• Tiada Hasil Ditemukan

Bagi musafir yang menaiki kenderaan darat atau laut, tidak ada masalah bagi mereka untuk menentukan waktu solat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Bagi musafir yang menaiki kenderaan darat atau laut, tidak ada masalah bagi mereka untuk menentukan waktu solat"

Copied!
42
0
0

Tekspenuh

(1)

59

BAB TIGA: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENENTUAN WAKTU SOLAT BAGI MUSAFIR PENERBANGAN

3.1 PENDAHULUAN

Umat Islam wajib mengetahui waktu solat kerana ianya salah satu daripada syarat sah solat. Begitu juga bagi individu yang bermusafir, pengetahuan mengenai bermula dan berakhirnya waktu solat perlu dititik beratkan supaya tidak ragu-ragu untuk menjalankan ibadah wajib ini. Bagi musafir yang menaiki kenderaan darat atau laut, tidak ada masalah bagi mereka untuk menentukan waktu solat. Sebaliknya, bagi musafir yang menaiki kapal terbang, terdapat beberapa masalah dan kemusykilan untuk mengetahui masuknya waktu solat. Perkara ini berlaku disebabkan beberapa faktor terutamanya bagi penerbangan yang mengambil masa terlalu lama berikutan destinasi penerbangan yang jauh.

3.2 PERGERAKAN KETARA MATAHARI DAN KAITANNYA DENGAN PENENTUAN WAKTU SOLAT

Penetapan waktu solat adalah berdasarkan kepada sumber asal iaitu al-Quran dan al- Hadis. Putaran bumi sehari semalam atau secara ketaranya peredaran matahari daripada terbit hingga terbenam dan terbit semula merupakan faktor penting dalam penentuan waktu solat. Umat Islam yang bermusafir masih tertakluk atau tetap mengalami fenomena (terbit dan terbenam) ini. Oleh itu, waktu solat masih dapat ditentukan walaupun kita perlu mengambil kira beberapa faktor sampingan yang mempengaruhi penentuan waktu solat khususnya bagi musafir penerbangan.

(2)

60

Berdasarkan kriteria-kriteria permulaan waktu solat yang ditetapkan, para fuqaha telah membuat tafsiran supaya solat dapat diamalkan dengan lebih mudah.

Kemudian, tafsiran fuqaha ini disesuaikan dengan ilmu astronomi supaya waktu solat boleh ditentukan dengan kaedah pengiraan.1

Seperti yang dijelaskan dalam bab dua, ketetapan waktu-waktu solat fardu adalah bergantung kepada gerakan matahari, iaitu dua pada waktu siang dan tiga pada waktu malam.2 Waktu-waktu solat tersebut ialah:

1) Zohor : siang 2) Asar : siang 3) Maghrib : malam 4) Isyak : malam 5) Subuh : malam

Jadual 3.1: Kedudukan matahari di awal dan akhir waktu solat.

WAKTU SOLAT

MULA AKHIR

Zohor

Apabila matahari melintasi meridian tempatan.

Apabila bayang matahari sesuatu benda menjadi sama panjang (tambah bayang ketika istiwa).

Asar

Apabila bayang matahari sesuatu benda menjadi sama panjang (tambah bayang ketika istiwa) iaitu sejurus tamat waktu zohor.

Apabila matahari terbenam iaitu tenggelam semua bahagian (cakera) matahari di bawah ufuk Barat tempatan.

1Azhari Mohamed (2004) “Tafsiran dan Kaedah Pengiraan Waktu Solat” (Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kursus Falak Syarie yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam, Selangor, 25 September 2004), h.6.

2Md. Khair Md. Taib (1987), Takwim Hijriah Khairiah, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,h.132.

(3)

61

Jadual 3.1 ”sambungan”

Maghrib

Apabila semua bahagian (cakera) matahari di bawah ufuk tempatan iaitu sejurus tamat waktu Asar.

Apabila hilang mega merah (shafaq ahmar) di ufuk Barat tempatan.

Isyak

Apabila hilang mega merah (shafaq ahmar) di ufuk Barat tempatan iaitu sejurus tamat waktu Maghrib.

Apabila timbul cahaya putih (fajar sadiq) di ufuk Timur tempatan sebelum waktu subuh.

Subuh

Apabila naik cahaya putih (fajar sadiq)3 yang terpancar melintang di ufuk Timur tempatan.

Apabila matahari terbit walaupun sedikit bahagian (cakera) matahari di ufuk Timur tempatan.

3.2.1 Putaran Bumi dan Pergerakan Ketara Matahari

Oleh kerana pergerakan matahari amat penting untuk mengetahui waktu solat, seseorang mesti mengetahui kaitan pergerakan ketara matahari di langit tempatan dengan putaran harian bumi.

Rajah 3.1: Bumi berputar dari Barat ke Timur.

Sumber: http//:earthspacesciene.wordpress.com

3Al-‘Ayni, Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud ibn Ahmad (1972),`Umdat al-Qari li SharhSahih al-Bukhari, j. 4. Damsyik: Dar al-Nawadir., h. 225.

(4)

62

Putaran harian langit dan objek samawi di dalamnya, dari Timur ke Barat adalah gerakan relatif. Sebenarnya planet kita dan kita sendiri (penduduk bumi) bergerak dari Barat ke Timur. Ini adalah gerakan relatif yang sama ketika kita sedang duduk di dalam kenderaan di sebelah kenderaan lain dan mula bergerak dengan lancar ke depan. Kita akan merasakan bahawa kita tidak bergerak tetapi kenderaan lain yang bergerak ke belakang. Ada ribuan objek-objek samawi yang mengambil bahagian dalam gerakan ini dari ufuk ke ufuk dan kembali termasuklah matahari4 sebagai mana yang disebutkan dalam hadis Nabi:

َلﺎَﻗ ، َةَوْﺮُﻋ ُﻦْﺑ ُمﺎَﺸِﻫ ﺎﻨ ﺛﺪﺣ ُلﻮُﻘَـﻳ ، ِﰊَأ ُﺖْﻌَِﲰ :

ِﻦْﺑ َﺮَﻤُﻋ َﻦْﺑ َﻢِﺻﺎَﻋ ُﺖْﻌَِﲰ :

َلﺎَﻗ ، ِﻪﻴِﺑَأ ْﻦَﻋ ، ِبﺎﻄَْﳋا ِﻪﻠﻟا ُلﻮُﺳَر َلﺎَﻗ :

" : َﺮَـﺑْدَأَو ﺎﻨُﻬَﻫ ْﻦِﻣ ُﻞْﻴﻠﻟا َﻞَﺒْـﻗَأ اَذِإ

َـﻓ ُﺲْﻤﺸﻟا ِﺖَﺑَﺮَﻏَو ﺎَﻨُﻬَﻫ ْﻦِﻣ ُرﺎَﻬـﻨﻟا ُﻢِﺋﺎﺼﻟا َﺮَﻄْﻓَأ ْﺪَﻘ

5

Dari Hisham ibn ‘Urwah, katanya: Aku mendengar ayahku berkata: Aku mendengar ‘Asim ibn ‘Umar ibn al-Khattab, dari bapanya: Rasulullah telah bersabada: “Apabila malam datang dari sini, dan siang bermula dari sini, dan terbenam matahari, maka orang yang berpuasa harus berbuka”

Gerakan matahari dari arah Timur ke Barat setiap hari berpunca daripada putaran bumi di atas paksinya dari arah Barat ke Timur. Perubahan deklinasi matahari juga disebabkan oleh gerakan bumi dalam orbitnya.6 Bumi membuat satu orbit yang hampir bulat mengelilingi matahari dalam tempoh setahun. Oleh sebab itu, semasa bumi beredar pada orbitnya, setiap kutubnya akan berganti-ganti senget ke arah dan keluar dari matahari.7 Daripada gerakan inilah, dapat ditetapkan perubahan waktu pada setiap masa.8

4Isaac Asimov (1965), The Clock We Live On. New York : Abelard-Schuman, h.13.

5 Mustafa Dib al-Bugha (1987), Al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar li al-Bukhari, Bab Mata Yahillu Fitru al-Saum”, no. hadith 1853. j.2, c.3.Beirut: Dar Ibn Kathir, h. 691;Al-Baghawi, al-Husayn ibn Mas`ud (1971), Syarh al-Sunnah. Beirut: Al-Maktab al-Islamiy

6A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran. Wan Ahmad Wan Omar & Zainal Ashirin Shahardin (terj.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.224.

7Ibid., h. 224.

8Md. Khair Md. Taib (1987), op.cit., h.110.

(5)

63

Rajah 3.2: Sudut kecondongan bumi pada paksinya.

Sumber: http://pseudoastro.wordpress.com

Pergerakan matahari dalam setahun berubah dari hari ke hari di sepanjang laluannya. Laluan matahari ini dinamakan ekliptik. Ada musim matahari akan bergerak ke arah Selatan, dan ada sebahagian musim matahari bergerak ke arah Utara.9

Rajah 3.3: Laluan ekliptik sepanjang tahun.

Sumber : http:// www2.arnes.si

Sebagaimana yang telah ditunjukkan, deklinasi matahari adalah sifar pada masa ekuinoks dan berubah paling cepat pada masa ini. Deklinasi itu mencapai

9Kassim Bahali (2007), Penentuan Waktu Solat Menurut Hitungan Falak, Kertas kerja yang dibentangkan dalam Konvensyen Falak Selangor 2007 yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Selangor pada 20 Julai 2007, Klang : Jabatan Mufti Selangor.

(6)

64

maksimum pada solstis dan nilai itu sama besar dengan nilai kecondongan ekliptik.10 Bagi penduduk di kawasan khatulistiwa pula, matahari akan dilihat terbit tepat pada azimut 90° (Timur) hanya pada dua tarikh iaitu 21 Mac dan 23 September.

Rajah 3.4: Azimut terbit matahari.

22 Jun 21 Mac , 23 September 22 Disember

Sumber: Kassim Bahali (2007), “Penentuan Waktu Solat Menurut Hitungan Falak”.

Dalam al-Quran telah dijelaskan mengenai fenomena siang dan malam di bumi sepanjang tahun. Pada kawasan-kawasan tertentu ada kalanya siang lebih panjang dan ada kalanya malam lebih panjang11 sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran:

&

r 9

s Ο

ó

? s

 t

&

r β

¨

# $

! © ƒ ã θ 9 Ï k ß

# $ 9 ©

‹ ø

≅ Ÿ û Î

# ’

$ 9Ψ

¨

γ y

$

‘ Í ρ u ƒ ã θ 9 Ï k ß

# $

¨ 9Ψ

γ y

$

‘ u û Î

# $ 9 © Š ø

≅ È ρ u

™ y

‚ ¤

 t

# $

± 9

¤

ϑ ô

§ } ρ u

# $ 9 ø ) s ϑ y

 t . ä

≅ @

† s g ø

 Ì

“ ü ) Î

< n

’ #

&

r _

y ≅

9

Β •

¡ | Κ w

‘ ρ u

&

r

χ ā

# $

! © / Î ϑ y

$

? s è ÷ ϑ y

= è θ β t z y 7 Î

Ž 

×

∪

⊄∩

”Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan dia tundukkan matahari dan bulan masing- masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Surah Luqman (31): 29

10A Frost (1992), op.cit., h. 227.

11S.Waqar Ahmad Husaini (1995), Astronomical Sciences in the Qur’an, Delhi: Karakush Publisher

& Median Pvt. Ltd., h. 83-84.

(7)

65

Daripada ayat di atas, al-Tabari mentafsirkan ayat ini sebagai menambahkan waktu malam pada waktu siang, dan menambahkan waktu siang pada waktu malam.12 Begitu juga Ibn Kathir yang telah membuat tafsiran bahawa “memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam” ialah apabila musim panas Allah menggantikan malam dengan siang dan dipanjangkan tempohnya (siang) serta memendekkan tempoh malam. Kemudian, pada musim sejuk Allah menggantikan siang dengan malam dan dipanjangkan tempohnya (malam) serta memendekkan tempoh siang.13

Contohnya bagi kawasan yang berada di hemisfera Utara bumi, waktu siang akan berpanjangan bermula daripada 21 Jun iaitu pada musim panas. Siang yang berpanjangan pula akan berubah menjadi malam yang berpanjangan pada musim sejuk iaitu bermula dari 23 Disember. Fenomena ini terhasil daripada pergerakan ketara matahari di laluan ekliptik yang berkait rapat dengan perubahan musim sepanjang tahun. Perkara ini ditunjukkan melalui firman Allah:

×πtƒ#uuρ ãΝßγ©9

ã≅ø‹©9$#

ã‡n=ó¡nΣ çµ÷ΖÏΒ

u‘$pκ¨]9$#

#sŒÎ*sù Νèδ tβθßϑÎ=ôà•Β

∩⊂∠∪

ߧôϑ¤±9$#uρ

“̍øgrB 9hs)tGó¡ßϑÏ9

$yγ©9

4

y7Ï9≡sŒ ㍃ωø)s?

Í“ƒÍ•yèø9$#

ÉΟŠÎ=yèø9$#

∩⊂∇∪

“Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka Dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu

12Abi Ja’far Muhammad Ibn Harir al-Tabari (1997), Tafsir al-Tabari Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay Qura’n, j. 6. Jeddah: Dar al-Basyir, h. 142-143.

13Abi al-Fida’ Ismail Ibn Kathir (1969), Tafsir al-Quran al-‘Azim, j. 1. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-

`Arabiy, h. 438-442.

(8)

66

adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”

Surah Yasin (36): 37-38

Ayat “..Kami hilangkan siang daripadanya (malam)..” disusuli dengan ayat berkaitan pergerakan matahari “Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya” membuktikan pergerakan ketara matahari menghasilkan siang dan malam. Tempat yang ditetapkan bagi pergerakan ketara matahari merupakan laluan ekliptik.

Bagi penduduk di sesuatu tempat, azimut terbit dan terbenam matahari sentiasa berubah sepanjang tahun. Pergerakan ketara matahari bermula atau terbit tepat di titik Timur dan terbenam tepat di titik Barat hanya dua kali setahun iaitu pada 21 Mac dan 23 September di kawasan khatulistiwa. Pada kedua-dua tarikh ini matahari akan melintasi tepat di zenit ketika istiwa dan tiada bayang dihasilkan pada waktu istiwa.

Selepas 21 Mac, matahari akan terbit ke Utara dari titik Timur dan mencapai maksimum pada 22 Jun. Pada tarikh ini matahari tidak melintas di atas kepala ketika istiwa, ia akan berada jauh ke Utara. Selepas 22 Jun, matahari kemudian bergerak menuju ke Selatan dan melintasi garis khatulistiwa semula pada 23 September.

Selepas 23 September, matahari akan bergerak ke Selatan dari titik Timur bayang bagi objek tegak ketika itu.

Fenomena terbit dan terbenam matahari pada azimut yang berbeza-beza sepanjang tahun juga menyebabkan altitudnya yang berbeza-beza semasa istiwa. Hal ini dibuktikan dari firman Allah dalam surah al-Rahman ayat 17 :

(9)

67

>u‘

È÷s%Ύô³pRùQ$#

>u‘uρ È÷t/̍øópRùQ$#

∩⊇∠∪

Maksud : Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.

Surah al-Rahman (55): 17

Menurut Ibn Kathir, dua tempat terbit dan dua tempat terbenam matahari bergantung kepada pergerakan matahari menurut penglihatan penduduk bumi.14 Perkara ini sangat berkait rapat dengan penentuan waktu solat kerana umat Islam di seluruh dunia menentukan waktu solat berdasarkan pergerakan matahari di langit tempatan masing-masing.

Jika tempat terbit dan terbenam matahari pada musim panas berbeza dengan musim sejuk, sudah pastilah kedudukan matahari bagi waktu solat juga berbeza pada musim-musim tertentu. Oleh yang demikian, waktu solat di seluruh dunia adalah bergantung kepada kedudukan matahari di langit tempatan bagi setiap kawasan di muka bumi.

3.2.2 Sistem Koordinat Ufuk

Untuk mengetahui pergerakan matahari kita terlebih dahulu perlu memahami sistem koordinat ufuk. Ini kerana dalam kajian ini, ketinggian matahari dihitung berdasarkan kedudukannya dari ufuk tempatan.

14 Ibid., h. 272-273.

(10)

68

Rajah 3.5: Sistem koordinat ufuk.

Sumber: http://burro.cwru.edu

Dalam sistem toposentrik ufuk, koordinat yang digunakan bagi mengukur kedudukan objek samawi adalah altitud dan azimut. Ia merupakan sistem tempatan iaitu nilai altitud dan azimut jasad samawi bergantung kepada lokasi pencerap.15

Altitud didefinisikan sebagai sudut ketinggian dari ufuk pencerap ke objek samawi (dianggap sebagai ufuk yang rata).16 Ketinggian objek samawi yang paling maksimum ialah 90º iaitu berada pada zenit pencerap, manakala altitud 0º pula berada di ufuk.17 Altitud positif untuk objek di atas ufuk dan negatif untuk objek di bawah ufuk.18 Azimut ialah sudut yang diukur sepanjang ufuk bermula dari titik Utara Benar. Objek samawi yang yang berada di ufuk Utara Benar, ukuran azimutnya ialah 0º.19

15 Dawson, Dennis W. (2002), Out of The Classroom : Observations & Investigations in Astronomy, USA : Thomson Learning, h. 33.

16 H. Karttunen, P.Kroger et.al (1993), Fundamental Astronomy, Springer-Verlag: German, h. 16

17Dawson, Dennis W. (2002), op.cit., h. 34.

18H.Karttunen, P.Kroger et.al (1993), op.cit., h. 16.

19Dawson, Dennis W. (2002), op.cit, h. 34.

(11)

69

Dalam penentuan waktu solat bagi sesuatu kawasan, pergerakan matahari menjadi rujukan dan dapat dilihat bermula dari terbit hingga terbenam di ufuk tempatan. Hal ini membuktikan dengan kedudukan matahari kita dapat mengetahui waktu dan melihat pertukaran siang dan malam di sesuatu tempat seperti mana yang disebut di dalam firman Allah:

É#≈n=ÏG÷z$#uρ È≅ø‹©9$#

Í‘$pκ¨]9$#uρ

!$tΒuρ tΑt“Ρr&

zÏΒ ª!$#

Ï!$yϑ¡¡9$#

ÏΒ 5−ø—Íh‘

$uŠômr'sù ϵÎ/

uÚö‘F{$#

y‰÷èt/

$pκÌEöθtΒ É#ƒÎŽóÇn@uρ

Ëx≈tƒÌh9$#

×M≈tƒ#u

5Θöθs)Ïj9 tβθè=É)÷ètƒ

∩∈∪

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

Surah Jathiyah (45): 5

Pengiraan waktu solat menggunakan formula matematik adalah berasaskan kedudukan matahari ketika istiwa iaitu apabila matahari berada di meridian tempatan. Meridian tempatan ialah garisan khayalan yang menghubungkan Utara dan Selatan yang melalui zenit (titik atas kepala) bagi sesuatu kawasan.

3.2.3 Pembetulan Altitud Matahari

Seperti yang diterangkan di dalam bab dua, bagi mencari sudut waktu sesuatu waktu solat, kita perlu mengetahui jarak zenit matahari. Untuk mencari jarak zenit matahari, altitud matahari perlu dicerap pada ufuk nampak (ufuk ketara), dan

(12)

70

pembetulan dibuat untuk mendapat altitud sebenar. Untuk menjelaskan pembetulan ini, kita perlu mengetahui konsep ufuk hakiki (ufuk sebenar).20

3.2.4 Ufuk

Menurut Kamus Dewan, ufuk didefinisikan sebagai kaki langit. Ufuk atau horizon ialah persimpangan bumi dan langit atau garisan ketara yang memisahkan bumi dengan langit. Garisan ini membahagikan semua arah yang dapat dilihat oleh pencerap menjadi dua kategori iaitu yang memotong permukaan bumi, dan yang sebaliknya. Di banyak lokasi, ufuk sebenar dikaburkan oleh pokok, bangunan, gunung, dan objek terrestrial yang lain.

Ufuk dasar ditakrifkan sebagai satah yang melalui pusat falak, yang serenjang dengan garis tegak pencerap. Satah ini akan membelah falak dalam bulatan besar.21 Semua titik pada bulatan besar ini akan ditolak 90° daripada zenit pencerap, dan altitud sebenarnya adalah sifar.22 Ufuk hakiki ialah satah yang melalui mata pencerap dan selari dengan ufuk dasar. Ufuk nampak pula selalunya terletak di bawah satah ufuk hakiki, sudut di antara kedua-duanya disebut sudut tunjaman.23

20A.Frost (1992), op.cit., h. 105.

21Ibid., h. 96.

22Ibid., h.105.

23Ibid.

(13)

71

Rajah 3.6: Ufuk hakiki dan ufuk sebenar pencerap.

Sumber: userpages.umbc.edu

Di mana,

OZ : Ufuk Hakiki OZ’ : Ufuk Sebenar

d : Sudut Junaman Ufuk

3.2.5 Junaman Ufuk

Sudut ketinggian jasad samawi di atas ufuk hakiki ditakrifkan sebagai altitud ketara. Untuk mendapatkan nilai altitud ketara, nilai tunjaman tertentu perlu ditolak dari altitud cerapan.24 Nilai tunjaman ini dikenali sebagai sudut junaman ufuk.

Junam ditakrifkan sebagai tekanan ufuk ketara, maka nilainya hendaklah dikurangkan sebanyak tunjaman untuk mendapat altitud ketara yang diukur dengan mengambil kira ufuk hakiki. Oleh itu pembetulan junam selalunya negatif kepada altitud cerapan.25 Ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

24Ibid., h.105.

25Ibid., h. 106.

(14)

72

Rajah 3.7: Hubungan antara altitud ketara dan junaman ufuk.

Sumber:A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran

Rajah 3.8: Sudut junaman ufuk.

Sumber: A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran.

Dalam rajah di atas,

R : Jejari bumi, yang dianggap malar,

H : Tinggi mata pencerap dalam sebarang unit yang sesuai, misalnya meter.

V : had muka bumi yang boleh dilihat oleh pencerap O.

Semakin tinggi sesuatu tempat dari paras laut, maka perbezaan di antara ufuk ketara dan ufuk hakiki menjadi semakin jelas. Kesan kerendahan ufuk ini perlu diberikan

(15)

73

pembetulan junaman ufuk atau kesan Dip. Rumusan pembetulan junaman ufuk ialah:26

Dip = 0.0293 √h (dalam darjah) Dip = 1.76 √h (dalam minit)

Kesan biasan ini terlibat bagi menentukan waktu Maghrib dan waktu Syuruk.

3.2.6 Fajar

Dalam al-Qur’an, perkataan ’fajr’ yang disebut dalam bentuk fi’l al-madi dan mudari’ hampir semuanya membawa maksud memancar, mengalir, atau meluap.

Perkataan fajr yang disebut dalam bentuk masdar (kata nama) pula, kesemuanya memberikan makna ’waktu Subuh’. Menurut al-Raghib al-Asfahani, makna asal perkataan ’fajr’ ialah pecah atau terbelahnya sesuatu secara lebar.27 Manakala menurut Ibn Faris, fajar bermaksud ’terbuka pada sesuatu’ iaitu terbukanya kegelapan malam dengan munculnya cahaya yang disebut sebagai ’fajar’.28

Menurut The New Oxford Illustrated Dictionary, fajar atau ’twilight’ ialah cahaya samar-samar atau cahaya yang tersebar kesan daripada pantulan cahaya matahari yang berlaku antara waktu subuh dan terbit matahari serta antara terbenam matahari dan gelap malam.29 Dalam Ensiklopedi Hukum Islam pula, fajar

26 Baharrudin Zainal (2004), Ilmu Falak Edisi 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 100.

27M. Quraish Shihab et al. (eds.) (2007), Ensiklopedia Al-Qur’an, j. 1. Jakarta: Lentera Hati, h. 204.

28Ibid., h. 203.

29J. Coulso, C.T. Carr, Lucy Hutchinson & Doroty Eagle (1968), The New Oxford Illustrated Dictionary, Tokyo: Oxford University Press, h. 1808.

(16)

74

didefinisikan sebagai cahaya kemerahan di langit sebelah Timur sebelum matahari terbit.30

Secara teori, fenomena matahari terbit dan terbenam terjadi apabila matahari merentasi ufuk dasar. Waktu siang bagi sesuatu tempat adalah selang waktu di antara dua fenomena ini. Apabila matahari terbenam di bawah ufuk dasar, cahayanya tidak hilang secara tiba-tiba daripada pandangan pencerap. Walaupun cahaya langsung matahari tidak lagi kelihatan kepada pencerap, namun atmosfera bahagian atas masih dipancari matahari.31

Pembalikan dan serakan cahaya matahari oleh bahagian atas atmosfera32 menyebabkan cahaya masih dapat dilihat oleh pencerap secara tidak langsung.

Namun begitu jumlah cahaya yang sampai kepada pencerap akan berkurangan apabila matahari semakin rendah di bawah ufuk.33

Tempoh masa fenomena fajar berlaku adalah bergantung kepada sudut kecondongan bagi laluan ketara matahari relatif kepada ufuk dan berapa cepat matahari terbenam di bawah ufuk. Semakin tinggi latitud sesebuah tempat, semakin panjang tempoh fenomena fajar berlaku.34

Dalam bidang fiqh, fajar dibezakan kepada dua jenis iaitu fajar sadiq dan fajar kadhib. Selang waktu apabila matahari sangat dekat dengan ufuk Timur sehingga

30Abdul Azis Dahlan et.al (1999), Ensiklopedi Hukum Islam, j.5, Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, h.

297; lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fajar

31A Frost (1992), op.cit., h.232.

32A. Weigert & H. Zimmermann (1967), ABC of Astronomy. J. Home Dickson (terj), London: Hilger

& Watts Ltd, h. 347.

33A Frost (1992), op.cit., h. 232.

34A. Weigert & H. Zimmermann (1967), op.cit., h. 347.

(17)

75

membolehkan cahaya sampai kepada pencerap, dan masa matahari naik dinamakan fajar sadiq.35 Fajar kadhib pula adalah cahaya kemerahan yang tampak dalam beberapa saat sebelum terbitnya fajar sadiq.36 Astronomi juga mengklasifikasikan fajar kepada dua jenis, iaitu fajar waktu pagi dan fajar pada waktu senja.

3.3 ZON WAKTU DUNIA

Dalam kajian pengiraan waktu solat dalam penerbangan ini, amat penting untuk seseorang itu memahami konsep zon waktu dunia. Ini kerana, penerbangan dari satu destinasi ke destinasi lain akan melibatkan perentasan zon waktu terutamanya bagi penerbangan jarak jauh.

3.3.1 Waktu

Dalam zaman moden ini, sukatan waktu adalah dengan kiraan jam. Kiraan jam ini pula ditetapkan mengikut pergerakan ketara matahari. Namun begitu, asas pengukuran waktu adalah berasaskan dari penggantian siang dan malam yang disebabkan oleh putaran bumi pada paksinya. Sesiapa pun tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa matahari mempengaruhi kehidupan manusia dan sebarang sistem pengukuran waktu hendaklah diatur menurut pergerakan harian matahari.37

35A Frost (1992), op.cit., h. 232.

36Abdul Azis Dahlan et.al (1999), op.cit., h. 297.

37 A Frost (1992), op.cit., h.129.

(18)

76

Bagaimanapun terdapat keperluan untuk menetapkan unit waktu dengan setepat mungkin. Hal ini disebabkan pergerakan sebarang jasad angkasa tidak dapat menetapkan unit masa kita dengan tepat dan memuaskan, iaitu dalam unit saat.

3.3.2 Waktu Piawai dan Sejarah Pembentukan Zon Waktu Dunia

Waktu diukur berdasarkan longitud,38 iaitu waktu bagi sesebuah negara pada suatu ketika dapat diketahui dengan mengetahui pada longitud mana negara itu berada. Waktu bagi suatu bandar, kawasan atau negeri merupakan waktu piawai yang ditentukan oleh undang-undang atau penggunaan menyeluruh sebagai waktu awam.

Apabila matahari bergerak dari arah Timur ke arah Barat lalu melintasi longitud tempatan, waktu lintasan itu dinamakan sebagai waktu tempatan (local time). Pada zaman dahulu, setiap bandar memiliki waktu tempatannya sendiri39 dan antara negara yang telah menetapkan untuk menggunakan zon waktu tersendiri ialah China, Arab Saudi, India serta Iran.40

Apabila sesebuah negara menggunakan waktu tempatan masing-masing, kerumitan akan timbul kerana seseorang itu terpaksa mengubah waktu jamnya berulang kali pada setiap kali dia sampai ke sesuatu tempat yang berbeza. Pihak yang berkuasa juga akan turut mengalami kerumitan dalam menjalankan

38 R.B Bunnet et al. (1970), General Geography, Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd., h. 5.

39H. Karttunen, P.Kroger et.al (1993), op.cit., h. 38.

40 Susan Wiley Hardwick et al. (1990), Geography For Educators, New Jersey: Prentice Hall, h. 39.

(19)

77

pentadbiran, kerana tidak dapat menetapkan perjalanan sesuatu pentadbiran dalam masa yang tepat.41

Pembangunan sistem perhubungan pesat telah menyebabkan keperluan bagi menerbitkan waktu piawai menjadi bertambah penting. Hal ini berpunca daripada kekeliruan yang berterusan terhadap jadual perjalanan yang digunakan disebabkan oleh perbezaan waktu tempatan bagi komuniti yang berasingan. Perkara ini terjadi kerana waktu tempatan berbeza berkadaran dengan perubahan pada longitud tempatan.42 Keperluan terhadap waktu piawai ini amat dirasai terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana terdapat beberapa jalan perhubungan yang perlu melalui beberapa kawasan yang berbeza waktu tempatannya.

Di Amerika Syarikat, pentadbiran perjalanan kereta api negara itu menghadapi kerumitan yang amat teruk, kerana penentuan masa perjalanan kereta api dari satu stesen ke satu stesen yang lain dikira menurut waktu tempatan masing-masing.43 Justeru itu, bagi menyelesaikan masalah yang timbul, Sir Sandford Fleming yang merupakan pereka bentuk dan jurutera landasan keretapi, telah menggariskan plan bagi waktu piawai seluruh dunia pada hujung 1870-an.

Lanjutan daripada inisiatif tersebut, atas dorongan kerajaan Eropah, delegasi- delegasi dari 27 negara telah mengadakan perjumpaan di Washington D.C pada 1884 untuk persidangan meridian.44 Hasil daripada rundingan tersebut, satu persetujuan telah dicapai iaitu dengan mencantumkan waktu-waktu tempatan di dalam satu

41Md. Khair Md. Taib (1987), op.cit., h. 117.

42A Frost (1992), op.cit., h.137.

43 Md. Khair Md. Taib (1987), Takwim Hijriah Khairiah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h.

117.

44 Susan Wiley Hardwick et al. (1990), op.cit., h. 39.

(20)

78

kawasan khas yang dikira mulai waktu matahari melintas suatu longitud yang khusus. Garisan waktu piawai adalah berdasarkan kepada dua garisan bujur (longitud) yang tertentu iaitu:45

1. Garisan Bujur (longitud) tempatan.

2. Garisan Bujur (longitud) Greenwich.

Konsep yang digunakan dalam waktu piawai ini merupakan usaha untuk menyelesaikan kekeliruan yang disebabkan oleh setiap komuniti yang menggunakan waktu suria masing-masing46 iaitu dengan membahagikan kawasan di bumi dengan 24 zon.47 Sistem zon waktu inilah yang diaplikasikan pada masa kini.

3.3.3 Konsep Zon Waktu Dunia

Zon waktu merupakan kawasan di bumi yang menggunakan waktu masa yang sama, dan disebut sebagai waktu tempatan. Zon waktu biasanya terletak di sekitar garis meridian mengikut longitud tertentu. Garis meridian (longitud) adalah garisan sudut (khayalan) pada permukaan bumi dari kutub Utara ke kutub Selatan yang menghubungkan semua lokasi yang berada pada longitud yang sama.48

45 Md. Khair Md. Taib (1987), op.cit., h. 116.

46 Ibid., h. 117.

47 H. Karttunen, P.Kroger et.al (1993), op.cit., h. 38.

48Tor Bernhardsen (2002), Geographic Information Systems: An Introduction, New York: John Wiley

& Sons, h. 117.

(21)

79

Terdapat 24 zon waktu di muka bumi yang mana setiap zon berbeza 15 darjah dari zon sebelumnya dan setiap zon mewakili 1 jam.49 Setiap zon disesuaikan dengan sempadan politik sesebuah kawasan.50

Rajah 3.9: Zon waktu dunia.

Sumber: lightshift.com

Longitud ialah jarak sudut sesuatu tempat sama ada terletak di sebelah Timur atau sebelah Barat daripada Garisan Meridian Utama (Greenwich).51 Longitud sesuatu tempat yang berperanan untuk kita mengetahui sama ada kita berada di berapa darjah (°), minit (′) dan saat (″) Timur atau Barat. Contohnya, Malaysia terletak di longitud 101° Timur. Ini bermakna Malaysia berada di sebelah Timur dari Garisan Greenwich. Garisan longitud ialah garisan menegak pada glob bumi, yang disimbolkan dengan aksara Greek iaitu lambda (λ). Terdapat sebanyak 360 garisan longitud pada glob bumi. Garisan-garisan longitud ini digunakan untuk menentukan zon waktu piawai.

49David Greenhood (1951), Down To Earth: Mapping For Everybody, New York: Holiday House, h.

17.

50R.B Bunnet et al. (1970), op.cit., h. 5.

51Ibid., h. 2.

(22)

80

Longitud 0° merupakan Garisan Meridian Pangkal yang terletak di sebuah pekan kecil Greenwich, London, Britain.52 Lawan bagi Garisan Meridian Pangkal (GMP) ialah Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA), pada 180° Barat dan 180° Timur.

Longitud 180° Barat dan longitud 180° Timur pula terletak pada garisan yang sama.

Garisan Tarikh Antarabangsa ini bengkang-bengkok bagi mengelakkan terkena kawasan daratan atau pulau.

Rajah 3.10:Peta dunia yang menonjolkan garis longitud.

Sumber: David Greenhood (1951), Down To Earth: Mapping For Everybody

Perbezaan antara waktu Greenwich dan waktu tempatan ialah sudut di antara dua meridian yang dinyatakan dalam unit waktu, iaitu longitud dalam waktu.53 Garisan ini bermula dengan meridian utama yang melalui Greenwich, England. Oleh sebab bumi bergerak dari Barat ke Timur, maka meridian Greenwich akan bergerak di bawah matahari sebelum sebarang meridian dalam longitud Barat, dan selepas sebarang meridian dalam longitud Timur.54

52David Greenhood (1951), op.cit., h. 12.

53A Frost (1992), op.cit., h.138.

54Ibid., h. 138.

(23)

81

Sistem ini menggunakan 24 longitud meridian yang piawai (garisan yang menghubungkan kutub Utara dan Selatan, dan bersudut tegak dengan garisan khatulistiwa) berjarak 15º antara setiap garisan. Jadi, zon waktu yang bersebelahan akan berbeza satu jam.

Oleh sebab itu, sebarang longitud Barat akan mempunyai waktu tempatan yang lebih lewat daripada waktu Greenwich, dan sebarang longitud Timur akan mempunyai waktu tempatan yang lebih awal daripada waktu Greenwich.55

Rajah 3.11: Siang dan malam kesan dari putaran bumi.

Sumber: R.B Bunnet et al. (1970), General Geography

Selain itu, jika kita lihat pada bahagian yang diterangi matahari di bumi, kita akan melihat bahawa bahagian bumi yang tepat-tepat di bawah matahari menandakan siang (perjalanan matahari melintasi meridian). Sebaliknya, di tempat lain tidak mengalami siang. Sebagai contoh, jika matahari berada tepat di atas meridian utama 0º, maka tengah malam akan berlaku di longitud 180º.56

55 R.B Bunnet et al. (1970), op.cit., h. 5.

56 David Greenhood (1951), op.cit., h. 15.

(24)

82

Oleh kerana matahari mengelilingi bumi sekitar 360º melintasi longitud bumi dalam masa 24 jam, ia bergerak 15º (360/24) dalam satu jam. Satu jam selepas London tengah hari, matahari kemudiannya akan berada di atas longitud Barat 15º, dan sejam berikutnya pula matahari akan berada di atas longitud Barat 30° dan seterusnya.

Perkara yang sama juga terjadi dalam di bahagian bumi yang lain. Satu jam sebelum matahari melepasi meridian utama, iaitu lebih daripada 15º longitud Timur, dan dua jam iaitu sebelum matahari melepasi 30º longitud Timur. Ini bererti siang hari di London adalah satu jam selepas tengah hari pada 15º longitud Timur dan dua jam selepas tengah hari pada 30 º longitud Timur.57

3.3.4 Waktu Greenwich

Pada sebarang waktu, meridian yang berlainan akan mempunyai waktu yang berlainan. Suatu meridian piawai diperlukan untuk kegunaan sejagat dan untuk tujuan itu meridian Greenwich digunakan. Waktu Greenwich ialah waktu tempatan bagi pencerap yang berada di meridian Greenwich.58

Waktu Ketara Greenwich ialah sudut di kutub cakerawala yang diukur hala ke timur dari meridian Greenwich hingga ke meridian matahari sebenar, dinyatakan dalam unit waktu.59

Waktu Ketara Greenwich = G.H.A matahari sebenar + 12 jam

57 Isaac Asimov (1965), op.cit., h. 42.

58 A Frost (1992), op.cit,. h. 137.

59 Ibid.

(25)

83

Waktu Min Greenwich pula ialah sudut di kutub cakerawala yang diukur ke timur dari meridian Greenwich hingga ke meridian matahari min, dinyatakan dalam unit waktu.60

Waktu Min Greenwich = G.H.A matahari min + 12 jam

Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time, GMT) juga dirujuk sebagai Waktu Universal (Coordinated Universal Time, UTC).61 UTC juga sistem masa yang digunakan dalam penerbangan62 dan rasmi dikenali sebagai Zulu Masa untuk mengelakkan kekeliruan tentang zon masa.

3.4 DAYLIGHT SAVING TIME (DST)

Konsep Daylight Saving Time telah diasaskan oleh Benjamin Franklin. Idea asalnya ialah untuk menggunakan tempoh siang dengan sebaik mungkin dengan menganjakkan masa ke hadapan pada musim bunga dan mengundurkannya semula pada musim luruh. Pada 1966, President Lyndon Johnson telah menandatangani satu penguatkuasaan yang mana Daylight Saving Time akan bermula pada hari Ahad terakhir bulan April, dan berakhir pada Ahad terakhir bulan Oktober pada setiap tahun.63

Oleh kerana bumi berputar pada paksinya yang condong sebanyak 23.5° dan mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk elips, tempoh waktu siang di bumi berubah dari hari ke hari.64 Dalam sehari, ada kalanya tempoh siang sama

60 Ibid.

61Isaac Asimov (1965), op.cit., h. 48.

62http://timeanddate.com/time/gmt-utc-time.html, 14 Oktober 2012.

63http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEhelp/daylightsaving.html

64http://www.logan.ws/articles/when_does_daylight_savings_time_occur.asp, 10 Januari 2012.

(26)

84

dengan tempoh malam iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. Namun demikian, pada musim bunga dan musim panas, waktu siang di kawasan yang berlatitud tinggi akan lebih lama daripada tempoh malamnya. Ini disebabkan matahari terbit lebih awal dan terbenam lewat.65

Rajah 3.12: Fenomena empat musim disebabkan kecondongan paksi bumi.

Sumber: geog2u.tripod.com

Rajah 3.13: Bumi ketika musim bunga dan musim luruh.

Sumber: en.wikipedia.org

65 Isaac Asimov (1965), op.cit.,h. 49.

(27)

85

Rajah 3.14: Bumi ketika musim panas di hemisfera Utara.

Sumber: en.wikipedia.org

Apabila matahari terbenam lebih lewat, tempoh tempoh waktu sebelum tidur hanya melibatkan tiga hingga lima jam waktu malam.66 Contohnya, pada 24 Mei 2011 di London, matahari terbit pada jam 04:57 dan terbenam pada jam 20:58.67 Oleh itu:

Tempoh siang : 16 jam Tempoh malam : 8 jam

Waktu tidur : 11.00 P.M hingga 7.00 A.M = 8 jam di mana,

8 jam = 5 jam 57 minit malam + 2 jam 03 minit siang Malam = 11.00 PM hingga 4.57 A.M

Siang = 4.57 A.M hingga 7.00 A.M

Jadual 3.2: Tempoh waktu siang ketika musim panas.

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1

1 1 2 1

3 1 4 1

5 1 6 1

7 1 8 1

9 2 0 2

1 2 2 2

3

MALAM SIANG MLM

TIDUR AKTIVITI HARIAN

66 Ibid., h. 49.

67http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=136&month=5&year=2011&obj=sun&

afl=-11&day=1, 12 Januari 2012.

(28)

86

Berdasarkan keadaan tersebut, lebih dua jam waktu siang (5.00 A.M hingga 7.00 A.M) akan “terbuang” kerana penduduk di negara itu masih tidur.

Sebaliknya, pada solstis musim luruh dan musim sejuk, tempoh malam akan menjadi panjang kerana matahari terbit lewat dan terbenam awal. Contohnya pada 7 Disember 2012 di London, matahari terbit pada jam 07:51 dan terbenam pada jam 15:52.68 Oleh itu:

Tempoh siang : 8 jam Tempoh malam : 16 jam

Waktu tidur : 11.00 P.M hingga 7.00 A.M = 8 jam

Oleh kerana matahari terbenam awal, maka tempoh waktu siang hanya terhad kepada 8 jam (jam 07:51 hingga jam 13:52) dan selebihnya adalah waktu malam. Oleh itu, aktiviti harian yang biasanya dilakukan pada waktu siang akan dilakukan pada waktu malam. Hal ini mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak.

Jadual 3.3: Tempoh waktu siang ketika musim sejuk.

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0

1 1

1 2

1 3

1 4

1 5

1 6

1 7

1 8

1 9

2 0

2 1

2 2

2 3

MALAM SIANG MALAM

TIDUR AKTIVITI HARIAN

DST adalah tempoh masa di mana kita menetapkan jam sejam lebih awal dari waktu sebenar. Sistem ini dicipta supaya cahaya matahari (waktu siang yang panjang) dapat digunakan dengan lebih berkesan. Beberapa negara di seluruh dunia mengaplikasikan DST tetapi berbeza pelarasan tarikh dan masanya. Beberapa buah

68http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=136&month=12&year=2011&obj=sun

&afl=-11&day=1, 12 Januari 2012.

(29)

87

negara seperti Hawai, dan beberapa daerah di negara-negara tertentu tidak membetulkan atau mengubah jam mereka untuk DST.

Ketika musim bunga (spring), DST akan bermula pada jam 2.00 pagi hari Ahad pertama, bulan April. Penduduk di kawasan tertentu yang mengaplikasikan DST akan melewatkan jam mereka satu jam iaitu dari pukul (dari pukul 2.00 pagi menjadi pukul 1.00 pagi).

Rajah 3.15: Waktu tempatan diundurkan sejam.

Sumber: http://www.timeanddate.com/time/dst/

Daylight Saving Time ini akan berterusan beberapa bulan sehingga musim luruh. Semasa musim luruh, DST akan berakhir pada jam 2 pagi hari Ahad terakhir dalam bulan Oktober. Pada ketika ini, jam penduduk akan diundurkan sebanyak satu jam.

Pengaplikasian DST ini dipercayai dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. Beberapa jam waktu siang yang lebih itu juga boleh memberikan waktu sosial yang lebih kepada kanak-kanak dan menguntungkan industri pelancongan kerana dapat memperuntukkan masa yang lebih untuk pelbagai aktiviti luar. Selain itu, DST

(30)

88

dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan penggunaan lampu buatan pada waktu malam.69

3.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENENTUAN WAKTU SOLAT SEMASA PENERBANGAN.

Penentuan waktu solat dari sudut fiqh dan formula matematik untuk mengira waktu- waktu solat telah pun diterangkan. Begitu juga waktu solat bagi kawasan tanah tinggi, konsep pengiraan junaman ufuk telah diaplikasikan terutamanya bagi mengira waktu Subuh dan Maghrib. Namun demikian, bagi menentukan waktu solat semasa penerbangan, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan berikutan situasinya yang sangat berbeza berbanding keadaan di darat dan ini ternyata mempengaruhi pengiraan waktu solat semasa penerbangan.

3.5.1 Waktu dan Tarikh Penerbangan

Antara faktor yang perlu diambil kira bagi menghitung waktu solat semasa dalam penerbangan ialah waktu dan tarikh penerbangan. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jadual berlepas bagi kapal terbang MAS bergantung kepada destinasi penerbangan tertentu. Waktu penerbangan amat penting untuk diambil kira dalam menentukan waktu-waktu solat yang akan ditempuh sepanjang penerbangan.

69http://www.timeanddate.com/time/dst/, 12 Januari 2012.

(31)

89

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peredaran bumi mengelilingi matahari telah menyebabkan perubahan musim sepanjang tahun. Bagi negara- negara berlatitud tinggi di hemisfera Utara, matahari akan terbit awal dan terbenam lewat yang mana akan menyebabkan waktu siang akan lebih panjang daripada waktu malam di antara musim bunga hingga musim panas. Keadaan sebaliknya pula berlaku di hemisfera Selatan, yang mana di antara equinoks musim bunga hingga soltis musim panas, waktu malam akan lebih panjang berbanding waktu siang.

Perubahan musim ini juga memberi kesan terhadap terbit dan terbenam matahari seterusnya mempengaruhi penentuan waktu solat. Contohnya, waktu solat Subuh bagi penerbangan Kuala Lumpur ke London pada 1 Julai 2011 ialah pada 10.45 (UTC, Coordinated Universal Time).70 Sebaliknya, bagi penerbangan yang sama pada 31 Julai 2011, waktu Subuh bermula pada 11.12 (UTC). Perkara ini berlaku kerana tempoh waktu malam di hemisfera Utara semakin panjang daripada siang kerana matahari semakin bergerak ke Selatan.

