• Tiada Hasil Ditemukan

View of Penggunaan Sistem Perakaunan Berkomputer Di Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Sekitar Bandar Kota Bharu, Kelantan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Penggunaan Sistem Perakaunan Berkomputer Di Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Sekitar Bandar Kota Bharu, Kelantan"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Penggunaan Sistem Perakaunan Berkomputer Di Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Sekitar Bandar

Kota Bharu, Kelantan

(The Adoption of Computerized Accounting System Among Small and Medium Enterprise Entrepreneurs in Kota Bharu, Kelantan)

Nur Afifah Ahmad1*, Norhidayah Mohamad Yusop1*

1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

*Pengarang Koresponden: afifah@pkb.edu.my, norhidayah@pkb.edu.my Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dilakukan untuk menguji penggunaan sistem perakaunan berkomputer di kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Penggunaan sistem ini merangkumi kemampuan, kemahiran dan pengetahuan di kalangan usahawan PKS tersebut. Bagi memenuhi objektif kajian, penggunaan borang soal selidik sebagai instrumen dan kaedah kuantitaif dipilih sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) bagi memudahkan penganalisaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usahawan PKS berada pada tahap sederhana di dalam penggunaan sistem perakaunan berkomputer ini. Diharapkan pendedahan dari masa ke semasa mengenai kebaikan penggunaan sistem perakaunan berkomputer oleh pihak-pihak berwajib dan ini akan memberi kesedaran kepada usahawan PKS secara khasnya.

Kata kunci: sistem perakauan berkomputer, Perusahaan Kecil dan Sederhana, katakunci

Abstract: This study was conducted to investigate adoption of computerised accounting systems among Small and Medium (SMEs) entrepreneurs in Kota Bharu, Kelantan. This adoption of systems include ability, skills and acknowledge among SMEs entrepreneurs. To meet the objectives of the study, the use of questionnaires as instruments and quantitative methods were selected as the study design. The results of the study were analyzed using descriptive statistical methods and SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) software to facilitate analysis. The findings of the study show that SME entrepreneurs are at a moderate level in the adoption of this computerized accounting system. It is hoped that the exposure from time to time on the benefits of using a computerized accounting system by the authorities and particularly this will give awareness to SME entrepreneurs.

Keywords: computerized accounting system, Small Medium Enterprises (SMEs)

___________________________________________________________________________

__________________

1. Pengenalan

Menurut laporan khas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2018/2019 menyatakan PKS Malaysia mewakili majoriti (98.5%) daripada populasi perniagaan dengan sumbangan sebanyak 38.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruhan, 17.3% kepada jumlah eksport dan 66.2% kepada guna tenaga keseluruhan pada tahun 2018 dan ia

(2)

sememangnya menjadi pemangkin untuk menangani ketidaksamaan ekonomi merentasi kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Walaupun sektor PKS mempunyai prestasi yang stabil, tetapi masih terdapat pemilik perniagaan yang kurang arif mengenai pengurusan perakaunan dan perekodan transaksi urusniaga aktiviti perniagaan harian mereka.

Menurut Dorothy Davis, Paul Dunn dan Katherine Boswell (2009), didapati bahawa peniaga- peniaga kecil tidak menyedari kebaikan merekod dan menguruskan kewangan dalam perniagaan mereka walaupun ianya hanyalah perniagaan kecil sahaja. Malah mereka lebih memilih untuk tidak merekod data kewangan mereka. Pengetahuan asas tentang simpan kira- kira adalah penting untuk pelaporan kewangan perniagaan yang konsisten. Antara kebaikan operasi harian perniagaan direkodkan adalah antaranya akan membolehkan untuk membuat keputusan berkaitan pengurusan dan kewangan dengan lebih baik, membantu dalam menyediakan pembayaran cukai tahunan dan menyediakan rancangan seterusnya dalam perniagaan. Tambahan pula, menurut Brecht dan Martin (1996), keperluan sistem perakaunan juga boleh membantu maklumat-maklumat yang bukan kewangan dalam menyokong maklumat kewangan untuk membuat keputusan yang lebih bagus.

Menurut Shaun Wong (2017), ramai di kalangan usahawan mempunyai fikiran hanya perniagaan besar sahaja yang memerlukan sistem perakaunan berkomputer. Namun persepsi dan pemikiran itu tidak tepat kerana perniagaan kecil mahupun besar, perakaunan merupakan perkara asas kepada semua jenis perniagaan. Tanpa perakaunan, kita tidak tahu adakah perniagaan kita memperolehi keuntungan atau tidak. Bagi membantu syarikat kecil atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sistem perakaunan berkomputer telah dibangunkan.

Sistem akaun ini adalah penting untuk mereka yang tidak ada pengetahuan mengenai perakaunan supaya dapat menghasilkan laporan kewangan dengan mudah dan cepat.

Perakaunan manual seperti namanya menandakan adalah sistem perakaunan berasaskan kertas, di mana jurnal dan daftar buku, baucer dan buku akaun digunakan untuk menyimpan, mengklasifikasikan dan menganalisis transaksi kewangan sesebuah organisasi. Ia sering digunakan oleh ahli perniagaan kecil seperti pemilik tunggal, pemegang kedai dan lain-lain untuk mengekalkan rekod transaksi perniagaan kerana kos yang lebih rendah.

Sistem perakaunan berkomputer memproses data urusniaga bagi menyediakan maklumat kepada pengguna dalaman dan luaran. Selain daripada itu juga, sistem perakaunan berkomputer juga memberi interaksi dengan sistem maklumat pegurusan yang memproses data-data bukan urusniaga bagi menghasilkan maklumat yang membantu pengurus syarikat membuat keputusan bagi perniagaan mereka (Warren & Fess, 1989). Di Malaysia terdapat pelbagai sistem perakaunan berkomputer yang boleh didapati antaranya Sistem Perakaunan Sage UBS, Sistem Perakaunan Quickbooks, Sistem Perakaunan MYOB dan Sistem Perakaunan Waveapps. Ada di antara sistem perakaunan berkomputer ini didatangkan dengan aplikasi telefon pintar untuk pengguna Android dan iOS. Ini untuk memudahkan para usahawan PKS merekod maklumat urusniaga dan perniagaan mereka. Oleh yang demikian, kajian ini cuba meneliti penggunaan sistem perakaunan berkomputer di kalangan usahawan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) di sekitar Bandar Kota Bharu, Kelantan.

1.1. Pernyataan Masalah

Perakaunan merujuk kepada kaedah simpan kira yang merekod secara sistematik urusniaga sesebuah perniagaan dan ianya diringkaskan serta dipersembahkan dalam bentuk penyata kewangan seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai. Menurut petikan daripada laman web SME Corp, objektif utama memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Kebanyakan perniagaan baharu gagal dalam tempoh 3 tahun pertama beroperasi disebabkan oleh faktor pengurusan kewangan dan pengurusan akaun atau

(3)

simpan kira-kira yang lemah. Adalah penting untuk setiap usahawan mempunyai rekod yang baik bagi setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan supaya dapat mengenal pasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian.

Permasalahan dalam penggunaan sistem perakaunan berkomputer yang dapat dilihat adalah dari segi kemampuan, kemahiran dan kesedaran di kalangan usahawan PKS. Kemampuan adalah mengenai kaedah perekodan urusniaga perniagaan usahawan atau lebih tepat lagi kaedah pengurusan kewangan usahawan PKS tersebut. Ramai usahawan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang masih tidak menggunakan sistem atau perisian perakaunan. Mereka masih merekod urusan perakaunan menggunakan “excel” dan membuat catatan duit keluar masuk secara manual. Penyimpanan maklumat secara manual ini amat mebimbangkan kerana ia boleh dipadamkan, dimanupulasi oleh pihak lain atau hilang dalam simpanan usahawan tersebut.

Selain itu, para usahawan juga memerlukan ilmu dan kemahiran dalam penggunaan. Ini kerana usahawan yang mempunyai ilmu dan kemahiran akan mewujudkan kecekapan dalam menjamin hasil kerja akaun yang bermutu. Penggunaan sistem perakaunan berkomputer dapat membantu tugas yang berulang kerana ia dilakukan dengan cepat dan tepat oleh komputer berbanding dengan membuat perekodan secara manual atau konservatif. Oleh itu, kesilapan dapat dielakkan seperti memasukkan nilai yang salah, merekod ke dalam akaun yang salah atau satu urusniaga direkod sebanyak dua kali. Oleh itu, dengan adanya sistem perakaunan berkomputer segala proses tersebut dilakukan secara automatik. Ini akan mengelakkan pengguna daripada melakukan kesilapan dan laporan-laporan yang terhasil juga lebih tepat.

Seterusnya, pengetahuan dalam penggunaan sistem perakaunan berkomputer oleh usahawan PKS juga amat penting dalam kajian ini. Ini kerana kebanyakan usahawan PKS tidak mempunyai kesedaran dalam kelebihan menggunakan sistem perakaunan berkomputer dalam urusniaga mereka. Para usahawan PKS perlu tahu dengan menggunakan sistem ini tempoh pemprosesan yang lebih pendek menunjukkan kecekapan yang tinggi dan efisyen. Kecekapan ini boleh membantu mengurangkan kos kerana kurang masa dan tenaga kerja yang diperlukan.

Begitu juga, penggunaan sistem atau perisian perakaunan dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. Secara kesimpulan dari pernyataan di atas, timbul persoalan tentang penggunaan sistem perakaunan berkomputer oleh usahawan PKS di sekitar Bandar Kota Bharu, Kelantan.

Ianya akan memberi penumpuan dari segi kemampuan, kemahiran dan kesedaran oleh para usahawan mengenai sistem ini dan amatlah wajar satu kajian dijalankan.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana penggunaan sistem perakaunan berkomputer oleh usahawan PKS di sekitar Kota Bharu, Kelanatn. Secara terperincinya, kajian ini ingin membuktikan bahawa penggunaan sistem perakaunan berkomputer dalam sesebuah perniagaan amat penting dalam pengurusan kewangan mereka.

Antara objektif kajian ini adalah:

1) Mengenalpasti kemampuan usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer dalam menguruskan maklumat perakaunan mereka.

2) Mengenalpasti kemahiran usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer dalam menguruskan maklumat perakaunan mereka.

3) Mengenalpasti pengetahuan usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer dalam menguruskan maklumat perakaunan mereka.

(4)

2. Kajian Literatur

Sesebuah perniagaan yang ditubuhkan adalah mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan. Pengurusan perakaunan akan memberi kesan kepada pengawalan aliran tunai serta pengurusan kewangan syarikat. Selain itu, keupayaan dalam menguruskan kewangan sesebuah perniagaan adalah melibatkan proses pembelajaran aktif adalah dipengaruhi faktor persekitaran dalaman dan luaran (Deakins, D., Morrison, A., & Galloway, L., 2002). Ini disokong oleh Saleh, M., Zulkifli, N., dan Muhamad, R. (2010), pemeriksaan aliran tunai yang bagus merupakan langkah awal dalam merancang kewangan perniagaan.

Hasil dari Ahmad Zukni (2000) mendapati segelintir usahawan PKS mengamalkan amalan perekodan kewangan. Ini memberi gambaran bahawa para usahawan PKS masih kurang kesedaran dalam mengurus kewangan syarikat mereka. Melalui penggunaan sistem perakaunan berkomputer, ianya akan memudahkan usahawan PKS membuat keputusan yang cepat, mudah dan tepat. Ini disokong melalui Noor Azizi Ismail, Abdullah, S.N., dan Mahamad Tayib (2003), menyatakan dengan penggunaan sistem perakauan berkomputer akan menjadi faktor kelangsungan kejayaan perniagaan usahawan PKS. Menurut Brett Nuckles (2014), menyatakan mengenai penggunaan sistem perakaunan berkomputer dengan menggabungkan dokumen sebenar dan digital akan menjimatkan masa dan wang kepada syarikat. Menurut Dougles Prawit et al., (1997), penggunaan teknologi komputer telah digunakan secara meluas untuk melaksanakan tugas-tugas perakaunan daripada proses pemindahan catatan urusniaga sehinggalah menyediakan laporan kewangan.

Mohd Fazli et al., (2012), telah mengkaji penggunaan sistem perakaunan berkomputer di kalangan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, menerangkan tentang kriteria pengurus syarikat boleh menyokong atau menolak penggunaan sistem ini. Kajian Haleem (2016), pula menerangkan mengenai enam faktor yang menghalang atau menyokong penggunaan sistem perakaunan berkomputer di institusi kerajaan. Faktor-faktor tersebut adalah kos, sokongan pengurusan, sumber manusia, pandangan pengguna, infrastruktur dan sistem kawalan dalaman.

Semasa menganalisa kejayaan dalam pelaksanaan sistem perakaunan berkomputer oleh sesebuah perniagaan, kurangnya latihan staf yg efektif akan menjejaskan kejayaan sistem (Nakyobe et al., (2016). Menurut Amanamah, Morrison dan Aseidu (2016), dan Nyang’au, Okibo, dan Nyanga’u, (2015), menjelaskan bahawa tahap pendidikan kakitangan sebagai faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sistem perakaunan di kalangan perniagaan kecil dan sederhana. Tahap pendidikan ini juga memberi kaitan dengan faedah dan kebaikan dalam penggunaan sistem perakaunan berkomputer ini. Amanamah et al., (2016), juga menjelaskan bahawa persepsi negatif akan memberikan halangan yang paling utama dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer secara berkesan. Ifinedo (2011), pula memberitahu kejayaan dalam penggunaan sistem perakaunan berkomputer adalah dari faktor dalaman peniaga itu sendiri.

