• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

213

Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19

(Implementation of PdPc OLL during COVID-19 Movement Control Order Phase 1 and 2)

Bani Hidayat Mohd Shafie1*

1 Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

*Pengarang Koresponden: ipgm-1268@moe-dl.edu.my Accepted: 30 July 2020 | Published: 10 August 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 1 dan Fasa 2, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) telah menggunakan beberapa aplikasi pengajaran dalam talian Online Learning (OLL) untuk memastikan bahawa sukatan pelajaran dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang dirancangkan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau berkaitan pelaksanaan PdPC OLL semasa PKP 1 dan PKP 2 yang merangkumi aspek penglibatan pensyarah dan siswa guru, platform aplikasi utama dan sokongan, jenis interaksi, serta masalah dalam pelaksanaan PdPc OLL semasa PKP1 dan PKP 2. Seramai 180 responden yang terdiri daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan campuran (mix method) di mana data kuantitatif disokong oleh data kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 15 item soalan dibentuk menggunakan Google Form dan diedar melalui aplikasi WhatsApp kepada semua responden. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi dan peratus. Hasil kajian keseluruhan menunjukkan bahawa semua pensyarah menunjukkan penglibatan 100%

begitu juga majoriti siswa guru terlibat sama dalam PdPC OLL. Hasil Dapatan juga menunjukkan bahawa Platform utama PdPc OLL ialah WhastsApp dikuti Google Classroom dan Telegram serta disokong oleh aplikasi media sosial yang lain. Majoriti pensyarah menjalankan PdPC menggunakan interaksi segerak (synchronize atau real time) (PKP fasa 1 = 90%), PKP fasa 2 =86.80%), namun begitu interaksi tidak segerak (asynchronous) juga dilaksanakan mengikut keperluan masa dan tempat (PKP Fasa 1= 10%, PKP fasa 2

=13.20%). Terdapat dua masalah utama yang timbul daripada penemuan kajian ini, iaitu masalah rangkaian internet dan masalah kapasiti data pelajar menyukarkan pelaksanan PdPC OLL semasa PKP 1 dan 2 berjalan dengan baik. Implikasi Kajian ialah memberi jangkaan awal berkaitan masalah dan persediaan menghadapi wabak COVID-19 dan membuka ruang kepada pilihan-pilihan alternatif dalam PdPc OLL ke arah sistem IPG yang lebih fleksibel dan dinamik.

Kata kunci: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), COVID-19, pembelajaran dalam talian (OLL), siswa guru, IPG

Abstract: During the COVID-19 Movement Control Order (MCO) Phase 1 and Phase 2, lecturers of the Teacher Education Institute (IPG) used several Online Learning (OLL) teaching applications to ensure that the syllabus was implemented as planned. This study aims to review the implementation of PdPC OLL during MCO Phase 1 and MCO Phase 2 which includes aspects of faculty and student engagement, key application platforms and

(2)

support, types of interactions, and problems in implementing PdPc OLL during MCO Phase 1 and MCO Phase 2. A total of 180 respondents comprised from the Institute for Teacher Education, the Islamic Education Campus was involved in this study. This study is a survey using a mix method in which quantitative data is supported by qualitative data. The instrument used consisted of a set of questionnaires containing 15 questionnaire items created using Google Form and distributed through the WhatsApp app to all respondents.

The results of the study were analyzed using descriptive statistics including frequency and percentage distributions. The results of the overall study showed that all the lecturers showed 100% involvement as well as the majority of student teachers involved in PdPC OLL.

Findings also show that the main PdPc OLL Platform is WhastsApp followed by Google Classroom and Telegram and supported by other social media applications. The majority of lecturers conducted PdPC using synchronization or real time (MCO phase 1 = 90%), MCO phase 2 = 86.80%), but asynchronous interactions were also performed according to time and place requirements (MCO Phase 1 = 10%, MCO phase 2 = 13.20%). There are two major problems arising from the findings of this study, namely internet network problems and student data capacity issues that make it difficult to implement PdPC OLL during MCO 1 and 2. Implications of the Study were to provide early estimates of the problems and preparations for the COVID-19 outbreak and to open up alternative options in PdPc OLL towards a more flexible and dynamic IPG system.

