• Tiada Hasil Ditemukan

BAHAGIAN Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berusaha melaksanakan pelbagai program pembangunan yang berkesan bagi mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran pelajar bagi mendokong aspirasi Universiti.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "BAHAGIAN Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berusaha melaksanakan pelbagai program pembangunan yang berkesan bagi mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran pelajar bagi mendokong aspirasi Universiti. "

Copied!
15
0
0

Tekspenuh

(1)

Teraju PB 1

Teraju

(2)

Teraju 11

Teraju Pengurusan UMK

Naib Canselor Y.BHG. PROF. DATUK DR. RADUAN BIN HJ. CHE ROSE

Timbalan Naib Canselor YBHG. PROF. DR. ROSELINA BINTI AHMAD SAUFI

(Akademik dan Antarabangsa) Timbalan Naib Canselor YBHG. PROF. MADYA ABDUL AZIZ BIN AB.LATIF (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Pendaftar YBHG. PROF. DR. RAZLI BIN CHE RAZAK Pengarah YBHG. PROF. DR. IBRAHIM BIN CHE OMAR UMK Kampus Jeli Penasihat Undang-Undang YBHG. PROF. DATUK ABDUL HALIM BIN SIDEK Ketua Pustakawan EN. AZMAN BIN HASHIM Pemangku Bendahari EN. MOHD YUSRI BIN AWANG

Editorial

Ketua Editor PROF. DR. NIK MAHERAN NIK MUHAMMAD Editor PROF. MADYA DR. MOKHTARRUDIN BIN AHMAD TUAN ZULKIPELI BIN TUAN YEH Wartawan MOHD ZULFADLI BIN MAT HUSIN NORMALA OTHMAN SYARIMIE WOSLEY Fotografi MOHD AL AZAM MAT RAZI Pereka ELYANI ZAMRI

Editor Bersekutu

Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan PROF. DR. MOHAMED DAHLAN IBRAHIM Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan PROF. DR. ABU HASSAN HASBULLAH Dekan Fakulti Industri Asas Tani DR. AHMAD ANWAR MOHAMED ISMAIL Dekan Fakulti Sains Bumi PROF. DR. RAZAK WAHAB Dekan Fakulti Perubatan Veterinar DR. MOHD. AZAM KHAN GORIMAN KHAN Dekan Pusat Pengajian Siswazah PROF. DR. SAZALI ABD. WAHAB Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

PROF. DR. FAROK ZAKARIA Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik PROF. ROSDI AB. RAHMAN

Diterbitkan Oleh

Pusat Hal Ehwal Korporat Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA E-mel: korporat@umk.edu.my Tel: 09-771 7000 Faks: 09-771 7022 www.umk.edu.my corporate.umk.edu.my

Berita Semasa:

UMK MENGANGGOTAI GLOBAL CONSORTIUM

ENTREPRENEURSHIP EDUCATION (GCEE)

m/s: 2

FSB:DEKAN FSB TERIMA ANUGERAH

“MOST OUTSTANDING INSTITUTIONAL SERVICE AWARD”

m/s: 18

PPBPI:

GOLONGAN OKU MAMPU

CEMERLANG DAN BERJAYA m/s: 21

Berita:

GCLS 16:

“ENTREPRENEURSHIP AND RISK

MANAGEMENT”

m/s: 24 Berita Semasa:

UMK DAN MPC PERLUAS

JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK m/s: 14

Berita Semasa:

WARGA UMK BERJALAN KAKI

BERSAMA TUANKU CANSELOR m/s: 15

FTKW: FTKW PERLU

KOMERSILKAN BATIK DI

PASARAN ANTARABANGSA m/s: 17

FPV:ANUGERAH DEKAN FAKULTI

PERUBATAN VETERINAR m/s: 20

Berita:

FTKW BERI NAFAS BAHARU

KEKALKAN WARISAN SENIMAN P.RAMLEE m/s: 23 FKP:107 PENUNTUT

UMK SERTAI WISE 2013

m/s: 16

FIAT:

FIAT JALIN KERJASAMA

STRATEGIK DENGAN

KOLEJ HEFEI, CHINA m/s: 19

Berita:

GRADUAN CEMERLANG

BAKAL DITAWARKAN

JAWATAN DI m/s: 22UMK

Berita:

UMK ANJUR PROGRAM JOM CERIA

DAN INDAHKAN PANTAI KITA m/s: 25

Berita Semasa:

FESTIVAL USAHAWAN

WANITA KELANTAN:

MENIFETASI UMK BANTU TINGKATKAN EKONOMI NEGARA m/s: 4

Berita Semasa:

UMK MENANG LIMA EMAS

DANTIGA PERAK DI ITEX 2013 m/s: 9

Berita Semasa:

UMK DAN MTIB JALIN KERJASAMA

AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

m/s: 10

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam 1UMK.

Bertemu kita di edisi kedua Teraju pada tahun 2013 ini. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam edisi pada kali ini. Di kesempatan ini juga, setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Penerbit kerana berjaya menghasilkan satu lagi bentuk penulisan yang bukan saja berbentuk ilmiah tetapi juga satu bentuk catatan sejarah universiti ini sebagai santapan minda dan jiwa kita semua, syabas dan tahniah saya ucapkan.

Sedar tak sedar, kita sudah melangkah ke pertengahan tahun 2013 dan pelbagai program akademik dan bukan akademik disamping aktiviti pembangunan yang telah dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Dalam usaha untuk menjadikan UMK sebagai salah sebuah universiti bertaraf dunia, kita sentiasa melakukan pelbagai penambahbaikan dan salah satu daripadanya ialah, meningkatkan lagi mutu penyampaian dalam sistem pengajaran & pembelajaran dan juga dalam perkhidmatan pentadbiran universiti. Bermula pada awal tahun ini, kita telah berjaya menambah jumlah tenaga kerja akademik, pentadbiran profesional dan juga sokongan, untuk memenuhi keperluan sumber manusia selari dengan perkembangan pembangunan universiti ini. Peningkatan tenaga kerja ini penting bagi melonjakkan lagi produktiviti dan daya saing dalam perkhidmatan awam khususnya di universiti. Sepertimana yang saya telah tekankan sebelum ini, pembudayaan kerja cemerlang dan berinovasi tinggi adalah merupakan kaedah

terbaik dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian tugasan kita sehari-hari.

Sepertimana yang kita ketahui, modal insan yang berkualiti adalah merupakan aset penting di dalam sesebuah organisasi khususnya sebagai pelaksana dan pemberi perkhidmatan yang cemerlang. Selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional, iaitu untuk

“Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama” di kalangan rakyat Malaysia, sewajarnya aspek pembangunan modal insan yang berkualiti diberi keutamaan merentasi semua organisasi termasuklah institusi pengajian tinggi (IPT), seperti UMK. Baru-baru in kita telah menghantar seramai 50 pensyarah yang mendapat kepujian kelas pertama untuk mengikuti pengajian ke peringkat Phd di beberapa universiti di luar negara yang bertaraf dunia. Pihak Universiti telah meletakkan pelaburan yang besar dalam usaha untuk melahirkan generasi akademia yang mampu menjuarai agenda keusahawanan negara di masa akan datang.

Manakala, bagi staf pentadbiran dalam perkhidmatan profesional dan kumpulan sokongan pula, akan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian secara berperingkat dan menghadiri pelbagai latihan, seminar dan bengkel pengukuhan pengetahuan dan kemahiran di dalam dan luar negara yang akan ditawarkan kepada semua staf yang layak supaya jentera pelaksanaan dan sistem penyampaian perkhidmatan awam di universiti ini sentiasa dipertingkatkan menjadi lebih responsif, cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Pihak Universiti sentiasa prihatin dengan keperluan latihan dan pendedahan awal kepada semua staf terutamanya golongan muda yang sentiasa memerlukan bimbangan dan motivasi kearah menghasilkan potensi mereka yang sebenar. Saya juga percaya, dengan perancangan strategik yang telah diatur, UMK bakal melahirkan ‘tenaga pemikir’ yang lebih agresif dan dinamik yang mampu bersaing hingga ke peringkat global.

Sebagai sebuah universiti yang sedang membangun dan bergerak aktif dalam usaha untuk mengembang dan menerajui sempadan ilmu, UMK juga telah mengambil inisiatif dalam pengukur lain seperti penghasilan inovasi dan ciptaan bernilai tinggi, mewujudkan usaha ke arah penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, menjalin kolaborasi antarabangsa dan memindah teknologi kepada industri, agensi kerajaan serta institusi masyarakat. Saya berharap budaya penyelidikan dan keusahawanan di UMK telah meresap di sanubari semua penyelidik di universiti ini kerana inilah yang diperlukan untuk meningkatkan daya saing negara dalam ekonomi inovasi. Pertambahan bilangan program-program akademik pada tahun ini juga menunjukkan satu peningkatan dan kejayaan kepada UMK yang sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pasaran kerjaya sama ada di peringkat tempatan mahupun di peringkat global. Sebagai sebuah universiti yang sedang giat menempa nama, kita akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya saing, kreativiti dan inovasi dan terus menyumbang kearah pembangunan dan pertumbuhan industri keusahawanan yang mampan di negara ini. Justru, saya percaya dengan strategi-strategi yang telah digariskan oleh pihak pengurusan universiti, kita boleh mereliasasikan cita-cita menjadikan universiti ini sebuah universiti terkemuka bertaraf 5 bintang.

