• Tiada Hasil Ditemukan

BERMASALAH PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BERMASALAH PEMBELAJARAN "

Copied!
206
0
0

Tekspenuh

(1)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BUKU GARIS TIGA DALAM KEMAHIRAN MENULIS MURID

BERMASALAH PEMBELAJARAN

ROZWATI BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

2017

(2)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BUKU GARIS TIGA DALAM KEMAHIRAN MENULIS MURID

BERMASALAH PEMBELAJARAN

oleh

ROZWATI BINTI ABDULLAH

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Sarjana Pendidikan

Ogos 2017

(3)
(4)

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta hidayah-Nya, maka kajian ini berjaya disiapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah penyelia iaitu Dr.

Mohd Zuri bin Ghani atas kesudian beliau meluangkan masa, memberikan nasihat, tunjuk ajar, panduan dan dorongan sepanjang perjalanan menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga buat suami dan anak tersayang atas doa, kesabaran dan semangat yang diberikan sepanjang proses menyiapkan kajian yang cukup mencabar bagi saya selaku pelajar sarjana sepenuh masa di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Penghargaan juga diberikan kepada pentadbir sekolah, rakan-rakan guru yang banyak membantu memberikan maklumat dan tunjuk ajar dengan sabar dan tanpa jemu.

Terima kasih juga kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran atas kerjasama menjadi peserta kajian. Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian yang cukup bermakna ini.

(5)

iii

ISI KANDUNGAN

Penghargaan ii

Isi Kandungan iii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xvii

Senarai Singkatan xxviii

Senarai Lampiran xxix

Abstrak xxx

Abstract xxxiii

BAB 1 – PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 6

1.3 Pernyataan Masalah 12

1.4 Objektif Kajian 19

1.5 Persoalan Kajian 20

(6)

iv

1.6 Batasan Kajian 21

1.7 Definisi Operasional 22

1.7.1 Kemahiran Menulis 22

1.7.2 Murid Bermasalah Pembelajaran 24

1.8 Kepentingan Kajian 25

1.8.1 Pihak Sekolah 25

1.8.2 Pihak Guru 26

1.8.3 Murid Bermasalah Pembelajaran 28

1.8.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 29

1.8.5 Pengkaji 30

1.9 Kesimpulan 32

BAB 2 – SOROTON KAJIAN

2.1 Pengenalan 33

2.2 Tinjauan Kajian-Kajian Berkaitan 36

2.2.1 Keberkesanan Buku Garis Tiga Dalam Kemahiran Menulis 36

Bentuk Huruf

(7)

v

2.2.2 Keberkesanan Buku Garis Tiga Dalam Kemahiran Menulis 38

Bentuk Berekor

2.2.3 Keberkesanan Buku Garis Tiga Dalam Kemahiran Menulis 39

Keseragaman Saiz Huruf

2.2.4 Keberkesanan Buku Garis Tiga Dalam Kemahiran Menulis 40

Kekemasan Huruf

2.3 Ciri-ciri Bermasalah Pembelajaran 42

2.4 Aspek Kognitif Murid Bermasalah Pembelajaran 43

2.5 Aspek Akademik Murid Bermasalah Pembelajaran 44

2.6 Aspek Sosial Murid Bermasalah Pembelajaran 45

2.7 Teori dan Model Berkaitan 46

2.7.1 Teori Konstruktivisme 46

2.7.2 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 47

2.8 Kerangka Teoritikal Kajian 50

2.9 Kesimpulan 53

(8)

vi BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 54

3.2 Reka Bentuk kajian 55

3.3 Tempat Kajian 56

3.4 Sampel Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 56

3.5.1 Pemerhatian 56

3.5.2 Analisis Dokumen 57

3.6 Teknik Menganalisis Data 58

3.6.1 Pemerhatian Borang Senarai Semak 58

3.7 Prosedur Analisis Data 61

3.7.1 Pemerhatian Borang Senarai Semak 61

3.7.2 Analisis Dokumen 64

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan 65

3.8.1 Kesahan 65

3.8.3 Kebolehpercayaan 66

(9)

vii

3.9 Prosedur Kajian 66

3.10 Langkah Yang Dijalankan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan 67 Buku Garis Tiga Terhadap Bentuk Huruf Mengikut Model

Kajian Kemmis & McTaggart (1988)

3.10.1 Langkah Pertama - Mereflek 67

3.10.2 Langkah Kedua – Merancang 68

3.10.3 Langkah Ketiga –Bertindak 69

3.10.4 Langkah Keempat – Memerhati 69

3.11 Langkah Yang Dijalankan Untuk Melihat Keberkesanan 70 Penggunaan Buku Garis Tiga Terhadap Huruf Berekor Mengikut Model

Kajian Kemmis & McTaggart (1988)

3.11.1 Langkah Pertama - Mereflek 70

3.11.2 Langkah Kedua – Merancang 71

3.11.3 Langkah Ketiga –Bertindak 71

3.11.4 Langkah Keempat – Memerhati

3.12 Langkah Yang Dijalankan Untuk Melihat Keberkesanan 73 Penggunaan Buku Garis Tiga Terhadap Keseragaman Saiz Mengikut Model

Kajian Kemmis & McTaggart (1988)

3.12.1 Langkah Pertama - Mereflek 73

3.12.2 Langkah Kedua – Merancang 74

3.12.3 Langkah Ketiga –Bertindak 75

3.12.4 Langkah Keempat – Memerhati 76

(10)

viii

3.13 Langkah Yang Dijalankan Untuk Melihat Keberkesanan 76 Penggunaan Buku Garis Tiga Terhadap Kekemasan Tulisan Mengikut Model

Kajian Kemmis & McTaggart (1988)

3.13.1 Langkah Pertama - Mereflek 76

3.13.2 Langkah Kedua – Merancang 77

3.13.3 Langkah Ketiga –Bertindak 78

3.13.4 Langkah Keempat – Memerhati 79 3.14 Kesimpulan

BAB 4 - DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 82

4.2 Dapatan Kajian Berdasarkan Langkah Yang Dijalankan 83 Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Buku Garis

Tiga Terhadap Bentuk Huruf Mengikut Model Kemmis & McTaggart 1988 4.2.1 Dapatan Kajian Melalui Langkah Pertama – Mereflek 83 4.2.2 Dapatan Kajian Melalui Langkah Kedua Dan Melalui 88

Langkah Ketiga – Merancang dan Bertindak

4.2.3 Dapatan Kajian Melalui Langkah Keempat – Melihat 89 4.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Langkah Yang Dijalankan Untuk 95 Melihat Keberkesanan Penggunaan Buku Garis Tiga

Dalam Penulisan Huruf Berekor Mengikut Model Kemmis & McTaggart 1988

(11)

ix

4.3.1 Dapatan Kajian Melalui Langkah Pertama Hingga 95 Langkah Kelima : Mereflek, Merancang, Bertindak dan Melihat

4.4 Dapatan Kajian Berdasarkan Langkah Yang Dijalankan Untuk 105 Melihat Keberkesanan Penggunaan Buku Garis Tiga Dalam

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf Mengikut Model Kemmis & McTaggart 1988

4.4.1 Dapatan Kajian Melalui Langkah Pertama Hingga Langkah 105 Kelima : Mereflek, Merancang, Bertindak dan Melihat

4.5 Dapatan Kajian Berdasarkan Langkah Yang Dijalankan Untuk Melihat 114 Keberkesanan Penggunaan Buku Garis Tiga Terhadap Kekemasan

Tulisan Huruf Mengikut Model Kemmis & McTaggart 1988

4.5.1 Dapatan Kajian Melalui Langkah Pertama Hingga Langkah 114 Kelima : Mereflek, Merancang, Bertindak dan Melihat

4.6 Analisis Dapatan Kajian Pemerhatian Borang Senarai Semak 123 4.6.1 Keberkesanan Kemahiran Menulis Bentuk Huruf 123 4.6.2 Keberkesanan Kemahiran Menulis Huruf Berekor 124 4.6.3 Keberkesanan Kemahiran Menulis Keseragaman Saiz Huruf 125 4.6.4 Keberkesanan Kemahiran Menulis Kekemasan Huruf 126 4.7 Analisis Dokumen Terhadap Bentuk Huruf, Penulisan Huruf Berekor, 127 Keseragaman Saiz Huruf dan Kekemasan Huruf

4.11 Kesimpulan 147

(12)

x BAB 5 – PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 148

5.2 Rumusan 148

5.3 Rumusan Dapatan Kajian

5.3.1 Rumusan Persoalan Kajian Satu 150

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian Dua 152

5.3.3 Rumusan Persoalan Kajian Tiga 153

5.3.4 Rumusan Persoalan Kajian Empat 154

5.4 Refleksi Penilaian Kajian 155

5.5 Refleksi Pembelajaran Kendiri Selepas Kajian 157

5.6 Cadangan 159

5.7 Kesimpulan 161

SENARAI RUJUKAN 162

LAMPIRAN

(13)

xi

SENARAI JADUAL

Halaman Jadual 3.2 Jadual Pengujian Kemahiran Menulis Mengikut Minggu 58 Jadual 3.3 Jadual Prosedur Pengumpulan Data Kemahiran Menulis 59 Jadual 3.4 Jadual Prosedur Analisis Data Kemahiran Menulis 62 Jadual 3.11 Pelaksanaan TindakanYang Pengkaji Lakukan Terhadap 71

Lapan Orang Peserta Kajian

Jadual 4.38 Analisis Dapatan Kebolehan Menulis Huruf 123 Jadual 4.39 Analisis Dapatan Kebolehan Menulis Berekor 124 Jadual 4.40 Analisis Dapatan Kebolehan Menulis Keseragaman Saiz Huruf 125 Jadual 4.41 Analisis Dapatan Kebolehan Menulis Kekemasan Huruf 126

(14)

xii

SENARAI RAJAH

Halaman Rajah 2.1 Elemen-elemen Modul Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 48

(Sumber : Dunn dan Dunn, 1993)

Rajah 2.2 Kerangka Teoritikal Kajian 52

Rajah 3.1 Satu Kitaran Kajian 55

Model Kajian Kemmis & Mctaggart 1988

Rajah 3.5 Cara Memegang Pensel Yang Betul 67

Rajah 3.6 Latihan Melukis dan Mewarna 68

Rajah 3.7 Menghasilkan Bentuk Tulisan Dengan Menggunakan Biji 69 Rajah 3.8 Contoh Latihan Menyalin Abjad Aa – Zz 70 Rajah 3.9 Contoh Latihan Menyalin Semula Huruf Abjad 71

Rajah 3.10 Contoh Latihan Huruf Berekor 72

Rajah 3.12 Carta Huruf Tentang Cara menulis Huruf Dengan Betul 75 ( sumber: Schneck dan Henderson 1990)

Rajah 3.13 Carta Keluarga Huruf 78

Rajah 3.14 Contoh Latihan Menulis Di Atas Huruf Yang 79 Berputus-Putus yang Diberikan Kepada Peserta Kajian

(15)

xiii

Rajah 4.1 : Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (1) 83 Memegang Pensel Dengan Cara Yang Salah dan

Cara Memegang Pensel Yang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.2 : Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (2) 84 Memegang Pensel Dengan CaraYang Salah dan Cara

Memegang Pensel Yang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.3 : Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (3) 84 Memegang Pensel Dengan Cara Yang Salah dan

Cara Memegang Pensel Yang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.4 : Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (4) 85 Memegang Pensel Dengan Cara Yang Salah dan

Cara Memegang PenselYang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.5 : Peserta Kajian Murid Masalah Pembelajaran (5) 85 Memegang Pensel Dengan CaraYang Salah dan

Cara Memegang Pensel Yang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.6 : Peserta Kajian Murid Masalah Pembelajaran (6) 86 Memegang Pensel Dengan CaraYang Salah dan

(16)

xiv

Cara Memegang Pensel Yang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.7 : Peserta Kajian Murid Masalah Pembelajaran (7) 86 Memegang Pensel Dengan CaraYang Salah dan

Cara Memegang Pensel Yang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.8 : Peserta Kajian Murid Masalah Pembelajaran (8) 87 Memegang Pensel Dengan CaraYang Salah dan

Cara Memegang Pensel Yang Betul Ketika Menulis Sebelum dan Selepas Kajian Dilakukan

Rajah 4.9 : Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran Menulis 90 Bentuk Huruf Dengan betul

Rajah 4.10 : Perbentukan Huruf Lebih Tepat Selepas Melakukan 91 Latih Tubi Daripada Peserta Kajian Menggunakan

Buku Garis Tiga

Rajah 4.11: Perbentukan Huruf Lebih Tepat Selepas Melakukan 92 Latih Tubi Daripada Peserta Kajian Menggunakan

Buku Garis Tiga

Rajah 4.12 : Perbentukan Huruf Lebih Tepat Selepas Melakukan 93 Latih Tubi Daripada Peserta Kajian Menggunakan

Buku Garis Tiga

Rajah 4.13 : Perbentukan Huruf Lebih Tepat Selepas Melakukan 94

(17)

xv

Latih Tubi Daripada Peserta Kajian Menggunakan Buku Garis Tiga

Rajah 4.14 : Perubahan Huruf “g” Kecil 96

Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (1) Sebelum Dan Selepas Kajian.

Rajah 4.15 : Perubahan Huruf “y” Kecil (y) Peserta Kajian Murid 97 Bermasalah Pembelajaran (2) Sebelum Dan Selepas Kajian

Rajah 4.16 : Perubahan Huruf “j” Kecil (j) Dan “g” Kecil (g) 98 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (3) Sebelum Dan Selepas Kajian.

Rajah 4.17 : Perubahan Huruf “g” Kecil (g) Peserta Kajian Murid 99 Bermasalah Pembelajaran (4) Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.18: Perubahan Huruf “y” Kecil (y) Peserta Kajian 100 Murid Bermasalah Pembelajaran (5) Sebelum dan Selepas Kajian Rajah 4.19 : Perubahan Huruf “y” Kecil (y) Peserta Kajian 101

Murid Bermasalah Pembelajaran (6)Sebelum dan Selepas Kajian Rajah 4.20 : Perubahan Huruf “y” Kecil (y) Peserta Kajian Murid 102 Bermasalah Pembelajaran (7) Sebelum dan Selepas Kajian Rajah 4.21 : Perubahan Huruf “y” Kecil (y) Peserta Kajian Murid 103 Bermasalah Pembelajaran (8) Sebelum dan Selepas Kajian

(18)

xvi

Rajah 4.22 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 106 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (1)

Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.23 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 107 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (2)

Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.24 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 108 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (3)

Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.25 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 109 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (4)

Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.26 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 110 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (5)

Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.27 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 111 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (6)

Sebelum dan Selepas Kajian

(19)

xvii

Rajah 4.28 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 112 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (7)

Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.29 : Perubahan Tulisan Dari Segi Keseragaman Saiz Huruf 113 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (8)

Sebelum dan Selepas Kajian

Rajah 4.30 : KekemasanTulisan Peserta Kajian 115 Murid Bermasalah Pembelajara (1) Sebelum Kajian

Rajah 4.31 : KekemasanTulisan Peserta Kajian 116 Murid Bermasalah Pembelajara (2) Sebelum Kajian

Rajah 4.32: KekemasanTulisan Peserta Kajian 117 Murid Bermasalah Pembelajara (3) Sebelum Kajian

Rajah 4.33 : KekemasanTulisan Peserta Kajian 118 Murid Bermasalah Pembelajara (4) Sebelum Kajian

Rajah 4.34 : KekemasanTulisan Peserta Kajian 119 Murid Bermasalah Pembelajara (5) Sebelum Kajian

Rajah 4.35 : KekemasanTulisan Peserta Kajian 120 Murid Bermasalah Pembelajara (6) Sebelum Kajian

Rajah 4.36 : KekemasanTulisan Peserta Kajian 121 Murid Bermasalah Pembelajara (7) Sebelum Kajian

Rajah 4.27 : KekemasanTulisan Peserta Kajian 122 Murid Bermasalah Pembelajara (8) Sebelum Kajian

(20)

xviii

Rajah 4.42 : Contoh Tulisan Sebelum Kajian Dilakukan Ke Atas 128 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (1)

Terhadap Bentuk Huruf

Rajah 4.43 : Contoh Tulisan Selepas Kajian Dilakukan Ke Atas 128 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (1)

Terhadap Bentuk Huruf

Rajah 4.44 : Contoh Tulisan Sebelum Kajian Dilakukan Ke Atas 129 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (2)

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.45 : Contoh Tulisan Selepas Kajian Dilakukan Ke Atas 130 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (2)

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.46 : Contoh Tulisan Sebelum Kajian Dilakukan Ke Atas 131 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (3)

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf dan Huruf Berekor

Rajah 4.47 : Contoh Tulisan Selepas Kajian Dilakukan Ke Atas 132 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (3)

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf dan Huruf Berekor

(21)

xix

Rajah 4.48 : Contoh Tulisan Selepas Kajian Dilakukan Ke Atas 133 Peserta Kajian Murid Bermasalah Pembelajaran (4)

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf dan Huruf Berekor

Rajah 4.49 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 134 Murid Bermasalah Pembelajaran (5) Sebelum Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.50 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 134 Murid Bermasalah Pembelajaran (5) Selepas Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.51 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 135 Murid Bermasalah Pembelajaran (6) Sebelum Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.52 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 135 Murid Bermasalah Pembelajaran (6) Selepas Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.53 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 136 Murid Bermasalah Pembelajaran (7) Sebelum Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.54 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 136 Murid Bermasalah Pembelajaran (7) Selepas Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

(22)

xx

Rajah 4.55 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 137 Murid Bermasalah Pembelajaran (8) Sebelum Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.56 : Contoh Tulisan Peserta Kajian 137 Murid Bermasalah Pembelajaran (8) Selepas Kajian

Terhadap Keseragaman Saiz Huruf

Rajah 4.57 : Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (1) Dan (2) 139 Sebelum Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

Rajah 4.58 : Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (1) Dan (2) 140 Selepas Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

Rajah 4.59 : Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (3) Dan (4) 141 Sebelum Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

Rajah 4.60 : Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (3) Dan (4) 142 Selepas Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

Rajah 4.61: Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (5) Dan (6) 143 Sebelum Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

Rajah 4.62 : Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (5) Dan (6) 144 Selepas Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

Rajah 4.63: Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (7 Dan (8) 145 Sebelum Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

Rajah 4.64 : Tulisan Murid Bermasalah Pembelajaran (7) Dan (8) 146 Selepas Kajian Dilakukan Terhadap Kekemasan Huruf

(23)

xxi

SENARAI SINGKATAN

DSM-II Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders

MRI Magnectic Resonane Imaging

NIMH Institut Kesihatan Mental Kebangsaan

ODD Oppositional Defiant Disorder

FEAT FMRI Expert Analysis Tool

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

DBP Dewan Bahasa Dan Pustaka

ABM Alat Bantu Mengajar

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(24)

xxii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Surat Akuan Pengajian Universiti Sains Malaysia

Lampiran B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah

Lampiran C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Kelas

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Lampiran D Surat Kebenaran Waris Menjalankan Kajian Ke Atas

Anak/Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Lampiran E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah Dan

Murid Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Lampiran F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah Dan

Murid Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah

Langkawi

Lampiran G Lembaran Kerja Peserta Kajian

Lampiran H Senarai Semak Ujian Kemahiran Menulis

Lampiran I Instrumen Penentu Penguasaan Menulis

(25)

xxiii

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BUKU GARIS TIGA DALAM KEMAHIRAN MENULIS MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan reka bentuk kajian ialah kajian tindakan yang menggunakan Model Kajian Tindakan dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988) berpandukan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini juga menggunakan Teori Konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky dan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) untuk menjelaskan kajian berkaitan kemahiran menulis. Sampel dalam kajian ini ialah seramai lapan orang peserta kajian murid bermasalah pembelajaran berumur di antara 14 hingga 17 tahun yang berada dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di salah sebuah sekolah daerah Langkawi. Instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian dan analisis dokumen. Pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur kerana pengkaji telah mengenal pasti peserta kajian dan menggunakan senarai semak dalam melakukan pemerhatian. Item-item ujian diambil dari buku Instrumen Penentu Penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira (KPM, 2009). Item ujian pada borang senarai semak adalah sama dengan ujian yang diberikan kepada

(26)

xxiv

peserta kajian . Ujian ini digunakan untuk memperoleh data berkaitan dengan persoalan-persoalan kajian yang melibatkan aspek kemahiran menulis. Selain itu juga analisis dokumen di buat melalui pengumpulan data hasil kerja iaitu lembaran kerja peserta kajian digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil daripada analisis yang dibuat menunjukkan penggunaan buku garis tiga dapat menjawab keempat-empat persoalan kajian dan memberikan kesan positif dalam kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran dari segi menulis bentuk huruf, penulisan huruf berekor, keseragaman saiz huruf dan kekemasan huruf yang ditulis.

(27)

xxv

THE EFFECTIVENESS IN THE USE OF THREE-LINE EXERCISE BOOKS IN THE WRITING SKILL OF PUPILS WITH LEARNING DISABILITIES

ABSTRACT

This research has been conducted to observe the effectiveness in the use of three-line exercise books in the writing skill of pupils with learning disabilities. The research has been carried out using the qualitative method and the research design is based on the Action Research Model by Kemmis & McTaggart (1988) which is called the spiral model, comprising the four steps of planning, acting, observing and reflecting.

This research has been conducted using the Constructivism Theory proposed by Jean Piaget and Lev Vygotsky, and the learning style model by Dunn and Dunn (1978) to explain the research on writing skill. The respondents consist of eight pupils with learning disabilities in the age range of 14 and 17 who are enrolled in the Learning Disabilities Special Education Integrated Programme at a school in Langkawi. The research instruments used for this study are through observation and document analysis.

The observation used is a structured observation because the researcher has identified the respective respondents and used a check list during the observation. The test items are taken from the Indicating Instruments of the mastery in the Reading, Writing and Counting concept (KPM, 2009). The test items in the check list form are the same as the test given to the respondents. The test is used to collect the data on the research questions concerning the aspect of writing skill. Besides that, an analysis of documents

(28)

xxvi

has been made based on the data collection of the respondents’ work, which are the worksheets to answer the research questions. The result of the analysis shows that the use of three-line exercise books has answered the four research questions and showed positive effects on the writing skill among the pupils with learning disabilities in form of writing the shape of alphabet, writing the letters with descenders, writing in constant size of letters and writing neatly.

(29)

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Roselan (2003), menjelaskan kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak dan kemahiran menulis merupakan salah satu keupayaan atau kebolehan yang perlu dikuasai pada peringkat permulaan pembelajaran. Kemahiran menulis merupakan asas kepada beberapa perkara seperti menentukan corak genggaman sewaktu memegang pensel dan asas pergerakan yang melibatkan otot halus pada bahagian tangan yang melibatkan penulisan atau aspek kemahiran motor halus.

Pendidikan khas bermasalah pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Faizal Latip (2009), menyatakan semua kanak-kanak khas berbeza antara satu sama lain begitu juga murid bermasalah pembelajaran, mereka adalah berbeza dari pelbagai aspek antara satu sama lain. Murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami permasalahan yang mengganggu proses pembelajaran. Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 telah diluluskan di Parlimen Malaysia (Dewan Negara) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Dalam bab 1 fasa 28 akta tersebut, ada dinyatakan bahawa:

(30)

2

(1) “Orang Kurang Upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidaupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah, dan termasuk tinggi atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuklah latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”.

(2) “Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak- kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya”.

(Akta Orang Kurang Upaya [OKU], 2008)

Mohd Nashuha Jamidin (1995), menyatakan penguasaan kemahiran menulis yang rendah kalangan murid masalah pembelajaran khususnya perlu ditangani segera demi merealisasikan misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid yang berpendidikan tanpa mengira jantina dan kaum bagi memenuhi matlamat negara menjelang tahun 2020. Kemahiran menulis merupakan suatu budaya pendidikan yang saling melengkapi antara kemahiran menulis dengan kemahiran membaca murid- murid. Oleh itu dari peringkat awal lagi perlu diterap mengenai kemahiran menulis agar masalah ini tidak berlanjutan sehingga murid berada diperingkat pengajaran yang lebih tinggi.

(31)

3

Manakala Che Zanariah (2011), menyatakan kemahiran menulis merupakan salah satu bidang kemahiran yang diperlukan dalam kalangan murid sekolah selain kemahiran membaca dan mendengar. Menurut Zaki Nayan (2001), peningkatan kecemerlangan yang tinggi murid dalam kemahiran menulis dapat meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan disiplin murid dalam pelbagai bidang dan mata pelajaran.

Menurut Che Zanariah (2011), kemahiran menulis perlu dipraktikan kepada murid secara perlahan-lahan mengikut tahap keupayaan dan pemikiran mereka dimana sebelum kemahiran menulis diajar kepada murid, setiap guru perlu menyediakan kelengkapan dan memikirkan kaedah yang sesuai berpandukan tahap kesediaan murid untuk menulis. Oleh itu murid-murid perlu didedahkan dengan kemahiran awal seperti menggunakan jari untuk membuat pergerakan melorek, mengenggam dan menggentil serta memegang alat tulis.

Graham, S. & Harris, K.R (l989), mengelaskan bahawa setiap murid yang menghadapi masalah pembelajaran seharusnya mendapat kepentingan yang berbeza terhadap kemahiran-kemahiran menulis dan guru seharusnya memberi penekanan terhadap kaedah pengajaran yang bersesuaian kepada murid bermasalah pembelajaran serta lebih menumpukan perhataian ketika berada di dalam kelas. Yusop dan Walter (2010), dalam keputusan kajiannya mengelaskan bahawa kemahiran memegang alat tulis dengan kaedah yang betul banyak membantu peserta kajian membuat kesalahan menulis seperti kesalahan menulis huruf abjad, nombor dan juga keseragaman saiz huruf yang ditulis.

(32)

4

Menurut Levin (1987), kemahiran menulis berkait rapat dengan kaedah memegang pensil yang betul ketika murid melakukan aktiviti menulis dan hal ini akan memberi kesan kepada bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. K.A.Razhiyah (2010), menjelaskan bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran menunjukkan perkembangan fizikal yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Dari segi pergerakan motor halus, murid-murid bermasalah pembelajaran tidak dapat menggenggam dengan baik kerana mereka sukar untuk memahami arahan yang diberikan oleh guru. Mengikut Levin (1987), murid yang tidak diajar kemahiran menulis akan menyebabkan penulisan pembentukan huruf abjad yang ditulis kurang cantik.

Gulliford (1999), murid bermasalah pembelajaran merupakan murid yang tidak berupaya mengikuti pembelajaran yang diajar oleh guru atau terlalu lambat untuk mencapai objektif pengajaran walaupun objekttif tersebut adalah mudah dan murid ini selalunya tidak dapat menyiapkan latihan yang diberi. Mahzan Musa (2005), murid bermasalah pembelajaran adalah murid yang mempunyai masalah neurological hingga tidak berupaya memahami sesuatu yang dipelajari, susunan ayat, percakan, penulisan, berfikir, membaca, menulis dan mengeja yang lambat untuk dipelajari dan disebabkan hal ini murid bermasalah pembelajaran tidak akan mampu untuk mengikuti pendidikan secara formal dan tahap pemikiran mereka juga berbeza untuk maju secara normal di sekolah.

Menurut Siti Sakinah (2013), murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selari dengan usia sebenar mereka dan prestasi murid bermasalah pembelajaran menunjukkan bahawa mereka tidak mampu untuk bergerak secara normal dalam hal-hal yang berkaiatan

(33)

5

dengan pembelajaran yang diberikan oleh guru. Jika dibuat perbezaan dengan murid yang normal iaitu dalam peringkat umur yang sama, mereka tidak mampu untuk membuat latihan yang sesuai dengan tahap mereka dan menunjukkan kelemahan yang serius dalam pembelajaran.

Anuar Ismail (2004), menyatakan murid bermasalah pembelajaran ini dapat dikenalpasti melalui dua keadaan iaitu jika murid berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat lambat dan lemah. Keadaan ini selalunya wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku murid iaitu kemahiran pengurusan diri, komunikasi, dan sosial yang dapat dilihat dalam proses perkembangan tahap pemikiran murid. Meskipun mereka mempunyai masalah dalam intelektual pihak Kementerian pendidikan Malaysia sama sekali tidak mengetepikan hak mereka untuk menuntut ilmu bagi golongan berkeperluan khas ini.

Proses pengalaman menulis perlu dilalui oleh murid-murid agar kemahiran menulis dapat dikuasai dengan baik. Cara memegang pensel yang betul dan arah pembentukan huruf yang betul sangat penting untuk diajar kepada murid-murid. Guru dikatakan mampu menjadi model kepada murid-murid belajar menuli. Oleh itu guru memainkan peranan bagi kemahiran menulis dengan betul untuk dicontohi dalam kelas.

Terdapat teori yang dapat digunakan bagi mengajar murid bermasalah pembelajaran menulis dan teori yang boleh dikaitkan dengan belajar kemahiran menulis melalui peniruan adalah teori pembelajaran Sosial Bandura. Menurut teori Bandura, pembelajaran dapat diperolehi melalui proses peniruan dan pemerhatian. Permerhatian yang dimaksudkan adalah seperti cara melihat orang lain bertingkah laku dalam kehidupan seharian contohnya bagaimana kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa

(34)

6

dan bagaimana persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak.

Sejajar dengan kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Kajian

Murid masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah dan kesukaran dalam kemahiran menulis dan sinonim dengan masalah membaca. Menurut Abdul Rasid Jamian (2011), masalah dalam kemahiran menulis adalah disebabkan oleh masalah koordinasi mata dan tangan ketika menulis. Hal ini seterusnya menyebabkan murid sukar untuk melakukan pergerakan tangan untuk menulis abjad dengan bentuk yang betul dan sering mencampuradukkan abjad kecil dan abjad besar dalam sesuatu ayat mahupun perkataan.

Pada peringkat awal, murid perlulah diberikan pendedahan yang secukupnya bagi membezakan dan mengenalpasti setiap huruf. Oleh itu guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal yang secukupnya kepada murid dalam mendiskriminasikan huruf. Hal ini seperti yang diterangkan oleh Ai Hong Chen dan Suriani Mohamad (2002), guru perlu bersedia dalam memikirkan kaedah yang kreatif untuk membantu murid membezakan huruf dengan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Jamila K.A Mohamed (2006), untuk melancarkan kemahiran menulis murid dan membantu murid menulis dengan kemas dan tulisan huruf besar dan huruf kecil ditulis dengan seragam huruf kecil boleh diatasi dengan menggunakan kaedah buku bergaris.

(35)

7

Jamila K.A Mohamed (2006), lembaran kerja diberikan kepada murid beserta peneguhan dan bimbingan adalah penting bagi mencapai matlamat murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf dengan baik dan perkara ini seterusnya akan memberikan kesan terhadap pembelajaran murid untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Hapni Abang (2009), dalam kajian penyelidikan tindakan yang dijalankan untuk melihat kesan latihan garis tiga secara latih tubi terhadap murid Tahun Empat semasa menulis huruf besar dan huruf kecil dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan juga bertujuan melihat kemahiran menulis murid menggunakan buku garis tiga dan daripada dapatan analisis data mendapati latihan garis tiga secara latih tubi berkesan dalam membantu murid menulis abjad berkaki dan abjad berekor dengan betul dan kemas di samping menambah baik amalan kendiri.

Maimon Sanai (2009), dalam kajiannya yang bertajuk “Celik Huruf: Lancar Baca” turut mengaplikasikan penggunaan latihan menulis di atas garisan yang berkembar, iaitu garisan kembar tiga. Beliau menuliskan perkataan-perkataan suku kata

“KV+KV” yang mudah seperti “baju‟ di atas garisan bekembar tiga dan murid beliau akan menyalin semula perkataan mengikut contoh guru. Beliau juga menghasilkan lembaran kerja yang mempunyai garisan berkembar tiga untuk memastikan tulisan muridnya seragam dan selari ketinggian serta saiz huruf. Disamping itu, Tiong Houng Ching (2005) dalam kajiannya yang bertajuk “Membaiki Tulisan Pelajar Tingkatan Peralihan Dengan Kaedah Ansur Maju” serta latih tubi turut menekankan kaedah yang sama bagi mengurangkan masalah menulis huruf besar dan huruf kecil. Kajian-kajian

(36)

8

tersebut mendorong pengkaji menggunakan pendekatan dan teknik yang sama bagi membantu peserta kajian.

Mohammad Faizal Latip (2009), melalui kajian penyelidikan tindakan yang dilakukan bagi melihat kesan penggunaan cara yang betul dalam menulis huruf dalam garisan garis tiga membantu seorang murid pemulihan dan menambah baik amalan pengajaran pengkaji. Kajian tersebut dilakukan supaya murid dapat mengetahui cara yang betul dalam menulis huruf. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan buku garis tiga dapat membantu murid menulis huruf dengan betul dan meningkatkan kekemasan tulisan murid.

Ahmad Durani Suip (2010), dalam artikel yang bertajuk memperbaiki kekemasan tulisan murid tahun 3 melalui kaedah penulisan berperingkat menggunakan buku garis tiga. Hasil daripada tindakan yang dilakukan kedua-dua subjek kajian beliau berjaya menghasilkan tulisan yang cantik selepas pelaksanaan kaedah penulisan berperingkat menggunakan buku garis tiga. Mereka juga menunjukkan peningkatan yang baik dari segi kekemasan tulisan. Bagi Anisah Anuar @ Yong Hui Ming (2010) dalam artikel beliau yang bertajuk Membetulkan Tulisan Huruf „k‟ dan „s‟ Kecil Murid Tahun Tiga Menggunakan Lembaran Kerja Garisan Berkembar Tiga Dibantu Oleh Carta Huruf dan Kaedah Ansur Maju menyatakan bahawa kesemua empat orang peserta kajian beliau menunjukkan prestasi yang positif dalam kesemua sembilan lembaran kerja garisan berkembar tiga dibantu oleh carta huruf dan kaedah ansur maju membantu membetulkan tulisan huruf „k‟ dan „s‟ semasa menulis ayat dan perkataan Bahasa Melayu.

(37)

9

Selain itu, Yusop Bin Malie dan Walter Alvin Jiniti (2010), dalam hasil dapatan kajian mereka menyatakan bahawa gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul menulis huruf banyak membantu peserta kajian daripada membuat kesalahan dari segi abjad dan juga keseragaman dari segi saiz huruf yang ditulis. Menurut mereka lagi, pensel mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel dengan seboleh-bolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel. Dalam kajian yang sama juga menyatakan, penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman penulisan tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma tindakan bagi memperbaiki tulisan tangan iaitu secara fizikal, latih tubi menulis dan membina keseragaman tulisan tangan. Di samping itu, teknik dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan menulis memberi kesan yang baik kepada Kamal dalam menyalin dan membina ayat yang lengkap dan sempurna.

Mohd Nashuha Jamidin (1995), kaedah yang kreatif perlu dirancang secara berperingkat dalam melaksanakan kemahiran menulis kerana kesannya akan memberi peluang kepada guru untuk membaik pulih setiap kesalahan yang dilakukan ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran disamping melakukan perubahan serta pembaharuan pada setiap latihan yang dijalankan di dalam bilik darjah. Penggunaan buku garis tiga akan dapat membantu murid dalam membaiki penulisan bentuk huruf, bentuk nombor, masalah menulis huruf berekor dan seterunya akan meningkatkan kekemasan tulisan murid bermasalah pembelajaran. Ai Hong Chen dan Suriani Mohamad (2002), menyatakan penambahbaikan boleh dijalankan dalam setiap proses

(38)

10

latihan yang diberikan kepada murid bagi mendapat matlamat yang dinginkan. Pengkaji juga perlu lebih menekankan aktiviti atau latihan yang diberikan mengikut tahap pencapaian murid dan dalam merangka aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran menulis pengkaji perlu kreatif supaya murid tidak jemu dengan aktiviti yang sama sahaja. Abdul Rasid Jamian (2011), kaedah pengajaran diubah bagi membantu murid bermasalah pembelajaran yang menghadapi masalah dalam kemahiran menulis menyebabkan pengkaji sedar bahawa perancangan aktiviti dan latihan yang diberikan seharusnya mengambil kira faktor-faktor seperti tahap pemikiran murid supaya tidak terdapat murid yang tidak mampu mencapai matlamat apabila waktu pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Pengkaji merupakan seorang guru di kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran di salah sebuah sekolah di Langkawi. Terdapat seramai sembilan orang guru dan lima buah kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran diwujudkan. Pada awal tahun 2014 pengkaji telah berpeluang untuk mengajar dan mengenal murid bermasalah pembelajaran dengan lebih dekat lagi dan secara keseluruhannya murid- murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ini mempunyai masalah dari segi penguasaan kemahiran menulis dan seterunya memberi kesan kepada kemahiran membaca. Bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran terutamanya dalam subjek Bahasa Malaysia, penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis dapat membantu meningkatkan penulisan murid dalam subjek seperti Bahasa Melayu amat berkurangan dan seterusnya memperbaiki pencapaian murid yang berkenaan. Murid-

(39)

11

murid yang menghadapi masalah pembelajaran adalah murid-murid yang mempunyai masalah neurologi hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan pengiraan Mohd Nashuha Jamidin (1995). . Justeru pengkaji sebagai guru pendidikan khas merasakan perlu menjalankan kajian bagi mencari atau merintis intervensi bagi membantu murid masalah pembelajaran ini.

Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian terhadap oleh lapan orang murid bermasalah pembelajaran dari Program Pendidikan Khas Integrasi. Masalah yang dihadapi oleh murid bermasalaah pembelajaran ini adalah berkaitan dengan kemahiran menulis serta kajian ini dijalankan bermatlmat untuk melihat murid bermasalah pembelajaran dalam kemahiran menulis.

(40)

12 1.3 Pernyataan Masalah

Murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran juga merupakan nilai yang penting kepada negara bagi meneruskan kejayaan dalam pendidikan seterusnya memartabatkan pendidikan negara untuk melangkah ke abad Wawasan 2020. Namun wujud jurang pendidikan dalam membangunkan murid bermasalah pembelajaran untuk keseimbangan sistem pendidikan. Perbezaan tahap keupayaan dan tahap kecerdasan pemikiran murid menjadikan pendidikan khas sebagai tempat untuk membantu murid bermasalah pembelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan dan memberi kesan kepada peningkatan kualiti pendidikan di Negara ini.

Roselan (2003), menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam pelajaran, mendapat pencapaian yang paling rendah dan permasalahan murid bermasalah pembelajaran amat merisaukan pelbagai pihak bukan sahaja ibu bapa malah merisaukan pihak kerajaan oleh kerana tahap kecerdasan dan psikologi dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai faktor termasuklah faktor genetik, persekitaran, kecacatan fizikal murid dan sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan kesukaran dalam mengingati dan mempelajari sesuatu yang diajar oleh guru. Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca utama masalah pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi yang tidak stabil seperti bimbang, takut dan marah yang boleh menyebabkan perhatian dan tumpuan untuk belajar terganggu Zulkifley (2006).

(41)

13

Selain kecelaruan emosi terdapat juga masalah fungsi neurologi murid akibatnya kesihatan murid akan mudah terjejas dan murid akan mudah mendapat penyakit asma, sinutitis dan sawan menyebabkan murid akan hilang tumpuan untuk belajar seperti murid normal yang lain. Terdapat faktor yang mewujudkan masalah murid dalam menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Kelemahan menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca menjadikan murid berasa malu dan kurang keyakinan kendiri seterusnya akan menimbulkan masalah disiplin diri merosot. Sifat kurang kayakinan pada diri sendiri dan malu akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada kurang percaya pada diri yang rendah. Tingkah laku agresif dan negatif adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menghalang keupayaan murid untuk menguasai kemahiran menulis yang lebih berkesan.

Walau bagaimanapun masalah ini tidak menjadikan sebab kepada guru dan pihak sekolah untuk melihat murid bermasalah pembelajaran ini tercicir dalam pendidikan. Untuk menrealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pelbagai cara dilakukan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran dan dengan usaha ini seharusnya menjadi pemangkin serta semangat bagi guru dan sekolah agar terus berkeyakinan dan bersemangat dalam membantu murid bermasalah pembelajaran. Hal ini bersesuaian dengan objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tertumpu kepada program meningkatkan kemudahan sekolah di luar bandar, meningkatkan kadar kejayaan murid di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran di sekolah terpencil dengan mempertingkat sistem pengagihan bantuan kepada murid kurang uapaya dan murid miskin.

(42)

14

Masalah kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ialah disebabkan oleh cara memegang alat tulis seperti pen atau pensel yang salah ketika menulis dengan menggunakan tangan kesannya menyebabkan murid menulis huruf yang berbeza saiz, kelemahan dalam mengeja dan tulisan yang tidak kemas dan bercelaru. Menurut Syarifah Abu (2000), secara umum kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran mempunyai tahap yang paling rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. Walau bagaimanapun kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika terdapat kaedah dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Juriah Darus (2001), tingkahlaku sosial murid bermasalah pembelajaran adalah berbeza dengan murid normal yang lain jika guru lebih memahami ciri kognitif dan akademik, murid bermasalah pembelajaran ini berada pada tahap yang paling rendah. Bagaimanapun murid bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula, kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

Sasson (1993), menerangkan murid bermasalah pembelajaran ini juga sukar menulis bentuk huruf abjad dan bentuk nombor dengan tepat. Terdapat juga murid bermasalah pembelajaran ini sukar mengenal huruf abjad dengan betul oleh itu murid ini terpaksa di pantau oleh guru semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlangsung di dalam kelas. Ott (2003), murid bermasalah pembelajaran merupakan perkara yang sering menjadi perhatian bukan hanya masa kini malah sudah sekian lama.

(43)

15

Terdapat pelbagai masalah dalam pembelajaran murid-murid ini antaranya adalah dari segi kemahiran menulis, mengenal huruf, menaakul dan pelbagai lagi. Masalah-masalah sebegini yang perlu diambil tahu bagi membantu murid bermasalah pembelajaran meningkatkan kemahiran menulis dan pengetahuan mereka berkembang secara menyeluruh seperti yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Zulkafli dan Abdul Rasid (2008), murid bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis akan menjadikan murid kurang minat untuk menulis dan membuat latihan yang berkaitan dengan penulisan, malas dan tidak menunjukan kesungguhan dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasai kemahiran menulis. Masalah utama yang dihadapai oleh murid bermasalah pembelajaran adalah tidak dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil, jarak dan ruang perkataan yang ditulis tidak betul dan tepat. Hal ini menyebabkan tulisan murid tidak kemas dan seterusnya membawa kesan kepada kemahiran membaca yang salah dan pastinya menjadikan murid bermasalah pembelajaran tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.

Punca utama murid bermasalah pembelajaran sukar untuk membuat pengamatan secara menyeluruh bagi menulis sesuatu huruf dan sering menulis huruf bertindan dan menjadikan tulisan murid tidak kemas dan kotor. Peranan guru dalam menggunakan pendekatan yang sesuai semasa pembelajaran dan pengajaran dapat membantu murid memahami penulisan bentuk huruf yang betul. Faizal Latip (2009), menyatakan murid bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan belajar disebabkan masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah.

(44)

16

Murid-murid berkeperluan khas adalah merujuk kepada murid-murid yang memerlukan perhatian dan pengajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal.

Menurut Jamila K.A Mohamed (2005), murid-murid khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.Guru harus peka dengan keadaan murid dan fleksibel dalam menjadikan pengajaran pembelajaran yang lebin kreatif agar dapat memberi kefahaman kepada murid walaupun untuk jangka masa yang singkat ketika dalam kelas.

Kaedah mengenal huruf bukan satu perkara yang mudah untuk dikenalkan terutama pada murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Pengajaran dalam menulis dan mengenal huruf adalah rumit dan bukan semudah dengan menyanyikan

“ABCD” sahaja malah dalam satu kajian Rahmalizah Ali (2009), telah menyatakan jumlah murid yang tidak tahu menulis dan membaca di Malaysia adalah semakin membimbangkan kerana pendidikan memainkan peranan yang penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara faktor petunjuk terpenting dalam menentukan kualiti hidup manusia. Individu berkeperluan khas juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik seperti yang termaktub dalam akta berikut:

“pendidikan tidak seharusnya dijadikan sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya”

(Akta Orang Kurang Upaya [OKU], 2008)

(45)

17

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), guru adalah orang yang mendidik dan mengajar. Dalam tahun 1983, Sistem Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dimana kurikulum baru ini merupakan satu usaha asas pendidikan yang bermatlamat penguasaan kemahiran asas 3M dan penekanan telah diberikan kepada pendidikan pemulihan Jabatan Pendidikan Khas Edisi Kedua (2006).

Guru Pendidikan khas bermasalah pembelajaran diwujudkan bagi membantu menyelesaikan masalah buta huruf dan penulisan huruf yang betul dikalangan murid bermasalah pembelajaran. Sebagai guru pendidikan khas perlu lebih berinovasi dan kreatif dalam menjalankan pengajaran bagi murid yang menghadapi masalah pembelajaran terutamanya dalam mengenalkan huruf sebagai aspek utama sebelum meneruskan kepada bahagian menulis dan bacaan suku kata. Huruf adalah kemahiran pertama yang akan dikenalkan pada peringkat pendidikan awal persekolahan seseorang murid itu dan guru akan memastikan murid menguasai 26 huruf abjad serta memahami bentuk setiap huruf agar mereka mempunyai tahap keyakinan dan bersemanagat untuk meneruskan kemahiran seterusnya. Namun matlamat tersebut masih tidak tercapai disebabkan kebolehan murid adalah berlainan. Oleh itu, satu teknik baru telah digunakan dalam mengenal huruf iaitu menggunakan kaedah buku garis tiga. Kajian ini didapati menyenangkan murid yang menghadapi masalah pembelajaran untuk mengikuti kemahiran mengenal huruf berekor dengan baik pada jangka masa yang.

Ee Ah Meng (1995), murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis seperti saiz huruf yang tidak seragam, jarak di antara perkataan dan kecondongan huruf. Peserta kajian murid pendidikan khas

(46)

18

bermasalah pembelajaran sering melakukan kesalahan ketika menulis saiz huruf dan murid menjadikan mereka tidak dapat membaca tulisan yang tulis oleh mereka sendiri.

Masalah ini dapat dilihat apabila guru menyemak lembaran kerja yang diberikan untuk ditulis oleh murid bermasalah pembelajaran. Selain itu kedudukan posisi badan semasa kemahiran menulis sedang berlangsung dan cara memegang alat tulis oleh murid diperhatikan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran kerana mempengaruhi faktor tersebut akan kekemasan tulisan mereka. Murid bermasalah pembelajaran kebiasaannya mempunyai kelemahan dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pengolahan. Murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam mengaitkan pengetahuan yang telah dipelajari dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. Oleh sebab kegagalan dalam menulis murid masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca yang serius. Dalam kajian ini, pengkaji lebih menumpukan kepada kemahiran menulis dikalangan lapan orang murid bermasalah pembelajaran iaitu penulisan bentuk huruf, penulisan huruf berekor, keseragaman saiz huruf dan kekemasan tulisan.

(47)

19 1.4 Objektif Kajian

Lima objektif kajian diberi penekanan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis bentuk huruf murid bermasalah pembelajaran.

2. Untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis huruf berekor murid bermasalah pembelajaran.

3. Untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis keseragaman saiz huruf murid bermasalah pembelajaran.

4. Untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis kekemasan huruf murid bermasalah pembelajaran.

(48)

20 1.5 Persoalan Kajian

Soalan-soalan kajian berikut di senaraikan agar memenuhi kehendak objektif kajian.

1. Adakah terdapat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis bentuk huruf murid bermasalah pembelajaran?

2. Adakah terdapat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis huruf berekor murid bermasalah pembelajaran?

3. Adakah terdapat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis keseragaman saiz huruf murid bermasalah pembelajaran?

4. Adakah terdapat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis kekemasan huruf murid bermasalah pembelajaran?

(49)

21 1.6 Batasan Kajian

Kajian ini bergantung kepada keupayaan pengkaji mengendalikan sesi pemerhatian pengajaran bilik darjah. Dalam proses kajian ini pengkaji tidak melakukan kajian dengan meletakan peserta kajian yang besar ataupun secara lebih khusus dan pengkaji menghadkan kajian ini supaya hasil kajian lebih memuaskan. Kajian ini hanya melibatkan lapan orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah menengah di daerah Langkawi. Lokasi kajian adalah terhad kepada sebuah sekolah di Langkawi sahaja. Sampel kajian ini ialah terdiri daripada murid pendidikan khas yang telah didiagnosis oleh pakar perubatan bertauliah di salah sebuah hospital kesihatan ibu dan anak di Langkawi sebagai murid bermasalah pembelajaran yang telah disahkan di dalam borang pendaftaran dan cadangan penempatan kanak-kanak keperluan khas (0- 18 tahun) BPKKK 1 (pindaan 2003) yang berumur 14 tahun hingga 17 tahun kategori murid sekolah menengah. Tempoh pembelajaran bagi setiap kali menjalankan kajian ini adalah 40 minit sahaja iaitu 1 waktu pembelajaran mengikut jadual waktu sekolah.

Dalam proses mendapatkan maklumat kajian kekangan waktu dan tekanan pada waktu persekolahan akan memungkinkan komitmen yang diberikan oleh peserta kajian tidak selari dengan pelaksanaan dan susunan sebenar yang dilakukan oleh pengkaji. Kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan buku garis tiga dalam kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran. Dalam kajian ini pengkaji menghadkan juga bahan kajian kepada skop yang sempit iaitu pengkaji hanya melakukan analisis pada lapan orang peserta kajian murid bermasalah pembelajaran. Oleh yang itu kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru dan murid di Malaysia.

(50)

22 1.7 Definisi Operasional

Sebelum memulakan kajian ini dengan lebih lanjut beberapa konsep perlu diberi definisi secara operasional dan dijelaskan mengikut konteks kajian ini. Nik Aziz Nik Pa (2003), definisi operasi merujuk definisi tentang suatu konsep dari segi bagaimana konsep tersebut akan dimanipulasi, diukur, atau diperhatikan dalam sesuatu kajian.

1.7.1 Kemahiran Menulis

Yusof & Walter (2010), menjelaskan kemahiran menulis merupakan asas kepada pendidikan yang lebih baik dalam membantu murid menguasai kemahiran 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira. Guru perlu peka terhadap keperluan yang diperlukan oleh murid bagi membantu murid bermasalah pembelajaran dalam menulis. Kemahiran menulis merupakan salah satu cara untuk mengesan tahap penguasaan murid dalam bidang akademik. Kemahiran menulis merupakan koordinasi mata yang dikaitkan dengan integrasi di antara motor visual dan merupakan penentu kualiti tangan (Kaiser, Albaret & Doudin (2009).

Menurut Duel (1995), dalam kajian Norhazwani (2013), menyatakan bahawa terdapat perkaitan antara menulis dengan bagaimana proses motor halus dan psikologikal murid itu sendiri. Manakala penjelasan dari Noraini (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang tulisan tidak kemas menyukarkan

(51)

23

guru menyemak hasil kerja murid. Keadaan ini terjadi adalah dipengaruhi oleh posisi badan semasa menulis dan cara memegang pensel.

Suhaimi (2009), menyatakan bahawa kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam mengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia kerana murid mesti menguasai kemahiran ini untuk menduduki peperiksaan. Norhazwani (2013), masalah penggantian huruf juga sering dilakukan oleh murid berkeperluan khas dalam penulisan yang dihasilkan. Walaupun huruf-huruf yang digantikan tersebut adalah berlainan bunyi murid berkeperluan khas juga kebiasaannya akan menambahkan dan meninggalkan huruf dalam penulisan mereka.

Oleh yang demikian, murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis ini haruslah dibimbing oleh guru dengan menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian agar masalah menulis ini terutamanya tulisan tangan yang buruk boleh memberi kesan dalam peperiksaan yang diambil kerana sistem peperiksaan dalam KSSR banyak memerlukan penulisan. Dalam kajian Silvia Baldi, Michael & Carlo Di Brina (2015), menjalankan kajian tentang keberkesanan latihan berasaskan tugasan untuk membantu murid yang mempunyai masalah tulisan. Program intervensi yang telah dirangka dengan baik dapat mengatasi masalah ini.

(52)

24 1.7.2 Murid Bermasalah Pembelajaran

Dawne M.Burgner (2010), menyatakan masalah pembelajaran bermaksud mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran seperti masalah dalam proses kognitif, masalah tingkah laku sosial, masalah penguasaan bahasa, bertutur dengan lancar, masalah dalam penguasaan membaca, kemahiran matematik dan perkembangan kemahiran yang lambat. Jenis kategori masalah pembelajaran Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, boleh dibahagikan seperti berikut iaitu lewat perkembangan (Global Development Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah umur 4 tahun, Sindrom, Autisme, Masalah Intelek dan Masalah Pembelajaran Spesifik seperti Disleksia, Diskalkulia.

Menurut bahagian Pendidikan Khas [BPK] (2013), Kementerian Pelajaran Malaysia murid-murid bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori ketidakupayaan seseorang murid dan murid bermasalah pembelajaran dikenalpasti mempunyai ciri-ciri seperti bentuk badan dan koordinasi motor yang tidak berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain. Walau bagaimanapun, murid bermasalah pembelajaran berbeza keupayaan intelek atau perkembangan kognitif yang rendah berbanding dengan usia sebenar mereka. Masalah yang sering dihadapi oleh mereka adalah seperti daya ingatan yang rendah, kebolehan dalam pengamatan, konsep dan perkembangan kreativiti. Oleh itu, keupayaan dan kebolehan mereka menerima sesuatu pelajaran adalah berbeza dan memerlukan kaedah dan pendekatan yang lebih kreatif dari guru-guru.

(53)

25

Murid-murid yang bermasalah pembelajaran biasanya akan mengalami masalah koordinasi mata dan tangan. Menurut Megan A. Krik dan Ryan E. Rhodes (2011), menyatakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah masa yang sangat penting bagi menjamin asas mental, fizikal, sosial dan kognitif. Murid-murid yang mengalami masalah lewat perkembangan biasanya tidak dapat mengikut perkembangan pelajaran seiring dengan rakan sebaya mereka. Salah satu kemahiran yang terjejas dari lewat perkembangan ialah perkembangan motor. Dalam kehidupan seharian pula murid bermasalah pembelajaran diharapkan dapat menulis, membaca dengan baik kerana kemahiran menulis dan membaca merupakan bidang ilmu dan elemen yang penting pada masa kini dan dijadikan alat untuk berhubung dengan masyarakat luar.

1.8 Kepentingan Kajian

Penggunaan kaedah buku garis tiga dalam kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran dalam kajian ini adalah satu usaha untuk mempertingkatkan kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran supaya murid-murid yang mengalami ketidakupayaan menulis dapat diatasi. Kajian ini diharap dapat memberi input kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut:

1.8.1 Pihak Sekolah

Hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak pentadbir dan mana-mana pihak yang terlibat untuk mengambil langkah yang sewajarnya dalam meningkatkan kemahiran menulis di kalangan murid-murid. Menurut Asmawati (2010), guru secara khususnya

(54)

26

memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar dalam menerapkan nilai-nilai murni dan selain itu tindakan susulan perlulah dirancang oleh pihak yang berkenaan berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi bagi menghasilkan murid yang cemerlang. Justeru hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan khususnya dalam mempertingkatan kesedaran tentang kepentingan kemahiran menulis huruf dengan betul kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Penggunaan buku garis tiga sememangnya merupakan alat kepada penulisan secara mekanis dan melalui latihan seumpama ini murid dapat menulis dengan betul dan kemas di atas garis tiga.

1.8.2 Pihak Guru

Melalui kajian ini juga diharap dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua guru di Malaysia akan kepentingan kemahiran menulis yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Ali Haji Mohamad (1972), semua guru perlulah memastikan terdapatnya aktiviti yang bersesuaian dengan murid-murid bagi mempelajari kemahiran menulis.

Selain itu diharap maklumat tentang kemahiran menulis dapat membantu guru mengenal pasti kesalahan biasa dalam penulisan murid-murid. Pada peringkat awal murid bermasalah pembelajaran yang mempelajari kemahiran menulis biasanya tidak lagi sempurna dan sering berlaku pelbagai kesilapan namun kesilapan-kesilapan tersebut boleh diperbaiki dari perlahan-lahan dengan memperbanyakkan latihan menulis serta galakan dan dorongan haruslah diberikan kepada setiap murid.

(55)

27

Hashim Razak (1997), kesalahan-kesalahan biasa dalam penulisan yang sering kali terjadi adalah dari segi bentuk huruf yang buruk, huruf yang ditulis tidak sama besar atau kecil selain itu, jarak huruf, begitu juga dengan kedudukan yang tidak seragam dan condong. Abdul Razak Ahmad (2003), masalah ini mampu diatasi dengan beberapa cara yang memerlukan kaedah yang pelbagai dan kreatif daripada guru iaitu memberi latihan secukupnya pada peringkat permulaan dan peringkat asas, apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul, tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul. Nor Azlan Hasmadi (1997), semua guru dan pihak yang terlibat perlu cekap dalam menangani isu kemahiran menulis di kalangan murid-muridnya.

Menurut Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub (2003), bagi memastikan kehendak gaya pembelajaran murid dipenuhi guru perlu bertindak mempelbagaikan gaya pengajaran mereka. Impak daripada kepekaan guru kepada gaya pembelajaran murid berupaya membuka ruang kepada guru membantu murid-muridnya mengatasi kelemahan dan masalah pembelajaran mereka. Peranan seseorang guru tidak hanya menyampaikan pengajaran semata-mata tetapi bertanggungawab memastikan sesi pengajaran tersebut memberi makna dan berkesan kepada murid-muridnya. Guru perlu memahami bagaimana kecenderungan setiap muridnya itu belajar.

(56)

28 1.8.3 Murid Bermasalah Pembelajaran

Dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada peningkatan aktiviti pembelajaran murid bermasalah pembelajaran khususnya dalam penulisan huruf dengan betul. Oleh yang demikian kajian ini akan menjadi asas kepada pengkaji di Malaysia membuat kajian seterusnya berkaitan dengan kajian murid bermasalah pembelajaran. Abdul Rashid Jamian (2011), secara am kepentingan dan peranan tulisan menjadi faktor utama supaya seseorang murid itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaannya dengan baik, pantas dan cekap.

Sharifah Rahmah Syed Ali (1986), murid bermasalah pembelajaran akan dapat menulis dengan pantas dan cekap serta membolehkan murid bermasalah pembelajaran dapat menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat supaya menjadi alat berkomunikasi di kalangan satu-satu kelompok masyarakat.

Oleh itu matlamat kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran untuk menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan baik serta betul dapat direalisasikan. Kajian Maimon Sanai (2009), yang jelas menunjukkan penggunaan latihan garis tiga sangat membantu murid menulis bentuk huruf dan huruf berekor dengan betul. Dalam penyelidikan pengenalan kaedah “latihan buku garis tiga”

telah menukarkan kaedah pembelajaran dan pengajaran daripada daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Ini disokong dengan pernyataan Trigwell dan Prosser (1996), telah memberi kesan kepada keperluan pertukaran kaedah pengajaran dan pembelajaran. Trigwell dan Prosser (1996), menyatakan guru perlu sedar bahawa guru tidak dapat memindahkan sesuatu pandangan atau konsep baharu tentang dunia kepada

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil dapatan kajian strategi komunikasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu strategi komunikasi lisan dan strategi komunikasi bukan lisan iaitu seperti mana

Masa yang dipilih iaitu pada awal bulan adalah bersesuaian bagi tujuan sistem pengurusan data dan memberi ruang kepada pengkaji menyiapkan semua transkripsi untuk data

Menurut Mokhtar (1996), persoalan yang sering timbul dalam isu peningkatan kualiti adalah sama ada tahap kualiti yang dicapai oleh sesebuah organisasi mencecah tahap yang dimiliki

Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Norul Haida (2012) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam

Kajian bertujuan untuk mengenal pasti gaya dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar Perancis dalam menguasai kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan membaca

Dalam kajian yang dilakukan oleh Pavey (2010: 206), beliau membincangkan adjung yang dikatakan boleh memodifikasikan ketiga-tiga peringkat dalam Struktur Berlapisan Klausa (SBK),

Seperti dalam sesi pengajaran yang pertama, aktiviti komunikatif seperti bercerita yang dijalankan oleh peserta kajian telah dapat menimbulkan hasrat kepada semua

Hasil kajian ini selaras dengan dapatan kajian lepas seperti Roshiza (2002) dalam kajiannya ke atas 229 kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah di negeri Perak dan