View of Konsep Amanah Menurut Perspektif al-Sunnah: Analisis Kefahaman Kakitangan Pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka

13  Download (0)

Full text

(1)

40 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

Konsep Amanah Menurut Perspektif al-Sunnah: Analisis Kefahaman Kakitangan Pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah

Johor/Melaka

[ The Concept of Trust According to the Al-Sunnah Perspective: An Analysis of Employees' Understanding at the Regional Agrobank Office Johor/Melaka ]

(Norhazlina Binti Omar)*

(Hamzah Bin Omar) (Farah ‘Adilah Binti Mohd Nor)

1 CurrentPhd Student, Bussiness Administration, International Islamic University Malaysia 01110672597.

2 INHAD, Selangor Islamic University 0132127043

3 Student, Selangor Islamic University

* Corresponding Author:

Keywords: ABSTRACT

Trust, Sunnah, Quantitative This study is to examine the understanding of the concept of trust among Agrobank employees in the Melaka/Johor region according to the al-sunnah perspective. By using quantitative methods, the researcher details the objective of the study, which is to identify the level of understanding of the staff towards the concept of trust. A total of 50 staff members participated in this study. The finding from this study is that Agrobank Wilayah Melaka/Johor staff understand the concept of Amanah well although there are some who lack understanding of the practicalities of the Trust as a whole.

In conclusion. his study can provide individuals with an understanding of the concept of Trust and how to apply it in their lives. Employers can also assist by providing understanding to staff of the Trust's concept in the organisation as well as enforcing the law in their sector. Conclusion. Trust is a noble trait. Without a Trust, a society and organization will collapse and cause chaos

Kata Kunci: ABSTRAK

Amanah, Sunnah, Kuantitatif

Kajian ini adalah untuk mengkaji kefahaman konsep Amanah dalam kalangan kakitangan pekerja Agrobank di wilayah Melaka/Johor menurut perspektif Al-Sunnah. Dengan menggunakan kaedah kuantitatif, pengkaji memperincikan objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap kefahaman kakitangan terhadap konsep Amanah. Seramai 50 orang kakitangan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian ini adalah kakitangan Agrobank Wilayah Melaka/Johor memahami konsep Amanah dengan baik walaupun terdapat segelintir yang kurang memahami praktikal Amanah secara keseluruhan. Oleh itu, pemahaman mereka dalam konsep Amanah adalah tinggi dengan mencapai min yang tinggi. Kajian ini dapat memberikan kefahaman kepada individu berkenaan konsep Amanah dan cara mengaplikasinya dalam kehidupan mereka. Majikan juga boleh membantu dengan memberi kefahaman kepada kakitangan tentang konsep Amanah dalam organisasi disamping menguatkuasakan undang-undang dalam sektor mereka. Kesimpulannya, Amanah ialah satu sifat yang mulia. Tanpa Amanah, sesebuah masyarakat dan organisasi akan runtuh dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

(2)

41 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

Received: October 30,2022 Accepted: November 30,2022 Online Published: December 31,2022 1. PENGENALAN

Bekerja dalam Islam ialah satu tuntutan dan satu keperluan. Jika pekerjaan tersebut menepati syarat tertentu, bekerja itu menjadi satu ibadah yang dituntut oleh Allah s.w.t. dan seharusnya dilaksanakan dengan penuh jujur, amanah dan bertanggungjawab. ‘Amanah’ yang ditunaikan dengan baik akan dibalas dengan balasan yang baik di akhirat nanti. Secara tidak langsung, pekerjaan yang dilaksanakan sebagai tanggungjawab ini menjadi tugas dan kewajipan.

Amanah merupakan satu konsep teras yang sangat penting dalam kehidupan, terutamanya dalam bidang pekerjaan. Islam tidak menafikan kewujudan konflik dalam kehidupan berorganisasi. Terdapat beberapa permasalahan yang timbul dan wujud dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Zainab Aman &

Khairunnnisa menyatakan bahawa wujudnya fenomena kurangnya daya saing, prestasi kerja yang menurun dan pekerja tidak bekerja bersungguh-sungguh dalam kalangan kakitangan sokongan. Kajiannya membuktikan bahawa motivasi pekerja dan latihan berkaitan tugas tidak mempunyai hubungan positif dengan prestasi kerja, manakala faktor komitmen pekerja lebih signifikan dalam prestasi kerja. Walau bagaimanapun, kajiannya tidak membincangkan berkaitan kefahaman pegawai bank terhadap konsep amanah dalam pekerjaan (Zainab Aman, 2015). Selain itu, menurut Sharifah Hayaati dalam bukunya, Datuk Seri Dr. Fong menyatakan isu yang ditekankan terhadap pekerja adalah sikap enggan bekerja keras, tidak mahu menambah usaha terutamanya melalui kerja lebih masa dan seolah-olah perhatian lebih kepada keseronokan (Hayaati, 2010).

Selain itu, menggunakan peralatan dan kemudahan pejabat seperti telefon, komputer, mesin fotokopi, pencetak dan lain-lain untuk kepentingan peribadi. Sinar Harian (2019) menyatakan bahawa pada masa kini, ramai insan menggunakan harta syarikat, harta pejabat, harta negara dan sebagainya untuk kegunaan peribadi.

Harian Metro (2017) juga menyatakan bahawa ada dalam kalangan kakitangan sektor awam yang mengambil kesempatan menggunakan masa dan peralatan di pejabat untuk kepentingan peribadi (Metro, 2017).

Permasalahan yang seterusnya dipetik daripada Sinar Harian yang ditulis oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan bahawa ramai pekerja yang tidak segan silu dalam melakukan perbuatan curang seharian (Harian, Amanah Bekerja Bawa Berkat, 2013). Curang yang dimaksudkan ialah sikap tidak amanah seperti curi tulang, kerja sambil lewa, menipu kedatangan, buat kerja sampingan yang tidak memenuhi kontrak pekerjaan sebagaimana termeterai oleh majikan. Perkara ini berlaku kerana kurangnya sifat amanah dalam diri pekerja itu sendiri. Menurut Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, mereka yang didapati bersalah melakukan pecah amanah akan didakwa mengikut Seksyen 87 yang memperuntukan hukuman seperti berikut: (1991):

“Sesiapa yang telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh Undang-undang ini dengan kewajipan mendaftar sesuatu perkara atau perbicaraan, atau membuat, menyedia, menyimpan atau menjaga sesuatu senarai hasil, penyata, buku akaun, anggaran, daftar, resit, catatan mesyuarat atau senarai pendermaan atau mengeluarkan suatu surat atau sijil, atau salinan yang sah, resit atau salinan yang sah, menipu atau meniru tandatangan pegawai yang diberi kuasa, enggan atau dengan sengajanya lalai atau mungkir menjalankannya dengan satu cara yang tidak sah atau menyalahi Undang-undang adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.”

Negara yang maju dan makmur lahir hasil daripada penduduk dan pekerja yang amanah (Arena, Mawil, Shukriah, & Jamiah, 2020). Daripada permasalahan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat pelbagai permasalahan yang wujud dalam kalangan pekerja pada masa kini. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung dari awal maka akan meningkatkan peratus individu pekerja yang tidak amanah dari semasa ke semasa.

Konsep kefahaman terhadap amanah adalah satu perkara yang memerlukan kajian. Banyak definisi berkenaan amanah yang telah dibahaskan oleh kamus dan para pengkaji. Namun, kajian terhadap kefahaman pemain industri dan kakitangan di sektor awam atau swasta berkenaan konsep amanah kurang dijalankan.

Kajian berkenaan amanah terbentuk hasil daripada dua jenis iaitu; 1) dapatan umum yang membolehkan pengkaji menjalankan kajian daripada dapatan lepas, 2) definisi konsisten yang membolehkan pengkaji menjalankan kajian terhadap pemain industri dan kakitangan sektor pekerjaan dan memberikan mereka preskripsi yang betul berkenaan konsep amanah itu sendiri (McKnight & Chervany, 2000). Jenis kajian yang kedua lebih realistik dan membantu pemain industri untuk memahami konsep amanah itu dalam kalangan

(3)

42 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

kakitangan. Oleh itu, kajian untuk mengkaji kefahaman pekerja berkenaan amanah perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pemain industri dan kakitangan terhadap konsep amanah itu sendiri.

Menurut Nurzatil et.al (2017) konsep Amanah menurut hadis terdiri daripada sembilan perkara:

a) Hilang Amanah bermula dengan hilang rasa malu

Malu dan Amanah berkait rapat antara satu dengan yang lain. Individu yang beramanah akan malu untuk melakukan khianat terhadap amanah yang diberikan kepadanya.

b) Unsur fitnah dalam Amanah

Amanah harus dipikul oleh orang yang layak. Amanah akan menjadi fitnah (ujian) jika tidak diberikan kepada mereka yang mempunyai kemampuan dan kepakaran.

c) Menunaikan Amanah sebagai penghapus dosa

Amanah dilakukan sebagai penghapus dosa. Amanah terbahagi kepada dua: iaitu Amanah secara zahir yang nampak pada manusia secara umum dan Amanah yang tersembunyi yang tidak nampak pada manusia secara umum seperti mandi janabah.

d) Menunaikan Amanah walaupun dikhianati

Amanah dapat menghalang sifat membalas dendam kerana dikhianati. Individu perlu jujur dalam melaksanakan tugas sekalipun dirinya dikhianati.

e) Sifat Amanah membezakan antara Mukmin dan Munafik

Sifat amanah terdapat dalam diri orang Mukmin, manakala sifat khianat terdapat dalam diri orang munafik.

f) Ciri percakapan orang beramanah

Amanah dalam berbicara dan menyampaikan khabar adalah penting. Ini termasuk perkara yang harus menjadi rahsia dan tidak perlu diceritakan kepada orang lain.

g) Perkara yang tidak perlu kepada sifat Amanah

Amanah tidak dipraktikkan terhadap perkara yang memberikan kemudaratan. Amanah juga perlu dibuang jika melibatkan keselamatan dan kesejahteraan negara.

h) Kelebihan orang yang Amanah

Orang yang beramanah lebih berharga dan mempunyai kebaikan berbanding orang tidak beramanah.

i) Seseorang dikenali oleh Allah dengan sifatnya

Amanah juga ialas salah satu sifat terpuji dan tersendiri yang perlu ada dalam diri setiap Mukmin.

Dalam kajian lain, Arena et al (2020) turut memberikan pembahagian kesan Amanah kepada dua perbahasan iaitu kesan dalam diri dan dalam sosial. Perbahasan Amanah dalam diri boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

a) Kebaikan dan integriti individu

Manusia secara umumnya mempunyai keupayaan untuk membuat perkara yang memuaskan nafsunya dan suka akan pujian. Namun, pengkaji akhlak dan moral mengatakan bahawa kekuatan spiritual dalaman mereka juga mampu membentuk diri seseorang individu. Karakter mereka sama ada baik atau buruk bergantung kepada aktiviti harian mereka. Amanah mempunyai kesan dalam membentuk kebaikan dan sifat integriti seseorang daripada melakukan tindakan yang salah. Manusia juga sukakan kebaikan dan tidak suka jika sesuatu yang buruk menimpa dirinya.

Manusia yang baik dan berintegriti boleh dibahaskan kepada dua perbahasan: 1) mengharapkan balasan dan penghargaan daripada Allah dan manusia, 2) mengembangkan sifat kasih sayang dan membentuk ikatan yang kuat sesama komuniti. Secara umumnya, Amanah memainkan tiga peranan dalam membentuk diri seorang individu: 1) Amanah sebagai ketua yang memandu manusia melakukan

(4)

43 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

kebaikan, 2) Amanah sebagai semak-imbang perbuatan individu, 3) Amanah sebagai laba dan keuntungan kepada individu dan komuniti.

b) Keikhlasan dan tanggungjawab

Terdapat dua elemen dalam menjalankan tanggungjawab secara ikhlas iaitu: 1) menjalankan tanggungjawab dengan baik, 2) melaksanakan dengan sempurna dan dijalankan secara berpasukan.

c) Kegembiraan dan kepuasan melalui praktikal sifat Amanah

Kegembiraan dalam menjalankan Amanah memberikan kepuasan kepada pelaku untuk mendapat ganjaran iaitu disayangi Allah dan manusia seluruhnya.

Manakala perbahasan untuk kesan Amanah dalam sosial pula terbahagi kepada tiga perbahasan:

a) Membentuk karakter mulia dalam masyarakat

Amanah adalah sifat mulia yang dipuji oleh Allah. Sifat amanah menbentuk masyarakat yang harmoni dan gembira.

b) Hubungan kepercayaan sesama masyarakat

Hubungan kepercayaan ini dapat menjadikan seorang individu lebih bersikap mesra dan menjauhi sifat individualistik dalam mencapai kecemerlangan. Mereka saling bantu-membantu dalam mencapai kejayaan sama ada sesama individu dan menghormati usaha yang lain.

c) Manifestasi masyarakat yang bertamadun

Sifat Amanah dalam masyarakat ialah manifestasi kepada masyarakat yang bertamadun. Sifat ini juga membentuk masyarakat yang maju dan sentiasa berpesan kepada kebaikan dan menjauhi segala keburukan (amr ma’ruf nahy mungkar).

Kajian-kajian ini dilakukan secara kualitatif kepustakaan, termasuk kajian Nurzatil et al (2017) yang mengkaji hadis-hadis Amanah dan membahagikan kepada beberapa kategori (secara tematik). Pengkaji turut meneliti kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim berkenaan sifat Amanah dan membahagikan kepada tujuh kategori:

a) Nilai Amanah Penyempurna Keimanan

ىلص الله لوسر انثّدح :لاق ةفيذح انثدح بهو نب ديز نع ثّدح رخلأا رظتنأ ناأو اهمدحأ تيأر ينثيدح ملسو هيلع الله

ةناملأا ّنأ ان

رقلا نم اوملع ثم لاجرلا بولق رذج في تلزن ّلظيف هبلق نم ةناملأا ضبقتف ةمونلا لجّرلا ماني لاق اهعفر نع انثّدحو ةنسلا نم اوملع ثم نآ

لثم اهرثأ ىقبيف ضبقتف ةمونلا ماني ثم تكولا رثأ لثم اهرثأ هيف سيلو اًبرتنم هاترف طفنف كلجر ىلع هتجرحد رمجك للمجا

حبصيف ءيش

قيف ةناملأا يّدؤي دحأ داكي لاف نوعيابتي سانلا هبلق في امو هدلجأ امو هفرظأ امو هلقعأ ام لجرلل لاقيو اًنيمأ لاجر نلاف نيب في نإ لا

يبا مكيأ ليباأ امو نامز ّيلع ىتأ دقلو نايمإ نم ٍلدرخ ةّبح لاقثم اًّينارصن ناك نإو ملاسلإا ّيلع هّدر اًملسم ناك نِئل تع

اّمأف ّيلع هّدر

.ًنالافو نالاف لاإ عيباأ تنك امف مويلا

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Raf’il Amanah, no. hadis 6497 daripada Zayd bin Wahab)

“Dari Zayd bin Wahab telah menceritakan kepada kami bahawa Hudhaifah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda melalui dua kejadian (peristiwa), satu daripadanya betul-betul aku melihatnya, dan satu lagi masih ku tunggu-tunggu, lalu beliau menceritakan kepada kami: “Di awal mula amanah diturunkan di dalam persada hati para hamba kemudian mereka memahami al-Quran dan memahami Sunnah”. Lalu Baginda s.a.w menceritakan kepada kami berkenaan dicabutnya amanah itu, Baginda s.a.w bersabda: “Seorang lelaki yang tidur nyenyak lalu amanah itu dicabut dari persada hatinya sehingga bekasnya bagaikan bekas jejak perjalanan, lalu dia tidur nyenyak lagi dan amanah itu dicabut kembali dan bekasnya bagaikan kudis di tangan, seperti bara api yang berterbangan di kakimu sehingga dapat dilihat melecet walaupun sebenarnya tidaklah memberi apa-apa kesan. Maka terjadilah manusia itu berbondong-bondong berbaris berbaiat (mengikat janji) dan hampir tidak seorang pun menunaikan amanah (terhadap janji itu). Selanjutnya (meneruskan kata-katanya) pada bani (suku puak)

(5)

44 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

si fulan bin si fulan ada seorang lelaki yang amanah, lalu dikatakan pada lelaki itu, alangkah bijaknya dia, alangkah pintarnya dia, alangkah beraninya dia, walhal tidak ada setitik iman pun di dalam hatinya walaupun sebesar biji sawi, dan sesungguhnya telah tiba zaman di mana tidak seorang pun dari kita yang peduli terhadap mengikat janji itu sendiri jika ia seorang Muslim maka ia akan menolak (mengembalikannya) kepada Islam, manakala jika ia seorang Nasrani, ia akan menolak (mengembalikannya) kepada pengurus urusannya. Sedangkan pada hari ini aku tidak akan membuat urusan jual beli melainkan dengan Si Anu bin Si Anu”

b) Amanah adalah Sifat Nabi

عزف مكرميأ اذام كتلأس هل لاق لقره ّنأ :نايفس وبأ نيبرخأ لاق هبرخأ امهنع الله يضر سابع نب الله دبع نا الله دبع نب الله ديبع نع تم

أو دهعلبا ءافولاو فافعلاو قدصلاو ةلاصلبا مكرمأ هنأ ّبن ةفص هذهو لاق ةناملأا ءاد

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Syahadah, Bab Man Amar bi Injaz al-Wa’di, no. hadis 2681, daripada Ubaydullah bin’Abdullah)

“Dari Ubaydullah bin ‘Abdullah bin’Abbas r.a berkata, telah memaklumkan kepadaku oleh Abu Sufyan bahawa Raja Heraclius berkata kepadanya: “Aku telah bertanya kepadamu apa yang dia perintahkan kepada kalian, lalu engkau mendakwa dia telah memerintahkan kamu solat, bersedekah, menjauhkan diri dari berkelakuan buruk, menunaikan janji dan melaksanakan amanah”. Lalu Heraclus berkata “ini adalah di antara sifat-sifat nabi”.

c) Amanah itu Nilai Teras Islam

نب الله دبع نع ةبتع نب الله دبع نب الله ديبع نع باهش نبا نع ناسيك نب لحاص نع دعس نب ميهاربإ انثدح ةزهم نب ميهاربإ انثدح الله لوسر نأ هبرخأ هنأ امهنع الله يضر يابع ملاسلإا لىإ هوعدي رصيق لىإ بتك ملسو هيلع الله ىلص

...

هنأ تمعزف مكرميأ اذابم كتلأسو

نأ مكرميأ ع مكاهنيو ائيش هب اوكرشت لاو الله اودبعت لاق ةناملأا ءادأو دهعلبا ءافولاو فافعلاو ةقدصلاو ةلاصلبا مكرميأو مكؤباآ دبعي ناك ام

ضوم كليم نأ كشويف اقح تلق ام كي نإو مكنم هنأ نظأ لم نكلو جراخ هنأ ملعأ تنك دق بنلا ةفص هذهو نأ وجرأ ولو ينتاه يمدق ع

ّشجتل هيلإ صلخأ هيمدق تلسغل هدنع تنك ولو ةّيقل تم

...

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab Dua’ al-Nabi Sallallahu Alayhi wa Sallam al-Nas ila al-Islam, no. hadis 2941, daripada Ibn ‘Abbas r.a.)

“Ubaydullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah dari ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w menulis surat kepada Kaisar (Raja Rom) yang isi suratnya mengajak agar memeluk Islam... “Dan ketika aku bertanya kepadamu: “Apakah yang dia perintahkan kepada kalian?” Kamu menjawab: “Dia memerintahkan kalian agar beribadah kepada Allah s.w.t dengan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun dan melarang kalian dari apa yang disembah oleh nenek moyang kalian dan dia memerintahkan kalian untuk mendirikan solat, bersedekah, bersifat jujur, menunaikan janji dan memenuhi amanah.” Raja berkata: “Itulah sifat-sifat seorang Nabi

…..”

d) Amanah Nilai Teras Keutuhan Peribadi

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, Bab Idha Baqa’ fi Huthalat al-Nas, no. hadis 7086, daripada Hudhaifah r.a) -Lihat: Nilai Amanah Penyempurna Keimanan -

e) Amanah Nilai yang Holistik

لزنو لاجرلا بولق رذج في ءامسلا نم تلزن ةناملأا نأ ملسو هيلع الله ىلص الله لوسر انثّدح لوقي ةفيذح تعسم بهو نب ديز نع .ةنسلا نم اوملعو نآرقلا اوءرقف نآرقلا

(Sahih al-Bukhari, Kitab al-I‘tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab Iqtida bi Sunan Rasul Allah Sallallahu Alayhi Wa Salam, no, hadis 7276, daripada Zayd bin Wahb)

(6)

45 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

“Dari Zayd bin Wahb, aku mendengar Hudhaifah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda berkenaan dengan amanah turun dari langit ke persada hati lelaki dan al-Quran turun lantas mereka membaca al-Quran dan memahami al-sunnah.”

f) Amanah merupakan Tanggungjawab setiap Muslim

(Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Raf’il Amanah wa al-Iman Min Ba’d al-Qulub wa ‘Ard al-Fitan

‘ala Qulub, no. hadis: 230, daripada al-A’mash bin Zayd) Lihat: Nilai Amanah Penyempurna Keimanan

g) Amanah Kepimpinan dan Pengurusan

ةمادنو ٌيزخ ةمايقلا موي انهإو فيعض كنإ رذ باأ يا لاق ثم بكنم ىلع هديب برضف لاق نيلمعتست لاأ الله لوسر يا تلق :لاق رذ بيأ نع .اهيف هيلع يذلا ىّدأو اهقبح اهذخأ نم لاإ

(Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Karahah al-Imarah bi Ghayri Darurah, no. hadis: 1825, daripada Abu Dhar r.a)

“Dari Abu Dhar r.a berkata, aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, tidakkah engkau ingin menjadikanku sebagai pegawai (pentadbir)? Maka Rasulullah s.a.w menepuk bahuku ini dengan tangannya seraya bersabda: “Wahai Abu Dhar, kamu ini lemah (untuk mentadbir Jabatan) walhal Jabatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ianya adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tugas dengan benar.”

Namun, kajian secara turun padang (grounded theory) amat kurang dijalankan oleh pengkaji untuk melihat kefahaman individu terhadap konsep amanah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat pemahaman kakitangan di Pejabat Agrobank wilayah Johor/Melaka terhadap konsep Amanah menurut hadis Rasulullah SAW.

2. HIPOTESIS

H1. Terdapat hubungan yang signifikan antara konsep Amanah menurut perspektif al-Sunnah dengan kefahaman kakitangan pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka.

3. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang telah dipilih untuk kajian ini adalah menerusi kaedah penyelidikan kuantitatif secara tinjauan.

Maklumat mengenai ‘Konsep Amanah Menurut Perspektif al-Sunnah: Analisis terhadap Kefahaman Terhadap Kakitangan Pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka’ dapat diperoleh dengan merujuk kepada responden kajian.

Dalam kajian ini kaedah tinjauan digunakan untuk mengumpul maklumat dalam bentuk data bandingan

‘quantifiable information’ iaitu satu set soalan yang sama dikemukakan kepada sampel kajian yang terlibat.

Kaedah ini sesuai untuk mengukur tahap pandangan, pencapaian dan sikap responden. Kaedah ini memerlukan sampel kajian memberi respon pada masa tertentu. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif iaitu melalui kaedah pengedaran soal selidik dan tinjauan. Pengkaji menggunakan persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling) untuk digunakan dalam pengedaran soal selidik kepada responden. Dalam teknik ini, sampel dipilih secara rawak dengan kaedah mudah. Data yang diperolehi akan dianalisa secara diskriptif dan inferensi melibatkan analisis data yang diperoleh melalui borang soal selidik untuk mengetahui min, peratusan dan hubungan antara dua variabel atau lebih.

4. DAPATAN KAJIAN

Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the social science (SPSS) dan hasilnya ditunjuk dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Dapatan analisis menggambarkan hasil kajian yang dilakukan. Hasil dapatan kajian juga dikelaskan kepada dua bahagian latar belakang responden dan analisis

(7)

46 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

mengenai soal selidik iaitu kefahaman kakitangan pekerja tentang aplikasi amanah dalam pekerjaan. Kajian ini dibuat dengan tujuan menjawab persoalan kajian seterusnya memenuhi kehendak objektif kajian.

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 25 50

Perempuan 25 50

Jumlah 50 100

Jadual 3.1: Responden Mengikut Jantina

Responden yang digunakan dalam kajian ini adalah kakitangan pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka. Seramai 50 orang daripada 57 orang kakitangan pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka telah dipilih. Jadual 3.1 menunjukkan bahawa 50% atau 25 orang daripada keseluruhan jumlah responden adalah lelaki dan 50% atau 25 orang responden perempuan dipilih dalam kajian ini.

Jawatan Kekerapan Peratus

Kaunter 5 10

Pengurusan 26 52

Lain-lain 19 38

Jumlah 50 100

Jadual 3.2: Responden Mengikut Jawatan

Jadual di atas menunjukkan peratusan tertinggi adalah jawatan di bahagian pengurusan iaitu 52% atau seramai 26 orang. Seterusnya diikuti oleh jawatan di bahagian lain-lain iaitu 38% atau seramai 19 orang kakitangan pekerja. Manakala, hanya 10% atau 5 orang sahaja jawatan di bahagian kaunter.

Status Perkahwinan Kekerapan Peratus

Bujang 34 68

Berkahwin 15 30

Bapa/Ibu Tunggal 1 2

Jumlah 50 100

Jadual 3.3: Responden Mengikut Status Perkahwinan

Berdasarkan jadual 3.3 menunjukkan peratusan tertinggi 68% atau 34 orang kakitangan pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka dengan status masih bujang. Manakala, peratusan bagi status berkahwin adalah 30 % bersamaan dengan 15 orang. Seterusnya. Peratusan yang terendah adalah kakitangan pekerja yang mempunyai status bapa atau ibu tunggal adalah 2 % atau seorang sahaja.

Bidang pengajian Kekerapan Peratus

Kewangan 37 74

(8)

47 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

Lain-lain 13 26

Jumlah 50 100

Jadual 3.4: Responden Mengikut Bidang Pengajian

Jadual 3.4 menunjukkan peratusan tertinggi adalah kakitangan pekerja Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka yang mengambil bidang pengajian kewangan iaitu 74% bersamaan dengan 37 orang. Manakala, kakitangan pekerja selebihnya iaitu 26% atau 13 orang kakitangan pekerja yang mengambil bidang pengajian lain-lain.

