• Tiada Hasil Ditemukan

View of PEMATUHAN PIAWAIAN HALAL DALAM INDUSTRI PERKHIDMATAN KATERING DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PEMATUHAN PIAWAIAN HALAL DALAM INDUSTRI PERKHIDMATAN KATERING DI MALAYSIA"

Copied!
19
0
0

Tekspenuh

(1)

156

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

International Journal of Social Science Research eISSN: 2710-6276 | Vol. 2 No. 3 [September 2020]

http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijssr

PEMATUHAN PIAWAIAN HALAL DALAM INDUSTRI PERKHIDMATAN KATERING DI MALAYSIA

Suhaila Nadzri1*, Salmy Edawati Yaacob2 dan Siti Syuhada Abd Rahman3

1 3 Fakulti Pengurusan & Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Kajang, Selangor, MALAYSIA

2 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: suhaila.nadzri@kuis.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 19 August 2020 Revised date : 19 August.2020 Accepted date : 22 August 2020 Published date : 30 September 2020

To cite this document:

Nadzri, S., Yaacob, S., & Abd Rahman, S. (2020). PEMATUHAN PIAWAIAN HALAL DALAM INDUSTRI

PERKHIDMATAN KATERING DI MALAYSIA. International Journal Of Social Science Research, 2(3), 156-174.

Abstrak: Di Malaysia, industri perkhidmatan katering berkembang pesat selari dengan pertumbuhan permintaan perkhidmatan makanan dan minuman di negara ini.

Industri ini juga didominasi oleh usahawan-usahawan Muslim. Walaubagaimanapun industri ini sering berhadapan dengan pemasalahan yang berkaitan ketidakpatuhan kepada konsep ḥalālan dan ṭayyiban.

Sedangkan penyediaan makanan dan minuman yang halal lagi bersih amat dititikberatkan di dalam agama Islam.

Justeru kajian ini bertujuan untuk meneroka pematuhan piawaian ḥalālan dan ṭayyiban dalam kalangan usahawan Muslim industri perkhidmatan katering di negara ini.

Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur terhadap lapan (8) orang usahawan Muslim katering yang berjaya di Selangor yang telah menjalankan perniagaan bagi tempoh sekurang- kurangnya 10 tahun. Data temu bual ditranskrip dan dianalisa menggunakan perisian Atlas-ti-8 untuk mengeluarkan tema dan kategori yang diperlukan.

Dapatan kajian menunjukkan hanya terdapat dua (2) syarikat katering sahaja yang memiliki sijil halal dan mengaplikasikan piawaian halal yang digariskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam proses penyediaan makanan dan minuman. Manakala enam (6) lagi syarikat katering tidak memiliki sijil halal JAKIM dan menggunakan piawaian halal sendiri dalam memastikan konsep ḥalālan dan ṭayyiban dipraktiskan. Terdapat dua faktor utama yang menjadi kekangan dalam inisiatif untuk memohon sijil halal JAKIM iaitu faktor tidak cukup

(2)

157

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

1. Pengenalan

Halal merujuk kepada kebenaran penggunaan dan pengambilan sesuatu barangan yang dibenarkan dan diyakini sumbernya oleh Islam, iaitu berlandaskan syariah. Halal bukan sahaja merupakan satu konsep yang menitikberatkan kepada asas agama Islam iaitu kesucian, tetapi turut mengandungi aspek yang luas dari segi rohani dan jasmani seperti kebersihan, keselamatan, dan kesihatan.

Bahkan di dalam Islam konsep halal sangat dititikberatkan kerana ia adalah satu garis panduan kepenggunaan bagi umat Islam khususnya (Hamidon & Buang 2016). Penggunaan dan pengambilan produk yang halal, bersih dan baik ini sangat dituntut dalam agama Islam kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan berdasarkan kepada dalil al-QurAn dan Sunnah.

Dalam konteks Malaysia, konsep halal amat dititikberatkan dalam industri makanan dan minuman termasuklah dalam perkhidmatan katering. Ini disebabkan oleh impak daripada pertumbuhan dalam permintaan makanan dan minuman halal di pasaran (Asri et al. 2014). Bahkan perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman ini sentiasa diperlukan oleh pelbagai pihak seperti kerajaan, swasta, dan orang-orang persendirian untuk memenuhi keperluan makanan untuk majlis-majlis seperti mesyuarat, persidangan, seminar, kenduri-kendara dan sebagainya.

Mengikut statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2020) terdapat sebanyak 22,264 buah perniagaan katering makanan dan majlis yang dimiliki oleh usahawan Muslim daripada keseluruhan 25,660 perniagaan katering yang didaftarkan pada tahun 2017. Ini mewakili 86.76 peratus daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2018 terdapat sebanyak 15,933 buah perniagaan katering milik usahawan Muslim daripada 16,903 buah perniagaan katering yang didaftarkan pada tahun tersebut (mewakili 94.3 peratus). Seterusnya terdapat sebanyak 11,771 buah perniagaan katering yang dimiliki usahawan Muslim yang didaftarkan pada tahun 2019. Ini jelas menunjukkan bahawa perniagaan katering di Malaysia didominasi oleh usahawan Muslim.

kakitangan untuk mewujudkan komuniti halal dan faktor proses dan prosedur permohonan yang panjang. Selain itu, walaupun enam (6) usahawan katering tersebut mempunyai piawaian halal sendiri, namun kefahaman mereka terhadap konsep halal lebih kepada sumber bahan mentah yang halal tanpa memfokuskan secara terperinci dari sudut proses dan kebersihan. Implikasi kajian ini, adalah penting bagi pihak JAKIM untuk mewujudkan program-program penerangan dan kesedaran kepada usahawan-usahawan Muslim berkaitan keperluan memiliki sijil halal selari dengan dasar JAKIM untuk memastikan penguatkuasaan dan pematuhan piawaian halal di negara ini.

Kata Kunci: Pematuhan, Piawaian, Halal, Usahawan, Katering.

(3)

158

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Seterusnya dari segi perkembangan semasa, menurut Rahman et al. (2011) Malaysia adalah negara Islam yang mematuhi peraturan-peraturan keagamaan terhadap jenis-jenis makanan yang boleh dijual dan dimakan oleh pengguna-pengguna Islam, yang merangkumi lebih daripada enam puluh peratus (60%) daripada jumlah penduduk Malaysia. Malah negara ini juga memiliki sistem piawaian halal yang tersendiri iaitu pensijilan halal JAKIM yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana mempunyai proses dan prosedur pensijilan Halal yang ketat terutama kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan dan penghasilan makanan dan minuman.

2. Kajian Literatur

Keusahawanan atau perniagaan dalam Islam meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan manusia dengan manusia (hablumminannas). Konsep perniagaan dengan Allah, iaitu Allah memberi keimanan, ketakwaan dan amal soleh hamba-Nya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan ganjaran di akhirat (Yusuf et al. 2015). Dalam hubungan sesama manusia, perniagaan yang dilakukan mestilah mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan- Nya. Kesan pematuhan ini akan menerima ganjaran kebendaan di dunia dan ganjaran pahala daripada Allah di akhirat kelak. Bahkan aktiviti keusahawanan amat digalakkan dalam Islam sebagaimana firman Allah dalam surah Al- Baqarah (2) ayat 198 yang terjemahan maksudnya seperti di bawah:

Maksudnya:

“Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang

‘Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan berdoa, “talbiah”, dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebut-Nya sebagaimana Ia telah memberikan pertunjuk hidayah kepada kamu;

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.”

(Al-Qur’an, Al-Baqarah 2:198)

Melalui ayat di atas jelas menunjukkan kecenderungan mencari harta adalah untuk membina kehidupan yang baik dan sempurna untuk diri sendiri dan keluarga agar tidak bergantung kepada belas ihsan dan pemberian daripada orang lain. Malah keusahawanan dianggap sebagai satu ibadah dan jihad fisabilillah yang mana seseorang usahawan Muslim harus sedar bahawa mereka bukan sekadar mencari keuntungan peribadi, tetapi juga memenuhi tuntutan fardhu kifayah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Dalam pengertian lain, seorang usahawan yang bersungguh-sungguh dalam usahanya menjalankan perniagaan yang halal dan mengikut segala peraturan muamalah dengan tujuan membangunkan ekonomi umat Islam adalah satu jihad di jalan Allah yang dapat mendekatkan diri kepada-Nya (Othman 2012). Selain itu, bidang keusahawanan ini menjadi sumber rezeki kepada orang lain dengan mewujudkan peluang pekerjaan, menawarkan produk yang halal dan dapat membangunkan ekonomi ummah (Ibrahim, 2014).

2.1 Konsep Halal dan Haram

Dalam Islam mencari yang halal adalah wajib bagi seluruh umat Islam, terutamanya dalam perniagaan yang melibatkan makanan dan minuman yang berhadapan dengan kepelbagaian bahan- bahan mentah yang halal, haram, dan syubhah yang beredar dalam pasaran. Secara spesifiknya

(4)

159

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

usahawan Muslim perlu berhati-hati bagi memastikan bahan-bahan mentah yang digunakan adalah halal dan toyyib. Terdapat begitu banyak firman Allah dalam al-Qur’an seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 yang menekankan aspek pengambilanan makanan yang halal lagi toyyib. Sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 168 Allah menyebut perkataan sekalian manusia.

Sebaliknya dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 172, An-Nahl (16) ayat 114, dan Maa’idah (5) ayat 88 Allah menggunakan perkataan orang-orang yang beriman. Walaubagaimanapun dalam keempat-empat ayat ini Allah menyuruh hamba-hambanya mengambil makanan yang baik lagi halal yang disediakanNya di dunia ini.

Bukan itu sahaja, dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 172 hingga 173, Allah SWT menyuruh orang- orang yang beriman makan benda-benda yang baik lagi halal yang telah Allah kurniakan di atas dunia ini. Selain itu Allah juga menyuruh mereka bersyukur sekiranya mereka benar-benar beriman kepadaNya. Menurut Al-Qaradhawi (2015) dalam seruan yang khusus ini kepada kaum mukminin, Allah SWT memerintahkan mereka supaya memakan dari rezeki yang baik yang telah diberikan kepada mereka dan hendaklah mereka bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat pemberian itu. Kemudian Allah SWT menerangkan bahawa Dia tidak mengharamkan ke atas mereka kecuali empat jenis makanan seperti yang disebut di dalam firman-Nya dalam ayat 173 (rujuk Jadual 1). Namun dalam surah Al-Maidah (5) ayat 3 pula Allah menyebut yang diharamkan itu terdapat sepuluh (10) jenis.

Walaubagaimanapun menurut Al-Qaradawi (2015) tiada pertentangan antara firman Allah SWT ini yang telah menghitung sesuatu yang telah diharamkan itu sebanyak sepuluh jenis, dalam firman Allah SWT sebelumnya yang hanya menyebut empat jenis sahaja. Tetapi ayat ini telah menjelaskan kandungan ayat-ayat yang terdahulu. Ini kerana semua yang mati kerana tercekik, atau dipukul, atau terjatuh dari tempat yang tinggi atau ditanduk oleh binatang lain, atau yang dimakan binatang buas, semuanya termasuk dalam kategori bangkai, dan ayat ini adalah sebagai penerangan lanjut kepada ayat yang terdahulu. Kemudian binatang yang disembelih kerana berhala itu termasuk di dalam kategori binatang yang disembelih bukan kerana Allah SWT, jadi maksud keduanya adalah sama. Tegasnya apa yang diharamkan oleh Allah SWT itu semuanya empat jenis yang diringkaskan dan sepuluh adalah yang terperinci. Walaubagaimanapun menurut Basmeih (2010) selain daripada yang tersebut, masih banyak jenis-jenis binatang yang diharamkan dimakan, seperti yang tersebut dalam ayat 3 surah al-Maa’idah, dan juga di dalam hadith-hadith Nabi.

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”.

(al-Quran, Al-Baqarah 2:172-173)

(5)

160

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Melalui bukti-bukti firman Allah di dalam al-Quran jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada sekalian umat Islam memastikan makanan dan minuman yang diambil sentiasa halal lagi baik. Ini tidak terkecuali kepada usahawan-usahawan Muslim yang berada dalam industri perkhidmatan makanan dan minuman yang mudah terdedah kepada bahan- bahan mentah yang tidak halal dalam pasaran. Justeru mereka perlu memastikan proses penyediaan makanan dan minuman serta persekitaran perniagaan adalah dijamin halal.

Jadual 1: Penekanan Produk / Makanan Ḥalālan dan Ṭayyiban, Menjauhi Yang Haram Serta Syubhah Dalam al-Quran

Ayat-Ayat al-Quran Tema Penekanan Produk / Makanan Ḥalālan dan Ṭayyiban dan menjauhi yang Haram Serta Syubhah

Al-Baqarah (2):168, Al-Baqarah (2): 172, Al-Baqarah (2): 173, Al-Maa’idah (5):1, Al-Maa’idah (5):3,

Al-Maa’idah (5):4, Al-Maa’idah (5):5, Al-Maa’idah (5): 87,

Al-Maa’idah (5): 88, Al-Maa’idah (5): 96,

Al-An’aam (6):118, Al-An’aam (6):119

Al-An’aam (6):145

Al-A’Raaf (7):157, An-Anfal (8):69, An-Nahl (16): 114, An-Nahl (16): 115 An-Nahl (16): 116 Al-Hajj (22):30

…Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik….

…Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…

…mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah……

…Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya) kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu….

Diharamkan kepada kamu (memakan) yang bangkai (binatang yang tidak disembelih, dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang- binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), …….

…Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik-baik.

…dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik….

…Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampau batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu);

…makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik,

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram

makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya

tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya……. apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?

…Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahikan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir, atau daging babi-kerana sesungguhnya ia adalah kotor……

…ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;

…makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik,

…makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik….

…mengharamkan kepada kamu, memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah…

…janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah;

Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya),

Sumber: Basmeih (2010). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur’an (30 Juz)

2.2 Konsep Syubhat

(6)

161

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W juga menyuruh umatnya menjauhi yang syubhat (samar- samar). Ini diterangkan dalam hadis Bukhari Muslim (Muttafaq’ alaih) yang terjemahan maksudnya seperti di bawah. Melalui riwayat al-Nu’man bin Basyir beliau mengatakan Rasulullah S.A.W bersabda yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas tetapi di antara keduanya ada perkara yang syubhat (samar). Maka baginda menyuruh umatnya meninggalkan yang syubhat untuk memelihara agama dan kehormatannya (peribadi). Sebaliknya sesiapa yang mengambil yang syubhat dikhuatiri akan jatuh kepada yang haram. Ini disebabkan apa yang kita ambil atau makan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Jika baik, baiklah jadinya dan jika sebaliknya tubuh badan kita akan menjadi rosak kesan pengambilan makanan-makanan yang tidak baik. Menurut al-Qaradawi (2015) apa yang dimaksudkan dengan tempat larangan di dalam hadis di bawah adalah suatu tempat terbatas, yang dikepung oleh pihak berkuasa untuk digembalakan padanya semua binatang ternakannya sahaja. Hadis ini seperti dalam Syarah al- Arba’ in al-Nabawiyah menyebut “Allah menurunkan kepada nabi-Nya kitab dan menerangkan kepada ummah keperluan untuk mengetahui yang halal dan haram secara jelas. Apa yang musykil diserahkan kepada nabi-Nya untuk menjelaskannya. Sedangkan perkara yang syubhat hendaklah dijauhkan kerana boleh membawa kepada su’ al-zan dan lain-lain lagi. Justeru, wara’ merupakan paksi dan kaedah agama.”

Maksudnya:

“Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir berkata; Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun di antara keduanya ada perkara yang syubhat (samar) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka sesiapa yang menjauhi diri dari yang syubhat bererti telah memelihara agamanya dan kehormatannnya. Dan sesiapa yang sampai jatuh (mengerjakannya) pada perkara-perkara syubhat, sungguh dia seperti seorang pengembala yang mengembalakan ternaknya di tepi jurang (tempat larangan) yang dikhuatiri akan jatuh ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja (kerajaan) memiliki batasan (larangan), dan ketahuilah bahawa larangan Allah di bumi-Nya adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik, maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak, maka rosaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati.”

(Hadis Bukhari Muslim (muttafaq ‘alaih), Kitab Musaqat (XXII). Bab 17: Mengambil yang Halal dan meninggalkan yang syubhat, no 1028)

2.3 Pensijilan Halal di Malaysia

Jadual 2 di bawah menunjukkan sejarah pensijilan halal di Malaysia yang bermula pada tahun 1974 yang ditadbir oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri dan akhirnya pada tahun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dilantik sebagai badan berkuasa berwibawa terhadap pensijilan halal Malaysia.

Jadual 2: Sejarah Pensijilan Halal Di Malaysia

Tahun Aktiviti Pengurusan Halal

1974 Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan surat pengesahan halal bagi produk yang memenuhi kehendak syarak.

1994 Pengesahan halal diberikan dalam bentuk pengesahan beserta logo halal.

Unit Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam ditubuhkan di bawah Pusat Penyelidikan, BAHEIS.

1998 Syarikat Ilham Daya dilantik menjalankan pemeriksaan halal.

(7)

162

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ditugaskan mengeluarkan sijil pengesahan halal.

2002 JAKIM ditugaskan menguruskan semua urusan pengesahan halal melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam (MGI).

2005 MGI ditukar nama kepada Bahagian Hab Halal.

2008 Aktiviti pensijilan halal diswastakan dan diuruskan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC).

2009 Tanggungjawab pengeluaran pensijilan halal Malaysia di dalam dan luar Negara dikembalikan semula kepada Bahagian Hab Halal, JAKIM.

2011 JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dilantik sebagai Badan Berkuasa Berwibawa terhadap pensijilan halal Malaysia dalam Akta Perihal Dagangan 2011.

Sumber: Adaptasi dari Pauzi & Man (2019)

Di dalam Islam, pematuhan kepada aspek halal adalah wajib bagi setiap usahawan Muslim, namun pensijilan halal JAKIM adalah bersifat sukarela dan bukannya sesuatu yang mandatori.

Permohonan untuk pensijilan halal adalah terbuka kepada semua usahawan tidak mengira agama mahu pun saiz perniagaan asalkan memenuhi kehendak yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Buang & Mahmod 2012). Dengan memiliki pensijilan halal sesebuah pengusahaan produk dan perkhidmatan makanan akan dianggap patuh kepada aplikasi halalan toyyiban. Walau pun begitu, majoriti usahawan terutamanya usahawan bukan Muslim yang mendominasi lebih kurang 70 peratus perusahaan produk makanan halal di Malaysia, berusaha mendapatkan pensijilan halal kerana permintaan produk halal yang semakin meningkat seiring dengan pertambahan populasi masyarakat Muslim di dunia (Baharuddin & Ismail 2018). Manakala dalam industri perkhidmatan katering pula walaupun lebih 90 peratus dikuasai oleh usahawan Muslim tetapi tidak ramai yang memiliki sijil halal JAKIM (Halal JAKIM, 2020)

Seterusnya, komitmen kerajaan dalam membangun industri halal adalah sangat tinggi. Ini terbukti dengan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan dari semasa ke semasa yang merangkumi aspek dokumentasi, pemantauan, dan perangkaan undang-undang berkaitan industri halal. Sebagai contoh, penyelarasan pemakaian logo halal yang bertujuan mengelak keraguan dan penipuan demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan pengguna Muslim (Hamidon & Buang 2016).

Selain itu, pihak kerajaan juga sentiasa menambahbaik pengurusan halal. Antaranya penambahbaikan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014 (Semakan ketiga) yang mensyaratkan keperluan bagi industri bersaiz sederhana dan multinasional untuk mempunyai Penyelia/Eksekutif Halal dalam Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada Muslim dan berstatus warganegara Malaysia (Othman et al. 2019a), melantik minima dua orang pekerja Muslim dan mewujudkan Sistem Jaminan Halal dengan merujuk kepada Sistem Pematuhan Halal 2011 (Halal Assurance System). Manakala, bagi industri kecil, pihak syarikat hendaklah melantik seorang penyelia Muslim dan melantik minima seorang pekerja Muslim. Bagi kategori industri mikro, pihak syarikat hendaklah melantik minima seorang pekerja Muslim (Pauzi & Man 2019).

Penambahbaik Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia ini adalah strategi yang akan dapat memastikan pemantauan halal dapat dipertingkatkan melalui komitmen organisasi yang turut serta dalam proses pemantauan dalaman. Eksekutif Halal berperanan memastikan keperluan halal dipenuhi, meningkatkan kesedaran dan kefahaman halal dalam kalangan warga organisasi, membina integriti dan imej halalan toyyiban organisasi terhadap pihak-pihak yang berkepentingan (Mustaffa et. al 2015), serta memantau secara berterusan kepatuhan piawaian halal dalam kalangan warga organisasi (Othman et al. 2019b).

(8)

163

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014 (Semakan ketiga) juga menekankan tanggungjawab organisasi dalam menyediakan latihan berkaitan perundangan dan prosedur halal (Baharuddin &Ismail 2018). Ini adalah amat penting oleh kerana halal bukan hanya bergantung kepada mendapatkan logo halal semata-mata, malah melibatkan aspek yang lebih mendalam yang bermula daripada memilih bahan mentah sehingga produk tersedia di meja makan iaitu konsep from farm to fork (Othman et al. 2019a). Justeru pemerkasaan halal memerlukan peranan dan usaha pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan yang membangunkan polisi dan prosedur halal serta pengusaha sebagai pelaksana yang sewajarkan memastikan segala aspek perniagaan adalah patuh syariah dan memenuhi keperluan pengguna terutamanya pengguna Muslim (Mohamad &Yahya 2019).

Sehubungan itu, strategi pembangunan pengusaha perlu dipertingkatkan agar seiring dengan usaha kerajaan. Pengusaha perlu sentiasa menambah pengetahuan dan peka terhadap perubahan polisi dan prosedur berkaitan piawaian halal (Othman et al. 2019a). Bagi pengusaha produk makanan, mereka boleh merujuk kepada beberapa garis panduan yang telah dibangunkan seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Good Hygiene Practice (GHP), Garis Panduan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Manual Prosedur Kerja Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) demi meningkatkan tahap kebersihan premis dan kualiti produk makanan yang dihasilkan (Zabidi & Jamaludin 2018).