Keywords: Movement Control Order (MCO), COVID-19, online learning (OLL), student teachers, IPG

_________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Zaman sekarang merupakan zaman yang mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Perkembangan teknologi sedikit sebanyak mempengaruhi beberapa perkara termasuk pentadbiran, komunikasi dan juga bahagian pendidikan. Penerapan e-pembelajaran dalam aspek pendidikan dikatakan sebagai satu cara yang dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang secara tidak langsung melibatkan komunikasi (Zulikha dan Azlina, 2012). Terdapat beberapa jenis e-pembelajaran yang digunakan seperti Massive Open Online Courses (MOOCs), Open Leaning, Moodle dan sebagainya. E-pembelajaran yang dinyatakan adalah merupakan satu platform bagi pelajar mengakses pengisian tentang sesuatu kursus secara atas talian. Konsep e-pembelajaran diperkenalkan agar pendidik dapat menarik minat pelajar dan mentransformasikan pengajaran secara tradisional kepada pengajaran berteraskan teknologi. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah HyperText Markup Language (HTML). Kajian ini menggunakan MOOCs sebagai modul kursus atas talian dan dalam modul pengajaran tersebut, pelajar akan diajar tentang asas HTML melalui video tutorial.

Oleh itu, pengkaji telah membangunkan satu modul pengajaran yang dinamakan EASY HTML dengan menggunakan MOOCs sebagai platform e-learning. EASY HTML adalah satu modul yang memberi pengajaran tentang asas HTML dalam bentuk video pengajaran bagi memudahkan proses pembelajaran dan menambahkan pemahaman pelajar terhadap HTML.

Ia juga akan dapat mengurangkan rasa kebosanan pelajar yang hanya membaca nota tanpa ada sebarang sumber visual untuk dirujuk. Selain itu modul ini mampu menyokong pelajar bagi mendalami konsep HTML dan kaedah mengkodnya. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bagaimana video pengajaran yang di implementasikan dalam pembelajaran HTML melalui kaedah e-learning mampu memberikan impak terhadap pembelajaran pengaturcaraan

(3)

215 mereka. Objektif utama adalah bagi mengkaji minat, motivasi serta persepsi pelajar terhadap penggunaan video pembelajaran dalam mempelajari HTML di MOOCs.

2. Ulasan Kajian Lepas

Penggunaan Visual Mempengaruhi Minat, Motivasi Dan Prestasi Pelajar

Kaedah pembelajaran pengaturcaraan komputer pada masa kini diperbaharui dan diolah daripada hanya melibatkan guru, murid dan papan hitam kepada kaedah yang lebih menarik.

Pembelajaran melalui visual merupakan salah satu cara bagi meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu subjek. Apabila minat seorang pelajar meningkat, maka proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Hasil kajian daripada Jamal Raiyn (2016), beliau menyatakan bahawa sistem pembelajaran yang melibatkan visual memberikan impak yang baik kepada pelajar tetapi tidak pada sistem pembelajaran tradisional. Kemudian, melihat kepada hasil kajian terdahulu, terbukti bahawa pelajar menunjukkan kesan yang positif terhadap minat, pemahaman dan motivasi mereka dalam proses pembelajaran yang melibatkan visual (Noor Fadzilah et. al, 2017).

Menurut Ghulam Shabiralyani dan Khuram Shahzad Hasan (2015), kajian kes mereka tentang impak penggunaan visual sebagai bahan bantu mengajar mendapati bahawa 70%

guru dan pelajar di Dera Ghazi Khan bersetuju bahawa penggunaan visual dalam pembelajaran banyak membantu meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran dan pengajaran. Dalam hal ini, bukan sahaja murid menunjukkan kesan positif terhadap motivasi, malah guru juga termotivasi untuk mengajar. Oleh itu, ternyata penggunaan visual memberikan banyak manfaat terhadap proses pembelajaran dan perkembangan pelajar.

Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Edna et al. (2011) membuktikan bahawa penggunaan video dalam sesi pembelajaran dapat memperbaiki hasil pembelajaran pelajar dan beliau telah membuat kaji selidik tentang kepuasan pelajar terhadap cara pengajaran pensyarah dan mendapati pelajar menganggap penggunaan video adalah satu pendekatan yang menyeronokkan bagi pensyarah untuk memperkenalkan sesuatu subjek. Selain itu, ia dapat meningkatkan motivasi serta minat pelajar untuk memahami kandungan subjek yang membolehkan pelajar untuk melihat grafik dan mengaplikasi konsep kendungan secara praktikal.

Seperti kajian-kajian yang dinyatakan, video pengajaran memberikan impak yang positif dari segi peningkatan motivasi serta prestasi pelajar. Begitu juga dengan pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran perisian. Video pengajaran adalah sesuai digunakan untuk mengajar sesuatu perisian sebagai salah satu cara pengajaran tambahan dan perkara ini boleh diaplikasikan kepada pengajaran pengaturcaraan kerana ianya mempunyai konsep yang sama (Jane Wortlitz, 2016).

Penggunaan E-Learning Dalam Pembelajaran

Pada zaman ini, e-learning digunakan secara meluas di universiti-universiti di Malaysia. Hal ini kerana terdapat kursus-kursus yang mengadakan kelas dan mengendalikan aktiviti pembelajaran secara atas talian begitu juga dengan pembelajaran jarak jauh (PJJ).

Penerimaan pelajar terhadap e-learning juga perlu dititikberatkan kerana setiap pelajar mempunyai alasan tertentu tentang penggunaan e-learning. Pelajar menggangap e-learning mudah digunakan dalam proses pembelajaran dan dapat meningkatkan tahap produktiviti mereka. Oleh sebab itu, e-learning mendapat penerimaan dan sambutan yang baik daripada pelajar (Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat, 2016).

(4)

Penggunaan E-learning juga dikatakan memberi kesan yang positif kepada para pelajar.

Menurut Maria Joseph Israel (2015), pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran yang menerapkan penggunaan MOOCs dalam pembelajaran tradisional menunjukkan hasil belajar yang memberangsangkan daripada pelajar yang belajar secara bersemuka. Selain itu, MOOCs juga berpotensi menawarkan bahan yang baik dari segi video, tugasan, kuiz serta mempunyai antaramuka dan struktur yang menarik minat ramai pengguna untuk menyertainya (Nabila et al., 2017). Oleh itu, E-learning dapat membantu dalam meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dalam pelajaran dan membantu mereka untuk menjadi pelajar yang mampu belajar secara kendiri.

Penggunaan Visual Merangsang Kemahiran Berfikir Pelajar

Mempelajari pengaturcaraan memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi. Ini disebabkan oleh pengaturcaraan bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan kefahaman konsep yang kuat supaya dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Menurut Fadzilah (2018), hasil kajiannya tentang kajian-kajian lepas tentang cabaran dan pendekatan mempelajari konsep struktur data, beliau mendapati penggunaan medium visual dan teknologi multimedia interaktif dalam media pembelajaran dapat membantu menjadikan kaedah pembelajaran konsep struktur data bertambah baik. Selain itu, motivasi, kefahaman dan kemahiran berfikir dalam penyelesaian masalah pengaturcaraan dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknologi tersebut. Oleh itu, visual memberi kesan yang positif terhadap kemahiran berfikir terhadap pengaturcaraan. Menurut Andrew (2007) pula, pengajaran pengaturcaraan dengan menggunakan bantuan permainan dan visual dapat menguji tahap kemahiran berfikir pelajar dan secara tidak langsung meningkatkan pemikiran kritikal pelajar. Daripada hasil dapatan pembacaan, ternyata penggunaan visual dapat merangsang kemahiran berfikir pelajar dalam pembelajaran pengaturcaraan.

Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh Jamal Raiyn (2016) adalah untuk melihat peranan pembelajaran visual dalam mempertingkatkan kemahiran berfikir pelajar telah memberikan dapatan yang menyatakan bahawa pembelajaran visual memberikan impak dan kesan yang baik daripada sesi pembelajaran secara tradisional. Purata hasil kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam pembelajaran visual menunjukkan keputusan yang tinggi berbanding pelajar yang belajar secara tradisional.

