• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 112 – KARYA-KARYA BESAR DARI KESUSASTERAAN ASIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 112 – KARYA-KARYA BESAR DARI KESUSASTERAAN ASIA "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007

April 2007

HKB 112 – KARYA-KARYA BESAR DARI KESUSASTERAAN ASIA

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja. Jawab SOALAN SATU yang diwajibkan dan DUA soalan dari bahagian A, dan DUA soalan dari bahagian B.

…2/-

(2)

[HKB 112]

- 2 -

Bahagian A

1. Berikutan rasa tertariknya terhadap pelbagai ciri yang terkandung di dalam karya-karya kesusasteraan Asia, David Damrosch (1994: xxvii) telah mengajak khalayak Eropah untuk mendalami karya-karya Asia dengan menyarankan:

“... a dynamic reading, one which can see points of similarity and dissimilarity not statically but as moments on a larger trajectory.”

Huraikan saranannya itu dengan contoh-contoh karya yang bersesuaian untuk memperlihatkan ciri-ciri keunikan karya-karya Asia.

2. Dalam budaya dan kepercayaan Hindu, alam merupakan pernyataan kepada kewujudan dan kebesaran Tuhan. Dengan menganalisis teks Syakuntala karya Kalidasa, perlihatkan unsur-unsur alam yang menjadi simbol kepada kewujudan dan kebesaran Tuhan itu.

3. Menurut Ainon Abu Bakar (1993: xix):

“Desa Salji mungkin merupakan karya agung Kawabata.

Dalam perhubungan cinta Shimamura, Kawabata telah menemui suatu simbol penafian cinta yang sempurna... Dan keseluruhannya, kejayaan novel ini sendiri merupakan semacam pengakuan tentang kemanusiaan yang dinafikan.”

Dengan bukti-bukti yang kukuh, bincangkan pernyataan di atas dengan mengaitkannya dengan falsafah ‘the floating world’.

4. Dalam “The Enchanting Cooking Spoon” karya Boonlue, watak utamanya hidup dalam kekeliruan kerana terperangkap oleh pandangan suaminya tentang definisi wanita moden dan pandangan umum masyarakat Thai tentang definisi wanita tradisional. Dengan contoh- contoh peristiwa yang relevan, bincangkan hal tersebut.

Bahagian B

5. Layla dan Majnun karya Nizami Ganjavi ditafsirkan sebagai suatu kisah yang berlapis-lapis maknanya. Berikan tafsiran tentang kisah cintanya yang biasa dan jelaskan dimensi mistis atau keagamaannya.

...3/-

(3)

[HKB 112]

- 3 -

6. Merujuk kepada persoalan-persoalan dan simbol yang terdapat di dalam karya The Story of the Stone oleh Cao Xueqin, bincangkan kaitannya dengan mitos China tentang masa lalu dan masa kini.

7. Bumi Manusia karya Pramoedya Ananta Toer menggambarkan masyarakat di Jawa pada zaman penjajahan Belanda dan memaparkan pertentangan antara nilai dan tradisi lama dengan nilai dan pengaruh moden, sekali gus bernuansakan kejahatan.

Dalam konteks transisi besar itu, Minke, watak lelaki utama telah mengalami pelbagai pergolakan, baik daripada nilai-nilai yang baru mahupun dari yang lama.

Berikan beberapa contoh pergolakan tersebut. Apakah boleh dikatakan bahawa pada akhirnya Minke memilih satu strategi tertentu untuk mengatasi pergolakan tersebut?

8. Bincangkan secara perbandingan mengapakah teks-teks yang digunakan di dalam kursus ini dianggap sebagai karya besar di dalam kesusasteraan Asia. Dalam perbincangan itu, merujuklah sekurang- kurangnya pada dua karya tersebut.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bandingkan aspek pengolahan watak wanita dalam dua karya Asia Tenggara yang terkemuka untuk membuktikan bahawa pengarang wilayah ini mampu menghasilkan karya yang bermutu

“Karya-karya besar tidak mengenal sempadan.” Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong hujahan anda... Bandingkan aspek pengolahan

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Dengan merujuk kepada cerpen "Marionette" karya Khin Myo Chit, huraikan bentuk clan cara persembahan kesenian Myanmar yang terakam dalam karya ini8. Kemudian,

Pada pendapat anda, apakah yang mungkin dipelajari oleh seorang pengarang Malaysia daripada sastera Eropah dan Amerika, terutama dari sudut bentuk dan cara mengolah

Pada pendapat anda, apakah yang mungkin clipelajari oleh seorang pengarang Malaysia daripada sastera Eropah clan Amerika, terutama dari suclut bentuk clan cara mengolah temanya..

Merujuk kepada beberapa buah sajak yang sesuai bincangkan perbezaan gaya dan tema yang anda lihat dalam karya-karya mereka5. Cara berfikir manusia sering menyeberang