2.4 Prinsip Ḥalālan Ṭayyiban dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia

Dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (2014) istilah halal diperincikan dengan takrifan berdasarkan Perintah Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2011 seperti berikut:

i. Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang- barang itu:

a. bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan fatwa;

b. tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum Syarak dan fatwa;

c. tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan fatwa;

d. tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan fatwa;

e. tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;

f. tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak dan fatwa; dan

g. tidak dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi sub-sub perenggan (a) dan (b).

ii. Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti

(9)

164

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.

Prinsip ḥalālan ṭayyiban meliputi lapan item iaitu kebersihan dan keselamatan makanan, ramuan makanan, peralatan, pembungkusan, penyimpanan, pemprosesan, pengangkutan, dan pengurusan sisa (Baharuddin & Ismail 2018). Kesemua item tersebut wujud dalam Manual Prosedur Halal (2014), klausa 3.0 dalam MS 1500:2009 dan ini menepati konsep halalan toyyiban yang digariskan di dalam Islam.

Jadual 3: Elemen Penting Dalam MS1500:2009

Elemen Asas Utama Ciri-Ciri

Input Kilang

Pekerja

Ramuan Makanan

Kilang beroperasi dan berdaftar Pekerja Muslim

Sumber ramuan halal

Sistem Pengurusan

Amalan Pengesahan Pengangkutan

Jaminan Halal Amalan Kebersihan Sijil disahkan Logistik

Output Produk siap diproses

Reka bentuk

Pembungkusan

Reka bentuk tidak meragukan Sumber: MS1500:2009 (Mustaffa 2017)

Oleh itu, amat lah wajar bagi semua usahawan Muslim terutamanya usahawan perkhidmatan katering yang berasaskan makanan dan minuman agar mendapatkan pensijilan halal JAKIM bagi memastikan piawaian halal terpelihara demi mendapat keberkatan perniagaan dan keredhaan Allah SWT.

2.5 Pensijilan Halal dan Prestasi Organisasi

Banyak kajian mendapati pengaruh pensijilan halal yang positif dan signifikan terhadap prestasi organisasi. Pensijilan halal dapat meningkatkan tahap keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan (Adenan & Norman 2018; Zakaria et. al 2015). Pengurusan pensijilan halal mempengaruhi amalan piawaian halal yang seterusnya menjurus kepada peningkatan prestasi organisasi (Othman et al. 2019a; Baharuddin & Ismail 2018). Justeru, organisasi perlu memberi komitmen yang jitu terhadap amalan piawaian halal serta pemantauan dalaman dalam usaha meningkatkan prestasi organisasi (Othman et al. 2019b).

Pensijilan halal menjadi faktor nilai tambah yang secara tidak langsung membantu dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan (Adenan & Norman 2018) kerana logo halal memberi persepsi bahawa produk atau perkhidmatan itu boleh dipercayai, bersih, selamat, baik, berkualiti (Omar et al. 2017; Hamidon & Buang 2016; Baharuddin & Ismail 2018), dan mempunyai kredibiliti di mata pelanggan (Yusuf et al. 2016; Maison et al. 2019; Halim &

Salleh 2018).

Di samping itu, pensijilan halal memberi maksud bahawa produk makanan yang dihasilkan adalah dijamin halal oleh badan yang berautoriti yang mana segala aktiviti yang melibatkan penghasilan produk tersebut adalah dikawal ketat mengikut prosedur dan dipantau secara sistematik (Othman

(10)

165

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

et al. 2019b). Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan tersebut.

2.6 Cabaran Pensijilan Halal

Walaupun terdapat banyak manfaat pensijilan halal, namun realitinya jumlah pengusaha Muslim yang memilikinya (terutama pengusaha produk makanan dan minuman) adalah masih kurang berikutan pelbagai kekangan. Bagi kebanyakan pengusaha bumiputera terutamanya yang bersaiz kecil dan mikro mereka mempunyai kesukaran dalam mendapatkan pensijilan halal, apatah lagi untuk memenuhi sebarang perubahan pada syarat pensijilan halal. Ini antaranya disebabkan faktor kekurangan modal serta tahap kesedaran dan kesediaan yang rendah untuk mendapat pensijilan halal (Fauzi & Man 2019).

Kajian oleh Nordin et. al (2014) pula mendapati bahawa faktor penyebab kelewatan dalam proses mendapatkan sijil halal adalah disebabkan banyak prosedur yang perlu dipenuhi. Manakala pihak JAKIM/MAIN pula menafikan dan menyatakan faktor kelewatan adalah disebabkan oleh kesilapan pemohon mengisi borang permohonan sijil halal yang disebabkan oleh kurang kefahaman mengenai prosedur pensijilan halal, kekurangan staf di bahagian pensijilan, kekurangan sumber teknologi, dan masalah tadbir urus.

Manakala kajian oleh Safian (2020) terhadap beberapa buah syarikat Muslim yang memiliki sijil halal pula mendapati bahawa mereka masih mempunyai kekurangan dari segi struktur tadbir urus dan dokumentasi. Kesemua syarikat tersebut hanya fokus kepada proses pensijilan halal, audit halal dan pemantauan bagi mengekalkan status halal mereka. Namun, kesedaran dan kefahaman agama mereka tentang kewajipan melaksanakan sistem tadbir urus halal kerana Allah SWT adalah masih di tahap yang kurang memuaskan.

2.7 Penyataan Masalah

Walaupun negara ini amat menitikberatkan peraturan-peraturan berkaitan halal dan kebersihan makanan dan minuman yang dijual tetapi masih terdapat pelbagai isu yang berkaitan ketidakpatuhan aspek halal dan kebersihan dalam kalangan usahawan industri makanan dan minuman. Menurut Rajamanickam et al. (2012) isu-isu keselamatan makanan seperti virus dalam bahan mentah dan cara pemprosesan yang tidak menepati undang-undang menjadi isu global yang sering diperkatakan dalam industri makanan. Bahkan media bercetak dan elektronik di negara ini sering memaparkan isu-isu keselamatan dan kebersihan premis makanan seperti perkakasan dapur dibasuh di lopak air, bahan mentah dibiarkan di lantai, keadaan dapur yang kotor, pengusaha tidak menekankan pengendalian makanan yang betul kepada pekerja, isu pekerja asing, dan pekerja tidak mendapat suntikan (Shah 2018). Lebih malang lagi berlakunya kes-kes keracunan makanan selepas makan juadah yang disediakan oleh pihak katering sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital (Alias 2019). Dapatan ini adalah selari dengan data yang dibentangkan oleh Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah pada 24 April 2020 yang berkaitan isu kebersihan dalam sidang media Covid19 yang mana pada tahun 2019 sahaja terdapat 516 kejadian keracunan makanan yang melibatkan 16,583 kes berpunca daripada pengendalian makanan yang tidak bersih dan selamat. Daripada jumlah itu, 34 kejadian keracunan makanan telah berlaku pada bulan Ramadhan 2019 yang melibatkan 132 kes.

(11)

166

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Ini sedikit sebanyak mengambarkan bahawa menjadi seorang Muslim tidak menjamin tingkah laku individu itu juga selari dengan Islam terutamanya dalam pengambilan dan penyediaan makanan yang halal (Soesilowati 2010). Bahkan menurut Ismail et al. (2016) walaupun pengendali makanan mungkin menyedari keperluan untuk kebersihan diri, tetapi mereka tidak memahami aspek kritikal kebersihan diri juga meliputi kebersihan tempat pembuatan makanan dan pengawalan suhu makanan semasa memasak. Sedangkan menurut Zulkifli & Sahid (2018) makanan yang dimakan mestilah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan diri. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk meneroka cara pematuhan piawaian halal toyyiban dalam kalangan usahawan Muslim dalam Industri perkhidmatan katering di Selangor. Selain itu pengkaji juga ingin mengenalpasti faktor-faktor kekangan usahawan-usahawan katering dalam memiliki atau memohon sijil halal JAKIM.

