• Tiada Hasil Ditemukan

View of Keberkesanan Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face Dalam Tajuk Pecahan Bagi Murid Tahun 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Keberkesanan Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face Dalam Tajuk Pecahan Bagi Murid Tahun 5"

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

Keberkesanan Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face Dalam Tajuk Pecahan Bagi Murid Tahun 5

(The Effectiveness of the Use of Smiley Face Technique in Fractions For Year 5 Students)

Guganeswaran Anandaram1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: guga.13au@gmail.com Accepted: 15 November 2021 | Published: 1 December 2021

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.3

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 5 terhadap topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak menggunakan teknik Smiley Face. Seramai 10 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di daerah Kota Tinggi dan telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen kajian ini merupakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengukur tahap am kefahaman murid Tahun 5 terhadap topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Analisis deskriptif dan Ujian-T berpasangan diaplikasikan dengan menggunakan SPSS versi 21 dan data-data kajian dianalisis pada tahap signifikan p < 0.05 untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan nilai p=0.00, p < 0.05 dan membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan dengan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dengan ujian pasca. Intervensi teknik Smiley Face dapat membantu meningkatkan kefahaman murid untuk menyelesaikan soalan topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan betul. Justeru teknik ini boleh dijadikan pilihan guru untuk meningkatkan kemahiran murid semasa pengajaran dan pemudahcaraan topik pecahan di dalam kelas Matematik. Implikasinya, teknik Smiley Face wajar didedahkan kepada murid Tahun 5 supaya mereka ada pilihan untuk memilih teknik yang bersesuaian semasa menjawab soalan pecahan. Teknik Smiley Face membantu murid menjawab soalan tanpa kesalahan berbanding teknik bentuk lazim.

Kata kunci: matematik, pecahan, intervensi, operasi tambah dan tolak, sekolah rendah

Abstract: This action research aims to increase Year 5 students understanding in fractions involving addition and subtraction operations using the Smiley Face technique. A total of 10 Year 5 students in a primary school in the district of Kota Tinggi were selected using purposive sampling method. The instrument of this study is a pre-test and post-test to measure the general level of understanding of Year 5 students on fractions involving addition and subtraction operations. Descriptive analysis and paired T-Test were applied using SPSS version 21 and the data were analyzed at a significant level of p <0.05 to test the study hypothesis. The findings of the study showed a value of p = 0.00, p <0.05 and proved that there was a significant difference with the achievement of study participants in the pre -test and post-test. Smiley Face technique interventions can help improve students understanding in solving fractional topic questions involving addition and subtraction operations correctly. Therefore, this technique can be used as a teacher's choice to improve students' skills during the teaching of fraction topics in the Mathematics class. The implication is that the Smiley Face technique should be exposed to Year 5 students so that they have the option to choose the appropriate technique

(2)

when answering fraction questions. The Smiley Face technique helps students to answer questions without error compared to the usual technique.

Keywords: mathematics, fractions, interventions, addition and subtraction operations, elementary school

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Matematik merupakan suatu bidang yang memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan menyelesaikan masalah dengan kemahiran yang mereka miliki. Pecahan adalah salah satu topik yang harus dikuasai semasa pembelajaran subjek Matematik. Pecahan merupakan topik Matematik yang sering menjadi masalah kepada murid untuk diselesaikan. Trivena et al., (2017) telah memberi takrif bahawa pecahan dilihat sebagai satu topik yang paling sukar untuk difahami terutamanya murid-murid sekolah rendah. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2017) mengatakan bahawa murid-murid sekolah rendah masih lemah dan tidak dapat mengaplikasikan konsep pecahan dengan baik dalam soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan. Pecahan diperkenalkan kepada murid selepas murid mengenal sifat dan konsepnombor bulat. Konsep pecahan merupakan pengetahuan yang baru berbanding konsep nombor bulat yang menggunakan operasi asas. Konsep pecahan diaplikasikan dalam topik- topik lain dalam bidang Matematik. Pemahaman konsep pecahan yang mendalam akan membantu pembelajaran algebra dan pengetahuan tentang algebra seterusnya akan mempersiapkan pelajar kepada tahap pendidikan matematik yang lebih tinggi (Azid et al., 2020).

Pemahaman konsep pecahan yang kukuh tidak patut diabaikan dalam pengajaran dan pemudahcaraan subjek Matematik. Murid sekolah rendah sentiasa tidak berasa selesa dan tidak mahu mencuba soalan-soalan pecahan. Murid yang lemah dalam pembelajaran tidak mahu memikirkan jalan penyelesaian dan terus berputus asa dengan topik pecahan. Konsep pecahan adalah topik yang lebih sukar daripada nombor bulat serta murid sering salah faham konsep pecahan (Yensy, 2021). Maka guru bertanggungjawab untuk membantu murid untuk menukar perspektif terhadap topik pecahan ini. Sekiranya murid didedahkan dengan suatu kaedah yang mudah dan relevan sudah pasti murid akan menunjukkan minat untuk menjawab soalan pecahan. Pelbagai kaedah dan intervensi baru dapat didedahkan kepada murid untuk memilih cara yang lebih sesuai untuk menyelesaikan soalan pecahan.

Intervensi yang mudah memberi peluang kepada murid untuk menukar pandanganya terhadap subjek Matematik dan topik pecahan. Intervensi dalam subjek Matematik mampu mempengaruhi proses perkembangan konsep Matematik murid-murid dengan mendorong pemindahan pengetahuan secara cepat (Watts et al., 2017). Guru cenderung menerangkan konsep pecahan dengan hanya visualasi sahaja sedangkan topik pecahan perlu disampaikan kepada murid dengan menggunakan model atau bahan konkrit. Seorang guru yang baik mesti dapat mewujudkan keadaan dimana murid tidak lagi menganggap Matematik adalah satu subjek yang sukar untuk difahami. Penukaran persepsi murid terhadap topik pecahan menyebabkan murid berasa seronok dan membantu murid memahami konsep pecahan. Teknik Smiley Face telah dibina sebagai suatu intervensi yang dapat membantu dalam menyelesaikan soalan pecahan. Pengaplikasian teknik ini telah dikaji dalam kajian ini dengan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Empat langkah iaitu memerhati, merancang, bertindak dan mereflek telah dijalankan dalam kajian ini menurut Model Kemmis

dan McTaggart.

(3)

2. Pernyataan Masalah

Singga dan Effandi (2020) telah mentakrifkan bahawa murid kurang berminat dan menghadapi kesukaran dalam mengambarkan secara visual penyelesaian soalan pecahan. Murid sering melakukan kesilapan semasa menukar penyebut soalan pecahan dan memberi jawapan yang salah pada akhirnya. Huraian daripada kajian Singga dan Effandi (2020) menunjukkan bahawa lima peserta kajian gagal menyelesaikan soalan pecahan disebabkan tidak mempunyai kefahaman operasi pecahan yang kukuh.

Masalah pemahaman operasi pecahan dalam kalangan murid sekolah disokong dalam kajian- kajian lain juga. Faridah (2018) mendapati bahawa murid tidak menguasai cara menyelesaikan soalan pecahan dan sering melakukan kesilapan semasa menjawab soalan. Kajian yang telah dijalankan oleh Jannah dan Prahmana (2019) juga menyokong pernyataan

ini dimana mereka telah menyatakan bahawa murid memerlukan bantuan daripada guru untuk memahami langkah penukaran penyebut dalam soalan pecahan.

Murid sering melakukan kesilapan semasa menukar nombor penyebut walaupun sudah mempelajarinya di dalam kelas. Murid juga lupa untuk buat pendarapan dengan pengangka.

Prinsip penukaran penyebut sering diselesaikan dengan pelbagai cara yang boleh memberikan jawapan yang salah (Aksoy dan Yazlik, 2017). Masalah ini patut diatasi dengan baharu supaya murid tidak lagi melakukan kesilapan apabila menambah dan menolak soalan pecahan.

3. Persoalan Kajian

Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana teknik pecahan Smiley Face memberi impak positif dalam tajuk pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak bagi murid tahun 5. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membantu murid mengukuhkan kemahiran asas konsep pecahan dalam operasi tambah dan tolak. Maka persoalan kajian ini adalah:

i. Adakah teknik Smiley Face dapat meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan soalan pecahan dengan betul?

ii. Adakah teknik Smiley Face mempengaruhi tahap pencapaian murid dalam topik pecahan tambah dan tolak?

4. Ulasan Kajian Lepas

Pengajaran dan pembelajaran topik pecahan boleh menjadi rumit tetapi pemahaman pecahan adalah kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap murid. Topik pecahan telah mula diperkenalkan pada awal persekolahan seseorang murid iaitu pada Tahun 1. Konsep yang diajar menjadi semakin kompleks dan rumit pada setiap tahun mengikut tahap murid. Pecahan mempunyai dua nombor, pengangka (bahagian) dan penyebut (keseluruhan). Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi disertakan apabila murid sudah mula menguasai konsep asas pecahan.

Khairulazuad Husain (2021) membuktikan bahawa murid akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari pecahan ini apabila mereka tidak menguasai konsep asas pecahan dengan baik.

Dalam kajian artikel-artikel lepas, didapati bahawa pecahan dikategorikan antara topik yang paling sukar untuk difahami dan diselesaikan oleh murid (Schreiter et al., 2021). Langkah menyamakan penyebut dalam operasi tambah dan tolak pecahan sering menjadi masalah kepada murid (Makrufah, 2019). Jawapan murid akan menjadi salah sekiranya murid tidak

(4)

dapat menyamakan penyebut dengan betul. Kadang - kadang murid juga melakukan kesalahan atas sebab kecuaian mereka. Satu teknik atau kaedah perlu didedahkan kepada murid supaya mereka tidak lagi melakukan kesalahan seperti ini dalan soalan pecahan.

Intervesi merupakan satu langkah yang baik untuk meningkatkan pencapaian dan pemahaman murid dalam konsep Matematik (Bryant et al., 2021). Intervensi dapat mempengaruhi persepsi murid dan mengubah cara penyelesaian soalan Matematik murid. Berdasarkan penelitian artikel yang dipilih, guru perlu bersedia dan memberi tunjuk ajar yang boleh menarik minat murid seterusnya membantu menyelesaikan soalan Matematik dengan cara yang kreatif (Vinkler, 2020). Teknik baru seperti Smiley Face mampu memberikan motivasi yang tinggi dan memastikan murid menjawab soalan pecahan dengan betul.

5. Metodologi

Reka bentuk kajian tindakan digunakan dalam kajian ini. Kajian tindakan dijalankan untuk menganalisis pembelajaran profesional, mengkaji amalan pengajaran, menyelesaikan masalah dan memahami proses atau fenomena dalam konteks tertentu (Uohnson, 2020). Pengkaji telah menjalankan kajian tindakan ini bagi mengkaji amalan pengajaran teknik Smiley Face dan mengetahui keberkasanannya terhadap jawapan murid. Ancaman kepada kesahan dalaman dan kesahan luaran telah diatasi dalam reka bentuk kajian tindakan ini. Kesahan dalaman merupakan perubahan yang berlaku dalam pembolehubah bersandar disebabkan oleh pembolehubah bebas (Flannelly et al. 2018). Jadual 1 menjelaskan faktor kesahan dalaman yang terdapat dalam kajian ini dan cara mengatasinya.

Jadual 1: Faktor-faktor kesahan dalaman dan cara mengatasinya

Bil. Ancanan Cara mengatasi

1 Kematangan peserta Menggunakan peserta yang mempuyai keupayaan sama dari segi umur dan tahap kematangan iaitu murid Tahun 5 dari kelas yang sama.

2 Ujian pra Pendedahan kepada ujian pra boleh mempengaruhi prestasi Ujian Pasca.

Urutan item soalan teah diubah dalam ujian pasca.

Ujian pasca dijalankan selepas 1 minggu ujian pra dijalankan.

3 Mortaliti Kehadiran peserta kajian tidak terjejas sebab kajian dijalankan semasa hari persekolahan dan semua murid telah hadir tanpa gagal.

4 Alat ukur kajian Kandungan instrumen telah disahkan oleh guru cemerlang dan ketua panitia.

Dirujuk daripada Campbell and Stanley (1963)

Kesahan luaran adalah sejauh mana kesimpulan dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza (Bernstein, 2018). Kesahan luaran merujuk kepada ancaman yang menghalang dapatan kajian untuk membuat kesimpulan secara am.

(5)

Jadual 2: Faktor-faktor kesahan luaran dan cara mengatasinya

Bil. Ancanan Cara mengatasi

1 Kesan ciri-ciri peserta kajian Pengenal pasti responden kajian yang hasilnya dapat digeneralisasikan melalui memilih 10 orang responden yang mempunyai perkembangan kognitif dan kebolehan akademik yang sama dari kelas yang sama iaitu kelas Tahun 5.

Tempoh masa ujian pra dan ujian pasca yang sama kepada semua murid.

Soalan ujian yang disediakan berdasarkan DSKP Matematik Tahun 5.

Kandungan instrumen telah disahkan oleh guru cemerlang dan ketua panitia.

Dirujuk daripada Campbell and Stanley (1963)

Ancaman-ancaman dalaman dan luaran telah dipertimbangkan dan telah diatasi. Pemahaman konsep yang baik mengenai kesahan dalaman dan luaran mampu membantu merancang dan menjalankan kajian yang lebih bernilai (Andrade, 2018).Model Kemmis dan Mac Taggart (1988) telah digunakan sebagai model penyelidikan kajian tindakan ini.

Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988)

5.1 Peserta Kajian

Peserta kajian ini melibatkan murid Tahun 5 di sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Peserta kajian yang terpilih adalah seramai sepuluh orang dan kesemua murid tersebut daripada kelas yang sama. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan oleh pengkaji untuk memilih peserta kajian. Kaedah persampelan bertujuan membantu memastikan perserta kajian dipilih berdasarkan ciri tertentu mengikut tujuan dan kehendak pengkaji dan data yang diperoleh adalah berfokuskan tujuan kajian dijalankan (Ames et al., 2019).

5.2 Instrumen Kajian

Instrumen yang telah dipilih dalam kajan ini adalah ujian pra dan ujian pasca untuk mengetahui perkembangan murid sebelum dan selepas mengikuti intervensi. Instrumen ini telah dibina oleh pengkaji. Instrumen ini mengandungi 10 soalan yang berasaskan operasi tambah dan tolak dalam topik pecahan. Pengetahuan asas pecahan dan langkah penambahan dan penolakan pecahan telah diuji menggunakan intrumen ini. Pengkaji telah memberikan soalan instrumen ini kepada Ketua Panitia dan guru Matematik yang berpengalaman untuk menyemaknya.

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen telah dapat dipastikan dengan pelaksanaan penyemakan ini.

Penyediaan pelan tindakan

Bertindak mengikut pelan

Mengumpul dan menganalisis data Membuat refleksi

(6)

5.3 Pelaksanaan Kajian

Reka bentuk kajian tindakan dipilih dalam kajian ini bagi melihat keberkesanan kaedah Smiley Face dari segi perubahan pencapaian responden dalam menyelesaikan soalan penambahan dan penolakan melibatkan pecahan. Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) telah diaplikasikan dalam kajian ini yang melibatkan empat langkah iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati serta mereflek Model ini dipilih dalam kajian tindakan ini kerana model Kemmis dan McTaggart (1988) sesuai diaplikasikan dalam kajian yang melibatkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (Hasmam dan Ismail, 2021)

5.3.1 Tinjauan Awal

Pengkaji telah mendapati murid-murid mengalami kesukaran apabila menjawab soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Murid telah memberikan jawapan yang salah walaupun telah mengenali dan memahami konsep asas tambah dan tolak dalam topik pecahan. Kesalahan ini sering berlaku walaupun telah diberi penerangan berkali-kali. Murid tetap buat kesalahan yang sama dalam buku latihan mereka. Pengaji telah mengesan masalah ini dan telah membuat keputusan untuk menyelesaukan masalah ini dengan menjalankan kajian tindakan ini.

5.3.2 Merancang Tindakan

Pengkaji telah merancang tindakan berdasarkan tinjauan awal yang telah dibuat. Pada langkah ini, data-data telah dikumpulkan dengan melaksanakan ujian pra. Ujian pra dilakukan sebelum Teknik Smiley Face diperkemalkan kepada peserta kajian. Masa pelaksanaan ujian pra adalah selama 15 minit. Dapatan kajian telah direkodkan dan dianalisis selepas melaksanakan ujan pra. Seterusnya pelaksanaan tindakan iaitu pengajaran dan pembelajaran mengenai teknik Smiley Face dirancang oleh pengkaji.

5.3.3 Melaksanakan Tindakan dan Memerhati

Ujian pra dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahuai tahap penguasaan murid dalam topik pecahan yang melibatkan penambahan dan penolakan. Ujian pra dilakukan sebelum pengajaran teknik Smiley Face dilaksanakan. Ujian pasca dijalankan setelah selesai menjalankan pengajaran teknik Smiley Face kepada responden kajian. Soalan yang sama digunakan dalam ujian pra dan ujian pasca untuk membandingkan perkembangan peserta kajian menjawab soalan. Analisis deskrpitif dilakukan dengan membuat pengiraan bilangan item yang betul dan peratus markah yang diperolehi. Analisis deskriptif dipilih kerana untuk dianalisis berdasarkan min, purata, median dan frekuensi. Hasil dapatan kajian dan pengelolahan data senang ditafsir dan memberi gambaran yang jelas kepada pembaca (Yusuf, 2018).

Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face

Teknik Smiley Face telah dicetus untuk menyelesai kan masalah murid dalam menyemakan penyebut pecahan semasa menjawab soalan pecahan. Menyamakan pecahan merupakan bahagain yang paling penting dalam topik pecahan (Pedersen & Bjerre 2021). Teknik ini membantu murid menjawab soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak tanpa buat kesilapan.

(7)

Rajah 2: Melukis Smiley Face (Langkah 1)

Rajah 3: Menulis Soalan Dalam Smiley Face (Langkah 2)

Rajah 4: Darab Kedua-Dua Penyebut Pecahan (Langkah 3)

Rajah 5: Darab Nombor Dalam Mata Pertama Dengan Penyebut Kedua Dan Darab Nombor Dalam Mata Kedua Dengan Penyebut Pertama (Langkah 4)

x

x

2 1

4 3

12

12

+

+

+

6 4

(8)

Rajah 6: Menambah Nombor Pada Pengangka Dan Pemudahkan Jawapan (Langkah 5)

5.3.4 Mereflek

Dapatan yang diperoleh melalui ujian pasca dibandingkan dengan dapatan ujian pra. Pengkaji menganalisis perbezaan tersebut, merekodkan dan membuat refleksi mengenai semua tindakan yang telah dijalankan.

6 Dapatan Kajian

Persoalan Kajian 1: Adakah teknik Smiley Face dapat meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan soalan pecahan dengan betul?

Peningkatan dalam kefahaman murid dengan mendapatkan jawapan yang betul telah dibandingkan dalam kedua-dua intrumen kajian.

Rajah 7: Perbandingan Jawapan Responden Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Rajah 2 jelas memperihalkan perkembangan peserta kajian dalam menjawab soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan betul. Murid telah samakan penyebut setelah memperkenalkan teknik Smiley Face. Penggunaan teknik Smiley Face telah membantu murid untuk memberikan jawapan yang betul pada akhimya. Kali ini murid tidak

lupa untuk menyamakan penyebut pecahan semasa menambah dan menolak pecahan. Maka, dapat disimpulkan bahawa kemahiran menyamakan penyebut tanpa gagal dapat ditingkatkan setelah mempelajari dan mengapli kasikan teknik Smiley Face.

Perbandingan skor instrumen ujian pra dan ujian pasca telah memastikan keberkesanan penggunaan teknik pecahan Smiley Face dalam tajuk pecahan bagi murid Tahun 5.

Perbandingan pencapaian kedua-dua ujian ditunjukkan mengikut bilangan soalan yang boleh dijawab oleh murid seperti dal am Jadual 2 di bawah.

12

10 5

= 6

(9)

Jadual 3: Faktor-Faktor Kesahan Luaran Dan Cara Mengatasinya Peserta

Kajian

Ujian Pra

Peratus Ujian

Pasca

Peratus Peningkatan Peratus Pencapaian

PK1 3 30% 10 100% 70%

PK2 1 10% 8 80% 70%

PK3 4 40% 10 100% 60%

PK4 0 0% 9 90% 90%

PK5 7 70% 10 100% 30%

PK6 2 20% 10 100% 80%

PK7 3 30% 9 90% 60%

PK8 5 50% 10 100% 50%

PK9 4 40% 10 100% 60%

PK10 5 50% 10 100% 50%

Berdasarkan Jadual 3 tersebut dapat dilihat kemahiran dalam menyelesaikan soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak telah meningkat. Tujuh orang murid telah menjawab kesemua soalan dengan betul. 3 orang murid lagi telah cuai dan semasa menulis jawapan untuk operasi tambah dan tolak. Maka, 7 orang murid telah mendapat 100% jawapan betul dalam ujian pasca. Seorang peserta kajian menunjukkan peningkatan peratus yang paling iaitu 90%.

Peningkatan peratus pencapaian yang majoriti iaitu 60% telah ditunjukkan oleh tiga orang peserta kajian. Seorang perserta menunjukkan peningkatan yang terendah iaitu 30%. Oleh itu, dapat dilihat bahawa teknik Smiley Face dapat meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan soalan pecahan dengan betul.

Persoalan Kajian 2: Adakah teknik Smiley Face mempengaruhi tahap pencapaian murid dalam topik pecahan tambah dan tolak?

Pengkaji menggunakan statistik deskriptif perbandingan min dan analisis Ujian-T berpasangan.

Statistical Package For The Social Science (SPSS) digunakan untuk menganalisis bagi mendapatkan data deskriptif iaitu min, peratus, kekerapan, sisihan piawai dan data inferens melalui ujian-t berpasangan. Data-data kajian ini dianalisis pada tahap signifikan p≤0.05 untuk menguji hipotesis kajían. Ujian-T berpasangan yang digunakan dalam kajian ini telah memenuhi andaian-andaian seperti pembolehubah bersandar bersifat selanjar, pembolehubah tidak bersandar perlu terdiri daripada 2 kumpulan berkaitan, iaitu peserta yang sama dilibatkan dalam kedua-dua ujian pra dan pasca, bertaburan normal atau hampir normal bagi perbezaan antara pasangan yang sepadan dan tiada unsur luaran yang signifikan dalam perbezaan antara dua kumpulan. Kesemua andaian statistik telah dipatuhi dalam kajian ini.

Jadual 4 menunjukkan perbezaan nilai sisihan piawai dan min di antara dua ujian. Terdapat perbezaan signifikan min antara keputusan ujian pra (min= 3.40, sisihan piawai = 2.066) berbanding ujian pra selepas mengikuti intervensi teknik Smiley Face (min= 9.60, sisihan piawai = 0.699) dalam pembelajaran algoritma.

Jadual 4: Statistik Deskriptif Perbandingan Min antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian n Min Sisihan Piawai

Ujian Pra 10 3.40 2.066

Ujian Pasca 10 9.60 0.699

(10)

Berdasarkan Jadual 4, nilai p menunjukkan bahawa terdapat nilai yang signifikan. Nilai yang ditunjukkan adalah t = -11.625, df = 9. p<0.05, maka 𝐻0 adalah ditolak. (𝐻0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor murid sebelum dengan selepas sesi intervensi teknik Smiley Face) Hasil analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 5: Hasil Analisis Ujian–T Berpasangan

t df Sig.

Pencapaian -11.625 9 0.00

Effect size merupakan suatu cara untuk mengetahui keberkesanan intervensi pembelajaran yang dijalankan dalam kajian (Johar et al., 2019). Menurut rumus Effect Size dari Cohen untuk One- Group Pretest-Posttest Design saiz yang lebih dari 1.00 mempunyai kesan yang tinggi. Bagi kajian ini Effect size adalah 3.676 iaitu > 1.00, maka teknik Smiley Face mempunyai kesan yang tinggi dalam pengajaran topik pecahan.

5.0 Perbincangan Dan Kesimpulan

Perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca jelas membuktikan penguasaan murid dalam menyelesaikanan soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Konsep pecahan tidak difahami sepenuhnya oleh murid dan mereka sering buat salah konsep semasa menjawab soalan (Nurul dan Roslinda, 2021). Murid sering melakukan kesilapan semasa menukar penyebut dalam pecahan (Schumacher dan Malone, 2017) sebelum mengikuti kelas intervensi.

Salah faham konsep dan kesukaran mengaplikasikan penukaran penyebut jelas ditunjukkan dalam jawapan ujian pra.

Gaya penulisan jawapan murid telah berubah setel ah teknik Smiley Face diperkenalkan dalam kelas intervensi. Intervensi yang baik mampu memberi impak positif kepada pencapaian murid (Brisson et al., 2017). Ujian pasca yang dijalankan telah menunjukkan impak postif yang dapat daripada penggunaaan teknik Smiley Face. Murid telah menukar penyebut bagi pecahan dengan betul tanpa melakukan kesilapan seperti dalam ujian pra.

Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi penggunaan teknik Smiley Face dalam soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak berbanding teknik bentuk lazim (kaedah tradisional). Min skor bagi ujian pasca selepas mengikuti intervensi teknik Smiley Face lebih tinggi berbanding ujian pra. Perbezaan ini menunjukkan bahawa intervensi Smiley Face memberi impak positif ke atas jalan penyelesaian murid pada soalan pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Vajravelu (2018) telah telah mentakrifkan intervensi dalam Matematik mampu mengubah penguasaan murid terhadap soalan Matematik berbanding kaedah tradisional iaitu bentuk lazim.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini yang positif membuktikan teknik Smiley Face boleh diaplikasi kan dalam pengajaran dan pemudahcaraan topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Murid-murid boleh menggunakan teknik dan menukar penyebut pecahan dengan betul. Guru Matematik boleh memperkenalkan teknik Smiley Face kepada muridnya dan membantu murid memahami konsep pecahan dengan mudah. Murid boleh memilih teknik yang mudah ini sebagai langah penyelesaian berbanding teknik tradisional semasa menjawab soalan pecahan.

(11)

Rujukan

Aksoy, N. C., & Yazlik, D. O. (2017). Student Errors in Fractions and Possible Causes of These Errors. Journal of education and training studies, 5(11), 219-233.

Ames, H., Glenton, C., & Lewin, S. (2019). Purposive sampling in a qualitative evidence synthesis: A worked example from a synthesis on parental perceptions of vaccination communication. BMC medical research methodology, 19(1), 1-9.

Andrade, C. (2018). Internal, external, and ecological validity in research design, conduct, and evaluation. Indian journal of psychological medicine, 40(5), 498-499.

Azid, N., Hasan, R., Nazarudin, N. F. M., & Md-Ali, R. (2020). Embracing Industrial

Revolution 4.0: The Effect of Using Web 2.0 Tools on Primary Schools Students' Mathematics Achievement (Fraction). International Journal of Instruction, 13(3), 711- 728.

Bernstein, J. L. (2018). Unifying SoTL methodology: Internal and external validity. Teaching

& Learning Inquiry, 6(2), 115-126.

Brisson, B. M., Dicke, A. L., Gaspard, H., Häfner, I., Flunger, B., Nagengast, B., &

Trautwein, U. (2017). Short intervention, sustained effects: Promoting students’ math competence beliefs, effort, and achievement. American Educational Research Journal, 54(6), 1048-1078.

Bryant, D. P., Pfannenstiel, K. H., Bryant, B. R., Roberts, G., Fall, A. M., Nozari, M., & Lee, J. (2021). Improving the Mathematics Performance of Second-Grade Students with Mathematics Difficulties through an Early Numeracy Intervention. Behavior modification, 45(1), 99-121.

Campbell, D.T., & Stanley, J.C.(1963) Experimental and Quasi-Experimental Designs for Research. Chicago, Amerika: Rand McNally & Company Chicago.

Faridah, F. (2018). Penggunaan Metode Latihan Siap Upaya Meningkatkan Kemampuan Menyelesaikan Pecahan Dengan Siswa Kelas Iva Sd Negeri 010 Tembilahan Hulu Kecamatan Tembilahan Hulu. Selodang Mayang: Jurnal lImiah Badan Perencanaan Pembangunan Daerah Kabupaten Indragiri Hilir, 4(1).

Flannelly, K. J., Flannelly, L. T., & Jankowski, K. R. (2018). Threats to the internal validity of experimental and quasi-experimental research in healthcare. Journal of health care chaplaincy, 24(3), 107-130.

Hasmam, A., & Ismail, N. N. A. (2021). Penggunaan Kaedah" Yadun Yayaya" Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Ya Dalam Perkataan. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J). elSSN2600-769X, 4(1),95-103.

Husain, K. (2021). Keberkesanan Teknik Kfc Ke Atas Pencapaian Pelajar Dalam Topik Pecahan Separa. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 72-95.

Jannah, A. F., & Prahmana, R. C. IL. (2019). Learning fraction using the context of pipettes for seventh-grade deaf-mute student. Journal for the Education of Gifted Young Scientists, 7(2), 299-321.

Johar, M. N., Nordin, N. A. M., & Mesbah, N. (2019). Kesan Realiti Visual Berasaskan Terapi ke Atas Ketahanan Berjalan dan Kualiti Hidup Penghidap Osteoarthritis Lutut.

Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17(2),113-120.

Johnson, E. S. (2020). Action Research. In Oxford Research Encyclopedia of Education.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2017. Kupasan Mutu Jawapan Matematik UPSR 2016.

