• Tiada Hasil Ditemukan

Kewujudan Sub-kontraktor Indonesia di dalam lndustri Binaan "'lalaysia dan kemampuan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Kewujudan Sub-kontraktor Indonesia di dalam lndustri Binaan "'lalaysia dan kemampuan "

Copied!
178
0
0

Tekspenuh

(1)

Kewujudan Sub-kontraktor Indonesia di dalam lndustri Binaan "'lalaysia dan kemampuan

perkembangannya pada masa kini dan masa depan

Disediakan oleh Hafiz bin Hashim

Diaj ukan kepada

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan l"niversiti Sains "'lalaysia 11800 lVlinden

Pulau Pinang

l" otuk memeouhi sebahagian dari s)"arat-syarat bagi meodapat gelaran Sarjaoa Saios Pengurusan Projek

Sessi

1998/1999
(2)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Rancangan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Projek) __ ___Sidang1998D992 _

RML 572 - Disertasi

Tajuk

KEWUJUDAN SUB-KONTRAKTOR INDONESIA DI DALAM INDUSTRI BINAAN MALAYSIA DAN KEMAMPUAN PERKEMBANGNYA

P ADA MASA KINI DAN MASA DEP AN

Oleh

HAFIZ-BlNIlASHIM

(3)

KEWUJUDAN SUB-KONTRAKTOR INDONESIA DI DALAM INDUSTRI BINAAN MALAYSIA DAN KEMAMPUAN PERKEMBANGANNYA PADA MASA KINI DAN MASA DEPAN

Oleh

HAFIZ BIN HASHIM

Dikemukakan kepada

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang

Disertasi ini diserahkan untuk memenuhi sebahagian keperluan bagi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Projek) 1999

(4)

PERAKUAN

Disertasi yang disampaikan dalam kajian ilmiah ini adalah bagi memenuhi syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Projek), Universiti Sains Malaysia.

Ianya adalah hasil saya sendiri kecuali apabila dinyatakan sebaliknya.

Disertasi ini belum pemah diserahkan dan diterima sarna ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya bagi memenuhi sebarang syarat ijazah lain dan pada masa ini tidak dikemukakan untuk mana-mana ijazah lain

(HAFIZ BIN HASHIM)

Disahkan oleh,

(PROFESSOR MADYA DR. ABDUL RASHID BIN ABDUL AZIZ) Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Universiti Sains Malaysia, 1999

(5)

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Allah (s w 1) kerana atas limpah kurniaNya maka disertasi ini dapat disiapkan

Penulisan dan penyelidikan kajian ilmiah ini sebenarnya mendapat banyak pertolongan dari para pengurus projek syarikat-syarikat Kontraktor Utama seperti dari Penang Shipbuilding

& Construction Sdn. Bhd. dan Teknik Cekap Sdn. Bhd Adalah merupakan satu

kegembiraan apabila melihat sokongan yang diberi oleh pengarah syarikat, para pengurus tapak wakil-vvakil agen tapak, jurukur bahan tapak, jurutera dan penyelia tapak syarikat- syarikat Sub-Kontraktor Binaan tempatan seperti Pinang Dunia Sdn Bhd, Hi-Track Sdn Bhd, Productive Square Sdn. Bhd dan Master Builder's Sdn. Bhd, memperkenalkan individu-individu seperti kepala-kepala buruh-buruh Indonesia, di mana telah membawa pengembaraan saya ke rumah-rumah kongsi dan juga salam perkenalan mesra dengan buruh-buruh binaan Indonesia Kepada semua pihak-pihak ini yang telah memberi pelbagai bentuk bantuan ini diucapkan berbanyak terima kasih.

Penghargaan yang tinggi dan ucapan terima kasih terutamanya ditujukan Penyelia disertasi Professor \'ladya Dr Abdul Rashid bin Abdul Aziz yang banyak telah memberi kritikan- kritikan yang sihat dan rnernbangun bagi memurnikan kajian ilmiah ini Pada kesempatan ini, tidak lupa kepada para panel penyelia lain seperti En Abu Hassan bin Abu Bakar, En Azlan Raotfuddin Hj I\uruddin, Cik Linariza binti Hanm dan En Mohd Yahaya bin Vlohd Daud yang mana seCaI"a lang sung dan tidak langsung memberi buah-buah fikiran bernas dan nasihat bagi rnemperlengkapkan disertasi ini

Disertasi ini diharap dapat rnemenuhi syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Projek) dan juga memberi keperluan maklumat tambahan kepada mana-mana

(6)

pihak terutamanya syarikat-syarikat kontraktor binaan yang berminat menggunakan perkhidmatan dari subkontraktor binaan Indonesia bagi tujuan menjalankan operasi pembinaan mereka

SALAM SEJAHTERA

HAFIZ BIN HASHIM

\

(7)

ABSTRAK

Tujuan Kajian Ilmiah ini adalah untuk meninjau dan meneliti kesahihan kewujudan sub- kontraktor binaan Indonesia di dalam Industri Binaan Malaysia Kajian Ilmiah ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, proses transformasi tenaga buruh Indonesia kepada konsep sub-kontrak. Kedua, kejayaan sub-kontraktor Indonesia di dalam Industri Binaan Malavsia. Ketiga, implikasi dari kewujudan sub-kontraktor Indonesia

Proses intentlkasi perolehan maklumat dibuat melalui rujukan-rujukan literatur serta temubual formal dan tidak formal dengan wakil-wakil syarikat kontraktor utama, sub- kontraktor binaan tempatan dan individu buruh-buruh binaan Indonesia. Ini menjadi teras metodologi Kajian Ilmiah ini

Pertumbuhan drastik sektor pembinaan negara menyaksikan Industri Binaan Malaysia berintegrasi secara harmoni dengan buruh-buruh binaan asing terutamanya dari Indonesia Akibat dari karekteristik persekitaran pembinaan yang kompetitif, penggunaan kepada konsep sub-kontrak merupakan trend pengurusan syarikat-syarikat kontraktor binaan tempatan bagi tujuan mengimbangi pendapatan dan kos operasi pembinaan Produk sampingan yang wujud adalah perusahaan-perusahaan persendirian oleh buruh-buruh binaan Indonesia atau sub-kontraktor kerja binaan Indonesia.

Hasil pen emu an mendapati bahawa tahap eswblishmem perniagaan sub-kontraktor kerja binaan Indonesia yang beroperasi di dalam Industri Binaan Malaysia adalah bersifat sementara, tidak tulen, tidak berkembang dan tidak berterusan dari perspektif j angkapanj ang

(8)

ABSTRACT

The main purpose of this research is to ascertain the existance of the so-called Indonesia sub-contractors in Malaysian Construction Industry. This research consists 3 main objectives. The first objective is to determine the transformation process which allowing an ordinary Indonesian construction labourer to become a sub-contractor. Second objective is to review the level of success for so-called Indonesia sub-contractors business in Malaysian Construction Industry. The last objective is to evaluate the implication due to the existance of the so-called Indonesia sub-contractors phenomenon toward the local contractors.

The intensification data collection process were made through literature reviews, formal and informal interview with local contractor company representatives and also with the Indonesian sub-contractor personnel.

The drastic growth of the Malaysian Construction Industry sees the harmonious integration between the industry and the foreign construction labourers, mainly the Indonesians. As the result of competitive nature of the construction industry environment, the concept of sub-contracting has become trendy amongst local construction companies in their effort to balance out the revenue and the construction operation costs. The by- product of this trend were private businesses establishment set-up by these Indonesian construction labourers.

The result of studies have shown that the level the Indonesia sub-contractor businesses establishment was temporary in nature, non-original, not growing / static and non- continous from long term perspective view.

(9)

KANDUNGAN

Muka surat

TAJUK KAJIAN ILMIAH ii

PERAKUAN iii

PENGHARGAAN iv - v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii - xiv

SENARAI CARTA BAR xv

SENARAI CARTA PAl xvi - xvii

SENARAI LAMPlRAN xix

DAFTAR SINGKATAN xx

BABSATU:PENGENALAN

Muka Surat

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Perbincangan Keseluruhan 1

1.3 Hipotesis 2-3

1.4 Persepsi Kajian 3

1.5 Objektif Kajian 4

1.6 Tujuan Kajian 4-6

1.7 Skop Kajian 6-7

1.8 Pertimbangan dan Had-had Kajian 7-8

(10)

BAB DUA: KAJIAN LITERATUR

Muka surat

2.1 Pendahuluan 9

2.2 Trend Mobiliti Tenaga Kerja 9 - 11

2.3 Pengaruh Ekonomi Terhadap Mobiliti Tenaga Kerja 11 - 14 2.4 Pengaruh Sosial Terhadap Mobiliti Tenaga Kerja 14 - 16 2.5 Migrasi T enaga Kerj a Indonesia ke Malaysia 16 - 18 2.6 Pengaruh Kerajaan Terhadap Industri Binaan Malaysia 18 - 20

2.7 Realiti Industri Binaan Malaysia 20 - 22

2.8 Penawaran Industri Binaan Malaysia Terhadap Tenaga 23 - 25 Kerja Asing

2.9 Penawaran Tenaga Kerja Indonesia terhadap Industri 25 - 28 Binaan Malaysia

2.10 Penggunaan Tenaga Kerja Asing di dalam Industri 28 - 29 Binaan Malaysia

2.11 Implikasi Penggunaan Tenaga Kerja Asing 29 - 33 2.12 Permasalahan Perolehan Sumber Tenaga Buruh Binaan 33 - 34

Asing di dalam Industri Binaan Malaysia

2.13 Teori Kewujudan Konsep Sub-kontrak di dalam Industri 34 - 37 Binaan Malaysia

2.14 Struktur Perniagaan Keusahawanan Sub-kontraktor 38 - 41 Binaan

2.15 Rasional Transformasi Tenaga Buruh Binaan Asing ke 41 - 45 Sub-kontraktor

2.16 Kelebihan Sub-kontraktor Indonesia 46 - 50 2.17 Kekurangan Sub-kontraktor Indonesia 50 - 52 2.18 Realiti Cabaran Sub-kontraktor Indonesia 53 - 54 2.19 Ramalan Masa Depan Sub-kontraktor Binaan Indonesia 54 - 57

(11)

BAB TIGA: KAJIAN LAPANGAN

Muka Surat

3.1 Pendahuluan 58

3.2 F onnat Soal Selidik 58 - 59

3.3 Pengendalian Soal Selidik 60 - 61

3.4 Pemilihan Sampel Soal Selidik 61 - 62

3.5 Pentadbiran Soal Selidik 62 - 63

BAB EMPAT : ANALISIS PENYELIDlKAN

Muka Surat

4.1 Pendahuluan 64

4.2 Profil Responden Tempatan Yang Terpilih 64 - 65 4.3 Profil Syarikat Kontraktor Binaan Yang Terpilih 65 - 67 4.4 Aktiviti-aktiviti Pembinaan Syarikat Kontraktor Binaan 67 - 69 4.5 Aktiviti-aktiviti Sub-kontrak oleh Syarikat Kontraktor 69 -70

Binaan di dalam Industri Binaan Malaysia

4.6 Penggunaan Tenaga Buruh Asing di dalam Industri 70 -72 Binaan Malaysia

4.7 Penggunaan Tenaga Buruh Binaan Indonesia di dalam 72 -73 Industri Binaan Malaysia

4.8 Kewujudan Sub-kontraktor Indonesia di dalam Industri 73 -75 Binaan Malaysia

4.9 Pengesahan kewujudan Sub-kontraktor Indonesia di 75 -77 dalam Industri Binaan Malaysia

4.10 Bentuk Kontrak Sub-kontraktor Indonesia di dalam 78 -79 Industri Binaan Malaysia

4.11 Tahap Persaingan Sub-kontraktor Indonesia di dalam 79 - 82 Industri Binaan Malaysia

(12)

4.12 Ramalan Masa Depan Sub-kontraktor Indonesia 83 - 86 di dalam Industri Binaan Malaysia

4.13 Kesimpulan 86

4.14 Profil Responden Indonesia Yang Terpilih 87 4.15 Latar Belakang Responden Indonesia 87 - 90 4.16 Perbandingan Status Ekonomi Responden Indonesia 90 - 97

Sebelum dan Selepas berhijrah ke Malaysia

4.17 Proses Tranformasi dari Buruh Binaan Indonesia 97 - 103 kepada Sub-kontraktor di dalam Industri Binaan

Malaysia

4.18 Aktiviti-aktiviti Pembinaan Sub-kontraktor Indonesia 104 - 106 di dalam Industri Binaan Malaysia menurut pandangan

Responden Indonesia

4.19 Pesaing Sub-kontraktor Indonesia di dalam Industri 107 - 109 Binaan Malaysia menurut pandangan Responden

Indonesia

4.20 Nilai-nilai Kontrak Yang Melibatkan Sub-kontraktor 109 - 111 Indonesia di dalam Industri Binaan Malaysia menurut

pandangan Responden Indonesia

4.21 Pemilikan dan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia, 112-115 Peralatan dan Loji Pembinaan Sub-kontraktor Indonesia

4.22 Ramalan Masa Depan Sub-kontraktor Indonesia di dalam 116-119 Industri Binaan Malaysia menurut pandangan Responden

Indonesia

4.23 Maklumat mengenai Pertubahan-pertubuhan Yang 119 - 120 Melibatkan Warga Indonesia di Malaysia

4.24 Kesimpulan 120

(13)

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN AKANDATANG

5.1 Pendahuluan

5.2 Realiti Sub-kontraktor Indonesia di dalam Industri Binaan Malaysia

5.3 Cadangan Kajian Akan Datang

BIBLIOGRAFI APPENDIKS

a. Borang Soal Selidik Lampiran A b. Borang Soal Selidik Lampiran B c. Borang Soal Selidik Lampiran C

Muka Surat 121

121 - 122

122

(14)

SENARAI JADUAL

Jadual 1 - Senarai kontraktor yang telah diedarkan Borang Soal Selidik LAMPI RAN A & B

Jadual 2 - Senarai Responden Indonesia yang telah diedarkan Borang . Soal Selidik LAMPlRAN C

Jadual 3 - Ringkasan maklumat syarikat kontraktor binaan yang telah disoal-selidik

Jadua14 - Pemilikan tanah di Indonesia oleh responden Indonesia sebelum berhijrah ke Malaysia

Jadua15 - Pemilikan tanah di Indonesia oleh responden Indonesia selepas berhijrah ke Malaysia

Jadua16 - Pemilikan tanah di Malaysia oleh responden Indonesia selepas berhijrah ke Malaysia

Jadua17 - Perbandingan pemilikan kenderaan para responden Indonesia akibat dari penghijrahan ke Malaysia

Jadua18 - Perbandingan pemilikan rumah para responden Indonesia akibat daripada penghijrahan ke Malaysia

Jadua19 - Jenis pekerjaan responden Indonesia sebelum berhijrah ke Malaysia

Jadual 10 - Jenis pekerjaan responden Indonesia selepas berhijrah ke Malaysia dan sebelum memulakan us aha perniagaan sub- kontraktor binaan

Jadual 11 - Jenis perniagaan para responden Indonesia ketika kajian ini Jadual12 - Corak penembusan pasaran sub-kontraktor Indonesia di

Pulau Pinang

Jadual13 - Kenyataan oleh para responden Indonesia mengenai pembuatan keputusan untuk menjadi sub-kontraktor kerja binaan

Jadual14 - Motto perniagaan sub-kontraktor binaan Indonesia di dalam Industri Binaan Malaysia

Muka Surat 62

63

65 - 66

91

91

91

93

95

98

98

99 101

102

103

(15)

ladual15 - Pemilikanjenis tenaga kerja, peralatan dan loji untuk kegunaan 112 operasi pembinaan sub-kontraktor Indonesia di dalam Industri

Binaan Malaysia

ladual 16 - Corak pengambilan, pemilihan dan pengurusan sumber tenaga 114 manusia oleh sub-kontraktor Indonesia di dalam menjalankan

operasi pembinaan di dalam Industri Binaan Malaysia

(16)

SENARAI CARTA BAR

Cmia Bar 1 - Pecahan konsentrasi aktiviti pembinaan oleh syarikat kontraktor yang disoal-selidik

Carta Bar 2 - Aktiviti-aktiviti pembinaan tipikal yang disub-kontrak oleh syarikat kontraktor binaan responden

Carta Bar 3 - Aktiviti skop penggunaan buruh-buruh binaan Indonesia oleh syarikat lontraktor responden

Carta Bar 4 - Tahap perbandingan di antara sub-kontraktor Indonesia dengan sub-kontraktor tempatan bumiputera dan bukan bumiputera di dalam Industri Binaan Malaysia menurut pandangan responden tempatan

Carta Bar 5 - Aktiviti-aktiviti pembinaan sub-kontraktor Indonesia yang diceburi di dalam Industri Binaan Malysia menurut pandangan responden Indonesia

Muka Surat 68

69

72

85

104

Carta Bar 6 - Aktiviti-aktiviti pembinaan sub-kontraktor Indonesia 105 yang mendapat permintaan tinggi di dalam Industri Binaan

Malaysia menurut pandangan responden Indonesia

Carta Bar 7 - Aktiviti-aktiviti pembinaan sub-kontraktor Indonesia yang 106 memberi pulangan tinggi di dalarn Industri Binaan Malaysia

menurut pandangan responden Indonesia

Carta Bar 8 - Anggaran nilai sub-kontraktor Indonesia di dalarn menjalankan 110 pemiagaan di dalam Industri Binaan Malaysia menurut

responden Indonesia

Carta Bar 9 - Anggaran nilai sub-kontrak sub-kontraktor Indonesia menurut 110 responden Indonesia

Carta Bar 10 - Anggaran nilai modal pusingan perniagaansub-kontrak sub- 111 kontraktor Indonesia menurut responden Indonesia

(17)

SENARAI CARTA PAl

..

Muka Surat

Carta Pai 1 - Pecahan taraf professiolisme responden tempatan yang 65 bertanggungjawab di dalam memberi pandangan tentang

buruh-buruh binaan Indonesia

Carta Pai 2 - Klasifikasi perkhidmatan syarikat-syarikat kontraktor yang 66 disoal-selidik

Carta Pai 3 - Klasifikasi aktiviti-aktiviti utama syarikat-syarikat kontraktor 67 binaan yang disoal-selidik

Carta Pai 4 - Pecahan penggunaan tenaga buruh binaan asing oleh syarikat 70 kontraktor binaan yang telah disoal-selidik

Carta Pai 5 - Penjimatan kos akibat dari penggunaan buruh binaan Indonesia 71 lasing oleh syarikat kontraktor binaan tempatan

Carta Pai 6 - Tahap kerja keras buruh-buruh binaan Indonesia adalah lebih 73 tinggi berbanding dari buruh-buruh binaan lain menurut

pendapat responden tempatan

Carta Pai 7 - Tugas responden tempatan di dalam isu-isu perlantikan sub- 75 kontraktor binaan

Carta Pai 8 - Pemah bertemu dengan sub-kontraktor Indonesia 76 Carta Pai 9 - Pecahan sub-kontrak aktiviti pembinaan antara sub-kontraktor 77

tempatan dengan sub-kontraktor Indonesia

Carta Pai 10 - Bentuk kontrak di antara kontraktor utama dengan sub- 78 kontraktor Indonesia

