• Tiada Hasil Ditemukan

View of Peranan Pentadbiran Zakat, Infaq, Sedekah dan Wakaf Dalam Sekuriti Makanan Di Kalangan Golongan Rentan ketika Krisis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Peranan Pentadbiran Zakat, Infaq, Sedekah dan Wakaf Dalam Sekuriti Makanan Di Kalangan Golongan Rentan ketika Krisis"

Copied!
19
0
0

Tekspenuh

(1)

Peranan Pentadbiran Zakat, Infaq, Sedekah dan Wakaf Dalam Sekuriti Makanan Di Kalangan Golongan Rentan ketika Krisis (The Role of Zakat, Infaq, Alms and Waqf Administration in Food

Security among Vulnerable Groups during Crisis)

Muhammad Izzat Mohamed1*, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai1

1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: muhammad.izzat.mohamed@gmail.com Accepted: 15 December 2021 | Published: 31 December 2021

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpg.2021.3.4.4

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pandemik Covid-19 adalah fenomena yang tragik dan krisis yang perlu ditangani oleh seluruh dunia serta sangat menguji daya tahan sekuriti makanan sesebuah Negara.

Pentadbiran dan pengurusan ZISWAF khusus dalam bidang pertanian adalah amat penting untuk menangani krisis dan melindungi golongan rentan. Penulisan ini berbentuk kualitatif berasaskan data-data dan maklumat daripada kajian kepustakaan dan seterusnya ia dianalisis berdasarkan pendekatan deduktif. Zakat, infak, sedekah dan wakaf mempunyai cara tindak balas tersendiri yang dilihat secara konsistennya dapat membantu golongan rentan. Maka pentadbiran ZISWAF bersesuaian sebagai instrumen dasar untuk bertindak balas mengikut empat garis tindakan yang digunakan dalam Program Tindak Balas Krisis Makanan Global iaitu bertindak dalam mengawal dan menstabilkan harga, bertindak mengukuhkan stok penimbal, bertindak untuk mewujudkan jaringan keselamatan makanan dan dapat bertindak merangsang tindak balas penawaran bekalan dalam pertanian.

Kata kunci: ZISWAF, krisis makanan, sekuriti makanan

Abstract: The Covid-19 pandemic is a tragic phenomenon and crisis that needs to be addressed by the whole world as well as severely testing the resilience of a country's food security. The administration and management of ZISWAF specialized in agriculture is very important for the crisis and protection of the vulnerable. This writing is qualitative based on the data and information studied in the library and then it is analyzed based on deductive.

Zakat, infaq, alms and waqf have their own ways of response that are seen to consistently help the vulnerable. Therefore, the administration of ZISWAF is suitable as a policy instrument for response according to the four lines of action used in the global Food Crisis Response Program made in the form of and stabilize prices, applications to strengthen buffer stocks, applications to create food safety nets and can stimulate a response offers deals in agriculture.

Keywords: ZISWAF, food crisis, food security

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pandemik covid-19 adalah fenomena yang tragik dan krisis yang perlu ditangani oleh seluruh dunia serta sangat menguji daya tahap sekuriti makanan sesebuah Negara. Bekalan makanan memainkan peranan dalam memungkingkan keterusan hidup manusia dalam sesebuah Negara.

(2)

Bekalan makanan adalah merupakan komoditi makanan pertanian yang diperolehi oleh sesebuah Negara sama ada import mahupun pengeluaran domestik untuk menampung kepenggunaan masyarakat. Disebabkan hal demikian, kemungkinan berlakunya penutupan dan sekatan eksport dimana negara-negara pengeksport masing-masing menjaga keperluan negaranya sendiri.

Oleh itu, ini menyumbang kepada titik perubahan kepada sekuriti makanan di Malaysia. Titik perubahan ini akan menilai sejauh mana kekuatan Malaysia dalam mengawal kestabilan dalam rantaian pengeluaran makanan kepada pengguna, keadaan pasaran makanan dan spekulasi harga komoditi makanan. Perkara ini akan memaksa sesebuah negara meningkatkan sumber pertanian untuk dijadikan bekalan makanan dengan mewujudkan pelbagai alternatif untuk petani meningkatkan pengeluranan tanaman disamping ditampung oleh sumber eksport.

Pengeluaran makanan harus menampung kepenggunaan semasa dan pada masa yang sama, perlu juga menampung stok penimbal sebagai simpanan untuk tempoh yang lama jika habis digunakan.

Krisis makanan global telah menjadi perhatian pada tahun 2007 dan tahun 2008. Seluruh dunia dan organisasi-organisasi antarabangsa menunjukkan keprihatinan, dan ramai golongan- golongan miskin terkesan. Krisis ini mengakibatkan kenaikan harga makanan di pasaran komoditi antarabangsa, iaitu mencapai 120% untuk gandum, 140% untuk jagung, dan 150%

untuk beras dan minyak kacang soya dalam permulaan jangka masa dari pertengahan 2005 hingga pertengahan 2008 (World Bank, 2008). Sejarah ini mungkin berulang dan memberi kesan negatif kepada sesebuah Negara yang tidak mengambil pengajaran untuk tidak mementingkan sekuriti makanan.

Dalam penulisan ini akan melihat golongan yang rentan dan bagaimana mereka rentan kepada krisis makanan. Kemudian akan melihat bagaimana ZISWAF dapat bertindak balas dalam menangani krisis makanan yang berlaku. Apa yang difokuskan bagaimana ZISWAF dapat bertindak balas dalam mempengaruhi harga makanan, akses kepada makanan bagi golongan yang rentan dan penawaran bekalan dalam pertanian. Malah ZISWAF akan menyumbang kepada pembangunan sekuriti makanan dimana membuatkan sekuriti makanan berdaya tahan terhadap krisis apabila berlakunya krisis.

2. Golongan Rentan Ketika Berlakunya Krisis

Golongan rentan adalah golongan yang terkesan akibat berlakunya krisis makanan dimana mereka mengalami keadaan kekurangan makanan iaitu tidak mempunyai akses kepada makanan yang mencukupi, tidak mendapat makanan yang berkualiti dan kesan kewangan disebabkan kenaikan harga makanan yang mendadak. Di peringkat sesebuah Negara, pemahaman terjaminnya sekuriti makanan bukan hanya dilihat pada pengeluaran makanan domestik semata-mata namun juga berkait rapat juga dengan akses Negara kepada makanan dari pasaran global, pendapatan pertukaran asingnya dan pilihan pengguna.

Golongan Rentan

Golongan rentan adalah golongan yang selalu berhadapan dengan isu kos sara hidup. Bank Negara Malaysia (BNM) (2013) menunjukkan golongan berpendapatan rendah adalah golongan paling rentan terhadap kos sara hidup malah boleh dikatakan mereka yang pertama sebagai yang akan rentan semasa terjadinya suatu krisis atau pandemik. BNM juga membuktikan Marginal Propensity to Consume (MPC) golongan berpendapatan rendah adalah tinggi berbanding golongan berpendapatan tinggi.

(3)

Kebiasaannya nilai MPC akan berada antara 0 dan 1 dimana nilai MPC 0 bererti semua pendapatan tambahan ditabung dan MPC 1 bererti pendapatan tambahan dihabiskan untuk barang dan perkhidmatan. MPC untuk golongan yang berpendapatan di bawah RM1000 adalah 0.81 manakala MPC untuk golongan berpendapatan di atas RM10000 adalah 0.25. Ini bermakna golongan berpendapatan rendah akan menghabiskan purata RM0.81 daripada setiap pendapatan tambahan RM1 yang diperoleh manakala golongan berpendapatan tinggi hanya menghabiskan purata RM0.25 daripada setiap pendapatan tambahan RM1 yang diperoleh (Bank Negara Malaysia, 2013).

Di Malaysia, isi rumah dikategorikan kepada tiga golongan utama iaitu Terendah 40% (B40), Pertengahan 40% (M40) dan Tertinggi 20% (T20). Golongan B40 merupakan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,850. Isi rumah yang berpendapatan di antara RM4,850 hingga RM10,959 diklasifikasikan sebagai golongan M40 manakala golongan T20 adalah isi rumah yang berpendapatan RM10,960 dan lebih. Berdasarkan kadar garis kemiskinan baru yang ditetapkan oleh kerajaan, nilai purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional ialah pada kadar RM2,208 iaitu dalam kelompok sepuluh peratus terbawah isi rumah (Farique et al., 2020)

Banyak kajian yang telah dilakukan bagi mengenalpasti golongan-golongan yang rentan kepada ketidakamanan makanan. Kajian-kajian dibawah adalah melaporkan kateristik- kateristik yang menyumbang kepada ketidakamanan makanan. Kajian-kajian ini dilakukan ke atas isirumah bandar dan luar bandar, pelajar-pelajar universiti dan orang asli.

Jadual 1: Kelaziman dan kumpulan berisiko kekurangan makanan (golongan rentan)

Rujukan Kateristik Rujukan Kateristik

Zalilah, M.S.

and Tham, B.L

(2002) • Berpendapatan rendah

• Pendapatan per kapita rendah

Siti Marhana,

A.B. and

Norhasmah, S.(2012)

• Kemiskinan

• Perbelanjaan makanan rendah berbanding perbelanjaan makanan rata- rata Malaysia

Nurfahilin, T.

and

Norhasmah, S.

(2005) • Tahap pendidikan rendah

• Jumlah kanak-kanak yang tinggi

• Pendapatan bulanan rendah

• Isi rumah yang besar

Ihab, A.N., Rohana, A.J., Wan Manan, W.M., Wan Suriati, W.N., Zalilah, M.S. and Mohamed Rusli, A.(2012)

• Kurang perbelanjaan kumpulan makanan, buah- buahan, berasaskan haiwan, tenusu

• Penurunan perbelanjaan makanan sebanyak satu Ringgit Malaysia dikaitkan dengan peningkatan 1%

dalam nisbah kemungkinan ketidakamanan makanan Chong, S.P.,

Geeta, A. and Norhasmah, S.

(2008)

• Isi rumah yang besar

• Pendapatan isi rumah rendah

• Pendapatan per kapita rendah Perbelanjaan makanan yang rendah

Ihab, A.N., Rohana, A.J., Wan Manan, W.M., Wan Suriati, W.N., Zalilah, M.S., and Mohamed Rusli, A.(2012)

• Pendidikan rendah ibu

• Isi rumah lebih besar

• Jumlah kanak-kanak lebih banyak

• Lebih ramai kanak-kanak bersekolah

• Pendapatan isi rumah bulanan yang rendah

• Pendapatan per kapita rendah

• Bilangan anggota isi rumah yang lebih rendah

menyumbang kepada pendapatan

(4)

Sumber: Sulaiman et al., 2021 dan diolah mengikut penulis

Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan dapat dikenalpasti golongan yang rentan kepada kejutan ketidakamanan makanan adalah orang yang berada di pedalaman atau kawasan luar

• Perbelanjaan makanan lebih rendah

Zalilah, M.S.

and Ang, M.

(2001)

• Isi rumah lebih besar

• Tahap pendidikan ibu yang lebih rendah

• Tahap pendidikan ayah dan ibu yang lebih rendah

Siti Marhana, A.B.,

Norhasmah, S.

and Husniyah, A.R. (2014)

• Peratusan pendapatan isi rumah yang lebih tinggi untuk perbelanjaan makanan (37.2%).

Norhasmah, S., Zalilah, M.S., Mirnalini, K., Mohd Nasir,

M.T and

Asnarulkhadi, A.S. (2011)

• Isi rumah lebih besar

• Jumlah kanak-kanak lebih banyak

• Lebih banyak kanak-kanak yang bersekolah

• Pendapatan isi rumah rendah

• Pendapatan per kapita lebih rendah

Nurulhudha, Norhasmah, Siti Nur’ Asyura, and Shamsul

Azahari(2020) • Masalah kewangan

Mohamadpour, M., Zalilah, M.S., and Keysami, M.A.(2012)

• Pendidikan rendah

• Jumlah kanak-kanak lebih banyak

• Pendapatan isi rumah rendah

• Pendapatan per kapita rendah

Wan Azdie, M.A.B.,

Shahidah, I., Suriati, S., and Rozlin,

A.R.(2019)

• Kekangan masa

• Perbelanjaan untuk buku

• Pelbagai item

• Pendapatan ibu bapa

• Jenis biasiswa Nik Aida

Adibah, N.A.A.

and

Norhasmah, S.(2013)

• Kemiskinan

• Pendapatan isi rumah rendah

• Peratusan pendapatan isi rumah yang lebih tinggi untuk

perbelanjaan makanan

Fadilah, M.N, Norhasmah, S., Zalilah, M.S. and Zuriati, I.(2017)

• Pendapatan peribadi rendah

• Isi rumah lebih besar

• Status perkahwinan balu / duda

• Tahap pendidikan yang lebih rendah

• Lebih tua usia Alam, M.D.,

Siwar, C., Wahid, A.N.M.

and Abdul Talib, B.(2016)

• Status kemiskinan

• Kumpulan marginal yang tidak miskin secara signifikan berbeza dalam tahap

keselamatan makanan isi rumah daripada kumpulan lain

(miskin, miskin dan baru-baru ini tidak miskin)

Siti Farhana, M., Norhasmah, S., Zalilah, M.S., and Zuriati, I.

(2018)

• Pendapatan bulanan rendah

• Status kesihatan mulut yang lemah

• Tinggal di tempat penginapan yang disewa

Roselawati, M.Y., Wan Azdie, M.A.B., Aflah, A., Jamalludin, R., and Zalilah, M.S. (2017)

• Isi rumah yang besar

• Pendapatan yang lebih rendah

• Pendapatan per kapita rendah

• Tinggal di kawasan bandar

Ruhaya et al.(2020)

• Dari kawasan luar Bandar

• Dengan pendidikan rendah dan menengah

• Pendapatan kurang daripada RM 2000

• Berisiko kekurangan zat makanan

• Kekurangan sokongan sosial Norhasmah, S.,

Zalilah, M.S, Mirnalini, K., Mohd Nasir,

M.T and

Asnarulkhadi, A.S.(2012)

• Kehadiran kanak-kanak berumur di bawah 7 tahun

• Lebih ramai anak yang bersekolah

• Anggota kurang upaya dalam isi rumah

• Pergantungan pendapatan pada bantuan kewangan

• Pendapatan per kapita rendah

Susanti, A., Norhasmah, S., Fadilah, M.N.,

and Siti

Farhana, M.(2019)

• Bilangan adik beradik yang bersekolah

• Status pekerjaan ibu

• Status pekerjaan bapa

• Pendapatan isi rumah

• Status pemilikan rumah

(5)

Bandar, isi rumah yang besar, ibu atau bapa tunggal, berpendapatan isirumah yang rendah, tahap pendidikan rendah, orang kurang upaya dan kebanyakkan bergantung pada bantuan.

Pelajar-pelajar universiti juga didapati berisiko tinggi sebagai golongan yang rentan terhadap kejutan ketidakamanan makanan. Hal demikian adalah kerana faktor pendapatan ibu bapa rendah, tiada biasiswa, perbelanjaan untuk buku dan masalah kewangan peribadi. Golongan yang rentan juga adalah terdiri daripada golongan orang tua. Kriteria-kriteria yang ditunjukkan dalam kajian-kajian yang dilakukan bahawa ia adalah kriteria-kriteria golongan B40.

Selain golongan B40, golongan M40 juga didapati boleh terjejas jika berlakunya krisis makanan. Ia adalah berikutan daripada kemerosotan perusahaan yang dilakukan mereka.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Subki et al. (2020), wanita dengan pendapatan isi rumah bulanan dalam kategori M40 terjejas, kerana 7 peratus daripadanya sama ada cuti tanpa gaji atau telah menutup perniagaan mereka dan 12 peratus melaporkan kehilangan pendapatan isi rumah kerana krisis pandemik. Secara rumusannya, semasa berlakunya krisis, golongan rentan akan menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seharian berbanding sebelumnya. Kajian yang dilakukan oleh Rozita Talha (2020), menunjukkan penglibatan sektor yang terjejas semasa krisis kerana perlaksanaan perintah kawalan pergerakan dimana akan mengugatkan sekuriti makanan:

Jadual 2: Keterlibatan Sektor yang Terjejas

Sumber: Rozita Talha (2020)

Sektor Golongan Rentan Impak

Pekerjaan dan perniagaan • Majikan

• Pekerja kerajaan dan swasta

• Peniaga

• Petani dan nelayan

• Hilang pekerjaan dan sumber pendapatan

• Permintaan dan jualan berkurang daripada pemborong dan peniaga

• Perniagaan atau premis terpaksa ditutup

• Potongan gaji

kesihatan • Penduduk bekerja

• Warga emas

• Tekanan mental dan emosi

• Obesiti akibat gaya pemakanan tidak bernutrisi

• Bekalan makanan dan perubatan terhad

• Terputus bekalan makanan

kebajikan • Semua penduduk • Bantuan lambat sampai di kawasan pedalaman

(6)

Negara-Negara Rentan

Negara-negara lebih rentan kepada kenaikan harga makanan antarabangsa jika memenuhi tiga kriteria:

Jadual 3: Tiga Kriteria Negara Rentan

Sumber: De Janvry, A., & Sadoulet, E. 2008

Di Malaysia, isu utama sekuriti makanan yang timbul dalam mendepani krisis adalah yang pertama, ketaksaan kestabilan sumber komoditi makanan. Kadar sara diri yang rendah yang mengharuskan impot bersih makanan. Malaysia menjadi pengimport makanan bersih dengan defisit imbangan perdagangan yang menaik setiap tahun iaitu pada tahun 1990 sebanyak RM1.1 bilion, tahun 2006 sebanyak RM8.5 bilion dan seterusnya meningkat kepada RM18.6 bilion pada tahun 2018. Bagi memenuhi keperluan penduduk bagi makanan ruji iaitu beras, 30% hingga 40% bekalan beras Malaysia adalah sumber import. Yang kedua adalah tahap sara diri sektor pengeluaran makanan yang tidak mencukupi. Setakat pada tahun 2018, tanaman, ternakan dan perikanan adalah rendah tahap sara diri bagi kategori untuk makanan asas dimana beras (69%), buah-buahan (78.4%), susu segar (61.3%), sayur-sayuran (44.6%), daging lembu (22.9%), daging kambing (10.9%) dan tenusu (5%) (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020).

Yang ketiga adalah ancaman daripada bencana semulajadi. Faktor iklim juga boleh mempengaruhi kepada sektor pertanian. Pada tahun 2015, industri makanan mengalami kerugian sebanyak RM299 juta akibat banjir besar dan pada awal tahun 2020 pula, kemarau terburuk dalam tempoh empat dekad (Shamsaini, 2020).

Isu-isu utama yang timbul perlu dipertingkatkan kearah yang lebih mampan bagi menjamin sekuriti makanan dan bagi memenuhi keperluan domestik penduduk ketika berlakunya faktor luar jangka atau krisis. Secara realistiknya, Malaysia adalah sebuah negara yang masih stabil sekuriti makanannya namun terdedah kepada ancaman sekuriti makanan pada masa hadapan seiring dengan peningkatan penduduk dan berlakunya faktor luar jangka seperti pandemik COVID-19. Semasa berlakunya pandemik COVID-19, Negara telah melaksanakan perintah berkurung secara keseluruhan dimana memberi impak negatif dan mengehadkan pergerakan kepada rantaian bekalan dalam Negara disamping simpanan stok bekalan makanan khususnya bekalan beras pula hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.

Pergantungan terhadap sumber import bukan hanya akan menimbulkan persoalan terhadap kemampuan negara pengimport dari semasa ke semasa dalam menuju kearah tahap sara diri 100 peratus (Tokar & Magdoff, 2009), namun akan disertakan risiko kepada negara pengimport

Pergantungan makanan

Beban import makanan

Kerentanan terhadap

krisis makanan Import

beras/penggunaan beras

Import beras/total import

Tinggi Tinggi Paling

rentan

Rendah Tinggi Sangat

rentan

Tinggi Rendah Agak

rentan

Tiga Kriteria

Ketergantungan makanan yang tinggi seperti yang diukur oleh bahagian import bijirin dalam jumlah penggunaan bijirin

Beban import makanan tinggi seperti yang diukur dengan bahagian import bijirin dalam jumlah import.

Pendapatan rendah seperti yang diukur oleh Pendapatan Nasional Kasar (PNK) per kapita pada tahun 2020 adalah kurang dari $1045, atau pendapatan sederhana rendah dengan PNK per kapita antara $1046 dan $4095 (The World Bank, 2020). Dengan pendapatan rendah, kemampuan fiskal dan pentadbiran yang lebih lemah untuk mengatasi krisis

(7)

daripada tekanan politik negara pengeksport dan ketidakseimbangan dalam pasaran makanan global (SEACON, 2001). Tambahan pula, peningkatan harga beras di pasaran dunia juga menjadi faktor peningkatan harga ke dalam harga beras domestik iaitu mendorong harga beras tempatan ikut meningkat sekali walaupun bagi negara-negara di Asia Tenggara, sebilangan besar daripada pengeluaran beras adalah berasal di kawasan ini (ADB, 2011).

3. Kajian Lepas

Islam tidak terlepas pandang terhadap kesan ketidakcukupan makanan kerana ia adalah faktor yang menggugat keimanan dan rasional seseorang. Pembahasan tentang daya tahan sekuriti makanan bukan hanya berkisar pada ketersediaan makanan sahaja tetapi ia juga merangkumi aksesbilitinya kepada masyarakat. Kajian yang telah dilakukan oleh Maryatin dan Subiyanto (2014), menjelaskan bagaimana krisis makanan boleh wujud walaupun ketersediaan makanan masih stabil. Kajian ini memberi gambaran bahawa walaupun daya sekuriti makanan dimensi ketersediaan berada pada tahap yang masih stabil dan cukup tetapi sukar diakses oleh masyarakat atau akses mudah salah satunya faktor harga yang tinggi yang menngurangkan kuasa beli masyarakat.

Pentadbiran ZISWAF menjadi mekanisme penting dalam dasar fiskal Negara bagi Negara Islam. Menurut Yusoff (2006), zakat mampu menjadi salah satu dasar fiskal Negara dengan cara menguruskan pembahagiannya dengan sistematik. Semasa keadaan ekonomi yang baik dan berkembang pesat, zakat akan dikutip dalam jumlah yang lebih banyak berbanding dibahagikan kepada orang yang memerlukan tetapi semasa keadaan krisis, pembahagian zakat akan ditingkatkan kepada orang yang memerlukan kerana keadaan krisis akan menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, kekangan kewangan dan sebagainya.

Qardawi (2000) mengatakan bahawa salah satu tujuan zakat bagi penerima adalah untuk dapat membebaskan penerima dari kekangan untuk mendapatkan keperluan, agar mereka dapat hidup dalam keadaan aman. Dengan adanya zakat, ia dapat melindungi masyarakat (Huda &

et al, 2012). Zakat adalah salah satu kewangan sosial Islam yang dimanfaatkan untuk mengagihkan pendapatan dan kekayaan. Kewujudan zakat seperti zakat firah, zakat maal dan zakat pendapatan mampu mengurangkan ketaksamaan kekayaan dan merapatkan jurang pendapatan, selain itu zakat juga dapat dijadikan mekanisme dalam mengatasi kemiskinan yang berlaku (Pratama, 2015). Ini menunjukkan golongan yang akan paling rentan semasa berlakunya krisis pada masa hadapan akan dibantu, dilindungi dan dipertingkatkan keadaan ekonomi mereka dari sebelum berlakunya krisis. Ini adalah salah satu bentuk proses pencegahan terhadap risiko bakal terjadi semasa krisis atau pandemik.

Zakat juga merupakan tanda keselamatan dalam sistem ekonomi Islam sebagai jaminan terhadap kestabilan ekonomi dan kelangsungan kesejahteraan masyarakat (Nopiardo, 2015).

Kemudian, negara dengan penduduk besar yang beragama Islam dapat memainkan peranan terbaik dalam ekonomi dan kewangan Islam melalui pelbagai kaedah yang bersifat dermawan terutama semasa pandemik (Iskandar et al., 2020). Peranan ini boleh mengurangi kejutan ekonomi yang berlaku dengan seluruh masyarakat Islam turut serta dan menyumbang kepada pemulihan kejutan ini (Chadijah, 2021). Tambahan lagi, hasil pengurusan zakat digunakan untuk membantu pelajar membayar yuran sekolah, membantu mendapatkan tiket untuk setiap negara asal atau untuk mereka yang memerlukan dan menjaga anak dan wanita miskin (May, 2018).

(8)

United Nations Development Programme (UNDP) merangka tindak balas bersepadu terhadap COVID-19 berdasarkan tiga langkah iaitu mempersiapkan, bertindak balas dan memulihkan dengan mengutamakan sokongan kepada sistem kesihatan, pengurusan dan tindak balas krisis yang inklusif dan bersepadu, dan penilaian dan respons keperluan sosial dan ekonomi.

Kewangan Islam boleh menjadi sebahagian daripada tindak balas COVID-19 melalui pelbagai instrumen pembiayaan yang sangat sesuai untuk setiap peringkat. Zakat memperuntukkan pemindahan wang tunai yang penting dalam menyokong golongan rentan dalam jangka pendek dan dapat menyumbang kepada tindak balas kecemasan COVID-19 (AAmir A Rehman, 2020).

Kewangan Islam dipercayai sebagai salah satu alat untuk pembahagian kekayaan dimana bukan bermotifkan keuntungan semata-mata. Produk-produk kewangan Islam yang melibatkan zakat, infak, sedekah dan wakaf adalah tidak menindas hak-hak orang miskin yang tidak berupaya dengan mempromosikan lebihan pendapatan oleh orang kaya (Syed, 2020). Perubahan inovatif juga telah dibuat kepada wakaf tradisional untuk memenuhi keperluan dan kesejahteraan umat Islam. Semasa wabak COVID-19, wakaf memainkan peranan penting dalam mengatasi kesan penyakit ini dari segi sosioekonomi, terutama yang berkaitan dengan peniaga kecil dan pengusaha mikro. Usama (2014) berpendapat bahawa wakaf dapat memberikan pembiayaan kepada peniaga kecil untuk menyusun semula perniagaan mereka semasa krisis ekonomi yang dihadapi oleh negara-negara Muslim. Usama (2014), Ismail, Ab Malik & Shafiai (2015), Siraj (2012) dan Suhaimi, Ab Rahman & Marican (2014) juga membincangkan peranan wakaf dalam memperkasakan umat Islam dan memberikan jalan keluar daripada kemiskinan dan ketidakamanan, tanpa bergantung sepenuhnya mengenai campur tangan kerajaan.

Semasa wabak COVID-19, institusi zakat telah membantu mengurangkan beban kerajaan.

Seperti yang dinyatakan oleh Al Anshory, Hudaefi, Junari, Zaenal & Ramdhoni (2020), zakat memainkan peranan penting sebagai organisasi dermawan dalam membantu pemerintah dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, kesihatan dan pendidikan dan dari segi sosial (dakwah Islam).

Ahmad (2020) menyatakan bahawa sejumlah RM153.24 juta zakat telah dibayar kepada penerima zakat (asnaf) di seluruh negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Pada masa inilah juga, instrumen kewangan sosial Islam dapat digunakan dalam menyediakan sumber pembiayaan dan pembiayaan untuk industri kecil dan sederhana, kerana asas instrumen ini adalah sumbangan baik, kontrak sepihak tanpa mempertimbangkan pulangan kepada penyumbang (Ahmed, 2007; Rahman, 2010).

Bahkan sebelum munculnya wabak COVID-19, ia menjadi isu topikal di kalangan organisasi antarabangsa seperti Islamic Development Bank (IsDB), International Monetary Fund (IMF), dan Bank Dunia, para sarjana, dan praktisi (Umar, 2021). Seterusnya selama tempoh lockdown, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Pembangunan Islam melancarkan inisiatif pada 11 Mei 2021 untuk membantu usaha-usaha kewangan untuk pulih dengan lebih baik ketika dunia terus menghadapi wabak COVID-19. Dalam persidangan itu, inisiatif yang diketengahkan adalah alat kewangan sosial Islam yang akan membawakan ketahanan yang sangat diperlukan untuk menangani kerapuhan system sosioekonomi. Selain itu, kewangan sosial Islam iaitu zakat, sedekah, infaq dan wakaf adalah mekanisma kewangan yang memenuhi nilai-nilai kepercayaan dan inklusif seiring dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDGs) untuk mempromosikan kepercayaan sosial. Kerjasama dan solidarity dalam memerangi kemiskinan dan kelaparan.

(9)

4. Analisis: Ziswaf Sebagai Dasar Bertindak Balas

ZISWAF adalah berdiri atas nama Zakat, Infaq, Sedekah dan Wakaf. Setiap sumber kewangan adalah berbeza bagi pengurusannya namun keseluruhan sistemnya adalah bertujuan untuk mencapaikan matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan ummat Islam. Dibawah adalah konsep pentadbiran ZISWAF sebagai sistem kewangan sosial Islam yang akan bertindak balas pada keadaan krisis atau pandemik:

Jadual 3: Konsep Pentadbiran ZISWAF dalam Dasar

Sumber: Olahan penulis

Makalah ini melihat kewangan sosial Islam dengan lebih lanjut sebagai sistem yang bertindak balas terhadap kerosakan atau kelemahan yang wujud akibat krisis atau pandemik. Empat kewangan sosial Islam iaitu zakat infaq, sedekah dan wakaf dimana dilihat secara konseptualnya dapat membantu golongan rentan untuk memperoleh keperluan bagi menampung kehidupan mereka. Dalam linkungan sekuriti makanan pada era krisis atau pandemik akan melibatkan daripada pemerintah sehingga masyarakat supaya dapat memanfaatkan ZISWAF secara menyeluruh bagi mengekalkan ekonomi secara besar-besaran dan membantu entiti perniagaan industri kecil dan sederhana yang berkaitan dengan komoditi makanan seterusnya ke peringkat pengguna terutamanya golongan rentan.

Zakat

Kewangan sosial Islam yang pertama adalah zakat yang akan dikenakan kepada individu atau syarikat yang memiliki kemampuan dan kekayaan sesuai dengan syarat-syarat zakat (Rahman, 2010). Zakat adalah tuntutan wajib yang perlu dikeluarkan daripada harta tertentu yang dimiliki oleh individu atau perusahaan.

Golongan rentan yang perlu diutamakan telah didentifikasikan melalui panduan yang telah ditunjukkan dalam Islam iaitu golongan asnaf zakat. Zakat tersebut akan diagihkan kepada lapan kumpulan yang dikenali sebagai ayat al-Quran, At Taubah 9:60 iaitu golongan yang memerlukan (Al-Fuqara), yang miskin (Al-Masakin), para pentadbir zakat (Al Amilin), mereka yang hatinya tertarik kepada Islam (Al-Muallaf), mereka yang berada dalam perbudakan (Ar-

Zakat

• Zakat, infaq, sedekah dan Waqaf (ZISWAF) umumnya adalah ibadah yang melibatkan harta dan kekayaan.

• ZISWAF adalah ibadah sunnah yang sangat digalakkan oleh Islam dan sering disebut di dalam al-Quran dan al-hadis.

• ZISWAF adalah ibadah yang bersifat pengembangan dan kelestarian ekonomi dalam Islam.

• ZISWAF adalah ibadah yang bersifat memelihara keseimbangan sosial dalam kalangan umat Islam.

• ZISWAF adalah ibadah yang bersifat dwi dimensi, iaitu vertical (hubungan dengan Allah SWT) dan horizontal (hubungan dengan manusia).

• ZISWAF adalah ibadah yang sangat memerlukan aspek keikhlasan bagi mendapat pahala dan syurga Allah SWT (kerana perkara melibatkan harta amat mudah hilang keikhlasan).

Wajib, melibatkan ibadah kehartaan, mempunyai syarat-syarat yang ketat, harta yang tertentu, mempunyai kelayakan penerima, kadar pembayaran yang tetap, zakat perlu kepada amil, zakat tidak boleh kepada tangungan wajib, kekerapannya setahun sekali, zakat pengeluarnya disyaratkan kaya, zakat hanya untuk umat islam, zakat perlu diseliakan oleh pemerintah.

Infaq/

Sedekah

Tidak hanya mencakupi harta benda, ia lebih mencakupi segala macam bantuan dari seseorang kepada orang lain, segala kebaikan kepada orang lain adalah sedekah atau infaq termasuk perkhidmatan dari segi pengurusan mental atau nasihat.

Wakaf

Biasanya wakaf merangkumi pengurusan tanah kosong atau bangunan atau harta yang memberi manfaat yang diperuntukkan kepada masyarkat yang diserahkan oleh pewakaf.

(10)

Riqab), hutang-hutang (Al-Gharimin), orang-orang yang berada di jalan Allah (Fi Sabillilah) dan pengembara (Ibn Sabit) (Balwi, 2008). Golongan-golongan ini akan semakin parah semasa keadaan krisis dan pandemik kerana sebelumnya pandemik mereka sudah menghadapi kesukaran. Maka golongan rentan dari kalangan asnaf tidak perlu penilaian kelayakan bantuan dan boleh diberikan bantuan kepada mereka segera apabila berlakunya krisis atau pandemik.

Zakat boleh menjadi komponen penting dalam program sokongan kecemasan Negara yang diuruskan oleh institusi zakat atau wakalah seperti NGO (Non- governmental organization).

Kebiasaannya zakat akan dikeluarkan dalam masa satu tahun setelah dikutip supaya dapat mengurangkan lebihan zakat dan bagi meningkatkan prestasi pengagihan (Omar, 2019).

Pengagihan zakat juga akan bersifat berterusan secara konsumtif dan produktif. Fokus pada pengagihan segera ini sangat sesuai dengan tindak balas krisis. Pembayar zakat memberi sokongan kepada orang miskin, yang rapuh dari segi ekonomi dan kawasan masyarakat yang semakin memerlukan kesan daripada pandemik. Pembayar zakat sering kali memberikan wang tunai, yang sangat penting dalam keadaan darurat (Balwi, 2008).

Infaq dan Sedekah

Kewangan sosial Islam yang kedua dan ketiga adalah infaq dan sedekah. Dalam makalah ini digabungkan kerana infaq dan sedekah membawa makna dan cara bertindak balas yang hampir sama. Keduanya memiliki persamaan dimana tidak menentukan kadar, jenis dan masa untuk dikeluarkan daripada apa yang dimiliki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dengan mengharapkan redha Allah (Ritonga & Erta, 2020). Perbezaan antara kedua istilah tersebut adalah infaq lebih kepada memberi secara material daripada sadaqah yang mempunyai makna yang lebih luas termasuk material atau bukan material (Sanusi, 2009).

Infaq dan sedekah boleh menjadi salah satu instrumen yang paling fleksible dimana penyumbang atau penderma memberikan sebahagian hartanya bagi tujuan amal kebajikan mengikut pilihan mereka sendiri kepada sesiapa saja, dapat dinyatakan bahawa infaq dan sedekah adalah perbelanjaan diredhai Allah yang secara sukarela tanpa mengira jumlah dan penerima (Zuhayli et al., 2007, Hastuti, 2016). Golongan rentan dan terkesan dengan krisis tetapi bukan dikalangan asnaf sebelum ini boleh dibantu melalui sumbangan orang ramai.

Pengurusan infaq dan sedekah boleh diuruskan atau dilakukan secara persendirian atau berkumpulan pada bila-bila masa. Tindak balas ini sesuai dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk segera mengesan dan membantu golongan memerlukan. Seperti contoh di Malaysia iaitu kempen mengangkat bendera putih di hadapan rumah bagi golongan yang terkesan sehingga ramai yang prihatin melakukan infaq dan sedekah. Infaq dan sedekah juga boleh diberikan melalui perbuatan atau perkhidmatan dimana di era pandemik, kesihatan mental perlu juga diberikan penekanan. Disamping faktor kesihatan yang perlunya kepada sekuriti makanan mampan adalah untuk kesihatan fizikal namun kesihatan holistik di dalam Islam menggabungkan merangkumi kesihatan fizikal, mental, psikologi dan juga spiritual (Mas’ud et al., 2021).

Wakaf

Kewangan sosial Islam yang keempat adalah wakaf juga dikenali sebagai perbuatan amal kebajikan yang tidak wajib tetapi sangat digalakkan dalam Islam. Mahamood (2007) dan Monzer Kahf (1999) juga mengertikan wakaf sebagai menahan harta tertentu yang dimiliki untuk dipelihara bagi tujuan yang baik dan murni demi kebajikan dan manfaat bersama dengan niat kerana Allah. Wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakat am dimana wakaf yang dijalankan untuk kepentingan umum tanpa pengkhususan dan wakaf khas dimana wakaf yang dijalankan

(11)

dengan harta yang khusus untuk tujuan yang khusus (Rahman, 2015; Yaacob, 2013).

Dokumentari dan kajian-kajian telah membuktikan bahawa wakaf adalah salah satu mekanisme penting yang harus dimanfaatkan untuk pembangunan sosial.

Wakaf boleh menjadi mekanisme yang dapat digunakan untuk mewujudkan jaringan yang merangkumi semua bidang kehidupan manusia seperti sektor pendidikan, kesihatan, agama, sosial dan ekonomi (AdbulKareem et al., 2020; Gwadabe & Ab Rahman, 2020). Menurut Khalil et al. (2020), wakaf dapat mengurangkan impak krisis yang dihadapi masyarakat selama penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Manfaat wakaf bukan hanya untuk masyarakat tetapi juga kepada pihak berkuasa awam dan pembangunan Negara. Maka dengan wakaf boleh menjadi sebagai sumber bantuan bagi industri kecil dan sederhana, perusahaan, petani dan seluruh rantaian dalam pengurusan sekuriti makanan.

Wakaf yang berbentuk asset atau harta seperti bangunan, kenderaan, premis, mesin dan sebagainya dapat disediakan dalam meringkan perusahaan golongan rentan dimana menjimatkan mereka untuk menanggung perbelanjaan tetap dan memastikan untuk bertahan dalam masa kesulitan akibat pandemik. Sebilangan besar kajian mengenai wakaf sebagai instrumen bantuan dengan memberikan wakaf tunai sebagai dana modal awal atau penampungan untuk dipulangkan kembali ke dana wakaf tanpa mengenakan faedah (Basir &

Hairul, 2021). Menurut Pusparini (2016), wakaf tunai mempunya empat kelebihan. Pertama, jumlah wakaf tunai boleh berubah-ubah mengikut kemampuan pewakaf. Kedua, asset wakaf dalam bentuk tanah kosong dapat dimanfaatkan dengan membangunkan infrastruktur atau menggarapnya menjadi tanah pertanian yang produktif melalui wakaf tunai. Ketiga, wakaf tunai dapat membantu pelbagai institusi penyelidikan termasuk berkenaan sekuriti makanan dan keempat, wakat tunai dapat mendorong mengembangkan dunia pendidikan tanpa hanya bergantung kepada peruntukan pendidikan Negara.

Garis Tindakan Tindak Balas ZISWAF

Tindak balas dasar mengikuti empat garis tindakan (World Bank, 2008). Kempat-empat jenis garis tindakan ini adalah intervensi dasar yang digunakan oleh Bank Dunia dalam Program Tindak Balas Krisis Makanan Global. Garis tindakan ini adalah sebagai objektif yang perlu dicapai dalam perlaksanaan instrumen dasar yang dipilih dan dinilai melalui tindak balas dasar.

Masing-masing akan memberi tindak balas atau kesan yang negatif atau positif dan saling mempengaruhi namun instrument dasar yang tepat akan menunjukkan tindak balas yang positif dalam menangani krisis makanan. Pertama, instrumen dasar dapat bertindak dalam mengawal dan menstabilkan harga pengguna. Kedua, instrumen dasar dapat bertindak mengukuhkan stok penimbal. Ketiga, instrumen dasar dapat bertindak untuk mewujudkan jaringan keselamatan untuk menyediakan akses makanan kepada golongan miskin yang disasarkan. Keempat, instrumen dasar dapat bertindak merangsang tindak balas penawaran bekalan dalam pertanian.

a) Kawalan dan menstabilkan harga pengguna

Negara yang paling rentan adalah Negara yang tinggi import makanan dan pendapatan rendah.

Bagi Negara pengimbort bersih makanan, instrumen dasar untuk memanipulasi harga makanan domestik terdiri dari pengurangan tarif import dan memperkenalkan subsidi harga makanan.

Namun begitu untuk mensubsidi makanan adalah sukar kerana kekurangan sumber fiskal dan tariff import akan menjadi sumbangan penting kepada pendapatan maka sukar untuk dikurangkan (De Janvry & Sadoulet, 2008). Semasa berlakunya krisis atau pandemik, akan berlakunya pengangguran, hilang pekerjaan, perusahaan ditutup yang akan mengakibatkan kuasa beli dari masyarakat akan menurun dan pengeluaran dalam Negara juga turut menurun kerana kurangnya permintaan. Maka, Negara perlu mengamalkan dasar fiskal mengembang

(12)

dimana negara perlu meningkatkan perbelanjaan dan mengurangkan cukai untuk menggalakkan rakyat membeli dan mengelakkan kelembapan ekonomi.

Pengagihan ZISWAF pada golongan masyarakat rentan akan menjadi tambahan pendapatan yang meningkatkan daya beli atau capaian pada perekonomian. Dari aspek mengawal dan menstabilkan harga makanan juga, ia dapat dicapai dengan memaksimalkan penghimpunan ZISWAF serta mengoptimalkan pemanfaatan ZISWAF. Pengagihan ZISWAF dapat bertindak sebagai sumber fiskal untuk mensubsidi pengeluaran makanan dan ketersediaan makanan dan pada masa yang sama penghimpunan ZISWAF dapat merangsang permintaan bagi merancakkan pengeluaran sektor pertanian komiditi makanan. Hal demikian kerana ZISWAF merupakan mekanisme perputaran ekonomi (velocity) itu sendiri dimana ia memelihara tingkat permintaan dan penawaran dalam ekonomi (Ascarya, 2011).

Selanjutnya, wakaf dapat digunakan untuk dimanfaatkan sebagai tanah pengeluaran makanan.

Di Malaysia, perkembangan pesat sektor perindustrian yang berdepan dengan sumber tanah yang terhad telah mengakibatkan dua situasi iaitu pertama, persaingan keatas sumber tanah dan kedua, peningkatan harga tanah termasuk sewa (Arshad, 1997). Maka, ini juga akan turut menyumbang kepada kenaikan harga makanan. Untuk menstabilkan kenaikan ini, tanah wakaf dapat dimanfaatkan potensinya menjadi tanah tanaman makanan dan ternakan dengan mementingkan pulangan kepada seluruh masyarakat. Ini disokong oleh Puspitasari (2017) dengan menyatakan bahawa wakaf dapat memanfaatkan potensi tanah wakaf menjadi sawah dengan pengeluarannya dapat mengukuhkan kedudukan stok padi menggunakan kontrak muzar'ah (perkongsian). Tambahan lagi, agensi zakat akan membantu mengagihkan tanah wakaf dan menyediakan modal kepada petani, di mana pengeluaran akan dibahagi berdasarkan nisbah yang dipersetujui. Pengeluarannya kemudian akan dijual kepada institusi kerjasama tempatan untuk mengelakkan spekulator dengan tujuan menstabilkan harga.

b) Mengukuhkan stok penimbal

Untuk menstabilkan harga juga, stok penimbal diharuskan untuk mengawal harga komoditi makanan terus stabil dan sebagai sandaran bekalan semasa krisis. Namun begitu, ketidakstabilan dan ketidakcekapan pengeluaran, melibatkan kos pengeluaran yang tinggi dan akses pembiayaan yang rendah akan menjadi punca yang menyebabkan ketidakstabilan stok.

Di Malaysia, beras merupakan makanan ruji. Maka, data penggunaan beras sangat diperlukan secara tepat untuk memberi gambaran mengenai berapa banyak beras yang digunakan domestik dengan tujuan untuk menentukan lebihan atau defisit beras serta jumlah stok penimbal beras supaya berada pada jangkaan yang benar pada berlakunya krisis atau pandemik.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Deaton (1991), menunjukkan bahawa tanpa adanya pasaran kredit untuk isi rumah semasa krisis, mereka mungkin dapat mencapai tahap penggunaan yang lebih lancar dengan menggunakan stok penimbal. Dalam hal ini, wakaf dapat memberi peluang untuk berkongsi sumber simpanan stok secara institusi dalam masyarakat untuk keperluan semasa atau akan datang kerana institusi wakaf selaku memegang pengurusan stok penimbal akan mengutamakan manfaat bersama berbanding keuntungan (M Kabir Hassan et al., 2020).

Disini bermaksud bahawa melalui instrumen ZISWAF, kontrak-kontrak kewangan sosial Islam yang ada dalam Islam seperti Musaqah, Muzaraah, Ijarah dan sebagainya dapat digunakan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian, mengaktifkan aset-aset wakaf yang kekal seperti bangunan dan tanah untuk tujuan tempat stok penimbal dan memberikan alternatif yang kurang penyelewengan dan kos lebih murah. Ini diakui dalam analisis yang dilakukan dalam makalah

“Alternative Policies to Buffer Stocks for Food Security” menunjukkan bahawa sokongan

(13)

orang ramai (dana ZISWAF) terhadap penyimpanan swasta (stok penimbal) adalah dasar penstabilan harga yang paling efisien dan menjimatkan kos untuk kerajaan (Beaujeu, 2016).

c) Akses ke makanan: program jaringan keselamatan

Banyak kajian terkini menunjukkan bahawa jaringan keselamatan bukan sahaja menyokong pengurangan kemiskinan tetapi juga pertumbuhan ekonomi. Jaringan keselamatan harus menjadi salah satu kompenan strategi perlindungan sosial yang lebih luas yang menggunakan sejumlah besar instrumen untuk mengatasi berbagai risiko dan kelemahan yang ada.

Kewujudan jaringan keselamatan mendorong hubungan diantara golongan yang tidak rentan dengan golongan rentan melalui penghimpunan dan pengagihan ZISWAF. Daripada aspek sekuriti makanan, bagi golongan rentan salah satu masalah utama mereka adalah ketidakstabilan akses makanan yang diperlukan untuk kekal sihat dan aktif. Ketidakmampuan orang rentan menguruskan risiko daripada impak krisis atau pandemik boleh mengarahkan mereka kepada kemiskinan dan ketidakamanan makanan. Maka jaringan keselamatan perlu kepada strategi pengurusan risiko yang efektif yang bertujuan mengurangkan pendedahan risiko dan meningkatkan kemampuan mengurus risiko golongan rentan (Haddad dan Franskenberger, 2003).

Tiga kelas pengurusan risiko bagi jaringan keselamatan yang luas biasanya dikenal pasti, iaitu strategi pencegahan, pengurangan dan menangani (Heitzman et al., 2002; Holzmann dan Jorgensen, 2000; Alderman dan Paxson, 1992). Strategi pencegahan dan pengurangan keduanya bersifat sebelum kejutan krisis berlaku dimana pencegahan adalah untuk mengurangkan kemungkinan kejutan itu terjadi dan pengurangan adalah untuk mengurangi kesan yang dialami daripada kejutan krisis ketika terjadi namun strategi menangani adalah untuk menghadapi krisis yang sedang berlaku agar golongan rentan tidak semakin parah (Brown & Gentilini, 2007). Ini menunjukkan bahawa memerlukan instrumen yang disokong oleh orang ramai bagi menjalankan program jaringan keselamatan terhadap golongan rentan.

Brown dan Gentilini (2007) juga menyatakan bahawa tindakan masyarakat yang menyokong penyediaan instrumen tersebut adalah efektif yang akan memberi kesan positif kepada golongan rentan untuk bertahan dan mencari jalan keluar dalam menghadapi krisis atau pandemik.

Program jaringan keselamatan boleh berbentuk subsidi makanan yang disasarkan, pemindahan tunai yang disasarkan, program kerja produktif dan sebagainya dimana program-program ini tidak hanya memerlukan sumber fiskal tetapi juga keupayaan pentadbiran yang kuat (De janvry

& Sadoulet, 2008). Jaringan keselamatan juga perlu disediakan sebelum berlaku kejutan krisis terutama dari perspektif insurans sosial (Brown & Gentilini, 2007). Oleh hal demikian, instrumen ZISWAF adalah sesuai untuk melindungi golongan rentan melalui jaringan keselamatan dimana ia bersifat sentiasa memberi perlindungan iaitu sebelum, semasa dan selepas berlakunya krisis atau pandemik. Golongan rentan iaitu kebanyakkannya terdiri daripada orang miskin akan sentiasa disantuni dari semasa ke semasa maka ini akan berupaya untuk melaksanakan tiga kelas pengurusan risiko pencegahan, pengurangan dan menangani, tambahan pula ZISWAF juga adalah sumber fiskal yang kuat dengan sokongan orang ramai.

ZISWAF juga merangkumi segala bentuk sumbangan dan bantuan dimana ia bukan sahaja merujuk kepada harta benda tetapi melalui tenaga, idea, masa yang mana ia akan menjadikan kos pengurusan dan pentadbiran program jaringan keselamatan lebih murah bahkan ia juga memberi pulangan kepada pembangunan ekonomi masyarakat melalui pengagihan ZISWAF produktif disamping konsumtif.

(14)

d) Tindak balas penawaran bekalan dalam pertanian

Ini adalah berkaitan dengan mengunakan instrumen dasar sebagai rasangan untuk meningkatkan pengeluaran makanan domestik, meningkatkan pendapatan pengeluar miskin dan melakukan pelaburan yang dapat menguruskan kejutan penawaran pada masa hadapan.

Daripada instrumen dasar yang digunakan, ia perlu mengutamakan cara untuk menghidupkan tindak balas pengeluaran terhadap kenaikan harga dan sistem pengedaran yang lebih baik (World Bank, 2008). Pertanian harus menjadi instrumen utama untuk tindak balas di negara- negara rentan dan untuk golongan rentan kerana dari satu segi, hakikatnya bahawa orang miskin sangat dekat dan mempunyai kepakaran dengan tanah dimana ini memberi peluang untuk menggunakan pertanian dengan berkesan untuk menghadapi krisis. Ini terdiri dari dua jenis kaedah. Kaedah pertama adalah untuk jangka pendek "penuaian berikutnya" yang bertujuan untuk mengurangkan jurang produktiviti tanah untuk pekebun kecil yang sangat bergantung pada pengeluaran untuk penggunaan keluarga dan kaedah kedua untuk jangka sederhana yang memulihkan peranan pertanian untuk pembangunan sekuriti makanan (Brown

& Gentilini, 2007). Ini akan menjadi pekebun kecil dan sederhana yang mempunyai akses kepada tanah tidak terkesan kepada kenaikan harga makanan dan memiliki kemampuan untuk bertindak balas dengan menghasilkan lebih produktiviti disamping akan menyumbang kepada pengeluaran domestik. Namun yang menjadi perbincangan adalah instrumen dasar yang terbaik untuk melakukan kaedah ini.

Dalam jangka panjang, pelaburan dalam pengangkutan luar bandar, sistem maklumat dan menempatkan pertanian secara strategik terbukti dapat mengurangkan harga, meningkatkan peluang dan mengurangkan kekangan. Peningkatan dalam pengurusan air juga adalah bidang yang sangat penting pada masa hadapan dan perlu untuk mengurangkan kerugian penyimpanan di ladang setelah penuaian (World Bank, 2008). Secara kesimpulannya, untuk merangsang pengeluaran pertanian bagi bertindak balas pada masa krisis adalah dengan melindungi pengeluar-pengeluar komoditi makanan miskin supaya tidak keluar bidang dan memberi subsidi bagi meningkatkan produktiviti mereka, mengaktifkan tanah-tanah pertanian terbiar dan kurang aktif dengan mewujudkan persepakatan dengan golongan rentan, meningkatkan kualiti tempat penyimpanan selepas tuai dan penyimpanan stok bagi mengelakkan pembaziran, penempatan pertanian strategik supaya memberi peluang kepada golongan rentan dan menjimatkan kos jarak antara ladang dan Bandar, mengurangkan spekulasi rantaian bekalan makanan diantara pengeluar sehingga pengguna dan seterusnya adalah sistem inovasi yang berkesan dalam menggunakan sains dan teknologi untuk pembangunan produktiviti makanan (penyelidikan dan pembangunan).

Pelaburan kepada pertanian yang diusahakan oleh golongan rentan memerlukan dana yang berkelanjutan dari semasa ke semasa dan dengan mementingkan peningkatan ekonomi mereka.

Melalui instrumen ZISWAF, ia adalah sesuai sebagai dasar yang bertindak balas dalam meningkatkan ekonomi petani rentan sekaligus menarik minat untuk menceburi bidang pertanian. Penggunaan instrumen ZISWAF dapat diaplikasikan dengan memperuntukkan usaha sama antara agensi-agensi ZISWAF dengan petani yang telah mempunyai tanah dan dapat mengelakkan spekulasi dalam rantaian bekalan makanan. Melalui usaha sama ini, pengeluaran akan dapat dimaksimumkan dengan sumber fiskal ZISWAF dan kemudian agensi zakat berkerjasama dengan majlis keselamatan negara merancang strategi pengedaran dan pengangkutan bagi memotong rantaian bekalan beras yang panjang dimana mengakibatkan kepada kenaikan harga beras. Golongan rentan juga dapat dibantu dengan ZISWAF produktif dimana menawarkan kesepakatan usaha sama untuk membangunkan tanah wakaf. Kesepakatan biasanya akan melibatkan antara pewakaf, agensi ZISWAF dan bakal petani dengan menyetujui perkara-perkara dalam kontrak seperti pembahagian hasil, syarat-syarat dan

(15)

perbelanjaan kos dengan mengutamakan manfaat dapat disalurkan kepada orang ramai.

Disamping itu, agensi zakat boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan supaya tanah wakaf dapat dinilai tambah di penempatan strategik untuk tujuan pertanian yang akan membuka peluang pekerjaan kepada golongan rentan, penambahbaikan pengairan tanah wakaf pertanian, peningkatan jalan pengangkutan dan bangunan atau tanah wakaf dapat dibangunkan sebagai tempat penyimpanan stok yang efisen. Pendekatan ini akan merangsang pengeluaran makanan dan meluaskan sektor pertanian dengan sokongan orang ramai tanpa bergantung kepada dana daripada kerajaan.

5. Penutup

Negara rentan dan golongan rentan perlu sentiasa dilindungi disamping ditingkatkan pembangunannya dari semasa ke semasa dimana ia memerlukan usaha yang luas unuk dilaksanakan supaya tidak berulang. Melihat kesinambungan negara rentan, golongan rentan dalam menghadapi krisis makanan atau memelihara kelestarian sekuriti makanan semasa pandemik seiring pembangunan pertanian, maka penyelesaiannya haruslah datang dari pertanian dimana perlu kepada perancangan dasar yang bertindak balas yang bersifat sebelum, semasa dan selepas berlakunya pandemik. Kesesuaian ZISWAF sebagai sistem yang bertindak balas adalah kerana sifatnya yang mengutamakan pembangunan sosial yang memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat iaitu kaya, pertengahan dan miskin.

Oleh itu, penglibatan semua lapisan masyarakat dan kerajaan perlu untuk menyokong mewujudkan sekuriti makanan yang berdaya tahan terhadap krisis atau pandemik. Usaha serius perlu dilakukan, pertama adalah dengan mengutamakan pertanian sebagai langkah untuk mengurangkan kelaparan dan kemiskinan kerana pertanian itu lebih dekat dengan orang-orang miskin. Kedua, mengaktifkan tanah-tanah, bangunan-bangunan wakaf dan harta zakat, infak, sedekah untuk pelaburan yang berkesan dan bermanfaat secara menyeluruh berasaskan pertanian supaya harta-harta ZISWAF dapat dinilai tambah dengan peningkatan ekonomi du luar Bandar. Ketiga, mengembangkan dan memperkasakan perlaksanaan kontrak-kontrak islam dalam menggunakan pertanian sebagai pembangunan di peringkat individu, masyarakat, negara dan antarabangsa kerana tiada unsur penindasan, riba dan bermatlamatkan kearah perkara yang bermanfaat berbanding keuntungan. Keempat, menggerakkan sokongan kerajaan dan pemerintah dalam mengukuhkan pengurusan institusi-institusi berkenaan ZISWAF berkerjasama dengan institusi-instusi berkenaan pertanian yang mana bukan hanya untuk memberi bantuan dan perlindungan tetapi juga memproduktifkan dana-dana ZISWAF kearah pembangunan yang mampan.

Rujukan

AAmir A Rehman. (2020). Islamic finance takes on COVID-19, https://www.undp.org/blogs/islamic-finance-takes-covid-19# Akses: 23 August 2021 Abdulkareem, I. A., Mahmud, M. S., AbdulGaniyy, A., & Aliu, O. A. 2020. Establishment of

Waqf to Alleviate Poverty Among Muslims in Oyo State South-West, Nigeria: Test of Theory of Planned Behaviour. Li Falah: Jurnal Studi Ekonomi dan Bisnis Islam, 5(2), 1-18

ADB (Asian Development Bank). 2011. Global Food Price Inflation and Developing Asia:

Special Report. Manila: Asian Development Bank

Ahmad, S. (2020). RM153.24 juta zakat diagih bantu asnaf sepanjang PKP [RM153.24 million in zakat was distributed to help asnaf during the PKP], Retrieved on September 10

(16)

,2020, available at: https://www.bharian.com.my/berita/

nasional/2020/04/676555/rm15324- juta-zakat-diagih-bantu-asnafsepanjangpkp Ahmed, H. (2007). Waqf-based microfinance: realizing the social role of Islamic finance.

Retrieved from https://www.findevgateway.org/sites/default/files/

publications/files/mfg-en-paper-waqf-based-microfinance-realizing-the-social-rol e- of-islamic-finance-2007.pdf.

Alderman, H., and C. Paxson. (1992). ‘Do the Poor Insure? A Synthesis of the Literature on Risk and Consumption in Developing Countries’. WB Policy Research Working Paper No. 1008. Washington, DC: World Bank.

Al Anshory, A. C., Hudaefi, F. A., Junari, U. L., Zaenal, M. H., & Ramdhoni, R. (2020). The role of zakat in institution in preventing Covid-19. Policy Brief (March 2020). Jakarta:

PUSKAS-BAZNAS. Retrieved on September 10 ,2020, Available at:

https://www.puskasbaznas.com/publ ications/policybrief/1186- the-roleof-zakat institution-in-preventing.

Arshad, F. M. (1997). Sekuriti Makanan dan Isu Tanah Pertanian. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan tentang Land, Emerging Issues and Challenges di Pulau Pinang, 12-15.

Ascarya, P. (2011). Akad dan Produk Bank Syariah. Jakarta: PT. Grafindo Persada.

Balwi, Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd. 2008. Mobilisasi zakat dalam pewujudan usahawan asnaf: satu tinjauan. Jurnal Syariah 16, no. 3: 567-584.

Bank Negara Malaysia. (2013). The Marginal Propensity to Consume across Household Income Groups The Marginal Propensity to Consume across Household Income Groups (Working Paper Series: WP2/2013)

Basir, Khairul Hidayatullah, and Mohd Hairul Azrin Besar. 2021. Unlocking Islamic social finance to assist micro small medium enterprises in Brunei Darussalam. COVID-19 and Islamic Social Finance, 185-198.

Beaujeu, R. 2016. Alternative Policies to Buffer Stocks for Food Security, OECD Food, Agriculture and Fisheries Papers, No. 97, OECD Publishing, Paris.

Brown, L., & Gentilini, U. 2007. On the edge: the role of food-based safety nets in helping vulnerable households manage food insecurity. Food insecurity, vulnerability and human rights failure, 82 105. Palgrave Macmillan, London.

Chadijah Haris. 2021. Zakat As A Solution For Public Economic Recovery In The Era Of Covid 19. Journal Economics and Business of Islam 6(1), 1-19.

Deaton, A. 1991. Saving and liquidity constraints. Econometrica, 59(5), 1221-1248

De Janvry, A., & Sadoulet, E. 2008. The global food crisis: Identification of the vulnerable and policy responses. Agricultural and Research Economics Update, Special Issue: Causes and Consequences of the Food Price Crisis, 12(2), 18-21.

Farique, a., Noor, H., Azman, W. (2020). Komplikasi Lanskap 2020. Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad.

Gwadabe, N. A., & Ab Rahman, A. 2020. The Role Of Islamic Finance In Mitigating The Economic Impact Of Covid-19 Towards the Attainment of Maqasid Al Shariah: A Case Study of Waqf Institutions in Kano State, Nigeria. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 17(Special Issues), 59-70.

Haddad, L., and T. Frankenbergr. (2003). Integrating Relief and Development to Accelerate Reductions in Food Insecurity in Shock-Prone Areas. Occasional Paper No. 2.

Washington, DC: USAID/Office of Food for Peace.

Hastuti, Q. A. W., 2016. Infaq Tidak Dapat Dikategorikan Sebagai Pungutan Liar. ZISWAF:

Jurnal Zakat dan Wakaf, 3(1), 40-62.

Heitzmann, K., R. Canagarajah, and P. Siegel (2002). Guidelines for Assessing the Sources of Risk and Vulnerability. WB Social Protection Discussion Paper No. 0218. Washington, DC: World Bank.

(17)

Holzmann, R., and S. Jorgensen. (2000). Social Risk Management: A New Conceptual Framework for Social Protection and Beyond. WB Social Protection Discussion Paper No. 0006. Washington, DC: World Bank

Huda, N., & et al. (2012). Keuangan Publik Islam: Pendekatan Teoritis Dan Sejarah. Jakarta:

Prenada media Grup, 2012. Prenada Media.

Iskandar, A., Possumah, B. T., &Aqbar, K. 2020. Peran Ekonomi dan Keuangan Sosial Islam saat Pandemi Covid-19 Peran Ekonomi dan Keuangan Sosial Islam Sekolah Tinggi Ilmu Islam dan Bahasa Arab ( STIBA ), Makassar. SALAM; Jurnal Sosial & Budaya Syar-I, 7(7), 625–638.

Ismail, M. A., Ab Malik, N. M. A. N., & Shafiai, M. H. M. 2015. Empowering the peripheral ummah through waqf. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 12(1), 31-43.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Malaysia Trade Statistics Review. Retrieved March, 13,

2021, from

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=482&bul_id=

U2FMSFJsUVFpRXQ4MnZCZ3lneFMxdz09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVh pclByWjdMQT09

Khalil, M. A. H. M., Ab Rahman, M. F., Thaidi, H. A. A., & Rahman, A. A. (2020). Advantages of Temporary Waqf in Combating COVID-19 Pandemic in Malaysia. INSLA E- Proceedings, 3(1), pp. 167-180).

Mahamood, S. M. 2007. Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang- Undang Serta Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah, 15(2), 61–83.

Maryatin, dan Subiyanto. 2014. Sebuah Paradoksal Krisis Pangan Dan Ironi Ketahanan Pangan Tinjauan Perspektif Islam. Equilibrium: Jurnal Ekonomi Syariah, 1(1), 93-117.

Mas' ud, Ishak, Mohd Zulkifli Awang, Nurul Aisyah Amir Ramli, and Surina Binti Mohamad Shafi. 2021. Konsep Hospital Mesra Ibadah: Tadbir Urus Berasaskan Maqasid Al- syariah Dan Peranan Zakat. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance:

71-90.

May, S. (2018). “The Best of Deeds”: The Practice of Zakat in the UK. Journal of Church and State, 61(2), 200-221.

M Kabir Hassan & Salman Ahmed Shaikh & Selim Kayhan, 2020. Introduction to Islamic Banking and Finance: An Economic Analysis, World Scientific Books, World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd., number 11895, June.

Monzer Kahf. 1999. Fiqhi Issues in the Revival of Awqaf. Paper presented at the Harvard Forum on Islamic Finance and Economics, Havard University.

Nopiardo, W. 2015. Zakat Sebagai Ibadah Maliyah Ijtima’iyah Dalam Perspektif Ilmu Ekonomi Islam. Jurnal Ilmiah Syariah, 14(2), 217-224.

Omar, Pg Mohd Faezul Fikri Ag. 2019. Analisis Prestasi Kecekapan Agihan Zakat: Kajian Di Tabung Baitulmal Sarawak. Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 60- 78.

Pratama, Y. C. 2015. Peran Zakat dalam Penanggulangan Kemiskinan (Studi Kasus: Program Zakat Produktif Pada Badan Amil Zakat Nasional). Tauhidinomics: Journal Of Islamic Banking And Economics, 1(1), 93–104.

Pusparini, Martini Dwi. 2016. Konsep Wakaf Tunai Dalam Ekonomi Islam: Studi Pemikiran Abdul Mannan. Falah: Jurnal Ekonomi Syariah 1(1), 14-28.

Qardawi, Y. (2000). Hukum Zakat: Studi Komparatif Menegnai Status Dan Filsafat Zakat Berdasarkan Qur’an Dan Hadis. PT Pustaka Utera Antar Nusa.

Rahman, A. A. 2009. Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah, 17(1), 113–152.

(18)

Rahman, A. R. A. 2010. Islamic microfinance: An ethical alternative to poverty alleviation. Humanomics, 26(4), 284-295.

Ritonga, M. Aziz, and Erta Mahyudin. (2020). Review of Zakat, Infaq, and Shadaqah as a Similar Terminology. Proceedings of the 1st International Conference on Recent Innovations (ICRI 2018), (pp. 801-808). SCITEPRESS – Science and Technology Publications, Lda.

Rozita Talha. (2020). Kajian Kes Impak Perintah Kawalan Pergerakan Kepada Penduduk Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia. Retrieved August, 15, 2021, from https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM _BPPD_1-2020_Siri-17.pdf

Sanusi, M., 2009. The Power of Sedekah, Yogyakarta: Pustaka Insan Madani

SEACON (Southeast Asian Council for Food Security and Fair Trade). (2001). The Rice Economy in South East Asia. Petaling Jaya: Southeast Asian Council for Food Security and Fair Trade.

Shamsaini S. (2020). Perancangan Guna Tanah Untuk Sekuriti Makanan Negara. Retrieved

August, 13, 2021, from

https://agri.upm.edu.my/upload/dokumen/20210814151412Ucaptama_

(Perancangan_Guna_Tanah_untuk_Sekuriti_Makanan_Negara).pdf

Siraj, S. A. (2012). An empirical investigation into the accounting, accountability and effectiveness of waqf management in the State Islamic Religious Councils (SIRCS) in Malaysia (Doctoral dissertation). Cardiff University.

Subki, S. K. A., Tajari, R., Hussin, N. H., Dzulkifli, M. H., Kroneman, L., & Lin, L. S. (2020).

Socio-Economic Impacts of Covid-19 Movement Control Order (MCO) on Women’s Livelihoods in Selangor. Institut Wanita Berdaya Selangor. Licence: Creative Commons Attributions, 5

Suhaimi, F. M., Ab Rahman, A., & Marican, S. 2014. The role of share waqf in the socio- economic development of the Muslim community: The Malaysian experience.

Humanomics, 30(3), 227-254.

Syed, M.H.; Khan, S.; Rabbani, M.R.; Thalassinos, Y.E. An artificial intelligence and NLP based Islamic FinTech model combining zakat and Qardh-Al-Hasan for countering the adverse impact of COVID 19 on SMEs and individuals. Int. J. Econ. Bus. Adm. 2020, 8, 351–364

Tokar, B. and Magdoff, F. 2009. An overview of the food and agriculture crisis. Monthly Review 61(3), 1. Dicapai daripada http://monthlyreview.org/2009/07/01/ an-overview- of-the-food-andagriculture-crisis

Umar, U.H., 2021. 9 Adapting the Al Rajhi waqf model to mitigate the impact of COVID-19 on the ummah. COVID-19 and Islamic Social Finance, p.133.

Usama, A. 2014. Waqf finance for micro projects. Journal of Awqaf, 115-162. Retrieved on February 20, 2020. Available at: https:// papers.

ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3427854.

World Bank. 2008. Commodity Markets Review. November 12. Washington D.C.:

DECPG, The World Bank.

World Bank (2008) Framework document for proposed loans, credits and grants in the amount of US$ 1.2 billion equivalent for a Global Food Crisis Response Program. Mimeo. The

World Bank, Washington, DC. 26 June.

https://documents1.worldbank.org/curated/en/717381468137698947/pdf/438410BR0 REVIS10and0IDAR20081016212.pdf

World Bank (2020), World Bank Country and Lending Groups, https://datahelpdesk.worldbank.org/knowledgebase/articles/906519-world-bank- country-and-lending

(19)

groups#:~:text=%EF%BB%BF%EF%BB%BF%20For%20the%20current,those%20 with%20a%20GNI%20per

Yaacob, H. 2013. Waqf History and Legislation in Malaysia : A Contemporary Perspective.

Journal of Islamic and Human Advanced Research, 3(6), 387–402.

Yusoff, Mohammed B. 2006. Fiscal Policy in an Islamic Economy and the Role of Zakat.

International Journal of Economics, Management and Accounting 14(2), 29.

Zuhayli, W., El-Gamal, M. A., & Eissa, M. S. (2007). Financial Transactions in Islamic Jurisprudence (ElGamal, M. A., and Eissa, M. S., Trans.). Syria: Dar Al-Fikr.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Untuk itu, kajian ini telah dijalankan bagi meninjau keselamatan makanan dari sudut sumber akses mendapatkan makanan dalam kalangan petani padi di samping menilai

persediaan rnenghadapi krisis tersebut dan perihalkan langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh pengurusan komunikasi korporat organisasi itu untuk berkomunikasi semasa

Kumpulan dan jaringan, kepercayaan, perpaduan dan penyertaan sosial, autoriti sosial, peranan sosial, status sosial, norma sosial, entropi sosial, hubungan sosial

persediaan menghadapi krisis tersebui dan perihalkan langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh penEurusan komunikasi korporat organisasi itu untuk berkomunikasi semasa

This humble research discuss the Administration of Awqaf and their Development in Nigeria and their Problems and Solutions to those problems, all from the administrative,

Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami dan menerangkan proses sensemaking oleh pengamal perhubungan awam semasa krisis organisasi yang dicetuskan oleh media sosial

Peringatan-peringatan dari al-Quran ini memperjelaskan bahawa di dalam Islam agihan semula kekayaan ini baik dalam bentuk zakat, wakaf, sedekah, hibah dan sebagainya merupakan satu

Terdapat kanak-kanak yang membawa makanan sendiri dari rumah dan terdapat juga yang makan makanan yang disediakan oleh PASTI seperti roti dan biskut. Mereka juga