Tempoh Perkhidmatan Kekerapan Peratus

Kurang 2 Tahun 10 20

Kurang 5 Tahun 8 16

Lebih 5 Tahun 32 64

Jumlah 50 100

Jadual 3.5: Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Berdasarkan jadual 3.5 menunjukkan tempoh perkhidmatan kakitangan pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka. Sebanyak 64% atau 32 orang kakitangan pekerja yang telah berkhidmat di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka lebih dari 5 tahun. Manakala, peratusan yang kedua adalah sebanyak 20% atau 10 orang kakitanngan pekerja yang berkhidmat kurang dari 2 tahun. Seterusnya, hanya 16% atau 8 orang sahaja kakitangan pekerja yang telah berkhidmat di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka.

Dalam kajian ini set soal selidik yang diedarkan menggunakan 5 skala iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Pengukuran bagi menilai interpretasi nilai min adalah seperti yang digambarkan dalam jadual 3.6.

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tinggi

Jadual 3.6: Parameter Pengukuran Min (Muhammad Yusri, 2010) Kefahaman Kakitangan Pekerja Terhadap Aplikasi Amanah

BIL. PERKARA STS TS TP S SS

1. Undang-undang dan peraturan dapat mewujudkan masyarakat yang beretika.

0% 0% 0% 52% 48%

2. Kebebasan dalam melakukan sesuatu perkara merupakan hak asasi setiap individu pekerja.

6% 34% 10% 38% 12%

(9)

48 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

3. Egoism atau sikap mementingkan diri sendiri adalah prinsip utama saya.

60% 32% 4% 4% 0%

4. Etika berkait rapat dengan akhlak seseorang. 0% 0% 4% 64% 32%

5. Sifat bertolak ansur dan saling melengkapi sesama pekerja dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam sesebuah organisasi.

0% 0% 0% 40% 60%

6. Saya melaksanakan sesuatu tugasan dengan jujur dan telus.

0% 0% 4% 62% 34%

7. Saya menggunakan kemudahan fasiliti syarikat untuk kepentingan peribadi.

36% 48% 14% 2% 0%

8. Saya gemar melayari media sosial ketika waktu bekerja.

28% 44% 20% 4% 4%

9. Saya memegang nilai ikhlas dan amanah adalah kunci untuk sesebuah organisasi mencapai kejayaan.

0% 0% 4% 58% 38%

10. Saya malu melanggar etika kerja walaupun tidak diketahui oleh orang lain.

6% 2% 4% 56% 32%

11. Saya mempertahankan perkara yang betul dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

0% 0% 2% 52% 46%

12. Saya selalu menegur rakan sekerja saya dengan hikmah kerana kasih padanya.

0% 0% 20% 46% 34%

13. Saya sentiasa melaksanakan tugas dengan sempurna.

0% 0% 6% 62% 32%

14. Saya sentiasa menjaga hubungan yang baik sesama rakan sekerja.

0% 0% 2% 56% 42%

Jadual 3.7: Kefahaman Kakitangan Pekerja Terhadap Aplikasi Amanah

(10)

49 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

Rajah 3.1 Kefahaman Kakitangan Pekerja Terhadap Aplikasi Amanah

Jadual 3.7 menunjukkan kefahaman kakitangan pekerja terhadap aplikasi amanah. Seramai 50 orang kakitangan pekerja di Pejabat Agrobank Wilayah Johor/Melaka telah terlibat dalam kajian ini. Daripada jawapan responden yang diterima, majoriti responden memahami kefahaman tentang aplikasi Amanah dan hanya beberapa soalan sahaja yang menunjukkan responden kurang faham. Skor min yang paling rendah terhadap ketidakfahaman kakitangan pekerja dalam mengaplikasikan Amanah adalah menggunakan kemudahan fasiliti syarikat untuk kepentingan peribadi dan gemar melayari media sosial ketika waktu bekerja. Ini menunjukkan bahawa kakitangan pekerja masih tidak memahami secara menyeluruh tentang konsep Amanah dalam pekerjaan. Kebanyakan mereka memberi respon tidak pasti dan menunjukkan bahawa mereka masih tidak mengetahui bahawa menggunakan kemudahan fasiliti yang diberikan oleh syarikat untuk kepentingan peribadi dan gemar melayari media sosial ketika waktu bekerja adalah antara perbuatan culas yang sering para pekerja alpa dalam menitikberatkan konsep Amanah itu sendiri. Secara keseluruhannya, kefahaman kakitangan pekerja berkaitan aplikasi Amanah adalah mencapai tahap tinggi dalam min iaitu 4.48.

5. RUMUSAN

Rumusan umum untuk kaji selidik ini ialah kebanyakan kakitangan pekerja sektor kewangan, majoriti daripada mereka memahami bahawa nilai Amanah merupakan suatu keutamaan dalam sesuatu pekerjaan. Namun begitu, terdapat segelintir kakitangan pekerja sektor kewangan yang masih kurang memahami konsep Amanah sebagai suatu etika yang perlu dilazimi ketika bekerja.

Berdasarkan kaji selidik ini juga, dapat disimpulkan kefahaman konsep Amanah dalam kalangan kakitangan Agrobank boleh dibahagikan kepada dua kategori:

1) Kategori kendiri - kategori ini adalah berkaitan dengan pemahaman mereka terhadap konsep Amanah yang melibatkan diri sendiri daripada aspek kefahaman dan impak kepada diri mereka.

2) Kategori organisasi - kategori ini melibatkan hubungan mereka bersama entiti lain yang terdapat di dalam sesebuah organisasi yang terdiri daripada rakan sekerja dan organisasi itu sendiri.

(11)

50 Vol. 13, No. 24 (Month 2022) 5.1 Kategori kendiri

Majoriti juga menolak sifat egoism namun sebahagian kecil daripada mereka mengamalkan sifat egoism dalam diri. Walau bagaimanapun, tidak memberi kesan yang signifikan dalam pemahaman sifat Amanah dalam dalam kalangan kakitangan.

Mereka juga menjunjung tinggi nilai Amanah dan melaksanakan kerja mereka dengan baik dan jujur.

Oleh kerana itu, majoriti kakitangan tidak melayari internet ketika bekerja. Ini mungkin berkait rapat dengan budaya kerja itu sendiri yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi kerana melibatkan kewangan. Selain itu, Agrobank juga adalah antara intitusi kewangan patuh Syariah (Agrobank, n.d.) yang menawarkan budaya kerja dan falsafah Islam dalam organisasi. Budaya organisasi Islam yang difahami ialah sebagai nilai-nilai syariah yang diterapkan seperti peningkatan kualiti perkhidmatan, inovasi dan tawaran produk serta promosi kesegenap lapisan masyarakat yang mana tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Muslim sahaja bahkan masyarakat bukan Muslim dan masyarakat antarabangsa (Rosfazila, Novel, Abd Hair, & Azlina, 2016)

Majoriti juga setuju dengan pernyataan: “Saya akan melaksanakan tugas dengan baik” walaupun terdapat segelintir yang tidak pasti dengan pernyataan ini.

5.2 Kategori organisasi

Mereka juga percaya penguatkuasaan undang-undang untuk menyekat gejala pecah Amanah adalah perlu digiatkan dan diperluaskan. Manusia adalah makhluk sosial yang saling berkomunikasi dengan sempurna mengikut lunas undang-undang (Muhammad Fathi, 2014). Perkara ini dapat dibuktikan apabila mereka menolak kebebasan individu melakukan sesuatu perkara adalah hak mereka. Kebebasan yang tidak terikat dengan undang-undang hanya menjadikan manusia bebas melakukan perbuatan tanpa ada sekatan. Malah mereka faham dengan baik bahwa Amanah berkait rapat dengan etika dan juga kunci untuk kejayaan sesebuah organisasi.

Tetapi, terdapat antara kakitangan yang berpendapat bahawa setiap individu mempunyai kebebasan untuk memilih perbuatan yang ingin mereka praktikan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh mereka berpendapat setiap individu memahami konsep Amanah dengan baik dan mereka boleh mengamalkan konsep Amanah itu tanpa terikat dengan sebarang bentuk undang-undang. Aplikasi amanah boleh berlaku dengan kefahaman berkenaan konsep itu dalam kalangan kakitangan.

Selain itu, mereka juga menghargai sifat tolak ansur dalam organisasi. Bertolak ansur adalah elemen yang mencapai min yang tinggi dalam kefahaman kakitangan terhadap konsep Amanah untuk kategori organsasi ini. Namun, terdapat segelintir kakitangan pekerja yang tidak mengetahui etika penggunaan kemudahan fasiliti yang disediakan oleh syarikat terhadap kepentingan peribadi adalah termasuk dalam konsep Amanah dalam pekerjaan. Penggunaan fasiliti syarikat adalah untuk kegunaan syarikat dan tidak dibenarkan untuk kepentingan peribadi.

Majoriti kakitangan juga berusaha untuk mempertahankan perkara yang betul dalam melaksanakan tugas yang diberi walaupun terdapat dua peratus daripada jumlah keseluruhan responden yang menjawab tidak pasti. Mereka juga sering menegur rakan mereka supaya melakukan tugas dengan baik walaupun 20% daripada responden menjawab tidak pasti. Mereka juga berusaha untuk menjaga hubungan yang baik bersama rakan sekerja. Walaupun terdapat 2% yang tidak pasti dengan pernyataan ini.

6. SARANAN

Pelbagai saranan dapat dikemukan kepada individu dan organisasi dalam membentuk sifat Amanah dalam masyarakat.

6.1 Individu

Individu dapat membentuk sifat Amanah dalam diri mereka sendiri. Mereka perlu mengetahui kewajipan mereka sebagai individu dalam menggerakkan sesebuah organisasi dan negara. Impak yang positif dan negatif hasil daripada amalan Amanah atau pengabaian sifat Amanah perlulah mereka ketahui supaya mereka dapat mengingatkan diri mereka laba dan kerugian yang mereka dapati jika mereka melakukan sesuatu tindakan.

(12)

51 Vol. 13, No. 24 (Month 2022) 6.2 Organisasi

Organisasi boleh memainkan peranan dengan memberikan pendedahan konsep Amanah dalam diri kakitangan mereka. Tidak semua kakitangan mengetahui konsep amanah dalam organisasi. Perkara yang kadang-kala dilihat baik seperti pemberian hadiah, dapat menjerumuskan ke lembah pecah Amanah atau rasuah.

Organisasi perlu lebih peka berkenaan keperluan dalam mendidik kakitangan mereka terhadap sifat Amanah supaya tidak membarah dalam organisasi. Organisasi juga perlu menguatkuasakan undang-undang pecah amanah dalam organisasi mereka.

7. KESIMPULAN

Memelihara Amanah yang diberikan merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh setiap pekerja Muslim dengan sebaiknya dan tidak menyalahgunakannya sama sekali. Seorang pekerja Muslim yang Amanah hendaklah melaksanakan tugas dengan penuh ketekunan dan kegigihan serta kesungguhan. Hal ini demikian kerana sebagai Muslim telah dipraktikkan dalam kehidupan seharian khususnya melalui ibadah yang dilaksanakan seperti solat. Al-Quran menjelaskan bahawa solat mampu mencegah seseorang daripada melakukan dosa dan kemungkaran. Selain itu, pendidikan nilai amanah ini dapat dipupuk kepada ahli keluarga terutama kepada anak-anak. Sebagai contoh, mendidik anak-anak supaya bertanggungjawab bermula dengan mendisiplinkan waktu. Hal ini demikian kerana sekiranya anak-anak sudah diterapkan dalam jiwa masing- masing sejak kecil lagi maka akan wujudnya generasi pekerja pada masa akan datang yang rajin bekerja dan tidak culas ketika melakukan pekerjaan yang diamanahkan kepadanya. Oleh itu, semua tugasan yang digalasnya dapat diselesaikan dengan sempurna tepat pada masanya.

Masyarakat perlulah membudayakan sikap cintakan agama dan saling membantu dalam memberi contoh teladan yang baik sesama mereka. Selain itu, masyarakat juga perlu mengambil inisiatif untuk berusaha mendalami nilai Amanah agar dapat mengetahui dan mengamalkannya dengan lebih yakin. Pengaruh dan peranan media sememangnya diketahui umum sebagai alat komunikasi atau alat untuk menyebarkan maklumat.

Media cetak dan media elektronik seperti televisyen, radio, akhbar dan sebagainya bertanggungjawab dalam memperkembangkan Islam dan perkara yang bermanfaat kepada agama Islam. Melalui medium ini, masyarakat akan mengenali Islam dengan lebih mudah dan tepat.

Masyarakat belia dan remaja adalah golongan yang mudah terpengaruh, justeru media perlu untuk melakukan atau membuat periklanan berkaitan kelebihan mengamalkan amanah dan keburukan mengabaikan amanah dalam kehidupan seharian. Di samping itu, meletakkan pesanan atau peringatan pada setiap iklan bahawa mengabaikan Amanah akan mengeruhkan lagi keadaan dan tercetusnya keadaan yang kacau bilau antara masyarakat. Pemimpin merupakan seorang yang berkepentingan dan berpengaruh dalam kalangan rakyatnya dan menjadi seorang pemimpin atau pemerintah yang Amanah merupakan sebahagian tanggungjawab dalam memimpin rakyatnya. Pemimpin perlu berusaha untuk memastikan barisan pemimpin bawahannya melaksanakan Amanah dalam menunaikan tanggungjawab terhadap tugasan masing-masing.

(13)

52 Vol. 13, No. 24 (Month 2022)

RUJUKAN

Agrobank. (n.d.). Agrobank: Corporate info. Retrieved from Agrobank:

https://www.agrobank.com.my/home/corporate-info/annual-reports/

Arena, C. K., Mawil, I. D., Shukriah, C. K., & Jamiah, M. (2020). The Impact of Amanah on Individual Manners and The Society. International journal of Academic Research in Bussiness and Social Sciences, 629-640.

al-Bukhari, M. b. (2002). Sahih al-Bukhari. Damsyik: Dar Ibn Kathir.

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, Seksyen 87. Pecah amanah. (BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN 1991).

Harian, S. (2013, Disember 25). Amanah Bekerja Bawa Berkat. http://www.sinarharian.com.my/karya/amanah- bekerja-bawa-berkat-1.233979

Harian, S. (2015, Februari 16). Tidak Rasa Terancam Punca Buat Kerja Sambil Lewa.

https://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tidak-rasa-terancam-punca-buat-kerja-sambil-lewa- 1.360903

Hayaati, S. (2010). Etika Penjawat Awam Dari Perspektif Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka

McKnight, D. H., & Chervany, N. L. (2000, 1 1). What is Trust? A Conceptual Analysis and an Interdisciplinary Model. AMCIS 2000, pp. 827-833.

Metro, H. (2017, Oktober 14). Elak Pembaziran Agensi Kerajaan.

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20171014/281801399187699

Muhammad Fathi, Y. (2014). Kesesuaian Pelakasanaan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia. In Y.

Azhar, Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah: Teori & Realiti (pp. 108-132). Kuala Lumpur: KUIZM Publication.

Muhammad Yusri,I (2010). Analisis Data Penyelidikan Untuk Pendidikan dan Sains Sosial. Kuantan: Bandar Ilmu

Muslim, B. H. (2014). Sahih Muslim. Kaherah: Dar Al-Ta'sil.

Nurzatil Ismah & et. al, . (2017). Konsep Amanah Menurut Perspektif Hadith. 330-336. Persidangan ANTARABANGSA PENGAJIAN ISLAMIYYAT KALI KE-3 (IRSYAD2017). KUIS

Harian, S. (2016, Ogos 23). Jangan Guna Harta Syarikat Sesuka Hati.

https://www.sinarharian.com.my/article/44237/sinar-islam/jangan-guna-harta-syarikat-sesuka-hati Rosfazila, B. A., Novel, A. L., Abd Hair, A., & Azlina, A. (2016). MAKNA BUDAYA ORGANISASI ISLAM:

KAJIAN KE ATAS PEKERJA BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). ISLĀMIYYĀT, 37- 42.

Zainab Aman, K. (2015). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Kerja Dalam Kalangan Staf Sokongan KUIS. Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (2ndICoMM). KUIS

Figure

Updating...

References

Related subjects :