• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pengukuran Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesan Teknik Penstrukturan Penulisan Karangan Berasaskan Grafik Bitmap

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pengukuran Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesan Teknik Penstrukturan Penulisan Karangan Berasaskan Grafik Bitmap"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Pengukuran Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesan Teknik Penstrukturan Penulisan Karangan Berasaskan Grafik Bitmap (Measuring the Validity and Reliability of Essay Writing Organizing

Technique Effects that Based on Bitmap Graphic Elements)

Adenan Ayob1*

1 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

*Pengarang Koresponden: adenan@fbk.upsi.edu.my

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: : Pedagogi yang terarah kepada teknik penulisan karangan pada zaman teknologi IR 4.0 ini memerlukan kesinambungan dalam penyebaran maklumat berasaskan bahan multimedia interaktif. Dalam meneroka hasil penyelidikan yang berinovasi, kreatif dan kritis, kajian ini dilakukan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan teknik penstrukturan penulisan karangan berasaskan grafik bitmap. Kaedah kajian kuasi eksperimen diguna dengan berpandukan reka bentuk kuantitatif. Sampel pula adalah terdiri daripada 30 orang murid sekolah menengah di Shah Alam, Selangor. Data kajian dianalisis secara deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai. Data kajian juga diuji secara inferens dengan menggunakan statistik ANCOVA. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan, iaitu F = 13.1, paras

< 0.05. Implikasi kajian ini memaparkan teknik penstrukturan penulisan karangan dengan berasaskan bahan grafik multimedia interaktif perlu diaplikasi secara giat dalam PdP Bahasa Melayu yang membabitkan elemen kemahiran menulis.

Kata kunci: pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan, teknik penstrukturan penulisan karangan, grafik bitmap, multimedia interaktif

Abstract: A pedagogy focused on essay writing techniques in the age of IR 4.0 technology requires continuity in the dissemination of information based on interactive graphic multimedia elements. In exploring innovation that focused on creative and critical learning environment, this study was conducted to measure the validity and reliability of essay writing organizing technique that based on bitmap graphic elements. Under quantitative research design, quasi-experimental method was used. The sample consists of 30 high school students in Shah Alam, Selangor. Study data were analyzed descriptively; mean and standard deviation.

Study data were also tested inferencely using ANCOVA statistics. The result shows that there was a significant difference, F = 13.1, level of significance <0.05. The implications of this study show the organizing technique must be applied vigorously in teaching involving elements of writing skills.

.

Keywords: validity and reliability measurement, essay writing organizing technique, bitmap graphics elements, interactive multimedia

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Perkembangan drastik bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah seiring dengan era kemajuan pendidikan pada masa yang wujud transformasi pendigitalan. Bahan

(2)

grafik bitmap berasaskan digital dan maya menerusi teknologi dalam pengajaran, khususnya dalam pendidikan Bahasa Melayu menjadi lebih menarik, kreatif, dinamik, bermakna dan produktif dari aspek pemikiran aras tinggi (Adenan Ayob, 2014). Dalam hal ini, grafik multimedia interaktif mampu menyampaikan maklumat tertentu secara pantas dan tepat selain menjadi daya tarikan ke arah pengwujudan suasana pembelajaran yang giat serta menyeronokkan (Abbas, 2012). Pelaksanaannya untuk murid yang bermasalah dalam kemahiran menulis akan memberikan impak yang lebih positif dari sudut kandungan pengetahuan dan teknologi. Hal ini demikian kerana lazimnya bahan teknologi maklumat telah sedia tergabung elemen asas iaitu grafik yang bervariasi untuk mewujudkan persekitaran yang baharu (Adenan Ayob, 2018a) di samping kaya dengan kandungan pengetahuan (Adenan Ayob, 2018b). Sehubungan dengan itu, guru dan murid perlu mengaplikasikan multimedia interaktif sebagai wahana dalam menguasai kemahiran menulis secara lebih fleksibel serta bebas dalam mengakess pengetahuan. Hakikatnya, komputer sebagai medium paparan grafik multimedia interaktif dapat membantu meningkatkan pencapaian penulisan menerusi bahan grafik yang sistematik dengan berpusatkan murid (Adenan Ayob, 2019a).

Pencapaian bahasa dari aspek penulisan adalah salah satu kemahiran yang paling utama.

Kemahiran ini merujuk kepada keupayaan murid untuk menulis perkataan dan ayat bermakna dalam menzahirkan idea menerusi pelbagai penulisan kreatif dan kritis (Adenan Ayob, 2019a).

Penulisan adalah yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi menerusi penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca tepat, ejaan yang betul dan tulisan yang jelas serta kemas. Jelasnya, menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa.

Pembentukan simbol bertujuan menyampai dan menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca (Adenan Ayob, 2019b). Tegasnya, simbol grafik ketika menulis ialah menerusi penggunaan lambang bermakna. Dari sudut kepentingan pula, menulis dan penulisan amat banyak khususnya yang melibatkan faktor perkembangan ilmu pengetahuan yang berfokus kepada pemikiran aras tinggi. Daripada penelitian kurikulum, kepentingan kemahiran menulis bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan, menulis laporan, dan tugasan tetapi memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian dan profesional di tempat kerja kelak.

Dalam perkembangan ilmu pendidikan semasa di dalam bilik darjah, guna tenaga mahir amat diperlukan. Penggunaan tenaga mahir bukan sahaja dalam konteks teknologi tetapi melibatkan kemahiran bahasa khususnya menulis (Ansburg, 2000). Oleh hal yang demikian, murid-murid sekolah pada masa ini perlu diberikan kemahiran menulis yang membolehkan mereka mempelajari dan mengaplikasikannya sejak awal lagi. Justeru, pengajaran berasaskan bahan grafik teknologi yang dijalin dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang sesuai perlu diorientasi dan diamalkan oleh guru supaya penulisan dapat diajarkan kepada murid secara lebih berkesan.

2. Pernyataan Masalah

Kajian ini berfokus kepada dua pembolehubah yang dihubungkan. Pembolehubah bersandar ialah pencapaian murid dalam karangan. Pembolehubah kedua pula ialah bahan grafik multimedia interaktif. Isu yang dimanipulasi dalam kajian ini ialah pencapaian karangan jenis pendapat.

Penulisan karangan fakta adalah salah satu aspek yang dinilai dalam Bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan. Daripada kajian Adenan Ayob (2014), pencapaian murid dalam karangan Bahasa Melayu didapati masih lemah walaupun banyak teknik dan bahan yang

(3)

berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi diguna dalam PdP. Kelemahan murid dikesan dalam semua aspek penulisan yang membabitkan isi, bahasa, dan pengolahan. Bikowski dan Vithanage (2016) telah membuktikan bahan tradisional kurang berkesan untuk meningkatkan pencapaian karangan murid dari segi isi, bahasa, dan pengolahan. Pada tahun 2016, statistik daripada laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memaparkan pencapaian murid mengalami penurunan yang ketara dari aspek-aspek berkaitan (Adenan Ayob, 2014). Menurut Hasnah (2016) pula, penggunaan bahan PdP yang konvensional memang didapati kurang berkesan dalam meningkatkan pencapaian karangan murid.

Kewajaran pengggunaan dan pengaplikasian teknik perlu berfokus kepada inovasi tinggi (Hasnudin, Norfaizuryana & Nor, 2015), iaitu hasil penulisan adalah pada pengukuran pencapaian yang meliputi konteks kesahan dan kebolehpercayaan. Daripada kelestarian dunia TMK, teknik kreatif dan kritis perlu berlandaskan sesuatu yang bersifat digital dan maya. Pada era ini, penggunaan bahan perlu tertumpu kepada elemen grafik multimedia interaktif. Bahan seperti ini telah terbukti menjadi kebergantungan dalam PdP bahasa pada abad moden (Mueller

& Jacobsen, 2016; Sarimah, 2015).