3. Metodologi

Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Ia dibina berdasarkan kajian lepas yang dijalankan di dalam bidang yang sama. Populasi kajian ini melibatkan pelajar tahun 1 Sains Komputer Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 80 orang dan mempunyai tahap pemahaman dan ilmu dan pandangan tentang HTML yang berlainan. Data yang dianalisis telah dikutip telah dianalisa menggunakan analisis deskriptif yang menunjukkan nilai min dan sisihan piawai.

Perisian SPSS versi 23.0 telah digunakan bagi tujuan analsis data.

4. Analisis Data

4.1 Analisis Jantina Responden

Hasil analisis bagi jantina responden adalah sebanyak 64.4% lelaki dan 35.6% perempuan yang telah mengambil bahagian sebagai responden kajian ini. Jumlah keseluruhannya tidak meliputi 80 orang kerana terdapat 7 data yang tidak boleh diguna pakai kerana rosak.

(5)

217

Jadual 1: Frekuensi Penggunaan pengaturcaraan HTML dalam Kalangan Responden Jantina

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid lelaki 47 64.4 64.4 64.4

perempuan 26 35.6 35.6 100.0

Total 73 100.0 100.0

4.2 Analisis Penggunaan MOOCs

Jadual 2 menunjukkan peratusan responden yang pernah menggunakan MOOCs dan yang sebaliknya. Item kedua ini penting kerana dapat mengenalpasti kebiasaan penggunaan MOOCs dalam kalangan responden. Sebanyak 87.7% responden telah menggunakan platform tersebut manakala 12.3% tidak pernah menggunakannya. Data ini menunjukkan sejumlah besar daripada kalangan responden pernah menggunakan platform tersebut dan ini membawa makna mereka biasa dengan penggunaan dan pembelajaran atas talian dengan menggunakan MOOCs. Jika dilihat dapatan kajian oleh Nabila et. al pada tahun 2017 memperlihatkan penglibatan pelajar yang ramai iaitu sebanyak 15,963 daripada 17 buah negara menggunakan platform MOOCs. Ini bermakna platform ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar tempatan malah pelajar dari luar negara juga menggunakannya dan boleh dikatakan MOOCs merupakan platform e-pembelajaran secara antarabangsa.

Jadual 2: Frekuensi Penggunaan MOOCs dalam Kalangan Responden

4.3 Analisis Penggunaan Pengaturcaraan HTML

Jadual 3 menunjukkan peratusan responden mengenai penggunaan pengaturcaraan HTML.

Sebanyak 97.3% responden pernah menggunakan pengaturcaraan ini manakala 2.7% tidak pernah menggunakannya. Responden yang pernah mempelajari HTML akan lebih mudah memahami kerana mereka mempunyai pengetahuan asas tentang pengaturcaraan tersebut.

Jadual 3: Frekuensi Penggunaan pengaturcaraan HTML dalam Kalangan Responden a2

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid ya 64 87.7 87.7 87.7

Tidak 9 12.3 12.3 100.0

Total 73 100.0 100.0

a3

Frequency Percent Valid Percent

Cumulative Percent

Valid ya 71 97.3 97.3 97.3

tidak 2 2.7 2.7 100.0

Total 73 100.0 100.0

(6)

4.4 Analisis Tahap Minat Pelajar Terhadap Implementasi Video Pengajaran dalam Pembelajaran HTML

Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan daripada kajian daipada bahagian B bagi minat pelajar terhadap implementasi video pengajaran dalam pembelajaran HTML. Item 1 mempunyai min yang tertinggi (M= 4.21) manakala item 5 mencatatkan min yang terendah (M= 3.82).

Item 2, 3, 4 dan 6 mempunyai min sebanyak 4.18, 3.93, 3.92 dan 3.95. Hasil maklumat yang dikumpul melihatkan bahawa min tertinggi iaitu item 1, pelajar suka mempelajari HTML dengan menggunakan video pengajaran, dituruti min kedua tertinggi yang menyatakan minat mereka terhadap HTML bertambah apabila menggunakan video pengajaran. Seterusnya, Item 3 dan 6 mencatat min yang agak tinggi iaitu pelajar bersetuju bahawa video pengajaran mampu untuk memberi ilmu tentang HTML serta membuatkan pelajar bersemangat untuk mempelajari bab yang seterusnya. Antara min yang rendah pula adalah item 4 dan 5 yang membawa maklumat bahawa pelajar kurang berminat untuk melakukan latihan HTML secara sukarela ataupun sebaliknya. Daripada maklumat yang dikumpul, didapati penggunaan video dalam pembelajaran HTML mendapat respon yang positif daripada pelajar-pelajar tersebut untuk diimplementasikan dalam sesi pembelajaran mereka. Min keseluruhan pula mencatatkan nilai yang tinggi. Oleh itu, minat pelajar untuk mempelajari HTML dengan adanya video pengajaran dilihat adalah tinggi dengan adanya video pengajaran.

Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai bagi Minat Pelajar terhadap Implementasi Video Pengajaran dalam Pembelajaran HTML (N=73)

No.

Item

Item Min Sisihan

Piawai 1 Saya suka mempelajari HTML dengan menggunakan video

pengajaran

4.21 0.73 2 Minat saya terhadap HTML semakin bertambah apabila menggunakan video

pengajaran

4.18 0.73 3 Penggunaan video pengajaran membuatkan saya tertunggu-tunggu untuk

mempelajari bab yang seterusnya

3.93 0.80 4 Penggunaan video pengajaran menambah minat saya untuk membuat latihan

berkenaan HTML

3.92 0.79 5 Adanya video pengajaran, saya lebih berminat membuat latihan berkenaan HTML

secara sukarela

3.82 0.83 6 Video pengajaran memudahkan saya menambah ilmu tentang HTML 3.95 0.86 Purata Min Keseluruhan 4.00 0.79

4.5 Analisis Tahap Motivasi Pelajar Terhadap Implementasi Video Pengajaran dalam Pembelajaran HTML

Jadual di bawah menunjukkan min yang didapati bagi melihat tahap motivasi pelajar terhadap implementasi video pengajaran dalam pembelajaran HTML. Pelajar mempunyai motivasi yang baik terhadap penggunaan video dalam proses pembelajaran HTML iaitu purata min keseluruhan yang tinggi iaitu 3.94. Perkara ini terbukti kerana pelajar berasa seronok mempelajari HTML melalui video pengajaran (min 4.04), pelajar akan mengulangi video pengajaran jika tidak faham (min 4.51), dan pelajar lebih termotivasi mempelajari HTML melalui video pengajaran (min 3.89). Namun begitu, terdapat tiga item yang mencatatkan min yang agak rendah iaitu pelajar tidak ada rasa putus asa dalam mempelajari HTML menggunakan video pengajaran (min 3.86), pelajar lebih fokus mempelajari HTML melalui video pengajaran (min 3.84) dan paling rendah adalah pelajar akan mengulangkaji topik-topik HTML tanpa disuruh oleh pensyarah (min 3.51). Oleh itu, video pengajaran memberi impak yang baik terhadap motivasi pelajar untuk mempelajari HTML, hanya perlu meningkatkan motivasi pelajar untuk berinisiatif untuk melakukan pembelajaran kendiri.

(7)

219

Jadual 5: Min dan Sisihan Piawai bagi Motivasi Pelajar terhadap Implementasi Video Pengajaran dalam Pembelajaran HTML (N=73)

No.

Item

Item Min Sisihan

Piawai 7 Saya berasa seronok mempelajari HTML melalui video pengajaran 4.04 0.84 8 Saya lebih termotivasi mempelajari HTML melalui video pengajaran 3.89 0.83 9 Saya akan mengulangkaji topik-topik HTML tanpa disuruh oleh pensyarah 3.51 0.85 10 Saya akan mengulangi video pengajaran jika saya tidak faham 4.51 0.67 11 Saya lebih fokus mempelajari HTML melalui video pengajaran 3.84 0.93 12 Saya tidak ada rasa putus asa dalam mempelajari HTML menggunakan video

pengajaran

3.86 0.69 Purata Min Keseluruhan 3.94 0.80

4.6 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Implementasi Video Pengajaran dalam Pembelajaran HTML

Jadual 6 adalah min yang mewakili tanggapan pelajar terhadap implementasi video pengajaran dalam pembelajaran html. Item 13 mempunyai min yang paling tinggi iaitu pelajar setuju HTML mudah difahami dengan bantuan video pengajaran (min 4.25).

Kemudian, pelajar-pelajar tersebut bersetuju bahawa video pengajaran merupakan satu keperluan bagi mempelajari HTML dan dapat memudahkan proses pembelajaran mereka yang masing-masing mencatatkan min 4.19 dan 4.15. Seterusnya ketiga-tiga min yang rendah adalah item 14, 17 dan 16 yang menyatakan pelajar kurang yakin untuk menguasai HTML dengan bantuan video pengajaran, kurang tahu video pengajaran dapat membantu saya dalam meningkatkan hasil pembelajaran HTML dan kurang yakin penggunaan video dapat meningkatkan kualiti pembelajaran HTML (min 4.07, 4.04, 4.03). Melihat kepada keputusan data yang diperolehi tentang persepsi responden terhadap penggunaan video pengajaran, ternyata mereka bersetuju dengan keenam-enam item tersebut terutamanya mereka sangat setuju bahawa video pengajaran membantu mereka untuk lebih memahami HTML. Oleh itu, ternyata elemen visual seperti video pengajaran dapat membantu mereka dalam memudahkan pembelajaran pengaturcaraan ini.

Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar terhadap Implementasi Video Pengajaran dalam Pembelajaran HTML (N=73)

No.

Item

Item Min Sisihan

Piawai 13 HTML mudah difahami dengan bantuan video pengajaran 4.25 0.68 14 Saya yakin dapat menguasai HTML dengan bantuan video pengajaran 4.07 0.71 15 Penggunaan video dapat memudahkan proses pembelajaran HTML saya 4.15 0.70 16 Penggunaan video dapat meningkatkan kualiti pembelajaran HTML 4.03 0.71 17 Saya tahu video pengajaran dapat membantu saya dalam meningkatkan hasil

pembelajaran HTML

4.04 0.68 18 Video pengajaran merupakan satu keperluan bagi mempelajari HTML 4.19 0.68 Purata Min Keseluruhan 4.12 0.69

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi melihat minat, motivasi dan persepsi pelajar terhadap penggunaan video pengajaran dalam pembelajaran HTML. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa penggunaan video pengajaran dapat memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran pengaturcaraan ini. Justeru, elemen multimedia ini adalah salah satu elemen

(8)

yang dapat meningkatkan kehendak pelajar dan mendorong pelajar untuk terus bersemangat dalam melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pengaturcaraan lebih-lebih lagi HTML.

Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu dalam menambahkan lagi penulisan tentang pengaturcaraan HTML dan membantu memperlihatkan sama ada video pengajaran di dalam MOOCs masih releven digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 yang memfokuskan aspek kreativiti dalam pelaksanaan pembelajaran. MOOCs memenuhi aspek kreativiti yang juga melibatkan pembelajaran berpusatkan murid kerana guru boleh menambah aktiviti di ruangan MOOCs yang mampu membuat murid berfikir luar kotak selain daripada hanya menonton video pengajaran yang disediakan.

Persepsi pelajar terhadap sesuatu perkara adalah penting kerana ia mampu untuk mempengaruhi sebahagian atau keseluruhan pandangan mereka terhadap perkara tersebut.

Oleh itu, penggunaan video pengajaran dalam proses pembelajaran yang melibatkan subjek pengaturcaraan adalah satu inisiatif yang baik bagi meningkatkan semangat pelajar dalam sesi pembelajaran. Penggunaan e-pembelajaran seperti platform MOOCs perlu diketengahkan dan dijadikan satu kebiasaan bagi pihak pelajar dan guru kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya. Bagi mendapatkan hasil dapatan yang lebih terperinci dan mendalam, kajian pada masa hadapan boleh dilakukan dengan kajian kualitatif ataupun kaedah campuran (mixed-method) tentang perkara ini yang bertujuan untuk mengetahui motivasi mengajar dan persepsi guru terhadap platform MOOCs tersebut.