Akhir kata, semoga semua yang telah kita usaha dan rencanakan akan membuahkan hasil bagi merapatkan lagi jurang kita untuk mencapai apa yang diimpikan. Adalah diharapkan, semua warga universiti bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini, supaya apa yang telah kita laksana dan usahakan selama ini tidak menjadi sia-sia. Sekali lagi, sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Penerbit dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan edisi ini.

Sekian, terima kasih.

PROF. DATUK DR. RADUAN BIN CHE ROSE Naib Canselor

(3)

Teraju 2 3

Teraju

Teraju 2 3

Teraju

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) telah menandatangani perjanjian untuk menyertai Global Consortium Entrepreneurship Education (GCEE) yang di terajui oleh Babson College, USA pada 4 April 2013. UMK merupakan satu-satunya universiti awam negara yang telah diterima menjadi ahli dalam GCEE. Disamping itu Babson College yang merupakan institusi keusahawanan terunggul di dunia telah bersetuju untuk bekerjasama dalam memperkukuhkan program pendidikan keusahawanan di UMK.

UMK MENGANGGOTAI GLOBAL CONSORTIUM ENTREPRENEURSHIP EDUCATION (GCEE)

GCEE yang telah diasaskan oleh Babson College berpengkalan di Boston, Amerika Syarikat merupakan satu badan pakatan institusi yang komited kepada pendidikan dan penyelidikan keusahawanan.

Konsortium ini berperanan sebagai pemacu pembangunan kurikulum keusahawanan, penghubung antara industri dan akademia dalam kerjasama antarabangsa, serta mewujudkan satu platform integrasi secara praktikal dalam pendidikan keusahawanan.

Naib Canselor UMK, Y.Bhg. Prof.

Datuk Dr. Raduan Bin Haji Che Rose berkata, “UMK komited ke arah menuju sebagai sebuah Universiti Apex Keusahawanan seperti mana yang disarankan oleh YB Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin, Mantan Menteri Pengajian Tinggi,” tambah beliau.

E-Lab akan diterajui oleh Institut Keusahawanan UMK dan Babson College yang merupakan nadi penggerak utama kepada agenda keusahawanan. Ianya akan menjadi landasan untuk UMK menilai ciri- ciri dan tahap keusahawanan di kalangan pelajar dan kakitangannya.

Disamping itu ia bertujuan memupuk sifat keusahawanan sebenar dalam kalangan para pelajar kerana target UMK untuk melahirkan sekurang- kurangnya 10 peratus pelajar yang bergelar usahawan.

Melalui kerjasama ini, Babson College memberi ruang kepada warga UMK untuk terlibat dalam program sangkutan dan penanda- arasan bagi tempoh empat bulan di Boston, USA. Program ini akan memberi pendedahan kepada pelatih untuk mempelajari pembangunan, inovasi, dan ekosistem perniagaan

serta peluang perkongsian dan percambahan idea bersama institusi- institusi dan industri yang boleh dimanfaatkan oleh para pelatih.

Sementara itu, UMK telah hadir dalam GCEE Summit 2013 yang telah berlangsung di Universidad del Desarrollo (UDD), Santiago, Chile pada 10 hingga 12 Jun 2013, yang dihadiri oleh anggota GCEE dan

tetamu dari seluruh dunia. Fokus utama sidang kemuncak GCEE bertujuan membincangkan kerjasama penyelidikan keusahawanan di peringkat antarabangsa.

Kerjasama UMK-Babson ini adalah diharapkan menjadi landmark dalam memangkin agenda pendidikan keusahawanan Negara.

UNiK19 Menjulang Transformasi Pendidikan Usahawan

UMK komited memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju institusi pengajian tinggi awam dalam bidang keusahawanan di negara ini menerusi jenama UNiK19 yang bertindak sebagai platform berfokuskan kepada perkhidmatan perniagaan dan keusahawanan selaras dengan usaha promosi jangka panjang UMK.

UNiK19 yang ditubuhkan dibawah Pusat Hal Ehwal Korporat (PHEK), Pejabat Canselori, UMK, adalah salah satu pelan strategik bertujuan menyelaras segala agenda keusahawanan dan perniagaan dalam pelan era tranformasi yang melibatkan prasarana, perubahan struktur pentadbiran,

perubahan strategi dan pembudayaan kerja di UMK.

Penjenamaan UNiK19 ini adalah simbolik kepada Universiti Malaysia Kelantan yang ke-19 dan juga lambang Keunikan yang ada pada Universiti Malaysia Kelantan berbanding universiti-universiti lain di Malaysia serta keunikan Negeri Kelantan itu sendiri yang kaya dengan kepelbagaian hasil seni warisan.

Keunikan Elysian Spa sebagai Makmal Kesihatan SPA yang diuruskan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti adalah prasarana latihan kesihatan untuk membangunkan kemahiran terapi dan perniagaan spa bagi pelajar subjek Program Keusahawanan Kesihatan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Selain berfungsi sebagai platform untuk pelajar dalam bidang Pengurusan Spa, Elysian Spa juga menyediakan perkhidmatan kontemporari kesihatan dengan harga berpatutan untuk orang awam terutamanya kepada kakitangan UMK dan masyarakat setempat.

MONSUN-Filem Komersial pertama FTKW (UMK)

Filem Monsun merupakan filem komersial pertama yang diterbitkan sepenuhnya di Pantai Timur, khususnya Negeri Kelantan

dengan menelan kos RM150 ribu. Ia juga merupakan filem pertama berdurasi 62 minit diterbitkan oleh pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW).

Filem ini berlatarbelakangkan seni kebudayaan Mak Yong yang sememangnya terkenal di Kelantan. Dengan penerbitan filem Monsun ia dapat mempromosikan Universiti Malaysia Kelantan kepada masyarakat.

Filem ini menggunakan genre road-movie dan thriller sebagai kerangka pemikiran naratif dan pembikinan, namun juga memasukkan elemen-elemen baru yang mengangkat segala situasi geografi, kemanusiaan, dan kebudayaan yang dilalui

masyarakat pesisir Timur seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak terutama musim tengkujuh atau monsun.

UNiK19, Elysian Spa dan MONSUN pemangkin jenama UMK

(4)

Teraju 4 5

Teraju

Teraju 4 5

Teraju

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) perlu memainkan peranan lebih penting mendokong hasrat kerajaan dalam Agenda Tranformasi Negara untuk memperkasakan pertumbuhan ekonomi wanita melalui bidang keusahawanan dan perniagaan.

Setiausaha Kehormat Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI), YBhg. Datin Sri Kharmazan binti Ahmad Meah, berkata, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berfokuskan keusahawanan, UMK adalah yang paling sesuai memainkan peranan serta mendokong aspirasi ini.

Beliau berkata, sehubungan dengan itu,

penganjuran Festival Usahawan Wanita Kelantan 2013 oleh UMK adalah bertepatan sekali kerana program ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meningkatkan pendapatan usahawan wanita terutamanya di Negeri Che Siti Wan Kembang ini.

“Festival seumpama ini boleh memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada golongan usahawan dan bakal usahawan wanita, masyarakat setempat dan juga staf serta para pelajar UMK dengan pelbagai perkara khususnya yang berkaitan dengan pembangunan dalam bidang keusahawanan.

“Selain itu, mereka juga boleh mendapat maklumat terkini peranan agensi kerajaan berkaitan dan juga khidmat sokongan yang disediakan oleh pelbagai pihak kepada usahawan dan bakal usahawan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Hi-Tea Amal sempena Festival Usahawan Wanita Kelantan 2013, di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 28 Jun 2013.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Wanita UMK

(KAWANITA), YBhg. Datin Dr. Fauziah binti Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dan Pengarah Hal Ehwal Korporat UMK, YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad.

Menurut Datin Sri Khamarzan, yang juga isteri kepada Menteri Mentor UMK, YB. Dato’

Sri Mustapa bin Mohamed, usaha UMK ini adalah amat digalakkan serta menjadi satu platform yang sangat baik memandangkan ianya begitu sinonim dengan budaya di negeri Kelantan.

Kata beliau, wanita di Kelantan semenjak dari dahulu lagi, sangat pandai berjinak-jinak dan begitu agresif dalam bidang perniagaan.

“Dengan penglibatan dan kejayaan yang dicapai oleh usahawan-usahawan wanita di Kelantan, menunjukkan bahawa bidang ini bukan lagi dipelopori oleh kaum Adam sahaja, sesiapa sahaja yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini dan sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan boleh menceburi bidang ini,” ujarnya.

Sementara itu, Datin Dr. Fauziah, menyifatkan bahawa objektif penubuhan KAWANITA adalah untuk membudayakan Keusahawanan di kalangan wanita UMK selari dengan manifestasi universiti

sebagai sebuah universiti yang berteraskan Keusahawanan di Negara ini.