Makrufah, E. (2019). Peningkatan Hasil Belajar Matematika Materi Penjumlahan dan

Pengurangan Pecahan dengan Menggunakan Strategi Pembelajaran Cooperative Type Numbered Head Together (NHT) Pada Siswa Kelas V MI PERWANIDA Kecamatan

(12)

Argomulyo Kota Salatiga Tahun Pelajaran 2018/2019 (Doctoral dissertation, IAIN SALATIGA).

Nurul Atiqah & Roslinda Rosli (2021). Year Four Pupils' Self Efficacy and Knowledge of Fractions. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 77-87.

Pedersen, P. L., & Bjerre, M. (2021). Two conceptions of fraction equivalence. Educational Studies in Mathematics, 107(1), 135-157.

Schreiter, S., Vogel, M., Rehm, M., & Dörfler, T. (2021). Teachers ‘diagnostic judgment regarding the difficulty of fraction tasks: A reconstruction of perceived and processed task characteristics.

Schumacher, R. F., & Malone, A. S. (2017). Error patterns with fraction calculations at fourth grade as a function of students’ mathematics achievement status. The Elementary school journal, 118(1), 105-127.

Singga, A. A., & Effandi, Z. (2020). Penggunaan Model Bar Dalam Kemahiran Penyelesaian Masalah Pecahan Tahun 6. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(), 113-124.

Trivena, V., Ningsih, A. R., & Jupri, A. (2017). Misconception on addition and subtraction of fraction at primary school students in fifth-grade. In Journal of Physics: Conference Series, 895(1), p. 012139.

Vajravelu, K. (2018). Innovative Strategies for Learning and Teaching of Large Differential Equations Classes. International Electronic Journal of Mathematics Education, 13(2), 91-95.

Vinkler, L. (2020). Alternative tools for motivating young primary school students when learning Maths. Journal of Process Management. New Technologies

Watts, T. W., Clements, D. H., Sarama, J., Wolfe, C. B., Spitler, M. E., & Bailey, D. H.

(2017). Does Early Mathematics Intervention Change the Processes Underlying Children's Learning?. Journal of Research on Educational Effectiveness, 10(1), 96- 115.

Yensy, N. A. (2021). The Method to Solve Problems About Fraction by Using the

Manipulative Media. In International Conference on Educational Sciences and Teacher Profession (ICETeP 2020) (pp. 338-342). Atlantis Press.

Yusuf, C. R. M. (2018). Melukis Keluk Keseimbangan Firma Pasaran Persaingan Sempurna Untuk Tiga Jenis Keuntungan Pasaran Persaingan Sempurna Dengan Konsep ‘Potong Pizza’. Selangor Humaniora Review, 2(2), 48-60.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

(a) Terbitkan persamaan-persamaan bagi pecahan isipadu hablur, ~ c, dan pecahan jisim isipadu hablur, Xc, bagi satu polimer separa hablur dalam hubungan dengan

Jadual 6 Perwakilan Pecahan bagi Iqwan untuk Mewakilkan Pecahan 134 Jadual 7 Rumusan Bentuk Pemikiran Iqwan tentang Konsep Pecahan Wajar 140 Jadual 8 Rumusan

Walau bagaimanapun, Rina didapati tidak berjaya mewakilkan p/q (p/q ialah 4/3 atau 7/3) bagi penggunaan bahan berbentuk diskret. 3) Mentafsirkan pecahan dengan membahagi

i) Menambah 2 pecahan wajar yang sama penyebut sehingga 10 dalam bentuk yang paling ringkas dengan – pengangka 1 bagi kedua-dua pecahan atau dengan pengangka yang berbeza.

Penggunaan buku audio membolehkan guru PPKI melibatkan murid-murid masalah pembelajaran dengan teks buku audio sesungguhpun berupaya membantu meningkatkan minat membaca

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa secara puratanya ilustrasi yang terkandung pada tajuk pecahan di dalam buku teks matematik tahun 5 ini hanya 25% mengandungi

Peningkatan yang dicapai oleh setiap peserta kajian jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan FishBone Decimal Board bagi membantu murid lemah menyelesaikan masalah penambahan

Jadual 2 menunjukkan sebelum intervensi dijalankan responden belum menguasai kemahiran penyelesaian masalah berayat pecahan dalam keseluruhan item soalan yang ditunjukkan oleh