3. Metodologi

Data-data berkaitan penekanan kepada pengambilan makanan dan minuman yang halal dari perspektif Islam dan pematuhan konsep halal dan toyyiban diperolehi melalui sumber jurnal, kertas-kertas persidangan, buku-buku rujukan, laman portal rasmi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, ‘Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (30) Juz’, serta terjemahan Hadis Bukhari dan Muslim. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes melalui temu bual separa struktur dengan lapan orang peserta kajian (PK) yang terdiri daripada usahawan berjaya dalam sektor perkhidmatan katering makanan dan majlis di Selangor. Pemilihan negeri Selangor adalah disebabkan negeri ini mempunyai bilangan paling tinggi usahawan Muslim yang menyediakan perkhidmatan katering makanan dan majlis di negara ini iaitu merangkumi 30.2 peratus daripada jumlah keseluruhan 15,933 katerer makanan minuman Muslim pada tahun 2018 dan 28.7 peratus daripada jumlah keseluruhan 11,771 katerer Muslim di Malaysia pada tahun 2019 (Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2020).

3.1 Sampel

Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan bola salji. Kaedah bola salji (snowball) seperti yang dicadangkan oleh Creswell (2008) adalah strategi yang baik untuk mengenalpasti sampel kajian sebenar bermula dengan seorang sampel kemudian ditambah sehingga dirasakan mencukupi (tepu). Kaedah ini memudahkan pengkaji memperolehi peserta kajian (PK) yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan PK yang telah ditemu bual. Penanda aras bagi pemilihan PK adalah usahawan yang telah menjalankan perniagaan melebihi 10 tahun, telah ada pertambahan bilangan pekerja dan pendapatan tahunan, dan mempunyai imej reputasi yang baik dalam kalangan pesaing industri.

3.2 Kaedah Analisis Data

Kajian ini menggunakan analisis tematik dengan bantuan perisisan Atlas-ti8 untuk mengeluarkan tema-tema dan kategori yang dapat menjawab objektif kajian ini.

3.3.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Data temu bual yang telah ditranskripsi dihantar kepada peserta kajian untuk semakan dan maklumbalas untuk tujuan kesahan dan kebolehpercayaan sebelum ianya dianalisis. Selain itu

(12)

167

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

untuk kesahan tema, pengkaji menggunakan kaedah pekali persetujuan Cohen Kappa di mana empat orang pakar telah membuat semakan dan menilai kesesuian penyataan dengan tema-tema yang diberikan. Nilai persetujuan indeks Cohen Kappa keseluruhan yang diperolehi adalah sebanyak 0.91 yang menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat baik bagi tema-tema yang telah dibentuk oleh pengkaji.

4. Hasil dan Perbincangan

Pengkaji telah menemu bual lapan orang peserta kajian (PK) yang terdiri daripada tiga perempuan dan lima orang lelaki. Empat daripada PK yang ditemu bual memiliki perniagaan katering berstatus Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd), tiga berstatus pemilikan tunggal dan satu berstatus perkongsian. Bagi tema memiliki sijil halal JAKIM, jika dirujuk jadual 4 di bawah daripada lapan PK yang ditemu bual, hanya dua PK yang memiliki sijil halal JAKIM iaitu PK-C dan PK-E. Tiga daripada enam PK yang tidak memiliki sijil halal iaitu PK-D, PK-F dan PK-G pernah menyediakan dokumentasi untuk mendapatkan pensijilan halal dan premis dapur pernah dilawat oleh pegawai halal JAKIM untuk tujuan pengubahsuaian mengikut standard halal JAKIM. Manakala PK-A dan PK-B tidak pernah memohon sijil halal JAKIM tetapi berniat untuk mendapatkan pensijilan halal.

Ini menunjukkan wujudnya kesedaran dan keinginan dalam kalangan usahawan katering yang ditemu bual untuk mendapatkan pensijilan halal.

Dapatan ini selari dengan Baharuddin & Ismail (2018) yang menyatakan usahawan dalam industri makanan dan minuman berusaha mendapatkan pensijilan halal memandangkan pertambahan dalam permintaan produk yang halal dalam pasaran. Walaubagaimanapun bagi pengkaji, PK yang tidak memohon sijil halal JAKIM (walaupun mempunyai niat untuk memohon) adalah disebabkan pemilikan sijil halal tidak diwajibkan oleh pihak JAKIM sebagaimana yang dinyatakan oleh Buang

& Mahmod (2012) bahawa ianya bersifat sukarela dan bukannya sesuatu yang mandatori.

Jadual 4: Tema Memiliki Sijil Halal JAKIM Peserta Kajian (Bukan nama

Sebenar)/Jenis pemilikan perniagaan

Tema Memiliki Sijil Halal

Ya (√) Tidak (X) Pernah

Memohon/Menyediakan Dokumentasi Halal A (Pemilikan Tunggal)

B (Pemilikan Tunggal) C (Perkongsian) D (Syarikat Sdn Bhd) E (Syarikat Sdn Bhd) F (Syarikat Sdn Bhd) G (Syarikat Sdn Bhd) H (Pemilikan Tunggal)

Jumlah

2

X X X

X X X 6

X X

X

Bagi tema pematuhan piawaian halal bagi usahawan katering yang memiliki sijil halal JAKIM, kedua-dua PK yang ditemu bual menyatakan mereka ada Prosedur Piawaian Operasi (SOP) yang perlu dipatuhi kerana berdaftar dengan JAKIM dan mereka juga perlu mengikut standard halal yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Sebagai contoh menurut PK-C beliau menggunakan sukatan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam SOP halal JAKIM. Malah menurut PK-C, SOP dan peraturannya sangat rumit.

(13)

168

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

“Kita ada sukatan dan kita ada SOP apa semua tu lagi pulak kita berdaftar dengan HALAL (JAKIM). SOPnya peraturannya semua rumit sangat, kakitangan kita ni daripada pejabat sampai ke dapur semua kena pergi kursus. Ikut peraturannya semua tulah.”

(PK-C(10.00-11.15PM- 14.3.19)intw1)

Kenyataan oleh PK-C di atas selari dengan kenyataan PK-E yang juga menyatakan segala proses dan aktiviti perniagaan berkaitan perlu menggunakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Malah menurut beliau ini adalah satu pengalaman yang berharga.

"Tapi bagi saya satu kelebihannya kita tahu prosesnya, kita tahu apa yang boleh apa yang tak boleh apa semunya ada SOPnya. Memang benda tu susah tapi bila sekarang ni saya fikir-fikir balik apa yang saya dapat sekarang ni? Satu pengalaman yang yang berhargalah.”

(PK-E (10-12PM- 21.3.2019)intw1)

Ini menunjukkan PK perlu mematuhi standard pematuhan piawaian halal yang ketat yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Dapatan ini selari dengan Mustaffa (2017) yang menyatakan piawaian halal JAKIM melibatkan aspek yang lebih mendalam yang bermula daripada memilih bahan mentah sehingga produk tersedia di meja makan.

Jadual 5: Tema Pematuhan Piawaian Halal, Usahawan Katering yang Memiliki Sijil Halal JAKIM

Sub Tema Kategori

1) Ada SOP sebab berdaftar dengan JAKIM

a) ambik suplier dalam senarai yang JAKIM telah tetapkan dan prosedur JAKIM b) Sumber bahan mentah diambil disemak oleh JAKIM

c) Semua kakitangan dari pejabat hingga ke dapur kena pergi kursus JAKIM d) Perlu lantik komiti/eksekutif halal JAKIM.

2) Mengikut standard halal JAKIM

a) proses penyembelihan, pengambilan pembekal, stor penyimpanan, peti sejuk beku, SOP sukatan dan timbangan makanan, pengangkutan dan sebagainya.

b) Dapur toyyib/bersih

c) Pengubahsuaian dapur mengikut spesifikasi JAKIM

d) stor penyimpanan mengikut spesifikasi JAKIM, dilabel mengikut jenis bahan mentah yang disimpan.

e) Pekerja bersih

Seterusnya bagi tema cara mencapai piawaian halal bagi usahawan katering yang tidak memiliki sijil halal JAKIM, pengkaji dapati terdapat enam sub tema iaitu dari segi pemilihan pembekal, sumber bahan mentah, pengambilan pekerja di dapur, keadaan kebersihan dapur dan sukatan makanan dan minuman yang dimasak sebagaimana yang diringkaskan dalam jadual 6 di bawah.

Bagi pemilihan pembekal keenam-enam PK yang tidak memiliki sijil halal JAKIM mengutamakan pembekal Melayu dan Islam serta yang memiliki sijil halal dalam mendapatkan sumber bahan mentah. Manakala PK-B pula menambah dalam keadaan tertentu beliau juga membeli daripada pembekal Cina yang ada sijil halal namun sekiranya tiada beliau mengambil pendekatan tawakal walaupun terpaksa membeli daripada pembekal Cina yang tiada sijil Halal.

Bagi sub tema kedua iaitu sumber bahan mentah, keenam-enam PK memastikan sumber bahan mentah yang mereka gunakan mempunyai sijil halal. Manakala PK-D menyatakan untuk memastikan bahan mentah yang digunakan halal beliau membeli secara langsung dari pengeluar- pengeluar Islam atau Melayu di kampung-kampung. Seterusnya PK-H pula mengambil pendekatan mengusahakan sendiri tanaman sayur-sayuran untuk memastikan syarikat kateringnya mendapat sumber sayur-sayuran yang halal dan bersih tanpa bahan kimia berbahaya.

(14)

169

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Bagi sub tema ketiga iaitu pengambilan pekerja di dapur, keenam-enam PK mengambil pekerja Muslim untuk memasak, diberikan suntikan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihantar untuk latihan penyediaan makanan di bawah KKM.

Manakala bagi sub tema memastikan kebersihan dapur, kesemua PK memaklumkan bahawa mereka berdaftar dengan KKM dan Majlis Pembandaran. Justeru mereka mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan oleh KKM dan Majlis Pembandaran. Namun PK-D menambah beliau juga telah mewujudkan SOP sendiri untuk memastikan pekerja-pekerja dapur mematuhi standard kebersihan yang telah digariskan. Manakala bagi PK-F beliau telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengawal cara kerja pekerja dapur dan keadaan kebersihan dapur.

Selain itu bagi sub tema sukatan dan minuman yang dimasak, kesemua PK mempunyai SOP mereka sendiri untuk memastikan sukatan dan minuman yang dimasak sentiasa sama jumlah dan kualitinya. Sebagai contoh PK-H menyatakan bahawa beliau mempunyai SOP sendiri untuk memastikan setiap masakan yang dimasak sentiasa sama dari segi rasa. Malah bila pelanggan datang pelanggan akan tahu itu adalah makanan yang disediakan oleh syarikatnya sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau dalam teks transkrip di bawah:

“Okey!!! Macam masakan apa semua ni, semuanya dah ada kita dah buat sukatan walaupun benda yang sama, kita dah ada dia punya SOP dia kena ikut aaar macam untuk bahagian dapur kalau masak katakanlah masak rendang, apa sukatan untuk masak rendang? So rasa tu dah kekal.

Bila orang datang orang dah tau dah ini memang rasa H (merujuk kepada syarikat katering H)”

(PKH-10am-12pm-02/05/19-intw 1)

Akhir sekali PK-D pula menyatakan beliau menggunakan teknologi pemakanan dalam penyediaan bahan mentah masakan dan kaedah penyimpanan disebabkan beliau pernah mendapat pendidikan di peringkat sarjana muda dalam bidang sains pemakanan. Maka ilmu yang diperolehi itu dipraktiskan dalam bidang pengurusan makanan dan minuman di syarikatnya.

Secara umumnya didapati keenam-enam PK yang tidak memiliki sijil halal ini hanya fokus kepada pemilihan pembekal, sumber bahan mentah, pengambilan pekerja, kebersihan di dapur dan juga sukatan dan timbangan makanan dan minuman. Sedangkan jika menurut piawaian halal JAKIM, halal toyyiban itu bukan hanya daripada perspektif yang diterangkan oleh peserta-peserta kajian ini, malah ia meliputi lapan item iaitu kebersihan dan keselamatan makanan, ramuan makanan, peralatan, pembungkusan, penyimpanan, pemprosesan, pengangkutan, dan pengurusan sisa sebagaimana yang wujud dalam Manual Prosedur Halal (2014), klausa 3.0 dalam MS 1500:2009 (Baharuddin & Ismail 2018). Justeru pengkaji mendapati keenam-enam PK yang tidak memiliki sijil halal ini kurang memahami konsep ḥalālan ṭayyiban yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Sedangkan menurut Wahab & Azhar (2014) usahawan perlulah memahami konsep halal yang lebih menyeluruh dari sudut syariahnya, memandangkan konsep halal bukan sekadar bermaksud produk yang boleh dimakan dari segi hukum syarak tetapi juga meliputi maksud “baik” (ṭayyib) iaitu bersih, suci, selamat dan berkualiti.

Jadual 6: Tema Cara Mencapai Piawaian Halal Usahawan Katering yang Tidak Memiliki Sijil Halal JAKIM

(15)

170

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Sub Tema Kategori Bilangan/

Kod Peserta Kajian (PK) 1) Pemilihan Pembekal Utamakan:

a) Islam b)Melayu-pasar

Bila dah tiada beli daripada:

c) Pembekal ada sijil halal c) Cina ada sijil halal d) jika tiada tawakal

6 (A,B,D,F,G,H) 6 (A,B,D,F,G,H)

6 (A, B, D, F,G,H) 1 (B)

1 (B) 2) Sumber Bahan mentah a) ada sijil halal JAKIM

b) pengeluar Islam/Melayu

c) kebun sayur sendiri - sayur halal dan bersih tanpa baja kimia

6 (A,B,D,F,G,H) 1(D)

1 (H)

3) Pengambilan Pekerja di dapur

a) Semua Muslim

b) Pekerja praktiskan pensijilan halal walaupun tiada sijil halal

c) Pekerja ada suntikan

d) Pekerja dihantar latihan penyediaan makanan KKM

6 (A,B,D,F,G,H) 1 (D)

6 (A,B,D,F,G,H) 6 (A,B,D,F,G,H) 1) Keadaan Kebersihan Dapur a) Ada SOP kebersihan dapur

b) CCTV di dapur untuk mengawal cara memasak tukang masak dan kebersihan dapur

c) Berdaftar dengan KKM, Majlis Pembandaran dan lain-lain

1 (D) 1 (F) 6 (A,B,D,F,G,H)

2) Sukatan makanan dan minuman yang dimasak

a) SOP sendiri

b) Menggunakan teknologi pemakanan dalam penyediaan bahan mentah masakan dan kaedah penyimpanan

6 (A,B,D,F,G,H) 1 (D)

Bagi tema terakhir iaitu kenapa usahawan tidak memohon sijil halal pengkaji dapati terdapat empat sub tema yang berkaitan iaitu tiada komuniti atau tidak cukup kakitangan untuk urusan dokumentasi, kesukaran mendapatkan sijil halal JAKIM, tiada keperluan kerana usahawan merasakan pasaran pelanggan lebih tertumpu kepada pelanggan Melayu dan sistem “online”

pemohonan sijil halal JAKIM yang sering bermasalah. Sebagai contoh bagi sub tema kesukaran mendapatkan sijil halal JAKIM, menurut PK-B untuk mendapatkan sijil halal bukannya senang dan ianya mengambil masa yang panjang disebabkan prosedurnya yang rumit dan beliau menyatakan juga JAKIM perlu mengambil pendekatan mempermudahkannya agar usahawan mudah mendapatkan pensijilan halal daripada JAKIM.

