• Tiada Hasil Ditemukan

Masalah-masalah yang dihadapi dalam membuat pesanan fotokopi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Masalah-masalah yang dihadapi dalam membuat pesanan fotokopi"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

Rencana-Rencanal Arlicles

Masalah-masalah Yang Dihadapi Dalam Membuat Pesanan Fotokopi

oleh

Mustaffa Haji Oarimi*

Abstract: There is an increase in demand by academic staff for photocopies. This demand per se has not posed a problem to the Acquisitions Division of the University of Malaya Library. Difficulties in the quick acquisitioning of materials in photocopy are caused by errors in bibliographic details in the form of wrong citations, incomplete references and the like. Ways to minimize this problem and to improve the time factor in acquiring the photocopies are discussed.

Walaupun bahan-bahan bacaan yang ada namun ianya belum dapat memenuhi kehendak pembaca perpustakaan. Apatah lagi sebuah perpustakaan pengajian tinggi yang tertua di negara kita seperti Perpustakaan Universiti Malaya. Kakitangan per pus- takaan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk me- menuhi kehendak pembaca yang kini semakin ber- tambah dan memerlukan bahan-bahan yang kemas- kini.

Kemudahan yang diberikan oleh perpustakaan bukan setakat memberi pinjaman buku saja, malah lebih dari itu. Saya tidak akan membincangkan semua kemudahan-kemudahan tersebut. Adalah le- bih baik jika saya membentangkan secara ringkas mengenai pesanan fotokopi dari dalam dan luar negeri.

Pesanan fotokopi dapat dibahagikan kepada dua:

1. Permintaan daripada kakitangan akademik.

2. Pesanan untuk perpustakaan.

Jika bahan yang diminta tiada di dalam perpusta- kaan kami cuba memesan dari perpustakaan-perpus- takaan lain dalam negeri. Jika tiada, barulah pesanan keluar negeri dibuat.

Tujuan say a menulis bukan untuk merendah- rendahkan kecekapan perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan dalam negeri. Adalah tidak wajar sama sekali jika dikatakan perkhidmatan yang di-

.Pegawai Perpustakaan, Bahagian Perolehan.

berikan oleh perpustakaan dalam negeri tidak cekap.

Apabila kakitangan akademik memerlukan ren- cana dengan segera adalah menjadi satu kewajipan kami untuk memberikan perkhidmatan yang cekap.

Jika rencana yang diminta tiada di perpustakaan dalam negeri terpaksa pesanan dibuat keluar negeri.

Dengan demi kian bahan tersebut akan diterima agak lewat.

Soalan-soalan yang sering ditimbulkan ialah berapa lamakah bahan tersebut boleh diperolehi, mengapakah begitu lewat dan bermacam-macam soalan yang bersangkutan. Bagi menjawab soalan- soalan tersebut adalah lebih baik jika proses pesanan itu diterangkan terlebih dahulu.

Pesanan yang diterima datangnya daripada kaki- tangan akademik dari berbagai jabatan. Setiap pesanan yang diterima disemak terlebih dahulu sama ada bahan-bahan tersebut sudah berada di dalam perpustakaan. Ji ka ada, kami akan catitkan bahawa bahan tersebut sudah berada di dalam per- pustakaan dan ditulis nombor panggilannya. Adalah dasar kami tidak membuat salinan fotokopi jika bahan tersebut sudah berada di perpustakaan. Se- terusnya, seperti yang telah disebutkan tadi, pesa- nan luar negeri merupakan langkah terakhir bagi memenuhi permintaan pesanan.

Pesanan luar negeri sudah tentu melambatkan pe- nerimaan bahan-bahan yang diminta. Perlu diingat- kan, iaitu proses pengiriman dari satu negara ke satu

6

(2)

negara berbeza. Selalonya negara-negara maju lebih baik sistem pengirimannya.

Terdapat perpustakaan luar negeri yang memer- lukan bayaran pendahuluan sebelum memproses pesanan fotokopi. Mungkin dasar perpustakaan ter- sebut untuk mengelakkan sebarang masalah pern- bayaran. Oleh itu karni, jika boleh, tidak mahu membuat pesanan dengan perpustakaan tersebut. Ini disebabkan kami mahukan bahan-bahan yang dimin- ta diperolehi dengan segera.

Untuk mengatasi masalah ini kami lebih suka membuat pesanan kepada British Library Lending Division (BLLD) di England. Bayarannya boleh di- buat dengan kupon. Sementara perpustakaan di Australia pula bayaran boleh dibuat dengan baucer.

Selain dari itu kami ada juga membuat akaun depo- sit di perpustakaan seperti Library of Congress, British Library Reference Division dan New York Public Library.

Walaupun kami cuba mempercepatkan proses pesanan namun ia tidak terkecuali dari masalah. Pe- sanan yang diterima, butir-butir yang diberi tidak betul. Tahun dan nombor penjilidan yang diberi bertentangan dengan apa yang ada pad a buku ruju- kan kami. Kadang-kadang butir-butir yang diberi tidak lengkap seperti tahun dan nombor penjilidan tidak diberi. Oleh itu kami terpaksa memulangkan- nya kepada peminta supaya butir-butir diberi de- ngan betul.

Kesalahan yang tidak disengajakan ini jika di- terima oleh perpustakaan lain, sama ada dalam negeri atau luar negeri, jawapan yang diberi ialah 'tiada di dalam perpustakaan'. Bagi perpustakaan yang terkenal seperti BLLD apabila butir-butir yang diberi tidak betul mereka akan mencatitkan kesala- han tersebut. Kadang-kadang mereka meminta sali- nan sumber itu diperolehi. Mereka benar-benar ingin membantu.

Setiap pesanan dipastikan terlebih dahulu di manakah bahan itu boleh diperolehi. Sebahagian

besar dari pesanan tersebut diperolehi. Cuma seba- hagian kecil saja yang gagal berbuat demikian kerana bahan yang diminta juga hilang dari koleksi mereka.

Untuk mengatasi masalah ini kami terpaksa mengalih pula pesanan tersebut kepada perpustaka- an lain.

Pesanan fotokopi untuk perpustakaan sebahagian besarnya untuk menggantikan muka surat hilang pada buku-buku dan majalah-majalah. Kehilangan muka surat ini mungkin disebabkan penjilidannya kurang balk, bahan itu sudah lama atau pun sengaja di koyakkan oleh pembaca yang tidak bertanggung- jawab.

Pada keseluruhannya bahan-bahan yang diminta dalam bentuk fotokopi, sama ada dalam atau luar negeri, sangat memuaskan. Dengan lain perkataan mutu salinan yang diterima tidak menjadi sebarang masalah. Cuma bayaran yang dikenakan oleh per- pustakaan luar negeri adalah jauh lebih mahal dari perpustakaan dalam negeri.

Masalah-masalah yang disebutkan di atas dapat dikurangkan dengan memberikan butir-butir yang lengkap dan tepat. Untuk mempercepatkan lagi proses pesanan rencana-rencana adalah dicadangkan supaya nama majalah hendaklah ditulis dengan penuh. Singkatan nama majalah akan melambatkan proses pesanan kerana kami terpaksa merujuk ke- pada bahan rujukan terlebih dahulu.

Untuk mendapatkan fotokopi boleh diuruskan.

Akan tetapi kesabaran menantikan bahan tersebut juga harus ada daripada setiap peminta. Kami cuma memberikan perkhidmatan seberapa cekap yang boleh.

Kepada pembaca perpustakaan adalah diharap- kan menggunakan perpustakaan dengan baik. Jika terdapat muka surat yang hilang pada buku dan majalah laporkan saja kepada kakitangan perpusta- kaan. Kerjasama rapat oleh kedua belah pihak, pem- baca perpustakaan dan kakitangan perpustakaan sangat diperlukan.

7

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Data migrasi yang digunakan ialah data aliran migrasi bandar-bandar di antara negeri atau kawasan di ECER dan negeri-negeri lain yang menjadi origin-destinasi

Di dalam tuangan yang diberikan dalam Rajah 5, didapati masalah yang sering berlaku ialah liang pada bahagian atas (Ooss), Mengapakah masalah ini berlaku. Tunjukkan

Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) adalah perkhidmatan untuk memperolehi bahan samada buku atau artikel yang tidak terdapat dalam Perpustakaan ini dari perpustakaan atau institusi

Robohnya Tembok Berlin dan tumbangnya patung Saddam Hussein merupakan dua realiti yang berbeza-beza (a).. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam ayat-ayat di

Semasa anda menjalankan pengeratan blok parafin untuk menghasilkan keratan tisu yang nipis, anda dapati bahawa reben (pita) yang ticlak sempurna clan goresan pada keratan

Dengan menggunakan model perikanan jenis logistik Schaefer‘s tentukan Hasil Mapan Maksimum (MSY) dan dayausaha menangkap ikan optimum untuk industri perikanan

Dalam hal ini, terdapat masalah yang dihadapi oleh saudara baru yang sudah berkahwin ialah keengganan bagi satu pihak lagi untuk memeluk Islam maka kewajipan untuk

Terima kasih juga di ucapkan kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia kerana membantu di dalam menyediakan bahan- bahan yang diperlukan untuk memenuhi kehendak kajian ini..