• Tiada Hasil Ditemukan

MANTERA DAN AMALAN KECANTIKAN WANITA BAJAU: KAJIAN KES BAJAU KOTA BELUD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "MANTERA DAN AMALAN KECANTIKAN WANITA BAJAU: KAJIAN KES BAJAU KOTA BELUD"

Copied!
246
0
0

Tekspenuh

(1)M al. ay a. MANTERA DAN AMALAN KECANTIKAN WANITA BAJAU: KAJIAN KES BAJAU KOTA BELUD. U. ni. ve rs. ity. of. RAHMAH ABDUL GHANI. AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR. 2018.

(2) ay a. MANTERA DAN AMALAN KECANTIKAN WANITA BAJAU: KAJIAN KES BAJAU KOTA BELUD. ve rs. ity. of. M al. RAHMAH ABDUL GHANI. U. ni. TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH. AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR. 2018.

(3) UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: RAHMAH ABDUL GHANI No. Pendaftaran/Matrik: JHA110001 Nama Ijazah: IJAZAH DOKTOR FALSAFAH Tajuk Tesis: MANTERA DAN AMALAN KECANTIKAN WANITA BAJAU: KAJIAN KES BAJAU KOTA BELUD Bidang Penyelidikan: SASTERA LISAN Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:. ni. ve rs. ity. of. M al. ay a. (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apaapa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.. Tarikh: 31 OGOS 2018. U. ---------------------------------------------Tandatangan Calon. Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, ----------------------------------------------Tandatangan Saksi. Tarikh: 31 OGOS 2018. Nama: Jawatan: ----------------------------------------------Tandatangan Saksi Nama: Jawatan:. Tarikh: 31 OGOS 2018. ii.

(4) MANTERA DAN AMALAN KECANTIKAN WANITA BAJAU: KAJIAN KES BAJAU KOTA BELUD. ABSTRAK Mantera yang diwarisi masyarakat masyarakat Bajau masih lagi relevan penggunaannya terutama untuk tujuan kecantikan, pengubatan, perlindungan diri dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis mantera dan. ay a. amalan kecantikan wanita Bajau di daerah Kota Belud Sabah. Pengumpulan data dibuat berdasarkan informan yang dipilih daripada beberapa kawasan kajian. Bahan kajian. M al. terdiri daripada pelbagai jenis mantera serta amalan yang berkaitan dengan kecantikan wanita Bajau yang menepati objektif kajian yang dilakukan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual. of. dan analisis data. Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa wanita Bajau masih lagi menggunakan mantera serta mengamalkan petua-petua bagi menyerlahkan kecantikan. ity. dan keterampilan mereka agar mudah diterima oleh masyarakat. Bagi wanita Bajau. ve rs. dengan kecantikan yang dimiliki ,seorang wanita akan dapat memikat kasih sayang daripada anggota keluarga dan masyarakat lain. Ini kerana kecantikan rupa paras yang ditambahkan lagi dengan kecantikan dalaman membuatkan mereka senang diterima oleh. U. ni. anggota keluarga dan juga masyarakat yang merupakan keluarga besar.. Kata kunci: Kecantikan,Mantera,Amalan,Petua,Pantang-larang. iii.

(5) MANTERA DAN AMALAN KECANTIKAN WANITA BAJAU: KAJIAN KES BAJAU KOTA BELUD. ABSTRACT Mantra inherited by the Bajau community is relevant till today, especially for beauty, healing, protection, and others. Therefore, the objective of this research is to analyze Mantra and beauty rituals of Bajau women in Kota Belud, Sabah. The data gathered is. ay a. from selected informants living in several parts within the research area. The research material is composed of various types of Mantra and rituals associated with the beauty of. M al. Bajau women which are suited to the research objectives. This study is a qualitative research which uses the data accumulated through observation, interviews and data analysis. The study findings showed that Bajau women still practices Mantra and. of. traditional tips to enhance their beauty and appearance, to be accepted by their community. Bajau women are of the opinion that beauty will allow her to attain love from. ity. her family and other community members. This is because outer beauty paired with inner. ve rs. beauty will make family members and the community which constitutes the extended. ni. family, easily accepted them.. U. Keyword: Beauty,Mantra,Practices,Best Practice,Taboo. iv.

(6) PENGHARGAAN. Alhamdulillah Allah kurniakan kesabaran, kekuatan mental, dan kecelikan hati dan akal dalam melengkapkan tesis ini. Al-Fatihah buat Allahyarham BAPA tersayang, HAJI ABDUL GHANI HAJI MATAHIR semangat dan bayangannya sentiasa ada bersama menjadi motivasi dan pendorong utama dalam perjuangan ini, meskipun tidak. ay a. sempat menikmati kejayaan ini. Buat mama Hajah Baikah Oleh, terima kasih titipan doa dalam mengiringi perjuangan ini.. Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia, iaitu Prof. Madya Dr.. M al. Zahir bin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn. Bimbingan, motivasi serta nasihat di saat pengkaji putus asa dengan perjuangan ini amat bermakna dan dihargai. Buat suami tersayang Ramlan Datu Haji Hassan yang sentiasa sabar dalam. of. menempuh pelbagai suka duka bersama anak-anak tersayang mama: Rasydan dan. ity. Rasyidah Salwani. Perjuangan ini membuktikan semangat cekal mampu mengatasi segala-galanya. Jangan pernah putus asa dengan dugaan yang mendatang.. ve rs. Terima kasih buat Prof Dato Dr. Yaacob Haron,Prof Madya Dr. Tune Yap Beng. Liang, Dr. Sharil Nizam Sha'ri, En. Ahmad Hakimi, Dr. Noor Hasnoor dan Cik Yani yang sentiasa memberikan galakan dan semangat untuk meneruskan perjuangan ini.. ni. Khas buat pensyarah-pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi. U. Pengajian Melayu, Universiti Malaya khususnya kepada Prof Madya Dr. Hashim Ismail, Dr. Mohd Taufik Arridzo, Prof Madya Dr. Tengku Intan Marlina, Prof Madya Dr.. Norhayati serta pensyarah –pensyarah lain yang tidak dapat dinyatakan kesemuanya dalam ruang yang terbatas ini, terima kasih atas galakan dan sokongan serta bantuan. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat sahabat-sahabat saya Nashrah, Wan Firzaleenazrah, Akhmad, Hanafi, Fuza, Haslan, Papartaim Haji Bidin,Asmanirah yang sentiasa membantu dalam perjuangan ini. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan. v.

(7) mendapat keberkatan dalam kehidupan yang mencabar ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ini juga ditujukan khas kepada informan- informan yang memberikan kerjasama sepenuhnya semasa kajian ini dilakukan. Buat seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang disayangi terima kasih kerana memahami, memberi semangat tanpa jemu dan sentiasa memberi ruang untuk. ay a. menyiapkan kajian ini.. Sesungguhnya perjalanan hidup kita telah ditentukanNYA.. M al. “Akhirnya kura-kura sampai juga ke garisan penamat”.. 31 OGOS 2018. U. ni. ve rs. ity. Rahmah Abdul Ghani Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur.. of. Terima kasih, Wassalam.. vi.

(8) ISI KANDUNGAN. Abstrak ........................................................................................................................ iii Abstract ....................................................................................................................... iv Penghargaan ................................................................................................................. v Isi Kandungan ............................................................................................................ vii Senarai Jadual ............................................................................................................. xii. ay a. Senarai Rajah............................................................................................................. xiii Senarai Gambar ......................................................................................................... xiv. M al. Senarai Peta ............................................................................................................... xvi. BAB 1: PENDAHULUAN .......................................................................................... 1 Pendahuluan ........................................................................................................ 1. 1.2. Sorotan Kajian ..................................................................................................... 1. 1.3. Permasalahan Kajian ......................................................................................... 21. 1.4. Persoalan Kajian ................................................................................................ 22. 1.5. Objektif Kajian ................................................................................................. 22. 1.6. Bidang Kajian.................................................................................................... 22. 1.7. Bahan Kajian ..................................................................................................... 23. ni. ve rs. ity. of. 1.1. U. 1.8 1.9. Batasan kajian ................................................................................................... 23 Metodologi kajian.............................................................................................. 24 1.9.1. Kaedah Pengumpulan Data ................................................................... 25. 1.9.2. Metode Analisis Data ............................................................................ 35. 1.10 Konsep operasional ........................................................................................... 37 1.10.1 Mantera ................................................................................................ 38 1.10.2 Jampi .................................................................................................... 39 1.10.3 Amalan ................................................................................................. 40 vii.

(9) 1.10.4 Kecantikan ............................................................................................ 41 1.10.5 Petua..................................................................................................... 41 1.11 Unjuran bab ....................................................................................................... 42. BAB 2: TEORI, KONSEP DAN MODEL KAJIAN ............................................... 43 Pendahuluan ...................................................................................................... 43. 2.2. Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Teori Fungsional ............................... 44. 2.3. Tokoh-tokoh ...................................................................................................... 46. ay a. 2.1. Radcliffe Brown ................................................................................... 46. 2.3.2. Evans-Pritchard .................................................................................... 48. 2.3.3. Bronislaw Malinowski .......................................................................... 49. M al. 2.3.1. Pandangan Islam tentang nilai kecantikan wanita .................................. 61. 2.4.2. Konsep Cantik bagi orang Bajau .......................................................... 63. ity. 2.4.1. Model Kajian Kecantikan .................................................................................. 66 2.5.1. Model Kajian Hermansyah (2006) ........................................................ 67. 2.5.2. Model kajian Sharifah Suraya Syed Jamaluddin dan Salmah Omar. ni. 2.5. Konsep Cantik ................................................................................................... 58. ve rs. 2.4. of. 2.3.3.1 Teori Malinowski ................................................................... 50. U. (2010)… ............................................................................................... 68. 2.6. 2.5.3. Model Kajian Roziah Omar (1994) ....................................................... 70. 2.5.4. Model Kajian Kecantikan Wanita Bajau ............................................... 70. Rumusan ........................................................................................................... 74. BAB 3: MASYARAKAT BAJAU ........................................................................... 76 3.1. Pendahuluan ...................................................................................................... 76. 3.2. Latar belakang Masyarakat Bajau ...................................................................... 76. viii.

