• Tiada Hasil Ditemukan

HMT 228 - Sosiolinguistik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HMT 228 - Sosiolinguistik "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNlVERSlTl SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005

Oktober 2004

HMT 228 - Sosiolinguistik

Masa: 3jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda rnemulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan. Soalan No. I WAJlB dijawab. Jawab rnana-mana TlGA soalan yang lain.

Tulis nombor 1 hingga 5 berturutan di muka hadapan buku jawapan anda sama ada soalan tersebut dijawab atau tidak. Beri tanda pangkah di hadapan nombor soalan yang tidak dijawab.

. .

.2l-

(2)

- 2 - [HMT 2281

Bahagian A

1. Jawab soalan [a] dan [b] dengan menggunakan petikan laras di dalam Data 1 yang berikut:

Data 1

Alkisah maka tersebutlah perkataan adinda Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar iaitu Raja Ahmad. Maka adalah pada ketika sakit balik dari Betawi (itu), maka ia pun bernazar jika sembuh penyakitnya sudah wajib bertambah wajiblah ia pergi haj. Maka apabila sudah sembuh penyakit (pulang pulih sediakala) maka ia pun bermohonlah kepada paduka kakanda Yang Dipertuan Muda serta paduka kekanda Engku Puteri. Maka jawab paduka kakanda (engku Puteri), “Baiklah engkau pergi/belayar ke tanah Jawa/mencari belanja-belanja dahulu.” Dan paduka kakanda Yang Dipertuan Muda pun bertitah “baiklah bawa keci yang engkau beli itu apa gunanya diam sahaja.” Maka jawab Raja Ahmad, ”baiklah.”

keci = sejenis kapal berlayar empat persegi

Sumber: Hooker (1991: 540).

[a] Kenal pasti dan huraikan aspek pengguna dan penggunaan yang membentuk laras di dalam Data I di atas.

[ I 5 markah]

[b] Dengan menggunakan mana-mana bahagian daripada Data 1, huraikan maksud pernyataan laras berbeza dari segi bentuk, bukan dari segi makna.

[ I 0 markah]

.

. .3/-

(3)

- 3 - [HMT 2281

Bahagian B

2. Jawab soalan [a] dan [b] dengan menggunakan Data 2 yang memaparkan diglosia lelurus yang terdapat dalam komuniti bahasa Melayu di Malaysia.

Data 2

H I H2

Superposed H H4

L1

L2

~ ~~

Bahasa Melayu standard Bahasa lnggeris

Bahasa Arab

Variasi standard bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan, dan lain-lain

Semua bahasa bukan bumiputera (kecuali H di atas), semua bahasa bumiputera (kecuali H di atas), dan semua bahasa kreol

~~

Semua bahasa pijin

Sumber: Noriah Mohamed (2003: 104)

[a] Huraikan maksud bahasa H dan bahasa L di dalam Data 2 di atas berdasarkan pandangan Fishman (1 967).

[7 markah]

[b] Bagaimanakah anda menghuraikan perkaitan antara bahasa H dengan L di dalam Data 2 di atas menerusi sembilan kriteria diglosia yang disarankan oleh Ferguson (1 959)?

[ I S markah]

. .

.4/-

(4)

- 4 - [HMT 2281

3. Di Malaysia, penutur dialek Mandarin dan Kantonis tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Di Nigeria, penutur bahasa lsoko tidak dapat memahami bahasa Urhobo, tetapi sebaliknya pula penutur bahasa Urhobo boleh memahami bahasa Isoko. Berdasarkan dua pernyataan hi dan situasi lain yang berkaitan, apakah yang dapat anda katakan mengenai penggunaan kriteria kefahaman menyaling dalam menentukan status sesebuah sistem pertuturan? Kemukakan juga faktor-faktor lain yang dapat menentukan status sesebuah sistem pertuturan.

[25 markah]

4. Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai daripada bahasa Melayu, bincangkan perkara-perkara berikut:-

[a] Dialek geografi.

[ I 3 markah]

[b] Hipotesis Sapir-Whorf (1 956) berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan budaya.

[ I 2 markah]

5. Menurut Nik Safiah Karim (1 988) kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Kemukakan empat [4] kajian yang memperlihatkan dengan jelas hubungan bahasa dengan masyarakat sebagaimana yang dimaksudkan.

[25 markah]

-

000 0 000

-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jawab semua soalan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau kombinasi kedua- duanya.. “Sekiranya terdapat sebarang percanggahan pada soalan peperiksaan, versi

[b] Dengan menggunakan simbol yang bersesuaian, ilustrasikan perwakilan data geografi di dalam komputer dengan menggunakan data model berbentuk vektor dan data model

Jawab semua soalan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau kombinasi kedua- duanya.. “Sekiranya terdapat sebarang percanggahan pada soalan peperiksaan, versi

Satu daripada persoalan yang sudah lama terdapat dalam sintaksis bahasa Malaysia berkaitan dengan ayat-ayat yang ditampilkan dalam data yang berikut ini..

[b] Berdasarkan Data 4 [i], [ii], [iii] clan [iv] yang berikut tentukan maksim pertuturan yang telah dilanggar clan implikatur anda terhadap perbualan tersebut.

Demikianlah sentiasa Badaruddin ini menyakiti akan Faridah Hanom dengan memasukkan diri setiap masa pada berkata-kata dengan dia hingga jadilah Faridah Hanom itu terasa sangat

[c] Terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia mana-mana TIGA perenggan teks di atas yang mengandungi unsur sosiolinguistik yang anda kenal pasti dalam [a] dengan pendekatan

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.. Jawab SEMUA soalan didalam Bahagian