• Tiada Hasil Ditemukan

BANTUAN KEPADA ANAK YATIM PERLU BERTERUSAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BANTUAN KEPADA ANAK YATIM PERLU BERTERUSAN"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC9020

PULAU PINANG, 4 Julai 2015 – Bantuan dan sumbangan orang ramai untuk anak-anak yatim dan miskin di mana-mana sahaja perlu berterusan dan bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja.

Demikian pandangan pengasas Rumah Anak Yatim Ummu Salamah Gerik, Perak, Mufahuddin Abdul Razak, 48, ketika menerima sumbangan dari konvoi Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (PPPJJ USM) hari ini.

pppjj6

Mufahuddin amat berterima kasih kepada pihak USM yang memilih rumah tersebut untuk memberi sumbangan yang mampu meringankan beban dan kesedihan yang dialami oleh anak-anak ini.

Tambahnya lagi, dana yang diperolehi oleh Rumah Anak Yatim Ummu Salamah dalam menguruskan anak-anak ini hanyalah melalui bantuan orang ramai dan sumbangan yang diberi oleh pihak PPPJJ USM mampu menampung kos makanan anak-anak ini untuk tempoh dua bulan akan datang.

“Secara purata, kami memerlukan kira-kira RM20-30 ribu sebulan untuk menampung segala kos di rumah anak yatim ini,” katanya yang dipanggil abah oleh penghuni di sini.

DSC9035

Rumah Anak Yatim Ummu Salamah ini menempatkan 22 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang perempuan dan 12 orang lelaki yang berusia di antara 10 hingga 17 tahun dengan dibantu oleh tujuh orang pekerja yang dibayar elaun RM400 sebulan.

pppjj11

Pemangku Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Jaringan PPPJJ Dr. Fatan Hamamah Yahaya berkata, Program Komuniti Masyarakat di Rumah Anak Yatim Ummu Salamah Gerik, Perak dan Kampung Padang Dan, Baling, Kedah yang diadakan hari ini adalah sebahagian daripada komitmen pihak dalam menunaikan tanggungjawab sosial yang ada.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

BANTUAN KEPADA ANAK YATIM PERLU BERTERUSAN

05 JUL

(2)

PPPJJ akan terus melaksanakan program-program komuniti bersama masyarakat dengan melibatkan para pelajar dan stafnya selari dengan moto universiti, “Kami Memimpin” dalam kerangka usaha tersebut.

Menurut Fatan Hamamah lagi, program bersama komuniti seumpama ini banyak dilaksanakan oleh pihak pusat pengajian sebelum ini yang berupaya memanfaatkan kepakaran universiti dan mengeratkan lagi jalinan ukhuwah di sebalik kesibukan kerjaya dan keluarga para pelajar mahu pun pensyarah untuk bersama-sama turun padang.

“Dengan adanya program tersebut, mereka dapat merasai dan membantu kumpulan masyarakat yang kurang bernasib baik di samping turut sama melakukan apa yang terdaya untuk mereka ini,” kata Fatan Hamamah.

pppjj9

Jelasnya lagi, sumbangan yang diberi merupakan hasil inisiatif warga PPPJJ mengumpul dana bagi membantu insan lain yang memerlukan.

“Komitmen dan kesungguhan warga pusat pengajian ini dalam setiap program yang dibuat amat membanggakan yang diharap dapat diteruskan pada masa depan," katanya lagi.

Konvoi yang disertai oleh kira-kira 57 orang itu termasuk para pensyarah, staf dan pelajar PPPJJ dimulai dengan pemberian baju-baju di Kampung Padang Dan, Baling, Kedah dan diikuti dengan pemberian sumbangan berupa duit raya dan barang-barang keperluan harian kepada Rumah Anak Yatim Ummu Salamah, Gerik, Perak dan berakhir di Kampung Kerunai melalui pemberian sumbangan kepada 30 keluarga miskin. -- Teks: Siti Naquiah Abdillah/Foto: Zamani Abdul Rahim

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit

Kami seterusnya menjemput Encik Kamarul sebagai wakil daripada Kolej PERMATApintar Negara untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya memberi wang hasil kutipan dana

Tambah beliau, program jangka masa panjang itu turut dibuat dengan harapan untuk melihat persekitaran yang baik dapat melahirkan warga rumah anak yatim cemerlang

Oleh yang demikian, kajian kes ini ingin melihat kepada pencapaian yang diperolehi oleh anak-anak MDAB (Pra perdagangan) yang telah diberi peluang mengikut pengajian Diploma

dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim, orang-orang miskin dan

Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan HEJIM pada tahun ini ialah Program Khidmat Masyarakat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Pondok Penyayang Al-Raudhah yang diadakan bersama

Perubahan nilai yang dipegang oleh anak-anak turut menjadi cabaran yang besar dalam membangunkan keluarga. la berkait rapat dengan.. pengisian yang diperolehi oleh anak-anak. Ibu

Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana