• Tiada Hasil Ditemukan

Masa Depan bagi Masa Lampau, Masa Lampau dan Masa Depan: Sejarah di Asia Tenggara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Masa Depan bagi Masa Lampau, Masa Lampau dan Masa Depan: Sejarah di Asia Tenggara"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

Masa Depan bagi Masa Lampau, Masa Lampau dan Masa Depan: Sejarah di Asia Tenggara

VINCENT HOUBEN

PERGELUTAN SEJARAH DAN MASA DEPAN

Masa depan Asia Tenggara sangat rapat dengan masa lampau dan masa kininya. Di mana-mana juga, kedua-dua masa lampau dan masa depan itu boleh digambarkan daripada segi hubungan antara kedua- duanya. Kita harus membayangkan pertindihan antara masa lampau dengan masa depan, masa kini dengan masa depan dengan berfikir dalam bentuk ke hadapan / belakang satu-satu peristiwa, proses dan struktur yang menebal dalam prasyarat dan akibatnya. Kalau merenung ke masa lampau boleh dibangunkan sains sejarah, tetapi ketika memandang ke masa depan sering kita rasai seperti amalan tidak tersusun yang diambil oleh faktor tidak saintifik seperti yang dilakukan ahli politik, perancang pentadbiran dan tukang peramal. Namun, masa lampau tidak boleh berdiri sendiri tanpa masa kini; seperti masa kini tanpa masa depannya, masa depan tanpa masa lampaunya ataupun masa lampau tanpa masa depannya.

Disaringan tajuk kajian-kajian di Asia Tenggara, terdapat pelbagai arah dan hubungan tidak simetri antara masa lampau, masa kini dan masa depan yang didapati sangat ketara itu. Masa kini adalah kesan sejarah daripada masa lampau yang bukan sahaja boleh dilihat, diberitahu, ditulis, dibingkai, dipetakan, tetapi juga yang diturunkan, dihantar, dihafal, dikaji, diperiksa, ditafsir atau diterangkan. Masa depan, bagaimanapun, dilihat, dihadapi, didekati atau dihubungkan dalam bentuk trajektori, prospek dan cabaran. Jadi, nampaknya sebagai peraturan umum, manusia masa lampau perlu dikekalkan ruang yang teratur untuk membantu struktur dan kestabilan yang ada kini, sedangkan masa depan terutamanya dikaitkan dengan perubahan, risiko dan luar jangkaan.

Inilah fungsi linear, persepsi masa bergerak ke hadapan, yang melihat keadaan pascamoden sebagai hasil pembangunan tertentu pada masa lampau, meramal masa depan yang sebahagiannya ditentukan terlebih dahulu oleh masa lampau tetapi juga terbuka kepada yang baru dan ketakjangkaan.

Namun, hubungan antara masa kini-lampau- sekarang menjadi pelbagai-arah dan sangat terkesan jika persepsi masa yang lain diambil kira. Harapan atau ketakutan masa depan sudah tentu akan

memberi kesan ke atas sikap orang ramai hari ini, manakala masa lampau hanya memperoleh makna daripada pekerjaan kita masa sekarang, dan masa depan sepatutnya dibentuk melalui pengalaman atau pengajaran yang dipelajari dari masa lampau, manakala masa lampau difahami mengandungi benih- benih masa depan. Hubungan pelbagai ini hanya memaparkan mod masa ‘selamat’. Tetapi, banyak pergelutan juga dicirikan ketidakstabilan, krisis, tidak selamat dan keadaan psikologi yang dipanggil

‘angst’. Angst melebihi rasa takut, kerana ketakutan itu masih boleh dinamakan dan dihitung, lebih-lebih lagi angst merujuk kepada perasaan yang tidak terkawal dan ancaman yang tidak dapat dikenal pasti. Berikutan episod trauma masa lampau serta beberapa angst akan masa depan itu telah menunjukkan bagaimana krisis terdedah dan mempengaruhi masa lampau-kini-depan yang selalu melibatkan tahap individu dan tahap kolektif.

Masa lampau, masa kini, dan masa depan saling bergelut. Tetapi, apakah proses tertentu yang terlibat dan bagaimana ia boleh dijelmakan dalam terma yang sesuai? Kajian baru-baru ini menawarkan bayangan kepada persoalan ini. Pendekatan pertama yang menggunakan terma optik – menggambarkan, mencerminkan, yang lebih terkesan daripada konsep membayangkan dan memvisikan.1 Terma-terma ini menjelaskan bahawa kami melihat masa lampau dan juga masa depan dalam bentuk ruang melalui kanta daripada beberapa sudut yang juga memberi erti tempang. Pendekatan kedua adalah menggunakan bahasa kuasa: masa lampau diperkasakan, masa depan dihadapi, dan sejarah dibangunkan untuk menghadapi masa depan.2 Pendekatan ketiga adalah menyuntik kualiti ke dalam dimensi masa: masa lampau menjadi sangat jelas dan masa depan yang tidak tentu.3 Terdapat agensi manusia di dalamnya.

Dalam esei pendek ini, percubaan akan dibuat untuk menunjukkan bagaimana masa lampau dan masa depan berinteraksi dalam ruang Asia Tenggara.

Teras dalam konsep instrumen dan usaha mendekati tema ini ialah ‘perwakilan aturan sosial’. Perwakilan ialah tanggapan atau idea yang mentakrifkan dunia dan juga yang membenarkan orang ramai untuk menyusunnya secara sejarah, sosial dan politik.

Walaupun ia menggambarkan kecenderungan budaya yang tertentu, tetapi pada masa yang sama

(2)

telah membuka budaya, ruang serta dimensi masa untuk membenarkan pembinaan aturan sosial dengan subjek serta objek itu boleh disusun. Perwakilan itu ialah bentuk pengetahuan yang membolehkan orang ramai untuk membentuk dunia mereka dan tidak boleh dibawa kepada sesuatu yang masih tertangguh antara kita dan realiti.

Perwakilan membentuk aturan sosial dan pada masa yang sama itu adalah sebahagian daripadanya.

Perwakilan bukan sekadar ‘gambaran’ masa lampau atau masa depan, tetapi sumber untuk penciptaan makna vis-a-vis masa lampau dan masa depan, maka membolehkan individu serta pelbagai aktor termasuk masyarakat seluruhnya untuk bertindak sama ada di dalam dan di luar batasan masa kini.

Dengan mengenakan makna pada masa lampau melalui jangkaan masa depan dan sebaliknya, amalan budaya boleh membentuk, mengekalkan atau menyaingi aturan sosial tertentu.4 Dua dimensi bagi satu perwakilan major itu diambil kira di sini: cara masa depan telah tertanam pada masa lampau semasa era penjajahan dan pascakolonial di Asia Tenggara. Saya akan memberi perhatian kepada Vietnam, Malaysia dan Indonesia.

MASA DEPAN PENJAJAHAN

Obsesi terhadap masa depan ialah sebahagian daripada perwakilan masa lampau di Asia Tenggara kerana pernah dijajah. Mempelajari penulisan ramalan dalam sejarah Jawa, Nancy Florida telah menterjemahkan Babad Jaka Tingkir, teks abad ke-19 tanpa nama yang mencirikan peralihan alam Hindu-Buddha di Timur sehingga dominasi Islam di Jawa Tengah 250 tahun lebih awal. Sehubungan itu, beliau mengatakan:

(T)his text does not chronicle a dynastic history preoccupied with the doings of kings and their armies in a linear narrative fashion. Rather this poem interrupts the dominant genealogical style of the dynastic chronicle to treat the past episodically, to generate a novel genealogy of the future. … Rather than register a recuperation of past reality in the name of ‘objective truth’ … or a reinscription of the imagined pasts of dynastic presents with an eye to continuing traditional status quos … this text constructs an alternative past which, countering its oppressive colonial present, would move towards more autonomous, perhaps even liberating, futures.

(Florida 1995: 10)

Teks ini jelas ditulis kira-kira tahun 1850 di Pulau Ambon oleh seorang bangsawan dari keraton di Surakarta, iaitu Pakubuwana VI yang terbuang.5 Tidak menggunakan naratif linear tradisional, ia dibentuk menjadi siri patahan episod. Dalam konteks ketiadaan keturunan tulen bagi takhta kerajaan Mataram, teks itu berkisarkan;

‘other powers, which arise – repeatedly – at the edges or margins of society’. It refers to the Jayabaya tradition, said to be the prophecies of a Hindu Javanese king on the future of Java in the form of eight eras to come. Contrary to babad tradition, however, the marginalised figures do not move toward the centre but remain obscure.

Writing history (Jav. menge`ti) also has a connotation of bringing about a desired future.

(Florida 1995: 270-274, 315, 397) Kita tentu sahaja boleh bertanya sama ada teks Jaka Tingkir ialah cara yang paling sesuai untuk menulis sejarah prakolonial yang terjadi pada saat hadirnya kolonial bermasalah yang memunculkan jalan ke masa depan. Saya mengatakan bahawa ini bukanlah isunya. Dalam hikayat besar Jawa sekalipun, Babad Tanah Jawi, ramalan-ramalan (pasemon) selalu dimasukkan di bahagian awal cerita untuk mengaburkan peristiwa yang

‘ditakdirkan’ kemudian. Penulisan semula yang tetap dan kesinambungan babad besar itu mengandungi maksud yang jelas bahawa ia mengawal keadaan kini dan masa depan dengan mengenakan kuasa ke atas masa lampau (Wieringa 1999: 244-263).

Orientasi fenomena masa depan ini tidak pula hanya terbatas pada penulisan sejarah Jawa. Dalam hikayat Aceh, Hikayat Potjoet Moehamat, konflik antara dua pewaris takhta itu diketahui setelah yang muda itu mendapat satu mimpi yang mengandungi ‘makna’

bahawa tanah itu akan dilanda huru hara, tetapi selepas itu akan stabil kembali. Pada masa yang sama, catatan peristiwa itu telah mengabaikan kebetulan yang terjadi antara mereka (Siegel 1976:

322, 327).

Perbincangan gaya hikayat Melayu juga merujuk ciri frasa yang bersifat sementara, berkait dengan peristiwa, tetapi tidak diletakkan dalam rangka kerja yang bersifat sementara yang paling utama. Bertentangan dengan persepsi Barat, masa lampau sebagai garis peristiwa yang mengarah ke masa kini itu adalah titik istimewa, dalam hikayat pula, peristiwa itu bersifat malar dan hanya diceritakan apabila menonjol. Ini tidak menghalang memperkirakan masa depan. Sebaliknya, Shelly Errington (1979: 38) menunjukkan: ‘Oleh itu untuk

(3)

berkata tentang masa depan, usia menyediakan semacam dorongan untuk tindakan menarik tokoh- tokoh hikayat ke masa depan’. Episod-episod hikayat prakolonial dari dunia Jawa dan Melayu telah ditayangkan di hadapan penonton. Bunyi yang diperoleh daripada persembahan mereka itu diertikan sebagai sosial, satu ciri utama dan dengan cara ini hikayat sejarah dipindahkan ke masa depan.

Makna sosial bagi masa depan telah dipindahkan dengan cara lain selain hikayat sejarah dan persembahan mereka. Di seluruh Asia Tenggara, penduduk luar bandar yang biasa mengira cerita- cerita jangkaan, akan langsung mengenal rasa dan relevannya pada masa krisis. Di Jawa, ramalan buruk Jayabaya, raja Kedhiri, amatlah terkenal.

Sehubungan itu, G.P. Rouffaer, seorang saintis Belanda yang tinggal di Jawa Tengah pada tahun 1889 dan 1890 telah mengambil dan menterjemahkan manuskrip Jayabaya dari arkib Residen Solo. Ini menunjukkan sejarah sebagai tempoh silih ganti antara masa kemakmuran dan keteraturan berbanding dengan masa kehuru-haraan. Cerita ini mengandungi ramalan-ramalan (pralambangan) yang dikaitkan dengan masa tertentu apabila abad lama telah bertukar menjadi baru dalam menghitung masa Jawa.

A fragment of the Rouffaer text reads as follows:

In the year 1900 the realm shall decay and as a consequence of the will of the Almighty a brave European king will come, accompanied by countless armies, to which all kings will have to bow, without being able to resist him. Java will also succumb to him and he will be ruling there for a long time and in a stringent manner, and establish himself immovably. In these times the king of Rum in Constantinople will sit in a State Council and say to his prime-minister: patih, it is known to me that there are no longer ruling princes in Java, all having been forced to submit to a European ruler. Leave with all your armies and chase this usurper from there. If you won’t succeed you are not entitled to go there. The patih and his people will leave for Java and drive the European king out. The people will thereafter be happy, live peacefully and united.6

Ramalan-ramalan Jayabaya telah disebarkan secara meluas di Pulau Jawa, maka sudah tentu dimasukkan ke dalam harapan masa depan rakyatnya.

Ramalan yang serupa juga terkandung dalam perbendaharaan kata Islam (al-Mahdi), manakala di Filipina, tempat asal Kristian (Pasyon). Millenarian dan pergerakan pendakwah di Asia Tenggara telah dikaji secara meluas oleh Michael Adas, Sartono

Kartodirdjo, Ray Ileto dan lain-lain. Idea-idea tentang masa depan melampaui penjajahan adalah begitu lazim dalam masyarakat asal dan pastinya menjadi ancaman kepada penjajah. Oleh sebab itu, manuskrip dan risalah yang merujuk kepada masa depan telah diambil dengan teliti oleh pihak penjajah yang berkuasa. Ia mewujudkan rasa takut di kalangan orang Eropah bahawa idea-idea ini mungkin akan membawa kepada tindakan sosial, yang kadang-kadang tetapi pastinya tidak selalu berlaku. Masa lampau yang terkandung dalam babad, hikayat dan tradisi millenarian itu tidaklah tersusun dan tunggal. Hikayat yang bersifat dinasti yang berkait dengan tradisi lisan telah diedarkan secara meluas dalam pelbagai pengertian, walaupun penceritaan tentang jangkaan perubahan era itu ‘hampa’ kualitinya. Seperti masa lampau, masa depan juga berada di luar kawalan, maka tidaklah spesifik pada masa dan ruang.

MENGUNJURKAN MASA LAMPAU NASIONALIS

Dekad pertama abad kedua puluh ini telah mengubah perwakilan masa lampau dan masa depan di Asia Tenggara secara fundamental. Kunci kepada perkembangan ini adalah moden yang menurut kata- kata Anthony Giddens yang mengatakan masa dan ruang yang terpisah akan membuka aturan sosial bagi ‘zon’ ruang-masa. Sejarah yang berkait dengan kemodenan bergantung pada jenis kesatuan baru,

‘sisipan’ ke dalam masa dan ruang (Giddens 1990:

16, 20-21). Alat utama dalam kemodenan Asia Tenggara adalah idea bangsa. Nasionalisme yang bertindih dengan perwakilan masa lampau dan masa depan itu akan membentuk suatu skim linear yang memberi makna tunggal.

Dalam sejarah Vietnam pada abad ke-19,selain memberi kesahihan kepada dinasti pemerintah, ia berfungsi mengukuhkan prinsip yang ‘tak berpenghujung’ dalam etika Confucian. Tetapi, pada awal abad ke-20, ia mula berubah kerana intelektual seperti Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh mula menggunakan idea linear. Nanum, perubahan falsafah yang besar itu telah dipromosikan orang Vietnam yang telah pergi ke Perancis, maka sudah terdedah kepada falsafah Barat. Tran Huu Do mempunyai pemahaman yang mendalam tentang dialektik Hegelian, tetapi mendapat sedikit pengiktirafan. Demikian juga dengan Ho Chi Minh yang termasuk7 dalam kumpulan ini.

Perkembangan yang sama juga berlaku di Indonesia dengan inteligensia di bandar kecil

(4)

menerima pendidikan Barat dan terdedah kepada sejarah versi Barat. Dalam nada yang sama, Kolej Melayu di Melaka di Semenanjung Tanah Melayu telah memperkenalkan subjek tawarikh pada tahun 1918 dengan membawa kepada penulisan hikayat jenis baru (Khoo Kay Kim 1979: 301, 307). Kedua- dua sejarah dan masa depan itu terkandung dalam projek bangsa dan perwakilan ini perlu dibentuk menjadi model aturan sosial seperti yang diperjuangkan. Perubahan asas kualitatif adalah masa depan menjadi orientasi utama. Jika terdapat pelbagai modeniti (Eisenstadt 2002), maka telah wujud pelbagai cara untuk membayangkan masa depan bangsa. Gerakan-gerakan nasionalis di Asia Tenggara sering diperdebatkan bukan sahaja oleh penjajah, tetapi juga antara mereka sendiri.

Seseorang itu dapat membezakan unjuran masa lampau ke masa depan versi sekular, agama dan Marxsis, tetapi kesemuanya disifatkan sebagai yang hibrid yang berpunca daripada perpindahan antara yang lama, baru dan ke luar bertukar ke dalam.

Apabila Ai Quoc (Ho Chi Minh) kembali dengan senyap-senyap ke negara asalnya pada tahun 1941, beliau mendiami sebuah gua di Pac Bo dan menulis surat untuk rakyat agar dapat disiarkan dalam akhbar Parti Komunis Indochina dalam usahanya untuk menyatukan anti-tradisionalisme dengan versi nasionalis sejarah Vietnam. Beliau menggabungkan dialektik sejarah secara teologi dengan idea tradisi Vietnam, sekali gus mewujudkan acuan untuk semua historiografi nasionalis yang berikutnya (Marr 1981:

284-286). Risalahnya yang bertajuk Sejarah Negara Kita (Lich su nuocta), yang sudah diterbitkan pada tahun 1942 itu adalah sangat penting.

Selain pengajaran utama sejarah, ia memberi penekanan tentang pentingnya penentangan terhadap campur tangan asing, maka rakyat perlulah bersatu.

Terdapat dalam senarai tarikh yang dilampirkan itu menunjukkan beliau cuba meramal tahun kemerdekaan Vietnam akan berakhir pada 1945 (Duiker 2000: 251-253, 260).

Nasionalis awal Indonesia juga berpendirian bahawa bersatu atas dasar masa lampau nasionalis itu sebenarnya mendapat ilham daripada sejarah Belanda semasa prakolonial Jawa yang sudah diterbitkan sekitar 1920 (Reid & Marr 1979: 288- 289). Sukarno adalah ketua arkitek sejarah nasional Indonesia. Beliau mengemukakan ideanya mengenai sejarah dan masa depan Indonesia dalam ucapan pertahanan yang dibacakannya di mahkamah pada tahun 1930 dengan tajuk Tuduhan Indonesia (Indonesie¨klaagt aan!), yang dilengkapi risalah Mentjapai Indonesia Merdeka pada tahun 1933.

Pengarang biografi Sukarno terkini melabelkan ucapan beliau itu sebagai ‘set hujah Indonesia yang meyakinkan, walaupun sentiasa rapat dengan vernakular Eropah dan lain-lain pemikiran politik Barat’ (2002 Hering: 190).

Sukarno menggunakan model tiga peringkat sejarah bangsa Indonesia yang mudah tetapi ‘klasik’:

keunggulan masa lampau – kegelapan masa kini – kegemilangan masa depan. Masa depan rakyat Indonesia pernah gemilang, beliau mengatakan, dan ia memang terkandung pada masa lampau yang besar sejak sejarah menunjukkan bahawa bangsa Indonesia adalah setaraf dengan mana-mana bangsa di negara Barat (Reid & Marr 1979: 290-291). Dalam brosur 1933, idea-idea ini berkembang dan diperkukuhkan lagi dengan menyambung perjuangan menentang penjajah Belanda dengan mitos yang terhimpun dalam Ramayana; Ramawidjaja membunuh syaitan Dasamuka (Hering 2000: 227).

Semasa mesyuarat persediaan yang akhirnya membawa kepada Kemerdekaan Indonesia pada bulan Jun 1945, Sukarno datang dengan idea Pancasila dan sekali lagi dirujuk pada risalah 1933, yang menyatakan bahawa kebebasan politik (kemerdekaan) adalah jembatan emas, jauh di sebelah sana kelihatan rakyat Indonesia akan membina semula masyarakat mereka sendiri (kita sempurnakan kita punya masyarakat).8

Unjuran masa depan negara Islam dan Marxsis agak berbeza, walaupun kedua-duanya adalah sebahagian daripada pergerakan global dalam masa pemikiran utopia. Sejarah Arab-Islam berdasarkan tarikh, dengan kajian peristiwa atau kejadian dengan matlamat untuk mewujudkan ciri-ciri dan kedudukan mereka dalam masa (Johns 1979: 58). Di sini, agama terbukti sudah menjadi alat yang kuat untuk memahatkan masa depan negara dan kepentingan gerakan Islam dalam nasionalisme Tanah Melayu dan Indonesia. Perjanjian akan kebahagiaan abadi selepas kebangkitan dengan keputusan muktamad yang dianggap sebagai mesej penyelamatan yang penting. Gerakan pembaharuan modenis agama pada akhir abad kesembilan belas itu telah membawa idea tentang perpaduan umat Islam dan perlunya meninggalkan adat Islam yang didapati boleh menghalang kemajuan ke arah asal-usul yang tulen.

Idea mengenai bagaimana menyesuaikan Islam dalam kerangka kenegaraan berbagai-bagai, sekaligus menjadikannya isu politik yang berkepentingan kritikal. Tetapi, pra-Islam telah menyampaikan kepercayaan di kalangan rakyat bawahan Islam bahawa kemunculan al-Mahdi menandakan kedatangan hari kiamat itu terus kukuh.

(5)

Begitulah juga dengan mistisisme yang membolehkan kita merasai kehadiran Pencipta itu dengan serta merta, selain melampaui batas masa.

Matlamat bagi penganut Marx mempelajari sejarah adalah untuk mengubahnya. Pada masa yang sama, seperti yang dihujahkan Tan Malaka di Indonesia, Marxsisme bukanlah dogma, tetapi panduan untuk tindakan (Marr 1979: 333; Poeze 2007: 851). Komunisme, seperti Islam, mempunyai maksud global dan mesej pendakwah. Ia mendakwa bahawa sejarah telah ditadbir oleh dialektika material yang akan berakhir dengan revolusi dan keruntuhan kapitalisme yang akan membawa kepada pemerintahan diktator proletariat dan penubuhan sebuah masyarakat komunis. Ciri-ciri teolologi sejarah secara ini boleh dikaitkan dengan jangkaan konkrit untuk masa depan - campuran yang sangat berkesan untuk menggerakkan golongan miskin luar bandar di Asia Tenggara. Parti komunis Vietnam juga terbukti lebih berjaya berbanding dengan parti komunis Indonesia (PKI). Tetapi, cara hibrid mereka dengan menggabungkan ortodoks Marxsis-Lenin dengan jangkaan popular yang sedia ada itu adalah perkara biasa bagi kedua-duanya. Walaupun PKI telah menarik pengikut yang besar dalam tempoh 1951-1965, tetapi tidak begitu banyak berasaskan anti-imperialisme atau keadilan sosial. Sehubungan itu, Ruth McVey mengatakan idea ‘yang mengaitkan dan memikirkan cara yang baru boleh mendapat kekuatan dan menjadi tidak terkalahkan ... Simbol pentingnya ialah kemodenan’ (McVey 1979: 344).

Pada tahun 1957, analisis sejarah yang dibuat DN Aidit telah diterbitkan di bawah tajuk Masjarakat Indonesia dan Revolusi Indonesia.

Hanya tafsiran sejarah ‘betul’ dapat menentukan tindakan yang tepat untuk masa depan. Sejarah bukanlah peristiwa di masa lampau, tetapi ‘corak susunan pemikiran. Ia menyediakan masa lampau yang merupakan model untuk masa depan bukan semata-mata dari segi tindakan yang disyorkan, tetapi dalam kategori persepsi, maka membentangkan cara- cara kita melihat dan mengecualikan lain-lain hal’

(McVey 1979: 349). Masa lampau pada dasarnya ialah nasional dengan parti komunis Indonesia berperanan membebaskan negara yang hanya merdeka pada nama sahaja. Tetapi, komunis pada tahun 1920-an terus menyembah kepada utopianisme tempatan, iaitu ramalan Jayabaya dikaitkan dengan Kesatuan Soviet dan revolusi dengan kedatangan Ratu Adil (Tarling 2001: 374).

