Oleh itu, setiap guru hendaklah mempunyai kemahiran berfikir, merancang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pembelajaran Abad ke 21. Selain itu, mereka juga haruslah mempelbagaikan kaedah PdPc berasaskan PAK21.Kemahiran guru dalam melaksanakan PAK21 bagi melahirkan hasil pendidikan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan juga untuk menyediakan murid menuju ke arah satu kehidupan yang bercirikan digital.

PAK21 diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam sesi PdPc supaya murid boleh berdikari dan bersaing secara positif. Dengan penekanan PAK21 didalam kelas, cita-cita kerajaan untuk menjadikan murid kita murid minda kelas pertama akan terlaksana. Sebagai seorang guru perlulah mempunyai pemahaman dan sekurang-kurangnya asas pengetahuan tentang PAK21 dalam pengajaran mereka. Menjadi kewajipan seorang guru untuk sentiasa mempelajari setiap perkara yang bermanfaat untuk diri dan untuk pelajar.

Kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 dalam pengajaran guru penting agar mampu menjadikan murid yang berfikir dan berakhlak mulia. Oleh itu, guru-guru perlulah diberikan latihan dan pendedahan kursus PAK21 yang secukupnya bagi membolehkan mereka menyampaikan pengajaran lebih berkesan.

(4)

3. Metodologi Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Kajian ini dilakukan di Daerah Padawan, Sarawak. Populasi kajian adalah terdiri daripada 66 orang guru Pendidikan Khas sekolah rendah PPKI daripada 7 buah Sekolah Kebangsaan yang ada kelas Pendidikan Khas. Teknik persampelan rawak mudah digunakan bagi memastikan semua individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama dipilih sebagai sampel.Daripada populasi tersebut, sampel ditentukan menggunakan formula Krejcie dan Morgan (1970) untuk membuat anggaran saiz sampel. Dengan itu, seramai 37 orang responden kajian telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian ini.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, set soal selidik ini adalah adaptasi rujukan pada soal selidik yang lepas iaitu dari kajian Rowen Tingang Musa (2021) yang bertajuk Tahap Kesediaan Guru Pelatih Matematik UPSI dalam melaksanakan PAK21.Borang soal selidik ini mengandungi 4 bahagian. Bahagian A mempunyai 5 soalan bagi mengumpul maklumat latar belakang responden.Bahagian B mempunyai 10 soalan berkaitan pengetahuan guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan PAK21 manakala Bahagian C mempunyai 10 soalan berkaitan kemahiran guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan PAK21 dan Bahagian D juga mempunyai 10 soalan berkaitan sikap guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan PAK21.

Kajian rintis telah dijalankan dengan melibatkan 20 sampel. Instrumen ini telah disemak oleh seorang pakar dalam pendidikan khas iaitu pensyarah kanan dari Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang berpengalaman selama 15 tahun bagi menyemak kesahan kandungan. Dapatan hasil dari semakan dari pakar tersebut, instrumen kajian yang digunakan dan rujukan pada soal selidik yang lepas memang bersesuaian dengan tajuk yang hendak dikaji.

Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data

Prosedur pengumpulan data kajian ini telah mendapatkan kelulusan daripada agensi terlibat seperti Unit Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Padawan untuk menjalankan kajian persediaan guru Pendidikan Khas sekolah rendah dalam melaksanakan PAK21.

Soal selidik dalam bentuk Google Form dan tujuan kajian dihantar melalui aplikasi whatsapp kepada guru pendidikan khas sekolah rendah supaya meminta bantuan mereka untuk mengisi soal selidik. Selepas mengumpul data, analisis data dijalankan.

Perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis data ialah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Deskriptif statistik digunakan untuk menganalisis data. Jadual 1 menunjukkan intepretasi skor min bagi skala likert 5 mata yang dicadangkan oleh Nunnaly dalam Khairuddin 2011.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Min Interpretasi Skor Min (Tahap)

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3.01 – 4.00 4.01 – 5.00

Sederhana Tinggi Tinggi

(5)

4. Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini merujuk kepada objektif kajian. Ianya dimulakan dengan memaparkan profil responden diikuti keputusan bagi objektif kajian pertama iaitu mengenal pasti tahap kesediaan Guru Pendidikan Khas sekolah rendah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap PAK 21.

Demografi Responden

Merujuk kepada maklumat responden iaitu guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK 21.

Jadual 2: Taburan demografi responden

Demografi Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki 17 46

Perempuan 20 54

Kelayakan Akademik PhD 0 0.0

Sarjana 2 5.4

Sarjana Muda 34 92

Diploma/ Sijil 1 2.7

Lain-lain 0 0.0

Pengalaman mengajar di Program Pendidikan Khas

Integrasi (PPKI)

Kurang 5 tahun 6 16.2

6 hingga 10 tahun 16 43.2

11 hingga 15 tahun 11 29.7

16 hingga 20 tahun 1 2.7

Lebih 20 tahun 3 8.1

Opsyen Asal Pendidikan Khas 22 59.4

Selain Pendidikan Khas (Lain-lain)

15 40.5

Kursus Ya 31 83.7

Tidak 6 16.2

Berpandukan Jadual 2 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah N=37.Seramai 20 respondan adalah perempuan dengan jumlah peratus sebanyak (54%) dan bakinya adalah 17 lelaki (46%).Majoriti responden juga mempunyai pendidikan pada tahap sarjana muda seramai 34 mewakili (92%), diploma atau sijil mewakili (2.7%) dan sarjana mewakili (5.4%).Tiada responden yang mempunyai tahap pengajian peringkat tertinggi iaitu PhD. Seramai 16 responden mempunyai pengalaman bekerja dari 6 hingga 10 tahun (43.2%), lingkungan 11 hingga 15 tahun sebanyak 11 (29.7%), kurang 5 tahun mengajar sebanyak 6 mewakili 16.2% dan melebihi 20 tahun pengalaman mengajar murid- murid Kelas Pendidikan Khas iaitu 3 (8.1%). Baki yang telah berkhidmat selama 16 hingga 20 tahun sahaja mewakili peratusan sebanyak 2.7%. Secara keseluruhannya, sebanyak 22 responden (59.4%) mempunyai opsyen asal dalam bidang Pendidikan Khas dan bakinya 15 (40.5%) bukan dari latar belakang Pendidikan Khas. Hampir 31 responden mewakili 83.7%

telah mengikuti kursus PAK21. Namun begitu, terdapat 6 responden (16.2%) yang tidak mengikuti kursus telah dilaporkan.

(6)

Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Mengenai PAK 21

Jadual 3 menunjukkan dapatan tahap pengetahuan guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK 21.

Jadual 3: Pengetahuan Guru Mengenai PAK 21

Bil Perkara Frekuensi Pendapat (%)

STS TS AS S SS

1. Tahu apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Abad ke 21.

0 0

0 0

9 (24.32)

21 (56.75)

7 (18.91) 2 Tahu tentang kaedah dan teknik-teknik

mengajar Pembelajaran Abad ke 21

0 0

0 0

9 (24.32)

25 (67.56)

3 (8.10) 3 Memahami tentang isi kandungan

PAK21

0 0

0 0

8 (21.62)

25 (67.56)

4 (10.81) 4 Merancang PdPR berlandaskan PAK21 0

0

0 0

13 (35.13)

19 (51.35)

5 (13.51) 5 Mengetahui tentang pembinaan bahan

bantu mengajar Pembelajaran Abad Ke 21

0 0

0 0

15 (40.54)

19 (51.35)

3 (8.10) 6 Melaksanakan aktiviti PdPR yang

sesuai dengan Pembelajaran Abad ke 21.

0 0

0 0

11 (29.72)

20 (54.05)

5 (13.51) 7 Terlatih dalam kaedah dan teknik

mengajar menggunakan Pembelajaran Abad ke 21.

0 0

0 0

16 (43.24)

16 (43.24)

5 (13.51) 8 Latihan keguruan yang telah saya ikuti

adalah mencukupi untuk Kelas Pendidikan Khas.

0 0

0 0

18 (48.64)

12 (32.43)

7 (18.91) 9 Pengetahuan sedia ada dalam

Pembelajaran Abad ke 21 untuk Kelas Pendidikan Khas.

0 0

0 0

15 (40.54)

17 (45.94)

5 (13.51) 10 Bersedia menambah pengetahuan

berkaitan kepada Pembelajaran Abad ke 21

0 0

0 0

7 (18.91)

13 (35.13)

17 (45.94)

Skor Min 3.7000

Sisihan Piawai 0.55428

Interpretasi Skor Min Sederhana Tinggi

Penerangan : STS= Sangat Tidak Setuju TS=Tidak Setuju AS= Agak Setuju S=Setuju SS= Sangat Setuju

Dapatan keseluruhan tahap kesediaan dari aspek pengetahuan guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21 adalah sederhana tinggi. B10 adalah nilai min yang tinggi iaitu nilai M=4.19, SP=0.845. Sebanyak 35.13% responden menyatakan persetujuan pada skala setuju dan 45.94% sangat setuju untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan PAK21. Manakala, B7 adalah nilai min yang rendah iaitu M=3.35, SP=0.789 yang majoriti 13.51% sangat setuju dengan penyataan ini. Responden tersebut mempunyai kurang berpengetahuan dalam

(7)

pelaksanaan PAK21.Skor min ialah 3.7000 di mana ianya berada di tahap yang sederhana tinggi.