Menurut beliau, oleh demikian semua ahli-ahli KAWANITA perlu menggunakan peluang- peluang yang ditawarkan dan menyertai aktiviti, bengkel dan ceramah yang diadakan disepanjang festival ini dengan sebaik mungkin.

“Ini kerana peluang seumpama ini tidak selalu ada dan kadangkala pihak penganjur akan

mengenakan yuran penyertaan tinggi yang mungkin akan membebankan sesetengah pihak,” katanya yang juga isteri kepada Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose.

Beliau berkata, UMK yang sentiasa berusaha mencari peluang-peluang untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan keusahawanan di Negara ini selari dengan Agenda Keusahawanan Negara.

“Golongan wanita adalah tidak terkecuali dalam merealisasikan agenda tersebut kerana wanita kini menjadi antara penyumbang utama

dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi Negara dalam matlamatnya untuk menjadi Negara Maju menjelang

Wawasan 2020,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Prof. Dr. Roselina berkata, UMK telah berjaya mencapai sasaran untuk

melahirkan lima peratus graduan usahawan dalam tempoh lima tahun penubuhannya.

Menurut beliau, UMK telah melahirkan hampir 800 graduan sejak penubuhannya pada 2007.

“Daripada jumlah tersebut, UMK telah melahirkan lima peratus graduan usahawan yang berjaya seperti dalam bidang

multimedia, hartanah dan ternakan,” katanya Tambah beliau, pendidikan keusahawanan di UMK menekankan pelajar melalui dua fasa dalam usaha melatih mereka untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

“Bagi fasa pertama, UMK akan mengeluarkan dana bagi mewujudkan keusahawanan secara dalaman dalam sesuatu bidang.

“Apabila sudah ada kemajuan dalam sesuatu bidang yang diceburi, mereka akan memasuki fasa kedua dengan mendaftarkan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Di samping itu, Roselina berkata penubuhan Persatuan Wanita UMK (KAWANITA) bukan sahaja meningkatkan semangat keusahawanan dalam diri wanita tetapi juga memberi dorongan kepada pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

MANIFETASI UMK BANTU TINGKATKAN EKONOMI NEGARA

(5)

Teraju 6 7

Teraju 7

Teraju

serta pengalaman melalui program pengantarabangsaan ke luar negara. Memang tidak dinafikan, program pengantarabangsaan mampu melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan berfikiran secara global.

Bagaimana dengan kemudahan penginapan dan infrastruktur pelajar ?

Jabatan Hal Ehwal Pelajar sentiasa memberi penekanan terhadap aspek kemudahan penginapan pelajar dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Buat masa ini, kesemua pelajar UMK ditempatkan di empat lokasi kediaman pelajar iaitu di Kolej Kediaman Pelajar, Kampus Kota, Pengkalan Chepa; Asrama Pelajar Taman Bator Harmoni, Bachok;

Kolej Kediaman Kampus Jeli dan Pangsapuri Sri Kemumin, Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Boleh Prof. Jelaskan tentang dana dan pembiayaan pengajian kepada pelajar ?

Jabatan Hal Ehwal Pelajar sentiasa berusaha untuk mendapatkan tajaan, biasiswa dan pinjaman untuk pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Antara agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA),Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu, Yayasan Tunku Abdul Rahman, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kuok Foundation Berhad, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), JPA Sabah, Pejabat Setiausaha Negeri Selang dan Yayasan Negeri (Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Selangor.

BAHAGIAN Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berusaha melaksanakan pelbagai program pembangunan yang berkesan bagi mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran pelajar bagi mendokong aspirasi Universiti.

Timbalan Naib Canselor (HEPA), YBhg. Prof Madya Abdul Aziz bin Latif, dalam temuramah bersama TERAJU menyifatkan beliau telah meletakkan sasaran dan strategi untuk memberikan mutu perkhidmatan terbaik dalam menyediakan graduan yang mampu berdikari dan mampu menjadi usahawan. Ikuti penjelasan lanjut bersama beliau.

Teraju 6

Seperti kita maklum, sebarang program anjuran HEP perlu menyumbang ke arah atribut graduan yang ditetapkan, Boleh Prof. Jelaskan secara ringkas ?

Sebarang program atau aktiviti pelajar yang dianjurkan oleh Universiti mesti berupaya menyumbang kepada peningkatan KI dan atribut graduan yang telah ditetapkan.

Dengan ini, UMK dapat menghasilkan graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan insaniah demi survival dalam bidang keusahawanan dan menepati kehendak pasaran kerja yang kian mencabar.

Apakah pendekatan dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan ?

Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab ini, beberapa bahagian/unit telah ditubuhkan untuk mengurus dan mengendalikan pelbagai program secara berterusan serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar.

Bahagian/unit tersebut adalah seperti Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pembangunan Pelajar &

Keusahawanan, Unit Tatatertib &

kebajikan Pelajar, Unit Perumahan Pelajar, Pusat Ko-Kurikulum, Unit Kaunseling, Kerjaya & Alumni, Pusat Kesihatan Universiti dan Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UNIPEN).

Bagaimana YBhg. Prof. melihat pengantarabangsaan siswa ? Dalam konteks mobiliti pelajar, cabaran dalam institusi pengajian tinggi hari ini begitu mencabar. Oleh itu, pihak Universiti sentiasa memberi galakan dan peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan

Bagaimana pula dengan program pembangunan keusahawanan bagi menggalakkan pelajar ?

Dalam konteks ini, kemudahan pinjaman jangka Pendek Selaras dengan tagline Entrepreneurship Is Our Thrust, Jabatan Hal Ehwal Pelajar prihatin dengan pelajar-pelajar yang memerlukan dana bagi melibatkan diri dengan aktiviti keusahawanan.

Sehubungan itu, kemudahan pinjaman jangka pendek telah diperkenalkan dan setiap pelajar yang layak akan diberikan pinjaman tidak melebihi RM1,000.00 dan bayaran balik secara ansuran tanpa dikenakan faedah.

Kemudahan Pinjaman Jangka Pendek juga boleh dipertimbangkan untuk diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kewangan.

Bagaimana dengan Skim Pelajar Bekerja ?

Skim ini telah dikemaskini pada tahun 2011 dan pelajar-pelajar yang dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar di bawah skim ini akan ditempatkan di pelbagai jabatan dalam Universiti. Ia bertujuan untuk melatih para pelajar dengan budaya korporat, melatih sikap kebertanggungjawapan di samping mengaplikasikan kemahiran insaniah yang dipelajari.

Boleh Prof. jelaskan secara ringkas tentang Majlis Perwakilan Pelajar ? Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dibarisi oleh dua belas orang pelajar yang diketuai oleh Yang Dipertua MPP dan dibantu oleh tiga Naib Yang DiPertua (NYDP) yang mewakili Kampus Pengkalan Chepa, Kampus Jeli dan Kampus Bachok.

Lima (5) exco telah diwujudkan bagi memantapkan pengurusan dan menjaga kebajikan hal ehwal pelajar. Biro-biro tersebut adalah Biro Kebajikan & Infrastruktur, Biro

Akademik, Insaniah & Rohaniah, Biro Integrasi Komuniti, Keusahawanan

& Pengantarabangsaan, Biro Sukan, Kesenian & Kebudayaan serta Biro Informasi, Penerangan & Multimedia.

Jumlah persatuan dan kelab pelajar ?

Sehingga kini sebanyak 37 persatuan dan kelab pelajar telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Universiti. Bagi meningkatkan penglibatan staf akademik dalam aktiviti pelajar, setiap persatuan atau kelab pelajar perlu melantik sekurang-kurangnya seorang penasihat dari kalangan staf akademik.

HEPA KOMITED BANGUNKAN KECEMERLANGAN

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN GRADUAN UMK

(6)

Teraju 8 9

Teraju

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) telah merancang dan berusaha untuk menjadi sebuah universiti cemerlang dalam bidang penyelidikan keusahawanan dengan menerima pengiktirafan sebagai sebuah Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence) dan seterusnya mampu berdiri cemerlang setanding dengan Universiti bertaraf dunia.

ATUR STRATEGI PROGRAM

PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN

Bagi melengkapkan usaha dan pelaksanaannya itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Dr. Mohamed Kamal bin Harun, telah merencanakan beberapa pendekatan strategik untuk membangunkan penyelidikan di universiti, untuk mencapai kejayaan ini.

Menurutnya, pihak universiti telah menyediakan program pembangunan dan penyelidikan di peringkat

Universiti yang merangkumi tiga elemen utama iaitu elemen pertama, Pemantapan Keupayaan Penyelidikan Universiti, kedua ialah elemen Kecemerlangan Penyelidikan dan yang ketiga ialah elemen Kegemilangan Inovasi,” katanya.

Walau bagaimanapun, kita masih perlu menekankan dan fokus kepada elemen pertama, iaitu memantapkan Keupayaan Penyelidikan Universiti (walaupun ada sebilangan penyelidik yang telah melepasi tahap ini).

Beliau berkata, dalam konteks ini, penumpuan diberikan sepenuhnya kepada menyediakan tenaga penyelidik UMK yang berkeupayaan.

“Seterusnya, saya menekankan kewujudan kemudahan dana-dana penyelidikan dalaman seperti Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek, Skim Geran Penyelidikan Pensyarah Baru dan Skim Geran Penyelidikan Pascasiswazah yang boleh kita kawal dan rancang dan tidak bergantung kepada badan-badan lain.

“Dalam aspek ini, betapa pentingnya UMK memperolehi geran-geran penyelidikan di peringkat nasional seperti FRGS, LRGS, PRGS, ERGS, e-Science, CRDF dan sebagainya bagi memastikan kita boleh sekurang- kurangnya mampu bertanding di pentas Nasional,” jelasnya.

Prof. Dr. Mohamed Kamal, berkata pihak UMK juga telah menyediakan pelbagai bengkel untuk melatih, membimbing serta menunjuk ajar penyelidik-penyelidik yang ingin memohon geran-geran yang disebutkan tadi.

Jelas beliau, di samping itu, kita telah membentuk 28 kluster penyelidikan berasaskan disiplin dan 8 kluster penyelidikan berbentuk interdisciplinary.

“Tujuan penubuhan kluster-kluster penyelidikan ini adalah untuk membuka ruang kepada penyelidik- penyelidik UMK mewujudkan kekuatan dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti dan melaksanakan program-program penyelidikan yang terancang mengikut keperluan masyarakat, Negara dan juga agenda kesarjanaan akademik.

Tujuan penubuhan kluster-kluster penyelidikan ini adalah untuk membuka ruang kepada penyelidik- penyelidik UMK mewujudkan kekuatan dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti dan melaksanakan program-program penyelidikan yang terancang mengikut keperluan masyarakat, Negara dan juga agenda kesarjanaan akademik.

Pihak Universiti sentiasa bersedia membantu dalam pengurusan pemfailan harta intelek bagi produk- produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan tertakluk kepada polisi harta intelek universiti yang mengambil kira kepentingan kedua- dua pihak penyelidik dan universiti.

Pendekatan yang diambil oleh pihak Universiti ialah membuat penilaian produk-produk berpotensi ini melalui Jawatankuasa Pengurusan Harta Intelek Universiti yang dianggotai oleh profesor-profesor dan ahli jemputan

yang terdiri dari berpotensi seperti MTDC atau UMKBV.

Melalui jawatankuasa ini, pihak Universiti berpeluang untuk menentukan produk mana yang telah melepasi fasa proof of concept dan bersedia untuk ke peringkat pra-pengkomersilan, dan produk mana yang belum bersedia dari segi konsepnya.

Dalam masa yang sama, penyelidik UMK perlu menyertai pertandingan- pertandingan seperti ITEX2013 ini adalah sebagai salah satu usaha pihak Universiti untuk mempromosikan dan membuka peluang kepada produk-produk penyelidikan Universiti ke arah peluang untuk dikomersilkan.

Seterusnya dalam elemen kedua iaitu Kecemerlangan Penyelidikan seharusnya UMK mempunyai beberapa Centre of

Excellence (COE) yang diiktiraf masyarakat untuk pelbagai bidang, yang berkemampuan menyelesaikan masalah-masalah baik dari sudut kecemerlangan kesarjanaan akademik mahupun dari sudut keperluan masyarakat sejagat.

Dalam erti kata lain perancangan pembangunan

penyelidikan Universiti perlu memastikan pembangunan penyelidikan kita ini releven terutama bagi kesejahteraan masyarakat setempat,

masyarakat Negara dan masyarakat antarabangsa.

Kewujudan COE UMK perlu berada pada tahap di mana ianya dipacu oleh aktiviti penyelidikan yang menjadi keperluan masyarakat sejagat (society) dan bukan sekadar memenuhi kriteria COE yang ditetapkan oleh warga masyarakat akademia sahaja. Dalam konteks ini, UMK telah menubuhkan Global Entrepreneurial Research and Innovation Centre (GERIC).

GERIC direncanakan sebagai sebuah COE UMK dalam bidang

keusahawanan.

Sehubungan itu, bukan sahaja GERIC menumpukan perhatiannya terhadap

penghasilan

penyelidikan dan penerbitan

berbentuk kesarjanaan, malah GERIC juga menumpukan usaha kepada penyelidikan bagi kesejahteraan masyarakat sejagat. Ketika ini GERIC giat menjalankan penyelidikan

dengan Amanah Ikhtiar Malaysia yang menumpukan kepada pembasmian kemiskinan.

Di samping itu, GERIC sedang giat mengkaji elemen kejayaan dan kegagalan syarikat-syarikat start-up yang berasaskan teknologi di negara ini khususnya yang berpengkalan di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Adalah diharapkan hasil kajian ini akan membolehkan GERIC berada pada kedudukan di mana ia boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang berhasrat untuk menubuhkan syarikat-syarikat start-up yang berasaskan teknologi.

Elemen ketiga adalah elemen Kegemilangan Inovasi. Elemen ini menekankan kepada keupayaan UMK menghasilkan ciptaan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Elemen ini melibatkan pengkomersilan harta intelek UMK.

Ini boleh berlaku samada dalam bentuk produk yang merevolusikan industri ataupun program perundingan yang boleh membawa kepada jalan

penyelesaian masalah yang inovatif.

Prof. Dr. Mohamad Kamal, berharap bahagian penyelidikan dan inovasi boleh menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penyelidikan di UMK dan dapat memberi impak kepada masyarakat setempat dan Negara.

Sementara itu, pensyarah-pensyarah muda, perlu diingat bahawa

persaingan akan menjadi lebih hebat pada masa akan datang dan hanya yang cemerlang sahaja yang boleh berjaya.

“Untuk itu, pada masa sekarang adalah masa terbaik untuk membina asas kepada kecemerlangan dengan membudayakan pengetahuan berasaskan penyelidikan untuk diajar kepada pelajar-pelajar melalui silibus serta tajuk yang diajar perlu dibentuk hasil dari ilmu yang diperolehi dari penyelidikan selain daripada ilmu yang telah sedia ada.

“Ini akan memastikan apa yang diajar adalah yang terkini dan sentiasa up to date. Ini juga akan memastikan pensyarah muda membina career path yang mantap iaitu berasaskan kepada pembinaan kepakaran, yang mana akan menjadi penentu kepada kejayaan masa depan mereka,”

katanya mengakhiri temuramah.

UMK MENANG LIMA EMAS DAN TIGA PERAK DI ITEX 2013

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) terus mengorak langkah dengan mencatat kejayaan cemerlang dengan meraih lapan pingat dalam Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-24 (ITEX 2013), di Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 Mei lalu.

Pada pameran itu, UMK berjaya merangkul lima pingat emas dan tiga pingat perak dalam kategori yang dipertandingkan.

Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi), YBhg.

Prof. Dr. Mohamad Kamal bin Hj.

Harun berkata, pihak universiti mengucapkan tahniah kepada semua pemenang kerana semua produk UMK yang dipertandingkan pada ITEX 2013 berjaya

memperoleh pingat.

Beliau berkata, tidak dinafikan pencapaian UMK pada ITEX 2013 begitu cemerlang kerana ini adalah satu platfom antarabangsa yang ideal bagi membolehkan para pencipta dalam dan luar negara mempamer produk serta idea-idea baru yang mempunyai nilai komersil.

“Pencapaian kali ini merupakan kejayaan terbaik dengan jumlah pingat yang semakin bertambah. Ini adalah hasil daripada usaha gigih para penyelidik dan ahli akademik

UMK yang begitu aktif menjalankan ciptaan melalui penyelidikan dan hasil ciptaan mereka ini telah mendapat pengiktirafan serta perhatian bukan sahaja di peringkat negara bahkan juga di peringkat antarabangsa,” katanya.

“ITEX 2013 turut disertai oleh hampir 1000 penyertaan dari 20 buah negara seperti Belarus, Canada, China, UEA (Dubai), Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Filipina, Poland, Romania, Russia, Saudi Arabia, Singapura, Taiwan, Thailand, USA, Vietnam dan termasuk negara kita, Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Dr. Mohamed Kamal berkata, dalam konteks kategori penyertaan terdiri daripada pelbagai individu dan agensi seperti institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi- agensi kerajaan, institusi-institusi pengajian, badan-badan korporat dan institusi-institusi penyelidikan dari dalam dan juga luar Negara.

Jelas beliau, pada ITEX 2013 UMK telah memenangi empat pingat dalam kategori agriculture, dua pingat dalam kategori educational items, satu pingat dalam kategori household items dan satu pingat dalam kategori office products.

GERIC

(7)

Teraju 10 11

Teraju 11

Teraju

PERANAN PENTADBIR UNIVERSITI KIAN

MENCABAR UMK meterai kerjasama

strategik dengan Universiti Kainar, Kazakhstan

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Kainar, Kazakhstan dalam bidang akademik dan penyelidikan sebagai langkah strategik menjalinkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa.

Majlis perjanjian persefahaman (MoU) itu ditandatangani oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah YBhg Prof. Dr. Sazali bin Abd Wahab, dan Presiden Universiti Kainar, Professor Omarov Ye. S, yang turut disaksikan Pengarah Pusat Hal Ehwal Korporat, UMK, YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran bin Nik Muhammad.

MoU ini dilaksanakan rentetan daripada deligasi yang telah dijalankan oleh UMK di Kazakhstan pada tahun 2012 yang lepas. Dalam MoU ini, Presiden Universiti Kainar berhasrat untuk mengadakan pertukaran pelajar terutamanya dalam kursus keusahawanan dan perniagaan serta program ‘Sarjana

Pentadbiran Perniagaan.’

Selain itu, turut menjadi keutamaan UMK dan Universiti Kainar adalah pertukaran hasil bidang penyelidikan serta untuk mengadakan seminar atau bengkel yang melibatkan staf dan juga pelajar.

Perjanjian persefahaman (MoU) ini telah membuka ruang kepada UMK dan Universiti Kainar untuk memperkukuhkan lagi konsep dan pelan tindakan kedua-dua pihak bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

PARA pentadbir universiti khususnya di peringkat sumber manusia disarankan sentiasa memikirkan kepentingan negara dan industri pengajian tinggi daripada kepentingan berorganisasi malahan mengatasi kepentingan-kepentingan peribadi.

Justeru itu, pentadbir di universiti merupakan nadi dan tulang belakang dalam menentukan agenda pembangunan sesebuah universiti kerana mereka menggalas tanggungjawab besar terhadap pengurusan universiti.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Datuk Dr.

Raduan bin Hj. Che Rose, berkata, sejajar dengan peranan itu, pentadbir perlu bekerjasama dan berusaha membuat penambahbaikan pada sistem tadbir urus Universiti.

“Kerjasama menerusi perkongsian dalam pertemuan seperti ini membolehkan kita menyelesaikan pelbagai perkara dari sekecil-kecil isu sehingga kepada isu besar yang boleh sama-sama dilakukan untuk memastikan sistem tadbir urus berada di tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar-pendaftar IPTA Bil. 2, 2013, di sebuah hotel, di Kota Bharu, Kelantan, pada 17 April 2013.

Menurut Prof. Datuk Dr. Raduan, pentadbir juga harus memiliki pengetahuan akademik untuk mengharungi persekitaran akademik yang semakin mencabar pada hari ini.

Tambah beliau, di samping itu, mereka juga perlu melakukan tranformasi dengan segala perubahan-perubahan yang ada dengan membuat sedikit penambahbaikan melalui pendekatan tentang isu dalam negara dan apa yang berlaku di peringkat serantau serta di peringkat antarabangsa.

“Ini satu perkara yang menjadi kemestian untuk semua dan bukan sahaja di peringkat pentadbir, akademik dan sebagainya malah seluruh warga di sektor pengajian tinggi untuk melihat trend terkini yang berlaku untuk kita melakukan perubahan mengikut acuan kita sendiri,” ujarnya.

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) akan bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau Malaysian Timber Industry Board (MTIB) bagi menjayakan projek penanaman 3,000 pokok jenis karas dengan menyediakan beberapa hektar tanah di sekitar kawasan kampus UMK di Bachok dan Jeli.

UMK dan MTIB jalin kerjasama akademik dan penyelidikan

Naib Canselor UMK, Y.Bhg. Prof.

Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, UMK bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan MTIB memandangkan UMK sendiri telah digarapkan sebagai institusi yang mempunyai persekitaran kampus dalam taman.

Beliau berkata, kesediaan MTIB menyediakan segala kepakaran termasuklah membekalkan anak benih pokok gaharu, amat dihargai sebagai menyokong inisiatif kerajaan yang

mensasarkan sebanyak 26 juta pokok akan ditanam di negara ini sehingga 2014.

“Program kerjasama antara UMK dan MTIB ini, dijangka akan bermula pada bulan Jun 2013 dan pihak universiti akan menyediakan beberapa hektar tanah bagi program penanaman pokok gaharu iaitu antara spesies yang terkenal sebagai bahan untuk penghasilan minyak wangi,”

katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kerjasama UMK bersama MTIB, sempena lawatan kerja delegasi MTIB ke UMK, di Bilik Mesyuarat Perdana, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 16 Mei 2013.

Delegasi MTIB terdiri daripada Ketua Pengarah MTIB, Y.Bhg.

Dr. Jalaluddin Harun, Pengarah Khidmat Urusan MTIB, Pn.

Fatahiah Mustafa, Pengarah Pembangunan Industri, Tn.

Hj. Mahpar Atan, Pengarah Pembangunan Usahawan Bumiputera, Pn. Hjh Zaibi Yakin dan Pengarah Perladangan Hutan, Tn. Hj. Kamaruzaman Othman.

Hadir sama, Ketua Pusat Pembangunan Biokomposit dan Gentian (FIDEC), En. Zulkepli Abd. Rani, Ketua MTIB Wilayah Timur, Hjh Zuridanor Mohd Yusof dan Pegawai Khas Ketua Pengarah MTIB, En. Mohd Tarmin Ismail.

Sementara itu, Y.Bhg. Prof.

Datuk Dr. Raduan turut memperkenalkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang ditawarkan oleh UMK melalui Pusat Pengajian Siswazah kepada pihak MTIB untuk kerjasama strategik dalam program akademik.

Kata beliau, pihak MTIB telah menunjukkan minat dengan program MBA dan komited untuk menghantar kakitangan MTIB bagi menyambung pengajian di peringkat ‘Sarjana’ sekurang- kurangnya dua orang setahun.

“Selain itu, UMK juga akan bekerjasama dengan MTIB dengan mengadakan program keusahawanan dengan kerjasama SME Corp, untuk menyediakan modul-modul latihan yang bersesuaian kepada peserta program berdasarkan kepada hasil kajian MTIB tentang status dan gaya sosial ekonomi masyarakat setempat terutamanya dalam bidang industri perkayuan,” jelasnya.

Menurut Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Raduan, selain kerjasama akademik dan program

penanaman pokok kayu gaharu,

mesyuarat kerjasama ini adalah

bertujuan untuk menyediakan

platform kepada pihak UMK

dan MTIB untuk bertukar-

tukar pandangan, pengalaman

dan status semasa seperti

mengadakan Memorandum

Persefahaman (MoU).

(8)

Teraju 12 13

Teraju Teraju 13

BENGKEL PEMBENTUKAN MODEL KEUSAHAWANAN DAN PEMANTAPAN STRATEGI-UNIVERSITI KEUSAHAWANAN

22 MEI 2013 LAWATAN DARI PRINCE SONGKHLA UNIVERSITY, THAILAND

16 JUN 2013

KURSUS INDUKSI KHUSUS PEGAWAI KANAN DI TOK AMAN BALI RESORT

6-7 JUN 2013 LAWATAN SIRIM KE UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

20 JUN 2013

LAWATAN DARI GAZA KE UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 16 JUN 2013

LAWATAN KSU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

- YBHG. PROF. DATO’ IR. DR. ZAINI BIN UJANG

KE UMK KAMPUS KOTA

14 JULAI 2013

(9)

Teraju 14 15

Teraju

KeBawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, mengetuai 20,000 rakyat jelata berjalan sejauh tujuh kilometer pada Karnival Walkaton D’Raja-Walk With Me 2013, di Kota Bharu, Kelantan, pada 13 Jun 2013.

WARGA UMK BERJALAN KAKI BERSAMA TUANKU CANSELOR

Turut menyertai walkaton DiRaja itu, Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz bin Ab Latif, Pendaftar UMK, YBhg. Prof.

Dr. Razli bin Che Razak dan Pengarah Hal Ehwal Korporat UMK, YBhg. Prof.

Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad.

Selain itu, turut serta ialah 2500 staf dan pelajar UMK bersama-sama KDYMM Sultan Muhammad V selaku Tuanku Canselor UMK yang ditemani YTM Tengku Mahkota Kelantan berjalan kaki pada walkathon DiRaja, bermula dan berakhir di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Timbalan Naib Canselor UMK (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg.

Prof. Madya Abdul Aziz bin Ab Latif, berkata, program ini merupakan acara tahunan yang mendapat sambutan yang menggalakkan kerana jumlah penyertaan yang diterima meningkat setiap tahun dan pernah memahat sejarahnya tersendiri dalam The Malaysia Book Of Records.

“Untuk program Walkaton DiRaja 2013, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melantik UMK sebagai penyelaras di peringkat IPTA Kelantan sebagai penghargaan kepada KDYMM Sultan Muhammad ke V Kelantan selaku Tuanku Canselor UMK.

“Pada program itu juga, seramai 2,500 pelajar dan staf terdiri daripada tiga buah IPTA Kelantan iaitu UiTM, USM dan UM Nilam Puri turut mengambil bahagian,” katanya.

Menurut Prof. Madya Abdul Aziz, usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan ini sewajarnya menjadi contoh positif bagi mengeratkan hubungan rakyat negeri Kelantan dengan Sultan, dengan menyatukan setiap lapisan rakyat tanpa mengenal kaum, bangsa dan agama.

Katanya, UMK tidak ketinggalan menghantar pelajar dan staf untuk menyertai karnival Walk With Me, yang mula diadakan sejak tahun lepas, iaitu satu program amal tahunan anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dan hasil idea KDYMM Sultan Muhammad V sendiri.

“Pihak Universiti akan sentiasa memberi sokongan dalam memastikan penganjurannya diadakan secara berterusan bagi menyalurkan hasil sumbangan amal kepada pelbagai pihak yang memerlukan bantuan, ujarnya.

Sementara itu, pada Karnival Walk With Me 2013, KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, turut berkenan mencemar duli dan meluangkan masa selama beberapa minit melawat booth promosi serta pameran Universiti Malaysia Kelantan yang terdapat pada tapak karnival di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Teraju 15 Pengarah Hal Ehwal Korporat

(PHEK), UMK, YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, pihak UMK memilih menjalin kerjasama dengan MPC adalah bertujuan untuk menyediakan satu rancangan kerjasama antara organisasi dalam bidang penyelidikaan, pembangunan dan komersialisasi serta latihan yang berkaitan.

Beliau berkata, kedua-dua pihak menyedari bahawa konsep koordinasi usahasama dalam projek dan aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan beserta bantuan kepakaran teknologi berupaya meningkatkan prestasi kedua-dua pihak dalam bidang masing-masing.

“Bidang umum kerjasama ini juga meliputi bagi mengenalpasti bidang- bidang dan program latihan yang akan dilaksanakan seperti menjalankan kursus profesional, pendidikan berterusan dan latihan yang

berkaitan, melaksanakan kerja-kerja perundingan profesional, penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi dan aktiviti-aktiviti lain antara kedua-dua pihak”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) oleh Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Mohd Razali bin Hussain kepada Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr.

Raduan bin Hj. Che Rose, sempena Pelancaran Laporan Produktiviti 2012/2013 dan Forum Produktiviti 2013 (CREANOVA 2), di sebuah hotel di Bandar Sunway, Kuala Lumpur, pada 4 Jun 2013.

Majlis Penyerahan MoU itu turut disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi MPC, YBhg. Tan Sri Dato’ Azman Hashim.

UMK dan MPC

PERLUAS JARINGAN

KERJASAMA STRATEGIK

Menurut Prof. Dr. Nik Maheran, bidang kerjasama ini turut melibatkan keperluan pelaksanaan dan kewangan sesuatu program dan aktiviti latihan oleh kedua-dua pihak.

Sementara itu, Dato’ Seri Mustapa bin Mohamed dalam ucapan perasmian itu berkata, ekonomi Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan produktiviti tiga hingga empat peratus tahun ini.

Beliau berkata, berdasarkan kepada Laporan Produktiviti 2012/2013, unjuran ini akan disokong oleh prestasi semasa daripada pelbagai sektor ekonomi seperti industri pembinaan yang dijangka mencatat pertumbuhan produktiviti 13 peratus dan sektor pengeluaran 15 peratus pada tahun ini.

“Selain itu, faktor peningkatan ekonomi turut disokong oleh subsektor minyak dan gas,

pengangkutan dan utiliti, demikian menurut laporan berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, pada tahun lepas ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan produktiviti daripada dua peratus kepada paras produktiviti RM58,875 daripada RM57,737 pada 2011.

“Peningkatan itu membuktikan Program

Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi (RTP) telah membuahkan hasil dengan meningkatkan prestasi produktiviti beberapa sektor ekonomi,” katanya.

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan kerjasama dalam memperluaskan hubungan dua hala dan kerjasama akademik apabila memeterai memorandum

persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

PENUNGGANG dan pembonceng motosikal merupakan kumpulan berisiko tinggi menjadi mangsa korban di jalan raya setiap kali Ops Sikap kerana tahap pematuhan terhadap keselamatan dan undang-undang jalan raya yang masih rendah.

Menurut stastistik, kes kemalangan jalan raya yang boleh membawa maut dan cedera parah kebiasaannya membabitkan golongan ini adalah berpunca daripada kurangnya mengamalkan ciri-ciri keselamatan pada motosikal mereka.

Justeru itu, pelajar tahun dua subjek Keusahawanan Logistik dan Pengedaran, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggembeleng tenaga bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pertubuhan Raja Jembal Kelantan melaksanakan Program Kempen

Kesedaran Keselamatan Penunggang Motosikal.

Menurut Dekan FKP, YBhg. Prof. Dr. Mohamed Dahlan bin Ibrahim, program kesukarelawan ini adalah sebagai komitmen UMK untuk sentiasa bekerjasama dengan pihak agensi kerajaan dan NGO dalam meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pengguna motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

PENUNGGANG

MOTOSIKAL DIMINTA TINGKATKAN

KESELAMATAN DI

JALANRAYA

(10)

Teraju 16 17

Teraju

Penglibatan penggiat-penggiat seni sebagai Karyawan Tamu perlu diperluaskan ke institusi pengajian tinggi bagi membantu membangunkan bakat-bakat baharu yang sedang berkembang bagi melahirkan generasi pelapis dalam industri seni tanahair.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose berkata, menerusi penglibatan itu, karyawan dan penggiat seni tanahair yang dibawa bersama-sama ke kampus boleh memainkan peranan dengan lebih aktif menerusi pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan di kalangan mahasiswa.

“Kita berharap penggiat seni tanahair mengambil peranan aktif dalam membantu pihak Universiti dan mereka ini akan membuka peluang yang cerah untuk pelajar-pelajar mengembangkan bakat mereka dalam bidang yang mereka ceburi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Simposium Cybero 2013 bertemakan Cyberlogy Days Whats, anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) di UMK, Kampus Bachok, Kelantan, pada 19 Jun 2013.

Turut hadir, Dekan FTKW, YBhg. Prof. Dr. Abu Hassan bin Hasbullah, Timbalan Dekan FTKW, YBrs. Eng. Dr. Khairul Azhar bin Mat Daud,

Pengarah Hal Ehwal Korporat UMK, YBhg. Prof. Dr.

Nik Maheran binti Nik Muhammad serta Pelakon dan Pengarah Filem, Seniwati Erma Fatimah.

Prof. Datuk Dr. Raduan berkata, untuk permulaan seniwati Erma Fatimah yang memiliki kepakaran dan pengalaman selama hampir 20 tahun dalam industri seni tanahair akan terlibat

sebagai Karyawan Tamu di

UMK.

FAKULTI Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) perlu bergerak lebih agresif dengan mengadakan lawatan dan menganjurkan pameran di peringkat antarabangsa untuk terus memartabatkan batik Malaysia di peringkat antarabangsa, termasuk menjengah pasaran komersil di Korea Selatan, Japan, United Kingdom dan sebagainya.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr.

Raduan bin Hj. Che Rose berkata, usaha itu perlu dimanfaatkan bagi menjenamakan batik di luar

negara untuk memastikan produk tempatan tidak hanya disebarluaskan di peringkat Universiti tetapi boleh menembusi peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Universiti sentiasa memberi sokongan dan peluang bagi memastikan insiatif ini dapat membuka peluang keusahawanan yang sangat besar.

“Selain memupuk minat kepada pelajar tetapi kita perlu ada strategi yang perlu dimulakan daripada sekarang untuk tujuan pemasaran dan perniagaan dengan mengkomersilkan produk yang dihasilkan dengan harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutup Colloqium Batik Block 2013 yang bertemakan Innovating Heritage Towards

Fashionable Future, di UMK Kampus Bachok, pada 16 April 2013.

Sementara itu, Prof. Madya Mohamad Najib berkata, penganjuran program Colloquim Batik Block adalah sebagai langkah yang tepat untuk melindungi warisan tradisional batik block dan memulihara kesenian ini walaupun ada perkembangan teknologi terkini dalam industri batik.

“Malah kita melihat melalui kolokium yang dianjurkan ini juga bertujuan untuk berkongsi idea baharu dan kepakaran bagi menginovasikan teknik batik block agar terus berkembang dan digunapakai oleh pereka muda,” katanya.

PENGGIAT SENI MAMPU BANTU LAHIR SENIMAN DAN SENIWATI PELAPIS FTKW PERLU KOMERSILKAN

BATIK DI PASARAN ANTARABANGSA

Teraju 17

Seramai 107 mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipilih menjadi anak angkat kepada 61 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di seluruh daerah di Kelantan melalui Program Wanita Dalam Keusahawanan Sosial (WISE) 2013.

Program WISE 2013 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Sahabat Usahawan AIM.

Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), YBhg. Prof. Dr. Mohamed Dahlan bin Ibrahim, berkata, program ini adalah penglibatan kali pertama pelajar dan 10 pensyarah UMK yang bertindak selaku fasilitator dalam program WISE sebagai memenuhi keperluan kredit dalam Students In Enteprise Programme (SIEP).

Beliau berkata, pelajar yang menyertai program ini akan tinggal bersama-sama keluarga angkat sahabat usahawan sepanjang pelaksanaan program iaitu untuk tempoh sebulan.

“Melalui program ini, kita mahu menanam ciri-ciri keusahawanan dan juga sikap daya tahan atau survivor dalam diri mereka dan ini boleh dipelajari secara langsung daripada Sahabat AIM yang telah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.

“Melalui, program ini pelajar akan didedahkan dalam dunia perniagaan sebenar contohnya jika ibu angkat bekerja sebagai penjual nasi yang bangun awal pagi membuat persiapan maka dalam program ini anak angkat juga akan turut melakukan perkara yang sama, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan anak angkat dari kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada Sahabat Usahawan AIM di Bilik Mesyuarat Perdana, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

107 penuntut UMK sertai

Program WISE 2013

(11)

Teraju 18 19

Teraju

MENYEDARI status halal pada produk makanan amat penting bagi umat Islam, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) telah mengadakan lawatan ke syarikat pengeluar terkenal produk halal jenama Az-Zain iaitu Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn. Bhd., bertempat di Semenyih, Selangor.

Pada lawatan itu, seramai 37 pelajar tahun dua Sarjana Muda Sains Gunaan dan Teknologi Pembangunan Produk (SBP), telah mendapatkan pemahaman sebenar proses menghasilkan produk makanan Az-Zain yang berasaskan Hallalan Thoyiba dengan kaedah penghasilan makanan mengikut sunnah, herba terpilih dan bahan mentah yang berkualiti.

Pelajar juga mendapat pendedahan berkenaan isu- isu pembangunan produk baharu, ketidakpastian dunia iklim, penduduk manusia yang semakin meningkat, tanah yang terhad untuk tujuan

DEKAN FSB TERIMA ANUGERAH

“MOST OUTSTANDING

INSTITUTIONAL SERVICE AWARD”

FIAT JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KOLEJ HEFEI, CHINA

Teraju 18 19

Teraju

LAWATAN INDUSTRI PELAJAR SBP TAHUN DUA KE KILANG PRODUK AZ-ZAIN

pertanian dan persaingan antara tanaman untuk kegunaan atau kegunaan industri yang perlu diberi perhatian serius.

Selain itu, rombongan turut membuat lawatan ke pejabat SIRIM Berhad, di Shah Alam, Selangor, iaitu sebuah organisasi milik kerajaan yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) telah memeterai satu perjanjian surat hasrat (LOI) dengan Hefei College of Finance and Technology, China bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam penyelidikan dan akademik.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor UMK (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saupi dan Presiden Hefei College, Mr. Yan Su.

Hadir sama, Dekan FIAT, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Anwar bin Ismail, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, YBhg. Prof. Dr. Mohamed bin Dahlan.

Menurut Prof. Dr. Ahmad Anwar, menerusi perjanjian LOI antara kedua-dua institusi ini akan menjadi

platform terbaik untuk FIAT mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pemindahan pembangunan teknologi dan penyelidikan di peringkat

antarabangsa.

Kata beliau, delegasi Hefei College turut berminat untuk penubuhan pusat teknologi benih di UMK kampus Jeli, dalam tempoh terdekat selepas selepas kerjasama ini berlangsung.

“Selain itu, pihak mereka juga menyuarakan hasrat mereka untuk menjadi peserta dalam Programme ASEAN Regional Conference on Food Security 2013, anjuran FIAT yang akan diadakan di Pulau Pinang, pada pada 8 hingga 10 Oktober 2013,”

katanya.

DEKAN Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan, YBhg. Profesor Dr. Razak Wahab telah di anugerahkan “Most Outstanding Institutional Service Award” dalam sektor penyelidikan semasa Foundation Day and Alumni Homecoming yang dianjurkan oleh College of Forestry and Natural Resources (CFNR), University of Philippines Los Banos (UPLB), Filipina.

Anugerah ini, memuji percapaian dan kecemerlangan beliau sebagai pemaju projek penyelidikan, pelaksana dan pereka. Kajian beliau telah mendapat pengiktirafan dan anugerah untuk hasil kajian / aktiviti pembangunan teknologi yang di manifestasikan melalui enam buah buku, 64

artikel dan lapan ciptaan yang berkait dengan produk hutan bukan kayu terutama penggunaan teknologi untuk buluh dan rotan.

Pada majlis penganugerahan untuk anugerah itu, Prof. Dr. Razak telah dijemput sebagai penceramah jemputan di UPLB Graduate School (GS) ketika lawatan ke UPLB FSB dengan harapan ia akan memberi inspirasi kepada semua fakulti.

Prof. Dr. Razak, merupakan mantan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pernah menerima 12 anugerah antarabangsa serta sembilan anugerah peringkat kebangsaan hasil daripada kajiannya dalam bidang sains teknologi kayu.

Antaranya, Anugerah Emas di Geneva Invention 2006 untuk ciptaan mesin rawatan haba bagi buluh dan di Ekspo Reka Cipta dan Produk Baru (Inpex) Amerika Syarikat 2008 untuk papan partikel menggunakan campuran buluh

Sementara itu, Prof. Dr. Razak, selaku Dekan FSB telah melaksanakan pelbagai kerjasama dengan pelbagai pihak untuk membolehkan pertukaran maklumat dan mengwujudkan program pembangunan sumber manusia melalui latihan dan pembinaan kapasiti untuk para penyelidik, kakitangan dan pelajar; serta memudahcara proses pembelajaran serta pemindahan teknologi melalui perundingan serta khidmat nasihat teknikal.

(12)

Teraju 20 21

Teraju

SEMINAR Sains Kemanusiaan Orang Kurang Upaya (SKOKU) 2013 anjuran Jabatan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI) dengan kerjasama Majlis Intelektual Melayu OKU Malaysia (MIM OKU Malaysia) dilihat mampu membuka dimensi baru kepada golongan OKU bahawa mereka juga boleh mencipta kejayaan dan cemerlang dalam bidang keilmuan.

Penasihat Kehormat I MIM OKU Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hashim bin Yaacob berkata, golongan OKU kini tidak lagi dilabelkan sebagai masyarakat terpinggir atau menjadi mangsa diskriminasi seperti tanggapan negatif oleh beberapa pihak.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan telah menyediakan begitu banyak inisiatif dan peluang dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan untuk golongan OKU untuk mereka berusaha dan berikhtiar meningkatkan kualiti diri mereka untuk diperkembangkan dalam segenap aspek.

“Seperti kita ketahui, kerajaan di negara kita sudah cukup prihatin terhadap nasib golongan OKU dan mereka telah disediakan dengan pelbagai peluang- peluang untuk dimanfaatkan oleh golongan tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada seminar SKOKU yang bertemakan Modal Insan OKU: Rakan Pembangunan Negara, di sebuah hotel, di Kota Bharu, Kelantan, pada 18 Mei 2013.

Hadir sama, Pengarah UMK Kampus Jeli, YBhg. Prof. Dr. Ibrahim bin Che Omar, Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Dr. Razli bin Che Razak, Pengarah PPBPI UMK, YBhg. Prof. Dr. Farok bin Zakaria dan Timbalan Mufti Negeri Kelantan, YBhg.

Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Nik Mohamad.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Hashim, kerajaan sudah membela nasib OKU tetapi malangnya ramai di kalangan mereka ini tidak mahu mengambil peluang dan ambil tahu berkenaan hak-hak kepentingan mereka.

Jelas beliau, jika dilihat dalam era pembangunan negara masa kini, golongan tersebut bakal menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan yang berguna kepada negara.

GOLONGAN OKU MAMPU CEMERLANG DAN BERJAYA

Menurut Dekan FPV, YBhg. Prof.

Dr. Mohd Azam Khan bin Goriman Khan, majlis Anugerah Dekan ini bukan sahaja meraikan pelajar-pelajar yang telah mendapat kecemerlangan tetapi juga meraikan jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Kepimpinan Fakulti Perubatan Veterinar (VETSA).

Tambah beliau, VETSA juga turut mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar- pelajar agar ia dapat melahirkan bakal-bakal pemimpin yang hebat pada masa akan datang.

“Kita semua perlu menghargai usaha pelajar menubuhkan persatuan kepimpinan Veterinar.

“Semua pihak perlu ada satu hala tuju untuk mencapai sesuatu dan juga merancang perancangan dalam hidup”

katanya.

Menurut beliau lagi, pelajar yang cemerlang perlu ada semangat yang berkobar-kobar dan perlu ada keinginan untuk berjaya walaupun dia menghadapi halangan.

“Ini adalah usaha pelajar menubuhkan persatuan fakulti perubatan veterinar (VETSA). VETSA bermula dari tahun 2009. Melalui VETSA juga boleh belajar tentang kepimpinan.

ANUGERAH DEKAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR 2013

Teraju 20 21

Teraju

“Saya sangat berharap kepimpinan yang berlaku ini merupakan peringkat secara kecil-kecilan membentuk untuk menjadi pemimpin yang hebat” katanya lagi.

“Mereka ini memiliki keupayaan dan bakat yang berpotensi untuk mencapai kejayaan dan tidak sepatutnya menjadikan kekurangan mereka sebagai alasan untuk tidak berusaha atau berikhtiar memperbaiki diri sendiri,” ujar beliau selaku Naib Canselor Universiti Antarabangsa Quest Perak.

Malah, kata beliau, program seminar anjuran UMK ini setidak-tidaknya nasib golongan OKU terbela dan dapat membuka mata masyarakat bahawa golongan OKU bahawa mereka mampu menghasilkan kejayaan setanding orang lain kerana mereka hanya kekurangan dalam segi fizikal tetapi masih dikurniakan akal yang mungkin lebih baik daripada manusia normal.

‘’Ini dapat menangkis persepsi bahawa golongan OKU hanya mengharap bantuan serta ihsan daripada orang lain,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden MIM OKU Malaysia, YBhg. Dr. Nawi bin Hj. Ismail berkata, penganjuran SKOKU 2013 adalah bertujuan untuk menyediakan platform bagi para intelektual daripada pelbagai bidang dan tokoh untuk menyumbang hasil penyelidikan, idea, buah fikiran yang menjurus kepada permasalahan isu pembangunan modal insan OKU.

Kata beliau, seminar ini merupakan julung-julung kali diadakan hasil daripada kesinambungan program Regional Conference on Values and Humanities Issues (RECOVH) 2012.

“Pada seminar ini seramai 200 orang peserta telah memberi respon yang menarik dalam pelbagai isu dan cabaran melibatkan modal insan OKU khususnya krisis keyakinan diri OKU untuk mencari jalan penyelesaian,”

katanya.

FAKULTI Perubatan Veterinar (FPV) telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan bertujuan

untuk meraikan kecemerlangan pelajar di Dewan Terbuka Keusahawanan, Universiti

Malaysia Kelantan (UMK), baru-baru ini.

(13)

Teraju 22 23

Teraju 23

Teraju

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, berkata, pihak pengurusan telah mengambil pendekatan pro- aktif kepada pelajar- pelajar yang betul-betul cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan terutamanya sebagai staf akademik.

Beliau berkata, langkah universiti memberikan peluang pekerjaan kepada

mereka yang cemerlang itu bagi memastikan kumpulan

pelajar lepasan UMK yang benar-benar cemerlang

untuk ditawarkan bekerja.

Program anjuran pelajar tahun tiga Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), yang berlatarbelakangkan bangunan senibina tradisional Melayu, berjaya membangkitkan semula nostalgia filem-filem dan lagu-lagu seniman agong itu apabila 30 penuntut FTKW turut mengenakan pakaian bertemakan zaman ala-ala 60an.

Menurut Pengarah Program, Mohd Nor Azihan Mohd Noor, 23, situasi yang bertemakan Tan Sri P.Ramlee ini adalah sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh pelajar warisan FTKW untuk mengenang jasa dan sumbangan seniman agong itu kepada warisan seni bangsa yang menjadi inspirasi dalam mempromosikan bahasa serta tradisi melayu. Pengunjung juga boleh melihat sendiri pameran beberapa koleksi barangan peninggalan Tan Sri P.Ramlee

seperti potret Allahyarham, album dan poster filem-filem lakonan beliau serta koleksi barangan antik seperti piring hitam, kamera dan televisyen lama.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Raduan, menyifatkan usaha pelajar

menganjurkan program ini adalah sesuatu yang membanggakan meskipun UMK adalah sebuah universiti baharu dan masih serba kekurangan dalam aspek insfrastuktur dan berharap penuntut memanfaatkan pembinaan yang menjadi ikon dan simbol hubungan masa lalu dan masa depan untuk dimanfaatkan pada ilmu pengetahuan, pengalaman, keusahawanan dan perusahaan yang memberi kekayaan kepada tanahair dan warganya.

“Pembinaan teniat yang menggunakan kayu balau sebagai bahan utama telah mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dengan mengekalkan seni pertukangan Melayu lama menerusi kaedah “pasak” dan tidak banyak menggunakan paku.

Bangunan ini lengkap dengan bilik tamu dan tingkat atasnya pula ruang rehat, dihias dengan ukiran dekorasi seni bina Melayu turut mengimbau kembali kehidupan masyarakat zaman dahulu. Teniat ini mungkin adalah yang pertama dan satu-satunya yang terdapat di universiti di negara ini,” katanya.

GRADUAN CEMERLANG BAKAL DITAWARKAN

JAWATAN DI UMK

“Pendekatan yang kita ambil ialah kita tidak akan tunggu mereka membuat permohonan tetapi kita yang akan mengeluarkan surat tawaran kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang khususnya untuk jawatan-jawatan akademik yang ada,” jelasnya pada Majlis Makan Malam Alumni UMK Bersama Pengurusan Universiti, di sebuah hotel, di Kota Bharu, Kelantan, pada 16 April 2013.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz bin Ab. Latif dan Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Dr.

Razli bin Che Razak.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Raduan, menyeru kepada semua pelajar alumni UMK memberi kerjasama baik kepada Universiti bagi menjayakan apa sahaja program yang dilaksanakan bagi

membawa kemajuan dan pembangunan kepada Universiti.

“Melalui program seperti ini sekurang- kurangnya memberi peluang kepada pihak Universiti untuk menjalinkan hubungan dengan pelajar-pelajar alumni

universiti sekaligus dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan

para mahasiswa.

“Pihak UMK juga akan sentiasa memberi kerjasama kepada pelajar supaya mereka dapat dibantu menerusi beberapa projek khas yang bakal dilaksanakan,” katanya.

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) akan memberi keutamaan kepada pelajar UMK yang mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik untuk ditawarkan bekerja di Universiti bagi membantu mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

MEMPERTARUHKAN elemen dialog dalam sedutan filem Allahyarham

Tan Sri P.Ramlee berjaya menyemarakkan lagi kenangan, sanjungan dan penelitian terhadap peninggalan karya seniman negara tersohor pada Program Warisan Genius Melayu Tribute Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, bertempat di Teniat, UMK Kampus Bachok, Kelantan, baru- baru ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.

SERAMAI 300 penuntut Jabatan Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok menyertai Program Kayuhan Amal anjuran Kelab Ilmuwan Warisan (KIWA) bermula di UMK Kampus Bachok dan berakhir di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Penasihat KIWA, Puan Anidah Alias berkata, program kayuhan amal warisan sejauh tiga kilometer itu adalah bertujuan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk Kampung Kandis.

Beliau berkata, sempena program itu turut diadakan majlis makan malam bersama penduduk bagi meraikan penubuhan KIWA yang ditubuhkan pada bulan Mac 2013.

“Penuntut yang terlibat adalah daripada pengajian ijazah sarjana muda dari tahun satu hingga tiga yang turut menjalankan aktiviti amal kemasyarakatan dengan menjayakan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam Kandis.

“Selain itu, pelajar juga bersama-sama 50 penduduk kampung membersih persekitaran masjid Kuala Kandis, “ katanya.

Menurut Anidah, tujuan asal penubuhan Kelab KIWA ialah untuk membantu pelajar yang bukan sahaja terhad kepada pelajar jurusan warisan di FTKW tetapi terbuka kepada semua pelajar yang pelbagai bidang untuk bersama-sama menjadi ahli,” ujarnya.

KIWA Anjur Kayuhan Amal

FTKW BERI NAFAS BAHARU

KEKALKAN WARISAN SENIMAN

P.RAMLEE

(14)

Teraju 24 25

Teraju

UMK ANJUR PROGRAM

JOM CERIA DAN INDAHKAN PANTAI KITA

Timbalan Menteri Kewangan, YBhg.

Senator Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin, berkata, penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi seperti UMK bukan sahaja untuk melahirkan modal insan dan pewaris kepada Negara tetapi turut sama terlibat dalam memajukan masyarakat di kampung-kampung serta di desa-desa.

Beliau berkata, inilah betapa pentingnya penubuhan sesebuah IPTA yang boleh memberi impak kepada ekonomi dan sosial yang kita sangat-sangat perlukan.

“Hari ini kita dapat lihat Malaysia di antara negara yang terbaik di dunia serta

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Analisis MANOVA dalam dapatan kajian ini menunjukkan bahawa koswer pembelajaran berbantukan komputer berbentuk laman web yang menggunakan mod penyampaian Mod

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Adnan Hussein yang ditemui oleh Berita Kampus baru-baru ini

Pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan kewangan dikehendaki segera menghantar salinan surat tawaran penajaan kepada Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan melatih pelajar meningkatkan empat kemahiran pembangunan pelajar iaitu (1) komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, (2)

Saya yakin warga Bendahari akan lerus memberi komitmen untuk memastikan warga universiti mengamalkan perbelanjaan berhemat, namun dalam pada itu, pihak Bendahari juga perlu

Oi dalam bidang pelajaran kita boleh mendapat bukan sahaja gambaran tentang kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar wanita Melayu, akan tetapi kita boleh juga menyusun ramalan

Pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan kewangan dikehendaki segera menghantar salinan surat tawaran penajaan kepada Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan

Program Pra Diploma (Sains) telah di perkenalkan oleh Universiti Teknologi MARA untuk memberi peluang kedua bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran