• Tiada Hasil Ditemukan

Bentuk bantuan yang diteliti ialah Amanah Ikhtiar Malaysia, Pinjaman TEKUN dan bantuan modal zakat oleh pusat zakat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Bentuk bantuan yang diteliti ialah Amanah Ikhtiar Malaysia, Pinjaman TEKUN dan bantuan modal zakat oleh pusat zakat"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0814

Perlaksanaan Bantuan Modal Zakat: Analisis Perbandingan

Rosbi Abd Rahman Sanep Ahmad Hairunnizam Wahid Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Universiti Kebangsan Malaysia Bangi, 43600 Selangor D.E.

Malaysia e-mail:nep@ukm.my

This Draft June 2008

Bangi 43600, Selangor, Malaysia Fax: 603-89215789 http://www.ukm.my/ekonis

E-mail: ekonis@ukm.my

(2)

ABSTRAK

Bantuan modal yang diberi kepada golongan fakir miskin bertujuan untuk mengubah nasib mereka.

Berbagai bentuk bantuan diberikan seperti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Amanah Ikhtiar Malaysia dan bantuan modal zakat. Setiap jenis bantuan mempunyai ciri tersendiri. Lantaran itu keberkesanan bantuan adalah berbeza dan dinyatakan bahawa bantuan modal zakat didapati paling kurang berkesan. Mengapa dan apakah yang menjadi punca perkara ini berlaku ? Kajian ini bertujuan menganalisis perbezaan ciri bantuan modal yang diberi kepada fakir miskin yang mungkin menjadi punca perbezaan keberkesanan. Kajian ini juga cuba menilai apakah punca bantuan modal zakat sering menemui kegagalan berbanding bantuan lain. Bentuk bantuan yang diteliti ialah Amanah Ikhtiar Malaysia, Pinjaman TEKUN dan bantuan modal zakat oleh pusat zakat. Analisis menggunakan fakta kuanlitatif dan diskriptif. Kajian mendapati bahawa pada umumnya semua jenis bantuan menitik beratkan persediaan awal. Perbezaan amat nyata adalah dari aspek pemantauan yang mana bagi bantuan modal zakat tidak dilakukan pemantauan. Ia dianggap sebagai bantuan berciri ikhsan yang menjadi hak golongan fakir miskin. Berjaya atau gagal tidak menjadi persoalan penting.

Akibatnya ialah penerima bantuan mempunyai motivasi yang rendah, tiada komitmen dan berakhir dengan kegagalan. Implikasi penting dari kajian ini ialah bantuan modal zakat perlu kepada perubahan ciri dan formatnya iaitu kearah bantuan yang bersifat tanggungan dengan pemantauan yang ketat bagi memastikan kejayaan dan keberkesanannya.

Kata kunci: Zakat, bantuan modal, fakir dan miskin, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN

(3)

PENGENALAN

Falsafah dan kepentingan zakat antaranya adalah bagi merapatkan jurang diantara golongan miskin dengan golongan kaya menerusi harta yang dizakatkan. Ianya membolehkan golongan miskin memperolehi bantuan untuk meneruskan kehidupan dan seboleh-bolehnya membantu mereka keluar dari cengkaman kemiskinan. Di Malaysia, pusat-pusat zakat dan Baitulmal yang menerima amanah daripada segi menerima, mengumpul dan mengagihkan zakat, menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dari segi menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf. Bantuan dan agihan disalurkan dalam pelbagai bentuk samada berbentuk tidak produktif atau pun produktif. Bantuan tidak produktif seperti bantuan saraan bulanan, bantuan khas bayaran sewa rumah atau bantuan pendidikan. Bantuan jenis ini adalah bertujuan untuk membantu fakir miskin meneruskan kehidupan dengan dapat memenuhi keperluan asas yang dihajatkan.

Bantuan produktif pula adalah bantuan berbentuk bantuan modal samada dalam bentuk tunai mahupun peralatan. Bantuan modal ini bertujuan bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin mengubah kehidupan kearah yang lebih baik iaitu dari golongan penerima zakat kepada golongan pembayar zakat. Bantuan zakat seperti ini bermatlamat jangka panjang dengan harapan penerima zakat bertukar status menjadi pembayar zakat bersesuaian dengan falsafah zakat itu sendiri.

ISU DAN OBJEKTIF KAJIAN

Sungguhpun pelbagai usaha dan bantuan modal telah disalurkan namun ianya masih belum menunjukkan kejayaan yang membanggakan dari aspek mengeluarkan golongan asnaf dari belenggu kemiskinan. Walaupun tidak dinafikan memang ada golongan asnaf yang berjaya dalam mengunakan peluang dan bantuan yang ada untuk merubah kehidupan, tetapi masih ramai lagi yang tahap kejayaan mereka masih tidak begitu memuaskan. Tanggapan dan gambaran yang diberikan hasil daripada bantuan modal zakat ialah kadar kejayaan yang rendah berbanding dengan bentuk bantuan yang lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). AIM dikatakan mempunyai kadar kejayaan bantuan yang tinggi dan telah dapat mengatasi masalah kemiskinan peserta atau penerima bantuan. Soalnya ialah sekiranya AIM berjaya mengapa tidak dengan bantuan zakat.

Selain itu tidak kurang pentingnya untuk mendalami dan mendapatkan gambaran yang benar dan tepat, mengapa dan apakah punca kadar kejayaan yang rendah. Adakah kegagalan golongan asnaf menggunakan peluang dan bantuan modal ini dipengaruhi oleh sifat bantuan modal zakat yang unik dan tersendiri yang mana ianya diberikan secara percuma tanpa dikenakan syarat-syarat yang mengikat penerimanya untuk membuat bayaran balik. Adakah benar bantuan yang disalurkan menerusi pinjaman daripada Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) atau program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tertakluk kepada kaedah pembayaran balik tertakluk kepada syarat yang ditetapkan memberi kesan kepada kejayaan penerima bantuan ?

Persoalan ini menarik untuk dikaji samada pemberian secara percuma ini menghasilkan kesan yang positif dari segi meningkatkan peluang mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi, atau sebaliknya ianya bersifat negatif iaitu menyumbangkan kepada kegagalan. Ini adalah kerana

“percuma“ membawa kesan kepada beberapa perkara seperti kaedah pemilihan, jumlah modal diberikan, dan juga kaedah pemantauan. Kebanyakan kajian-kajian terdahulu dari segi mengkaji faktor kejayaan dan kegagalan bantuan zakat lebih tertumpu kepada ciri-ciri demografi penerima zakat sepeti hubungan faktor-faktor seperti umur, jantina, tingkat pendidikan, latihan dan kemahiran, pengalaman dalam bidang perniagaan serta jumlah bantuan yang diterima. Harus diingat bahawa sifatnya yang berbeza dengan bentuk bantuan lain iaitu “percuma” mungkin membawa kesan kepada kadar kejayaan yang rendah. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini ialah untuk meneliti apakah punca kegagalan bantuan modal zakat berbanding dengan bentuk bantuan modal yang lain. Secara khusus kajian ini akan meneliti perbezaan aspek kaedah pemilihan, persediaan dan latihan, bentuk / jumlah bantuan dan kaedah pemantauan diantara beberapa jenis bantuan modal yang dijangkakan

(4)

menjadi punca perbezaan pencapaian prestasi bantuan. Bentuk bantuan modal lain yang akan dijadikan perbandingan adalah Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

LATARBELAKANG BANTUAN a) Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) Latarbelakang Penubuhan

Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang diadakan pada tahun 1994 di Universiti Sains Malaysia ( USM ) telah menyarankan bahawa pihak kerajaan perlu mewujudkan dana khas untuk Bumiputera di negara ini. Sehubungan itu, Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia ( USM ) telah menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji keperluan dan cadangan penubuhan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau ringkasannya ( TEKUN ).

Projek perintis kepada program TEKUN ini dilaksanakan di Pulau Pinang dan seterusnya dikembangkan ke Jeli, Kelantan dan di Besut, Terengganu. Dengan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan program perintis ini maka pihak Kerajaan telah menubuhkan Yayasan TEKUN Nasional pada tahun 1998 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan meletakkannya di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada 18 Disember 1998, perjanjian pinjaman dana RM150 juta ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Yayasan Tekun Nasional.

Antara peranan dan objektif TEKUN adalah menyediakan pembiayaan usahaniaga secara mudah, menyediakan peluang-peluang perniagaan dan maklumat keusahawanan,menyediakan khidmat bimbingan kepada para usahawan yang menyertai program TEKUN, mewujudkan komuniti usahawan TEKUN yang progresif dan dinamik serta jaringan,memupuk budaya keusahawanan dikalangan rakyat Malaysia danm mengalakkan budaya menabung dikalangan usahawan TEKUN. TEKUN Nasional sehingga kini telah menjadi institusi pembiayaan kredit mikro yang mampu melahirkan ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berjaya. (Laman Web Rasmi Yayasan Tekun,2008).

b) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Latar Belakang

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah merupakan sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 hb. September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (perbadanan)1952 (pindaan 1981) (akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik. Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malysia melalui pembiayaan Ikhtiar kepada isirumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan yang menambahkan pendapatan. AIM ini mengambil pendekatan yang dilakukan oleh Bank Garmen di Bangladesh. Bank Garmen di Bangladesh diasaskan oleh Dr.

Muhamed Yunus, Pesyarah Ekonomi di Universiti Chitatagong Bangladesh yang telah menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan orang miskin yang mendapati golongan ini tidak berupaya meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Maka Beliau mencadangkan bahawa golongan miskin ini perlu diberi suntikan bantuan modal modal bantuan untuk memajukan hidup mereka. Idea beliau telah berkembang ke seluruh dunia termasuk juga di Malaysia.

Projek perintis AIM di Malaysia telah dimulai di Barat Laut Selangor pada tahun 1986 diketuai oleh Prof. David Gibbons dan Prof Madya Sukor Kasim dari Universiti Sains Malaysia selama dua setengah tahunh Projek awal ini adalah menguji kesesuaian pendekatan Bank Garmeen dan dikenali sebagai projek ikhtiar, ianya dibiayai olen YPEIM, Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan kerajaan Negeri Selangor. Projek ini melibatkan 373 orang isirumah termiskin yang menerima

(5)

pinjaman pertama iaitu seramai 232 orang Sahabat lelaki dan 141 orang sahabat wanita. Antara projek yang dibiayai adalah seperti kedai runcit, kedai makan, berniaga pasar tani, tanaman sayur, tanaman padi dan ternakan binatang mengikut kemahiran dan pengalaman yang ada. Pada akhir Jun 1988, satu kajian telah dijalankan kepada penerima bantuan ini untuk mengenalpasti status projek yang dijalankan. Hasil kajian mendapati sahabat wanita menunjukkan kadar peratusan bayar balik yabg tinggi iatu 95 peratus berbanding sahabat lelaki 75 peratus. Kajian impak juga menunjukkan projek Aim ini berjaya menunjukkan peningkatan pendapatan lebih ketara pada sahabat wanita dengan tambahan pendapatan sebanyak RM136 sebulan manakala bagi sahabat lelaki peningkatan pendapatan sebanyak RM65 sebulan, Projek AIM ini terus berkembang pesat ke seluruh negara (Laman Web Rasmi AIM,2008).

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan(RMKe- 8) AIM telah menyediakan kredit mikro berjumlah RM1.02 bilion kepada 147,544 peserta menerusi 69 cawangan dan 3,962 pusat khidmat diseluruh negara. Kebanyakan peserta AIM ini terdiri daripada wanita dan ibu tunggal di luar bandar.

Peranan AIM terus diperkukuhkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-(9), dimana AIM telah diberi peranan untuk membantu membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh kemiskinan kepada 2.8 peratus menjelang tahun 2010. Menjelang tahun 2010, AIM akan memperluas kemudahan kredit mikro kepada 69,200 peserta tambahan dan menambah keahlian kepada 203,200 (Rancangan Malaysia Kesembilan,2006)

c) Bantuan Zakat Modal Perniagaan Latar Belakang

Di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi bahagian Baitulmal berperanan dan bertanggungjawab dari segi mengagihkan wang zakat yang diterima kepada golongan asnaf yang layak. Baitulmal MAIWP ditubuhkan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 60 (1), Akta 505 (Akta pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan ).