Tahap Kemahiran Guru Pendidikan Khas Mengenai PAK 21

Jadual 4 menunjukkan dapatan tahap kemahiran guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21.

Jadual 4: Kemahiran Guru Mengenai PAK 21

Bil Perkara Frekuensi Pendapat (%)

STS TS AS S SS

1. Menggunakan bahasa yang sesuai semasa berinteraksi dengan MBK.

0 0

0 0

2 (5.40)

15 (40.54)

20 (54.05) 2 Memberi galakan kepada murid untuk

belajar.

0 0

0 0

1 (2.70)

14 (37.83)

22 (59.45) 3 Memulakan pengajaran dengan

pendekatan Pembelajaran Abad ke 21

0 0

0 0

17 (45.94)

15 (40.54)

5 (13.51) 4 Berbincang dengan rakan sekerja

berkaitan masalah dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 ketika mengajar

0 0

0 0

11 (29.72)

13 (35.13)

13 (35.13)

5 Berbincang dengan ibu bapa tentang

permasalahan anak mereka di rumah.

0 0

0 0

11 (29.72)

16 (43.24)

10 (27.02) 6 Mahir mengajar Murid Berkeperluan

Khas mengikut kumpulan berasaskan

keupayaan mereka.

0 0

0 0

10 (27.02)

23 (62.16)

4 (10.81)

7 Mahir dalam penggunaan instrumen dalam Pembelajaran Abad ke 21 bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid

0 0

0 0

16 (43.24)

17 (45.94)

4 (10.81)

8 Mahir menggunakan peralatan atau bahan yang disediakan dalam proses pengajaran Pembelajaran Abad ke 21 untuk murid

0 0

0 0

15 (40.54)

18 (48.64)

4 (10.81)

9 Mengambil langkah-langkah susulan bagi membantu murid yang menghadapi masalah semasa perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 seperti yang

ditunjukkan sewaktu penilaian.

0 0

0 0

8 (21.62)

24 (64.86)

5 (13.51)

10 Mempelbagaikan pendekatan mengajar semasa perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 supaya dapat menangani

0 0

0 0

11 (29.72)

15 (40.54)

11 (29.72)

(8)

masalah tingkahlaku dan pembelajaran Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Skor Min 3.9162

Sisihan Piawai 0.58000

Interpretasi Skor Min Sederhana Tinggi

Penerangan : STS= Sangat Tidak Setuju TS=Tidak Setuju AS= Agak Setuju S=Setuju SS= Sangat Setuju

Dapatan keseluruhan tahap kesediaan dari aspek kemahiran guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21 adalah sederhana tinggi. C2 adalah nilai min yang tinggi iaitu M=4.57, SP=0.555. Sebanyak 37.83% responden menyatakan persetujuan pada skala setuju dan 59.45%

sangat setuju untuk memberi galakan kepada murid untuk belajar. Manakala, C7 adalah nilai min yang rendah iaitu M=3.51, SP=0.692 yang majoriti 10.81% sangat setuju dengan penyataan ini. Responden tersebut tidak mahir dalam penggunaan instrumen dalam PAK21 bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid. Skor min ialah 3.9162 di mana ianya juga berada di tahap yang sederhana tinggi.

Tahap Sikap Guru Pendidikan Khas Mengenai PAK 21

Jadual 5 menunjukkan dapatan tahap sikap guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21.

Jadual 5: Sikap Guru Mengenai PAK 21

Bil Perkara Frekuensi Pendapat (%)

STS TS AS S SS

1. Bersikap mesra dan melayan murid dengan penuh kasih sayang.

0 0

0 0

3 (8.10)

10 (27.02)

24 (64.86) 2 Menghayati tanggungjawab

sebagai Guru Pendidikan Khas dalam

perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21.

0 0

0 0

4 (10.81)

14 (37.83)

19 (51.35) 3 Memahami keperluan murid dari segi

emosi dan sosial.

0 0

0 0

3 (8.10)

16 (43.24)

18 (48.64) 4 Bersikap sabar semasa mengajar murid

dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21.

0 0

0 0

4 (10.81)

10 (27.02)

23 (62.16) 5 Memupuk motivasi kendiri dari masa ke

semasa dalam menjalankan tanggungjawab dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21.

0 0

0 0

6 (16.21)

15 (40.54)

16 (43.24)

6 Bekerjasama dengan ibu bapa dalam memahami masalah dan keperluan murid.

0 0

0 0

7 (18.91)

18 (48.64)

12 (32.43) 7 Melaksanakan pelbagai kaedah

pengajaran yang baru terutamanya dalam

perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21.

0 0

0 0

12 (32.43)

16 (43.24)

9 (24.32) 8 Menganggap tugas-tugas guru pendidikan

khas sangat penting.

0 0

0 0

2 (5.40)

10 (27.02)

25 (67.56)

(9)

9 Melakukan sesuatu perubahan atau

inovasi di tempat saya bertugas.

0 0

0 0

10 (27.02)

14 (37.83)

13 (35.13) 10 Mempelajari perkara-perkara mengenai

teknik-teknik mengajar yang berkesan dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad ke 21

0 0

0 0

4 (10.81)

14 (37.83)

19 (51.35)

Skor Min 4.3027

Sisihan Piawai 0.63267

Interpretasi Skor Min Tinggi

Penerangan : STS= Sangat Tidak Setuju TS=Tidak Setuju AS= Agak Setuju S=Setuju SS= Sangat Setuju

Dapatan analisis ini menunjukkan secara keseluruhan tahap kesediaan dari aspek sikap guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21 adalah tinggi. C2 adalah nilai min yang tinggi iaitu M=4.59, SP=0.686. Sebanyak 27.02% responden menyatakan persetujuan pada skala setuju dan 67.56% sangat setuju menganggap tugas-tugas guru pendidikan khas sangat penting.

Manakala, C7 adalah nilai min yang rendah iaitu M=3.84, SP=0.800 yang majoriti 24.32%

sangat setuju dengan penyataan ini. Responden tersebut kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran yang baru terutamanya dalam pelaksanaan PAK21. Skor min bahagian ini ialah 4.3027 di mana ianya berada di tahap yang tinggi.

5. Perbincangan

Kajian ini dapat mengenalpasti tahap kesediaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah rendah oleh 37 orang guru Pendidikan Khas. Oleh dengan itu, secara keseluruhannya adalah bahawa tahap kesediaan guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah rendah adalah di tahap yang sederhana tinggi.

Pengetahuan adalah penting dalam kehidupan. Dalam situasi ini, seorang guru haruslah mempunyai pengetahuan mengenai PAK21 yang mendalam. Analisis yang dijalankan menunjukkan tahap pengetahuan guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21 pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan Khas mempunyai tahap pengetahuan yang baik. Pengetahuan mengenai PAK21 adalah penting untuk guru Pendidikan Khas bagi menghasilkan sesi PdPc yang sempurna melalui kurikulum yang baru. Ini kerana setiap guru perlu mengetahui konsep dan teori pedagogi bagi melaksanakan tugasnya di dalam bilik darjah.

Kemahiran seorang guru merupakan salah satu aspek penting yang diterapkan dalam PdPc untuk menjadikan PdPc lebih berkesan dan menyeronokkan. Minat dan kesungguhan yang mendalam pada guru itu akan menjadikan kemahiran guru terhadap pengajarannya bertambah baik bagi membantu mempercepatkan proses penghayatan pelajar terhadap PAK21. Analisis yang dijalankan menunjukkan tahap kemahiran guru Pendidikan Khas dalam pelaksanaan PAK21 berada pada tahap sederhana tinggi. Hal ini bermaksud bahawa guru-guru Pendidikan Khas mempunyai tahap kemahiran yang sangat baik. Dalam pelaksanaan kelas PAK21, kemahiran dilihat sebagai suatu keperluan untuk guru-guru pendidikan khas. Dengan mempunyai kemahiran, ia dapat meningkatkan keyakinan untuk mengajar murid dalam penguasaan isi kandungan yang terkandung di dalam elemen PAK21. Kekurangan kemahiran kepada guru boleh menyebabkan perlaksanaan kelas PAK21 tidak mencapai objektif yang

(10)

ditetapkan. Masalah ini sedikit sebanyak boleh mengganggu guru melaksanakan PdPc dengan lancar.

A Dictionary of Educations (1982) mentakrifkan sikap sebagai cara kebiasaan individu memberi gerak balas terhadap sesuatu situasi. Mengikut Nelson dan Quick (2004), sikap meliputi tiga komponen yang utama iaitu afektif, tingkahlaku dan kognitif. Analisis mendapati bahawa tahap sikap guru Pendidikan Khas ialah tahap tinggi. Hal ini bermaksud bahawa guru- guru Pendidikan Khas mempunyai tahap sikap yang baik. Sikap dalam pelaksanaan PAK21 adalah penting bagi guru Pendidikan Khas dalam menghasilkan sesi PdPc yang berkesan. Ini kerana setiap guru perlu mempunyai sikap yang positif di samping mempunyai ilmu pedagogi bagi melaksanakan tugasnya di dalam bilik darjah. Sikap positif guru dalam pelaksanaan PAK21 dapat menarik minat murid untuk belajar dengan baik. Selain itu sikap positif ini juga dapat mendorong dan mengerakkan guru melaksanakan PAK21 secara pantas, lancar dan menyeluruh.

Oleh itu, guru Pendidikan Khas itu sendiri sentiasa memainkan peranan mereka dalam meningkatkan tahap prestasi seperti mengikuti kursus yang berkaitan dalam pelaksanaan PAK21 dengan secukupnya. Selain itu, mereka hendaklah sentiasa bersedia dalam menerima perubahan yang berlaku. Hal ini kerana sistem pendidikan mengalami perubahan dunia era globalisasi.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 dikalangan guru Pendidikan Khas adalah tahap yang sederhana tinggi. Daripada 37 orang responden yang dipilih, hampir kesemuanya tahu tentang pelaksanaan PAK21. Hal ini mungkin disebabkan oleh latihan mengajar seperti pengajaran mikro dan pengajaran makro di dalam kelas serta bimbingan yang cukup yang menyebabkan mereka sudah terbiasa dengan aktiviti PAK21. Namun, terdapat juga beberapa perkara yang harus diperbaiki seperti mengetahui terma-terma pendidikan seperti prosedur pengasingan dan sebagainya demi kemajuan pendidikan di masa hadapan. Sesungguhnya, pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam melaksanakan PAK21 amat penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu pengajaran yang dilaksanakan oleh guru ke atas murid- muridnya. Oleh itu, guru Pendidikan Khas harus diberi penekanan dalam melaksanakan PAK21 bagi melonjakkan kualiti mereka dan sekaligus menjadikan objektif Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mampu tercapai dengan jayanya.

Rujukan

Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. (2018). Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains &

Matematik Malaysia.

Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi.

Laili Farhana Md Ibharim, Maizatul Hayati Mohamad Yatim & Md Nasir Masran. (2015).

Menerokai kemahiran abad ke-21 kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital. EDUCATUM – Journal of Science, Mathematics and Technology, 2(1) Universiti Teknologi Malayasia

Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah. (2019). Kesediaan Guru Matematik Daerah

(11)

Kuala Langat Dalam Melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan.

Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. (2016). Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke- 21. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Pendidikan Khas sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Instrumen utama pengumpulan data mentah kajian ini adalah borang soal-selidik “Survei Kempen Anti-Merokok, 2011.” Enam komponen strategi pemasaran sosial yang dinyatakan

Dalam kajian kuantitatif ini, soal selidik dan instrumen adalah alat yang merupakan sumber utama data yang dianalisis untuk menjawab persoalan ataupun hipotesis

Dalam kajian ini, soal selidik akan dianalis dengan menggunakan perisian Statitiscal Pacakage for Social Science (SPSS) Version 26.0 for Windows yang akan menggunakan frekuensi, min

Kajian yang dijalankan secara umumnya adalah bagi menjalankan tinjauan tentang tahap penerapan amalan 4C PAK21 iaitu amalan kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi

Justeru itu, instrumen soal selidik ini yang terdiri daripada 29 item adalah dipercayai dan sah digunakan dalam kajian akan datang untuk mengukur aspek kesediaan guru dalam

Item B10 “saya perlu belajar untuk menambah pengetahuan tentang pelaksanaan pembelajaran abad ke-21” merupakan item yang mendapat skor yang tertinggi antara 10 item yang

Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang bermatlamat untuk menganalisis kelestarian di wilayah Lembah Bernam yang merangkumi

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik tahap pengetahuan, sikap dan cabaran guru Bahasa Melayu terhadap