• Tiada Hasil Ditemukan

Keindahan Rekabentuk Corak Geometri Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Keindahan Rekabentuk Corak Geometri Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang "

Copied!
6
0
0

Tekspenuh

(1)

Keindahan Rekabentuk Corak Geometri Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang

(The Beauty of the Geometric Pattern Design of the Sultan Ahmad Shah State Mosque, Pahang)

Norlis Ismail1*, Rafidah Abd Razak1

1 Faculty Arts & Social Science, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak, Malaysia

*Pengarang Koresponden: norlis@utar.edu.my

Accepted: 15 September 2021 | Published: 1 October 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini berkaitan dengan penggunaan corak geometri Islam yang terdapat pada masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang. Masjid adalah lambang identiti agama Islam dan mihrab, mimbar, menara dan kubah adalah empat ciri utama yang perlu ada pada setiap masjid. Tujuan penyelidikan ke atas masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang, adalah untuk mengenalpasti, menganalisis dan mengkaji proses penghasilan reka bentuk corak geometri Islam berasaskan teori Gestalt, konsep Haqiqah dan Ihsan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dikumpul melalui pendekatan pemerhatian, temubual dan foto visual di lapangan. Dapatan kajian mendapati reka bentuk corak geometri Islam bagi masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang sangat unik dan mempunyai ciri yang tersendiri. Berdasarkan dapatan data yang diperolehi Masjid Negeri Sultan Ahamd Shah hanya menggunakan corak geometri Islam pada kubah, mimbar, dan mihrab. Empat corak geometri telah dikenal pasti yang terdiri daripada corak geometri segi empat sama, perulangan 2x segi empat sama/oktagon, perulangan 2x segi empat sama/oktagon (2x4=8), Heksagon dan Segi Empat ‘Kite’, dan perulangan 2x segi enam/heksagon (2x4=8), Hasil kajian juga mendapati kebanyakan responden yang di temubual kurang memahami terutama sekali reka bentuk corak geometri Islam. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa reka bentuk corak geometri Islam pada seni bina Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang masih lagi boleh di kembangkan dan diaplikasikan serta bahan kajian ini dapat manjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat.

Kata kunci: Masjid, Geometri, Mimbar, Kubah, Mihrab, Menara

Abstract: This study relates to the use of Islamic geometric patterns found in Sultan Ahmad Shah State Mosque. The mosque is a symbol of Islamic identity while mihrab, pulpit, minaret and dome are four key characteristics that exist in every mosque. The aim of this research on the Sultan Ahmad Shah State Mosque is to identify, analyze and review the manufacturing process design geometric patterns of Islamic using Gestlat Theory and Concept of Haqiqah and Ihsan. The design of this study used a qualitative approach and data collected through observation, interview and visual photo during field work sessions. The findings of the study found that the Islamic geometric pattern design for the Sultan Ahmad Shah State Mosque, Pahang is very unique and has its own characteristics. Based on the data obtained by the Sultan Ahmad Shah State Mosque, Islamic geometric patterns are only used on domes, pulpits, and mihrabs. Four geometric patterns have been identified consisting of a square geometric pattern, looping 2x square/ octagonal (2x4=8), square kite and looping 2x hexagon (2x4=8).

This study also found that most respondents in interviews less understand, especially in Islamic geometric design. In conclusion, the results show that the design of geometric in Islamic

(2)

architecture of Sultan Ahmad Shah State Mosque can be developed and applied, by this study it can be as a guideline and a reference to the public.

Keywords: Mosque, Geometry, Pulpit, Dome, Mihrab, Minaret

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Senibina masjid secara amnya, boleh ditafsirkan sebagai reka bentuk senibina yang melambangkan sesuatu kebudayaan yang berasaskan agama Islam. Tetapi ia bukanlah dari hasil senibina sesuatu bandar atau tempat. Ia adalah hasil daripada berbagai tempat dan kebudayaan. Jika diteliti bangunan-bangunan yang didirikan oleh orang-orang Islam di seluruh dunia, hampir semua senibinanya mempunyai ciri-ciri yang sama (Hamdan,1992), terutamanya reka bentuk geometri. Oleh kerana itu, penyelidikan ini adalah berkisar hanya kepada proses mengenalpasti reka bentuk dan motif geometri yang dibina secara teknikal pada reka bentuk dalaman masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang.

Apabila kita merujuk kepada reka bentuk hiasan dalaman geometri Islam yang ada di dalam masjid, sering kali kita terfikir bagaimanakah proses menghasilkannya terjadi dan apakah yang tersirat disebalik setiap reka bentuk geometri tersebut? Kreativiti dalam menghasilkannya pula, merupakan pengolahan hasil reka bentuk gometri Islam, yang akan memberikan maksud tertentu dan berbeza sebagai mesej yang ingin disampaikan kepada pengunjung yang hadir di dalam masjid. Dalam masa yang sama didapati dari analisis awal ke lapangan hampir semua kakitangan masjid yang sempat ditemubual berhubung dengan kesenian Islam, amat kurang pengetahuannya untuk menerangkan dengan lebih jelas berkaitan dengan reka bentuk geometri Islam. Natijahnya, semakin sukar bagi para penggiat seni Islam, penggunjung atau pelancong untuk mengetahui segala infomarsi berkaitan dengan seni Islam di Malaysia terutamanya reka bentuk geometri Islam.

Dalam kajian ini pengkaji mengenalpasti akan kebenaran penggunaan reka bentuk geometri Islam di setiap Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang, iaitu dari sudut nilai-nilai estetiknya, susun aturnya dan elemen-elemen yang digunakan pada rekabentuk dan corak geometri. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan mengenalpasti akan mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna berpandukan kepada reka bentuk corak yang telah wujud sejak sekian lamanya di sekeliling hiasan luar dan dalaman masjid. Ini adalah kerana, reka bentuk dan motif geometri yang ada di setiap masjid bukanlah sekadar untuk dinikmati keindahannya atau dilihat semata-mata tetapi keindahan reka bentuk dan corak geometri perlu difahami dan di terokai. Hari ini corak geometri Islam pada masjid-masjid semakin hari semakin bertambah begitu juga penggunaan khat seperti: khat Nasakh, Thuluth, Kufic, Riqa’ dan arabesque.

Latar Belakang Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang

Masjid ini di dirikan oleh seorang dermawan Melayu bernama Lebai Ali Bin Cik Embi, Beliau telah mewakafkan sebidang tanah iaitu tapak pusat zakat sekarang. Pada tahun 1965 diatas tapak tersebut terbina sebuah bangunan masjid untuk orang ramai mendirikan solat lima waktu dan solat jumaat. Pada masa itu masjid tersebut hanya merupakan sebuah bangunan yang dibina menggunakan kayu berbentuk rumah ‘Limas’ Piramid di tambah mihrab yang boleh menampung seramai 200 orang jemaah pada satu masa sahaja. Memandangkan pertambahan penduduk yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, maka usaha untuk memperbesarkannya telah dilaksanakan sehingga boleh memuatkan seramai 400 orang jemaah.

Setelah setengah abad masjid ini digunakan barulah ada cadangan untuk mendirikan sebuah

(3)

masjid baru, di tapak baru bagi menggantikan masjid yang telah puluhan tahun memberi khidmat kepada umat Islam di Kuantan, Pahang. Masjid baru didirikan sempena mengambil nama Al-Marhum Sultan Ahmad I, batu asasnya diletakkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Jamadilawal 1382 bersamaan 19 Oktober 1962.

Masjid Sultan Ahmad I ini mempunyai bentuk yang unik, bumbungnya menyerupai bentuk kawah yang terbalik atau dikenali sebagai bumbung kawah telungkup. Bumbung masjid ini tidak terdapat dimana-mana masjid di Malaysia. Bangunannya berbentuk enam segi dengan ruang induknya dapat memuatkan lebih 2000 orang jemaah pada satu-satu masa. Disebabkan faktor keperluan semasa, serta penambahan aktiviti masjid dan ditambah pula dengan kebocoran dan kerosakan yang begitu ketara masjid ini tidak mampu menampung jemaah yang datang membanjiri apabila waktu solat Jumaat. Justeru itu, kerajaan telah meluluskan untuk membina semula masjid baru yang berharga RM37 juta ini bagi menggantikan masjid lama dengan yang mempunyai kelengkapan pelbagai kemudahan. Masjid ini mampu menampung hampir 10,000 orang jemaah pada satu masa. Pada 21 Oktober 1994, Masjid Sultan Ahmad I, Kuantan telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddinAl-Muadzam Shah.

Reka bentuk Masjid baru ini berbentuk senibina Islam Klasik yang indah tesergam dihiasi empat menara yang menjulang bersaing dengan bangunan-bangunan tinggi yang lain ia terletak di tengah-tengah pusat Bandar Kuantan. Keluasan tapak yang sedia ada seluas hamper 4 ekar.

