• Tiada Hasil Ditemukan

JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN HOSPITAL USM TERIMA MESIN RADIOLOGI DDR PERTAMA DI DUNIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN HOSPITAL USM TERIMA MESIN RADIOLOGI DDR PERTAMA DI DUNIA"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 20160802 WA0001

KUBANG KERIAN, 31 Julai 2016 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin x-ray Direct Digital Radiography (DDR) bernilai RM3 juta.

Ini sejajar dengan taraf Hospital Pengajar Universiti (HPU) Hospital USM menjadi Hospital rujukan utama di Wilayah Timur untuk menawarkan perkhidmatan perawatan pesakit bertaraf dunia.

Melalui pembelian dua unit mesin keluaran Syarikat Samsung model GC85A termasuk satu unit varian Transbay DDR yang pertama dikeluarkan syarikat elekronik itu di dunia menjadikan Hospital USM sebagai perintis dalam kemajuan teknologi Radiografi untuk perawatan pesakit.

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed berkata, mesin Transbay DDR ditempatkan di Kawasan Resusitasi manakala unit DDR biasa digunakan di bilik x-ray, kedua-duanya di Pusat Trauma Hospital USM.

Mafauzy juga berkata, mesin automatik itu menggunakan teknologi digital sepenuhnya dalam proses perawatan pesakit kritikal tanpa perlu ke pusat x-ray Jabatan Radiologi untuk menjalani prosedur x- ray.

Katanya lagi, dengan adanya kemudahan teknologi Transbay DDR pula pihaknya dapat merawat dua pesakit dalam masa yang sama sekaligus meningkatkan kecekapan pakar menyelamatkan nyawa pesakit kerana Pusat Trauma Hospital USM menerima kira-kira 200 pesakit termasuk tiga hingga lima pesakit trauma kritikal setiap hari yang memerlukan rawatan segera.

IMG 20160801 WA0029

"Selain itu, juru x-ray juga telah diberi latihan khusus bagi pengendalian mesin daripada pihak Samsung. Selain itu juga pihak Samsung memberikan komitmen dengan menyediakan perkhidmatan pakar dari Korea sekiranya ada kerosakan untuk dibaiki serta-merta," katanya.

"Penggunaan mesin berkenaan seiring dengan moto USM iaitu 'Kami Memimpin' yang menunjukkan Hospital USM komited menjadi perintis kepada hospital dan institusi perubatan lain dalam penggunaan teknologi terkini bagi merawat pelbagai penyakit dan memberi khidmat terbaik bagi menyelamatkan nyawa pesakit," jelas Mafauzy.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN HOSPITAL USM TERIMA MESIN RADIOLOGI DDR PERTAMA DI DUNIA

01 AUG

(2)

"Kita jangka dengan adanya penggunaan mesin ini dapat menjimatkan antara 15 hingga 30 minit masa bagi merawat pesakit kerana dalam proses rawatan, masa seminit pun sangat penting bagi menyelamatkan nyawa pesakit," katanya dalam Majlis Perasmian Mesin DDR di Auditorium Hospital USM.

Yang turut hadir ialah Ketua Jabatan Pusat Trauma Dan Kecemasan USM Profesor Madya Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, Ketua Jabatan Radiologi USM Prof. Madya Dr. Shafie Abdullah dan Pengarah Urusan Samsung Health Care, Alan Tan.

Teks/Foto: Mohamad Iqmal Mathlan

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dweck, seorang pakar psikologi dan penulis buku Mindset, terdapat dua jenis kerangka minda di dunia ini – pertama; kerangka minda terbelenggu, terkunci, tertutup, terhad dan

Dengan adanya kemudahan reaktor penyelidikan di Malaysia, sistem tomografi neutron yang pertama di negara ini telah dibangunkan, menggunakan sumber neutron

Berdasarkan hasil analisis yang menggunakan model M/G/∞/GD/∞/∞ seperti dalam Jadual 1, pesakit akan tiba di Jabatan Perubatan Kecemasan PPUKM pada setiap selang masa 51

Purata jangka masa menunggu sebenar bagi pesakit zon hijau eli Jabatan Kecemasan HUSM adalah 71 ± SD 39.14 minit, lebih singkat berbanding jangka masa yang

Pesakit yang tinggal berdekatan dengan Poliklinik tetapi masih berusaha mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan menunjukkan mereka mempunyai pilihan lain bagi

Dengan terciptanya alat ini, masa rawatan berjaya dikurangkan dengan mengekalkan kualiti rawatan yang sama, lebih ramai pesakit dapat menjalani rawatan, pemulihan yang lebih cepat,

Dengan terciptanya alat ini, masa rawatan berjaya dikurangkan dengan mengekalkan kualiti rawatan yang sama, lebih ramai pesakit dapat menjalani rawatan, pemulihan yang lebih cepat,

Proses ini merupakan langkah pertama kerana ia bersifat penyucian diri dari segala kekotoran (dosa) dan amat berkesan dalam merawat jiwa serta sekaligus dapat