• Tiada Hasil Ditemukan

(1)FYP FTKW POTENSI PELANCONGAN WARISAN DI MAKAM KERAMAT ANAK DARA, KUALA SELANGOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(1)FYP FTKW POTENSI PELANCONGAN WARISAN DI MAKAM KERAMAT ANAK DARA, KUALA SELANGOR"

Copied!
141
0
0

Tekspenuh

(1)FYP FTKW POTENSI PELANCONGAN WARISAN DI MAKAM KERAMAT ANAK DARA, KUALA SELANGOR. Oleh WAN NADIA FATIHAH BINTI WAN NABIMUN. Projek penyelidikan ini disediakan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian. FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 2022.

(2) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.. TERBUKA. Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi dimana penyelidikan dijalankan)*. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan. Disahkan oleh:. 981024-11-5170. Dr. Daeng Haliza binti Daeng Jamal. Tarikh : 28022022. Tarikh: 27022022. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoh dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. i. FYP FTKW. PERAKUAN TESIS.

(3) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dipanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnianya projek penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Besyukur saya kepada Allah kerana berkat doa, usaha dan kesabaran juga bantuan daripada semua pihak yang berganding bahu dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia Projek Penyelidikan iaitu Dr. Daeng Haliza bt Daeng Jamal yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan oleh beliau telah memberi pengalaman yang baru untuk diri saya dan untuk kegunaan di masa akan datang. Ribuan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada informan dan responden yang terlibat dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam pada itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong perjalanan pengajian dan pengkajian dari permulaan sehinggalah ke hari ini. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang turut menzahirkan idea-idea baru dan sentiasa membantu dalam penghasilan kajian ini. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan yang telah membenarkan projek penyelidikan ini dilaksanakan. Mudah-mudahan penyelidikan ini dapat menyumbang sedikit sebanyak maklumat kepada semua pihak dan rujukan untuk masa akan datang.. ii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(4) HALAMAN PERAKUAN TESIS. i. PENGHARGAAN. ii. ISI KANDUNGAN. iii. SENARAI JADUAL. vii. SENARAI RAJAH. vii. SENARAI GAMBAR. viii. ABSTRAK. ix. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan. 1. 1.2 Permasalahan Kajian. 3. 1.3 Persoalan Kajian. 4. 1.4 Objektif Kajian. 4. 1.5 Skop Kajian. 4. 1.6 Definisi Operasional. 5. 1.6.1. Potensi Pelancongan. 5. 1.6.2. Pelancongan Warisan. 6. 1.6.3. Makam Keramat. 8. 1.7 Kepentingan Kajian. 9. 1.7.1. Pengurusan Warisan Tapak Makam. 9. 1.7.2. Peranan Komuniti Setempat. 10. 1.7.3. Mempromosi Sejarah Tempatan’. 10. iii. FYP FTKW. ISI KANDUNGAN.

(5) 11. BAB II SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.1 Pengenalan. 12. 2.2 Teori Fungsionalisme (1975). 12. 2.3 Sorotan Kajian Lepas. 14. 2.3.1 Potensi Pelancongan. 14. 2.3.2 Pelancongan Warisan. 20. 2.3.3 Makam Keramat. 27. 2.4 Kerangka Teoritikal. 31. 2.5 Kesimpulan. 36. BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan. 37. 3.2 Proses Pengumpulan Data. 37. 3.2.1 Data Sekunder. 37. 3.2.2 Data Primer. 38. 3.2.3 Data Kualitatif. 40. 3.2.4 Data Kuantitatif. 41. 3.3 Kaedah Analisis Data. 43. 3.3.1. Kaedah Kualitatif. 44. 3.3.2. Kaedah Kuantitatif. 48. 3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan. 51. 3.5 Kesimpulan. 55. BAB IV DAPATAN KAJIAN iv. FYP FTKW. 1.8 Organisasi Penulisan.

(6) 56. 4.2 Analisis Dapatan Kajian Temubual. 57. 4.3 Sejarah Lagenda Makam Keramat Anak Dara di Bukit. 60. Malawati Kuala Selangor 4.3.1 Sejarah Pembinaan Tapak Makam Keramat Anak Dara. 60. di Bukit Malawati, Kuala Selangor. 4.3.2 Faktor Kepada Pengenalan Tapak Makam Sebagai. 62. Sebuah Makam Keramat. 4.3.3 Figura Yang Dikenali Sebagai “Anak Dara”. 64. 4.3.4 Pewartaan Tapak Makam Sebagai Monumen Sejarah di. 65. Kuala Selangor. 4.3.5 Kepentingan Makam Keramat Anak Dara dalam. 66. Sejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor. 4.4 Potensi Pelancongan Warisan di Makam Keramat Anak. 68. Dara Bukit Malawati, Kuala Selangor. 4.4.1 Pihak Yang Bertanggungjawan Sepenuhnya Dalam. 68. Pengelolaan Tapak Makam 4.4.2 Usaha Memartabatkan Tapak Makam. 74. 4.4.3 Kelebihan Tapak Makam Keramat Anak Dara Kepada. 76. Pelancong 4.4.4. Kesesuaian. Tapak. Makam. Sebagai. Destinasi. 77. 4.4.5 Potensi tapak makam sebagai salah sebuah destinasi. 79. Pelancongan. pelancongan warisan di Kuala Selangor.. v. FYP FTKW. 4.1 Pengenalan.

(7) 81. Makam 4.5.1 Demografi Responden. 81. 4.5.2 Pengetahuan Am Komuniti Awam tentang Makam. 83. Keramat Anak Dara 4.5.3 Potensi Pelancongan Warisan di Makam Keramat Anak. 86. Dara 4.6 Analisis Teori Fungsionalisme. 95. 4.7 Kesimpulan. 98. BAB V RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Rumusan Kajian. 100. 5.2 Cadangan. 102. 5.3 Penutup. 103. RUJUKAN. 104. LAMPIRAN A. 107. LAMPIRAN B. 128. vi. FYP FTKW. 4.5 Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Pelestarian Tapak.

(8) NO.. HALAMAN. 2.4 Jadual Kaedah Talcott Parsons (1975). 31. 3.1 Jadual Bilangan Penduduk Kuala Selangor. 49. 3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970). 50. 3.3 Interprestasi Skor Alpha Cronboach (Bond & Fox, 2015). 54. 4.1 Kod Informan dan Huraiannya. 57. 4.2 Tema dan Subtema. 58. 4.3 Maklumat Informan. 59. 4.5.1 Data Demografi Responden. 82. 4.5.2 Pengetahuan Am Komuniti Awam tentang Makam. 84. 4.5.3 Potensi Pelancongan Warisan di Makam Keramat Anak Dara. 86. SENARAI RAJAH NO. 2.1. HALAMAN Teori Fungsionalisme dalam penglibatan komuniti. 34. setempat 4.6. Kerangka Teoritikal Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Pelestarian Tapak Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati, Kuala Selangor.. vii. 95. FYP FTKW. SENARAI JADUAL.

(9) NO.. HALAMAN. 4.1. Tangga Makam Sebelum Diselenggara. 69. 4.2. Tangga Makam Selepas Diselenggara. 70. 4.3. Keadaan Tapak Makam Sebelum Diselenggara. 71. 4.4. Keadaan Tapak Makam Selepas Diselenggara. 71. 4.5. Kerosakan di sekitar tangga makam akibat vandalisme. 72. 4.6. Contengan di Kawasan Bukit Tanjung Keramat. 73. 4.7. Longgokan Sampah di Kaki Bukit Tanjung Keramat. 73. viii. FYP FTKW. SENARAI GAMBAR.

(10) DARA KUALA SELANGOR. ABSTRAK. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah lagenda Makam Keramat Anak Dara dan menghurai potensi pelancongan warisan di persekitaran tapak makam. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis penglibatan komuniti setempat dalam pelestarian tapak Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati Kuala Selangor. Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah campuran. Kaedah ini telah menggabungkan instrumen kualitatif dan kuantitatif untuk menganalisis data Potensi Pelancongan Warisan di Tapak Makam Keramat Anak Dara Kuala Selangor. Tujuan kaedah campuran ini digunakan adalah untuk memberi perspektif alternatif dalam kajian. Oleh itu, seramai enam orang pihak berkepentingan telah dikenalpasti dalam kajian ini yang terdiri daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pusat Informasi Pelancongan Negeri Selangor, Penduduk Kampung 1 dan Penduduk Kampung 2. Manakala, bagi edaran borang soal selidik, seramai 214 orang penduduk di sekitar Kuala Selangor telah menjawab soalan borang soal selidik. Responden dari Kuala Selangor ini telah ditinjau dengan mengaplikasikan Teori Fungsionalisme oleh Talcott Parson (1975). Hasil kaian ini menemukan bahawa pengurusan monumen bersejarah di Kuala Selangor telah dilakukan pihak berwajib. Hal ini dilihat apabila pelbagai inisiatif dan idea-idea baru untuk memastikan khazanah warisan di Kuala Selangor sentiasa dipulihara dan dipelihara untuk kunjungan pelancong di masa akan datang. Kata Kunci: Potensi, Pelancongan Warisan, Makam Keramat, Kuala Selangor ix. FYP FTKW. POTENSI PELANCONGAN WARISAN DI MAKAM KERAMAT ANAK.

(11) DARA KUALA SELANGOR ABSTRACT This study aims to identify the legendary history of Anak Dara Tomb and describe the potential of heritage tourism in the vicinity of the tomb site. In addition, this study was also conducted to analyze the involvement of the local community in the preservation of the Anak Dara Shrine site in Bukit Malawati Kuala Selangor. The study method conducted is mixed method. This method has combined qualitative and quantitative instruments to analyze the data of Heritage Tourism Potential at the Kuala Selangor Virgin Mary Shrine Site. The purpose of this mixed method used is to provide an alternative perspective in the study. Therefore, a total of six stakeholders have been identified in this study which consists of the Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pusat Informasi Pelancongan Negeri Selangor, Village 1 Residents and Village 2 Residents. For the distribution of questionnaires, a total of 214 residents around Kuala Selangor have answered the questionnaire questions. Respondents from Kuala Selangor were surveyed by applying the Theory of Functionalism by Talcott Parson (1975). Based on the analysis found, the management of historical monuments in Kuala Selangor has been taken by the responsible party. This is seen when various initiatives and new ideas to ensure that the heritage treasures in Kuala Selangor are always preserved and for future tourist visits. Keywords: Potential, Heritage Tourism, Tomb, Kuala Selangor. x. FYP FTKW. POTENSI PELANCONGAN WARISAN DI MAKAM KERAMAT ANAK.

(12) PENDAHULUAN 1.1. PENGENALAN. Makam adalah sebuah kediaman atau tapak bersemayam dan merupakan tempat persinggahan terakhir manusia yang sudah meninggal dunia (W. J. S. Poerwodarminto, 1993). Manakala keramat adalah sebuah perkataan yang berasal daripada bahasa arab, “karamah” yang bermaksud kemuliaan yang dimiliki oleh seseorang. Keramat adalah mereka yang memiliki perbuatan yang luar biasa dan kebiasaannya dilakukan oleh wali Allah. Namun begitu, tidak semua keramat yang dimaksudkan memiliki perbuatan yang baik. Hal ini kerana terdapat segelintir manusia yang menjadikan perkataan keramat ini sebagai kegunaan sihir (Abdul Azis Ahyadi, 1988). Di Malaysia, terdapat beberapa buah makam yang menjadi kepentingan dari sudut sejarah. Di antaranya adalah Makam Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Makam Almarhum Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah (Majlis Perbandaran Klang, 2020). Kedua-dua makam ini terletaknya di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Selain itu, menurut Bernama (2018), satu tanah perkuburan telah dijumpai milik kepada Sultan Kedah Pertama iaitu Sultan Mudzafar Shah I. Oleh itu, jelaslah bahawa makam yang terdapat di Malaysia mempunyai kepentingan tersendiri dan perlu dititiberatkan. Walaubagaimanapun, kajian ini tertumpu kepada tapak Makam Keramat Anak Dara yang terletak di Kuala Selangor. Tapak Makam Anak Dara ini terletak di hujung jalan ke Tanjung Keramat, kira-kira 1 kilometer dari Bandar Kuala Selangor serta berada di atas Bukit Keramat setinggi 100 kaki dari aras laut di pinggir Tasik Shina (Berita Harian, 2015). Dalam konteks ini, Makam Keramat Anak Dara dijadikan 1. FYP FTKW. BAB I.

(13) Selangor. Makam Keramat Anak Dara adalah sebuah tapak perkuburan yang menjadi simbol pemergian seorang anak gadis yang bernama Rubiah. Hal ini merujuk kepada seorang anak gadis yang dipaksa berkahwin dan telah menghilangkan diri pada hari perkahwinan dan jasadnya tidak dijumpai sehingga ke hari ini (Berita Harian, 2015). Menurut Berita Harian (2015), tujuan tapak makam ini diwujudkan adalah sebagai tanda mengingati seorang gadis yang disayangi oleh sepasang suami isteri. Oleh itu, jelaslah bahawa keunikan dari sudut legenda tapak Makam Keramat ini menarik untuk diteroka. Seterusnya, Makam Keramat Anak Dara ini juga dikenali sebagai sebuah tapak perkuburan yang terkenal dengan pusat bagi mereka yang ingin bernazar. Menurut Syeikh Mansur bin Yunus bin Idris (2003), nazar adalah sesuatu perkara yang menjadikan seseorang itu berjanji sama ada untuk melakukan perbuatan baik atau buruk. Manakala, nazar juga dikenali sebagai satu usaha yang dilakukan selaras dengan janji tertentu apabila mencapai sesuatu hajat yang diinginkan Noresah Baharom (2005). Makam Keramat Anak Dara yang terletak di Kuala Selangor ini adalah makam yang berkaitan dengan kisah legenda seorang gadis. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini pelancong yang ke tapak makam dikatakan hanya untuk bernazar semata-mata (Mohd Rizan Saad, 2005). Jadi, jelaslah bahawa kepentingan sejarah legenda kian dilupakan dek kerana amalan bernazar ini.. 2. FYP FTKW. sebagai tapak kajian untuk melihat potensi sebagai tapak warisan pelancongan di negeri.

(14) PERMASALAHAN KAJIAN. Tapak Makam Keramat Anak Dara merupakan sebuah tapak warisan kebudayaan. Namun begitu, menurut Berita Harian (2015), kawasan tapak makam seperti “hidup segan mati tak mahu” kerana peninggalan sejarah yang tidak diambil berat oleh masyarakat. Hal ini kerana tiadanya aktiviti kebudayaan yang dilakukan pada kawasan tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor. Tambahan pula, sikap pelancong yang datang ke kawasan Bukit Malawati hanya cenderung untuk berkunjung meluangkan masa bersama dengan Lotong yang berkeliaran (Berita Harian, 2015). Oleh itu, jelaslah bahawa pelancong yang mengunjungi kawasan Kuala Selangor kurang kesedaran tentang khazanah warisan yang terdapat di Kuala Selangor. Selain itu, sikap acuh tak acuh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyebabkan segala tinggalan sejarah yang terdapat di Kuala Selangor dilupakan (Berita Harian, 2015). Tambahan pula, masyarakat hari ini dikatakan hanya memfokuskan tapak-tapak warisan lain misalnya Kota A Famosa di Melaka sebagai pusat pelancongan utama di Malaysia (Berita Harian, 2015) Oleh itu, jelaslah bahawa pengetahuan masyarakat umum tentang tapak Makam Keramat Anak Dara berada di tahap yang kritikal. Oleh itu, jelaslah bahawa permasalahan yang wujud ini mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian yang perlu dilihat dari beberapa sudut untuk memastikan kawasan tapak makam sentiasa dipelihara dan dipulihara dengan sebaiknya.. 3. FYP FTKW. 1.2.

(15) PERSOALAN KAJIAN. i.. Apakah sejarah Legenda Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati, Kuala Selangor?. ii.. Bagaimanakah keadaan semasa tapak Makam Keramat Anak Dara Bukit Malawati, Kuala Selangor?. iii.. Sejauh manakah penglibatan komuniti setempat dalam pemeliharaan tapak Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati Kuala Selangor?. 1.4. OBJEKTIF KAJIAN. Kajian ini dilakukan untuk : i.. Mengenalpasti sejarah Lagenda Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati, Kuala Selangor.. ii.. Menghurai potensi pelancongan warisan tapak Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati, Kuala Selangor.. iii.. Menganalisis penglibatan komuniti dalam pelestarian tapak Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati, Kuala Selangor.. 1.5. SKOP KAJIAN. Kajian ini menumpukan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan tapak Makam Keramat Anak Dara yang terletak di Kuala Selangor. Maksud makam adalah tempat bersemayam atau persinggahan bagi seseorang selepas meninggal dunia (W. J. S. Poerwodarminto, 1993). Makam Keramat Anak Dara terletak pada sebuah kawasan yang menghala ke Jalan Tanjung Keramat dan terletak 1 kilometer dari Bandar Kuala Selangor (Berita. 4. FYP FTKW. 1.3.

(16) sememangnya boleh menjadi potensi tapak pelancongan warisan di Kuala Selangor. Selain itu, kajian ini adalah tertumpu kepada kesedaran komuniti setempat tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tapak Makam Keramat Anak Dara. Justeru itu, kajian ini adalah berteraskan kepada responden komuniti setempat tentang aktiviti yang dijalankan di tapak makam. Melalui hasil kutipan data ini, tahap penglibatan komuniti terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan tapak makam dapat dikenalpasti oleh pengkaji. Seterusnya, kajian ini juga menumpukan kepada pihak berkepentingan seperti kakitangan awam yang bertanggungjawab dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan tapak makam. Dalam konteks ini, beberapa orang informan telah dikenalpasti untuk pengkaji memperoleh maklumat seterusnya memfokuskan tapak makam sebagai tapak warisan pelancongan di Kuala Selangor. 1.6. DEFINISI OPERASIONAL. Bahagian ini membincangkan tentang penggunaan istilah yang digunapakai dalam kajian. 1.6.1. Potensi Pelancongan. Perkataan potensi berasal dari perkataan Latin iaitu “Potentia” yang membawa maksud kemampuan. Dalam kajian ini, potensi adalah berkenaan dengan keupayaan sesuatu produk untuk berkembang maju dan meluas di peringkat yang lebih tinggi. Menurut (Pakhi Pamungkas, 1997), potensi adalah mengenai kemampuan yang luas untuk terus berkembang dari semasa. Selain itu, potensi yang dimaksudkan adalah tentang kemampuan dan kebolehan sesuatu perkara yang terpendam dan boleh dirasai setelah kemampuan itu berkembang dengan luas. 5. FYP FTKW. Harian, 2015). Oleh itu, jelaslah bahawa tapak Makam Keramat Anak Dara ini.

(17) mempunyai kemungkinan yang besar (Abi Hafiz, 2013). Dalam konteks ini, potensi merangkumi kepelbagaian situasi keupayaan untuk bergerak lebih maju mengikut keadaan semasa. Tambahan pula, potensi juga dilihat sebagai satu instrumen penting untuk memastikan sesuatu perkara yang dijalankan mengikut kesesuaian objek dan fungsi. Namun begitu, menurut Abi Hafiz (2013), potensi juga dikenali sebagai satu kekuatan yang terpendam, kemampuan yang belum dibukakan dan diperkenalkan kepada khalayak umum. Seterusnya, konsep potensi boleh dilihat dari sudut sesebuah kawasan yang mempunyai keupayaan tertentu untuk dijadikan sebagai kepentingan dari sudut sejarah dan budaya. Melalui potensi ini, kawasan tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor dilihat sebagai satu keupayaan bagi masyarakat setempat untuk mengangkat hal ini selaras dengan Nailatul Husna et al. (201) yang menyatakan bahawa sesebuah kawasan yang adanya potensi perlu dikembangkan sehingga menjadi sumber utama dalam kehidupan masyarakat seterusnya mendorong kepada keseluruhan untuk berkembang dengan sendirinya dan berkesinambungan dari semasa ke semasa. Seterusnya, potensi dari sudut ekonomi turut ditakrifkan sebagai satu usaha yang dikembangkan sebagai potensi pembangunan seterusnya menjadi dasar utama dalam perkaitan dengan sektor-sektor lain (Tjokroamidjojo, 1993). Bagi merealisasikan potensi ekonomi ini sebagai sumber utama dalam sektor pelancongan, kerjasama di antara pelbagai pihak diperlukan untuk mengenalpasti keupayaan sesebuah kawasan untuk diangkat sebagai kawasan yang berpotensi besar untuk maju dari semasa ke semasa. 1.6.2. Pelancongan Warisan. 6. FYP FTKW. Di samping itu, potensi juga adalah kekuataan, kesanggupan daya yang.

