• Tiada Hasil Ditemukan

MAHASISWA NON-MUSLIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "MAHASISWA NON-MUSLIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) "

Copied!
25
0
0

Tekspenuh

(1)

ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DALAM KALANGAN

MAHASISWA NON-MUSLIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

AZIZAH BINTI HUSSIN

DOKTOR FALSAFAH

2016

(2)

Islamofobia Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim

Institut Pendidikan Guru (IPG)

oleh

Azizah binti Hussin

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi ijazah Doktor Falsafah

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2016

(3)

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana universiti atau institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhak keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah.

Dari tarikh hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengaku bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesia adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.

Tarikh Tarikh: 26 Julai 2016

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

710317-03-5102 Nawi@Mohd Nawi bin Ismail

Nama Penyelia Utama

(4)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya serta izinNya tesis ini dapat disempurnakan dalam jangka waktu yang dirancang.

Tesis ini dapat disiapkan dengan bantuan dan kerjasama daripada penyelia di samping pihak-pihak lain. Kesemuanya sanggup memberi tunjuk ajar, bimbingan serta nasihat yang berterusan. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada penyelia saya Dr. Nawi@ Mohd. Nawi bin Ismail yang sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan sokongan serta kata-kata semangat. Membetulkan setiap kali ada kesilapan. Amat senang didekati dan mudah dibawa berbincang. Berfikiran terbuka dan tidak pernah mengecewakan sepanjang perbincangan tesis. Beliau amat prihatin, peka dan teliti serta memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah sebagai penyelia. Jasa beliau tidak akan dilupakan.

Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Professor Dr. Khairul Anwar Mastor (UKM), Prof. Madya Dr. Arip Kasmo (UKM), Dr. Ilham Salimun (UMT) serta Dr. Hamdan (UMT) kerana sudi menjadi pakar rujuk untuk kandungan dan pembinaan item soal selidik. Tidak lupa juga kepada para pensyarah UMK sendiri yang membantu dari sudut kandungan dan metodologi iaitu Dr. Nik Yusri, Dr.

NoorHisyam, Prof. Madya Dr. Suria Baba, Prof. Madya Dr. Mokhtaruddin, Prof Madya Dr. Rafi dan Prof Madya Dr. Noorani Mustapha. Semoga segala ilmu yang dikongsi mendapat keredhaan Allah.

Begitu juga kepada semua pengarah dan pensyarah serta pelajar IPG Zon Timur yang terlibat iaitu IPGK Kota Bharu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Dato Razali Ismail serta IPGK Sultan Mizan serta IPG Induk KPM yang memberi kerjasama sebaik mungkin dalam menyempurnakan pemerolehan data. Segala sumbangan serta kerjasama yang diberikan amat saya hargai.

Semua kawan yang sentiasa berfikiran positif membantu saya, memotivasi saya serta mendorong saya menyiapkan tesis ini. Penghargaan turut ditujukan kepada Bahagian Tajaan KPM kerana mengurus segala urusan kewangan serta surat menyurat yang berkaitan dengan tesis saya.

Terakhir ucapan setinggi-tinggi terima kasih dikhaskan kepada suami tercinta Mohamad Zamri bin Ali yang merestui dan memberi sokongan saya meneruskan perjuangan mencari ilmu. Membantu saya dalam urusan pendidikan anak-anak.

Untuk anak-anak tersayang Ahmad Nasrullah, Ahmad Fakhrullah, Ahmad Saifullah, Ahmad Ubaidullah dan Ahmad Abdullah, terima kasih kerana memahami tugas umi.

Tidak dilupakan kepada ibu bapa saya Ramlah binti Omar dan Hussin bin Awang yang sentiasa memberi restu. Terima kasih buat semua.

(5)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI LAMPIRAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH x

SENARAI AKRONIM xi

ABSTRAK xiii

ABSTRACT xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Kerangka Konseptual 9

1.5 Tujuan Kajian 12

1.5.1 Objektif Kajian 13

1.5.2 Persoalan Kajian 13

1.5.3 Hipotesis Kajian 14

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.7 Batasan Kajian 18

1.8 Definisi Operasi 19

1.8.1 Islamofobia 20

1.8.2 Pembelajaran 21

1.8.3 Isu semasa TITAS 21

1.8.4 Mahasiswa Non-muslim 22

(6)

1.8.5 Institut Pendidikan Guru (IPG) 22

1.8.6 Zon Timur 23

1.8.7 Jihad 23

1.8.8 Hudud 24

1.8.9 Poligami 24

1.9 Penutup 25

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 26

2.2 Sejarah TITAS Sebagai Kursus Wajib IPTA/S dan IPG 27

2.3 Tamadun Islam 31

2.4 Tamadun Asia (China, India, Jepun) 37

2.4.1 Tamadun China 38

2.4.2 Tamadun India 43

2.4.3 Tamadun Jepun 47

2.5 Konsep Jihad Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 51 2.6 Konsep Hudud Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 59 2.7 Konsep Poligami Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 67

2.8 Sejarah Islamofobia dan Evolusi Ancaman 72

2.9 Model Islamofobia 79

2.10 Teori Pengukuran Islamofobia (Islamophobia Measurement Theory) 82

2.11 Teori Pembelajaran 83

2.12 Pemikiran Imam al-Ghazali Dalam Pendidikan 84

2.13 Kajian-kajian Berkaitan 88

2.13.1 TITAS Membentuk Masyarakat Berbilang Bangsa 88 2.13.2 Tamadun Islam dan Kesan Terhadap Pelajar Bukan Islam 91 2.13.3 Pendidik Sebagai Pendakwah dan Pemudah Cara 94 2.13.4 Salah Faham Tentang Islam dan Islamofobia 97 2.13.5 Peristiwa 11 September, Rekaan dan Realiti 108 2.13.6 Ketamadunan Islam Inspirasi Ketamadunan Barat 113

2.14 Penutup 114

(7)

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 116

3.2 Reka Bentuk Kajian 116

3.3 Populasi, Pemilihan Sampel Kajian dan Peserta Kajian 117

3.3.1 Pemilihan Sampel Kajian 118

3.3.2 Pemilihan Peserta Kajian 120

3.4 Alat Kajian 121

3.4.1 Soal Selidik 122

3.4.2 Temu bual 124

3.4.3 Kaedah Bergabung (Mix Method) 125

3.4.4 Interpretasi Skala 127

3.4.5 Pembolehubah Kajian 129

3.4.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 130

3.4.7 Kajian Rintis 132

3.5 Tata cara Pengumpulan Data 135

3.5.1 Tata cara Pengumpulan Data Soal Selidik 136 3.5.2 Tata cara Pengumpulan Data Temu bual 138

3.6 Tata Cara Penganalisisan Data 141

3.6.1 Analisis Deskriptif Melalui SPSS 142

3.6.2 Analisis Inferensi Melalui SPSS 142

3.6.3 Analisis Deduktif Melalui ATLAS.ti 144

3.7 Penutup 149

BAB 4 HASIL DAPATAN

4.1 Pendahuluan 151

4.2 Profil Sampel dan Peserta Kajian 151

4.3 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim Terhadap Isu Jihad, Hudud Dan Poligami

153 4.4 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Demografi 162 4.4.1 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Agama 162 4.4.2 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Jumlah Kawan Muslim 164

4.5 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap TITAS 167 4.6 Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim tentang

Islamofobia Stelah Mempelajari TITAS

170

(8)

4.7 Pembolehubah yang Boleh Menyumbang Kepada Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPG

176 4.7.1 Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Islamofobia 182

4.8 Penutup 188

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 190

5.2 Ringkasan Kajian 190

5.3 Perbincangan 192

5.3.1 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim di IPG Terhadap Isu Jihad, Hudud dan Poligami

192 5.3.2 Perbezaan Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPG

Berdasarkan Agama

195 5.3.3 Perbezaan Islamofobia Mahasiswa Non- muslim IPG

Berdasarkan Jumlah Kawan Muslim

196 5.3.4 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap TITAS 197 5.3.5 Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim

Tentang Islamofobia Setelah Mempelajari TITAS

199 5.3.6 Faktor Yang Menyumbang Kepada Islamofobia 204

5.4 Implikasi Kajian 215

5.4.1 Dasar IPG dan KPM 216

5.4.2 Diri Pensyarah 218

5.4.3 Badan Bukan Kerajaan 220

5.5 Cadangan Kajian 222

5.5.1 Cadangan Terhadap Teori dan Model 222

5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 225

5.6 Penutup 228

Bibliografi 231

Lampiran 262

(9)

SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

LAMPIRAN A - Senarai Pembentangan 253

LAMPIRAN B - Senarai Penerbitan 255

LAMPIRAN C - Soal Selidik 258

LAMPIRAN D - Perakuan Kebenaran Oleh Peserta Kajian Untuk Merakam Temu bual

267

LAMPIRAN E - Protokol Temu bual 268

LAMPIRAN F - Transkripsi Temu bual 270

LAMPIRAN G - Surat Kelulusan dari Pihak Terlibat 282

LAMPIRAN H - Senarai Pakar Rujuk 294

LAMPIRAN I - Bacaan Alpha Cronbach (Reliability) 295

LAMPIRAN J - Pro Forma TITAS IPG 312

LAMPIRAN K - Senarai Kod dan Memo Berkaitan Perasaan

Mahasiswa Non-muslim Tentang Islamofobia Setelah Mempelajari TITAS

317

LAMPIRAN L - Normal P-P Plot Regression Standardized Residual 326

LAMPIRAN M - Scatterplot 327

LAMPIRAN N - Korelasi dan Rumusan Model 328

LAMPIRAN O - Senarai Kod dan Memo Tentang Pengaruh Jihad, Hudud dan Poligami Terhadap Islamofobia

329 LAMPIRAN P - Rajah Faktor-faktor yang Mempengaruhi Islamofobia 337 LAMPIRAN Q - Gambar Hukuman Tamadun Jepun dan China 339

(10)

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

2.1 Senarai Kursus Utama yang Ditawarkan di IPGM 29 2.2 Senarai Kursus Wajib yang Ditawarkan di IPGM 29

3.1 Perincian Item Soal Selidik 122

3.2 Interpretasi Skala Likert dan Skor Min 127

3.3 Interpretasi Skala Tahap Fobia 128

3.4 Interpretasi Skala Peratusan 128

3.5 Nilai Alpha Cronbach untuk Setiap Pembolehubah dan Kategori 134

3.6 Tarikh Kelulusan Menjalankan Kajian 136

3.7 Tata cara Pengumpulan Soal Selidik 137

3.8 Tata cara Pengumpulan Data Temu bual 139

3.9 Pembahagian Tema dan Kod 148

3.10 Persoalan Kajian dan Cara Penganalisisan 150 4.1 Profil Sampel Berdasarkan IPG, Agama dan Jumlah Kawan

Muslim

152 4.2 Profil Peserta Kajian Berdasarkan Jantina, IPGM, Opsyen, Negeri

Asal dan Agama

153 4.3 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Jihad 154 4.3.1 Ringkasan Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap

Jihad.

155 4.4 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Hudud 156 4.4.1 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Jihad. 158 4.5 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Poligami 159

(11)

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

4.5.1 Ringkasan Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Poligami

160 4.6 Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPGM Berdasarkan

Agama

163 4.7 Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPG Berdasarkan Jumlah

Kawan Muslim

165 4.71 Post Hoc Scheffe dan Bonferroni Bagi kategori Jumlah Kawan

Muslim Terhadap Islamofobia

166 4.8 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPGM Terhadap TITAS 167 4.9 Susunan Persepsi Positif Terhadap TITAS Mengikut Ketinggian

Frekuensi/Peratus

169 4.10 Matriks Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim

Tentang Islamofobia Setelah Mempelajari TITAS

171 4.11 Peramal yang Masuk Dalam Persamaan Regresi dan yang

Terkeluar Dari Persamaan Regresi

177

4.12 Bacaan ANOVA dan Koeffisien 179

4.13 Matriks Pengaruh Jihad, Hudud dan Poligami Terhadap Islamofobia

181 4.14 Matriks Faktor-faktor Lain yang Menyumbang Kepada Islamofobia 183

(12)

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Islamofobia Dalam Pembelajaram TITAS Dalam Kalangan Mahasiswa Non- muslim IPG

10

2.1 Model Proses Islamofobia 80

2.2 Peranan Pelajar dan Pendidik Mengikut Pemikiran Imam al- Ghazali

87

3.1 Pemilihan Sampel 119

3.2 Proses Analisis Data Temu bual 146

5.1 Teori Tahap Fobia 223

5.2 Model Faktor Islamofobia 224

(13)

SENARAI AKRONIM

ANOVA Analysis Of Variance

AS Amerika Syarikat

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan BPG Bahagian Pendidikan Guru

CEDAW Committee for the Elimination of Discrimination Against Women

DAP Democrate Action Party/ Parti Tindakan Demokrat EUMC Europeon Monitoring Centre

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan HAMKA Haji Abdul Malik Karim Amrullah IFC Inter Faith Commission

IPT Institusi Pengajian Tinggi

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta IPG Institut Pendidikan Guru

IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus ITM Institut Teknologi Mara

JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek JPP Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kementerian Pendidikan Malaysia LSD Least Significant Difference MUR Malaysian University Requirement NGO Non Government Organization

(14)

PAS Parti Islam SeMalaysia PdP Pengajaran dan Pembelajaran

PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PK Peserta Kajian

PPP Pelan Pembangunan Pendidikan PPS Pusat Pengajian Siswazah

RECOVH Regional Conference on Values and Humanities/

Persidangan Serantau Mengenai Isu Nilai dan Kemanusiaan

RIMUP Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan SCL Student Centered Learning

SIS Sister In Islam

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

TI Tamadun Islam

TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia ToT Training of Trainer

UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UMK Universiti Malaysia Kelantan UMNO United Malay Nation Organisation/

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMT Universiti Malaysia Terengganu

UPNM Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris SJK Sekolah Jenis Kebangsaan

SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SMK Sekolah Menengah Kebangsaan SMPC Sekolah Menengah Persendirian Cina

(15)

Islamofobia Dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim

Institut Pendidikan Guru (IPG)

ABSTRAK

Tesis ini adalah sebuah kajian kes tentang Islamophobia dalam kalangan mahasiswa non-muslim di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini meneliti tahap fobia dan pengaruh jihad, hudud serta poligami terhadap Islamophobia dalam pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kajian ini menggunakan kaedah bergabung melalui tinjauan soal selidik dan temu bual. Seramai 270 sampel dan empat peserta kajian terlibat dipilih daripada empat IPG Zon Timur menggunakan teknik rawak berstrata dan rawak bertujuan. Data kuantitatif dianalisis melalui perisian SPSS manakala data kualitatif dianalisis melalui perisian ATLAS.ti. Secara keseluruhan, isu jihad, hudud dan poligami tidak mempengaruhi Islamofobia.

Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada Islamofobia seperti faktor menukar agama, larangan- larangan dalam Islam serta faktor budaya. Dapatan tahap fobia pula mencatatkan bahawa tahap fobia terhadap jihad dan poligami ialah takut manakala tahap fobia terhadap hudud adalah terancam. Namun tiada perbezaan ketara Islamofobia berdasarkan agama tetapi wujud perbezaan Islamofobia dari sudut jumlah kawan muslim. Secara umumnya, kajian ini mendapati pembelajaran kursus TITAS diakui membawa kesan yang positif kepada mahasiswa non-muslim. Kajian ini mencadangkan pembelajaran kursus TITAS diteruskan di IPG di seluruh Malaysia dengan beberapa penambahbaikan untuk mengurangkan Islamofobia dalam kalangan mahasiswa non-muslim.

(16)

Islamophobia In Islamic and Asian Civilizations (TITAS) Course Among Non-muslim Students at Teachers Education Institute (TEI)

ABSTRACT

This thesis is a case study on Islamophobia among non-muslim students at Teachers Education Institute (TEI). It examines the level of phobia and the influence of jihad, hudud and polygamy towards Islamophobia in Islamic and Asian Civilizations (TITAS) course. This study employs mixed-method design through survey and interview. A total of 270 samples and four participants involved in the study was selected from four TEI in the Eastern Zone using stratified random and purposive sampling technique. Quantitative data was analyzed through SPSS software while qualitative data was analyzed using ATLAS-ti. In general, the finding of the study indicates that jihad, hudud and polygamy issues do not affect Islamophobia.

However, there are other factors that contribute to Islamophobia including conversion issues, prohibitions in Islam and cultural factor. The study discovers that the level of phobia related to jihad and polygamy issues is fear while the level of phobia associated with hudud issues is threat. However, there are no significant differences on Islamophobia based on religion but there are differences based on the number of muslim friends. In conclusion, the study finds that TITAS course contributed significant and positive impact on non-muslim students. Therefore, the study recommends the continuation of the teaching and learning of TITAS course at TEI in the country with some significant improvements in order to reduce Islamophobia among non- muslim students.

(17)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Institusi pendidikan mempunyai falsafah tertentu yang telah ditetapkan sebagai panduan dalam menentukan masa depan generasi akan datang. Falsafah pendidikan di Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia berbunyi :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2001

FPK bermatlamat untuk menghasilkan insan yang sempurna dari pelbagai sudut khususnya sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Demi mencapai matlamat tersebut, kerajaan mengambil langkah terkini dengan memperkenalkan Misi Nasional 2006-2020 dengan pelbagai tujuan. Antaranya untuk kesaksamaan sosioekonomi, keteguhan institusi, kualiti hidup dan keseimbangan pendidikan. Salah satu matlamat dalam keseimbangan pendidikan ialah untuk membangunkan modal insan iaitu pendidikan, inovasi dan nilai.

Konsep modal insan ialah membina serta membangunkan modal insan yang bersifat holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta

(18)

mempunyai nilai moral dan etika yang teguh. Daripada pelbagai bidang, bidang pendidikan merupakan jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara (Zahir Zainudin, 2008). Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit namun berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara di Asia Timur jauh lebih baik dari negara-negara maju yang lain (Zahir Zainudin, 2012).

Dalam bidang pendidikan, kita boleh melahirkan modal insan yang mantap dari sudut JERI melalui penerapan elemen nilai-nilai murni ke dalam kurikulum. Kesemua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu secara langsung dan tidak langsung menerapkan elemen nilai-nilai murni atau akhlak mulia dalam mata pelajaran tersebut.

Nilai-nilai murni perlu merentas kurikulum (Nooraini Sulaiman et al., 2008). Mohammad Kamil Abd. Majid & Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006), antara lain membuktikan dalam penulisan mereka bahawa penerapan nilai murni telah membuahkan hasil yang memberangsangkan khususnya dalam pentadbiran negara. Namun begitu masih terdapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat non-muslim terhadap usaha tersebut. Mohd Kamil Abd. Majid (2007) turut menambah bahawa salah faham antara muslim dan non-muslim telah berakar

(19)

dalam tradisi pemikiran masing-masing. Justeru, pengkaji yakin kefahaman yang lebih jelas dan keyakinan yang lebih mendalam berlaku kepada non-muslim melalui proses pendidikan yang dilaluinya.

Kesinambungan itu juga, kesemua 27 buah IPG di Malaysia, mewajibkan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kepada semua mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang beragama Islam dan bukan Islam. Kumpulan pertama PISMP di IPG ialah pada ambilan Januari 2007. TITAS ditawarkan pada semester pertama pengajian sahaja. Kod yang digunakan ialah WAJ 3101 dengan membawa 2 jam kredit (2+1) dan perlu menghabiskan 30 jam interaksi pada satu semester.

Mohd Rosdi Mahamud (2001) mencadangkan agar keberkesanan tamadun Islam diberi perhatian memandangkan peranan yang dimainkan oleh mata pelajaran ini amat besar. Justeru pengkaji akan meneruskan kajian dengan memfokuskan kepada peranan dan pengaruh isu semasa TITAS iaitu jihad, hudud dan poligami terhadap islamofobia dalam kalangan non-muslim di IPG.

Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian diikuti tujuan kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian serta kepentingan kajian. Diterangkan juga definisi operasi dan diakhiri dengan kerangka konseptual kajian.

1.2 Latar Belakang Kajian

TITAS adalah kursus wajib di kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan di semua Institut Pendidikan Guru (IPG). Ini selaras dengan

(20)

dasar Kementerian Pelajaran yang mewajibkan semua pelajar universiti mendaftarkan TITAS sebagai kursus wajib. Peranan yang dimainkan oleh kursus ini amatlah besar dari sudut membentuk modal insan dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai ras, etnik, kaum, bangsa dan agama.

Mahasiswa perlu serius dalam mempelajari kursus ini walaupun pada tanggapan mereka ia senang dikuasai dan mudah untuk lulus (Mohamad Azhari Abu Bakar et al., 2012). Berdasarkan kajian-kajian lepas, kebanyakan mahasiswa non-muslim mempersoalkan keperluan mempelajari TITAS sedangkan kandungannya cenderung kepada pembelajaran agama Islam. Kajian Khairul Anwar Mastor (1995). menyentuh tentang pengajaran Tamadun Islam kepada pelajar bukan Islam telah menyedarkan banyak pihak bahawa pelajar non-muslim berpandangan negatif terhadap kursus Tamadun Islam.

Dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya, keperluan persefahaman dan sikap tolak ansur serta saling hormat- menghormati antara satu sama lain sangat diperlukan. Sebarang perasaan benci, tidak puas hati dan ragu-ragu harus segera dipadamkan kerana ia boleh memercikkan gelombang kemarahan. Peristiwa-peristiwa perkauman seperti peristiwa 13 Mei 1969 menjadi satu pengajaran berguna dalam meneruskan kehidupan pelbagai kaum. Kefahaman yang mendalam tentang sesuatu agama dan budaya akan mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia. Secara idealnya harapan ini menjadi landasan bagi meneruskan kejayaan Malaysia.

(21)

Selain itu, golongan mahasiswa tidak menyedari serta tidak menghayati kepentingan TITAS kepada mereka pada masa hadapan. Mereka sentiasa dikelilingi dengan ideologi asing yang banyak menyimpang daripada ajaran agama. Bekalan ilmu untuk menepis dakyah tidak dikuasai oleh golongan remaja. Rentetan dari itu, berlakulah pengikisan nilai-nilai agama dari hidup mereka. Dan kesannya, selama empat di tahun di universiti, remaja menjadi hamba kepada budaya kebendaan serta mengenepikan agama. Menyedari hakikat ini, kerajaan khususnya yang terlibat secara langsung dengan kurikulum telah memperkenalkan Tamadun Islam di universiti dan terbaru dengan penambahbaikan diperkenalkan pula Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang diwajibkan kepada muslim dan non-muslim. Mereka turut mendalami ilmu Islam di samping ilmu ketamadunan India, Jepun, China (Al-Faruqi, 1991).

Mahasiswa non-muslim tidak perlu mempertikaikan kenapa mereka perlu mempelajari TITAS kerana konsep mencari ilmu adalah mempelajari pelbagai ilmu selagi ia boleh membentuk diri kita sebagai insan sempurna terhadap Tuhan, masyarakat dan negara. Melalui kajian-kajian lepas yang mutakhir, hasil telah menunjukkan jawapan yang positif tentang pembelajaran TITAS ini antaranya kajian Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2003) mendapati 14%

menyatakan amat setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non muslim, 57%

menyatakan setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non-muslim dan hanya 29%

menyatakan kurang setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non muslim (Ahmad Nasir Mohd Yusoff, 2003). Harapan yang sangat tinggi terhadap kajian yang akan dijalankan ini semoga ia dapat menjawab beberapa persoalan

(22)

mahasiswa non-muslim khususnya dari sudut kefahaman tentang Islam, pembentukan modal insan dan perpaduan kaum serta agama.

1.3 Pernyataan Masalah

Kursus TITAS yang merupakan kursus wajib di universiti, diajar kepada semua mahasiswa pelbagai agama dan opsyen. Kursus TITAS dianggap sebagai platfom membentuk masyarakat berbilang bangsa dalam mewujudkan Tamadun Malaysia. Kursus ini mempunyai sejarah kontroversi yang agak hebat daripada masyarakat bukan Islam. Antaranya kenyataan akhbar berbunyi “Kursus Tamadun Islam akan menimbulkan kesangsian dalam kalangan pelajar bukan Islam”(Lim, K. S, 1990) dan “Pendidikan Tamadun Islam memberi beban baru kepada pelajar” (Lim, K. S, 1991). Kedua-dua pernyataan menggambarkan mereka (bukan Islam) fobia terhadap Islam (islamofobia). Isu yang menjadi kontroversi ini disokong oleh salah seorang ahli Parlimen DAP yang lain, dengan menggesa KPM menarik balik kursus TITAS kerana tidak memberi manfaat kepada pelajar. Pertikaian beliau dibidas oleh Ketua Program Kenegaraan, kepimpinan dan ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan menegaskan TITAS bukan semata-mata belajar tamadun Islam bahkan dipelajari juga tamadun India, Cina dan Jepun. Menurut beliau TITAS wajib dipelajari sebagai pemangkin integrasi nasional (Riduan Tee Abdullah. (2008).

Sehubungan dengan itu juga, terdapat kajian oleh Mohd Arip Kasmo (2011) yang dijalankan ke atas mahasiswa bukan Islam, menunjukkan bahawa

(23)

terdapat beberapa ajaran dalam Islam seperti berperang (jihad), hukuman yang ada dalam Islam (hudud), kebebasan hak wanita, poligami serta larangan- larangan lain telah mencatatkan peratus yang tinggi untuk tajuk-tajuk yang tidak disukai dan paling tidak disukai. Beliau mengulas bahawa beberapa ajaran dalam Islam yang tidak disukai pelajar perlu dibendung untuk mengelak daripada tersebarnya kesan-kesan yang lebih parah seperti fobia pada Islam (islamofobia) atau benci pada Islam.

Isu berkaitan islamofobia banyak berlaku di luar negara begitu juga dalam negara Malaysia yang merupakan negara Islam. Antara contoh berkaitan salah faham dan persaan takut ini apabila “Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran” diperkenalkan pada tahun 1985 dan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001, semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan. Kedua-dua dasar tersebut mendapat maklum balas negatif daripada penganut agama lain.

Setiausaha Majlis Uskup-uskup Katolik Malaysia mengakui isu islamisasi yang wujud ketika ini memang membimbangkan penganut bukan Islam. Ia bukan sahaja mencabar Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan beragama malah amalan dan budaya hidup masyarakat bukan Islam akan terhakis (Lee, B.

C., 2002). Lee turut melahirkan kebimbangan proses Islamisasi di Malaysia kewujudan budaya mempolarisasikan rakyat Malaysia kepada muslim dan bukan muslim. Khoo, K. Kim (2005) pula mengakui bahawa kurang maklumat tentang agama Islam membawa sifat takut dan salah faham kepada Islam yang akhirnya timbullah beberapa peristiwa yang tidak diingini berlaku.

(24)

Isu yang sama lebih hebat berlaku di luar negara. Laporan Weller, P.

(2006), membongkar kes-kes ketidakadilan layanan United Kingdom dalam urusan imigresen, penjara, kesihatan, perkhidmatan sosial dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga melabelkan muslim sebagai “homogenous, antagonistic and fanatical group”. Di Sweden peristiwa yang berlaku hasil salah faham terhadap Islam membawa kepada perasaan takut terhadap agama Islam (EUMC: 2011). Dikuatkan lagi hujah oleh Chahuan (2005); Gottschalk &

Greenberg (2008) yang menyatakan bahawa rakyat Amerika dan masyarakat barat telah tercatat dalam sejarah mempunyai persepsi negatif terhadap Islam dan pengikutnya.

Kesimpulannya, berdasarkan isu-isu islamofobia yang berlaku di dalam dan luar negara, ciri-ciri fobia yang dituduh terdapat dalam kursus TITAS, ditambah pula dengan dapatan kajian Mohd Arip Kasmo (2011) serta cadangan beliau agar kajian lanjutan tentang TITAS yang berfokus pada tajuk-tajuk TITAS diperbanyakkan, maka pengkaji terpanggil untuk menjalankan kajian yang membincangkan tentang islamofobia dalam pembelajaran TITAS. Pengkaji memilih tiga tajuk daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam isu semasa TITAS iaitu jihad, hudud dan poligami. Pengkaji akan menyelongkar pengaruh ketiga- tiganya terhadap islamofobia. Jihad, hudud dan poligami dipilih bukan hanya disebabkan ia merupakan tajuk-tajuk TITAS, tetapi ketiga-tiganya juga merupakan antara faktor islamofobia dalam Model Proses Islamofobia Zafar Iqbal (2010), di samping faktor-faktor islamofobia yang lain. Hasil daripada kajian diharap dapat membuka mata pengkaji sendiri, badan-badan dakwah,

(25)

pihak yang terlibat secara langsung dengan pendidikan Islam serta pihak-pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Pengkaji yakin kebimbangan terhadap Islam tidak akan wujud sekiranya masyarakat non- muslim sangat faham tentang konsep-konsep dalam Islam.

1.4 Kerangka Konseptual

Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) serta Merriam (2009), kerangka kajian merupakan satu unsur yang amat penting dalam sebarang kajian.

Sekaran (2000) menggariskan ciri-ciri yang perlu ada dalam kerangka kajian iaitu pertama, mengenal pasti dan melabelkan variabel yang sesuai dengan kajian. Kedua, menyatakan bagaimana variabel bebas dan bersandar berhubungan. Ketiga, mengandaikan sifat dan arah hubungan berdasarkan kajian yang lepas. Keempat, dapat menjelaskan bagaimana jangkaan hubungan tersebut dapat berlaku dan kelima, rajah yang sistematik untuk memberi gambaran tentang hubungan antara variabel-variabel.

Menurut Nik Azis Nik Pa (2003) pula, kerangka kajian yang dibincangkan adalah sebagai satu penjelasan tentang perkaitan konsep-konsep yang dikaji yang dapat menjelaskan keseluruhan kajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan, pelaksanaan dan laporan sesuatu kajian. Cline (2003) menjelaskan bahawa kerangka konsep merujuk kepada penghuraian yang ringkas dan padat tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah utama yang beroperasi dalam ruang lingkup permasalahan yang dikaji. Lazimnya, penghuraian tersebut disertai

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berdasarkan alasan bahawa isu gender ini merupakan isu yang penting dalam masyarakat, dan tidak banyak kajian yang dibuat tentang berita yang memaparkan isu gender, maka

(12 markah) Bincangkan sejauhmanakah pcngetahuan dalam bidang geografi dapat membantu dalam menangani isu-isu bcrkaitan dengan alam sekitar. Jelaskan andaian-andaian yang terdapat

Berdasarkan situasi yang diterangkan berkenaan kajian terhadap aspek efikasi kendiri guru dan isu-isu dalam persekitaran latihan mengajar, penyelidik berkeyakinan bahawa

Objektif kajian ini adalah untuk; (a) menjelaskan isu-isu yang menjadi fokus penulisan refleksi melalui jurnal praktikum dalam kalangan guru pelatih, (b) menjelaskan

Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh Za’ba di atas dan bandingan dengan ciri-ciri puisi yang digunakan dalam kajian ini, dapatlah diringkaskan bahawa pantun

Mengenal pasti perbezaan kesedaran, pengetahuan, sikap dan kemahiran budaya dalam kalangan guru berdasarkan ciri-ciri guru iaitu: etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai teori dan amalan serta isu-isu yang berkaitan dengan etika dan kepimpinan dalam

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar mengenai teori dan amalan serta isu-isu yang berkaitan dengan etika dan kepimpinan dalam