• Tiada Hasil Ditemukan

KOMUNIKASI YANG BERKESAN MEMERLUKAN LEBIH DARI EMPATI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KOMUNIKASI YANG BERKESAN MEMERLUKAN LEBIH DARI EMPATI"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

5/18/2018 USM News Portal - KOMUNIKASI YANG BERKESAN MEMERLUKAN LEBIH DARI EMPATI

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5554-komunikasi-yang-berkesan-memerlukan-lebih-dari-empati 1/2

USM, PULAU PINANG, 6 Februari 2018 – Untuk memastikan sesuatu proses komunikasi yang berlaku mendapat kesan yang sewajarnya memerlukan lebih dari sekadar mempunyai empati iaitu dengan merasai apa yang dilalui oleh orang lain. 

"Ini hanya kesedaran awal dalam memahami perasaan orang lain, tetapi yang paling penting dalam kemahiran sosial atau 'social intelligence' ialah dengan melakukan sesuatu dan mempengaruhinya untuk mencapai apa yang ingin dicapainya," kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

KOMUNIKASI YANG BERKESAN MEMERLUKAN LEBIH DARI EMPATI

06 FEB

(2)

5/18/2018 USM News Portal - KOMUNIKASI YANG BERKESAN MEMERLUKAN LEBIH DARI EMPATI

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5554-komunikasi-yang-berkesan-memerlukan-lebih-dari-empati 2/2

Tegasnya untuk berkomunikasi dengan berkesan seseorang itu perlu bertindak melangkaui empati dengan membantu dan membuatkan seseorang itu bertindak dengan sewajarnya.

"Keberkesanan komunikasi bergantung juga kepada niat, seperti ingin menjatuhkan orang lain, memprovokasi seseorang atau membantu orang lain.

"Sikap seseorang juga akan menentukan keberkesanan proses komunikasi yang berlaku di samping cara dan kaedah komunikasi yang digunakan," kata Adnan lagi.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Kepimpinan TeRamPiL bertajuk Kepimpinan Menerusi Komunikasi Berkesan yang dianjurkan oleh Pusat Transformasi Insan (PTi) USM di sini hari ini yang dihadiri oleh lebih 200 orang peserta.

Menjawab pertanyaan peserta, Adnan menjelaskan, komunikasi adalah proses yang kompleks yang melibatkan hubungan dengan manusia dan adalah sukar untuk memudahkannya.

"Bagaimana memudahkan (simplify) hubungan manusia yang hakikatnya begitu sukar kerana setiap orang mempunyai kelainan dalam diri.

"Mungkin hanya melalui pengalaman yang luas berdasarkan proses komunikasi selama ini, berupaya membantu kerana hakikatnya ia jauh lebih kompleks dari itu kerana ia berkait dengan tingkah laku manusia termasuk pelbagai prejudis yang ada," tegas Adnan.

#Learn

Teks: Mohamad Abdullah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil daripada penerangan yang dinyatakan, secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa untuk proses inovasi berlaku ia memerlukan bukan sahaja komitmen yang tinggi

Tahap sosio-ekonomi yang lebih tinggi, keperluan dan kehendak masyarakat yang lebih canggih, lanskap persekitaran dan persaingan yang lebih getir memerlukan kita semua

• Justifikasi penukaran kursus fakulti kepada jabatan adalah untuk memastikan pengajaran yang lebih berkesan memandangkan bilangan pelajar yang lebih sedikit dan kandungan

KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2015 – Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Universiti Sains Malaysia (KSSUSM) yang dianjurkan oleh Sekretariat Laktasi dengan kerjasama

Sebagai seorang guru, seharusnya peka tentang kemajuan dan prestasi murid-murid pekak yang berada dalam kelas. Oleh itu, sebelum guru mengajar aspek-aspek dalam penguasaan

b) Pelajar kita mungkin kurang mempunyai masa untuk membaca, sarna ada untuk membaca lebih dari buku teks atau membaca untuk mengisi masa. Membaca memerlukan masa dan elemen

PULAU PINANG, 18 Oktober 2016 - Pusat E-Rezeki USM (USM Centre) Pulau Pinang telah menggondol 3 anugerah dari 5 yang dipertandingkan untuk Program E-Rezeki Global High

Jelaslah dari keputusaan yang didapa.ti, asid sitrik adalah pengantioksida yang lebih berkesan daripada bisulfit pada kepekatan yang sarna untuk menstabilkan CPO