“bila you nak dapatkan satu sijil halal bukan senang tau, prosedur dia bukan senang, cukup susah, tapi kita tak tahu mcmmana cara benda tu boleh disimplykan sehingga membolehkan kita mendapat sijil halal.” (PK-B (9.00-10.10PM-26.2.19) intw1)

Kenyataan PK-B selari dengan PK-E yang telah memiliki sijil halal JAKIM. Menurut PK-E beliau mengambil masa dan proses yang panjang bermula daripada tahun 2013 sebelum memiliki sijil halal pada tahun 2018. Ini bermakna PK-E ini mengambil masa lebih kurang 5 tahun sebelum beliau mendapat sijil halal. Ini ditambah lagi disebabkan mereka bukanlah syarikat yang besar yang mempunyai pasukan yang telah sedia ada dan modal yang mencukupi. Justeru, ketiadaan

(16)

171

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

komuniti atau pasukan dan modal yang mencukupi menjadi halangan bagi usahawan katering yang berstatus PKS untuk memohon dan mendapatkan pensijilan halal.

"Dia prosesnya tu untuk menepati kriteria untuk dapatkan sijil halal tu, itu yang memakan masa sikit tu. 2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 baru kita dah completekan apa requirement halal, lamaaa! sebab benda ini prosedur. Prosesnya sangat panjangggg. Sebab apa hurmm kita ni bukan syarikat yang besar bukan macam contoh nestle mereka syarikat besar mereka memang dah ada team dia. Kita lamaaa!! sebab benda ini prosedur dan memerlukan modal. nombor satu modallah”

(PK-E (10-12PM- 21.3.2019)intw1)

Dapatan-dapatan ini selari dengan kajian Nordin et. al (2014) yang mendapati bahawa faktor penyebab kelewatan dalam proses mendapatkan sijil halal adalah disebabkan banyak prosedur yang perlu dipenuhi oleh usahawan-usahawan sebelum mendapatkan kelulusan dan sijil halal.

Jadual 7: Tema Kenapa Usahawan Tidak Memohon Sijil Halal JAKIM

Sub Tema Kategori Bilangan/

Kod Peserta Kajian (PK) 1) Tidak cukup kakitangan

untuk dokumentasi

a) perlukan modal untuk melantik kakitangan khusus untuk halal dokumentasi

2 (D,F)

2) Kesukaran mendapatan sijil halal JAKIM

a) Dokumentasi banyak b) Prosedur susah

c) Modal tinggi pengubahasuaian dapur mengikut spesifikasi JAKIM, dokumentasi dan latihan berkala.

d) Proses panjang

1 (H) 4 (B,C,G,H)

2 (C, D)

2(D,E) 3) pasaran pelanggan Melayu a) Tumpuan Pasaran melayu

b) Tiada kesan besar kepada perubahan pelanggan

2(A, D) 2.(D,G) 4) Sistem “online” pemohonan

sering bermasalah

1 (G)

5. Kesimpulan

Memastikan bahan mentah dan makanan yang disajikan mematuhi konsep ḥalālan dan ṭayyiban yang disyariatkan dalam Islam adalah kewajipan bagi setiap umat Islam terutamanya oleh usahawan-usahawan katering ini. Ini selari dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 168 yang terjemahan maksudnya seperti di bawah:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang

terang nyata bagi kamu.”

(al-Quran, Al-Baqarah 2: 168)

Tujuan hidup manusia bukanlah semata-mata untuk memperolehi keuntungan dunia hingga mengenepikan perihal halal dan haram. Tetapi peranan yang lebih besar adalah keuntungan untuk kehidupan yang lebih hakiki di akhirat sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran. Justeru usahawan Muslim yang benar-benar berjaya bukan hanya perlu mengamalkan akhlak orang-orang yang berjaya, tetapi mereka juga mesti menekankan konsep halal dan kebersihan dalam

(17)

172

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

penyediaan makanan dan minuman yang dijual kepada pelanggan untuk memastikan perniagaan yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Usahawan-usahawan Muslim dalam industri ini perlulah patuh kepada konsep halal dan toyyib secara menyeluruh dan bukan hanya fokus kepada bahan mentah yang halal sahaja. Ini kerana halal semata-mata tidak memadai kerana usahawan Muslim perlulah benar-benar memahami dan mengaplikasi makna halalan toyyiban.

Bagi mengalakkan usahawan-usahawan Muslim dalam industri katering memohon sijil halal, pengkaji mengesyorkan beberapa cadangan seperti di bawah:

a. Sistem permohonan halal atas talian dibaiki dari semasa ke semasa oleh pihak JAKIM agar ianya lebih mesra pengguna.

b. Kerajaan melalui agensi-agensi tertentu seperti MARA boleh mewujudkan pakej pinjaman khas (khusus untuk sijil halal) untuk mengalakkan PKS yang berdaya saing mendapatkan dana untuk menampung kos pengubahsuaian dapur dan pemohonan sijil halal JAKIM dan c. Kerajaan melalui JAKIM menggiatkan kempen-kempen kesedaran kepada usahawan Muslim akan kewajipan mematuhi konsep halalan toyyiban yang ditelah digariskan dalam Islam.

6. Penghargaan

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada lapan orang usahawan-usahawan Muslim dalam industri perkhidmatan katering di Selangor yang sudi menjadi peserta kajian dan memberikan kerjasama yang baik dalam membantu pengkaji mencapai objektif kajian ini.

Rujukan Artikel Jurnal

Adenan, H., & Norman, H. (2018). Keyakinan pelanggan terhadap pensijilan halal Meningkatkan Kesetiaan Pelanggan di dalam Industri Perhotelan di Negeri Melaka. Jurnal Ilmi 8, 45–63.

Asri, N.M., Ahmad, F., Endut, W, Bakar, N. A., & Zahir, N. M. (2018). Pemintaan Institusi Terhadap Perkhidmatan Katering. Jurnal Pengguna Malaysia, JPM-Jilid-24-Jun-2015 Baharuddin, S. A., & Ismail, R. M. (2018). Halal Compliance Impact on Organizational

Performance: The Role of Religiosity. International Journal of Supply Chain Management, 7(5), 455–460.

Buang, A. H., & Mahmod, Z. (2012). Isu dan cabaran badan pensijilan halal di Malaysia. Jurnal Syariah, 20(3), 271–288.

Halim, M. A. A., & Salleh, M. M. M. (2018). Peranan JAKIM dan JAIN dalam kes yang Melibatkan Penyalahgunaan Label Halal pada Produk Makanan. Malaysian Journal of Syariah and Law, 7, 51-60.

Hamidon, S. F. & Buang, A. H. (2016). Pandangan pengguna Muslim terhadap pemakaian logo Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Satu Sorotan Literatur. Journal of Shariah Law Research, 1(1), 105–118.

Ismail, F. H., Chik, C. T, Muhammad, R., & Yusoff, N. M. (2016). Food Safety Knowledge and Personal Hygiene Practices amongst Mobile Food Handlers in Shah Alam, Selangor. Journal of Procedia-Social and Behavioral Sciences, 222 (2016), 290-298.

Maison, D., Marchlewska, M., Zein, R. A Syarifah, D., & Purba, H. (2019). Religiously Permissible Consumption: The Influence of the Halal Label on Product Perceptions depending

(18)

173

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

on the centrality of religiosity. Journal of Islamic Marketing 10(3), 948–960.

Mohamad, S. S., & Yahya, S. (2019). Gelagat Usahawan Terhadap Akauntabiliti Perkhidmatan Tadbir Urus Hab Halal. Jurnal Inovasi Perniagaan, 4(1), 56–65.

Omar, N.A., Nazri, M. A., Alam, S. S., & Ali, M. H. (2017). Consumer Retaliation to Halal Violation Incidents: The Mediating Role of Trust recovery, Jurnal Pengurusan, 51, 101–113.

Othman, B., Shaarani, S. M., Bahron, A., & Nawi, N. H. M., (2019a). Pengaruh Pengurusan Pensijilan Halal, Modal Insan dan Amalan Piawaian Halal Terhadap Prestasi Organisasi dalam Industri Makanan Halal di Malaysia. UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6(1), 103–119.

Othman, B., Shaarani, S. M., Bahron, A., & Nawi, N. H. M. (2019b). The effect of Halal Certification Approach on Performance Among Small and Medium Enterprises (SMEs) in Malaysia. Jurnal Hadhari 11(1): 119–138.

Pauzi, N., & Man, S. (2019). Cabaran dan Elemen Kearifan Tempatan dalam Pensijilan Halal Malaysia. Jurnal Fiqh, 16(1), 165–190.

Rahman, A. A., Ahmad, W. A. I.W., Mohamad, M.Y., Ismail, Z. (2011). Knowledge on Halal Food amongst Food Industry Entrepreneurs in Malaysia. Asian Social Science Journal, 7(12), 216-221.

Rajamanickam, R., Ganesan, T., & Ravindran, N. (2012). Perspektif Global Terhadap Perlindungan Pengguna Melalui Undang-undang Keselamatan Makanan. Jurnal undang- undang dan Masyarakat, 16 JUUM, 43-53

Safian, Y. H. M. (2020). Halal Governance in Malaysia Companies. Journal of Fatwa Management and Research, 20(1), 40–52.

Soesilowati, E. S. (2010). Business Opportunities for Halal Products in the Global Market: Muslim Consumer Behaviour and Halal Food Consumption. Journal of Indonesian Social Sciences and Humanities, 3, 151-160.

Wahab, H. A., & Azhar, A. (2014). Halalan Tayyiban dalam Kerangka Perundangan Malaysia.

Jurnal Kanun DBP, 26(1), 1-3-120.

Yusuf, A. H., Shukor, S. A., & Ahmad, U.S., Bustamam. (2016). Halal certification vs business growth of food industry in Malaysia. Journal of Economics, Business and Management, 4(3), 247–251.

Zabidi, R. F. A., & Jamaludin, M. (2018). The Validation of Halal Awareness and Halal Practice Instrument Among Halal Restaurant Food Handlers. Journal of Social Sciences & Humanities 1(3).1-8.

Zulkifli & Sahid, M. M. (2018). Pensijilan Halal: Prosedur dan Implementasi Di Indonesia.

Malaysian Journal of Syariah and law, 8(2), 49-59.

Buku

Al-Baqi, M. F. A. (2011). Shahih AL-Lu’lu’ Wal Marjan, Terjemahan Lengkap Kumpulan Hadis Bukhari Muslim (Muttafaq ‘Alaih) (cetakan 1). Jakarta Timur Indonesia. Akhbar Media Eka Sarana.

Al-Qaradawi, Y. (2015). Halal dan Haram Dalam Islam. Penerbit Pustaka Cahaya Kasturi. Kuala Lumpur

Basmeih, S.A. (2010). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Qur’an (30) Juz, Mushaf Malaysia Rasm Uthmani. Darul Fikir dengan izin dan di bawah kawalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

(19)

174

Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

Cresswell, J.W. (2008). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. London, UK:

Sage

Ibrahim, Y. (2014). Keusahawanan dan Daya Saing Dalam Sektor Pelancongan Pulau. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Mahmood, R., Julienti, L., Jani, M. Y. M., Bakar, M. S., Deraman, N., Zakaria, N., Syahrina Abdullah, S., Saad, R. M., & Mustapa, A. N. (2008). Prinsip-prinsip Asass Keusahawanan.

Penerbit Cengage Learning: Asia Pte Ltd.

Yusof, F. M., Hehsan, A., Ripan, M. N., Haron, Z., Mansur, N. H. (2015). Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Qur’an. UTM Press. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Johor

Sumber Internet

Abdullah, D. N. A. (2020). Sidang Media Covid19, Isu Kejadian Keracunan Makanan Berpunca daripada Pengendalian Makanan yang Tidak Bersih dan Selamat. 24 April 2020, 5 petang, Radio Televisyen Malaysia (RTM1)

Alias, A. (2019). Pelajar Kuis Keracunan Makanan. Berita Harian.19 Jun 2019.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2017). http://www.dosm.gov.my

Shah, A.M. (2018). Pekerja Restaurant Pengotor? Utusan Malaysia. 24 Oktober 2018.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (2020). Statistik Katerer Muslim Mengikut Negeri di Malaysia.

Prosiding, Kertas yang Dibentangkan, Disertasi

Mustaffa, K. A. (2017). Konsep ḥalālan ṭayyiban dan Aplikasinya dalam Kalangan Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana dalam Industri Halal di Selangor. Tesis PhD, Universiti Malaya.

Othman, N. H. (2012). Nilai dan Etika Perniagaan Islam bagi Membentuk Usahawan Berjaya.

International Conference on Islamic Leadership-2 (iCil-2). 2012.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Justeru melalui pelbagai isu-isu yang dibincangkan ini, maka kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada persoalan sejauhamanakah usahawan-usahawan berjaya

Penguatkuasaan yang dijalankan oleh badan autoriti adalah pihak berkuasa yang menjalankan mekanisme untuk memantau dan mengawal pematuhan halal seperti memastikan tiada isu

The Halal Hazard Identification classifies and lists data by gathering information from the JAKIM Manual Procedure for Malaysia Halal Certification (Third Revision) 2014,

Dalam aplikasi standard yang dilaksanakan di Malaysia untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah halal dan terjamin keselamatannya, satu Standard Halal bagi makanan

Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula

"Pasaran halal global menawarkan peluang yang sangat besar untuk PKS tempatan, terutamanya dalam mengeksport produk makanan ke luar negara, memandangkan sijil halal Malaysia

Bahagian Hab Halal, JAKIM mempunyai misi dan visi yang jelas dalam mendepani arus perkembangan industri halal negara. Misi utamanya adalah memastikan semua produk yang diberikan

Di samping itu, penulis mendapati fatwa yang dikeluarkan MUI tentang hukum penggunaan cuka wain selaras dengan piawaian makanan halal Indonesia yang menyatakan bahawa hasil