• Tiada Hasil Ditemukan

View of Analisis Kandungan Topik Tambah dan Tolak dalam Buku Teks Matematik Tahap 1 Sekolah Kebangsaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Analisis Kandungan Topik Tambah dan Tolak dalam Buku Teks Matematik Tahap 1 Sekolah Kebangsaan"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Analisis Kandungan Topik Tambah dan Tolak dalam Buku Teks Matematik Tahap 1 Sekolah Kebangsaan

(Content Analysis of Addition and Subtraction Topics in Mathematics Textbook Year 1 of Sekolah Kebangsaan)

Nur Afiqah Azhar1*, Roslinda Rosli1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: P98105@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Buku teks adalah bahan sumber yang penting semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik. Guru sentiasa menggunakan buku teks sebagai rujukan utama untuk memastikan kandungan pengajaran yang disampaikan tidak tersasar daripada garis panduan silibus yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, kajian ini menganalisis dokumen kurikulum sebagai sampel kajian iaitu Buku Teks Matematik Tahun 1, Buku Teks Matematik Tahun 2, Buku Teks Matematik Tahun 3 dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1, 2 dan 3. Analisis secara deskriptif melalui aplikasi SPSS telah dijalankan. Hasil dapatan kajian mendapati kandungan topik tambah dan tolak adalah berkesinambungan dengan skor berdasarkan Rubrik Kesinambungan Kemahiran Topik Tambah dan Tolak Berdasarkan DSKP. Manakala keseluruhan perwakilan dalam Model LESH didapati terkandung dalam ketiga-tiga persembahan dalam buku teks tersebut. Ujian Khi Kuasa Dua dengan alternatif Ujian Ketepatan Fisher (Fisher’s Exact Test) mendapati bahawa tidak terdapat hubungan antara standard kandungan dengan tahap penguasaan dalam soalan penilaian dalam ketiga-tiga buah buku teks tetapi terdapat perkaitan yang jelas antara kandungan penilaian mengikut tahun dengan tahap penguasaan berdasarkan DSKP.

Implikasi kajian ini penting untuk menyediakan guru, murid dan ibu bapa dalam menggunakan buku teks Matematik secara optimum dari aspek perancangan, pembacaan dan panduan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: buku teks Matematik, kandungan, model LESH, Pentaksiran, Tahap Penguasaan

Abstract: Textbooks are an important resource material during the teaching and learning of Mathematics. Teachers always use textbooks as the main reference to ensure that the teaching content delivered does not deviate from the syllabus guidelines provided by the Ministry of Education Malaysia (MOE). Therefore, this study analyzes the curriculum documents as a sample study, namely Mathematics Textbook Year 1, Mathematics Textbook Year 2, Mathematics Textbook Year 3 and Curriculum and Assessment Standard Document (DSKP) Year 1, 2 and 3. Descriptive analysis through application SPSS has been conducted. The results of the study found that the content of the topics of addition and subtraction is continuous with the score based on the Rubric of Continuity of Topics Skills of Addition and Subtraction based on DSKP. While the entire representation in the LESH Model was found to be contained in all three presentations in the textbook. Chi-Square Test with Fisher's Exact Test alternative found that there was no relationship between content standard and proficiency level in assessment questions in all three textbooks but there was a clear relationship between assessment content by year and proficiency level based on DSKP. The implications of this study are important to

(2)

prepare teachers, students and parents in using Mathematics textbooks optimally from the aspects of planning, reading and guidance in teaching and learning session.

Keywords: Mathematics textbook, content, LESH model, Evaluation, Performance Level _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pencapaian Malaysia dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) adalah menurun yang mana masing-masing sebanyak 35 % dan 38 % pelajar tidak melepasi tahap penguasaan minimum dalam subjek Matematik dan Sains berbanding hanya 7% dan 13%

sahaja yang gagal dalam ujian tersebut (Kementerian Pelajaran Malaysia 2013). Perkara ini menunjukkan bahawa Malaysia masih ketinggalan dan berada pada lingkungan yang agak membimbangkan kerana tiada perkembangan positif dalam penguasaan Matematik (Kuldas et al. 2017).

Untuk mendepani cabaran ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana salah satunya ialah dengan sentiasa menambah baik bahan rujukan utama yang digunapakai iaitu buku teks. Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, buku teks yang diperakukan oleh KPM merupakan salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran utama yang disediakan berasaskan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Merujuk kepada buku-buku teks dan buku aktiviti Matematik yang dibekalkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia kepada murid sekolah rendah Tahap 1 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan 2017, pelbagai gaya dan aras kesukaran soalan digunakan untuk menguji kemahiran murid dalam menambah dan menolak.

Memandangkan buku teks adalah medium yang digunakan untuk menterjemahkan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bilik darjah yang mana peranannya amat penting dalam membentuk pembelajaran murid di samping menyokong pengajaran guru (Rezat et al. 2019). Hal ini memerlukan kandungan buku teks sentiasa diproses dan diterbitkan dalam kualiti yang standard dan mampu menjadi rujukan utama setiap murid. Kandungan buku teks sangat penting dalam menentukan tahap pengetahuan dan kemahiran yang bakal disampaikan oleh guru kepada murid. Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian yang telah digariskan iaitu :

i. Apakah kesinambungan kandungan subtopik operasi asas tambah dan tolak dalam buku teks Tahap 1?

ii. Apakah struktur persembahan kandungan buku teks Matematik Tahap 1 mengikut Model LESH?

iii. Apakah perkaitan antara penentuan tahap penguasaan murid dalam Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi dengan penilaian topik operasi asas tambah dan tolak dalam buku teks MatematikTahap 1?

2. Ulasan Kajian Lepas

Kandungan Buku Teks Matematik

Kandungan buku teks sangat penting dalam menentukan tahap pengetahuan dan kemahiran yang bakal disampaikan oleh guru kepada murid. Kesesuaian konsep yang dipersembahkan perlu selari dengan perkembangan kognitif (Behnke 2018) dan mengutamakan keperluan

(3)

kendiri murid dan psikofizikal murid (Ismajli & Neziri 2019). Buku teks yang dibina dengan baik memberi impak kepada pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna, tekal dan dapat mengekalkan fokus murid dalam mempelajari pengetahuan baru (Behnke 2018; Pohl &

Schacht 2019). Kandungan buku teks Matematik yang berkualiti mampu membantu guru dalam menyusun idea dan maklumat sebelum membina strategi penyampaian dalam pengajaran (Fan et al. 2013). Hal ini kerana setiap individu mempunyai perbezaan dalam membaca dan mentafsir maklumat yang disampaikan (Azevedo & Mann 2019) berbeza dengan kaedah pembelajaran tradisional yang lebih kepada penyampaian maklumat secara langsung.

Buku teks juga merupakan penentu utama kepada hasil pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh murid. Perkara ini bertepatan dengan kaedah penyampaian kurikulum sama ada di Malaysia mahupun di luar negara yang menekankan penggunaan buku teks sebagai sumber rujukan utama guru-guru dan murid-murid (Nagnedrarao 2017; Shield & Dole 2013).

Kandungan buku teks matematik dari konteks isi kandungan penyampaian sifat matematik terdiri daripada fungsi-fungsi tersendiri yang merangkumi persembahan konsep matematik, penyampaian masalah dan kaedah masalah matematik diselesaikan (Azevedo & Mann 2019).

Kandungan buku teks Matematik adalah sangat penting disampaikan secara teratur, tersusun dan sistematik yang tidak mengabaikan tahap perkembangan murid. Selain itu, keperluan penyampaian konsep dan ilmu Matematik yang bertepatan dengan garis panduan dan kurikulum berasaskan DSKP adalah penting kerana buku teks merupakan rujukan utama guru- guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan merupakan interpretasi kurikulum (Adu et al. 2020; Fan et al. 2013).

Latihan Dan Soalan Dalam Buku Teks

Glasnovic Gracin (2018) dalam kajiannya tentang dimensi analisis latihan dan contoh-contoh soalan dalam buku teks Matematik yang merupakan suatu keperluan mendapati bahawa kepelbagaian aktiviti dalam buku teks Matematik memberikan impak cabaran kepada murid seterusnya membantu mereka memperoleh kefahaman yang lebih jelas dalam menerima ilmu baru yang disampaikan. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Asyrani Abdul Samat dan Roslinda Rosli (2020) tentang persepsi Guru Matematik terhadap Buku Teks Matematik Sekolah Rendah, mereka bersetuju bahawa latihan dan aktiviti yang terkandung dalam buku teks Matematik adalah bersesuaian dengan objektif yang digariskan dalam Huraian Sukatan Pelajaran selain turut memenuhi tahap pengetahuan murid.

Latihan dan soalan yang dikemukakan dalam buku teks Matematik merupakan salah satu ciri penentu keberkesanan penggunaan buku teks dalam kalangan murid (Rezat 2013; Schubring

& Fan 2018; Thompson & Senk 2014). Hal ini kerana penggunaan buku teks dapat merangsang murid untuk menjalankan pembelajaran kendiri (Zhang & Zhu 2014) terutama dalam meningkatkan keupayaan dan kemahiran berfikir aras tinggi dam pemikiran kritikal dalam kalangan murid (Ismajli & Neziri 2019). Keupayaan buku teks untuk menampilkan kandungan yang penuh dengan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritikal adalah sangat penting memandangkan murid-murid dan guru-guru sekolah rendah adalah bergantung kepada buku teks sebagai rujukan utama dalam pembelajaran (Nagnedrarao 2017).

Kuldas et al. (2017) dalam kajiannya tentang perkembangan kesedaran nombor dalam kalangan murid ada menekankan tentang kandungan buku teks matematik yang mempengaruhi tahap penguasaan murid terhadap kemahiran ini. Kesedaran nombor perlu diterapkan seawal usia persekolahan dan penyampaian konsep-konsep nombor ini penting untuk digubah dalam bentuk yang dapat membina persepsi, sikap dan keyakinan yang positif terhadap Matematik

(4)

(Alsawaie 2012). Penyampaian konsep-konsep Matematik terutamanya aktiviti dan latihan yang tidak tertumpu kepada kaedah pengiraan semata-mata adalah disarankan oleh Kuldas et al. (2017). Walaubagaimanapun, kaedah gubahan latihan dan aktiviti ini tidak tertumpu kepada kesedaran nombor sahaja malahan terpakai untuk semua bidang pembelajaran Matematik yang mana latihan terbaik adalah yang boleh diimplimentasi menjadi aktiviti yang pelbagai contohnya daripada jawapan yang terhad kepada kemampuan murid menghuraikan jawapan dalam konteks yang lebih luas dan hasil kerja yang lebih baik (Glasnovic Gracin 2018; Rezat 2013)

Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Buku Teks Mempengaruhi Pencapaian Murid

Paras keupayaan murid diukur dengan melihat pencapaian dalam penilaian murid. Penilaian murid merupakan salah satu cara melihat keberkesanan aktiviti yang melibatkan murid dan guru di dalam kelas(Wiliam 2013). Buku Teks Matematik didatangkan dengan sebuah Buku Aktiviti yang menyediakan pelbagai aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan yang telah dipelajari dalam buku teks.

