• Tiada Hasil Ditemukan

KAJIAN MENGENAI USAHA DALAM MEMPERTAHANKAN ADAT PERPATIH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KAJIAN MENGENAI USAHA DALAM MEMPERTAHANKAN ADAT PERPATIH"

Copied!
71
0
0

Tekspenuh

(1)DALAM KALANGAN GENERASI BAHARU NEGERI SEMBILAN. NUR AQILAH BINTI ABDUL HAMID. IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN. FYP FTKW. KAJIAN MENGENAI USAHA DALAM MEMPERTAHANKAN ADAT PERPATIH.

(2) FYP FTKW PROJEK PENYELIDIKAN 1KAJIAN TENTANG USAHA MEMPERTAHANKAN AMALAN ADAT PERPATIH DALAM KALANGAN GENERASI BAHARU MASAYARAKAT NEGERI SEMBILAN. DISEDIAKAN OLEH : NUR AQILAH BINTI ABDUL HAMID C18A0532. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

(3) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. TERBUKA Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh) SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh _____________ hingga _____________ (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi. SULIT 1972)*. (Mengandungi. TERHAD. maklumat. terhad. yang. ditetapkan. oleh. organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Utama _____________________. Tandatangan Penyelia _______________________. ( NUR AQILAH BINTI ABDUL HAMID ). Tarikh: 21 / 02 / 2022. Tarikh:. 21 / 02 / 2022. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. FYP FTKW. PERAKUAN STATUS TESIS.

(4) MUKASURAT. SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH PENGHARGAAN ABSTRAK 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian. 1 2-4. 1.2 Penyataan Masalah. 4. 1.3 Persoalan Kajian. 4. 1.4 Objektif Kajian. 5. 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Skop / Limitasi Kajian 1.7 Struktur Thesis. 5-6 6 7-8. 2.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan. 9-10. 2.2 Permasalahan. 10-13. 2.3 Teori kajian Lepas. 13-15. 2.4 Perbincangan. 16-17. 2.5 Kesimpulan. 18. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan. 19-20. 3.2 Kaedah Kajian. 20-21. 3.3 Instrumen Kajian. 21-22. FYP FTKW. PERKARA.

(5) 22-23. 3.5 Analisa Data. 23-24. 4.0 HASIL KAJIAN & PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 4.2 Analisa Demografi Responden. 25 26-27. 4.3 Tahap Pengetahuan mengenai Adat Perpatih dalam 28-32 kalangan generasi bahari Negeri Sembilan 4.4 Faktor dan punca penurunan tahap pengamalan Adat 33-42 Perpatih dalam kalangan generasi muda Negeri Sembilan 4.5 Cadangan dan usaha menerapkan Adat Perpatih dalam 43-48 kalangan generasi baharu Negeri Sembilan 4.6 Kesimpulan. 49. 5.0 KESIMPULAN & CADANGAN 5.1 Pengenalan. 50. 5.2 Kesimpulan. 51-52. 5.3 Cadangan kajian akan datang. 53-54. RUJUKAN. 55-57. LAMPIRAN. 58-62. FYP FTKW. 3.4 Pengumpulan Data.

(6) NO. 4.1. MUKA SURAT Jadual Analisi Demografi Responden. 26. SENARAI RAJAH NO.. MUKA SURAT Peratusan Generasi Baharu Negeri Sembilan yang. 4.1. 28 mengamalkan Adat Perpatih. 4.2. Peratusan Tahap pengetahuan mengenai Adat Perpatih. 30. Bilangan Peratusan Generasi Muda yang mengamalkan Adat 4.3. 31 Perpatih berdasarkan pengetahuan dan pemahaman Bilangan generasai baharu dan lama yang mengamalkan Adat. 4.4. 33 Perpatih Peratusan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. 4.5. 34 mengikut umur. 4.6. Petah Daerah-Daerah Negeri Sembilan. 37. Bilangan Peratusan Generasi Baharu dan Lama yang 4.7. 37 mengamalkan dan tidak mengamalkan Adat Perpatih. 4.8. Cadangan dan Usaha mempertahankan Adat Perpatih. 44. FYP FTKW. SENARAI JADUAL.

(7) Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin melafazkan kata syukur kepada hadrat Ilahi dengan kurniaanNya, projek penyelidikan ini dapat dilaksanakan dan disempurnakan memenuhi masa walaupun terdapat kekangan. yang ditetapkan. yang dihadapi dan terdapat kekurangan dalam usaha. menyempurnakan penyelidikan ini. Pertama sekali, ingin saya nyatakan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia projek penyelidikan saya iaitu Ts. Dr Mukhtaruddin Bin Musa diatas nasihat, penerangan dan bimbingan serta sokongan yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan. Beliau sering membantu para pelajar bawah seliaannya dengan memberikan pandangan dan menyatakan pemberulan yang wajar bagi kajian yang telah saya lakukan. Dalam masa yang sama juga, saya ini mengucapkan terima kasih kepada penyelia kajian saya yang terdahulu iaitu Dr.Tsuji Shuji yang turut pernah memberikan bimbingan pada awal saya memulakan kajian ini. Saya menghargai ilmu dan pandangan yang diberikan sepanjang kajian ini disempurnakan. Disamping itu, saya juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang saya kasihi kerana banyak memberikan sokongan dan mendengar keluhan dan luahan hati serta menjadi pembakar semangat saya sepanjanga saya meneruskan pengajian ini,adalah termasuk disaat saya berjuang menyempurnakan kajian penyelidikan ini. Tidak dilupakan adik-beradik saya yang banyak memberikan dorongan dan kata-kata semangat. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(8) tidak mungkin saya sampai ke tahap ini. Selain itu, saya turut ini berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang sentiasa ada disisi saya dan memberikan saya semangat Ketika saya mengahadapi situasi rumit dalam menjalankan kajian ini. Saya juga ingin menyatakan rasa terima kasih saya kepada pihak Universiti Malaysia Kelantan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menyempurnakan kajian ini. Semoga dengan segala bantuan dan kerja sama yang dihulurkan mampu memberi perubahan dan membuka mata masyarakat terhadap warisan ketara dan tidak ketara yang ada di negera ini.. FYP FTKW. sepanjangng pengajian saya tanpa ada rasa jemu. Tanpa kasih dan sayang serta sokongan mereka.

(9) Kajian in bertujuan untuk mengkaji usaha dalam mempertahankan adat perpatih dalam kalangan generasi baharu Negeri Sembilan, ini adalah untuk memastikan adat perpatih ini dapat terus diamalkan dalam kalangan masyarakat untuk satu jangka masa yang panjang. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tiga objektif utama iaitu pertama melihat tahap kefahaman generasi muda Negeri Sembilan terhadap isi kandungan adat tersebut. Kedua adalah untuk mengenal pasti punca penurunan bilangan masyarakat yang mengamalkan adat perpatih dan akhir sekali menerangkan cadangan atau cara untuk membantu dalam menerapkan amalan adat ini dalam kalangan generasi muda. Kajian ini dilaksanakan di beberapa daerah Negeri Sembilan. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini adalah menggunakan kaedah temu bual, dimana 12 orang responden ditemu bual mengikut daerah. Selain itu pemerhatian dan kajian keperpustakaan juga digunakan dalam proses menyempurnakan kajian ini. Daripada kajian ini, di dapati tahap kefahaman generasi muda terhadap adat perpatih adalah secara keseluruhannya kebanyakkannya tahu mengenai adat perpatih tetapi hanya segelintir yang benar-benar memahami dan mendalami adat itu. Turut diketahui hasil daripada kajian ini adalah beberapa punca yang mempengaruhi tahap penurunan pengamalan adat perpatih dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan dan berjaya memperolehi beberapa cadangan usaha dan cara dalam usaha memepertahankan adat turun temurun ini. Secara keseluruhannya, daripada kajian ini dapat dilihat usaha dalam mempertahankan adat perpatih dilaksanakan oleh kesemua pihak daripada kelompok masyarakat Negeri Sembilan. Kata Kunci : Adat Perpatih, mempertahankan adat, Negeri Sembilan, Generasi baharu, usaha. i. FYP FTKW. ABSTRAK.

(10) This study aims to examine the efforts in defending the adat perpatih among the new generation of Negeri Sembilan, this is to ensure that the adat perpatih can continue to be practiced in the community for a long time. This study was implemented based on three main objectives, namely the first to see the level of understanding of the young generation of Negeri Sembilan on the content of the customs. The second is to identify the causes of the decline in the number of communities that practice perpatih customs and finally describe suggestions or ways to assist in implementing these customs among the younger generation. This study was conducted in several districts of Negeri Sembilan. The research method used to collect data and information related to this study is to use the interview method, where 12 respondents were interviewed by district. In addition, library observations and research are also used in the process of completing this study. From this study, it is found that the level of understanding of the younger generation on the custom of perpatih is that as a whole, most of them know about the custom of perpatih but only a few really understand and deepen the custom. It is also known that the results of this study are several causes that influence the level of decline in the practice of perpatih custom among the people of Negeri Sembilan and managed to obtain some suggestions for efforts and ways in an effort to defend this hereditary custom. Overall, from this study, it can be seen that the efforts in defending the custom of perpatih are implemented by all parties from the Negeri Sembilan community. Keywords : Adat Perpatih, Defending adat, Negeri Sembilan, New generation, Effort. ii. FYP FTKW. ABSTRACT.

(11) PENGENALAN 1.0 Pengenalan Kajian yang ingin dilaksanakan adalah bertajuk kajian tentang usaha memepertahankan Adat Perpatih dalam kalangan generasi baharu masyarakat Negeri Sembilan. Tajuk ini dipilih sebagai tajuk kajian kerana semakin kurang golongan muda yang berasal dari Negeri Sembilan yang faham dan cakna mengenai adat yang diamalkan oleh kelompok masyarakat mereka sendiri. Kajian adalah untuk mengenal pasti sejauh mana kelompok remaja dan belia di Negeri Sembilan yang memahami isi kandungan adat perpatih dan mempunyai penghayatan yang mendalam dalam mengamalkan adat ini dalam kehidupan mereka. Selain itu, kajian juga dilaksanakan untuk mengetahui punca mengapa timbulnya permasalahan seperti kemerosotan pengamal Adat Perpatih dalam golongan muda di Negeri Sembilan. Disamping itu, tujuan kajian dilaksanakan juga adalah untuk mencari cara dan mencadangkan usaha untuk membantu dalam mengekalkan dan menerapkan amalan Adat Perpatih dalam di generasi baharu yang berasal dari Negeri Sembilan. Adat perpatih merupakan satu adat yang juga dianggap sebagai undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau. Majoriti kelompok Minangkabau menetap di Negeri Sembilan dan mengamalkan adat perpatih dalam kebanyakan aspek dalam kehidupan mereka. Seperti yang diwar-warkan oleh masyarakat adat ini bersifat matrilineal iaitu yang melebihkan kaum wanita kerana mereka menganggap wanita merupakan kaum yang lemah dan memerlukan perlindungan dalam kehidupan mereka.. 1. FYP FTKW. BAB 1.

