• Tiada Hasil Ditemukan

JKP514 – Ekonomi Politik Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JKP514 – Ekonomi Politik Malaysia "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

SULIT

…2/- SULIT

__________________________________________________________________________________________

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2018/2019

Jun 2019

JKP514 – Ekonomi Politik Malaysia

Masa : 3 jam

__________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA (3) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

Jawab TIGA (3) soalan. Bahagian A WAJIB dijawab. Pilih DUA (2) soalan dari Bahagian B.

Baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 100 markah.

(2)

SULIT JKP514

…3/- SULIT - 2 -

BAHAGIAN A

Soalan WAJIB dijawab.

1. Selepas menguasai kerajaan pada 10 Mei 2018, tindakan terawal pemerintah Pakatan Harapan ialah membentuk Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri dari Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Profesor Jomo Kwame Sundaram dan Tan Sri Robert Kuok.

Berdasarkan komposisi Majlis Penasihat Kerajaan yang mengutamakan tokoh-tokoh korporat dan ekonomi, bahaskan kepentingan disiplin ekonomi politik dalam visi Malaysia Baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketujuh.

(100 markah)

BAHAGIAN B

Pilih dan jawab DUA (2) soalan dari bahagian ini.

2. Menurut Profesor Edmund Terence Gomez, ’Through GLCs, corrupt politicians have channelled concessions to private companies in exchange for campaign contributions’ [Melalui syarikat berkaitan kerajaan, ahli politik korup telah mengalirkan konsesi kepada syarikat swasta sebagai timbal balik sumbangan kempen pilihanraya] (‘It’s time to tame the GLC

‘monster’,’ The Star Online, 8 Jun 2018).

Adakah anda bersetuju dengan dakwaan Profesor Gomez di atas?

Berdasarkan dakwaan beliau, berikan contoh-contoh kemelut sekurang- kurangnya dua syarikat berkaitan kerajaan yang terpalit dengan rasuah politik sepanjang pemerintahan Najib Razak (2009-2018) sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-14 pada 9 Mei 2018 lalu?

(100 markah)

(3)

SULIT JKP514

…4/- SULIT - 3 -

3. Pertalian perdagangan Malaysia dengan Republik Rakyat China dan Arab Saudi mencapai kemuncak pada era pemerintahan Najib Razak, namun melalui fasa kemerosotan semenjak kejatuhannya. Bincangkan implikasi politik dari pengalihan dasar luar Malaysia dalam hubungan dua hala di antara Malaysia dengan negara-negara tersebut.

(100 markah)

4. Sejauh manakah signifikannya pengaruh pembesaran kelas menengah baharu terhadap kejayaan Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan pusat pada pilihanraya umum ke-14 lalu?

(100 markah)

5. Menurut Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran, ‘formation of unions should be encouraged, the union industry must grow and more workers should become union members’ [penubuhan kesatuan sekerja patut digalakkan, industri kesatuan sekerja mesti membesar dan lebih ramai pekerja patut menjadi ahli kesatuan sekerja], ‘From the rubber estate to Putrajaya,’ The Star Online, 10 Jun 2018). Berdasarkan kenyataan awal M.

Kulasegaran, bandingkan dan bezakan pendekatan kerajaan Pakatan Harapan dengan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani cabaran politik kesatuan sekerja.

(100 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Huraikan lima [5] konsep berikut dengan contoh yang sesuai.. [a] Kempen Periklanan 'Adveftising

Bincangkan berserta contoh-contoh yang sesuai, halangan-halangan dalam Teori Modenisasi (paradigma dominan) yang membantutkan2. usaha pembangunan di negara-negara

Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan proses-proses yang terlibat dalam pengawalan keseimbangan kitar nitrogen ini clan berikan dua (2) contoh mikroorganisma yang sesuai

Ekonomi politik Malaysia mengaitkan kapitallkorporat dengan jabatan strategis dan pekerja industri dalam menghurai lima respons pemerintahan Malaysia kepada.

iika caion menjawab lebih daripacia iiga soalan hanya tiga soalan pertama mengikut susunan dalam skrip jawapan akan diberi markah.. Sunrbangan markah tiap-tiap soalan

Merujuk kepada contoh-contoh sesuai, bincangkan perkaitan antara jenis- jenis perkhidmatan dengan ciri-ciri perletakan firma yang berkaitan. Merujuk kepada satu contoh

(a) Bandingkan disiplin ekonomi politik (political economy) dengan sains politik (political science)3. (b) Bandingkan disiplin ekonomi politik (political economy)

Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK