• Tiada Hasil Ditemukan

View of Keberkesanan Penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Keberkesanan Penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Keberkesanan Penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa

Melayu Murid Sekolah Rendah

(The Effectiveness of the Use Of Discourse Markers Finger (DMF) To Improve Malay Essay Writing Skills for Primary School Pupils)

Syazwan Mohd Sanosi1*, Zamri Mahamod2

1 Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus, D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 96800, Kapit, Sarawak

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: syazwansanosi@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini mengkaji sejauhmana keberkesanan penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah murid tahun 4. Kajian kuasi eksperimen dengan empat kali rawatan digunakan terhadap murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah daerah Kapit, Sarawak. Bagi menentukan kumpulan kawalan dan rawatan, murid dikategorikan mengikut kelas sedia ada. Setiap kumpulan kawalan dan eksperimen terdiri daripada 30 orang murid. Melalui ujian pra dan pos, data dianalisis. Sementara itu, data telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Bagi analisis inferensi, analisis adalah menggunakan ujian-t dan analisis korelasi Pearson. Hasil dapatan bagi kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian pra mendapati bahawa keputusan ujian tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Selepas menjalani rawatan, skor min ujian pra dan pos mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan. Bagi kumpulan kawalan pula yang menggunakan kaedah tradisional menunjukkan skor min yang tidak signifikan. Dari segi jantina didapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina murid terhadap penggunaan JPW dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Namun demikian, terdapat hubungan positif antara penggunaan JPW dengan persepsi kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah. Implikasi kajian ialah penggunaan teknik dapat meningkatkan kemahiran menulis murid dalam penulisan karangan.

Kata kunci: Jejari Penanda Wacana (JPW), kemahiran menulis, menulis karangan, bahasa Melayu, murid tahun 4

Abstract: This study aims to assess the effectiveness of the use of Discourse Markers Finger (DMF) to improve essay writing skills in Malay Primary school among year 4 pupils. The quantitative approach used in this study by using a quasi-experimental study was conducted during the four treatment to the pupils in year 4 at one of the primary schools in Kapit, Sarawak. To determine the control and treatment group, pupils are categorized according to existing classes. Each control and the experimental group consisted of 30 students. Data were obtained from pre-test and post-test. Data were analysed using descriptive analysis and inference analysis. For inference analysis, analysis using t-test, and Pearson correlation analysis. The findings showed that there was no significant difference in the writing of the summary essay for the pre-test between the experimental group and the control group. After the treatment was carried out, there was a significant difference between the mean score of pre

(2)

and post-test on the use of DMF in improving essay writing skills for the treatment group and the control group showed no significant results. The results for the significant difference between the sexes in order to bring the pupils’ perceptions on the use of DMF to improve essay writing skills Malay primary school also has seen non-existent differences. In the meantime, the hypothesis to reflect the relationship between the use of DMF to perception skills of writing Malay Primary school showed positive results where both variables have a positive relationship. This proves that the use of the Discourse Marker Finger (DMF) technique can improve pupil achievement in essay writing among year 4 pupils.

Keywords: Discourse Marker Finger (DMF), writing skills, writing essay, Malay Language, year 4 pupil’s

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Dunia pendidikan di Malaysia dewasa ini bergerak dengan sangat laju seiring dengan perubahan yang berlaku pada pembangunan dan teknologi masa kini. Bagi memastikan kurikulum tidak ketinggalan kebelakang, langkah yang proaktif iaitu membuat semakan dan menambah baik dalam kurikulum telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berpandukan kepada garis panduan yang sebetulnya dalam menetapkan standard, perlaksanaan berkaitan standard kurikulum Bahasa Melayu telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Oleh kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tinggi martabatnya kerana sering digunakan dalam pelbagai bidang, standard ini menjunjung tinggi peranan Bahasa Melayu. Malah, aspek gabungjalin kemahiran bahasa, ilmu diserap dan nilai murni sangat di ambil berat dalam standard ini. Pelbagai penekanan yang diberi kepada murid di sekolah antaranya PdPc, minat murid dan kecerdasan yang pelbagai. Pembelajaran yang melibatkan keyakinan diri murid bukan sahaja berlaku di dalam kelas, tetapi aktiviti dan kemahiran di luar kelas turut dijadikan tunjang untuk membina keyakinan diri, mencungkil bakat baru, menanam sifat kepimpinan dan membina ketokohan murid dalam pelbagai cabang. Bagi menyokong pelaksanaan standard kurikulum bahasa Melayu, aktiviti luar juga mampu memantapkan penguasaan bahasa murid seperti berpidato, berpantun, dan banyk lagi.

Dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu, kemahiran menulis sangat ditekankan. Bagi memfokuskan aspek pembelajaran aktif, pengajaran menggunakan kemahiran menulis yang pelbagai perlu diajar oleh guru (Yahya dan Dk. Suzanawaty 2014).

Dalam sistem pembelajaran di Malaysia, penekanan dalam aspek kemahiran menulis sangatlah ditekankan. Bukan sahaja di sekolah rendah, malah pada peringkat sekolah menengah. Menurut Nik Safiah (2004), kemahiran menulis merupakan aspek yang paling kritikal di antara aspek yang terdapat di dalam Bahasa Melayu. Dalam kemahiran menulis juga, penyampaian kemahiran menulis ini adalah bersistem dimana mengambil kira banyak faktor seperti misi, struktur bahasa, audiens dan cara penulisan (Abdul Rasid 2011). Kemahiran menulis seharusnya dikuasai oleh setiap murid di Malaysia. Bagi melancarkan sesi PdPc, guru perlu berfokuskan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dimana terdapat 22 objektif di dalamnya. Salah satu daripada 22 objektif tersebut menekankan mengenai kemahiran menulis yang perlu dititikberatkan. Oleh itu, bagi melihat peningkatan murid dalam kemahiran menulis, guru bahasa Melayu haruslah menjalankan tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat DSPK.

(3)

2. Ulasan Kajian Lepas

Tinjauan kajian lepas mendapati bahawa kajian mengenai Jejari Penanda Wacana (JPW) masih belum ada pengkaji yang membuat kajian. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian terdahulu membincangkan tentang kemahiran menulis karangan, penggunaan penanda wacana dan penulisan struktur ayat dalam karangan. Pengkaji berpendapat bahawa, penggunaan teknik JPW ini mampu digunapakai dan hasil keputusan kajian ini menunjukkan keberkesanan teknik ini dalam menulis karangan bahasa Melayu amnya dan karangan bahasa Melayu penulisan bahagian B khasnya. Satu kajian lepas yang berkaitan kajian ini telah dijalankan oleh Mohammad Fadzeli (2012) di mana kajian tersebut melihat bagaimanakah fungsi penanda wacana pada ayat bahasa Melayu. Jadi kajian tersebut sedikit sebanyak membantu dalam menjalankan kajian mengenai penggunaan teknik JPW. Sementara itu, kajian A.Rahman et. al.

(2012), mengenai teknik ‘SALAK’ dalam menjana idea untuk membina ayat dengan cepat dan efektif merupakan sebuah kajian dimana pengkaji menggunakan sebuah teknik dalam kemahiran menulis ayat. Hal ini sememangnya menjadi panduan kepada pengkaji bahawa Teknik JPW ini juga merupakan sebuah kajian yang turut menggunakan teknik dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan murid.

Bagi melihat keberkesanan pengajaran yang diajar, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan sebuah bahan yang merangkumi kelengkapan untuk digunapakai dalam melancarkan proses PdPc. Dengan menggunakan BBM, bakat dan potensi murid dapat dikembangkan dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jeffery Tikok, 2018). Sementara itu, murid sekolah rendah khasnya tertarik dengan penggunaan BBM yang menarik dari guru dalam proses PdPc dijalankan. Ransangan dari BBM itu menggalakkan pembelajaran murid seterusnya mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.

Jadi, penggunaan Teknik JPW yang mana susunan penanda wacana bermula dengan Antaranya, Selain itu, Disamping itu, Akhir Sekali dan Kesimpulannya akan dipindahkan kepada setiap jari yang ada pada tangan. Lima penanda wacana pada jari ini menjadi ingatan dan panduan murid dalam membina karangan dan menyusun ayat dengan lebih tersusun.

Daripada perkataan jari-jari, kata ganda jejari telah terhasil. Menurut kamus dewan edisi keempat, kata ganda separa jejari bermaksud jari-jari tangan atau benda panjang yang halus.

Penanda wacana pula membawa maksud perkataan atau rankaian perkataan yang berfungsi menhubungkait sesuatu idea, hujah ataupun pandangan seseorang semasa menulis mahupun sewaktu berucap. Hasil kajian daripada Mohammad Fadzeli (2012) tentang penanda wacana ada menyatakan bahawa penanda wacana merupakan satu unsur bahasa yang digunakan dalam sebuah penulisan atau perbualan bagi menghasilkan sebuah warkah yang koheran dan kesatuan. Hasil kandungan warkah ataupun wacana yang dihasilkan tidak mempunyai perpautan yang lengkap seandainya tidak menggunakan penanda wacana yang tepat. Jejari Penanda Wacana (JPW) pula merupakan gabungan bahan bantu mengajar di mana lima jejari manusia dijadikan panduan kepada murid untuk mengingatkan lima penanda wacana yang boleh digunapakai ketika membuat karangan atau ulasan pada bahagian B dan C bahasa Melayu penulisan. Rajah 1 menunjukkan kaedah JPW yang diaplikasikan kepada murid dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu.

(4)

Rajah 1: Kaedah Jejari Penanda Wacana

Umum mengetahui bahawa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku secara berperingkat bermula dari 2011 lagi. Bermula dari situ, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) turut mengalami perubahan dimana dari lima subjek yang wajib diambil, bertukar kepada enam subjek. Daripada enam subjek, Bahasa Melayu dipecahkan kepada dua kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Dalam Bahasa Melayu penulisan, murid perlu mahir dalam kemahiran menulis. Berdasarkan tiga bahagian yang ada pada kertas Bahasa Melayu Penulisan iaitu A,B dan C, setiap murid perlu mempunyai kebolehan dalam menulis ayat, membuat ulasan dan mempelajari lebih dari 10 jenis karangan berformat ataupun tidak berformat. Bahasa ibunda ataupun bahasa kedua dalam kehidupan seharian murid bukanlah satu faktor namun penulisan merupakan satu cabaran kepada guru- guru untuk menyampaikan kepada murid di sekolah rendah khasnya (Zamri et. al. 2010). Bagi meningkatkan penguasaan bahasa melalui penulisan, pelabagai aktiviti yang menarik dapat diterapkan seperti aktiviti melibatkan murid mencuba pelbagai jenis perkataan baru, menulis ayat dan menulis kuantiti yang banyak.

3. Tujuan dan Objektif Kajian

Kajian ini melihat keberkesanan penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu murid tahun 4 sekolah kebangsaan di daerah Kapit, Sarawak. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengenal pasti keberkesanan penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah.

2) Mengenal pasti hubungan penggunaan JPW dengan persepsi murid dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah.

4. Hipotesis

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min ujian pra dan pos terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bagi kumpulan rawatan.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min ujian pra dan pos terhadap penggunaan teknik tradisional dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bagi kumpulan kawalan.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan persepsi murid terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah diantara jantina pada kumpulan rawatan.

(5)

Ho4 Tidak terdapat hubungan di antara penggunaan JPW dengan persepsi kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah.

5. Metodologi

Berfokuskan kaedah kuasi eksperimen, kajian berbentuk kuantitatif ini telah digunakan oleh pengkaji bagi melihat pencapaian sama ada berkait rapat dengan idea yang dihasilkan (Creswll 2012). Bagi melihat keberkesanan teknik yang diuji, kajian berbentuk kuasi eksperimen ini juga dilakukan untuk melihat penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis karangan berbentk ulasan. Dengan menggunakan teknik Jejari Penanda Wacana (JPW), pengkaji melihat sama ada teknik ini berkesan digunakan dalam PdPc kemahiran menulis karangan yang berfokuskan ulasan. Bagi menjalankan kajian, murid dikelaskan kepada dua kumpulan sedia ada tanpa mengira tahap penguasaan murid. Satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Teknik Jejari Penanda Wacana (JPW) diajar kepada kumpulan rawatan manakala teknik tradisional diajar kepada kumpulan kawalan. Jadual 1 menunjukkan reka bentuk ujian yang digunakan.

Jadual 1: Reka bentuk kuasi eksperimen

Kumpulan Pra ujian Variable Variable Pos ujian

Rawatan Kawalan

Modul 1 Modul 1

Modul 2 (Pendekatan JPW) Modul 2 (Pendekatan

tradisional)

Modul 3 (Pendekatan JPW) Modul 3 (Pendekatan

tradisional)

Modul 4 Modul 4

Sampel yang digunakan ialah 60 orang murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. Daripada 60 orang murid, mereka telah dibahagikan kepada dua buah kelas yang sedia ada iaitu 30 orang murid dalam setiap kelas. Bagi menjalankan kajian berbentuk kuasi eksperimen, satu kelas dijadikan kumpulan kawalan dan satu lagi kelas dijadikan kumpulan rawatan. Kedua-dua kelas ini diberikan modul yang sama tetapi satu kumpulan iaitu kumpulan rawatan akan menggunakan teknik JPW bagi menjawab modul karangan Bahagian B (ulasan) dan kumpulan kawalan akan menggunakan teknik tradisional bagi menjawab modul karangan Bahagian B (ulasan). Dengan latar belakang demografi dan pencapaian dalam ujian yang hampir sama, kedua-dua kumpulan dari dua buah kelas ini telah dipilih untuk dijadikan sampel.

Perkara seperti ini perlu diambil kira kerana bagi memastikan kajian ini tidak dipengaruhi oleh pemboleh ubah lain.

Bagi instrumen kajian pula, pengkaji menggunakan kaedah ujian pra dan pos serta satu set soalan soal selidik bagi melihat keberkesan penggunaan Teknik JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu murid. Bagi ujian pra pos, satu modul yang mengandungi soalan karangan bahasa Melayu bahagian B (ulasan) diberikan kepada kedua- dua buah kumpulan kawalan dan rawatan. Guru yang mentadbir setiap kumpulan mencatat data dan markah yang diperoleh oleh setiap sampel. Prestasi setiap sampel akan dipantau dan di interpretasi mengikut skor purata min. Setelah selesai membuat ujian pra pos, satu set soalan soal selidik diberikan kepada kumpulan rawatan bagi memperlihatkan keberkesanan JPW dan persepsi murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu.

Berpandukan program Statictical Package for Sosial Sciences (SPSS) versi 2.0, penganalisisan data bagi data kuantitatif telah dibuat. Hasil ujian pra dan ujian pos disemak dan dianalisis berpandukan pemarkahan yang dicapai oleh murid daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam mengahasilkan karangan rumusan. Markah dan format karangan ini adalah berdasarkan sistem Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu markah unutk bahagian B adalah 15 markah. Data deskriptif dihasilkan setelah dikumpul dan dianalisis. Bagi menjawab

(6)

soalan kajian, berpandukan analisis statistik inferensi penganalisisan data telah dibuat. Untuk menguji hipotesis nol kajian pula, analisis statistik turut digunakan. Ujian-t dan ujian Korelasi Pearson digunakan dalam analisis statistik inferensi. Ujian-t digunakan bagi menguji hipotesis kajian untuk melihat perbezaan diantara persepsi murid dengan jantina. Nilai-t bagi menentukan tahap perbezaan ujian-t adalah pada aras signifikan 0.05. Bagi analisis korelasi Pearson pula, ianya bagi melihat hubungan diantara dua pemboleh ubah.

6. Dapatan Kajian

Perbezaan skor min ujian Pra dan Pos terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bagi kumpulan rawatan

Jadual 2 merupakan analisis deskriptif perbandingan skor min ujian pra yang dijalankan sebanyak tiga kali dan ujian pos sebanyak satu kali bagi kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan menggunakan teknik Jejari Penanda Wacana (JPW) bagi menulis karangan berbentuk rumusan.

Melihat kepada jumlah skor min bagi ketiga-tiga ujian pra yang dijalankan, Ujian Pra 1 ialah 6.60, Ujian 2 pula 7.033, Ujian 3 ialah 8.067 dan skor Ujian Pos kumpulan rawatan ialah 10.300. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi jumlah skor min yang diperoleh bagi kumpulan rawatan dalam ujian pra dan skor min bagi ujian pos pula sangat signifikan dengan jumlah skor min bagi Ujian Pra 1 yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, hipotesis nol iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara skor min ujian pra terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bagi kumpulan rawatan adalah ditolak.

Jadual 2: Analisis deskriptif perbandingan skor min ujian pra dan pos kumpulan rawatan

Kump. Rawatan Ujian Pra 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian Pos

Skor min 6.6000 7.0333 8.0667 10.3000

Perbezaan skor min ujian Pra dan Pos terhadap penggunaan Teknik Tradisional dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bagi kumpulan kawalan

Jadual 3 merupakan analisis deskriptif perbandingan skor min ujian pra yang dijalankan sebanyak tiga kali dan ujian pos sebanyak satu kali bagi kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan menggunakan teknik tradisional bagi menulis karangan berbentuk rumusan. Melihat kepada jumlah skor min bagi ketiga-tiga ujian pra yang dijalankan, Ujian Pra 1 ialah 6.667, Ujian Pra 2 pula 6.73, Ujian Pra 3 ialah 6.90 dan skor Ujian Pos kumpulan kawalan ialah 8.300.

Hal ini membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jumlah skor min yang diperoleh bagi kumpulan kawalan dalam ujian pra dan skor min bagi ujian pos tidak signifikan dengan jumlah skor min bagi Ujian Pra 1 yang dijalankan. Oleh hal demikian, hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara skor min ujian pra dan pos terhadap teknik tradisional dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bagi kumpulan kawalan adalah diterima.

Jadual 3: Analisis deskriptif perbandingan skor min ujian pra dan pos kumpulan kawalan

Kump. Kawalan Ujian Pra 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian Pos

Skor min 6.667 6.73 6.90 8.30

Perbezaan persepsi murid terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah diantara jantina kumpulan rawatan Jadual 4 merupakan perbandingan jantina bagi melihat persepsi murid terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah diantara jantina pada kumpulan rawatan. Data menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai𝑡(28) = .503 , 𝑝 > 0.05. Hasil menunjukkan nilai signifikan .219

(7)

lebih besar daripada aras signifikan .05. Oleh itu, hipotesis nol yang menyatakan Tidak terdapat perbezaan persepsi murid terhadap penggunaan JPW dalam meningkatkan Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah diantara jantina pada kumpulan rawatan diterima.

Jadual 4: Ujian t tidak bersandar penggunaan JPW dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sekolah rendah antara jantina

Kumpulan Min Beza min Sisihan piawai

t df p

Lelaki Perempuan

3.5083 3.4571

.0512 .20781 .34180

.503 28 0.219

Hubungan penggunaan JPW dengan persepsi kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Jadual 5 menunjukkan data korelasi diantara penggunaan JPW dengan persepsi kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah rendah. Hasil pekali korelasi Pearson menunjukkan telah wujudnya linear positif yang kuat dan signifikan antara penggunaan JPW dengan Persepsi Kemahiran Menulis karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah [𝑟 (28) = 0.619; p < .05] Jadi, Hipotesis yang menyatakan Tidak terdapat hubungan diantara penggunaan JPW dengan persepsi kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu sekolah Rendah adalah ditolak.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, kemungkinan bahawa semakin kerap penggunan Jejari Penanda Wacana (JPW) oleh guru Bahasa Melayu, semakin tinggi persepsi kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah.

Jadual 5: Korelasi diantara Penggunaan JPW dengan Persepsi Murid dalam kemahiran menulis Pemboleh ubah Penggunaan JPW dalam penulisan karangan bahasa Melayu

Persepsi murid Korelasi Pearson (r) Aras signifikan (p)

N

0.619 0.015 30 Signifikan pada aras 0.05

7. Perbincangan

Keberkesanan penggunaan JPW dalam meningkatkan Kemahiran Menulis karangan bahasa Melayu sekolah rendah

Dapatan menunjukkan bahawa PdPc secara tradisional kurang mendapat perhatian murid dan jelas membuktikan bahawa penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) telah banyak memberi impak yang positif dalam menghasilkan sebuah karangan rumusan dengan lebih baik. Hasil dapatan turut menunjukkan skor min kumpulan rawatan lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan. Tambahan, dapatan memperlihatkan murid yang menggunakan teknik JPW berjaya menghasilkan sebuah karangan rumusan dengan lebih baik berbanding kumpulan yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Bertepatan dengan kajian daripada Norah, Nurul Izzati dan Radhiah (2012) yang mendapati sebuah pembelajaran yang mendalam dan berkesan berkait rapat dengan Media yang digunakan dalam proses pendidikan dan guru perlu menyediakan kepelbagaian dalam aktiviti PdPc. Begitu juga dengan kajian daripada Md Noor dan Ling (2011) ada menyebut cara untuk meningkatkan interaktiviti di dalam kelas adalah dengan penggunaan media atau gambar dalam pengajaran bahkan mampu mengurangkan rasa bosan murid ketika PdPc.

(8)

Hubungan penggunaan JPW dengan persepsi murid dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sekolah

Melihat kepada kajian yang telah dijalankan ini, penggunaan teknik pengajaran bergambar seperti penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) di dalam pengajaran menulis karangan berbentuk rumusan mampu meningkatkan prestasi murid. Hal ini kerana dapatan kajian yang diperoleh membuktikan terdapat hubungan yang signifikan diantara penggunaan Jejari Penanda Wacana (JPW) dengan persepsi murid dalam kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sekolah rendah. Hasil kajian berkaitan pekali korelasi Pearson menunjukkan wujudnya linear positif yang kuat dan signifikan antara penggunaan JPW dengan persepsi kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sekolah rendah.

Dapatan data berkait rapat dengan sebuah kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid dan Hasmah (2013), ada menyatakan bahawa antara usaha untuk menarik minat dan meningkatkan kreativiti murid adalah dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan hasil kajian mereka menunjukkan penggunaan bahan pengajaran dan prestasi murid dilihat mempunyai hubungan yang signifikan. Bagi kajian daripada Fullan (2007) pula, antara faktor penting untuk memastikan keberhasilan murid bagi mengubah amalan dan budaya semasa proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan ialah perlunya kesediaan guru yang bertindak sebagai pelaksana. Jadi, kajian yang berkaitan dengan penggunaan teknik Jejari Penanda Wacana (JPW) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu adalah satu kaedah yang sesuai dijalankan di dalam kelas oleh guru bagi meningkatkan perkembangan idea dalam kalangan murid sekolah rendah.

8. Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kajian ini secara keseluruhannya telah membuktikan bahawa penggunaan teknik Jejari Penanda Wacana (JPW) di dalam Pdpc telah membantu murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu iaitu karangan rumusan khasnya dalam kalangan murid Tahun 4 di sebuah sekolah di Kapit, Sarawak. Implikasinya dapat dilihat di mana kaedah PdPc yang lebih terkini dan mempunyai grafik sangat berkesan untuk melahirkan murid yang mampu berfikir dan mengembangkan idea mereka dalam menulis sesebuah karangan dalam subjek bahasa Melayu khasnya. Dengan menggunakan penanda wacana, murid mampu berfikir lebih luas dan membuat olahan ayat yang lebih gramatis. Oleh itu, kaedah PdPc yang berkonsepkan tradisional iaitu yang lebih berpusatkan guru sudah tidak releven lagi buat masa kini. Jadi, penggunaan teknik dalam PdPc yang lebih moden dan berfokuskan murid seperti penggunaan teknik Jejari Penanda Wacana dalam pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah boleh dikembangkan lagi oleh guru-guru bahasa Melayu bagi melahirkan murid yang mempunyai pemikiran kelas pertama dalam mengembangkan ayat dan membuat susunan ayat dengan lebih gramatis.

Rujukan

A.Rahman, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik ‘SALAK’ dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 83-92.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (2): 49-63.

Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd. Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

(9)

Anthony Aloysius Akup & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1): 44-55.

Creswel J.W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. University of Nebraska: Pearson Press.

Fullan, M. (2007). The New Meaning of Educational Change. 4th Edition. New York:

Teacher’s College Press.

Jeffery Tikok. (2018). Sikap dan jantina guru bahasa Melayu sekolah rendah daerah Serian terhadap pemilihan bahan bantu mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1): 13- 21.

Layang Ugek & Jamaludin Badusah. (2018). Amalan dan masalah pengajaran literasi bahasa guru melayu ketika mengajar murid Penan. Jurnal Pedidikan Bahasa Melayu, 8 (2): 25- 38.

Marohaini Yusoff. (2004). Penyelidikan Kualitatif. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Md Noor, N. & Ling, I.H. (2011). Pembangunan perisian berasaskan web di bawah tajuk Matematik Tulen: Vektor-Halaju Relatif. Unspecified, 1-6.

Mohammad Fadzeli Jaafar. (2012). Penanda wacana dalam teks melayu lama berunsur sejarah.

Jurnal Bahasa, 3 (2): 243-258

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal Pedidikan Bahasa Melayu, 8 (1): 33-41.

Norah M. N., Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013). The framework for learning using video based on cognitive load theory among visual learners. Published in Proceedings of the 5th Conference on Engineering Education, 15-20.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam:

Karisma Publication.

Yahya Othman & DK. Suzanawaty PG. Osman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (1): 19-29.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris Pelajar Cemerlang. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2016). Sosiolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian kuantitatif deskriptif pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu (BM) Tingkatan Empat dijalankan antara objektif utamanya adalah untuk

Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengajaran yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-murid ketika mengajar

Implikasi kajian ini ialah faktor pengajaran dan pembelajaran, individu, persekitaran dan jantina tidak mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah

Berdasarkan analisis dapatan kajian, didapati penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar penulisan karangan bukan bahan yang popular dalam kalangan guru Bahasa

Keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa kesan rawatan penggunaan buku elektronik telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berbentuk deskriptif bahasa

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan minat dan kemahiran murid- murid dalam penulisan karangan jenis fakta menggunakan Modul Celik Karangan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk sebagai panduan guru menggunakan kaedah pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan menulis ayat murid di sekolah rendah. Kajian ini juga

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru dapat mengaplikasikan kemahiran kognisi dalam proses pengajaran karangan Bahasa Melayu manakala murid juga telah dapat menguasai kemahiran