• Tiada Hasil Ditemukan

JKE 311 - Mikroekonomi 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JKE 311 - Mikroekonomi 2 "

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

...2/-

____________________________________________________________________________________________________

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Akhir

Sidang Akademik 2015/2016 Mei/Jun 2016

JKE 311 - Mikroekonomi 2

Masa : 3 jam

____________________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA BELAS muka surat yang bercetak (termasuk muka surat ini) sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab SEMUA soalan.

Jawapan hendaklah ditulis pada ruang-ruang kosong yang disediakan di dalam kertas soalan ini.

Mesin hitung elektronik tak berprogram boleh digunakan untuk peperiksaan ini.

Baca arahan setiap soalan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

(2)

...3/- Soalan 1 (20 markah)

(a) Sejak awal tahun 2015, harga minyak sedunia telah menurun secara drastik. Lebihan pengeluaran minyak dalam pasaran adalah antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan harga minyak. Sekiranya anggota-anggota dalam Pertubuhan Negara- negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak dalam pasaran, harga minyak sedunia dijangka akan lebih stabil. Dengan rajah yang sesuai, terangkan situasi yang boleh menjayakan kartel dalam pasaran oligopoli.

(15 markah)

(3)

...4/- (b) Bandingkan model Cournot dan Bertrand dalam pasaran Oligopoli.

(5 markah)

(4)

...5/- Soalan 2 (20 markah)

Terangkan konsep-konsep berikut dengan ringkas.

(a) Eksternaliti positif

(4 markah)

(b) Kecekapan Pareto

(4 markah)

(5)

...6/-

(c) Analisis keseimbangan umum

(4 markah)

(d) Barang awam

(4 markah)

(6)

...7/-

(e) Kotak Edgeworth

(4 markah)

(7)

...8/- Soalan 3 (20 markah)

(a) Perkhidmatan hospital di Malaysia ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta.

Bincangkan kepentingan penyediaan perkhidmatan hospital awam dari perspektif ekonomi.

(10 markah)

(8)

...9/- (b) Jelaskan faktor-faktor utama yang membawa kepada kegagalan pasaran.

(10 markah)

(9)

...10/- Soalan 4 (20 markah)

Andaikan terdapat tiga kumpulan pengguna iaitu kumpulan X, Y dan Z dalam masyarakat.

Keluk permintaan mereka untuk bekalan air dalam liter (l) adalah seperti berikut:- Wx = 10-0.05l

Wy = 12-0.1l Wz = 16-0.1l

Kos sut untuk membekalkan air kepada masyarakat adalah RM10 setiap liter.

(a) Tentukan jumlah bekalan air yang cekap.

(10 markah)

(10)

...11/- (b) Andaikan perkhidmatan bekalan air berada dalam pasaran persaingan, tentukan jumlah

bekalan air yang optimum.

(10 markah)

(11)

...12/- Soalan 5 (20 markah)

Andaikan dua jenis barangan, barang M dan barang B yang dihasilkan dalam sesuatu pasaran.

Fungsi utiliti bagi Azwan dan Zainal adalah seperti berikut:

Azwan: UA = 100M0.75B0.25 Zainal: UZ = 50M0.5B0.5

Harga pasaran bagi barang M dan B masing-masing adalah RM24 dan RM12.

(a) Nyatakan kadar penggantian sut bagi setiap pengguna.

(6 markah)

(12)

...13/- (b) Sekiranya pendapatan semasa Azwan dan Zainal masing masing adalah RM1200 dan

RM1400, tentukan kuantiti keseimbangan barang M dan B masing-masing yang digunakan oleh Azwan dan Zainal.

(10 markah)

(13)

...14/- (c) Adakah jawapan anda dalam bahagian (b) memenuhi syarat-

syarat keseimbangan dalam pertukaran? Jelaskan.

(4 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

[i] Dengan bantuan lakaran, terangkan mengenai proses yang paling sesuai untuk membuat pinggan mangkuk seramik yang boleh memenuhi permintaan pasaran dan menjamin syarikat

Firma pe,mbuatan dan pengeluaran s€,lrtiasa bersaing dalam membangunkan teknologi yang mana boleh berupaya berubah dengan pantas selaras dengan kehendak pasaran yalrg

[b] Bandingkan teks sumber dengan teks terjemahan dalam setiap satu dalam [i] hingga [iii]; kemudian bagi setiap terjemahan yang diberi buat pembetulan yang sesuai ; seterusnya

(b) Terangkan secara ringkas DUA kaedah yang sesuai dalam pemulihan tanah yang tercemar.. (a) Apakah yang dimaksudkan

(b) Jika pasaran input adalah pasaran monopsoni, dapatkan tingkat keseimbangan upah dan buruh kalau pasaran keluaran adalah monopori.. Angka

(40 markah) Bagi sebuah sistem pengukuran suhu, element pempaparan data ialah sebuah perakan dengan masukan ialah arus i mA dan keluaran ialah suhu yang disukat TM

Berbantukan gambar rajah sesuai, bandingkan kaedah-kaedah utama bagi perwakilan fizikal sebenar mukabumi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 berdasarkan

Berikan tajuk yang sesuai kepada jadual di bawah dan terangkan data yang tercatat dalam jadual tersebut... Berdasarkan kepada gambar rajah