(10) Populasi Masyarakat Bajau ................................................................................ 77. 3.4. Asal-usul Orang Bajau ....................................................................................... 79. 3.5. Bajau Sama ....................................................................................................... 85. 3.6. Bajau Laut ......................................................................................................... 86. 3.7. Penduduk dan Petempatan ................................................................................. 88. 3.8. Agama dan Kepercayaan ................................................................................... 89. 3.9. Pekerjaan dan Ekonomi ..................................................................................... 90. ay a. 3.3. 3.10 Kebudayaan Masyarakat Bajau .......................................................................... 92 3.10.1 Berunsai ............................................................................................... 92. M al. 3.10.2 Tarian Limbai ....................................................................................... 93 3.10.3 Tarian Kuda Pasu.................................................................................. 93. of. 3.11 Seni Muzik ....................................................................................................... 93 3.12 Permainan ......................................................................................................... 94. ity. 3.13 Seni Rupa dan Seni Tampak .............................................................................. 96. ve rs. 3.14 Penunggang Kuda Bajau .................................................................................. 105 3.15 Daerah Kota Belud .......................................................................................... 106 3.15.1 Struktur pentadbiran dan kepimpinan .................................................. 110. ni. 3.15.2 Kemudahan Asas ................................................................................ 115. U. 3.16 Kawasan Kajian ............................................................................................... 118 3.16.1 Kampung Labuan ............................................................................... 119 3.16.2 Kampung Tanjung Wakap ................................................................. 120 3.16.3 Kampung Tanjung Pasir...................................................................... 120 3.16.4 Kampung Pirasan ................................................................................ 121 3.16.5 Kampung Jawi-Jawi ............................................................................ 123 3.16.6 Kampung Taun Gusi ........................................................................... 123 3.16.7 Kampung Kulambai ............................................................................ 124. ix.

(11) 3.16.8 Kampung Siasai Kumpang .................................................................. 124 3.16.9 Kampung Dundau ............................................................................... 124 3.16.10 Kampung Kuala Abai ......................................................................... 125 3.16.11 Kampung Pandasan............................................................................. 125 3.17 Rumusan ......................................................................................................... 128. ay a. BAB 4: MANTERA DAN KECANTIKAN ........................................................... 129 Pendahuluan .................................................................................................... 129. 4.2. Mantera dan Masyarakat Bajau ........................................................................ 130. 4.3. Jenis dan fungsi mantera .................................................................................. 131. 4.4. Mantera Kecantikan ......................................................................................... 132 Mantera Pemanis ................................................................................ 132. 4.4.2. Mantera Pendinding ............................................................................ 153. 4.4.3. Mantera Pengasih ............................................................................... 157. 4.4.4. Mantera Penggerun dan Penunduk ...................................................... 158. 4.4.5. Mantera Penguat Badan dan Kebal...................................................... 161. ity. of. 4.4.1. ve rs. 4.5. M al. 4.1. Rumusan ......................................................................................................... 162. ni. BAB 5: PETUA DAN AMALAN ........................................................................... 164 Pendahuluan .................................................................................................... 164. 5.2. Amalan-amalan kecantikan .............................................................................. 164. 5.3. Amalan Pemakanan ......................................................................................... 173. 5.4. Petua dan Amalan Penjagaan Kesihatan........................................................... 180. U. 5.1. 5.4.1. Petua Dan Amalan Penjagaan Wanita Selepas Kedatangan Haid ......... 181. 5.4.2. Amalan Kesihatan Ketika Mengandung .............................................. 183. 5.4.3. Petua dan Amalan Ketika Mengandung .............................................. 185. x.

(12) 5.4.4 5.5. Amalan Pantang -larang (Berkaitan Adab) ....................................................... 195 5.5.1. Pantang Larang Anak Dara Dalam Masyarakat Bajau ......................... 196. 5.5.2. Pantang Larang Wanita Dalam Masyarakat Bajau ............................... 199. 5.5.3. Pantang Larang Wanita Bajau Dalam Kematian .................................. 201. Rumusan ......................................................................................................... 202. ay a. 5.6. Petua dan Amalan Selepas Bersalin .................................................... 190. BAB 6: KESIMPULAN .......................................................................................... 204. M al. RUJUKAN……… ................................................................................................... 215. U. ni. ve rs. ity. of. LAMPIRAN……. ................................................................................................... 230. xi.

(13) SENARAI JADUAL. Jadual 2.1: Jadual keperluan asas manusia mengikut struktur functionalism oleh Malinowski (Langness, L. L.), 1987 ........................................................................... 52 Jadual 3.1: Penduduk Bajau mengikut daerah pentadbiran Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, 2010. (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sabah. Disember 2015) .......................................................................................................... 79 Jadual 6.1: Mantera dan Penggolongannya................................................................ 205. U. ni. ve rs. ity. of. M al. ay a. Jadual 6.2: Jadual keperluan asas manusia mengikut struktur functionalism oleh Malinowski (Langness, L. L.), 1987 ......................................................................... 208. xii.

(14) SENARAI RAJAH. Rajah 2.1: Model Kajian Mantera dan Amalan Kecantikan Wanita Bajau ................... 71. U. ni. ve rs. ity. of. M al. ay a. Rajah 6.1: Dapatan kajian Mantera dan Amalan Kecantikan Wanita Bajau ............... 211. xiii.

(15) SENARAI GAMBAR. Gambar 3.1: Suasana di Tamu .................................................................................... 91 Gambar 3.2: Suasana di Tamu .................................................................................... 91 Gambar 3.3: Peralatan muzik bertitik .......................................................................... 94 Gambar 3.4: Permainan sepak manggis....................................................................... 96. ay a. Gambar 3.5: Tipo Selisir ............................................................................................. 97 Gambar 3.6: Wanita Bajau dan Tipo Selisir ................................................................ 98. M al. Gambar 3.7: Sempangan ............................................................................................. 99 Gambar 3.8: Wanita Bajau dan Busana Tradisi ......................................................... 100 Gambar 3.9: Seni Tekat Bajau .................................................................................. 101. of. Gambar 3.10: Aksesori Busana Pengantin Wanita Bajau........................................... 102 Gambar 3.11: Mendapun .......................................................................................... 103. ity. Gambar 3.12: Pelamin Bajau .................................................................................... 103. ve rs. Gambar 3.13: Tudung Duang .................................................................................... 104 Gambar 3.14:Parang Bajau ....................................................................................... 105 Gambar 3.15:Haji Abdul Majad.Pembuat Parang Bajau ............................................ 105. ni. Gambar 3.16:Dewan Masyarakat Kota Belud ........................................................... 109. U. Gambar 3.17: Pejabat Pos ......................................................................................... 109 Gambar 3.18: Padang Pekan ..................................................................................... 109 Gambar 4.1: Puan Kernah Hj Ismail sedang menunjukkan cara-cara membaca mantera di bedak sebelum disapukan ke muka. ...................................................................... 137 Gambar 4.2: Gambar pengantin Bajau sedang dihiaskan oleh Mak Andam ............... 138 Gambar 4.3: Informan sedamg membaca mantera pemanis kepada sikat ................... 141 Gambar 4.4: Langir sedang dilumurkan di kepala seorang wanita Bajau untuk tujuan kecantikan. ............................................................................................................... 143 xiv.

(16) Gambar 4.5: Wanita Bajau sedang mengenakan minyak di bibir ............................... 146 Gambar 4.6: Wanita Bajau dengan Sirihnya .............................................................. 149 Gambar 4.7: Wanita Bajau dengan Sigup di bibir...................................................... 149 Gambar 4.8: Baju yang telah ditulis huruf-huruf tertentu yang dipercayai mampu membuat seseorang itu kebal .................................................................................... 154 Gambar 4.9: Tangkal yang dipercayai mempunyai kuasa sebagai pendinding. .......... 155. ay a. Gambar 5.1: Lempoyang .......................................................................................... 168 Gambar 5.2: Kunyit .................................................................................................. 168. U. ni. ve rs. ity. of. M al. Gambar 5.3: Latok @ Anggur Laut........................................................................... 175. xv.

(17) SENARAI PETA. Peta 1.1: Negeri Sabah dan kedudukan Daerah Kota Belud. (Sumber: https://www.google.com/search?biw=1920&bih=974&tbm). .................... 107 Peta. 3.2: Kawasan kajian lapangan di Kota Belud, Sabah.. U. ni. ve rs. ity. of. M al. ay a. (Sumber: https://www.google.com/search?biw=1920&bih=974&tbm)...................... 119. xvi.

(18) BAB 1: PENDAHULUAN. Pendahuluan. Bab ini mengandungi perbincangan tentang sorotan kajian, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, bidang kajian, bahan kajian, batasan kajian,metodologi. ay a. kajian,konsep operasional dan unjuran bab.. Sorotan Kajian. M al. Tinjauan kajian ini dibataskan kepada hasil kajian-kajian lepas terhadap mantera khususnya yang berkaitan dengan amalan kecantikan wanita yang menggunakan pelbagai pendekatan dan teori. Kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan. ity. memantapkan dapatan kajian.. of. masyarakat dan kebudayaan Bajau juga dibincangkan dalam bahagian ini bagi. Terdapat banyak kajian terhadap masyarakat Bajau yang telah dilakukan oleh. ve rs. pengkaji dari Eropah dan Amerika Syarikat semenjak tahun 1900-an (Gusni Saat:2008,13). Antaranya yang dilakukan oleh penyelidik dan sarjana Eropah seperti Spenser St. John (1862), Ivor H.N Evans (1922), Charles Bruce (1924), Oscar Cook. ni. (1924), Owen Rutter (1929), dan Crill Alliston (1961). Selepas tahun 1964, barulah. U. terdapat kajian khusus tentang orang Bajau beragama Islam di Sabah (Syamsul Azizul Bin Marinsah: 2017,17). Antaranya ialah kajian Clifford Sather (1971; 1997), James F. Warren (1971), Jainisah Nurajin (1976/1977), Carol Warren (1977), Yap Beng Liang (1977; 1993; 1997; 1998; 2001), Hassan Mat Nor (1980), Halina Sendera (2007; 2008; 2013; 2014; 2016), Gusni Saat (2003; 2004; 2005; 2008; 2010), Saidatul Nornis Mahali (1992; 2004; 2005; 2009; 2010; 2012) Hanafi Hussin (2005; 2008; 2010), Ismail Ali (2007; 2010) dan ramai lagi.. 1.

(19) Kajian awal tentang masyarakat Bajau yang bertajuk “The Sea People of Sulu: A Study of Sosial Change in the Philippines”,yang dilakukan oleh Nimmo (1963) membincangkan tentang masyarakat Bajau di kepulauan Tawi-Tawi dan Sibutu Filipina, yang melibatkan aspek tempat tinggal,isi rumah sistem kekeluargaan serta kerjasama yang padu dalam masyarakat Bajau di kepulauan tesebut. Kajian ini memberi tumpuan terhadap perubahan tempat kediaman yang berlaku terhadap masyarakat Bajau yang. ay a. beralih daripada mendiami kawasan bot kepada menduduki rumah yang dibina di atas daratan.. M al. Sopher (1965) telah membincangkan tentang latar belakang,demografi,ekonomi dan budaya pengembara laut di Asia Tenggara dalam buku yang bertajuk “The Sea Nomads: A Study Based On The Literature Of The Maritime Boat People of Southeast Asia.. of. Antara aspek yang dibincangkan ialah orang Bajau di Sabah yang berkaitan dengan asalusul serta gaya hidup dan kegiatan ekonomi masyarakat tersebut. Kajian ini tidak. ity. membincangkan tentang mantera dan juga amalan kecantikan dalam wanita Bajau.. ve rs. Pengkaji yang terawal tentang masyarakat Bajau di Sabah ialah Yap Beng Liang (1977). Kajian beliau yang bertajuk “Orang Bajau Pulau Omadal Sabah, satu kajian tentang sistem budaya”. Kajian beliau membincangkan tentang asal-usul Bajau, latar. ni. belakang sosioekonomi masyarakat Bajau di Pulau Omadal, sejarah Pulau Omadal,. U. Taburan masyarakat Bajau, sistem kepercayaan dan amalan tradisi serta sistem kekerabatan masyarakat Bajau Pulau Omadal. Kajian ini turut membincangkan tentang adat istiadat serta amalan pantang larang dan kepercayaan ilmu magik yang diguna dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun kajian ini tidak membincangkan secara khusus tentang jenis-jenis mantera serta amalan yang digunakan dalam kecantikan wanita masyarakat Bajau Pulau Omadal.. Kajian seterusnya juga yang dibuat oleh Yap Beng Liang (1990) yang bertajuk 2.

(20) “Perubahan sosial dalam masyarakat Bajau Kota Belud Sabah”. Objektif kajian ini adalah mengesan dan menganalisis proses perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Bajau Kota Belud terutama untuk meneliti hubungannya dengan kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah. Kajian ini cuba menunjukkan bahawa kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah telah mengakibatkan perubahan terhadap ekonomi tradisional atau natural ekonomi. ay a. masyarakat Bajau, khususnya dari segi bentuk dan hubungan pengeluaran. Namun begitu, perubahan-perubahan tersebut tidak membawa pembangunan dalam erti yang sebenar kepada masyarakat Bajau. Masyarakat Bajau sebagai masyarakat pinggir tetap. M al. mundur atau miskin dan tidak membangun seimbang dengan masyarakat kapitalis di kawasan pusat. Hasil kajian mendapati kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah sesungguhnya telah menyebabkan perubahan dalam natural ekonomi. of. masyarakat Bajau daerah Kota Belud, khususnya dari segi bentuk dan hubungan. ity. pengeluarannya. Namun begitu, majoriti kaum tani Bajau tetap merupakan pengeluarpengeluar kecil yang bertumpu kepada pengeluaran bahan-bahan makanan. Perhatian. ve rs. pemerintah kolonial yang amat sedikit terhadap sektor ekonomi luar bandar menyebabkan kaum tani Bajau juga mengalami kemunduran dan kemiskinan kerana telah lama diabaikan oleh pemerintah kolonial. Majoriti kaum tani Bajau secara. ni. perbandingan, sehingga hari ini pun masih mundur dan miskin dan amat bergantung. U. kepada bantuan dan inisiatif kerajaan untuk kemajuan sendiri. Kajian ini adalah berbeza dengan kajian pengkaji tentang mantera dan amalan kecantikan wanita Bajau di daerah Kota Belud.. Seterusnya Gusni Saat (2003) dalam bukunya “Komuniti Samah-Bajau Di Bandar” membincangkan tentang hal yang berkaitan dengan ekonomi,sosial,politik masyarakat Bajau di Sabah. Kajian beliau menggambarkan tentang stratifikasi sosial dan politik masyarakat Bajau di Sabah. Kajian juga merangkumi tentang corak kehidupan 3.

(21) masyarakat Bajau dalam menghadapi urbanisasi, perubahan dan pembangunan dalam mencorakkan sistem ekonomi, politik,serta kehidupan sosial mereka. Kajian ini juga tidak membincangkan tentang mantera dan amalan kecantikan wanita Bajau walaupun menyentuh tentang aspek sosial masyarakat Bajau.. Saidatul Nornis Haji Mahali (2006) telah melakukan kajian secara Sosiolinguistik terhadap masyarakat Bajau di Kota Belud Sabah yang bertajuk “Isun-Isun Sebagai. ay a. Penggambaran Interaksi Sosial dan Budaya Bajau”. Penelitian ini adalah meliputi antropologi linguistik tentang nyanyian rakyat yang terkenal di daerah Kota Belud,. M al. Sabah iaitu Isun-isun. Kaedah nyanyian ini adalah secara berpasangan dan disampaikan secara berselang-seli di antara lelaki dan wanita. Isun-isun ni juga mirip kepada nyanyian Dondang Sayang yang terdapat di Melaka.Tumpuan kajian adalah. of. menganalisis genre isun-isun terutama aspek nahu dan makna konteks untuk menyerlahkan ciri-ciri Lingustik. Kajian ini berbeza daripada kajian yang. ity. membincangkan tentang mantera dan amalan kecantikan wanita dalam masyarakat. ve rs. Bajau.. Francois Robert Zacot (2008) telah melakukan kajian tentang masyarakat Bajau yang berkaitan tentang ritual dan amalan-amalan yang dilakukan dalam kehidupan. ni. seharian. Buku yang bertajuk “Orang Bajo Suku Pengembara Laut: Pengalaman. U. seorang Antropolog. Kajian beliau ini telah membincangkan tentang masyarakat Bajau di kampung Torosiaje,iaitu sebuah. kampung terpencil di bahagian Sulawesi. Utara,Indonesia. Kajian ini membincangkan tentang amalan serta ritual yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Bajo di kampung tersebut. Amalan-amalan dan berkaitan. antaranya. adalah. anak,perkahwinan,perubatan,pemberian dipercayai. yang. berkaitan. dengan. ritual. kelahiran. makanan kepada makhluk halus yang. amat mempengaruhi kehidupan masyarakat tersebut. Kajian ini tidak. 4.

(22) membincangkan mantera dan amalan kecantikan secara khusus tetapi lebih kepada aktiviti perikanan serta adat istiadat dan kepercayaan masyarakat Bajo di Torosiaje. Sarjana tempatan yang turut mengkaji masyarakat Bajau ialah Hanafi Hussin(2008).Kajiannya yang bertajuk “Diaspora Bajau Laut dan Pengekalan serta Penerusan Amalan Tradisi di Sabah”. Kajian ini membincangkan tentang diaspora atau perpindahan penduduk yangberlaku dalam kalangan komuniti Badjao atau sama. ay a. Sama Dilaut dari Sitangkai,Tawi-Tawi Filipina yang dipanggil komuniti Bajau Laut di Semporna,Sabah dengan melihat bagaimana pengekalan dan penerusan amalan tradisi. M al. dilakukan. Kepercayaan dan amalan tradisi yang diwarisi dari amalan nenek moyang khususnya langkapan, membuatkan ikatan dengan roh nenek moyang yang dikenali sebagai Omboh itu perlu diteruskan. Komuniti Bajau Laut ini mempercayai bahawa. of. amalan persembahan untuk Omboh mesti diteruskan bagi menyeimbangkan kehidupan mereka bersama dengan roh nenek moyang atau para semangat yang mendiami alam. ity. spiritual di sekeliling. Perubahan demi perubahan yang berlaku merupakan cabaran. ve rs. kepada pengekalan amalan tradisi ini dan menjadi ancaman kepada pengekalan identiti komuniti Bajau yang berasaskan kepada amalan tradisi. Ternyata bahawa perubahan sosial yang berlaku di kalangan masyarakat di dunia turut mempengaruhi komuniti. ni. Bajau Laut. Adaptasi terhadap elemen-elemen baru yang meresapi komuniti Bajau. U. Laut dengan bentuk-bentuk amalan budaya baru telah diaplikasikan kepada budaya komuniti ini. Masyarakat Bajau laut turut mempersembahkan bentuk seni persembahan yang baharu yang bersesuaian untuk tatapan umum.. Kajian yang dilakukan oleh Lailawati Binti Madlan, et.al (2014) yang bertajuk “The Prejudice of Bajau: From Own and Others Ethnic Perspective:A Preliminary Study in Sabah”. Kajian ini membincangkan tentang tanggapan yang dibuat oleh etnik lain terhadap masyarakat Bajau dalam sektor kerajaan dan swasta. Dapatan kajian. 5.

(23) menunjukkan masyarakat Bajau suka bergaduh, berkulit gelap serta memonopoli bidang perniagaan. Etnik seperti Kadazandusun, Murut, Cina dan Melayu Brunei beranggapan masyarakat Bajau bersikap kasar,dan apabila bercakap seolah-olah mereka sedang marah,tidak berdikari,berpendidikan rendah dan mempunyai sikap berani untuk mati dan sebagainya.Hakikatnya masyarakat Bajau mempunyai sikap sedemikian adalah untuk mempertahankan hak mereka serta melindungi saudara mara daripada dikasari.. ay a. Hasil tinjauan yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa kajian pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang membincangkan tentang mantera masih. M al. berkurangan namun di peringkat sarjana telah banyak dijalankan. Antara kajian peringkat Ijazah Kedoktoran yang mengkaji mantera ialah kajian yang dilakukan oleh Haron Daud (1995), yang bertajuk “Mantera sebagai pengucapan simbolik: Analisis. of. pemikiran Melayu” d i Jabatan Pengajian Melayu Fakulti Sastera , Universiti Malaya. Beliau telah melakukan kajian tentang mantera Melayu dan analisis yang dilakukan. ity. tertumpu kepada aspek pemikiran masyarakat tersebut. Kajian tertumpu kepada. ve rs. pemikiran masyarakat Melayu berdasarkan pernyataan dalam mantera, iaitu sebagai teks dalam kajian yang dikumpul dari beberapa daerah di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga turut menganalisis mantera dari aspek struktural sebagai karya sastera dengan. ni. melihat bentuk, ciri, isi dan fungsinya. Kajian ini mendapati mantera Melayu. U. mempunyai banyak fungsi dan digunakan hampir dalam semua aspek kehidupan individu dan kelompok masyarakat, khususnya untuk kesejahteraan dan keselamatan. Di samping sifatnya yang fungsional, keberkesanan sesebuah mantera itu lebih menjamin kedudukan dan pengekalannya dalam masyarakat. Mantera menjadi berkesan kerana adanya magis dan kepadatan serta ketepatan kata dengan sesuatu maksud, sama ada secara nyata atau simbolik. Ketepatan itu penting untuk memudahkan pengamal berinteraksi dengan Allah, makhluk ghaib, roh seseorang dan sebagainya. Mantera sebagai pernyataan sastera memang mempunyai nilai estetik terutama apabila dibaca 6.

(24) menimbulkan irama yang menarik kerana terdapatnya pola rima, aliterasi, asonansi dan perulangan berupa anafora, epifora dan lain-lain. Dari aspek lain, mantera dengan jelas memancarkan world view dan pemikiran orang Melayu berhubung dengan kosmologi, kepercayaan warisan, ketuhanan, makhluk halus, hakikat diri dan lain-lain. Kajian ini mengkaji mantera dari aspek struktural sebaliknya kajian saya pula meneliti tentang mantera dan amalan serta petua yang digunakan dalam kecantikan wanita Bajau.. ay a. Seterusnya kajian pada peringkat Ijazah Kedoktoran juga dilakukan oleh Hermansyah pada tahun 2006 di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),. M al. Universiti Kebangsaan Malaysia bertajuk “Alam Orang Melayu: Kajian Ilmu di Embau Kalimantan Barat Indonesia”. Kajian ini adalah mengenai mantera yang digunapakai oleh masyarakat Embau di Kalimantan Barat dan lebih dikenali sebagai Ilmu. Kajian ini. of. bertujuan untuk membuktikan tentang kewujudan mantera yang lebih dikenali sebagai Ilmu di Alam Melayu terutama di Pedalaman Kalimantan. Turut dibincangkan adalah. ity. masyarakat yang terdapat di kawasan kajian serta fungsi mantera tersebut. Hasil kajian. ve rs. mendapati bahawa penggunaan ilmu amat fungsional dan luas pemakaiannya dalam masyarakat Embau. Ilmu digunakan dalam lingkaran hidup orang Embau sejak lahir sehingga meninggal dunia. Kajian ini memfokuskan aspek kegiatan dan kepercayaan. ni. magis orang Melayu Embau yang dikenali sebagai Ilmu. Menurut pengkaji, mantera. U. yang terdapat di Embau telah mendapat pengaruh Islam dan Hindu. Pengaruh Hindu ini dipercayai diperolehi melalui hubungan dengan Jawa iaitu Kerajaan Majapahit. (Hermansyah:2010:48). Kajian tentang mantera telah diklasifikasikan mengikut jenis dan fungsi mantera tersebut dalam masyrakat Embau. Jenis-jenis mantera tersebut telah dibahagikan kepada mantera tawar iaitu untuk tujuan pengubatan beserta bahan-bahan yang digunakan seperti limau, sirih, kapur, telur ayam kampung dan sebagainya. Bagi masyarakat Embau Mantera Cuca pula digunakan untuk tujuan penunduk terhadap musuh, pengasih, pendinding, kecantikan, penggerun dan sebagainya. Manakala ilmu 7.

(25) pula digunakan untuk tujuan yang hampir sama dengan Mantera Cuca .Cuca dan ilmu mempunyai fungsi yang sama tetapi nama yang berlainan di setiap tempat di Embau. Lantaran itu, pengkaji telah membezakan penulisan perkataan ilmu melalui ejaan yang digunakan. Penggunaan huruf besar digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan mantera masyarakat Embau, manakala ilmu yang ditulis menggunakan huruf kecil menggambarkan jenis-jenis mantera tersebut iaitu seperti mantera pendinding, pengasih,. ay a. pemanis dan sebagainya. Hasil kajian telah berjaya mengumpulkan sebanyak 300 jenis mantera yang meliputi pelbagai aspek seperti kecantikan wanita serta mantera untuk perlindungan diri seperti mantera untuk kekebalan dan sebagainya. Kajian ini. M al. mempunyai persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji iaitu dari aspek mantera kecantikan wanita dan pakaian diri seperti penunduk, penguat badan, pengasih,. of. pemanis dan sebagainya. 1. Kajian yang dilakukan oleh Halina Sendera Mohd.Yakin (2013) yang bertajuk. ity. “Semiotik Dalam Adat Kematian Bajau, Sabah”. Kajian ini adalah tentang semiotik. ve rs. dalam pandangan alam dan kosmologi Bajau dengan mengkaji struktur adat dan ritual kematian Bajau. Juga turut dikaji adalah aspek komunikasi non-verbal dalam adat kematian Bajau. Kajian ini telah menggunakan teori Struktural Levi-Strauss, Teori. ni. Semiotik dan pendekatan Komunikasi Non-Verbal. Kajian ini bersifat kualitatif dengan. U. menggunakan pendekatan etnografi. Kajian ini berbeza dengan kajian yang dilakukan pengkaji dalam aspek penelitian mantera dan amalan kecantikan masyarakat Bajau yang melibatkan 11 buah kampung berbanding 4 buah kampung sahaja yang diteliti dalam kajian adat kematian Bajau. Kajian ini telah dapat menjelaskan tentang adat tradisi serta ritual yang diamalkan dalam kematian orang Bajau di Sabah.. 1. Kajian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab 2. 8.

(26) Kajian di peringkat Ijazah Kedoktoran seterusnya yang dijalankan oleh Ros Aiza Mohd Mokhtar tentang “Konsep Sinkretisme Menurut Perspektif Islam: Kajian Terhadap Adat Dan Kepercayaan Masyarakat Kedayan” di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2015 melihat kemungkinan masih wujudnya fenomena sinkretisme dalam masyarakat Kedayan dalam empat aspek yang utama iaitu kepercayaan tentang manusia, mandi langir, mantera dan petua serta adat kematian. Bagi. ay a. masyarakat Kedayan penggunaan mantera dilakukan sejurus bayi dilahirkan. Tembuni bayi akan dibacakan mantera untuk mengelak gangguan makhluk halus. Masyarakat Kedayan mempercayai tentang kembar manusia iaitu Tembuni, tali pusat, Uri dan. M al. Ketuban adalah kembar manusia. Mantera akan dibaca supaya kembar manusia tersebut akan menjaganya. Kembar ini akan mengikut manusia sampailah manusia tersebut meninggal dunia. Sebahagian daripada kepercayaan tentang manusia ini berasal. of. daripada kepercayaan pra-Islam khususnya dinamisme-animisme. Mandi Langir. ity. merupakan upacara ritual yang masih diamalkan oleh masyarakat Kedayan di Sipitang, Sabah. Secara umumnya, tujuan mandi langir adalah untuk membersihkan diri. ve rs. seseorang. Dalam konteks masyarakat Kedayan di Sipitang, mandi langir ini dilakukan oleh orang tua yang berilmu dan berpengalaman. Dalam masa yang sama, ada mantera atau bacaan tertentu yang dilafazkan sebelum dilakukan mandi langir tersebut.. ni. Lazimnya, mandi langir ini dilakukan kepada seseorang dalam upacara peralihan seperti. U. sewaktu berkhatan dan majlis perkahwinan, ibu yang selepas habis pantang melahirkan anak dan wanita selepas habis datang bulan. Pada dasarnya amalan tradisi mandi langir boleh diteruskan dengan memperbetulkan niat dan kefahaman yang tidak sepadan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana sesuatu amalan tersebut adalah bergantung kepada niat ke atasnya. Masyarakat Kedayan ditakuti dan dihormati kerana persepsi bahawa mereka mempunyai pengetahuan di dalam sihir dan ilmu ghaib. Bomoh dan dukun Kedayan dipercayai merupakan pengantara yang pakar iaitu mereka dianggap. 9.

(27) mempunyai kebolehan untuk berhubung dengan orang halus bagi mendapatkan bantuan dalam hal-hal tertentu. Hal ini amat berkait-rapat dengan pengamalan mantera sebagai salah satu cara berkomunikasi dengan makhluk ghaib tersebut. Masyarakat Kedayan khususnya di Sipitang masih dilingkari oleh petua dan amalan mantera yang mempunyai pelbagai fungsi dalam membantu kehidupan mereka. Antaranya ialah mantera bagi menyembuhkan pelbagai penyakit, mantera bagi menjaga rumah mereka khususnya. ay a. daripada gangguan makhluk halus serta mantera yang berfungsi untuk menjauhkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti menolak hujan dan sebagainya. Di samping itu juga terdapat beberapa petua dan pantang larang dalam kehidupan mereka.. M al. Hasil kajian mendapati sesebuah mantera itu bermasalah dan tidak boleh diamalkan sekiranya ia tidak boleh difahami maksudnya. Hal ini kerana dibimbangi mantera tersebut ada kaitan dengan pemujaan selain daripada Allah. Perkara penting yang perlu. of. diambil kira ialah mantera tersebut tidak menyeru pada jin atau mambang. Lazimnya. ity. mantera atau jampi dalam masyarakat Islam di Nusantara bermula dengan cerita tentang asal manusia, seterusnya keadaan sakit tersebut seperti perut memulas dan sebagainya.. ve rs. Di akhirnya barulah permohonan kepada Allah SWT bagi penyakit yang disebutkan. Kajian ini telah berjaya merungkaikan persoalan penggunaan mantera yang bertentangan dengan agama Islam dan amalan-amalan yang disesuaikan dengan Islam.. ni. Kajian ini berbeza dengan kajian pengkaji dari aspek jenis-jenis mantera yang dikaji. U. serta petua dan amalan dalam kecantikan wanita.. Pada tahun 2017, Syamsul Azizul Bin Marinsah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Unsur Sinkretisme dalam Uruf dan adat masyarakat Bajau di Sabah: Analisis dari perpespektif hukum Islam”. Hasil daripada kajian yang dilakukan ini, beliau mendapati masyarakat Bajau mempunyai pegangan yang teguh terhadap agama Islam. Walau bagaimana pun, mereka masih berpegang kuat kepada amalan tradisi sehingga ke hari ini. Kedua-dua aspek ini 10.

(28) dianggap sama penting demi kelangsungan hidup bermasyarakat. Justeru itu, secara tidak langsung sebenarnya wujud konflik antara ajaran Islam dan amalan tradisi yang diamalkan orang Bajau Semporna namun ia tidak disedari atas faktor sinkretisme-Islam dalam adat resam orang Bajau. Sinkretisme-Islam dalam adat resam Bajau secara mudahnya dapat difahami ‘campur aduk’ antara syariat Islam dan adat resam Bajau. Pada hari ini, rata-ratanya adat yang diamalkan oleh orang Bajau banyak mengalami. ay a. perubahan. Dari asalnya animisme atau Hindu-Buddha, ia mampu diserapkan unsurunsur Islam agar kononnya ia didakwa tidak bertentangan dengan syariat Islam. Hakikatnya, asimilasi ajaran Islam dan adat resam Bajau tidak mengalami perubahan. M al. secara kesuluruhan. Walaupun ajaran Islam tetap dijadikan sebagai tunjang asas dan panduan hidup, namun dalam penyelenggaraan sesuatu adat, terdapat unsur-unsur praIslam yang dipercayai mempengaruhi kehidupan orang Bajau. Fenomena sinkretisme. of. agama dalam ajaran Islam boleh menyebabkan kekeliruan dalam memahami sesuatu. ity. ajaran yang dipercayai oleh seseorang individu Bajau Muslim. Pemikiran etnik Bajau pada hari ini masih dipengaruhi kekangan budaya tradisi. Kekangan yang dimaksudkan. ve rs. ialah kepercayaan, pengalaman, persekitaran, agama dan adat resam. Meskipun masyarakat Bajau Semporna pada hari ini mendapat pendidikan secara formal, namun sisa kekangan masih lagi wujud dan sedikit sebanyak masyarakat Bajau berpegang teguh. ni. padanya. Pada dasarnya, keadaan ini tidak begitu disedari tetapi akan terserlah apabila. U. membabitkan amalan tradisi masyarakat Bajau. Oleh sebab itu, unsur budaya, alam sekitar, sejarah dan agama terbukti berperanan menyumbang kepada hala tuju corak serta arah pemikiran masyarakat Bajau. Agama Islam berperanan penting membentuk pemikiran etnik Bajau. Walaupun orang Bajau Semporna masih berpegang teguh dengan amalan tradisi. Terdapat konflik antara adat resam yang diamalkan masyarakat Bajau Semporna dan syariat Islam. Walaupun konflik ini tidak begitu kelihatan memandangkan banyak adat resam Bajau yang cuba disesuaikan dengan kehendak. 11.

(29) agama dan persekitaran, namun jika dianalisis dengan mendalam, ia sebenarnya mempunyai konflik yang begitu besar memandangkan konflik tersebut banyak berkait rapat dengan unsur syirik dan khurafat yang membawa kepada dosa besar ke atas pelakunya. Ini disebabkan implikasi daripada fenomena sinkretisme-Islam. Fenomena sinkretisme ini menyebabkan masyarakat Bajau keliru dalam membezakan perkara adat atau syariat. Seolah-olah segala adat resam Bajau telah diharmoniskan dengan kehendak. ay a. agama, maka ia tidak ditegah untuk diamalkan.. Kajian yang dijalankan hampir sama dengan kajian Ros Aiza Mohd Mokhtar dengan. M al. meneliti tentang amalan tradisi masyarakat yang terdiri daripada adat resam, penggunaan mantera dalam kehidupan menurut pandangan Islam. Walaupun kajian ini tentang masyarakat Bajau tetapi ia diteliti dalam aspek lokasi yang berbeza iaitu. of. Semporna dan Kota Belud.. ity. Kajian tentang mantera turut dilakukan oleh Fadzlina Binti Amran (2001) yang bertajuk “Jampi dan Mantera: Suatu Analisis Genre”. Kajian ini melihat tentang fungsi. ve rs. jampi dan mantera sebagai genre sastera. Kajian ini cuba menghuraikan jampi dan mantera dari segi struktur dan konteks penggunaannya yang berbeza dengan genre sastera yang lain. Fazlina menggunakan teori strategi komunikasi dan dapatan kajian. ni. beliau mendapati jampi dan mantera bukanlah sekadar amalan untuk menyembuhkan. U. penyakit atau memuja sesuatu tetapi mempunyai strategi komunikasi dan taraf kesopanannya yang tersendiri. Jampi mantera mempunyai peranan yang tersendiri walaupun kebanyakannya berpendapat ia hanyalah amalan yang berunsurkan magis dan ritual. Kajian ini amat jauh bezanya dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji yang melihat mantera dari sudut kecantikan dan amalan wanita Bajau.. Hebransyah Usman (2014) telah melakukan kajian peringkat sarjana yang bertajuk “Mantera dalam perubatan dan perbomohan Melayu Kerinci:Analisis fungsi”. Kajian 12.

(30) ini menggunakan Pendekatan Sosiologi Sastera dengan menggunakan Teori Fungsional. Kajian ini telah menggunakan sebanyak 60 jenis mantera perubatan dan 60 jenis mantera perbomohan sebagai bahan kajian dalam tesis ini. Dalam kajian yang dijalankan ini, pengkaji telah merumuskan bahawa dari aspek elemen puitika memaparkan mantera adalah karya sastera puisi Melayu tradisional yang kaya dengan nilai-nilai seni. Dari aspek fungsi dan peranan mantera, sistem perubatan tradisional telah diiktiraf dalam. ay a. institusi lembaga adat dan institusi kemasyarakatan di alam Kerinci. Sehubungan dengan perkembangan era teknologi moden, kedudukan mantera dalam masyarakat Melayu Kerinci pada masa sekarang, dikesan masih relevan diguna pakai sebagai keperluan. M al. hidup, kerana mantera perubatan dan perbomohan di Kerinci, adalah suatu kegiatan yang tidak hanya berfokus pada perubatan penyakit fizikal saja tetapi juga dalam bidang perubatan penyakit mentaliti dan juga penyakit sosial (syndrome fower). Bilamana. of. seorang bomoh ikut dilibatkan dalam institusi adat-istiadat, dan kedudukan bomoh. ity. tersebut ditempatkan sebagai public figure. Peranan yang dimainkan bomoh sebagai pengamal mantera, hal itu merupakan satu indikator bahawa mantera dan bomoh masih. ve rs. diperlukan dalam kalangan masyarakat Kerinci. Dari kepelbagaian kegiatan bomoh sebagai seorang tokoh yang berfungsi dan berperanan sebagai pencipta, pemelihara, pengamal dan pewaris mantera adalah bersesuaian dengan pandangan dunia. ni. (cosmology) dan sistem kepercayaan masyarakat Kerinci. Kedudukan mantera. U. perubatan dan perbomohan di Kerinci, adalah suatu kegiatan magis yang bersifat holistic. (menyeluruh) yang melibatkan elemen-elemen sosial-budaya dan sistem kepercayaan masyarakat. Selama kedudukan institusi bomoh masih tetap kekal berada dalam institusi adat, maka dijangkakan selama itu pula mantera perubatan dan perbomohan diperlukan di dalam masyarakat Kerinci sebagai keperluan hidup di dalam kehidupan sosio-budaya mereka. Kajian ini bersifat mendokumentasikan mantera dan pengkaji tidak membuat analisis mantera ini dengan begitu mendalam dari pelbagai aspek. Kajian ini berbeza. 13.

(31) dengan kajian yang dijalankan kerana pengkaji akan meneliti mantera dari aspek kecantikan wanita serta amalan dan petua yang digunakan tetapi mempunyai persamaan yang sama dari aspek pendekatan kajian dan teori yang digunakan.. Efioren Binti Majea (2014) dalam disertasi sarjananya yang bertajuk “Kepercayaan dan Amalan Tradisi yang Terangkum Dalam Aktiviti Perikanan Nelayan Bajau di Daerah Kota Marudu,Sabah”. Kajian ini dilakukan secara etnografi dengan memberi. ay a. tumpuan kepada aspek kepercayaan dan amalan tradisi/warisan dalam aktiviti perikanan dan kehidupan seharian nelayan Bajau di daerah tersebut. Amalan tradisi yang dikaji. M al. meliputi ritual, pantang-larang dan juga petua yang diamalkan oleh masyarakat Bajau.Walau bagaimanapun,kajian ini tidak menyentuh tentang mantera dan amalan dalam kecantikan wanita Bajau di daerah Kota Marudu. Kajian ini hanya. of. membincangkan tentang mantera yang berkaitan dengan ritual yang melibatkan aktiviti. ity. perikanan.. Kajian terhadap mantera juga telah dilakukan oleh pengkaji dari Universiti. ve rs. Pendidikan Sultan Idris, iaitu Minah Sintian. Minah Sintian telah membuat kajian yang bertajuk “Mantera Atau Rinait Kadazandusun: Tinjauan Dalam Aspek Pengamal Dan Fungsinya Dalam Kehidupan” di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2012.. ni. Dalam kajian ini, beliau melihat rinait digunakan dalam upacara pemujaan kepercayaan. U. yang dianuti oleh masyarakat Kadazandusun tradisional. Masyarakat Kadazandusun mempercayai bahawa alam yang dihuni oleh manusia ini bukan sahaja dihuni oleh makhluk yang kelihatan bahkan juga makhluk ghaib. Manusia perlu berkompromi dengan makhluk ghaib untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia seperti membuka tanah baru sama ada untuk pertanian mahupun untuk membuat rumah. Justeru bobolian harus dipanggil untuk berdoa bagi meminta izin dengan makhluk yang tidak kelihatan itu agar tidak mengganggu ketenteraman manusia yang menggunakan tanah. 14.

(32) tersebut. Rinait merupakan pancaran pemikiran masyarakat tradisional yang ‘genius’ sehingga rinait telah dibudayakan dalam setiap detik kehidupan. Bagi mereka rinait adalah pegangan kepercayaan yang bukan sahaja untuk keharmonian makhluk yang kelihatan bahkan juga untuk makhluk supernatural demi keharmonian dan kesejahteraan hidup. Kajian ini menjelaskan tentang kepentingan Rinait atau mantera dalam masyarakat Kadazandusun. Masyarakat ini mengamalkan rinait dalam kehidupan. ay a. mereka yang melibatkan upacara pembukaan tanah ladang untuk bercucuk tanam dan aktiviti yang lain dalam kehidupan mereka. Bagi masyarakat Kadazandusun mereka amat menghormati aktiviti yang berkaitan dengan penanaman padi. Oleh itu, untuk. M al. memohon agar tanaman mereka sentiasa subur dan diberkati, mereka akan mengamalkan rinait dalam membantu pekerjaan mereka.. of. Seterusnya, kajian pada peringkat sarjana juga dilakukan di Universiti Diponegoro Semarang oleh Uniawati (2007) yang bertajuk “Mantra Melaut Suku Bajo: Interpretasi. ity. Semiotik Riffaterre” telah melihat pemikiran suku bajo dalam mantera yang digunakan. ve rs. untuk aktiviti perikanan. Menurut pengkaji, suku Bajo amat terkenal dengan kehebatan mereka di laut kerana kehidupan masyarakat ini adalah berasaskan laut. Mereka menjalani kehidupan dengan menjadikan perahu sebagai rumah kediaman mereka. ni. berbanding dengan masyarakat lain yang hidup di darat. Menurut pengkaji, Suku Bajo. U. yang ada di Sulawesi Tenggara, khususnya di Kendari sangat terkenal dan akrab sesama masyarakat mereka yang mendiami perahu, tinggal dan hidup di laut, berbanding dengan masyarakat yang tinggal di darat dan mereka beranggapan masyarakat di darat tidak memberikan kepentingan kepada suku Bajo yang mendiami laut (Uniawati, 2007: 28). Oleh kerana kehebatan suku Bajo di laut, mereka amat mempercayai kewujudan makhluk ghaib di laut yang perlu dipuja untuk menyenangkan dan memberi keyakinan terhadap mereka dalam urusan di laut. Suku Bajo amat mempercayai kuasa mantera dapat menolong dan menjamin keselamatan mereka dalam melakukan pekerjaan di laut 15.

(33) seperti menangkap ikan, tujuan pelayaran dan sebagainya. Mantera yang diamalkan oleh masyarakat Bajo ini memaparkan pemikiran dan nilai-nilai budaya mereka. Kajian ini menggunakan Teori Semiotik untuk mengungkapkan tanda-tanda di sebalik mantera yang dikaji. Kajian ini dilakukan kerana ingin mengetahui makna yang terkandung dalam mantera melaut suku kaum Bajo melalui pembacaan heuristik dan hermeneutik serta untuk menentukan matriks dan model yang terdapat dalam mantera tersebut. Di. ay a. samping itu, kajian ini juga untuk melihat hubungan intertekstual mantera melaut dengan teks lain. Walaupun terdapat 58 buah mantera yang diperolehi daripada kajian lapangan tetapi analisis hanya dibuat ke atas 10 buah mantera sahaja yang dipilih. M al. berdasarkan fungsi dan jenis mantera yang digunakan untuk tujuan perikanan. Hasil kajian mendapati mantera yang digunakan terdapat pengaruh bugis dan Arab. Pengkaji juga mendapati kajian interteks terhadap mantera laut masyarakat Bajo mempunyai. of. hubungan dengan ayat-ayat Al-Quran. Hasil penelitian pengkaji itu juga mendapati. ity. masyarakat Bajo digambarkan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Tuhan, kewujudan nabi-nabi, dan mahluk ghaib dan kekuatan ghaibnya. Bagaimanapun kajian. ve rs. ini hanya menumpukan mantera yang digunakan oleh nelayan seperti memancing, menangkap ikan dan sebagainya. Manakala kajian pengkaji pula melibatkan mantera sebagai pakaian diri yang berkaitan dengan kecantikan wanita Bajau. Sama seperti. ni. Hebransyah mantera dan amalan kecantikan wanita Bajau ini akan dianalisis. U. menggunakan Teori Fungsional yang meneliti tentang fungsi mantera tersebut.. Dari aspek kecantikan pula terdapat juga beberapa kajian di peringkat doktor falsafah yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan yang betul akan memberikan kecantikan kepada diri si pengamalnya. Kajian-kajian itu adalah seperti yang dilakukan oleh Sharifah Suraya binti Syed Jamaluddin (2010) dan kajian oleh Salmah binti Omar (2010) juga. Tajuk kajian mereka hampir sama iaitu “Penjagaan Kesihatan wanita Melayu Kampung Selarong Perak” dan “Penjagaan Kesihatan 16.

(34) Masyarakat Melanau Islam Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak”. Sharifah melakukan kajian di Perak, manakala Salmah pula melakukan kajiannya di Sarawak. Tumpuan kajian kedua-dua tesis ini hampir sama iaitu tentang amalan-amalan yang dilakukan dalam kedua-dua masyarakat tersebut untuk memastikan kesihatan mereka baik dan sudah pasti apabila kesihatan baik maka kecantikan akan terserlah. Kedua-dua kajian ini tidak pula menyatakan apakah teori yang mereka gunakan, sebaliknya hanyalah aplikasi. ay a. kepada beberapa konsep yang berkaitan dengan amalan penjagaan kesihatan.2. Kajian yang dilakukan oleh Roziah Omar (1994) yang bertajuk “The Malay Woman. M al. in the Body Between Biology and Culture” telah membincangkan tentang kecantikan menurut pandangan masyarakat Melayu di Melaka. Selain daripada itu,kajian ini juga turut membincangkan tentang kesihatan serta amalan dan pantang larang yang Melayu bagi menjaga kecantikan mereka yang meliputi. of. diamalkan oleh wanita. penjagaan semasa haid,mengandung serta selepas putus haid. Kajian ini mempunyai. ity. persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam meneliti amalan. ve rs. penjagaan kecantikan wanita Bajau.3. Berdasarkan tinjauan perpustakaan yang berkaitan dengan tajuk mantera, didapati banyak kajian tentang aspek ini telah dijalankan oleh sarjana-sarjana luar negara. ni. mahupun di dalam negara. Kajian peringkat Sarjana yang berkaitan dengan Mantera. U. telah dilakukan oleh sarjana dari Indonesia iaitu Fajar Kusworo Adi pada tahun 2013 di Universiti Negeri Yogyakarta. Kajian beliau bertajuk “Kajian Filologi Dan Analisis Mantra Dalam Serat Piwulang Sunan Kalijaga”. Kajian ini menghuraikan hasil penelitian yang berupa kajian filologi berdasarkan naskah yang ditranskripsi dan. 2. Kajian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab 2. 3. Akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab 2. 17.

(35) diterjemahkan. Hasil deskripsi tentang jenis-jenis mantera dalam teks Serat Piwulang Sunan Kalijaga, berjaya menemui 6 jenis mantera, iaitu mantera Pengasihan (Pengasih), (21 mantera), mantera kanuragan (Kebal) (12 mantera), mantera panyuwunan (Pekerjaan) (13 mantera), mantera panulakan (Pendinding) (5 mantera), mantera panglarutan (Pakaian diri) (5 mantera), mantera trawangan (Alam Ghaib) (4 mantera). Mantera-mantera tersebut adalah ajaran yang ditujukan kepada raja-raja di. ay a. Jawa. Kajian ini juga turut mengkaji struktur dan pola mantera dalam teks SPSK. Walaupun kajian ini merupakan kajian yang berdasarkan teks tetapi telah berjaya menghuraikan jenis-jenis mantera yang terdapat dalam teks yang dikaji. Selain daripada. M al. itu, kajian ini juga turut menjelaskan tentang struktur dan pola mantera yang terdapat dalam teks yang dikaji. Kajian ini berbeza dengan kajian pengkaji dari segi teori dan. of. kaedah yang digunakan serta aspek yang dikaji iaitu kecantikan wanita.. Kecantikan juga adalah berkait rapat dengan petua-petua dan juga pantang larang. ity. yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, terdapat juga. ve rs. beberapa kajian tentang petua dan amalan yang dijalankan oleh sarjana-sarjana tempatan. Antaranya ialah kajian yang dibuat oleh Hamidah Abdul Wahab Hassan pada tahun 2013 yang bertajuk “Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu. ni. Sarawak”. Kajian ini melibatkan kajian etnografi di lapangan, iaitu rakaman perbualan. U. dan catatan tentang petua-petua dan pantang larang Melayu Sarawak. Petua-petua dan pantang larang yang dikumpulkan merangkumi beberapa aspek seperti penyakit, hal berkeluarga, keselamatan diri, masakan dan makanan, bercucuk tanam (pekerjaan), bertemu binatang bahaya, kebersihan, kecantikan, dan petua-petua serta pantang larang lain yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Responden kajian ini merupakan warga peribumi Melayu Sarawak dari kawasan Serian, Simunjan dan Kuching. Mereka terdiri daripada golongan berusia 50 tahun ke atas, yang dianggap matang dengan persekitaran, budaya dan alamnya. Kajian juga meliputi dalam aspek kecantikan kaum Melayu 18.

(36) Sarawak yang berupa petua perubatan, petua persediaan untuk pengantin secara khususnya pula melibatkan bahan bahan semula jadi untuk pelbagai tujuan dan manfaat kesihatan serta kecantikan. Selain dapat menghaluskan dan melembutkan kulit, amalan ini dipercayai dapat menaikkan seri muka pengantin. Untuk menaikkan seri wajah juga, pengantin perlu minum air campuran kunyit dengan sedikit gula. Amalan petua tradisional ini sangat penting dilakukan untuk memastikan bakal pengantin kelihatan. ay a. sihat, bersih dan berseri semasa persandingannya, dan resam ini masih kekal dilestarikan pada zaman. Di samping itu, terdapat doa yang perlu dibaca semasa petua atau amalan tersebut diadakan. Doa tersebut jelas menunjukkan kehadiran unsur-unsur Islam dengan. M al. pengutaraan kata-kata seperti ucapan Bismillahirrahmanirrahim, Allah, Rasulullah dan sebagainya, di samping penonjolan penggunaan bahan semula jadi yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan diri seperti kunyit. Hal ini jelas menunjukkan bahawa. of. amalan petua menggunakan elemen tumbuhan berserta doa tersebut masih lagi berpaksi. ity. kepada agama suci Islam, kerana pengamalnya tidak memasukkan unsur pemujaan terhadap roh, kuasa ghaib dan sebagainya. Hal ini mirip dengan amalan masyarakat. jampi. ve rs. Melayu dahulu, iaitu selepas menerima Islam, masyarakat Melayu lazim memulakan serapah. dan. mantera. perubatan. mereka. dengan. bacaan. “Bismillahirrahmanirrahim” dan mengakhirinya dengan lafaz “Dengan berkat kalimah. ni. Lailaha illallah, Muhammadar-Rasulullah”, untuk menambahkan mujarab dan. U. keberkesanannya. Kajian ini merupakan kajian yang amat baik untuk melestarikan amalan dan petua–petua yang telah diamalkan oleh golongan tua sesebuah masyarakat... Kajian tentang pantang larang dan adat resam masyarakat Bajau di Sabah dilakukan oleh Radik Taim dalam kajiannya yang bertajuk Adat Resam Dan Pantang Larang Suku Kaum di Sabah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013. Kajian ini telah menjelaskan tentang beberapa pantang larang dan adat resam dalam masyarakat Bajau, yang melibatkan pekerjaan serta amalan-amalan dalam masyarakat Bajau, contohnya 19.

(37) amalan membuka pintu rumah awal pagi sebelum matahari terbit perlu diamalkan kerana boleh mendatangkan rezeki yang berterusan. Di samping itu terdapat juga adat resam dan pantang larang yang lain yang melibatkan pekerjaan, amalan kecantikan, pertanian, kesihatan dan sebagainya. Kajian ini perlu diteruskan agar dapat melestarikan adat resam dan pantang larang warisan nenek moyang untuk tatapan generasi akan datang. Kajian ini ada kaitan dengan kajian pengkaji dari aspek petua dan amalan dalam. ay a. masyarakat Bajau.. Terdapat juga kajian di peringkat latihan ilmiah yang banyak dilakukan di Akademi. M al. Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kajian-kajian tersebut ialah seperti kajian yang dilakukan oleh Siti Zurializa binti Mahmood (2000/2001) yang bertajuk “Penjagaan Kecantikan di Kalangan Wanita Melayu: Satu Kajian Kes di daerah. of. Klang Selangor”. Kajian ini lebih bertumpu kepada cara-cara penjagaan kesihatan yang akan menjurus kepada kecantikan seseorang wanita. Tidak ada amalan jampi atau doa-. ity. doa tertentu yang disentuh oleh pengkaji. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh. ve rs. Normaizatulakmal Tujad (1996/97) yang bertajuk “Amalan Menyerikan Wajah orang Melayu” lebih bertumpu kepada proses mencantikan diri.. Kajian-kajian lain seperti yang dilakukan oleh Lutfi Omar (1988/89) di fakulti yang. ni. sama yang bertajuk “Pengasih:Satu Kajian Kes di Kampung Pangkal Durian, Mahang,. U. Kelantan”. Kajian oleh Lutfi ini melihat aspek keberkesanan ilmu pengasih kepada si pengamalnya. Kajian ini juga kajian yang penting kepada pengkaji kerana ianya memberikan gambaran bahawa ilmu pengasih ini mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan orang-orang Melayu. Hal ini hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh Sharifah Azizan binti Syed Ahmad (1984/85) yang bertajuk “Ilmu. Pemanis: Satu Tinjauan Mengenai Unsur Ritual, Simbolik dan Estetika Masyarakat di Kampung Jelawat, Kelantan”. Bagaimanapun kajian oleh Sharifah ini cuba. 20.

(38) memperlihatkan bahawa ilmu pemanis ini boleh digunakan untuk menyatukan orangorang Islam untuk aktiviti gotong royong, dan sebagainya. Ianya juga melihatnya sebagai amalan yang baik kerana menghargai warisan ilmu daripada nenek moyang si pengamal. Dengan yang demikian, tidak terlihat adanya lagi kajian yang dilakukan oleh sarjanasarjana samada di dalam atau luar negara yang memfokuskan kepada kecantikan wanita Bajau secara khusus yang berkaitan dengan mantera masyarakat Bajau. Kajian-kajian. ay a. yang dilakukan terlihat memfokuskan kepada masyarakat Melayu tetapi aspek. M al. penelitian adalah hampir sama seperti yang akan dilakukan oleh pengkaji.. Permasalahan Kajian. of. Kajian-kajian yang dilakukan oleh sarjana dan penyelidik sebelum ini sama ada yang. ity. mengkhusus kepada mantera sebagai pakaian diri, amalan pemakanan dan juga pantang larang adalah berkait dengan kecantikan. Bagaimanapun kajian-kajian tersebut dilakukan. ve rs. secara berasingan. Ini menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kajian mereka jika hendak dilihat kepada kecantikan secara menyeluruh. Kecantikan juga sebenarnya bukan sahaja dipandang dari sudut luaran sahaja malah perlu penjagaan dari aspek dalaman. ni. wanita itu sendiri seperti sopan santun, berbudi bahasa, kebijaksanaan peribadinya dan. U. juga kepatuhan wanita-wanita tersebut kepada aspek keagamaan.. Oleh kerana itu kecantikan yang sebenar tidak akan wujud jika tidak dilengkapi dengan penyediaan pakaian diri (seperti mantera, amalan pemakanan, petua, pantang larang) yang sesuai dengan sistem nilai dan konteks budaya satu-satu masyarakat. Bagi masyarakat Islam, pemakaian diri sering dikaitkan dengan doa dan kadangkala mantera. Kedua-dua aspek ini saling melengkapi dengan pemilihan pakaian, peralatan yang bersesuaian dengan sistem nilai budaya masyarakat itu sendiri. 21.

(39) Persoalan Kajian. Antara persoalan yang menjadi perhatian pengkaji dalam melakukan kajian ini ialah:. 1. Apakah jenis mantera dan amalan kecantikan yang diamalkan oleh wanita Bajau? 2. Bagaimana mantera dan amalan kecantikan itu dipraktikkan dalam kehidupan. ay a. wanita Bajau?. 3. Sejauh mana mantera dan amalan kecantikan tersebut sesuai diamalkan oleh. M al. wanita Bajau?. Objektif Kajian. of. Objektif ini menjelaskan tentang kajian yang dilakukan antaranya:. ity. 1. Mengumpul dan mengenal pasti jenis mantera dan amalan kecantikan yang. ve rs. diamalkan oleh wanita Bajau. 2. Menganalisis mantera dan amalan kecantikan yang dipraktikkan dalam kehidupan wanita Bajau.. ni. 3. Menilai dan merumuskan sejauh mana mantera dan amalan kecantikan tersebut. U. sesuai diamalkan oleh wanita Bajau.. Bidang Kajian. Bidang kajian ini ialah sastera dan budaya. Ini kerana dalam karya sastera terdapat elemen-elemen budaya yang tercermin melalui perlakuan watak atau manusia (jika di lapangan). Oleh yang demikian gabungan di antara elemen sastera (mantera) dan juga perlakuan-perlakuan anggota masyarakat yang mengamalkan mantera dan amalan. 22.

(40) tertentu menyerlahkan perlakuan budaya. Jadi dengan tumpuan khusus terhadap pengumpulan mantera dan amalan-amalan yang dilakukan dalam sesebuah masyarakat kajian ini sebenarnya bersifat multi disiplin.. Bahan Kajian. Kajian ini menggunakan bahan mantera yang diperolehi daripada informan. di. ay a. kawasan kajian. Bahan kajian ini meliputi tentang jenis-jenis mantera yang berkaitan dengan kecantikan wanita serta amalan tentang kecantikan wanita masyarakat Bajau yang. M al. diperolehi daripada masyarakat di sekitar kampung yang dikaji. Terdapat 155 mantera telah dikumpulkan oleh pengkaji yang meliputi mantera kecantikan seperti pemanis, pendinding, penunduk/ penggerun, pengasih,penguat badan/kebal dan juga beberapa. of. mantera yang berkait dengan awet muda. Juga dikumpulkan petua-petua serta amalanamalan yang berbentuk doa-doa daripada ayat-ayat Al Quran yang diamalkan oleh. ity. wanita-wanita untuk tujuan yang sama. Semua mantera, petua-petua yang dikumpul dan. ve rs. digunakan di dalam kajian ini telah digunakan oleh masyarakat Bajau untuk memastikan kelangsungan hidup mereka. Mantera, petua serta amalan-amalan yang dipraktikkan dapat dilihat melalui budaya hidup seharian masyarakat Bajau. Kini, budaya ini masih. ni. dipraktikkan oleh sebahagian wanita Bajau walaupun dunia semakin canggih dengan arus. U. pemodenan era teknologi maklumat.. Batasan kajian. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada mantera yang digunakan untuk tujuan kecantikan dan pakaian diri dalam kalangan wanita Bajau. Selain daripada itu, amalan serta petua dalam menjaga kecantikan wanita Bajau juga akan turut dikaji.. 23.

(41) Seterusnya lokasi kajian juga adalah terbatas kepada beberapa buah kampung yang dipilih atas faktor terdapatnya informan yang mempunyai kepakaran dalam mantera yang dikaji. Manakala bagi kajian survei atau tinjauan, lokasi kajian adalah lebih luas meliputi kampung-kampung terpilih daripada keseluruhan daerah Kota Belud. Terdapat 11 buah kampung yang terlibat dalam kajian ini, iaitu kampung Labuan,Kampung Pirasan, kampung Dundau, kampung Tanjung Wakap, kampung Tanjung Pasir, kampung Siasai. ay a. Kumpang, kampung Jawi-Jawi, kampung Taun Gusi, kampung Pandasan, kampung Kulambai dan kampung Kuala Abai. Kajian ini hanya melibatkan beberapa orang penduduk kampung yang terkenal dalam bidang tertentu seperti Tukang urut, Mak. M al. andam, bomoh, tukang besi,bidan kampung dan sebagainya. Maklumat diperolehi daripada penduduk kampung yang lain yang mengetahui tentang bidang kepakaran. ity. Metodologi kajian. of. informan tersebut.. ve rs. Metodologi kajian merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam. mengenal pasti tumpuan masalah kajian. Kajian ini termasuk dalam penelitian kualitatif. Penelitian kualitatif ialah kaedah untuk memperolehi maklumat berkualiti dengan. ni. memberikan fokus terhadap sampel kajian yang kecil. Lazimnya, ia digunakan dalam. U. kajian penelitian bukan numerikal walaupun terdapat keterangan yang merujuk kepada statistik. Penelitian kualitatif juga sering disebut dengan istilah lain seperti interpretive. research, naturalistic research, dan phenomenological research. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kajian kes dan pendekatan etnografi. Pengkaji memperkenalkan satu model kajian baru yang dibuat berdasarkan kombinasi beberapa model kajian oleh pengkaji yang terdahulu. Bagi mendapatkan data yang akan digunakan. 24.

(42) dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data berbentuk kajian kepustakaan dan kajian lapangan.. 1.9.1. Kaedah Pengumpulan Data. Kaedah pengumpulan data ialah usaha-usaha yang dilakukan dengan pengumpulan maklumat sebelum menganalisis dan menginterpretasikan data tersebut. Pengumpulan. ay a. data hendaklah dilakukan secara berterusan dan konsisten. Teknik pengumpulan data ini hendaklah dirancang dengan teliti. Segala maklumat merangkumi prosedur temu bual,. M al. senarai informan, lokasi kajian, perbelanjaan sepanjang proses pengumpulan data, dan sebagainya hendaklah diurus sebaik mungkin sebelum melakukan kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggabungkan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan bagi. of. mengumpulkan data berkaitan.. ity. (a) Kajian Perpustakaan. ve rs. Pengumpulan bahan bacaan, tulisan tentang mantera dan amalan kecantikan, serta masyarakat Bajau banyak diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan. Bahan-bahan yang dikumpulkan tentang kajian termasuklah artikel-artikel yang tersiar dalam majalah,. ni. akhbar, kertas kerja, buku, latihan ilmiah, artikel dalam jurnal, disertasi dan tesis. Dalam. U. kaedah perpustakaan ini, kaedah analisis dokumen diaplikasi iaitu dengan mendapatkan maklumat dan data melalui sumber primer dan sekunder yang diperolehi daripada kajian kepustakaan. Umumnya, analisis dokumen merupakan kaedah pengumpulan data yang relevan terhadap isu dan objektif yang ingin dicapai. Kaedah ini penting bagi tujuan mendapatkan informasi dan maklumat yang sahih dan tepat daripada sumber sekunder. Pengkaji juga cuba mendapatkan bahan-bahan arkib di Jabatan Arkib Negeri Sabah. 25.

(43) kerana ia merupakan rekod yang boleh digunakan untuk memahami budaya komuniti yang dikaji.. Pengkaji juga turut membuat rujukan di:. a. Perpustakaan Utama Universiti Malaya b. Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. ay a. c. Perpustakaan Za’aba, Universiti Malaya. d. Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) e. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. M al. f. Perpustakaan Institut dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. g. Perpustakaan Utama Universiti Putra Malaysia. of. h. Pusat Dokumentasi Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala. ity. Lumpur. i. Pusat Dokumentasi Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah. ve rs. j. Perpustakaan Utama Universiti Malaysia Sabah. ni. (b) Kajian Lapangan. U. Data yang menjadi bahan kajian ini diperolehi melalui kerja lapangan yang dijalankan. di dalam daerah Kota Belud Sabah. Kerja lapangan ini dilakukan dalam tiga peringkat. Kajian peringkat pertama dan kedua dilakukan selama beberapa tahun bermula seawal tahun 2010 sehinggalah tahun 2013. Dalam metode ini, pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Lazimnya, kedua-dua kaedah ini perlu. dilakukan. secara serentak. kerana kaedah. pemerhatian. mampu untuk. memperkukuhkan data-data yang terhasil melalui kaedah temu bual.. 26.

(44) Penyelidikan kualitatif banyak bergantung kepada temu bual dalam mengumpul maklumat. Temu bual adalah kaedah secara langsung mendapatkan maklumat berbentuk pandangan daripada responden. Dalam metode ini,. pada peringkat awal, pengkaji. mendapatkan maklumat tentang latar belakang kampung dan penduduknya daripada temu bual dengan informan utama iaitu ketua kampung dan Jawatankuasa Kerja Kampung (selepas ini ditulis JKKK) kampung, serta pengamal mantera yang terdiri daripada bidan. ay a. kampung dan orang yang mengamalkan mantera. Informan kajian ini kebanyakannya terdiri daripada orang-orang kampung yang berumur 50 tahun ke atas kerana mereka dianggap arif dan matang dengan persekitaran, adat tradisi dan juga budaya masyarakat. M al. Bajau. Banyak maklumat penting diperolehi dengan metode temu bual ini. Antaranya tentang jenis mantera kecantikan serta amalan adat tradisi Bajau dan agama Islam,. of. pegangan orang Bajau terhadap ajaran Islam dan adat tradisi.. Pengkaji juga melakukan temu bual dengan masyarakat Bajau di daerah Kota Belud. ity. Sabah, bagi mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dalam kajian ini. Di samping itu,. ve rs. pengkaji telah melakukan lawatan ke kampung-kampung di daerah Kota Belud. Hasil dari lawatan ini, pengkaji mendapat maklumat mengenai pola petempatan dan kemudahankemudahan infrastruktur yang terdapat di kampung tersebut. Pengkaji masih melakukan. ni. pemerhatian turut serta dan temu bual dengan masyarakat Bajau di daerah Kota Belud. U. Sabah bagi mendapatkan bahan-bahan yang belum mencukupi semasa kajian lapangan yang pertama. Manakala kajian peringkat ketiga pula diadakan sepanjang 2014 sehingga 2017 untuk mendapatkan maklumat terkini bagi melengkapkan kajian pengkaji.. Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah membuat kaji selidik peringkat awal (pilot survey) tentang kampung-kampung yang majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Bajau. Kampung-kampung ini dipilih berdasarkan beberapa info tentang. 27.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kecantikan wanita dan kemanisan cinta seakan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dan terikat dengan elok dalam tiga buah cerpen yang menggambarkan budaya masyarakat Cina

Untuk itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan perihal pengubatan tradisi Bajau yang dikenali sebagai ritual penyembuhan ngalai, yang masih diamalkan dalam kalangan

Perubahan budaya yang disebabkan oleh agama Islam bukan hanya dialami oleh masyarakat Bajau Kota Belud, malah masyarakat dari rumpun Bajau yang lain, seperti orang Bajau

Data kajian yang dikumpul disaring dan dianalisis dengan penekanan dalam dua aspek utama, iaitu; (i) mengetengahkan hubung kait antara petua dan pantang larang tradisional

Apabila darah dan lendir berjalan lancar, ini bermakna kesihatan tubuh wanita kembali berada dalam keadaan yang asal dan normal Berurut dan bertungku bukan sahaja dilakukan

Dalam penggandaan pada bahagian-bahagian tertentu, maka pengulangan berlaku pada unsur kata yang berkenaan dan unsur ini boleh merupakan suku kata (satu atau lebih) atau

Pergerakan wanita Malaysia merujuk kepada karya tari kontemporari oleh Aida dalam kajian ini adalah bagi mendapatkan hak kesaksamaan gender bagi wanita dalam amalan budaya

Dalam penyelidikan ini kajian akan ditumpukan kepada masyarakat Melayu Pesisir Timur Sumatera Utara dan upacara serta mantera ritual Puja Pantai, Tolak Bala, Mandi