(12) Adat perpatih merupakan satu amalan dalam kehidupan seharian yang bermula sekitar tahun 1066 masihi. Adat ini datang daripada Minangkabau, adat ini telah dibawa masuk dan mula digunakan di Tanah Melayu khususnya di Negeri Sembilan sekitar abad ke-12. Adat ini dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh perantau yang menerokai wilayah. Pembahagian adat di Negeri Sembilan adalah bergantung pada lokasi, daerah yang berdekatan dengan laut seperti PortDickson merupakan kelompok yang mengamalkan adat Temenggung manakala, bagi daerah yang jauh daripada laut selalunya merupakan pengamal adat Perpatih. Adat ini terpakai dalam semua sistem termasuk sistem politik, sosial dan ekonomi. Adat ini merupakan satu amalan atau peraturan kehidupan yang diunakan oleh masyarakat Minangkabau yang majoritinya merupakan petani pada zaman itu. Adat Perpatih telah melalui beberapa proses ubahsuai, walaupun begitu dasar kepada adat ini dikekalkan. Dasar yang dikekalkan adalah jurai keturunan yang berdasarkan sistem nasab ibu atau matrilineal. Tiga perkembangan utama dan kesan daripada perkembangan iaitu telah wujudnya dua (2) sistem nasab dalam adat ini. Adat Perpatih merupakan sebuah sistem masyarakat yang lengkap, ia juga sebuah adat yang fleksible kerana masih terdapat ruang serta peluang yang diubah berdasarkan peredaran masa, keadaan dan zaman. Perkara yang dinyatakan telah pun termaktub didalam perlembagaan adat yang dipamerkan dalam bentuk sebuah puisi. Kebanyakan kajian-kajian lepas lebih mengetengahkan isu seperti adat perkahwinan yang dilaksanakan oleh kelompok yang mengamalkan adat perpatih. Menerangkan tentang adat perpatih yang mengamalkan eksogami iaitu melarang perkahwinan antara suku yang sama. Isu lain yang banyak diketengahkan dalam sorotan kajian lepas adalah mengenai adat. 2. FYP FTKW. 1.1 Latar Belakang Kajian.

(13) berdasarkan situasi dan jantina mereka yang terlibat manakala bagi tanah adat dinyatakan dalam undang-undang atau peraturan adat perpatih tanah adat tersebut akan diberikan atau lebih mengutamakan kaum wanita. Kebanyakan kajian lepas juga menyentuh kepentingan kaum wanita didalam adat Perpatih. Dalam arus kemodenan ini, masyarakat juga turut berevolusi dan telah kurang mengamalkan adat dalam kehidupan mereka, perkara ini terjadi kerana kebanyakan masyarakat pada masa kini menganggap amalan adat itu merupakan satu perkara yang ketinggalan zaman dan dianggap kolot. Tanggapan yang sebergini lah yang mengakibatkan kurangnya pengetahuan dan penghayatan dalam golongan masyarakat di Negeri Sembilan. Kekurangan pengetahuan dan penghayatan ini juga merupakan salah satu punca timbulnya perasaan tidak ingin tahun dan kurangnya minat generasi muda terhadap adat turun temurun mereka itu. Masalah seperti itu perlu lah dibenteras untuk menjamin adat ini mampu berterusan diamalkan. Kerana kurang pengetahuan dan penghyataan daripada masyarakat pengamal adat perpatih ini sendiri telah mengakibatkan munculnya mitos dan punca salah faham terhadap adat perpatih ini sendiri. Masalah yang dinyatakan tidak akan timbul jika masyarakat yang sepatutnya jelas dan cakna tentang adat dan istiadat sendiri. Pengetahuan dan penghayatan adalah penting bagi mengelakkan salah faham berlaku terhadap Adat Perpatih dan dapat menegakkan kebenaran mengenai adat perpatih yang sebenarnya. Oleh disebabkan isu-isu yang sebergitu, kajian ini dilaksanakan untuk mengubah persepsi masyarakat yang beranggapan mengamalkan adat itu suatu perkara yang kolot dan ketinggalan. 3. FYP FTKW. pembahagian harta dan tanah adat. Berdasarkan kajian terdahulu, pembahagian harta adalah.

(14) perasaan ingin tahu dalam diri kelompok remaja dan belia tentang Adat Perpatih. 1.2 Pernyataan Masalah Berdasarkan bacaan daripada artikel-artikel dan kajian terdahulu kebanyakkannya hanya menerangkan mengenai isi kandungan dan undang-undang yang terkandung didalam adat perpatih dan tidak banyak pengkaji yang mengkaji mengenai tahap kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap adat perpatih. Kebanyakakan kajian Adat perpatih sering dikaji adalah berkaitan dengan isu pembahagian harta dan telah menyebabkan salah faham yang besar terhadap adat perpatih ini (Iszahanid, 2015). Kurang atau hampir tiada kajian dilaksanakan terhadap usaha dan cadangan dalam mempertahankan Adat perpatih. Generasi muda kini kurang tertarik untuk mempelajari dan mengamalkan Adat Perpatih dalam kehidupan mereka ini menyebabkan adat tersebut telah menyebabkan kurang pengamal dan penyambung waris untuk mengamalkan adat itu. Jika masalah ini berterusan adat perpatih mungkin tidak akan diamalkan dan bakal hilang ditelan zaman. Masalah ini juga membawa kepada kurangnya minat generasi muda untuk mengenali dan mempelajari mengenai adat perpatih. 1.3 Persoalan Kajian Daripada kajian ini persoalan yang timbul adalah mengenai apakah usaha dan cadangan yang dilaksanakan dalam mempertahakan Adat Perpatih bagi golongan baharu di Negeri Sembilan, serta sehingga tahap apakah kefahaman yang terdapat pada golongan belia terhadap Adat Perpatih dan mengapa berlakunya penurunan pengamalan adat tersebut dalam generasi baharu.. 4. FYP FTKW. zaman. Selain itu, kajian ini mampu merungkai masalah tentang kekurangan perhatian dan.

(15) Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk: I.. Mengenal pasti tahap kefahaman generasi muda Negeri Sembilan mengenai isi kandungan Adat Perpatih. II.. Mengenal pasti punca berlakunya kekurangan pengamalan Adat Perpatih dalam golongan muda Negeri Sembilan. III.. Menerangkan cadangan dan cara untuk membantu dalam menerapkan amalan Adat Perpatih kepada generasi muda.. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan dan kefahaman generasi baharu Negeri Sembilan terhadap adat perpatih dan mencari punca berlaku penurunan bilangan pengamal Adat Perpatih dalam golongan belia. Disamping itu, mengemukakan dan menerangkan cadangan dan cara untuk membantu menerapkan amalan Adat Perpatih di dalam diri generasi muda Negeri Sembilan. Kajian yang menyeluruh dilakukan untuk menjawab persoalan dan objektif yang diutarakan. Pelbagai kepentingan yang boleh diperolehi berdasarkan kajian ini: I.. Meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan mengenai isi kandungan Adat Perpatih kepada golongan remaja dan dewasa di Negeri Sembilan.. II.. Membantu menarik minat generasi muda untuk mengenali dan memahami adat perpatih dan membantu anak muda dalam mempelajari cara dalam mengamalkan adat perpatih supaya adat tersebut akan terus hidup, seterusnya dapat mempertahankan adat perpatih daripada hilang di telan zaman.. 5. FYP FTKW. 1.4 Objektif Kajian.

(16) Memastikan usaha dan cara yang di kaji dapat membantu menerapkan sikap sayang terhadap Adat Perpatih dalam diri golongan muda.. 1.6 Skop Kajian/ Limitasi Kajian Kajian ini dijalankan dengan meletakkan beberapa batasan kajian iaitu kajian ini dijalankan keatas golongan belia yang berumur dalam lingkungan 15 tahun sehingga 35 tahun yang menetap di Negeri Sembilan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan pemahaman terhadap isi kandungan adat perpatih dan mendapatkan maklumat mengapa berlakunya kadar pengurangan pengamalan adat perpatih dalam kelompok tersebut. Seterusnya, kajian dijalankan di daerah-daerah Negeri Sembilan kecuali daerah Port Dickson untuk mengkaji tentang isi kandungan, undang-undnag dan amalan adat perpatih yang diamalkan. Kawasan kajian tersebut dipilih kerana kesemua daerah di Negeri Sembilan kecuali Port Dickson mengamalkan Adat Perpatih. Kajian ini adalah terbatas kepada amalan, undang-undang dan isi kandungan yang berkaitan dengan adat sahaja dan tidak menyentuh isu politik dan pentadbiran.. 6. FYP FTKW. III..

(17) Menjelaskan mengenai latar belakang kajian dan pernyataan masalah serta persoalan masalah. Mengemukan persoalan dan objektif kajian untuk mendapatkan maklumat dan data supaya dapat menjawap pernayataan masalah dalam kajian ini. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan penghaytaaan masyarakat mengenai adat perpatih serta mengenalpasti masalah yang menyebabkan kurang generasi muda yang mengamalkan Adat Perpatih tersebut pada zaman kemodenan ini. Disamping itu, objektif kajian ini juga adalah untuk Menjelaskan cadangan dan cara untuk mempertahankan Adat perpatih supaya ia dapat diterapkan dalam jiwa golongan muda di Negeri Sembilan. Beberapa sorotan kajian terdahulu juga dirujuk dan dikaji untuk mendapatkan maklumat mengenai permasalahan yang timbul tetapi tidak banyak maklumat yang diperolehi kerana kebanyakan kajian terdahulu hanya menyentuh isu harta pusaka, adat perkahwinan dan kepentingan kaum wanita dalam adat tersebut, tiada kajian yang menerangkan atau mengetengahkan isu usaha untuk mempertahankan amalan Adat Perpatih dalam kalangan generasi baharu. Bahagian seterusnya adalah untuk mengkaji kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Menerangkan kajian lepas yang telah dilaksanakan dan melihat kekurangan kajian mengenai Adat Perpatih yang dilaksanakan. Mengupas isu yang berbangkit dalam kebanyakkan kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji lepas. Menerangkan kebanyakan kajian lepas majoritinya menyentuh isu mengenai adat perkahwinan, pembahagian harta dan pembahagian harta adat perpatih dari sudut pandangan keagamaan.. 7. FYP FTKW. 1.7 Struktur thesis.

(18) untuk memenuhi objektif kajian. Menerangkan mengenai langkah, kaedah dan instrumen kajian yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat primer yang memenuhi objektif kajian dan menjawap persoalan kajian yang dikemukan. Menyatakan kawasan kajian dan sasaran lingkungan responden untuk ditemubual untuk mendapatkan maklumat. Bab 4 merupakan bahagian hasil atau keputusan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Menerangkan dan membincangkan hasil kajian yang diperolehi dengan terperinci dan lebih mendalam serta menyimpulkan dapatan kajian yang telah diperolehi sama ada menjawab atau tidak objektif dan persoalan kajian yang telah dikemukakan. Bab 5 merupakan bahagian dimana kesemua bahagian disimpulkan dan dirumuskan. Di bahagian ini juga pengkaji mencadangkan kajian yang boleh dilaksanakan oleh pengkaji yang akan datang yang berminat untuk meneruskan kajian mengenai tajuk adat perpatih ini. Mencadangkan tajuk penambahbaikan kepada kajian-kajian mengenai adat perpatih yang sedia ada.. 8. FYP FTKW. Bab 3 menerangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian.

(19) SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan Adat perpatih adalah satu amalan dalam kehidupan yang bermula sekitar tahun 1066 Masihi. Adat ini berasal daripada Minangkabau, adat ini dibawa masuk ke Negeri Sembilan sekitar abad ke-12. Ianya dibawa masuk oleh perantau yang menerokai wilayah. Adat ini mempunyai hukum-hukum mengenai hubungan antara individu dan masyarakat. ia terpakai dalam Kesemua aspek kehidupan termasuk lah ekonomi, sosial dan politik. Adat ini merupakan adat yang digunapakai oleh masyarakat Minangkabau sebagai amalan dan peraturan. Walaupun adat ini telah digunakan sejak zaman ke zaman dan ia telah diturunkan secara turun temurun, kini adat ini mengalami ancaman kepupusan dan telah kurang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau tersebut sendiri, ini adalah kerana remaja dan belia yang membesar dalam persekitaran di mana amalan adat perpatih merupakan adat yang sukar dan menolak untuk melaksanakan ia lagi. Terdapat juga generasi baharu yang kurang faham atau cakna tentang isi kandungan dan perihal-perihal yang terdapat dalam adat perpatih. Adat ini telah melalui banyak perubahan mengikut peredaran zaman untuk menyesuaikan cara pengamalan dengan kehidupan harian masyarakat, akan tetapi perubahan ini kurang membantu dalam menarik minat generasi muda untuk terus mempertahankan dan mengamalkan adat ini. Satu usaha untuk mempertahankan adat ini perlu dilaksanakan untuk memastikan adat ini terus diamalkan dan dihargai supaya adat tersebut tidak pupus. Oleh sebab itu, satu kajian dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauh mana kelompok remaja dan belia di Negeri Sembilan yang memahami isi kandungan adat perpatih dan mempunyai 9. FYP FTKW. BAB 2.

(20) kajian juga dilaksanakan untuk mengetahui punca mengapa timbulnya permasalahan seperti kemerosotan pengamal Adat Perpatih dalam golongan muda di Negeri Sembilan. Banyak kajian telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai adat perpatih ini termasuk mengenai isi kandungan, gaya bahasa, pengaruh adat perpatih dalam kehidupan dan lainlain, tetapi tidak banyak atau hampir tiada pengkaji yang mengemukakan kajian mengenai usaha dalam mempertahankan adat perpatih. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan untuk lebih mendalami dan fahami isi kandungan dan pandangan masyarakat tentang adat perpatih. 2.2 Permasalahan Terdapat banyak pengkaji telah melakukan kajian terhadap pelbagai aspek Adat Perpatih dan pengkaji terdahulu juga banyak memberikan pandangan terhadap Adat Perpatih dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kajian yang dilaksanakan juga terdiri daripada pelbagai aspek dan faktor serta pandangan yang berbeza. Kebanyakan kajian lepas menyentuh permasalahan yang seperti berikut, adat perkahwinan bagi adat perpatih( Mat Noor Mat Zain et.al, 2012), teras adat sebagai satu keunikan ( Shamsuddin Ahmad et.al. 2019), tinjauan terhadap adat perpatih berdasarkan perspektif Islam ( Hajah Makiah Tussaripah Hj Jamil et.al , 2012), pengaruh sistem matrilineal dalam adat perpatih (Fitriah Wardi et.al , 2018) dan lain-lain, kajian- kajian lepas seperti yang dinyatakan berikut memberikan satu perspektif bahawa adat perpatih merupakan satu adat yang sukar dan kolot kepada generasi muda yang baru sahaja ingin mengenali adat perpatih. Dalam kajian Fithriah Wardi, Mualimin Mochammad Sahid, Setiyawan Gunardi, 2018 pengkaji mengkaji mengenai pengaruh sistem matrilineal yang mempengaruhi sistem adat perpatih. Seperti yang sedia maklum adat perpatih merupakan sebuah sistem adat dan peraturan yang. 10. FYP FTKW. penghayatan yang mendalam dalam mengamalkan adat ini dalam kehidupan mereka. Selain itu,.

(21) menyatakan pengaruh sistem matrilineal dan mengenai adat perkahwinan berdasarkan perspektif syarak. Dalam masyarakat Adat Perpatih perkahwinan boleh dirujuk kepada Perbilangan “syarak tidak menghalang adat tidak menggalang “(Fitriah W. , Mualimin M.S. , & Setiyawan G. : 2018) Walaupun kajian ini adalah mengenai pengaruh yang diperolehi oleh kaum wanita dalam sistem adat perpatih namun begitu, pengkaji hanya memfokuskan kajian mereka dalam aspek perkahwinan yang seringkali dikaitkan dengan kaum wanita. Kajian ini hanya menyentuh aspek perkahwinan daripada pandangan syarak. Kajian ini menyebabkan generasi muda dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan adat perpatih khususnya kaum wanita beranggapan adat perpatih tidak lagi releven untuk diamalkan pada masa kini. Ia juga menyebabkan generasi ini kurang jelas tentang isi kandungan dan cara pengamalan adat ini secara betul. Pengkaji tidak menyentuh Kesemua aspek kehidupan yang terdapat dalam Adat Perpatih yang dipengaruhi oleh sistem matrilineal tersebut. Seperti yang diketahui Adat Perpatih merupakan sebuah peraturan atau undang-undang yang merangkumi Kesemua aspek dalam kehidupan seperti ekonomi, politik dan sosial dan Kesemua aspek yang terdapat dalam Adat Perpatih adalah dipengaruhi oleh sistem matrilineal dan perlulah dijelaskan dengan terperinci untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dan salah faham daripada berlaku keatas generasi belia dan remaja yang baru untuk mempelajari dan mengamalkan adat tersebut. Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan dalam penulisan C.W. C Parr dan W.H Mackray,1910 yang ditulis dan dikaji oleh Mat Noor Zain, Che Maryam Ahmad dan Zuliza Mohd. Kusrin,2012 merupakan satu lagi kajian yang hanya memfokuskan kajian terhadap aspek perkahwinan dalam adat perpatih. Didapati pengkaji hanya menekan isu perkahwinan adat 11. FYP FTKW. mengutamakan kaum wanita berbanding kaum lelaki. Dalam kajian berikut pengkaji hanya.

(22) rakan,2018. Penjelasan yang jelas mengenai Perkahwinan secara adat dalam Adat Perpatih kurang diketengahkan dan menimbulkan kekeliruan. Pengkaji juga hanya mengulas sedikit sebanyak tentang pendapat Parr dan Mackray,(1910) tentang pandangan mereka mengenai amalan perkahwinan yang amalkan oleh pengamal Adat perpatih. Berdasarkan beberapa kajian lepas yang dirujuk, kebanyakan kajian hanya dilakukan diatas beberapa aspek sahaja dan kebanyakkannya menyentuh aspek yang sama iaitu aspek sosial mengenai perkahwinan dan harta dalam pengamalan Adat perpatih. Tidak ada kajian yang berfokuskan mengenai cara untuk mempertahankan dan mengekalkan Adat Perpatih dalam kehidupan generasi baru. Kajian lepas banyak menekankan isu mengenai isi kandungan Adat Perpatih dan Ianya tidak mempunyai kelompok khas yang menjadi target dalam kajian-kajian yang telah dilakukan. Antara masalah yang tidak dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu adalah tentang usaha yang boleh diambil dalam mempertahankan Adat Perpatih dalam kalangan generasi muda di Negeri Sembilan. Walaupun terdapat segelintir kajian lepas yang menerangkan salahsilah dan isi kandungan Adat Perpatih, akan tetapi ia hanya menyentuh perkara tersebut secara dasar sahaja dan tidak mendalam dan terperinci, dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan remaja dan belia. Kurang pendedahan mengenai cara amalan adat perpatih membantu masyarakat dalam kehidupan seharian juga masalah yang tidak disentuh dalam kebanyakan kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Kajian berkaitan Adat Perpatih lebih banyak fokus kepada isu-isu sosial yang menggunakan adat perpatih daripada perspektif agama dan syarak dan tidak diterangkan dengan sempurna dan terperinci. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk 12. FYP FTKW. perpatih berlandaskan syarak sama seperti kajian yang dilaksanakan oleh Fitriah Wardi dan rakan-.

(23) isi kandungan adat perpatih dengan lebih jelas dan terperinci supaya mudah diterima oleh generasi muda di Negeri Sembilan. Kebanyakan pengkaji tidak menyentuh isu mengenai cadangan atau cara yang boleh dilaksanakan untuk menarik minat dan perhatian generasi muda baru untuk mendalami dan memahami adat perpatih secara betul dan telus. Golongan belia dan remaja ini kemungkinan telah mendapat satu pandangan yang kurang tepat dan negatif mengenai Adat Perpatih daripada ura-ura dan kisahkisah yang disampaikan oleh masyarakat di media sosial. Oleh sebab itu, cadangan atau cara perlu dilaksanakan untuk mengubah persepsi golongan generasi Z ini terhadap keindahan dan kesaksamaan yang ada termaktub di dalam Adat Perpatih ini. 2.3 Teori Kajian Lepas Teori yang dapat dilihat digunakan oleh beberapa pengkaji kajian lepas adalah teori pengkaedahan Melayu iaitu pengkaedahan keagamaan dengan pendekatan dakwah dan pendekatan kemasyarakatan. Pengkaedahan keagamaan daripada teori pengkaedahan Melayu ini dapat dilihat pada kajian yang dilakukan mengenai pengaruh sistem matrilineal dalam adat negeri Sembilan: perspektif syarak ,pada kajian mengenai perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam Penulisan C.W.C Parr dan W.H. Mackray,1910 dimana pengkaji melihat cara pengamalan adat perkahwinan dari sudut syarak dan pandangan agama Islam terhadap cara pengamalannya dan turut dapat dilihat pada kajian mengenai Adat Perpatih di Negeri Sembilan: satu tinjauan menurut perspektif Islam. Pendekatan Dakwah digunakan untuk mendapatkan hasil kajian sastera mengenai Adat Perpatih yang menekankan aspek keagamaan. Berdasarkan kajian lepas, dapat dilihat kebanyakan pengkaji. 13. FYP FTKW. menjawab permasalahan mengenai usaha dalam mempertahankan adat perpatih dan menjelaskan.