Setiap sistem perakaunan berkomputer yang digunapakai sama ada melalui bayaran kepada firma akaun atau mempunyai sistem perakaunan sendiri mempunyai nilai dan bayarannya yang tersendiri. Kebanyakan usahawan bimbang dengan kos yang perlu ditanggung terutamanya bagi mereka yang ingin memiliki sistem perakaunan sendiri (Metro, 2014). Menurut Choe (1996), antara faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem perakaunan berkomputer adalah termasuklah penglibatan pengguna, sokongan pengurusan atasan, pendidikan dan latihan pengguna serta hubungan kumpulan sistem itu sendiri. Terdapat dua pembolehubah yang mengukur prestasi sistem perakaunan berkomputer iaitu tahap penggunaan dan kepuasan pengguna (Amoroso & Cheney 1991; Igbaria & Nachman 1990; Kim et al. 1996). Tetapi menurut De Lone dan McLean (1992), dalam mengukur prestasi penggunaan sistem

(5)

perakaunan berkomputer, faktor penggunaan merupakan pengukuran yang terbaik kerana ianya lebih tertumpu dan lebih mudah untuk diukur berbanding dengan pengukuran faktor-faktor lain. Choe (1996), juga menjelaskan kepuasan pengguna adalah pengukur alternatif bagi tahap penggunaan sistem ini.

Menurut Noor Azizi Ismail et al., (2003), PKS seperti juga perniagaan yang lain, mengharapkan untuk mencapai keuntungan melalui persaingan kualiti, harga dan perkhidmatan daripada mereka. Dalam negara yang semakin menuju era globalisasi perdagangan dan pelaburan serta perubahan teknologi yang mencabar, PKS perlu membuat perubahan dalam menghadapi persaingan yang ketara di masa hadapan. Perubahan ini melibatkan sumber kewangan dan penggunaan teknologi yang bagus di samping ianya akan menjimatkan kos malah digunakan dengan baik (El Louadi, 1998). Selain itu, didapati antara sebab tahap penggunaan yang rendah oleh para usahawan PKS adalah merasa takut dan khuatir dengan teknologi (Peter, 1999) dan juga kerana para usahawan tidak begitu mengenali secara mendalam teknologi tersebut (Soon, 1990) dan mereka juga tidak menyedari pelbagai insentif diberikan oleh pihak-pihak berwajib. Menurut Gable dan Raman (1992), kerajaan Singapura telah mengambil insentif dengan memperkenalkan Program Pengkomputeran Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk memberi dorongan dan membantu peniaga-peniaga perusahaan kecil dan sederhana dalam menjadi lebih kompetetif melalui penerapan teknologi dan operasi seharian mereka. Sistem perakaunan berkomputer telah lama wujud di negara barat, menurut Duschinsky dan Dunn (1988), telah membuat kajian terhadap 800 usahawan PKS yang berjaya di negara British, mereka telah mendedahkan 80% adalah mereka yang menggunakan sistem perakaunan berkomputer. Menurut Shahrum et al., (1996), bagi usahawan PKS di Malaysia pula, sebanyak 52% PKS menggunakan pakej sistem perakaunan yang sedia ada, 19%

menggunakan pakej sistem perakaunan secara dalaman dan hanya 9% menggunakan pakej yang diubahsuai mengikut keperluan mereka. Yap et al., (1992) telah memberi cadangan untuk mencapai kejayaan dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer oleh usahawan PKS, ianya perlu menggabungkan antara kepakaran sistem perakauanan berkomputer dan pengetahuan dalam perniagaan mereka itu sendiri.

Oleh yang demikian, timbul persoalan sama ada sistem perakaunan berkomputer ini digunakan dengan baik dan berkesan dan adakah mendapat sambutan yang baik di kalangan usahawan PKS. Disebabkan itu, satu kajian dijalankan untuk mengkaji penggunaan sistem perakaunan berkomputer di kalangan usahawan PKS di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.

3. Metodologi Kajian

Metodologi amat penting dalam membuat suatu penyelidikan kerana ianya akan memberi panduan kepada pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpulkan. Brew (2001), mendefinisikan metodologi adalah kajian yang melengkapi cara penghasilan, pengujian dan pengesahan ilmu serta suatu proses sistematik kajian. Metodologi merupakan elemen yang penting dalam kajian ini kerana ianya akan memastikan keputusan dalam maklumat tentang penggunaan sistem perakaunan berkomputer oleh usahawan PKS di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Oleh yang demikian, reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif iaitu berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil soal selidik yang dijawab oleh responden ini akan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Kajian deskriptif merupakan kajian yang berkaitan dengan persoalan alam, peristiwa ataupun pembolehubah yang lain.

(6)

3.1 Populasi dan Sampel Kajian

Menurut Sekaran, U. (2003), populasi boleh didefinisikan kepada keseluruhan manusia dalam sesuatu kumpulan, fenomena atau sesuatu perkara menarik yang membuatkan penyelidik ingin mengkajinya. Populasi bagi kajian ini adalah usahawan yang mengusahakan perusahaan kecil dan sederhana berdaftar di bandar Kota Bharu, Kelantan. Dalam mendapatkan populasi kajian dengan jelas, pengkaji telah memilih seramai 50 orang usahawan PKS di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh usahawan PKS yang dipilih adalah peruncitan, makanan dan minuman serta pakaian.

3.2 Instrumen Kajian

Bagi mendapatkan data daripada responden, alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui soal selidik yang telah dibina. Soal selidik yang telah dibina seharusnya dapat mencapai objektif kajian, memperolehi maklumat yang paling tepat dan lengkap serta mencapai tujuan kajian ini dibuat. Menurut Mohd Najib Ghafar (1998), instrument soal selidik mudah dikawal setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dibuat analisis.

Bahagian A terdiri daripada 5 item yang memperihalkan maklumat berkaitan dengan latar belakang responden. Antara maklumat yang ditanya adalah jantina, umur, jenis perniagaan, tempoh perniagaan dan tahap pendidikan.

Manakala bahagian B terdiri daripada 15 soalan dan dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu berkaitan objektif sebenar kajian ini dibuat. Maklumbalas yang diterima daripada responden diukur berdasarkan kepada skala Likert. Menurut Sekaran (2013), skala Likert direka bentuk untuk menguji sejauh mana responden bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu kenyataan berdasarkan kepada skala 4 mata.

3.3 Kajian rintis

Satu kajian rintis telah dilakukan untuk menguji kebolehpercayaan item-item soalan dalam soal selidik sebelum kajian seterusnya dilakukan. Dalam kajian rintis yang dijalankan, seramai 10 usahawan PKS di sekitar Kota Bharu telah dilipih secara rawak sebagai responden. Untuk menguji dan menentukan kebolehpercayaan sesuatu soal selidik, ujian pekali “Alpha Cronbach” merupakan antara kaedah yang paling meluas dilaksanakan (Serakan, 2003).

4. Hasil Kajian dan Perbincangan

4.1 Analisis Maklumat Peribadi Responden

Hasil kajian menunjukkan 36 usahawan (72%) responden adalah dari kalangan perempuan.

Majoriti responden usahawan PKS adalah berumur 25 tahun ke bawah iaitu 44%. Bagi jenis perniagaan, responden yang mempunyai kedai makanan dan minuman (34%), kedai runcit dan kedai pakaian masing-masing (28%) dan lain-lain perniagaan adalah 10%. Kebanyakan tempoh perniagaan yang ditubuhkan antara 6 hingga 10 tahun (38%), 5 tahun dan ke bawah (34%), 21 tahun dan ke atas (16%) dan 11 hingga 20 tahun (12%). Bagi tahap pendidikan pula, responden yang mempunyai sijil SPM (38%), sijil STPM dan Diploma (32%), Ijazah dan ke atas (28%) dan PMR adalah (2%).

(7)

4.2 Analisis Dapatan Kajian Bahagian B

4.2.1 Analisis Kemampuan Usahawan PKS Dalam Menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer Dalam Menguruskan Maklumat Perakaunan Mereka.

Dalam bahagian ini mempunyai 5 item soalan yang berkaitan dengan kemampuan menggunakan sistem perakaunan berkomputer bagi usahawan PKS. Analisis data dibuat menggunakan nilai skor min. Hasil dapatan adalah seperti dalam Jadual 4.2.1.

Jadual 4.2.1 Analisis skor min bagi kemampuan usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer

Kemampuan Menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer Skor Min Saya mempunyai pengetahuan tentang kewujudan sistem perakaunan

berkomputer di pasaran.

3.32

Saya membuat penilaian tentang jenis-jenis sistem perakaunan berkomputer di pasaran.

3.20

Saya membuat pemantauan tentang harga bagi setiap perakaunan berkomputer di pasaran.

3.54

Saya mampu untuk memiliki sistem perakaunan berkomputer di pasaran. 2.88 Saya berpendapat harga sistem perakaunan berkomputer di pasaran adalah

berpatutan.

2.14

Min keseluruhan 3.016

Jadual 4.2.1 menunjukkan skor min bagi kemampuan usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer dalam menguruskan maklumat perakaunan oleh usahawan PKS di bandar Kota Bharu, Kelantan. Pada keseluruhan, skor min adalah berada pada tahap sederhana iaitu 3.016. Skor yang paling tinggi adalah saya membuat pemantauan tentang harga bagi setiap perakaunan berkomputer di pasaran iaitu 3.54 manakala yang paling rendah adalah saya berpendapat harga sistem perakaunan berkomputer di pasaran adalah berpatutan iaitu 2.14. Pada kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa kemampuan usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer masih di tahap yang sederhana dan jelas dari soal selidik ini, para usahawan masih berpendapat harga bagi sistem perakaunan di pasaran masih tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kemampuan mereka untuk mendapatkannya.

4.2.2 Analisis Kemahiran Usahawan PKS Dalam Menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer Dalam Menguruskan Maklumat Perakaunan Mereka.

Dalam bahagian ini mempunyai 5 item soalan yang berkisar tentang kemahiran usahawan PKS dalam penggunaan sistem perakaunan berkomputer.

Jadual 4.2.2 Analisis skor min bagi kemahiran usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer

Kemahiran menggunakan perisian perakaunan berkomputer Skor Min Saya mempunyai kemahiran dalam menggunakan sistem perakaunan

bekomputer.

3.40

Saya dapat merekod transaksi perniagaan dengan cepat apabila menggunakan sistem perakaunan berkomputer.

3.50

Saya sedar dengan kemahiran yang ada dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer mempunyai banyak kelebihan kepada perniagaan saya.

3.64

(8)

Saya pernah menghadiri kursus atau latihan yang berkaitan dengan sistem pengurusan berkomputer sepanjang saya menceburi perniagaan PKS.

3.60

Saya dapat menyediakan laporan kewangan syarikat saya dengan tepat apabila menggunakan sistem perakaunan berkomputer.

3.52

Min keseluruhan 3.532

Jadual 4.2.2 di atas menunjukkan hasil dapatan bagi kemahiran usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Skor min tertinggi adalah saya sedar dengan kemahiran yang ada dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer mempunyai banyak kelebihan kepada perniagaan saya iaitu 3.64 dan yang terendah adalah saya mempunyai kemahiran dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer sebanyak 3.40. Pada keseluruhannya, didapati kemahiran usahawan PKS dalam mengendalikan sistem perakaunan berkomputer adalah pada tahap yang sederhana. Untuk meningkatkan lagi kemahiran para usahawan dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer dalam menguruskan perakaunan mereka, latihan-latihan perlu diberikan kepada mereka secara berterusan oleh pihak berwajib.

4.2.3 Analisis Pengetahuan Usahawan PKS Dalam Menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer Dalam Menguruskan Maklumat Perakaunan Mereka.

Dalam bahagian terakhir ini mengandungi 5 item soalan yang berkaitan dengan pengetahuan usahawan PKS yang berkaitan dengan penggunaan sistem perakaunan berkomputer.

Jadual 4.2.3 Analisis skor min bagi pengetahuan usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer

Pengetahuan Usahawan PKS Dalam Menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer

Skor Min

Saya tahu dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer keselamatan maklumat perakaunan saya terjamin.

3.44

Saya tahu sistem perakaunan berkomputer akan memudahkan pengurusan kewangan perniagaan saya.

3.42

Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui kursus yang berkaitan dengan sistem perakaunan berkomputer.

3.28

Saya tahu untuk menggunakan sistem perakaunan berkomputer memerlukan kemahiran pengetahuan yang tinggi.

3.42

Saya tahu penggunaan sistem perakaunan berkomputer dapat menjimatkan masa dalam pengurusan kewangan saya.

3.28

Min keseluruhan 3.368

Jadual 4.2.3 di atas menunjukkan hasil dapatan bagi pengetahuan usahawan PKS dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Skor min tertinggi adalah saya tahu dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer keselamatan maklumat perakaunan saya terjamin iaitu 3.44 dan yang terendah adalah saya mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui kursus yang berkaitan dengan sistem perakaunan berkomputer sebanyak 3.28. Pada keseluruhannya, didapati pengetahuan usahawan PKS dalam mengendalikan sistem perakaunan berkomputer adalah pada tahap yang sederhana iaitu 3.368.

Pengetahuan tentang kelebihan dalam menggunakan sistem perakaunan berkomputer adalah amat wajar untuk diwar-warkan kepada usahawan. Ini kerana, melalui penggunaan sistem ini

(9)

akan memberi banyak kemudahan dan kesenangan kepada mereka dalam memastikan kewujudan perniagaan mereka di masa hadapan.

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Kesimpulan daripada kajian ini yang bertajuk penggunaan sistem perakaunan berkomputer oleh usahawan PKS di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan dapat dinyatakan kajian yang telah dijalankan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan. Terdapat banyak kelebihan apabila usahawan mengadaptasikan sistem perakaunan berkomputer ini dalam menjalankan urusniaga perniagaan mereka. Sistem perakaunan berkomputer amat penting dalam meningkatkan dan memajukan perniagaan PKS. Melalui sistem ini, usahawan PKS dapat mengetahui keuntungan yang tepat dan sebenar serta dapat meningkatkan tahap kualiti kerja mereka. Selain itu, usahawan juga dapat menilai aliran wang masuk dan keluar apabila menggunakan sistem ini.

Dari dapatan yang didapati daripada kemampuan, kemahiran dan pengetahuan jelas menunjukkan penggunaan sistem perakaunan berkomputer masih berada di tahap yang sederhana. Untuk meningkatkan lagi penggunaan sistem perakaunan berkomputer di kalangan usahawan PKS dicadangkan agar pihak berwajib memberi insentif yang sesuai kepada usahawan untuk mendorong mereka menggunakan sistem ini dengan lebih meluas. Antara insentif yang sesuai diberikan adalah seperti memperkenalkan insentif cukai oleh pihak kerajaan kepada usahawan PKS bagi menggalakkan lagi pembelian peralatan teknologi maklumat seperti komputer dan perisian sistem perakaunan. Seperti maklum, satu set lengkap untuk setiap perisian sistem perakaunan berkomputer adalah agak mahal untuk dimiliki dan ini akan membebankan para usahawan PKS. Oleh itu, amatlah sesuai sekiranya pihak kerajaan memberi pelepasan cukai kepada mereka bagi mengurangkan bebanan para usahawan ini.

Selain itu, salah satu cara lain untuk meningkatkan lagi penggunaan sistem perakaunan berkomputer adalah firma-firma perakaunan memberi peluang kepada usahawan PKS untuk menggunakan khidmat mereka pada kadar yang rendah. Akhirnya, diharap kajian ini dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak-pihak di luar sana. Keupayaan pengurusan kewangan, pekerja, kualiti dan pemasaran adalah penting untuk dikuasai oleh usahawan PKS untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan keupayaan menghadapi cabaran (Alauddin Sidal, 2014).

Rujukan

Ahmad Zukni Johari. 2000. Ke Arah Mempertingkatkan Latihan dan Kemahiran Bumiputera dalam Perniagaan Agihan. Kertas Kerja Konvensyen Penyertaan Bumiputera dalam Industri Perdagangan Pengedaran, 19-20 September, Kuala Lumpur.

Alauddin Sidal (2014) Taksonomi keupayaan usahawan wanita Melayu. Journal of Human Capital Development 7.

Amanamah, R., Morrison, A., & Asiedu, K. 2016. Computerized accounting system usage by small and medium scale enterprises in Kumasi metropolis, Ghana. Research Journal of Finance and Accounting 7(16): 16-29

Amoroso, D.L. & Cheney, P.H. 1991. Testing a causal model of end-user application effectiveness. Journal of Management Information Systems 8(1): 63-89.

Brett Nuckles (2014). How SMS Marketing Can be Your Business’ Resolution. Petikan dari:

https://www.swiftsmsgateway.com/2014/01/07/how-sms-marketing-can-be-your- business-resolution/

Brecht, H.D., and M.P. Martin. (1996). Accounting Informatioon Systems: The Challenge of Extending Their Scope to Business and Information Strategy. Accounting Horizons.

(10)

10(4), 16-22

Brew, A. (2001). Conceptions of Research: A Phenomenographic Study. Studies in Higher Education, 26(2), 271-285.

Choe, J. 1996. The relationship among performance of accounting information systems, influence factors, and evolution level of information systems. Journal of Management Information Systems 12(4): 215-239.

Deakins, D., Morrison, A. dan Galloway, L. (2002). Evolution, financial management and learning in the small firm. Journal of Small Business and Enterprise Development.

Vol.9(1):7-16.

DeLone, W.H. & McLean, E.R. 1992. Information systems success: The quest for the dependent variable. Information Systems Research 3(1): 60-95.

Dorothy, P., & Katherine. (2009). The Importance of Caputring and Using Financial Information in Small Business. American Journal of Economics and Business Administration, 1, 27

Duschinsky, P., and P. Dunn. 1998. “Competitive advantage from IT”. Chartech News, The Institute of Chartered Accountants, April: 7.

El Louadi, M. 1998. “The relationship among organization structure, information technology and information processing in small Canadian firms”. Canadian Journal of Administrative Sciences. 15(2): 180-199.

Gable, G. G., and K. S. Raman. 1992. “Government initiatives of IT adoption in small businesses: Experiences of the Singapore small enterprise computerization program”.

International Information Systems, January. 1(1): 68-92.

Haleem, A. 2016. The factor affecting computerized accounting system with reference to government department in the Ampara District. EPRA International Journal of Economic and Business Review 4(7): 130-139.

Ifinedo, P. 2011. Examining the influences of external expertise and in-house computer/ IT knowledge on ERP system success. The Journal of Systems and Software 84: 2065– 2078.

Igbaria, M. & Nachman, S.A. 1990. Correlates of user satisfaction with end-user computing:

An exploratory study. Information & Management 16(4): 187-196.

John Wiley and Sons, Inc.Yap, C. S., C. P. Soh, and K. S. Raman. 1992. “Information systems success factors in small business”. OMEGA International Journal of Management Science. 20(5/6): 597-609.

Kim, C.; Suh, K. & Lee, J. 1996. Utilization and user satisfaction in end-user computing: A task contingent model. Information Resource Management Journal 11(4): 11-24.

Mohd Fazli Mohd Sam, Hoshino, Y. & Md Nor Hayati Tahir. 2012. The Adoption of Computerized Accounting System in Small Medium Enterprises in Melaka, Malaysia (SSRN Scholarly Paper No. ID 2204182). Rochester, NY: Social Science Research Network. Retrieved from https://papers. ssrn.com/abstract=2204182

Mohd Najib Ghaffar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Nakyobe, J., E. Nambi, E Aguti, and W Ssewankambo. 2016. Implementation of a Computerized Accounting System at RUFORUM. Working Document Series, 277–86.

Cape Town, South Africa.

Noor Azizi Ismail, Abdullah, S.N., & Mahamad Tayib (2003) Computer-Based Accounting Systems: The Case of Manufacturing-Based Small and Medium Enterprises in the Northen Region of Peninsular Malaysia. Jurnal Teknologi, 39(E), 19-36.

Nyang’au, R.N., Okibo, B.W. & Nyanga’u, A. 2015. Constraints affecting adoption of computerized accounting system in 160 Nyeri County, Kenya. International Journal of Economics, Commerce and Management 3(5): 15-36

Peter, S. 1999. “Technology trends crucial for small business”. Inside Tucson Business. 8(48):

(11)

5

Prawitt, Douglas F. Romney, Marshal B. (1997). Emerging Business Technologies. Internal Audit.

Saleh, M., Zulkifli,N. & Muhamad, R. (2010). Corporate social responsibility disclosure and its relation on institutional ownership: Evidence from public listed companies in Malaysia, Managerial Auditing Journal, 25(6), 591 – 613

Sekaran, U. (2003) Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. 4th Edition, John Willey & Sons, New York.

Sekaran, U., & Bougie, R. (2013). Research methods for business: a skill-building approach (6th ed.). Chichester, West Sussex: John Wiley & Sons, Inc.

Shahrum, H., S. Y. Sharifah Soa’ad, A. B. Engku, S. Kamran, A. Sabri, and O. Zurni. 1996.

“IT adoption among the Small and Medium Enterprises in the Northern Region of Peninsular Malaysia”. Research Report for IRPA Project, School of Information Technology, Universiti Utara Malaysia, Sintok

Sharifah Dayana Syed Bakri (10 November, 2014) Urus Akaun RM50 Sebulan. Harian Metro Shaun Wong. (2017) Kepentingan Sistem Akaun. Dimuat turun daripada

https://www.qne.com.my/sistem-akaun-perniagaan/

SMECORP Malaysia. (2018). Laporan Tahunan PKS 2018/2019. Petikan dari:

https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/laporan-tahunan/3942-laporan-tahunan- pks-2018-19

SME Corporation Malaysia (2018) Menguruskan Kewangan Perniagaan Anda. Petikan dari:

https://smeinfo.com.my/my/menguruskan-kewangan-perniagaan-anda/simpan-kira-kira- jangkaan-kitaran-perakaunan-anda

Soon, T. T. 1990. “Current issues of supporting industries”. International Conference on Small and Medium Scale Enterprises, Universiti Utara Malaysia. 1: 174-175.

Warren, C.S & Fess, P.E. Principles of Financial and Managerial Accounting. Ohio: South- Western Publishing Co

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pemilik perniagaan kecil dan pihak pengurusannya memerIukan maklumat yang terkini, tepat dan cepat untuk terus kekal dalam dunia pemiagaan (Lohman 2000). Walaupun pemiagaan kecil

Firma audit anda mempunyai pengalaman di dalam sistem perakaunan berkomputer dan telah membuat keputusan bahawa pengauditan penyata 'kewangan Syarikat Barangan Elektrik

Selain itu, kajian ini hanya memfokus kepada amalan yang terdapat pada agama Islam sahaja, bagi kajian pada masa akan datang diharap dapat meneroka lebih banyak lagi nilai agama

Kemampuan seorang usahawan menguruskan perniagaan boleh diukur melalui keupayaan dalaman yang ada dalam diri mereka dan boleh dizahirkan melalui keupayaan

Pemsahaan kecil yang mendapat manfaat daripada krisis ekonomi di Indonesia ialah yang berorientasikan eksport dan menggunakan bahan mentah tempatan seperti perusahaan

Jadi kajian ini menyenaraikan sumber ketara dan tidak ketara yang strategik iaitu yang sesuai dengan kemampuan PKS dan mampu meningkatkan prestasi jenama mereka seperti

Perisian pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) menggunakan teknologi maklumat untuk mewujudkan satu sistem perusahaan bersilang fungsian yang menyepadukan dan

Perisian pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) menggunakan teknologi maklumat untuk mewujudkan satu sistem perusahaan bersilang fungsian yang menyepadukan dan