• Tiada Hasil Ditemukan

View of TAHAP KEPIMPINAN COACHING GURU BESAR DAN KESEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DI SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of TAHAP KEPIMPINAN COACHING GURU BESAR DAN KESEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DI SEKOLAH RENDAH"

Copied!
22
0
0

Tekspenuh

(1)

50

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464

Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

TAHAP KEPIMPINAN COACHING GURU BESAR DAN KESEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DI SEKOLAH RENDAH

Dina Amira Hashim1* dan Mohamed Yusoff Mohd Nor2

12Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

*Pengarang penghubung: dinaamira@gmail.com

Article Information:

Article history:

Received date : 9 May 2019 Revised date : 9 June 2019 Accepted date : 15 June 2019 Published date : 26 August 2019

To cite this document:

Hashim, D., & Mohd Nor, M. (2019).

Tahap Kepimpinan Coaching Guru Besar dan Kesediaan Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di Sekolah Rendah. International Journal Of Education And Pedagogy, 1(1), 50-71.

Abstrak:

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran abad ke-21 di sekolah rendah di Klang. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara amalan coaching guru besar dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah rendah. Penyelidikan tinjauan berbentuk deskriptif dan inferensi ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada soal selidik Abdul Yukl (2010) untuk mengukur tahap amalan coaching guru besar. Bagi mengukur tahap kesediaan guru pula, soal selidik yang telah diadaptasi dan diubah suai daripada soal selidik Tay Meng Guat, Kirar ak Sare & Litat Blung (2015) digunakan. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang guru di 3 buah sekolah rendah harian biasa yang telah dipilih di Klang. Analisis statistik deskriptif berasaskan perisian SPSS versi 22.0 dalam bentuk statistik deskriptif frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferensi melibatkan korelasi Pearson dan ujian regrasi berganda digunakan bagi menjawab setiap persoalan kajian. Adalah diharapkan dapatan kajian tersebut akan digunakan sebagai literature bagi KPM dan agensi pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap amalan kepimpinan dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar (PGB). Seterusnya dapat memberi maklumat agar pemimpin pendidikan dapat mengorientasi wawasan dan pemikiran kepimpinan

(2)

51

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pengenalan

Era millennium hari ini mempamerkan persaingan yang hebat untuk mencapai kecemerlangan pendidikan di peringkat globalisasi. Malaysia tidak ketinggalan untuk menunjukkan prestasi pendidikan yang terbaik untuk dibawa dalam kedudukan persaingan dunia. Dalam sistem pendidikan terkini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu melihat kualiti yang membanggakan dalam pentaksiran antarabangsa selari dengan perbelanjaan yang diperuntukkan bagi setiap murid. Namun dilihat daripada kedudukan pentaksiran pendidikan antarabangsa berdasarkan perbelanjaan setiap murid, menunjukkan Malaysia berada di bawah garisan sederhana, tegasnya dalam garisan lemah.

Data yang diperoleh pada 2010 (Buku PPPM, 2013) menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan di belakang negara yang menyediakan jumlah peruntukan yang hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand, Chile dan Armenia. Dalam era yang kompetatif ini, karisma peribadi sahaja belum cukup untuk mencapai kejayaan berganda. Di sini seorang pentadbir sekolah harus tahu bagaimana untuk mentransformasikan keseluruhan organisasinya, melawan dan mengatasi persaingan di sekelilingnya. Seorang pemimpin atau pentadbir sekolah mesti mampu mentransform perkhidmatan yang diberikan secara konsisten dan dapat diterima oleh pihak masyarakat dan komuniti serta pihak berkepentingan. Sudah tiba masanya pihak-pihak yang ada kaitan dengan institusi pendidikan menyediakan eko sistem pembelajaran yang betul yang dapat menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan guru dan murid untuk mencapai lonjakan saujana seperti mana yang disebutkan dalam Buku Panduan Transformasi Daerah (Mazlan Mohamad, 2013).

Rentetan daripada hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk dijadikan sebagai landasan dan panduan untuk membangunkan pendidikan di negara ini supaya setanding dengan pendidikan di peringkat global.

Dalam PPPM ini telah digariskan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan dicapai dalam beberapa fasa yang dikenali sebagai gelombang. 3 gelombang yang telah digariskan meliputi Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah system dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras, Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025): Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi.

Untuk mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya dalam memenuhi tuntutan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah dengan cara memberikan latihan kemahiran dan pembangunan kualiti yang berterusan kepada para pemimpin melalui bimbingan mentor atau rakan bimbingan. Kebelakangan ini, rakan pembimbing SIPartners lebih kepada bimbingan ke arah pendedahan dan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 atau lebih ke arah masa depan terutamanya dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21.

Kata kunci: amalan, bimbingan, jurulatih, kesediaan, guru.

(3)

52

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

dikenali dengan PAK21 yang diberikan di sekolah-sekolah, khususnya kepada pengetua dan guru besar. Pada dasarnya memang pihak sekolah telah melaksanakan konsep PAK21, namun belum sampai ke tahap yang membanggakan. Kunci kepada kepimpinan berkesan adalah dengan menguasai pelbagai kemahiran daripada mengetahui dan memahami teori kepimpinan dan pentadbiran kepada proses implementasi proses keseluruhan pentadbiran sehingga dapat memberikan inspirasi kepada orang lain untuk mencapai kecemerlangan.

Oleh itu semua kemahiran perlu ada pada setiap pemimpin sekolah termasuklah kemahiran dan penguasaan Pembelajaran Abad ke-21. Seorang pemimpin perlu belajar untuk memimpin melalui fokus kepada kualiti dan memastikan semua staff terlibat dalam perancangan peningkatan kualiti, Pemimpin perlu mengambil peluang meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pengalaman daripada kepakaran kawan-kawan melalui kaedah pementoran. Semakin tinggi kepakaran, semakin banyak kuasa yang dimiliki oleh pemimpin. Sebagai agen perubahan juga, pemimpin perlu menggalakkan staff untuk menjana idea dan terlibat dalam perancangan program.

1.1 Penyataan Masalah

Pada era memasuki Abad ke-21 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan supaya sekolah-sekolah keseluruhannya sudah memberikan tumpuan sepenuhnya tentang konsep PAK21 di sekolah-sekolah pada fasa gelombang ke-2 PPPM. Hal ini jelas dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013). Walau bagaimanapun kebimbangan tetap wujud, tentang sejauhmanakah pemimpin sekolah dapat memainkan peranan sebagai pengurus sekolah yang berkemahiran dan hebat untuk membawa pendidikan ini benar-benar memasuki era PAK21. Oleh itu adalah tepat untuk membawa rakan pemimbing (coach atau mentor) untuk membantu merealisasikan perkara ini. Diharapkan pemimpin sekolah bukan sahaja boleh mengaplikasikan susunan fizikal bilik darjah ke arah PAK21, tetapi juga mahir dalam pelbagai sudut termasuklah mengurus dan memastikan pedagogi dan Teknik pengajaran guru-guru berubah dan terkini.

Terkini, dalam PAK21 pengajaran dan pembelajaran disebut sebagai ‘Pengajaran dan Pemudahcaraan’ (PdPc). Hal ini jelas dimuatkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang ke-2 (SKPMg2) penaziran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Diteliti dari dashboard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), prestasi kompetensi guru besar dan pengetua menunjukkan prestasi yang kurang membanggakan dari segi markah dalam SKPM yang ditunjukkan. Markah prestasi diri yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru besar menunjukkan peratusan yang kurang daripada 90%. Malah kebanyakan guru besar dan pengetua di sekolah- sekolah Daerah Kuala Penyu dan Daerah Beaufort hanya mencapai prestasi 76% hingga 85%

sahaja. Hal ini sudah tentu membimbangkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort serta Pejabat Pendidikan Kuala Penyu khususnya. Kepimpinan berkesan sepatutnya menekankan tentang semua kepentingan kemahiran. Pemimpin perlu sentiasa menggalakkan keterbukaan dalam perbincangan dan memperlihatkan mereka sentiasa menghargai pandangan staf dan bersedia untuk mendengar. Pemimpin perlu sentiasa mempertingkatkan kecekapan dalam membuat keputusan terutama yang memerlukan keputusan segera. Pemimpin yang baik ialah

(4)

53

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

pemimpin yang berfikiran positif dalam menyelesaikan krisis dan menganggap masalah sebagai satu peluang untuk belajar.

Pemimpin berkesan merupakan seorang pemimpin yang sentiasa ingin bersaing, sentiasa dapat mengenalpasti peluang, tidak takut mengambil risiko, dan mampu mempangaruhi pesaing.

Sehubungan dengan itu adalah perlu penekanan kepada bimbingan pengurusan sekolah terutamanya dalam pengurusan PAK21 untuk memastikan bahawa bimbingan secara coaching &

mentoring mempunyai impak untuk memberikan kemahiran mengurus dan meningkatkan kualiti pemimpin sekolah. Seorang pemimpin sekolah diharapkan akan dapat menunjukkan komitmen yang tinggi kepada guruguru di sekolah dan komuniti di persekitarannya. Oleh itu sudah masanya untuk bersama meningkatkan kemahiran dan kebolehan pemimpin sekolah sebagai pengurus melalui latihan dan bimbingan rakan bimbingan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan PAK21.

Jawatan pengetua sekolah atau guru besar disifatkan sebagai salah satu jawatan pentadbir serta ketua yang memimpin pasukan di bawahnya. Sesuai dengan arus perubahan zaman, pengetua- pengetua di Malaysia disarankan supaya membuat pembaharuan berinovasi dan berkreativiti mengikut acuaan pendidikan Malaysia, pengupayaan dalam membuat keputusan serta memikirkan perkara yang wajar dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Gesaan-gesaan ini menuntut perubahan peranan pengetua dari pengurus pendidikan kepada pemimpin pendidikan seterusnya kepada pemimpin instruksional. Masalah kekurangan komitmen pemimpin sekolah terhadap tugas dan tanggungjawab juga seringkali dibincangkan. Dua aspek penting dalam kepimpinan ini adalah bersifat tekal dan berkesan. Pemimpin perlu secara tekal mengurus dilema dan tekanan yang sentiasa wujud dalam organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu membaca dan mengubahsuai perlakuan kepimpinan dan mengubahnya berdasarkan konteks yang mereka hadapi.

Oleh itu, kepemimpinan dalam sesebuah sekolah yang berkesan perlu dilihat melalui perspektif yang luas. Sekolah yang berkesan berpaksikan kepada membina komuniti dan hubungan dengan orang lain (Abdul Shukor, 1998).

Dalam konteks sekolah, pengetua merupakan orang yang bertanggungjawab menentukan keberkesanan sesebuah sekolah. Menurut Rahimah Hj Ahmad (2000), kepemimpinan pengetua merangkumi komitmen mengadakan inovasi, usaha untuk menjelaskan rol dan tugas semua yang terlibat, di samping usaha untuk mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan serta sokongan moral keseluruhannya. Semua perkara tersebut di atas sudah tentu memerlukan kemahiran yang tinggi dan kualiti terbaik seorang pemimpin sekolah untuk terus mendapat sokongan dan diyakini oleh orang bawahannya. Kejayaan atau kegagalan pelajar khususnya dalam aspek akademik ada hubungkait dengan persepsi guru-guru terhadap kepemimpinan pengetuanya dan komitmen mereka sepenuhnya terhadap organisasi. Badan yang membangunkan kajian terhadap sekolah berkesan telah bersama menunjukkan pentingnya peranan pemimpin sekolah dari segi tanggungjawab, ketegasan dan ‘visible’ dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah, kerana sekolah yang baik selalunya diurus oleh pengetua yang baik (Ramaiah, 1999). Oleh itu untuk mencapai sekolah berkesan bergantung kepada pembangunan kemahiran dan kualiti kepemimpinan pemimpin sesebuah sekolah.

(5)

54

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Foo Say Fooi & Zaidatol Akmaliah (2003) telah mengemukakan kewujudan hubungan di antara penguasaan kompetensi kepengetuaan dengan keberkesanan sekolah dan mencadangkan himpunan kompetensi amalan kepengetuaan perlu digunakan dengan secara reflektif. Pemanfaatan kompetensi seperti kepimpinan politik, keberkesanan diri, dan kepimpinan budaya dan etika adalah sangat penting dalam pembangunan prestasi sekolah. Jelasnya, kecemerlangan sesebuah sekolah baik dari segi prestasi akademik mahupun kejayaan dalam bidang kokurikulum amat bergantung kepada daya kepimpinan dan kompetensi pengurusan pengetua atau guru besar.

Menurut Ahmad (2013), antara faktor yang menyebabkan pelajar ponteng ialah suasana kelas yang tidak kondusif dan sesi pembelajaran yang membosankan. Ini disokong oleh kajian Khairy (2014) yang mendapati masalah disiplin pelajar sangat dipengaruhi oleh persekitaran sekolah dan pengaruh rakan sebaya. Satu kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh Jalil (2012) yang mendapati, sikap pentadbir yang negatif iaitu menghalang guru untuk melakukan pembaharuan menyebabkan motivasi guru merudum. Amin (2012) turut menyatakan bahawa motivasi guru sangat mempengaruhi prestasi pelajar dalam pembelajaran.

1.2 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai untuk mengenalpasti tahap amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah.

Objektifbru khususnya ialah;

1. Mengenalpasti tahap amalan coaching guru besar di sekolah.

2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah.

3. Mengenalpasti hubungan antara amalan coaching guru besar dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap amalan coaching guru besar di sekolah?

2. Apakah tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah?

3. Adakah terdapat hubungan antara amalan coaching guru besar dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah?

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian adalah dibina untuk menjawab persoalan kajian. Dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis iaitu;

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan coaching dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21.

(6)

55

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberi penambahbaikan ilmu pengetahuan kepada guru besar dan guru tentang kepentingan amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21(PAK21) di sekolah. Hasil kajian ini diharap akan dapat menyedarkan pengetua dan guru besar untuk lebih memainkan peranan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin pendidikan dan pada masa yang sama sedar akan kepentingan kesediaan guru mampu memberi impak kepada pelaksanaan PAK21 di sekolah.

Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu guru besar untuk mengambil pendekatan lain dalam melaksanakan tugas agar gaya kepimpinannya dapat menyemai elemen PAK21 di sekolah. Selain itu, dapat meningkatkan kesedaran guru besar akan kepentingan kepimpinan coaching mampu menuju orientasi tugas dan pada masa yang sama kepimpinan guru besar dapat meningkatkan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah.

Pendidikan masa kini bukan hanya untuk melahirkan warganegara yang baik tetapi lebih memfokuskan kepada warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan motivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan persekitaran. Dalam konteks Malaysia pula khususnya, PAK21 dalam kepelbagaian budaya adalah untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia agar dapat menghapuskan prasangka dan streotaip kaum dalam usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa, budaya. Nilai pelbagai budaya seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam sistem sosial sesebuah masyarakat.

Dalam Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 (2017), terdapat kemahiran-kemahiran kritikal yang seharusnya dikuasai dalam PAK21 yang dikemukakan oleh Persatuan Pendidik Amerika menyatakan terdapat empat kemahiran spesifik yang paling penting iaitu kemahiran pemikiran kritikal, komunikasi, kolaborasi, dan kreativiti (4C). Dinyatakan juga, menurut James (2017) kebelakangan ini terdapat pula usaha untuk menambah 2C dalam PAK21 iaitu kewarganegaraan (citizenship) dan karektor (character). Selain, panduan tersebut juga merujuk kepada Model Osler dan Starkey (2005) yang menjelaskan dalam aspek kewarganegaraan seorang pelajar seharusnya tahu peranan masing-masing sebagai warganegara berhubung soal status, hak, amalan dan kompetensi. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-dalam Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai menjelaskan “Murid hari ini akan mewarisi dunia yangpenuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh”.

Dengan demikian, setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang

(7)

56

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 2012).

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah untuk melihat tahap amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah. Tahap amalan coaching diukur berdasarkan merangka matlamat, mengurus program coaching dan mengalakkan iklim di sekolah. Manakala kesediaan guru diukur dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 disekolah.

1.8 Batasan Kajian

Batasan kajian adalah limitasi yang dihadapai oleh penyelidik dalam melaksanakan kajian ini.

Kajian ini dijalankan di kawasan Daerah Klang sekolah rendah di negeri Selangor tanpa melibatkan mana-mana daerah sekolah di negeri lain. Sekolah ini telah dipilih untuk menjalankan kajian ini dimana responden terdiri daripada guru-guru. Jumlah responden adalah seramai 80 orang guru daripada 4 buah sekolah yang berlainan.

1.9 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konsep kajian ini dirangka berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian yang ditentukan sebelum ini. Kerangka konsep perlu memunyai pembolehubah kajian, hubungan antara pembolehubah yang dikaji disertakan teori dan kerangka konsep ini perlu dijelaskan dalam bentuk diagram (Iskandar, 2008). Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah rendah.

Kerangka konseptual yang dicadangkan bagi kajian ini ialah seperti Rajah 1.10 dibawah:

Rajah 1: Kerangka konseptual kajian

Sumber: Amalan coaching diubahsuai daripada garis panduan Yukl (2010), teori kesediaan daripada Thorndike.

Amalan Coaching

-Guru Besar -Pentadbir

Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan PAK21

- Pengetahuan - Kemahiran - Minat - Sikap

(8)

57

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1.10 Definisi Operasional Kajian

Berdasarkan kerangka konsep yang dinyatakan di atas, beberapa definisi operasional kajian perlu dijelaskan untuk memahami dengan lebih teperinci tujuan kajian ini.

1.10.1 Amalan Coaching

Kepimpinan membawa maksud keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkahlaku orang bawahannya bagi mencapai matlamat organisasi (M. Fauzi, 2008). Menurut Don (2007), menyatakan bahawa kepimpinan dalam dunia pendidikan dikenali sebagai pemimpin pendidikan iaitu pengetua atau guru besar untuk mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku orang bawahnya iaitu guru-guru, staf, pelajar untuk mencapai matlamat sekolah melalui pelaksanaan program-program dan melakukan sebarang perubahan dalam persekitaran sekolah.

Coaching dari segi bahasa menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) ialah tunjuk ajar, latih. Dari segi istilah, coaching bermaksud membantu seseorang mengeluarkan potensi dirinya bagi memajukan diri dan membuat anjakan yang postitif dalam pemikiran dan tindakan. Dilaksanakan dalam jangka waktu dan untuk keadaan tertentu seperti membangunkan kompetensi tertentu, menumpukan kepada kemajuan prestasi dan pengetahuan agar memberi impak dalam mencapai matlamat diri dan organisasi.

Coaching biasanya dilakukan dalam tempoh yang terhad dan boleh dilakukan dari individu yang tiada pengalaman dalam bidang yang diperbincangkan tetapi mempunyai kemahiran menyerlahkan potensi individu lain. Coaching juga dapat membantu individu lain untuk menyerlahkan potensi diri. Memerlukan kepercayaan yang tinggi antara kedua-dua pihak yang terlibat, dengan kerelaan kedua-duanya dan penetapan matlamat yang jelas bagi kedua-dua sudut coaching dan mentoring.

1.10.2 Kesediaan

Kesediaan merujuk kepada kebolehan, kesanggupan, kerelaan, kesucian, keredaan, kemampuan, kemahuan dan keinginan. Dalam konteks kajian ini kesediaan merujuk kepada kesediaan guru dalam mengaplikasikan PAK21 di sekolah.

1.10.3 Pembelajaran Abad Ke-21

Pembelajaran Abad ke-21 membawa maksud proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Merupakan satu konsep yang diperkenalkan untuk menyediakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta pelajar belajar secara kolaboratif sama ada dengan bahan bantu belajar, sesama rakan, guru dan persekitaran. Guru pula bertindak sebagai fasilitator yang sentiasa memberi galakan kepada pelajar berfikir sehingga mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan seterusnya mempunyai

(9)

58

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

kemahiran berkomunikasi yang baik. Sehubungan itu, guru perlu mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai pendidik Abad ke-21.

2. Kajian Literatur 2.1 Coaching

Istilah coaching dan mentoring bukanlah satu perkara baru dalam bidang pembangunan sumber manusia terutamanya dalam sektor swasta yang telah lama mengamalkannya. Walau bagaimanapun dalam perkhidmatan awam, hal ini merupakan suatu perkara yang agak baru diperkatakan. Dalam konsep coaching, pembimbing akan memberi fokus kepada penghasilan kerja bersama-sama dengan menunjukkan kekuatan kerja dalam “teamwork”. Dalam keadaan ini pembimbing bersama dengan pasukannya akan berkongsi ownership.

Berdasarkan Spiro, Mattis dan Mitgang (2007), kemahiran coaching dan Mentoring merupakan perkara penting untuk menyediakan pemimpin sekolah bagi memacu penambahbaikan sekolah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran yang akan membawa perubahan yang berterusan dalam prestasi pelajar. Ini bersesuaian dengan kajian kepimpinan sekolah oleh Davis, Darling- Hammond, LaPointe, dan Meyerson (2005) yang melaporkan bahawa coaching dan mentoring yang dilaksanakan dengan kombinasi amalan dan ciri-ciri terbaik yang dibawa oleh kepimpinan sekolah merupakan aspek penting dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi.

Menurut Leithwood, Day, Sammons, Harris dan Hopkins (2006), pemimpin mesti membangunkan tujuan untuk organisasi dengan menetapkan arah tuju. Pemimpin yang berjaya menyediakan kapasiti untuk membina visi yang dikongsi dan memudahkan proses ini, membantu mempromosikan penerimaan matlamat kumpulan dan menetapkan jangkaan untuk prestasi tinggi dalam organisasi.

Seorang pemimpin sekolah diharapkan akan dapat menunjukkan komitmen yang tinggi kepada guru-guru di sekolah dan komuniti di persekitarannya. Oleh itu sudah masanya untuk bersama meningkatkan kemahiran dan kebolehan pemimpin sekolah sebagai pengurus melalui bimbingan coaching serta mentoring. Setiap organisasi mempunyai tahap kepelbagaian yang berbeza dari aspek kepercayaan, orientasi, keprihatinan, tekanan, kekuatan dan kelemahan yang wujud di antara mentor dan mentee. Sistem mentoring ini menentukan bentuk perhubungan antara mentor dan mentee sama ada formal atau informal (Chao, Walz & Gardner, 1992; Murray, 1991 & 1999).

Kepelbagaian ini telah melahirkan model-model mentoring yang berbeza dalam setiap organisasi.

Pada hari ini, tidak ada satu model mentoring pun yang boleh dianggap terbaik dan mesti diikuti oleh pelbagai jenis organisasi.

Menurut Friday dan Friday (2002) dan Lindenberger dan Zachary (1999), organisasi yang berjaya akan mengamalkan sistem mentoring yang sentiasa menyokong matlamat dan strategi mereka.

Peranan mentor sangat mencabar kerana mereka bertanggungjawab mendidik mentee untuk memahami sesuatu tanggungjawab, membiasakan diri dengan sesuatu teknik, berkongsi pengalaman, memenuhi kehendak peribadi dan mengambil berat segala aspek kehidupan mentee.

(10)

59

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Hanson dan Moir (2008) menyatakan kurangnya kajian yang mempunyai fokus utama pada kesan amalan coaching dan mentoring oleh mentor kepada guru pertengahan kerjaya. Ini adalah penting kerana dalam penyelidikan yang dilaksanakan oleh Feiman-Nemser (2001b) dan Hanson & Moir (2006, 2008) telah mencadangkan bahawa guru-guru yang telah disediakan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong pendidik baru melalui mentor berkembang secara profesional dengan sendiri. Aktiviti-aktiviti apabila mentor mengamalkan kemahiran seperti memerhati, memberikan maklum balas, dan merancang bersama-sama dapat membantu sebagai pembangunan profesional untuk guru veteran. Pengalaman mentor melalui tahap amalan coaching dan mentoring juga membantu guru untuk membangunkan visi yang meletakkan amalan serta efikasi guru yang berkesan bagi aktiviti penambahbaikan sekolah (Hanson & Moir, 2006, 2008). Dalam hal ini tumpuan mentor dan coach bukan hanya terhadap guru baru tetapi mencakupi kepentingan jangka panjang serta job-embedded professional development yang diperlukan untuk mengekalkan kecemerlangan guru.

2.2 Kesediaan Guru

Berdasarkan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk menyemai elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, maka peranan dan tanggungjawab pengetua atau guru menjadi penting bagi memastikan guru bersedia untuk mengaplikasikan PAK21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di sekolah.

