• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kecergasan Fizikal Dan Prestasi Akademik Murid Tahun Enam Di Wilayah Persekutuan Labuan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kecergasan Fizikal Dan Prestasi Akademik Murid Tahun Enam Di Wilayah Persekutuan Labuan"

Copied!
17
0
0

Tekspenuh

(1)

Kecergasan Fizikal Dan Prestasi Akademik Murid Tahun Enam Di Wilayah Persekutuan Labuan

(Physical Fitness and Academic Achievement of Primary School Year 6 Pupils in Wilayah Persekutuan Labuan)

Pauline Anthony Sigar1, Tajul Arifin Muhamad1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: tajul.a@ukm.edu.my

Accepted: 1 June 2020 | Published: 15 June 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara kecergasan fizikal dengan pencapaian akademik murid sekolah rendah Tahun 6 di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kajian ini merupakan kajian kolerasi untuk melihat hubungan di antara kecergasan fizikal dengan pencapaian akademik murid yang menduduki peperiksaan UPSR berdasarkan jantina. Seramai 283 orang murid Tahun enam daripada 15 buah sekolah rendah di Bandar Labuan dipilih sebagai reponden dengan menggunakan persampelan rawak mudah.

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data adalah soal selidik yang mengandungi 42 item yang terbahagi kepada tiga konstruk iaitu Bahagian A ialah maklumat diri, Bahagian B berkenaan kecergasan fizikal yang dibahagikan kepada dua komponen iaitu berlandaskan kesihatan dan lakuan motor. Bahagian C ialah prestasi akademik. Dapatan kajian menunjukkan hasil kajian kolerasi terdapat hubungan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik r = 0.272**, p>0.01. Secara kesimpulannya, selaras dengan hasrat kerajaan dan KPM yang memberi fokus kepada kecemerlangan murid adalah amat sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid untuk dijadikan landasan ke arah melahirkan murid-murid yang cergas, sihat dan pintar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sehubungan itu murid-murid yang aktif dan cergas mampu berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang akademik yang menjurus abad ke-21.

Kata kunci: Kecergasan fizikal, prestasi akademik, Pendidikan Jasmani, Ujian SEGAK

Abstract: This study was conducted to examine the relationship between physical fitness and academic achievement of primary school year 6 pupils in Wilayah Persekutuan Labuan. This study will also look into the relationship between physical fitness and students ' academic achievement in terms of gender. A total of 283 students from 15 primary schools in Labuan city were chosen as respondent using simple random sampling. The instrument used to collect data is a questionnaire containing 42 items that are divided into three parts, where as part A is personal information, part B of physical fitness which is divided into two divisions, based on health and psychomotor skills. Part C is academic performance. Findings of study showed there was a significant correlation between physical fitness and academic Performance R

=0.272 * *, p>0.01. In conclusion, in line with the government's aspiration, physical fitness can be used as a platform to produce students who are active, healthy in terms of physical, emotional, spiritual, intellectual and social. In this regard, active students are competitive and able to master their skills in various academic fields to face the 21st century.

(2)

Keywords: Physical fitness, academic performance, physical education, SEGAK test _________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kecemerlangan di kalangan murid Tahun enam bergantung kepada penilaian prestasi akademik melalui Penilaian dan Pentaksiran UPSR. Bagi sesebuah negara, kemenjadian murid itu adalah satu aset penting dalam era globalisasi kerana ia menjurus kepada kejayaan negara itu sendiri dalam peningkatan pelbagai aspek pembangunan dan sosialis. Dalam Dasar Pendidikan Malaysia, ia bersangkut rapat dengan murid yang bergiat aktif di dalam aktiviti fizikal, sukan, rekreasi dan sosial. Di mana ia adalah satu sistem formal pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang bergiat aktif dan sihat. Sebagai usaha negara untuk menjadi pemangkin negara maju, Malaysia memerlukan kurikulum pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang lebih berpengetahuan tinggi, mempunyai kemahiran yang tinggi, mempunyai kepakaran dalam bidang dan pengkhususan yang diceburi, berkeperibadian tinggi dan akhlak yang mulia, dan sebagai modal insan yang sihat dan cergas untuk meningkatkan produktiviti negara agar dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006). Oleh itu, di peringkat awalan kanak-kanak hingga dewasa harus ada sikap untuk memupuk dan menerapkan nilai- nilai jasmani dan kesihatan diri.

Oleh itu, satu dasar yang digubal iaitu untuk mewajibkan semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah dan murid peralihan hingga tingkatan enam di sekolah menengah termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mempuyai tahap kesihatan yang baik sekurang-kurangnya harus menyertai satu jenis sukan dan permainan dalam kegiatan Ko-Kurikulum. Menurut (Awang 2012), bagi keberkesanaan matlamat ini tercapai, pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang berkesan dan holistic perlu dilaksanakan di sekolah.

Dalam aspek kecergasan fizikal ia meliputi dua komponen yang berlandaskan kesihatan yang meliputi daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan manakala komponen perlakuan motor pula terdiri daripada kelajuan, ketangkasan, kuasa otot, imbangan dan koordinasi serta masa tindak balas. Di mana murid perlu diuji untuk melihat kecergasan dan tahap kesihatan murid untuk membantu mereka dalam peningkatan tahap kesihatan minda mereka serta pencapaian akademik sekolah. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memperkenalkan satu Dasar iaitu 1 Murid 1 Sukan (1M1S) pada tahun 2011 untuk menggalakkan dan mewajibkan semua murid terlibat dalam aktiviti sukan dan permainan. Ini adalah penting untuk melahirkan pelajar yang aktif dan melahirkan generasi yang seimbang dari aspek akademik dan perkembangan fizikal.

Seluruh sekolah di Malaysia haruslah mengalami perubahan yang berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi akademik serta keberkesanannya. Dengan termaktubnya misi Pendidikan Malaysia (KPM), ini adalah satu inspirasi wawasan dan agenda yang penting dan perlu diberi fokus kepada usaha membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti, bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara. Justeru itu kerajaan telah mengambil langkah yang proaktif untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Rendah (KSSR). Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada komponen Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Selain itu guru juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan Pentaksiran Ujian SEGAK. Dalam Sistem

(3)

Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) haruslah bersifat holistik, berasaskan standard, fleksibel dan seimbang yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Ini dilaksanakan melalui Peperiksaan Pusat (Pep) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Guru - guru di sekolah merupakan pelaksana sistem pentaksiran ini. Sebuah perubahan dan keberkesanan pelaksana sistem pendidikan dalam sesebuah negara sering dikaitkan dengan kualiti guru-guru dalam sesebuah sekolah (Kantrowitz & Wingert, 2000).

1.1 Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kecergasan murid mengikut jantina di Sekolah Rendah Kebangsaan di WP.Labuan, mengenal pasti tahap pencapaian UPSR di sekolah Rendah WP.Labuan dari aspek berasaskan komponen kesihatan dan perlakuan motor, menganalisis hubungan dan perkaitan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik dan mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan jantina, kelas dan pengalaman murid dalam peringkat mewakili sukan.

1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab soalan-soalan kajian seperti berikut:

1) Apakah latarbelakang profil sampel kajian?

2) Apakah tahap kecergasan murid lelaki dan perempuan di Sekolah Rendah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan?

3) Apakah tahap pencapaian UPSR di sekolah?

4) Adakah terdapat hubungan dan perkaitan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik.

5) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan jantina, kelas, dan pengalaman murid dalam mewakili sukan.

1.3 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini diharapkan ia dapat digunakan sebagai rujukan kepada pihak yang berkepentingan terutamanya di peringkat warga pendidik, guru-guru Pendidikan Jasmani, murid yang menduduki UPSR dan juga pentadbir sekolah untuk membuat perancangan bagi meningkatkan tahap kecergasan murid dalam masa yang sama dapat melonjakkan prestasi akademik murid Tahun Enam.

2. Ulasan Kajian Lepas

Melalui hasil penyelidikan saintifik yang lepas, (Donnelly et al., 2016; Donnelly &

Lambourne, 2011; Khan et al., 2012; Muñoz, Sanchez-Bueno & Vos-Saz, 2017), telah mendapati bahawa adanya hubungan positif dalam penglibatan para pelajar iaitu aktiviti kecergasan fizikal, sukan dan rekreasi terhadap prestasi akademik. Santana et al., (2017) telah berusaha menganalisis secara sistematik hubungan antara kecergasan fizikal (PF) kanak- kanak dan remaja terhadap prestasi akademik (AP). Setelah penelitian yang dibuat melalui 45 artikel saintifik yang telah diterbitkan sekitar Tahun 1996 hingga Jun 2016 mendapati adanya bukti yang kukuh dengan perkaitan perhubungan positif antara kecergasan kardiorespiratori (CRF) dan kluster kecergasan fizikal (PF) terhadap prestasi akademik (AP). Selain itu, para penyelidik terdahulu juga melaporkan bahawa para atlet di sekolah telah mencapai keputusan gred yang memuaskan (Darling et al., 2005; Eccles & Barber, 1999; Eitle & Eitle, 2002;

Silliker & Quirk, 1997), mereka mempunyai aspirasi lebih tinggi mengenai taraf pendidikan dan pekerjaan (Darling et al., 2005; Marsh & Kleitman, 2002; Otto & Alwin, 1977; Sabo et

(4)

al., 1993), para atlet juga memanfaatkan masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan (Marsh

& Kleitman, 2002) dan mempunyai sikap yang lebih ke arah positif terhadap musim persekolahan (Darling et al., 2005; Eccles & Barber, 1999) berbanding bukan atlit sekolah.

Namun begitu Rees & Sabia (2010) telah mengulas tentang hasil dapatan tersebut tidak dapat membuktikan secara jelas kolerasi di antara bersukan dengan prestasi akademik, sama ada ia berlaku oleh kerana sebab akibat atau sebagai kesan tidak langsung dan pembuktian adalah pada nilai yang kecil. Keeley & Fox (2009) turut berpendapat sebegitu rupa tetapi mereka menegaskan bahawa aktiviti fizikal juga tidak memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran. Rasberry et al., (2011) juga melaporkan bahawa kekuatan perhubungan antara aktiviti fizikal dan prestasi akademik adalah pada nilai yang kecil. Menyentuh mengenai semua kajian yang sudah dijalankan, terdapat 43 buah artikel yang telah dianalisis dengan sependapat menyatakan bahawa topik aktiviti fizikal dan pencapaian akademik ini telah memberi rumusan bahawa penyelidikan ini telah menunjukkan (50.5%) lebih daripada separuh. Hasil kajian membuktikan bahawa adanya hubungan positif dalam nisbah yang kecil iaitu pada (1.5%) hanya berkorelasi negatif manakala selebihnya iaitu 48% adalah tidak berkaitan.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini melibatkan kajian deskriptif iaitu kaedah tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pemilihan reka bentuk dan pendekatan tersebut adalah bertepatan dengan saranan Hair et al. (2003) yang menyatakan bahawa tinjauan adalah satu prosedur untuk mengumpul data primer berbentuk kepercayaan, pendapat, sikap, gaya hidup hingga kepada maklumat berkaitan latar belakang umum seperti jantina, umur, pendidikan, dan pendapatan individu. Tinjauan sesuai digunakan apabila projek penyelidikan melibatkan pengumpulan maklumat daripada sejumlah sampel yang besar supaya hasilnya dapat di generalisasi kepada populasi kajian (Hariyaty 2014).

3.1 Responden

Responden kajian ini adalah terdiri daripada 283 murid sekolah rendah yang berumur dua belas tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan sekitar Negeri WP.Labuan. Hanya murid Tahun enam sahaja dipilih untuk kajian ini kerana dianggap lebih matang daripada murid Tahap Satu (Mohamad Shafii 2013). Murid Tahun 6 telah mengikuti mata pelajaran PJ, dari tahap satu hingga tahap dua, sekurang-kurangnya enam tahun dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan KSSR. Mereka diandaikan mampu menilai aspek kajian yang dibuat mengikut pendapat yang sebenar.

3.2 Instrument Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik bagi mengenal pasti kecergasan fizikal murid dan tahap pencapaian prestasi akademik murid di sekolah. Berdasarkan Cresswell (2005), reka bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik merupakan alat kajian yang paling sesuai kerana versatility, efisien dan boleh membuat generalisasi. Satu set soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A (maklumat responden), Bahagian B (Kecergasan Fizikal) dan Bahagian C (Prestasi Akademik). Ini bersesuaian dengan panduan yang digunakan dalam Creswell (2005) iaitu instrumen kajian boleh digunakan ialah instrumen kajian yang sedia ada, diubahsuai, hasil gabungan instrumen dan yang dibina sendiri. Kesemua instrumen ini ditadbirkan dalam Bahasa Melayu dan akan diedarkan di 15 buah sekolah rendah dan soal selidik ini ditadbir oleh penyelidik sendiri mengikut kesesuaian dan kehendak persoalan kajian. Bahagian A mengandungi 11 soalan yang berkaitan latar belakang murid. Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat demografi responden

(5)

kajian seperti jantina, bangsa, kelas, tinggi dan pengalaman murid tentang sukan, tahap pencapaian diri dalam arena sukan, jarak kediaman dari sekolah untuk menentukan murid berada di lokasi Bandar atau luar Bandar, jenis sukan yang diminati untuk diceburi dan jenis perwatakan seorang murid untuk menentukan jenis keaktifan diri seseorang murid.

Bahagian B mengandungi soal selidik yang digubal untuk mendapatkan maklumat mengenai motif penglibatan daripada soal selidik pengukuran tujuan lakuan aktiviti fizikal iaitu Motives For Physical Activities Measure-Revised (MPAM-R) oleh Ryan et al.(1997). Soal selidik MPAM-R ini mengandungi 12 item bagi mengukur lima kategori motif penglibatan murid dalam kecergasan fizikal murid yang melibatkan aspek murid dan aspek guru. Soal selidik MPAM-Rini merupakan versi semakan semula daripada MPAM (Motives For Physical Activities Measure) sebelum ini oleh Frederick dan Ryan (1993) yang asalnya mengandungi 23-item dan hanya tiga matlamat sahaja. Walaubagaimanapun soal selidik ini telah diubahsuai dan diadaptasi mengikut kehendak penyelidik sesuai dengan persoalan kajian yang perlu disoal dalam kajian penyelidik. Berikut adalah pecahan item soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik dengan mengambil kira tentang kehendak persoalan kajian sebanyak 19 item. Pekali kebolehpercayaan dalaman untuk soal selidik MPAM-R ialah 0.78 (Ryan et al. 1997). Manakala MPAM-R yang digunakan dalam kajian ini mengandungi inventori 19 item yang dibahagikan kepada dua sub-skala yang mengukur kecergasan fizikal (5 item: 12 hingga 16) dari kesihatan dan (7 item: 17 hingga 23) pandangan murid dari aspek lakuan motor. Manakala

Bahagian C pula mengandungi 19 item bagi mendapatkan maklumat mengenai peningkatan prestasi akademik murid di sekolah. Soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik dengan mengambil kira keperluan kajian penyelidik mengenai cara dan sumber dapatan murid untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam akademik murid.

4. Dapatan Kajian Dan Perbincangan

4.1 Profil Responden

Analisis statistik deskriptif jantina, responden kajian terdiri daripada murid tahun 6 lelaki dan perempuan. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid Tahun 6 dalam kalangan murid lelaki 51.6% (146 orang) lebih ramai berbanding murid Tahun 6 perempuan 48.4% (137 orang). Dari analisis juga menunjukkan bangsa murid tahun 6 lelaki dan perempuan. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid Tahun 6 dalam kalangan murid berbangsa melayu adalah majority dan lebih ramai dari iaitu 62.9 % (178 orang), diikuti murid berbangsa lain 34.3 % (97 orang), berbangsa Cina 2.5 % (7 orang) dan 0.4% (hanya seorang) yang berbangsa India.

Melalui analisis deskriptif berdasarkan kelas, murid tahun 6 lelaki dan perempuan dari pelbagai aras menunjukkan murid-murid Tahun 6 dalam kalangan murid yang cemerlang 42% (119 orang), diikuti murid yang sederhana adalah 30.7 % (87 orang), kelas yang baik 21.9% (62 orang) dan kelas yang lemah hanya sedikit 5.3% (15 orang). Responden kajian yang terdiri daripada perwatakan murid tahun 6 lelaki dan perempuan menunjukkan murid- murid Tahun 6 adalah murid yang cergas dan aktif 81.6% (231 orang), diikuti dengan murid yang pendiam adalah 18.4% (52 orang). Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid Tahun 6 adalah dari keluarga yang berpendapatan RM1000 ke atas 57.6% (163 orang) dan diikuti oleh berpendapatan RM1000 ke bawah 42% (119 orang).

(6)

Murid Tahun 6 yang mempunyai berat badan di antara 20 kg hingga 40 kg sebanyak 54.4%

(154 orang), diikuti dengan 41 kg hingga 60 kg berat badan murid ialah 35.7% (101 orang), berat 61 kg hingga 80 kg dalam paras kegemukkan ialah 8.5% (24 orang) dan murid obesity ialah 1.4% (4 orang). Tambahan majoriti murid yang tinggi adalah 81cm hingga 100cm iaitu 62.5% (177 orang), kemudian tinggi 41cm hingga 60 cm ialah 19.4% (55 orang), tinggi 61cm hingga 80 cm ialah 10.2% seramai (29 orang) dan murid renda 20cm hingga 40cm adalah 7.8% (22 orang). kebanyakan murid-murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan W.P Labuan kurang bergiat aktif dalam sukan kerana 44.5 % seramai 126 orang murid tidak terlibat dalam mewakili sukan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi pencapaian sukan yang hanya mewakili sukan peringkat sekolah ialah 30.4% seramai 86 murid yang telah mewakili acara sukan peringkat sekolah. Manakala yang mewakili sukan hingga peringkat MSSWPL ialah 17%

seramai 48 orang dan mewakili sukan hingga peringkat Kebangsaan ialah 7.8% seramai 22 orang.

Kebanyakkan murid-murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan W.P Labuan paling ramai terlibat dalam sukan bola baling iaitu 21.2% (60 orang), kedua ialah olahraga 20.1% (57 orang), ketiga lain-lain sukan 15.5% (44 orang), keempat bola jaring 13.1% (37 orang), kelima bola sepak 12.7% (36 orang), keenam sukan badminton 11.0% (31 orang), ketujuh sukan bola tampar 5.3% (15 orang) dan sukan paling kurang di minati atau diceburi oleh murid-murid Tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan ialah acara renang hanya 1.1% hanya (3 orang) yang mengikutinya. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan kebanyakkan murid- murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan W.P Labuan tinggal berdekatan dengan sekolah. Ada yang berjalan kaki dan mengikuti pengangkutan sendiri ke sekolah. Murid yang tinggal jarak dekat sekitar 1 hingga 3KM ialah 58.3% (seramai 165 orang) manakala jarak yang jauh sedikit dari sekolah dengan jarak 4 hingga 10 KM ialah 41.7% (118 orang). Murid yang tinggal berdekatan sekolah mempengaruhi kesihatan fizikal kerana kebanyakkan murid yang tinggal sekitar dekat persempadanan sekolah boleh berjalan kaki. Ini melibatkan daya tahan kardiovaskular kerana ia juga salah satu yang menjadi faktor kecergasan fizikal yang tinggi.

4.2 Tahap kecergasan murid perempuan dan lelaki di Sekolah Rendah Kebangsaan WP.Labuan

Berdasarkan nilai min skala likert mengikut lima tahap berada pada nilai skor min 1.81-2.60, maka ia menunjukkan bahawa min 2.14 tahap kecergasan fizikal murid dengan berlandaskan kesihatan di tahap rendah. Kecergasan murid dari sudut daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti badan dan komposisi badan dalam keadaan yang lemah.

Ini boleh mengakibatkan gangguan proses dalam kesihatan murid ketika proses pembelajaran di sekolah kerana kekurangan kecergasan fizikal yang merangkumi fizikal dan otak. Murid yang kurang cergas selalunya lemah, mengantuk dan tidak bermaya untuk menerima input dalam proses pembelajaran di sekolah.

Jadual 4.2.1: Analisis Dimensi Kesihatan dan Lakuan Motor Mengikut Nilai Min

Dimensi Min Sisihan Piawai

Kesihatan 2.14 0.54

Lakuan Motor 3.01 0.70

Manakala bagi kecergasan fizikal murid berlandaskan lakuan motor min 3.01 adalah tahap sederhana kerana berada di antara nilai skor min 2.61-3.40.Kecergasan fizikal murid yang berlandaskan perlakuan motor iaitu melibatkan kelajuan, ketangkasan, kuasa otot, imbangan, kordinasi dan masa tindak balas adalah di tahap sederhana. Murid lebih cergas cenderung untuk membuat aktiviti seperti berjalan kaki, berlari dan lebih tangkas dalam melakukan

(7)

sesuatu aktiviti yang melibatkan kecergasan fizikal seperti juga dalam UJIAN SEGAK.

Apabila murid berada dalam tahap kecergasan yang memuaskan maka hasil kemenjadian seseorang murid yang cergas mampu berdaya saing dari segi kekuatan mental dan emosi.

Jadual 4.2.2: Analisis Dimensi Kecergasan Fizikal Mengikut Keutamaan Nilai Min

Dimensi Min Sisihan

Piawai

Markah

(Berdasarkan Skor Min)

Tahap

Lakuan Motor 3.01 0.70 1 Sederhana

Kesihatan 2.14 0.54 2 Rendah

Hasil kajian dimensi lakuan motor merupakan dimensi utama dengan tahap skor min adalah sederhana (Min = 3.01, Sisihan Piawai = 0.70). Ini diikuti dengan dimensi kesihatan adalah sederhana (Min = 2.14, Sisihan Piawai = 0.54). Kedua-dua elemen ini merupakan dimensi yang membentuk komponen kecergasan fizikal murid. Secara keseluruhannya, tahap kecergasan fizikal yang berlandaskan lakuan motor dalam kecergasan fizikal murid adalah sederhana (Min = 3.01, Sisihan Piawai = 0.70).

Taburan responden mengikut kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan menunjukkan tahap kesihatan murid ialah pada tahap tinggi. Hal ini dapat dilihat daripada peratusan tertinggi yang menunjukan 65.3 peratus (185 orang) dengan min 3.80. Guru-guru yang membuat pentaksiran tahap kecergasan murid juga mempengaruhi ujian kecergasan murid. Dilihat dari guru-guru yang membuat pentaksiran UJIAN SEGAK di antara yang kurang berpengalaman dengan menunjukkan peratusan rendah iaitu 5.7 peratus (16 orang) murid yang terlibat dengan min 1.82. Manakala guru yang mempunyai sifat pilih kasih ketika membuat laporan UJIAN SEGAK juga menujukkan peratusan yang rendah 12.4 peratus yang melibatkan (35 orang) murid dengan min 2.00. Ini dapat mempengaruhi keputusan petaksiran kecergasan murid kerana pengalaman guru yang kurang dan bukan opsyen di bidang Pendidikan Jasmani tidak dapat menilai hasil kecergasan fizikal murid dengan betul.

Jadual 4.2.3: Taburan responden mengikut Kecergasan Fizikal yang berlandaskan Kesihatan n=283

1 Tidak Benar Sama Sekali (TBSS), 2 Tidak Benar (TB), 3 Tidak Pasti (TP), 4 Setuju(S), 5 Sangat Setuju (SS)

Disamping itu, murid yang tidak menjalankan UJIAN SEGAK kerana mempunyai masalah kesihatan adalah di tahap sangat rendah dengan peratus 9.5 peratus (27 orang) dengan min 1.66 di tahap sangat rendah. Dan terakhir ialah murid yang menghidap penyakit kronik juga menunjukkan 3.9 peratus (11 orang) dengan min 1.41 menunjukkan tahap min yang sangat rendah. Jadual 4.6.4 di atas menunjukkan taburan responden mengikut kecergasan fizikal berlandaskan Lakuan Motor. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid sekolah rendah di WP.Labuan adalah murid yang yang aktif bersukan kerana tahap yang tinggi iaitu 57.6 peratus (163 orang) dengan min 3.68. Kebanyakkan murid-murid di sekolah rendah kebangsaan WP.Labuan ini adalah di kalangan atlit-atlit sukan yang terlibat dalam kejohanan

Penyataan/Item Skala

Jum Min SP Tahap

Kesihatan 1 2 3 4 5

B12. Saya tidak menjalankan UJIAN SEGAK kerna masalah kesihatan

62.9 (178)

20.8 (59)

6.7 (19)

6.0 (17)

3.5 (10)

9.5 (27)

1.66 1.07 Sangat Rendah B13. Tahap kesihatan saya memuaskan 3.5

(10) 4.6 (13)

26.5 (75)

39.2 (111)

26.1 (74)

65.3 (185)

3.80 1.00 Tinggi B14. Saya mempunyai penyakit kronik 73.1

(207) 17.0 (48)

6.0 (17)

3.2 (9)

0.7 (2)

3.9 (11)

1.41 0.80 Sangat Rendah B15. Guru-guru menjalankan UJIAN

SEGAK kurang pengalaman

50.5 (143)

25.4 (72)

18.4 (52)

3.2 (9)

2.5 (7)

5.7 (16)

1.82 1.00 Rendah B16. Guru-guru pilih kasih apabila merekod

laporan SEGAK

50.9 (144)

18.0 (51)

18.7 (53)

6.0 (17)

6.4 (18)

12.4 (35)

2.00 1.23 Rendah

(8)

sukan. Ini dapat dilihat dengan peratusan sebanyak 34.6 peratus (98 orang) dan min 2.94 terlibat dengan sukan di sekolah di tahap sederhana. Murid-murid juga menunjukkan penglibatan diri dalam sukan dengan mewakili sukan ke peringkat sekolah dan negeri, dan ini menunjukkan 35 peratus (99 orang) terlibat dengan min 2.73 berada di tahap sederhana.

Murid-murid sekolah rendah kebangsaan juga menunjukkan potensi dalam ujian kecergasan fizikal dengan larian 10 kali pusingan acara trek dan padang di tahap sederhana dengan menunjukkan 21.9 peratus (62 orang) penglibatan dan skor min ialah 2.77. Dalam ujian kecergasan yang melibatkan lakuan motor kiraan tekan tubi yang melebihi ulangan 20 ke atas adalah 48 peratus (136 orang) berada dalam tahap sederhana iaitu skor min 3.30. Manakala ringkuk tubi separa melebihi 20 kali ulangan berada di tahap sederhana dengan 42 peratus (119 orang) berada di skor min 3.17. Dalam lakuan motor, fleksibiliti iaitu kelenturan badan seperti jangkauan melunjur kurang daripada 20cm ke bawah berada di tahap yang rendah iaitu 20.8 peratus (59 orang) dengan skor min 2.46.

Jadual 4.2.4: Taburan responden mengikut Kecergasan Fizikal yang berlandaskan Lakuan Motor n=283

1 Tidak Benar Sama Sekali (TBSS), 2 Tidak Benar (TB), 3 Tidak Pasti (TP), 4 Setuju(S), 5 Sangat Setuju (SS)

Kecergasan fizikal meliputi aspek sukan dan juga PJ merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kurikulum pendidikan formal di Malaysia (Zuber 2004; Safani & Hamdan 2005) dan ia diiktiraf sebagai salah satu kegiatan yang penting dalam pembangunan perlakuan program fizikal ketika remaja (Sallis & Mc Kenzi 1991; Lumpkin 2008; Julismah 2011). (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001) Matlamat matapelajaran PJ dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Semua pihak harus berganding bahu untuk mempastikan para pelajar meminati subjek PJ seperti melakukan aktiviti fizikal berbentuk senaman atau rengangan badan. Maka ini dapat meningkatkan minat para pelajar untuk meminati subjek PJ di sekolah kerana waktu PJ sajalah para pelajar boleh melakukan aktiviti senaman badan. Mata pelajaran PJ juga direka bentuk untuk menyemai keyakinan diri, mematuhi peraturan, meningkatkan kemahiran dan menanam semangat kerjasama antara pelajar (Wuest & Fisette 2009).

Penyataan/Item Skala

Jum Min SP Tahap

Lakuan Motor 1 2 3 4 5

B17. Saya seorang yang aktif bersukan 2.1 (6)

9.5 (27)

30.7 (87)

34.6 (98)

23.0 (65)

57.6 (163)

3.68 1.00 Tinggi B18. Saya seorang atlit sukan 17.7

(50) 25.4 (72)

21.9 (62)

20.8 (59)

13.8 (39)

34.6 (98)

2.94 1.73 Sederhana B19. Saya mewakili sukan peringkat

sekolah/negeri

28.3 (80)

21.2 (60)

15.5 (44)

18.7 (53)

16.3 (46)

35 (99)

2.73 1.46 Sederhana B20.

B21.

Saya boleh berlari10 kali pusingan padang/trek

Kiraan tekan tubi melebihi ulangan 20 ke atas

18.0 (51) 11.3 (32)

15.5 (44) 12.0 (34)

44.5 (126) 28.6 (81)

15.5 (44) 31.4 (89)

6.4 (18) 16.6 (47)

21.9 (62)

48 (136)

2.77

3.30

1.11

1.21

Sederhana

Sederhana

B22.

B23.

Ringkuk tubi separa melebihi 20 kali

Jangkauan melunjur saya kurang daripada 20cm ke bawah

15.5 (44) 29.7 (84)

10.6 (30) 21.2 (60)

31.8 (90) 28.3 (80)

24.7 (70) 15.5 (44)

17.3 (49) 5.3 (15)

42 (119)

20.8 (59)

3.17

2.46

1.28

1.21

Sederhana

Rendah

(9)

4.3 Tahap pencapaian akademik

Taburan responden mengikut tahap pencapaian akademik murid Tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Negeri WP.Labuan. Mengikuti kelas tambahan adalah faktor yang penting untuk mencapai pencapaian terbaik dalam akademik khususnya murid yang bakal menduduki UPSR di kalangan murid Tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan negeri WP.Labuan. Ini menunjukkan peratus tertinggi iaitu 89.4 peratus (253 orang) merasakan kelas tambahan ni adalah sangat penting untuk peningkatan prestasi akademik d sekolah. Ini dapat di buktikan dengan skor min 4.47 di tahap sangat tinggi. Kesungguhan murid-murid Tahun 6 untuk mencapai 4 A dalam UPSR adalah satu motivasi yang tinggi iaitu 86.6 peratus (245 orang) murid berpandangan positif untuk berjaya dalam pelajaran. Skor min adalah 4.42 di tahap yang sangat tinggi. Murid-murid ingin kemudahan dan tempat yang selesa untuk belajar menunjukkan 82.3 peratus (233 orang) berharap dengan adanya kelengkapan pembelajaran yang kondusif mampu meningkatkan suasana belajar yang lebih berkesan. Skor min di tahap yang tinggi iaitu 4.20. Murid yang membaca buku rujukan tambahan untuk membantu menyelesaikan soalan yang sukar adalah 78 peratus (221 orang) degan skor min 4.09 berada di tahap yang tinggi. 77.1 peratus (218 orang) merasakan sangat penting untuk menggunakan soalan-soalan ramalan lepas seperti sumber ADABI dan koleksi-koleksi soalan lepas UPSR sebagai bahan ulangkaji murid. Skor min 4.14 di tahap yang tinggi.

Seterusnya menggunakan mentor guru adalah sebagai pembantu kecemerlangan akademik murid. 76.7 peratus (217 orang) murid menggunakan mentor guru sebagai pakar rujuk untuk subjek-subjek khusus atau guru pakar bidang tertentu. Nilai skor min adalah 4.11 di tahap yang tinggi. Selain itu, 73.8 peratus (209 orang) murid terlibat untuk meningkatkan daya pemikiran dengan pengambilan rancangan makanan tambahan seperti vitamin dan kismis dapat membantu murid mempunyai keaktifan saraf dan kesihatan yang baik untuk menjana ilmu yang dipelajari. Nilai skor min 4.06 berada di tahap yang tinggi. Selain itu juga, 70.7 peratus (200 orang) murid merasakan kepentingan untuk mengangkat guru sebagai guru angkat pembimbing bagi murid yang lemah. Nilai skor min 3.90 adalah di tahap yang tinggi.

Mencari sumber dan ilham daripada sumber bahan media dan Internet adalah 68.9 peratus (195 orang) dengan nilai min 3.81 berada di tahap yang tinggi. 62.9 peratus (178 orang) murid mencari sumber rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber sekolah. Min menunjukkan 3.76 berada di tahap yang tinggi. 56.6 peratus (160 orang) murid membuat kerja berkumpulan di perpustakaan. Nilai skor min adalah 3.68 berada di tahap yang tinggi.

51.6 peratus (146 orang) memerlukan tuisyen di luar rumah. Skor min 3.47 menunjukkan ini adalah di tahap yang tinggi. Peranan ibu bapa juga penting kepada murid, kerana ketika murid membuat ulangkaji, ibu bapa harus duduk bersama sebagai pemerhati. 50.6 peratus (143 orang) murid berada di nilai skor min 3.51 yang berada di tahap yang tinggi. 50.2 peratus (142 orang) murid menggunakan khidmat PRS sebagai pendorong dalam mata pelajaran. Nilai skor min 3.45 menunjukkan di tahap yang tinggi. Sebagai tambahan 48.4 peratus ( 137 orang) murid menggunakan TV tutor/ ASTRO sebagai alat bantu belajar dengan nilai min ialah 3.42 yang berada di tahap yang tinggi. 45.6 peratus (129 orang) murid- murid yang cemerlang akan kekalkan latih tubi mata pelajaran teras selama 5 jam sehari dengan min 3.47 berada di tahap yang tinggi.

Adakalanya murid-murid menggunakan khidmat kaunseling sebagai tempat untuk berkongsi masalah dan sebagai agen pembawa perubahan diri untuk peningkatan kendiri. 42 peratus (119 orang) murid menggunakan khidmat kaunseling dengan nilai skor yang ditunjukkkan ialah 3.20 di tahap yang sederhana. Bagi segelintir murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi akademik, 37.8 peratus (107 orang) murid memerlukan idiol atau guru Adiwira sebagai ikon untuk menumpukan pelajaran dan lebih fokus. Nilai skor min bagi ini

(10)

adalah 3.01 di tahap yang sederhana. Dan yang terakhir 32.9 peratus (93 orang) murid memerlukan ganjaran seperti hadiah sebagai pemangkin dan pendorong ke arah kecemerlangan dalam pencapaian pembelajaran. Ini dapat ditunjukkan dengan skor nilai min 2.89 yang berada di tahap yang sederhana.

Jadual 4: Taburan responden mengikut tahap pencapaian prestasi akademik murid n=283

Penyataan/Item Skala

Jum Min SP Tahap

Prestasi Akademik 1 2 3 4 5

C24 Memerlukan tuisyen di luar rumah 6.7 (19)

14.5 (41)

27.2 (77)

28.6 (81)

23.0 (65)

51.6 (146)

3.47 1.19 Tinggi

C25 Mengikuti kelas tambahan di sekolah 1.1 (3)

1.4 (4)

8.1 (23)

27.9 (79)

61.5 (174)

89.4 (253)

4.47 0.79 Sangat Tinggi C26 Membuat latih tubi MP teras

5jam/sehari

5.3 (15)

10.6 (30)

38.5 (109)

23.3 (66)

22.3 (63)

45.6 (129)

3.47 1.11 Tinggi C27

C28

Menggunakan khidmat kaunseling

Membaca buku rujukan tambahan untuk membantu menyelesaikan soalan yang sukar

10.6 (30) 2.8 (8)

15.5 (44) 4.9 (14)

31.8 (90) 14.1 (40)

27.2 (77) 36.7 (104)

14.8 (42) 41.3 (117)

42 (119)

78 (221)

3.20

4.09

1.19

1.00

Sederhana

Tinggi

C29

C30

C31

C32

C33

C34

C35

C36

C37

C38

C39

C40

C41

C42

Berusaha ingin mencapai 4A dalam UPSR

Mencari sumber dan ilham daripada Internet/bahan media

Membuat kerja berkumpulan di perpustakaan

Mencari sumber rujukan di perpustakaan /pusat sumber sekolah

Menggunakan mentor guru sebagai pembantu kecemerlangan

Menggunakan khidmat pembimbing rakan sebaya sebagai pendorong dalam pelajaran

Menggunakan TV tutor/ASTRO sebagi alat bantu mengajar

Menggunakan soalan-soalan lepas UPSR/ADABI untuk ulangkaji Ibubapa duduk bersama ketika membuat ulangkaji matapelajaran Guru angkat sebagai pembimbing setiap pelajar yang lemah

Ingin meningkatkan daya pemikiran dengan mengambil makanan rancangan tambahan seperti vitamin dan kismis

Ingin kemudahan dan tempat yang selesa tempat belajar

Saya memerlukan ganjaran seperti hadiah sebagai pendorong kecemerlangan

Saya memerlukan Idiol/Adiwira baru saya menumpukan pelajaran

1.1 (3) 1.1 (3) 1.8 (5) 2.5 (7)

1.1 (3) 3.5 (10)

6.0 (17) 0.7 (2) 6.7 (19) 4.6 (13) 0.7 (2)

1.1 (3) 22.6 (64)

18.0 (51)

3.2 (9) 10.2 (29) 9.2 (26) 9.2 (26)

3.2 (9) 16.6 (47)

15.2 (43) 4.2 (12) 13.4 (38) 4.9 (14) 5.7 (16)

4.6 (13) 18.7 (53)

19.1 (54)

9.2 (26) 19.8 (56) 32.5 (92) 25.4 (72)

19.1 (54) 29.7 (84)

30.4 (86) 18.0 (51) 29.3 (83) 19.8 (56) 19.4 (55)

12.0 (34) 25.8 (73)

25.1 (71)

25.8 (73) 44.2 (125) 32.2 (91) 35.3 (100)

37.5 (106) 32.2 (91)

27.6 (78) 34.3 (97) 23.7 (67) 37.5 (106) 35.3 (100)

37.8 (107) 15.2 (43)

19.4 (55)

60.8 (172) 24.7 (70) 24.4 (69) 27.6 (78)

39.2 (111) 18.0 (51)

20.8 (59) 42.8 (121) 26.9 (76) 33.2 (94) 38.5 (109)

44.5 (126) 17.7 (50)

18.4 (52)

86.6 (245)

68.9 (195)

56.6 (160)

62.9 (178)

76.7 (217)

50.2 (142)

48.4 (137)

77.1 (218)

50.6 (143)

70.7 (200)

73.8 (209)

82.3 (233)

32.9 (93)

37.8 (107)

4.42

3.81

3.68

3.76

4.11

3.45

3.42

4.14

3.51

3.90

4.06

4.20

2.87

3.01

0.86

0.96

1.00

1.03

0.89

1.08

1.15

0.91

1.21

1.07

0.94

0.90

1.39

1.36

Sangat Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Sederhana

Sederhana

(11)

1 Tidak Penting Sekali (TPS), 2 Kurang Penting (KP), 3 Neutral (N), 4 Agak Penting (AP), 5 Sangat Penting (SP)

4.4 Hubungan dan perkaitan di antara kecergasan fizikal dan prestasi akademik murid Hasil kajian kolerasi terdapat hubungan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik r = 0.272**, p>0.01. Berdasarkan jadual nilai pekali koefisien korelasi ‘r’

maka dapatlah dinyatakan bahawa kedua-dua hubungan tersebut berada pada tahap hubungan yang rendah sahaja. Oleh kerana hubungan antara kecergasan fizikal dengan prestasi akademik adalah berhubungan yang positif maka ia membawa makna, semakin rendah kecergasan fizikal murid maka semakin rendah prestasi akademik murid Tahun 6.

Jadual 4.4.1: Hubungan Kolerasi Di antara Kecergasan Fizikal dan Prestasi Akademik Correlations

Kecergasan Fizikal Prestasi Akademik

KecergasanFizikal Pearson Correlation 1 .272**

Sig. (2-tailed) 0.000

N 283 283

PrestasiAkademik Pearson Correlation .272** 1

Sig. (2-tailed) 0.000

N 283 283

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Kecergasan merujuk kepada aktif secara fizikal daripada keinginan untuk menjadi sihat dari segi fizikal dan menjadi kuat serta bertenaga. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan PJ dan kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga- tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan, penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Barrow (1971) menyifatkan PJ dalam konteks pengalaman pendidikan keseluruhan dan menegaskan bahawa pengalaman PJ berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkait dengan hal seumur hidup individu. Bucher dan Thaxton (1979) menyatakan bahawa pelajaran PJ adalah merupakan aktiviti pengalaman di sekolah yang melibatkan aktiviti, pengembaraan, penyelesaian masalah dan kefahaman sistem tubuh badan manusia serta hubungannya dengan pendidikan pergerakan. Menurut Raddick (1982),PJ adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ia menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ia menekankan pendidikan melalui aktiviti PJ. Fox dan Biddle (1988) pula menyatakan bahawa salah satu objektif yang utama PJ adalah untuk menanamkan kehidupan yang sihat dan bersikap positif terhadap sukan, kesihatan, kecergasan dan senaman. Lumpkin (2008) menyatakan bahawa PJ memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya terlibat dengan pendidikan yang bercorak fizikal melalui aktiviti sosial dan mental.

Dapatan ini memberi implikasi kepada sistem pendidikan bahawa murid-murid harulah mempunyai otak yang cergas, tubuh yang sihat dan fizikal yang kuat untuk mempertingkatkan prestasi akademik murid. Ini bermaksud murid yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat membantu dalam peningkatan pembelajaran murid di rumah dan sekolah. Apabila murid tidak bermaya ini akan menyebabkan reputasi akademik murid akan menurun. Oleh itu peranan guru sukan dan Pendidikan Jasmani untuk menggalakan murid yang lemah dalam kegiatan sukan harus dipertingkatkan agar minda murid juga turut cergas untuk menerima input pembelajaran. Selain itu juga peranan ibubapa

(12)

untuk menggalakkan anak-anak untuk menyertai kegiatan sukan atau riadah adalah amat diperlukan agar murid tidak pasif dan mengalami obesity bagi murid yang bermasalah dalam BMI kerana ia boleh menjejaskan masalah kesihatan serta fokus dalam prestasi akademik kerana ia bersangkutan dengan keadaan kesihatan seseorang murid.

4.5 Analisis Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan jantina, kelas dan penglibatan murid dalam mewakili sukan.

