• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Pelaksanaan PDP Subjek Kemahiran Hidup Terhadap Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran Di PPKI Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Pelaksanaan PDP Subjek Kemahiran Hidup Terhadap Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran Di PPKI Sekolah Rendah"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Pelaksanaan PDP Subjek Kemahiran Hidup Terhadap Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran Di PPKI

Sekolah Rendah

(Level Of Implementation Of Teaching And Learning Life Skills Subject To Students With Special Needs Learning Problems In Special

Education Integration Primary School)

Muhammad Azim Md Rahim1*, Mohd Hanafi Mohd Yassin1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p99493@siswa.ukm.edu.my/mhmy6365@yahoo.com

Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Subjek kemahiran hidup asas adalah salah satu subjek yang penting untuk MBK mempelajari bermula di peringkat rendah lagi kerana subjek ini mampu untuk memberikan pendedahan tentang ilmu kemahiran-kemahiran asas seperti ilmu memasak, bercucuk tanam, menjahit dan menternak. Kemahiran-kemahiran yang diperolehi ini membolehkan MBK untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Satu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di PPKI sekolah rendah sekitar kawasan Daerah Johor Bahru. Aspek yang ingin dikaji untuk tahap pelaksanaan pdp ini ialah dari segi minat murid, kemahiran guru dan kesedian guru. Seramai 80 sampel daripada 170 populasi telah dipilih secara rawak dan mereka terdiri daripada guru pendidikan khas yang berkhidmat di PPKI sekolah rendah. Borang soal selidik berbentuk Google form yang telah diedarkan melalui dalam talian digunakan sebagai instrumen kajian.

Perisian SPSS versi 23 digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Analisis statistik deskriptif ini dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek iaitu minat murid, kemahiran guru dan kesedian guru terhadap tahap pelaksanaan Pdp subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran adalah pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup haruslah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan kesediaan yang rapi supaya dapat menarik minat MBK untuk belajar subjek kemahiran hidup disamping dapat memastikan sesi pdp dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi kesan yang baik kepada MBK.

Kata kunci: Tahap pelaksanaan, kemahiran hidup, minat murid, kesediaan guru, pengetahuan guru

Abstract: The subject of basic life skills is one of the important subjects for students with special needs to learn starting at the primary level because this subject is able to provide exposure to the knowledge of basic skills such as cooking, farming, sewing and breeding. These acquired skills allow students with special needs to apply in daily life. A quantitative study in the form of a survey was conducted to identify the level of implementation of teaching and learning of life skills subjects of students with special needs learning problems in the Special Education Integration Program of primary schools around the Johor Bahru District. Aspects to be studied for the level of implementation of teaching and learning are in terms of student

(2)

interest, teacher skills and teacher readiness. A total of 80 samples from 170 populations were randomly selected and they consisted of special education teachers serving in primary schools.

Questionnaires in the form of Google forms that have been distributed online are used as research instruments. SPSS software version 23 is used to analyse the data obtained. This descriptive statistical analysis is reported in the form of mean and percentage. The results of this study show that the three aspects, namely student interest, teacher skills and teacher readiness on the level of implementation of teaching and learning of life skills subjects for students with special needs learning problems are at a high level. Overall, a special education teacher with learning disabilities who teaches life skills subjects must have a high level of knowledge and thorough readiness in order to attract students with special needs to learn life skills subjects while ensuring that teaching and learning sessions can run smoothly and can have an impact good for students with special needs.

Keywords: Level of implementation, life skills, student interest, teacher readiness, teacher knowledge

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Subjek kemahiran hidup sekolah rendah adalah satu model praktikal untuk murid memperoleh kemahiran melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Kemahiran-kemahiran yang mereka pelajari ini diharapkan dapat membantu mereka gunakan dalam kehidupan seharian.

Pembelajaran yang mereka alami dapat membantu mereka sebagai satu pengelaman di samping dapat memberi pendedahan kepada mereka inovatif dan kreatif serta mereka cipta.

Guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup tidak akan berjaya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, melainkan apabila guru tersebut mempunyai satu kemahiran, pengalaman yang luas dalam subjek kemahiran hidup yang diajar, dan menjalankan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta sesuai dengan tahap pemahaman MBK. Menurut Junaidah Mohamad dan Nik Rosila Nik Yaacob (2013) di dalam kajian mereka menyatakan bahawa guru pendidikan khas perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan kebolehan yang mencukupi untuk berdepan dengan MBK.

Guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu yang khusus berkenaan dengan subjek kemahiran hidup akan menghadapi masalah kekurangan dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam pembelajaran amali serta teknik pengajaran yang berkesan. Pengetahuan untuk guru pendidikan khas masalah pembelajaran terhadap subjek yang memerlukan teori dan amali sangat memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2. Kajian Lepas

Satu kajian telah dilaksanakan oleh Zainudin bin Hassan, Sanitah Bt. Mohd Yusof dan Sabilah bt. Wahab (2006) tentang pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di dalam kehidupan seharian MBK bermasalah pembelajaran. Ternyata, hasil kajian mereka menunjukan kesan positif tentang subjek kemahiran hidup yang perlu dipelajari oleh MBK masalah pembelajaran.

(3)

Menurut Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad (2010), didapati bahawa peratus keseluruhan guru yang mempunyai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali adalah pada tahap yang maksimum.

Seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup haruslah mempunyai pengetahuan dan kesediaan yang tinggi supaya dapat memastikan sesi pdp dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi kesan yang baik kepada MBK. Menurut Norshidah Mohd Salleh, Aliza Alias & Zalizan Mohd Jelas (2012) di dalam kajian mereka yang menyatakan bahawa setiap guru pendidikan khas memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi supaya dapat membantu murid MBK masalah pembelajaran dalam proses pdp di sekolah.

Menurut Abdul Rahman (2016), di dalam kajiannya, kesediaan guru amatlah ditekankan dalam aspek pelaksanaan pdp yang menjurus ke arah proses inovasi dan pada masa yang sama mempengaruhi keberhasilan atau ketidakberhasilan sesuatu pdp dalam bidang pendidikan.

Guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup haruslah memiliki pelbagai strategi yang sesuai untuk menarik minat MBK dan membantu mereka menguasai dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Menurut Airulliza (2012) di dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa minat yang ditunjukkan oleh seseorang murid ketika proses pdp berlaku akan dapat memberi kesan dari segi pencapaian terhadap penguasaan subjek yang sedang dipelajari.

3. Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengenalpasti minat murid MBK bermasalah pembelajaran terhadap pelaksanaan pdp subjek kemahiran hidup.

2) Mengenalpasti kemahiran guru PPKI masalah pembelajaran terhadap pelaksanaan pdp subjek kemahiran hidup.

3) Mengenalpasti kesediaan guru PPKI masalah pembelajaran terhadap pelaksanaan subjek kemahiran hidup.

4. Metodologi

Secara umumnya, ini ialah kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif.

Menurut Idris. (2010) di dalam Rafidah Binti Yatim (2016) penyelidikan kuantitatif mengutamakan objektif dalam data yang terkumpul melalui proses mengandai pada setiap apa yang berlaku boleh diberikan jawapan dengan perkara-perkara yang terlibat diukur dalam setiap fenomena yang berkaitan.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada guru-guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar di PPKI sekolah rendah di bawah kelompok Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Sebanyak 28 buah PPKI sekolah rendah terdapat di kawasan tersebut. Jumlah populasi guru pendidikan khas masalah pembelajaran ialah seramai 170 orang. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup.

Jumlah bilangan sampel kajian tersebut dikutip secara rawak dari 28 buah PPKI sekolah rendah di bawah kelompok Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

(4)

Instrumen Kajian

Kaedah soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden.

Instrumen seperti soal selidik akan digunakan untuk mengutip data daripada guru-guru pendidikan khas di PPKI sekolah rendah. Soal selidik dibina berdasarkan borang soal selidik Schwartz dan Drager (2008) untuk memperoleh maklumat tentang tahap pelaksanaan pdp subjek kemahiran hidup terhadap murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di PPKI sekolah rendah. Kajian ini juga menggunakan skala markah 5 Likert Skill bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan dipercayai.