Kesediaan yang dimaksudkan di sini ialah kesediaan seseorang guru itu untuk menukar cara pengajaran konvensional kepada cara pengajaran yang baharu. Abdullah (2009) merumuskan, perubahan bersifat natural dan tidak boleh dikawal. Perubahan berlaku apabila wujud pengembangan ekonomi, iklim dan teknologi. Sekolah harus menerima perubahan dan membudayakan perubahan agar dapat bergerak seiring dengan arus perubahan peringkat global.

Sharifah (2011) menyatakan bahawa, guru telah bersedia untuk melaksanakan pengajaran menggunakan ICT apabila kemudahan fizikal dan kesesuaian bahan ICT adalah memuaskan.

2.3 Pembelajaran Abad Ke-21

Abad Ke-21 merupakan era globalisasi yang menuntut negara kita untuk bersaing dengan negara maju dalam usaha untuk mencapai kemajuan. Bidang pendidikan merupakan bidang yang banyak mengalami reformasi bagi mengimbangi hasrat Malaysia mencapai status negara maju tahun 2020 (Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012). Menurut Bahagian Pengurusan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, beberapa kemahiran Abad Ke-21 telah digariskan.

Terdapat 3 kemahiran utama yang diperlukan bagi menguasai pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi dan kemahiran hidup dan kerjaya (Ismail, 2014). Kemahiran pengajaran menurut Ariffm (2005) merupakan kebolehan seseorang individu itu untuk menguruskan segala aktiviti fizikal dan mental di dalam kelas. Mahamod (2011) pula menyatakan bahawa pengetahuan terkini berkenaan teknik PAK21 sangat diperlukan oleh para guru dalam memastikan sistem pendidikan negara berada pada landasan yang betul bagi memacu negara menjadi negara maju. Hamid (2004) turut menyatakan

(11)

60

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

bahawa, kemahiran memerlukan latihan, usaha dan kawalan yang berterusan. Ini adalah disebabkan, melalui disiplin-disiplin ini pengajaran akan menjadi lebih efektif.

Pelbagai elemen yang diserapkan dan perlu dikuasai di dalam kemahiran PAK21 ini seperti elemen kreatif dan inovatif, elemen pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, elemen komunikasi dan kolaborasi, elemen Iiterasi maklumat, media dan teknologi maklumat dan komunikasi, elemen fleksibiliti, elemen berinisiatif, elemen kemahiran sosial, elemen produktiviti dan akauntabiliti dan juga elemen kepimpinan dan tanggungiawab (Muda, 2008).

Para pelajar juga dlharapkan mampu menguasai pelbagai kemahiran seperti berupaya membuat hubung-kait, bijak menyoal, yakin berkomunikasi, berani mencuba dan mengambil risiko, yakin dalam berkomunikasi, sentiasa dahagakan ilmu baharu, mampu menjana idea, fleksibel, tidak mudah berputus asa, fleksibel dalam belajar dan berkolaborasi, berintegriti, sentiasa mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis dan berkeperibadian tinggi (Salleh, 2007).

3. Metodologi Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian sangat penting untuk membuat perancangan bagi menjalankan peyelidikan.

Perancangan penyelidikan dilakukan untuk memandu pengkaji kearah matlamat dan tujuan penyelidikan itu dilakukan. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji menggunakan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik, dan sumber sekunder bagi mendapatkan data dari responden. Menurut Taylor & Bogdon (1984) menyatakan bahawa kajian kuantitatif merupakan kajian yang melibatkan data deskriptif yang diperolehi daripada hasil pemerhatian dan temubual yang dilakukan oleh pengkaji. Pemilihan kajian ini dilakukkan secara kuantitatif untuk melihat adalah terdapat pengaruh antara kepimpinan coaching serta mentoring guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah rendah.

Kajian ini juga melibatkan pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar (pembolehubah bebas). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah kesediaan guru manakala pembolehubah tidak bersandar adalah amalan coaching guru besar. Penyelidik menjalankan tinjauan bagi memperolehi gambaran tentang kepimpinan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah rendah. Data kajian ini diperolehi melalui instrumen yang melibatkan set soal selidik yang dijalankan di sekolah untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Penyelidik berpendapat kaedah tinjauan sangat sesuai digunakan untuk melihat pengaruhi amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21.

3.1 Prosedur Persampelan Kajian

Persampelan merujuk kepada responden yang dikenalpasti oleh pengkaji. Responden yang dikenalpasti adalah berasal dari populasi yang ingin dikaji oleh pengkaji. Menurut Fraenkal &

Wallen (2009) menyatakan bahawa populasi adalah kumpulan sasaran yang dikenalpasti oleh penyelidik untuk mengutip data dan maklumat yang diperlukan. Dalam kajian ini, populasi sasaran penyelidik adalah guru besar dan guru-guru daripada 3 buah sekolah rendah kebangsaan di Negeri Selangor Daerah Klang.

(12)

61

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Kajian ini telah memilih secara rawak dari 3 buah sekolah di Daerah Klang untuk menjalankan penyelidikan. Pemilihan sampel secara rawak memberi peluang kepada responden untuk menjadi sampel kajian bagi mewakili populasi yang telah dikenalpasti untuk dikaji. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh amalan coaching dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21, maka dan guru adalah sampel atau objek bagi pengukuran yang akan dijalankan oleh pengkaji.

Oleh itu, guru besar dan semua guru-guru sebuah sekolah rendah harian biasa di Daerah Klang terlibat menjadi sampel dalam kajian penyelidik.

3.2 Prosedur Pengumpulan Data

Maklumat diperolehi dengan menggunakan instrumen penyelidikan iaitu soal selidik dan sumber sekunder. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada garis panduan Yukl (2010) untuk mengukur tahap amalan coaching guru besar. Bagi mengukur tahap kesediaan guru pula, soal selidik yang telah diadaptasi dan diubah suai daripada soal selidik Tay Meng Guat, Kirar ak Sare & Litat Blung (2015) digunakan. Bentuk soal selidik yang diedarkan adalah dalam bentuk tertutup dan bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh responden. Justeru itu, soal selidik ini dijadikan sebagai instrument kajian ini. Walaubagaimanapun, soal selidik ini diubahsuai supaya bersesuaian dengan kajian yang ingin dijalankan ini.

Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi dua soalan bagi mendapatkan latar belakang responden iaitu maklumat guru seperti jantina serta jawatan yang disandang disekolah. Manakala bahagian B pula meliputi amalan coaching guru besar yang merangkumi pelbagai aspek. Bahagian C pula adalah meliputi kesediaan guru dari sudut pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap. Bahagian B dan C mengandungi 23 item yang menggunakan skala likert dari 1 sampai 4 yang mewakili Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Skala ini menujuk kepada perspektif responden iaitu guru yang terlibat dalam menjawab soal selidik ini. Bahagian B dan C berkaitan dengan amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah mereka.

3.3 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Untuk mendapatkan kesahan dan kebolehanpercayaan soal selidik kajian rintis perlu dilakukan oleh pengkaji. Kajian rintis dilakukan adalah untuk memastikan ketetapan item dalam soal selidik dari aspek kesahan kandungan dan mendapatkan indeks kebolehpercayaan item-item soal selidik sebelum kajian dilakukan. Menurut Azizi (2007), menyatakan bahawa kajian rintis pada soal selidik adalah sangat penting untuk mendedahkan kekeliruan dan soalan yang bermasalah yang wujud dalam soal selidik yang terlibat. Kajian rintis dilakukan dengan mengedarkan soal selidik kepada responden untuk dijawab. Kajian rintis dilakukan untuk menentukan kesahan dan pekali indeks kebolehpercayaan item-item soalan yang telah dibina dalam soal selidik. Responden yang terlibat dalam kajian rintis tidak akan terlibat dalam kajian sebenar.

Soal selidik yang hendak digunakan perlulah mempunyai isi yang jelas, tepat dan mudah difahami oleh responden untuk mengurangkan kekeliruan responden untuk menjawab soalan. Selain itu, soal selidik yang baik dapat memudahkan pengkaji membuat analisa terhadap instrument yang

(13)

62

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

terlibat. Soalan-soalan yang dapat menguji perkara yang ingin diuji oleh pengkaji merujuk kepada kesahan isi. Selain kesahan, kebolehpercayaan juga penting dalam soal selidik pengkaji. Menurut Mohd Najib (2003), menyatakan bahawa kebolehpercayaan membawa maksud konsistensi responden memberi maklumbalas atau jawapan. Kebolehpercayaan item-item soal selidik bergantung kepada hasil keputusan responden.

Menurut Krejcie dan Morgan 1970, bagi populasi sebanyak 100, sampel yang sesuai untuk diambil ialah sebanyak 80 sampel. Oleh itu, dalam kajian ini, mengunakan kaedah persampelan secara rawak memperolehi data di mana jumlah populasi seramai 100 orang guru sekolah rendah dalam pelbagai bidang dipilih. Maka sampel yang perlu diambil ialah 80 orang guru. Manakala saiz sampel kajian rintis ini tidak perlu besar cukup sekadar untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian tersebut.

3.4 Skala Pengukuran Dan Penskoran

Pengunaan SPSS versi 22 bertujuan untuk menganalisis data yang diperolehi dengan statik kekerapan (f), peratusan (%) dan min bagi menentukan hasil kajian yang telah dilakukan.

Pengukuran skala dan penskoran akan dilakukan untuk memudahkan pentafsiran terhadap hasil dapatan data. Skala Likert 5 mata digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan penilaian terhadap maklumat responden dalam bahagian B dan C iaitu:

PENILAIAN SKOR

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Setuju 4

Sangat setuju 5

Jadual 1: Skala Likert Untuk Pengukuran Tahap Perspektif

Analisis untuk bahagian C ini dilaksanakan untuk mendapat kekerapan, peratusan, min setiap item dan min keseluruhan. Dalam kajian ini bahagian B mempunyai 15 soalan manakala bahagian C mempunyai 8 soalan. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai terhadap data yang diperolehi dari aspek merangka matlamat, mengurus program coaching dan mewujudkan iklim sekolah yang positif, pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap guru dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah. Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan peramal dalam kajian ini. Skala likert digunakan untuk mengukur tahap kesediaan guru dan dibahagikan kepada 3 kategori mengikut tahap iaitu:

SKOR MIN INTERPRESTASI MIN

1.00-2.99 Rendah

3.00-3.99 Sederhana

4.00-5.00 Tinggi

Jadual 2: Nilai Min mengikur Skor dan Integretasi

(14)

63

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Pengkaji akan membuat semakan setelah semua soal selidik dikumpul supaya guru sebagai responden mematuhi arahan yang betul.

Hasil keputusan ujian kebolehpercayaan instrumen dalam kajian ini, menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan bagi instrumen amalan coaching ialah á = .985 dan bagi instrumen kesediaan guru ialah á = .931. Mengikut Mohd. Majid Konting (1993) tahap á = 0.71 – 0.99 adalah tahap yang terbaik (71% - 99% kebolehpercayaan item oleh sampel). Fraenkel dan Wallen (1996) meletakkan nilai kebolehpercayaan yang diterima ialah pada tahap á = 0.70 – 0.99. Oleh itu kedua- dua instrumen adalah sesuai untuk digunakan.

Jadual 3: Keputusan ujian kepercayaan bagi amalan coaching guru besar

Jadual 4: Keputusan ujian kepercayaan bagi kesediaan guru

3. Dapatan Kajian

Soal selidik yang diedarkan dan dikumpulkan diperjelaskan mengikut Jadual

(15)

64

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved Jadual 5: Peratus bagi demografik responden

Bagi tujuan soalan i dan ii, interpretasi skor min ditentukan merujuk kepada Jadual 6 dibawah: -

SKOR MIN INTERPRETASI SKOR MIN

1.00 - 1.89 Sangat Rendah

1.90 – 2.69 Rendah

2.70 – 3.49 Sederhana

3.50 - 4.29 Tinggi

4.30 - 5.00 Sangat Tinggi

Jadual 6: Skor min. (Sumber: Izani & Yahya (2014).

Manakala untuk menjawab soalan iii, statistik inferensi pula, iaitu menggunakan ujian Korelasi Pearson pada aras signifikan 0.01. Menurut Frederick dan Larry (2012), nilai r ≥ 0 menunjukkan hubungan positif manakala nilai r ≤ 0 pula menunjukkan hubungan negatif. Jadual 7 menunjukkan tahap amalan coaching dalam kalangan guru besar di Daerah Klang. Secara keseluruhan menunjukkan guru besar sememangnya mengamalkan amalan coaching di sekolah masing-masing dan berada pada tahap yang sederhana, (min = 3.01) dan sisihan piawai 0.750. Skor min tertinggi adalah pada item 15 iaitu “Guru besar memberi ruang kepada saya untuk menyelesaikan masalah”.

Manakala nilai min terendah adalah pada item 6 “Membantu saya mengenalpasti masalah”.

(16)

65

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved Jadual 7: Tahap amalan coaching dalam kalangan guru besar

(17)

66

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Hasil kajian menunjukkan bahawa min skor item pembolehubah kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21 dalam jadual 8 bagi semua item ialah 3.18 dengan sisihan piawai 0.582. Oleh itu, dapat disimpulkan, kesediaan guru berada di tahap yang sederhana. Melalui analisis terperinci yang ditunjukkan dalam jadual, menunjukkan nilai min tertinggi ialah pada item 2 “Saya telah diberikan taklimat tentang PAK21” pada nilai 3.36. Sebaliknya, skor min terendah adalah pada item 6 “Saya menyediakan bahan-bahan PAK21 didalam kelas supaya dapat digunakan oleh pelajar” pada nilai 2.94. Hasil kajian menunjukkan guru-guru sekolah rendah di Daerah Klang mempunyai kesediaan yang tinggi. Ini kerana nilai min kesemua data menunjukkan nilai di atas 3.00 pada skala likert walaupun pada item 6 menunjukkan nilai skor min yang terendah antara kesemua item, tetapi para responden bersedia dan memahami matlamat pelaksanaan PAK21 dengan baik.

Jadual 8: Tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21

(18)

67

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Jadual 9 menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang kuat antara amalan coaching dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21, r=0.435, p<0.01. Secara keseluruhan, amalan amalan coaching dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21 mempunyai hubungan yang sangat kuat.

Hasil ujian korelasi Pearson telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan coaching dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21. (r = 0.435, p<0.01). Ini menunjukkan 3 sekolah rendah di Daerah Klang mempunyai guru besar yang mengamalkan amalan coaching dimana ianya dapat meningkatkan kesediaan guru dalam melaksanakan PAK21 di sekolah.

Jadual 9: Tahap hubungan amalan coaching guru besar dan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21

4. Perbincangan

Kajian ini mendapati bahawa tahap amalan coaching guru besar seperti yang dipersepsikan oleh guru adalah berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan guru besar di 3 buah sekolah tersebut telah memberikan bimbingan dalam apa jua masalah atau perkara baharu yang berkaitan dengan pendidikan. Walaubagaimanapun, terdapat item yang paling lemah iaitu guru besar dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru. Ini bertentangan dengan latihan yang disampaikan iaitu seseorang coach atau mentor perlu membantu mentinya mengenalpasti masalahnya supaya memberi cadangan penyelesaian.

Dalam hal ini penumpuan perlu diberikan dalam aspek komunikasi guru besar serta guru supaya amalan coaching ini sentiasa diamalkan. Di samping itu bengkel dan simulasi kaedah Pembelajaran Abad ke-21 perlu kerap dilakukan supaya guru-guru benar-benar memahami dan melaksanakannya didalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kajian ini juga mendapati telah menolak hipotesis nul iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara amalan coaching dengan kesedian guru.

(19)

68

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

5. Rumusan

Usaha untuk penambahbaikan sekolah adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan perubahan berdasarkan cabaran masa kini. Di sekolah, membangunkan amalan coaching membantu pemimpin sekolah untuk memenuhi kompetensi seorang pemimpin berprestasi tinggi bagi membangunkan sekolah berprestasi tinggi. Amalan ini membolehkan pemimpin sekolah untuk menguruskan guru dan kakitangan sokongan secara berkesan untuk mewujudkan satu pasukan yang berprestasi tinggi selain sebagai pemudahcara latihan dan pembangunan kemahiran yang sesuai dalam pasukan.

Selain itu, amalan ini dapat memberi manfaat secara dua hala apabila ianya dapat meningkatkan kemahiran kerja yang berkaitan dan prestasi seseorang selepas mendapat bimbingan. Seterusnya memperolehi kemahiran dan kebolehan baru serta dapat memupuk komunikasi dua hala yang berkesan.

Rujukan

Abdul Ghani Kanesan Abdullah & K. Anandan a/l Kuppon. (2009). Pengaruh Kepimpinan Transformasi Sekolah Dan Efikasi Kolektif Guru Terhadap Komitmen Kualiti Pengajaran.

Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan ke-16.

Abdul Razak, A. Z. (2009). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 31 , hlm. 3 -19.

Abdul Shukor, A. (1994). Fokus Pengurusan Pendidikan. Mesyuarat Penyelarasan Hal-Hal Profesional Kali Ke-58. kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Shukor, A. (1998). Fokus Pengurusan Pendidikan. Mesyuarat Penyelarasan Hal-Hal Profesional Kali Ke-58. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abu, B. & Ismail, H. (2010). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah.

Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Iskandar Haron (2008). Perception Of Vocabulary Learning Stratetigies Among ESL Students In A Selected Secondary School In Melaka. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Ariffin, N. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Sikap, Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Mata Pelajaran Vokasional (MP V) Di Sekolah Menengah Akademik Di Batu Pahat, Johor.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Asimin, A. (2013). Mengkaji Tahap Kemahiran Guru Dalam Mengendalikan Dan Menggunakan Alat Pengukur Dalam Makmal Sains. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon. Abdul Rahim Hamdan. (2007).

Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.

Bhd

Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chao, G.T., Waltz, P.M. dan Gardner, P.D. (1992). Formal And Informal Mentorships: A Comparison On Mentoring Function And Contrast With Nonmentored: Counterparts Parsonnel Psychology , 45(1992) 619 - 636. Jurnal pendidikan, Jil.22,133-160, 2007.

(20)

69

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Don. C Hambrick, R Nag, MJ Chen. (2007). What Is Strategic Management, Really? Inductive Derivation Of A Consensus Definition Of The Field. Strategic management journal 28 (9), 935-955

Foo Say Fooi & Zaidatol Akmaliah lope pihie (2003). Kepengetuaan Berasaskan Kompetensi.

Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan: Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang: Penerbitan Univesiti Putra Malaysia.

Fraenklen, J. R., & Wallen, N. E. (2009). How To Design An Evaluate Research In Education.

New York: McGrow-Hill.

Friday, dan Friday, S.S. (2002). Formal Mentoring: Is There A Strategic Fit? Management Decision,40 (2), 452- 157. Jurnal pendidikan, Jil.22,133-160, 2007.

Fullan, M. (1993). Change Forces: Probing The Depths Of Educational Reform. London, UK:

Falmer Press.

Hamid, A. (2004). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup oleh Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Harian. Dicapai dari http:// images. mizi87g .muItipycontent.com/attachment/OTMWklwooCIIAG4BVSYIl/ JURNAL 0/0 20TESISO/0 201LMIAH.pdfpada ogos 20, 2015.

Hassan, J. & Mohd Aris, A. (2009). Tahap Penguasaan Kemahiran Pedagogi di Kalangan Pelajar Tahun Akhir di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail R. (2014). Pelan Transformasi. Dicapai dari http://www.assafii.com /v2/index.php/en/peIan-tranformasi-daerah-dtp/sisc/215-kemahiran-dalam pdp-abad-ke-21 pada Jun 20, 2015.

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (2018).

http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/index.php/statistik-jpns/557-maklumat- asas- pendidikan

James Ang Jet Ing. (2017). “Kehendak Pendidikan Abad Ke-21” Dalam Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

John Whitmore. (2002). Coaching For Performance: GROWing People, Performance And Purpose (3rd ed.). London ; Naperville, USA: Nicholas Brealey

Kamus Dewan edisi keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dicapai dari http://www.moe.gov.my/userfiles/file/BUKU%20DASAR.pdf pada April 12, 2015.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025.

Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Lindenberger, J.G. dan Zachay, L.J. (1999). Play “20 Questions” To Develop A Successfull Mentoring Program, Training & Development, 53 (2) 12 - 14. Jurnal pendidikan, Jil.22,133- 160, 2007.

Mahamod, Z. (2011). Memperkasa Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21. Seminar Bahasa Melayu 2011.Dicapaİ darİ http://www.mIcs.sg/home/images/MLCS_Gallery/seminar

2011/ucaptama%20dr%20zamrİ%20finaImain%20speaker.pdf pada April 21, 2015

Majid. (1998). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mazlan Mohamad (2013). Buku Panduan Transformasi Dareah (DTP). Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

(21)

70

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

M.Fauzi. (2008 ). Pemimpin & Kepimpinan : Teras Kepada Kesinambungan Organisasi. Dicapai pada Jun 24, 2008 dari http:// uniprof.wordpress.com/2008/06/24/pemimpin-kepimpinan- teras-kepada-kesinambungan-organisasi

Mohamed, M. N. (2005). Penghantar Psikologi Satu Pengenalan Asas. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.

Mohd Kosnİn, A. & Md Saleh, Z (2006). Tahap Kesediaan Guru-Guru PKPG Kemahiran Hidup (KH) UTM Mengajar Kejuruteraan di dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia..

Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok, S. S. (2008). Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran-Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Muda, M. (2008). Cabaran dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Jurnal Pendidikan Malaysia 15-24.

Mueller, R.O., Husband, O.H., Christou, C., Sun. A. (1991). Preservice Teacher Attitudes Towards Computer Technology: A Log-Linear Analysis. Mid-West Educational Researcher Vol. 4,2, P.23-27.

Mustafa, M. N. & Othman, N. (2013). Latihan dalam Perkhidmatan bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru di Pekanbaru Riau, Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia 19-24.

National Association for Sport and Physical Education. (2000). Appropriate Practices For Elementary School Physical Education. Reston, VA: Author.

National Council for the Accreditation of Teacher Education. (2004). Professional Standards For The Accreditation Of Teacher Preparation Institutions. Retrieved on August 15, 2008, from http://www.ncate.org/public/standards.asp?ch=4.

Nazarudin, M. N-, Chua S. S. & Md Omar, H. (2009). Tahap Kesediaan Guru Menggunakan Teknologi Maklumat Berasaskan Kompüter Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Sekolah Menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

Osler, A dan Starkey, H. (2005). Changing Cizitenship: Democracy And Inclusion In Education.

Maidenhead: Open University Press.

Rahimah Hj Ahmad (2000). Kepemimpinan Dan Kepengetuaan: Cabaran Dan Strategi Di Alaf Baru. Pemimpin: Jurnal Institut Pengetua, Jilid 02, 1- 7.

Ramaiah, A. L. (1999). Kepemimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Sahrom, A. (2012). Tahap Numerasi dan Literasi Pelajar Sekolah Rendah di Perak, Jurnal Pendidikan Malaysia 20-32.

Salleh, M. J. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objekt(f Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Suriana Ismail. (2012). Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah Di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Sharifah Nor Puteh. (2011). Keperihatinan Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2)

(22)

71

Copyright © 2019 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Taylor, SJ dan R Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.

Tay Meng Guat, Kirar Ak Sare & Litat Bilung. (2015). Kesediaan Pelajar Institut Pendidikan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Yukl, G. (2010). Leadership in organizations (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan, tahap kesediaan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think dalam

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan guru-guru sekolah menengah luar bandar terhadap pelantar M-pembelajaran Google Classroom pada tahap

Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa amalan mengintegrasikan elemen dan kemahiran PAK21 ke dalam sesi PdP guru di sekolah masih sederhana kerana penyediaan aktiviti yang

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru sekolah rendah terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut

Item B10 “saya perlu belajar untuk menambah pengetahuan tentang pelaksanaan pembelajaran abad ke-21” merupakan item yang mendapat skor yang tertinggi antara 10 item yang

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti terdapat tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar mengikut empat dimensi iaitu pengaruh yang ideal,

Hasil kajian menunjukkan kelima-lima aspek yang dikaji berada pada tahap yang tinggi, iaitu konsep pembelajaran abad ke-21 (98.52%), standard asas dalam PAK21 (98.17%), kemahiran

Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen PAK21 mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 guru