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahan pembelajaran yang diasas kepada grafik secara umum amat berkesan terhadap pencapaian karangan jenis pendapat atau fakta (Truong,

& Zanzucchi, 2012). Hal ini demikian kerana bahan berkenaan adalah bersifat global dan mudah diakses. Pengaksesan grafik adalah mendalam; tidak membataskan perolehan akses ilmu. Ini bermakna bahawa grafik multimedia interaktif dapat melengkapkan proses rangsangan, tindak balas dan cara berfikir murid secara kreatif dan kritis. Adenan Ayob (2014) berpandangan bahawa murid perlu diberikan ruang berfikir secara lateral jika bahan grafik multimedia interaktif diguna dalam PdP.

Perbincangan di atas memperlihat bahawa grafik multimedia interaktif yang terdapat dalam bahan PdP amat berkesan terhadap pencapaian karangan murid dalam konteks kesahan dan kebolehpercayaan. Oleh itu, secara spesifiknya kajian ini memberikan tumpuan kepada grafik khusus, iaitu bitmap terhadap pencapaian karangan jenis pendapat. Kajian ini melibatkan 30 orang murid tingkatan empat dalam kumpulan yang telah sedia ada atau intact group. Kaedah kuasi eksperimen diguna dalam penyelidikan ini dengan berasaskan ujian pra dan ujian pasca.

Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferens.

3. Objektif Kajian

i. Mengenal pasti skor min ujian pra dan pasca murid penulisan karangan jenis pendapat berasaskan bahan grafik bitmap.

ii. Menganalisis perbezaan skor min antara ujian pra dengan ujian pasca penulisan karangan jenis pendapat berasaskan bahan grafik bitmap.

4. Soalan Kajian

i. Apakah skor min ujian pra dan pasca murid penulisan karangan jenis pendapat berasaskan bahan grafik bitmap?

ii. Adakah terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara ujian pra dengan ujian pasca penulisan karangan jenis pendapat berasaskan bahan grafik bitmap?

(4)

5. Kerangka Teoretikal Kajian

6. Kerangka Konseptual Kajian

7. Definisi Operasional i. Grafik Bitmap

Grafik bitmap bermaksud grafik (sedia ada) yang tidak dimanipulasi yang diakses secara langsung daripada sumber Internet (Abbas, 2012). Operasi grafik birmap boleh diakses dengan penyesuaiannya kepada tajuk karangan.

ii. Pencapaian Penulisan Karangan

Pencapaian penulisan karangan dinilai menerusi ujian pra dan pasca. Setiap ujian mempunyai arahan, bentuk, struktur, masa, markah dan kuantiti item. Operasi ujian adalah dalam bentuk skor.

8. Sorotan Literatur

i. Aplikasi Teknologi Maklumat dalam Kurikulum Pengajaran Penulisan karangan

Dasar utama KPM yang dipapar dalam (PIPP 2006-2010): Teras 2 iaitu membangunkan Modal Insan adalah ke arah memastikan semua pelajar celik TMK dan mengutamakan peranan dan fungsi dalam pendidikan bahasa (Adenan Ayob, 2018a). Sebarang mata pelajaran berupaya dilaksana dalam PdP untuk memupuk murid berketerampilan menulis dengan melengkapkan diri dari pelbagai sudut kemahiran (Adenan Ayob, 2019b). Dasar Kurikulum KPM didapati mampu mengaspirasikan kajian berkenaan ke arah penerapan TMK dalam mata pelajaran

(5)

menerima peluang menimba pengalaman tentang pengaplikasian TMK, sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah berdasarkan bahan grafik interaktif. Sebelum itu, menurut Hasnah (2016), bahan asas masih pada tahap permulaan dalam pendidikan bahasa kerana dari segi asasnya, TMK mampu menyumbang kepada perubahan teknik pembelajaran yang tradisioanal kepada teknik baharu yang lebih praktial. Menurut Iqbal dan Muhammad (2015) sebelum itu, antara teknik baharu yang boleh dimanfaatkan ialah teknik penstrukturan isi, bahasa, dan pengolahan yang melibatkan asas TMK untuk diaplikasikan guru dalam proses pengajaran di dalam bilik darjah digital dan maya.

ii. Konsep Grafik Multimedia Interaktif

Grafik multimedia interaktif berasaskan unsur-unsur pedagogi dapat memberikan sumbangan bermakna kepada pendidikan bahasa. Bawah kerangka model pembelajaran tingkah laku dan kognitif, peranan utama guru ialah menyampaikan maklumat dan sebagai pemudah cara persekitaran pembelajaran yang aktif dan dinamik (Jones & Estes, 2015). Guru perlu memastikan pengetahuan atau kemahiran sedia ada murid barada atas landasan objektif pembelajaran. Seterusnya, guru perlu menyediakan langkah-langkah dan aktiviti untuk mencapai objektif yang dicadangkan. Selepas sesi pengajaran, guru dapat menilai karangan murid menerusi ujian untuk memastikan PdP berjaya, selain membuka ruang pemulihan (Adenan Ayob, 2018b). Peranan murid adalah sebagai penerima maklumat, bermula daripada pemerolehan ilmu, selain memberikan respons kepada masalah pembelajaran. Interaksi antara guru dan murid ditambah dengan aktiviti berproses untuk membantu pemerolehan maklumat pembelajaran.

iii. Kajian Lepas

Aplikasi komputer meliputi berbagai-bagai aspek termasuk urusan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan teknologi membantu guru untuk meningkatkan teknik pengajaran baharu yang bersifat digital dan maya (Adenan Ayob, 2014). Pengajaran penulisan karangan berasaskan teknik yang berinovasi tinggi amat penting untuk murid berfikir kreatif dan kritis (Adenan Ayob, 2018a). Penulisan memberi pendedahan kepada murid menjana idea dengan berpandukan sesuatu tajuk karangan. Tumpuan diberikan kepada penguasaan kemahiran bahasa dan komunikasi dalam pelbagai bidang. Pada akhir pembelajaran penulisan, murid mampu menjalinkan isi, bahasa, dan pengolahan dengan berkesan melalui teknik penstrukturan.

Penggunaan berasaskan bahan grafik multimedia interaktif memerlukan huru yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan menggunakan komputer supaya PdP dapat dilaksana dengan berkesan. Guru memainkan peranan penting dalam menjana pemikiran murid untuk mempunyai daya imaginasi yang tinggi atau keupayaan melakukan penakulan (Bikowski &

Vithanage, 2016).

Selain itu wujud pendapat lain. Adenan Ayob (2014) berpendapat bahan grafik multimedia interaktif dapat mewujudkan persekitaran dinamik dan aktif supaya isi-isi pelajaran mudah diperoleh murid. Bahan boleh dicerap menerusi aplikasi pembelajaran, latihan, permainan komputer, dan sebagainya (Hasnah, 2016). Selain itu, grafik multimedia interaktif adalah bervariasi berasaskan tapak web untuk pembelajaran, persembahan dan sebagainya dengan mudah dapat dicapai daripada Internet (Mueller & Jacobsen, 2016). Perkakasan grafik multimedia interaktif digunakan untuk mempersembahkan bahan yang menampilkan lambang yang amat bermakna (Adenan Ayob, 2018a). Antara perkakasan grafik multimedia yang perlu untuk membangun dan mempersembahkan aplikasi berkenaan ialah komputer, pemancar multimedia, pengimbas kamera digital, dan video digital.

(6)

Dari satu aspek, pemikiran kritis dapat melonjakkan pemikiran kritis. Pembelajaran bahasa dijalankan secara interaktif dan kolaboratif dan bentuk pengajaran dapat menghasilkan murid yang sedia menganalisis maklumat secara kritis (Hasnudin, Norfaizuryana & Nor, 2015). Oleh itu, perubahan teknik pengajaran bahasa sudah tentu berpaksikan keagresifan pembelajaran (Hasnudin, Norfaizuryana & Nor, 2015). Misalnya penggunaan pendekatan e-pembelajaran berasaskan grafik telah bermula sekitar tahun 1970-an dengan pelbagai istilah seperti pembelajaran dalam talian, virtual atau berasaskan web. Semuanya merujuk kepada penggunaan komputer dalam pembelajaran dan melakukan akses pelbagai maklumat daripada sumber Internet.

Dengan adanya pendedahan teknik baharu dalam penulisan karangan berasaskan bahan dinamik, maka murid mampu mendalami ilmu pengetahuan penulisan untuk menguasai ilmu menulis karangan dengan lebih efektif (Hasnah, 2016). Menurut Adenan Ayob (2018a), pembelajaran menggunakan bahan grafik multimedia lebih berkesan dan sesuai diaplikasi dalam sesuatu mata pelajaran bahasa kerana outputnya dapat mematangkan olahan karangan.

9. Metodologi

i. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian kuantitatif diguna dalam penyelidikan ini. Reka bentuk ini diasas kepada pandangan Creswell (2018), iaitu penekanan kepada pengukuran objektif dan analisis numerik dengan cara memanipulasikan data menerusi teknik penstrukturan karangan. Reka bentuk ini juga difokus kepada pengumpulan data statistik yang digeneralisasi untuk merentas kumpulan murid.

ii. Kaedah Kajian

Kaedah kuasi eksperimen diguna dalam kajian ini. Kaedah ini diguna untuk mengukur data numerik kumpulan murid yang diuji sebelum dan selepas rawatan. Kaedah ini diguna dengan berpandukan rajah reka bentuk yang berikut:

X1 ... Y ... X2

Rajah 3: Reka bentuk kuasi eksperimen bagi penyelidikan ini Petunjuk:

X1: Ujian Pra Y: Rawatan X2: Ujian Pasca

iii. Sampel dan Lokasi Kajian

Sampel kajian ini ialah 30 orang murid menengah atas iaitu yang berada dalam tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor. Pemilihan sampel ini dibuat menurut pandangan Creswell (2018), iaitu setiap murid memenuhi tiga ciri responden bagi kuasi eksperimen: (i) Lingkungan umur yang sama; (ii) Dalam satu aliran; dan (iii) Pencapaian yang lebih kurang sama. Mereka juga berpandangan bahawa jika semua sampel telah dikenal pasti memenuhi tiga kriteria tersebut, sampel tidak boleh dirawak.

iv. Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini bersesuaian dengan penggunaan kaedah kuasi eksperimen, iaitu sebelum dan selepas rawatan menerusi ujian pra dan ujian pasca iaitu sejajar dengan pendapat Creswell (2018). Ujian pra diguna untuk mengukur pencapaian murid dalam penulisan karangan sebelum didedah dengan teknik penstrukturan karangan baerasaskan grafik multimedia interaktif. Ujian pasca pula diguna untuk mengukur pencapaian murid sebelum didedah dengan

(7)

teknik tersebut. Kedua-dua ujian mempunyai keselarasan dari segi arahan menjawab, jenis, bentuk, struktur, kuantiti, masa, tema dan markah.

v. Kesahan, Kestabilan dan Konsistensi Pengukuran

Ujian pra dan ujian pasca yang diguna dalam kajian ini adalah standard dan piawai. Standard instrumen adalah diselaras dengan kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) iaitu pernah diuji dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 2016. Piawai bermaksud pemarkahan yang diperloeh adalah stabil dan konsisten dari segi kestabilan dan konsistensi (Creswell, 2018).

vi. Prosedur Pengumpulan Data

Data kajian yang telah dikumpul bermula dengan pelantikan guru pengawas dan penyampaian taklimat pengawasan peperiksaan. Guru yang dilantik ialah seorang guru pembantu yang dilantik khusus untuk kajian ini. Seorang guru pembantu yang lain turut dilantik untuk memeriksa skrip jawapan murid. Setiap aktiviti pengumpulan data diselaras dengan penetapan masa yang sesuai dan wajar supaya memenuhi proses pengumpulan data yang dikehendaki dengan berdasarkan pandangan Iqbal dan Muhammad (2015).

vii. Analisis Data

Data kajian ini dianalisis dengan berpandukan Soalan Kajian i dan Soalan Kajian ii. Bagi Soalan Kajian i, data dianalisis secara deskriptif; statistik min dan sisihan piawai. Bagi Soalan Kajian ii pula, data dianalisis secara inferen (perbezaan min); statistik ANCOVA. Ini bermakna bahawa data ujian pra dikovariasasikan.

10. Dapatan

i. Demografi Responden

Demografi responden bagi kajian ini melibatkan 30 orang murid. Jadual 1 menunjukkan bilangan dan peratus murid.

Jadual 1: Demografi responden

n=30

Jantina Melayu China India Bilangan /

Peratus

Lelaki 6% 3% 2% 11%

Perempuan 9% 7% 3% 19%

Jumlah 15% 10% 5% 30 (100)

Soalan Kajian i: Apakah skor min ujian pra dan pasca murid penulisan karangan jenis pendapat berasaskan bahan grafik bitmap?

Jadual 2: Min and sisihan piawai

Ujian Min Sisihan Paiawai

Pra 61.2 10.1

Pasca 81.5 7.7

Soalan Kajian ii. Adakah terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara ujian pra dengan ujian pasca penulisan karangan jenis pendapat berasaskan bahan grafik bitmap?

(8)

Jadual 3: Perbezaan min dengan menggunakan statistik ANCOVA

Ujian Min Sisihan Piawai F Signifikan

Pra 61.2 10.1 13.1 0.001

Pasca 81.5 7.7

Paras signifikan < 0.05

11. Perbincangan dan Implikasi

Kesignifikanan kajian ini menunjukkan teknik penstrukturan karangan berasaskan grafik multimedia dapat menghasilkan pencapaian skor ujian yang memberangsangkan dengan bersandarkan ujian inferens. Lambang berasaskan grafik adalah bermakna untuk murid menaakul isi-isi karangan secara kreatif (Jones & Estes, 2015). Lantaran itu, kekreatifan penulisan karangan dapat menyokong murid untuk meneroka bahan secara global dan tepat dengan kehendak soalan karangan. Adenan Ayob (2018a) menambah bahawa isi, bahasa dan pengolahan karangan dapat dijana secara maya, mudah akses dan pelbagai atau bervariasi.

Menurut Adenan Ayob (2018a) pula, simbol grafik dapat memandu arah murid untuk mengecam isi-isi karangan dengan mengaitkan sesuatu isu.

Adenan Ayob (2018a) turut mendapati bahawa murid yang didedahkan dengan teknik inovasi berasaskan TMK dapat membuka ruang dan peluang untuk berfikir pada aras tinggi dengan berpaksikan domain analisis, penilaian dan mereka cipta.

Bahan grafik pada hakikatnya berfungsi menampilkan elemen-elemen afektif dan kognitif secara terjalin (Ansburg, 2000). Simbol grafik ialah bahan yang menjadi rangsangan untuk murid menulis karangan secara tersusun dan sistematik (Bikowski & Vithanage, 2016).

Daripada rangsangan afektif, dapat dijalinkan pemikiran kreatif muird menerusi penaakulan isi-isi, penampilan bahasa dan pengolehan yang amat menarik dan memotivasikan (Hasnah, 2016).

Ini menunjukkan motivasi berasaskan sesuatu teknik baharu berasaskan bahan grafik multimdia dapat dibuktikan oleh kajian (Iqbal & Muhammad, 2015). Pengajaran secara mudah akses dapat memudahkan murid melakukan eksplorasi untuk penemuan-penemuan baharu penulisan isi karangan berasaskan bahan grafik multimedia interaktif (Adenan Ayob, 2018b).

12. Penutup

Bahan grafik multimedia interaktif mempunyai potensi yang baik dan cerah pada masa hadapan selaras dengan kehendak kurikulum teknologi maklumat dan komunikasi di negara ini dengan salah satunya memberi penekanan kepada pemikiran aras tinggi. Kepelbagaian dalam teknik penstrukturan berasaskan multimedia interaktif perlu diberi perhatian supaya murid teransang berfikir secara proaktif dan sanggup meneroka bahan multimedia yang lain untuk menulis karangan. Tegasnya, guru dan murid perlu bersedia untuk melestarikan bahan multimedia interaktif yang khusus melibatkan simbol menerusi grafik untuk pembelajaran penulisan karangan.

Rujukan

Abbas, P. G. (2012). A study on the impact of using multimedia to improve the quality of English language teaching. Journal of Language Teaching and Research, 3(6), 1208- 1215.Available at: https://doi:10.4304/jltr.3.6.1208-1215.

Adenan Ayob (2014). The integration of multimedia hypertext and interactive text: It's effect on achievement in comprehension. Journal of Advances in Information Technology, 5(2), 48-53.Available at: https://doi.org/10.4304/jait.5.2.48-52.

(9)

Adenan Ayob (2018a). Analysis of student writing essays in the content through multiple senses based on graphic. Journal of Literature, Linguistics and Education, 1(1), 1-99.

Adenan Ayob (2018b). Pedagogy and multimedia integration system model for writing.

International Journal of Management, Business and Research, 8(2), 181-188.

Adenan Ayob (2019a). Comparison between conventional and digital essay writing assessment system: Consumer concept and user friendly. Research in World Economy, 10(2;

Special Issue), 96-101.

Adenan Ayob (2019b). Teacher's opinion towards constructive thinking for teaching essay writing based on interactive multimedia integration. Research in World Economy, 10(2;

Special Issue), 102-107.

Ansburg, P. I. (2000). Individual differences in problem solving via insight. Current Psychology, 19(2), 143-146. Available at: https://doi.org/10.1007/s12144-000-1011-y Bikowski, D., & Vithanage, R. (2016). Effects of web-based collaborative writing on

individual L2 writing development. Language Learning & Technology, 20(1), 79-99.

Creswell, J. W. (2018). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Hasnah, M. (2016). Improve essay writing skills by using track changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(2016), 135-159.

Hasnudin, A. R., Norfaizuryana, Z., & Nor, A. A. K. (2015). Effective use of ICT in teaching and learning. Paper presented at the Proceeding of the International Conference on Information Technology & Society. 8-9 June 2015, Kuala Lumpur.

Iqbal, S. M., & Muhammad, K. (2015). Impact of multimedia-aided teaching on students’

academic achievement and attitude at elementary level. US-China Education Review A, 5(5), 349-360.Available at: https://doi: 10.17265/2161-623X/2015.05.006.

Jones, L. L., & Estes, Z. (2015). Convergent and divergent thinking in verbal analogy. Thinking

& Reasoning, 21(4), 473-500.Available at:

https://doi.org/10.1080/13546783.2015.1036120.

Mueller, C. M., & Jacobsen, N. D. (2016). A comparison of the effectiveness of EFL students’

use of dictionaries and an online corpus for the enhancement of revision skills. ReCALL, 28(1), 3-21.Available at: https://doi.org/10.1017/s0958344015000142.

Sarimah, I. (2015). Student motivation in learning English using multimedia technologies in the 21st century. Doctoral Dissertation (Unpublished), University of Sarawak (UNIMAS).

Truong, M., & Zanzucchi, A. (2012). Going beyond the traditional essay: How new technologies are transforming student engagement with writing outcomes. Cutting- edge Technologies in Higher Education, 6, 263-288.Available at:

https://doi.org/10.1108/s2044- 9968(2012)000006b012.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh itu, hipotesis nol ini diterima kerana prestasi penulisan karangan naratif semasa praujian bagi kumpulan kawalan dan eksperimen adalah setara serta sebarang perubahan

Berdasarkan analisis dapatan kajian, didapati penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar penulisan karangan bukan bahan yang popular dalam kalangan guru Bahasa

Keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa kesan rawatan penggunaan buku elektronik telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berbentuk deskriptif bahasa

Dalam kajian ini, pengkaji melaksanakan penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes untuk mencapai objektif kajian Dapatan kajian ini tidak

Kajian secara kuantitatif telah digunakan untuk mengkaji kekerapan penggunaan penanda wacana yang digunakan oleh pelajar di dalam penulisan karangan.. Pendekatan

Perbandingan dalam kumpulan PPKBK berdasarkan jantina (lelaki dan perempuan) menunjukkan tidak terdapat kesan yang signifikan dalam pencapaian penulisan karangan deskriptif

Latihan penulisan ini menggunakan gambar bersiri sebagai bahan perangsang untuk mengkaji kematangan penulisan karangan narratif di kalangan pelajar-pelajar dalam penggunaan

Pakar-pakar pentaksiran juga menyedari akibat yang perlu ditanggung daripada penggunaan ujian penulisan karangan kerana dalam pentaksiran dan pengujian karangan, sumber varian