(18) menggunakan asset yang terdapat dalam sesebuah negara sebagai daya tarikan pelancong (Fyall & Garrod, 1998). Namun begitu, Linda (1999) berpendapat bahawa pelancongan warisan adalah satu aktiviti yang merangkumi budaya yang terdapat pada sesebuah kawasan dan menjadi kunjungan orang ramai. Pelancongan adalah pergerakan manusia ke tempat destinasi yang menjadi tarikan budaya dan keluar dari tempat kediaman asal untuk memenuhi kehendak dan pengalaman (Richards, 1996). Manakala, menurut (Shaw & William, 2002), pelancongan merupakan satu kaedah perniagaan yang menjadikan sejarah dan budaya sebagai satu alat untuk dikomersialkan kepada khalayak umum. Oleh itu, jelaslah bahawa pelancongan merupakan satu platform utama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan untuk memastikan ekonomi dapat dimajukan dari semasa ke semasa. Selain itu, perkara yang berkaitan dengan pelancongan warisan adalah berkenaan dengan sejarah. Menurut Neumayer (2004), penggunaan semula bahanbahan yang berkaitan dengan sejarah mahupun peristiwa lampau dapat melindungi nilai kepentingan seterusnya membantu mengekalkan keunikan masyarakat. Dalam konteks ini, pelancongan warisan seharusnya bergerak aktif dalam memperkenalkan seajarah tempatan kepada pelancong luar mahupun pelancong tempatan. Hal ini kerana, sejarah yang terdapat di sesebuah kawasan mampu menjadi daya tarikan yang tinggi bagi sektor pelancongan dalam negara. Di samping itu, pelancongan warisan juga merujuk kepada satu bentuk pelancongan yang merangkumi untuk melihat segala khazanah warisan yang diwarisi oleh generasi terdahulu. Pelancongan warisan adalah termasuk dalam skop sejarah, kesenian, kebudayaan, artifak dan alam semulajadi (Razak, 2006). Kategori yang. 7. FYP FTKW. Pelancongan warisan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan sektor ekonomi dan.

(19) warisan dalam negara dek kerana kepelbagaian aspek yang terdapat pada sesebuah kawasan pelancongan. Seterusnya, pelancongan warisan yang berkonsepkan pelestarian juga diperlukan untuk memastikan destinasi pelancongan dalam negara menjadi tumpuan umum. Menurut Fadila et al. (2015), pembangunan pelancongan lestari merupakan satu usaha yang baik bagi membangunkan sesebuah destinasi pelancongan. Hal ini kerana pelestarian merujuk kepada perlindungan alam semulajadi dari kemusnahan akibat daripada aktiviti rakus manusia. Selain daripada pemeliharaan dan pemuliharaan budaya, tarikan baharu bagi pelancong juga dititikberatkan dalam konteks ini. Hal ini perlu dititkberatkan kerana sektor pelancongan warisan yang berteraskan pelestarian dapat memperkukuhkan imej pelancongan pada sesebuah destinasi dengan cara menggabungkan tarikan pelancongan baharu dengan bangunan warisan yang sedia ada. 1.6.3. Makam Keramat Anak Dara. Secara umumnya, makam dikenali sebagai sebuah tapak kediaman untuk seseorang bersemayam setelah meninggal dunia (W. J. S. Poerwodarminto). Selain itu, makam juga dikenali sebagai sebuah tanah perkuburan dimana telah dikhaskan tempat tertentu untuk mengubur manusia yang sudah meninggal dunia (Junaedi Al-Anshori, 2010). Dalam kajian ini, Makam Keramat Anak Dara adalah sebuah tanah perkuburan lama yang menjadi lagenda dari zaman ke zaman. Keramat adalah sebuah perkataan yang berasal dari bahasa arab iaitu “karamah” yang membawah maksud kemuliaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang bertakwa (M. Nor Haris Fadillah, 1979). Namun begitu, sejak akhir-akhir ini kehadiran penziarah ke tapak makam mempunyai niat yang berbeza. Hal. 8. FYP FTKW. dinyatakan ini sememangnya memberi impak yang besar kepada sektor pelancongan.

(20) untuk mendoakan kesejahteraan si mati namun mengamalkan perkara-perkara yang khurafat dan bertentang dengan ajaran islam yang sebenar. Manakala makam keramat adalah tanah perkuburan yang menjadi satu tanggapan yang mempunyai nilai kelebihan tertentu oleh sekelompok masyarakat (Abdul Ahzis Ahyadi, 1998). Makam Keramat Anak Dara dikatakan mempunyai keramat tertentu kerana terdapat segelintir daripada pengunjung yang menunjungi makam adalah untuk bernazar (Mohd Rizan Saad, 2005). Makam Keramat Anak Dara adalah sebuah perkuburan lama yang telah diwujudkan oleh sepasang suami isteri. Tujuan makam ini diwujudkan adalah sempena pemergian anaknya iaitu Rubiah (Berita Harian, 2015). Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, kedatangan pengunjung yang mengunjungi kawasan tapak makam tersebut hanya berniat untuk memperoleh satu keajaiban yang luar biasa. 1.7. KEPENTINGAN KAJIAN. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penglibatan dan penerimaan komuniti setempat dalam usaha untuk memelihara dan memulihara tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor. Penglibatan dan penerimaan mereka dapat dilihat melalui kajian yang dihasilkan oleh pengkaji seterusnya memberi pelbagai nilai-nilai kepentingan dari sudut budaya dan sejarah tempatan. 1.7.1. Pengurusan warisan tapak makam. Kepentingan yang diperoleh melalui kajian ini adalah melalui aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor. Dalam konteks ini, penjagaan dan aktiviti membaik pulih tapak makam menjadi aspek utama bagi pihak berkepentingan dan komuniti setempat yang mendiami kawasan tapak Makam Keramat 9. FYP FTKW. ini kerana ada di antara mereka yang mengunjungi kawasan tanah perkuburan bukan.

(21) tapak makam ini adalah kakitangan awam dan kelompok komuniti yang bekerjasama dalam menjaga tapak makam. Hal ini adalah untuk memastikan tapak makam dapat mengekalkan fungsi dan identiti budaya. 1.7.2. Peranan komuniti setempat. Komuniti setempat adalah mereka yang mendiami kawasan yang berdekatan dengan tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor. Dalam kajian ini, komuniti setempat telah dijadikan fokus utama untuk memperoleh data yang berkenaan dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan tapak makam. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat tahap penglibatan komuniti setempat dalam penjagaan tapak makam. Selain itu, komuniti setempat juga perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk memperkasakan dan memperkenalkan tapak makam kepada pengunjung. Sebagai contoh, perjalanan pengunjung yang hadir ke tapak Makam Keramat akan lebih teratur sekiranya berpandukan pengetahuan yang diperoleh oleh komuniti sekitar tapak Makam Keramat tersebut. 1.7.3. Mempromosi sejarah tempatan. Kajian ini mempunyai kepentingan dari sudut aktiviti mempromosikan lagenda sejarah tempatan kepada pelancong yang mengunjungi tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor. Tujuan aktiviti mempromosi sejarah tempatan adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan sejarah untuk dipulihara dan dipelihara dari semasa ke semasa. Melalui aktiviti promosi ini, pendedahan tentang kisah legenda Makam Keramat Anak Dara akan disampaikan melalui kepelbagaian cara untuk memastikan segala maklumat disampaikan mengikut prosedur yang betul.. 10. FYP FTKW. Anak Dara di Kuala Selangor. Dalam pada itu, pihak yang terlibat dalam pengurusan.

(22) ORGANISASI PENULISAN. Secara keseluruhannya, kajian ini terbahagi kepada beberapa bab. Bab 1 memberi pengenalan tentang kajian yang dijalankan. Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang Permasalahan Kajian, Objektif Kajian, Definisi Operasional, Metodologi dan Skop Kajian. Manakala bab 2 pula mengenai kajian literatur. Dalam kajian ini, beberapa isu dilihat secara terperinci bagi memastikan segala perkara yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan pelancongan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pengkaji juag memberi penerangan dan huraian yang lebih jelas mengenai keupayaan tapak Makam sebagai produk pelancongan warisan. Bab 3 pula menerangkan tentang Metodologi ataupun Kaedah Kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk menghasilkan kajian mengikut prosedur. Kaedah Kajian yang dipiluh oleh pengkaji adalah kualitatif. Kaedah kualitatif adalah kajian yang diperoleh dalam bentuk temu bual pakar bidang dan borang soalan temu bual. Manakala bab 4 adalah tentang huraian yang terperinci tentang latar belakang tapak Makam Keramat Anak Dara. Kategori yang akan dihuraikan secara spesifik adalah berkenaan dengan sejarah asal usul, budaya yang diamalkan dan Lagenda yang menjadi buah mulut masyarakat zaman terdahulu sehingga ke hari ini. Bab 5 adalah mengenai perbincangan serta cadangan dalam menghasilkan kajian yang berkenaan dengan potensi Makam Keramat Anak Dara dijadikan sebagai tapak pelancongan warisan di Kuala Selangor.. 11. FYP FTKW. 1.8.

(23) SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.1. PENGENALAN. Bab ini membincangkan konsep teori, sorotan kajian lepas dan kerangka teori. Konsep yang dibincangkan adalah berkenaan dengan potensi pelancongan, pelancongan warisan dan tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor. Kerangka teori pula membincangkan tentang kaitan di antara kajian dengan Teori Fungsionalisme untuk menganalisis data kajian. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang kajian-kajian yang telah dilakukan oleh sarjana lepas. Kajian lepas yang dilakukan oleh para sarjana telah dijadikan sebagai rujukan untuk menghasilkan kajian yang lebih teliti. Dengan adanya sorotan kajian lepas, pengkaji mampu membezakan kajian lepas seterusnya mengaplikasi kaedah yang digunapakai oleh pengkaji lepas untuk menghasilkan sebuah kajian baru. 2.2. TEORI FUNGSIONALISME. Teori adalah sebuah gambar rajah yang dihasilkan untuk mengaitkan kajian dengan bahagian-bahagian yang dikaji berdasarkan sebuah model (Uma Sekaran, 2000). Dalam konteks ini, Teori Fungsionalisme telah digunapakai untuk melihat keberkesanan kajian yang dijalankan. Teori Fungsionalisme adalah sebuah sistem yang berdiri dan mempunyai bahagian-bahagian tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain seterusnya membentuk sebuah keseimbangan (George Ritzer, 2009). Melalui teori ini, sekiranya satu bahagian berubah akan memberi impak yang besar pada bahagian yang lain. Oleh itu, jelaslah bahawa teori ini berkait rapat dengan kajian yang dilakukan dalam kelompok komuniti. 12. FYP FTKW. BAB II.

(24) yang bernama Talcott Parsons (1975). Talcott Parsons (1975) telah mencipta Teori Fungsionalisme dan mengembangkannya kepada pengkaji yang lain. Menurut Talcott Parsons (1975), terdapat 4 kaedah utama yang boleh diterapkan dalam menghasilkan sesebuah kajian. Keempat-empat kaedah ini dikenali sebagai “AGIL” iaitu (Adaptation, Goals, Integration, Latency). “AGIL” diperkenalkan oleh Talcott Parsons (1975) supaya sesuatu perkara yang dirancang mengikut peranan masing-masing. Menurut George Ritzer & Gouglas J. Goodman (2007), masyarakat dilihat sebagai kelompok manusia yang mempunyai sistem dimana seluruh bahagian mempunyai kesepakatan yang sama dalam membangunkan sesuatu perkara. Tambahan pula, setiap bahagian mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling berkait rapat dalam mengusahakan sesuatu untuk memperoleh perubahan positif. Melalui teori ini, kajian yang dihasilkan lebih cenderung kepada usaha sesebuah masyarakat dalam memelihara dan memulihara tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor.. 13. FYP FTKW. Secara amnya, Teori Fungsionalisme ini diasaskan oleh seorang ahli sosiologi.

(25) SOROTAN KAJIAN LEPAS. Sorotan kajian lepas adalah mengenai kajian-kajian terdahulu yang telah dihasilkan oleh pengkaji yang lain. Oleh itu, bahagian ini membincangkan konsep, objektif kajian dan metodologi kajian. 2.3.1. Potensi Pelancongan. Potensi adalah keupayaan yang berkemungkinan untuk dikembangkan (Yose Risal SM, 1994). Sektor pelancongan merupakan sektor yang telah banyak menyumbang kepada ekonomi dalam negara. Bagi memastikan sektor pelancongan mempunyai potensi daya tarikan dari sudut warisan sejarah, MacCanel (1976) telah menyatakan beberapa kategori yang perlu ada pada sesebuah tapak pelancongan. Kategori ini perlu diusahakan dalam menjadikan tapak pelancongan bergiat aktif dalam dunia pelancongan agar segala perancangan bergerak selaras dengan objektif. Menurut kajian Rosniza Aznie et al. (2012), potensi pelancongan yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan menyedari tentang kepentingan alam semulajadi sebagai satu asset pelancongan dalam negara. Dalam konteks ini, ekopelancongan diperkenalkan bagi melihat potensi yang luas dalam faktor tarikan pelancongan di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak. Ekopelancongan merujuk kepada aktiviti pelancongan yang melibatkan tinjaun alam sekitar dan kawasan semulajadi seterusnya memberi efek menikmati dan menyedari akan kepentingan alam (Jabatan Penerangan Malaysia, 2012). Oleh itu, konsep yang cuba ditekankan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berkenaan dengan potensi ekopelancongan di Sungai Klah, Perak. Kajian ini juga memfokuskan kemampuan alam semulajadi sebagai satu instrumen penting dalam mempromosikan alam semulajadi kepada pelancong. Selain itu, bagi memperoleh data yang berkenaan dengan responden, pengkaji telah. 14. FYP FTKW. 2.3.

(26) diedarkan kepada pelancong yang mengunjungi TRAP Sungai Klah, Perak. Melalui data kutipan, beberapa pengunjung telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Di samping itu, kajian Khairul Azhar Meerangani et al. (2020) membincangkan tentang potensi dan cabaran yang dihadapi sektor pelancongan yang melibatkan konsep pelancongan Islam. Kajian ini memperihalkan tentang potensi pelancongan Islam dalam negara yang bukan melibatkan agama semata mata. Pada masa yang sama, pelancongan Islam juga didefinisikan segala aktiviti pelancongan yang berteraskan ajaran Islam dan bertujuan untuk memperoleh pengalaman cara kehidupan Islam seterusnya meneroka keunikan budaya, seni dan sejarah Islam (Islamic Tourism Centre, 2009). Dalam konteks ini, pulau Besar yang terletak di Melaka dikatakan mempunyai sebahagian kawasan yang berkemampuan untuk berkembang dengan lebih maju. Tambahan pula, Pulau Besar ini mempunyai sejarah tertentu dari sudut budaya mahupun kisah yang menarik. Secara amnya, Pulau Besar merupakan sebuah persinggahan bagi pedagang pada zaman terdahulu dan terkenal kerana kedudukan kepulauan yang strategik dalam urusan perdagangan. Selain memperkenalkan budaya Islam di Kepulauan Besar Melaka ini, keindahan pantai juga merupakan satu potensi yang luas untuk membangun kerana adanya kepelbagaian bentuk muka bumi dan sejarah. Justeru itu, jelaslah bahawa kajian ini melihat kepada potensi yang ingin dicapai untuk memastikan sektor pelancongan bergerak seiringan dengan masa. Kajian yang mengenai dengan potensi juga dikaji oleh Eko Wahyu Apriyoko (2009). Kajian yang dihasilkan oleh beliau adalah berkenaan dengan kemampuan objek dan daya tarikan objek warisan iaitu Makam. Dalam kajian ini, beliau memfokuskan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam meningkatkan tahap potensi objek yang 15. FYP FTKW. menggunakan kaedah menghasilkan borang kaji selidik. Borang kaji selidik ini telah.

(27) yang telah digunakan adalah pemerhatian. Pemerhatian yang telah dijalankan adalah mengenai aktiviti tinjauan ke tapak Makam untuk melihat keadaan terkini. Tambahan pula, Eko Wahyu Apriyoko (2009) juga telah menjalankan beberapa wawancara ke atas responden seperti pihak berkepentingan yang mengelola tapak Makam Kyai Ageng Gribig ini. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Eko Wahyu Apriyoko (2009) ini juga mengenai halangan-halangan yang dihadapi oleh beliau sepanjang mendapatkan data-data yang berkenaan. Di samping itu, Wiwoho (1990) menyatakan pandangan bahawa potensi yang dilihat adalah mengenai daya tarikan buatan manusia seperti monumen, bangunan bersejarah, muzium dan tapak pemakaman. Di samping itu, kajian yang dihasilkan oleh Siti Salina Masdey & Zuliskandar Ramli (2018) juga berteraskan potensi pembangunan pelancongan yang berasaskan warisan sejarah dan arkeologi di Bandar Hilir, Melaka. Kaedah kajian yang dijalankan adalah berpandukan konsep (Strengthness, Weaknesses, Opportunity, Treats) iaitu SWOT. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat setempat. Kebanyakkan responden yang dipilih oleh pengkaji adalah mereka yang berumur lingkungan 16 tahun dan keatas. Data kajian ini juga dilihat dari sudut masyarakat yang telah mendiami kawasan kajian selama lebih 5 tahun. Hasil daripada dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa Bandar Hilir Melaka mempunyai keupayaan yang tinggi untuk dijadikan sebagai pelancongan warisan berdasarkan keunikan sejarah. Tambahan pula, Bandar Hilir Melaka ini dikatakan mempunyai potensi yang besar dari sudut arkeo-pelancongan warisan yang jelas mempunyai keindahan dan keunikan semulajadi. Namun begitu, menurut hasil responden yang diperoleh, masyarakat di kawasan Bandar Hilir Melaka berpendapat bahawa kisah sejarah dan tinggalan monumen yang menyebabkan kawasan tersebut 16. FYP FTKW. dikaji iaitu Makam Kyai Ageng Gribig. Melalui usaha yang dilakukan ini, kaedah kajian.

(28) menekankan potensi tapak pelancongan warisan yang dilihat berpandukan konsep SWOT. Seterusnya, kajian yang diperlihatkan oleh Khairul Azhar Meerangani et al. (2020) melibatkan cabaran dan potensi pelancongan di Pulau Besar, Melaka. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah secara kualitatif dan sumber yang diperoleh adalah melalui sumber primer dan sekunder. Dalam kajian ini juga menekankan tentang cabaran yang dihadapi oleh pengkaji tentang amalan-amalan khurafat yang masih diamalkan oleh sekelompok masyarakat. Hal ini kerana terdapat beberapa buah makam ulama di Pulau Besar, Melaka. Konsep pelancongan Islam sememangnya memberi kelainan dalam penawaran model baharu dalam sektor pelancongan di Malaysia. Hal ini kerana, kebanyakan sektor pelancongan yang wujud di Malaysia adalah kebanyakan berteraskan warisan ketara dan warisan tidak ketara. Namun begitu, konsep pelancongan Islam ini bukanlah konsep baharu dalam sektor pelancongan di Malaysia. Hal ini kerana, pelancongan Islam ini mempunyai banyak sudut dari aspek seni, budaya dan sejarah agama islam di rantau Asia. Kajian ini memfokuskan kepada keupayaan Pulau Besar, Melaka untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan Islam. Pulau Besar, Melaka merupakan kawasan strategik dan merupakan pusat para pedagang. Tambahan pula, secara tidak langsung telah wujud para pedakwah Islam yang memperkenalkan serta mengembangkan ajaran Islam. Potensi yang dinyatakan oleh pengkaji adalah terdirinya madrasah dan pusat pendidikan yang telah digunakan oleh masyarakat zaman terdahulu. Oleh itu jelaslah bahawa melalui kewujudan beberapa prasarana ini membolehkan Pulau Besar dilihat berkemampuan untuk terus maju dalam sektor pelancongan di Melaka.. 17. FYP FTKW. menjadi tarikan utama kepada pelancong. Oleh itu, jelaslah bahawa kajian ini.

(29) (2008), pelancongan warisan yang berteraskan konsep pembangunan lestari juga turut dibincangkan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat daya keupayaan Kuala Kedah sebagai sebuah pusat pelancongan warisan yang berkonsepkan pembangunan lestari. Kuala Kedah merupakan sebuah petempatan kecil dalam daerah Kota Setar yang mempunyai pelbagai peninggalan sejarah. Dari sudut warisan, Kuala Kedah dikenali sebagai sebuah destinasi yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Sebagai contoh, asset warisan yang tersohor di Kuala Kedah adalah seperti cara hidup masyarakat seperti nelayan, pesawah dan makanan yang unik. Dalam konteks ini, asset warisan ini sememangnya merupakan potensi besar dalam mempromosikan Kuala Kedah sebagai pusat pelancongan yang berteraskan warisan tidak ketara. Tambahan pula, Kuala Kedah merupakan sebuah destinasi yang kaya dengan warisan alam semulajadi. Hal ini kerana terdapat satu sudut yang dikenali sebagai Kuala Kedah Yacht. Kuala Kedah Yacht merupakan sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang unik. Melalui reka bentuk bangunan ini, para pelancong mampu melihat kawasan pantai perkampungan Melayu yang dikelilingi sawah padi seterusnya memaparkan satu pemandangan yang indah. Justeru itu, jelaslah bahawa Kuala Kedah sememangnya dijadikan sebagai keupayaan untuk dijadikan sebagai tapak pelancongan warisan. Selain itu, pembangunan lestari juga turut diperkenalkan dalam kajian ini. Kajian ini telah menekankan tentang pelancongan warisan yang berunsurkan pembangunan lestari. Pembangunan lestari adalah pembangunan yang tidak menggangu dan tidak menggugat serta tidak merosakkan persekitaran alam semulajadi hanya kerana aktiviti masyarakat. Di samping itu, kajian ini juga memfokuskan kepada sektor pelancongan yang perlu bertanggungjawab ke atas pemeliharaan alam sekitar.. 18. FYP FTKW. Seterusnya, menurut kajian Mohamad Zaki Ahmad & Johan Afendi Ibrahim.