Rujukan

Bravo, E., Amante, B., Simo, P., Enache M. & Fernandez, V. (2011). Video as a new teaching tool to increase student motivation. IEEE Global Engineering Education Conference (EDUCON), pp. 638-642.

Israel, M. J. (2015). Effectiveness of Integrating MOOCs in Traditional Classrooms for Undergraduate Students. International Review of Research in Open and Distributed Learning. 16(5): 102-118.

Jamaludin, Z. & Sani, A. M. (2012). E-Learning Champion: Fungsi, Tugas Dan Petunjuk Prestasi. Buletin MEIPTA. Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti. Universiti Utara.

Noor Fadzilah Ab Rahman, Rafiza Kasbun, NurKaliza Kahlid, Siti Azrehan Aziz & Nur Hashima Mohamed. (2017). Penggunaan Aplikasi Visual Dalam Pembelajaran Konsep Dan Asas Pengaturcaraan. National Pre University Seminar (NpreUS2017).

Rahman, N. F. A., Khalid, N. & Kasbun, R. (2018). Cabaran dan Pendekatan Mempelajari Konsep Struktur Data. Proceeding of ICT-ITS 2018. 4th International Conference on Information Technology & Society.

Raiyn, J. J. J. O. E. & Practice. (2016). The Role of Visual Learning in Improving Students' High-Order Thinking Skills. Journal of Education and Practice. 7(24): 115-121

Razali, N. A., Norman, H., Rahman, M. J. A. & Jamilluddin, N. A. (2017). Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat Pengajian Tinggi. Seminar Serantau 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia, Kedah. Dimuat turun daripada

https://meipta.files.wordpress.com/2012/02/buletin-meipta-bil-1-2012-vb-print.pdf Ruddder, A. & Mohammed, S. (2007). Teaching Programming Using Visualization.

Proceedings of the Sixth Conference on IASTED International Conference Web-Based Education. Vol.2, 487-492.

Shabiralyani, G., Hasan, K. S., Hamad, N. & Iqbal, N. (2015). Impact of Visual Aids in Enhancing the Learning Process Case Research: District Dera Ghazi Khan. Journal of Education and Practice. 6(19): 226-234.

(9)

221 Umbit, A. F. & Taat, M. S. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan E-

pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut Pendidikan guru di Sarawak. Jurnal Penyelidikan IPGK Bil.13, 1-14.

Worlitz, J., stabler, A., Peplowsky, S. & Woll, R. (2016). Video Tutorials: An Appropriate Way of Teaching Quality Management Tools Applied with Software. Quality Innovation Proseperity. 20(2):169-184.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, dapatan ini juga mengukuhkan sorotan kajian Manzoor (2020) menjelaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian tidak adil kepada

Ini bermaksud faktor-faktor demografi jantina, umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet dan pemilikan komputer bukan faktor yang

Siraj menyediakan peluang pembelajaran yang mendorong dan sesuai serentak dengan itu, pendidik mengadakan kelas atas talian menggunakan aplikasi yang tertentu mempunyai peluang

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah Pensyarah IPGK PM mempunyai pandangan yang positif terhadap PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19 terutama

Pengkaji telah mendapatkan maklum balas sampel kajian ini tentang kesesuaian platform ini untuk PdP subjek Pengantar Pengajian Profesional (GPP1063) dalam tempoh PKP. Kesemua

Hasil kajian telah memperlihatkan bahawa pelajar menunjukkan minat dan motivasi yang memberangsangkan serta persepsi yang positif dalam mempelajari HTML dengan menggunakan

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif terhadap pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam

(Fadhil/ Sukarelawan Persatuan Ar-Riqab) (d) Mengelak dari menggunakan perkataan yang berbentuk menilai Dapatan kajian ini turut merungkai strategi komunikasi yang digunakan