(Slavin et al. 2009) mendapati bahawa pembelajaran secara koperatif lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik. Walubagaimanapun, dalam kebanyakan kajian dalam (Behnke 2018) menyarankan penggunaan buku teks secara optimum dengan mengaplikasikan strategi pembelajaran koperatif mampu menyangkal dapatan ini.

Penggunaan Buku Teks Sebagai Sumber Pengajaran Matematik

Chunxia Qi et al. (2014) ada menyenaraikan lima peranan guru dalam pengajaran Matematik iaitu sebagai perantara komunikasi, interaksi, mengesahkan pengetahuan Matematik berdasarkan sumber yang sah, memilih masalah Matematik yang tepat dan memastikan murid bersikap ambil tahu dan mengetahui tanggungjawab mereka dalam pembelajaran. Kesemua lima peranan ini memperlihatkan kepercayaan murid terhadap kredibiliti guru yang semestinya mempunyai maklumat kandungan, latihan dan masalah-masalah Matematik berasaskan sumber yang sahih kerana guru lebih tahu apa, bila dan bagaimana buku teks digunakan secara terancang (Chunxia Qi et al. 2014; Rezat 2013; Shield & Dole 2013).

Buku teks sering menjadi pilihan oleh kebanyakan guru sebagai sumber utama pengajaran mereka (Asyrani Abdul Samat & Roslinda Rosli 2020; Divrik et al. 2020; van den Ham &

Heinze 2018). Kajian oleh (Asyrani Abdul Samat & Roslinda Rosli 2020) mendapati 82.9 peratus guru menggunakan buku teks dengan kerap dan sangat kerap. Mereka turut bersetuju bahawa buku teks digunakan kerana menepati kehendak Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang turut dikenali sebagai DSKP dalam KSSR dan KSSR Semakan 2017. Dapatan ini menyokong kajian Chunxia Qi et al. (2014) yang membahagikan kegunaan buku teks oleh guru kepada tiga fasa iaitu guru mematuhi kandungan buku teks yang telah menentukan apa dan bagaimana pengajaran disampaikan, guru menerangkan kandungan buku teks kepada murid dan mereka pengajaran yang lebih kritikal berdasarkan untuk menghasilkan pengajaran yang optimum. Adu et al. (2020) turut mengesahkan perkara yang sama dalam kajiannya yang mendapati bahawa guru menggunakan buku teks semasa menyediakan perancangan dan penyampaian pembelajaran.

Teori Perkembangan Kognitif dan Konstruktivis

Kajian ini mengetengahkan dua teori utama iaitu Teori Perkembangan Kognitif dan konstruktivis dengan kandungan buku teks yang berkualiti. Menerusi teori perkembangan kognitif, proses membina pengetahuan terjadi secara berperingkat yang mana bermula dengan pengetahuan sedia ada yang disebut skema. Maklumat ini akan diserap masuk menerusi proses

(5)

adaptasi yang terdiri daripada proses asimilasi dan akomodasi. Proses asimilisasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat yang mana apabila pengetahuan yang diterima adalah menyerupai pengetahuan sedia ada manusia proses keseimbangan akan berlaku yang disebut sebagai asimilasi manakala sekiranya pengetahuan yang diterima merupakan pengetahuan baru, akan berlaku ketidakseimbangan pada kognitif manusia dan menyebabkan berlakunya pelbagai konflik kognitif sehingga pengetahuan tersebut berjaya diserap masuk ke dalam struktur kognitif (Cherry 2019; McLeod 2018; Noraini Idris 2013). Teori konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Vygotsky merupakan kesinambungan terhadap teori kognitif Piaget yang mana beliau berpegang kepada prinsip sumbangan interaksi sosial dalam kalangan individu menjadi asas kepada pembentukan struktur kognitif mereka (Jones & Araje 2002).

Menurut Vygotsky, kanak-kanak memerlukan bimbingan dan bantuan orang lain secara verbal untuk mengembangkan konsep asas mereka. Teori konstruktivisme sosial mengetengahkan konteks pembelajaran berasaskan sosio-budaya untuk manusia saling berkongsi ilmu di samping membina pengetahuan yang baru(Noriati et al. 2009).

3. Metodologi

Dua sumber rujukan utama dianalisis dalam kajian ini iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran untuk Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) dan Buku Teks Matematik Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) Sekolah Kebangsaan yang mana memfokuskan tentang kandungan daripada aspek persembahan, penyampaian dan kaedah penyelesaian masalah yang dibina dalam buku teks Matematik berdasarkan kajian buku teks oleh Glasnovic Gracin (2018). Kajian ini penting kepada guru Matematik Tahap 1 Sekolah Rendah, Murid Tahap 1 dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berada dalam Tahap 1. Kandungan buku teks yang selari dengan tahap perkembangan murid membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan. Murid tidak terbeban dengan silibus yang bukan seharusnya berada dalam tahap perkembangan kognitif mereka manakala penggunaan buku teks dalam sesi ulangkaji di rumah membantu ibu bapa merendahkan tahap pemikiran mereka selari dengan tahap penguasaan anak-anak.

Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan yang mana analisis dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif terhadap dokumen-dokumen kurikulum yang terlibat. Dalam banyak kajian yang melibatkan kandungan buku teks, analisis dokumen secara kualitatif dan kuantitatif adalah menjadi pilihan kebanyakan pengkaji seperti Zhu dan Fan (2006) dan Glasnovic Gracin (2018). Kajian secara kualitatif dan kuantitatif turut dibuat berasingan oleh beberapa pengkaji buku teks lain seperti Shield dan Dole (2013) yang menjadikan buku teks sebagai artifak kajian untuk menentukan penggunaan buku teks dalam bilik darjah. Dalam kajian tersebut tinjauan literatur terhadap kurikulum dibuat untuk mengenalpasti kesejajaran kandungannya dengan buku teks yang dikaji.

Kaedah Pensampelan

Melalui kajian ini pensampelan diambil menggunakan prosedur pensampelan bertujuan yang mana sampel adalah terdiri daripada buku teks Tahun 1, 2 dan 3, Dokumen kurikulum iaitu Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan 2017, Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi Tahun 1, 2 dan 3. Dalam kajian ini, sampel-sampel untuk dianalisis secara kualitatif adalah berpandukan dokumen-dokumen yang telah dipilih kerana memenuhi kriteria untuk memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian yang disenaraikan.

(6)

Instrumen

Dua instrumen digunakan sebagai alat mengukur untuk pelaksanaan kajian ini iaitu Rubrik Penilaian Kandungan Buku Teks berdasarkan DSKP dan Senarai Semak Kandungan, Latihan dan Pentaksiran Topik Operasi Tambah dan Tolak dalam Buku Teks dengan Standard Prestasi dalam DSKP.

Rubrik

Rubrik Penilaian Kandungan Buku Teks dibina berdasarkan DSKP KSSR Tahun 1 hingga 3 yang mana melihat kesinambungan antara setiap tajuk dan kemahiran yang disusun. Rubrik pemarkahan diletakkan dalam skor 1-3 yang mana 1 mewakili Tiada Kesinambungan, 2 mewakili Kesinambungan 2 tahun pengajaran dan 3 mewakili Kesinambungan 3 Tahun berturutan pengajaran. Pembinaan rubrik ini adalah berdasarkan Brookhart (2018) yang mana dalam sesebuah rubrik kriteria dan tahap penilaian merupakan elemen penting untuk menghubungkan hasil dan keputusan yang hendak dicapai.

Analisis dijalankan berdasarkan Rubrik Penilaian Kandungan Buku Teks yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian Pertama untuk menjawab soalan kajian pertama manakala Bahagian kedua ialah aplikasi Model LESH untuk menjawab soalan kajian kedua. Pada bahagian pertama dalam rubrik ini, analisis deskriptif dijalankan melibatkan kekerapan berlaku kesinambungan kemahiran Topik Operasi Tambah dan Tolak dalam Buku Teks Matematik Tahap 1. Mod skor akan menunjukkan kemahiran yang paling banyak berkesinambungan daripada satu tahun kepada satu tahun yang seterusnya manakala min skor akan dijana untuk melihat secara purata kekerapan kesinambungan kemahiran berlaku dalam setiap topik Tambah dan Tolak sepanjang Tahun 1 hingga Tahun 3.

Senarai Semak

Jadual Senarai Semak dibina menggunakan Standard Prestasi yang tersenarai dalam DSKP yang mana analisis adalah berdasarkan kandungan latihan dan soalan pentaksiran yang terdapat dalam Buku Teks Matematik Tahap 1 pada bahagian Uji Diri, Cuba ini dan Cuba Jawab.

Analisis terhadap kecenderungan soalan berdasarkan Tahap Penguasaan Murid perlu dijalankan untuk melihat sekiranya soalan-soalan yang disusun adalah seimbang ataupun terdapat bias terhadap Tahap Penguasaan tertentu. Susunan semakan terhadap kandungan soalan Uji Diri ini dibuat dengan merujuk kepada Standard Kandungan dalam DSKP. Kaedah penyemakan pula disusun berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) iaitu TP1, TP2, TP3, TP4, TP5 dan TP6.

Data dianalisis secara inferensi menggunakan Chi Square yang tertumpu kepada setiap tahap penguasaan digunakan dalam setiap latihan dan pentaksiran yang disusun dalam Bahagian Uji Diri. Chi Square dianalisis menggunakan aplikasi SPSS dengan melihat jika terdapat bias terhadap tahap penguasaan tertentu kepada kandungan topik operasi asas tambah dan tolak dalam buku teks Matematik Tahap 1.

Dua pembolehubah digariskan untuk menjawab soalan kajian ketiga iaitu Topik berdasarkan Standard Kandungan dengan Tahap Penguasaan. Hipotesis Nul adalah Tidak terdapat hubungan antara Standard Kandungan dengan Tahap Penguasaan tertentu dalam bahagian penilaian (Uji Diri) dalam buku teks Matematik Tahap 1. Hipotesis Nul diuji bagi setiap satu standard kandungan dengan Tahap Penguasaan.

(7)

4. Dapatan Kajian

Analisis Kesinambungan Kandungan Topik Tambah dan Tolak

Jadual 4.1: Analisis Frekuensi dan Peratus berdasarkan SPSS

Skor Kekerapan Peratus

2 2 25.0

3 6 75.0

Jumlah 8 100.0

Analisis Deskriptif menggunakan aplikasi SPSS telah dijalankan untuk membuat kesimpulan terhadap hasil dapatan daripada Rubrik Penilaian Kandungan Buku Teks Tahap 1 (Operasi Tambah dan Tolak ) untuk Bahagian 1 iaitu Kesinambungan Kemahiran Berdasarkan DSKP.

Jadual 4.1 menunjukkan Skor keseluruhan bagi kesemua 8 standard kandungan yang digariskan dalam rubrik. Mod skor menunjukkan 3 sebagai skor utama dalam penilaian ini. Hal ini menunjukkan bahawa Kandungan Buku Teks Tahap 1 adalah berkesinambungan daripada aspek Kemahiran berdasarkan DSKP. Skor 3 merangkumi 75 peratus daripada keseluruhan analisis manakala skor 2 hanya merangkumi 25 peratus sahaja.

Persembahan Kandungan Berdasarkan Model Perwakilan Pelbagai LESH

Berdasarkan Jadual statistik Analisis SPSS, kesemua elemen dalam Model Perwakilan LESH terdapat dalam setiap Standard Kandungan Topik Tambah dan Tolak Buku Teks Matematik Tahap 1.

Analisis Kandungan, Latihan Dan Pentaksiran Topik Operasi Tambah Dan Tolak Dalam Buku Teks Dengan Standard Prestasi Dalam DSKP

Analisis Tahap Penguasaan Mengikut Topik

Jadual 4.2 Jadual Khi Kuasa Dua (Ujian Fisher’s Exact) Mengikut Topik Nilai df Exact Sig. (2-sided)

Fisher's Exact Test 31.598 18 .003

N 70

Berdasarkan Jadual output Ujian Khi Kuasa Dua (Fisher’s Exact), hipotesis nul gagal ditolak apabila χ2 = 31.598, df = 18, p<.05. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kandungan setiap topik dengan kandungan latihan dan penilaian yang terdapat dalam buku teks Tahap 1 dalam operasi Tambah dan Tolak. Hal ini diperlihatkan dalam Jadual Tahap Penguasaan Mengikut Tahun. Tahap Penguasaan 1 hingga 6 telah dikategorikan kepada empat Tahap Umum iaitu Tahap 1 untuk Tahap Penguasaan 1 dan 2, Tahap 2 untuk Tahap Penguasaan 3, Tahap 3 untuk Tahap Penguasaan 4 dan 5 manakala Tahap 4 ialah untuk Tahap Penguasaan 6.

Analisis Tahap Penguasaan Mengikut Tahun

Jadual 4.3: Jadual Khi Kuasa Dua (Ujian Fisher’s Exact) Mengikut Tahun

Nilai df Exact Sig. (2-sided)

Fisher's Exact Test 4.493 4 .307

N 70

(8)

Berdasarkan Jadual output Ujian Khi Kuasa Dua (Fisher’s Exact), hipotesis nul ditolak apabila χ2 = 4.493, df = 4, p>.05. Hal ini menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara Tahap Penguasaan yang diuji dengan topik Tambah dan Tolak mengikut tahun.

Berdasarkan Jadual Hubungan antara Tahun dengan Tahap Penguasaan, kecenderungan soalan yang diuji pada Tahun 1 adalah pada Tahap 2. Tahun 2 pula menunjukkan kecenderungan terhadap Tahap 1 dan 2 manakala Tahun 3 cenderung menguji Tahap 1. Secara keseluruhannya tidak terdapat langsung soalan dengan Tahap Penguasaan 6 diuji dalam ketiga-tiga bahagian penilaian dalam buku teks Tahun 1, 2 mahupun 3 dalam topik Operasi Tambah dan Tolak.

5. Perbincangan

Kandungan Buku Teks

Keseluruhan dapatan kajian ini dilihat cenderung kepada kepada teori perkembangan kognitif dan konstruktivis yang dipelopori Piaget dan Vygotsky. Berdasarkan teori perkembangan kognitif kanak-kanak yang diketengahkan Vygotsky, kanak-kanak mempunyai dua tahap perkembangan berbeza yang mana kemampuan untuk mempelajarai sesuatu topik dalam satu masa dan tahap yang memerlukan bantuan daripada guru mahupun orang yang lebih dewasa (Atasoy & Baki 2020) yang dikenali sebagai zon perkembangan proksimal (ZPD). Kandungan buku teks mempengaruhi guru dalam menyesuaikan kaedah pengajaran dengan paras kognitif murid (Sievert et al. 2019). Hal ini memberikan impak kepada kualiti pengajaran yang disampaikan dan penerimaan pengetahuan dalam sesi pembelajaran bersemuka.

Kandungan buku teks yang baik mampu mewujudkan interaksi dua hala antara pengetahuan yang disampaikan dengan pembaca dan penerimanya. Erbaş et al. (2012) dalam kajiannya melihat kelebihan dalam buku teks Matematik Singapura yang mana kandungan buku teks tidak hanya bertumpu kepada teori dan konsep semata-mata sebaliknya memberikan pelan dan cadangan kaedah untuk guru dan murid membina pengetahuan dengannya. Susunan pengembangan konsep yang menitikberatkan perkembangan dan aras kognitif murid memudahkan guru memindahkan pengetahuan sedia ada mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Sun 2019). Guru menggunakan buku teks untuk memilih, mengubah dan menyingkirkan kandungan dalam buku teks untuk disesuaikan dengan kumpulan murid yang sedang dididik (Randahl 2016). Ketiga-tiga kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang mana susunan kandungan buku teks yang sedia ada sistematik dan terancang berdasarkan perkembangan kognitif murid dalam buku teks Matematik Tahap 1 ini membolehkan guru menyediakan perancangan dengan lebih efektif tanpa ada masa yang terbuang.

Untuk memperkenalkan konsep Matematik terutamanya yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi memerlukan susunan yang lengkap daripada proses asimilasi, akomodasi dan keseimbangan seperti yang dicadangkan oleh Jean Piaget dalam teori kognitif.

Kandungan subtopik tambah dan tolak yang banyak menggunakan gambarajah, perkaitan antara simbol dan maksud serta contoh-contoh jalan kerja yang ditunjukkan secara tersusun dalam buku teks Matematik Tahap 1 dalam kajian ini. Hal ini menyokong kenyataan Tan et al.

(2018) yang mana keperluan menyusun buku teks berdasarkan teori pembelajaran yang bersesuaian dan memenuhi keperluan pendidikan adalah penting supaya guru-guru dapat menggunakan buku teks secara optimum sebagai bahan pengajaran dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kualiti pengajaran daripada terlalu fokus menyediakan alat bantu pengajaran yang lain.

(9)

Susunan masalah rutin yang digunakan dalam buku teks turut menjadi salah satu aspek penting dalam mengembangkan pengetahuan murid terhadap konsep operasi tambah dan tolak secara berperingkat. Berdasarkan dapatan kajian, soalan penyelesaian masalah disusun secara berperingkat dari segi struktur ayat, penggunaan nombor-nombor dan pengembangan konsep mengikut tahun. Perkara ini boleh dijadikan salah satu alternatif kepada masalah yang dibawa oleh Singh et al. (2020) yang menyebut tentang keupayaan murid-murid menguasai kemahiran- kemahiran nombor tetapi tidak mahir dalam mentafsirkan nombor-nombor tersebut ke dalam soalan-soalan melibatkan ayat.

Persembahan Kandungan Buku Teks

Kandungan buku teks Matematik Tahap 1 bagi topik tambah dan tolak didapati mengaplikasikan kesemua lima perwakilan yang diketengahkan LESH iaitu penggunaan situasi rutin harian, perwakilan menggunakan gambarajah, perwakilan lisan, perwakilan bertulis menggunakan simbol dan perwakilan manipulatif. Berbeza dengan dapatan kajian di Jordan oleh Alkhateeb (2018) yang mengemukakan kekurangan dalam perwakilan rutin harian dalam buku teks yang dikaji dan tidak memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan di negara tersebut, penggunaan perwakilan pelbagai dalam buku teks Matematik Tahap 1 ini dilihat mampu membantu murid membina pengetahuan dengan lebih berstruktur, bermakna dan berterusan.

Antara perwakilan dalam Model LESH yang diterapkan dalam buku teks Matematik Tahap 1 ini ialah perwakilan simbolik dan gambarajah. Perwakilan simbolik membantu murid merumuskan pemahaman terhadap satu konsep ke dalam sebuah generalisasi yang mudah difahami terutamanya dalam menterjemahkan kehendak soalan penyelesaian masalah.

Sumarmo et al. (2019) melihat hal ini dalam kajiannya yang mana pelajar menggunakan perwakilan simbolik ini dengan efektif semasa menjawab soalan penyelesaian masalah yang diberikan. Perwakilan simbolik dan gambarajah yang diterapkan sejak awal lagi dalam pengajaran Matematik seawal Tahun 1 ini akan melazimkan murid untuk mengadaptasikan pengetahuan kontekstual mereka untuk disesuaikan dengan soalan yang perlu diselesaikan pada masa-masa akan datang. Perkara ini selari dengan kesimpulan daripada Dahlan & Juandi (2011) terhadap hasil pemerhatiannya iaitu sebahagian besar pelajarnya menyelesaikan masalah menggunakan perwakilan seperti gambarajah dan jadual. Walaupun hanya sebilangan kecil daripada mereka yang menggunakan perwakilan simbolik daripada rumus-rumus Matematik, situasi ini masih tetap menunjukkan perwakilan simbolik menjadi salah satu pilihan untuk mereka menyelesaikan masalah.

Kaedah Pentaksiran

Salah satu peranan penting buku teks dalam pengajaran Matematik adalah penggunaan tugasan, latihan dan soalan pentaksiran yang efektif dan mencukupi untuk membentuk keupayaan murid menyelesaikan masalah (Divrik et al. 2020) dan mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari.

Memandangkan buku teks memberikan impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, peruntukan tugasan, latihan dan soalan pentaksiran beserta kaedah penyelesaian yang bersesuaian merupakan fokus yang penting dalam penghasilan buku teks Matematik (Bingolbali 2020). Hal ini menyokong hasil dapatan kajian ini yang mana setiap kemahiran dalam subtopik Tambah dan Tolak disediakan di dalamnya soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid yang terdiri daripada bahagian Uji Diri, Cuba Jawab dan Cuba Ini masing-masing dalam buku teks Matematik Tahun 1, 2 dan 3.

Kajian Azevedo & Mann (2019) ada menyentuh tentang peranan penilaian yang menggunakan kaedah penugasan dan penyelesaian masalah sebagai salah satu latihan untuk memantapkan

(10)

set-set kemahiran terhadap sesuatu topik. Pengumpulan pelbagai kemahiran Matematik tidak sesuai digunakan untuk menguji kefahaman murid terhadap topik tambah dan tolak dalam Tahun 1, 2 dan 3 sebagaimana yang ditekankan oleh Rezat (2013); Schubring & Fan (2018);

Thompson & Senk (2014) tentang keberkesanan buku teks yang bersandarkan kepada latihan dan penugasan. Hasil dapatan kajian ini selari dengan tinjauan yang dijalankan Asyrani Abdul Samat & Roslinda Rosli (2020) tentang pandangan guru-guru Matematik yang bersetuju dengan kandungan latihan dalam buku teks Matematik yang bersandarkan objektif pembelajaran yang juga dalam kajian ini menggunakan standard kandungan dan standard pembelajaran yang terkandung dalam DSKP.

6. Kesimpulan

Berdasarkan keseluruhan kajian ini, buku teks Matematik Tahap 1 adalah bertepatan dengan teori-teori pembelajaran seperti teori kognitif Piaget dan Konstrusktivisme oleh Vygotsky.

Penggunaan model LESH yang dimuatkan sepenuhnya dalam buku teks Matematik Tahap 1 dalam operasi Tambah dan Tolak ini turut menjelaskan kepadatan kandungan konsep Matematik yang disampaikan dengan menarik dan gaya persembahan yang pelbagai.

Kandungan yang menarik ini bukan sahaja penting untuk menarik minat murid tetapi turut berupaya merangsang minda mereka untuk membuat perkaitan antara konsep-konsep tambah dan tolak dalam aplikasi kehidupan seharian.

Diharap kajian ini boleh diteruskan pada masa akan datang untuk melihat kandungan buku teks Matematik bagi operasi Tambah dan Tolak Tahap 2 yang mana silibus yang diajarkan adalah lebih kompleks dan luas penggunaannya. Kajian ini turut diharap dapat memberikan manfaat kepada bidang pendidikan Matematik terutama untuk pendidikan usia awal kanak-kanak Tahun 1, 2 dan 3 bagi menyediakan mereka dengan kekuatan pengetehauan terhadap konsep tambah dan tolak sebelum melangkah ke Tahap 2 yang lebih mencabar.

Rujukan

Adu, KO., Mathwasa, J&aDU & EO. 2020. Textbook Utilisation in Teaching Mathematics in Selected Mathematics in Selected Primary School Primary Schools in East London Education. Journal of Social Sciences and Humanities 17(2): 156–170.

Alkhateeb, M. 2018. Multiple Representations in 8th Grade Mathematics Textbook and the Extent to which Teachers Implement Them. International Electronic Journal of Mathematics Education 14(1): 137–145. doi:10.12973/iejme/3982

Alsawaie, O. N. 2012. Number Sense-Based Strategies Used By High-Achieving Sixth Grade Students Who Experienced Reform Textbooks. International Journal of Science and Mathematics Education 10(5): 1071–1097.

Asyrani Abdul Samat & Roslinda Rosli. 2020. Exploring Teachers’ Perceptions of Primary School Mathematics Textbook. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development 9(1286–300).

Atasoy, E. & Baki, A. 2020. Investigation of students’ cognitive learning in mathematics lessons supported with writing activities. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education, hlm. Vol. 11. doi:10.16949/turkbilmat.703648

Azevedo, F. S. & Mann, M. J. 2019. The Mathematics in the Social Studies Textbook: A Critical Content Analysis and Implications for Students’ Reasoning. Creative Education 10(01): 1–25.

Behnke, Y. 2018. Textbook Effects and Efficacy. The Palgrave Handbook of Textbook Studies 383–398. doi:10.1057/978-1-137-53142-1

(11)

Bingolbali, E. 2020. An analysis of questions with multiple solution methods and multiple outcomes in mathematics textbooks. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology 51(5): 669–687. doi:10.1080/0020739X.2019.1606949

Brookhart, S. M. 2018. Appropriate Criteria: Key to Effective Rubrics. Frontiers in Education 3(April). doi:10.3389/feduc.2018.00022

Cherry, K. 2019. Jean Piaget: Life and Theory of Cognitive Development.

https://www.verywellmind.com/jean-piaget-biography-1896-1980-2795549 [19 December 2019].

Chunxia Qi, Zhang, X. & Huang, D. 2014. Research On Textbooks Used In China For Teaching Geometric Transformations In Secondary School: From The Perspective Of The Teachers’ Role. International Conference on Mathematics Textbook Research and Development 2014 (ICMT-2014) 29-31 July 2014, University of Southampton, UK, hlm.

91–103.

Dahlan, J. A. & Juandi, D. 2011. Analisis Representasi Matematik Siswa Sekolah Dasar Dalam Penyelesaian Masalah Matematika Kontekstual. Jurnal Pengajaran Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam 16(1): 128. doi:10.18269/jpmipa.v16i1.273

Divrik, R., Mentiş Taş, A. & Pilten, P. 2020. Teachers’ Views on the Problem-Solving &

Problem-Posing Tasks in Primary School Mathematics Textbooks. Journal of Curriculum and Teaching 9(1): 73. doi:10.5430/jct.v9n1p73

Erbaş, A. K., Alacaci, C. & Bulut, M. 2012. A comparison of mathematics textbooks from Turkey, Singapore, and the United States of America. Educational Sciences: Theory and Practice 12(3): 2324–2330.

Fan, L., Zhu, Y. & Miao, Z. 2013. Textbook research in mathematics education: Development status and directions. ZDM - International Journal on Mathematics Education 45(5): 633–

646.

Glasnovic Gracin, D. 2018. Requirements in mathematics textbooks: a five-dimensional analysis of textbook exercises and examples. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology 49(7): 1003–1024.

Ismajli, H. & Neziri, M. 2019. Analyzing languages and communication textbooks in the context of achieving competence: Student as a critical thinker. International Journal of Instruction 12(4): 251–266. doi:10.29333/iji.2019.12416a

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan, hlm. Edisi Ke-3.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025. Education, hlm. Vol. 27, 1–268.

Kuldas, S., Sinnakaudan, S., Hashim, S. & Ghazali, M. 2017. Calling for the development of children’s number sense in primary schools in Malaysia. Education 3-13 45(5): 586–598.

McLeod, S. 2018. Jean Piaget’s Theory of Cognitive Development. Simply Psychology (1936):

1–9. Retrieved from https://www.simplypsychology.org/simplypsychology.org-Jean- Piaget.pdf

Nagnedrarao, B. 2017. Mathematics Teachers ’ Perception Using Textbook To Promote 29(4):

965–970.

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan by Noraini Idris, hlm. Kedua.

Pohl, M. & Schacht, F. 2019. How Do Students Use Digital Textbooks? Proceedings of the Third International Conference on Mathematics Textbook Research and Development (pp. 39–44). Paderborn: Universitätsbibliothek Paderborn, hlm. 39–44.

Randahl, M. 2016. The mathematics textbook at tertiary level as curriculum material – exploring the teacher’s decision-making process. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology 47(6): 897–916.

doi:10.1080/0020739X.2015.1133853

Rezat, S. 2013. The textbook-in-use: Students’ utilization schemes of mathematics textbooks

(12)

related to self-regulated practicing. ZDM - Mathematics Education 45(5): 659–670.

Rezat, S., Fan, L., Hattermann, M., Schumacher, J. & Wuschke, H. 2019. 50 Years of realistic mathematics education ideas and their implementation in textbooks- leaarning facilitators for addition and subtraction. Proceedings of the Third International Conference on Mathematics Textbook Research and Development., hlm. 341–347.

doi:10.17619/UNIPB/1-768

Schubring, G. & Fan, L. 2018. Recent advances in mathematics textbook research and development: an overview. ZDM - Mathematics Education 50(5): 765–771.

Shield, M. & Dole, S. 2013. Assessing the potential of mathematics textbooks to promote deep learning 183–199.

Sievert, H., van den Ham, A. K., Niedermeyer, I. & Heinze, A. 2019. Effects of mathematics textbooks on the development of primary school children’s adaptive expertise in arithmetic. Learning and Individual Differences 74(January): 101716.

doi:10.1016/j.lindif.2019.02.006

Singh, P., Yusoff, N. M. & Hoon, T. S. 2020. Content analysis of primary school mathematics textbooks and its relationship with pupils achievement. Asian Journal of University Education 16(2): 15–25. doi:10.24191/AJUE.V16I2.10286

Slavin, R. E., Lake, C. & Groff, C. 2009. Effective programs in middle and high school mathematics: A best-evidence synthesis. Review of Educational Research 79(2): 839–

911. doi:10.3102/0034654308330968

Sumarmo, U., Suharyati, S. & Maya, R. 2019. the Role of Model-Eliciting Activities on Student’S Mathematical Reasoning and Self Regulated Learning. Edusentris 5(2): 61.

doi:10.17509/edusentris.v5i2.294

Sun, X. H. 2019. Bridging whole numbers and fractions: problem variations in Chinese mathematics textbook examples. ZDM - Mathematics Education 51(1): 109–123.

doi:10.1007/s11858-018-01013-9

Tan, K. J., Ismail, Z. & Abidin, M. 2018. A comparative analysis on cognitive domain for the Malaysian primary four textbook series. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education 14(4): 1273–1286.

Thompson, D. R. & Senk, S. L. 2014. Lessons Learned From Three Decades Of Textbook Research. International Conference on Mathematics Textbook Research and Development 2014 (ICMT-2014) 29-31 July 2014, University of Southampton, UK, hlm.

49–56.

van den Ham, A. K. & Heinze, A. 2018. Does the textbook matter? Longitudinal effects of textbook choice on primary school students’ achievement in mathematics. Studies in Educational Evaluation 59(July): 133–140. doi:10.1016/j.stueduc.2018.07.005

Wiliam, D. 2013. Assessment : The Bridge between. Voices from the Middle 21(2): 40.

Zhang, F. & Zhu, X. 2014. Mathematics Textbook Research And Development For The Promotion Of Independent Learning And Inquiry Learning. International Conference on Mathematics Textbook Research and Development 2014 (ICMT-2014) 29-31 July 2014, University of Southampton, UK, hlm. 511–516.

Zhu, Y. & Fan, L. 2006. Focus on the representation of problem types in intended curriculum:

A comparison of selected mathematics textbooks from Mainland China and the United States. International Journal of Science and Mathematics Education 4(4): 609–626.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Proses pelaporan dapatan kajian dilakukan dengan hasil analisis kandungan topik pecahan bagi lima buah buku teks berdasarkan kepada hierarki taksonomi Bloom serta kemahiran berfikir

Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk kajian yang akan dilakukan di masa hadapan bertajuk Tahap Kefahaman dan Kekerapan Guru Matematik Menerapkan Kemahiran

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa secara puratanya ilustrasi yang terkandung pada tajuk pecahan di dalam buku teks matematik tahun 5 ini hanya 25% mengandungi

Bertepatan dengan hal ini, kajian ini dijalankan bagi mengetahui gaya pengajaran guru dalam topik operasi asas supaya memudahkan guru untuk mengajar topik ini dengan lebih mantap

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan STEM bersepadu mengikut bilangan kursus guru yang dihadiri oleh guru sains dan matematik sekolah

Bermakna, instrumen soal selidik ini yang terdiri daripada 27 item adalah dipercayai dan sah digunakan dalam kajian akan datang untuk mengukur kompetensi Matematik dalam

Oleh yang demikian, fokus kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang aras kualiti buku teks Bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh

Seterusnya, Mohd Haidi (2016), pula telah meneliti pengungkapan peribahasa Melayu dan fungsi peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu sekolah rendah