• Tiada Hasil Ditemukan

Impak Globalisasi dan Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Universiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Impak Globalisasi dan Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Universiti "

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju

Ipoh, Perak, 4 – 6 Jun 2012

Impak Globalisasi dan Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Universiti

Impact of Globalization and Entrepreneurship Career Selection Behavior among University Students

Norasmah Othman lin@ukm.my Nor Hafiza Othman

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Poo Bee Tin pbt@ukm.my Rahmah Ismail rahis@ukm.my

Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar universiti tentang impak globalisasasi terhadap kerjaya keusahawanan dan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan. Sampel kajian ini terdiri daripada 469 orang pelajar tahun akhir universiti penyelidikan di Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan data dianalisis dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar tentang impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan dan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar adalah sederhana tinggi. Selain itu, kajian ini juga mendapati wujudnya hubungan positif dan signifikan di antara impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan dengan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan. Secara ringkasnya, persepsi yang positif terhadap kerjaya keusahawanan akan membuatkan seseorang itu lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan.

Implikasi kajian ialah pihak Institut Pengajian Tinggi perlu mendedahkan pelajar dengan aktiviti keusahawanan yang sebenar seperti didedahkan pada awal pengajian melalui pembabitan mereka dalam bidang keusahawanan. Selain itu, elemen inovasi dan kawalan risiko perlu diterapkan dalam pendidikan keusahawanan di universiti.

Katakunci: globalisasi; kerjaya keusahawanan; tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan; pelajar universiti.

ABSTRACT

This study aims to examine university students' perception about the impact of globalization on entrepreneurial career and entrepreneurial choice behavior. The sample consists of 469 final year students in research universities in Malaysia. A set of questionnaire has been used as a study instrument and data were analyzed using Statistics Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 18. Result shows that students' perception about the impact of globalization on entrepreneurial career and entrepreneurial choice behavior of students is at average level. In addition, this study also finds that there is a positive and significant relationship between the impact of globalization on entrepreneurial career with entrepreneurial career choice behavior. In summary, the positive perception of the entrepreneurial career would make a person more likely to engage in entrepreneurial activities. Implication of the study is that Higher Education Institutes should expose students to actual entrepreneurial activity as revealed in the early learning through their involvement in entrepreneurship. In addition, the element of innovation and risk control should be incorporated in entrepreneurship education in universities.

Keywords: globalization; career entrepreneurship; entrepreneurial career choice behavior; university students.

(2)

PENDAHULUAN

Kepesatan arus globalisasi dalam abad ke-21 adalah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh semua negara pada masa kini. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran ekonomi dan budaya yang berpunca dari globalisasi (Habib & Megat 2007). Pembukaan pasaran China dan India kepada ekonomi global telah mengubah dengan nyatanya persekitaran ekonomi negara maju dan negara membangun (Malaysia 2006). Secara tidak langsung, keadaan ini memberi peluang dan cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan untuk memperkembangkan perniagaannya tanpa dibatasi dengan kekangan sempadan geografi (Trieneks &

Zuubier 2008). Menurut Ab Aziz (2010) keusahawanan dalam era globalisasi ini sudah semestinya akan lebih mencabar di mana teknologi akan bertambah canggih, persaingan akan menjadi lebih sengit dan masalah serta tuntutan pekerja juga akan bertambah kompleks.

Kini, pemilihan kerjaya menjadi semakin rumit dan kompleks disebabkan perubahan persekitaran yang tidak menentu dan tidak dijangka. Menurut Abu Suffian et al. (2007) globalisasi menyebabkan peningkatan pengintegrasian ekonomi hampir semua negara di dunia. Ini memberikan implikasi kepada ekonomi sesebuah negara yang mana ia mudah terdedah kepada sebarang perubahan yang berlaku sama ada di peringkat global atau serantau. Malah, pendidikan sepanjang hayat yang wujud akibat globalisasi (Hashim & Abdul Jalil 2008; Valimaa 2004; Norasmah et al. 2012) menyebabkan kemasukan pelajar di semua peringkat pengajian tinggi semakin meningkat pada setiap tahun sejajar dengan penambahan institusi pendidikan tinggi di Malaysia (Sarjit et al. 2008).

Keadaan ini menghasilkan penawaran buruh yang tinggi dan mewujudkan persaingan pasaran kerja yang lebih kompetitif serta meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Justeru, era globalisasi ini memberi impak yang besar kepada perkembangan pesat sistem pendidikan yang akhirnya mencetuskan krisis kerajaan dan pengangguran yang tinggi (Abd Rahim 2000). Ini terbukti apabila seramai 102,900 orang graduan lulusan universiti dan kolej di seluruh negara yang masih tidak mendapat pekerjaan sehingga hujung tahun 2009 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2010). Situasi ini menuntut siswazah menjadi lebih bijaksana melengkapkan diri supaya mampu memenuhi tuntutan dan menangani cabaran yang semakin tinggi (Collins et al. 2004; Norasmah & Halimah 2007).

Menurut Nabi & Holden (2008) dan Norasmah & Halimah (2007), kerjaya dalam bidang keusahawanan merupakan salah satu pekerjaan terbaik yang boleh diceburi oleh para siswazah untuk mengatasi pengangguran. Ini disokong oleh Norasmah & Salmah (2011) yang menyatakan bahawa para graduan perlu berfikir sebagai seorang pencipta kerja daripada berfikir mencari pekerjaan. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan pelbagai program keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran serta melahirkan usahawan yang berdaya saing di era globalisasi. Walau bagaimanapun, bidang keusahawanan masih belum mendapat tempat sebagai kerjaya pilihan dalam kalangan siswazah.

Pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menarik lebih siswazah menjadi usahawan, namun usaha tersebut didapati masih gagal apabila bilangan siswazah menceburi bidang keusahawanan masih lagi rendah (Hoe 2006; Nor Aishah et al. 2010, Norasmah & Salmah 2011).

Siswazah juga tidak merebut peluang perniagaan yang wujud kesan dari perkembangan teknologi pada masa kini. Kegagalan melihat peluang-peluang tersebut telah menyebabkan para siswazah tidak peka terhadap bidang keusahawanan yang boleh dijadikan sebagai satu kerjaya alternatif.

Ini kerana siswazah masih lagi mencari-cari pekerjaan yang sesuai dan menjanjikan pendapatan yang setimpal dengan kelayakan akademik yang dimiliki. Selain itu, mereka dikatakan memiliki persepsi yang negatif terhadap kerjaya keusahawanan walaupun bidang keusahawanan merupakan satu kerjaya yang dipandang mulia dalam Islam (Abu Bakar & Muhammad 2008).

Berdasarkan kepada pernyataan tersebut, maka satu kajian dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar universiti tentang impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan serta tahap tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti hubungan impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan dengan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan.

IMPAK GLOBALISASI TERHADAP KERJAYA KEUSAHAWANAN

Globalisasi ialah satu fenomena multi dimensi yang meliputi ekonomi, politik, ideologi, teknologi dan budaya (Bakhtiari 2006; Moravec 2008; Ramlee & Ramziah 2002). Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.

Menerusi pasaran global, usahawan boleh mengembangkan perniagaan mereka dan trend ini disokong oleh beberapa faktor iaitu (1) penghapusan halangan perdagangan; (2) kemunculan blok perdagangan

(3)

utama seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Kesatuan Eropah (EU) dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), (3) benua Asia telah menjadi satu kawasan yang amat baik dan menarik untuk usahawan menceburi perniagaan mereka (Mohd. Salleh et al. 2005). Trend globalisasi telah mewujudkan persekitaran global yang kompetetif dan mencabar. Malah, persaingan untuk mendapatkan peluang perniagaan juga semakin meningkat. Secara tidak langsung, globalisasi bukan sahaja mempengaruhi peluang perniagaan tetapi juga peluang mendapatkan pekerjaan dalam kalangan siswazah.

Secara ringkasnya, globalisasi boleh memberi impak kepada ekonomi, teknologi, budaya, politik, dasar kerajaan, dan ideologi. Walau bagaimanapun, kajian ini akan memfokus kepada tiga elemen sahaja iaitu perubahan ekonomi, dasar kerajaan dan perkembangan teknologi.

Perubahan Ekonomi

Dalam memperteguh kemantapan ekonomi menghadapi cabaran globalisasi, kerajaan telah mempertingkatkan kemampuan Negara dalam bidang ICT dan seterusnya melalui pendekatan K- Ekonomi, Rahmah & Nor Aini (2007) menyatakan bahawa k-ekonomi merupakan suatu transformasi yang perlu bagi sesebuah negara dalam era globalisasi memandangkan persaingan ekonomi antara sesebuah negara menjadi semakin sengit. Selain itu, perubahan ekonomi dunia yang tidak menentu menyebabkan peluang pekerjaan semakin terhad dalam kalangan siswazah. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila pihak majikan bukan melihat kepada kelayakan akademik sahaja tetapi juga kepada kemahiran-kemahiran lain yang mereka miliki (Morshidi et al. 2010; Nanthakumar & Hamka 2008).

Secara tidak langsung, ini meningkatkan persaingan dalam mendapatkan pekerjan yang sesuai dengan kelayakan mereka. Oleh itu, perubahan persekitaran ekonomi menuntut siswazah menjadi lebih bijaksana melengkapkan diri supaya mampu memenuhi tuntutan dan menangani cabaran yang semakin tinggi (Collins et al. 2004).

Dasar Kerajaan Berkaitan Keusahawanan

Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB), masih belum terdapat dasar khas yang menekankan kepada kepentingan IKS secara global (Aziz 2009). Bagaimanapun, usaha kerajaan untuk membangunkan IKS sebenarnya telah bermula sejak zaman penjajahan lagi. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan status atau kemampuan IKS bersaing dengan industri yang lebih besar. Kerajaan sedar betapa perlunya masyarakat terutamanya kaum Bumiputera melibatkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan.

Ini jelas terbukti dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang menjadi semakin penting dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971-1975) sebagai langkah untuk meningkatkan pembangunan ekonomi Bumiputera. Dasar ini diharap akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 (Malaysia 2006). Sejajar dengan itu, usaha pembudayaan keusahawanan juga telah diterapkan dalam sistem pendidikan sama ada pendidikan rendah, menengah mahupun tertiari. Ini adalah kerana pendidikan telah dikenalpasti sebagai bahan pengantara yang mampu meningkatkan bilangan usahawan.

Perkembangan Teknologi

Inovasi teknologi merupakan faktor utama yang membawa kepada berlakunya globalisasi dan globalisasi akan terus berlaku selagi inovasi teknologi terus berkembang. Globalisasi mewujudkan peluang bekerja sendiri menerusi perniagaan on-line (Watson et al. 2009). Tambah mereka lagi, e- Dagang atau perdagangan secara elektronik ialah proses pembelian, penjualan ataupun pertukaran produk, perkhidmatan dan maklumat melalui rangkaian komputer. Dengan menggunakan perkhidmatan e-Dagang, syarikat tidak perlu memiliki saiz firma yang besar bagi meyakinkan pengguna malah dengan adanya rangkaian perkhimatan talian yang kukuh dan berkesan ia boleh meyakinkan para pengguna. Secara tidak langsung, perkembangan teknologi telah menyebabkan kehidupan manusia bergerak ke arah yang lebih kompleks dan dinamik.

Menurut Abdul Rahman (2000) kerjaya berkembang secara dinamik dan sentiasa mengikut perubahan yang berlaku dalam sesuatu kelompok masyarakat kerana ia merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti sosial yang mempunyai fungsi tertentu yang menghubungkan individu dengan masyarakatnya. Ini menunjukkan bahawa proses memilih kerjaya adalah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan masa depan seseorang dan destinasi kehidupannya.

Pada kebiasaannya keputusan untuk membuka perniagaan dicetuskan oleh pelbagai faktor penolak dan penarik, sosial dan persekitaran yang dialami seseorang dalam hidupnya dan mempengaruhi keputusannya untuk menjadi usahawan (Shapero & Sokol 1982; Mohd Salleh et al.

(4)

2005; Norita et al. 2007). Misalnya Shapero & Sokol (1982) menyatakan seseorang yang terlibat dalam bidang keusahawanan selalunya dicetuskan oleh peristiwa penting tetapi tidak menyeronokkan seperti diberhentikan kerja, ketidakpuasan hati dengan kerjaya atau majikan, mengalami penceraian termasuk menjadi pelarian. Manakala situasi positif yang menjadi faktor penarik kepada aktiviti keusahawanan seperti rangsangan dan sokongan daripada keluarga, mentor, rakan serta ditawarkan sebagai rakan kongsi perniagaan oleh seseorang dan juga pelanggan.

Golongan usahawan merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang diterima sebagai golongan penting dalam pembangunan sesuatu masyarakat dan dikenal pasti sebagai agen kepada perubahan ekonomi dunia (Ab. Aziz 2010; Kuratko & Hodgetts 2004). Berdasarkan dapatan kajian Gibb & Cotton (1998) (dalam Henry et al. 2005) membuktikan bahawa keusahawanan memberi manfaat kepada perubahan yang berlaku kepada persekitaran ekonomi global, persekitaran sesebuah negara dan organisasi individu. Setiap persekitaran tersebut memerlukan kemahiran dan kebolehan berkaitan keusahawanan untuk mengharungi cabaran semasa dan meneruskan masa depan yang tidak pasti. Rajah 1 menunjukkan hubungan keusahawanan dengan perubahan dunia.

Walaupun globalisasi menjanjikan peluang kepada para usahawan namun ia juga menuntut kepada perubahan yang drastik bagi memastikan mereka dapat bersaing dalam pasaran ekonomi global.

Dengan itu, usahawan yang ingin menerokai pasaran antarabangsa perlu menukar minda dan berfikiran secara global supaya dapat mengaplikasi strategi yang berlainan untuk negara yang mempunyai perbezaan dari segi sosial, politik dan ekonomi (Mohd. Salleh et al. 2005). Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi tahun 2011-2015 yang memperlihatkan kerajaan komited dalam usaha menyerlahkan potensi pertumbuhan dan inovasi EKS (Enterprais Kecil dan Sederhana) sepanjang tempoh RMK-10 bagi melahirkan juara domestik, serantau dan global (Malaysia 2010).

TINGKAH LAKU PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN

Tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan terangkum dalam proses keusahawanan dan menjadi kunci utama dalam menentukan sama ada individu menceburi atau tidak dalam bidang keusahawanan (Hisrich et al. 2008). Menurut Ab. Aziz & Zakaria (2004), gelagat atau tingkah laku usahawan banyak dipengaruhi oleh sikap, personaliti dan persepsi yang ada pada diri mereka. Malah mereka mengakui kejayaan usahawan bergantung kepada sejauh mana tingkah laku yang diambil mempengaruhi tindakan mereka. Ini menunjukkan pengalaman sama ada didedahkan kepada perniagaan sejak awal mahupun menerusi pengalaman dari pekerjaan mereka sebelum ini mempengaruhi tingkah laku mereka. Ini bertetapan dengan Peterman & Kennedy (2003), pendedahan kepada keperluan pendidikan keusahawanan di mana pelajar terlibat dengan aktiviti keusahawanan akan mempengaruhi persepsi mereka terhadap keinginan dan keupayaan keusahawanan.

Menurut Hisrich et al. (2008), proses keusahawanan bermula dengan keinginan diikuti proses pengenalpastian dan penilaian peluang sehingga tempoh masa membuat keputusan membina usaha teroka bagi menceburi kerjaya keusahawanan. Shapero & Sokol (1982) menyatakan kecenderungan untuk bertindak adalah penting kerana pembolehubah seperti minat dan kemungkinan tidak memadai untuk membentuk keinginan. Tambah mereka lagi, kecenderungan untuk bertindak mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan mengeksploitasi peluang yang ada. Ini selari dengan Bolton & Thompson (2004) yang menyatakan usahawan ialah individu yang mencipta dan melakukan inovatif bagi membangunkan sesuatu nilai yang dikenal pasti peluang di persekitarannya.

Kajian Brown & Hanlon (2004) mendapati kejayaan sesebuah usaha teroka adalah bergantung kepada keberkesanan tanggungjawab individu usahawan yang merupakan hasil daripada tingkah laku mereka sendiri. Tingkah laku boleh mempengaruhi dan dipengaruhi secara sistematik menerusi peristiwa yang berlaku dalam persekitaran yang dilalui setiap individu (Miltenberger, 2001). Beliau menjelaskan tingkah laku tersebut boleh ditunjukkan sama ada secara terang-terangan atau secara berselindung dan bentuk tingkah laku tersebut sering kali mengalami perubahan bergantung kepada bentuk serta perubahan dalam peristiwa persekitaran yang dihadapi mereka.

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan berbentuk tinjauan dan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Sekaran (2003) menyatakan bahawa kaedah

(5)

pengumpulan data melalui soal selidik merupakan kaedah yang efisien. Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah dapat mencapai responden yang sukar dihubungi, kos yang rendah, dapat meliputi kawasan yang jauh dan memberi ruang masa kepada responden untuk berfikir sebelum menjawab soalan (Cooper & Schindler 2003).

Instrumen

Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A, mengukur impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan mengikut persepsi pelajar universiti dan Bahagian B, mengukur tahap tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan. Item-item dalam soal selidik telah diadaptasi dan diubahsuai berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian pengkaji, buku rujukan serta kajian lepas seperti kajian Norita et al. (2007), Ooi Yeng Keat (2011), Nabi & Holden (2008), Venkatachalam dan Waqif (2005), Nor Aishah et al. (2010) dan Salmah (2009). Soal selidik ini menggunakan skala likert lima poin iaitu bermula dengan 1= sangat tidak setuju, hingga 5 = sangat setuju. Interpretasi skor min bagi mengukur tahap persepsi pelajar tentang impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan dan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan, pengkaji menggunakan Jadual 1 sebagai panduan.

Bagi memastikan soal selidik boleh digunakan dalam kajian, kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Hasil ujian Cronbach Alpha menunjukkan bahawa indeks kebolehpercayaan bagi mengukur impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan mengikut persepsi pelajar berdasarkan setiap subkonstruk iaitu perubahan ekonomi (0.892), dasar kerajaan (0.910) dan perkembangan teknologi (0.946). Manakala nilai kesahan bagi setiap subkonstruk melebihi 0.3. Menurut Mohd Majid (2005) instrumen ini adalah baik dan boleh diguna pakai kerana kebolehpercayaan melebihi 0.6 dan kesahan melebihi 0.3.

POPULASI KAJIAN

Populasi kajian adalah pelajar tahun akhir di peringkat pengajian ijazah pertama di universiti penyelidikan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Malaysia iaitu seramai 23,650 orang (Kementerian Pengajian Tinggi 2010). Berdasarkan jadual penetapan Krejcie dan Morgan (1970) dalam Chua (2006), saiz sampel yang sesuai untuk kajian ini hanya 377 orang. Walaupun begitu, pengkaji memilih jumlah sampel yang lebih iaitu 500 orang pelajar. Menurut Cates (1990) adalah lebih sesuai jika pemilihan sampel melibatkan jumlah sampel yang seberapa besar yang boleh. Ini adalah untuk mengatasi kesulitan statistik yang mungkin timbul dari penggunaan sampel yang kecil dalam mendapatkan penemuan yang bererti. Keseluruhan soal selidik yang lengkap diisi dan boleh digunakan ialah sebanyak 469 soal selidik (93.8%). Jumlah ini mencukupi kerana ia menepati syarat iaitu melebihi 70 hingga 80% pulangan soal selidik (Cohen et al. 2007).

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Objektif kajian 1: Mengenalpasti tahap persepsi pelajar universiti tentang impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan

Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian tentang impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan dari persepsi pelajar. Hasil dapatan mendapati secara keseluruhannya persepsi pelajar tentang semua komponen di bawah impak globalisasi terhadap kerjaya keusahawanan iaitu perubahan ekonomi, dasar kerajaan, dan perkembangan teknologi adalah pada tahap sederhana tinggi iaitu pada nilai skor min 3.83 (sp=0.43). Berdasarkan kepada trend min didapati bahawa nilai min yang paling tinggi adalah ditunjukkan oleh perkembangan teknologi (min=3.89, sp=3.46) dan diikuti dengan dasar kerajaan (min=3.80, sp=0.56) dan perubahan ekonomi (min=3.78, sp=0.52). Dapatan kajian mengambarkan persepsi responden tentang impak globalisasi mendorong mereka terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan hanyalah pada peringkat sederhana tinggi sahaja.

Globalisasi mewujudkan peluang bekerja sendiri menerusi perniagaan atas talian. Ini bertetapan dengan model Bird (1989), kewujudan teknologi merupakan salah satu faktor penting kepada seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan. Dapatan ini juga menyerupai dapatan kajian Saniah (2006) yang menunjukkan bahawa faktor yang mendorong seseorang memilih kerjaya keusahawanan adalah disebabkan oleh bantuan dan sokongan kerajaan yang terhasil akibat dari globalisasi. Penglibatan individu dalam bidang keusahawanan juga sering dikaitkan dengan keadaan

(6)

ekonomi (Kuratko & Hodgett 2004) di mana keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil di sesebuah negara dapat menggalakkan aktiviti keusahawanan tetapi jika sebaliknya berlaku akan menyebabkan kegiatan keusahawanan terganggu (Norita et al. 2007). Justeru, dengan adanya persepsi positif terhadap kerjaya keusahawanan bermakna peluang pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan adalah lebih cerah. Ini adalah kerana mereka telah memahami erti kerjaya keusahawanan dan peranannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Objektif kajian 2: Mengenal pasti tahap tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar universiti

Jadual 3 menunjukkan maklum balas yang diperoleh daripada setiap pernyataan tentang tahap tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar universiti adalah pada tahap sederhana tinggi dan sederhana rendah. Dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi iaitu pada nilai skor min 3.17 (sp 0.16). Menerusi analisis terperinci tahap tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan, didapati nilai skor min yang paling tinggi ialah pada item 3. Manakala nilai skor min yang paling rendah pula ialah pada item 10. Namun secara umumnya perbezaan skor min bagi setiap item tidak banyak iaitu antara 3.44 hingga 2.93. Paparan secara terperinci bagi setiap item boleh dirujuk pada jadual. Ini bermakna keseluruhannya, tahap tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti masih pada tahap sederhana tinggi walaupun pelbagai program telah dilancarkan oleh agensi kerajaan dan NGO.

Hasil kajian ini disokong oleh Ab. Aziz & Zakaria (2004), Norasmah & Faridah (2010) dan Mohd Fauzi et al. (2007) yang menunjukkan bahawa kejayaan serta pemilihan seseorang terhadap sesuatu kerjaya (dalam hal ini bidang keusahawanan) boleh dilihat dari tindak tanduk mereka terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh dalam kajian ini, keinginan pelajar mendapatkan khidmat nasihat berkaitan keusahawanan dan aktif dalam aktiviti keusahawanan. Kajian Brown & Hanlon (2004) juga mendapati hasil yang sama apabila merngatakan kejayaan sesebuah usaha teroka adalah bergantung kepada keberkesanan tanggungjawab individu usahawan yang merupakan hasil daripada tingkah laku mereka sendiri.

Objektif kajian 3: Mengenal pasti hubungan antara impak globalisasi dengan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan

Jadual 4 menunjukkan hubungan antara impak globalisasi dengan tingkah laku pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti. Hasil data memamparkan bahawa hubungan antara keduanya adalah pada kadar kekuatan antara rendah dan sederhana. Manakala secara terperinci, data menunjukkan bahawa dimensi perubahan ekonomi mempunyai kadar kekuatan yang sederhana (r = .35) dengan pemilihan kerjaya keusahawanan sementara bagi dasar ekonomi dan perkembangan teknologi pula adalah pada kadar kekuatan yang rendah.

Dapatan kajian secara amnya mengambarkan wujudnya faktor penolak dan faktor penarik yang terhasil akibat dari globalisasi di mana ia boleh mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya. Antara faktor penolak yang dikenal pasti terhasil akibat perubahan ekonomi dan dasar kerajaan adalah seperti masalah pengangguran, kemelesetan ekonomi dan persaingan. Sementara contoh faktor penarik untuk pemilihan kerjaya keusahawanan akibat globalisasi adalah seperti inginkan kebebasan, memiliki kemahiran atau kebolehan berkaitan keusahawanan serta mendapat peluang yang tidak dijangkakan (Mohd Salleh et al. 2005). Misalnya, Lewis (2002) menyatakan belia di Amerika yang ingin menjalankan perniagaan sendiri dipengaruhi oleh sikap yang positif terhadap keusahawanan.

Menurut Bird (1989) mengambil kira faktor diri sahaja sebagai penentu kepada keputusan seseorang untuk memilih kerjaya keusahawanan adalah satu tanggapan yang salah. Beliau berpendapat bahawa seseorang perlu juga mengambil kira faktor situasi sebagai penentu utama terdekat yang berupaya mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk pemilihan kerjaya. Malah kadang kala ia lebih cepat mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya tersebut.

Selain itu, dapatan kajian ini juga seiring dengan dapatan Douglas & Shepherd (2002) di mana mereka memberi penekanan terhadap peranan persepsi dalam menentukan kebolehlaksanaan tingkah laku yang diingini. Mereka menganggap persepsi penting bagi memastikan kebolehsaknaan sesuatu tingkah laku seperti memilih kerjaya keusahawanan. Ini bermakna semakin positif persepsi individu terhadap kerjaya keusahawanan, semakin cerah individu tersebut untuk menceburi aktiviti keusahawanan. Ini bertetapan dengan kenyataan Hisrich et al. (2008) di mana pembentukan tingkah laku manusia dipercayai ditentukan oleh tahap keinginan dan perubahan tingkah laku untuk melakukan

(7)

suatu tindakan tertentu terhadap objek (sasaran) bergantung kepada situasi tertentu dan pada masa yang ditetapkan.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Globalisasi telah menjadi fenomena yang tidak dapat dihindari. Antara kesan globalisasi yang dapat dirasai oleh usahawan ialah bentuk perniagaan masa kini yang tidak hanya terhad kepada urusan perniagaan yang melibatkan produk atau perkhidmatan sahaja tetapi juga merangkumi aktiviti perniagaan seperti pengaliran modal dan perniagaan yang menggunakan teknologi maklumat sebagai medium pemasaran. Ini disokong oleh kajian Nor Aini (2005) bahawa trend globalisasi cenderung berpaksikan bidang teknologi maklumat dan komunikasi elektronik sebagai pemangkin pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, k-ekonomi merupakan suatu transformasi yang perlu bagi sesebuah negara dalam era globalisasi memandangkan persaingan ekonomi antara sesebuah negara menjadi semakin sengit (Rahmah & Nor Aini 2007).

Bidang keusahawanan telah dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpotensi besar untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan daya saing negara dalam menghadapi cabaran globalisasi (Venkatachalam & Waqif 2005; Schaper & Volery 2004). Situasi ini menuntut siswazah menjadi lebih bijaksana melengkapkan diri supaya mampu memenuhi tuntutan dan menangani cabaran yang semakin tinggi (Collins et al. 2004). Dengan itu, kerajaan memberikan penekanan terhadap pembangunan kemahiran usahawan bagi semua peringkat pendidikan dan latihan untuk membantu mewujudkan masyarakat usahawan (Malaysia 2010).

Seiring dengan arus globalisasi, pelajar memerlukan pendidikan keusahawanan yang lebih efisien berbanding dengan pengajaran ‘tradisional’ (kuliah, peperiksaan dan menulis esei). Antara kaedah yang berkesan di dalam menyampaikan pendidikan keusahawanan terutamanya di institusi pengajian tinggi ialah pembelajaran melalui pengalaman. Sekurang-kurangnya mereka mendapatkan pengalaman dan pendedahan awal sebagai usahawan dengan membuka perniagaan kecil-kecilan di kampus atau luar kampus.

Selain itu, elemen inovasi perlu diterapkan dalam pendidikan keusahawanan di universiti melalui pendekatan pembelajaran berdasarkan masalah dan juga berasaskan projek. Keadaan ini membuka ruang kepada mereka untuk mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif. Dapatan kajian juga mendapati elemen kawalan risiko juga adalah penting diterapkan kepada pelajar universiti. Ini untuk memastikan usahawan graduan yang dihasilkan dapat berdaya saing dan berdaya tahan di persekitaran global yang lebih mencabar pada masa kini.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. (2009). Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Ab. Aziz Yusof. (2010). Pengenalan kepada Usahawan dan Keusahawanan. Kuala Lumpur:

ScholarMind Publishing.

Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan. Petaling Jaya : Prentice Hall.

Abd. Rahim Abdul Rashid. (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn Bhd.

Abdul Rahman Aziz. (2000). Pekerjaan dalam Kehidupan Manusia. Petaling Jaya: Prentice Hall Abu Bakar Hamed & Muhammad Shukri Bakar. (2008). Personaliti Keusahawanan dan

Kecenderungan Memulakan Perniagaan. Perbandingan antara pelajar Muslim dan Bukan Muslim. Kertas Kerja dalam konferense Keusahawanan Islam (ICEPS) di USIM. 16-17 Feb.

Abu Suffian, A.B. Ariffin, S. Asmady, H. & Zakaria, B. (2007). Globalisasi, Pelaburan Asing Langsusng (FDI) dan pemindahan teknologi di Malaysia. Dalam Rahmah, I, Nor Ain, I., Razak, Mohd (pnyt). Pembangunan Sumber Manusia dalam era k-Ekonomi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 47-65.

Bird, B.J. (1989). Entrepreneurial Behavior. Glenview, Illinois: Scott, Foresman and Company.

Brown, T.C. & Hanlon, D. (2004). Validation of Key Behaviors for Effective Entrepreneurship.

http://www.babson.edu/entrep/fer/FER_2004/web-content/Section%20X/SI/X-SI_Text.html.

[23.11.2011].

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Cohen, L., Manion L, & Morrison, K. (1994). Research Methods in Education. 4th ed. London dan New York: Routledge.

(8)

Collins, L., Hannon, P.D. & Smith, A. (2004). Enacting Entrepreneurial Intent: The Gaps Between Student Needs And Higher Education Capability. Journal Education and Training, Vol. 46 (8/9): 454 – 463.

Cooper, D.R. & Schindler,P.S. (2003). Business Research Methods. 8th ed. McGraw-Hill.

Douglas, E.J. & Shepherd, D.A. (2002). Self-Employment as a Career Choice: Attitudes, Entrepreneurial Intentions and Utility maximization. Entrepreneurship Theory and Practice.

25: 81-90.

Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. (2007). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan. 30(1):91-101.

Hashim Yaacob & Abdul jalil Othman. (2008). Dunia Pendidikan dalam era Globalisasi: Peranan dan Cabaran. Masalah Pendidikan. 30(1): 143-148.

Henry, C., Hill, F. & Leitch, C. (2005). Entrepreneurship education and training can entrepereneurship be taught? part1. Education + Training 47(2): 98-111.

Hisrich, R.D., Peters, M.P. & Shepherd, D.A. (2008). Entrepreneurship. Edisi ke-7. Boston: McGraw- Hill Irwin.

Hoe Chee Hee. (2006). A Prototype to Encourage University Graduates to Become Franchisees.

Prosiding Persidangan Keusahawanan Kebangsaan kedua. Hotel Vistana, Pulau Pinang. 9-10 Disember.

Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia. Putrajaya:

Kementerian Pengajian Tinggi.

Kuratko, D. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: Theory, Process and Practice. 6th ed. Mason, Ohio: South-Western, Thompson.

Lewis, K. (2002). An Enterprising Future: Evaluating the Young Enterprise Scheme. Laporan untuk The Enterprise New Zealand. http:www.sme-centre.ac.nz/research/YES evaluation_final report.Pdf [2.6.2010].

Malaysia. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional.

Malaysia.( 2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional.

Miltenberger, R.G. (2001). Behavior Modification: Principles and Procedures. 2nd ed. Belmont, CA:

Wadsworth Thomson Learning.

Mohd Fauzi Mohd Jani, Norasmah Othman, Ariffin Hj Zainal, Imran Ho Abdullah, Zainal Abidin Hashim, Ahmad Azmi Mohd Ariffin & Jamalludin Badusah. (2007). Kajian Analisis Jurang (Gap Analysis): Program Keusahawanan di IPTA dan Model Usahawan Berjaya. Laporan Akhir Kajian Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. 7th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Hj Din, Hoe Chee Hee, Norashidah Hashim, Oii Yeng Keat, Shuhymee Ahmad, Habsah Bakar, Norita Deraman, Rosli Mahmood, Armanurah Mohamad, Lily Julienty Abu Bakar &

Muhammad Nasri Md Hussain. (2005). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Thomson Learning.

Moravec, J.W. (2008). A New Paradigm of Knowledge Production In Higher Education. On the Horizon. 16(3). 123-136.

Morshidi S, Ahmad Farhan S, Ibrahim K, Nik Meriam N.S., Norzaini A., Yang Farina & W.Wong.

(2010). Research and Collaboration in an Expanding Higher Education Market in the Asia- Pacific: The Experiences of Malaysian Universities. Dalam Findlay, C. & Tierney, W.G.

(pnyt). Globalisastion and Tertiary Education in the Asia Pacific: The Changing Nature of a Dynamic Market. Singapore: World Scientific Publishing Co. Ptc. Ltd. 201-228.

Nabi, G. & Holden, R. (2008). Graduate Entrepreneurship: Intentions, Education And Training.

Education + Training, 50(7), 545-551.

Nanthakumar Loganathan & Hamka Ismail. (2008). Jangkaan upah di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi awam. Dlm. Yahaya Ibrahim & Abd. Hair Awang (pnyt.). Pembangunan Modal Insan: Isu Dan Cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 121-132.

Nor Aini Haji Idris. (2005). Daya saing usahawan wanita dalam era ekonomi global: Kajian kes wanita dalam industri makanan halal.Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan2005.

Nor Aishah Buang, Ismail Raduan & Mohamad Husin. (2010). Kajian Impak Program Pembudayaan Keusahawanan INSKEN (2006-2009). Projek Penyelidikan.

Norasmah Othman & Halimah Harun. (2007). Keusahawanan Remaja Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Norasmah Othman. (2002). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah.

Tesis Dr Fal. Universiti Putra Malaysia.

(9)

Norasmah Othman & Salmah Ishak. (2011). Kecenderungan Terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Mengikut Persepsi Peserta Skim Usahawan Siswa. Jurnal Teknologi 56 (Sains Sosial), Sept. 2011: 47–63. Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia.

Norasmah Othman, Harinder Kaur a/p Toluk Singh, Poo Bee Tin & Norasiah Sulaiman. (2012).

Globalization And The Trend In Demand For Higher Education In Malaysia. International Journal Of Education And Information Technologies. Issue 1, Volume 6, 2012.

Norasmah Othman & Faridah Karim. (2010). Entrepreneurship Behaviour amongst Malaysian University Students. Pertanika Journal of Social Science & Humanities. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 8 (1): 23 – 33.

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhyee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad Yusif & Mohd Khairuddin. (2007). Keusahawanan. Shah Alam: Mc Graw Hill Education.

Ooo Yeng Kiat, Selvarajah., C. & Meyer,D. (2011). Inclination towards entrepreneurship among university students: An empirical study of Malaysian university students. International Journal of Business and Sicial Scienc. 2(4): 206-220.

Rahmah Ismail & Nor Aini Idris. (2007). Globalisasi dan daya saing global: satu tinjauan. Dlm Rahmah, I., Nor Ain, I. Razak, Mohd (pytg.). hlm 17-32. Pembangunan Sumber Manusia dalam era K-Economy. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlee Mustapha & Ramziah Husin. (2002). Perancangan pendidikan untuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan k-ekonomi. Jurnal Teknologi. 37(12):47-56.

Salmah Ishak. (2009). Hubungan sikap, kecenderungan personaliti dan tahap keinginan peserta Skim Usahawan Siswazah terrhadap Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saniah Hassan. (2006). Laluan Kerjaya Keusahawanan di Kalangan Usahawan Siswazah Lepasan 1988-2003. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan UKM.

Sarjit, K., Morshidi Sirat & Norzaini Azman. (2008). The Scenario of Internationalisation and Globalization of Higher Education in Malaysia. Dalam Sarjit, K., Morshidi Sirat & Norzaini Azman. (pnyt). Globalisation and Internationalisation of Higher Education in Malaysia.

Pulau Pinang: Universiti sains Malaysia. 14-13.

Schaper, M. & Volery, T. (2004). Entrepreneurship and Small Business: A Pacific Rim Perspective.

Milton, Quuensland: John Wiley & Sons Ltd .

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. 2nd ed. Toronto: John Wiley & Sons.

Trienekens, J. & Zuurbier, P. (2008). Quality and safety Standards in the Food Industry Developments and Challengers. International Journal of Production Economics. 113:107-122.

Valimaa, J. (2004). Nationalisation, location and globalization in Finnish Higher Education. Higher Education. 48:27-54.

Venkatachalam, V. B. & Waqif A. (2005). "Outlook on integrating entrepreneurship in management education in India." Decision. 32(2): 57-71.

Watson, B., Spoonley,P & Fitzgerald, E. (2009). Managing Diversity: A Twenty-First Century Agenda.

New Zealand Journal of Employment Relations 34(2):61-76.

Sumber: Gibb & Cotton 1998 dalam Henry et al. 2005.

RAJAH 1: Hubungan keusahawanan dengan perubahan dunia Tekanan global

Perubahan negara

Kerumitan dan ketidakpastian- perlu kepada

reaksi keusahawanan

Perubahan organisasi

Perubahan personal

(10)

JADUAL 1: Interpretasi skor min

Skor Min Interpretasi Tahap

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber: Norasmah 2002

JADUAL 2: Min dan Sisihan Piawai Impak Globalisasi terhadap Kerjaya Keusahawanan Komponen Impak Globalisasi Min Sisihan Piawai Tahap Perubahan Ekonomi

Dasar Kerajaan

Perkembangan Teknologi

Impak Globalisasi Keseluruhan

3.78 3.80 3.89 3.83

0.52 0.56 0.46 0.43

Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi

JADUAL 3: Min dan Sisihan Piawai bagi Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan No Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Min Sisihan

Piawai

Tahap interpretasi skor

1 Saya kerap bergaul dengan usahawan 3.36 0.829 Sederhana Tinggi 2 Saya kerap membaca buku/majalah berkaitan

perniagaan.

3.25 0.806 Sederhana Tinggi 3 Saya kerap melayari internet untuk mencari peluang

perniagaan

3.44 0.778 Sederhana Tinggi 4 Saya kerap melibatkan diri dalam perniagaan

internet.

3.13 0.877 Sederhana Tinggi 5 Saya kerap menghadiri majlis sosial kerana boleh

berjumpa dengan ramai orang terutama berkaitan dengan perniagaan.

3.05 0.861 Sederhana Tinggi

6 Saya kerap mengunjungi ekspo perdagangan kerana membolehkan saya mendapat idea atau peluang perniagaan.

3.42 0.822 Sederhana Tinggi

7 Saya kerap menyertai bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak universiti.

3.25 0.857 Sederhana Tinggi 8 Saya kerap menyertai seminar/kursus keusahawanan

yang dianjurkan oleh pihak universiti

3.20 0.865 Sederhana Tinggi 9 Saya kerap menjalankan perniagaan secara sambilan

di universiti

3.02 0.921 Sederhana Rendah 10 Saya sering meninjau lokasi premis yang strategik

untuk memulakan perniagaan

2.93 0.833 Sederhana Rendah 11 Saya sering terlibat dengan aktiviti jualan dalam

pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti

3.11 0.864 Sederhana Tinggi

12 Saya sering mendapatkan khidmat nasihat tentang perniagaan yang bakal diceburi daripada pensyarah

2.97 0.830 Sederhana Rendah 13 Saya sering mendapatkan khidmat nasihat daripada

agensi kerajaan/ swasta tentang peluang keusahawanan

2.96 0.911 Sederhana Rendah

14 Saya sering mendapatkan nasihat daripada ahli keluarga dan sahabat handai tentang bidang yang bakal diceburi

3.24 0.843 Sederhana Tinggi

Tahap Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Secara Keseluruhan

3.17 0.601 Sederhana Tinggi

(11)

JADUAL 4: Hubungan antara Impak Globalisasi terhadap Kerjaya Keusahawanan dengan Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan

Pemboleh ubah Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan

n r Tahap kekuatan

hubungan

p Perubahan

Ekonomi

469 .35 Sederhana 0.000*

Dasar Kerajaan 469 .25 Rendah 0.000*

Perkembangan Teknologi

469 .26 Rendah 0.000*

*p<0.05

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

PULAU PINANG, 6 Mac 2015 - Jaringan integrasi yang kukuh dan mapan di antara  negara - negara Persatuan Negara Asia Tenggara      (ASEAN ) amat perlu dalam meniti arus globalisasi

Penglibatan negara dalam berbagai kepentingan yang ada (politik dan ekonomi) yang kemudian temyata memiliki implikasi kemajuan dengan berkembangnya institusi

Merujuk kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara, huraikan peranan proses globalisasi ekonomi dalam menentukan kedudukan bandaraya utama negara-negara ini dalam jaringan

Merujuk kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara, huraikan peranan proses globalisasi ekonomi dalam menentukan kedudukan bandaraya utama negara-negara ini dalam

Kegawatan ekonomi ini hampir melumpuhkan pertumbuhan dan nilai pasaran perdagangan negara - negara rantau ini dengan mata wang dan ekonomi telah menjadi mangsa

Ramai pengkaji ekonomi yang mempersoalkan adakah hubungan antara kekayaan sumber alam sesebuah negara dengan modal insan dan pertumbuhan ekonomi negara tersebut

Teliti perkembangan media antarabangsa dalam tahun 1990an dan nilaikan impak perkembangan pesat ini ke atas politik, ekonomi dan budaya negara-negara membangun..

Sejauhmana anda bersetuju dengan pendapat bahawa kuasa pemerintah telah terhakis dan landskap ekonomi negara membangun dalam era globalisasi diatur dan dibentuk oleh