Hasil dapatan menunjukkan ujian perbezaan tahap kecergasan fizikal murid Tahun 6 dalam prestasi akademik berdasarkan jantina. Melalui ujian Levene’s iaitu ujian kesetaraan mendapati F yang diperolehi ialah 7.556 dan nilai ini tidak signifikan pada p=0.006. Ini menunjukkan bahawa varian dari segi masalah yang dihadapi ketika pelaksanaan kecergasan fizikal di sekolah zon Bandar dan luar Bandar adalah tidak berbeza secara signifikan. Dalam erti kata lain, kedua-dua varian itu adalah sama kerana ia boleh dilihat dari segi min di antara murid lelaki dan murid perempuan dalam pencapaian akademik min murid lelaki ialah 3.743 dan min murid perempuan ialah 3.734. Melalui dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina (lelaki dan perempuan) dengan prestasi akademik t (281) = 0.155, sig 0.877, p>0.05. Hal ini memberi makna bahawa kecergasan fizikal murid lelaki dan murid perempuan adalah sama daripada segi untuk meningkatkan prestasi dalam pencapaian akademik. Manakala dalam ujian t-test for Equalityof Means didapati nilai t=0.155, df= 281, Sig. (2 tailed)=0.877 atau p>0.05 maka Hipotesis null diterima iaitu tidak terdapat perbezaan skor antara lelaki dan perempuan dalam prestasi akademik.

Jadual 4.5.1: Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan jantina

Pembolehubah Bersandar

Kategori jantina

N

283 Min

Std.

Deviation

t df Sig

(2-tailed) Prestasi

Akademik

lelaki 146 3.7430 .55825 .155 281 .877

perempuan 137 3.7338 .42623

**Aras signifikan pada 0.05

Seterusnya ujian perbezaan tahap kecergasan fizikal murid Tahun 6 dalam prestasi akademik berdasarkan kelas. Melalui ujian Levene’s iaitu ujian kesetaraan mendapati F yang diperolehi ialah 18.095 dan nilai ini tidak signifikan pada p=0.000, tetapi ia boleh dilihat dari segi min di antara murid cemerlang dan murid lemah dalam pencapaian akademik min kelas murid cemerlang ialah 3.7218 dan min kelas murid lemah ialah 3.6386. Melalui dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kelas (cemerlang dan lemah) dengan prestasi akademik t (132) = 0.634, sig 0.527, p>0.05. Hal ini memberi makna bahawa kecergasan fizikal kelas cemerlang dan kelas lemah adalah sama daripada segi untuk meningkatkan prestasi dalam pencapaian akademik. Manakala dalam ujian t-test for Equalityof Means didapati nilai t=0.634, df= 132, Sig. (2 tailed)=0.527 atau p>0.05 maka Hipotesis null diterima iaitu tidak terdapat perbezaan skor antara kelas cemerlang dan kelas lemah dalam pencapaian akademik.

Jadual 4.5.2: Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan kelas

Pembolehubah Bersandar

Kategori kelas

N

134 Min

Std.

Deviation

t df Sig

(2-tailed) Prestasi

Akademik

Cemerlang 119 3.7218 .43596 .634 132 .527

Lemah 15 3.6386 .74826

**Aras signifikan pada 0.05

(13)

Ujian Independent Sample T-test menunjukkan perbezaan tahap kecergasan fizikal murid Tahun 6 dalam prestasi akademik berdasarkan peringkat sukan yang diwakili murid. Melalui ujian Levene’s iaitu ujian kesetaraan mendapati F yang diperolehi ialah 7.420 dan nilai ini tidak signifikan pada p=0.007, tetapi ia boleh dilihat dari segi min di antara murid yang mengikuti sukan ke peringkat sekolah ialah 3.7778 dan murid yang langsung tiada melibatkan diri dalam sukan ialah 3.6520.

Jadual 4.5.3: Ujian Independant Sample T-test melihat perbezaan yang signifikan antara kecergasan fizikal dengan penglibatan murid dalam mewakili sukan

Pembolehubah Bersandar

Kategori Peringkat

N

212 Min

Std.

Deviation

t df Sig

(2-tailed) Prestasi

Akademik

Sekolah 86 3.7778 .42232 1.781 210 .076

Tiada 126 3.6520 .55433

**Aras signifikan pada 0.05

Melalui dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara peringkat yang diwakili (sukan dan tiada mewakili sukan) dengan prestasi akademik t(210) = 1.781, sig 0.076, p>0.05. Hal ini memberi makna bahawa kecergasan fizikal murid yang mewakili sukan ke peringkat sekolah dan yang tidak menyertai sukan adalah sama daripada segi untuk meningkatkan prestasi dalam pencapaian akademik. Manakala dalam ujian t-test for Equalityof Means didapati nilai t=1.781, df= 210, Sig. (2 tailed) =0.076 atau p>0.05 maka Hipotesis null diterima iaitu tidak terdapat perbezaan skor antara murid yang menyertai sukan sekolah maupun tiada menyertai sukan dalam pencapaian akademik.

Ketiga-tiga ujian ini menujukkan hipotesis null diterima kerana tidak terdapat perbezaan skor di antara antara lelaki dan perempuan dalam prestasi akademik, tiada perbezaan skor antara kelas cemerlang dan kelas lemah dalam pencapaian akademik dan tidak terdapat perbezaan skor antara murid yang menyertai sukan sekolah maupun tiada menyertai sukan dalam pencapaian akademik. Kecergasan fizikal seperti sukan dan riadah adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan.

5. Cadangan Dan Kesimpulan

Melalui kajian yang sudah dijalankan oleh pengkaji, diharap agar ianya dapat digunakan dan diperluaskan lagi kaedah untuk menguji tahap keberkesanan kecergasan fizikal dalam penilaian dan aspek pembelajaran dalam peningkatan prestasi akademik murid di masa akan datang. Hasil kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada jurulatih sukan dan juga guru-guru sukan terutamanya yang mengajar sukan dan matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai sumber rujukan pentadbir sekolah dalam pengumpulan data-data SEGAK dan penilaian prestasi akademik UPSR sebagai rujukan sekolah dan dalam merangka strategi yang berkesan dalam melahirkan kemenjadian murid di sekolah. Pembuat dasar d KPM juga perlu mendalami serta mengkaji hubungan kecergasan fizikal murid berkesinambungan dengan peningkatan prestasi akademik murid.

Ini telah membuktikan bahawa aktiviti fizikal mempunyai pengaruh yang positif dalam daya tumpuan, keupayaan untuk mengingat dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Selain itu walaupun pengurangan masa pembelajaran akademik dilakukan untuk membuat aktiviti fizikal, ia tidak memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang individu untuk memenuhi

(14)

pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan. Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), latihan bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh manakala kecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan lesu. Tahap kecergasan seseorang itu bukan hanya diukur dan dinilai melalui ketiadaan atau terhindar daripada sebarang penyakit, malah ianya juga ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal individu tersebut. Oleh itu, tahap kecergasan fizikal sebenarnya dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti.

Secara kesimpulannya, selaras dengan hasrat kerajaan dan KPM yang memberi fokus kepada kecemerlangan murid adalah amat sesuai untuk peningkatan kecergasan fizikal dijadikan landasan ke arah melahirkan murid-murid yang cergas, sihat dan pintar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sudah pasti murid-murid yang aktif dan cergas mampu berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang yang menjurus abad ke-21. Dengan kaedah-kaedah yang pelbagai disalurkan kepada sekolah-sekolah sebagai contoh kemudahan alat kecergasan fizikal yang sesuai diuji dan disarankan dapat meningkatkan prestasi akademik murid terkhususnya dalam Ujian seperti UPSR dan peperiksaan setara. Di samping itu, guru seharusnya mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan bagi memastikan proses penyampaian ilmu yang berkesan kepada murid (King, Goodson, &

Rohani, 2004). Kemenjadian murid yang sihat, cergas dan pintar dapat membantu ke arah kecemerlangan negara dan melahirkan generasi yang berwawasan dan berpendidikan tinggi untuk membantu ke arah pembangunan ekonomi dan sosial negara itu sendiri.

Appendix

Jadual 1: Analisis Statistik Profil Responden

(15)

Jadual 2: Analisis Statistik Kecergasan Fizikal

Statistics

b17aktif b18atlit b19peringkat b2010kali b21tubi20atas b22tubilebih20 b23lunjurkrg20cm

N Valid 283 283 283 283 283 283 283

Missing 0 0 0 0 0 0 0

Mean 3.6678 2.9435 2.7350 2.7668 3.3004 3.1767 2.4558

Std. Deviation

1.00138 1.73317 1.45515 1.11184 1.21087 1.28157 1.21486

Percentiles 25 3.0000 2.0000 1.0000 2.0000 3.0000 2.0000 1.0000

50 4.0000 3.0000 3.0000 3.0000 3.0000 3.0000 2.0000

75 4.0000 4.0000 4.0000 3.0000 4.0000 4.0000 3.0000

Jadual 3 :Analisis Statistik Pencapaian Akademik

Rujukan

Fadzil, N. S. H., & Ahmad, J. (2010, November). Kepentingan Kokurikulum Dalam

Pendidikan Di Sekolah Menengah. In Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education.

Pontian, R. D., & Sailin, M. A. B. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Di Sekolah.

Mohd. Azeman Sailin. (2014). Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah rendah Daerah Pontian(Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Sulaiman, H., Abdullah, S. S., & Yusop, F. D. (2004). Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam Membantu Pelajar-pelajar yang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik. Masalah Pendidikan, 27, 75-86.

Mustaffa, C. S., Omar, N., & Nordin, M. Z. F. (2010). Antesedan kecerdasan emosi,

kecerdasan spiritual dan kecerdasan emosi spiritual (ESQ) dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi. Journal of Techno-Social.

Statistics b12kesi

hatan b13mem

uaskan b14kr

onik b15peng

alaman b16pilih

kasih

N Vali

d 283 283 283 283 283

Miss

ing 0 0 0 0 0

Mean

1.6643 3.7986 1.413

4 1.8163 1.9894 Std. Deviation

1.07041 .99559 .8003

3 1.00433 1.23048

Percent iles

25 1.0000 3.0000 1.000

0 1.0000 1.0000 50 1.0000 4.0000 1.000

0 1.0000 1.0000 75 2.0000 5.0000 2.000

0 2.0000 3.0000

(16)

Yahaya, A., Ghaffar, M. N., Ramli, J., Boon, Y., & Hamid, W. Z. W. (2007). Hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

Maaruf, S. Z. (2014). Pembangunan Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah/Siti Zuraida binti Maaruf (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Yaakob, M. F. M., & Yusof, H. (2017). Model Pengukuran Budaya Sekolah:

Kajian Di Sekolah Kebangsaan Di Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(4), 58-71.bin Syed Chear, S. L., bin Mohd, M. I., & Hamzah, S. H.

(2018). Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi Akademik. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7(1), 21-33.

Ambotang, A. S., Mohamad, B., Abdullah, M. Y., Taat, M. S., & Talip, R. Kajian Terhadap Faktor Penyumbang Terhadap Pencapaian Sifar UPSR Di Sarawak.

Abdul Rahim Ahmad (1985). “Tanggapan Guru dalam Perancangan dan Pelaksanaan Kurikulum Sejarah.” Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahim Abd Rashid (1999). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Abd. Rahim Abd Rashid (1991). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bergier, B., Tsos, A., & Bergier, J. (2014). Factors determining physical activity of Ukrainian students. Annals of Agricultural and Environmental Medicine, 21(3): 613–616.

Darling, N., Caldwell, L. L., & Smith, R. (2005). Participation in school-based extracurricular activities and adolescent adjustment. Journal of Leisure Research, 37(1):

51–56.

Donnelly, J. E., Hillman, C. H., Castelli, D., Etnier, J. L., Lee, S., Tomporowski, P., Szabo- Reed, A. N. (2016). Physical Activity, Fitness, Cognitive Function, and Academic Achievement in Children: A Systematic Review. Medicine & Science in Sports &

Exercise, 48(6): 1197–1222.

Donnelly, J. E., & Lambourne, K. (2011). Classroom-based physical activity, cognition, and academic achievement. Preventive Medicine, 52 (SUPPL).

Eitle, T. M., & Eitle, D. J. (2002). Race, cultural capital, and the educational effects of participation in sports. Sociology of Education, 75(April (2)): 123–146

Othman, N., & Mohamad, K. A. (2014). Thinking skill education and transformational progress in Malaysia. International Education Studies, 7(4), 27–32.

http://doi.org/10.5539/ies.v7n4p27

Peng, C. F., & Shashipriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komsas Di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 10–24.

Pushpalatha, S. (2006). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat : Satu Kajian Kes. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, UPSI.

Rahil Mahyuddin, Pihie, Z. A. L., Elias, H., & Konting, M. M. (2004). The Incorporation of Thinking Skills in the School Curriculum. Kajian Malaysia, 22, 23–33.

Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Kertas Kerja Ini Telah Dibentangkan

Dalam Seminar/ …, 1–13. Retrieved from

http://scholar.google.com/scholar?hl=en&btnG=Search&q=intitle:Pengajaran+Kemahira n+Berfikir+Aras+Tinggi+:+Kesediaan+Guru+Mengendalikan+Proses+Pengajaran+Pem belajaran#0

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengalaman murid dalam penggunaan buku elektronik, mengenal pasti tahap minat membaca buku elektronik dalam kalangan murid, mengenal

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara penglibatan aktiviti fizikal dengan tahap kecergasan fizikal semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar Kolej

antara murid lelaki dan perempuan. Justeru, kajian yang baru perlu dijalankan supaya dapatan kajian dapat ditafsirkan. Seterusnya, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap

Hasil kajian menunjukkan tahap pencapaian akademik murid di dalam kelas dipengaruhi oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran guru manakala peningkatan tahap akademik murid

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru sekolah rendah terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut

Bagi menjawab persoalan pencapaian hasil jangka pendek dari aspek pengetahuan (knowledge) sama seperti yang dinyatakan pada objektif ketiga kajian ini, kajian mendapati bahawa

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid dalam aspek minat dan motivasi serta mengkaji hubungan di antara penerimaan minat dan motivasi

Dapatan kajian penyelidik mendapati ujian PACER – 20 meter Multistage Shuttle Run sesuai digunakan sebagai instrumen ujian untuk mengukur tahap kecergasan daya