• Tiada Hasil Ditemukan

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Journal of Nusantara Studies (JONUS)"

Copied!
16
0
0

Tekspenuh

(1)

ISSN 0127-9386 (Online)

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

SISTEM KONSONAN DIALEK MELAYU PATTANI SIK

[THE CONSONANT SYSTEM IN THE MALAY PATTANI SIK DIALECT]

ABSTRAK

Kajian ini mendeskripsikan sistem fonologi dialek Pattani Sik yang dituturkan di daerah Sik, Kedah.

Fokus kajian ini ialah membicangkan sistem fonologi yang berlaku di posisi akhir kata dalam dialek ini. Terdapat beberapa fenomena fonologi yang berlaku di akhir kata dalam dialek Pattani Sik, Kedah lantaran sekatan ke atas kehadiran sesetengah konsonan di posisi tersebut dalam dialek ini. Data untuk kajian ini telah diperoleh melalui kajian rintis, soal selidik serta kajian lapangan yang melibatkan pemerhatian dan rakaman. Pengumpulan data di lapangan dilakukan di Kampung Telaga Batu, Sik, Kedah. Penduduk kampung yang berumur antara 45 hingga 75 tahun telah dipilih sebagai responden kajian. Analisis data menunjukkan bahawa dialek Patani Sik tidak membenarkan konsonan /l/, /r/, /h/

dan /m/ berada di akhir kata. Selain itu, hasil analisis data juga menunjukkan bahawa dialek Petani Sik menyisipkan konsonan /j/ antara vokal dan konsonan serta menggantikan konsonan /s/ kepada [ç]

di akhir kata. Perbincangan mengenai sistem fonologi dalam kajian ini dapat memberi pemahaman yang lebih baik sekaligus menghidupkan semula dialek Pattani Sik kepada golongan muda dialek ini yang semakin melupakan dialek tersebut.

Kata kunci: fonologi; akhir kata; Pattani Sik; dialek Kedah; bahasa Melayu.

Abstract

This study describes the phonological system of Pattani Sik spoken in the Sik region of Kedah. The focus of this study is to discuss the phonological system that occurs in the word-final position in the dialect. There are a number of phonological phenomena which occur at word-final position in the Pattani Sik due to restriction on the presence of consonants at this position of word. Data for this study were obtained through pilot study, questionnaire and fieldwork which include observation and recording. Data gathering at the fieldwork was carried out at Kampung Telaga Batu, Sik, Kedah.

Dwellers aged between 45 and 75 were chosen as respondents. The analysis data shows that Pattani Sik dialect disallows consonants /l/, /r/, /h/ and /m/ at word-final position. On top of that, the analysis

(2)

also shows that the dialect inserts /j/ between vowel and consonant, as well as substituting /s/ to [ç] at word-final position. The discussion of the phonological system under study provides a better insight as well as revitalise the Pattani Sik dialect among the youth of the dialect who begin to forget their dialect.

Keywords: phonology; word-final position; Pattani Sik; Kedah dialect; Malay.

1.0 PENGENALAN

Ramai ahli fonologi telah memanfaatkan data dialek sebagai bahan kajian mereka seperti yang dilakukan oleh Lombardi (2001), Awwad Ahmad (2003) dan tidak kurang juga ahli fonologi tempatan seperti Zaharani (1991, 2005, 2006), Adi Yasran (2012) dan Saidatul &

Adi Yasran (2013), Sharifah Raihan (2012, 2013, 2015). Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan dialek sebagai data kajian sudah tidak asing lagi dalam kajian fonologi. Namun begitu, perbincangan tentang isu-isu fonologi yang beroperasi dalam dialek-dialek Melayu masih belum mendapat perhatian formal dalam kalangan penyelidik Melayu. Di samping itu, terdapat juga beberapa dialek Melayu yang masih kurang dibincangkan, seperti yang berlaku ke atas dialek Melayu Pattani Sik (seterusnya, DPS). Justeru, kajian ini bertujuan membincangkan DPS secara formal dengan memfokuskan kepada salah satu isu fonologi dialek tersebut yang masih memerlukan penjelasan. Isu fonologi yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah mengenai sekatan terhadap kehadiran konsonan di akhir kata dalam DPS.

Kajian awal ke atas DPS lebih banyak menumpukan kepada bidang fonetik dan pemanjangan vokal seperti yang dilakukan oleh Asmah (1985). Asmah (1985) membandingkan DPS dengan dialek Kedah (selepas ini, DK). Beliau mendapati bahawa DPS mengalami penggantian konsonan /t/ dan /p/ kepada hentian glotis [ʔ] di akhir kata. Asmah (1985) menuntut bahawa DPS dan DK adalah berbeza dari segi penyebutan konsonan /r/ di tengah suku kata. DK menukarkan bunyi konsonan /r/ di tengah suku kata menjadi uvular [ʀ], manakala DPS merealisasikannya sebagai frikatif velar [ɤ], seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Perubahan bunyi konsonan /r/ di tengah kata kepada frikatif velar [ɤ].

(3)

BMS DK DPS

/tu.met/ [tu.met] [tu.meʔ]

/sə.dɘp/ [sə.dap] [sə.dɘʔ]

/pə.rɔt/ [pe.ɔʀt] [pə. ɤɔʔ]

Berbeza dengan bunyi konsonan /r/ di akhir suku kata. DK tidak mengalami penghilangan konsonan /r/ di akhir suku kata. Berbeza dengan DPS, penghilangan konsonan /r/ berlaku di akhir suku kata. Walau bagaimanapun, penghilangan konsonan /r/ ini tidak digantikan dengan konsonan yang lain.

Jadual 2: Penghilangan konsonan /r/ di akhir suku kata dalam dialek Petani

BMS DK DPS

/tikar/ [tikar] [tikɔ]

/tidur/ [tidɔʀ] [tidɔ]

/bibir/ [bibæʀ] [bibɛ]

Zaharani (2006) pula telah meneliti alternasi fonologi yang didorong oleh kekangan SYARAT KODA dalam enam dialek Melayu iaitu dialek Johor, dialek Perak, dialek Melaka, dialek Kedah, dialek Sarawak dan dialek Kelantan. Kajian beliau ini melihat perbezaan fonologi antara enam dialek ini melalui kepelbagaian yang wujud disebabkan oleh bunyi konsonan likuida /l/ dan /r/ di posisi koda akhir kata. perbezaan fonologi bagi bunyi likuida /l/

dan /r/ di posisi koda suku kata bagi dialek Kedah dikatakan berlaku disebabkan oleh syarat koda yang membezakan fitur. Zaharani (2006) menyatakan lateral [r] di koda akhir kata dalam dialek Kedah digantikan dengan bunyi frikatif faring [ʢ]. Contohnya, input /pagar/

menjadi [pagaʢ].

(4)

Perbincangan mengenai sistem fonologi DPS sangat sedikit bilangannya sedangkan masih banyak lagi perubahan fonologi yang beroperasi dalam DPS yang perlu dikaji. Salah satunya ialah penghilangan konsonan yang menduduki posisi akhir suku kata. Seperti yang berlaku dalam kebanyakan dialek Melayu, DPS sebenarnya turut tidak membenarkan beberapa konsonan hadir di posisi akhir kata. Misalnya, kajian oleh Adi Yasran (2012) yang memfokuskan pada konsonan di posisi koda akhir kata dalam dialek Kelantan. Dalam kajian beliau, hanya segmen fitur tanpa daerah dibuktikan boleh menduduki posisi akhir kata, iaitu segmen [ʔ], [h] dan fitur [N] sahaja.

Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan sistem fonologi yang beroperasi di lingkungan akhir kata dalam DPS secara deskriptif.

2.0 RINGKASAN LATAR BELAKANG DPS

DPS sebenarnya merupakan sebuah dialek yang berasal daripada dialek Pattani (DP) yang terdapat dalam rumpun bahasa Austronesia dan tergolong dalam bahasa Melayu Timur Laut.

Pada asalnya DP berasal daripada Thailand dan dituturkan secara meluas di wilayah selatan Thailand seperti Narathiwat, Yala, Pattani dan di sesetengah kawasan di Songkhla dan Satun (Yupho, 1989; Ruslan, 2011). Di Malaysia, DP banyak dituturkan oleh masyarakat di Semenanjung seperti di Kelantan, Perak dan Kedah. Di negeri-negeri ini, DP lebih dikenali sebagai dialek Pattani Kelantan, dialek Pattani Perak dan DPS dan dialek Pattani Baling di Kedah.

Di Kedah, terdapat tiga daerah sahaja yang menuturkan DP, iaitu daerah Sik, daerah Baling dan daerah Padang Terap. Ketiga-tiga daerah ini mempunyai kedudukan yang bersempadan dengan Thailand dan Perak. Disebabkan itu, berlakunya peresapan bahasa dari Thailand dan Perak serta perpindahan penduduk terutamanya dari wilayah Pattani, Thailand ke daerah Sik, daerah Baling dan daerah Padang Terap. Penduduk yang berpindah dari wilayah Pattani, Thailand ini dipanggil sebagai orang Pattani. Disebabkan itu, ketiga-tiga daerah ini, iaitu daerah Sik, daerah Baling dan daerah Padang Terap menjadi kawasan peralihan antara dialek, iaitu dialek Kedah dan dialek Petani. Di ketiga-tiga daerah ini, dialek

(5)

Pattani adalah berbeza-beza. Di daerah Sik, dialek ini dikenali sebagai DPS, manakala di daerah Baling pula dikenali sebagai dialek Pattani Baling (Asmah, 1985).

Rajah 1: Peta daerah-daerah di negeri Kedah.

Perkataan Sik berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘Syed’ atau ‘Sheikh’ dan jika disebut dalam dialek Pattani ianya berbunyi ‘Sik.’ Manakala sebutannya antara ‘Saik’ atau ‘Sik.’

Penemuan daerah ini bermula apabila terdapat sebuah rombongan pendakwah Arah yang telah berhenti dan singgah dengan menggunakan perahu di suatu tempat yang dikenali sebagai Lubuk Tok Keramat, Sungai Chepir. Mereka telah membuat perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Rombongan pendakwah ini berketurunan Wan Ibrahim Mekong. Tapak tersebut kemudiannya dikembangkan menjadi sebuah penempatan dan pondok. Pondok tersebut menjadi yang pertama dibina di daerah Sik dan mungkin yang pertama di negeri Kedah. Padang Tok Sheikh kini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik.

(6)

Keluasan daerah Sik ialah 1,635 km persegi, iaitu 17.35% daripada keluasan negeri Kedah. Daerah ini merupɣakan daerah yang paling besar di negeri Kedah. Daerah Sik bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. Daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik. Daerah ini masih lagi terpelihara dengan flora dan faunanya. Daerah ini juga mempunyai kawasan hutan lipur serta hutan rekreasi yang banyak seperti Bukit Payung yang dijadikan sebagai kawasan simpanan dan kawasan larangan memburu. Terdapat juga hutan lipur dan hutan rekreasi yang dibuka untuk tujuan pelancongan seperti Hutan Rekreasi Rimba Taqwa, Hutan Lipur Lata Mengkuang dan Ladang Anggur Tasik Beris.

3.0 METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan untuk memperolehi data DPS ialah (1) kajian rintis, (2) soal selidik, dan (3) pemerhatian dan rakaman di lapangan.

Kajian rintis dilaksanakan selama tujuh hari untuk meninjau kawasan sekitar di daerah Sik bagi meneliti kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan kajian sebelum kajian lapangan bermula. Selain itu, bilangan penduduk juga diteliti dan seterusnya responden yang menepati ciri-ciri tertentu seperti tahap umur, tahap pendidikan, penguasaan bahasa dan tempoh menetap di kawasan kajian turut dipilih. Selepas melakukan kajian rintis di kawasan tersebut, didapati bahawa lingkungan kawasan pertuturan DPS adalah sangat luas, iaitu meliputi keseluruhan daerah Sik. Skop kajian dikecilkan lagi dan kawasan kajian yang dipilih ialah Kampung Telaga Batu (KTB). KTB dipilih sebagai kawasan kajian kerana di perkampungan tersebut didiami oleh kebanyakan golongan penutur yang berumur 40 tahun dan ke atas dan sebahagian besarnya adalah penutur natif DPS. Untuk kajian ini, responden yang berumur antara 45 hingga 75 tahun telah dipilih sebagai responden kajian yang terdiri daripada wanita dan lelaki. Mereka ini terdiri daripada orang kampung yang hanya mendapat pendidikan setakat sekolah rendah dan menengah sahaja dan melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan.

(7)

Setelah maklumat yang diperlukan diperolehi dalam kajian rintis, maka kerja pengutipan data sebenar di lapangan kemudiannya dilaksanakan. Kajian lapangan ini mengambil masa lima hari. Pengutipan data dimulakan dengan meminta maklumat peribadi daripada responden untuk melengkapkan soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian A ialah maklumat diri responden dan bahagian B ialah senarai data leksikal.

Bahagian A ini perlu dilengkapkan terlebih dahulu sebelum pemerolehan data leksikal dilakukan.

Setelah itu, kaedah pemerhatian dan rakaman dilakukan. Pemerhatian dilakukan di kedai-kedai runcit, warung-warung, pasar dan rumah kenduri yang mempunyai bilangan responden yang ramai dan terdiri daripada golongan warga tua. Kaedah pemerhatian ini mengambil masa lebih kurang antara 10 hingga 15 minit dan dilakukan dengan merakam perbualan yang berlangsung antara mereka yang terlibat. Penggunaan kaedah rakaman secara sembunyi dilakukan supaya sebutan yang sebenar dalam DPS dapat diperolehi dan bukannya sebutan yang dibuat-buat oleh responden. Alat rakaman diletakkan berdekatan responden sewaktu responden sedang berbual-bual. Secara keeseluruhannya, seramai 50 responden yang terdiri daripada lelaki dan wanita telah terlibat dalam pengumpulan data DPS ini.

4.0 INVENTORI FONEM BMS DAN DPS

Inventori fonem merujuk kepada senarai fonem yang bersifat dalaman yang wujud dalam sesuatu bahasa. Berikut dibincnagkan inventori fonem bagi BMS dan DPS sebgai perbandingan dan pemahaman untuk perbincangan selanjutnya.

4.1 Inventori Fonem BMS

Ahli-ahli bahasa ini mempunyai pandangan yang berbeza apabila membincangkan tentang inventori fonem konsonan bahasa Melayu. Farid (1980) menyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai 18 fonem konsonan iaitu /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /tʃ/, /dʒ/, /s/, /h/, /m/, /n/, /ɲ/, /ɳ/, /l/, /r/, /j/ dan /w/. Manakala Abdullah (1974), Yunus (1980) dan Teoh (1994) menyatakan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat 19 fonem konsonan, iaitu /p/, /b/, /t/, /d/, /g/, /tʃ/, /dʒ/, /s/, /h/, /m/, /n/, /ɲ/, /ɳ/, /l/ dan /r/, /w/ dan /ʔ/. Berdasarkan Jadual 2 di bawah, inventori

(8)

konsonan BMS terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, Ɂ /, dua bunyi konsonan letusan /tʃ, dʒ /, empat konsonan sengauan /m, n, ɲ, ŋ/ satu konsonan sisian /l/, dua konsonan geseran /s, h/, satu konsonan getaran /r/, dan dua bunyi separuh vokal /w, j/. Dalam Jadual 3 di bawah ditunjukkan kesemua 19 konsonan yang terdapat dalam BMS.

Jadual 3: Inventori Konsonan BMS (Yunus Maris, 1980:51)

Daerah Sebutan

Cara Sebutan Bibir Gigi-gusi Gusi-Lelangit keras Lelangit keras Lelangit lembut Pita suara Letupan p b t d k g Ɂ

Letusan tʃ dʒ

Sengauan m n ɲ ŋ

Sisian l

Geseran s h

Getaran r

Separuh vokal w j

4.2 Inventori Fonem DPS

Kajian mengenai fonem DPS masih belum dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Namun Asmah (1985) menyatakan bahawa DPS merupakan sebahagian daripada subkawasan dialek Melayu Utara iaitu sekumpulan dengan dialek Perlis, Pulau Langkawi, Lembah Kedah-Seberang Perai yang bermula dari Kubang Pasu hingga ke Bandar Baharu, daerah Baling, daerah Padang Terap sehingga ke Padang Besar. Kajian yang paling hampir dengan DPS ialah kajian yang dilakukan oleh Shahidi (2009). Kajian beliau mengenai fonologi subdialek Kedah Utara. Dalam kajian ini, beliau mengelaskan inventori konsonan seperti dalam Jadual 4 di bawah:

Jadual 4: Inventori konsonan subdialek Kedah Utara.

(9)

Daerah sebutan

Cara sebutan

Bilabial Alveolar Palato- Alveolar

Velar Glotal

Hentian p b t d k g

Afrikat s tʃ dʒ h

Nasal m n ɲ ŋ

Lateral l

Getaran ɣ

Separuh Vokal j w

Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 18 konsonan dalam subdialek Kedah Utara, iaitu enam konsonan hentian /p, b, t, k, g/, empat konsonan afrikat /s, tʃ, dʒ, h/, empat konsonan nasal /m, n, ɲ, ŋ/, satu konsonan lateral dan getaran, iaitu masing-masing /l/ dan /ɣ/

dan dua konsonan separuh vokal /j, w/.

Namun, hasil daripada kajian ke atas DPS ini, didapati bahawa terdapat satu lagi konsonan yang perlu dipertimbangkan sebagai salah satu konsonan dalam dialek Kedah Utara, iaitu konsonan [ç]. Ini dapat dilihat dalam DPS apabila berlakunya proses perubahan konsonan /s/ menjadi konsonan [ç]. Contohnya, /halus/ direalisasikan sebagai [haluç] dan bukannya [halos] seperti yang dituturkan dalam BMS dan beberapa dialek Melayu yang lain seperti Johor dan Melaka.

5.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Hasil daripada analisis yang dibuat ke atas data DPS yang diperolehi di lapangan, berikut dibincangkan proses-proses fonologi yang melibatkan perubahan pada konsonan di posisi koda akhir, iaitu proses peleburan, proses penyisipan dan proses penggantian.

5.1 Peleburan Konsonan /r/, /l/, h/ dan /m/

(10)

Menurut McCarthy & Prince (1995), peleburan ialah apabila input yang berbilang menjadi satu kesepadanan dalam output. Hubungan antara input dan output adalah seperti Rajah 2 di bawah ini:

Rajah 2: Hubungan antara input dan ouput

Rajah 2 di atas menunjukkan bahawa input X1 dan X2 bergabung menjadi satu dan menjadi output X12. Contohnya, seperti yang berlaku dalam dialek Terengganu (Nur Adibah

& Sharifah Raihan, 2017), iaitu proses peleburan konsonan pada suku kata akhir perkataan.

Antara contoh peleburan konsonan yang berlaku pada suku kata akhir perkataan dalam dialek Terengganu adalah seperti /tukaɣ/ menjadi [tukɔ], iaitu segmen /ɣ/ dihilangkan dan vokal /a/

direalisasikan sebagai [ɔ]. Perlu dinyatakan bahawa, peleburan di posisi koda akhir suku kata ini turut berlaku dalam DPS. Dalam DPS, terdapat empat konsonan akhir yang mengalami proses peleburan, iaitu /r/, /l/, /h/ dan /m/.

Dalam DPS, konsonan /r/ mengalami proses peleburan sekiranya konsonan /r/

mempunyai urutan /ur/ dan /ir/ di koda akhir kata. urutan /ur/, /ar/ dan /ir/ masing-masing berubah menjadi [ɔ], [a] dan [ɛ]. Contohnya, /telur/ menjadi [telɔ], /bayar/ menjadi [baya] dan /hilir/ menjadi [hilɛ], iaitu konsonan /r/ di koda akhir kata digugurkan dan vokal sebelum /r/

itu mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 dan 6 di bawah:

Jadual 5: Peleburan vokal /ur/ menjadi [ɔ]

Input BMS DPS

/tǝ.lur/

/ti.dur/

/gu.gur/

tǝ.lur ti.dur gu.gu

tǝ.lɔ ti.dɔ gu.gɔ

(11)

/a.tur/

/la.jur/

/da.pur/

a.tur la.jur da.pur

a.tɔ la.jɔ da.pɔ

Jadual 6: Peleburan segmen /ir/ menjadi [ɛ]

Input BMS DPS

/a.ir/

/fi.kir/

/ka.fir/

/hi.lir/

/bu.tir/

/ma.hir/

a.ir fi.kir ka.fir hi.lir bu.tir ma.hir

æ fi.kɛ ka.fɛ hi.lɛ bu.tɛ ma.hɛ

Jelas dilihat daripada paparan data dalam Jadual 4 dan 5, berlaku peleburan segmen ke atas dua segmen pada suku kata akhir perkataan dalam DPS, iaitu /ur/ dan /ir/ yang mana masing-masing berubah menjadi vokal [ɔ] dan [ɛ]. Proses peleburan dua segmen menjadi satu segmen ini dapat diilustrasikan dalam rajah koresponden di bawah:

Rajah 2: Koresponden segmen antara input dan output dalam proses peleburan

Selain konsonan /r/, konsonan /l/ juga mengalami peleburan di akhir kata. Peleburan konsonan /l/ berlaku di koda akhir kata sama seperti konsonan /r/ yang dibincnagkan di atas.

Dalam DPS, konsonan /l/ mengalami peleburan sekiranya konsonan /l/ di koda akhir kata mempunyai urutan vokal seperti /u/, /a/ dan /i/. Contohnya, /saɳgul/ menjadi [saɳgɔ], /kapal/

menjadi [kapa] dan /kutil/ menjadi [kutɛ], iaitu peleburan /ul/, /al/ dan /il/ masing-masing menjadi [ɔ], [a] dan [ɛ]. Contoh data untuk proses peleburan konsonan /l/ dalam DPS ialah seperti yang terdapat dalam Jadual 7 dan 8 di bawah:

(12)

Jadual 7: Peleburan /ul/ menjadi [ɔ]

Input BMS DPS

/saŋ.gul/

/kə.tul/

/tu.kul/

/pu.kul/

/sam.pul/

/tum.pul/

saŋ.gol kǝ.tol tu.kol pu.kol sam.pol tum.pol

saŋ.gɔ kə.tɔ tu.kɔ pu.kɔ sam.pɔ tum.pɔ

Jadual 8: Peleburan /ir/ menjadi [ɛ]

Input BMS DPS

/paɳ.gil/

/am.bil/

/ku.til/

/ka.til/

/cuɳ,kil/

/ka.il/

pang.gel am.bel ku.tel ka.tel cung.kel ka.el

paɳ.gɛ am.bɛ ku.tɛ ka.tɛ cuɳ.kɛ ka.ɛ

Selain itu, konsonan /h/ turut mengalami peleburan di koda akhir kata dalam DPS.

Peleburan ini walau bagaimanapun hanya berlaku sekiranya /h/ didahului oleh vokal tinggi /u/ seperti /tuduh/ dan /basuh/ yang disebut oleh penutur DPS masing-masing sebagai [tudɔ]

dan [ basɔ]. Jadual 9 di bawah memaparkan contoh untuk proses fonologi peleburan ini:

Jadual 9: Peleburan segmen /uh/ menjadi [ɔ]

Input BMS DPS

/ba.suh/

/tar.uh/

/ta.buh/

ba.soh ta.roh ta.boh

ba.sɔ ta.rɔ ta.bɔ

(13)

/bu.luh/

/mak.ruh/

/taɳ.guh/

bu.loh mak.roh tang.goh

bu.lɔ mak.rɔ taɳ.gɔ

Konsonan /m/ yang menduduki posisi koda akhir kata yang didahului oleh vokal /a/

seperti /macam/ menjadi [maʧɛ] mengalami peleburan dalam DPS. Contoh data ditunjukkan dalam Jadual 10 di bawah:

Jadual 10: Peleburan urutan /am/ menjadi [ɛ]

Input BMS DPS

/lə.bam/

/e.nam/

/ma.cam/

/hi.tam/

/ta.nam/

/kə.lam/

le.bam e.nam ma.cam hi.tam ta.nam ke.lam

lə.bɛ e.nɛ ma.lɛ hi.tɛ ta.nɛ kə.lɛ

6.2 Proses Penyisipan /j/

Dalam DPS, penyisipan berlaku antara vokal dan konsonan di akhir kata. Contohnya, /bebas/

menjadi [bebajh], iaitu penyisipan konsonan /j/ antara vokal /a/ dan konsonan /s/ di akhir kata. Proses penyisipan /j/ ini telah mengubah konsonan akhir DPS, iaitu /s/ menjadi [h]. Di samping itu, penyisipan /j/ juga berlaku antara vokal /a/ dan konsonan /s/, seperti yang dipaparkan dalam Jadual 11 di bawah.

Jadual 11: Penyisipan konsonan /j/

Input BMS DPS

/bə.bas/

/kə.las/

/lə.pas/

/bəkas/

be.bas ke.las le.pas be.kas

bə.bajh kə.lajh]

[lə.pajh]

[bə.kajh]

(14)

/tan.das/

/ri.mas/

tan.das ri.mas

[tan.dajh]

[ri.majh]

6.3 Proses Penggantian /s/

Dalam dialek Melayu juga terdapat proses fonologi penggantian ini. Teoh (1988) mendakwa di konsonan hentian seperti /k/, /t/ dan /p/ berubah menjadi [ʔ] apabila berada di posisi koda suku kata. Contoh ini dapat dilihat dalam Jadual 12 di bawah:

Jadual 12: Konsonan /t/ dan /p/ menjadi [ʔ] di akhir kata (Teoh, 1988)

Input Output /ikat/ [ikaʔ] ikat

/dakap/ [dakaʔ] dakap

Dapat dilihat dalam kedua-dua contoh di atas, konsonan di akhir kata, iaitu /t/ dan /p/

digantikan dengan hentian glotis dan direalisasikan sebagai hentian glotis [Ɂ]. Dalam DPS juga berlaku proses penggantian konsonan, iaitu perubahan konsonan /s/ berubah menjadi konsonan [ç] di koda akhir kata. Proses ini juga berlaku dalam DPS, iaitu perubahan konsonan /s/ kepada konsonan [ç] seperti ditunjukkan dalam Jadual 13 di bawah.

Jadual 13: Perubahan konsonan /s/ menjadi [ç]

Input BMS DPS

/halus/

/bərus/

/ratus/

/təbus/

/rəbus/

/arus/

halus berus ratus tebus rebus arus

[haluç]

[bəruç]

[ratuç]

[təbuç]

[rəbuç]

[aruç]

(15)

Pemaparan data dalam Jadual 4 sehingga Jadual 13 menunjukkan bahawa dalam DPS terdapat tiga proses fonologi, iaitu proses peleburan, proses penyisipan dan proses penggantian. Proses peleburan dalam DPS terbahagi kepada tiga, iaitu perubahan bunyi /ur/, /ul/ dan /uh/ berubah menjadi [ɔ]. Kedua, perubahan bunyi /ar/ dan /al/ berubah menjadi [a].

Ketiga, perubahan bunyi /ir/, /il/ dan /am/ berubah menjadi [ɛ]. Manakala proses penyisipan berlaku dalam bunyi /as/ menjadi [ajh]. Dalam DPS juga mengalami penggantian, iaitu penggantian /us/ menjadi [uç].

5.0 KESIMPULAN

Setiap bahasa dan dialek mempunyai konsonan yang tidak dibenarkan menduduki posisi akhir suku kata. Kehadiran sesetengah konsonan di posisi ini lazimnya ditangani dengan cara khusus bahasa atau dialek - bergantung kepada bahasa atau dialek tersebut. Hal ini berlaku dalam DPS yang tidak membenarkan konsonan-konsonan seperti /r/, /l/, /h/ dan /m/

menduduki suku kata akhir dan kehadiran konsonan-konsonan ini ditangani dengan proses fonologi yang dinamakan sebagai peleburan. Proses peleburan menyebabkan kosnonan- konsonan /r/, /l/, /h/ dan /m/ tidak lagi berada di posisi akhir kata, seperti yang telah ditunjukkan dalam data DPS di atas. Selain itu, dalam DPS juga mempunyai proses penyisipan /j/ dan penggantian konsonan /s/. Contohnya, /be.bas/ menjadi [be.bajh].

Pendeskripsian proses fonologi di akhir kata dalam DPS ini dapat merancakkan lagi perbincangan ilmu linguistik amnya dan ilmu fonologi khasnya berkenaan dengan dialek Melayu. Sehingga kini, kajian mengenai dialek Kedah termasuklah dialek Pattani Sik ini hanya mendapat perhatian segelintir daripada ahli-ahli dan pengkaji bahasa. Justeru, kajian ini dapat melengkapkan perbincangan mengenai dialek Kedah khususnya dialek Pattani Sik seiring dengan dialek-dialek Melayu yang lain. Di samping itu, kajian ini juga dapat memberi pemahaman kepada penutur-penutur dialek-dialek Melayu khususnya dalam kalangan penutur DPS sendiri kerana dialek ini semakin hari semakin hilang penuturnya. Kebanyakan penutur asal DPS terutamanya golongan muda sudah kurang menuturkan DPS dalam pertuturan seharian mereka disebabkan oleh pelbagai faktor seperi prestij, pendidikan formal, penghijrahan ke bandar untuk bekerja dan sebagainya. Justeru, kajian ini sedikit sebanyak dapat menghidupkan kembali DPS yang semakin kurang penutur jatinya.

(16)

RUJUKAN

Adi Yasran Abdul Aziz. (2012). Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan.

Journal of Language Studies, 12(4), 1127-1145.

Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

McCarthy, J. & Prince, A.M. (1995). Faithfulness and reduplicative identity. Amberst:

University of Massachusetts

Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2012). Co-phonology vs. indexed constraint theory: a case study of Perak dialect partial reduplication. Journal of the Southeast Asian Linguistics Society (JSEALS) 5, 97-106.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2013). Nasal Substitution in Sarawak Malay Dialect. Asian Social Science Journal, 9(4), 92-99.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2015). Nasality and Voicing in non-standard dialects of Malay.

Dialectologia Revista Electronica Journal, 15,137-156.

Nur Adibah Hasan & Sharifah Raihan Syed Jaafar. (2017). Struktur Suku Kata Terbitan Dialek Terengganu. Akademika, 87(1), 165-175.

Saidatul Faiqah Samasu & Adi Yasran Abdul Aziz. (2013). Inventori fonem konsonan dialek Melayu Kuching Sarawak. Jurnal Linguistik, 17(1), 10-18.

Shahidi A. H. (2009). Alternasi dalam fonologi subdialek Kedah Utara. Jurnal Bahasa, 9(2), 302-325.

Yupho, N. (1989). Consonant Clusters and Stress rules in Pattani dialect. Mon-Khmyer Studies, 15, 125-137.

Zaharani Ahmad. (1991). The phonology and morphology of the Perak dialect. Kuala Lumpur: Institute of Language and Literature.

Zaharani Ahmad. (2005). The phonology-morphology interface in Malay: an Optimality theoretic account. Pacific Linguistics: The Australian National University.

Zaharani Ahmad. (2006). Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan. E-Bangi, 1(1), 1-26.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Manakala, distribusi konsonan plosif yang lain tetap sama seperti konsonan plosif yang terdapat dalam bahasa Melayu baku, iaitu kesemuanya boleh hadir pada posisi awal kata, tengah

Dalam kajian dialek-dialek Melayu, pelaksanaan rumus reduksi vokal sering merealisasikan /a/ di akhir kata sebagai [  ]. Berbeza dengan bahasa Kerinci dialek Semerap

Dalam derivasi ini, sebelum berlakunya proses penyukuan semula suku kata, terlebih dahulu fenomena dialek ini telah berlaku proses pembundaran vokal iaitu vokal /a/

Analisis sintaksis mendapati bahawa Komp’ sememangnya mempunyai fitur [uwh] yang kuat tetapi kekuatan berkenaan tidak menjadi penyebab kata tanya tersebut bergerak ke posisi

Contoh yang telah diberikan jelas membuktikan bahawa kata soal terbuka mempunyai berbagai-bagai jenis bentuk jawapan, termasuk yang melibatkan kata nama, kata

Daripada 1000 item (kata) yang penulis kumpulkan, terdapat lebih dari 40 kata yang menunjukkan /i/ dalam dialek Tapangu sepadan dengan /z/ dalam dialek Tfuea dan Duhtu; lihat Senarai

*m dan *n pada akhir kata mengalami inovasi yang sama, iaitu digugurkan mnakala dalam dialek Terengganu pula, bunyi tersebut turut mengalami inovasi tersendiri berbeza daripada

Makalah ini bertujuan untuk meneliti alternasi fonologi yang didorong oleh kekangan syarat koda dalam enam dialek daerah bahasa Melayu, iaitu dialek Johor, dialek Kedah, dialek