Struktur dalaman masjid ini berdasarkan kepada ruang dewan solat utama di bahagian tengah dan dikelilingi dengan dewan solat kedua kiri dan kanan, bertujuan mewujudkan bentuk

“symetrical’. Blok pentadbiran dibahagian hadapan dan bilik dapur serta tandas dibahagian belakang yang telah diasingkan melalui koridor dikelilingi ruang dewan solat. Aras lantai di tinggikan dari aras jalan sedia ada agar kawasan masjid dilihat lebih dominan dan majestic.

Bagi bahagian tengah masjid, telah disediakan ruang legar untuk mewujudkan suasana keterbukaan. Dari aspek teknikal, bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan pengudaraan dan pencahayaan yang semulajadi. Ciri-ciri seni bina masjid ini mempunyai elemen-elemen dari negara-negara Timur Tengah. Di bahagaian dalaman masjid banyak menerapkan nilai astetika disamping itu penggunaan “glazed mosaic dan stained glass” banyak di gunakan. Reka bentuk ini dapat menaikkan lagi keindahan ruang sebuah masjid. Masjid Sultan Ahmad ini mempunyai menara kecil yang menghiasi ruang legar. Kelihatan reka bentuk dan seni bina yang unik, menarik dan elegan ia berjaya memberi daya tarikan kepada semua jemaah yang hadir. Kubah pada masjid ini kelihatan menarik dan unik terdapat unsur-unsur timur tengah iaitu kubah ini dihiasi dengan corak-corak geometri Islam. Kubah ini bermatakan hijau muda dan diselangi dengan cahaya menembusi ruang-ruang kecil sekitarnya. Terdapat sebuah lampu yang dijadikan perhiasan bagi mengindahkan lagi suasana. Mihrab bagi masjid ini jelas kelihatan dari jauh apabila warna kontra diterapkan. Kayu berwarna coklat digunakan untuk mimbar warna ini dugunakan bagi mengimbangkan suasana aman dan tenteram. Masjid baru ini dilengkapi dengan bilik kenamaan, pejabat, bilik imam, bilik bilal, bilik syarahan atau seminar, ruang dapur, makan, stor, ruang solat wanita perpustakaan serta bilik makmal Al-quran.

Manakala dibahagian kanan masjid ditempatkan bilik pengurusan Jenazah.

2. Ulasan Kajian Lepas

Penerangan Ulasan Kajian Lepas

Dalam kajian gaya dan corak geometri ini pengkaji telah meneliti dan mengenal pasti dari beberapa kajian lepas. Contoh kajian–kajian lepas yang telah di analisis tertumpu pada sumber maklumat yang khusus kepada kajian berkaitan rupa corak dan rekabentuk geometri.

(4)

Kajian yang berkaitan dengan struktur pada proses reka bentuk corak geometri Islam dilakukan oleh Loai M. Dabbour dari Universiti Aizaytoonah Jordan (2012). Di dalam kajian yang dijalankan, beliau menghuraikan pengunaan geometri pada pelbagai sudut rekabentuk. Analisis terhadap prinsip geometri dan rekabentuk seni Islam juga turut dikaji. Menurut beliau corak geometri dihasilkan dengan pelbagai peraturan yang berhubung dengan pemahaman bentuk semulajadi. Ia dihasilkan berdasarkan nisbah geometri dalam cosmo. Dapatan kajian beliau mendapati bahawa langkah-langkah bagi penghasilan setiap motif geometri diantaranya

“Geometric propotional system” penggunaan kaedah matematik bagi menghasilkan geometri.

“Geometry in man, nature and cosmo’ alam semulajadi, manusia dan cosmo sebagai contoh penghasilan corak geometri dan “geometric propotions as a tool of design” penggunaan geometri sebagai alat reka bentuk. Kajian ini juaga mengetengahkan cara-cara penghasilan corak geometri di jalankan dari segi empat, heksagon, pentagon dan octagon.

Manakala dalam kajian Ahmad (2009), corak geometri dihasilkan dengan penggunaan perisian komputer IGP. Didalam kajian ini beliau mengolah dan menghasilkan beberapa corak geometri dan corak geometri yang dihasilkan dibahagi kepada dua iaitu pengelasan corak “Classification of a pattern”iaitu kumpulan unit senireka dan pengelasan mengikut rekabentuk “Classification of design” ia tertumpu kepada geometri dan grid. Hasil kajian beliau berjaya menghasilkan perisian yang mudah digunakan bagi merekabentuk geometri dan grid dan perisian yang dihasilkan hanya tertumpu pada corak bintang dan roset.

Kajian yang dijalankan oleh Yahya (2013), dari Universiti Teknologi Malaysia, berkaitan dengan kesesuaian penggunaan corak geometri Islam pada senibina dari segi ketepataan skala masa dan pemadanan gaya. Kronologi kajian ini berkaitan dengan evolusi corak geometri Islam contohnya penggunaan corak segi enam dan segi lapan terdapat pada abad ke sembilan. Beliau telah menjalankan kaji selidik rekabentuk geometri pada seratus senibina di seluruh dunia.

Kajian beliau juga telah mengupas tentang kemajuan sains dan perkembangan ilmu dalam sejarah Islam apabila penemuan corak-corak geometri yang digunakan pada senibina zaman terdahulu.

Frank (2004) pula, membuat kajian berkaitan dengan rekabentuk geometri yang terdapat pada corak sempadan (border patterns), corak jubin, corak segi enam, segi lapan, segi lima dan sepuluh, segi 12, sudut segi tiga (tricks with triangle). Di dalam kajian yang dijalankan oleh Frank, beliau menerangkan cara-cara dan langkah untuk menghasilkan setiap jenis rekabentuk geometri. Dapatan kajian beliau mendapati setiap rekabentuk yang ingin dihasilkan perlu mempunyai perancangan dan setiap corak perlulah seimbang.

Kajian berkaitan dengan simetri oleh Sharifah (2013), tertumpu kepada rekabentuk geometri Parsi, senibina Islam dan corak permaidani. Dalam kajian ini beliau mengetengahkan beberapa kesamaan pada corak senibina dan permaidani. Menurut beliau setiap rekabentuk seni Islam mempunyai ciri-ciri kesatuan dan perpaduan dari kepelbagaian idea. Dalam erti kata lain, geometri adalah bahasa visual yang dapat menarik perspektif dunia terhadap seni Islam.

Tambahan lagi, beliau turut mengetengahkan beberapa elemen yang digunapakai dalam menghasilkan kajian. Antaranya adalah simbolisme, regular geometri, segi empat tepat, simetri dan seimbang, konteks dan margin, perspektif dan estetik.

(5)

Jadual dan Rajah

Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang

Kubah Menara Mimbar Mihrab

Tiada Corak Geometri

Islam

Rajah 1.0: Masjid Sultan Ahamad, Pahang

Berdasarkan Rajah 1.0, masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, mempunyai corak geometri pada kubah mimbar dan mihrab. Pada kubah masjid ini menggunakan corak perulangan octagon, pada dinding belakang mimbar menggunakan corak geometri heksagon dan segi empat sama.

Manakala bagi mimbar pula masjid ini menggunakan corak perulangan octagon dan segi empat sama.

Rajah 1.2: Corak perulangan segi empat sama ini terdapat pada Kubah Masjid Negara dan pada mihrab Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan, Pahang

Rajah 1.3: Corak Geometri ini adalah gabungan dari bentuk-bentuk ‘Oktagon, heksagon dan kite’

Corak geometri ini terdapat pada luar dan dalaman kubah dan corak ini bergabung dengan perulangan corak ‘kite’ segi empat. Manakala pada mihrab pula hanya gabungan corak ‘kite’

segi empat dan octagon sahaja.

(6)

Rajah 1.4: Corak Geometri ini adalah gabungan dari bentuk‘Oktagon dan segi empat kite, Mihrab Masjid Sultan Ahmad Shah

Rujukan

Al-Qur’an

Abd Rahman Hamzah, (2011). Islamic Inscription in Mosques: The Forms and Meanings.Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Abdul HalimNasir, (2004). Mosque Architecture in the Malay World. Bangi:

PenerbitUniversitiKebangsaan Malaysia.

Ahmad M. Aljamali, (2009). Classification and Design of Islamic Geometric Patterns Using Computer Graphics. South Bank University.London.

Ahmadrashidi Hasan, Mizan Hitam, Abd Rasid Ismail, (2013). Islamic Art in the Malay World.

Visual Print Sdn.Bhd.

Ainun Jariah, (2006). Penggunaan Kaedah Geometri dalam Pembentukan Seni. Universiti Putra Malaysia.

Eric Broug, (2011). Islamic Geometric Patterns. Thames&Hudson.

Evans, P and Thomas, M.A, (2013). Exploring the Elements of Design. New York: Delmar.

Ezrin Arbi, (2012). Wacana dan Teori Rekabentul Menara Masjid di Nusantara. Jurnal Al- Tamaddun Bil. 7(2) 2012, 77-88

Fayed saleh Oweis, (2002),The element of unity in Islamic art as examined through the work of Jamal Badran. ProQuest Information and Learning Company.

Keith Critchlow, (2011). Islamic Patterns. An Analytical and Cosmologikal Approach.Foreword by SeyyedHossein Nasr.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN