• Tiada Hasil Ditemukan

GURU PERLU BERUBAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "GURU PERLU BERUBAH"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

PULAU PINANG, 14 November 2016 - Dalam memantapkan kurikulum dan pedagogi untuk mendepani pendidikan abad ke-21, guru perlu sentiasa berubah, melaksanakan tugas dari cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta mempunyai "world view" dan

"world class thinking" yang jitu.

Demikian kata Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr.

Hairul Nizam Ismail berucap dalam Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2016 yang bertemakan ‘Guru Berkualiti Pencetus Pendidikan Bermutu’ di sini pagi ini.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

GURU PERLU BERUBAH

14 NOV

(2)
(3)

Seminar ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM untuk Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam. Yang turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa yang membentangkan ucap utama, Penasihat Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Profesor Dato' Dr. Abdul Rashid Mohamed dan Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, Profesor Dr. Baharuddin Aris serta Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan Pelajar (CDAE) USM Profesor Dr. Abd. Karim Alias yang juga pembentang ucap utama.

Jelas beliau, berakar umbikan dasar dan amalan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terkini, aspirasi negara terhadap guru yang berkualiti sebagai pencetus kepada pendidikan yang bermutu menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik.

(4)

"Ini juga menunjukkan bahawa dalam menjayakan agenda pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, guru adalah agen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan," kata Hairul Nizam.

Tegas beliau, menerusi transformasi pendidikan, peradaban bangsa boleh diperkukuhkan apabila guru melaksanakan peranan yang diamanahkan kepada mereka untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran lengkap dan menyeluruh, bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional.

(5)

Lebih 300 orang peserta mengambil bahagian dalam seminar dua hari ini yang melibatkan pembentangan dua ucap utama, 10 kertas institusi dan 170 kertas kerja.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jadual 5.0 menunjukkan dapatan kajian mengenai persepsi Kepimpinan Pendidikan dan Guru- guru terhadap komponen Sosialisasi-Patriotism pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam

Dapatan kajian menunjukkan amalan pembangunan profesional dan hubungan positif yang sederhana terhadap aspek reaksi kepuasan guru, pembelajaran guru, sokongan dan

Kemampuan semasa pengajaran oleh guru pendidikan Islam banyak bersinambungan dengan aspek guru itu sendiri sebagai pemangkin terhadap kemajuan dan peningkatan

Kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan amalan nilai murni dengan sifat guru Bimbingan dan Kaunseling (Kaunselor), proses Bimbingan dan Kaunseling serta pengurusan

Sehubungan dengan itu, desk.ripsi amalan pcdagogi guru prasekolah permulaan ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada bakal guru dan guru baru dalam pemilihan

Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru-guru SMH Daerah Seremban terhadap amalan kepimpinan tersebar dari dimensi penetapan dan perkongsian visi,

Kajian ini telah menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasi adalah penting untuk membantu penolong kanan kokurikulum dalam pengurusan sukan dan membimbing guru

Guru merupakan pendidik yang akan mendidik generasi muda negara untuk melahirkan anak bangsa yang berkualiti kepada negara. Peranan guru sangat besar dan tanggungjawab