• Tiada Hasil Ditemukan

KEUNGGULAN KEPENGARANGAN FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALISME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KEUNGGULAN KEPENGARANGAN FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALISME"

Copied!
525
0
0

Tekspenuh

(1)M. al. ay. a. KEUNGGULAN KEPENGARANGAN FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALISME. U. ni. ve r. si. ty. of. FAUZI BIN HASAN. AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR. 2019.

(2) ty. of. M. al. FAUZI BIN HASAN. ay. a. KEUNGGULAN KEPENGARANGAN FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALISME. U. ni. ve r. si. TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH. AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR. 2019.

(3) UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: FAUZI BIN HASAN No. Pendaftaran/Matrik: JHA 150004 Nama Ijazah: IJAZAH DOKTOR FALSAFAH Tajuk Tesis: KEUNGGULAN KEPENGARANGAN FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALISME Bidang Penyelidikan: SASTERA MELAYU MODEN Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apaapa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.. ni. ---------------------------------------------Tandatangan Calon. Tarikh: 08 Mac 2019. U. Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,. ii.

(4) KEUNGGULAN KEPENGARANGAN FAISAL TEHRANI DARI PERSPEKTIF TEKSDEALISME ABSTRAK. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel terpilihnya. Keunggulan yang diraih akan meletakkan. a. dirinya pada kedudukan tersendiri dan membezakan dengan pengarang yang lain. Bagi. ay. mencapai tujuan tersebut, kajian ini menganalisis tujuh buah novel, iaitu Perempuan Politikus Melayu (2000), 1515 (2003), 1511H[Kombat] (2004), Surat-surat Perempuan. al. Johor (2005), Tunggu Teduh Dulu (2008), Bahlut (2010) dan Bagaimana Anyss Naik. M. Ke Langit (2016). Kaedah kajian yang dijalankan adalah bersifat kualitatif yang. of. menganalisis teks dan kerja lapangan. Teori yang digunakan ialah Teori Teksdealisme (2006) yang digagaskan oleh Mana Sikana. Teori ini menetapkan empat prinsip bagi. ty. menganalisis keunggulan, iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan. si. individualisme. Semua prinsip Teori Teksdealisme diaplikasikan bagi menilai tahap. ve r. keunggulan Faisal Tehrani. Pencapaian keunggulan terbahagi kepada tiga tahap, iaitu rendah (lemah), separa (sederhana) dan tinggi. Dalam prinsip kehadiran menunjukkan novel-novel. kajian. bersumberkan. kehadiran. daripada. pengalaman,. ni. bahawa. U. pengembaraan, pengkajian, pembacaan dan isu-isu semasa. Bagi prinsip perlanggaran menunjukkan perlanggaran dari aspek tema, watak, latar, aliran dan teknik penceritaan. Prinsip pengukuhan pula menunjukkan pengukuhan dari aspek pemikiran, subjek, watak, isu mini naratif, aliran, teknik penceritaan, latar, penggunaan fakta dan sumber sokongan. Prinsip individualisme yang membina identiti kepengarangan adalah aspek subjektiviti, stail individu, kedirian individu dan tindakan individu. Kajian mendapati, terdapat satu lagi aspek yang membina individualisme pengarang, iaitu sensitiviti dan kreativiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Faisal Tehrani mencapai tahap iii.

(5) keunggulan yang tinggi berdasarkan novel-novel kajian. Namun begitu, tahap keunggulan tersebut akan mengalami perubahan kerana akan ditentukan oleh karyakarya seterusnya.. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Kata kunci: Keunggulan, kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme. iv.

(6) THE SUPERIORITY OF THE AUTHORSHIP OF FAISAL TEHRANI FROM THE PERSPECTIVE OF TEXTSDEALISME ABSTRACT This study aims to analyze and assess the superiority of Faisal Tehrani's authorship based on his selected novels. The superiority gained put himself in his own level and distinguish from other authors. In order to achieve this goal, the study analyzed seven. a. novels entitled Perempuan Politikus Melayu (2000), 1515 (2003), 1511H[Kombat]. ay. (2004), Surat-surat Perempuan Johor (2005), Tunggu Teduh Dulu (2008), Bahlut (2010) and Bagaimana Anyss Naik Ke Langit (2016). Research methodology applied in this. al. paper was qualitative that analyzed text and fieldwork. The theory used in this paper is. M. Textsdealisme theory introduced by Mana Sikana. This theory sets out four principles. of. for analyzing superiority, namely the principle of presence, collision, consolidation, and individualism. All the principles of Textsdealisme theory were applied to assess the. ty. stage of Faisal Tehrani's excellence. Achievements of superiority divided into three. si. levels, namely low (weak), partial (moderate) and high. In the principle of attendance. ve r. suggested that research novels derive presence from experiences, adventures, assessments, readings and current issues. For the principle of collision showed a. ni. collision from the aspect of the theme, character, background, flow and storytelling. U. technique. The principle of consolidation showed the strengthening of aspects of thinking, subject, character, mini-narrative issues, flow, storytelling techniques, backgrounds, use of facts and sources of support. The principle of individualism that built the identity of authorship were the aspect of subjectivity, individual style, individuality, and individual action. The study has found that there is another aspect that builds on the author's individualism, namely sensitivity, and creativity. The findings show that Faisal Tehrani achieved a high level of superiority based on research have. v.

(7) been done on his novels. However, the level of superiority will change because it will be determined by his future works.. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Key words: superiority, prensence, collision, consolidation and individualism. vi.

(8) PENGHARGAAN Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan. berkat dan limpah kurnia-Nya, penulisan tesis ini dapat disempurnakan. Kejayaan menyiapkan tesis ini menuntut banyak pengorbanan bukan hanya diri sendiri, tetapi melibatkan individu-individu tertentu yang sentiasa memberi dorongan dan berkongsi pengalaman dalam meniti permasalahan yang sama.. ay. a. Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd. Ali dan Dr. Madiawati binti. al. Mamat@Mustaffa yang berperanan penting dalam menyiapkan tesis ini. Tiada nilai. M. yang layak diganti dengan segala kesabaran dalam menyemak, memberi bimbingan, pandangan, panduan, teguran dan nasihat dari peringkat awal hingga akhir penulisan. of. kajian yang dilakukan. Sesungguhnya hanya Allah SWT dapat membalas segala budi baik yang dicurahkan. Semoga kehidupan beliau dikurniakan kerahmatan dan. si. ty. keberkatan untuk terus berbakti dalam mendidik anak bangsa serta keluarga tercinta.. ve r. Ucapan penghargaan kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, khususnya kepada Dr. Mohd. Taufik bin Arridzo Mohd. Balwi, Prof. Madya Dr. Hashim bin Ismail, Prof. Madya Dr. Norhayati binti Abdul Rahman, Dr. Mohamad. ni. Mokhtar bin Abu Hassan dan Prof. Madya Dr. Nor Hisham bin Osman yang banyak. U. berkongsi ilmu, teguran, nasihat dan tunjuk ajar bagi memastikan penulisan tesis ini menepati tujuan kajian. Ucapan terima kasih saya tujukan juga kepada semua pensyarah di Akademi Pengajian Melayu yang turut memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan sepanjang mengikuti pengajian di Akademi Pengajian Melayu. Seterusnya ucapan terima kasih buat semua staf akademik dan sokongan di Akademi Pengajian Melayu yang memberi bantuan, kerjasama dan kemudahan sepanjang berada di Akademi Pengajian Melayu. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Abdul Rahman vii.

(9) Hanapiah (Mana Sikana), Dr. Mohd. Faisal bin Musa (Faisal Tehrani) dan Datin Hajijah binti Jais yang mencurahkan ilmu, memberi nasihat, panduan dan bimbingan bagi memantapkan pengkajian dijalankan. Penghargaan diucapkan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang cuti belajar bagi melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran. Ucapan penghargaan kepada Pengarah. a. IPGK Tengku Ampuan Afzan dan rakan-rakan di IPGK Tengku Ampuan Afzan yang. ay. memberi dorongan dan semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat ini. Seterusnya, pencapaian ini didedikasikan buat keluarga dan sahabat-sahabat yang. al. banyak menghulurkan bantuan, dorongan serta semangat bagi meneruskan pengajian. M. pada peringkat ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang. of. memberi sokongan sama ada secara langsung dan tidak langsung kepada saya. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi baik yang diberikan. Sesungguhnya. si. daripada pihak.. ty. kejayaan menyiapkan tesis ini hasil daripada doa, bantuan dan bimbingan semua. ve r. Terima kasih dan wassalam.. ni. Fauzi bin Hasan. U. 11 Mac 2019. viii.

(10) SENARAI KANDUNGAN Abstrak .............................................................................................................................iii Abstract ............................................................................................................................. v Penghargaan .................................................................................................................... vii Senarai Kandungan .......................................................................................................... ix Senarai Rajah .................................................................................................................. xii Senarai Jadual.................................................................................................................xiii Senarai Singkatan ........................................................................................................... xiv. ay. a. BAB 1: PENGENALAN ................................................................................................. 1 1.1 Pendahuluan ............................................................................................................. 1 1.2 Sorotan Literatur ...................................................................................................... 3 1.2.1 1.2.2. al. Permasalahan Kajian ............................................................................................. 13 Objektif Kajian ...................................................................................................... 16 Bahan Kajian ......................................................................................................... 17 Batasan Kajian ....................................................................................................... 18 Kaedah Kajian ....................................................................................................... 21. M. 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7. Kajian Teori Teksdealisme ............................................................................4 Kajian Karya Faisal Tehrani ..........................................................................8. Kepentingan Kajian ............................................................................................... 22 Definisi Operasional .............................................................................................. 24. ty. 1.8 1.9. Kajian Kepustakaan .....................................................................................21 Kajian Lapangan ..........................................................................................22. of. 1.7.1 1.7.2. Keunggulan ..................................................................................................24 Pengarang dan Kepengarangan ....................................................................25 Teori Teksdealisme ......................................................................................26. si. 1.9.1 1.9.2 1.9.3. ve r. 1.10 Pembahagian Bab .................................................................................................. 26 1.11 Rumusan ................................................................................................................ 28. U. ni. BAB 2: METODOLOGI KAJIAN DAN KERANGKA TEORETIS ...................... 29 2.1 Pendahuluan ........................................................................................................ 29 2.2 Metodologi Kajian .............................................................................................. 29 2.3 Penganalisisan Data ........................................................................................... 30 2.4 Teori dan Konsep Teori .................................................................................... 32 2.4.1 2.4.2 2.4.3. Teori Teksdealisme .........................................................................................................34 Falsafah Teori Teksdealisme ..........................................................................................36 Prinsip-prinsip Teori Teksdealisme ................................................................................39. 2.5 2.6. 2.4.3.1 Prinsip Kehadiran ...................................................................... 39 2.4.3.2 Prinsip Perlanggaran ................................................................ 44 2.4.3.3 Prinsip Pengukuhan ................................................................. 49 2.4.3.4 Prinsip Individualisme ............................................................. 54 Kerangka Teoretis Kajian .................................................................................... 58 Rumusan............................................................................................................... 61. ix.

(11) BAB 3: KEHADIRAN DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI.......................................................................................................................63 3.1 Pendahuluan ......................................................................................................... 63 3.2 Kehadiran dalam Novel-novel Terpilih .............................................................. 63 3.2.1. Kehadiran Idea dan Pengalaman dalam Novel-novel Terpilih.. 67 3.2.2 Kehadiran Subjek dalam Novel-novel Terpilih ..................... 107 3.2.1.3 Kehadiran Unsur dalam Novel-novel Terpilih ...................... 144 3.3 Rumusan .............................................................................................................. 165. a. BAB 4: PERLANGGARAN DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI ....................................................................................................................167 4.1 Pendahuluan ......................................................................................................... 167 4.2 Perlanggaran dalam Novel-novel Terpilih........................................................... 167. al. Rumusan .............................................................................................................. 233. M. 4.3. Perlanggaran Tema ....................................................................................168 Perlanggaran Watak ...................................................................................180 Perlanggaran Latar .....................................................................................190 Perlanggaran Aliran ...................................................................................197 Perlanggaran Teknik Penceritaan...............................................................223. ay. 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5. si. Rumusan .............................................................................................................. 334. U. 5.3. Pengukuhan Pemikiran ..............................................................................235 Pengukuhan Subjek ....................................................................................258 Pengukuhan Watak ....................................................................................276 Pengukuhan Aliran .....................................................................................287 Pengukuhan Isu Mini Naratif .....................................................................299 Pengukuhan Teknik Penceritaan ................................................................304 Pengukuhan Latar ......................................................................................311 Pengukuhan Penggunaan Fakta dan Sumber Sokongan ............................321. ve r. ni. 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 5.2.6 5.2.7 5.2.8. ty. of. BAB 5: PENGUKUHAN DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI ....................................................................................................................234 5.1 Pendahuluan ......................................................................................................... 234 5.2 Pengukuhan dalam Novel-novel Terpilih ............................................................ 234. BAB 6: INDIVIDUALISME DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI ....................................................................................................................336 6.1 Pendahuluan ......................................................................................................... 336 6.2 Individualisme dalam Novel-novel Terpilih ........................................................ 336 6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.2.4 6.2.5 6.2.6. 6.3. Subjektiviti .................................................................................................337 Stail Individu ..............................................................................................350 Reka Cipta Individu ...................................................................................384 Kedirian Individu .......................................................................................405 Tindakan Individu ......................................................................................420 Kreativiti dan Sensitiviti Individu ..............................................................428. Rumusan .............................................................................................................. 443 x.

(12) BAB 7: KESIMPULAN DAN PENUTUP ................................................................ 445 7.1 Pendahuluan ......................................................................................................... 445 7.2 Dapatan Kajian .................................................................................................... 445 7.2.1. Analisis Berdasarkan Teori Teksdealisme .................................................445. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. 7.3 Keunggulan Kepengarangan Faisal Tehrani ........................................................ 468 7.4 Implikasi Dapatan Kajian ................................................................................. 476 7.5 Cadangan Kajian Lanjutan .................................................................................. 479 7.6 Rumusan.............................................................................................................. 481 RUJUKAN .................................................................................................................... 483 WAWANCARA: .......................................................................................................... 511. xi.

(13) SENARAI RAJAH. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian berdasarkan Teori Teksdealisme (Mana Sikana, 1996 Dan 2006). .............................................................................................................. 60. xii.

(14) SENARAI JADUAL Jadual 3.1: Kehadiran idea dan pengalaman dalam novel-novel terpilih........................ 65 Jadual 3.2: Kehadiran subjek dalam novel-novel terpilih ..............................................66 Jadual 3.3: Kehadiran unsur dalam novel-novel terpilih ................................................67 Jadual 6.1: Penggunaan bahasa Arab dalam novel-novel terpilih.................................357 Jadual 6.2: Penggunaan bahasa Inggeris dalam novel-novel terpilih. ..........................360 Jadual 6.3: Penggunaan gaya bahasa personifikasi dalam novel-novel terpilih ...........365. a. Jadual 6.4: Penggunaan gaya bahasa simile dalam novel-novel terpilih. .....................369. ay. Jadual 6.5: Penggunaan pengulangan kata dalam novel-novel terpilih ........................372. al. Jadual 6.6: Penggunaan bahasa kasar dalam novel-novel terpilih. ...............................376. U. ni. ve r. si. ty. of. M. Jadual 6.7: Penggunaan bahasa arkaik dalam novel-novel terpilih...............................381. xiii.

(15) SENARAI SINGKATAN : : : :. Perempuan Politikus Melayu Surat-surat Perempuan Johor Tunggu Teduh Dulu Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. PPPM SsPJ TTD BANKL?. xiv.

(16) BAB 1: PENGENALAN. 1.1. Pendahuluan Mohd Faisal bin Musa atau lebih dikenal dengan nama Faisal Tehrani merupakan. seorang pengarang yang produktif dan prolifik berkarya sejak melibatkan diri dalam dunia kesusasteraan tanah air sekitar tahun 1990-an. Dalam berkarya, kedudukan Faisal. a. Tehrani lebih menonjol dalam penulisan cerpen dan novel. Penglibatannya dalam semua. ay. bentuk tulisan memberi kesan dan sumbangan terhadap arena kesusasteraan Malaysia. Bagi memastikan kesinambungan kesusasteraan negara memerlukan kehadiran. sayembara. mengarang. atau. tidak.. M. kewujudan. al. sasterawan gigih, seperti Faisal Tehrani yang aktif berkarya tanpa bersandarkan Seseorang. pengarang. cuba. of. memperlihatkan karya-karyanya itu, merupakan kesedaran pengarang sebagai salah seorang daripada anggota sosial dalam kelompok sosialnya (Goldman, 1980. p. 112). Di. ty. samping itu, pengarang juga harus memiliki kepekaan, persepsi dan berupaya mentafsir. si. atau menanggapi kehidupan ini (Othman Puteh 2001, p. 2). Menurut Masuri S.N (2003,. ve r. p. 133) pula, hasil penulisan banyak bergantung kepada lingkungannya di mana dia dilahirkan, pendidikan yang diterimanya, pengalaman dan penghayatannya, pandangan. ni. dan sikap hidupnya.. U. Sepanjang berkarya, Faisal Tehrani menyumbangkan sejumlah besar novel tebal. dan nipis (novelet) yang melontarkan pelbagai kritikan sosial, politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan serta permasalahan masyarakat. Tambahan pula, sebagai. seorang tokoh akademik dan pengarang yang prolifik, Faisal Tehrani turut mengisi makna yang ingin disampaikan melalui kritikan atau perspektif terhadap bahan sastera. Siti Khariah Mohd. Zubir (2012, p. 467) mengatakan bahawa, setiap pengarang akan berusaha untuk menghasilkan karya yang dapat memenuhi kehendak diri dan khalayak pembaca. Menurut Affandi Hassan (2005, p. 6), Faisal Tehrani merupakan seorang 1.

(17) penulis tanah air yang aktif dan berbakat besar kerana berjaya menghasilkan karyakarya yang bermutu (Affandi Hassan, 2005, p. 6). Hal ini disebabkan persoalanpersoalan yang sering dibawa dalam karya-karyanya mencakupi permasalahan dalam negara, luar negara dan dunia, serta termasuk isu-isu politik yang membolehkan Faisal Tehrani membincangkan pelbagai isu dan permasalahan besar yang sering melanda dunia (Ummi Ammar, 2004, p. 15). Mengikut A. Samad Said (2018, p. 7) pula, karyakarya yang dihasilkan oleh Faisal Tehrani tidak mudah menyenanginya jika pembaca itu. ay. a. bukan pembaca yang global. Oleh itu, pengarang perlu menghasilkan karya yang berilmu dan berbentuk alaf baru. Dalam hal ini, Mohamad Saleeh Rahamad (2008, p.. al. 16-17) menegaskan bahawa, karya-karya pada alaf baru (abad 21) seharusnya berilmu.. M. Karya itu mesti berkaitan dengan aspek transendal, berani mengetengahkan aspirasi masyarakat, permasalahannya bersifat global, tekniknya yang tidak terlalu konvensional. of. dan kebebasan imaginasi pengarangnya terkawal daripada aspek kelucahan dan. ty. penyelewengan agama. Baginya, pengarang harus berani bersastera dan karya yang dihasilkan itu dapat membangkitkan polemik, tanpa disekat oleh kuasa jahat politik.. si. Azhar Hj. Wahid (2013, p. 11) menjelaskan bahawa, seseorang pengarang banyak. ve r. mengemukakan jalan, atau menjernihkan kehidupan dengan kepelbagaian ekspresi dan wacana kehidupan untuk mengisi bukan sahaja keperluan selepas merdeka, modeniti,. ni. malah mengharung abad ke-21 yang banyak memberikan ruang dan cabaran kepada. U. manusia sejagat dalam zaman globalisasi yang mendatang. Dalam konteks kepengarangan, setiap pengarang termasuk Faisal Tehrani ingin. mempunyai indionsinkrasi tersendiri bagi membezakannya dengan pengarang lain. Morris (1993, p. 8) mengatakan bahawa setiap penulis memiliki gaya yang unik, tidak sama. Menurutnya lagi, kejayaan untuk memasarkan jenama diri dan karya bergantung kepada keunikan atau kelainan yang ditampilkan dalam karya-karyanya. Kelainan yang cuba ditampilkan itu sebagai langkah untuk mencipta imej dan lantas mengundang 2.

(18) keterujaan khalayak untuk mendekati dunia kreativitinya. Sebenarnya usaha untuk mencipta kelainan ini sangat dituntut dalam sebarang kegiatan termasuk karya sastera. Muhd. Nasruddin Dasuki (2000, p. 88) berpendapat, untuk menempatkan diri dalam perkembangan kesusasteraan tanah air seseorang pengarang hendaklah menghasilkan karya-karya yang mempunyai kelainan. Hakikatnya kehadiran Faisal Tehrani sudah lama diterima sebagai pengarang. a. yang berbakat dan berjaya jika diukur pada sekian banyak karya yang dihasilkan. Oleh. ay. yang demikian, antara generasi sasterawan dan sarjana yang sedang diperhatikan pada masa kini ialah Faisal Tehrani (Ahmad Kamal Abdullah, 2011, p. 112). Kedudukan dan. al. kehadiran Faisal Tehrani dikukuhkan lagi apabila dikatakan mempunyai potensi sebagai. M. pelapis bagi menggantikan penulis mapan seperti Shahnon Ahmad, A. Samad Said, S.. of. Othman Kelantan, Arena Wati, Abdullah Hussein dan lain-lain lagi (Misran Rokimin, 2013, p. 57). Pencapaian tertinggi Faisal Tehrani adalah penerima Anugerah Seni. ty. Negara pada tahun 2006 oleh kerajaan Malaysia, dan Tokoh Penulis Muda Negeri. Sorotan Literatur. ve r. 1.2. si. Melaka pada tahun 2009.. ni. Kajian ini merupakan lanjutan daripada kajian-kajian terdahulu mengenai Teori Teksdealisme dan analisis dalam novel-novel Faisal Tehrani. Bagi memastikan kajian. U. ini berbeza, terlebih dahulu pembacaan secara rapi dilakukan terhadap kajian-kajian lepas supaya kajian yang dijalankan ini dapat memberi nilai tambah kepada teori dan karya-karya Faisal Tehrani. Pengkaji pada peringkat sarjana dan kedoktoran mengaplikasikan Teori Teksdealisme untuk melihat keunggulan pengarang-pengarang tersohor dalam negara. Manakala kajian-kajian terhadap karya-karya Faisal Tehrani, khususnya novel lebih berfokus kepada aspek tesktual dan kontekstual. Dalam sorotan. 3.

(19) kajian-kajian lepas ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kajian Teori Teksdealisme dan kajian terhadap karya-karya Faisal Tehrani. 1.2.1. Kajian Teori Teksdealisme. Kajian yang menerapkan Teori Teksdealisme untuk menentukan tahap keunggulan seseorang sasterawan atau pengarang tanah air dilakukan dengan begitu menggalakkan oleh pengkaji, pengkritik sastera dan pelajar-pelajar universiti dari peringkat ijazah. ay. a. pertama hingga peringkat ijazah lanjutan. Kajian literatur ini hanya menyorot kepada kajian-kajian pada peringkat sarjana dan kedoktoran oleh pelajar-pelajar di universiti-. al. universiti awam tempatan. Rata-rata kajian yang dijalankan itu, berfokus kepada. M. pengarang atau sasterawan tersohor dalam negara. Bagi kajian keunggulan dalam kalangan pengarang generasi baharu tidak dilakukan dengan meluas lagi.. of. Kajian yang meninjau keunggulan pengarang dengan mengaplikasikan Teori. ty. Teksdealisme dilakukan oleh Rohizani Yaakub (1997). Kajiannya bertajuk “Drama-. si. drama Ismail Kassan: Suatu Analisis Teksdealisme, Jabatan Persuratan Melayu,. ve r. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini dijalankan terhadap tiga buah karya drama, iaitu Pelayaran Inderaputera II, Sabda Sang Pendeta dan Istiqamah. Dalam kajian ini,. ni. pengkaji memilih tiga kriteria yang menjadi penentu kepada jati diri pengarang, iaitu stail, reka cipta dan tindakan individu. Kajian ini menunjukkan bahawa, Ismail Kassan. U. mencapai keunggulan sebagai seorang penulis drama berdasarkan tiga aspek yang menjadi landasan kajian tersebut. Kajian selanjutnya oleh Norlina Shahidan (1998) yang bertajuk “Drama-drama A. Samad Said: Suatu Kajian Teksdealisme”, Tesis Sarjana, Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini memilih empat buah drama A. Samad Said, iaitu Di Mana Bulan Selalu Retak (1986), Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja. (1966), Wira Bukit (1986) dan Lantai T. Pinkie (1996). Kajian ini mengaplikasikan 4.

(20) semua prinsip Teori Teksdealisme bagi meninjau keunggulan A. Samad Said. Bagi prinsip kehadiran, kajian ini mendapati bahawa dalam semua drama tersebut memaparkan kisah hidup masyarakat kelas bawahan yang hidup melarat dan dikeji oleh masyarakat. Situasi yang digambarkan ini selari dengan pengalaman hidup A. Samad Said berkaitan dengan peperangan. Prinsip perlanggaran pula, difokuskan kepada aspek pemikiran, watak dan gaya bahasa. Bagi prinsip pengukuhan dapat menyerlahkan tentang ideologi pengarang berhubung dengan masyarakat. Kedudukan jati diri A.. ay. a. Samad Said dapat dilihat menerusi aspek subjek dan stail kepengarangannya. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa A. Samad Said mencapai keunggulan. al. tinggi sebagai penulis skrip drama.. M. Kajian berikutnya oleh Rajiee Abdul Hadi (1998) dalam tesis Sarjana Sastera yang. of. berjudul “Kepengarangan T. Alias Taib: Satu kajian Teksdealisme”, Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak lima kumpulan puisi dipilih. ty. sebagai sumber kajian, iaitu Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera. si. (1988), Piramid (1990) dan Peta Condong (1996). Kajian ini mengambil semua prinsip. ve r. dalam Teori Teksdealisme, iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme. Menerusi prinsip kehadiran, kajian berkisar kepada pemikiran psikologi. ni. T. Alias Taib. Bagi prinsip perlanggaran dan pengukuhan dapat dianalisis melalui aspek pemikiran, gaya naratif dan gaya bahasa. Menerusi aspek pemikiran, gaya naratif dan. U. gaya bahasa yang dianalisis, kajian ini mendapati T. Alias Taib sebagai pengarang yang mencapai keunggulan. Bagi kajian pengkaji, walaupun menggunakan teori yang sama tetapi berbeza daripada pemilihan genre sastera kerana menganalisis novel. Oleh itu, pasti terdapat kekuatan dan kelemahan tersendiri semasa menggunakan Teori Teksdealisme untuk membuktikan keunggulan pengarang. Junaidah Salleh (2001) dalam kajiannya bertajuk “Kepengarangan Noordin Hassan: Suatu Analisis Teori Teksdealisme”, kertas projek Sarjana Sastera di Jabatan Persuratan 5.

(21) Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat kepengarangan Noordin Hassan dalam menghasilkan teks drama. Sebanyak lima buah drama dikaji, iaitu “Bukan Lalang ditiup Angin”, “Tiang Seri Tegak Berlima”, “Jangan Bunuh Rama-rama”, “1400” dan “Sirih Bertepuk Pinang Menari”. Kajian ini juga mengaplikasikan semua prinsip dalam Teori Teksdealisme. Kajian ini membuktikan bahawa Noordin Hassan mencapai keunggulan berdasarkan drama-drama yang. a. dihasilkannya.. ay. Kajian menggunakan Teori Teksdealisme diteruskan oleh Shaharudin Said (2000) peringkat Sarjana Sastera yang bertajuk “Kepengarangan Zakaria Ariffin: Satu Analisis. al. Teori Teksdealisme”, Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.. M. Kajian ini menganalisis lima buah drama, iaitu “Pentas Opera”, “Perempuan Seorang. of. Leftenan Inggeris”, “Belum Selesai”, “Raja Lawak” dan “Jangan Bunuh Sam”. Namun begitu, pengkaji menerapkan prinsip yang berbeza bagi setiap drama yang dianalisis.. ty. Misalnya, prinsip kehadiran dibincangkan dalam drama “Pentas Opera”. Bagi prinsip. si. perlanggaran untuk membandingkan drama “Raja Lawak’ dengan drama “Pentas. ve r. Opera”. Manakala prinsip pengukuhan diaplikasikan dalam drama “Perempuan Seorang Leftenan Inggeris” dan “Belum Selesai”. Prinsip individualisme pula. ni. mengambil subjektiviti, stail dan reka cipta individu sebagai aspek untuk melihat keperibadian pengarang. Kajian ini dapat membuktikan bahawa Zakaria Ariffin. U. mencapai tahap keunggulan dalam penulisan teks drama. Dalam kajian Hajijah Jais (2004), yang bertajuk “Novel-novel Anwar Ridhwan:. Penerapan Terhadap Teori Teksdealisme”. Kajian ini dilakukan bagi tiga buah novel Anwar Ridhwan, iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Arus dan Di Negeri Belalang. Kajian ini mengaplikasikan semua prinsip Teori Teksdealisme bagi mengesan keunggulan Anwar Ridhwan. Berdasarkan analisis bagi setiap prinsip, novel-novel Anwar Ridhwan memenuhi ciri dan kehendak setiap prinsip dalam Teori Teksdealisme. 6.

(22) Dapatan kajian menunjukkan bahawa Anwar Ridhwan mencapai tahap keunggulan melalui novel-novelnya. Kajian ini berbeza dengan kajian yang akan dijalankan, kerana pengkaji menganalisis pengarang yang dianggap baharu atau generasi muda, iaitu Faisal Tehrani. Selain itu, dapat menyerlahkan bahawa Faisal Tehrani antara pengarang yang prolifik dan produktif menghasilkan karya dengan pelbagai jenis, kelainan dan keistimewaan tersendiri.. a. Kajian berikutnya oleh Nur Suraya binti Ahmad (2010) yang bertajuk. ay. “Kepengarangan Mana Sikana: Satu Analisis Teksdealisme”, kertas projek Ijazah Sarjana Sastera di Pusat Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains. al. Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini bertujuan. M. membuktikan ketokohan Mana Sikana sebagai pengarang cerpen di Malaysia. Oleh itu,. of. sebanyak empat buah kumpulan cerpen dipilih, iaitu Santau (1982), Abzyx (1986), Nusia (2001) dan Di Benua Buta (2007). Kajian ini menunjukkan bahawa Mana Sikana. ty. mencapai tahap keunggulan sebagai cerpenis. Jika kajian ini dibandingkan dengan. si. kajian yang akan dijalankan adalah berbeza, kerana mengambil novel sebagai sumber. ve r. kajian. Oleh sebab terdapat ciri-ciri yang berbeza antara cerpen dan novel, pastinya kaedah menganalisis juga akan berbeza dan mempunyai kelebihan tersendiri.. ni. Seterusnya, kajian oleh Sara binti Beden (2010) yang bertajuk “Kepengarangan Jong. U. Chian Lai: Analisis Teksdealisme”, tesis Sarjana Sastera, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini juga mengaplikasikan semua prinsip teori, iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme dalam tiga buah novel bertajuk Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga, Pemberontakan dan Ensera Marga Timur dr St Anthony. Kajian ini dapat membuktikan bahawa Jong Chian Lai sebagai pengarang yang berani dan bijaksana dalam mengemukakan idea yang baharu dan mempunyai kelainan. Prinsip-prinsip kajian yang dianalisis dapat membuktikan bahawa Jong Chian Lai dapat membina identiti diri dalam kesusasteraan 7.

(23) tanah air. Merujuk kepada novel-novelnya, Jong Chian Lai lebih berfokus kepada penceritaan mengenai tempat kelahirannya di Sarawak, dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan politik. Dalam kajian Subri bin Aziz (2015) yang bertajuk “Analisis Perlanggaran Dalam Novel Mandala Dunia Kedua karya Azizi Haji Abdullah: Suatu Perspektif Teksdealisme”, Ijazah Sarjana Pendidikan (Kesusasteraan Melayu), Fakulti Bahasa dan. a. Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini hanya menerapkan prinsip. ay. perlanggaran untuk menganalisis novel tersebut. Walaupun mengambil satu teori, tetapi kajian ini dapat menunjukkan bahawa Azizi Haji Abdullah mencapai keunggulan. al. melalui novel-novelnya. Keunggulan kepengarangan Azizi Haji Abdullah dibuktikan. M. melalui aspek-aspek perlanggaran yang dilakukan dalam novel-novelnya. Walaupun. of. kajian ini dilihat menarik tetapi tidak mengaplikasikan semua prinsip dalam Teori Teksdealisme, sedangkan semua prinsip yang dikemukakan adalah penting untuk. ty. menentukan tahap keunggulan seseorang pengarang.. si. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan tersebut, didapati para pengkaji. ve r. mengaplikasikan semua prinsip teori bagi membuktikan bahawa keunggulan pengarang berdasarkan karya-karya dihasilkannya. Terdapat juga kajian yang mengambil prinsip. ni. tertentu untuk menilai tahap keunggulan seseorang pengarang. Situasi ini bergantung. U. kepada tujuan kajian, kekuatan dan keistimewaan sesebuah karya yang dikaji. Secara keseluruhannya, kajian-kajian terdahulu berjaya menunjukkan keunggulan pengarang dalam dunia kepengarangannya berpandukan Teori Teksdealisme. 1.2.2. Kajian Karya Faisal Tehrani. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, novel-novel Faisal Tehrani menjadi pilihan pengkaji berbanding genre-genre lainnya. Keadaan ini disebabkan Faisal Tehrani lebih banyak menghasilkan novel, novel-novelnya memenangi pelbagai sayembara, 8.

(24) menghasilkan novel yang pelbagai jenis dan diakui memiliki kesitimewaan tertentu. Antaranya kajian oleh Mazri bin Abdul Rahman (2006), pelajar peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Kajiannya bertajuk “Novelnovel Faisal Tehrani: Sorotan berdasarkan Gagasan Persuratan Melayu”. Kajian ini mengupas tiga buah novel Fasial Tehrani, iaitu novel 1515, 1511H[Kombat] dan novel Advencer Si Peniup Ney. Novel-novel kajian dianalisis dengan menggunakan tiga gagasan dalam Persuratan Melayu oleh Mohd Affandi Hassan. Berdasarkan gagasan. ay. a. Persuratan Melayu tersebut, kajian ini menganalisis dari tiga aspek. Apek pertama adalah hakikat insan, aspek kedua, hakikat ilmu dan amal dan ketiga adalah hakikat. al. fungsi sastera. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada novel-novel. M. tersebut sebagai novel sastera Islam atau tidak. Bagi mencapai tujuan kajian, analisis yang dijalankan adalah dengan menganalisis isi kandungan dan peranan watak-watak. of. yang menggerakkan cerita sama ada memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah. ty. dan Khalifah Allah di muka bumi atau pun tidak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, novel-novel tersebut dapat menepati tiga prinsip asas dalam gagasan Persuratan Melayu,. ve r. si. iaitu hakikat insan, ilmu dan amal, hakikat dan fungsi dalam sastera. Kajian seterusnya oleh Rosmah Derak (2007), yang bertajuk “ Penulisan Sejarah. ni. Dalam Novel Terpilih Faisal Tehrani: Satu Kajian Subaltern”, di Universiti Sains Malaysia. Kajian ini menganalisis tiga buah novel, iaitu novel 1515, 1511H[Kombat],. U. dan Surat-surat Perempuan Johor dengan menggunakan kaedah deconstructing. historiografi. Kajian ini menggunakan dua teori, iaitu Teori Intertekstualiti dan Pendekatan Dakwah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, peristiwa sejarah yang digunakan dalam novel-novel kajian ini berfokus kepada penjajah yang menganggap bahawa agama Islam sebagai agama yang tidak bertamadun. Manakala kajian oleh Mohd. Faizal bin Said (2007) yang bertajuk “Model Modal Insan Dalam Novel-novel Remaja Pilihan”, kertas projek Sarjana Sastera, Universiti 9.

(25) Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menganalisis sebuah novel Faisal Tehrani yang berjudul 1511H[Kombat]. Novel-novel lain yang dikaji ialah Rona Bhosporus (Zaid Akhtar ), Mencari Locus Standi (Nisah Hj. Harun) dan Kembara Amira (Amer Hamzah L. Kadir). Kajian ini bertujuan untuk melihat pembinaan modal insan melalui watak utama dalam novel-novel tersebut. Oleh itu, kajian ini menganalisis komponenkomponen asas dalam modal insan seperti ilmu, nilai, hubungan sosial, ekonomi dan fizikal yang ditunjangi oleh elemen kerohanian, kekuatan akidah dan kepercayaan. ay. a. kepada Tuhan dalam novel-novel kajian. Bagi novel 1511H[Kombat], difokuskan melalui watak Muhammad Ameen yang merupakan watak utamanya. Kajian ini. al. mendapati bahawa watak Muhammad Ameen mempunyai ciri-ciri keperibadian. M. pembangunan modal insan yang digagaskan oleh pihak kerajaan kerana bersifat holistik dan mencakupi semua elemen yang ditetapkan oleh pengkaji. Seterusnya, kajian ini. of. mendapati bahawa novel-novel remaja memberi sumbangan terhadap pembangunan. ty. negara dalam erti kata yang sebenarnya.. si. Kajian seterusnya oleh Amer Hamzah b. L. Kadir (2009) bagi Kertas Projek Sarjana. ve r. Pendidikan (Kesusasteraan Melayu), Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang bertajuk “Ciri-ciri Karismatik Watak Remaja Feminin Dalam Novel-novel Remaja Pilihan”.. ni. Kajian ini berlandaskan kepada psikologi remaja daripada Teori Karismatik oleh Max Webber dan sarjana lain seperti Bernard M. Bass dan Hunsaker P.L. Dalam kajian ini,. U. pengkaji, memilih novel 1511[Kombat] oleh Faisal Tehrani. Dapatan kajian ini. mendapati bahawa ‘isi’ dalam novel-novel remaja dapat menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma serta mempengaruhi keseluruhan watak lain. Watak-watak. laim dalam novel-novel remaja berperanan untuk membantu watak utama yang berperanan sebagai pemimpin kecil yang berkarisma. Manakala dapatan daripada ‘bentuk’ menunjukkan unsur ‘sebab’ dan ‘akibat’ dan ‘klimaks’ yang menyerlahkan mengenai kepimpinan remaja yang berkarisma dalam novel-novel tersebut. Selain itu, 10.

(26) kajian ini mendapati bahawa semua novel tersebut menggunakan teknik plot dan unsur ketegangan sebagai teknik penceritaan bagi menggambarkan watak-watak remaja yang berkarisma untuk melahirkan remaja yang boleh dijadikan sebagai contoh. Kajian selanjutnya oleh Mohd. Faizal b. Said (2007) yang mengkaji novel 1511 [Kombat]. Kajian ini mendapati bahawa Faisal Tehrani berjaya menonjolkan ciri-ciri modal insan kelas pertama dan berperibadi unggul (towering personality) seperti yang. a. dihasratkan oleh kerajaan. Kajian ini berfokus kepada watak dan perwatakan dalam. ay. novel tersebut. Pengkaji tidak membincangkan aspek kehebatan atau kekuatan novel. al. untuk melihat Faisal Tehrani sebagai seorang yang idealis dan unggul.. M. Che Suzielawati binti Ahmad (2012) pula dalam kajiannya yang bertajuk “Dakwah: Satu Kajian Terhadap Novel-novel Karya Zaid Akhtar dan Faisal Tehrani”, Jabatan. of. Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini berfokus mengenai unsur-unsur dakwah yang terdapat dalam novel-novel Faisal Tehrani. Novel-novel yang. ty. dipilih ialah novel Manikam Kalbu, 1511[H] Kombat dan Bedar Sukma Bisu. Keadah. si. yang djalankan adalah dengan meneliti watak dan perwatakan dengan konsep dakwah. ve r. daripada petikan ayat-ayat al-Quran, dan pandangan para sarjana tentang dakwah. Kajian mengenai watak dan perwatakan ini bagi melihat keterampilan (craftsmanship). ni. pengarang menggunakan novel sebagai wadah untuk berdakwah dan untuk meneliti. U. pemikiran dakwah yang mungkin berbeza disampaikan oleh kedua-dua pengarang tersebut. Kajian mengenai dakwah dalam novel-novel Faisal Tehrani diteruskan oleh Wan Zaliha binti Wan Othman (2013) dalam tesis Doktor Falsafah, di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, yang bertajuk “Novel-novel Faisal Tehrani: Kajian Intertekstualiti dan Dakwah”. Kajian ini mengkaji enam buah novel karangan Faisal Tehrani iaitu, 1515, 1511[Kombat], Tuhan Manusia, Manikam Kalbu, Sasatul Ibaad. 11.

(27) dan Ta-ziyah Karbala. Novel-novel tersebut dianalisis menggunakan tiga prinsip dalam Teori Intertekstualiti, iaitu transformasi, modifikasi dan ekspansi. Manakala pendekatan dakwah pula dibincangkan dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Faisal Tehrani menghasilkan karyanya dengan merujuk kepada hipogram untuk tujuan berdakwah bagi menegakkan Islam Supremasi (Keunggulan Islam).. a. Kajian seterusnya oleh Ishak bin Mat (2013), peringkat Sarjana Kesusasteraan. ay. Melayu, Universiti Putra Malaysia yang bertajuk “Kepimpinan Dalam Novel Bedar Sukma Bisu dan Harga Sebuah Maruah”. Kajian ini berfokus kepada sebuah novel. al. Faisal Tehrani, iaitu novel Bedar Sukma Bisu bagi mengkaji aspek kepimpinan melalui. M. watak-watak dalam novelnya. Bagi menganalisis kepimpinan watak, akan dianalisis. of. melalui sudut politik, wanita, pendidikan, sosial dan keluarga dengan menggunakan kaedah sosiologi sastera. Kajian ini menunjukkan bahawa Faisal Tehrani memang. ty. mewujudkan semua ciri pemimpin dan kepimpinan melalui watak-watak yang. si. diciptanya, iaitu kepimpinan wanita, politik, kekeluargaan, pendidikan dan sosial.. ve r. Kajian oleh Wan Norlidza binti Wan Mohd Zain (2015) dalam tesis Ijazah Kedoktoran di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, bertajuk “Kecerdasan. ni. Emosi Dalam Novel Remaja”. Kajian ini menganalisis sebanyak 10 buah novel remaja,. U. yang memenangi tempat pertama dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) dari tahun 2000 hingga 2009. Kajian ini mengambil tiga buah novel Faisal Tehrani, iaitu novel 1515, 1511H[Kombat] dan Advencer Si Peniup Ney. Terdapat dua buah novel Faisal Tehrani yang mempunyai persamaan dengan kajian, iaitu 1515 dan 1511H[Kombat] tetapi fokus kajian berbeza. Kajian ini bertujuan melihat komponenkomponen kecerdasan emosi dan pengaruh komponen kecerdasan emosi terhadap pembentukan sahsiah remaja. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi pada watak-watak remaja pada tahap tinggi dan berperanan penting 12.

(28) dalam pembentukan sashsiah remaja yang unggul sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak kerajaan. Berdasarkan dapatan daripada kajian-kajian lepas, pelbagai teori dan aspek instrinsik dalam novel-novel Faisal Tehrani dikaji seperti aspek pemikiran, nilai, perwatakan, keagamaan, dakwah dan sejarah. Dalam hal ini, senario kajian oleh pengkaji berbeza kerana berfokus kepada kepengarangan Faisal Tehrani untuk menuju tahap yang unggul. a. dan idealisme. Kajian ini membataskan dengan mengambil novel-novel terpilih dengan. ay. mengaplikasikan prinsip-prinsip keunggulan dalam Teori Teksdealisme. Fenomena inilah yang menjadikan kajian ini berbeza dengan kajian-kajian yang pernah dilakukan.. al. Selanjutnya dengan dapatan kajian ini akan menyumbang kepada dapatan baharu. M. kepada kajian-kajian terdahulu dan mencapai objektif kajian yang ditetapkan oleh. Permasalahan Kajian. ty. 1.3. of. pengkaji.. si. Perkembangan kesusasteraan tanah air memerlukan kehadiran pengarang baharu atau. ve r. dikenal sebagai penulis generasi baharu. Pengarang ini akan menggantikan pengarang generasi lama yang sudah tidak aktif berkarya atas pelbagai sebab. Sepanjang penelitian. ni. yang dilakukan, antara pengarang baharu yang semakin menyerlah dan prolifik berkarya adalah Faisal Tehrani. Menurut S.M. Zakir (Ahmad Fadzil Yassin, 2009, p. 221),. U. penulis generasi baharu sebagai generasi penerus daripada yang lama. Kebolehan Faisal Tehrani dalam berkarya sudah dikesan pada peringkat awal lagi. Menurut Nisah Haron (2012, p. 51), antara pengarang muda (dalam konteks penghasilan novel) yang mendapat perhatian melalui program Minggu Penulis Remaja (MPR). Mengikut Tehrani Siti Jasmina Ibrahim (2004, p. 23), penulis muda yang mula dikenali serta dikaji. karyanya setelah memenangi hadiah sastera ialah Faisal Tehrani. Dalam konteks kepengarangan, Mana Sikana (2005, p. 181) mengatakan bahawa, jika pada peringkat 13.

(29) awal usia kepengarangan, seseorang memperlihatkan sesuatu yang luar biasa, itu tandanya dia akan jadi pengarang luar biasa. Othman Puteh (1995, p. 4) pula berpendapat bahawa, jika seseorang pengarang yang berupaya menghasilkan pelbagai genre sastera akan dapat menentukan kualiti seseorang pengarang (Othman Puteh, 1995, p. 4). Ketokohan dan kewibawaan Faisal Tehrani dalam kepengarangan dapat. a. dibuktikan dengan keupayaan menghasilkan novel yang kini berjumlah 24 buah,. ay. memenangi pelbagai sayembara dan menerima pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Shahnon Ahmad (2015, p. 225) mengatakan, selepas Anwar Ridhwan tidak. al. nampak secara jelas penulis yang istimewa kecuali Faisal Tehrani dan S.M. Zakir dua. M. orang sasterawan muda yang mempunyai bakat yang besar. Imlan Adabi (2014, p. 59). of. pula menjelaskan bahawa, catatan dan pemikirannya sering menjadi tumpuan dan, novelnya dianggap visi baharu selepas dua Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. ty. dan Datuk Shahnon Ahmad meneroka pemikiran kritis dan kreatif. Oleh itu, Faisal. si. Tehrani dianggap antara pengarang generasi baharu yang matang dan gigih dalam. ve r. menghasilkan karya yang tidak kurang bermutu daripada generasi pertama dan kedua (Zaiton Abu Samah, 1999, p. 31).. ni. Dalam tempoh jangka masa ini memungkinkan Faisal Tehrani melakukan. U. sesuatu terhadap setiap novelnya bagi mencapai taraf unggul. Sifat teks sastera yang ideal dihasilkan daripada kecanggihan dan kontemporari sifatnya (Mana Sikana, 2006, p. 141). Rahimah A. Hamid (2017, p. 21) menjelaskan, terdapat dua aspek untuk mengukur kejayaan seseorang pengarang menghasilkan karya kreatif. Pertama, melalui jumlah karya yang dihasilkan. Kedua, melalui penerimaan masyarakat terhadap sesebuah karya itu, kualitinya, anugerah yang diraihnya dalam mana-mana sayembara yang berprestij dan juga pengiktirafan yang diberikan oleh masyarakat seta negara terhadap pengarang tersebut. 14.

(30) Sememangnya imej ‘muda’ itu hidup, maka penulis muda pada dekad ini akan meninggalkan imej ‘muda’ pada dekad seterusnya (Maniyamin Ibrahim, 2009, p. 66). Dalam konteks ini, Faisal Tehrani juga tidak terkecuali akan meninggalkan imej ‘muda’ dalam bidang kesusasteraan ini. Zainab Kassim (2003, p. 9) mengatakan bahawa, kesusasteraan negara memerlukan kehadiran penulis generasi muda harus berani keluar daripada kepompong dan kotak fikiran yang mengekang kreativiti, mereka harus berani ke muka dan yakin dengan pesan yang hendak dibawa, menggali khazanah kepustakaan. ay. a. bangsa dan pada masa yang sama melihat keluar untuk mengukur keberhasilan dan mencontohi kejayaan pengarang besar dari Timur dan Barat. Dalam hal ini, sesiapa. al. yang menghasilkan karya kreatif dan menerbitkannya, akan berdepan dengan. M. kemungkinan dinilai secara kritis oleh sesiapa juga yang ingin menilai karya itu, lebihlebih lagi apabila seseorang sasterawan diberi kedudukan tinggi oleh negara, maka. of. wajiblah sumbangan beliau dinilai sehabis kritis untuk memastikan sumbangan itu. ty. benar-benar mencapai kualiti yang dimaksudkan (Mohd Affandi Hassan, 2008, p. 42).. si. Namun begitu, kehadiran pengarang-pengarang generasi baharu ini diragukan dari. ve r. aspek kehebatan dan kualiti karya-karya mereka. Misalnya, Shahnon Ahmad (1995, p. 36) pernah membangkitkan persoalan mengenai kualiti dan sumbangan penulis-penulis. ni. muda dalam menghasilkan karya. Persoalan yang dibangkitkan adalah, di manakah status mereka? Apakah mereka benar-benar serius dalam bidang penulisan? Apakah. U. mereka berusaha mencari ilmu, mempertajamkan sensitiviti mereka atau hanya mainmain dengan penulisan saja? Apakah mentaliti mereka sama dengan mentaliti setengahsetengah seniman dalam bidang-bidang seni yang lain yang asyik riuh mengejar glamour, mengejar populariti? Apakah penulis-penulis muda ini benar-benar boleh menjadi penulis mapan yang sedia menghasilkan karya-karya besar pada masa-masa akan datang? Dan benar-benar yakinkah bahawa penulis-penulis muda boleh mengisi tuntutan Wawasan 2020 dengan karya-karya bermutu tinggi, selaras dengan kemajuan 15.

(31) dalam bidang-bidang yang lain yang pastinya bertambah kompleks dan canggih? Fatimah Busu (2003, p. 9) turut menyuarakan, keraguan mengenai perkembangan sastera tanah air sekiranya pengarang-pengarang tersebut bersara daripada menulis. Persoalan yang dibangkitkan adalah, apakah akan ada seorang penulis lain yang boleh menggantikan orang-orang ini, menulis seperti mereka, membuat gaya atau stail seperti mereka dan membentuk identiti seperti mereka? Kehadiran penulis-penulis generasi baharu ini mencetuskan pelbagai tanggapan oleh pengkaji sastera terhadap karya-karya. ay. a. yang dihasilkan.. Berdasarkan kejayaan dan kewibawaan Faisal Tehrani menghasilkan novel-novel. al. berkualiti, menimbulkan pelbagai persoalan kepada pengkaji. Persoalan-persoalan. M. tersebut adalah, apakah ciri-ciri kepengarangan Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel. of. yang dihasilkannya?, Adakah sudah memenuhi kriteria sebagai pengarang yang unggul? dan Bagaimanakah Faisal Tehrani berusaha untuk mencipta kelainan dalam berkarya. ty. supaya menghasilkan karya yang berkualiti? Hal ini disebabkan bahawa setiap. si. pengarang mempunyai fasa pembentukan dan perkembangannya yang tersendiri (Nisah. ve r. Haron, 2012, p. 15). Bagi mencapai tujuan tersebut, Teori Teksdealisme digunakan sebagai alat untuk menganalisis keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani berdasarkan. ni. beberapa novel terpilih.. Objektif Kajian. U. 1.4. Secara khususnya objektif kajian yang ditetapkan adalah seperti berikut; 1.4.1 Mengenal pasti prinsip-prinsip Teori Teksdealisme, iaitu kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme dalam novel-novel terpilih Faisal Tehrani. 1.4.2 Menganalisis novel-novel terpilih Faisal Tehrani dengan menggunakan prinsip-prinsip Teori Teksdealisme. 16.

(32) 1.4.3 Menilai keunggulan pengarang berdasarkan Teori Teksdealisme berdasarkan novel-novel terpilih Faisal Tehrani.. 1.5. Bahan Kajian. Bahan kajian yang menjadi mauduk kajian ini ialah novel. Novel merupakan satu genre kesusasteraan yang dianggap popular dalam kalangan pembaca. Novel sebagai. a. salah satu saluran pengucapan jiwa dan perasaan dalam hubungan ini dapat mewakili. ay. sekurang-kurangnya sikap dan tanggapan penulis terhadap apa-apa yang mereka. al. rasakan (Hazami Jahari, 1992, p. 24). Menurut A. Rahim Abdullah (1995, p. ix), novel merupakan sebuah karya sastera terkandung di dalamnya sekian banyak amanat dan. M. maksud, yang indah dan mencabar pembaca. Dalam sesebuah novel, selalunya. of. pengarang menceritakan atau mengisahkan suatu perjalanan hidup watak atau watakwataknya dalam waktu yang singkat, kemudiannya pengarang akan memunculkan. ty. pelbagai persoalan, permasalahan dan fenomena terhadap watak-watak yang. si. mendukungi cerita itu (Nik Hassan Basri, 2005, p. 56).. ve r. Novel yang menjadi pilihan ialah novel Melayu kerana pengarangnya ialah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Novel Melayu ialah cereka yang lazimnya. ni. mempunyai tema berunsur dedaktik atau pengajaran yang jelas dan disampaikan dalam. U. teknik yang masih terikat pada cerita-cerita klasik atau hikayat Melayu, tetapi terbuka kepada dunia luar Melayu (S. Othman Kelantan, 2005, p. 4). Dalam kajian ini, sebanyak tujuh buah novel yang dihasilkan oleh Faisal Tehrani menjadi bahan kajian bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan-persoalan kajian bagi menentukan tahap keunggulan dalam kepengarangannya.. 17.

(33) 1.6. Batasan Kajian. Faisal Tehrani sudah menghasilkan 24 buah novel yang merangkumi pelbagai jenis, aliran dan tebal serta nipis. Dalam kajian ini, pengkaji memilih tujuh buah novel Faisal Tehrani dari tahun 2000 hingga novel mutakhirnya yang diterbitkan pada tahun 2016. Pengkajian yang dijalankan ini, bertitik tolak daripada ketiga-tiga persoalan kajian sebagai garis-pandu penyelidikan supaya kajian ini mencapai tiga objektif yang. a. ditetapkan. Novel-novel tersebut ialah Perempuan Politikus Melayu (2000), 1515. ay. (2003), 1511H[Kombat] (2004), Surat-surat Perempuan Johor (2005), Tunggu Teduh. al. Dulu (2008), Bahlut (2010) dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? (2016).. M. Pemilihan novel-novel ini dilakukan agar kajian lebih berfokus, mendalam dan dapat membataskan pembahasan memandangkan jumlah novel Faisal Tehrani yang agak. of. banyak. Novel-novel yang tidak dikaji turut ditelaah, bagi memastikan novel-novel. ty. dipilih menepati kehendak kajian dan berdasarkan kecenderungan Faisal Tehrani menyampaikan tema, watak, latar, gaya bahasa dan teknik penulisan yang tersendiri.. si. Pemilihan tahun-tahun penghasilan novel ditentukan, bagi mengesan perubahan-. ve r. perubahan yang berlaku dalam setiap novel dari aspek tekstual dan konstektual serta inovasi-inovasi dalam menghasilkan novelnya. Justifikasi pemilihan tujuh buah novel. U. ni. kajian adalah seperti berikut: 1) Novel-novel ini mempunyai keistimewaan kerana berjaya mengangkat diri pengarang dalam dunia kreativiti, selain mendapat tempat dan pernah memenangi pertandingan penulisan genre novel atau pengiktirafan daripada pihak kerajaan dan swasta. Misalnya, novel 1515 yang memenangi sayembara Hadiah Sastera Remaja Utusan dan novel Surat-surat Perempuan Johor mendapat tempat ketiga dalam Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1.. 18.

(34) 2) Novel-novel yang dipilih ini mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri dalam aspek pembinaan serta kreativitinya. Kekuatan pembinaannya daripada aspek idea, pemikiran dan subjek yang melibatkan penggunaan pelbagai sumber, pengalaman dan pengkajian untuk menulis secara realistik dan responsif terhadap permasalahan di dalam negara dan luar negara. Keistimewaan pula melibatkan kreativiti seperti penggunaan bahasa, proses kreatif dan stail penceritaannya yang menarik serta tersendiri. Menerusi novel-novel ini, Fasial. membawa. pembaharuan. dalam. merungkai. ay. a. Tehrani berjaya memaparkan idea dan pemikiran yang mantap serta berani pelbagai. fenomena. sosial,. al. keagamaan, masyarakat, ekonomi dan sebagainya sebagai subjek penceritaan.. M. 3) Novel-novel tersebut juga mendapat pengiktirafan, kritikan, ulasan dan kajian oleh pengkaji sastera, pengkritik, pelajar dan peminat sastera. Hal ini disebabkan. of. novel-novel memiliki kekuatan dari aspek kreativiti, pemikiran, gaya. ty. penceritaan, bahasa dan lain-lain aspek yang penting dalam menghasilkan novel. Malahan novel-novel yang dipilih ini sudah dikaji dalam pelbagai aspek dan. si. menggunakan teori-teori sastera oleh pengkaji sastera dan pelajar-pelajar. ve r. peringkat sarjana serta kedoktoran. Hasil daripada kajian-kajian lepas serta kritikan daripada pelbagai pengkaji dapat membuktikan kekuatan novel-novel. U. ni. tersebut. Selain itu, pemilihan novel-novel tersebut dilihat relevan dengan tujuan kajian. Sebagai contoh, kajian oleh Md. Salleh Yaapar (2007, p. 67), mendapati bahawa, novel 1515 sebagai sebuah karya sastera Melayu mutakhir yang hebat dan wajar dijadikan bacaan untuk khalayak secara meluas dan disebarkan ke peringkat antarabangsa A. Rahim Abdullah (2010, p. 134), mengatakan bahawa novel 1515 patut dipuji kerana berjaya melawan mitos penjajah Portugis selama ini.. 19.

(35) 4) Terdapat beberapa novel lain Faisal Tehrani yang tidak terpilih dalam kajian ini meskipun memenangi pelbagai peringkat sayembara dan berkualiti seperti Cinta Hari-hari Rusuhan, Manikam Kalbu, Tuhan Manusia, Sasatul Ibaad, Bedar Sukma Bisu, Nama Beta Sultan Alauddin, Advencer Si Peniup Ney, Ketupat Cinta dan lain-lain novelnya. Kajian ini juga tidak mengambil novel-novel kontroversi dan diharamkan seperti novel Sebongkah Batu di Kuala Berang dan Perempuan Nan Bercinta novel-novel tersebut membawa tema, pemikiran dan. ay. a. mesej yang kurang sesuai untuk menjawab permasalahan kajian dan persoalan kajian yang ditetapkan.. al. 5) Novel-novel yang dipilih dapat mewakili tahun-tahun penulisan Faisal Tehrani. M. dari awal penglibatan sehingga novel mutakhirnya. Novel-novel tersebut dianalisis secara berurutan, mendalam dan berfokus. Pemilihan novel-novel. of. kajian ini didapati menepati kehendak Teori Teksdealisme yang berfokus, untuk. ty. menganalisis keunggulan pengarang melalui karya-karya yang dihasilkan dari novel terawal hingga mutakhirnya. Penghasilan novel mutakhir menjadi fokus. si. kajian kerana menjadi penentu bagi menentukan tahap keunggulan pengarang.. ve r. Keperluan pemilihan novel ini juga memenuhi tuntutan Teori Teksdealisme yang menetapkan bahawa pengarang akan berusaha dengan bakat, kebolehan,. U. ni. intelektual dan ketrampilannya bagi menghasilkan sebuah karya yang lebih baik daripada apa yang sudah dihasilkannya, dan mengatasi apa yang dihasilkan oleh pengarang lain sebelumnya (Mana Sikana, 2004, p. 326).. Novel-novel yang dipilih tersebut mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri serta berlainan tempoh penghasilannya. Novel-novel ini bukan hanya pernah memenangi sayembara, memberi anugerah dan sebagainya kepada Faisal Tehrani tetapi berdasarkan aspek-aspek lain seperti tema, teknik penceritaan dan sebagainya. Hal ini penting kerana kajian ini harus mengkaji novel secara menyeluruh, melibatkan novel 20.

(36) awal dan akhir yang dihasilkan. Pemilihan novel-novel ini dilihat selari dengan kenyataan dalam Teori Teksdealisme yang mengatakan bahawa setiap pengarang akan mencuba sedaya-upaya mencipta teks-teks yang bermutu dan mempunyai jati diri (Mana Sikana, 2006, p. 72). Justeru, novel-novel yang terpilih ini mempunyai kekuatan dan pencapaian yang sudah diakui oleh pengkaji, pengkritik dan memberi kesan kepada Faisal Tehrani. Kaedah Kajian. ay. a. 1.7. Kajian ini berbentuk kualitatif sepenuhnya. Kajian kualitatif dilakukan bagi. al. meningkatkan pemahaman, dengan mengambil data secara bertulis, bersifat deskriptif. M. supaya analisis data dapat dilakukan secara berterusan dan merupakan usaha untuk memahami makna di sebalik sesuatu fakta (Bogdan dan Biklen, 1982, p. 45 dan Miles. of. dan Hubermen, 1992, p. 15). Menurut Webster (1990), apabila membaca sesuatu teks,. ty. sama ada secara sedar ataupun tidak, kita meletakkannya ke dalam kerangka rujukan bahasa dan pengetahuan yang lebih luas daripada melakukannya terhadap seseorang. si. pengarang tertentu, waktu atau set kriteria sastera. Dalam hubungan tekstual, menurut. ve r. Micheal Faucault dalam Toeti Heraty (2000) perkara yang penting perlu dilihat adalah apakah kesatuan menarik rasa ingin tahu ini yang ditulis oleh pengarang. Kajian ini. U. ni. dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan.. 1.7.1. Kajian Kepustakaan. Kajian ini bertumpu kepada kajian kepustakaan atau library research. Melalui kaedah ini pelbagai informasi diperoleh daripada buku-buku rujukan, bacaan dan pengumpulan data atau fakta-fakta serta ulasan-ulasan daripada pelbagai buku, esei, kertas-kertas pembentangan seminar, artikel-artikel eceran daripada majalah dan akhbar-akhbar. Kaedah ini penting bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan rinci 21.

(37) berkaitan kajian daripada dipengaruhi idea-idea yang tidak berasas. Kajian ini turut menggunakan teknik bacaan rapi atau close reading technique dan menganalisis isi (content analysis) dalam novel-novel pilihan dengan menggunakan Teori Teksdealisme. 1.7.2. Kajian Lapangan. Kajian lapangan yang digunakan adalah temu bual. Temu bual merupakan suatu kaedah yang popular dalam kajian lapangan sains sosial. Pada peringkat permulaan,. ay. a. pengkaji menemu bual Dr. Mana Sikana, iaitu pengasas Teori Teksdealisme. Temu bual bersama pembina teori ini, bagi mendapatkan maklumat yang mungkin tidak terdapat. al. dalam teori atau buku, menjelaskan idea, prinsip dan kekeliruan mengenai teori. Melalui. M. penerangan yang diberikan dapat membantu pengkaji menganalisis novel-novel dengan tepat. Selepas itu, pengkaji akan menemu bual pengarang, iaitu Faisal Tehrani. Temu. of. bual bersama pengarang bertujuan untuk mengetahui sifat dan ciri kepengarangan pengarang yang tidak terdapat dalam sumber-sumber bertulis atau bercetak. Selain itu. ty. dapat mengetahui secara langsung mengenai kepengarangan dan menjelaskan ciri-ciri. 1.8. ve r. si. kepengarangan berkaitan dengan prinsip dalam Teori Teksdealisme. Kepentingan Kajian. ni. Kajian yang dijalankan ini dapat memberi impak dan nilai tersendiri dalam. U. perkembangan sastera khususnya kepada teori, pengarang dan karyanya. Kepentingan kajian kepada teori ini adalah memberi nilai kepada kedudukan dan peranan teori tempatan. bagi. menganalisis. dan. menyelesaikan. permasalahan. kajian.. Teori. Teksdealisme yang digunakan ini untuk menganalisis keunggulan pengarang dalam menghasilkan karya-karyanya. Dengan itu, dapat mengangkat kedudukan teori tempatan setaraf dengan teori-teori Barat yang sering digunakan oleh pengkaji-pengkaji tempatan. Oleh itu, kajian ini diharap menjadi pemangkin dan perintis kepada pengkaji serta. 22.

(38) pengkritik. sastera. untuk. memperluaskan. penggunaan. teori. tempatan. dalam. membicarakan novel-novel pengarang lain dalam negara. Rata-rata kajian sebelum ini menjurus kepada aspek tekstual, konstektual dan aspekaspek instrinsik seperti pemikiran, keagamaan, perwatakan dan gaya penulisan. Manakala kajian mengenai dunia kepengarangan dan keunggulan Faisal Tehrani belum dilakukan secara serius. Implikasi daripada kajian ini dapat membuktikan bahawa Faisal. a. Tehrani merupakan seorang penulis yang mempunyai misi, visi, kritis, kreatif dan. ay. menyumbang kepada penghasilan karya-karya unggul dan berkualiti. Oleh itu, kehadiran karya-karya Faisal Tehrani memberi sumbangan kepada perkembangan. al. kesusasteraan tanah air yang dewasa ini kekurangan karya-karya berkualiti. Justeru,. M. penyelidikan ini dapat mengabaikan imej serta kontroversi terhadap diri dan beberapa. of. karyanya yang dibekukan.. Seterusnya diharapkan kajian ini dapat menyedarkan khalayak dan pengkaji bahawa,. ty. penghasilan sesebuah novel atau teks sastera melalui proses yang panjang dan. si. kompleks. Pengarang pula menghasilkan sesebuah novel menggunakan pelbagai sumber. ve r. dan realiti sekitarannya seperti pengalaman, pengkajian, pengamatan, bahan sejarah dan seumpamanya. Novel tidak hanya sebagai medium untuk menyampaikan senario. ni. masyarakat setempat dan sejagat seperti permasalahan ekonomi, politik, sosial, budaya,. U. keagamaan dan sebagainya. Malahan pengarang menjadikan karya-karya untuk menyampaikan pandangan, kritikan, sindiran, pemikiran dan sebagainya. Dengan cara. ini pengarang dapat menyerlahkan keintelektualan dan realiti sebagai wadah pemikiran dalam karya-karyanya. Kajian ini diharap menjadi pemangkin untuk mengkaji karya-karya penulis muda atau generasi baharu yang produktif dan prolifik dalam berkarya. Keadaan ini didorong oleh karya-karya penulis generasi muda atau baharu ini mempunyai kelainan dan. 23.

(39) keistimewaan tersendiri yang perlu dikaji dalam usaha membantu perkembangan sastera tanah air. Tidak dinafikan bahawa karya-karya generasi baharu memberi gambaran secara menyeluruh mengenai dinamika penulisan novel atau lain-lain genre sastera. Di samping itu, mereka berusaha untuk mempertingkat tahap intelektual dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan membawa karya ke peringkat antarabangsa. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu para penyelidik sastera atau pembaca. a. dalam menambah sumber rujukan berkaitan dengan teori dan kepengarangan Faisal. ay. Tehrani. Seterusnya kajian ini boleh dijadikan asas kepada pengkajian yang lebih kritis dan mendalam mengikut keperluan dan kepentingan para penyelidik terhadap karya-. Definisi Operasional. of. 1.9. M. al. karya Faisal Tehrani atau pengarang-pengarang yang lain.. Dalam kajian ini, terdapat beberapa konsep penting bagi menganalisis kajian supaya. ty. menjawab permasalahan kajian dan mencapai objektif kajian. Konsep-konsep tersebut. Keunggulan. ve r. 1.9.1. si. adalah keunggulan, pengarang, kepengarangan dan Teori Teksdealisme.. ni. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007, p. 1770), ‘unggul’ bermaksud melebihi atau mengatasi yang lain, terbaik, teristimewa dan terutama. Bagi kata terbitan. U. ‘keunggulan’ pula membawa makna perihal unggul, kelebihan, keistimewaan dan keutamaan. Dalam kajian ini, konsep keunggulan pengarang merujuk kepada keunggulan yang dikemukakan dalam Teori Teksdealisme. Mana Sikana (2004, p. 325), mentakrifkan keunggulan dalam kerja kepengarangan adalah suatu tahap pencapaian puncak dalam penciptaan. Setiap teks juga mempunyai sifat-sifat keunggulannya yang tersendiri. Teori ini juga menegaskan bahawa, setiap pengarang mempunyai hasrat untuk meletakkan teksnya pada tahap keunggulan. Oleh itu, pengarang akan berusaha 24.

(40) melalui bakat, kebolehan, intelektual dan ketrampilannya bagi menghasilkan sebuah karya yang lebih baik dan dapat mengatasi pengarang lain atau sebelumnya. Idealisme atau sifat keunggulan sebagai sebuah teks sastera kreatif selalu berada dalam pemikiran pengarang semasa beliau berkarya. Menurut Mana Sikana (2006, p. 73) lagi, keunggulan bermakna mempunyai nilai yang tinggi, luar biasa, cemerlang dan memiliki kekuatan untuk bertahan dalam ujian. a. masa dan zaman. Keunggulan juga bererti membawa budaya sastera ke suatu tahap. ay. yang tinggi baik pada peringkat kebangsaan juga antarabangsa. Oleh itu, teks yang unggul ialah teks yang mempunyai nilai dan mutu yang tinggi (Mana Sikana, 1996, p.. al. 75), tetapi khalayak pula yang akan menentukan sesebuah teks itu mencapai keunggulan. M. sangat tinggi, separa unggul dan kekurangan keunggulannya (Mana Sikana, 2006, p.. of. 87). Oleh itu, keunggulan dalam kajian ini merujuk kepada keunggulan yang dikemukakan oleh Mana Sikana sebagaimana dinyatakan dalam teorinya.. ty. Pengarang dan Kepengarangan. si. 1.9.2. ve r. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015, p. 677) pengarang ialah orang yang mengarang cerita (lagu, sajak dan lain-lain). Menurut Ding Choo Ming (2010, p. 198), pengarang ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya menghasilkan karya asli. ni. yang kemudiannya diberi perlindungan undang-undang hak cipta dan pengarang sendiri. U. amat peka terhadap martabat mereka. Mana Sikana (2009a, p. 519) pula mentarifkan pengarang sebagai manusia yang penuh aksi dan tindakan serta cukup prihatin dan conscience terhadap masa silam dan masa hadapan. Ismail Ahmad (1988, p. 5) menjelaskan pengarang bukannya merakamkan fakta-fakta benar seperti ahli sejarah. Pengarang novel merakamkan kebenaran hidup seperti yang dilihatnya dan dialaminya dan dirasakan oleh masyarakat. Pengarang novel menggunakan daya khayal dan daya rekannya dengan lebih berkesan dalam merakamkan aspek kehidupan manusia di 25.

(41) sekitarnya. Sohaimi Abdul Aziz (2011, p. 617) pula mengatakan pengarang ialah manusia kreatif yang memiliki kemampuan berfikir dan berbahasa untuk menghasilkan karya sama ada puisi, novel, cerpen ataupun drama. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015, p. 677), kepengarangan merujuk kepada perihal yang berkaitan dengan pengarang. Dalam kajian ini, pengarang dan kepengarangan yang dimaksudkan ialah Faisal Tehrani yang menghasilkan novel-. 1.9.3. ay. a. novelnya. Teori Teksdealisme. al. Teori Teksdealisme ini digagaskan oleh Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana),. M. mantan pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. of. (Universiti Kebangsaan Malaysia). Ungkapan Teksdealisme merujuk kepada dua gabungan perkataan, iaitu ‘teks’ dan ‘idealisme’ (Mana Sikana, 1996, p. 75). Teori ini. ty. menetapkan kaedah untuk menilai sesebuah karya itu berlandaskan tiga faktor, iaitu. si. pengarang, teks dan khalayak (Abdul Rahman Napiah, 1996, p. 95). Tahap keunggulan. ve r. kepengarangan pula berada dalam tiga kategori, iaitu tahap lemah atau rendah, separa atau separuh dan tinggi tahap keunggulannya (Wawancara pada 13 Jun 2017). Dalam. ni. Teori Teksdealisme, Mana Sikana (1996, p. 97) mengemukakan empat prinsip bagi menganalisis keunggulan pengarang, iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan. U. dan keperibadian atau individualisme. 1.10. Pembahagian Bab. Kajian ini dibahagikan kepada tujuh (7) bab utama. Bab 1 merupakan ‘Pengenalan’ yang menerangkan keseluruhan kajian. Aspek-aspek yang diterangkan adalah pendahuluan, sorotan literatur, permasalahan kajian, tujuan kajian, objektif kajian,. 26.

(42) bahan kajian, batasan kajian, kaedah kajian, kepentingan kajian, pembahagian bab dan rumusan. Bab 2 adalah “Metodologi kajian dan kerangka teoritis”. Bab ini menjelaskan mengenai metodologi kajian, penganalisisan data, teori dan konsep teori, kerangka teoritis kajian dan rumusan. Topik Teori Teksdealisme akan menjelaskan Teori Teksdealisme, konsep teori dan falsafah Teori Teksdealisme dan prinsip-prinsip Teori. ay. a. Tekdealisme yang digunakan dalam menganalisis novel-novel kajian. Bab 3 merupakan topik “Kehadiran dalam novel-novel terpilih Faisal Tehrani”. Bab. M. ciri-ciri yang ditetapkan dalam prinsip kehadiran.. al. ini akan menganalisis unsur-unsur kehadiran dalam semua novel kajian berdasarkan. of. Bab 4 adalah topik “Perlanggaran dalam novel-novel terpilih Faisal Tehrani”. Bab ini akan membincangkan novel-novel terpilih berpandukan unsur-unsur dalam prinsip. ty. perlanggaran bagi menghasilkan karya yang unggul.. si. Bab 5 adalah topik “Pengukuhan dalam novel-novel Faisal Tehrani”. Bab ini akan. ve r. mengupas elemen-elemen dalam prinsip pengukuhan bagi untuk memastikan novel yang dihasilkan sudah mencapai keunggulan.. ni. Bab 6 merupakan topik “Individualisme atau keperibadian dalam novel-novel terpilih. U. Faisal Tehrani”. Bab ini membincangkan semua aspek individualisme yang ditetapkan, iaitu subjektiviti, stail individu, reka cipta individu dan tindakan individu. Kajian ini mendapati terdapat satu lagi elemen yang menjadi keperibadian pengarang, iaitu sensitiviti dan kreativiti. Bab 7 merupakan “Kesimpulan dan penutup”. Bab ini merumuskan secara terperinci dapatan-dapatan daripada analisis yang dijalankan. Seterusnya dapatan-dapatan dapat menjawab persoalan-persoalan dan objektif kajian yang dibina pada peringkat awal 27.

(43) kajian. Bab ini juga mengemukakan implikasi dapatan kajian dan cadangan lanjutan kepada pengkaji-pengkaji yang berminat untuk melakukan kajian yang sama dengan kajian ini.. 1.11. Rumusan. Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan aspek-aspek yang akan dibincangkan dan dikaji untuk menjadi landasan kepada perbincangan pada bab-bab selanjutnya.. ay. a. Terdapat tujuh bab yang dibina bagi membincangkan aspek-aspek kajian secara khusus bagi mencapai objektif kajian. Sebanyak tujuh buah novel Faisal Tehrani dipilih sebagai. al. bahan kajian untuk menjawab persoalan dan permasalahan kajian. Kajian ini memilih. M. novel sebagai bahan kajian kerana Faisal Tehrani lebih menonjol dalam penulisan novel berbanding dengan genre lainnya. Novel-novel terpilih ini didapati sesuai untuk. of. dianalisis memandangkan banyak mendapat perhatian,. kajian-kajian, kritikan dan. ty. ulasan dalam pelbagai aspek oleh pengkaji-pengkaji kesusasteraan tanah air.. si. Melalui sorotan kajian-kajian kajian terdahulu, didapati kajian keunggulan pengarang. ve r. bertumpu kepada pengarang-pengarang yang sudah mantap seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arena Wati, Usman Awang, Mana Sikana, Anwar Ridhwan dan lain-. ni. lain lagi. Semua pengarang tersebut mencapai tahap keunggulan tersendiri menerusi genre sastera yang dihasilkan. Namun begitu, kajian keunggulan terhadap penulis-. U. penulis muda belum dilakukan secara serius dan tidak mendapat tempat dalam kajian pengkaji. Sehubungan itu, kajian ini memilih untuk mengkaji keunggulan Faisal. Tehrani. Oleh itu, bagi menentukan keunggulan tersebut, Teori Teksdealisme digunakan sebagai landasan kajian. Teori ini merupakan satu-satunya teori tempatan yang secara khusus digunakan untuk menilai dan menentukan tahap keunggulan seseorang pengarang.. 28.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Semoga kajian ini membantu para du’at dan masyarakat muslim keseluruhannya dalam menyampaikan ajaran Islam dengan kaedah dan cara yang betul kepada orang bukan Islam

Citra wanita yang digambarkan oleh pengarang pada watak Aisyah dalam novel Matriark telah berjaya meletakkan watak tersebut sebagai seorang pemimpin transformasi yang

Seluruh rakyat memperjuangkan hak bersama, yakni mereka masih kuat berpegang pada agama Islam, memperjuangkan bahasa sehingga bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara dan

Sementara itu dalam novel BANKL?, turut mengetengahkan peranan pemimpin dan ahli politik yang menyebabkan masyarakat peribumi mengalami masalah akibat pengambilan tanah- tanah untuk

Sebagaimana watak Cempaka yang tidak mempunyai sebarang kekurangan dari aspek mendapatkan pakaian yang sempurna dalam novel Trilogi Cinta, keperluan mendapatkan pakaian

Tetapi dalam novel ‘Ananum Avalum’ (Dia dan Dia), watak wanita utama digambarkan sebagai seorang yang ingin melanggar stereotaip itu. Meera berani

Dalam artikel ini juga, beliau menyatakan bahawa masyarakat Islam pada hari ini seharusnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan menimbulkan keyakinan kepada Allah

2 berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya masalah yang berkaitan dengan agama dan budaya, polisi dan perundangan serta masalah yang berkaitan dengan jaminan makanan