5
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN
Osman Bakar
Pengenalan
Kebanyakan diskusi tentang globalisasi
tertumpu
pada isu-isuekonomi seolah-olah dimensi globalisasi yang lain seperti
globalisasi kebudayaan dan globalisasiilmu
pengetahuan danmaklumat tidak
penting. Tajukini
boleh menonjolkan konsep globalisasi yang jauh lebih komprehensif yang lebih menepatihakikat
globalisasi yang sebenamya.Di
sampingitu
ia boleh menegaskan bahawa semua dimensi globalisasi, bukan sekadardimensi ekonomi, adalah penting kepada masa depan
masyarakat dan negara ini khasnya dan masa depan peradaban umat manusia pada armya. Secara relatifnya amat berkurangan isu globalisasi dibahaskan dari kacamatabudaya dan peradabanMalaysia. Yang
menguasai wacanaglobalisasi di peringkat dunia ialah pandangan dan perspektif Barat. Kita perlu
mengetengahkan perspektif Islam dan perspektif dunia
Timur di peringkat
antarabangsa secara yang lebih berkesan supayamasyarakat dunia berpeluang membandingkan antara
satu perspektif dengan perspektif yang lain secara adil dan saksama.Pemikiran
Semasa tentangGlobalisasi:
BeberapaIsu
UtamaAda beberapa isu yang perlu diberi perhatian dalam kita
membahaskan persoalan pertalian globalisasi dengan
peradaban.Jumal Dialog Peradaban
Isu pertama ialah betapa perlunya kita melihat semua dimensi globalisasi
kontemporari
sebagai relevan danpenting
kepadamasyarakat dan negara kita. Di sini kita menyenaraikan
kesemuadimensi
globalisasi yang dapatdikenalpasti
supayagambaran menyeluruh diperolehi tentang globalisasi.
Seterusnya
kita
akanmeneliti
sifat danciri-ciri
setiap dimensidan
apapentingnya dimensi
berkenaan kepada negaraini.
Setiap
dimensi boleh dilihat dan diterokai
sama ada secara berasingan dan terpisah daripada dimensi-dimensi lain ataupun dilihat
secarainteraktif danlait
mengait antara satu sama lain.Tetapi kepentingan masing-masing dimensi haruslah
diakui.
Dalam makalah
ini
senarai dimensi globalisasi yangingin dibincangkan terhad
kepada empat sahaja,iaitu
(1)dimensi ekonomi, (2) dimensi politik, (3) dimensi kebudayaan
dan keagamaandan (4) dimensi keilmuan. Dengan penjurusan
kepada empatdimensi ini
makakita
boleh berbicara tentangempat jenis globalisasi, iaitu globalisasi ekonomi
(economicglobalization), globalisasi
politik
(political globalization),globalisasi kebudayaan dan keagama€u1 (cultural and religious globalization), dan globalisasi ilmu pengetahuan dan maklumat (knowledge and infor mat ion glob alizat i on) .Ada beberapa lagi dimensi atau jenis globalisasi yang juga penting tetapi
tidak
disenaraikan bagi tujuan makalahini.
Satudaripadanya ialah globalisasi demogr ati
(demographicglob al iza t i on) y angme rujuk kepada penghij rahan manusia yang
berlaku
sehingga merubahpola demografi
sesebuah negara.Alasan ia tidak disenaraikan ialah kerana globalisasi demografi mungkin
yangpaling
minimapengaruh, kesan dan dampaknya ke atas Malaysia,paling tidak
buat masaini
dan dalam masa yang terdekat. Bagi tujuan menggambarkan bahawa dalam kes- kestertentu dimensi demografi penting untuk diteliti
dan dampaknya dalam pelbagai bidangditiniau
sertadinilai, lihat
sahaja kesan dimensiini
ke atas Amerika Syarikat,iaitu
negarayang boleh dianggap sebagai paling banyak mengalami
perubahan demo grafi di dunia buat masa ini. Penghijrahan pesat
kaum etnik Hispanik dari
negara-negaraAmerika Latin
keAmerika Syarikat dalam
masakebelakangan ini telah pun
meninggalkan kesan signifikan dalam bidangpolitik,
ekonomiPengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
dan
sosio-budaya,khususnya dalam bidang
bahasa' Bahasa Sepanyolkini
kelihatan muncul sebagai bahasa"tasmf"
keduaAmerika Syarikat
memandangkanbahawa
semakin banyakjabatan kerajaan mengambil langkah untuk mengiktiraf
pemakaian bahasa Sepanyol. Malah Presiden Bush sudah sering
menyampaikan
ucapan-ucapannyadalam dua
bahasa,iaitu
bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol.
Ada satu lagi
kesanglobalisasi demografi di Amerika
Syarikatyang dikaitkan
dengankaum Hispanik.
Masyarakat Kristian, khususnya golongan Katolik, menjadi gemPar apabila akhbar terkenal The Washington Post mendedahkan pada tahun 2001 bahawa terdapattrend di
kalangan kaumHispanik
yang bermazhabKatolik untuk meninggalkan
agama asal mereka keranainginmemeluk
agama Islam. Sehinggakini
dianggarkanlebih kurang
40,000orang keturunan etnik Hispanik telah memeluk
agamaIslam di seluruh Amerika
Syarikat. Mereka dilaporkan telah mendirikan masjid sendiri untuk jemaah Islam Hispanik di kota-kota besar seperti Los Angeles, New York dan Washington D.C.Apa
yang agak memeranjatkan masyarakat Kristian Amerika ialah betapa orang keturunanHispanik
yangdianggap "orthodox"
dalam kepercayaan agama mereka dan begitu setia kepada mazhab Katolik boleh tertarik kepada agama Islam yangdilihat
oleh banyak pihak di Amerika sebagai agama kolot,mundur
dan ganas.Tinjauan awal oleh akhbar berkenaan menunjukkan
bahawa mereka sangat sayangkan ajaran agama tradisi mereka
dan rindukan "hubungan kerohanian yang peribadi dan langsung
denganTuhan" tetapi
menganggap gerejaKatolik
telah gagal memenuhi keperluan kerohanian ini. Mereka
tertarik
kepada Islam
keranamelalui
pengalamanhidup
merekadi
Amerika
merekamelihat Islam
sebagai satu-satunya agama yang dapat memenuhi kedua-dua keperluan mereka tadi. Pada pandangan penganut-penganut baru Islam ini ajaran Islam ialah yangterhampir
dengan ajarantradisi Katolik
dan pada masayang
samaia menawarkan hubungan kerohanian
langsungmanusia
denganTuhan tanpa perantaraan padri. Daripada
contoh kaumHispanik
yang berhijrah ke Amerika Syarikatini,
kita dapat lihat
bagaimana globalisasidemografi yang
telahmempertembungkan kaum itu dengan kaum-kaum lain di
negara
itu
telah meninggalkan kesansignifikan
dalambidang
bahasadanbidang
agama, tentunya selain kesandalambidang-
bidang lain.Sebenarnya tanah air kita pemah dalam sejarahnya
melalui pengalaman yang serupa. Kalau kita mengakui wujudnya proses globalisasi dalam
zarr.artpenjajahan Barat, maka
globalisasi demografi adalah salah satu dimensinya yang utama.Atas kepentingan ekonomi kaum penjajah dan
atas pertimbangan-pertimbangan lain, imigrasi paksaan atau separa-paksaan telah berlaku secara besar-besaran sehingga meninggalkan kesan demografi yang amat ketara ke
atas sebahagian besardunia. Tetapi dunia
Barat(tidak
termasuk Amerika) yang mencetuskan gelombang globalisasi demografi eraitu pada umumnya sendiri
terlepasdaripada
kesannya.Negara kita khususnya dipaksa menerima kaum pendatang
dari
negeri China dan India dalambilangan yangbanyakbagi tujuan membekalkan tenaga pekerjauntuk
pembangunan ekonomikolonial
British. Kesanpolisi
imigrasikolonial ini
adalah jelas.Peta demografi negara
ini
banyak berubah. Negaraini muncul
sebagai sebuah negaramajmuk yang berbilang
bangsa dan agama. Salah satu implikasi jangka paniangnya ialah negaraini
terpaksa berhadapan dengan masalah
pluralisme
yang masih belum dapat diatasi dengan jayanya. Peradaban negara ini telahberubah wajah dan corak dan ia terpaksa melalui
proses pembentukan semula. Dengan itu kita dapatmenghargaibetapa signifikannya globalisasi demografi kepada isu-isu budaya dan peradaban.Isu kedua ialah perlunya
kita
memberi perhatian kepada sifathubungan
antaraglobaliasi
dan peradaban. Peradaban yangkuat dan cergas lagi dinamik boleh mencetuskan serta
mencorakkan globalisasi.
Sebaliknyapula globalisasi
bolehmeninggalkan
kesanyang positif dan juga negatif ke
atas peradaban. Dinamika interaksi antara peradaban dan globalisasi memangperlu dikaji
dandifahami
dengan mendalam kerana dampaknyatidak
semestinya dapatdilihat
dan dirasai dengan sertamerta. Kajian ini
adalahperlu demi
mempertahankanPengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
peradaban kita daripada serangan unsur-unsur negatif globalisasi kontemporari
sebelumpun kita sempat meraih manfaat daripada unsur-unsur positifnya. Berdasarkan
pengalamansilam yang diperkukuhkan pula
dengan kajianilmiah seperti ini adalah diharapkan kita akan dapat meramalkan trend-trend baru dalam
globalisasiyang
bolehmeninggalkan
kesan berpanjangan terhadap peradaban kita.Seterusnya kita akan dapat mengambil langkah-langkah jangka panjang
untuk
membendung trend-trend yang negatif.Kita sudah lihat sebentar tadi bagaimana "kesan peradaban" daripada globalisasi demografi dalam
erapenjajahan yangberlaku satu dua kurun yang lalu masih dirasai
dan masih menjadi
masalah kepada negaraini.
Sayangnya,dunia Islam kontemporari tidak memberi perhatian
serius kepada persoalanini.
Padaumumnya, rata-ratadi
dunia Islam pihak pemerintah kurang berminat terhadap isu-isu peradaban seolah-olah soal masa depanidentitibudaya
dan peradaban kitasendiri tidak lagi penting bagi kita. Ambil
contohisu dialog
peradaban. Atas cadangan Persidangan Pertubuhan Islam (OIC)sendiri, yang dibuat atas desakan Republik Islam Iran,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tahun 200L sebagai "Tahun Dialog Peradaban." Dalarn masyarakat dunia yang berbilang
peradaban,dialog
peradaban sangatpatut aigatlttcan,
lebih-lebih lagi di peringkat pembuat dasar negara. Dan dalam
konteks pergolakan dunia sekarang, isu globalisasi merupakan salah safu isu kepentingan bersam abagisemua peradaban yang amat wajar diutamakan dalam dialog peradaban pada peringkat antarabangsa.Malangnya, "Tahun Dialog
Peradaban"tidak
menyaksik an ap a-apa dialog yang signifikan kecualilah satu dua
program yang berlangsung di Iran atas inisiatif peribadi
PresidenKhattami pada waktu itu yang
memangdiketahui
cukup berminat dengan isu dialog peradabanNamun
demikian,di
tahun-tahunberikutnya di
Malaysiasendiri ada perkembangan yang dikira menarik.
PerdanaMenteri
sekarangDato
SeriAbdullah Ahmad Badawi
telahmenunjukkan bahawa beliau berminat dengan isu dialog
peradabandan dialog
antara budaya. Kerajaanpimpinannya
Jumal Dialog Peradaban
juga berminat dengan gagasan "Pakatan Peradaban-Peradaban
Dunia"
(The Alliance of Ciailizations) yangdipelopori
olehTurki dan
Sepanyoldan disokong kuat oleh Pertubuhan
Bangsa- BangsaBersatu
(PBB). Gagasanini telah dilancarkan
olehmantan Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan pada
27'29 November 2005. Dato Seri Abdullah sering menekankan bahawadialog
antarabudaya dan
peradaban adalah merupakan Pra syaratbagi
keamanandunia.
Sehubungan denganitu,
sejaktahun 2006 sudah tiga tahun berturut-turut diadakan
persidangan antarabangsa di sekitar tema hubungan dan dialog antara Islam dan Barat. Penganjumya ialah Lnstitut
Diplomasi
dan HubunganLuar
(IDFR). Tema Persidangan 2006berbunyi
"Siapa
jurucakap
Islam? Siapa jurucakap Barat?" Padatahun
2007 tema Persidanganialah "Islam dan
Barat: Merapatkan jurang." Persidangan 2008 (9-10 Jun) mengekalkan tematahun
sebelumnyatetapi dengan menumPukan perhatian
kepada langkah-langkahpraktikal
yang bolehdiambil
dengan segera bagi merapatkan jurang antara dunia Islam dan dunia Barat.Isu ketiga ialah perlunya kita mempunyai "perspektif
peradaban
tersendiri"
dalam menangani dan membahaskan isu globalisasi. Ada banyak isu yang perlu dianalisa selain daripada perspektif Barat. Antaranya, isuerti
dan konsep globalisasiitu
sendiri, isu asalusul
globalisasi, isu penilaian globalisasi bagi menentukanburuk baiknya
danurutan
keutamaan dimensi- dimensinya, dan isu bagaimana globalisasi harus dihadapi dan ditangani.Ambil
contohisu
asal usul sejarah globalisasi.Dari perspektif
Batat, peradaban Baratlah yang telah mencetuskan fenomena dan proses globalisasibuat
pertamakalinya
dalam sejarahdunia.
Sesetengahpihak di
Baratyang
berpendapatbahawa globalisasi adalah fenomena khusus zaman kontemporari
sudahtentu menonjolkan dunia
Barat sebagai pencetus dan penggerak utama fenomena itu. Tetapi pihaklain
yang mahumelihat
globalisasi sebagai fenomenadunia
yang telahberlaku jauh lebih awal dalam
sejarah akan mengesan puncanya kepadadunia
Baratjuga, iaitu sekitar tahun
1500apabila kuasa-kuasa baru muncul Barat menjelajahi dunia
untuk
menguasai ekonomi danpolitik dunia.
Pandangan sepertiini
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
tidakboleh
dianggap sebagaipandangan global kerana iatidak
menepati hakikat sejarah dunia yang sebenarnya. Itu pandangan"berpusatk an
Batat"
(" western-centric") .Dari sudutpandangan tamadun Islam, yang lebih menepati
hakikat
se;'arahdunia,
sejarah globalisasibermula lebih
awal lagi, iaitu beberapa kurun lebih awal dari permulaanpenjajahan Barat. Dalam bahagian berikutnya nanti, akan disentuhsedikit tentang peranan peradaban Islam sebagai pencetus dan penggerak gelombang pertama globalisasi yang pernah disaksikan oleh dunia. Apa pentingnya kita meninjau
latarbelakang sejarah globalisasi dan menoleh jauh ke belakang
dalam
sejarahhingga ke
zamantamadun Islam
menguasaidunia? Sebenarnya
adakerelevanannya. Kita akan dapat memaparkan beberapa perbezaan utama antara roh dan
semangat globalisasi yang telah dikuasai oleh peradaban Islamdan roh dan
semangat peradaban yang telah dicetuskan dan dikuasai oleh peradaban Barat sama ada dalam era penjajahanatau dalam
zamankontemporari. Dalam menyentuh
isu-isu globalisasi yanglain juga
akankami
mengambil pendekatan perbandingan peradaban.Konsep dan
Teori Globalisasi
Setakat
ini kita telah
menggunakanistilah
globalisasi tanpa memberidefinisi
yang jelas kepadaistilah
tersebutwalaupun
beberapaciri
dan dimensi globalisasi dinyatakan. Tetapi bagi perbincangan selanjutnya, konsep globalisasiperlu dihuraikan
denganlebih terperinci lagi. Tujuan
utama makalahini
ialahuntuk meninjau pengaruh globalisasi terhadap
peradaban.Tetapi sifat dan ruang
lingkup
pengaruh globalisasi yang boleh dibincangkan tergantung pada maknaytrrgkita
berikan kepada istilah globalisasi. Pada masa ini, kita tidak mempunyaidefinisi
dan konsep globalisasi yang jelas dan disepakatiumum. Kami tidak fikir bahawa
kesepakatandi kalangan para ilmuwan
dalam isu definisi dan konsep globalisasi akhirnya akan tercapai.
Macam
juga tidak
ada kesepakatanilmiah
dalam perumusankonsep budaya dan peradaban. Namun demikian,
adalah8l
Jumal Dialog Peradaban
penting bagi tujuan meneruskan perbincangan tentang pengaruh
globalisasi terhadap peradaban agar diperjelaskan makna globalisasi yang dalam konteks perbincangan ini menjadi"sumber pengaruh" dan makna peradaban yang menjadi
"penerima pengaruh."
Dalam pemakaiannya dewasa ini, istilah "globalisasi"
diberi
beberapa pengertian dandifahami di
dalam pelbagai kontekspenggunaannya. Diturunkan di sini
beberapadefinisi
dan penjelasan tentang globalisasi.Menurut
PrincetonN.
Lyman, Felo Kanandi Institut
Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negaraitu
keAfrika
Selatan, globalisasibiasanyadiertikan
sebagaimerujuk
kepada "rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and finance ." 1 Tetapi beliausendiri
berpendapat bahawa globalisasitidak
boleh dihadkan kepadafenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang
berkembang dankian
meluas.Ini
kerana,menurutnya,
" there are other trends driaen by the same explosion of technological capabilitythat
hauefacilitated
thefinancial
changes.Globalization of
communications is one such trend."z
Dalam sebuah terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya/
PusatKajian
Globalisasidan
Regionalisasi (CSGR),Universiti
Warnrick, England juga menolak pengertian globalisasiyang yang terhad
kepada fenomenaekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat menerima pandangan yang
mengatakanbahawa
apayang disebut
globalisasi hanyalahmerupakan
fenomenaAmerika Utara, bukannya
fenomenaEropah.3 Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa
kefahaman tentang globalisasimengambil
pelbagai dimensi, iaitupolitik,
ideologi, ekonomi dan budaya. Banyak benda bolehdiglobalisasikan. Antaranya,
" goods, seruices, money, people, information, effects on the international order as well as less tangible things such as ideas, behaaioural norms and cultural practices."aPrinceton N. Lyman, 'Globalization and the demands of gov ernance,' Georgetown lour.nal of lnternational Affairs (Winter/Spring 2000), Premier Issue, hal. 90.
Ibid.
Center for the Study of Globalization and Regionalization. Covenlry: Warwick University
rbid,
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
Selaras
dengan cakupan luas fenomena globalisasi ini,
CSGR
mempunyai dua pandangan terhadap
fenomenaitu.
Pertama,
globalisasi dilihat
sebagaisatu himpunan
proses.Globalization
is
"the emergence of a set of sequences and processes that are increasingly unhindere d by territorial or jurisdictional barriers andthat
indeed enhance the spreadof
trans-border practices in economic, p olitical, cultural and social domsins." Kedua, globalisasi dilihat sebagai satu wacana. Globalization is "a discourse of political and economic knowledgeffiring
one uieut of how to make the post- modern world manageable."David Loy,
seorangpensyarah dari Universiti
Bunkyo, Jepundan
salah seorang pembentang kertasdi
Persidangan Globalisasi anjuran JUST melihat globalisasi sebagai " a complex set of deuelopments: economic, political, technological and cultural."s Perisytiharan yang dikeluarkan di akhir Persidangan yang sama telah membuat kesimpulanberikut:
"Globalization refers to the interconnectednessof
humanactiaity
on a global scale,to
the unprecendented flows of capital and labour, technology skills, ideasand aalues qcross state and national boundaries, but
in
ways which neither states nor nations can adequately control."6Kepelbagaian dimensi globalisasi juga ditegaskan
oleh Leonor Briones, Pengerusi Focus on the Global South, sebuah badan serantaubukan
kerajaan (NGO) yang beribupejabatdi Bangkok. Menurutnya, bukan
sahajaterdapat globalisasi
perniagaan dan ekonomi tetapi selari dengannya juga terdapat" globalization of the democratic instifutions, social development
and human rights and the women's
movement."TAkhirnya,
memandangkan bahawa globalisasi ekonomi padaumurrnya
dianggap sebagai teras fenomena yang dinamakan globalisasi, maka ingrn diturunkan di sinisatu definisinya yangdikira
dapat membantu kita merumuskan erti danciri-ciri
globalisasi secarakomprehenslf.
"Economic globalisation is a deepening processof
David Loy, 'Can corporations become enlightened? Buddhist reflections on TNCs,' |oseph A. Camilleri and Chandra Musaffar, ed,s., Globalization: The Perspectitrcs and Experiences of the Religious Traditions of Asia Pacfc (Kuala Lumpur:
Intemational Movement for a Just World, 1998), hal. 63.
rbid.
Leonor Briones, Parallel Trends of Globalization, http:l/wnw.elibr:ary.cr:rnls/
cci urnark,/ getrl...n:tri gchalk.com : [JS, January 3, 1977.
Jurnal Dialog Peradaban
interdependence of
world
economiesin
aariousfields,
including production and market, which optimize the distribution of aarious production factors and resources by promoting cross-border flows of human resources, capital, commodities, seruices, technology and information."sBerdasarkan beberapa
definisi
dan penjelasanterpilih ini
yang boleh dianggap sebagai
mewakili
pandangan terbanyak, kita dapat mengenalpasti ide-ide kunci yang terkandung dalam konsep globalisasi. Dengan mengambil kira ide-ide ini kita dapatmengemukakan makna komprehensif globalisasi seperti berikut. Globalisasi ialah
suatuhimpunan
prosespengaliran global
berbagai-bagaiienis obiek
yangmelibatkan
pelbagaibidang aktiviti
manusia.Obiek
yangdiglobalisasikan boleh jadi fizikal
ataubukan fizikal. Boleh iadi ia dalam bentuk maklumat,
ide,nilai, institusi,
atau sistem.Himpunan
proses pengaliran globalini
dan bidangaktiviti
manusia yangterlibat kian kait
mengait, saling bergantung dankompleks sifatnya.
Dengan
bersandarkan takrif dan
penjelasanciri-ciri
utamaglobalisasi yang dinyatakan di atas, kita dapati adalah munasabah untuk membahagikan fenomena dan
proses globalisasi kepada pelbagai dimensi termasuklah empat dimensiyang terpilih untuk dibincangkan kesannya terhadap
peradaban
Globalisasi yang
diberi erti
luasini
adalah suatuhakikat
yang tidak dapat dipertikaikan. Kita juga mengambilpendirian di
sini bahawahakikat
yang dinamakan globalisasiitu
sudahwujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi.
"Globqlization was
a
reality without a name." Globalisasi tanpa namaini
sudahwujud
bukan sahaja dalam era penjajahan dan imperialisme Barat yang bermuladi
sekitartahun
1500 tetapi juga sebelumnya dalam era tamadun Islam menguasai dunia.Malahan trend globalisasi dalam era dominasi Islam pula dapat dikesan akar umbinya
ke
zamanpra Islam.Pada sifatnya, imperialisme adalah suatu bentuk globalisasi.
Paling tidaknya, ia boleh dianggap
sebagai agen globalisasi.Multinationals Key Players in Economic Globalization (Xinhua, China), http:/
/
rvw w.e l i bra rv.cr:rn / s / ed urna rk,/ getcl..., December 27, 2000
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
Setiap imperialisme memPunyai kecenderungan untuk
menglobalisasikan objek-objek tertentu. Dari segi ini, kita boleh memperkatakan bahawa sebelum Islam, tamadun Romawi dan
tamadun Parsi telah mencetuskan trend-trend globalisasi tertentu
dalam eranya ataupun
memPerPesatkantrend-trend
yang sedia ada. Dalam membuat dakwaan bahawa globalisasi adalahsuafu
kenyataan sebelum zafi:.attkontemporari, kami
tidak bermaksud tidak ada perbezaan langsung antara
globalisasi zarrtan sekarang dengan globalisasi zamar. dahulu.Memang
ada perbezaan ketara antara globalisasidalam
satu era dangan globalisasi dalam era yang lain.Namun
demikian, perbezaanitu
bukandari
segi sifat tetapidari
segiciri-cirinya.
Selagi kita bercakap tentang hakikat yang sama, iaitu globalisasi, maka selama
ifu
sifatnya tetap sama tanpa mengira zarnannya.Sifatnya ialah
sebagai "proses pengaliran global objek-obiek."Malahan, secara kasamya, bidang-bidang
aktiviti
manusia yang terbabit dengan proses pengaliran objek ini juga tidak berubah.Keempat-empat
dimensi globalisasi kontemporari
yanghendak dibincangkan juga terdapat pada globalisasi
zaman Islam. Tetapiciri-ciri
globalisasi banyak berubah sesuai denganperubahan
zafi:.art.Misalnya, ciri kepesatan, ciri kesaling
bergantungan,ciri
keluasandan ciri
kepantasan. Berbanding dengan zarflar.- zarrran lep as, pengaliran obje k-obje k p ada z amart sekarang jauh lebihlaju,lebih
meluas dan melibatkan jenis dankuantiti
objek yang lebih banyak.Lihat
sahaja kepada barang- barang ekonomi yang membanjiri pasaran dunia. Bidang-bidang utamaaktiviti
manusiatadi
semakin maju dengan kewujudan subbidang yang
semakinbertambah dan berkembang
dan bidang-bidang ini semakin kait mengait dan salingbergantung.Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Gelombang globalisasipada zaman moden lebih besar, kuat dan laju daripada gelombang globalisasi dalam era Islam. Tetapi gelombang globalisasi zananpasca moden lebih besar lagi, Iebih perkasa dan lebih pantas lagi jika dibandingkan dengan gelombang globalisasi zarnatt moden.
Dalam bahagian yang
berikut,
satu tinjauan ringkas akan dibuat terhadap globalisasi dalam dua era yang lepas,iaitu
eraIslam dan era penjajahan Barat, dengan tujuan untuk
mendapatkan sedikit gambaran dampak masing-masing ke atas
Jumal Dialog Peradaban
peradaban. Kemudian, dampak kedua-dua gelombang
globalisasiini
boleh dibandingkan dengan kesan dan dampak yangmungkin
didatangkan oleh globalisasi kontemporari.Globalisasi Dalam
EraDominasi Islam
Globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat bidang
iaitu
bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan,bidang
agama dan bidang sains dan teknologi. Bagi sesiapa juga yang memahami sifat agama Islam sebagai agamapaling
universal bukanlah suatu perkara yang menghairankankita
kalau Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masalampau atau pada
masa-masa akandatang.
Sesebuah kuasa atau sesuatu peradabantidak
boleh menjadi penggerak globalisasi sekiranyaia tidak memiliki
semangat globalisme.Adalah
suatu kebenaran bahawa"tidak
ada globalisasi tanpa globalisme." Islam mempunyai semangat globalisme dan sangatberminat untuk melihat
segala persoalan kemanusiaandiri
perspektif global. Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban
dunia ialah
semangat globalismedan
kesejagatanyang telah dipupuknya dan ditiupnya ke
segenappenjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam
menjadi pengasas penulisan sejarah dunia,ilmu
perbandingan agal:l.a,sosiologi, tradisi sains sejagat, institusi saintifik bertaraf
"antarabangsa" dan
penggemb araandunia. Tanpa
terasas semua amalan yang berdimensi global ini, sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasidi
zarnan-zamanberikufnya
lebih perlahan.Di
sampingmempunyai
semangat globalisme, Islam juga mempunyai institusi yang berper€u:lan besar dalam meniupkanroh
globalisasidi
sepanjangzaman.Institusi haji
merupakan agenterpenting
globalisasidalam
peradaban Islam. perananinstitusi ini
memangunik.
Ia mencetuskan dan menggerakkan globalisasi dalam berb agai-bagaibidang termasuklah globalisasimaklumat
danilmu
pengetahuan dan globalisasipotitik.
Oleh keranainstitusi ini kekal
sifatnya, maka peranannya sebagai agentelpenting
globalisasi dalam Islam juga berkekalan.Hari
ini pun,
padaketika dunia
Islamtidak
bermaya menghadapiPengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
cabaran globalisasi kontemporari, institusi hajilah satu-satunya
institusi
yang dapat menjamin semangat globalisme akan terusdihayati
oleh dunia Islam.Ilmu
adalah salah satu penggerak utama peradaban Islam.Sikap positif Islam terhadap semua jenis ilmu pengetahuan telah
memungkinkan
tercetusnya gelombangpertama
globalisasiilmu yang pernah disaksikan oleh dunia. Dalam zaman
kemegahannya, institusi ilmu seperti universiti betul-betul telah berperanan sebagai agen globalisasi ilmu dalam pengertian yangdifahami hari ini.
Pelajar-pelajarbukan Islam dari Cina di
sebelah
Timur dan dari
England sebelah Barat seperti Roger Bacondari Oxford
telahmenuntut di
pusat-pusatilmu
duniaIslam untuk
menimbailmu
pengetahuan. Sebagai salah satu kesan globalisasiilmu ini,
bahasaArab
telah diglobalisasikan sebagai bahasailmiah
antarabangsa yang perlu dipelajarai oleh sesiapajuga yang inginkan
kemajuanpada
masaitu. Mulai kurun
kesepuluh Masehi, bahasaArab telah diajar di
pusat- pusatilmu
di Jerman, Perancis, England, danItali.
Kepantasan penyebaran ilmu terkini juga mengkagumkan. Telah dilaporkan bahawa dua saintis agung Islam,Ibn
Sina danal-Biruni
yanghidup
sezaman padakurun
kesepuluh telah berdebatdi
Asia Tengah tentangbeberapa isu saintifk. Beberapa hari kemudian, perbahasanitu
telah heboh diperkatakan oleh parailmuwan di
Sepanyol.
Lri
menunjukkan tahap globalisasiilmu
yang telah dicapai dalam era pra internet.Globalisasi moden tidak mungkin menjadi suatu kenyataan sekiranya tidak ada tradisi pelayarandan penggembaraan global sebelumnya.
Kemunculan
peradabanIslam
sebagai sebuah peradaban global telah membuka suatu era baru dalam dunia pelayaran dan pengembaraEu:I. Faktor-faktor khusus yang telah merevolusikan dunia pelayaran dan pengembaraan dalam era Islam dan perihal banyaknya tertulis kisah-kisah pengembaraantelah diterangkan oleh
Seyyed HosseinNasr
sepertiberikut:
"The vastness of the Islamic
world,
and theunity
imposed uponit by
acorunon law,
sacred languageand cultural
elements,facilitated travel to
the farthest regionsby both land
and sea.The accounts
of
these travels,which vary greatly in quality,
provide a precious source for the study of many different human societies, aswell
as of aspects of nafural history and geography.87
Jumal Dialog Peradaban
There
is hardly a region which
sometraveler did not visit,
whether in Central Africa, in northern Europe or in the farthest confines of Asia."eSelama empat
kurun, iaitu dari kurun
kesepuluh hingga kekurun
keemp atbelas Masehi, p elay ar -p elay ar Islam menj adi"raja laut" yung tidak ada tandingan. Inilah zaman
pengembaraanyang telah
menghasilkan legenda Sinbad the Sailor dalam kisah Seribu Satu Malam yang masih mempesonaimaginasi dunia. Kemajuan dalam bidang pelayaran berkaitrapat dengan kemajuan komunikasi dan
globalisasi perdagangan. Maka bukanlah secara kebetulan sahaja bahawa tempoh empat kurun yang dinyatakantadimerupakan
tempoh Islam mendominasi perdagangan dan ekonomi dunia. Terdapat suatu pertalian dan interaksi yang dinamis antara duabidang itu. Kalaulah hari ini
peniaga-peniaga Jepun,Amerika
dan Eropah membanjiri dunia Islamunfuk
urusan perniagaan dan perdagangan, dimasa lampau dalamkurun-kurun
yang tesebutdi
atas peniaga-peniaga Islam yang membanjiri pasaran dunia.Di
negeri Cina, salah sebuah pusat perniagaan terkemukadi
dunia pada zaman itu, masyarakat peniaga-peniaga Islam yang datangdari
seratadunia Islam
agak besardan
mereka amatdihormati. Ibn
Battuta yang pernah melawat negaraitu
pada kurun keempatbelas Masehi telah merakamkan pemerhatiannya seperti berTkut:"ln
eaery Chinese city there is a quarter for Muslimsin
which they liae by themselaes, andin
which they haae mosques bothfor
the Friday seruices andfor
other religious purposes. The Muslims are honoured and respected...When aMuslim
merchant enters any town in China, he is giaen the choice between staying withsome specifiedmerchant among the Muslims domiciled there, or going to a hostelry."lo
Rantau Nusantara yang terletak
di
kawasan geografiy*g
amat strategik di tengah-tengah laluan perdagangan
antarabangsayang menghubungkan Timur dan
Barat telahmenerima pengaruh dan
kesanbesar daripada globalisasi
Seyyed Hossein Nasr, Science and Cittilizntion in lslam (Cambridge: The Islamic Texts Society, 1,987), hal. 237.
Ibn Battuta, Traaels in Asia and Africa, terjemahan Hamilton A. R. Gibb (London:
C. Rankedge & Sons, Ltd.,1929),hal.282.
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
ekonomi era Islam
ini.
Berkat Selombang globalisasi ekonomiini,
alam Melayu telah menerima kedatangan kaum Pedagang Islam yang singgah atau bermastautin di sini. Sebagai salah satu kesan utamanya, agama Islammula
tersebardi dunia
sebelahsini.
Padahari ini terlalu sukar untuk kita
bayangkan kaum pedagang boleh menjadi pengembang agama. Budaya pedagang moden dan kontemporari tidak serasi dengantunfutan "budaya
bermartabattinggi"
(high culture) sama ada budaya agama ataubudaya intelektual. Oleh yang demikian,
adalahsuatu
yangterpuji
bahawasanyakaum pedagang Islam telah memberi
sumbangansignifikan
terhadap pengembangan agama Islamdi rantau ini. Zaman yang
samajuga telah menyaksikan peningkatan
globalisasi keagamaanmenerusi aktiviti
globaldakwah Islam. Kedatangan Shaykh Isma'il, utusan Sharif Mekah, ke Samudra
padakurun
ketigabelasMasehi untuk berdakwah dengan disertai oleh bekas Raja Ma'abri
(Coromandel coast), Sultan Muhammad, yang sangguP
turun
takhta demi dakwah dan kedatanganMakhdum Karim
(Tuan SharifAwliya')
ke Sulu pada kurun keempatbelas Masehiuntuk
menyebarkan Islam di kawasan itu harusdilihat
dalam konteksglobalisasi dakwah yang mendapat momentum baru mulai kurun ketigabelas Masehi. Sebagai akibat dua dimensi
globalisasiini,
Islam telah berkembang pesatdi
alam Melayu.Peradaban
Melayu-Islam muncul
sebagai peradaban terbesar dan paling berpengaruhdi
Asia Tenggara.Tinjauan ringkas
globalisasi eraIslam ini
sekadaruntuk menekankan dua perkara.
Pertama,Islam adalah
pencetusgelombang pertama globalisasi yang mendominasi dunia
hingga keakhir kurun
kelimabelas Masehi. Kedua, pengaruh dan dampak globalisasi era Islam ke atas alamMelayu
adalahbegitu
besar sehinggaterbentuk
suatu peradabanbaru
yang layak dipanggil peradaban Melayu-Islam. Pengalaman beberapakurun dunia Melayu dalam menerima pengaruh dan
kesan globalisasi Islamboleh dijadikan panduan berguna kepadakita
untuk menghadapi cabaran globalisasi kontemporari
dan seterusnyauntuk mentaksirkan dan menilai pengaruh
dan kesannya ke atas peradaban Malaysia.Jumal Dialog Peradaban
Globalisasi Dalam
Era Penjajahan BaratAmat munasabah jika gelombang besar kedua globalisasi dianggap sebagai bermula di sekitar
1500M. Tarikh ini
menandakan bermulanya kejatuhan Islam sebagai kuasa
dunia dan Islam
sebagaiperadaban terkemuka dunia.
Serentak dengannya ialah bermulanya eradunia
BaratKristian
sebagaikuasa dunia dan era peradaban Barat
sebagaiperadaban
tergagahdi dunia. Dari perspektif global,
adatiga peristiwa
besarlagi penting yang
melambangkan erabaru
globalisasi.Peristiwa pertama
ialah
kejatuhan bentengterakhir
KerajaanIslam Andalusia (Sepanyol) di Grenada pada tahun
1491.Peristiwa kedua, pelayaran Christopher Columbus ke
"Dunia
Batut"dan "penemuan"
benuaAmerika
olehnya padatahun
1.492. Peristiwa ketiga
ialah
kejatuhan Kerajaan Islam Melakadi
tangan bangsa Portugis padatahun
1511M. Memang sukar hendak dicari peristiwa yang lebih simbolik kepada dunia Baratdan juga dunia Islam sendiri daripada tiga peristiwa yang
berlakuhampir
serentakini. Di
Barat dandi Timur,
Kerajaan Islam dijatuhkan oleh bangsa yang pernah diperintahberkurun- kurun
oleh orang Islam. Khususnya, penaklukan Melaka oleh Portugis menandakan era penjajahan Barat telah bermula. Sejak itu, satu demi satubumiIslamdi
AsiadanAfrika
jatuh ke tangan kuasa-kuasa baru muncul Eropah. Dengan penemuanAmerika
pula oleh bangsa Eropah, gelanggang globalisasi juga semakin luas.Dunia Islam dengan peradabannya tidak jatuh seluruhnya serentak. Peradaban
naik
danfurun mengikut hukum-hukum
alamnya sendiri. Iatidak naik
secara tiba-tiba dantidak turun
dengan serta merta. Setelah merosot ke suafu tahap, ia boleh naik semula ke puncak baru. Dalam era yang diperkatakanini
masih
muncul
kuasa barudari
kalangan umat Islam. Khasnya,Turki
telah muncul sebagai kuasa dunia yangdigeruni
Eropah.Seluruh Balkan ditaklukinya.
TenteraTurki mara hingga
ke"gates of Vienna." Tetapi pada umumnya, proses kemerosotan peradaban Islam telah bermula.
Namun
demikian,di
tengah-tengah kebangunan Eropah ini dengan kuasa yang kian
mendominasidunia,
Islam terus menerus memberi tentangan dan persaingan sengit hingga ke hariini.
Globalisasi era keduaPengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
ini
yangberakhir
dengan kemerdekaan bangsa-bangsa yangtelah dijajah oleh
kuasa-kuasa Baratbolehlah dilihat
sebagai pertarungan sengit antara kuasa-kuasa Barat dan kuasa-kuasa Islam dan sebagai perebutan pengaruh antara peradaban Barat dan peradaban Islam.Dari
segi pandangan kuasa-kuasa Barat sendiri, semangat globalisasi dalam gelombang keduaini
disemarakkan oleh tiga Gy*g
masyhur,iaitu
"God,Gold
andGlory."
Dalam bahasa Melayunya,3 K,iaitu
"Ketuhanan, Kekayaan dan Keagungan."Amat mustahak kita memahami semangattiga G
ini
sekiranyakita ingin menyelami psiki
(psyche) Baratyang
mendorongmereka untuk mendominasi bukan sahaja globalisasi
era penjajahanini tetapi juga
globalisasikontemporari.
Terdapatkesinambungan semangat antara dua era globalisasi ini.
Merujuk kepada G atau K yang pertama ("God" atau
"Kefuhanan"), dunia Barat berminat unfuk menyebarkan agama
Kristian
ke seluruh dunia. AgamaKristian
macam juga agama Islam adalah agamatabligh.
Tetapi Islamlah yangmula-mula menglobalisasikan
agama.Dunia Barat menglobalisasikan
agamaKristian
sebagai reaksidan
persaingan kepada Islamyang telah pun menjadi
agamaglobal.
Faktaini
akan terusmenjanjikan perebutan pengaruh dan pengikut antara
dua agamaini. Implikasi politiknya juga banyak.
Sepanyol dan Portugal yang merupakan dua kuasadunia
terawaldari
Baratdalam era globalisasi yang diperkatakan ini telah
berjaya menjadikan benuaAmerika
Selatan sebagai benuaKatolik.
Asia
Tenggaraturut menerima
kesanglobalisasi
agama Sepanyol yang mula tibadi
kawasanini di
pertengahan keduakurun keenambelas Masehi. Kepulauan Filipina telah diKristiankan.
Hanya keberanian dan kegagahan bangsaMoro
yang telah menyekat kemaraan Kristianisasi ke Filipina Selatan.Apa pun,
konfliktiga
ratus tahun di Filipina Selatan yang masih berterusan adalah kesan berpanjangan globalisasi agama yangditerajui
oleh Sepanyol. Walaupun selepaskurun
ketujuhbelasMasehi pengaruh agama Kristian di Barat mengalami kemerosotan, namun di Afrika dan Asia agama itu terus
berkembang. Dewasaini, banyak kumpulan
gerejadi
Baratbergerak
cergassebagai agen globalisasi agama Kristian.
9l
Jumal Dialog Peradaban
Kumpulan
evangelicalmuncul
sebagai penggerak yangpaling
aktif dan agresif.Merujuk
kepada G dan Kya.g
kedua("Gold"
atau "Kekayaan" yang dilambangkan oleh emas), kuasa-kuasa Barat
berminat untuk
mengaut kekayaan tanah jajahanuntuk
dibawa pulang ke negara masing-masing. Perebutan emas dansumber kekayaan lain di tanah jajahan di tiga benua
danmonopoli
perdagangandunia merupakan
penggerak utamaglobalisasi era ini. Mereka telah berperang
sesamasendiri
kerananya.Alam Melayu
terjejas bermacam cara olehkonflik
di kalangan kuasa-kuasa kolonial ini. Khususnya, pembangunan dan kemajuan peradaban Melayu-Islam terjejas teruk.
Merujuk
kepadaG
atauK ketiga ("Glory" atau "Keagungan"), dunia Barat telah mempunyai tanggapan yang berubah-ubah
mengikut perubahan zarrran. Di peringkat awal era penjajahanini, maksud "glory" yang meliputi ide kebanggaan dan
kernegahanditujukan kepada raja dan
bangsa.Kemudian,
apabilatimbul
kesedaran meluas terhadap hakikat peradaban Baratyang dikongsi
bersamaoleh
pelbagai bangsa Eropah, konsep keagungan mula dipindahkan kepada peradaban Barat.Hari ini yang diagungkan ialah
nilai-nilai
Barat sepertinilai
dan sistem demokrasi,yakni
sistem pemerintahan. Dalam konteks zarrLan ini, tiga G merujuk kepada " gold, govemance, and God."Pengaruh Gobalisasi Terhadap Peradaban
Banyak pihak di dunia telah dan sedang
menilaiburukbaiknya globalisasi kontemporari, terutamanya globalisasi
ekonomi.Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan
globalisasitetapi
senaraikeburukannya lebih
panjang,iaitu
sebanyak tigabelas
keburukan.ll
Walaupun perkiraankuantiti
tidak semestinya boleh disamakan dengan pertimbangankualiti
dalammenilai
globalisasi, namun banyakpihak
berpendapat bahawaglobalisasi mendatangkan lebih banyak keburukan kepada umat manusia seluruh dunia daripada kebaikan.
Menurut Chandra, lapan
aspekpositif globalisasi ialah
(1)lt
Lihat Joseph A. Camilleri & Chandra Muzaffar, eds. Globalization, hal.180-186Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
peranan pelaburan asing (FDI) dalam
mewuiudkan
Pekeriaandan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negaru,
(2) peningkatanmobiliti
sosial dan pengukuhan kelas menengah, (3) peluang yang lebih luasuntuk
mendapatkan maklumat danmenyebarkan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru
komunikasi dan maklumat, (4) komunikasi yang lebuh mudah danjuga murah,
(5) peluangyang lebih
luasuntuk
manusiadari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan
agama berinteraksi, (6) peluang lebih luasuntuk
menzahirkan simpatidan
rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa*mangsa pelbagaijenis
bencanaalam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia, (7) penonjolan idea-ide dan amalan
pemerintahan yangbaik
seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia danakhir
sekali (8) penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.]ika diperhatikan, maka kita dapati bahawa
sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yangberkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensipolitik
dan sosial. Namun seperti yang ditegaskan oleh Chandra, semua aspek globalisasi
yang
dianggappositif ini
sepatutnyadialu-
alukan oleh semua agama. Dari segi keburukan globalisasi pula, tigabelas perkara yang disenaraikan oleh Chandra ialah:t. Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat
terlalu
mementingkan faktor
keuntungan.
2.
Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasandi
sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.3.
Pengabaiankeperluan
asashidup di kalangan rakyat
termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara Selatan4. Modal jangka pendek yang keluar masuk Pasaran seperti
kilat
sebagai akibat amalan baru
yang menjadikan wang
sendiri sebagai komoditi
keuntungan.
5. Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang
perbezaan pendapatann yang semakin melebar
di
negara- negara Utara sendiri.Jumal Dialog Peradaban
6.
Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutannilai-nilai
kerohanian dan moral yangmumi
dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia.7.
Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya globalyang
homogen menerusi perananyang dimainkari
oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.8.
Penyebaranbudaya pop Amerika yang ,,menyelarkan
pancaindera dan mematikan roh,,.9. Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kuris*us ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus_
kursus
ilmu
kemanusiaan dan kemasyaiakat.19
Pembanjiran maklumat yangtidak
berguna.11. Amerika
_syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak
asasi manusiauntuk
mendominasipolitik
dunia.72.
Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibenclung.13.
Pengantarabangsaan penyakit.,.-
Pl-du pendapatkami,
senaraiburuk baik
globalisasi yangdiberikan oleh Chandra ini sudah cukup "komprehensif, khususnya bagi tujuan untuk digunisuaikan dalam
perbincangandi sini.
Tugaskami ialaliuntuk menilai
aspek,aspek baik dan aspek-aspek buruk globalisasi kontemporari
dari
perspektif peradaban. Telah kami tegaskansebelu-
irribuhu*u
perspektif peradaban adalah perspektif iangka panjang. Dalamperspektif jangka
panjang,kita lebih mengutimakai isu-isu
yanglebih pokok
sifatnya sepertiisu nilainilai
kemanusiaandan
kemasyarakatandan is*
pembentukaninstitusi-institusi politik, ekonomi
dansosial yang lebih kekal sifatnya. ]uga perspektif
peradabanlebih mementingkan isu pemblntukin budaya yang sihat baik budaya poliiik mahu pun budaya intelektual. Kita sedia maklum tahawa peradaban Islam T:ryp-rkr",teras
peradaban Malaysia. Kita mengambil kira faktaini dalam kita menilai implikasi globalisasi kontemporari
kepada proses pembentuku., p".ada6an di negara ini.
Kiialuga
percayabahawa oleh
keranaperspektif Islim yang hendik
Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
digunakan
adalahperspektif universal,
maka pertimbangan-pertimbangan yang dibuat
seharusnyadapat diterima
oleh agama-agamalain di
Malaysia.Senarai buruk baik globalisasi yang tersebut di
atas mengesahkankedudukan dimensi ekonomi
sebagai dimensiterpenting globalisasi masa kini dan juga yang paling
berpengaruh. Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkanbanyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan
manusia sejagat ialah sifat dan ciri fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi berkenaan.
Kapitalisme menekankan ide dan amalan perdagangan bebas,
liberalisasi
pasarankewangan dan pengaliran
bedasmodal t-:?pi nampaknya konsep
kebebasandan liberalisasi
yangdifahami dan diamalkan ini betul-betul
bebasdari nilai-nilai
3lrnl
yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain.Kita tidak
nampak bagaimana amalan ekon-omi seperti yang dianjurkan oleh kapitalisme globalini
dapat membeiiteuaitan
kepadagolongan
terbanyak. Globalisasiekonomi dalam
era Islam juga mengamalkan pasaran dan perdagangan bebas tetapi amalan itu berdasarkannilai-nilai
kerohanianain
moral seperti keadilan dan kamakmuran bersama. peradaban ekonomi yang negaraini
perlukan ialah sistem,institusi
dan amalan ekonomi yang didasarkan kepadanilai-nilai
sepertiitu. prinsip-prinsip
ekonomi dan ajaran-ajaranlain
yang relevan dengan ekonomiseperti yang terkandung dalam al-euran dan
SunnahNabi
s.a.w, boleh memberi sumbangan besar terhadap usahauntuk
membentuk peradaban ekonomi yang dihajatkanini.
.
Tetapi malangnya,dari
segi teori dan amalannya,prinsip- prinsip ini agak terbiar. Apa yang disebut-sebut iebagii
ekonomi Islam oleh beberapa kalangan
perlu dikaji
semula.Di
Barat
sendiri
ada wacana tentang konsep pembangunan yang berasaskankeimanan dan keper.ayuu., iguma fiaith-based
development). Misalnya, padatahun 2003diilog
telah diadakandi Universiti Harvard antara
agama-agamaientang
konsep pembangunanini. Dialog itu dianjurkan
oleh beberapapihat
dan beberapa buah badan termasuk
world
peaceFoundition,
Archbishop of
Canterbury,Aga
Khan Foundation danWorld
Bank' Tumpuan perbincangan ialah kepada pendekatan IslamJumal Dialog Peradaban
terhadap isu pembangunan yang berasaskan keimanan.
Institusi
ekonomi yang didasarkan kepada ibadat haji danprinsip
zakatadalah contoh penting pembangunan ekonomi dalam
pengertianyang
diperkatakan.Ini menunjukkan
bahawa ide pembangunanekonomi
yang berteraskan ajaran-ajaran Islam boleh diglobalisasikan.Dari
segi globalisasimaklumat dan ilmu,
Chandra telahmenyimpulkan
denganbaiknya apabila beliau
menyatakan bahawa kesan terburuk dimensi ini ialah pembanjiran maklumat yangtidak
berguna.Islam
sebagai agamayang
menekankankecintaan terhadap ilmu dan hikmah memandang
dengan cukup serius masalah maklumat danilmu
yangtidakberguna.
Bahaya maklumat tidak berguna ini perlu diatasi dengan segera
kerana ia boleh membantut usaha kita untuk melahirkan
manusia yang benar-benarberilmu dan
usahamewujudkan
budayailmu
yang sihat. Tradisiilmu
Islam yangpositif perlu dihayati. Maklumat
yangtidak
benar dan yangtidak
bergunamungkin
sukaruntuk dibendung
daripada terusmengalir
ke dalam masyarakat kita. Kalaupun ia tidakboleh disekat, ia bolehdijawab
denganmaklumat dan ilmu
yang benar. Kebenaranperlu disebarkan seluas-luasnya. Selain masalah bahaya
maklumat tidak berguna, kita juga berhadapan dengan masalah jurang perbezaagpeluanguntuk
mengakses maklumat. Jurangini antara rakyat bandar dan rakyat luar bandar semakin
melebar. Masalahnya, ia membabitkan perbezaan antara kaum dan kumpulan etnik. Keadilan dalam bidang ilmu pengetahuan jugaperlu dilihat
dalam masyarakat kita.Merujuk
kepada globalisasipolitik,
kita perlu menghadapi cabaran penyebaran ide-ide seperti demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaran-ajaran yang adadalam
agamadan tradisi kita. Yang nyatanya,
wacanatentang ide-ide tersebut perlu dipertingkatkan.
Sebilangan intelektualMuslim
yang menetap di Barat menegaskan bahawademokrasi bukanlah sistem yang ideal tetapi mereka juga
berpendapat bahawa dalamkonteks
zarnanini ia
merupakan yang.terbaikuntuk
manusia. Apa pun pandangan kita tentang demokrasi,isu ini perlu ditangani dalam
suasana bebas dan tenang.Kita yakin
bolehdiwujudkan
sistem demokrasi yangPengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban
lebih baik lagi dan yang serasi pula dengan aiaranlslam. Begitu
juga
denganisu pluralisme dalam
pengertiannyayang
luas,teimasuklah pluralisme keagamaan, kebudayaan dan
kepercayaan
politik.
Dari segi globalisasi keagamaan, kami belpendapat bahawa
trend
masyarakatCina unfuk memeluk
agamaKristian
akan berterusan danmungkin
berkembang jikakita
asaskan kepadaperkembangan
keagamaanmasyarakat keturunan Cina di
Taiwan, Singapura dan Hongkong.Apa implikasinya
kepada masa depan pluralisme keagamaan di negaraini
sukar hendak diramalkan. Cuma yang kami bimbangkan ialah "apoliticised Christianity"
y ang diglobalisasikan olehkumpulan-kumpulan
gereja tertentu di Barat akan turut mempengaruhi
perkembangan agamaKristian di sini.
Bagaimanapun, dialog antara agama dan dialog peradaban perlu diperbanyakkan dankualiti
wacananyadipertingkatkan.
Orang-orangIslam perlu terlibat
secaraaktif dalam dialog-dialog ini dalam
keadaan bersedia.Rumusan
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pemah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan
luas sehingga ia meliputi
semuabidang peradaban. Demi
menjamin proses pembinaan peradabandi
negaraini di
atas Iandasan kerohanian dan moral yangditunfut
oleh Islam dan agama-agamalain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik
fenomena globalisasiini
dengan lebih