(24) kalangan yang mengamalkan Adat Istiadat yang dinyatakan. Pendekatan ini digunakan untuk memudahkan pembaca untuk melihat dan menilai mengenai cara dan amalan Adat Perpatih dari perspektif Islam dan membetulkan kekhilafan yang berlaku dalam cara pengamalan Adat Perpatih itu sendiri. Ia dapat membantu golongan remaja dan belia dalam lebih memahami Adat Perpatih daripada sudut Islam dan tidak menganggap Adat Perpatih sebagai adat yang boleh memesongkan akidah. Pendekatan kemasyarakatan dapat dilihat berdasarkan kajian lampau mengenai. Teras Adat. Perpatih Negeri Sembilan sebagai satu keunikan identity warisan bangsa, kajian ini menekankan kepentingan meneruskan legasi dalam mengamalkan adat perpatih dari zaman ke zaman kerana Adat yang dinyatakan merupakan sebuah adat yang penuh dengan keunikan dan peraturan serta undang-undang mengenai kesemua aspek dalam kehidupan. Pendekatan ini digunakan oleh pengkaji untuk menyebarkan informasi positif dan keindahan serta keunikan yang dimiliki oleh Adat Perpatih kepada masyarakat khususnya masyarakat di Negeri Sembilan. Melalui penulisan sastera. pengkaji. dapat. memberikan. dan. menerangkan. mengenai. keperluan. dalam. mempertahankan Adat Perpatih kepada masyarakat yang mengamalkannya. Kesemua pendekatan dan teori yang digunakan dalam kajian-kajian lepas menitikberatkan ciri-ciri Melayu dalam bahasa dan pengamalannya. Ia juga menekankan kepentingan mengamalkan sesuatu amalan atau adat berlandaskan agama yang benar dan tidak melawan hukum tuhan dalam mengamalkan adat atau peraturan dalam kehidupan. Disamping itu, ia dapat membantu dalam memberikan pengajaran dan panduan dalam kehidupan masyarakat dalam menjaga dan memulihara Adat Perpatih dalam kehidupan meraka. Pendekatan-pendekatan yang digunakan daripada hasil kajian lampau menunjukkan pengkaji berharap masyarakat dapat menerima dan 14. FYP FTKW. ini menunjukkan terdapat isu atau percanggahan antara Adat Perpatih dengan agama Islam dalam.

(25) mereka. Teori lain yang dapat dilihat adalah penggunaan teori sastera yang menunjukkan pandangan pengkaji terhadap cara atau aturan bahasa yang terkandung dalam isi kandungan Adat Perpatih. Kajian yang dilaksanakan terhadap Adat Perpatih adalah dengan menganalisa teks-teks dan ungkapan yang terdapat pada undang-undang dan puisi-puisi yang berkaitan dengan Adat Perpatih. Ia mempunyai matlamat yang jelas dalam mengkaji perkara-perkara yang terdapat dalam isi kandungan Adat Perpatih. Teori-teori yang digunakan dapat membantu dalam menunjukkan apa yang harus dikaji dan dapat mencapai hasil yang maksimum. Membantu dalam memberi ringkasan tentang sesuatu kajian tersebut dan memberikan asas dalam Penjelasan mengenai kajian yang dilaksanakan. Pengkaji dapat melihat dengan jelas matlamat dan objektif yang ini dicapai dalam sesuatu kajian berpandukan teori yang digunakan.. 15. FYP FTKW. mengamalkan Adat Perpatih secara sempurna serta menerapkan hukum agama dalam amalan.

(26) Setelah menganalisa beberapa kajian lepas, terdapat beberapa persamaan dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Berdasarkan hasil kajian bagi kajian Pengaruh sistem matrilineal dalam adat Negeri Sembilan: perspektif syarak dan kajian perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam penulisan C.E.C Parr dan W.H. Mackray,1910 kedua-dua kajian ini meletakkan fokus kajian terhadap aspek sosial iaitu mengenai isu adat perkahwinan yang dilaksanakan dalam Adat Perpatih. Kedua-dua kajian ini pengkaji telah memberikan pandangan mereka dari sudut syarak berbanding pandangan dari sudut itu sendiri. Kesimpulan yang diperolehi daripada persamaan kajian ini adalah Adat Perpatih mengamalkan konsep perkahwinan yang sejajar dengan amalan syarak dan kesepakatan agama secara am-nya. Isu yang disentuh dalam konsep perkahwinan ini adalah mengenai 5 perkara iaitu mengenai pewalian, mas kahwin, perempuan-perempuan yang dilarang untuk dinikahi, pemilikan harta selepas berkahwin dan poligami. Berdasarkan kajian lepas mengenai teras Adat Perpatih dan 2 kajian yang telah dinyatakan diatas persamaan lain yang boleh dilihat adalah mengenai isu sama ada Adat Perpatih berteraskan Islam atau tidak. Majoriti pengkaji terdahulu menyatakan pandangan mereka mengenai isu agama dan syarak, Adat Perpatih mengalami banyak perubahan adalah bagi memenuhi teras agama supaya ia tidak bercanggah dengan agama yang dianuti oleh pengamal adat tersebut iaitu agama Islam. Hasil daripada Kesemua kajian berikut menunjukkan Adat Perpatih yang diamalkan kini tidak bercanggah dengan agama dan tidak ada sebab untuk menolak daripada mengamalkan Adat berikut bagi masyarakat di Negeri Sembilan. Adat Perpatih yang unik boleh dijadikan suatu khazanah rujukan negara yang berharga kerana ia merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan.. 16. FYP FTKW. 2.4 Perbincangan.

(27) Perpatih juga merupakan satu perkara yang menarik minat segelintir pengkaji untuk mengkaji isi kandungan Adat Perpatih ini. Isi kandungan adat perpatih dirungkai secara terperinci untuk mengupas gaya bahasa yang digunakan dalam Adat Perpatih. Adat Perpatih yang berasal dari Minangkabau mempunyai gaya bahasa yang unik dan menarik. Akan tetapi gaya bahasa yang agak sukar untuk difahami oleh generasi muda di Negeri Sembilan menganggap Adat Perpatih merupakan satu amalan yang kolot dan ketinggalan zaman. Satu langkah atau usaha hendaklah diambil dalam supaya dapat mengubah perspektif anak muda terhadap adat perpatih supaya adat turun temurun dapat terus diperlihara dan diamalkan sepanjang zaman dan boleh diangkat sebagai sebuah khazanah yang unik dan memenuhi segala keperluan dan peraturan dalam kehidupan seharian masyarakat. Kesinambungan pengamalan adat ini perlu terus diusahakan dan diwar-warkan kerana ia Adat Perpatih merupakan warisan tidak ketara yang perlu diperlihara daripada kepupusan akibat diabaikan oleh masyarakat dan pengamalnya sendiri. Kajian ini dilakukan merupakan satu kajian mengenai usaha dalam mempertahankan Adat Perpatih dalam kalangan masyarakat muda di Negeri Sembilan supaya adat tersebut tidak dilupakan tanpa sebarang usaha untuk mempertahankan nya. Perubahan dan penambahbaikan dalam Adat Perpatih untuk selari dengan peredaran zaman juga merupakan satu usaha yang tidak boleh diabaikan kerana perubahan dalam satu peraturan adalah sukar akan tetapi Adat Perpatih merupakan sebuah adat yang fleksible dan boleh diubah bersesuaian dengan persekitaran dan zaman itu. Perubahan ini jika didedahkan secara jelas dan mudah untuk difahami ia boleh diterima oleh generasi muda dengan hati yang terbuka dan rela untuk mengamalkannya dalam kehidupan mereka.. 17. FYP FTKW. Melihat daripada sorotan literatur terdahulu juga, gaya bahasa dan Kesantunan bahasa dalam Adat.

(28) Kesimpulannya, kajian tentang usaha untuk mempertahankan Adat Perpatih dalam kalangan generasi baru di Negeri Sembilan ini dilaksanakan adalah untuk menjawab persoalan yang tidak diketengahkan dan disentuh oleh pengkaji terdahulu mengenai usaha untuk mempertahankan adat tersebut. Kajian ini akan memperincikan dan menjelaskan persoalan dan memenuhi objektif kajian supaya segala persoalan yang dikemukakan terjawab. Berdasarkan kajian lepas, kajian dilaksanakan dengan lebih teliti dalam menerangkan dan mendedahkan isu-isu yang berkaitan dengan Adat Perpatih supaya adat tersebut dapat dipertahankan dan dikekalkan untuk lebih banyak generasi yang akan datang. Pengekalan adat ini perlu dilakukan supaya generasi yang akan datang yang membesar dalam masyarakat yang asalnya pengamal Adat Perpatih dapat memperjuangkan dan dapat terus mengamalkan Adat Perpatih dalam kehidupan mereka. Kerana Adat Perpatih merupakan sebuah Adat yang menarik dan lengkap dalam pelbagai sudut dan aspek kehidupan yang diperlukan. Disamping itu, membantu dalam usaha untuk mempertahankan dan terus mengekalkan adat perpatih. Membantu dalam memperkenalkan dan menambah pengetahuan mengenai adat perpatih tidak kira dalam kelompok generasi muda atau tua, dan pengetahuan yang diperolehi di dedahkan tidak terhad kepada masyarakat yang tinggal di Negeri Sembilan, informasi yang diperolehi akan turut dihebahkan kepada masyarakat luar supaya sama-sama dapat berusaha dalam memperkukuhkan kedudukan Adat Perpatih dalam zaman serba moden ini. .. 18. FYP FTKW. 2.5 Kesimpulan.

(29) METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Kajian yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman serta mengenal pasti punca kekurangan pengamalan dan menerangkan cadangan dan cara untuk membantu dalam menerapkan amalan Adat Perpatih kepada generasi muda di Negeri Sembilan. Merancang dan membentuk langkah atau cara untuk menjalankan kajian serta mengumpulkan data mengenai kajian yang dilaksanakan. Menerangkan metode yang digunakan dalam menjalankan kajian untuk memenuhi objektif kajian. Metodologi kajian adalah satu kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian terhadap sesuatu isu atau subjek tertentu. Bahagian ini menerangkan dan membincangkan reka bentuk kajian, instrument kajian dan lain-lain langkah untuk menjawab persoalan dan objektif kajian yang ingin dikaji. Langkah-langkah dijalankan untuk mengumpulkan maklumat primer mengenai isu yang ingin dikaji, disamping itu maklumat yang diperolehi dapat menyokong dan membuktikan kajian yang dilaksanakan. Tujuan Metodologi kajian dilakukan adalah untuk menerangkan langkah dalam melaksanakan kajian dengan lebih jelas dan teliti. Membantu dalam mengumpul dan menganalisa data dengan mudah dan teratur. Menjadi bukti dalam kajian yang dapat membantu menyokong data dalam pembentangan data yang diperolehi daripada kajian yang dilaksanakan. Ia juga membantu dalam menerangkan bagaimana permasalahan yang berbangkit dalam kajian dapat difahamai dengan mudah dan lebih terperinci, serta menerangkan kaedah dan teknik yang digunakan dalam mengumpulkan data untuk menjawab persoalan dan objektif kajian dengan sempurna dan jelas. 19. FYP FTKW. BAB 3.

(30) objektif kajian dengan mudah dan jelas. Menerangkan setiap bentuk kajian yang dikemukan dengan jelas. 3.2 Kaedah Kajian Kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian mengenai usaha dalam mempertahankan amalan Adat Perpatih dalam kalangan generasi baharu masyarakat Negeri Sembilan ini adalah dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat primer yang tidak ada lagi dalam kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Kajian dilaksanakan dengan mendapatkan maklumat dengan menjalankan pemerhatian terhadap kelompok yang berkaitan dengan kajian seperti dalam kajian ini pemerhatian dilaksanakan kepada kelompok generasi baharu masyarakat Negeri Sembilan untuk mengenalpasti punca berlakunya pengurangan pengamal Adat Perpatih dalam kalangan kelompok masyarakat ini. Selain itu pemerhatian turut dilakukan untuk mendapatkan maklumat atau data yang lengkap supaya dapat memudahkan pengkaji untuk mendapatkan Analisa data yang jelas. Kaedah lain adalah dengan menjalankan temu bual terhadap masyarakat yang mengamalkan Adat ini untuk mendapatkan cadangan dalam usaha mempertahankan Adat Perpatih dalam kalangan generasi muda di Negeri Sembilan. Mendapatkan maklumat yang berkaitan dan data yang dapat membantu dalam kajian supaya dapat menjawab objektif ketiga dalam kajian ini. Kaedah seterusnya adalah dengan menjalankan kajian keperpustakaan untuk mendapatkan maklumat sokongan yang dapat membantu dalam menyokong dan menjadi bukti kepada maklumat dan data primer yang diperolehi daripada kaedah pemerhatian dan temu bual. Ia untuk memberi 20. FYP FTKW. Mengemukan beberapa bentuk kajian yang dapat membantu dalam menjawab persoalan dan.

(31) keperpustakaan ini merangkumi bahan bacaan seperti jurnal, kajian-kajian lepas, buku, dan lainlain bahan bacaan. Pengkaji boleh mengemukakan hasil kajian yang diperolehi daripada pemerhatian, temu bual dan kajian keperpustakaan dalam deskriptif yang lengkap dan mudah untuk difahami supaya dapat membantu dalam menjawab persoalan dan objektif yang dikemukan dalam kajian ini. 3.3 Instrumen Kajian Instrument merupakan alat atau perantaraan yang digunakan untuk mendapatkan dan mengumpul data yang diperlukan supaya dapat menjawab persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Instrument kajian perlu didalam kajian supaya memudahkan pengkaji untuk memperolehi dan mendapatkan data kajian dengan jelas dan lengkap dan bersifat primer. Dalam kajian ini instrument yang digunakan untuk mendapatkan sumber data primer adalah temu bual dan pemerhatian. Disamping itu, data sekunder daripada kaedah keperpustakaan juga digunakan. Instrumen ini dipilih adalah untuk memudahkan dalam mendapatkan maklumat bersifat primer dan menyokong data-data yang diperolehi. Instrumen kajian yang digunakan adalah kualitatif . instrument kajian bagi kaedah ini yang digunakan adalah temu bual dan pemerhatian. Pengkaji menyediakan borang temu bual supaya mudah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Borang temu bual akan diberikan kepada responden semasa sesi temu bual supaya responden dapat memberikan jawapan yang bersesuaian dan pengkaji dapat memperolehi data yang jelas dan lengkap untuk kajian ini. Kelompok pemerhatian dan responden untuk ditemu bual dipilih adalah bersesuaian dengan kehendak persoalan dan objektif kajian bagi mendapatkan maklumat primer yang lengkap dan 21. FYP FTKW. maklumat tambahan dan juga maklumat sekunder dalam kajian yang dilaksanakan ini. Kajian.

(32) Muhammad Izzuddin, 23 merupakan generasi baharu yang menetap dan membesar dalam kelompok yang mengamalkan Adat Perpatih dalam kehidupan harian mereka. Responden kedua pula adalah Encik Yazid, 56 merupakan generasi lama yang masih mengamalkan dan mengutamakan Adat Perpatih dalam kehidupannya. Responden ketiga dan keempat adalah Cik NurAina, 23 dan Cik Nur Natasha,23 merupakan generasi baharu yang dibesarkan dengan amalan adat perpatih. Responden kelima adalah Puan Noriah, 60 yang merupakan pengamal adat warisan perpatih dalam kehidupannya. Kelima-lima responden akan ditemu bual untuk mendapatkan maklumat mengenai persoalan dan objektif kajian yang dikemukakan. Pemerhatian dilaksanakan di Kampung Seri Menanti dan Kampung Sesapan Minangkabau untuk melihat aktiviti-aktiviti adat, pemerhatian juga dilaksanakan dengan cara melawat Muzium Adat di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.. Instrumen kajian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai. cadangan usaha dalam mempertahankan adat perpatih dan maklumat mengenai mengapa berlakunya kemerosotan dalam pengamalan adat perpatih dalam kalangan generasi muda di Negeri Sembilan. 3.4 Pengumpulan Data Untuk menjawab persoalan dan objektif kajian kaedah temu bual dipilih oleh pengkaji dilaksanakan untuk mengumpul data dan maklumat yang jelas dan lengkap mengenai isu kajian yang dilaksanakan. Pengkaji menemubual sebanyak mungkin responden yang berasal dari daerahdaerah yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, jika boleh pengkaji akan menemubual responden dari setiap daerah kecuali daerah Port Dickson. Pengkaji menyediakan soalan yang bersesuaian dengan objektif kajian yang dilaksanakan untuk memudahkan responden dalam memberikan respon dan jawapan semasa sesi temu bual dilaksanakan. Responden dipilih 22. FYP FTKW. jelas serta bersesuaian dengan kajian yang dilaksanakan. Responden pertama adalah Encik.

(33) umur responden dipilih adalah sekitar 17 hingga 80 tahun keatas dipilih untuk mendapatkan perspektif daripada dua golongan umur yang berbeza dalam mendapatkan data mengenai objektif dan persoalan kajian. Selain itu, dalam usaha melengkapkan data mengenai kajian ini, pengkaji juga mencari dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber keperpustakaan seperti jurnal-jurnal, artikle, kajian-kajian lepas, buku-buku, internet dan bahan-bahan bacaan yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dilaksanakan. Kajian keperpustakaan tersebut membantu pengkaji dalam menyokong bukti dan data-data primer yang diperolehi oleh pengkaji daripada kaji selidik, pemerhatian dan temu bual. Akhir sekali pemerhatian dibuat di daerah-daerah Negeri Sembilan kecuali daerah Port Dickson kerana daerah tersebut tidak mengamalkan Adat Perpatih. Pemerhatian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab objektif – objektif dalam kajian ini . 3.5 Analisis Data Maklumat yang diperolehi daripada temu bual akan dianalisa dan ditapis untuk mendapatkan maklumat yang lengkap, jelas dan memenuhi objektif yang dikemukan dan akan dikemukan dalam bentuk deskriptif yang lengkap dan mudah untuk difahami. Teknik untuk menganalisa data kualitatif umumnya menggunakan bentuk Konseptual berdasarkan permasalahan dan persoalan kajian, banyak teknik yang boleh digunakan untuk menerangkan maklumat yang diperolehi dalam kajian ini. Teknik yang digunakan adalah dengan menganalisa satu persatu data dan maklumat yang diperolehi dan dikemukan dalam bentuk deskriptif lengkap.. 23. FYP FTKW. dengan teliti supaya maklumat yang diperolehi adalah bersifat primer dan lengkap. Kelompok.

(34) Proses ini merupakan proses yang berpanjangan dan kerap digunakan dalam banyak penyelidikan yang menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian mereka. Analisa dijalankan untuk memastikan pengkaji mendapat maklumat dan data-data yang diperlukan dengan sempurna dan lengkap. Serta untuk memastikan data yang diperolehi itu dapat menyokong dan menjadi bukti yang kukuh dalam kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.. 24. FYP FTKW. Seterusnya maklumat yang diperolehi akan dikaji semula dengan pendekatan teori yang berasas..

(35) HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan dan mengupas mengenai data-data dan maklumat yang telah diterima dan diperolehi. Data dan maklumat dianalisa oleh pengkaji berdasarkan objektif kajian seta tajuk kajian yang telah dipilih. Bahagian dapatan kajian ini merupakan bahagian yang penting dalam setiap projek kajian kerana ia memberikan jawapan kepada persoalan kajian dan objektif penyelidikan yang ditetapkan. Dapatan kajian ini menjawab tiga objektif utama yang telah dinyatakan oleh pengkaji iaitu pertama pengkaji dapat mengetahui tahap kefahaman generasi muda Negeri Sembilan mengenai isi kandungan Adat Perpatih, kedua pengkaji dapat mengetahui punca berlakunya kekurangan pengamalan Adat Perpatih dalam golongan muda Negeri Sembilan dan akhir sekali pengkaji menerima dan memahami cadangan dan usaha untuk membantu dalam menerapkan amalan Adat Perpatih dalam kalangan generasi baharu. Kajian telah dilakukan disemua daerah di Negeri Sembilan kecuali daerah Rembau dan Port Dickson. Sebilangan responden termasuk golongan generasi lama yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Adat Perpatih telah di temubual.. 25. FYP FTKW. BAB 4.

(36) Responden merupakan pihak yang menjadi sampel dalam penelitian semasa kajian dilaksanakan dan membantu dalam mendapatkan maklumat atau data yang bersifat primer. Responden temu bual yang dipilih oleh pengkaji kesemua nya berasal dari Negeri Sembilan tetapi berlainan daerah, responden diberikan tanggungjawab untuk memberikan maklumat dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Jadual 4.1 dibawah menunjukkan pecahan nama, umur, generasi dan daerah tempat tinggal responden.. BIL. NAMA. UMUR. GENERASI. DAERAH. 1. INFORMAN 1. 17. GENERASI KE 5. KUALA PILAH. 2. INFORMAN 2. 22. GENERASI KE 4. JELEBU. 3. INFORMAN 3. 23. GENERASI KE 4. JEMPOL. 4. INFORMAN 4. 23. GENERASI KE 4. SEREMBAN. 5. INFORMAN 5. 25. GENERASI KE 4. SEREMBAN. 6. INFORMAN 6. 35. GENERASI KE 3. TAMPIN. 7. INFORMAN 7. 50. GENERASI KE 2. JELEBU. 8. INFORMAN 8. 50. GENERASI KE 2. JEMPOL. 9. INFORMAN 9. 56. GENERASI KE 2. SEREMBAN. 10. INFORMAN 10. 69. GENERASI KE 2. KUALA PILAH. 11. INFORMAN 11. 71. GENERASI 1. TAMPIN. 12. INFORMAN 12. 89. GENERASI 1. KUALA PILAH. Jadual 4.1 : Data Responden yang ditemubual pengkaji. 26. FYP FTKW. 4.2 Analisa Demografi Responden.

(37) Sembilan dan enam orang generasi baharu Negeri Sembilan. Kesemua nya adalah dua belas orang responden yang berasal dari berlainan daerah dan generasi berbeza.. 27. FYP FTKW. Jadual menunjukkan enam orang responden yang merupakan generasi lama Negeri.

(38) Sembilan Adat Perpatih merupakan adat yang sinonim dengan masyarakat yang tinggal di Negeri Sembilan, walau bagaimanapun tidak semua mereka yang membesar di Negeri Sembilan mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai Adat Perpatih. Ada yang sekadar tahu dan pernah mendengar mengenainya dari mulut ke mulut orang-orang terdahulu. Berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dilakukan pengkaji mendapati generasi muda Negeri Sembilan terbahagi kepada dua kelompok iaitu kelompok yang tahu mengenai adat tersebut dan mengamalkan dan kelompok yang tahu tetapi tidak mengamalkan. Merujuk rajah 4.1 dibawah dapat dilihat sebanyak 50% responden yang mengamalkan adat tersebut dan selebihnya tidak mengamalkan. Walaupun kedua-dua kelompok ini tahu dan cakna mengenai Adat Perpatih ini.. GENERASI BAHARU NEGERI SEMBILAN. Tidak mengamalkan 50%. Mengamalkan 50%. Rajah 4.1 : Peratusan Generasi Baharu Negeri Sembilan yang Mengamalkan Adat Perpatih. 28. FYP FTKW. 4.3 Tahap pengetahuan mengenai adat perpatih dalam kalangan generasi baharu Negeri.

(39) secara turun temurun itu, tetapi hanya segelintir yang mempunyai tahap pengetahuan yang mendalam dan memahami isi kandungan Adat Perpatih tersebut. Menurut responden informan 4, beliau menyatakan kebanyakkan belia dan remaja kini kurang berminat untuk mempelajari dan mendalami Adat Perpatih kerana golongan muda kini tidak bergantung dengan adat untuk membuat apa-apa keputusan. Terdapat segelintir daripada generasi muda ini yang menganggap adat ini menyukarkan perkara yang mudah, menyebabkan mereka menolak untuk mempelajari dan memahami isi kandungan Adat Perpatih tersebut. Namun terdapat juga generasi baharu yang memahami dan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai adat tersebut bahkan kelompok ini juga turut mengamalkannya. Tahap pengetahuan mengenai Adat Perpatih dalam kalangan generasi muda juga terbahagi kepada beberapa aspek, ada yang memahami mengenai keseluruhan adat manakala ada yang memahami aspek adat yang sering di amalkan atau yang sering dilihat sahaja. 4.3.1 Pemahaman generasi muda mengenai Adat Perpatih Adat perpatih berbeza dengan adat Temenggung di mana Adat Perpatih merupakan adat yang tidak bertulis yang diwariskan secara lisan dari generasi ke generasi. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada responden adat perpatih berasal dari sumber iaitu secara resam atau turun temurun. Adat ini dihafal dan disampaikan oleh Ketua Adat. Oleh sebab demikian, terdapat perbezaan dalam pelbagai aspek di setiap daerah kerana adat tersebut merupakan adat warisan yang disampaikan secara lisan tanpa ada bukti dokumentasi yang jelas dan spesifik. Setiap daerah mempunyai ketua adat tersendiri, kerana setiap daerah merupakan suku yang berbeza-beza.. 29. FYP FTKW. Majoriti generasi baharu Negeri Sembilan mempunyai tahu mengenai adat yang diamalkan.

(40) Perpatih mengikut penyampaian daripada ketua adat masing-masing. Cara amalan dalam menentukan sesuatu perkara berdasarkan aspek-aspek yang dinyatakan dalam Adat Perpatih juga turut berbeza. Jadi pemahaman generasi muda ini berbeza-beza mengikut daerah kawasan tempat tinggal. Informan 6 menyatakan persamaan yang dimiliki dalam amalan Adat Perpatih ini di setiap daerah adalah sebuah adat yang bersifat matrilineal dan mengutamakan kaum wanita dalam kesemua aspek yang diketengahkan. Kedudukan kaum wanita yang dilihat tinggi dalam adat perpatih merupakan satu-satunya persamaan yang ada dalam amalan adat perpatih ini. Responden majoritinya memahami dan mempunyai pengalaman atau pernah melihat amalan adat perpatih dalam kehidupan, Cuma segelintir yang benar-benar memahami dan mengamalkan adat tersebut. Rajah dibawah menunjukkan peratusan responden yang mengetahui mengenai adat Perpatih dan turut menunjukkan peratusan yang mengamalkan adat tersebut.. PENGETAHUAN MENGENAI ADAT PERPATIH. TIDAK TAHU MENGENAI ADAT PERPATIH 13%. FAHAM MENGENAI ADAT PERPATIH 25%. TAHU MENGENAI ADAT PERPATIH 62%. TAHU MENGENAI ADAT PERPATIH. FAHAM MENGENAI ADAT PERPATIH. TIDAK TAHU MENGENAI ADAT PERPATIH. Rajah 4.2 : Peratusan Tahap Pengetahuan mengenai Adat Perpatih 30. FYP FTKW. Setiap suku mempunyai tahap pemahaman dan pengamalan yang berbeza mengenai Adat.

(41) perpatih akan tetapi hanya 25% sahaja yang benar-benar faham mengenai cara amalan dan tujuan mengamalkan adat tersebut manakala hanya 13% sahaja daripada kelompok generasi muda ini yang tidak tahu langgsung mengenai adat turun temurun tersebut. Rajah 4.3 pula menunjukkan peratusan bilangan generasi muda yang mengamalkan adat perpatih berdasarkan pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai adat ini,. BILANGAN GENERASI MUDA YANG MENGAMALKAN ADAT PEPATIH BERDASARKAN PENEGETAHUAN DAN PEMAHAMAN. TAHU DAN MENGAMALKAN 17%. TAHU TIDAK MENGAMALKAN 33% Other 50%. TIDAK TAHU DAN TIDAK MENGAMALKAN 17%. FAHAM DAN MENGAMALKAN 33% FAHAM DAN MENGAMALKAN. TAHU DAN MENGAMALKAN. TAHU TIDAK MENGAMALKAN. TIDAK TAHU DAN TIDAK MENGAMALKAN. Rajah 4.3: Bilangan Peratusan Generasi muda yang mengamalkan Adat Perpatih berdasarkan pengetahuan dan pemahaman Dapat disimpulkan bahawa pengetahuan dan pemahaman tidak semestinya mendorong seseorang individu untuk mengamalkan adat tersebut. Terdapat 33% generasi muda yang tahu mengenai Adat Perpatih tetapi memilih untuk tidak mengamalkan adat tersebut, ini menunjukkan masih banyak kelompok belia dan remaja yang tahu mengenai adat ini dan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai adat ini tetapi memilih untuk tidak mengamalkan adat tersebut. 31. FYP FTKW. Disini dapat dilihat majoriti kaum belia dan remaja negeri Sembilan tahu mengenai adat.

(42) kerana tidak mempunyai pengetahuan dan pemahaman mengenai adat tersebut. Hasil kajian tersebut, pengkaji berjaya mengenalpasti dengan lebih jelas tahap kefahaman generasi muda Negeri Sembilan mengenai isi kandungan dan pemahaman mengenai adat tersebut. Adat Perpatih secara amnya diketahui mengenai kewujudan dan statusnya sebagai adat turun temurun masayrakat Negeri Sembilan. Majoriti generasi baharu Negeri Sembilan tahu mengenai adat tersebut secara dasar dan tahu sedikit mengenai aspek kehidupan yang disentuh dalam adat tersebut. Terdapat juga sebilangan generasi muda yang memahami dan lebih mendalami adat perpatih tersebut dan mempunyai tahap pemahaman dan pengetahuan yang tinggi mengenai adat tradisi itu. Di samping itu, hanya sebilangan kecil golongan belia dan remaja Negeri Sembilan yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai adat yang dikaji itu. Berdasarkan pemerhatian, pengetahuan yang diperolehi mengenai adat tersebut adalah diterima secara lisan secara turun temurun daripada keluarga dan keturunan yang terdahulu. Pengkaji juga mendapati bahawa Adat Perpatih ini merupakan adat yang diterima dan diamalkan secara lisan tanpa ada salinan hitam dan putih. Adat tersebut dihafal dan disampaikan oleh ketua adat kepada anak-anak buah dalam sukunya. Tidak mustahil untuk adat itu berubah dan berbezabeza mengikut daerah dan suku kerana cara penyampaian nya adalah melalui lisan sahaja. Hasil kajian mendapati hampir kesemua golongan muda disetiap daerah mengetahui dan cakna mengenai adat perpatih dan pengetahuan am yang diketahui oleh setiap daerah adalah berbeza.. 32. FYP FTKW. Hanya sekelompok minoriti iaitu 17% generasi muda yang tidak mengamalkan adat tersebut.

(43) muda Negeri Sembilan Adat Perpatih telah menjadi identiti bagi masyarakat negeri Sembilan sejak turun temurun, akan tetapi penurunan dalam bilangan masyarakat negeri Sembilan terutamanya dalam kalangan generasi muda adalah sangat ketara. Penurunan bilangan masyarakat yang mengamalkan adat tersebut dapat dilihat dengan jelas dari tahun ke tahun. Berikut menunjukkan bilangan masyarakat Negeri Sembilan yang masih mengamalkan adat perpatih pada masa kini,. PERATUSAN GENERASI BAHARU & LAMA YANG MENGAMALKAN ADAT PERPATIH 45%. 42%. 40% 35% 30%. 25%. 25%. 25% 20% 15% 8%. 10% 5% 0% Amalkan. Tidak Amalkan Generasi Baharu. Generasi Lama. Rajah 4.4: Peratusan generasi baharu dan lama yang mengamalkan Adat Perpatih Manakala carta dibawah menunjukkan bilangan peratusan masyarakat Negeri Sembilan yang masih mengamalkan Adat Perpatih mengikut umur setakat tahun 2021. Rajah 4.5 dibawah menunjukkan bilangan peratusan yang kecil bagi kelompok masyarakat yang berumur 15 hingga 40 dalam mengamalkan adat yang dikaji berikut.. 33. FYP FTKW. 4.4 Faktor dan Punca penurunan tahap pengamalan Adat Perpatih dalam kalangan generasi.

(44) FYP FTKW. PERATUSAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN ADAT PERPATIH MENGIKUT UMUR 15-24. 25-40. 41-60. 61 KEATAS. 25% 38%. 12%. 25%. Rajah 4.5: Peratusan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih mengikut umur Carta dan rajah di atas menunjukkan penurunan dan bilangan peratusan yang rendah dalam golongan generasi baharu dan masyarakat yang lebih muda dalam mengamalkan adat perpatih. Pengkaji mendapati terdapat banyak faktor yang menyebabkan penurunan dalam tahap pengamalan adat perpatih dalam kalangan generasi baharu. 4.4.1 Perubahan Zaman Perubahan zaman secara amnya merujuk kepada revolusi atau evolusi yang dialami dari tahun ke tahun, perubahan yang membawa kemajuan dalam kehidupan masyarakat diseluruh dunia. Dunia kini merupakan dunia industri keempat iaitu revolusi 4.0 dimana semua aspek kehidupan yang memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam. produk. berteknologi. dan. sistem. automasi. yang. lebih. pintar. (https://www.malaysiakini.com/news/457633 ). Perubahan zaman ini banyak mempengaruhi dan. 34.

(45) mengamalkan adat perpatih dalam kehidupan mereka. Kebanyakkan generasi muda yang menolak untuk mengamalkan adat perpatih menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan-peraturan yang dibina oleh kerajaan Malaysia sudah cukup sempurna, dan menyatakan adat perpatih ini merupakan undang-undang negeri yang ketinggalan dan tidak banyak perubahan dalam aspek-aspek kehidupan. Dunia telah semakin moden tetapi adat perpatih tidak mempunyai banyak perubahan yang boleh bergerak selari dengan kemodenan yang dialami oleh negara. Turut menyatakan adat perpatih merupakan adat turun temurun yang disampaikan secara lisan dan tidak mempunyai hitam dan putih. Tiada kemajuan yang ditunjukkan dan bersifat ketinggalan. Remaja dan belia kini mahukan sesuatu yang fleksible dan mudah untuk kehidupan mereka. Walaupun terdapat kelonggaran dalam adat perpatih, golongan generasi baharu negeri Sembilan ini masih menganggap kebanyakan aspek dari adat perpatih ini ketinggalan dan tidak banyak membantu dalam kehidupan harian mereka melainkan merumitkan beberapa perkara yang Sejujurnya boleh dipermudahkan. Menurut responden informan 3 menyatakan generasi kini lebih menyukai sesuatu yang mudah dan cepat dalam melaksanakan apa-apa perkara. Perubahan zaman menjadi salah satu faktor utama dalam penurunan kadar pengamalan adat perpatih dalam kalangan generasi muda juga kerana generasi muda kini lebih berfikiran terbuka dan lebih cenderung melakukan sesuatu berdasarkan pilihan yang lebih mudah dan tidak merumitkan keadaan. Untuk mengamalkan adat perpatih terdapat banyak perkara yang perlu di fikirkan dan di ambil kira dan ini merupakan proses yang sukar bagi generasi muda kini.. 35. FYP FTKW. menjadi faktor berlakunya penurunan dalam tahap pengamalan generasi muda dalam.

(46) menyatakan perubahan zaman merupakan faktor utama mengapa generasi muda pada masa kini kurang berminat untuk mendalami dan mengamalkan adat perpatih. Perubahan zaman dimana semua perkara berada dihujung jari ini menolak adat perpatih luar daripada minat golongan muda. Ini kerana generasi muda kini lebih gemar perkara yang mudah dan tidak merumitkan dan bersesuaian dengan pergerakkan ekonomi dan revolusi dunia pada masa kini.. 4.4.2 Daerah Tempat Tinggal Negeri Sembilan terbahagi kepada 7 daerah kecil iaitu Jempol, Rembau, Jelebu, Kuala pilah, Seremban, Tampin dan Port Dickson. Hanya 6 daerah daripada 7 daerah tersebut yang mengamalkan adat perpatih manakala 1 daerah tersebut iaitu daerah port Dickson mengamalkan adat Temenggung. Hasil tinjauan dan temu bual pengkaji mendapati terdapat beberapa daerah sahaja yang masih kuat mengamalkan adat perpatih dan terdapat daerah-daerah lain yang kebanyakkan penduduk nya tanpa mengira generasi yang telah kurang mengamalkan adat yang dikaji. Rajah 4.6 dibawah menunjukkan kedudukan daerah-daerah di negeri Sembilan dan peratusan kelompok generasi muda dan tua yang masih mengamalkan adat perpatih.. 36. FYP FTKW. Maklumat yang diperolehi daripada temu bual, mendapati kebanyakkan responden.

(47) Seremban Port Dickson Rembau Jelebu Kuala Pilah Jempol Tampin. Rajah 4.6: Peta Daerah-daerah Negeri Sembilan. BILANGAN PERATUSAN GENERASI BAHARU DAN LAMA YANG MENGAMALKAN DAN TIDAK MENGAMALKAN ADAT PERPATIH 30 25 20 15 10 5 0 SEREMBAN. JELEBU. KUALA PILAH AMALKAN. JEMPOL. TAMPIN. TIDAK AMALKAN. Rajah 4.7: Bilangan Peratusan generasi Baharu dan Lama yang Mengamalkan dan tidak mengamalkan Adat Perpatih Kajian dijalankan di lima buah daerah yang berbeza, kajian tidak dijalankan di daerah Port Dickson kerana daerah tersebut tidak mengamalkan adat Perpatih tetapi mengamalkan Adat Temenggung kerana daerah port Dickson mendapat pengaruh daripada Negeri Melaka kerana kedudukan daerah tersebut yang berdekatan dengan Negeri Melaka. Kajian juga tidak dapat 37. FYP FTKW. 1234567-.

(48) daerah tersebut besar kemungkinan sudah kurang masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih di daerah tersebut. Tiga daerah yang menunjukkan peratusan kedua-dua generasi baharu dan lama yang masih mengamalkan Adat Perpatih iaitu daerah Jempol, Kuala Pilah dan Tampin, ini kerana kedudukan daerah tersebut yang sedikit jauh dan merupakan kawasan tempat tinggal Yamtuan Besar terutamanya di Seri Menanti, Kuala pilah. Daerah-daerah ini masih kuat mengamalkan Adat Perpatih. Kedudukan kawasan daerah-daerah ini juga memainkan peranan dalam tahap amalan Adat Perpatih kerana, walaupun kemudahan yang ada dikawasan tersebut serba maju tetapi persekitaran kawasan tersebut yang masih ramai mengamalkan dan masih kuat memajukan adat tersebut kepada semua lapisan umur. Kedudukan daerah tersebut yang jauh dari bandar dan negeri lain juga membantu dalam mengekalkan tahap pengamalan adat perpatih dalam kalangan masyarakat disitu. Satu daerah yang berdekatan dengan bandar dan negeri menunjukkan peratusan tahap generasi muda dan generasi tua yang tidak mengamalkan Adat Perpatih lebih tinggi berbanding tiga daerah yang jauh dari kawasan bandar dan negeri lain. Dapat dilihat daerah Seremban keduadua generasi sudah tidak mengamalkan adat perpatih, kawasan daerah Seremban merupakan pusat bandar bagi Negeri Sembilan dan jauh lebih maju dari daerah-daerah lain, ini menyebabkan penurunan dalam kadar amalan adat perpatih terhadap kedua-dua generasi. Penduduk dikawasan tersebut juga sudah kurang mendapat pendedahan mengenai Adat Perpatih secara langgsung tidak seperti daerah Kuala Pilah yang merupakan pusat atau tempat tinggal bagi Yamtuan Besar, dimana masyarakat dikawasan tersebut mendapat pendedahan langgsung dan kerap mengenai Adat Perpatih. 38. FYP FTKW. dijalankan di Daerah Rembau kerana tiada responden yang diterima, tetapi berdasarkan kedudukan.

(49) mengamalkan dan tidak mengamalkan adat tersebut. Perkara ini berlaku atas faktor kawasan daerah tersebut yang berada di tengah-tengah antara daerah Seremban dan Jempol. Berdasarkan kajian pengkaji mendapati kelompok yang lebih berusia yang masih mengamalkan Adat Perpatih di kawasan tersebut manakala golongan belia dan remaja sudah tidak berminat untuk mengamalkan Adat Perpatih. Hanya generasi lama yang masih cenderung mengamalkan manakala generasi baharu menolak dan tidak berminat lagi untuk mengamalkan Adat Perpatih. Kedudukan daerah tempat tinggal juga memainkan peranan yang besar sebagai faktor untuk generasi baharu untuk terus berminat dan mengamalkan Adat Perpatih pada masa kini. Pengkaji mendapati bahawa daerah dan kawasan tempat tinggal juga merupakan faktor yang mendorong penurunan pengamalan adat perpatih dalam kalangan generasi muda Negeri Sembilan. Persekitaran dan kawasan membesar bagi generasi muda ini dibesarkan turut memainkan peranan dalam mempengaruhi kadar penurunan minat dalam kalangan generasi ini untuk mengamalkan dan memahami adat tersebut. Namun begitu, tahap amalan generasi muda berdasarkan daerah atau kawasan tempat tinggal ini terbahagi kepada dua iaitu, kawasan pendalaman atau kawasan tempat tinggal Yamtuan Besar dan kawasan bandar atau kawasan yang sedikit maju berdekatan dengan negeri lain. Perbezaan kawasan tersebut mempengaruhi tahap amalan adat perpatih, belia dan remaja yang tinggal dikawasan sedikit pendalaman atau kawasan tempat tinggal Yamtuan Besar lebih cenderung untuk mengamalkan adat itu. Manakala generasi muda yang tinggal di daerah bandar atau kawasan berdekatan dengan negeri lain sudah kurang berminat untuk mengetahui dan mengamalkan adat perpatih.. 39. FYP FTKW. Manakala daerah Jempol menunjukkan peratusan yang sama rata bagi kelompok yang.

(50) Mengamalkan sesuatu perkara itu merupakan hak asasi terhadap sesorang individu. Individu tersebut berhak menentukan sama ada mahu atau tidak mengamalkan sesuatu perkara tersebut. Ia juga merujuk kepada cara pemikiran sesorang individu atau sekelompok masyarakat mengenai sesuatu perkara itu. Sama juga seperti permasalahan amalan Adat Perpatih dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi baharu Negeri Sembilan. Faktor lain yang mempengaruhi generasi muda dalam tahap amalan Adat Perpatih ini adalah faktor cara pemikiran dan pandangan generasi tersebut terhadap keperluan dalam mengamalkan sesuatu adat itu. Generasi muda sekarang lebih cenderung melakukan sesuatu berdasarkan pemikiran dan tahap releven sesuatu perkara itu. Generasi kini lebih berfikiran terbuka dan bebas. Kebanyakkan generasi muda ini menyatakan Adat ini merupakan suatu perkara yang tidak menarik dan merumitkan. Untuk mengamalkan atau tidak generasi kini meletakkan perkara tersebut diatas kehendak dan keperluan diri sendiri. Kelompok generasi ini menyatakan walaupun semakin kurang masyarakat yang mengamalkan Adat tersebut akan tetapi masih ada sebilangan kecil yang masih berminat dan cenderung untuk memgamalkan dan mempertahankan Adat Perpatih supaya ia masih berterusan dibawa dari zaman ke zaman. Aspek kehidupan yang ada dalam Adat Perpatih seperti adat perkahwinan sebagai contohnya dianggap sebagai beban bagi generasi baharu kerana perkahwinan jika dipandang dari sudut syariah merupakan sesuatu yang mudah dan tidak mempunyai banyak syarat, tetapi apabila dilihat dari sudut adat Perpatih ini perkahwinan menjadi rumit dan mempunyai banyak syarat dan langkah yang perlu diambil kira.. 40. FYP FTKW. 4.4.3 Jurang pemikiran antara generasi baharu dan generasi lama.

(51) generasi x, y, boomers, ini adalah kerana generasi-generasi terbaru ini lebih cenderung untuk mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza berbanding pandangan generasi terdahulu. Generasi ini juga lebih suka akan perkara yang mudah dan tidak merumitkan untuk dijalankan. Dari pandangan generasi baharu, Adat Perpatih merupakan perkara yang sukar dan memerlukan banyak langkah untuk dijalankan, kelompok ini juga mempunyai pandangan bahawa adat tradisi ini merupakan perkara yang ketinggalan walaupun mereka menganggap Adat Perpatih masih releven. Walaubagaimana pun, masih terdapat generasi muda yang mempunyai pandangan bahawa Adat Perpatih masih wajar dan masih perlu dipertahankan untuk generasi-generasi akan datang. Kelompok ini menyatakan dengan cara yang sesuai lebih ramai generasi muda Negeri Sembilan akan mula berminat untuk belajar memahami dan mengamalkan Adat ini dari masa ke semasa. Adat Perpatih merupakan lambang dan identiti yang unik bagi masyarakat Negeri Sembilan, sudah tentu wajarlah ia untuk terus dipertahankan. Walaupun pemikiran dan pandangan berbeza tidak dinafikan masih ada usaha yang dilaksanakan dan diusahakan untuk terus mempertahankan dan menerapkan nilai-nilai mengenai Adat Perpatih dalam kalangan generasi baharu Negeri Sembilan. Pengkaji mendapati terdapat jurang dalam cara pemikiran di antara dua generasi ini dimana generasi muda mempunyai cara pemikiran yang lebih terbuka dan bebas yang mempengaruhi kelompok ini untuk menentukan sama ada mahu atau tidak untuk mengamalkan adat turun temurun ini. Kebanyakkan daripada generasi ini lebih memilih untuk tidak mengamalkan adat perpatih tersebut kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa adat merupakan sesuatu yang sukar dan. 41. FYP FTKW. Cara pemikiran generasi Z , Alpha dan lain-lain kini adalah berbeza dengan pemikiran.

(52) keputusan berdasarkan langkah dan tahap releven yang mudah dan tidak merumitkan keadaan. Masih terdapat banyak faktor yang mempengaruhi minat dan tahap pengamalan adat perpatih dalam kalangan generasi baharu ini jika terus di kaji dan diteliti.. 42. FYP FTKW. merumitkan dalam banyak keadaan. Golongan remaja dan belia kini lebih cenderung membuat.

(53) Negeri Sembilan Menurut Mohd Fadzli dan rakan ( 2014 ), amalan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang wujud di Malaysia adalah sebahagian daripada proses memperkasakan jati diri bangsa Malaysia dalam menentang cabaran dalam menempuh era “ dunia tanpa sempadan”. Adat merupakan warisan budaya yang penting dan melambangkan identiti sekumpulan masyarakat yang diwarisi secara turun temurun dari zaman ke zaman. Walaupun kini undang-undang dan peraturan-peraturan yang ada di Malaysia telah kukuh, usaha dan langkah-langkah pertahanan Adat Perpatih perlu diambil kira untuk memastikan Generasi Muda Negeri Sembilan dapat menerapkan Adat Perpatih sebagai satu identiti yang dominan dalam diri mereka. Pengkaji mengupas mengenai cadangan dan usaha yang dilaksanakan untuk mempertahankan Adat Perpatih dalam kalangan generasi muda. Cadangan dan usaha ini melibatkan semua pihak untuk memastikan Adat Perpatih dapat terus dikembangkan dan diamalkan dari zaman ke zaman. Usaha-usaha pemuliharaan wajar dilaksanakan untuk mempertahankan adat perpatih supaya ia mampu dikekalkan dan diwarisi oleh generasi akan datang. Umum, mengetahui bahawa adat perpatih merupakan sebuah adat yang khusus dan hanya diamalkan di Negeri Sembilan sahaja. Pengekalan adat perpatih adalah penting sebagai satu warisan budaya dan identiti yang melambangkan keunikan masyarakat Negeri Sembilan. Beberapa cadangan usaha digariskan dan dinyatakan dalam satu usaha mempertahankan adat perpatih dalam kalangan generasi muda.. 43. FYP FTKW. 4.5 Cadangan dan Usaha Menerapkan Adat Perpatih dalam Kalangan generasi baharu.

(54) Kerjasama badan-badan Kerajaan & NGO. cadangan & usaha mempertahankan Adat Perpatih. Institusi Kekeluargaan. Penglibatan Masyarakat. Rajah 4.8 : Cadangan dan usaha mempertahankan Adat Perpatih 4.5.1 Pendidikan Pendidikan merupakan salah satu medium pembelajaran yang banyak membantu dalam memberikan dan menambah pengetahuan dalam pelbagai aspek dan pengetahuan am yang penting. Daripada Pendidikan yang diberikan di Sekolah banyak perkara dan isu-isu penting yang boleh diperolehi dan difahami oleh generasi baharu dengan mudah. Pihak kementerian Pendidikan boleh cuba mewujudkan silibus Pendidikan yang berkhususkan mengenai pengetahuan tentang Adat-adat dan warisan-warisan budaya yang penting dan perlu dipertahankan di Malaysia. Daripada Pendidikan generasi muda dapat pendedahan mengenai adat-adat ini dengan lebih cepat dan akan lebih berminat untuk lebih mendalami adat-. 44. FYP FTKW. Jabatan Pendidikan.

(55) merangkumi pelbagai isu mengenai warisan-warisan ketara dan tidak ketara yang ingin dipertahankan dan dikekalkan dari zaman ke zaman. Medium Pendidikan merupakan medium pendedahan yang paling banyak memberi kesan untuk menarik minat golongan kanak-kanak, remaja dan beliau untuk mendalami dan mempelajari sesuatu perkara itu. Pendidikan di peringkat awal membantu merangsang pemikiran generasi muda ini untuk menghargai dan mendalami lagi isu-isu dan perkara-perkara mengenai keperluan dalam mempertahankan adat supaya ia dapat terus diwarisi dari zaman ke zaman secara berterusan. Dengan bantuan Pendidikan yang memberikan pendedahan awal mampu menarik minat generasi muda bukan sahaja kepada adat perpatih malahan terhadap warisan budaya yang lain juga. Pendidikan merupakan bidang yang luas dan paling berkesan dalam menyampaikan maklumat dengan jelas dan terperinci. Ia turut membantu menyampaikan pengetahuan dan pemahaman kepada generasi muda dengan mudah mengenai adat perpatih dan lain-lain warisan budaya yang perlu dan wajar dipertahankan dan dikekalkan. 4.5.2 Institusi Kekeluargaan Keluarga merupakan individu yang pertama yang memberikan ilmu pengetahuan dan Pendidikan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memberikan dan menunjukkan Contoh dan pengetahuan yang jelas mengenai Adat Perpatih ini. Secara dasarnya adat ini diturunkan secara turun temurun daripada keturunan keluarga sejak zaman dahulu lagi, jelaslah bahawa keluarga yang memberikan impak besar dalam usaha menyampaikan dan menunjukkan Contoh terbaik dalam usaha mempertahankan Adat Perpatih.. 45. FYP FTKW. adat ini. Silibus yang diterbitkan tidak lah terhad mengenai Adat Perpatih sahaja tetapi.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Terdapat tiga objektif utama bagi kajian ini, iaitu mengetahui tahap kepimpinan strategik dalam kalangan pemimpin Sekolah Kluster Tamil daerah Pasir Gudang, mengenal pasti

Dapatan kajian bahagian ini dianalisis dan dirumus merujuk kepada objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Soalan : Apakah tahap amalan pedagogi abad

Bagi menjawab objektif kajian pertama, berdasarkan analisis diskriptif mengenai tahap persetujuan responden terhadap pengaruh keuntungan perniagaan mereka melalui

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji tiga objektif utama iaitu mengukur tahap kesihatan mental guru pendidikan khas, mengenal pasti faktor penyumbang kepada

Bagi menjawab objektif kajian nombor tiga, selain menggunakan data seperti mana dalam menjawab objektif kedua, pengkaji juga menambahkan dengan contoh- contoh

5.1 RUMUSAN KAJIAN Kajian ini telah dilaksanakan berdasarkan tiga objektif iaitu mengenalpasti kepentingan pemeliharaan permainan alat muzik gendang kepada generasi muda, mengkaji

Tiga objektif utama telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu untuk mengenal pasti perbezaan kosa kata yang digunakan dalam dialek Kedah antara generasi tua dan muda

Berdasarkan kajian ini, terdapat tiga objektif yang telah dinyatakan iaitu pertama mengenalpasti sejarah dan perkembangan Mek Mulung di Negeri Kedah.Objektif yang kedua adalah

Secara kesimpulannya, kajian yang dijalankan mengenai Wayang Kulit Wong ini berdasarkan tiga objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu mengenalpasti sejarah dan

5.1 PERBINCANGAN Perbincangan yang dilakukan adalah berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah diperolehi semasa kajian ini dibuat iaitu mengenai pengetahuan masyarakat muda dalam

Kajian pengkaji mengenai mempromosikan tarian dabus dalam bentuk poster bagi tahun melawat Negeri Perak telah dilakukan dengan baik dan dapatan analisis kajian juga

Kajian dan penyelidikan ini adalah berkisarkan mengenai adat perkahwinan yang terdapat di Negeri Sembilan iaitu dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang diamalkan oleh

DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan Bab ini menceritakan mengenai dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap kajian Teknik penggunaan pencahayaan dalam filem Munafik

Selain itu, penghasilan kajian ini sedikit-sebanyak dapat memberikan sumbangan kepada pengkaji lain mengenai kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji sekarang iaitu berkaitan

4.6 PENUTUP Secara kesimpulanya, dalam bab 4 ini pengkaji telah menghuraikan dapatan kajian yang dikaji secara menyeluruh mengenai maklumat yang berkaitan dengan kajian

Antara kajian-kajian terdahulu yang telah dianalisis oleh pengkaji adalah daripada Sheikh Azmi yang menceritakan kajian mengenai sulaman 3 dimensi iaitu menfokuskan kepada sulaman

Melalui kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kajian yang dijalankan dapat menjawab segala objektif kajian ialah mengetahui persepsi golongan muda terhadap gaya fesyen mix and

Seperti kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji mengenai analisis penggunaan kesan bunyi dalam filem seram Munafik ini mempunyai objektif yang tersendiri.. Objektif ini perlu

Permasalahan yang sering timbul mengenai amalan pembahagian harta pusaka yang digunakan oleh masyarakat yang mengamalkan hukum Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Responden di dalam kajian ini telah menyatakan sikap yang positif mengenai rakan sebaya OKU di kampus; iaitu, tahap kesedaran dan kefahaman yang tinggi mengenai OKU, tidak merasa

Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes untuk mencapai objektif kajian Dapatan kajian ini tidak

• Perbincangan mengenai kajian-kajian penyelidikan yang telah dibuat oleh pengkaji terdahulu berkaitan dengan topik kajian.. Bab

Kesimpulan hasil dapatan ini berlandaskan tiga objektif kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1, iaitu mengenal pasti ciri-ciri kesantunan berbahasa dalam bahan kajian