• Tiada Hasil Ditemukan

HKT 222 – Kesusasteraan Dan Disiplin Bantu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKT 222 – Kesusasteraan Dan Disiplin Bantu "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang

Sidang Akademik 2000/2001 April/Mei 2001

HKT 222 – Kesusasteraan Dan Disiplin Bantu

Masa : [ 3 jam ]

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Kertas soalan ini mengandungi TUJUH [7] soalan. Jawab TIGA [3] soalan sahaja.

1. Ciri-ciri emosi, subjektiviti, kecerekaan dalam sastera serta bahasanya yang bersifat retorikal, sering dianggap sebagai faktor-faktor yang menyisihkan sastera dari arus utama ilmu pengetahuan. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pemikiran Plato dan hujahkan bagaimana sastera dapat memegang status falsafah.

2. Sosiologis sastera cenderung untuk menganggap pengarang sebagai

“producer” bukan “creator” dan pengkaryaan sebagai “situated practice”.

Hujahkan pandangan tersebut dan perlihatkan bagaimana pandangan Barthes tentang “kematian pengarang” dimanfaatkan oleh sosiologis sastera untuk mengukuhkan pandangan mereka.

3. “We should not expert to find directly reflected social realities in art since those pass through a process of “mediation” in which their original content is changed”

[ Raymond William ]

Bincangkan penyataan di atas dengan merujuk kepada pandangan Janet Wolf tentang “aesthetic medition” dan “ideological medition”. Apakah implikasi proses tersebut ke atas Teori Pancaran (de Bonald) dan kewajaran penggunaan sastera sebagai dokumen budaya.

…2/-

(2)

- 2 - [HKT222]

4. “…Iwan sangat intensif berenang dalam arus eksistensialisme manusia Barat…”

[ Mangunwijaya ]

Huraikan aspek-aspek penting dari arus pemikiran eksistensialisme yang mempengaruhi Iwan Simatupang dan perlihatkan bagaimana pemikiran itu diterapkan olehnya melaui teknik, tema dan watak dalam karyanya.

5. Perlihatkan pengaruh pemikiran Barat moden (kurun ke 19/20) terhadap perkembangan apa yang disebut sebagai “realistic turn” dalam sastera.

Apakah ciri-ciri utama yang dapat dikesan dalam karya-karya sastera zaman tersebut.

6. Pengaruh psikoanalisis telah memunculkan jenis sastera yang disebut sebagai “symbolic art”. Huraikan dengan merujuk kepada pemikiran Freud tentang pengarang dan proses kreativiti.

7. Kesusasteraan mistikal atau “the spirit in art” (Wilber) wujud hasil dari gabungan mesra falsafah dan sastera.

Berdasarkan sebuah karya sastera mistik yang anda tahu, analisiskan bagaimana dimensi “spirit” itu diperlihatkan.

- ooo 0 ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

[a] Secara ringkas huraikan faktor-faktor yang menentukan pengaksesan perkataan dan kesilapan kecil dalam tulisan atau pertuturan.. lbl Bincangkan ciri-ciri yang

Bincangkan pandangan di atas dengan merujuk kepada teori mimesis Plato, peranan mediasi dalam penyampaian realiti dan kesannya ke atas sastera sebagai dokumen budaya..

Huraikan pandangan tersebut dengan merujuk kepada “Dogmatic theory of Art” atau “Utilitarian function of art” dalam sosiologi sastera. Perlihatkan bagaimana karya sastera,

Dengan merujuk kepada genre-genre tertentu, bandingkan ciri-ciri struktur (puitika) karya sastera yang bertujuan untuk melipur-lara, dengan karya yang bertujuan

Pengetahuan terhadap beberapa aspek psikologi yang berkaitan dengan pengarang dan perwatakan dalam karya dapat meningkatkan pemahaman dalam kajian kesusasteraan..

Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang bersesuaian, jelaskan bagaimana anda boleh kaitkan ilmu Kesusasteraan Bandingan dengan unsur-unsur kesarwajagatan dalam karya

Ciri keindividualan sering dipertanggungjawabkan sebagai faktor penting yang memecahkan budaya partiparotis dalam masyarakat Melayu tradisional yang memungkinkan munculnya

Dengan merujuk kepada ciri-ciri kesusasteraan yang tertentu, hujahkan pandangan tersebut untuk mewajarkan status kesusasteraan sebagai dokumen sosial dan falsafah yang