• Tiada Hasil Ditemukan

JIB 211 - MIKROBIOLOGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JIB 211 - MIKROBIOLOGI "

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI S A I N S MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2004/2005

Mac 2005

JIB 211 - MIKROBIOLOGI

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT muka swat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab LIMA soalan.

Setiap jawapan mesti dijawab di dalam buku jawapan yang disediakan.

Setiap soalan bernilai 20 markah dan markah subsoalan diperlihatkan di penghujung subsoalan itu.

. .

.2/-

(2)

- 2 - [JIB 21 11 1. (a) Dengan bantuan gambar rajah yang menunjukkan kelok pertumbuhan, jelaskan mengapa pelbagai fasa terbentuk semasa bakteria tumbuh dalam kultur sekelompok.

(10 markah) (b) Terbitkan persamaan

untuk

mengaitkan masa mengganda

(h)

dengan

kadar

pertumbuhan spesifik (p).

(6 markah) (c) Jika anda memulakan pengkulturan dengan

4

sel dan mengakhirinya dengan 512 sel, berapakah generasi yang telah dilalui oleh sel itu? Jika

anda

menginokulat 3 sel dengan masa mengganda 30 minit ke dalam satu medium yang sesuai, berapakah bilangan sel selepas 24 jam ?

(4 markah) 2. Dalam satu mini projek, anda ditugaskan

untuk

memencil bakteria berikut :

(a) bakteria aerob mesofili yang menghidrolisiskan kanji dari tanah.

(5 markah) (b) bakteria berprosteka penyahnitrat Hyphomicrobium vulgure dari

tasik

air

tawar.

(5 markah) (c) bakteria kemoorganotrof aerob tennofili yang membentuk endospora dan

menggunakan selulosa sebagai sumber tunggal karbon dan tenaga.

(5 markah) (d) bakteria kemoorganotrof psikrofili obligat yang mengikat N2 secara bebas

daripada sampel yang dibawa pulang dari Antartika.

(5 markah) Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan

untuk

memastikan anda berjaya mencapai matlamat tersebut.

.

.3l-

(3)

- 3 - [JIB 21 11 3. Huraikan perkaitan ciri bakteria penurun sulfat

(SRB)

dengan kepentingannya dari

segi ekonomi.

(20 markah) 4. Dengan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bagi setiap pasangan berikut :

(a) Kemolitotrof

dan

fotolitotrof

(5 markah)

(b) Bakteria barofili obligat dan bakteria barotolerans

(5 markah)

(c) Medium minimum dan medium kompleks

(5 markah)

(d) Faktor pertumbuhan dan keperluan pertumbuhan

( 5 markah) 5 . (a) Bakteria Clostridium dan Streptococcus bersifat katalase-negatif, manakala Escherichia coli pula bersifat katalase-positif. Kesemua bakteria tersebut dapat menjalankan fermentasi, tetapi mengapakah Clostridium dibunuh oleh 0 2 sedangkan E. coli dan Streptococcus tidak ?

(10 markah) (b) Jelaskan mengapa bakteria aerob seperti Azotobacter dan sianobakteria dapat

mengikat N2 sedangkan enzim nitrogenase peka terhadap 0 2 .

(10 markah) 6 . (a) Huraikan mekanisme yang digunakan oleh E.coli

untuk

mengangkut glukosa memasuki sel. Bagaimanakah mekanisme tersebut berbeza dengan resapan pasif?

(1 0 markah)

. .

.4l-

(4)

- 4 - [JIB 21 13

(b) Berdasarkan kefahaman

an&

&lam kitar nitrogen dan tanpa menyediakan perincian rekabentuk sistemnya, huraikan cadangan mcla bagaimana bakteria dapat

digunakan

untuk menyingku- ammonia dari dalam sebuab akuarium ikan air masin.

(10 markah)

-

0000000

-

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dengan menggunakan langkah-Iangkah yang anda berikan dalam 3(a), huraikan proses merekabentuk sistem tersebut.. Cadangan mestilah mengandungi gambarajah blok, konsep

[a] Anda perlu merekabentuk sebuah beban bayar satelit untuk tujuan penderian jauh, senarai dan terangkan secara ringkas langkah-langkah yang perlu anda pertimbangkan

(b) Huraikan dengan terperinci proses pembekalan tenaga dan daya penurun untuk metabolisme kemoautotrofi yang berlaku dalam bakteria hidrogen.. Huraikan mekanisme-mekanisme

Jika anda seorang pengurus hidupan liar apakah langkah-langkah yang perlu untuk menjayakan usaha

Huraikan dengan terpednci proses pembekalan tenaga dan daya penurun untuk metabolisme kemoautotrofi yang berlaku dalam bakteria hidrogen. Huraikan mekanisme-mekanisme yang

Jelaskan bahan-bahan pencemaran utama yang dihasilkan oleh industri dan huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan kajian kualiti air sungai di kawasan

(b) Sekiranya anda dicadangkan untuk mengguna minyak kelapa sawit bagi penghasilan asid sitrik, huraikan setiap langkah yang akan anda ambil untuk

Jika anda ditugaskan melaksanakan satu program carigali mencari bijih emas di tengah-tengah negeri Pahang, nyata dan huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk