• Tiada Hasil Ditemukan

View of Penggunaan Teknik Interpretative Phenomenological Analysis dalam Penyelidikan Bidang Pengajian Islam [The Use of Interpretative Phenomenological Analysis Techniques in Islamic Studies Research]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Penggunaan Teknik Interpretative Phenomenological Analysis dalam Penyelidikan Bidang Pengajian Islam [The Use of Interpretative Phenomenological Analysis Techniques in Islamic Studies Research]"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,11(1): 1-9

https: / / journal.unisza.edu.my / jimk

[THEUSEOFINTERPRETATIVEPHENOMENOLOGICALANALYSIS TECHNIQUESINISLAMICSTUDIESRESEARCH]

PENGGUNAAN TEKNIK INTERPRETATIVE PHENOMENOLOGICAL ANALYSIS DALAM PENYELIDIKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM

AHMAD FAIZOL BIN ISMAIL1*

ZULKIFLI BIN A.MANAF1

JAMALLUDDIN BIN HASHIM1

MOHD SUFIAN BIN MOKTAR1

1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

*Corresponding author: afaizol@unisza.edu.my Received Date: 9 Januari 2015 • Accepted Date: 9 April 2015 Abstract

Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) is a technique used as qualitative research approach. Typically, this technique is used by researchers in psychology. Recently, there are also researchers in various areas such as medical, pharmaceutical, technical and religious use IPA as an alternative technique for conducting research related to experience, perception, appreciation, and other related aspects. This article aims to introduce IPA as an alternative technique in doing research related to Islamic studies. It focuses on the experiences that has been passed by pilgrims during Hajj to show how is IPA obtain the meanings from the experiences.

The method used is qualitative. The data was collected from interviews with the respondents to explore the meanings that could be revealed from their personal experience during Hajj.

Keywords: Interpretative Phenomenological Analysis (IPA), Hajj experiences, Islamic studies research approach.

Abstrak

Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) adalah salah satu teknik penyelidikan yang digunakan dalam pendekatan penyelidikan kualitatif. Teknik ini pada kebiasaannya digunakan oleh penyelidik dalam bidang psikologi. Terdapat juga penyelidik bidang lain seperti bidang perubatan, farmaseutikal, teknikal dan keagamaan yang menggunakan teknik ini sebagai pilihan terutamanya apabila menjalankan kajian yang berkaitan dengan pengalaman, persepsi, penghayatan dan seumpamanya. Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan IPA sebagai salah satu pilihan teknik penyelidikan dalam bidang pengajian Islam. Artikel ini akan memberi fokus kepada pengalaman mengerjakan ibadah Haji oleh responden bagi memperlihatkan fungsi teknik

©PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

ISSN1985-7667e-ISSN:2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2015.11.1.133

(2)

2

ini. Pendekatan penyelidikan artikel ini adalah kualitatif. Kaedah analisis data temu bual yang dikumpulkan bersama responden yang dikupas di akhir artikel akan memperlihatkan keistimewaan IPA dalam mencungkil makna-makna tertentu yang boleh didapati daripada pengalaman yang telah dilalui oleh responden ketika mengerjakan ibadah haji.

Kata kunci: Interpretative Phenomenological Analysis, Pengalaman Haji, Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam

PENGENALAN

Pengalaman mengerjakan haji merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Ia merupakan perjalanan kerohanian yang dimulakan dengan persiapan rapi yang cukup panjang. Detik-detik yang dilalui diingati dan disemat dengan jitu dalam diri setiap individu yang telah melaluinya. Namun, pengalaman ini amat jarang sekali diterokai secara ilmiah oleh para pengkaji. Kebiasaannya, pihak yang berkepentingan seperti media, rakan dan masyarakat sekeliling lebih berminat kepada perkara ajaib dan pelik untuk dijadikan isu sensasi, sama ada untuk menarik penonton rancangan tertentu atau untuk dijadikan topik perbincangan. Hakikatnya, ia adalah lebih dari itu. Melalui pengalaman yang telah dilalui, seseorang itu akan membentuk persepsi tertentu dalam dirinya sebagai cara untuk menginterpretasikan perkara-perkara yang telah dilalui oleh diri mereka.

Persepsi tersebut menjadi fokus utama teknik kajian IPA. Ia merupakan pandangan orang dalam terhadap sesuatu isu. Ia kelihatan mudah, namun bagi Larkin et al. (2006), ia adalah sukar untuk ditonjolkan dalam bentuk yang memenuhi makna yang sebenar.

Kebiasaannya, seseorang itu sukar untuk menyatakan apa yang berada dalam fikiran mereka dan apa yang dirasai dengan perkataan. Oleh itu, ia menjadi tugas penyelidik untuk memberi makna terhadap perkara-perkara tersebut dengan mengambil kira keadaan mental dan emosinya ketika ditemu bual. Selain itu, perspektif penyelidik yang melakukan proses interpretasi juga merupakan aspek yang tidak boleh dipandang mudah. Hal ini kerana, interpretasi yang dilakukan dalam kajian IPA memerlukan kepada penghayatan yang mendalam oleh penyelidik.

Ia bukan sekadar, interpretasi deskriptif mudah yang biasanya dilakukan dalam pendekatan kajian kualitatif yang lain.

KONSEP INTERPRETATIVE PHENOMENOLOGICAL ANALYSIS

Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) adalah teknik kajian dalam pendekatan kualitatif yang digunakan untuk meneroka secara mendalam bagaimana responden yang dikaji memberi makna terhadap pengalaman peribadi yang dilalui. Kajian utama IPA merangkumi penerokaan maksud sebenar bagi suatu pengalaman, peristiwa atau keadaan yang dihadapi oleh seseorang individu (Smith & Osborn, 2006). IPA digunakan untuk meneroka pengalaman

Cite as: Ahmad Faizol Ismail, Zulkifli A. Manaf, Jamalluddin Hashim& Mohd Sufian Moktar. 2015. Penggunaan Teknik Interpretative Phenomenological Analysis Dalam Penyelidikan Bidang Pengajian Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 11(1):1- 9.

(3)

individu dengan mengambil kira persepsi individu berkenaan terhadap pengalaman yang dilalui (Grigoriou, 2004).

Disebabkan IPA merupakan salah satu teknik yang banyak digunakan dalam bidang psikologi, maka pengalaman yang mempunyai nilai tinggi terhadap seseorang individu seperti pengalaman mengerjakan ibadah Haji dipilih sebagai skop penulisan artikel ini. Realitinya, para pengkaji IPA telah banyak melakukan usaha untuk mengembangkan teknik kajian ini dengan mengaplikasikannya dalam pelbagai bidang selain psikologi. Menurut Smith (2011), terdapat 293 kertas kerja yang telah dihasilkan melalui kajian yang berkaitan IPA sepanjang tempoh dari tahun 1996 sehingga tahun 2008. Reid et al. (2005) telah menyenaraikan beberapa kajian yang dilakukan oleh penyelidik IPA. Ia merangkumi kajian berkaitan genetik, terapi kesihatan, kesihatan seksual, penyakit kronik, spiritual, kesihatan mental, produktiviti dan sebagainya.

Maka, teknik IPA dilihat mempunyai potensi yang boleh dikembangkan sebagai salah satu teknik penyelidikan yang boleh digunakan dalam bidang pengajian Islam. Penyelidik merasakan, bidang pengajian Islam yang banyak berkaitan dengan penghayatan, pengamalan dan kesedaran dalaman, mempunyai ruang yang sesuai untuk diterokai oleh teknik kajian ini.

Artikel ini akan meninjau pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh jemaah haji sepanjang mereka menjalani ibadah tersebut di Tanah Suci Mekah. Pengalaman tersebut mempunyai nilai-nilai sejagat yang sewajarnya perlu ditinjau secara mendalam sebagai percubaan untuk memahami realiti sosial yang menjadi asas kepada pengalaman mereka itu.

Untuk itu, temu bual telah dijalankan bersama responden yang telah mengerjakan ibadah Haji bagi mendapatkan kepastian tentang fenomena pengalaman tersebut agar dapat menyelongkar makna-makna baru yang mungkin muncul.

CIRI-CIRI TEKNIK PENYELIDIKAN IPA

IPA menyediakan ruang kepada para pengkaji untuk memahami sesuatu isu dari sudut pandang orang dalam yang mempunyai kepakaran atau pengetahuan mengenainya (Reid et al. 2005).

Tidak sebagaimana kebanyakan teknik penyelidikan psikologi yang lain, IPA berkemampuan untuk memberi ruang kepada penyelidik untuk menyelami subjek penyelidikan pada tahap tertentu. Pengalaman hidup responden merupakan suatu proses interpretasi yang berbentuk subjektif dan reflektif, yang mana penyelidik perlu menyelaminya sepanjang menjalankan penyelidikan (Reid et al. 2005). Menurut Smith et al. (2009), IPA bertujuan untuk melihat bagaimana seseorang itu bereaksi dengan pengalaman yang telah dilalui sendiri oleh mereka kerana manusia itu sendiri merupakan self interpreting being atau alat pentafsir yang berfungsi sendiri. Ia bermaksud, mereka akan sentiasa mentafsir setiap kejadian, benda dan manusia di sekeliling mereka. Untuk meneroka proses ini, IPA menetapkan prinsip seperti fenomena, hermeutik dan idiografi (Pietkiewicz & Smith 2012).

LITERATUR YANG BERKAITAN DENGAN IPA

Jonathan A. Smith adalah penyelidik yang telah banyak berusaha untuk mengembangkan penggunaan teknik IPA sebagai salah satu teknik kajian yang bersesuaian untuk dilakukan dalam pelbagai bidang yang selain daripada bidang psikologi. Selain banyak menulis artikel

(4)

4

dan buku yang berkaitan dengan IPA, beliau juga banyak bergabung dengan penyelidik berlainan latar belakang kepakaran untuk menghasilkan penyelidikan yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan IPA. Dalam Qualitative Psychology: A Practical Guide to Methods, Smith & Osborn (2006) telah mengupas mengenai makna IPA secara teoretikal.

Mereka menekankan kepentingan penyelidik untuk meneroka maksud tersembunyi yang diperoleh daripada data temu bual yang telah dijalankan. Menurut mereka, pada kebiasaannya, responden mengalami kesukaran untuk menyatakan dengan baik apa yang mereka lalui dan rasai. Selain itu, mereka juga memberi penekanan terhadap teknik pensampelan IPA yang tidak mementingkan jumlah responden yang tinggi. Apa yang menjadi keutamaan adalah kekayaan data yang mampu diperoleh daripada seseorang responden sehingga mampu diinterpretasikan dengan mendalam oleh penyelidik.

Berdasarkan Smith J.A (2011), IPA adalah teknik penyelidikan yang menjadi pilihan utama para penyelidik bidang psikologi. Namun, menurut Reid et al. (2005) penggunaan IPA telah merangkumi kajian berkaitan genetik, terapi kesihatan, kesihatan seksual, penyakit kronik, spiritual, kesihatan mental, reproduktiviti dan sebagainya. Fade (2004) telah menghasilkan penyelidikan berkaitan nutrisi dan diet kesihatan awam dengan menggunakan IPA sebagai teknik penyelidikan kualitatif beliau. Beliau telah menggunakan teknik IPA untuk meneroka pemahaman seseorang responden secara mendalam berkenaan nutrisi dan diet.

Biggerstaff & Thompson (2008) mengupas kesesuaian IPA untuk digunakan dalam kajian berkaitan penjagaan kesihatan. Malah, menurut mereka, IPA turut diajar kepada pelajar dalam bidang penjagaan kesihatan tertentu seperti pelajar psikologi klinikal, perubatan dan kejururawatan. Biggerstaf (2008) pula menggunakan IPA dalam menjalankan penyelidikan berkaitan berkembangan kanak-kanak selepas setahun kelahiran.

Hefferon & Rodriguez (2011) pula mengupas mengenai implikasi peningkatan penggunaan IPA sebagai teknik kajian dalam kalangan penyelia dan pelajar. Penulis memberi penekanan terhadap kesilapan yang kerap dilakukan oleh para penyelidik. Menurut penulis, kebanyakan penyelidik memilih untuk menambah jumlah responden bagi meningkatkan kebolehpercayaan dapatan. Sedangkan kaedah pensampelan IPA lebih menekankan jumlah responden yang kecil. Selain itu, para penyelidik juga banyak menumpukan kepada tema-tema yang muncul daripada temu bual yang dijalankan sedangkan IPA melihat kepada pemahaman yang mendalam terhadap isu-isu yang dikaji. Pemerhatian yang tidak teliti dan lemah hubungan dengan isu yang dikaji akan mengakibatkan analisis deskriptif yang terhasil tidak mendalam (Larkin et al. 2006). Menurut mereka lagi, silap faham terhadap IPA yang disangka hanya menghasilkan analisis ‘mudah’ dan bersifat ‘deskriptif’ semata-mata adalah disebabkan oleh salah faham terhadap apa yang dimaksudkan dengan ‘perspektif orang dalam’.

KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA IPA KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam IPA adalah temu bual secara intensif terhadap responden terpilih untuk penyelidikan yang ingin dijalankan. Temu bual jenis ini juga

(5)

sesuai untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai isu yang sedang dibualkan oleh responden. (Reid et al. 2005). Soalan yang ditanya kepada responden akan berubah mengikut kesesuaian situasi dan keadaan responden ketika temu bual sedang dijalankan serta isu-isu yang berkaitan tetapi di luar dugaan penyelidik yang muncul.

Perbincangan kumpulan berfokus (FGD) adalah salah satu kaedah pengumpulan data yang sesuai digunakan dalam IPA. Ia mula digunakan dalam kajian pasaran di Amerika (Fern, 2001). FGD merupakan temu bual berkumpulan yang melibatkan responden seramai enam hingga dua belas orang yang mempunyai ciri-ciri dan kecenderungan yang serupa. Seorang moderator atau pemudah cara akan memandu kumpulan berkenaan berdasarkan topik tertentu.

Moderator bertanggungjawab untuk memastikan suasana ketika temu bual dijalankan menyokong dan menggalakkan responden untuk berkongsi pandangan, pendapat dan persepsi mereka. Fungsi moderator untuk membentuk suasana yang menggalakkan ini amatlah penting.

Temu bual FGD yang dikelolakan dengan baik mampu menghasilkan data yang kaya berbanding temu bual individu yang biasa dijalankan dalam banyak penyelidikan. Hal ini kerana, dinamika temu bual secara berkumpulan ini menghasilkan keadaan responden yang saling menyokong pandangan yang diutarakan oleh mana-mana ahli. Menurut Rennekamp &

Nall (t.t), data yang diperoleh daripada FGD berpotensi digunakan bagi projek pembangunan program dan penilaian hasil kerja. Ia membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat dalaman mengenai perkembangan sesuatu perkara. FGD bukan sahaja membantu pengkaji untuk memahami apa yang difikirkan oleh responden, malah ia membolehkan pengkaji memahami corak pemikiran mereka (Billson, 1989).

PEMILIHAN RESPONDEN

Pemilihan responden adalah secara bertujuan atau purposive. Kebiasaannya, penyelidik IPA akan mencari responden yang homogeneous dengan mencari kumpulan responden yang mempunyai profil yang bersesuaian dengan tujuan kajian dan mempunyai signifikan tertentu dengan set soalan yang ingin ditanya. Jumlah responden pula bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah komitmen yang mampu diberi, kekayaan data yang mampu diperoleh dan kekangan yang wujud. Komitmen dan persetujuan responden memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan kekayaan data yang bakal diperoleh.

Sebelum sesi temu bual dijalankan pengkaji perlu mewujudkan suasana immersion supaya pengkaji dapat diterima oleh responden. Perkara ini sangat penting supaya responden berasa selesa dan tidak janggal untuk berinteraksi. Yang paling utama ialah mereka harus mempercayai dan yakin terhadap pengkaji. Untuk tujuan pemungutan data satu interview schedule atau set soalan yang probing akan disediakan untuk menggalakkan responden menceritakan pengalaman mereka semasa menjalankan ibadat haji. Antara soalan yang akan diajukan kepada mereka ialah seperti “Apakah aspek pengalaman mengerjakan ibadah haji yang paling menyeronokkan? Mengapa? Boleh tak ceritakan secara khusus.?”. “Apa yang awak dapat dari mengerjakan ibadat haji ini?”. “Dapat tak anda merasakan tujuan dan falsafah haji seperti yang telah disyariatkan? Kenapa awak kata begitu?”. Temu bual akan dirakam selepas mendapat persetujuan responden.

(6)

6

KAEDAH ANALISIS DATA

Selepas rakaman, maklumat yang diperoleh akan dibuat transkripsi untuk dianalisis kandungan dan pola perbincangan yang terhasil. Perkara ini boleh dibuat secara manual atau dengan menggunakan perisian khusus seperti Nvivo. Pengkaji akan merumuskan inti pati temu bual berdasarkan pola dan tema yang menjelma dari data yang dipungut. Semasa data dipungut pengkaji akan membuat analisis awal di lapangan dan juga sentiasa membuat constant comparison untuk memastikan kesahan data yang dipungut. Untuk mengesah dan mengukuhkan dapatan kajian suatu audit trail akan dibuat dengan menggunakan khidmat pakar kajian kualitatif dan juga pakar dalam ibadat haji.

CONTOH DAPATAN KAJIAN MENGGUNAKAN IPA

Berikut adalah data yang diperoleh melalui analisis terhadap transkripsi temu bual penyelidik bersama-sama dengan responden. Data ini dianalisis menggunakan perisian NVIVO versi 10 untuk mengenal pasti tema-tema yang signifikan yang terdapat dalam sesi temu bual yang telah dijalankan. Temu bual yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan pengalaman responden ketika mengerjakan ibadah Haji. Dapatan yang disenaraikan ini bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana IPA dapat membantu penyelidik dalam bidang pengajian Islam meneroka teknik ini agar penggunaannya dapat diperluaskan lagi melalui penyelidikan yang bersesuaian.

Tema I

Responden pertama adalah seorang lelaki yang mempunyai latar belakang agama yang sederhana. Beliau merupakan seorang yang melazimi masjid dan surau, sama ada dengan menyertai aktiviti-aktiviti rasmi ataupun sekadar menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. Ciri ini dapat dikesan melalui perbualan berikut:

Baris Dialog

135 Saya pun tak tahu prof., (pada saya), saya kena buat preparation spiritually ni 136 (dengan cara) lain. Saya tak tahu kenapa. Boleh jadi kerana, kita dah (biasa) orang 137 kata sembahyang lima waktu, pergi surau, emm malam-malam pergi dengar orang 138 mengajar, so,we are always dalam group orang Islam yang orang kata yang taat pada 139 perintah Allah. So, (itu)lah (sebab), saya (jadi bersedia) begitu.

Baris Dialog

148 Betul la yang tu memang sepanjang masa kita minta la. Tu kata saya pun, bila 149 prof. tanya soalan tu memang saya, betul-betul pada hati saya tidak ada yang 150 such special activity kerana nak pergi Mekah. Saya rasa kerana kata saya dah

151 always pergi surau and normal Muslim lah dalam keadaan ketaatan, (mungkin) ada la dosa-dosa tu.

(7)

Tema II

Persediaan awal responden sebelum menunaikan ibadah Haji adalah dengan meningkatkan lagi penglibatan diri dengan aktiviti keagamaan di masjid dan surau. Menurut responden, ia dilakukan bagi membiasakan diri dengan masjid dan surau agar apabila berada di Mekah responden tidak akan merasa berat dan kekok ketika menjalankan ibadah Haji.

Baris Dialog

117 Ya,just trying to be a good Muslim. So, dari segi persiapan tidak ada macam mana, it just 118 a normal(preparation), kursus tu saje la. So orang berpesan kita di luar kursus haji dia 119 kata, at least satu tahun sebelum tu must wake up in the night buat tahajud dan 120 sebagainya supaya tidak susah bila sampai di sana. Tetapi saya tidak ada strenght to do 121 that before untuk sampai di sana. So it was just a normal(preparation), a Muslim mesti 122 pergi sembahyang ke surau (dan) masjid. Malam-malam kalau orang mengajar dekat 123 surau, (saya) pergi. Tidak (kerap) sangat, it just a normal orang kampung punya (cara).

Tema III

Ketika mula tiba di Mekah, responden menggambarkan perasaan beliau yang amat risau dan takut. Perasaan ini timbul kerana bimbang kehadiran dan ibadah Haji beliau tidak diterima oleh Allah S.W.T. sebagaimana berikut:

Baris Dialog

76 there are ada special quota dan sebagainya. So, bila kita dah start kursus the 77 excitement tu dah ade.Tapi, ye lah dalam hati tu, sebab dah dengar banyak cerita

78 kan. Orang kata kalau begini macam-macam berlaku di Mekah dan 79 sebagainya. Dalam hati tu ada juga orang kata : “Hai macam mana nanti sampai 80 dekat Mekah”.Your live will accepted to be as a normal.. tu macam mana. Ada 81 kebimbangan sedikit, takut dosa-dosa yang lepas menghalangi dengan cerita-cerita 82 yang banyak ni orang cerita, sampai sana tak nampak Kaabah dan sebagainya. So kita, kita memang ada takut lah.

100 Alhamdulillah. Sebab saya yang menjadi takut tu, sebab saya teringat Dr. Aziz 101 Deraman. Dia yang bekas (pensyarah) UMT tu dia kata the first thing yang dia

102 (buat), bila masuk nampak Kaabah, dia cried very most. Cried sehinggakan menitis air mata yang terlampau banyak. So

Baris Dialog

205 nampak. Padan dah kata, saya ke yang salah seorang yang tak nampak Kaabah.

206 Baru (timbul perasaan) takut. (Masing-masing) duk tanya saya, mana Kaabah?

207 Saya tak tahu (apa nak) kata. Tak tahu.So tak ada answer kecuali adik saya yang dah buat (haji) kata, belakang dalam

Tema IV

Responden menggambarkan perasaan teruja yang sukar untuk diungkapkan dengan perkataan sepanjang mengerjakan ibadah Haji. Ia digambarkan sebagaimana berikut:

(8)

8 Baris Dialog

71 Perasaan tu dia actually started apabila saya mula mengikuti kursus haji yang dibuat 72 oleh ustaz Kamarul di masjid Wakaf Tembesu. So di punya excitement, auranya dah 73 kita rasa. We were soon, tetamu Allah dan kita akan ke sana. So, pada masa kita mengikuti itu kita have not yet

Baris Dialog

173 Ia satu perasaan syukur, lega kerana sampai pada satu tempat yang sebelum ini 174 didiami oleh Nabi s.a.w. dan ianya merupakan cita-cita setiap orang Islam. Dan kita

before sampai di sana,

Baris Dialog

181 Alhamdulillah sampai sana, sukalah dengan keadaan pagi yang sejuk, dingin, so it was 182 very orang kata calm moment. Perasaannya ialah susah nak ceritalah. So sampai je sampai ke

Baris Dialog

256 Betul. Saya saya saya sebab saya yakin I was very must(tersentuh)by (mutawwif) kot.

257 Dia punya speech tu melayukan hati saya. So, di Madinah tu dia bawa kita (ke makam 258 Rasulullah S.A.W). So dia cerita this is our penghulu.Dia berada hanya beberapa kaki 259 sahaja di hadapan samping jasad (Rasulullah). Jasad yang menjadi kekasih Allah. So 260 cara dia cerita tu, dia seolah-olah melembutkan hati saya (sehingga) kita rasa dekat, (dan)

sentimental. So di Mekah,

PROSES INTERPRETASI DATA

Berdasarkan dapatan yang telah diperoleh, penyelidik perlu melalukan proses interpretasi data.

Proses ini perlu dilakukan oleh penyelidik dengan berhati-hati. Penyelidik mestilah mengelakkan berlaku kontaminasi makna dan idea yang disampaikan oleh responden dengan persepsi individu penyelidik. Namun, interpretasi itu juga tidak membawa makna jika ia hanya melibatkan analisis deskriptif mudah sebagaimana yang biasa dilakukan dalam kajian kualitatif.

Apa yang penting adalah proses interpretasi itu dilakukan untuk merungkai makna yang tersembunyi kemudian menonjolkannya sebagai suatu dapatan yang memberi maksud yang jelas berkaitan sudut pandang responden terhadap isu yang dibincangkan.

KESIMPULAN

IPA adalah sebuah teknik yang digunakan oleh para penyelidik bidang psikologi untuk merungkai persepsi seseorang terhadap suatu pengalaman yang telah dilalui. Ia dikaji bagi meneroka makna-makna tersembunyi yang terdapat dalam pengalaman tersebut melalui sudut pandang responden. Penyelidikan dalam bidang pengajian Islam juga melibatkan data-data seumpama ini. Penghayatan sesuatu amalan ibadah sebagaimana yang ditonjolkan melalui dapatan temu bual bersama Jemaah Haji di atas telah menunjukkan bahawa teknik ini mampu merungkai makna-makna yang berkaitan dengan baik. Makna-makna ini mempunyai peranannya yang tersendiri kepada para penyelidik bidang pengajian Islam. Ia amat bermanfaat untuk membantu penyelidik memahami gelagat, tingkah laku, sikap dan sebagainya, yang

(9)

berkaitan dengan amalan keagamaan yang dilaksanakan oleh kebanyakan orang. Sekurang- kurangnya, kejayaan memahami hal ini dapat membantu para agamawan untuk memahami kondisi dan respons pihak mad’u itu sendiri terhadap usaha yang telah dijalankan oleh mereka.

RUJUKAN

Biggerstaff, D.L. & Thompson, A.R. (2008). Interpretative Phenomenological Analysis: A Qualitative Methodology of Choice in Healthcare Research. Qualitative Research in Psicology, 5, 173-183.

Billson, J.M. (1989). “Focus Group: A Practical Guide for Applied Research,” Clinical Sociology Review: Vol. 7: Iss 1, Article 24.

Fade, S. (2004). Using Interpretative Phenomenological Analysis for Public Health Nutrition and Dietetic Research: A Practical Guide. Proceedings of the Nutrition Society, 63, 647–653. Fern, E. F. (2001). Advanced Focus Group Research. Thousand Oaks: Sage.

Grigoriou, T. (2004). Friendship Between Gay Men and Heterosexual Women: An Interpretative Analysis. London: London South Bank University.

Hefferon K & Rodriguez E.G. (2011). Interpretative Phenomenological Analysis. The Psycologist, 24, 756-759.

Krueger, R.A. & Casey, M.A. (2000). Focus Groups: A Practical Guide for Applied Research 3rd Ed. CA: Sage Publications.

Larkin, M., Watts S. & Clifton, E. (2006). Giving Voice and Making Sense in Interpretative Phenomenological Analysis. Qualitative Research in Psycology, 3, 102-120.

Pietkiewicz, I. & Smith, J.A. (2012). A Practical Guide to Using Interpretative Phenomenological Analysis in Qualitative Research Methodology. Czasopismo Psychologiczne, 18(2), 361-369.

Reid, K., Flowers, P. & Larkin, M. (2005). Exploring Lived Experience: An introduction to Interpretative Phenomenological Analysis. The Psycologist, 18(no 1), 20-23.

Rennekamp, R. & Nall, M., (t.t). Using Focus Groups in Program Development and Evaluation.

Smith, J.A. (2011). Evaluating The Contribution Of Interpretative Phenomenological Analysis. Health Psycology Review, 5(1), 9-27.

Smith, J.A., Flowers, P., & Larkin, M., (2009). Interpretative Phenomenological Analysis Theory, Method and Research. London: Sage Publications.

Smith, J.A., & Osborn, M. (2006). Interpretative Phenomenological Analysis. In J. A. Smith,

& J. A. Smith (Ed.), Qualitative Psychology: A Practical Guide to Method (pp. 53-80).

London: Sage. University of Kentucky Cooperative Extension.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

In the context of poem, since the poetic image is put in relationship with other images, semantic shock leads to more innovative and new meanings through the

In specific, those green skills are problem-solving skills related to environmental pollution, interpretative skills on environmental phenomena, research skills on

Penyelidikan ini menggabungkan kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif dalam mengenalpasti kesepadanan antropometri responden dengan ukuran kerusi yang digunakan di sekolah

Berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, penulis akan dapat mengetahui teknik manakah di antara dua teknik yang dikaji mampu memberi impak yang terbaik dalam usaha

Objektif kedua kajian ini ialah untuk melihat bagaimana naturalisme dibangunkan dalam kedua-dua buah novel tersebut iaitu melalui teknik penulisan yang digunakan

Many theoretical studies of ferroelectricity in superlattices were carried out using the phenomenological Landau-type theory. 29–33 Landau theory with antiferroelectric interlayer

Kajian secara kuantitatif telah digunakan untuk mengkaji kekerapan penggunaan penanda wacana yang digunakan oleh pelajar di dalam penulisan karangan.. Pendekatan

Setelah penulis meninjau dan meneliti beberapa pandangan pengkaji terdahulu tentang implikatur dan teori yang mendasarinya iaitu Teori Grice – Prinsip Saling Kerjasama, maka