(30) sorotan kajian lepas. Kajian ini dihasilkan oleh pengkaji lepas iaitu Farrah Wahida Mustafar et al. (2020). Kajian ini membincangkan tentang penerokaan lokasi pelancongan yang terdapat di Tampin, Negeri Sembilan. Maklumat yang telah diperoleh adalah melalui Majlis Daerah Tampin. Negeri Sembilan, dikenali sebagai negeri yang mempunyai adat sejarah asal usul masyarakat keturunan Minangkabau yang datang dari seberang negara Indonesia. Objektif kajian utama yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti tempat di Tampin Negeri Sembilan sebagai sebuah tapak pelancongan warisan. Selain itu, kaedah kajian ini hanya berdasarkan sumber sekunder sahaja dan tidak melibatkan sebarang pengumpulan data. Menurut Inskeep (1996), keupayaan Tampin sebagai pusat pelancongan warisan dapat dikategorikan kepada tiga ciri tarikan utama iaitu ciri kebudayaan, ciri utama san ciri istimewa. Ketiga-tiga ciri ini mempunyai persepsi yang bebeza dari sudut kepentingan nilai dari sudut pelancongan yang perlu diperkenalkan kepada pelancong. Tambahan pula, kelainan yang terdapat pada ciri-ciri ini menjelaskan bahawa Tampin sememangnya berkeupayaan tinggi dalam sektor pelancongan warisan. Oleh itu, jelaslah bahawa Tampin di Negeri Sembilan mempunyai kepelbagaian sudut penting yang boleh dijadikan faktor kepada pembangunan pelancongan yang berjaya. Secara keseluruhannya, konsep potensi pelancongan yang diperoleh melalui kajian lepas menjadikan pengkaji lebih peka dengan situasi yang perlu diadaptasi. Hal ini kerana, kajian lepas yang berkenaan dengan konsep potensi lebih memfokuskan kepada keupayaan untuk sesuatu itu berkembang dengan lebih maju dari semasa ke semasa. Tambahan pula, kajian lepas yang berkonsepkan potensi ini menjadikan pengkaji melihat dari kepelbagaian sudut yang perlu dititikberatkan untuk menjadikan sesebuah kawasan itu menjadi tarikan orang ramai. 19. FYP FTKW. Potensi pelancongan di Tampin, Negeri Sembilan turut dijadikan sebagai.

(31) Pelancongan Warisan.. Pelancongan warisan adalah aktiviti yang melibatkan tinjauan pelancong ke destinasi yang kaya dari sudut sejarah, seni dan budaya. Menurut Fyall & Garrod (1998), pelancongan warisan didefinisikan sebagai aktiviti yang melibatkan ekonomi dengan menggunakan asset negara yang diwarisi yang bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong ke sesebuah kawasan. Dalam konteks ini, Malaysia telah mengambil peluang dalam mempromosikan seni, sejarah dan budaya kepada pelancong dalam negara mahupun pelancong dari negara luar. Menurut kajian Mohd Samsudin et al. (2013), pelancongan warisan adalah berkenaan dengan aktiviti tinjau untuk mengetahui peristiwa silam ataupun sejarah bagi sesebuah kawasan. Dalam konteks ini, sejarah dilihat sebagai satu sumbangan besar dalam sektor pelancongan di Malaysia. Tambahan pula, sejarah merupakan produk utama dalam mempromosikan sektor pelancongan warisan Malaysia kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara (Mohd Samsudin, 2013). Di sini, beliau menekankan bahawa segala asset warisan yang terdapat dalam negara perlu dibaik pulih dan mengekalkan keaslian barangan tinggalan sejarah seperti monumen. Hal ini kerana, pengekalan dan penjagaan khazanah warisan perlu diperkenalkan kepada pelancong agar mereka dapat merasai sendiri pengalaman sejarah seperti yang dinyatakan dalam dokumentari. Lain pula pendapat Neumayer (2004) yang mengatakan bahawa pengunaan semula barangan warisan dan sejarah dapat mengimbau kembali nostalgia lama seterusnya dapat melindungi dan mengekalkan keunikan sesebuah masyarakat. Hal ini merujuk kepada masyarakat yang bertungkus lumus untuk memperoleh hasil dari usaha yang telah mereka usahakan bersama. Sebagai contoh, semasa sekelompok komuniti mempersembahkan sebarang persembahan yang berkaitan dengan warisan kepada pelancong, secara tidak langsung mereka mampu memperoleh bantuan untuk 20. FYP FTKW. 2.3.2.

(32) dijalankan adalah melalui responden pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi. Dua kategori telah dibahagikan iaitu responden yang terdiri daripada pelancong tempatan dan responden pelancong antarabangsa. Dalam konteks ini, pelancong tempatan dikatakan sangat berminat untuk mengetahui tentang sejarah kisah Mahsuri. Manakala pelancong antarabangsa pula memfokuskan kepada keindahan alam semulajadi seperti pantai. Selain itu, Hasanudin Othman (2017) pula telah mengkaji berkenaan dengan pembangunan pelancongan warisan berdasarkan khazanah warisan yang terdapat di bandar Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini memfokuskan kepada mengenalpasti produkproduk yang berkenaan dengan khazanah warisan diraja di Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk memahami bentuk dan makna sesebuah warisan diraja yang terdapat di Kuala Kangsar, Perak. Melalui objektif yang dihasilkan ini, pengkaji boleh menganalisis dan menilai warisan diraja yang terdapat di Kuala Kangsar, Perak seterusnya mendokumentasikan kepada khalayak umum. Batasan kajian ini juga tertumpu pada kawasan Bandar Diraja Kuala Kangsar sahaja. Telah difahamkan bahawa pengkaji tidak merangkumi bandar diraja di negeri lain. Hal ini kerana beliau tidak mahu membuat hujah tesendiri kerana setiap bandar diraja yang terdapat di Malaysia mempunyai sejarah Kesultanan Melayu yang berbeza. Batasan kajian juga tertumpu kepada pihak berkepentingan seperti beberapa orang pegawai dan pelancong terhadap maklum balas pelancongan warisan yang berasaskan warisan diraja ini. Oleh itu, jelaslah bahawa konsep pelancongan warisan yang diterapkan oleh pengkaji adalah berkenaan dengan lambang identiti masyarakat yang menetap di Kuala Kangsar, Perak. Di samping itu, Mitos dan Legenda Tasik Chini sebagai Produk Pelancongan warisan yang merupakan kajian oleh Ruhaiza Abu Bakar et al. (2017) berkaitan dengan 21. FYP FTKW. memulihara bahan-bahan warisan tersebut. Di samping itu, kaedah kajian yang.

(33) merupakan satu tindakan yang bagus dan kebanyakkan negara Eropah hari ini telah menguatkuasakan insiatif ini (Hanif et al. 2015). Maka tidak hairanlah sekiranya kebanyakkan negara Eropah harini ini maju dari sektor pelancongan warisan kerana mereka aktif dan kreatif dalam mengusahakan aktiviti pelancongan yang berteraskan warisan ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh Ruhaiza Abu Bakar et al. (2017), konsep yang telah digunapakai untuk menaik taraf sistem pelancongan warisan adalah berkenaan dengan mitos dan lagenda yang terdapat di Tasik Chini, Pahang. Konsep mitos adalah tentang kisah biasa yang tidak diketahui oleh orang ramai dan hanya sesetengah kelompok masyarakat sahaja yang mampu menjelaskan kepercayaan atau fenomena semulajadi yang dikaitkan dengan kepercayaan tertentu (Gove, 1497). Secara umumnya, kajian ini membincangkan tentang konsep mitos dan lagenda sebagai produk pelancongan warisan di Tasik Chini. Tambahan pula, beberapa contoh kajian seperti lagenda Mahsuri di Langkawi turut dijadikan rujukan utama dalam memastikan sektor pelancongan warisan ini dikembangkan dari semasa ke semasa. Tambahan pula, permintaan pelancongan warisan yang melibatkan mitos dan lagenda semakin meningkat tinggi dek kerana minat pelancong terhadap sejarah sesebuah kisah yang menjadi buah mulut masyarakat setempat (Wang, 2006). Kajian ini turut meneroka potensi mitos dan lagenda diangkat sebagai pelancongan yang berunsurkan warisan seterusnya mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran komuniti setempat tentang kepentingan mitos dan lagenda. Hal ini turut disokong oleh kajian yang dihasilkan di Lembah Lenggong iaitu berkenaan dengan sebuah Gua Puteri yang acap kali disebut oleh penduduk tempatan (Fatimah & Farhana, 2013). Oleh itu, jelaslah bahawa konsep mitos dan lagenda yang terdapat pada sesebuah tapak mampu dijadikan sebagai pusat pelancongan yang berunsurkan warisan tidak ketara. 22. FYP FTKW. pelancongan warisan. Usaha untuk menjadikan sejarah sebagai produk pelancongan.

(34) satu perkara asas dalam sektor pelancongan di Malaysia. Warisan bermaksud barangan pusaka pada zaman silam dan masih diamalkan sehingga hari ini dan diperturunkan dari zaman ke zaman. Tambahan pula, warisan alam semuladi dan warisan budaya menjadi sesuatu perkara yang mempunyai inspirasi tersendiri seterusnya menjadi rujukan utama dan lambang identiti kita (World Heritage Comitte 1996). Melalui definisi ini, Johan Afendi berpendapat bahawa warisan yang terdapat di Alor Star, Kedah mempunyai ciriciri yang menarik sebagai produk pelancongan warisan. Di antara ciri-ciri yang menarik untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan warisan adalah berkenaan dengan khazanah warisan bersejarah, tentang pemerintahan Kesultanan Melayu Kedah. Sebagai contoh, bangunan-bangunan lama yang digunakan bertujuan untuk sistem pemerintahan pentadbiran, sistem Pendidikan dan upacara keagamaan. Bangunan-bangunan ini dipercayai mempunyai satu kelebihan yang mampu menjadikan bandar Alor Star, Kedah sebagai sebuah pusat pelancongan warisan yang tersohor sehinga ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini juga turut membincangkan tentang cadangan untuk memulihara sejarah negeri Kedah berdasarkan pengkisahan semula peristiwa silam dan budaya yang diamalkan oleh komuniti yang mendiami Kedah. Namun begitu, kajian Habibah Ahmad et al. (2020) lebih menekankan kepada aktiviti mempromosikan tapak pelancongan warisan di Melaka melalui sosial media Tripadvisor. Obektif kajian ini dijalankan adalah keranan untuk mengetahui promosi yang dilakukan oleh E-Wom terhadap pelancongan warisan di Melaka. E-wom adalah promosi yang ditawarkan oleh media sosial kepada sesebuah organisasi yang besar. Kaedah mempromosi ini dikenali sebagai cara untuk berkongsi maklumat dalam kalangan pengguna internet atau dikenali sebagai World Of Mouth (WOM) (Litvin, Goldsmith & Pan, 2008). Melalui kaedah E-Wom ini, pelbagai alternatif dapat 23. FYP FTKW. Menurut kajian Johan Afendi Ibrahim et al. (2007), konsep warisan merupakan.

(35) pengunjung. Dalam kajian ini, peranan E-Wom diteliti untuk mengenalpasti aktiviti mempromosikan warisan pelancongan kepada masyarakat dalam negara mahupun luar negara. Di antara aktiviti E-Wom dalam mempromosikan tapak warisan pelancongan kepada pengunjung adalah seperti penggunaan fakta, cadangan dan ulasan mengenai destinasi pelancongan. Perkara sebegini mampu menjadikan pandangan yang positif kepada sektor pelancongan dan seterusnya melahirkan pengguna yang berpotensi luas (Ye et. al., 2011). Dalam konteks ini, melalui komen-komen murni yang telah dikemukakan oleh pengguna yang lain di media sosial mampu mengubah tanggapan dan kesan yang ketara dari sudut jualan produk pelancongan dalam talian. Selain itu, EWom juga turut memperkenalkan pemasaran pengalaman kepada pelancong melalui rangkaian internet. Menurut (Tsaur, Chiu, & Wang, 2006), seseorang pengguna yang selesa dengan pembelian produk menyebabkan mereka tidak dapat melupakan dorongan yang telah menjadikan mereka untuk membeli. Perkara sebegini perlu dipandang serius oleh sektor pelancongan kerana pelanggan merupakan sumber utama dalam dunia pelancongan. Tambahan pula, kajian yang dilakukan oleh Habibah Ahmad et al. (2014) membincangkan tentang melihat faktor kepuasan pelancong terhadap tarikan pelancongan di Melaka. Kajian yang dihasilkan oleh beliau menjerumus kepada mengkaji tahap kepuasan pelancong yang mengunjungi Melaka. Kaedah kajian yang telah digunakan adalah pengumpulan data, persampelan kajian dan kajian lapangan. Data yang diperoleh adalah melalui sumber primer iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat setempat di kajian lapangan. Melalui kaedah kajian ini, faktor kepuasan pengujung ke Melaka telah disenaraikan kepada beberapa bahagian. Di antaranya adalah faktor keseluruhan perjalanan dan keselamatan, imej destinasi, 24. FYP FTKW. digunakan untuk mempromosi dan melakukan aktiviti pemasaran pengalaman kepada.

(36) Faktor yang telah diperoleh oleh pengkaji ini jelas memaparkan reaksi pelancong yang hadir dari sudut positif mahupun negatif. Secara amnya, difahamkan bahawa pelancong yang mengunjungi Melaka berpuas hati dengan sektor pelancongan di Melaka akan tetapi, purata yang dikaji adalah pada tahap sederhana puas kerana bernilai 50% (Joaquin & Garau Jaume, (2009). Oleh itu, jelaslah bahawa faktor yang menjadikan pelancong berpuas hati menjadi subjek utama dalam kajian ini. Seterusnya, kajian yang dihasilkan oleh Wong, M.H. & Er, A.C. (2019) membincangkan tentang kajian kepustakaan yang dijadikan sebagai petunjuk dalam sektor pelancongan warisan. Kajian ini adalah berdasarkan kaedah penyelidikan secara kuantitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan lokal. Metodologi yang telah digunapakai dalam kajian ini adalah melalui lokasi kajian. Lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah di Kota Kinabalu, Sabah. Dalam kajian ini, pengkaji telah memperincikan kawasan kajian Kota Kinabalu, Sabah dengan menhuraikan beberapa buah kawasan yang menjadi fungsi tertentu untuk kehidupan masyarakat setempat. Kajian ini juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa buah bandar yang semakin berkembang dari sudut ekonomi dan pelancongan warisan. Selain itu, metolodogi yang kedua pula memfokuskan kepada kajian kepustakaan. Kaedah ini memperincikan kepada cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Penggunaan sorotan kajian lepas juga turut digunapakai untuk menjadikan kajian yang dihasilkan menepati piawaian. Justeru itu, jelaslah bahawa segala konsep pelancongan warisan yang telah dikaji membawa impak yang besar dari sudut ekonomi. Hal ini kerana, setiap aktiviti pelancongan yang terdapat pada sesebuah tempat mampu memberi keuntungan yang 25. FYP FTKW. kebersihan, kemudahan sokongan, kepelbagaian produk pelancongan dan infrastruktur..

(37) sektor pelancongan warisan ini turut memberi impak yang postif kepada pelancong dari sudut kesedaran tentang sejarah, seni dan budaya yang terdapat pada sesebuah tempat.. 26. FYP FTKW. banyak kepada negara. Tambahan pula, dalam konteks ini juga menjelaskan bahawa.

(38) Makam Keramat. Makam didefinisikan sebagai sebuah tapak kediaman, ataupun rumah persinggahan terakhir manusia yang telah meninggal manusia dan tapak perkuburan adalah tanah untuk menguburkan mayat (W. J. S. Poerwodarminto, 1993). Manakala makam keramat pula adalah tempat masyarakat untuk mengadakan aktiviti ziarah dan sebahagian daripada mereka yang melawat adalah untuk mendoakan seseorang yang diharapkan serta mendapat berkat setelah pulang dari makam keramat (Abdul Azis Ahyadi, 1998). Menurut Tjeptjep Rosmana (2009), kajian beliau cenderung kepada melihat persepsi masyarakat setempat tentang budaya spiritual yang pada makam keramat Leluhur Sumedang. Kajian ini berkisarkan tentang pandangan masyarakat setempat dalam menganjurkan aktiviti melawat makam-makam yang terdapat di Indonesia. Selain itu, kajian ini jelas membincangkan tatacara dan adab yang dimainkan oleh masyarakat setempat dalam aktiviti menziarah kubur si mati. Aktiviti menziarahi kubur seseorang yang telah mati perlu bertatacara dan beradab. Hal ini penting kerana menziarahi kubur mengikut panduan yang betul merupakan lambang dan identiti majoriti masyarakat di Indonesia. Namun begitu, situasi tertentu turut diperhati oleh penjaga makam seperti aktiviti “tawasulan” atau lebih dikenali sebagai tahlil. Hal ini dipantau oleh penjaga kubur kerana untuk mengelakkan sebarang penyelewengan agama asal iaitu Islam. Dalam kajian ini juga diselitkan sejarah yang berkenaan dengan masyarakat Sumedang. Kajian yang berkaitan dengan masyarakat Sumedang juga telah diperkenalkan melalui beberapa buah makam keramat yang menjadi lambang komuniti. Di antaranya adalah beberapa buah makam yang telah menjadi tauladan kepada komuniti hari ini dek kerana beberapa orang pahlawan yang telah berjasa kepada masyarakat Sumedang. Selain itu kajian Tjeptjep Rosmana (2009) juga terdapat golongan masyarakat penziarah yang datang dari luar kawasan Sumedang. Masyarakat 27. FYP FTKW. 2.3.3.

(39) amalan mengunjungi makam keramat oleh masyarakat Sumedang sendiri. Hal ini kerana Tjeptjep Rosmana (2009) mengatakan bahawa terdapat seglintir daripada mereka yang mengunjungi makam pada hari tertentu seperti malam Jumaat atau lebih dikenali sebagai malam Kliwon di Kompleks Makam Keramat Gunung Ciung. Mereka berpendapat bahawa si mati yang telah dimakamkan mempunyai pelbagai kelebihan dari sudut kemajuan kemasyarakatan. Pada masa yang sama, kebanyakan mereka yang menziarah tidak mempunyai pandangan yang sama seterusnya menjadikan penziarah makam tediri daripada sudut yang pelbagai. Oleh itu jelaslah bahawa kajian yang dihasilkan oleh Tjeptjep Rosmana (2009) ini merupakan kepelbagaian persepsi dan tujuan penziarah makam di Indonesia. Manakala kajian Gendro Keling (2019) adalah tentang makam kuno dan bukti pengaruh awal Islam di Lombok, Indonesia. Kajian ini memperincikan tentang sejarah awal kedatangan Islam di Lombok, Indonesia dan menjelaskan tentang keadaan makam kuno di Situs Anggareksa. Tambahan pula, beberapa keadaan makam kuno telah diperkenalkan melalui penulisan kajian ini. Kajian ini juga telah memperkenalkan kedudukan dan susun atur serta jenis batu nisan yang terdapat di Situs Anggareksa. Tambahan pula, jumpaan arkeologi mengenai makam-makam kuno ini jelas menunjukkan kewujudan pentadbiran awal Islam di Lombok, Indonesia. Penemuan makam-makam ini telah membuktikan bahawa adanya maksud tersirat di sebalik sejarah mahupun budaya. Namun begitu, merujuk kepada pengkaji Gendro Keling (2019), penemuan makam-makam ini telah membuktikan bahawa terdapat golongan lelaki yang telah disemadikan di tapak makam. Oleh itu, jelaslah bahawa satu kawasan yang terletak di Situs Anggereksa mempunyai nilai-nilai kepentingan tertentu dan mampu dipulihara sebaiknya untuk masa akan datang. 28. FYP FTKW. luar kebiasaannya mempunyai niat tertentu dan berlainan jika dibandingkan dengan.

(40) merupakan berkenaan dengan pembangunan Taman Makam sebagai peristiwa penting di Surakarta, Indonesia. Taman Makam yang dijelaskan dalam kajian ini adalah tentang sebuah tempat bersemayam yang dikhaskan kepada orang digelar pahlawan oleh Presiden Indonesia. Kaedah kajian yang telah digunakan untuk memperoleh data adalah melalui pemerhatian, temu bual, kajian lepas dan peyelidikan ke tapak Taman Makam. Kemudian, data yang diperoleh diolah kepada deskriptif kualitatif. Hal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik untuk memelihara dan memulihara tapak Taman Makam. Menurut Anggrita Hanimastuti (2019), konsep pembangunan telah diterapkan dalam kajian ini iaitu tentang usaha dalam memastikan Taman Makam ini dipulihara dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, membaik pulih dari sudut fasiliti yang terdapat dalam Taman Makam. Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pengunjung yang melawat ke tapak Taman Makam. Melalui aktiviti membaik pulih, secara tidak langsung segala keseimbangan infrastruktur di kawasan tapak Taman Makam dapat ditingkatkan kepada keadaan yang lebih baik. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap aktiviti pengelolaan tapak Taman Makam memberi impak yang positif terutama kepada pengunjung yang melawat kawasan tapak makam. Di samping itu, kajian yang dihasilkan oleh Jahuri & Abdullah Akhyar Nasution (2020) juga membincangkan tentang aktiviti bernazar di kubur keramat Muyang Bunin. Kajian ini telah memperincikan kepada proses penziarahan dan aktiviti bernazar di tapak makam. Kaedah kajian yang dihasilkan adalah kualitatif berdiskriptif. Tambahan pula, penelitian yang dilakukan adalah berdasarkan pemerhatian di lapangan kajian, mendokumentasi dan menemubual beberapa orang informan yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kubur keramat Muyang Bunin, Indonesia. Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan sampel kajian iaitu masyarakat yang 29. FYP FTKW. Seterusnya, kajian yang dihasilkan oleh Anggrita Hanimastuti (2019) juga.

(41) Bunin, Indonesia. Di antara sampel kajian yang diperoleh oleh pengkaji adalah penjaga Kubur Keramat tersebut. Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada masyarakat yang telah menjalankan aktiviti bernazar di tapak perkuburan. Melalui kaedah temu bual di antara pengkaji dengan komuniti setempat, telah difahamkan bahawa hubungan di antara masyarakat dengan budaya sangat erat sehinggakan budaya yang diamalkan oleh nenek moyang mereka masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji juga adalah mengenai tatacara yang perlu dipraktikkan oleh masyarakat untuk melakukan aktiviti bernazar di tanah perkuburan keramat Muyang ini. Tambahan pula, kajian ini menarik dari sudut pengkaji yang menganalisis tujuan utama yang menyebabkan pelawat datang melawat ke tanah perkuburan keramat Muyang. Kajian Nor Syafawani Nordin & Habibah Ahmad (2020) pula berkenaan dengan aset dan penglibatan komuniti dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri di Langkawi. Kajian ini memperlihatkan tahap penglibatan masyarakat dan impak yang diperoleh dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif. Kaedah mengedarkan borang selidik kepada 70 orang komuniti di Kilim dan Makam Mahsuri telah digunapakai oleh pengkaji untuk memperoleh data. Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa tahap penglibatan komuniti adalah pada tahap sederhana dan telah memberi impak yang besar dari sudut ekonomi dan kehidupan sosial. Akhir sekali, kajian ini turut membincangkan tentang penglibatan penduduk dalam pembangunan pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi. Melalui penglibatan penduduk ini, pengkaji telah menyatakan bahawa penduduk di kawasan Kilim dan Makam Mahsuri telah melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan di Langkawi seperti perniagaan secara kecil-kecilan. Oleh 30. FYP FTKW. mengetahui secara terperinci tentang aktiviti bernazar di Kubur Keramat Muyang.

(42) positif kepada sektor pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi. Secara keseluruhannya, melalui bukti kajian yang telah dihasilkan oleh para pengkaji tentang makam-makam jelaslah menunjukkan bahawa nilai kepentingan boleh diperoleh melalui tinjauan dan pemerhatian pada tapak makam. 2.4. KERANGKA TEORITIKAL. Teori Fungsionalisme adalah teori yang melihat masyarakat sosial sebagai satu kumpulan yang bekerjasama dan mempunyai fungsi tertentu untuk mencapai sesuatu matlamat. Talcott Parsons (1975) telah memperkenalkan teori ini dan menyatakan bahawa setiap lapisan masyarakat bergantung antara satu sama lain dan terkait di antara satu jenis sistem dengan sistem yang lain. Jadual 2.4: 4 Kaedah Talcott Parsons (1975). Sumber: International Journal of Innovation, Creativity and Change. Teori Fungsionalisme ini digunapakai dalam kajian ini kerana terdapat 4 kaedah yang boleh dikaitkan iaitu “AGIL”. “AGIL” merupakan singkatan kepada perkataan 31. FYP FTKW. itu, jelaslah bahawa penglibatan komuniti ini sememangnya memberi impak yang.

(43) mempunyai fungsi tertentu dalam sesebuah sistem. Tambahan pula, keempat-empat kaedah ini bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu objektif. “Adaptation” adalah sebuah perkataan berasal daripada Bahasa Inggeris. Adaptasi adalah berkaitan dengan mengatasi situasi yang sebenar seperti penyesuaian pengkaji dengan keadaan semasa mahupun budaya masyarakat setempat di kawasan Tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor. Menurut Soerjono Soekanto (2009), adaptasi pula dikenali sebagai sebuah peraturan yang perlu ada untuk penyaluran maklumat. Dalam konteks ini, masyarakat dilihat sebagai satu instrumen penting dalam memperkenalkan tapak Makam Keramat Anak Dara kepada pelancong. Hal ini kerana mereka perlu mengetahui dengan lebih terperinci tentang selok belok sejarah mahupun budaya yang terdapat pada kawasan makam tersebut. Oleh itu, kaedah adaptasi ini jelaslah perlu dipraktikkan dan difahami terlebih dahulu agar segala aktiviti yang dijalankan di tapak makam bergerak dengan seiringan. Kaedah kedua yang diperkenalkan oleh Talcott Parsons (1975) adalah “Goals”. “Goals” bermaksud matlamat. Matlamat yang dimaksudkan adalah capaian tujuan utama dalam misi menghasilkan sesebuah kajian. Dalam konteks ini, kerjasama di antara sesebuah masyarakat dengan pihak berkepentingan perlu digiat aktif dalam aktiviti memelihara dan memulihara tapak Makam Keramat Anak Dara. Dengan ini, tujuan yang sama boleh diperoleh sekiranya kerjasama di antara dua pihak ini bergerak selaras dengan objektifnya untuk menjadikan sebagai salah satu lokasi pelancongan di Selangor. Oleh itu, jelaslah bahawa matlamat yang jitu memainkan peranan yang penting dalam memastikan kajian yang dihasilkan mempunyai kualiti.. 32. FYP FTKW. “Adaptation”, “Goals”, “Integration” dan “Latency”. Keempat-empat kaedah ini.

(44) Talcott Parsons (1975). Integrasi merujuk kepada gabungan di antara masyarakat untuk menghasilkan sesuatu perkara. Namun begitu, integrasi didefiniskan satu syarat yang telah diketengahkan untuk mendapatkan kumpulan solidariti bersama dengan masyarakat yang lain seterusnya bekerjasama dalam setiap sudut dan mengelakkan diri dari sebarang halangan (Ralf Dahrendorf, 1986). Melalui kajian yang dihasilkan, konsep integrasi jelas digunapakai untuk segala aktiviti yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor. Sebagai contoh, pihak berkepentingan dan komuniti setempat yang mendiami di sekitar kawasan tapak makam perlu berganding bahu dalam usaha untuk memajukan dan menyampaikan nilai-nilai kepentingan yang terdapat pada tapak makam tersebut. Seterusnya adalah pola kemasyarakatan. Pola kemasyarakatan adalah berkaitan dengan masyarakat yang perlu mempertahankan, membaik pulih, dan mempunyai motivasi dalam membentuk kehidupan yang lebih baik. Dalam konteks ini, pola kemasyarakatan perlu dijadikan visi dan misi dalam sesuatu sistem bagi memastikan segala perkara yang dilakukan berlandaskan misi dan visi yang telah ditetapkan. Tambahan pula, Pt. Grasindo (2004) menyatakan bahawa sistem budaya juga turut mempunyai peranan dengan fungsi pemeliharaan struktur melalui pemberian nilai motivasi kepada seseorang individu dalam melakukan sesuatu tindakan. “Latency” atau lebih dikenali sebagai pola merujuk kepada sistem masyarakat yang bekerjasama dalam mempertahankan nilai-nilai kepentingan yang terdapat pada sesebuah warisan yang dipelihara. Melalui konsep pola ini, jelaslah bahawa masyarakat perlu melibatkan diri dengan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha memulihara dan memelihara tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor.. 33. FYP FTKW. Di samping itu, integrasi merupakan kaedah ketiga yang diperkenalkan oleh.

(45) Penglibatan komuniti setempat di Kuala Selangor. 4 PRINSIP “AGIL” TALCOTT PARSONS (1975) 1. 2. 3. 4.. Adaptasi “Adaptation” Matlamat “Goals” Intgerasi “Integration” Latensi atau pemeliharaan pola yang sedia ada “Latency”. Komuniti setempat. Pihak berkepentingan. Borang soal selidik. Temu bual. Menerima. Menolak. Matlamat. 34. FYP FTKW. Rajah 2.1 : Penggunaan Teori fungsionalisme dalam penglibatan komuniti setempat.

(46) mempunyai fungsi tertentu di antara satu sama lain (George Ritzer, 2007). Dalam kajian ini, penggunaan teori fungsionalisme sememangnya sesuai dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Hal ini kerana, teori ini mengkaji dan menganalisis tanggungjawab yang perlu dititiberatkan oleh aspek tertentu untuk menggerakkan kajian. Kajian ini dijalankan mengikut 4 kaedah Talcott Parsons (1975) iaitu “Adaptation”, “Goals”, “Integration” dan “Latency”. Keempat-empat kaedah ini telah diterapkan dalam penghasilan kajian ini. Penggunaan kaedah “AGIL” ini sememangnya memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang penglibatan komuniti setempat dalam usaha untuk memperkenalkan tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan warisan. Dalam konteks ini, penduduk setempat di kawasan tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor merupakan subjek utama dalam meneliti kajian yang beteraskan penglibatan komuniti. Melalui penglibatan komuniti ini, pengkaji mampu melihat keberkesanan dan tahap penglibatan komuniti dalam mengusahakan tapak makam sebagai sebuah destinasi pelancongan warisan. Selain itu, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik untuk memperoleh data yang berkenaan dengan penglibatan komuniti setempat terhadap tapak makam ini. Seterusnya, pihak berkepentingan juga memainkan peranan yang sama dengan penglibatan komuniti di Kuala Selangor. Pihak berkepentingan yang dimaksudkan adalah informan yang terdiri daripada penjaga tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor. Dalam usaha untuk memperoleh data, pengkaji telah mengambil keputusan. 35. FYP FTKW. Teori fungsionalisme adalah setiap bahagian dalam sesebuah organisasi.

(47) bual dijalankan adalah untuk memperoleh data yang berkaitan dengan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan tapak makam. Di akhir kajian, segala data yang diperoleh akan dianalisis oleh pengkaji untuk melihat tahap penglibatan komuniti setempat dalam usaha untuk memelihara dan memulihara tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor. Kajian yang berteraskan Teori Fungsionalisme ini juga adalah untuk memperoleh matlamat yang sama di akhir kajian. 2.5. KESIMPULAN. Secara keseluruhannya, bab 2 ini memberi perincian berkenaan dengan Konsep Teori, Sorotan Kajian Lepas dan Kerangka Teoritikal. Keseluruhan bahagian telah dikaji mengikut rujukan kajian lepas. Pada bahagian konsep teori, pengkaji telah memberi definisi yang lebih terperinci berkenaan dengan Teori Fungsionalisme. Selain itu, kajian terhadap konsep teori ini juga menjelaskan penglibatan komuniti setempat dalam usaha untuk memelihara dan memulihara tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor. Dalam kajian ini, komuniti telah dilihat sebagai satu sudut yang penting untuk menjalankan kajian. Seterusnya, sorotan kajian lepas pula menjelaskan bahawa pengkaji telah menjadikan beberapa kajian lepas untuk mengkaji dengan lebih meluas tentang tajuk kajian. Dalam konteks ini, kajian lepas yang berkenaan dengan tajuk tertentu telah diteroka dan difahami berkenaan dengan konsep, objektif kajian dan kaedah kajian. Tambahan pula, sorotan kajian ini membolehkan pengkaji untuk membezakan kajian yang telah dihasilkan oleh para pengkaji yang lain. 36. FYP FTKW. untuk menjalankan aktiviti temu bual bersama dengan penjaga makam. Aktiviti temu.

(48) METODOLOGI KAJIAN 3.1. PENGENALAN. Bab ini membincangkan proses pengumpulan data, kaedah menganalisis data dan kesahan dan keboleh percayaan. Proses pengumpulan data adalah dengan menggunakan data primer, sekunder dan kaedah kualitatif. Namun begitu, menurut Abdul Rashid Moten (1998), seseorang pengkaji perlu mematuhi tatacara tertentu bagi memastikan data yang diperoleh releven dan mempunyai nilai yang sesuai dengan kajian. 3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA. Untuk mencapai kajian ini, kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah seperti berikut: 3.2.1. Data Sekunder. Data sekunder adalah sejenis maklumat yang telah tersedia ada. Data ini terdiri daripada kepelbagaian bentuk. Menurut Moehar (2002), sumber data sekunder kebiasaannya banyak dalam bentuk data yang telah diolah sehingga telah siap digunakan dalam bentuk statistik dan kebiasaannya terdapat di kawasan perusahaan swasta yang berhubungan dengan penggunaan data. Secara umumnya, data sekunder berbentuk bukti atau catatan yang berkenaan dengan laporan kajian lepas dan disusun rapi seterusnya diterbitkan. Data Sekunder yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah kepustakaan. Menurut Mohd Shaffie (1990), kajian kepustakaan merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data melalui bukti kajian ke atas dokumen dan rekod yang sedia ada. Dalam konteks ini, kaedah kepustakaan merupakan 37. FYP FTKW. BAB III.

(49) kepelbagaian sudut dari kajian lepas seperti jurnal atau tesis. Menurut Marican (2005), data sekunder merupakan data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Sebagai contoh, data-data kajian lepas dikumpulkan untuk tujuan kajian. Tambahan pula, melalui data-data kajian lepas, pengkaji boleh mengenalpasti aspek yang boleh dikembangkan untuk penambahbaikan kajian. 3.2.2. Data Primer. Data primer adalah maklumat yang diperoleh dari aktiviti pemerhatian dan penelitian untuk memeperoleh data atau maklumat yang berkenaan dengan menggunakan beberapa instrumen yang telah ditetapkan. Dalam konteks kajian ini, data primer merupakan maklumat tepat yang diperoleh dan dikaji secara terperinci (Indriantoro & Supomo 2010). Dengan adanya data primer ini, maklumat kajian yang diperoleh adalah asli dan berteraskan maklumat dari informan tanpa sebarang tokok tambah. Data primer yang telah dijalankan oleh pengkaji adalah berkenaan dengan aktiviti temu bual di antara pengkaji dengan informan di tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor. Temu bual adalah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklum balas yang sahih (Azizi Yahya et. 2007). Melalui kaedah temu bual sebegini, jawapan yang diperoleh oleh responden akan digunakan sebagai data penting dalam penghasilan kajian ini. Tambahan pula, kepentingan temu bual adalah untuk memastikan pengkaji dapat membuat refleksi supaya wujudnya persefahaman di antara pengkaji dengan informan. Tambahan pula, data primer yang diperoleh juga adalah berkenaan dengan kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian pada kawasan tapak makam Keramat Anak Dara di Selangor adalah kaedah pengumpulan data dengan mengamati pada objek. 38. FYP FTKW. instrumen utama bagi pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang terdiri daripada.

(50) suasana dan perilaku yang berkenaan dengan sesebuah organisasi (Hasan, 2002). Dalam konteks ini, pengkaji akan melihat, mengamati dan mencatat keadaan semasa tapak makam yang telah diusahakan oleh komuniti untuk memastikan tapak Makam Keramat Anak Dara, Kuala Selangor dipelihara dan dipulihara.. 39. FYP FTKW. kajian. Pemerhatian juga dikenali sebagai pemilihan, pencatatan dan pengubahan.

(51) Kaedah Kualitatif. Kualitatif adalah data yang berbentuk deskriptif dan kata-kata lisan atau penulisan tentang ragam manusia yang diamati (Taylor & Bogdan, 1984). Menurut Patton (1990), data kualitatif boleh diperoleh melalui tiga kategori utama iaitu hasil pemerhatian, hasil perbicaraan dan bahan bertulis. Dalam konteks ini, kajian yang berkonsepkan kualitatif adalah berkaitan dengan bidang sains sosial seperti etnografi, historigrafi dan sosiologi. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap data yang diperoleh akan dipersembahkan melalui perkataan berbanding pengiraan data yang dikumpul dan dianalisis (Bryman, 2008). i.. Temu bual Di samping itu, aktiviti temu bual bersama dengan pihak berkepentingan juga. dijalankan untuk memperoleh data yang berkaitan dengan tapak Makam Keramat Anak Dara di Selangor. Kaedah temu bual yang digunakan adalah temu bual semi berstruktur. Menurut Meriam (1998), temu bual semi struktur merupakan satu kaedah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat lebih banyak dan fleksibel. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan komitmen yang jelas untuk menemubual sekurang-kurangnya lima orang informan yang terdiri daripada pihak berkepentingan seperti kakitangan awam dan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pemeliharaan dan pemuliharaan tapak Makam Keramat Anak Dara di Kuala Selangor. Informan adalah orang terlibat dalam penelitian kajian. Fungsi informan adalah untuk memberikan maklumat tentang situasi dan keadaan sebenar. Dalam pada itu, tujuan pemilihan informan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang sahih (Azizi Yahaya et. 2007).. 40. FYP FTKW. 3.2.3.

(52) Pemerhatian Selain itu, kaedah yang digunakan bagi kualitatif iaitu pemerhatian juga. digunapakai dalam kajian ini. Dalam kajian ini, pemerhatian dilakukan secara langsung dengan mengamati dan melihat keadaan semasa pada tapak makam. Menurut Merriam (1998), pemerhatian adalah aktiviti merekod tingkah laku peserta semasa kajian lapangan dijalankan dan memperoleh data yang tidak dapat diberitahu oleh peserta semasa kajian dijalankan. Selain itu, tujuan aktiviti pemerhatian ini dijalankan adalah untuk memastikan pengkaji lebih fokus pada objek seterusnya memperoleh data yang lebih tepat. Oleh itu, jelaslah bahawa kaedah pemerhatian ini sememangnya kaedah yang perlu dilakukan supaya gerak kerja yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharan tapak makam berjalan dengan baik. 3.2.4. Kaedah Kuantitatif. Kuantitatif adalah kajian penyelidikan yang memfokuskan fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Chua, 2006). Kajian yang berteraskan kuantitatif ini adalah penyelidikan yang berdasarkan pengutipan data seterusnya mengubah kepada skala likert. Melalui kaedah kuantitatif ini, penerangan tentang objektif kajian amat perlu untuk mendapatkan peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik. i.. Persampelan rawak. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih teknik pesampelan rawak untuk memperoleh data. Menurut Chua (2006), kajian yang berbentuk teknik persampelan rawak mudah membolehkan responden untuk memilih setiap subjek dalam populasi yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan persampelan 41. FYP FTKW. ii..

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Akhir sekali, pengkaji juga berharap agar semua pihak termasuklah masyarakat setempat dapat mengekalkan keindahan alam semulajadi yang terdapat di Pulau Tuba, Langkawi supaya

Pengkaji mendapati projek pemuliharaan terhadap makam-makam belum dilakukan kerana pengurusan Makam D’Raja Langgar ini tidak melibatkan kerjasama dengan muzium bahkan Jabatan

Selain itu, Pelbagai inisiatif juga telah diambil untuk mempromosikan Terengganu sebagai tempat Pelancongan utama serta pelancongan warisan dengan mengadakan Program

Pemilihan lokasi kajian adalah kerana Bukit Malawati ini memiliki elemen warisan budaya ketara disamping ianya juga merupakan tempat tumpuan pengunjung serta kawasan yang

Analisis yang dilakukan oleh pengkaji dikategorikan kepada tiga aspek iaitu mengenalpasti tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah, mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di

Secara kesimpulan, hasil kajian mendapati bahawa kepuasan hidup wanita berkerjaya pertengahan usia di kawasan bandar Kuala Lumpur mempunyai hubungan yang lebih kuat dengan

Dapatan kajian mengemukakan penyair Usman Awang sebagai tokoh sastera pelancongan Malaysia dengan mempertimbangkan latar kepengarangan dan latar kelahirannya di Kuala

Berdasarkan daripada kajian kepustakaan dan kajian secara lapangan, peninggalan warisan monumen yang terdapat di Kota Melawati, Kuala Selangor dapatlah dilihat dan

Faktor warisan budaya (produk budaya warisan) pula menjadi faktor utama yang mempengaruhi kedatangan responden ke Kuala Lumpur sekaligus membuktikan keunikan dan kegemilangan

Justeru, dalam usaha untuk menjadikan Lombong Perak Iwami Ginzan sebagai tapak warisan dunia, pihak yang terlibat turut memulihara kawasan bandar sekitar, lebuh raya

Sungai Merbok yang kaya dengan pelbagai diversiti flora dan fauna boleh menyumbang kepada pelancongan kulinari dengan membekalkan bahan-bahan semula jadi

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, penduduk tempatan di bandar Kuala Lipis sudah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong dan juga pembangunan pelancongan di kawasan

Pendidikan warisan sejarah, budaya dan alam sekitar di destinasi pelancongan yang dilakukan terhadap pelajar sekolah juga adalah sesuatu program yang baik untuk

Bagi merealisasikan pelaksanaan produk pelancongan khususnya pelancongan di kawasan tanah tinggi, berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pahang, 2001, Rancangan

Oleh itu, dalam usaha menyokong Lembah Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan luar bandar yang berdaya saing, kajian ini memberikan tumpuan kepada perniagaan mikro dan

Antara bentuk promosi yang boleh dijalankan adalah melalui media cetak, media elektronik dan media alternatif seperti internet.Misalnya, melalui media cetak, pihak

Hasil kajian mendapati bahawa persepsi pelancong terhadap negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari adalah pada tahap kepuasan yang tinggi.. Ini menunjukkan bahawa

Bagi kajian ini, perbincangan lebih terarah kepada tiga jenis pelancongan yang berjaya dikenalpasti di kawasan kajian iaitu pelancongan warisan dan kebudayaan, agro-pelancongan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi Taman Rekreasi Air Panas (TRAP ) FELDA Residence Hot Springs Sungai Klah sebagai produk pelancongan FELDA,

Menggunakan data kaji selidik dan cerapan di lapangan, analisis kajian ini mendapati bahawa kejiranan luar bandar khususnya yang terletak di daerah Kuala Langat, Sepang, Kuala

Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak kelapa sawit, pelancongan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan sektor lain merupakan antara sektor NKEA yang mempunyai potensi besar

Kellie’s Castle lebih menonjol sebagai lokasi pelancongan berasaskan sejarah dan warisan dan mempunyai medan pengaruh bandar yang lebih besar berbanding dengan

Dengan mengedarkan 100 borang soal selidik kepada pelancong tempatan yang ditemui di lokasi pelancongan di pusat bandar Kuala Kangsar didapati Kuala Kangsar