Bagi penerbangan London ke Kuala Lumpur pada 3 Julai 2011, matahari terbenam pada 16.26 (UTC).71 Manakala, bagi penerbangan yang sama pada 2 Ogos 2011, matahari terbenam pada 15.58 (UTC).72 Waktu Maghrib pada 2 Ogos 2011 bermula lebih awal dari waktu subuh pada 3 Julai 2011. Matahari terbenam lebih awal pada 2 Ogos 2011 kerana tempoh waktu siang menjadi semakin pendek kerana hemisfera Utara semakin mendekati musim sejuk.

70Borang Jadual Penerbangan Malaysian Airlines Long Range Operation, KUL to LHR (01 Julai 2011).

71Borang Jadual Penerbangan Malaysian Airlines Long Range Operation, LHR to KUL (03 Julai 2011).

72 Malaysia Airlines Operation Flight Plan: EGLL-WMKK LHR-KUL (02 Ogos 2011), h. 8.

(32)

90

3.5.2 Arah Penerbangan (destinasi) dan Zon Waktu Antarabangsa.

Penerbangan yang mewujudkan kesukaran untuk menentukan waktu solat ialah penerbangan yang mengambil masa agak lama terutamanya apabila perlu merentasi zon waktu berikutan destinasi yang jauh. Musafir penerbangan berkemungkinan akan menjumpai satu waktu solat itu berulang beberapa kali.73 Contohnya bagi penerbangan yang menuju ke kawasan kutub, matahari terbit dan terbenam dalam tempoh masa yang singkat. Musafir penerbangan juga kadang kala akan mendapati tempoh waktu solat terlalu lama atau mungkin juga terlalu singkat bergantung kepada arah penerbangan.

Arah penerbangan sama ada ke Barat atau ke Timur juga memberi kesan terhadap penentuan waktu solat. Ini kerana waktu akan mengundur atau terlompat beberapa jam berikutan perlu melintasi beberapa zon waktu sama ada selari dengan pergerakan matahari atau sebaliknya. Contohnya, penerbangan dari Kuala Lumpur ke London pada 31 Julai 2011 dijadualkan berlepas pada jam 12.00 tengah malam Waktu Piawai Malaysia, WPM (16.00 Universal Time Coordinated, UTC) dan sampai pada jam 8.00 pagi WPM keesokan harinya (04.00 UTC).74 Tempoh masa yang diambil adalah selama 12 jam dan sepanjang tempoh ini hanya satu waktu solat yang ditempuh iaitu waktu subuh. Ini berlaku apabila arah penerbangan pesawat dari Timur menuju ke Barat iaitu mengikut arah pergerakan matahari.

Keadaan sebaliknya berlaku apabila membabitkan penerbangan dari arah Barat ke Timur. Contohnya, penerbangan dari London ke Kuala Lumpur pada 02 Ogos

73Hafiz Firdaus Abdullah (2005), Panduan Ibadah dalam Musafir Penerbangan. Johor Bharu:

Perniagaan Jahabersa, h. 80.

74Malaysia AirlinesOperation Flight Plan: Route WMKK-EGLL KUL-LHR (31 Julai 2011).

(33)

91

2011 berlepas pada jam 19.24 WPM (11.24 UTC) dan sampai pada jam 06.48 WPM keesokan harinya (22.48 UTC hari yang sama). Turutan waktu solat semasa penerbangan ini agak cepat dan berlaku dalam tempoh waktu yang singkat dari kebiasaan. Waktu Maghrib bermula pada jam 15.58 UTC, seterusnya waktu Isyak pada jam 16.52 UTC, dan waktu Subuh pada jam 21.52 UTC.75 Dalam tempoh 5 jam 54 minit sebanyak tiga waktu solat yang ditempuh. Hal ini berlaku disebabkan arah penerbangan berlawan dengan arah pergerakan matahari dan tempoh setiap waktu solat juga menjadi singkat.

3.5.3 Ketinggian Kapal Terbang

Ketinggian sesuatu stesen adalah merujuk kepada tinggi sesuatu stesen rujukan dari purata paras laut (mean sea level). Ketinggian stesen rujukan memberi kesan terhadap altitud matahari yang digunakan untuk kiraan kerana altitud matahari tersebut merujuk kepada ufuk ketara dan bukannnya ufuk benar. Kesan ini dinamakan junaman ufuk (θ), seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah:

Rajah 3.16: Geometri junaman ufuk.

Sumber: A Frost (1992), Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran

75Malaysia Airlines Operation Flight Plan: EGLL-WMKK LHR-KUL (02 Ogos 2011), h. 7-9.

(34)

92

Di mana,

h : ketinggian stesen dari aras purata laut

ɤ

: sudut junaman ufuk

Sebagai contoh, waktu Maghrib di tempat tinggi akan masuk lebih lewat berbanding di tempat rendah pada lokasi koordinat geografi yang sama.

Dalam menghitung waktu Isyak dan Subuh, seseorang perlu mengetahui sudut altitud matahari di bawah ufuk. Tidak ada nilai darjah yang tetap bagi kedudukan matahari di bawah ufuk untuk mentaqdirkan kedua-dua waktu solat ini. Fenomena hilangnya mega merah (Isyak) serta terbitnya fajar sadiq (Subuh) berlaku pada altitud matahari yang berbeza mengikut latitud sesebuah negara dan nilainya akan berubah mengikut musim.76

Nilai yang biasanya digunakan untuk menetapkan fajar sadiq dan fajar senja ialah 18°. Walau bagaimanapun, nilai altitud matahari bagi Isyak dan Subuh telah ditetapkan di negara-negara tertentu.77 Beberapa nilai altitud telah digunakan dalam pengiraan waktu Isyak dan Subuh oleh organisasi-organisasi Islam seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual 3.4 di sebelah:

76Khalid Shawkat, lihathttp://www.docstoc.com/docs/79681944/omar-afzal_Fajr-Isha-Observations, 21 Disember 2011.

77Mohammad Ilyas (1984), A Modern Guide to Astronomical Calculations of Islamic Calendar, Times and Qibla. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd, h. 146.

(35)

93

Jadual 3.4: Nilai Altitud Matahari di bawah ufuk untuk waktu Isyak dan Subuh.

Organisasi Sudut Isyak (°) Sudut Subuh (°) Kawasan Universiti of

Islamic Sciences,

Karachi 18 18

Pakistan, Bangladesh, India,

Afghanistan, sebahagian Eropah Islamic Society of

North America

(ISNA) 15 15

Sebahagian USA dan Kanada, sebahagian UK World Islamic

League 17 18 Eropah, Far East,

sebahagian USA Um al-Qura,

Mekah

90 minit selepas Maghrib, 120 minit

ketika bulan Ramadhan

19 Semenanjung Arab Egyptian General

Organisation of Surveying

17.5 19.5

Afrika, Syria, Iraq, Lubnan, sebahagian USA.

Sumber: Monzur Ahmed (1996), The Determination of Salat Times

Nilai altitud matahari di bawah ufuk bagi waktu Isyak dan Subuh di Malaysia78 dan Indonesia79 adalah seperti jadual di bawah:

Negara Sudut Isyak (°) Sudut Subuh (°)

Malaysia 18°

(Kelantan 17°)

20°

(Kelantan 19°)

Indonesia 18° 20°

78Baharrudin Zainal (2004) Ilmu Falak Edisi 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, h. 126.

79 Lihat http://www.scribd.com/doc/88199094/Menghitung-Waktu-Sholat, 16 Oktober 2012.

(36)

94

3.5.4 Kelajuan Kapal Terbang

Setiap jenis pesawat memiliki kelajuan yang berbeza. Semakin tinggi kelajuan sesuatu pesawat, semakin cepat sesebuah penerbangan tiba ke destinasi. Namun, bagi kajian penentuan waktu solat ini, pengkaji hanya mengambil data bagi penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing 747 sahaja. Contohnya, bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, pesawat Boeing 747 akan terbang dengan kelajuan purata 500 batu per jam. Oleh itu, dengan jarak 6062 batu (9756 kilometer) dari London ke Kuala Lumpur, penerbangan akan sampai ke destinasi dalam masa 12 jam (tempoh masa di udara sahaja).

Kelajuan pesawat juga akan menyebabkan perubahan ketara keadaan langit semasa penerbangan. Bagi penerbangan dari Barat ke Timur, pergerakan hari seolah-olah berlaku dengan lebih cepat, dan hal ini menyebabkan turutan waktu solat berlaku dengan cepat. Contohnya, bagi penerbangan dari Johannesburg ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 10 jam 30 minit, sebanyak lima waktu solat yang akan ditempuh dalam tempoh masa tersebut. Sedangkan bagi keadaan biasa, untuk menempuh lima waktu solat (bermula dari masuk waktu subuh sehingga masuk waktu Isyak), tempoh masa yang perlu dilalui ialah selama 14 jam (pukul 6 hingga pukul 8).

(37)

95

3.6 CARTA PERJALANAN PENERBANGAN MAS

Beberapa maklumat mengenai penerbangan yang dikaji perlu diketahui untuk menentukan waktu solat dalam penerbangan. Oleh itu, pengkaji merujuk Official Flight Plan (OFP) bagi penerbangan MAS. Beberapa singkatan telah digunakan dalam setiap OFP dan pengkaji hanya mengambil beberapa data penting yang dirujuk bagi mengira waktu solat semasa penerbangan daripada OFP tersebut.

a) WPT: Waypoint

• Data ini menunjukkan lokasi-lokasi laluan yang perlu dilalui oleh pesawat bermula dari pesawat berlepas sehinggalah tiba ke destinasi tertentu. Data ini menggunakan singkatan huruf bagi menunjukkan sesuatu lokasi.

b) LAT/LONG: Latitude and Longitude of WPT

• Data ini memberikan koordinat (latitud, longitud) setiap lokasi yang dilalui pesawat semasa melakukan penerbangan (termasuk koordinat berlepas dan koordinat destinasi penerbangan).

c) TTRK: True Track

• Data ini memberikan bearing arah penerbangan berdasarkan Utara benar.

Nilai bearing yang diberikan adalah dari koordinat kapal terbang ke koordinat berikutnya semasa berada di udara. Contohnya, dari koordinat 44.444°U, 49.30°T menuju koordinat 45.43°U, 47.36°T bearing penerbangannya ialah 308°.

(38)

96

Rajah 3.17: OFP Malaysia Airlines (London-Kuala Lumpur) 13 November 2012.

Sumber: Malaysia Airlines, Official Flight Plan.

d) MTRK: Magnetic Track

Data ini juga memberikan bearing arah penerbangan pesawat tetapi berdasarkan Utara magnetik bumi. Pada beberapa ‘waypoint’ tertentu, akan ada sedikit selisihan antara laluan sebenar dan laluan magnetik. Contohnya, dari koordinat 25°S, 134°T menuju koordinat 27°S, 137°T, bearing penerbangan berdasarkan Utara benar ialah 125°, sebaliknya jika berdasarkan Utara magnetik, bearing penerbangan ialah 121°.

Rajah 3.18: OFP Malaysia Airlines (Kuala Lumpur-Sydney) 13 Februari 2012.

Sumber: Malaysia Airlines, Official Flight Plan.

(39)

97

e) FL: Flight level

Flight Level adalah nilai altitud pesawat yang telah dilakukan kalibrasi dan pembetulan berdasarkan International Standard Atmosphere (ISA) dengan tekanan datum yang tertentu iaitu 1013.25 mb. Flight Level dinyatakan dalam unit 100 kaki (feet). Contohnya, FL320 adalah merujuk kepada 32,000 kaki.

f) ZATA: Zulu Actual Time of Arrival

• Data ini memberikan waktu sebenar pesawat sampai di setiap waypoint.

g) ZEET: Zulu Estimated Elapse Time

• Data ini memberikan anggaran tempoh masa untuk pesawat sampai di setiap waypoint.

h) ZETA: Zulu Estimated Time of Arrival

• Waktu sebenar pesawat berlepas + ZEET (waktu anggaran untuk pesawat sampai di setiap waypoint). Juruterbang akan membuat anggaran pukul berapa pesawat akan tiba di setiap waypoint.

i) TOTM: Total Time Since Takeoff

• Tempoh masa dari waktu pesawat berlepas ke setiap waypoint sehingga sampai ke destinasi.

(40)

98

j) SAT: Static Air Temperature

• Suhu udara di sekeliling pesawat yang diketahui melalui pengesan suhu, juga disebut sebagai Outside Air Temperature atau True Outside Temperature.80

k) TAS: True Air Speed

• Kelajuan pesawat relatif kepada jisim udara di mana pesawat tersebut terbang.81

l) GS : Ground Speed in Knots

• Kelajuan pesawat relatif terhadap daratan82, dalam unit Knots (1 batu nautika per jam).

m) DIST: Ground Distance in NM

• Jarak dari tempat berlepas sehingga tiba ke destinasi, dalam unit batu nautika.

n) TDV: Turning Dubins Vehicle

• Analisis perancang laluan penerbangan bagi situasi apabila pesawat mengalami masalah dalam penerbangan.83 Maklumat ini digunakan sebagai panduan kepada sebuah pesawat untuk menuju ke landasan pendaratan yang dipilih apabila mengalami kerosakan.

80Advisory Circular, US Department of Transportation, Federal Aviation Administration (27 Oktober 2009), h. 2.

81True airspeed, http://en.wikipedia.org/wiki/True_airspeed, 04 Januari 2012.

82Ground Speed http://en.wikipedia.org/wiki/Ground_speed, 05 januari 2012.

83Heejun Choi & Ella M. Atkins (2010), “Smooth Transition for a Turning Dubins Vehicle” (Kertas Kerja American Institute of Aeronautics and Astronautics Guidance, Navigation, and Control Conference, di Toronto, 2-5 Ogos 2010), h. 1.

(41)

99

Rajah 3.19: Contoh OFP Malaysia Airlines (Paris ke Kuala Lumpur).

Sumber: Malaysia Airlines, Official Flight Plan.

(42)

100

3.7 KESIMPULAN

Konsep pergerakan ketara matahari amat berkait rapat dengan putaran waktu dan kejadian empat musim di bumi. Dengan meneliti faktor-faktor tertentu dan memahami konsep pergerakan matahari sepanjang tahun, lebih mudah untuk kita mencari penyelesaian dan kaedah yang sesuai untuk menentukan waktu solat dalam kapal terbang.

Dalam hal ini, pengkaji akan menumpukan kajian terhadap waktu solat Isyak dan Subuh kerana data yang dikumpul hanya melibatkan penerbangan yang menempuh kedua-dua waktu solat tersebut atau salah satu daripadanya (Isyak atau Subuh sahaja).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Analisis tahap pelaksanaan ibadat solat lima waktu adalah berdasarkan respon responden melalui item-item yang berkaitan didikan awal ibadat solat, pelaksanaan ibadat

Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang

Bagi kategori ini pula, sekiranya seseorang itu membaca surah al-Fatihah dalam solat beliau, sama ada fardu mahupun sunat, lalu melakukan kesalahan tersembunyi yang hanya

Namun begitu, bagi musafir penerbangan keadaannya agak berbeza kerana tidak terdapat takwim waktu solat yang dapat dirujuk dan ini menyukarkan mereka untuk

Metod ini merupakan kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul bahan-bahan bacaan, data-data, dan maklumat-maklumat melalui bahan bercetak seperti buku-buku

Penjelasan yang diberikan oleh Rasulullah mengenai bermula dan berakhirnya waktu solat ini adalah berdasarkan kedudukan matahari, perubahan panjang bayang dan juga

Mereka dirikan solat Isyak ketika hilang syafaq (syafaq ahmar).”.. Dengan mengkaji kecerahan langit, ternyata seseorang dapat menentukan waktu bermulanya Subuh dan

Gunakan hakikat bahawa setiap perubahan di dalam kuatiti cecair bagi sesuatu isipadu terbit dari net pengaliran masuk atau keluar yang berpunca dari i6,t; untuk