Cara Pai 11 - Tahap persaingan sub-kontraktor Indonesia terhadap sub- 79 kontraktortempatan di dalam Industri Binaan Malaysia pada

pendapat responden tempatan

Carta Pai 12 - Corak perhubungan berkontrak di antara syarikat kontraktor 80 responden dengan sub-kontraktor Indonesia

Carta Pai 13 - Penerimaan kehadiran I kewujudan sub-kontraktor Indonesia 81 di dalam Industri Binaan Malaysia

(18)

Carta Pai 14 - Tahap keselesaan perhubungan dengan sub-kontraktor Indonesia menurut pendapat responden tempatan

82

Carta Pai 15 - Masa depan sub-kontraktor Indonesia di dalam mengembangkan 83 perniagaan di dalam Industri Binaan Malaysia

Carta Pai 16 - Pecahan sub-kontraktor kerja antara buruh-buruh binaan asing 84 di dalam Industri Binaan Malaysia menurut pandangan

responden tempatan

Carta Pai 17 - Jenis rumpun bangsa Indonesia yang disoal-selidik 88 Carta Pai 18 - Tarafkerakyatan responden Indonesia ketika masa kajian 88

ini dibuat

Carta Pai 19 - Tarafpendidikan responden Indonesia 88 Carta Pai 20 - Faktor pembuatan keputusan para responden Indonesia 89

berhijrah ke Malaysia

Carta Pai 21 - Mobiliti responden Indonesia di negeri-negeri di dalam 89 Malaysia

Carta Pai 22 - Ringkasan pemilikan tanah oleh responden Indonesia setelah 92 berhijrah ke Malaysia

Carta Pai 23 - Pecahan pemilikan pelbagai jenis kenderaan di Indonesia 94 sebelum berhijrah ke Malaysia

Carta Pai 24 - Pecahan pemilikan pelbagai jenis kenderaan di Indonesia 94 selepas berhijrah ke Malaysia

Carta Pai 25 - Pecahan pemilikan pelbagai jenis kenderaan di Malaysia 95 selepas berhijrah ke Malaysia

Carta Pai 26 - Pecahan pemilikan rumah di Indonesia sebelum berhijrah 96 ke Malaysia

Carta Pai 27 - Pecahan pemilikan rumah di Indonesia selepas berhijrah 96 ke Malaysia

Carta Pai 28 - Pecahan pemilikan rumah di Malaysia selepas berhijrah 97 ke Malaysia

(19)

Carta Pai 29 - Persaingan yang wujud antara sub-kontraktor kerja binaan 107 menurut pandangan responden Indonesia

Carta Pai 30 - Corak perolehan kontrak sub-kontraktor Indonesia menurut 108 responden Indonesia

Carta Pai 31 - Corak operasi pemiagaan sub-kontraktor Indonesia menurut 109 pandangan responden Indonesia

Carta Pai 32 - Praktis sub-sub kerja oleh sub-kontraktor Indonesia di dalam 115 Industri Binaan Malaysia

Carta Pai 33 - Kesan pemiagaan sub-kontrak responden Indonesia akibat 116 kejatuhan ekonomi dan sektor pembinaan negara

Carta Pai 34 - Tempohjangkamasa ingin meneruskan pemiagaan sub-kerja 117 kontrak binaan di dalam Industri Binaan Malaysia menurut

responden Indonesia

CartaPai 35 - Perkembangan pemiagaan sub-kontrak kerja binaan Indonesia 118 di dalam Industri Binaan Malaysia menurut pandangan

responden Indonesia

(20)

SENARAI LAMPIRAN

Muka Surat 1. LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik untuk Responden Appendiks

Tempatan

2. LAMPIRAN B : Borang Soal Selidik untuk Responden Appendiks Tempatan Yang Menggunakan Perkhidmatan

Sub-kontraktor Binaan Indonesia

3. LAMPIRAN C : Borang Soal Selidik untuk Responden Indonesia Appendiks

(21)

DAFTAR SINGKATAN

AS

USD$

RM

KDNK IMF

DEB

KDN

CIDB KLCC

IMT-GT PKKM MTUC PLKS PGA

LDC 3-d's

Amerika Syarikat United States Dollar Ringgit Malaysia

Keluaran Dalam Negara Kasar International Monetary Fund Dasar Ekonomi Baru

Kementrian Dalam Negeri

Construction Industry Development Board Kuala Lumpur City Center

Indonesia, Malaysia & Thailand Growth Triangle Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Pas Lawatan Kerja Sementara Pasukan Gerak Am

Less Developed Countries Dirty, Dangerous & demanding

(22)

BABSATU!··

l.OPENGENALAN

(23)

Pengenaian

1.1 PENDAHULUAN

Di masa dahulu, apabila padi habis dituai, ramai petani Melayu mencari peluang pekerjaan di dalam sektor pembinaan. Kini di manakah mereka? Jawapannya di kilang-kilang yang berhawa dingin. Begitu juga dengan kaum India, kini lebih suka melibatkan diri sebagai pemandu lori, bas dan van kilang.

Sekiranya kegawatan ekonomi tidak berlaku, Industri Binaan Malaysia dijangka akan terus berkembang pada kadar pertumbuhan dua angka. Industri Binaan Malaysia adalah merupakan satu sektor yang memerlukan kepada penggunaan tenaga buruh secara intensif. Kekosongan yang ditinggalkan oleh penduduk tempatan ini kini telah diisi oleh tenaga buruh-buruh binaan asing terutamanya dari Indonesia.

Kajian ilmiah ini akan mengfokuskan kepada individu-individu dari kalangan buruh binaan Indonesia yang telah berjaya meletakkan diri sebagai seorang usahawan sub-kontrak kerja binaan di dalam Industri Binaan Malaysia.

1.2 PERBINCANGAN KESELURUHAN

Disertasi ini dibahagikan kepada lima bab.

Bab Pertama menyentuh kepada perbincangan am. Sub-topik merangkumi objektif, hipotesis, tujuan, skop dan had-had kajian.

Bab Kedua merupakan penyelidikan ringkas tentang maklumat dan ulasan literatur. SUb-topik berfungsi menghalusi aspek-aspek teori dan rasional kajian.

(24)

Bab Ketiga membentangkan metodologi penyelidikan kajian lapangan bagi membuat penilaian semula kesahihan perbandingan maklumat antara kajian literatur dengan kajian lapangan. Sub-topik merangkumi kaedah soal selidik, pembentukan soal selidik, profil dan kredibiliti responden.

Bab Keempat adalah analisa penyelidikan. Sub-topik merangkumi maklumbalas data dan maklumat yang berasaskan dari pendangan responden. Proses analisa dibentangkan dalam bentuk ringkas sepertijadual dan carta bar dan carta pai.

Bab Kelima adalah pencarian rumusan yang menjadi intipati dan tujuan matlamat utama kajian.

1.3 HIPOTESIS

Imej Industri Binaan Malaysia yang beroperasi dengan kekuatan tenaga buruh asing, memberi gambaran tentang wujudnya keharmonian dan kesefahaman antara syarikat sub-kontraktor kerja binaan dengan buruh-buruh binaan asing. Syarikat kontraktor binaan ingin mengurangi bebanan perolehan sumber tenaga manusia.

Keadaan ini telah membuka tapak peluang kepada buruh-buruh asing untuk memulakan pemiagaan sendiri di dalam bidang pemiagaan sub-kontrak kerja binaan.

Maka dalam konteks ini, penonjolan oleh beberapa individu dari kalangan buruh- buruh binaan terutamanya dari Indonesia yang berkemampuan memiliki telefon bimbit, motosikal, kereta dan rumah, memberi bukti gambaran bahawa wujudnya institusi formal atau tidak formal yang beroperasi secara sub-kontrak.

(25)

Sifat-sifat persamgan yang sengit di dalam Industri Binaan Malaysia adalah pemangkin utama kearah proses transformasi dari buruh-buruh binaan asmg kepada perbentukan perniagaan sub-kontrak kerja oleh buruh-buruh asing.

Oleh yang demikian, hipotesis kajian ini adalah "Memang wujud peningkatan tara! penawaran perkhimatan sub-kontraktor kerja binaan Indonesia dari sub- tenaga buruh kepada sub-tenaga buruh termasuk bahan binaan, di mana berkemampuan memberi saingan ke atas sub-kontraktor kecil tempatan di dalam Industri Binaan Malaysia".

1.4 PERSEPSI KAJIAN

Akauntabiliti kajian bergantung kepada maklumbalas-maklumbalas yang diterima dari responden. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat supaya mempunyai input dua hala, yang berfungsi sebagai satu alat perbandingan bagi meningkatkan konsistensi persepsi pembaca.

Input pertama (primer) merupakan pandangan responden-responden dari syarikat- syarikat kontraktor utama dan sub-kontraktor binaan tempatan. Input kedua (sekunder) adalah pandangan dari individu usahawan sub-kontraktor Indonesia yang melibatkan diri di dalam Industri Binaan Malaysia.

Adalah menjadi matlamat kajian ilmiah ini untuk melihat sejauh manakah kemampuan realiti yang dimiliki dan ditawarkan oleh individu usahawan sub- kontraktor binaan Indonesia di dalam menjalankan operasi perniagaan mereka di dalam Industri Binaan Malaysia.

(26)

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Kaedah pendekatan kajian adalah melalui kajian literatur dan lapangan. Perolehan maklumat dari sumber-sumber yang rei evan daripada sesebuah organisasi syarikat kontraktor utama tempatan, sub-kontraktor binaan tempatan dan sub-kontraktor binaan Indonesia melalui soal-selidik akan diperlengkapkan lagi dengan temubual-temubual untuk membuktikan hipotesis yang telah dinyatakan dan akan mencapai obj ektif-obj ektif berikut:-

1. Objektif pertama ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terdapat di dalam Industri Binaan Malaysia, yang membenarkan proses transformasi 'sub-kontrak kerja binaan J boleh berlaku ke atas buruh-buruh binaan Indonesia

2. Objektif kedua ialah untuk menaksir kemampuan operasi dan tahap kejayaan atau tahap establishment yang dimiliki oleh sub-kontraktor kerja binaan Indonesia di dalam Industri Binaan Malaysia

3. Objektif ketiga ialah untuk meneliti implikasi daripada fenomena kewujudan sub-kontraktor kerja binaan Indonesia ke atas ekonomi dan sistem pengurusan kontrak di dalam Industri Binaan Malaysia

1.6 TUJUAN KAJIAN

Tujuan ini berbangkit kerana konsep 'sub-kontraktor J adalah merupakan ciri-ciri dan elemen penting di dalam sesebuah operasi pembinaan. Tanpa kewujudan konsep ini, operasi pembinaan akan menghadapi pelbagai masalah. Berikut merupakan implikasi-implikasi yang akan berlaku:-

---.... --- 4

(27)

\. Pre stasi syarik

at kontraktor utama akan tergugat akibat penghasilan kerja·

kerja pembinan yang tidak berkesan

2. Memberi nama dan iroej yang buruk ke atas kontraktor utama akiba! dari kegagalan dan implikasi reputasi masa

depan

3. Matlama

t syarikat kontraktor utarna akan terkecewa

, terutarnanya dati segi aspek keuntungan

4. Matlama

t klien untuk pembangunan terkecewa akibat projek terbengkalai dan lambat siap dan menghadapi kenaikan kos pembangunan

Oleh yang dernikian, tujuan utarna kajian ini difikirkan perlu dijalankan adalah kerana:-

I. Mengenalpasti, mengesahkan dan menyenaraikan kepentingan kewujudan konsep sub-kontraktor binaan kerja Indonesia kepada lndustri Binaan

Malaysia terutamanya di dalam konteks operasi pembinaan

2. Mengkaji peranan yang dimainkan oleh sub-kontraktor kerja binaan Indonesia ini adalah benar-benar wujud, di mana situasi

kewujudannya merupakan sesuatu yang ideal dan menepati sebagaimana ulasan-ulasan

literatur yang rei evan

3. Merujuk daripada semakan, adalah didapati masih belum terdapat kajian penyelidikan ilmiah yang mengfokuskan fenomena

kewujudan saingan yang diberi oleh sub-kontraktor kerja binaan Indonesia kepada sub-

kontraktor binaan tempatan

5

(28)

Walau bagaimanapun perlu dinYatakan di sini, bahawa kajian ilmiah ini adalah Satu percub_ bagi memulakan sebuah pengI!asilan di dalam tempoh jangkapendek. KiVian Yang lebib intensif dan rasionai perlu dibuat di masa depan, kerana ia melibatkan pengurusau Pffijek binaan dan pihak-pihak luar yang melibatkan persekitaran, birokrasi, Perundangan,

dan

keselamatan negara.

Bagi buruh-buruh bin_ Indonesia, Industri Binaau Malaysia memainkan peranan sebagai 'batu loneoton' uutuk mencapai kejaYaan di daIam mengeksPloitasikan kemahiran pembinaan yang dimiIiki oleh mereka.

Perkembangan pesat IndUstri Binaan MalaYsia didapati adaIah selaras dengan penggalakkan transformasi Yang akan mengubah buruh-buruh binaan Indonesia me1]jadi sUb-kontraktor

kCJja binaan. Input-input penawaran, persekitaran luaran

dan

dalaman IndUstri Binaan Malaysia adalah me1]jadi faklor sokongan yang memperlengkapkan proses transformasi ini boleh herlaku ke a!as buruh-buruh binaan Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Skop kajian ini

akan

menumpukan kepada pencarian bukti-bukti konkrit bagi menYokong kenyat_ di atas, dengan melalni kaedah penyelidikan yang bersistematik. Penyelidikan hersistematik merupakan elemen te!peuting bagi memperolehi sehuah penghasilan kajian yang mantap dan baleh diterima pada pendapat umum dan mampu dimanafaatkan, terntamanYa oleh syankat kontraktor-kontraktor binaan tempatan di dalam memperbaiki mutu dan prestasi operasi pembinaan mereka.
(29)

---

Oleh yang demikian, proses penyelidikan kajian

ini akan mengg

unakan

kaedah- kaedah berikut:-

1. Penyelidikan literatur yang relevan

2. Perbincangan tidal< formal di tapak-tapak pembinaan 3. Perbineang

an berformat melalui kaedah soal-selidik 4. Peng

amatan secara umulll di persekitaran tapak-tapak bina an

Kajian melal ui

borang soal selidik adalah merupakan sumber perol ehan maklumat-maklumat yang paling utaIDa untuk mengumpul data-data dan bukti-

bukti sahih, yang kemudiannya akan diproses

seeara

berkumpuJan bagi rnenghasi1kan sebuah rurnusan

.

1.8 PERTlMBANGAN BAD-BAl) KAllAN

Kajian ini dibatasi oleh lingkungan garispanduan penyelidikan yang berdasarkan kepad

a

hipotesis, persepsi, objelctif dan skoP. Had-had kajian dikenalpasti dan ditetapkan agar kaiian ini tidak terkeluar dari skop landasan.

Berikut disenaraikan batasan-batasan dan perkara-perkara

yang tidak perlu disentuh bagi tujuan kajian ini:-

1. Faldo r

penenm

aan pendatang asrog Indonesia oleh rakyat Malaysia.

Perbineang an

mengenai sejarab masyarakat majmuk

Malaysia, kaum-kaum pendatang asing dahul

u, sekarang dan akan datang, jenis-jeni s

bahasa dan

7

(30)

dailek, status kerakyatan pendatang asing dan huraian mengenai jenis peluang- peluang pekerjaan di lain-lain, selain dari sektor pembinaan tidak akan disentuh.

2. Keadaan sosial pendatang asing Indonesia dan keadaan sosial buruh-buruh binaan Indonesia di tapak binaan.

Perbincangan mengenai jenis agama, makanan, jenayah dan hiburan buruh- buruh binaan Indonesia di Malaysia tidak akan disentuh.

3. Keadaan ekonomi pendatang Indonesia dan keadaan ekonomi buruh-buruh binaan Indonesia di tapak binaan.

Perbincangan mengenai keadaan dan kegiatan ekonomi negara asal, provinsi, daerah atau kampung asal pendatang buruh-buruh binaan Indonesia tidak akan disentuh.

4. Geografi.

Penyelidikan mengenai lokasi-lokasi konsentrasi pendatang buruh-buruh binaan Indonesia di Malaysia dan laluan-laluan pendatang Indonesia secara sah dan haram tidak akan dibuat.

Sekiranya terdapat maklumat-maklumat yang dibincangkan adalah tergolong dari senarai yang di atas, ia hanyalah bertujuan untuk membantu memperjelaskan perbincangan kajian ini.

(31)

BABDUA!

2.0 KAJIAN LITERA TUR .

(32)

Kajian Literatur

2.1 PENDAHULUAN

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifuddin Omar (sekarang Timbalan Menteri Kewangan Kedua Malaysia) bahawa rakyat-rakyat asing yang bekerja di negara ini telah mengirim pendapatan lebih RM 4.9 billion kepada keluarga masing-masing sepanjang tahun lalu (1997). Daripada jumlah itu, 65 % adalah dikirim oleh pekerja warga Indonesia, 22% oleh pekerja warga Bangladesh dan 6% oleh pekerja warga Filipina. lumlah aliran keluar wang ini adalah bersamaan 1.8% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini pada tahun lalu.

Kenyataan di atas secara kasarnya memberi gambaran umum bahawa tahap penggantungan Malaysia terhadap pekerja-pekerja asing adalah tinggi.

Berdasarkan kepada laporan Rairi Abdullah (1996, m.s. 7), " lumlah tenaga kerja Indonesia yang sebenarnya bekerja di Malaysia adalah lebih tinggi, iaitu melebihi 1 juta orang dan kebanyakkannya mereka ini bertumpu kepada sektor pembinaan sebagai buruh-buruh binaan."

2.2 TREND MOBILITI TENAGA KERJA

Mike Pamwell (1993, m.s. 3) memberi gambaran bahawa ," Penghijrahan dan proses interaksi di peringkat global adalah merupakan faktor terpenting bagi manusia mencipta tamadun dan meningkatkan teknologi. Sejarah telah membuktikan kepada negara seperti Amerika Syarikat (AS). Proses migrasi adalah merupakan faktor pelengkap kepada sesebuah pembangunan manusia dan negara, Proses migrasi juga salah satu faktor yang boleh merubah keadaaan persekitaran kearah industrialisasi dan urbanisasi."

(33)

Bagi Malaysia yang sedang menuju ke arah status sebuah negara maju melalui perancangan atau slogan Wawasan 2020, kenyataan Mike Parnwell di atas adalah mempunyai perkaitan. Untuk mencapai status sebuah negara maju di dalam tempoh jangkamasa yang amat singkat dari segi perspektif sejarah tamadun manusia moden, proses pembangunan negara Malaysia seperti perlu digerakkan sepantas kilat.

Peter Stalker (1994, m.s. 265 - 266) melaporkan seperti berikut," Malaysia adalah sebuah negara yang mengalami satu bentuk fenomena migrasi yang unik.

Kebanyakan rakyat Malaysia membanjiri Singapura sebagai destinasi pilihan bagi memperolehi pelbagai peluang-peluang pekerjaan. Manakala Malaysia sendiri pula dibanjiri oleh buruh-buruh asing terutamanya dari Indonesia sebagai destinasi pilihan. Menurut daripada kajian yang dibuat pada 1988, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura adalah terdiri daripada golongan muda yang berpendidikan menengah rendah. Mereka ini bekerja sebagai buruh-buruh am di sektor-sektor pembuatan dan pembinaan. 50% adalah terdiri dari kaum berbangsa Cina dan 40% berbangsa Melayu dan jumlah keseluruhan mereka dianggarkan 100,000 orang".

Edgreen, G (1990, m.s. 692) mengemukakan pandangan beliau mengenai negara- negara di benua Asia di awal dekad 90an. "Peta ekonomi Asia kini sedang mengalami perubahan drastik dalam tempoh tiga dekad terakhir. Negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Malaysia dan Indonesia sedang mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang rancak dan kini sedang melalui proses transformasi yang cepat ke arah sebuah negara perindustrian. Fenomena ini akan menjanjikan penciptaan sebuah pusat kuasa industri dunia utama di penghujung abad ini."

(34)

Menurut pandangan Hairi Abdullah (1996, m.s. 4) mengenai negara Indonesia khususnya, "Indonesia adalah contoh negara sedang membangun yang telah berintegrasi kepada ekonomi dunia (global). Ekonomi Indonesia kini sedang berkembang pesat. Keadaan ini menyebabkan mobiliti penduduk berlaku, khususnya untuk golongan tenaga kerja, sarna ada lelaki atau perempuan, semakin rancak bukan sahaja di dalam negara tetapi melimpah ke tahap antarabangsa sehingga melewati ruang Nusantara. Pada hari ini mobiliti tersebut telah berubah dari negara sedang membangun kepada negara maju. Umumnya, mobiliti ini adalah dari negara yang ekonominya, secara relatif, masih rendah kepada yang lebih tinggi. Indonesia mempunyai kedudukan ekonomi yang relatifnya dibelakang di sampingjumlah penduduk yang besar (kira-kira 181 juta orang pada 1991 dan dijangka akan mencapai 265 juta orang pada 2025)."

Peter Stalker (1994, m.s. 97) melaporkan menganai trend mobiliti tenaga kerja asing ke Malaysia, "Negara-negara sedang membangun yang dinamik, memanafaatkan tenaga-tenaga kerja yang berasal dari negara-negara jiran yang kurang makmur, untuk melakukan sebahagian jenis-jenis bidang pekerjaan yang tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk tempatan. Sebagai contohnya, Industri Binaan Malaysia didapati bergantung sehingga 80% terhadap tenaga buruh-buruh binaan asing bagi menjalankan operasi pembinaan. Kebanyakkannya buruh-buruh binaan ini terdiri dari rakyat Indonesia."

2.3 PENGARUH EKONOMI TERHADAP MOBILITI TENAGA KERJA

Mike Pamwell (1993, m.s. 28) menyatakan pendapat beliau mengenai pengaruh ekonomi dan mobiliti tenaga kerja, " Pada hakikatnya peluang proses tranformasi sesebuah kawasan yang ekonominya adalah tertekan dan berubah kepada ekonomi yang dinamik amatlah terhad. Oleh yang demikian, proses mobiliti berlaku akibat

(35)

dari fenomena pembangunan yang tidak sekata ini".

Kewibaan dan kemampuan negara Malaysia di dalam mengekalkan kestabilan politik dan pembangunan telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi lebih 8%

untuk beberapa tahun berturut-turut sebelum menemui tekanan kegawatan ekonomi yang bermula pada suku ketiga tahun 1997 dan sekarang diikutu dengan kegawatan politik dengan perlucutan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B.

Dato' Sri Anwar Ibrahim (1998). Negara Malaysia ketika itu telah mampu melangkah masuk ke dalam kelompok keluarga elit "Harimau Asia" bersama Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan. Pemilikan kekayaan ekonomi ini telah menjana pertumbuhan 2 digit bagi sektor pembinaan negara.

Hairi Abdullah (1996, m.s. 4) melaporkan tentang prestasi ekonomi Malaysia dan hubungkait dengan permasalahan perolehan sumber tenaga manusia, " Negara- negara membangun, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina misalnya, berusaha dengan bersungguh-sungguh mengundang modal asing (dari luar, terutamanya dari negara-negara maju) untuk membangunkan pelbagai sektor ekonomi. Akibatnya pemodal-pemodal tersebut bukan sahaja membawa modal tetapi juga teknologi-teknologi baru dan pekeja asing untuk menggerakkan projek masing-masing. Lantaran itu Malaysia, misalnya berupaya menarik modal asing serta mencerna tambahan pekerjaan dengan banyaknya dalam RM Kelima (1986- 1990) dan RM Keenam (1990 - 1995) justeru mengurangkan kadar pengangguran dari 7.6% (pada 1986) kepada 2.8% (pada 1995) dan seterusnya mengalami kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor, sarna ada pertanian atau perindustrian. Kerana masalah ini mencemaskan maka kerajaan terpaksa meminta bantuan negara-negara sahabat, seperti Indonesia, Filipina dan Bangladesh untuk membekal tenaga kerja dalam bidang-bidang yang di perlukan. Ini adalah rancangan sementara."

Kehadiran buruh-buruh asmg adalah disebabkan oleh keadaan sosioekonomi

(36)

negara Malaysia dan di samping itu, faktor keamanan yang terjamin bagi untuk buruh-buruh asing mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan berbanding di negara asal. Kajian Peter Stalker (1994, m.s. 267) mendapati bahawa, " Tenaga pekerja asing mempunyai daya tarikan tersendiri terhadap majikan-majikan tempatan. Mereka dianggap lebih rajin bekerja dan kuat bagi melakukan tugas- tugas berat dan malah sanggup menerima upah yang lebih kecil, iaitu pada anggaran 25% - 45%, berbanding dengan pekerja tempatan. Para majikan pula mendapati di mana mereka tidak perlu mencarum kepada sebarang skim kumpulan wang simpanan pekerja (Provident Fund) atau sebarang jenis skim kebajikan sosial pekerja (Sosial Security). Sebagai contoh, buruh-buruh binaan Indonesia yang bekerja di sektor pembinaan Malaysia menerima upah 10 kali ganda jika dibandingkan di sektor pembinaan Indonesia. Pada tahun 1991, penghantaran kiriman wang ke Indonesia dari Malaysia berjumlah sebanyak USD

$ 800 juta (RM 2 Billion )."

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas, perolehan kadar bayaran terutamanya terhadap buruh-buruh Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah di luar batasan kepercayaan mereka sendiri terutamanya bagi mereka yang berada di dalam sektor pembinaan Malaysia.

Ketika kajian ilmiah ini di dalam peringkat analisis penyelidikan kajian lapangan, kegawatan ekonomi telah mula mencengkam rakyat Indonesia. Dorinda Elliot (1998, m.s. 17) di dalam laporan beliau mengenai kesan kegawatan ekonomi dan politik ke atas rakyat Indonesia dengan memberi sebuah gambaran yang lebih ekstrim iaitu, " Penghijrahan besar-besaran ataupun eksodus telah bermula akibat kegawatan ekonomi. Pelarian-pelarian Indonesia menumpang segala jenis bentuk mod pengangkutan untuk tiba ke pantai Semenanjung Malaysia. Dari ban-ban pasir di tengah laut mereka berenang ke pantai. Dari Melaka mereka menyelusup ke rumah-rumah kongsi di tapak-tapak binaan dan di rumah-rumah terbiar yang hampir roboh dan di dormitori-dormitori yang sesak untuk mendapat pekerjaan

(37)

sementara di mana-mana sektor samada pembinaan atau perladangan seperti kelapa sawit dan getah. Persepsi mereka terhadap kadar upah di Malaysia setinggi USD $ 400 adalah 50 kali ganda dari apa yang diterima di Indonesia, di mana kegawatan ekonomi telah membuat harga-harga barang di Indonesia melambung tinggi dan pembuangan pekerja amat berluasa." Begitulah didapati betapa kuatnya pengaruh ekonomi keatas moboliti tenaga kerja manusia.

2.4 PENGARUH SOSIAL TERHADAP MOBILITI TENAGA KERJA

Mike Pamwell (1993, m.s. 28) menerangkan mengenai pengaruh sosial terhadap mobiliti tenaga kerja seperti berikut, " Kuasa ekonomi merupakan faktor utama di dalam penentuan pembuatan keputusan untuk bermobiliti di kalangan penduduk di negara-negara ketiga. Namun faktor-faktor seperti sosial, kebudayaan, politik dan juga persekitaran adalah mempengaruhi sedikit sebanyak terhadap hasil dan impak sesuatu penghijrahan."

Peter Stalker (1994, m.s. 77) mengkaitkan tentang pengaruh sosial ke atas migrasi buruh Indonesia ke Malaysia dengan menyatakan seperti berikut, " Australia pada masa lalu telah berusaha untuk mengekalkan dasar 'Australian White' dan fenomena ini merupakan budaya kaum Anglo Saxon. Fenomena kebudayaan ini juga meresapi terhadap kaum-kaum lain di dunia, seperti contoh, Malaysia pada suatu ketika menerima penghijrahan beramai-ramai orang bangsa Melayu Indonesia dan begitu juga dengan regim Israel yang sering memujuk penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi di seluruh dunia ke Palestin."

Hairi Abdullah (1996, m.s. 5 - 6) melaporkan tentang jumlah wang kiriman tenaga kerja Indonesia di Malaysia akibat kesesuaian dari segi faktor sosial dan kebudayaan," Pada 1995 hasil devisa yang diperolehi dari jasa tenaga kerja

(38)

Indonesia keluar negeri adalah USD $ 670,680,000. Hasil ini dijangka meningkat ke aras yang lebih tinggi pada tahun-tahun yang berikutnya. Temyata tumpuan pengiriman kerja adalah ke Malaysia walaupun terdapat permintaan yang tinggi dari tempat lain. Ini disebabkan oleh faktor kebudayaan dan struktur sosial yang dianggap Malaysia lebih sesuai."

Berdasar dari maklumat kajian Peter Stalker (1994. M.s. 226 - 227) telah mendapati bahawa," Malaysia mengalami pengaliran tenaga kerja semenjak 1988.

Kekosongan ini diambil alih dengan kebanjiran tenaga buruh imigran terutamanya dari Indonesia. Kini tenaga kerja Indonesia telah menguasai 113 daripada keseluruhan tenaga buruh perladangan dan Yz daripada keseluruhan tenaga buruh pembinaan. Oleh kerana kebanyakannya tenaga kerja Indonesia ini berstatus tanpa izin atau pendatang haram, bilangan sebenar hanya boleh dianggar pada sekitar 1 juta - 1.5 juta orang (di mana melebihi populasi kaum India). Secara etnik, buruh-

buruh Indonesia dari segi rupa dan ruas muka adalah hampir menyerupai kaum bumiputera. Bahasa pertuturan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia adalah hampir sama. Oleh yang demikian, mereka amat mudah berinteraksi dan bergaul ke dalam struktur organisasi buruh di Malaysia. Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam sektor perladangan dan pembinaan didapati menjalankan operasi mereka pada risiko yang rendah apabila menggunakan perkhidmatan tenaga buruh asing ini secara tidak langsung (indirect) dengan melantik pihak ketiga, iaitu dikenali dengan panggilan kontraktor tenaga buruh (labour contractors}."

Kesimpulannya kenyataan Mike Pamwell, Peter Stalker dan Hairi Abdullah telah memberi gambaran umum, yang mana penghijrahan buruh-buruh Indonesia ke Malaysia dapat diterima oleh rakyat tempatan terutamanya dikalangan orang- orang Melayu tempatan. Persamaan yang hampir dari segi sosial, kebudayaan, politik dan persekitaran, membolehkan proses adaptasi berlaku secara maksimum oleh buruh-buruh Indonesia. Fenomena ini boleh dibanding dengan penerimaan dan persepsi terhadap kehadiran buruh-buruh asing lain seperti dari Bangladesh,

(39)

Myanmar, Pakistan dan Thailand oleh rakyat Malaysia. Peristiwa-peristiwa pergaduhan terutama bersangkutan dengan buruh-buruh Bangladesh dengan rakyat tempatan sering mendapat liputan media massa pada suatu ketika dahulu (1994 -1997).

2.5 MIGRASI TENAGA KERJA INDONESIA KE MALAYSIA

Sungguhpun tiada perangkaan nyata mengenai jumlah sebenar buruh-buruh binaan asing yang berkhidmat di dalam Industri Binaan Malaysia, tetapi perkiraan kasar menunjukkan jumlah buruh-buruh Indonesia yang terbabit dalam aktiviti pembinaan hampir mencecah sejuta orang. Hasil penyelidikan oleh Hairi Abdullah (1996, m.s. 6 - 7) menunjukkan bahawa, " Negara Indonesia memberi anggaran bahawa permintaan tenaga kerja dari Malaysia adalah 1,200,000 orang, tetapi kerajaan Indonesia hanya mampu membenarkan 850,000 orang (kira-kira 70.8%). Namun ramai yang datang melalui jalan gelap. Satu penelitian IRPA yang ditumpukan kepada pekerja binaan (construction workers) dan sektor lain di Lembah Kelang, misalnya, mendapati 85% responden adalah berstatus tanpa izin (atau biasa disebut sebagai pendatang haram."

Peter Stalker (1994, m.s. 147) juga memberi pandangan yang hampir sarna tentang corak migrasi tenaga kerja Indonesia ke Malaysia, " Di Asia, kewujudan sekelompok pekerja tanpa izin (undocumented workers) terbesar yang berada di negara Malaysia. lumlahnya dianggar melampaui 800,000 orang yang terdiri dari rakyat Indonesia. Mereka bekerja di dalam sektor-sektor seperti perladangan dan pembinaan. Malaysia yang diklasifikasikan sebagai sebuah negara industri baru, yang mempunyai daya tarikan magnet terhadap corak kemasukan secara haram oleh tenaga buruh-buruh asing terutamanya dari Indonesia."

(40)

Mike Pamwell (1993, m.s. 114) menyatakan mengenai fenomena migrasi iaitu, "

Fenomena kepulangan migrasi (returned migration) memberi erti kata ramai jumlah orang pulang ke komuniti asal mereka. Di dalam kebanyakan kes mereka ini pulang dengan bersenjatakan kelebihan skil dan kepakaran, pengalaman dan perspektif hidup yang berpunca dari pendedahan ketika bekerja di luar berbanding dengan apa yang mampu disediakan di daerah asal". Namun menurut Mike Pamwelllagi (1993, m.s. 115 - 116), "Terdapat skop pekerjaan yang amat terhad bagi mereka yang pulang ke daerah asal. Mungkin ada yang akan membuka perusahaan sendiri di dalam bidang pembinaan atau pengangkutan di daerah asal mereka, tetapi majoriti sedar bahawa dengan kembali semula ke bandar akan terus menjamin prospek untuk mengeksploitasikan skil dan pengalaman ke tahap maksimum". Fenomena seperti ini juga didapati di kalangan tenaga kerja Indonesia. Mereka sedar dengan kembalinya ke Malaysia, mereka akan beroleh punca pendapatan yang tinggi. Sekiranya dilihat dari segi geografi pula, jarak perjalanan dari Indonesia ke Malaysia adalah tidak jauh.

Mike Pamwell (1993, m.s. 114) menegaskan lagi, " Walaupun orang itu berpelajaran dan membuka perusahaan sendiri di kampung, mereka masih berpendapat bahawa potensi yang ada atau tersedia amatlah kurang. Sekiranya mereka berhijrah, implikasi ke atas komuniti kampung tidak terjejas. Di dalam masa jangkapendek penghijrahan mereka ke bandar untuk mengekploitasi kemahiran dan skil, di atas kesedaran ekonomi. Akhimya proses penghijrahan secara jangkapendek bertukar menjadi satu proses yang berterusan (self- perpetuating)". Keadaan ini samalah dengan penghijrahan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia, di mana corak penghijrahan mereka ini menjadi berterusan akibat ketiadaan potensi untuk memperolehi pekerjaan yang baik di Indonesia.

Peter Stalker (1994, m.s. 54) memaklumkan mengenai bentuk jaringan perhubungan yang wujud di kalangan buruh asing, " Jenis jaringan ini dibina dengan perlahan dan menempuhi pelbagai kesulitan. Namun ianya menjadi

(41)

kegunaan asasi untuk proses migrasi berlaku. Selalunya permasalahan yang lebih sulit akan menimpa terhadap golongan imigran perintis. Mereka perlu mencari sendiri bagaimana proses dan keperluan pengdokumentasian dan visa (atau bagaimana mengharungi perjalanan secara haram tanpa dokumen dan visa), mencari tempat-tempat tinggal yang sesuai untuk meneruskan kehidupan, terpaksa mencari pekerjaan secepat mungkin agar wang simpanan keluarga yang dibawa tidak kehabisan ditengah jalan. Suatu kebenaran baru yang dijumpai oleh para imigran di perantauan, iaitu 'perhubungan kekeluargaan' menjadi lebih penting berbanding di negara asal". Peter Stalker (1994, m.s. 35) melaporkan bahawa, "

Komuniti-komuniti imigran di perantauan adalah sumber penggantungan penyaluran informasi. Kajian ke atas imigran Filipina di AS mendapati sumber perolehan maklumat utama mengenai imigrasi ke AS bukan bergantung kepada pasport atau visa, kedutaan AS, suratkhabar atau agensi perlancongan, tetapi dari jaringan hubungan peribadi orang Filipina yang telah lama bermaustautin di AS".

Keadaan ini seperti ini adalah sarna dengan fenomena imigrasi tenaga kerja Indonesia ke Malaysia.

2.6 PENGARUH KERAJAAN TERHADAP INDUSTRI BINAAN MALAYSIA

Sejak ekonomi Malaysia pulih dari kemelesetan pada hujung tahun 1980-an, pemimpin negara Malaysia telah membuat pembaharuan yang radikal iaitu suatu pembaharuan yang merangsang sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan.

Sektor swasta dijadikan sebagai pemacu kebangkitan ekonomi Malaysia sehingga mencapai kemajuan yang menakjubkan. Keyakinan kita terhadap sektor swasta tidak berganjak. Sektor-sektor swasta ini sekian lama memercu pertumbuhan luar biasa tinggi. Keadaan ini memberi kesan positif sepenuhnya di dalam menjana pertumbuhan yang menggalakkan bagi sektor pembinaan negara. Industri Binaan Malaysia dianggap sebagai sektor yang paling produktif dan kini menjadi sayap

(42)

ekonomi negara di dalam membantu negara merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, selaras dengan Wawasan 2020. Perlaksanaan projek-projek pembinaan dalam mas a singkat menjadi trend di dalam mengejar pembangunan ketika zaman ekonomi negara subur. Kerajaan Malaysia membuka peluang seluas-luasnya bagi sektor swasta di dalam memperkembangkan kegiatan pembinaan. Pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai bangunan tertinggi di dunia memberi imej simbolik kejayaan Industri Binaan Malaysia.

Penubuhan agensi-agensi berkanun khas dan baru seperti Construction Industry Development Board (CIDB), adalah merupakan langkah-langkah pro-aktif kerajaan di dalam mengawasi perkembangan Industri Binaan agar tidak mengalami kejatuhan.

Pengwujudan kawasan kerjasama ekonomi antarabangsa di kalangan negara- negara ASEAN seperti IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle) dan BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines) turut menyumbang kepada peningkatan keperluan kemudahan infrastruktur- infrastruktur baru dan bangunan-bangunan baru di kawasan yang terbabit. Ini bertujuan bagi menjana perkembangan ekonomi. Industri Binaan Malaysia yang secara amnya, adalah terletak di dalam kawasan ekonomi yang dinamik.

Kestabilan politik dan pembangunan negara mempunyai hubung kait yang rapat dengan keseimbangan kemajuan pemilikan kuasa ekonomi sesebuah negara. Hairi Abdullah (1996, m.s. 1) menyatakan ," Yang miskin semakin terhimpit dan tersisih semata-mata tidak mempunyai kuasa yang cukup kuat. Sebaliknya kuasa golongan berada (dan pemilik modal) begitu kuat. Malah, pada kebiasaannya, mereka diberi banyak keistimewaan untuk meluaskan lagi kekuasaannya melalui kegiatan ekonomi pada ruang terpilih dan strategis".

(43)

Kesimpulannya, kesedaran kerajaan Malaysia tentang kepentingan lndustri Binaan telah mengakibatkan kewujudan pelbagai usaha di dalam bentuk kerjasama rapat di antara kerajaan dan pihak swasta. Keadaan ini telah berupaya menjana pertumbuhan sektor pembinaan dengan pesat. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh kerajaan secdara menyeluruh ke atas dasar pengswastaan secara tidak langsung memberi kesan yang positif pre stasi lndustri Binaan Malaysia.

2.7 REALITI INDUSTRI BINAAN MALAYSIA

Pasaran hartanah dan sektor pembinaan tempatan adalah sektor yang kompetitif.

Firma/syarikat kontraktor binaan yang bersenjatakan kelebihan kepakaran serta teknologi sahaja yang akan mampu mengekalkan dan meningkatkan daya saing.

Selain dari itu, perbezaan kos pengunaan tenaga buruh binaan asing di sektor pembinaan, adalah didapati merupakan teras dan tunggak bagi mengimbangi pendapatan pelaburan dan kos operasi pembinaan syarikat-syarikat kontraktor binaan di dalam lndustri Binaan Malaysia. Fenomena ini menjadi trend syarikat- syarikat kontraktor binaan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi paras keuntungan.

Kemajuan tekonologi pembinaan sektor hartanah serta pengaplikasian persekitaran pembinaan secara automasi dan robotik adalah masih jauh dari realiti, khususnya bagi lndustri Binaan Malaysia. Corak pembinaan yang konvensional adalah didapati masih dipraktik secara meluas oleh syarikat-syarikat kontraktor binaan tempatan. lni telah mengakibatkan sektor pembinaan menjadi kekal sebagai sektor pekerjaan yang memerlukan kepada penggunaan tenaga buruh binaan secara intensif.

Keperluan kepada penggunaan tenaga buruh secara intensif adalah merupakan

(44)

salah satu dari faktor yang mempunyai tarikan emigrasi buruh-buruh Indonesia ke Malaysia. Industri Binaan Malaysia menawarkan pelbagai jenis peluang pekerjaan seperti buruh am, buruh separuh mahir dan mahir. Corak pembinaan konvensional yang diamalkan adalah tidak memerlukan pekerja binaan yang pendidikan formal dan latihan teknikal yang tinggi. Oleh itu, dengan sekadar serba-sedikit pendedahan dan pengalaman di dalam teknik pembinaan rumah-rumah kampung serta kekuatan tenaga fizikal sudah cukup memberi jaminan peluang pekerjaan di dalam Industri Binaan Malysia. Nilai-nilai budaya "kerja keras perlu dihargai"

dalam bentuk pemisahan fizikal dari idea adalah budaya kerja pekerja buruh- buruh binaan yang menepati kehendak para majikan di dalam sektor pembinaan di Malaysia.

Kebiasaannya, jangkamasa fasa-fasa pembinaan (Construction Stages) di dalam Industri Binaan Malaysia pada ketika zaman ekonomi mewah adalah singkat.

Sebagai contoh, pembinaan pusat-pusat perdagangan besar seperti MAKRO Wholesale Cash and Carry Centre di Seberang Jaya, Johor Bahru, Shah Alam, Selayang, Seremban dan Ipoh, kesemuanya mempunyai tempoh jangkamasa fasa pembinaan di antara sekitar 7 hingga ke 8 bulan. Implementasi operasi pembinaan secara pantas, atau lazimnya dikenali dengan konsep fast-track', sering digunakan oleh syarikat-syarikat kontraktor binaan. Ini secara tidak langsung memberi habuan pulangan yang amat besar dan diluar dugaan dari segi kadar upah dalam bentuk wang tunai yang diterima di dalam sekelip mata (fast money) oleh buruh-buruh binaan.

Di dalam menghadapi suasana persaingan yang amat sengit dan kompetitif, kita perlu menerima hakikat bahawa struktur-struktur organisasi yang yang wujud di dalam syarikat-syarikat kontraktor binaan Malaysia lebih mirip bersifat perkauman (ethnicity). Nilai-nilai perkauman ini mempunyai kekuatannya tersendiri dan tidak perlu diketepikan dalam menghadapi pelbagai persaingan pemiagaan. Pemeliharaan jaringan sosial yang wujud amat diberikan keutamaan.

(45)

lni adalah kerana ianya mengstruktur secara informal perhubungan ekonomi.

Sebagai contoh, nilai budaya ini amat memanfaatkan komuniti etnik Cina di dalam menjalankan operasi pemiagaan secara efektif di Nusantara. Kebolehan berunding secara bersemuka dan berjabat tangan adalah merupakan satu semangat setiakawan yang berfungsi menjaga kebaikan bersama, yang mana tidak terlalu mementingkan soal untung rugi. Nilai kerjasama ini wujud, apabila kepercayaan telah mula dibina melalui perhubungan yang melangkaui ke tahap perhubungan secara peribadi (personal contact).

Hairi Abdullah (1996, m.s. 10) mengesahkan kenyataan di atas dengan melaporkan bahawa," lndustri binaan memiliki organisasi pengurusan yang diatur mengikut sistem birokrasi, iaitu terdapat peraturan dan syarat yang rigid untuk kemasukan tenaga kerja ke dalamnya. Cuma mereka yang mempunyai sokongan peribadi, kemahiran dan pengalaman professional diterima. Itu pun tertakluk kepada sokongan orang-orang yang 'dipercayai' oleh organisasi. Jaringan sebegini di panggil mekanisme rahsia (confidential mechanism) yang menentukan siapa dan bila pekerja-pekerja boleh diambil".

Konsep kapitalisme di sesebuah negara mempunyai kod peraturan sendiri yang diikat oleh keyakinan terhadap demokrasi. Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem corak pemerintahan demokrasi. Di belakang sisitem ini ada kepercayaan bahawa manusia mempunyai pilihan dan bertindak berasas nilai-nilai ini. Begitu juga dengan senario lndustri Binaan Malaysia. Kehadiran buruh-buruh binaan asing diterima bagi menyertai untuk mengecapi bersama pertumbuhan sektor pembinaan negara, tanpa diberikan pelbagai bentuk halangan dan kekangan. Buruh-buruh binaan asing ini dialu-alukan untuk mencuba nasib di dalam mengeksploitasi konsep kapitalisme yang wujud di dalam lndustri Binaan Malaysia.

(46)

2.8 PENA WARAN INDUSTRI BINAAN MALAYSIA TERHADAP TENAGA KERJA ASING

Peter Stalker (1994, m.s. 35) mencerita mengenai sebuah kisah kejayaan seorang buruh binaan Thailand yang berhijrah, " Di awal tahun 70an di sebuah desa Chiang Wae, seorang penghuni kampung tersebut telah bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor binaan Amerika Syarikat yang sedang membangunkan sebuah pengkalan kapal terbang di Thailand. Syarikat tersebut telah mempengarnhi beliau supaya mengikuti mereka bekerja ke Bahrain. Selepas 2 tahun di Bahrain, beliau menyambung kerja di Arab Saudi selama 8 tahun. Akhimya beliau telah kembali ke pulang ke desa Chiang Wae sebagai seorang yang paling kaya. Beliau mendirikan sebuah rumah barn, membeli tapak-tapak semaian untuk tujuan pertanian dan berbidang tanah bendang untuk penanaman padi. Beliau juga telah menghantar anaknya ke universiti dan menjadi seorang peminjam wang. Kejayaan beliau telah menjadi perbualan dan contoh kepada orang-orang lain di desa tersebut. Desa Chiang Mae kini telah mengalami satu fenomena pernbahan, di mana penghijrahan berantai berlaku dari desa Chiang Mae ke Arab Saudi.

Kumpulan penghijrah dari desa Chiang Mae yang telah berada di Arab Saudi membantu kumpulan penghijrah yang barn tiba. Manakala kumpulan penghijrah yang pulang ke desa berfungsi sebagai agen pengerahan (recruiting agents). Desa Chiang Mae semakin bergantung kepada sumber kiriman wang dari luar negara".

Mike Pamwell (1993, m.s. 4) memaklumkan mengenai implikasi pengarnh wang terhadap ekonomi," Penukaran dari penggunaan sistem tukaran barang (barter trade) kepada pembayaran tunai sebagai medium penukaran di kalangan negara- negara Dunia Ketiga, telah mengakibatkan fenomena penembusan pasaran- pasaran ekonomi berlaku melalui penghijrahan manusia". Industri Binaan Malaysia yang berkembang pesat ketika zaman ekonomi mewah adalah didapati mengeksploitasikan sepenuhnya kelebihan kuasa pembayaran tunai (power of cash payment) ke atas burnh-burnh binaan asing. Oleh itu, burnh-burnh asing ini

(47)

didapati arnat kagum dan tertarik dengan perkembangan di dalam Industri Binaan Malaysia ini.

Mike Pamwell (1993, m.s. 89) menyatakan mengenai kadar upah terhadap buruh- buruh asing," Perbezaan kadar upah yang tinggi mesti dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi proses emigrasi". Sektor pembinaan menawarkan kadar upah yang tinggi, sekiranya dibandingkan dengan upah yang diberi di negara asal buruh- buruh binaan asing, termasuk Indonesia. Di dalam Industri Binaan Malaysia terdapat juga bonus seperti peluang bekerja lebih masa yang maksima (massive overtime) yang berpunca dari tempoh jangkamasa siap yang amat singkat. Nilai tukaran matawang Ringgit berbanding matawang Rupiah juga faktor tarikan yang

I

utarna. Nilai Ringgit mempunyai kuasa membeli yang besar jika sekiranya dibelanjakan di Indonesia.

Buruh-buruh binaan asing yang terlibat di dalarn sektor Industri Binaan Malaysia adalah didapati mampu mengirimkan sejumlah wang yang banyak ke daerah asal mereka. Buruh-buruh binaan asing mampu berjimat kerana segala bentuk kediaman disediakan oleh pihak majikan seperti rumah kongsi, bekalan air dan elektrik sementara di tapak-tapak binaan. Mereka hanya perlu menyediakan sejumlah kecil wang untuk makanan dan kegunaan harian. Kesimpulannya, inilah beberapa contoh kelebihan yang dimiliki oleh Industri Binaan Malaysia jika dibandingkan dengan sektor pekerjaan yang lain yang menggunakan khidmad buruh-buruh asing.

Sherrie A. Kossoudji (1998, m.s. 497) memberi pandangan mengenai keadaan corak penawaran ke atas buruh-buruh asing, " Faktor yang mempengaruhi ke atas jenis-jenis penawaran pekerjaan untuk kaum imigran adalah bergantung kepada dominasi golongan imigran dari etnik yang sarna yang melakukan sesuatu jenis kerja. Kaum imigran selalunya akan berkumpul di lokasi-Iokasi tertentu dan menyusun pelbagai aktiviti-aktiviti perusahaan bagi pasaran terhad (enclaved

(48)

market) bagi keperluan pasaran etnik atau pun kadangkala untuk pasaran terbuka.

Perusahaan yang dimiliki oleh kaum imigran ini diurus sendiri oleh kaum imigran dan disokong oleh tenaga kerja imigran yang selalunya berasal dari etnik yang sarna. Kepentingan kewujudan perusahaan imigran ini mempunyai pelbagai fungsi seperti membantu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada kaum imigran, membantu kaum imigran membuka perusahaan-perusahaan baru dan menjalankan aktiviti sosial, hiburan dan riadah yang tidak kurang pentingnya untuk kaum imigran berinteraksi sesama sendiri di bumi asing. Keperluan pengetahuan kepada bahasa Inggeris sudah tidak menj adi satu kemestian sekiranya tidak meninggalkan pasaran terhad. (enclave market)". Namun bagi buruh-buruh binaan Indonesia, disebabkan oleh faktor etnik, soaial, kebudayaan dan bahasa yang hampir sarna dengan kaum Melayu di Malaysia, pasaran pekerjaan buruh-buruh binaan Indonesia menjadi lebih terbuka luas.

2.9 PENA WARAN TENAGA KERJA INDONESIA TERHADAP INDUSTRI BINAAN MALAYSIA

Broek, J.V.D. (1996, m.s. 45) menyatakan bahawa, "Perkembangan pesat industri Inggeris tidak akan boleh berlaku, sekiranya England tidak mempunyai bekalan populasi Irish yang besar dan miskin". Keadaan seperti ini didapati mempunyai persamaannya dengan perkembangan Industri Binaan Malaysia.

Mike Parnwell (1993, m.s. 60) memaklumkan bahawa, " Kehadiran imigran memudahkan proses pengembangan tahap pengeluaran sesebuah industri berlaku.

Pembangunan teknologi juga mempengaruhi pasaran pekerjaan di mana mempermudahkan lagi pengkelasan jenis-jenis pekerjaan dari skil tertinggi hinggalah yang terendah dibuat. Oleh itu, kebanyakkan peluang-peluang pekerjaan yang di tahap terendah adalah akan disediakan untuk pekerja imigran".

Broek, lV.D. (1996, m.s. 40) pula menyatakan bahawa, " Majoriti imigran adalah

(49)

terdiri dari golongan orang muda yang berada pada tahap produktiviti tertinggi.

Ekonomi AS seperti mendapat hadiah kapital manusia di mana kos untuk membesarkan manusia kepada dewasa tidak ada .. Oleh itu, senario ekonomi AS mencapai 'output' pengeluaran yang besar". Industri Binaan Malaysia juga amat memerlukan kepada kapital manusia dewasa untuk menjalankan tugas-tugas berat.

Hairi Abdullah (1996, m.s. 20 - 21) melaporkan, " Pekerja Indonesia bermula tugas dari tahap paling bawah. Mereka sanggup berbuat demikian kerana berharap setelah memperolehi latihan, mereka akan menjadi pekerja mahir dalam bidang- bidang tertentu. Ini bermakna pekerja tersebut menjadikan Industri Binaan di Malaysia sebagai temp at latihan (yakni mencari ketrampilan). Namun, kesediaan mereka mempelajari teknologi baru adalah penting bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada Industri Binaan Malaysia yang semakin memerlukan tenaga terlatih". Kesimpulannya disini, kehadiran atau kebanjiran buruh-buruh binaan Indonesia ke dalam Industri Binaan Malaysia didapati mempunyai kepentingan yang menepati kehendak-kehendak kedua-dua belah pihak.

Peter Stalker (1994, m.s. 95) melaporkan, " Tenaga kerja imigran selalunya berkonsentrasi dalam bidang-bidang pekerjaan seperti kerja yang berulang-ulang (repetitive), memerlukan kepada kerahan kekuatan tenaga fizikal dan juga kerja- kerja merbahaya. Orang ramai menerima hakikat bahawa para pekerja imigran berkesanggupan melakukan kerja-kerja yang kurang enak (unpleasant) dipandang mata dan begitu tekun bekerja. Menurut tinjauan akhbar New York Times yang dibuat pada sekitar tahun 1991, mendapati 63% rakyat AS amat bersetuju bahawa pekerja imigran ini menjalankan kerja yang tidak disanggup dibuat oleh rakyat tempatan AS. Mereka ini lebih rajin dan kuat bekerja berbanding dengan rakyat tempatan AS. Rumusan yang dibuat adalah, kebanyakan negara di dunia mempunyai bentuk hiraki khas untuk para pekerja imigran. Bagi pekerja imigran yang berasal dari negara yang paling tidak disukai (least favoured nation), akan berada di hiraki terbawah melakukan kerja yang paling buruk dan kotor".

(50)

Merujuk kepada Hairi Abdullah (1996, m.s. 20), beliau melaporkan ," Pekerja Indonesia di Malaysia kebanyakkannya dari golongan rendah dan tidak mempunyai kemahiran. Mereka meneeburi lapisan paling bawah dalam struktur sosial pekerja industri binaan. Walaubagaimanapun mereka tetap tekun bekerja, dan sikapnya yang sentiasa positif, misalnya sentiasa bersedia mengendalikan kerja-kerja berat yang tidak sanggup dilakukan oleh pekerja tempatan, menjadikan mereka digemari oleh kepala atau penyelia. Namun ada yang mengambil kesempatan dari kedudukan mereka yang kurang selamat kerana tidak mempunyai pas kerja atau dokumen perjalanan yang sahih. Pekerja Indonesia menjadi komoditi yang mudah diperdagangkan".

Kajian Hairi Abdullah (1996, m.s. 10) mendapati bahawa, " Golongan muda yang tinggal di negara sedang membangun, mempunyai banyak kelemahan. Antaranya ialah aras pendidikan rendah dan latihan yang amat terhad. Dalam konteks ini pekerja Indonesia misalnya, hanya mampu menghabiskan sekolah pada peringkat dasar atau menengah rendah. Ada juga di kalangan mereka memiliki kelulusan sekolah menengah atas atau akademi, tetapi bilangannya amat keeil, iaitu tidak sampai 10%. Dengan itu sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia, dengan segera memasuki pasaran buruh tempatan kerana mereka hanya layak menjadi pekerja tidak mahir seperti buruh kasar. Ini adalah pekerjaan yang paling rendah dalam hiraki sosial industri moden".

Peter Stalker (1994, m.s. 95) memberi pandangan yang hampir sarna dengan Hairi Abdullah, "Kebanyakan imigran membuat kerja yang selalunya penduduk tempatan menjauhkan diri. Hampir keseluruhan negara di dunia ini mendapati tenaga bu

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam pada itu dan selaras dengan kehendak proses perindustrian dan pembangunan negara, di antara sub bidang sains sosial juga ada yang dianggap mempunyai potensi dan nilai pasaran

Selama beratus-ratus tahun, sebuah patung purba telah diletakkan di luar di sebuah negara yang beriklim kering dan sederhana. Sebuah bandar di Amerika Syarikat telah membeli

Kewujudan perundangan berkaitan alam sekitar dalam Perlembagaan Persekutuan telah menjadi panduan utama proses pembangunan negara yang selari dengan usaha penjagaan

Masalah pengangguran dalam kalangan graduan mampu memberi impak yang negatif kepada kemajuan dan pembangunan negara. Ini adalah kerana golongan graduan adalah golongan

Pelaksanaan dalam kajian ini bermaksud pelaksanaan program MPV-LN di peringkat sekolah seperti yang dirancang oleh pihak KPM dan merujuk kepada: kursus MPV-LN dalam memenuhi

Antaranya ialah tekanan dari sudut undang-undang dari negara-negara yang ada kepentingan perdagangan dan memberi kesan kepada ekonomi negara. Beberapa negara seperti Amerika

Terangkan perubahan yang berlaku pada .populasi manusia sesebuah negara apabila negara tersebut berubah dan negera membangun kepada sebuah negara maju?. Bincangkan

Jelaskan faktor-faktor di atas yang pada pandangan anda akan menjadi pendorong kepada firma kontraktor untuk beroperasi diluar negara.. Penjelasan anda haruslah