PLOT MASA DEPAN DARIPADA MASA KINI

Dalam sesetengah masyarakat, seperti Mongolia, masa lampau berada jauh di depan, manakala masa depan terletak jauh di belakang; kerana yang terdahulu masih kelihatan, manakala yang terkemudian itu, tidak.9 Tetapi, dalam masyarakat kontemporari di Asia Tenggara, masa depan terletak di hadapan. Dalam bahasa Melayu, ia adalah masa depan, masa yang di hadapan. Konotasi tuong lai di Vietnam pula berbeza, kerana ia melambangkan apa yang tidak lagi dilakukan walaupun perlu dilakukan seterusnya. Kata-kata utama negara pascamerdeka itu telah memberi tumpuan kepada masa depan, seperti pada pasca-Perang Dunia II di Asia Tenggara, sekurang-kurangnya pada mulanya yang tidak banyak ditawarkan dalam bentuk kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Memandangkan negara merdeka di Asia Tenggara tidak dapat segera merealisasikan jangkaan popular peningkatan sosial dan ekonominya, mereka terpaksa menguasai masa depan sebagai alat untuk melegitemasikan hubungan kuasa sedia ada.

Cara yang paling penting untuk mempersembahkan ini adalah dengan

‘pembangunan’, menyambung projek sentral dari penjajah masa lampau. Cara yang paling ketara sehubungan itu adalah dengan memperkenalkan perancangan. Melalui perancangan, masa depan berada dalam genggaman dengan statistik yang menyokong itu boleh dipersembahkan sebagai

‘objektif’ kita mencapai matlamatnya. Tetapi, perancangan mengandaikan kestabilan negara dan ini kurang di Indonesia pada tahun 1950-an. Oleh sebab itu, Presiden Sukarno, dalam ucapan umumnya telah memanjangkan revolusi. Selepas peringkat survival (1950-1955), tempoh baru bermula, revolusi sosio-ekonomi bermatlamatkan satu masyarakat yang adil dan makmur seperti yang diungkapkan dalam

‘tata-tentram-kerta-rahardja’. Istilah ini merujuk kepada zaman kegemilangan yang diumumkan oleh dalang dalam wayang.10 Selepas 1965, kestabilan politik telah terjamin dalam tangan tentera, maka menjadikan retorik revolusioner itu jatuh. Kemajuan ekonomi di bawah rejim Suharto telah diwakili melalui perancangan negeri. Dari tahun 1969 sehingga tahun 1994, lima Rencana Pembangunan Lima Tahun telah diumumkan dengan tumpuan yang berbeza antara infrastruktur ke industri dan dari transmigrasi ke pendidikan. Dalam bahasa rasmi, pembangunan telah menjadi istilah yang paling kerap

(6)

digunakan Orde Baru, dengan Suharto sendiri dianggap sebagai ‘bapa pembangunan’.

Perancangan pembangunan di Malaysia, sebuah negara yang agak mewah di rantau ini, tidak begitulah berkesan. Sehubungan itu, K.S. Jomo mengatakan perancangan pascakolonial telah menyediakan pelan induk yang terhad sahaja, sedangkan aktiviti sektor swasta tidak dapat dirancangkan. Sifat perancangan di sini adalah yang bersifat lebih politik: ‘dasar-dasar pembangunan, peruntukan pelan serta pelaksanaan mencerminkan sifat, peranan dan orientasi negeri’ (Jomo 1999: 86- 87). Pada tahun 1991, Mahathir sudah melancarkan Wawasan 2020, satu program yang akan membuat Malaysia sebagai negara maju sepenuhnya. Beliau menegaskan bahawa wawasan ini bukan hanya

‘slogan’, tetapi juga ‘rangka kerja untuk tindakan’

untuk merangkumi aplikasi sains dan teknologi, maka memerlukan perubahan ‘sikap dan nilai’ (Kidam &

Hamim 1999: 339).

Namun, di tengah-tengah krisis kewangan Asia pada 1997, semasa persidangan di Tokyo, beliau kesal akan peranan kapitalis baru yang memusnahkan: ‘Oleh sebab itu, apakah masa depan, masa depan Asia? Sebenarnya bukanlah masa depan Asia, sekurang-kurangnya masa depan yang khas bagi orang Asia’ (Kidam & Hamim 1999: 155). Azab selepas ledakan tidak menjadi kenyataan, sejak ekonomi Asia mula pulih selepas 1999. Cara kedua rancangan melihat masa depan melalui penciptaan sejarah rasmi yang pekat dengan memusatkan peraturan sosial negara pascakolonial. Sehubungan itu, memori kolektif sudah dibina melalui discursive topoi yang digabungkan dalam wilayah yang terpisah-pisah – royalti, perpaduan, budaya, dan agama. Sejarah seharusnya melampaui teras ini, lebih-lebih lagi di negara-negara Asia Tenggara dengan mitos dan titik-titik penentu seperti pertempuran, peristiwa pengorbanan dan wira dengan watak-watak teladan. Semuanya memainkan peranan utama.

Sementara itu, perwakilan sejarah sudah didebatkan dalam bentuk sejarah tempatan dan serantau yang kekal sebahagian besarnya tidak bertulis oleh sejarawan asing, sejarawan tempatan yang kritikal tinggal di luar negara dan dari bawah (Houben 2008). Selain itu, sejarah rasmi pula jelas menunjukkan apa yang telah ‘dilupakan’ atau ditapis, dengan tujuan untuk memastikan masa depan tidak akan tergoyah oleh kenangan masa lampau yang bermasalah. Contoh ekstrem sejarah negara sebagai alat untuk justifikasi rejim ialah Indonesia di bawah pemerintahan Suharto. Tema utama versi masa

lampau Sukarno ialah perkembangan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Ketika Orde Baru, visi baru bagi sejarah, dimasyhurkan dengan Nugroho Notosusanto sebagai komposer utama, ia mengubah angkatan tentera menjadi pemain utama sejarah kerana ia mempertahankan negara pada saat-saat kritikal di masa lampau, terutamanya semasa perjuangan kemerdekaan Indonesia tahun 1965 semasa percubaan rampasan kuasa oleh komunis. Menurut Katharine McGregor (2007: 217), sejarah Indonesia telah dirampas dari rakyatnya untuk menjadi cerita kejayaan tentera yang mewakili Orde Baru sebagai puncak sejarah. Namun, lebih daripada sepuluh tahun selepas kejatuhan Suharto, versi baru sejarah Indonesia yang rasmi tidak berlaku. Pengekalan mitos sejarah rasmi itu ditunjukkan oleh perwakilan rasmi urusan Nhan Van-Giai Pham pada pertengahan tahun 1956. Ia terdiri daripada beberapa intelektual dan penulis-penulis yang secara terbuka menangani masalah domestik DRV yang kontemporari. Pandangan yang menentang itu dibiarkan kepimpinan parti, maka hanya disekat di kemudian hari. Dalam penulisan sejarah rasmi, peristiwa-peristiwa ini kemudiannya sudah bertukar menjadi sebuah komplot anti-sosialis, mitos yang masih kekal sehingga hari ini, walaupun sejak permulaan Doi Moi (dasar inovasi ekonomi), orang yang terlibat dalam gerakan ini secara tidak rasmi telah dipulihkan. Penentangan yang bersifat peribadi itu dibiarkan selagi mereka tidak memasuki ruang awam. Sementara itu, pentafsiran sejarah yang rasmi pula sudah memaparkan kepelbagaian berbanding di masa lampau (Großheim 2007).

Contoh-contoh ini menunjukkan bagaimana masa depan boleh diketahui dengan cara trajektori hadapan (perancangan) dan belakangan dengan memastikan adanya dominasi rasmi atas memori awam. Nombor yang membentuk bagaimana masa depan dan mitos bersejarah yang membenarkan ramai orang untuk memahami kolektif masa lampau adalah cara untuk mencapai kawalan melampaui batas aturan sosial kontemporari. Kawalan jenis ini tidak lagi diuji mahupun stabil, tetapi kedua-duanya terbukti efektif secara sosialnya dan kekal sifatnya.

KESIMPULAN: MASA LAMPAU DALAM TANGAN, MASA DEPAN DI LUAR

JANGKAAN?

Esei ini cuba membuat beberapa kenyataan tentang bagaimana masa depan diwakili dalam penulisan

(7)

sejarah di Asia Tenggara. Soalan ini telah dibangkitkan tentang bagaimana masa lampau dan masa depan berinteraksi di rantau ini dan apa yang bermakna bagi penubuhan, penyelenggaraan atau pembantahan suatu aturan sosial. Masa lampau dan masa kini tidaklah neutral dari segi lanskap mental;

ia sebaliknya penuh dengan makna bagi orang yang sedar akan ruang sini dan masa kini. Dengan membezakan aturan sosial kolonial, nasional dan pascakolonial telah dapat menawarkan beberapa petunjuk umum mengenai bagaimana perwakilan masa lampau dan masa depan. Teks sejarah pribumi pada zaman penjajahan kerap ditangani oleh masa depan dengan melakukan tradisi millenarian, tetapi kedua-dua masa lampau dan masa depan telah dirangka dalam struktur keseluruhan masa yang dinyah konteksnya.

Sementara itu, kemodenan sudah menggalakkan munculnya negara masa lampau dan masa depan secara linear. Kronologi dan gerakan ke arah masa depan ini terdiri daripada ciri-ciri penting. Orientasi masa depan dan kawalan ke atas sejarah dalam bentuk perancangan dan historiografi rasmi itu bertujuan untuk memberi legitimasi kepada rejim, maka telah menjadi mod dominan perwakilan semasa tempoh pascakolonial. Setakat ini, esei ini boleh mewujudkan tanggapan bahawa ia menyokong pandangan bahawa kemodenan dipindahkan secara langsung atau tidak langsung dari Barat, maka telah mengatasi pra-kolonial, selain tentang bagaimana masa lampau dan masa depan itu saling berkaitan secara budayanya. Namun, hujah ini tidaklah memadai. Pertama, generalisasi ini mengabaikan selok-belok pemindahan. Saya menggambarkan ini dengan pandangan Jawa akan isi kandungannya yang mungkin sudah berubah, tetapi wadhahnya masihlah sama. Kemodenan Barat yang tertentu telah dipindahkan dan digabungkan dengan bentuk-bentuk asal, maka menjadikan Indonesia, Malaysia dan Vietnam sangat berbeza perwakilan modennya sehinggakan ruang perantaraan, iaitu batas antara sumber dan hasil, antara asli dan moden, tidak lagi dapat dibezakan.

Kedua, memasukkan masa depan ke masa kini yang menjadi kesinambungan masa lampau itu tidaklah sepenuhnya fungsi kemodenan. Menulis, membicarakan atau mengetahui masa lampau sentiasa menjadi cara mengukir masa depan.

Walaupun keupayaan kerajaan untuk menubuhkan dan mengawal versi dominan masa lampau dan masa depan akan semakin kuat, perwakilan alternatif tentang apakah peristiwa masa lampau boleh membuka kebarangkalian tentang bagaimana masa

depan seharusnya ada dan terus wujud. Ketiga, menstabilkan masa depan melalui mitos tentang masa lampau boleh menjadikan perwakilan yang mengukuhkan aturan sosial yang sedia ada itu menahan sebarang perubahan. Krisis yang berulang- ulang antara perwakilan masa lampau-masa depan dan aturan sosial yang dilibatkan dalam proses transformasi itu akan meningkatkan hal-hal luar jangka, satu fenomena yang hampir-hampir tidak boleh ditafsirkan sebagai fungsi kemodenan semata- mata.

NOTA HUJUNG

1 Sebagai contohnya: Vedi R. Hadiz (2001), ‘Mirroring the Past or reflecting the Future: Class and Religious Pluralism in Indonesian Labor’ in: Robert W. Hefner (ed.), The Politics of Multiculturalism. Honolulu: University of Hawai’i Press.

2 Sebagai contohnya: Andrew Strathern (2004), Empowering the Past, Confronting the Future: the Duna People of PNG (2004); John Kleinen (1999), Facing the Future, Reviving the Past: A Study of Social Change in a Northern Vietnamese Village. Singapore.

3 Lihat: Milton Osborne (2000), The Mekong: Turbulent Past, Uncertain Future. New York.

4 Berikut ialah idea terpimpin yang menguatkan kluster kajian Berlin 640. Lihat: www.repraesentationen.de.

5 Berkenaan pelarian dan penyingkiran Pakubuwana VI, lihat:

Vincent Houben, Kraton and Kumpeni. Surakarta and Yogyakarta 1830-1870 (Leiden: KITLV Press 1994) 33- 37.

6 KITLV Collection G.P. Rouffaer H 391.

7 David Marr telah menulis dengan banyaknya tentang ini.

Lihat: Vietnamese Tradition on Trial 1920-1945. Berkeley:

University of California Press 1981.

8 Risalah Sidang Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kermerdekaan Indonesia dll. (Jakarta: Sekretariat Negara R.I. 1995) 65; see also: Hering 2002: 353.

9 Maklumat oleh Ines Stolpe, ahli kumpulan SFB 640.

1 0 The Rediscovery of Our Revolution. Address by the President of the Republic of Indonesia on the 17 of August 1959 (Jakarta: Ministry of Information) 1959: 12.

Sumber asal karya ini adalah makalah daripada Vincent.Houben.

The Future of the Past and The Past of The Future: History in Souheast Asia (2009: 17-28). Dlm. Hans Hargedal (pnyt):

Responding to The West: Essays on Colonial Domination and Asia Agency. ICAS, Amsterdam University Press.

Penterjemah: Noraisah bt Yusop, BA No. 11 Rumah Rakyat

Taman Sikamat 1, 70400 Seremban

Emel: ashpisces87200@yahoo.com

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berdasarkan contoh ini kita dapati bahawa Kata Kerja Kini ( عِراَضُلما لْعِفلا ) yang memberi makna ‘masa kini’ dan berkaitan dengan ‘masa depan’

Perkembangan yang di lihat menjadi keperluan pada masa depan adalah persekitaran kerja yang lebih fleksibel yang memenuhi keperluan semua pekerja, memberikan mereka

• Deraf Laporan akhir Pelan Induk UKM telah dibentangkan kepada JK Teknikal pada 23 April 2018 dan akan dibentangkan kepada JK Pembangunan. • Menyediakan pelan induk UKM

Program / Latihan / Kursus / Penyelidikan luar negara?.

Berdasarkan keputusan penganggaran KPWAH sebagai peramal bagi KPWAS masa depan dengan kaedah OLS, dapat dibuat rumusan awal bahawa KPWAH di Malaysia pada umumnya

CRIM telah menawarkan projek penyelidikan (Geran Galakan Penyelidikan) kepada pensyarah DS51/DUG51/DG51 yang tidak mengetuai projek penyelidikan sepanjang tahun 2017.

Mengadakan perbincangan dengan MQA agar mewujudkan program standard disebabkan telah ada IPT yang menawarkan program yang lebih kurang sama.. Cabaran mendapatkan kerjasama dengan

Gunakanlah masa secara berkualiti dan kemudahan yang disediakan di Fakulti Muzik untuk mengasah bakat dan potensi yang ada dalam diri para pelajar.. Kejayaan masa