Kaedah-kaedah Baitulmal telah dibuat untuk memudahkan lagi pengurusan Baitulmal khususnya dari segi perbelanjaan dan pengagihan. Kaedah tersebut dikenali dengan kaedah–kaedah Baitulmal Wilayah Persekutuan (perbelanjaan dan penggunaan) 1980, (Pindaan)1988, (Pindaan ) 1996. Objektif Baitulmal adalah sebagai institusi kewangan Islam yang berperanan untuk membangun dan menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan .Sehingga kini terdapat sebanyak 26 skim bantuan Baitulmal yang disediakan untuk diagihkan kepada asnaf yang layak, antaranya adalah seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan persekolahan, bantuan perubatan, bantuan musibah dan agensi pendidikan, bantuan wang segera, bantuan am pelajaran, bantuan perkahwinan, bantuan Ramadhan, bantuan Tuisyen, Bantuan Galkan Hafaz Al-Quran, Bantuan Pertanian, Bantuan Guaman Syarie dan tidak ketinggalan Bantuan Perniagaan. Skim bantuan yang disediakan ini samada dalam bentuk bantuan secara jangka pendek dan tidak produktif dan juga skim bantuan jangka panjang dan berbentuk produktif.

Bagi bantuan zakat berbentuk skim bantuan perniagaan, golongan sasaran utama penerima bantuan adalah terdiri dari golongan asnaf fakir dan miskin. Penentuan golongan fakir dan miskin adalah tertakluk kepada pengiraan had al kifayah yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Mesyuarat MAIWP bagi menentukan penerima adalah layak dikatogerikan dalam golongan fakir dan miskin yang layak berdasarkan had kifayah yang ditentukan.

Kadar bantuan modal yang diberikan tetakluk kepada pemberian sebanyak RM5,000 bagi pemberian kali pertama. Jumlah bantuan modal yang diberikan ini menunjukan peningkatan di mana pada tahun 2000 sejumlah RM405,710 telah diperuntukan dan ianya terus meningkat kepada RM436,150 pada tahun 2005(Laporan Tahunan Zakat, 2005).

Skim bantuan modal perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan asnaf fakir dan miskin memandangkan syarat yang ditetapkan ini agak mudah seperti hanya perlu menunjukkan bukti menerusi lesen perniagaan tanpa dikenakan syarat lain seperti menunjukkan rekod kemajuan perniagaan, pelan rancangan perniagaan, tidak perlu menyediakan cagaran, penjamin dan yang ketara

(6)

sekali bantuan yang disediakan adalah 100 peratus percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran balik.

Sungguhpun skim bantuan perniagaan ini merupakan salah satu cara untuk membantu golongan asnaf fakir dan miskin mendapatkan bantuan bagi memulakan kehidupn berdikari, namun dari segi jumlah penerimanya dan jumlah bantuan yang disalurkan masih lagi kecil. Pada tahun 2000 hanya seramai 143 orang menerima bantuan ini dengan nilai bantuan berjumlah RM405,710, sejumlah 139 orang pada tahun 2004 dengan nilai bantuan sebanyak RM439,461 dan seramai 141 orang penerima bantuan pada tahun 2005 dengan nilai bantuan sebanyak RM436,150. Nilai bantuan modal zakat yang disalurkan kepada golongan ini merangkumi tidak sampai satu(1) peratus daripada jumlah keseluruhan agihan pendapatan zakat pada tahun berkenaan.

PROSEDUR PEMBERIAN BANTUAN a) Syarat–syarat bantuan / pinjaman

Syarat –syarat umum bagi pemberian zakat Baitulmal dibawah skim bantuan perniagaan antaranya adalah seperti Islam, Warganegara Malaysia,Bermastautin di Wilayah persekutuan tidak kurang dari setahun,mengemukakan senarai tanggungan pemohon, salinan pendaftaran perniagaan(SSM)/ surat kebenaran perniagaan dan lesen perniagaan dari pihak berkuasa . Disamping itu juga jumlah pendapatan pemohon mesti tidak melebihi had kifayah yang ditetapkan mengikut jadual pengiraan had kifayah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Manakala bagi bantuan pinjaman yang disediakan oleh Yayasan Tekun adalah merangkumi syarat- syarat umum seperti Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun, Mempunyai lessen perniagaan/permit/daftar perniagaan yang sah, mempunyai premis perniagaan / lokasi / cadangan lokasi dengan dokumen sokongan, tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan tidak baik, terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan, Satu pembiayaan untuk satu isi rumah dan mempunyai pengetahuan / pengalaman / kemahiran asas mengenai perniagaan yang akan dijalankan.

Bagi bantuan pinjaman di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) antara syarat–syarat umum yang dikenakan kepada peminjam adalah seperti Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerajaan iaitu RM661 sebulan (RM152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM888 sebulan (RM173 perkapita) bagi Sabah. Peserta juga perlu bersedia menubuhkan kumpulan. Terdiri dari lima orang, sejantina, dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat serta perlu menghadiri kursus wajib jangka pendek selama 5 hari bertujuan memahami peraturan dan syarat AIM.

b) Jumlah bantuan

Bagi bantuan zakat modal perniagaan, bantuan yang disediakan adalah dalam lingkungan antara RM 2000 sehingga RM40,000. Walaubagaimanapun mulai tahun 2005, pembiayaan minimum adalah ditetapkan kepada RM5000 bagi permohonan kali pertama. Pembiayaan adalah dalam bentuk tunai dan pembelian alatan modal untuk kegunaan perniagaan berkenaan. Bagi Yayasan TEKUN Nasional pula pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM50,000. Manakala bagi skim pembiayaan Amanah Ikhtiar (AIM) pula menawarkan pinjaman dalam lingkungan RM2000 sehingga RM50,000 tertakluk kepada jenis pinjaman yang dipohon.

c) Jenis aktiviti perniagaan

Aktiviti perniagaan yang boleh diberikan bantuan modal dibawah bantuan zakat antaranya meliputi bantuan perniagaan kecilan seperti seperti makanan, minuman, buah-buahan dan pembekalan dan alat tulis. Yayasan TEKUN Nasional pula memberikan pembiayaan bagi pelbagai jenis bantuan perniagaan samada gerai tetap, gerai bergerak, kedai tetap, perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan pembuatan dan perniagaan berbentuk pakej seperti seperti produk kecantikan, makanan sejuk

(7)

beku, pusat tuisyen dan lain-lain jenis perniagaan yang akan ditentukan. Bagi pembiayaan dibawah AIM, jenis perniagaan yang dipertimbangkan adalah seperti kedai runcit, kedai makan, berniaga pasar tani dan lain-lain mengikut kemahiran dan pengalaman.

d) Kaedah bayaran balik

Penerima bantuan zakat dibawah skim bantuan perniagan ini tidak perlu membayar kembali bantuan yang diterima, malahan tiada sebarang caj perkhidmatan yang dikenakan, bantuan ini adalah 100 peratus percuma dan menjadi milik sepenubhya penerima bantuan. Manakala bagi pembiayaan dibawah Yayasan TEKUN Nasional pula tempoh pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Bayaran balik pembiayaan akan dibuat setiap minggu, 2 minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada persetujuan peminjam.Bagi pembiayaan di bawah AIM pula mereka dikehendaki membuat bayaran secara mingguan mengikut tempoh dan kadar yang ditetapkan. Tempoh bayaran balik antara 25 minggu sehingga 150 minggu tertakluk kepada jenis pinjaman . Disamping itu caj pengurusan tahunan 10% akan dikenakan ke atas setiap peminjam.

e) Kaedah pemantauan

Bagi mereka yang menerima bantuan samada menerusi Yayasan TEKUN atau AIM, pemantauan dapat dilakukan menerusi kaedah bayaran balik yang menetapkan syarat-syarat tertentu bagi membuat bayaran balik pembiayaan pinjaman berkenaan. Situasi ini berlainan bagi para penerima bantuan modal zakat, ini kerana setelah menerima bantuan modal zakat ini kebanyakannya meneruskan perniagaan mereka tanpa menerima pemantauan atau khidmat nasihat yang berkala daripada institusi zakat berkenaan. Menurut sumber dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pemantauan secara berkala ini tidak dapat dilaksankan secara sistematik kerana mereka kekurangan kakitangan untuk melaksanakannya.

Pemantauan hanya dilaksanakan mengikut keperluan terutamanya apabila penerima bantuan modal zakat memohon bantuan untuk kali kedua atau seterusnya,maka pada masa ini mereka akan turut padang untuk meninjaya dan melakukan siasatan samada perniagaan tersebut benar-benar wujud dan boleh dikembangkan dan sesuai untuk diberikan tambahan modal. Pemantauan juga akan dijalankan apabila pihak MAIW mendapat aduan atau maklumat daripada orang awam bahawa bantuan yang diberikan telah disalahgunakan dan diselewengkan oleh penerima bantuan tersebut. Hasil siasatan ini akan digunakan untuk menilai sejauhmana kebenaran dakwaan berkenaan dan sekiranya terbukti kebenarannya,maka penerima bantuan ini akan disenarai hitam daripada menerima bantuan berkenaan dimasa hadapan. Pemantauan juga akan hanya dijalankan apabila penerima bantuan dipilih secara rawak untuk menjalani kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh institusi zakat berkenaan.

Penerima bantuan yang terpilih kursus keusahawanan ini akan diberi latihan dari aspek keusahawanan daripada sejumlah mereka yang menghadiri kursus berkenaan maka akan dipilh mereka yang berkelayakan yang telah dinilai dan dirasakan bersesuaian untuk ditawarkan bantuan bagi mengembangkan dan meluaskan perniagaan mereka.

Memandangkan bahawa aspek pemantauan tidak begitu dititikberatkan oleh institusi zakat berkenaan berdasarkan kekangan yang dinyatakan, maka dicadangkan bahawa aspek pemantauan juga dijadikan sebagai salah satu faktor utama yang diuji pengaruhnya terhadap kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan berkenaan. Program pemantauan adalah merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan dan dipandang ringan dalam memastikan kejayaan atau kegagalan bidang perniagaan yang diceburi.

Seperti yang telah dibincangkan bahawa institusi zakat ( dalam perbincangan ini merujuk kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) menjelaskan mereka kekurangan sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti pemantauan secara berkala, maka aspek pengurusan dan pentadbiran institusi zakat yang sistematik dan kreatif juga akan diuji sebagai salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya kearah menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Komitmen dan

(8)

perhatian, sikap profesinalisma , corak kerja yang sistematik adalah penting ke arah memantap dan memertabatkan lagi kedudukan instiusi zakat sebagai satu badan yang menjaga kepentingan golongan asnaf.

Secara ringkasnya perbandingan skim bantuan/ pembiayaan yang disediakan oleh ketiga-tiga institusi berkenaan dari segi syarat bantuan, jumlah pinjaman, jenis perniagaan yang dibiayai, kaedah dan cara pembayaran balik serta aktiviti pemantauan yang dijalankan dapat diringkaskan dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1:Perbandingan Antara Garis Panduan Pinjaman atau Bantuan Modal Bagi Institusi Zakat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Tekun Nasional

Perkara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)

Syarat- Syarat Bantuan/

Pinjaman

 Islam

 Warganegara Malaysia

 Bermastautin di Wilayah persekutuan tidak kurang dari setahun

 Senarai tanggungan pemohon

 Salian pendaftaran Perniagaan (SSM)/Surat kebenaran berniaga

 Lesen Perniagaan dari pihak Berkuasa

 Salian Akuan Sumpah Pendapatan pemohon dan slip gaji suami/isteri yang bekerja dan penyata pencen

 Surat pengesahan doctor dari hospital kerajaan jika pemohon atau tanggungan megalami sakit kronik

 Salinan kad JKM pemohon dan tanggungan jika ada

 2 keping gambar perniagaan sedang beroperasi

 Surat permohonan rasmi menyatakan masalah dan sebab memohon bantuan Baitulmal.

Jumlah pendapatan pemohon mesti tidak melebihi had kifayah yang ditetapkan mengikut jadual pengiraan had kifayah oleh Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan.

 Isirumah yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan semasa kerjaan iaitu RM661 sebulan (RM152 perkapita) bagi Semenanjung Malaysia, RM765 sebulan (RM 167 perkapita) bagi Sarawak dan RM888 sebulan (RM173 perkapita) bagi Sabah

 Bersedia menubuhkan kumpulan. Terdiri dari lima orang, sejantina, dipercayai, bertanggungjawab dan tiada tali persaudaraan yang rapat

 Perlu menghadiri kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, iaitu 1 ½ jam sehari bertujuan memahamai peraturan dan syarat AIM

 Selepaas lulus ujian khas, peserta perlu menyertai peserta-peserta lain yang terdiri daripaad 2 hingga 8 kumpulan yang dipanggil pusat

 Peserta wajib hadir kemesyuarat mingguan pusat.

Segala urusan seperti permohonan pembiayaan dan bayaran balik pembiayaan akan dijalankan semasa

 mesyuarat mingguan.

Pinjaman Tekun Niaga/Tunas

 Bumiputera berumur 18- 60 tahun

 Mempunyai lessen /permit/ daftar perniagaan yang khusus

 Mempunyai tempat perniagaan yang khusus

 Terlibat secara langsung dan sepenuh masa

 Tidak mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik

 Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000

 Telah berniaga sekurang- kurangnya 6 bulan

 Satu pembiayaan untuk satu isi rumah

Syarat tambahan

 Baru hendak memulakan perniagaan (mempunyai Rancangan perniagaan) atau baru berniaga kurang dari 6 bulan.

 Mengemukakan rancangan perniagaan (RP).

 Usahawan perlu

menyediakan 10%

daripada modal

keseluruhan perniagaan

 Seorang penjamin

(9)

Jumlah Pinjaman

Diantara RM 2000 sehingga RM40,000. Mulai 2005 pembiayaan minimum adalah RM5000 bagi permohonan kali pertama. Pembiayaan dalam bantuk tunai dan pembelian alatan modal untuk kegunaan perniagaan berkenaan.

Terdapat 4 jenis pembiayaan IKhtiar

 IKhtiar Rezeki a) Mesra - RM2000 -

RM20000 b)Srikandi-RM2000-

RM20,000 c)Wibawa- RM 5000 d)I-Wawasan- RM20000-

RM50,000

 Ikhtiar Bestari- RM5000

 Ikhtiar Sejahtera- RM10000

 Ikhtiar Penyayang-RM5000

RM 500 hingga RM50,000

Jenis Aktiviti Perniagaa n Yang Dibenark an

Pelbagai bentuk perniagaan seperti makanan, minuman, buah-buahan dan pembekalan dan alat tulis

.

Pelbagai seperti kedai runcit, kedai makan, berniaga pasar tani dan lain;lain mengikut kemahiran dan pengalaman

Gerai tetap, gerai bergerak, kedai tetap, perniagaan perkhidmatan, engangkutan, Pembuatan dan perniagaan berbentuk pakej seperti produk kecantikan, pusat tuisyen dan sebagainya.

Kaedah Pembayar an Balik

Tiada sebarang pembayaran dan tiada caj perkhidmatan dikenakan.

Bantuan 100% percuma.

Secara mingguan mengikut tempoh dan kadar yang

ditetapkan. Tempoh bayaran balik antara 25 minggu sehingga 150 minggu tertakluk kepada jenis pinjaman

Caj pengurusan tahunan 10% ke atas setiap peminjam

Perlu membayar balik pinjaman mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan.Tempoh

pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Bayaran balik pembiayaan akan dibuat setiap minggu, 2 minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada persetujuan peminjam.

Kaedah pemanta uan

Tiada pemantauan berkala dijalankan. Pemantauan hanya mengikut keperluan semasa

AIM di tadbir urus oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Unit

Penyelarasan dan Pellaksanaan (UPP) jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewanagn

Malaysia, Kementerian

pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan Wakli Kerajaan Negei dan individu tertentu yang dilantik dalam kapasiti peribadi bagi menjamin urusan AIM adil dan tiada penyelewengan.

Penerima pinjaman dipantau rekod pembayaran balik pinjaman yang dibiayai mengikut syarat yang ditetapkan.

(10)

Sahabat perlu menjelaskan pinjaman secara mingguan semasa menghadiri mesyuarat mingguan

Mesyuarat Pusat bersama Sahabat secara mingguan yang wajib dihadiri bagi menilai, memantau dan membimbing sahabat.Sahabat juga diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM5 untuk tujuan kecemasan.

(11)

Kajian ini cuba meneliti perbezaan aspek kaedah pemilihan, persediaan dan latihan, bentuk / jumlah bantuan dan kaedah pemantauan diantara beberapa jenis bantuan modal. Bentuk bantuan modal lain yang akan dijadikan perbandingan adalah Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kajian mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan ketara diantara bantuan modal zakat dengan bantuan modal AIM dan TEKUN. Perbezaan ini dirasakan menjadi penyumbang utama mengapa bantuan modal zakat sering menemui kegagalan sedangkan bantuan modal oleh AIM dan TEKUN mendapat kejayaan. AIM dan TEKUN mempunyai banyak persamaan berbanding dengan bantuan modal zakat yang amat berbeza dari aspek jumlah bantuan, kaedah pemantauan dan kewajipan membayar semula modal.