5. Dapatan Kajian

Demografi Guru

Kajian ini meliputi responden seramai 80 orang guru. Menurut jumlah responden, 39 orang (48.8%) ialah lelaki manakala 41 orang (51.2%) ialah perempuan. Seterusnya, bagu faktor umur, didapati 27 responden (33.8%) berusia di antara 20 hingga 30 tahun, 33 responden (41.3%) berusia di antara 31 hingga 40 tahun, 16 responden (20.0%) berusia di antara 41 hingga 50 tahun dan 4 responden (5.0%) berusia di antara 51 hingga 60 tahun. Frekuensi dan peratusan untuk jantina dan umur guru boleh dirujuk pada jadual 1 dan 2.

Jadual 1 : Jantina Guru

JANTINA FREKUENSI PERATUS

Lelaki 39 48.8

Perempuan 41 51.2

Jumlah 80 100.0

Jadual 2 : Umur Guru

UMUR FREKUENSI PERATUS

20 hingga 30 tahun 27 33.8

31 hingga 40 tahun 33 41.3

41 hingga 50 tahun 16 20.0

51 hingga 60 tahun 4 5.0

Jumlah 80 100.0

Dapatan tentang tahap pendidikan tertinggi, 3 responden (3.8%) memiliki Ijazah Sarjana, 74 responden (92.5%) memiliki Ijazah Sarjana Muda dan 3 responden (3.8%) memiliki Sijil Perguruan. Bagi faktor gred jawatan pula, didapati bahawa 46 responden (57.5%) ialah DG41, 9 responden (11.3%) ialah DG42, 23 responden (28.7%) ialah DG44 dan 2 responden (2.5%) ialah DG48. Frekuensi dan peratusan untuk tahap pendidikan tertinggi dan gred jawatan guru boleh dirujuk pada jadual 3 dan 4.

Jadual 3 : Pendidikan Tertinggi Guru

PENDIDIKAN TERTINGGI FREKUENSI PERATUS

Ijazah Sarjana 3 3.8

Ijazah Sarjana Muda 74 92.5

Sijil Perguruan 3 3.8

Jumlah 80 100.0

Jadual 4 : Gred Jawatan Guru

GRED JAWATAN FREKUENSI PERATUS

DG 41 46 57.5

DG 42 9 11.3

DG 44 23 28.7

DG 48 2 2.5

Jumlah 80 100.0

(5)

Bagi faktor pengalaman mengajar sebagai guru didapati bahawa 18 responden (22.5%) mempunyai pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun, 30 responden (40.0%) mempunyai pengalaman mengajar selama 6 hingga 10 tahun, 16 responden (20.0%) mempunyai pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun dan 14 responden (17.5%) mempunyai pengalaman mengajar melebihi 16 tahun. Frekuensi dan peratusan untuk pengalaman mengajar guru boleh dirujuk pada jadual 5.

Jadual 5 : Pengalaman Mengajar Guru

PENGALAMAN MENGAJAR FREKUENSI PERATUS

1 hingga 5 tahun 18 22.5

6 hingga 10 tahun 32 40.0

11 hingga 15 tahun 16 20.0

Melebihi 16 tahun 14 17.5

Jumlah 80 100.0

Analisis Statistik Deskriptif

Menurut Mohd Majid (1990), di dalam kajiaanya, statistik deskriptif bererti organisasi dan ringkasan data yang diperolehi daripada dapatan data ang telah diproses. Statistik deskriptif boleh dipersembahkan di dalam bentuk jadual, ilustrasi dalam bentuk rajah atau graf tentang data atau maklumat. Interprestasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber dari Dr. Jamil Ahmad (2002), di dalam kajiaanya yang bertajuk ‘Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah’. Skala skor min telah dibahagikan secara berperingkat iaitu 1.00 hingga 2.33, intepretasi skor min ialah rendah, 2.34 hingga 3.66 intepretasi skor min ialah sederhana dan 3.67 hingga 5.00 intepretasi skor min ialah tinggi.

Jadual 6 : Interpretasi Skor Min

Skor min Intepretasi skor min

1.00 hingga 2.33 Rendah (Kurang setuju/kurang membantu/kurang mahir/kurang memenuhi/ tidak pasti/kadang-kadang/tiada/sebahagian kecil) 2.34 hingga 3.66 Sederhana (Setuju/membantu/mahir/memenuhi/separuh)

3.67 hingga 5.00 Tinggi (Sangat setuju/sangat membantu/sangat mahir/sangat memenuhi/

sangat selalu/semua/sebahagian besar)

Minat Mbk Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Secara keseluruhan, Jadual 7 menunjukkan jumlah skor min yang dihasilkan berada pada tahap tinggi iaitu (skor min 4.25).

Jadual 7 : Minat Mbk Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Bil. Item Skor Min

1. Murid (mbk) masalah pembelajaran sangat suka belajar subjek kemahiran hidup

2. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan tajuk-tajuk subjek kemahiran hidup

3. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan amali- amali untuk subjek kemahiran hidup

4. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat untuk

menggunakan bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru untuk belajar subjek kemahiran hidup

5. Murid (mbk) masalah pembelajaran menunjukkan minat terhadap proses pdp yang dilaksanakan oleh guru

Jumlah Skor Min 4.25

(6)

Kemahiran Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Dapatan seterusnya boleh dilihat pada Jadual 8 yang menunjukkan jumlah skor min yang terhasil berada pada tahap tinggi iaitu (skor min 3.69).

Jadual 8 : Kemahiran Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Bil. Item Skor Min

1. Saya pernah mengambil kursus khas tentang pelaksanaan pdp subjek kemahiran hidup untuk mengajar murid berkeperluan khas masalah pembelajaran

2. Saya menguasai kesemua komponen subjek kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertanian, penternakan)

3. Saya mempunyai set induksi yang bagus untuk melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup

4. Saya mahir dalam menggunakan bahan bantu mengajar semasa melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup

5. Saya mahir dalam menunjukkan demonstrasi sesuatu aktiviti semasa melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup

6. Saya mampu menyampaikan maklumat yang mudah difahami oleh murid mbk masalah pembelajaran semasa melaksanakan pdp subjek kemahiran murid

Jumlah Skor Min 3.69

Kesedian Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Dapatan yang terakhir boleh merujuk kepada Jadual 9 dan mendapati jumlah skor min yang dihasilkan adalah pada tahap yang tinggi iaitu (skor min 4.08)

Jadual 9 : Kesedian Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Bil. Item Skor Min

1. Murid (mbk) masalah pembelajaran sangat suka belajar subjek kemahiran hidup

2. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan tajuk-tajuk subjek kemahiran hidup

3. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan amali-amali untuk subjek kemahiran hidup

4. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru untuk belajar subjek kemahiran hidup

5. Murid (mbk) masalah pembelajaran menunjukkan minat terhadap proses pdp yang dilaksanakan oleh guru

Jumlah Skor Min 4.08

6. Perbincangan, Implikasi dan Cadangan

Minat Mbk Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Dapatan kajian telah menunjukkan keputusan yang baik dengan memiliki intepretasi skor min yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa MBK yang berada di PPKI sekolah rendah telah menunjukkan minat kepada pelaksanaan guru terhadap subjek kemahiran hidup.

Minat murid ini sangat penting dalam pelaksanaan pdp semasa di dalam kelas. Minat murid ini juga boleh menentukan keberhasilan sesuatu pengajaran semasa berada di hujung pdp itu nanti.

(7)

Penyataan ini telah disokong di dalam kajian lepas di mana menurut Airulliza (2012) di dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa jika murid berjaya menunjukkan minatnya ketika proses pdp sedang berlaku, maka murid itu dapat memberikan kesan yang positif terhadap sesi pdp tersebut dan boleh menguasai subjek yang dipelajari.

Kemahiran Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Dapatan kajian ini juga memberikan keputusan yang bagus dengan memiliki interpretasi skor min yang tinggi. Keputusan yang baik ini telah menunjukkan bahawa guru pendidikan khas masalah pembelajaran berkemahiran untuk melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup kepada MBK masalah pembelajaran. Perkara ini dapat membantu dari segi penambahbaikkan kepada kajian lepas oleh Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad (2010), di mana menurut kajiannya didapati bahawa peratus keseluruhan guru yang mempunyai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali adalah pada tahap yang maksimum.

Sebagai seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran tidak akan berjaya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, melainkan apabila guru tersebut mempunyai satu kemahiran, pengalaman yang luas dalam subjek kemahiran hidup yang diajar, dan menjalankan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta sesuai dengan tahap pemahaman MBK.

Kesedian Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran Hidup

Dapatan kajian yang terakhir ini telah menunjukkan keputusan yang baik dengan memiliki interpretasi skor min yang tinggi. Keputusan yang positif ini menunjukkan bahawa guru pendidikan khas masalah pembelajaran mempunyai kesediaan yang rapi terhadap pelaksanaan pdp subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran.

Menurut Abdul Halim (2016), dalam kajiannya yang bertajuk ‘Kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pengajaran Kemahiran Hidup Pertanian di Perak’ di mana beliau mendapati guru pendidikan khas dari segi aspek kesediaan terhadap pdp subjek kemahiran hidup perkebunan di PPKI berada di tahap yang sederhana. Oleh itu, seorang guru pendidikan khas yang mengajar subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran seharusnya memiliki kesediaan yang mantap supaya sesuatu pdp itu memberi hasil dan impak yang positif terhadap MBK masalah pembelajaran.

Di dalam kajian milik Abdul Rahman (2016), menyatakan bahawa, kesediaan guru amatlah ditekankan dalam aspek pelaksanaan pdp yang menjurus ke arah proses inovasi dan pada masa yang sama mempengaruhi keberhasilan atau ketidakberhasilan sesuatu pdp dalam bidang pendidikan. Oleh itu, seorang guru pendidikan khas yang mengajar subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran seharusnya sentiasa menghasilkan idea-idea yang menarik semasa proses pdp dijalankan.

Implikasi Kajian

Implikasinya, kajian ini dapat membantu dari segi menaikkan minat MBK masalah pembelajaran terhadap proses pdp subjek kemahiran hidup. Guru pendidikan khas masalah pembelajaran juga tidak mempunyai masalah semasa menjalankan proses pdp subjek kemahiran hidup kerana apabila MBK masalah pembelajaran telah menunjukkan minat mereka terhadap pdp tersebut, maka objektif pembelajaran akan dapat dicapai.

(8)

Seterusnya, guru pendidikan khas masalah pembelajaran akan rasa lebih yakin untuk melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup terhadap MBK masalah pembelajaran. Guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mempunyai kemahiran akan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan proses pdp terhadap MBK masalah pembelajaran kerana setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Cadangan Kajian

Kajian ini harus diperkembangkan lagi supaya guru-guru atau para pengkaji lain dapat mengkaji tentang tahap pelaksanaan Pdp subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran dengan melihat dari aspek yang lain seperti persekitaran pdp, peralatan lengkap dan kerjasama ibu bapa.

Seterusnya, kajian ini boleh diketengahkan kepada pihak atasan seperti pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bahagian Pendidikan Khas untuk sentiasa mengadakan kursus-kursus pemantapan dalam bidang kemahiran hidup kepada guru-guru pendidikan khas masalah pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga boleh digunakan sebagai penanda aras kepada guru- guru pendidikan khas masalah pembelajaran untuk bertindak lebih proaktif dan semangat dalam melaksanakan Pdp subjek kemairan hidup untuk MBK masalah pembelajaran.

7. Kesimpulan

Pelaksanaan subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran dapat memberikan satu impak yang bagus kerana dapat membantu MBK dalam menyediakan segala jenis ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Perkara ini dinyatakan kerana kemahiran-kemahiran yang MBK perolehi dapat membantu mereka untuk mencari rezeki selepas tamatnya alam persekolahan.

Menarik minat murid adalah salah satu perkara yang paling penting sekali di dalam suatu Pdp.

Guru-guru pendidikan khas masalah pembelajaran perlu bijak dalam setiap aspek bagi menarik minat MBK untuk mempelajari subjek kemahiran hidup ini. Guru pendidikan khas masalah pembelajaran juga perlu menanamkan sikap yang positif di dalam diri sendiri supaya mampu untuk mewujudkan rasa semangat untuk bersedia mengajar dan mampu mencipta persekitaran yang terbaik. Perkara ini disokong oleh Shahrina dan Siti Hasmah (2010) di dalam kajiannya telah dinyatakan bahawa seseorang guru yang mempunyai sifat positif di dalam diri mereka akan sentiasa rasa bersemangat dalam pengajaran sekaligus dapat mencipta suasana persekitaran yang ceria.

Seterusnya, guru pendidikan khas masalah pembelajaran juga perlu mempersiapkan diri dari segi kesediaan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan Pdp subjek kemahiran hidup lebih efektif disamping dapat melahirkan MBK masalah pembelajaran yang produktif. Guru pendidikan khas masalah pembelajaran perlu sentiasa cakna dalam aspek kesediaan diri dan memperoleh kemahiran supaya dapat melaksanakan Pdp subjek kemahiran hidup dengan bagus disamping dapat menarik minat MBK untuk mempelajari subjek tersebut.

Rujukan

Abdul R. H., (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Universiti Kebangsaan Malaysia

(9)

Ahmad, J. (2002) Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Ph.D. Thesis, Fakulti Pendidikan Universiti, Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Airulliza. (2012). Pengaruh minat dalam amalan motivasi terhadap pembelajaran pelajar- pelajar tingkatan empat. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Amani Dahaman (2011). Penyelidikan Pendidikan. Tinjauan Literatur/Sorotan Kajian (April 2011)

Hassan, Zainudin and Mohd. Yusof, Sanitah and Wahab, Sabilah (2006) Pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di dalam kehidupan seharian pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah di Johor Bahru, Johor. In: Seminar PTV, Sofitel resort.

Hassan, Z, et al.(2007). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih.

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Jabatan Pendidikan Khas (2004). Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ja’apar, Faizah (2017) Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya Malaysia; Kementerian Pendidikan Malaysia. www.moe.gov.my Lokman.et al.(2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan

Khas.Jurnal Pendidik dan Pendidikan 24, 73-87.

Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar. 2016.

Penggunaan Teknik Peneguhan Positif bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6 Mohd. Majid Konting (1990), Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Arshad, Muallimah (2010) Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor. . pp. 1-8.

Mohd Syaubari Bin Othman* & Ahmad Yunus Bin Kassim (2016). Keberkesanan Permulaan Pengajaran Menerusi Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Di Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak. Online Journal Of Islamic Education October 2016, Vol. 4, Issue 2

Norfadhilah N., (2014). Penilaian Pencapaian Objektif program pembudayaan keusahawanan (PPK) di Politeknik Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas . 2009. Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan UKM

Nurul Farahah Derapa, Suziyani Mohamed (2018). Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman. Jurnal Ortopedagogia, Volume 4 Nomor 1 Juli: 66-71

Schwartz, H. & Drager, K.D.R. 2008. Training and Knowledge in Autism Among Speech- Language Pathologists: A Survey. Language, Speech & Hearing Services in Schools 39(1):66-77.

Siti Hawa Abdullah, Pendidikan Untuk OKU di Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

Universiti Sains Malaysia.

(10)

Shahrina H. & Siti H. M., (2010). Faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru. Institutional Repository. UTM

Yatim @ Mohd Yatim, R., & Idris, M. S. (2016). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Perniagaan Dan Keusahawanan Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Di Daerah Batu Pahat Dari Persepsi Pelajar. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1) diambil dari https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj- tp/article/view/4755

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Melihat kepada betapa pentingnya bahan bantu mengajar bagi menyokong dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama sekali kepada murid pendidikan

Set induksi bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah elemen yang penting bagi menarik minat murid terhadap tajuk kemahiran dalam komponen

Penglibatan ibu bapa dalam PdPR di rumah murid berkeperluan khas pembelajaran dalam kajian ini berada pada tahap tinggi untuk 3 jenis penglibatan iaitu

Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemahiran guru sekolah luar bandar terhadap penerapan Design Thinking dalam pendidikan STEM adalah pada tahap yang rendah iaitu secara

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap perlaksanaan pembelajaran sosial dan emosional guru pendidikan khas Program Pendidikan Khas

Begitu juga dengan tahap minat pelajar tingkatan 4 terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di surau sekolah berada pada tahap yang tinggi

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti murid Pemulihan Khas, kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid perlu diaplikasikan dalam

Seterusnya, dapatan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru kaunseling di sekolah pendidikan khas ketika pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling klien berkeperluan