Adalah dicadangkan supaya langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilakukan dalam usaha membantu keberkesanan bantuan modal oleh institusi zakat. Penambahbaikan ini dapat dicontohi daripada pengalaman AIM dan TEKUN. Diantara langkah penting yang boleh dilakukan oleh pusat zakat ialah seperti berikut:

 Mengadakan pemantauan berkala sekurang-kurangya enam bulan sekali terhadap penerima bantuan modal perniagaan;

 Mengadakan satu rangkaian/jaringan sosial diantara penerima bantuan dan mengadakan perjumpaan/sesi dailog dengan semua penerima sekurang-kurangnya setahun sekali;

 Menyediakan ruang/tapak perniagaan untuk disewakan oleh pemohon bantuan perniagaan dilokasi yang bersesuaian;

 Menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA bagi tujuan membantu dari segi pemasaran hasil perniagaan;

 Mewujudkan satu pangkalan data yang lengkap mengenai kemajuan/ pencapaian dan maklumat tentang kejayaan/kegagalan penerima bantuan;

 Prosedur pemilihan penerima bantuan diperkemaskan dan dimantapkan lagi seperti memastikan pemohon menyediakan rancangan atau pelan perniagaan sebelum memohon bantuan sebagai tanda komitmen dari pihak mereka;

 Menilai kesesuaian jumlah bantuan modal yang diperlukan agar bersesuaian dengan jenis perniagaan yang diusahakan;

 Mewajibkan pemohon menghadiri kursus/latihan keusahawanan sebelum menerima bantuan modal berkenaan ;

 Mengadakan perkongsian pintar bersama insitusi lain sepeti Yayasan TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar untuk memantapkan dan meningkatkan kejayaan penerima bantuan modal;

 Menyediakan khidmat sokongan seperti kursus, latihan keusahawanan yang berkala dan berterusan kepada penerima bantuan;

 Mengadakan majlis penganugerahan usahawan berjaya untuk meningkatkan motivasi kepada penerima bantuan;

(12)

 Memastikan pihak pentadbiran institusi zakat melaksanakan pendekatan proaktif dan turun padang dalam memastikan bantuan ini benar-benar dimanfaatkan oleh penerima bantuan; dan

 Memperhebatkan kempen dan promosi dengan kerjasama pihak media bagi mencari pemohon yang berkelayakan dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam dunia keusahawanan.

RUJUKAN

Amanah Ikhtiar Malaysia. 2006. Majalah Ikhtiar Julai–September 2006

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2003. Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2004 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2005 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2006 Malaysia.2006. Rancangan Malaysilam malysiaa Kesembilan,2006-2010

Nik Mustafa Nik Hassan. 2002. Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur:

Institut Kefahaman Islam Malaysia

Nor Aishah Buang. 2002. Asas Keusahawanan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Laporan Zakat 2006.

Laman Web Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia.http://www.aim.gov.my/cms/index.htmldiakses pada 25/5/2008

Laman Web Rasmi Yayasan TEKUN Nasional.http://www.tekun.gov.my/ homepage. diakses pada 2/7/2008.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Perkara yang masih menunjukkan ke arah ketidak puasan hati penerima zakat mahupun amil adalah tertumpu kepada aspek birokrasi permohonan zakat yang ketat dan jumlah bantuan

Analisis kajian ini adalah terhadap banduan di Penjara Wanita Kajang khususnya peserta bengkel Amanah dan Perusahaan untuk melihat sejauh mana program latihan vokasional

Oleh ih/, institusi zakat perlu mengambil kirajuga perbelanjaan perlindungan dan pengangkutan dalam bantuan zakat pendidikan selain empat item yang sedia ada kerana perbelanjaan

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa skim bantuan zakat dalam program yang diwujudkan oleh LZS memang terdapat konsep had al-kifayah yang mengikut kepada Maqasid

Kajian ini dijalankan untuk melihat bentuk-bentuk bantuan zakat yang diterima oleh asnaf Orang Asli di perkampungan Orang Asli daerah Sepang, Selangor di bawah kategori

Kajian ini dijalankan untuk melihat bentuk-bentuk bantuan zakat yang diterima oleh asnaf Orang Asli di perkampungan Orang Asli daerah Sepang, Selangor di bawah kategori

Justeru itu, merujuk kepada usaha-usaha yang telah dan giat dijalankan oleh LZS dari segi program pendidikan dan juga bantuan atau skim zakat pendidikan yang

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti mekanisma agihan zakat pendidikan peringkat ijazah kepada asnaf melalui skim dan bentuk bantuan yang disediakan oleh